From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 7 January 2012

~ Tina Rania Story

assalamualaikum wbt. 

heh. 7th January 2012 already coming. this is what I had done for the past two weeks. err, maybe three weeks? ok, just kiddin. just take two weeks and  actually it is really misery because sometimes the lack of ideas. you don't know your luck in this particular arena of writing. heh. one day, you have an idea and another day you are running out of idea. so, it is like roller coaster. up and down, then up again! oh dear~ even it isjust like a hell, but somehow I'm really glad that Allah gimme the ideas and the ambitious to finish it. 

heh. stop babbling around. i hope each of you is happy with my handwriting. enjoy this story okay!! 


**************************************************************************


Tina bukak diari dia.

#1

Assalamualaikum. Kehadapan diari, heh. Pelik la aku rasa.  Bwahaha.Tulis diari macam tulis apa je. Ini pertama kali aku buat diari ini. Actually, ‘TRYIN’ is the perfect word. Ini semua cadangan Lily! Kononnya sebab aku tengah mengalami gelojak masalah yaang tak boleh belah. Kekwat kau Lily.

Heh.

Sekarang, di masa ini, dan tentunya pada jam dan detik ini, *apa aku mengarut ni?* tengah menghadap diari pada  jam 1 pagi. Padahal esok ada kelas Aljabar pukul 8 pagi. Err, argh! Gasak la! Tahu tak sekarang ni aku dah jatuh cinta pandang tak berapa pertama dekat seorang mamat tu!

Oh my, he IS handsome! *yes, yes*

Oh my, and he IS like Don Juan yang femes itu.  *angguk-angguk kepala dengan laju*

Dan

Oh my! He is my classmate!!!!!!!!!!!  *dum, dum,dum*

Dan aku, dan aku, dan aku,  errrr, aku rasa baik aku off dulu. Kang tak pasal-pasal esok al jabar ke mana, aku  pun ke mana , lepas tu markah exam pun ke mana.

Dear diari, heh *apesal makin best je tulis diari ni? Haha* pelik tak kalau esok aku nak stalker dia? Pelik ke kalau perempuan 18 tahun macam aku stalker a GUY? Adakah ianya pelik? Belah la, bukan ada yang tahu pun aku nak stalker dia. This is just kau, Inche Diari dan aku Tina Rania. This is you and me. Kau dan aku.

Kalau kau bocor rahsia, aku bakar kau diari! *aku rasa aku bertindak bodoh dengan berkata begitu kepada sebiji , seekor, sehelai  sebuah diari. Got to go wahai diari. Assalamualaikum.




Tina menguap. Ngantuknya! Ni la bahana kalau buat benda senget tak berapa nak sihat. Malam tadi dia berjaga malam tulis diari atas nasihat Lily Nadia tu. Memang bagus nasihat kau Lily. Lepas tu, terus dia tak boleh tidur! Terus dia buat tutorial Kimia pasal Kimia tak organik, dan lepas tu , fellas, tertidur kat atas meja belajar.

Tina menguap lagi. Kelas aljabar baru habis. Tu pun kepala dah tersengguk-sengguk macam lembu kena tarik hidung. Dia sekarang tengah lepak kat Mamak’s sebab nak online kejap. Dia bukak skype dan pantas mencari nama Lily Nadia.
B
agus! Memang bagus! Sekarang Lily Nadia tengah online. Aku nak ketuk-ketuk kepala budak ni sampai pengsan.

Tina Rania : assalamualaikum! Weh!!!

Lily Nadia : yes dear? Apakah?

Tina Rania : kau tahu tak, atas dasar nasihat, yang kau kata sangat terbuka tu, aku ada buat diari malam tadi dan ianya suck!

Lily Nadia : apesal weh?

Tina Rania : disebabkan idea kau, aku tak boleh tidur. Zzz. Tacing dengan kau sebab bagi idea gilak! :P

Lily Nadia : sila on webcam anda. Bwahaha. Cepat tau.

Tina Rania : okies.

“ apesal kau tak boleh tidur?” kelihatan pada skrin laptop Tina, Lily tengah menyarug mafela pada leher.

“ kau nak pergi mana? Pakai mafela sagala bagai. Aku ingatkan sekarang ni summer dekat Vanderbielt tu.”

“ summer dia pun  tak berapa nak summer weh! Ni baru suam-suam kuku. Not the real summer sister! Kau kenapa ni? Having heart fealure ke?”

“ gila kau. Takde la! Bak kata kau, kalau ada masalah, sila tulislah di diari, dan aku malam tadi dengan semangat gonjeng-gonjeng, menulis dengan semangat pada diari yang aku beli di MidValley Megamall itu.”

“ kau still stalk mamat tu ke?” Lily dah gelak.

Tina tak tahu nak bagi reaksi apa. “ speechless.”

“sebab?”

“ sebab aku speechless la. Kalau aku tak speechless, aku dah lama bagi tahu kau.”

“oh ea.” Lily buat muka di Vanderbielt sana.

“da, da, da. Jangan nak buat reaksi keji kau tu. How’s uni?”

“ awesome!” muka dah bercahaya bagai. “ dengan ........”





Tina masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan buku teks Chemistry atas meja belajar dan pantas meletakkan beg pada kerusi belajar.

“ baru sampai?” tegur Atilia. Gadis rambut ikal mayang itu duduk atas katil Tina. Tina duduk sekali dengan Atilia di atas katil. Atilia ni pada pendapat Tina, adalah seorang yang agak manja dan tak tahu erti susah. Ye la, muka pun comel je dengan riak tak bersalah, rambut pun ikal mayang je. Pakaian pun nak bajet kemas je. Dia dah duduk sebilik dengan Atilia ni nak dekat 2 bulan. Maka perangai si Atilia ni memang sudah terakam kemas dalam kepala otak, adalah seorang yang ‘MANJA’.

Atilia membuka majalah Cleo Tina yang sebelum itu terletak elok di rak buku Tina. Si gadis Atilia menyelak rambutnya ke belakang. Tina termenung sebentar sebelum bangun menuju ke beranda belakang. bilik dia berada di tingkat 4. Dia menghadap dusun buah yang terletak di belakang kolej dia. dusun buah di atas bukit yang sangat comel.

Boleh percaya tak? Boleh percaya tak??? Masa pertama kali dia datang ke sini, ke kolej 13 ni, bila dia kuak pintu beranda belakang tu, terus harum semerbak sedap gila. Oh! ada bau buah-buahan rupanya. Mula-mula dia ingat, ada pontianak mana yang pakai perfume buah-buahan! *otak nak pikir hiperbola je!* lepas tu baru dia perasan bahawasanya, di belakang kolej dia ni ada dusun buah-buahan!

Dari tempat dia berdiri sekarang tu, dia boleh nampak bebudak lelaki bermain bola tampar dekat belakang blok Musytari tu. Main nak bajet jerit kuat-kuat je. Macam apa je main. Ada yang sleeveless, ada yang shirt dan ada yang lagi haru, pakai seluar short tiga suku je. Apakah?

Diorang ni tak tahu malu ke apa?

Tetiba matanya membulat! Dia rasa macam dia kenal je yang sleeveless putih dengan seluar sukan tiga suku tu. Azman Kang!! Dia gosok-gosok mata. Betul ke ni? Macam tak percaya je! Oh yes! Memang betul dia.

Atilia berdiri di sebelah dia. “tengok apa Tina?” Atilia juga memandang ke arah yang dipandang oleh Tina. “ oh lord! Diorang ni tak tahu malu ke? Punya suka dia je nak tayang aurat!” marah Atilia. “diorang ni memang gila tau.”

“ em Atilia, kau kenal tak budak lelaki sleeveless putih tu?”  Tina main rembat je tanya sebab dia tahu Azman Kang tu budak MRSM, si Atilia ni pun MRSM jugak.

“ yang mana?” tanya Atilia. Dia terjenguk-jenguk mencari.

“ tu cik adik!” tunjuk Tina beria-ia.

“ooo, yang dekat dengan net tu?”

“aah.” Angguk Tina.

“kenal je. Dia kawan sekolah aku. Kitorang satu MRSM dulu.”

Mata Tina terus membulat. “seriously?”

“ye la. Kenapa? Kau minat dia ke? Azman Kang Abdullah.”

“ eh! Tak la. Dia classmate aku. Saja je nak tahu and tanya la kat kau.”

Atilia menjelir lidah. “ elele, aku tahu la kau minat dia kan? Siapa yang tak suka dekat si Azman tu. Oh! Percaya la cakap aku, yang dia tu ramai awek!” Atilia mula melagkah masuk ke dalam bilik semula sambil rambut ikalnya beralun-alun lembut. Tina mengikut masuk jugak.

“ apa maksud kau? Dia playboy ke?”

“ he WAS. Sekarang? Aku pun tak tahu. Tapi better watch out.” Amaran Atilia. Dia duduk di atas katil.

“ i see. So, kau rasa kalau aku minat dia dalam diam tak pe kan?” Tina dah menyeringai. Dia duduk di sebelah Atilia.

Atilia dah tersenyum. “ hello sister, aku tak larang okay. Kenapa nak minat dia dalam diam? Kenapa tak suka  dengan terang, nyata dan jelas je terus?”

Tina telan liur.




#2

Dear diari. Haila, haila. Susah kan kalau kita dah crush dekat someone ni. Dulu aku crush dekat Ally even tu zaman sekolah. Masa tu aku ingat, aku akan kahwin dengan Ally dan hidup bahagia selama-lamanya bersama-sama anak tercinta. Eceh wah! Ayat aku bajet mintak penyepak je.

Kalau la Ally tahu apa isi hati aku, mahunya dia gelak terguling-guling sebab aku ni bodoh sangat percaya cakap dia. Sigh~ lupakan pasal Ally. Aku nak cerita pasal crush baru pulak. Haha. *gaya aku cakap, macam crush itu adalah sebuah kereta mainan menjadi rebutan je kan? Hehe*

Tadi aku jumpa Azman Kang dekat library. Dia sangat berkarisma dan sangat-sangat kacak. Okay, kacak letak tepi sebab aku tak berapa nak pandang benda alah tu semua. Ye la, si Ally tu pun kacak jugak, tapi dia punya perangai tak berapa nak kacak.

Keji.

Back to Azman Kang pujaan tak berapa nak melekat sangat dalam hati. Even aku dengan dia tu classmate! But believe it or not aku tak pernah cakap dengan dia.bwahaha, sadis kau Tina. Sejak masuk Asasi ni perangai dah jadi makin baik dan hilang segala tabiat buruk kau masa kat SMK Raja Kurshiah tu.

Dear diari, again. Adakah aku patut mula berborak dengan Azman Kang yang kacak itu atau just buat buduh-buduh dan tak layan dan tak pandang muka dia dan .......




Tina duduk dalam library seorang diri. Hari ni Asasi dah start test 2. Maksudnya, test bermula pada jam 8 malam tetapi kelas still on macam biasa setiap hari. Haila, serabut kepala otak. Dengan tak cukup tidurnya lagi. Kat dalam kelas lagi haru. Kalau dah tahap gonjeng mengantuk, tidur je la terus. Oral Interaction ke mana, buku ke mana, dia pun entah ke mana dah melayang-layang mimpi meraban. Library agak full la jugak hari ni sebab malam ni ada test matematik. Maka, ramai yang gigih study dengan hardcore.

“ err, nak duduk kat meja ni boleh tak?” tanya sesorang. “ meja lain penuh kan?”

Tina mengangkat wajah dari buku. “ oh, duduk la.” Pelawa Tina. Dia tunduk memandang buku dia semula. 
Arghh!!!!! Hati dia dah menjerit macam apa je. AZMAN KANG LA WEH!!!! ITS HIM!!!!!!!!!!! Kalau dia boleh tunjukkan reaksi, nak je dia ketuk-ketuk meja lepas tu terjerit-jerit teruja sebab tak percaya.

“ nama awak Tina kan? Classmates right?” Tina terdengar Azman bertanya. Dia mengangkat muka memandang Azman.

 “ aah. We are.”

“ oh, awaklah yang sombong tu kan?”

Mata Tina terus membulat. Amik kau Tina. Kau dicop sebagai sombong rupanya. Haila hati, aku rasa hati, limpa , jantung, pankreas, alvelos dan sebagainya  macam baru kena lenyek dengan kapal selam Rusia je.

“eh! Tak tak tak. I mean, awak sombong dekat saya je. Dekat orang lain awak ramah je.” Azman senyum bersalah. “ sorry.” Senyum lagi. “ tapi kenapa ya?”

Tina tunduk memandang buku. Kau ni la pun, janganlah nak senyum membunuh macam tu dekat aku. Mahunya aku punya hidung berdarah nanti weh! Dia memandang semula ke arah Azman Kang. “ saya tak pernah borak dengan awak ke?” Tina angkat bahu. “ entah. Tak perasan la pulak.”

Azman Kang mengangguk dengan semangat. “ yap. Tak pernah langsung. Nama saya Azman Kang Abdullah. Awak pulak?”

“ Tina Rania binti Salehuddin.”

“oo. Sedap nama tu. Unik pun ye jugak!” puji Azman lebih-lebih.

“ oh, ye ke.” Kata Tina pendek. “ saya nak sambung study dulu. Lain kali kita borak lagi okay.” Tina terus menunduk memandang buku. Fail Tina. Kau memang buat epik yang fail wahai Tina. Dan Azman Kang terus membuat latihan matematik. Apa kau buat ni Tina. Kau memang sengal!




#3

Kehadapan diari. Adakah aku bodoh? Sumpah aku tak tahu nak react macam mana. Tapi kan, apesal aku speechless sangat ea? Dulu bila si Ariq Ulwan budak Victoria tu masuk sekolah aku, boleh bantai  je aku cakap dengan dia. Tapi sekarang? Apesal aku malu ni? Dah la buat benda bodoh ! kau memang sengal Tina. Apesal kau tak borak dengan dia! Dah ada peluang tu, grab aje la sayang oit!



“ kau serius aneh!” kata Lily. Tina dan Lily Nadia webcam untuk bergosip dan bertukar-tukar cerita. Dan Tina, yang ada masalah nak berdepan dengan Azman Kang, terus bercerita pada Lily. “since when you be like that? Seriously, that was not from you sister!” muka Lily bertepek denga mask hijau.

Tina hanya menggeleng-geleng kepala. “ sumpah, aku pun tak tahu la dey. Kalau dulu dengan Ally, selamba badak je aku cakap dengan dia first time.”

“ time changed wahai Tina. Aku rasa kau dah jadi makin pasif. Am I right?” tanya Lily pada diri sendiri. “ tapi nak kata kau pasif, kau budak bahas UPM! How can la you can be sooo pasif all around. Pelik Tina, kau memang pelik.” Geleng-geleng kepala.

“ solusinya?” Tina gigit bibir.

“ asking Hail si pakar cinta.” Lily dah angkat-angkat kening.

“ Hail? Arghh! Tak nak la aku! Tak biasa!”




Tina slide fon dia. Tekan compose message dan mula menaip.

Tina : assalamualaikum. Tengah buat apa ? heh.

Hail : waalaikumussalam. Hai sister!! How are you. Okay aa? Tapi rasanya macam tak okay kan? Tetiba je hantar mesej pepagi buta ni. Nasib baik Hail tak tidur lagi. Study kejap on fizik.”

Tina dah geleng-geleng kepala. Bagus la budak ni. Memang terperinci dia bagi jawapan.

Tina : Tina ada masalah la Hail! Just believe or not, currently I do not know why suddenly I feel shame in front of this-someone-guys-ni.

Hail : ooo my. Are you fall in love sister? Keh keh keh. Who that lucky guy?

Tina : ada la! Hail bukan kenal pun. Tapi, back to the current issue, what should I do?

Hail : tegur dia la! Takkan nak diam je.

Tina : seriously?

Hail : very serious. Kalau Tina tak tegur dia, how come dia nak kenal Tina lebih mendalam. Kannnnn?




Tina masuk ke dalam bilik kuliah 1 di KAE untuk kelas matematiknya. Jam di pergelangan tangannya baru menunjukkan angka 7.50 pagi tapi kelas hampir penuh. Damn! Dia tak tahu nak duduk mana. Dia tercari-cari tempat duduk. Oh, sebelah Azman ada kerusi kosong. Dia pantas menuju ke arah Azman. Azman tidak menghiraukan dia sementelah budak lelaki itu gigih menaip sesuatu pada laptopnya.

“ taip apa?” tanya Tina.

Azman terkejut. Dia pantas menutup laptopnya. “ oh Tina! Terkejut saya. Ingatkan siapa la tadi.” Azman dah sengih-sengih. Dia menyimpan laptop ke dalam begnya.

“err, mungkin tak perlu nak sengih sangat la kan?” sindir Tina. “ taip apa tadi? Surat cinta?” Tina angkat-angkat kening.

Azman gelabah. “ secret. Tak boleh bagi tahu.” Sengih lagi.

“ you are really weirdo.” Tina mengalihkan pandangan dari Azman dan memandang ke hadapan sementelah Puan Suria sudah masuk dan bersedia untuk mengajar.

“okay, hari ni kita akan belajar Partial Fraction. Sebelum saya terlupa, saya ada bagi kamu assignment kan? Dah siap?” tanya Puan Suria kepada seisi kelas. Kelas bising seketika.

“lord.” Rungut Azman.

“ apesal?” tanya Tina.

“ totally forgot about the assignment.” Bagi tahu Azman cuak. “ matilah aku.” Rungutnya perlahan.

“ sila hantar dan kumpul ikut barisan masing-masing.” Arah Puan Suria.

“nah,” Tina hulur kertas jawapan. Azman pandang dia.

“mungkin tak perlu nak tenung saya lama-lama sangat. Cepat la salin!” gesa Tina. “ kalau tak saya hantar je terus.”

“okay.okay.” pantas Azman menyalin jawapan milik Tina.

“ sure you owe me one on this.” Gumam Tina.

“ i’ll treat you soon.” Jawab Azman sambil gigih menyalin jawapan. Senyum.





Tina masuk ke dalam Mid Valley Megamall. Dia nak singgah ke kedai buku kejap. Nak beli something untuk hadiah hari jadi Atilia yang bakal tiba tak lama lagi. Dia gerak seorang je dari UPM sebab dah janji nak date dengan Adelia dekat Mid ni. Bak kata Adelia, nak date sehari bersama bekas Raja Kurshiah. Kekwat jawapan kau kat twitter, Adelia! Heh. Adelia gerak dari UM. Kawannya tu amik Sains Hayat dekat PASUM. Mantap kau Adelia.  Ye la, katanya, nak jadi doktor yang bakal menyumbang kepada negara. Paper je la Adelia. Yang aku tahu, kalau aku nak MC, aku amik dari kau je nanti bila kau dah jadi doktor. Hehe.

Tina menuju ke Food Court Junction di tingkat atas Mid. Dah janji nak makan sama-sama dulu dengan Adelia sebelum berjimba sakan sana sini dekat Mid. Handphone miliknya bergetar menandakan ada mesej yang masuk ketika dia sampai ke food court

Azman : assalamualaikum makwe. Ada dekat mana? Hehe.

Tina dah kerut dahi. Apakah budak ni merepek?

Tina : mungkin tak perlu nak makwe-makwe sangat la. Apesal?

Azman : amboi. Garangnya. Saya ada dekat belakang awak ni!

Tina pantas berpaling. Takde pun! Cett. Dia kena tipu. Terus dia mencari tempat duduk. Azman ni kan, memang nak kena tau!  Handphonenya bergetar lagi.

Azman : haha. J cepatnya dia pusing belakang.

Tina dah kerut dahi. Mamat ni ada kat mana? Kat sini jugak ke? Biar betul. Dia terpusing-pusing mencari. Tu pun! Azman mengangkat tangan apabila nampak Tina memandang ke arahnya. Azman menuju ke arahnya sambil tersenyum lebar. Jangan kata mamat ni nak duduk sini? Mana kau ni Adelia? Cepat la datang!!

“ seorang je?” tanya Azman. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Tina.

Tina hanya mengangguk. “ awak pun seorang je Azman?” tanya semula.

Azman tersengih tak tahu nak bagi reaksi macam mana. “ supposely, saya keluar dengan kawan saya hari ni. Tetiba je dia ada hal. Nak buat macam mana kan, nak marah pun, kawan kita jugak.”

“oh.” Tina pikir-pikir dalam diam. Kalaulah Adelia tibojah membatalkan date diorang ni, mahunya dia mengeji Adelia lepas tu baling kuali bersabun dekat budak tu. Tapi peliklah! Apesal Azman tak sampai hati nak marah kawan dia pulak?

“ makwe ke?” tanya Tina tetiba. Perlahan pulak tu.

“ huh?” azman dah tunjuk muka kelam. Muka Tina blush perlahan-lahan. Sengal kau Tina. Apesal kau jadi budak sengal ni. Tanya pun soalan yang sengal.

“ wrong question. Err, da makan ke belum?” Tina tukar soalan dengan pantas.

“ tak.” Jawab Azman pendek sambil tenung Tina.

Apakah budak ni??? Tetiba je budak ni kata tak. Aku tanya dah makan ke belum,  yang dijawabnya tak la pulak. Apa pasal?

“ maksud saya. Tu bukan makwe saya. Saya takde makwe.”

“oh.” Tina tak tahu nak buat reaksi apa. Holes Inside berbunyi dari dalam kocek seluar Tina. Oh, phone call dari Adelia. Kau memang life saver wahai makcik! Pantas dia menjawab. “ hello assalamualaikum.” Suasana antara Azman dengan Tina sunyi seketika. Hanya kedengaran suara Tina jawab ye, hah, okay-okay, kat mana ea, ataupun,kau dah makan ke belum.

“ okay, aku sampai sekarang jugak.” Gadis itu tetiba je memasukkan handphone ke dalam beg tangan dengan pantas.  “ err, saya pergi dulu ea? Babai!” Tina pantas berlalu. Pantas meninggalkan Azman. Tinggalkan macam tu je walaupun berpamitan. Tina berlalu dari situ sambil dirinya mengutuk diri sendiri. Kau memang nak mati Tina. Memang saja je cari nahas.



#4

Dear diari. Hari tu, Azman kata, dia nak belanja aku makan sebab aku ada bagi dia jawapan untuk assignment math. DAN PERCAYA TAK??? PERCAYA TAK DIA BAGI AKU COKLAT BLACK FOREST!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  dude Diari. It’s my favourite chocolate after all. Seriously, aku macam nak bersorak-sarai je tadi bila Azman bagi  kat aku coklat lepas kelas Fizik tadi. Tapi harus control macho la diari.

Masa tu aku rasa, aku tersenyum sampai nak terbelah dah muka aku sebab terlampau lebar. Sekarang black forest tu aku dah simpan ketat-ketat dalam almari baju dekat bahagian makanan. Hehe. Tak sabarnya nak baham black forest. Yum, yum, yum.




Tina masuk ke dalam bilik. Pftt, hari ni memang letih. Ada lab kimia sampai pukul 5. Mana tak penatnya weh! Kena siapkan lab report masa tu jugak. Dengan jalan kerja yang berbirat susah nak mati, lepas tu kena buat discussion bagai. Haru la aku ni. Kerjanya meniru discussion Faiz si JPA tu je. Tak pun si Din bekas MRSM Merbok tu.

Dia meletakkan beg sebelum pergi ke beranda belakang. Sudah tentu nak mengusha Azman kang Abdullah bermain bola tampar. Heh. Oh! Ada Atilia dan Lizzi jugak kat belakang ni. Bagus! Boleh jugak aku release tension dengan diorang ni. Kedua-dua Atilia dan Lizzi sebelum itu duduk berborak sakan sambil bergosip tahap macam abang ketak melodi je.

“ hey ladies!” tegur Tina ceria. Mata Tina tetiba membulat. Dia nampak Atilia memasukkan coklat black forest ke dalam mulutnya. dan Atilia gigit sedikit.  “ Atilia, tu coklat aku ke?” tanya Tina curiga.

“ni?” tunjuk Atilia. Dia menggigit lagi sambil mengunyah ligat. “ nak?” sua Atilia.

“ weh!” marah Tina. “ apesal amik coklat aku!” dia terus merampas coklat tu lalu berjalan keluar dari bilik dengan berang. Atilia dah kerut dahi tak paham.

“ apesal dengan Tina weh?” tanya Atilia tak paham. “ aku ada buat salah ke?” tanyanya lagi kepada Lizzi.

“ jom cari dia.” Ajak Lizzi. Kedua-duanya pantas bangun.




#5

Sumpah aku malu! Sangat!! Kalau ada cangkul, dah lama aku korek tanah lepas tu kasi kambus. Dah tak nak dah pandang Atilia, pandang Lizzi, pandang Azman sebab malu! ARGHH!!!!!!!!!!!! Malu gilak weh! Mahunya aku terus blush bila dapat tahu perkara yang sebenarnya.




Tina duduk dekat Mamak’s sebab nak online kejap. Dia chat dengan Lily kejap dekat Skype. Sengal betul aku ni. Boleh bantai tersilap. Lepas tu teruk kena bahan. Nasib baik tak sampai pengetahuan Azman lagi. Hanya Atilia dengan Lizzi je yang tahu.




Tina duduk dekat Phoenix sorang-sorang sebab layan perasaan. Dia nampak Atilia dengan Lizzi datang ke arahnya. Nak apa la pulak minah ni. Aku bukan marah sebab apa. Aku marah sebab dia amik barang aku tanpa kebenaran je. Apa ke benda minah ni main suka-suka je amik barang aku. Nak je aku sekeh laju-laju kepala Atilia dengan Lizzi tadi.

Dia gigit sedikit Black Forest itu.

“ Tina, kenapa tetiba kau merajuk ni?” tanya Atilia. “ aku ada buat salah ke?”

Tina buat tak layan. Dia gigit coklat lagi. Atilia menyambung lagi. “ okay,okay. Kau habiskan coklat aku tu dulu baru kau bagi tahu aku okay.”

Tina perlahan-lahan memandang ke arah Atilia.  Atilia pelik.“ kenapa? Dah tak sedap ke tetiba coklat mak aku kirim tu? Dia baru balik dari Langkawi, tu yang dia kirim.”

And the rest is history.




Tina : aku malu gila weh!

Lily : :)) bwahahaha. Kalau aku la. Mahunya aku larik balik rumah sebab malu. Apa ke benda la kau ni.

Tina : nasib baik Azman tu tak tahu lagi. Kalau tak, lagi beriban aku malu weh.

Lily : kalau dia tahu macam mana?

Tina : dia takkan. Aku akan pastikan!

“ awak suka saya ke?” Tina terkejut. Sebagai refleksi, terus dia menutup laptopnya. Azman duduk di hadapan dia. Tetiba je. Entah datang dari mana entah lepas tu terus tanya soalan. Soalan gila pulak tu!

“ apesal pulak tetiba je awak ni?” tina memasukkan laptop ke dalam beg dengan pantas. “ okay, saya nak pergi dulu.” Tina bangun dari kerusi untuk berlalu. “ babai.”

Tak sampai 5 langkah, “ Atilia ada bagi tahu saya.” Tina berdiri tegak membelakangi Azman. Dia gigit bibir. Sah ada yang kena baling kuali bersabun dengan aku ni.

“ takpe, saya tunggu!”

 dan dia terus berjalan pergi. Mungkin Azman tak perlu nak jiwang sangat.




Tina tunggu Lily dekat KFC airport. Hari ni minah tu akan balik dari Vanderbielt sebab cuti summer. Cepat je dah summer semula! Rasa macam baru je dia bebel dekat Lily pasal diari tu dulu. Masa tu pun summer jugak. Tapi tu cerita 4 tahun lepas. Lame story.

Dari jauh Tina nampak Lily lambai dengan semangat ke arahnya. “ lily!! Miss you so much!” mereka berpelukan seketika apabila Lily sampai ke KFC. “ mana anak kau Lily?” tanya Tina. Dia menguak rambut ke belakang “ suami tercinta?” Tina dah senyum meleret.

“ anak aku ada dengan suami aku. Diorang pergi tandas kejap.”

“ eh? Ke kau saja je tak nak kasi aku jumpa anak kau tu. Oh come on la sis. Suami kau tu pun , takkan nak sorok jugak. Aku kenal jugak. Kau sorok dorang dalam bagasi ya.” Canda Tina.

Gelak!

“sumpah aku rindu kita borak macam ni. Da lama kan tak buat pillow talk bagai. Miss teen year so much!”

“ aku pun.” Ia Tina. “ Lily, aku nak bagi tahu kau something.”

“ apa dia.”

“ err, aku sakit. Dah tak lama dah weh.” Sayu.

“ homai. Apesal weh.” Lily tumpu perhatian dekat Tina. “ kau sakit apa? Kenapa tak bagi tahu aku. Aku kan bestfriend kau. Sampai hati kau buat aku macam ni. Ni pun aku balik, kalau aku tak balik, memang aku tak tahu la kan.” Bebel Lily. “ now, tell me. Kau sakit apa ni?”

Lambat-lambat Tina meletakkan jarinya ke atas meja. “Cuba kau tengok jari aku ni.”

Lily tilik dan tenung dalam-dalam jari Tina. “ takde apa pun. Kenapa? Ada ketumbuhan ke? Jangan kata kau ada kanser.” Lily tarik nafas takut.

Tina tunduk pada meja sebelum memandang ke arah Lily “aah. Ada ketumbuhan.” Akui Tina. Dia mengangkangkan kelima-lima jarinya pada sebelah mukanya.  “ nampak tak ketumbuhan tu?” Tina tunduk pandang meja semula sambil jarinya statik seperti tadi.

“ sorry weh. Aku tak nampak apa-apa pun.” Maaf Lily. “ aku just nampak cincin je... cincin? Apesal tetiba kau pakai cincin? Kau dah bertunang ke weh?!!!!!!!! ” teriak Lily tetiba. Semua warga KFC pandang ke arahnya. Dia tak amik peduli.

Tina tersenyum girang. “ memang besar ketumbuhan kau tu. Bercahaya lagi!” kedua-duanya gelak. “ aku dah percaya sakan tau tadi! Kau ni kan. Haila, haila. Buat aku cuak tau! Bila kau tunang weh? Sampai hati tak bagi tahu aku!”

“surprise!” Tina dah gelak. Seorang lelaki duduk di tepi Tina.

“err,” lily dah kerut dahi. “ tunang kau ke?”

Lelaki tadi dah senyum.  “ yap!” jawab Tina. “ tadi dia pergi tandas kejap. alang-alang dia pergi tandas, lepas tu pulak, kau pun sampai, memang best la aku buat drama kat KFC ni." gelak.

"this is Azman Kang Abdullah. Azman, this is my ever best friend and ex gangster of SMK Raja Kurshiah, Lily Nadia.” Perkenal Tina. Sengih.

Lily pun sengih juga. “ oooo howie. Ni la rupanya Azman ea?” tanya Lily. Dia ternampak suaminya dari luar KFC dan pantas melambai memanggil. Suaminya datang menuju ke arahnya bersama seorang budak kecik lebih kurang setahun dalam dukungan si suami.

“ Tina!” tegur si suami teruja. “ lama tak jumpa kan!” dia duduk di sebelah Lily. Tina mengambil  budak itu. “ memang berubah dah. Oh hai, suami Lily dan kawan Tina jugak .” Dia bersalaman dengan Azman. Azman pandang Tina.

“ kawan masa sekolah.  comelnya Zara ni!” puji Tina. Dia dudukkan anak Lily atas ribanya. “ berapa bulan ea?”

“ 11 bulan.” Jawab Lily senyum. “ eh? Bila korang nak langsung ni?”

“ insyaAllah at the end of this month.” Jawab Azman.

“ eh? Cepatnya. Bila korang tunang?”

“ semalam.”

“ serious?”

“ sangat.” Jawab Tina. Dia pandang Azman, “ nak tunggu lama-lama pun buat apa kan?” azman tersenyum jugak.

Lily pandang suaminya sambil berbisik setelah Azman dan Tina galak mengagah Zara. “ abang, kita nak bagi hadiah apa ea?”





Tina telefon Lily. Ketika itu dia duduk menghadap pantai bersama suami tersayang. Jarinya terakam kemas dalam genggaman Azman pada pergelangan yang lagi satu.

“ hello assalamualaikum.” Kedengaran suara Lily pada corong sebelah sana.

“ waalaikumussalam. Thanks for the holiday!!” bagi tahu Tina teruja. “ i love you Lily!” terus dia matikan handphone dan letak ke tepi. Tina sengih.

“ sayang Lily je? Yang genggam tangan ni, sayang tak?” tanyanya.

Tina senyum.  “ sayang sangat!!”




#987

Dear diari. Dah nak dekat 1000 dah ea sejak kali pertama aku menulis kat kau. Banyak dah cerita yang kau tahu pasal aku diari. Toooo a lot. Sebenarnya aku nak bagi tahu, aku rasa cerita aku ni macam cerita dongeng! Heh. Macam cerita novel pun ada. Walaupun tak setragis ombak rindu si Izzah Amir itu, tapi aku still suka jalan yang Allah coretkan untuk aku.

Dear diari,

Aku dah tahu dah apa yang Azman taip masa aku duduk kat sebelah dia dalam kelas math dulu tu. Tak ingat dah diari? Kau ni teruk tau! Alaaaa, yang hari Puan Suria mintak assignment math tu. Dah ingat? Kan Azman ada taip somethin. Ehem, ehem, rupanya-rupanya dia ada buat cerpen untuk satu blog tu. And believe or not dia guna nama aku. Tina Rania Binti salehuddin. Sebab dia kata nama aku sedap! Bwahaha. Sangat la aku rasa terharu. J

Diari,

aku rasa, memang jodoh aku dengan Azman buat selama-lamanya. Only aku dengan Azman dengan izin Allah. Hopefully, kisah kitorang akan terus tenteram tanpa onak dan duri. *eceh wah! Onak duri bagai la kau ni! Haha. Sejak tahu Azman tulis novel dengan cerpen, terus je nak guna bahasa sastera kat diari ni*

okay. Got to go. Selamat malam diari. Selamat malam semua. Ingat tau diari, ni kisah aku dan kau je. Kisah Inche Diari dan Tina Rania Salehuddin sahaja. Nyte fellas.

Assalamualaikum.

************************************************************************

okay. only that from me! I hope each of you enjoy this story. heh. wait the other story from the others. if you like it, yes! you may share it to your friend and tell everybody about this. heh. okay. I've got to go. till the end. good night.

May Allah bless us :)

assalamualaikum. 

p/s
by the way, my name is N. 

8 comments:

  1. heh penulis!cerita yg menarik..^^

    ReplyDelete
  2. tersengih dpn lptop memanjang,,haha,,cool..

    ReplyDelete
  3. Suke gaye penulisan awk..sempoi,n dats make it 'real' dan dkt di hati..hehe
    Everyone surely had crush on sumone,tp crush menjd psgn hdp,sgt la beruntung..sume balik pd jodoh yg Dia dh tentukn =)

    ReplyDelete
  4. aaaa~~ heihiohiu.. pmulaan tu mcm kisah benar ttg dr sy sendiri la pulak huhu~~ mmg sama la..hahahaha..tapi tak la nak tulis dalam diari.. kang ada yang jadi stalker kat diari aku nanti..-- saya dgn dia mmg x prnah borak, pandang-2 pon tak*tp sy slalu je nk pandang dia*-- bila bpandangan, homaih, jantung ni, cepat-2 je bdegup, sengsara sungguh.. sbb tu aku x prnah boleh nk betentang mata ngan dia..~~~ ending kisah aku ni..emm.. entahlah..adakah sama dengan cerita si Tina ni atau tak.. kalau sama.. ekekekeke~~` I LOVE IT~!!!!!

    ReplyDelete

 
;