From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 2 October 2013

Izaat

Kopiahnya diletak kemas atas kepala. Seiring juga kakinya melangkah sederhana laju. Walaupun masih awal, langkahnya memang diatur laju. sudah biasa. Tangga didaki. Azan subuh belum lagi berkumandang, namun Afiq dah pun tiba disitu. Masjid wakaf dalam kawasan tempat tinggal dia. Sangatlah nikmat bila duduk berdekatan dengan masjid. Senang untuk dia beribadah. Alhamdulillah.
Dahinya berkerut. Lampu masjid dah terpasang. Siapakah? Tapi bahagian saf perempuan je. Mungkinkah ada jemaah wanita?  Lalu Afiq menghentikan langkahnya untuk masuk kedalam. Punggung di labuhkan di kerusi luar ruangan solat.
                “assalamualaikum.” Afiq menoleh. Senyuman dihadiahkan kepada bilal masjid. Johan Abdullah, atau lebih mesra disapa Johan, membalas senyuman. “Afiq, why are you here? Why don”t you get inside? The door locked?”
                “no.” Afiq geleng.” “I think there”s a woman inside the mosque.” Johan menjenguk ke dalam seraya kepalanya mengangguk
                “ok, let”s get inside. Afiq, can you perform azan today?” Afiq memandang tepat pada  Johan. Lama. Kemudian, dia angguk. Senyum. Senyum lagi. Semoga diterima Allah. Insyaallah.

---
                

Dah masuk hari ke dua dia tidur lewat. Segala jadah assignment, tutorial dihentam dalam masa dua hari ni. Walaupun due lambat lagi, tapi dia tak mahu bertangguh. Takut lalai pula nanti. Jarinya mengurut pelipis dahi. Dah menebal rasa penat ini. tak pelah Afiq, sabar. Ada hikmahnya. Sabar ea Afiq. Dia bangun lalu menuju ke dapur. Peti sejuk dibuka. Tangan mencapai bekas aiskrim. Ni kalau, tengah mengantuk tahap intergration ni. Ah sudah, ni lah bahana mengadap buku berasaskan nombor. Ececeh. Bekas dibuka. Mata tersenyum melihat selautan perasa coklat dalam bekas warna coklat tu. Sudu dicapai, lalu kaki membawa ke arah luar pintu rumah. Hari ini hari jumaat, hari apabila dia bersendiri lagi. Teman serumah semua keluar berjalan. Dia sahaja yang menebalkan hati untuk tinggal di rumah. Bukan tak mahu, cuma secara rasional nya, kerjanya banyak menunggu, tak mahu dia bertangguh.  Tak berbaloi rasanya. biarlah aku ditemankan cahaya bulan malam ini. Afiq memujuk dirinya. Sudu mencedok aiskrim, lalu disuapkan ke dalam mulut. Nyaman.
Matanya menangkap satu corotan cahaya lampu kereta. Bukan berhenti depan rumah dia, tapi rumah jiran. Selang dua rumah dari dia, ada pelajar duduk. Sama tempat belajar dengan dia, mungkin. Cuma, dia tak pernah tahu siapa empunya tuan yang menyewa disitu. Sadis? Tak, Cuma jirannya tu pun tak selalu lekat dirumah. Dan dia pun seorang penyegan yang amat untuk bertandang ke rumah jiran. Sebelah rumah yang dia sewa, belah kanan milik satu keluarga melayu, belah kiri milik pasangan yang baru je berkahwin awal tahun hari tu. Tu saja yang dia tahu pasal jiran dia. So, nampaklah sangat yang Afiq ni teroverdose sifat pemalunya.  Matanya melihat jam dalam rumah, pukul 1.30 pagi. Cepat dia melangkah ke dalam rumah. Sempat juga dia mengerling ke arah rumah tadi, matanya menangkap dua susuk tubuh masuk menuju ke dalam. Oh, family yang duduk situ.  Afiq masuk, lalu pintu di tutup.

---

                “Afiq, esok jom pergi pusing town. Nak beli barang dapur. Peti dah kosong.” Afiq yang baru selesai menyapu memandang ke arah Zikril, teman serumahnya. Dia angguk.
                “boleh, insyallah.”Zikril angguk. Hari ini, Zikril dan Afiq sahaja yang memerap di rumah. Fakhrul serta Daniel ada group discussion di kolej. Afiq membawa penyapu ke dalam, digantung di sebelah pintu.
                “Zik, yang jadi jiran kita tu, a family. Mungkin ada perempuan. “ Zikril berkerut.
                “mana kau tahu?”
                “sebtu lepas aku ternampak. Tak nampak jelas pun muka. Jauh kan.” Zikril angguk. Mahunya dia tak pelik? Afiq ni pemalu yang amat. Tentulah dia tak menegur jiran sebelah. Sedangkan kalau lalu depan sekumpulan pelajar perempuan pun dia tak mahu, ni kan pula  nak menegur jiran. Nak suspect Afiq ni skodeng, memang tak logik lah. Tahu dia Afiq ini perihalnya bagaimana. Tak mungkin Afiq skodeng orang, lebih-lebih lagi yang bukan mahram. Memang luar alam!
                “jadinya, susahlah nak diajak beraya bersama, kan?” Afiq senyum. Zikril juga.
                “kau ni. Dah fikir raya pula. Puasa pun belum singgah.”
                “heh, puasa minggu depan kan?” Afiq angguk. Dah masuk tahun ketiga dia di bumi ini. tahun ketiga juga dia berpuasa di tanah orang. Rindu dia pada Malaysia.
                “tak sabar nak berpuasa.” Zikril angguk. “tahun ni, aku nak semua cukup terawih tau!” Afiq dah tunjuk amaran. Siaplah semua kalau tak turun terawih. Dia sunatkan buat kali kedua nanti. Zikril sengih. Afiq geleng.

---


Langkahnya di atur perlahan. Kepala dah serabut dengan pelbagai formula untuk di ingat. Di tambah pula bila lecturer menolak kerja projek nya yang terakhir, menyebabkan dia risau akan keputusan peperiksaanya nanti. Takut sungguh kalau dia tak boleh balik. Ya Allah, bantu lah hamba mu ini. Afiq bersuara alam hati.
Pintu diketuk.
                “come in.” suara dari dalam menerjah gegendang telinga. Semangat dikumpulkan. Bismillahirahmanirrahim.
                “sir, can we talk?” Sir Antony angguk. Lalu Afiq melangkah menuju ke mejanya.
                “have a sit, Afiq. What is your problem?”
                “about my project, is there any problem?”
                “oh, nope. Is just because there is another student also constructs the same project like you. So, I have been rejected both of your proposal.”
                “then? What should I do? Can”t you accept one of us?”
                “well, what are you worried about, boy?”
                “due to this project is passed, so I am afraid that my marks will be deduct.”
                “less worry Mr. Afiq, your mark is still can be count if you construct another project. I will give you extra time until this end of month. Can you?” Afiq menarik nafas lega. Lalu dia angguk. Alhamdullilah.
                “I will sir! I am pleasure to do that. You can count on me.”
“Mr. Afiq, why don”t you construct a project about The parabasalid Trichomonas vaginalis.”
“ great idea. Insyallah.”
                “insyallah. Is there anything more?”
                “no sir, thank you. assalamualaikum”
                “you are welcome. Waalaikumussalam.” Afiq pantas berlalu keluar. senyuman terukir di bibirnya. Alhamdulillah.
Pantas kakinya menuju ke library. Dia ada tugasan yang perlu di selesaikan.
                “excuse me, where can I found a book about Diplomanads and Parabasalids?”
                “I am sorry, but the book has been taken teo days ago. Based on the information here, sir.”
                “Is there any left?”
                “I am sure there is no left.” Afiq menggigit bibirnya.
                “for how long the person keep the book? Can I know?”
                “emm, well, she keep it until the end of this month. Is that book really important to you right now?” Afiq angguk. “if you really want that book, I can give her number to you.” Afiq berfikir sejenak. Mahu? Segan. Projek? Allah. Afiq angguk. Allah, permudahkan jalan ini. kertas bertulis nombor telefon bertukar tangan. Afiq senyum.
                “thank you.” Lalu dia berlalu. Tangan membuka kunci mangga basikal. Basikal dikayuh menuju ke Garden Park. Basikal di letak di tempat parking basikal, lalu diri dibawa ke meja berdekatan dengan pokok. Afiq duduk. Tangan menyeluk poket. Kertas yang bertulis nombor telefon di buka. Mata membaca nombor. Sigh.

---

Hari ini dia duduk di luar lagi. Menghirup udara dingin sambil ditemani tafsir quran. Selesai solat terawih, pantas dia balik. Laju saja langkah Afiq pulang ke rumah. Zikril, Fakhrul dan Daniel pula yang tertinggal di belakang. Tangan menggenggam henset. Kemas. Pemilik nombor tadi belum lagi membalas mesejnya. Hampa sedikit saat dia tiba di rumah bila lihat skrin tidak tertulis mesej atau missed call.
                “Zik, tu. Apasal tu?” Zikril membawa mata ke arah muncung Fakhrul. Bahunya di angkat isyarat “tak tahu”.
                “lah, kan kau yang selalu duduk rumah.” Daniel pula bertanya pada Zikril.
                “hamboih, hang pa ingat aku duk umah ngadap muka dia sorang ja kah? Banyak kerja lain aku buat tau dak?”
                “tak perlu lah cenggitu.” Fakhrul angkat tangan. Kini, mata Daniel dipandang. Lama.
                “dah kenapa pulak kau tenung aku macam tuh?”
                “kau pergi lah tegur. Kut-kut dia nak bagitahu.” Daniel pandang Afiq. Afiq masih lagi ligat makan aiskrim kat luar rumah. Dah kerja gila lah kalau time ni, saat ini, waktu ini, duk pi makan aiskrim kat luar rumah. Tadi masa Afiq pegang tafsir, bolehlah dia considerer nak membaca sambil amik angin luar, la ni, dah aiskrim pula, tak ke pelik sungguh? Daniel bangun melangkah. Berat sebenarnya, tapi fikir sebab member kan. Haish, apa pun tak boleh.
                “bro, asal? Nampak serabut der. Ada problem, kasi cerita lah. Ini, along, boleh kasi settle punya.”
                “nothing lah.”
                “kau nak auta siapa sekarang ni Afiq? Ni?” jarinya menunjuk ke arah aiskrim di tangan Afiq. “pe kejadahnya kau duk luar sambil melantak benda ni? Kut kalau nak dapat cuti sakit, ajak lah ramai-ramai. Boleh lah kita sama-sama sakit.”
                “banyak lah nak cuti sakit. Aku bukan macam kau, sibuk nak cuti.”
                “amboi ayat. bro, susah sama susah, senang sama senang. Come on. Asal kau?”
                “proposal projek aku.”
                “ha, kan prof dah bagi second chance, so, pe ke hei nye yob?”
                “tu lah pasal. Dia suruh aku buat pasal The parabasalid Trichomonas vaginalis.
                “dah tu?”
                “aku pergi library tadi, nak cari buku pasal benda tu lah. Tapi dah ada yang amik dulu. Dah tu pula, takde yang lain. Ni yang serabut.”
                “okeng, pe nak kecoh bro? web kan ada. Semua di hujung jari lah.”
                “kalau lah boleh. Projek ni kena rujuk buku je lah. No website. “
                “ok, tu kau boleh pening. Dah tu, dari tadi duk menjeling phone cabuk tu kenapa? Takut nak call prof? lek ah, prof mungkin akan benarkan kau buat pasal topic lain,, kan??”
                “tak lah, aku text budak yang ada buku tu. Dari tadi tak balas. Ni lah yang runsing. Due projek bukan lama mana pun.”
                “hok aloh! Sikit punya hal lah kawan. Telefon lah. Apa susah. Tak de kredit? Nah amik phone aku. Call lah. Habis cerita. Itu pun nak pening. Hadoi.!” Daniel dah bangun, ingin masuk ambil phone di dalam. Isyarat jari tanda “settle” di tunjukkan pada Zikril dan Fakhrul. Daniel buka langkah.
                “tapi Daniel, budak ni perempuan.” Satu pukulan di dahi dari tangan sendiri singgah di dahi licin Daniel. Ok, ini masalah besar punya. Isyarat dari Daniel ke Zikril dan Fakhrul menyebabkan  mereka berdua bergegas ke pintu rumah. Cerita di buka, tapi bukan di kedai kopi. Habis cerita, masing-masing tepuk dahi. Afiq masih runsing.

---

Jannah masih mengadap lappy di ruang tamu. Mata dah menari tarian aloha, tapi dia masih berkeras nak suruh kelopak mata ni bertahan lagi. What, so you think you can dance lah ea mata? Ada aku kisah? Abah dah lama berdengkur dalam bilik. Dah setahun setengah lamanya dia duduk UK ni. Rindu dia kat Malaysia. Apa cerita lah kan? Huhu, rindu Malaysia, sangat-sangat.
Jari masih pantas berlari atas keyboard. Chatting dengan orang Malaysia ni memang takkan senang nak berhenti. Hehe.
^mie : ngantuk2, nk tido sudh.
^pakcik_ensem : xde life ah.
^mie : ngantuk ngek.
^pakcik_ensem : sok bkn ad class pung
^mie: ad aku kesah? Chiou! *hugs*
^pakcik_ensem : “assalamualaikum” hang mana lari?
^mie : uih! Sorry na. assalamualaikum.
^pakcik_ensem : waalaikumussalam. =)
Pelipis diurut perlahan. Lappy di tukar ke status sleep. Ok, let”s sleep ea lappy. Badan dibawa atas katil. Bantal dipeluk erat.

Sahur sudah, subuh sudah. Jogging sudah. Kemas rumah sudah. Hurm, nak buat apa lagi ni? Mata Jannah dibawa ke arah buku setebal buku telefon warna kuning. Dulu-dulu punya kenangan. Senyum. Kemudian dia menepuk dahinya.
                “Abah, ada kredit lebih? Nak guna phone jap.”
                “ada dalam laci dalam almari dalam bilik.” Jannah berkerut. Dia geleng. Abah ni pun satu, bagi ayat bukan nak letak tanda koma ke, seru ke, noktah ke. Main aci redah je. Nasib baik lah anak dia ni tak lambat pick up. Kaki menuju ke bilik. Tada! Jumpa pun. Phone abah dicapai. Nombor yang tertera atas skrin phone miliknya disalin atas skrin abah punya phone. Punat dail ditekan.
+hello.
=meet me at the park.
+hah?
=I”ll be waiting for you at the Garden park.
+who are you?
=oh, sorry. You the one who text me, asking about the book, right?
+oh, yah! Ok. We will meet at the park. What time?
=evening.
Talian dimatikan. Jannah letak balik phone, lalu dia menuju ke dapur. Nak tolong Encik Idris prepare kuih raya. Jangan pandang abah sebelah mata tau! Ni lah dia lelaki melayu terakhir. Hehe.

---

Zikril geleng. Punyalah haru kawan yang dia ada. ada ke patut aku pulak yang kena datang park,teman, semata-mata nak amik buku dia. Choih! Memang pemalu tahap dewa 18 punya kawan dia dapat! Yang budak nak bagi buku ni tak sampai-sampai lagi pekehalnya pula. Hadoi!
+hello, what that you wear? I don”t even know your face.
=err, I wear purple shirt.
+oh, are you that guy? Standing near the slide? With your brother who is wearing kopiah?
=ha? err, yes I am. Where are you?
                “assalamualaikum. Am I right?”
                “waalaikumussalam.” Afiq dan Zikril menjawab serentak.
                “malaysia?” mereka angguk. Mulut seperti terkunci.
                “maaflah, saya dah lama sampai, Cuma saya tak tahu awak siapa. Tu yang duk mencari. Ni buku yang awak nak.” buku diserahkan, tapi bukan pada Afiq, pada Zikril.
                “ha? Bagi saya?”
                “awak kan? Tadi cakap awak pakai baju purple. Berdiri sebelah abang awak yang pakai kopiah ni. Kan?” Zikril pandang Afiq, lama. Kemudian dia angguk.
                “ha? Yes, saya. Sorry, I”m just stunning.”
                “what reason?”
                “you.” Jannah senyap. Ah, sudah lah. Romeo Malaysia pun ada juga kat sini ea. Dunia, dunia.
                “sorry, romeo. Got to go. Assalamualaikum.” Laju je Jannah lari, meninggalkan Zikril dan Afiq. Zikril sengih. Ok, budak itu sangat cantik. Afiq tak lepas memandang. Memerhati sehingga gadis itu tidak kelihatan. Nafas ditarik, dalam. Tanggannya meraba janggut di dagu. Mungkin sebab ada ni kut. Masing-masing layan perasaan. Hanya bila azan berkumandang, barulah diaorang sedar dah maghrib. Dah masuk waktu berbuka, dan mereka masih di kawasan park ini. Pantas kaki melangkah pulang.

---

                “nasib baik cepat. Kalau tidak, habis popia basah ni kau orang bedal.”
                “yang lambat balik ni pesal Zikril?” Daniel dah kerut. Pelik juga dia tengok budak dua ekor ni lambat sampai rumah. Nak kata sesat, dah bertahun duduk sini, takkan sesat pula. Nak kata park jauh, tak. Dekat je. Sebelum sampai kolej, lalu park, so dekat juga lah park dengan rumah. So?
                “ha, cakap pasal lambat, kau tahu tak kitaorang pergi mana tadi?”
                “ye tahulah. Temankan tu, pakcik tua tu pergi amik buku. Dah tu?”
                “uih, kau tahu Fakhrul. Untung aku pergi tau!” Zikril dah sengih-sengih. Daniel kat sebelah dia dah pandang pelik. Fakhrul dah boleh tangkap maksud Zikril tu. Afiq yang baru je keluar dari dapur sambil bawa pinggan untuk letak lauk yang dibeli Fakhrul tadi, hanya senyap. Tak mahu dia bersuara. Cukuplah dah ada tukang karut dalam rumah ni untuk bercerita.
                “budak perempuan tu cun?”
                “tepat sekali Encik Fakhrul!” Daniel dah geleng.
                “sangat cantik ke? Kau ni, “cantik” pada kau definisi nya lain macam. Perempuan yang pakai yang menyeksa semua kau nak cakap cantik.”
                “uih! Tarik balik kata-kata kau sahabat ku Daniel.”
                “asal?” Fakhrul dah berkerut. Matanya tetap memandang Zikril yang asyik tersengih.
                “that girl stunt me by her smile, look and voice. And she is not girl yang pakai seksi kejadah tu semua ea. She is bertutup lengkap, and also Malaysia.”
                “ok, kau sungguh pelik. Baru jumpa sekali kut”
                “know what Fakhrul? I think I’m in love.”
                “kau Zik, biar benar?”
                “betul lah Daniel. This girl is the one!” pinggan yang Afiq pegang jatuh. Semua mata tertumpu pada dia. Mata paling mencengkam pandangan adalah Daniel. Air liur, Afiq telan. Payah sungguh. Perit rasanya. “ha, you know what. That girl also taught that Afiq ini abang aku. Ha! Sebab janggut tu bro, semua ingat kau dah tua. Haha”
                “yeh, you were right. Hehe.” Afiq senyum. Kelat. Daniel dah dapat tangkap. Fakhrul masih melayan cerita Zikril yang dah mula gila bayang. Adush, sungguh lah.

Selesai makan, masing-masing terus bersiap nak ke surau, terawih.

Afiq sibuk mencatat apa yang patut. Dia dah janji nak pinjam buku selama 5 hari je. Even though that girl tak kisah dia nak pinjam berapa lama, tapi dia tak mahu pegang barang orang lama-lama. Lagi-lagi simpan barang that girl. Sigh.
                “assalamualaikum. Kacau boleh?” Afiq toleh, kemudian dia senyum.
                “boleh, nak kacau apa? Sini tak buat air pun nak tolong kacau letak gula.” dia pandang Daniel sambil senyum.
                “kut kalau awak tu sibuk pun, beringat lah juga tidur tu penting.”
                “projek der. Tak mahu aku tangguh.”
                “sahabat, Allah itu menciptakan siang untuk bekerja, malam untuk berehat.”
                “tapi, ada juga kata yang berqiamulail itu kan bagus, sahabat.”
                “berqiamulail memang bagus. Tapi kalau tak tidur dulu, macam mana nak buat solat tahajud, kan?”
                “ok, surrender. Hehe. Yang kau ni tak tidur lagi, kenapa?”
                “nak masuk tidur lah ni. Singgah kejap perhentian rehat kawasan dengkil.”
                “senget sungguh. Ye lah, kejap lagi aku masuk tidur. Ea?”
                “beb, aku kenal kau dari kita sekolah menengah. Membawa ke intech, kemudian ke sini. Dah lama aku kenal kau. Jangan nak auta.”
                “ai ai my friend. Aku kemas sekarang ea.” Afiq bangun, susun buku ke tepi. Pananda buku di selit kat buku. Pen dan semua alat tulis di simpan dalam bekas pensil. Kemudian dia bangun, menuju ke katil, lalu baring atas katil. “puas hati?”
                “tak.”
                “lah, apa lagi? Nak aku tidur, berdengkur, baru puas hati?”
                “tak.”
                “habis tu, sampai mana kau baru nak puas hati?”
                “sampai kau cerita the girl yang buatkan kau leka even maghrib dah dekat. Yang buat kau hampir nak pecahkan pinggan masa nak berbuka tadi. Yang buatkan Zikril gila bayang. Aku nak tahu siapa the girl.”
Afiq mengeluh. Kemudian dia pandang Daniel lama.
                “what past is past. There comes the future. Let”s Allah guide all of us. Puas hati?”
                “up to you lah bro. bila-bila kau nak cerita, kau tahu nak cari siapa kan?”
                “ok bro. thank you for concern.” Daniel berlalu keluar dari bilik. Matanya hanya memerhati Daniel hilang dari pandangan. Dia mengeluh. Tafsir atas meja dicapai.

---

Hari ini dia balik awal. Tangan rasa lenguh gila sebab membawa barang dari Le Market. Habis kelas, laju dia memandu ke supermarket. Pagi tadi abah cakap yang malam ni ada tetamu nak berbuka sama-sama. Terawih sekali bersama. Orang Malaysia katanya. Haih, punyalah baik abah kesayangan ni, sampai orang baru jumpa semalam dah terus nak ajak datang rumah. Sungguhlah. Mesej dari abah dia buka.
                >adik, masak lauk orang Malaysia ea. No pasta. No salad. Abah nak lauk asam pedas dengan sayur kalian ikan masin. Kalau boleh add some ayam goreng berempah, also sambal udang. And add lah more lauk, tetamu kita empat orang. Tq.
Jannah geleng. Punyalah! Demand nak lebih.grr. grr.grr. dia mengerling jam di dinding. 5 minit lagi baru asar. Siapkan dulu lah barang-barang nak masak. Nanti baru mandi, lepas solat, baru sambung. Kan? Hai lah Mie, suka benor kau cakap sorang-sorang. Sungguhlah kau forever alone! Haha.
Tinggal sambal udang je belum siap, yang lain dah cantik hidang atas meja. Dari dapur, dia boleh dengar pintu rumah dibuka. Confirm abah dah balik.
                “harumnya bau.”
                “tengoklah siapa yang masak.”
                “tengoklah siapa cikgu yang mengajar, kan?”
                “siapa? Abah? Mana, bila pula adik belajar masak dengan abah?”
                “eh, bukan ke?”
                “tak, orang belajar dengan cikgu Kemahiran Hidup.” Encik Idris berkerut. “apa? Masa sekolah menengah adik kan belajar Ekonomi Rumah Tangga.” Hehe.
                “auta sungguh. Dah, abah nak pergi bersiap. Kejap lagi tetamu nak sampai.”
                “abah, lelaki ke perempuan ke campur?”
                “lelaki.”
                “sahaja?”
                “sahaja.”
                “ha? Abah, serious?”abah angguk sambil senyum bermakna, kemudian terus menuju ke bilik. Jannah dah kalut. Hamboih! Masaklah aku, semua lelaki, malu lah. Dah la aku ni pemalu yang amat! Eceh, menipu je kau. Hehe. Takde, takde. Malu siot! ni mesti abah nak kenenkan aku ni. Hailoh. Pantas Jannah menyiapkan lauk terakhir. Kepala dah serabut, pening sebab menghadap rancangan spontan abahnya. Memanglah, patutlah beria-ia suruh aku masak. Haih!
Waktu berbuka hampir tiba, tetamu dah sampai, dia? Jannahtul Fahmi Bt Idris masih lagi duduk melanga atas katil. Haduih! Segan sungguh dia.
                “uit, takkan tang nak berbuka pun nak forever alone?” suara abah di luar pintu menyebabkan phone di tangan terlepas.
                “ha, azan nanti orang keluar.”
                “jangan tak turun pula.nanti tak berbuka.”
                “ai ai sir.” Encik Idris kat luar berlalu sambil geleng kepala. First time dia nampak anaknya jadi tersangatlah pemalu. Haha. Baru tahu.
Hati rasa panas je bila dengar abah cakap macam tu. Hish, macam mana ni? Takkan nak duduk kat sini je. Takkan aku tak berbuka. Masak lah aku. Haish! Tapi malu lah! Takkan nak ngadap diaorang macam tu je. Kut lah kalau ada “adam” untuk aku, mahunya aku nak terus jumpa dia macam ni? Dengan jerawat paling besar dekat bibir.ni, dah lah merah menyala. Sungguhlah abah, tang ni juga nak dibawanya calon menantu. Haish! Tang ni juga la jerawat ni nak tumbuh. Hailoh! Jannah dah membebel sorang-sorang. Phone yang jatuh dicapai kemudian matanya memandang wallpaper yang dia setting di phone. Kemudian Jannah rasa yang mentol lampu dah ada atas kepala tengah menyala bersinar-sinar. Dia senyum. Terbaik punya senyum.
Mata Encik Idris buntang bila lihat anaknya turun. Tang tu juga lah azan pun berlagu. Jannah yang turun hanya senyap dan terus senduk nasi. Tetamu serta Encik Idris sendiri terkunci mulut bila tengok bunga di taman rumah ni. Hahaha.  Jannah ketawa besar, dalam hati lah.

---

Fakhrul dari tadi tak berhenti bercakap pasal anak gadis Encik Idris. Zikril yang setia mendengar kadang-kadang mencelah, ingin menangkan gadis yang dia jumpa di Garden Park masa nak pinjam buku bagi pihak Afiq. Afiq dan Daniel kekal senyap, tak mahu masuk campur. Tapi Afiq lah yang terlampau senyap sejak dari rumah Encik Idris. Nasib baik tak jadi apa-apa macam yang dia bayangkan  selepas dapat jemputan mengejut dari Encik Idris untuk berbuka dan bertarawih bersama di rumahnya. Pertemuan di masjid ketika bertarawih bersama menyebabkan Encik Idris ni beria-ia suruh datang rumah.  Sungguhlah dia terasa tulang belakangnya macam nak lari dari kedudukan asal bila melangkah masuk rumah Encik Idris. Tak sangka dia yang selama ini jiran dia yang dia tak pernah nak kenali tu adalah orang yang nak sangat dia larikan diri kalau terjumpa. Hadoi.
                “sudah-sudah kome berdua ni. Zikril, budak yang kau gila bayang tu pun, kau sendiri tak tahu nama dia. Fakhrul, anak gadis pakcik tadi tu pun kau tak tahu nama dia. So, kome tak perlulah nak duk sibuk berangan nak bising gaduh pasal perempuan yang kome pun ntah dapat ntah tidak. Ea? Sudah, tidur jom. Afiq pun dah lama masuk bilik.”
                “alah, Daniel cakap je lah kau pun berminat.”
                “takde maknanya. Tunang aku yang jauh di mata dekat di hati nak campak mana?”
                “untunglah kan dah jumpa teman hidup.”
                “tu lah, lain kali merancang masa depan tu awal-awal.” Zikril dan Fakhrul mengangguk setuju. Daniel dah bangun kemudian berlalu untuk tidur. Kakinya berhenti depan bilik Afiq.
                “uih, 24 jam hentian rehat ni buka ea?”
                “ha, memang. Nak apa ea? Boleh saya tolong?”
                “kut kalau ada nasi lauk hati, saya nak boleh?  sebab ada kawan saya kat rumah ni suka sangat makan lauk hati pedih. Sejak dari MRSM nun.”
                “hehe, apakah kau? Bila masa aku makan hati?”
                “leh, macam aku tak tahu.”
                “bro, lauk kut yang sedap pun nak dimakan, bukan lauk hati pedih ok?”
                “oh, then, lauk apa? Asam pedas dengan sambal udang? Hehe.”
                “what? Ok, sungguh tak aci.”
                “sedap kan lauk tadi? Agak, siapalah yang masak?” muka Afiq dah merah. Blushing barangkali. Daniel dah sengih. “lain kan dia?” Afiq angguk, kemudian senyum.
                “sangat lain. Tersangat lain.”
                “agak-agak dia cam kita?”
                “kau, dia cam kut. Aku, tak.”
                “sure?”
                “yup men, dia tak cam aku.”
                “How come you can be so sure?”
                “ingat budak yang aku pinjam buku tu?” rahang dah jatuh, Daniel macam tak percaya.
                “sungguh?” angguk. “tapi asal Zikril macam tak kenal?”
                “tu lah yang pelik. Tang aku jumpa hari tu, dia takde lah berpurdah.”
                “oh, patutlah tang hari tu juga dia boleh lupa nak berbuka. Heh.”
                “cakap baik sikit. Mana lupa.”
                “then? Heh, speechless ha?” Afiq geleng. Senyum lagi. “zaman dulu-dulu. Haha. Agak, kalau dia tahu kau kat sini, apa reaksi dia?”
                “wo, cool bro, cool. Jangan, jangan bagitahu aku kat sini. Gila apa?”
                “then? macam dia tak fikir, dah kalau aku tersesat kat sini, mesti lah dia fikir kau pun sesat juga kat sini. Kan?”
                “well, tempat banyak kat dunia ni. Tolong lah petik satu nama tempat selain kat sini. Boleh kan?”
                “ikut kau lah. Nanti yang makan lauk hati, kau juga.”
                “sanggup.” Daniel hanya mampu geleng. “eh, malam ni jom, tidur sama nak?”
                “ah sudah kenapa kau?”
                “rindu kenangan dulu lah. MRSM, rindu nak tidur sama-sama dalam dorm, rindu nak ponteng kelas lari ke surau sekolah. Kau tak rindu semua tu ke?” Daniel melangkah atas katil dan terus baring. Afiq hanya memandang, kemudian dia bangun. Baring di sebelah Daniel.
                “tak, tak rindu pun.”
                “ah kau, tak feeling sungguh!”
                “ada pula.”
                “ha, kau rindu Amie, kan? Eh, salah,Jannah. Hahaha” Daniel dah gelak besar, tang tu juga bantal empuk sedap landing tepat pada muka Daniel. Suasana mengingat kenangan bertukar seketika jadi perang bantal. Kenangan.
^pakcik_ensem : haha, habih, tak tkeluar halkum abah pndng kau macm tu?
^mie : haha, mahunya tak t”keluar halkum. Trun lengkp berpurdah, mmg senyp trus dia. Haha.agak2, bkn stakat halkum, suara pun dh t”keluar.
^pakcik_ensem : haha, daulat abah. Haha.
^mie : eh, ha! bhai, tadi aq jmpe kwn lama doe!
^pakcik_ensem : ha? Saper?
^mie : kawan sekolah.
^pakcik_ensem : wo, saper der? Syok nye!
^mie : teka lah.
^pakcik_ensem : ngek, aku bkn ad kat seblah kau nak teka2 ko jmpe sper.
^mie : yaloh, aq jmpe Daniel.
^pakcik_ensem : wht? Head perfect kita ke?
^mie : ex-head perfect okeng? Sentap kut nmpak dia tdi, berbuka rumah aku lak tu.
^pakcik_ensem : dia tak berubah ke, senang je orng lemh ingatan mcm ko nk knl? Heh =p
^mie : ceit! Still the same with the specky. Haha.
^pakcik_ensem : dia cam kau tak?
^mie : dun think so. Ye lah, dlu aq cm ne un? La ni, dgn brpurdah bgai, kompem x cam aq.hehe.
^pakcik_ensem :  oh, ha ah.. der, kau jumpa Daniel je ker? Orang lain takde?”
^mie : kau nak aq jmpe sper lg?
^pakcik_ensem : Daniel punya best buddy?
^mie : ha? Saper? Bertahun kut tak jmpe dia, mana aq kenal best buddy dia.
^pakcik_ensem : Izaat?
Jannah telan air liur. Err, eh, hurm, urm, er. Hah? A”ah.
^pakcik_ensem : ello, speechless kah? Ello?
^pakcik_ensem : der
^pakcik_ensem: weyh
Jannah pejam mata. Lama, kemudian dia terus offline. Dia nak tidur. Lebih tepat lagi, paksa mata untuk tutup. Kenangan dulu-dulu kembali menyinggah.

---

Laluan ke library tak penuh dengan orang. Matanya di bawa kiri dan kanan. Hasil mural budak arts memang terbaik dan wajar lah dipuji. Cermin mata yang melurut jatuh, diletakkan semula ke tempat asal. Kakinya masih membawa had laju yang sama. Dia tak mengejar masa, kelas pun dah habis. Lepas ni tinggal nak balik dan berehat.
                “Daniel!” kakinya terhenti. Kepala menoleh 180 darjah ke belakang. Matanya menangkap susuk tubuh seseorang yang dia kenal.
                “Amie?” Jannah sengih.
                “ingat lagi kau kat aku ea?”
                “mestilah! Eh,purdah mana?”
                “Ha? Kau cam ke aku semalam?” Jannah senyum. alai, malu. kekekeke
                “bapak kau aku cam. Dah kompem aku cam kau. Ngek.”
                “hehe, ok fine. Nice to meet you.”
                “nice to meet you to.”
                “nak pergi café or library?”
                “er, kau nak ke mana?”
                “nak ajak kau lepak jap, jom. Chatting. Boleh?” Daniel pandang kiri kanan. hurm.
                “ok, takde hal.”
                “great! Jom.” Masing-masing buka langkah menuju ke cafe. Kaki membawa ke meja yang kosong, berhampiran dengan laluan masuk ke café. Nak memesan makanan atau minuman, la ni tengah bulan Ramadhan.
                “lama tak jumpa kan?” Jannah angguk.
                “yup! Last pun time amik result spm lah kan?”
                “ha ah. Sungguhlah, panjang jodoh kita. Jumpa kat sini. Kan.”
                “ha ah. Berapa tahun dah kau kat sini?”
                “3 tahun lebih, nak masuk 4 la, insyallah. Well, habis intech, dapat scholarship, fly sini. Kau?”
                “aku amik farstrek masa UiTM dulu, lepaskan intersession kat Malaysia, minta fly sini.”
                “oh, asal pilih sini?”
                “ha?asal tak boleh?”
                “eh, boleh. Cuma, banyak tempat kan.”
                “oh, abah aku hijrah ke sini. Tu ngikut sekali.”
                “oh, tu je? Takde sebab lain?” Jannah dah berkerut.
                “apa maksud tersirat kau ni head perfect?”
                “eceh, tu dulu lah. Er, mungkin kut kau on GPS, mencari Izaat?” Daniel senyum, nakal. Jannah hampir nak tersedak telan air liur sendiri. Nasib baik lah bulan puasa ni dibolehkan telan air liur, kalau tak, mahunya dia telan halkum sendiri. Ek? Aku ada halkum ke?
                “Afiq, kat sini juga ke?” Daniel senyap.
“Tolong lah petik satu nama tempat selain kat sini. Boleh kan? “
Teringat dia apa yang Afiq cakap kat dia malam tu.
                “eh, time intech sama. Dia, er, selatan.” Jannah angguk. Huih! Lega!
                “oh, ingat tak nak berpisah. Dari sekolah kan?”
                “ha ah. Well, ketentuan Dia kan? Er, Wan, kat mana?”
                “asal tanya pasal Wan kat aku?”
                “dah kome berdua yang satu kepala buat sekolah huru-hara. Tak ingat?” Jannah sengih. Kenangan dulu kala menerjah ingatan. Dia angguk.
                “hehe, ingat lah. Ada pula tak ingat. Dia kat Malaysia. Sekarang sambung degree.”
                “dia tak amik macam kau?”
                “amik, Cuma still in Malaysia.”
                “oh, got it. Ye lah, buak-budak pandai kan.”
                “eleh, kami takdelah pandai macam orang tu kan, dapat intech terus, fly terus. Hehe”
                “hehe. well, see the leg lah. Haha.”
                “tamau, your leg buat aku mimpi ngeri nanti. Haha.”
                “wah, ayat sungguh daulat minta kaki.” Jannah dan Daniel senyum. lebih kepada ketawa sebenarnya.  Dan pada waktu itu, Daniel mengakui apa yang Zikril cakap.
“The girls stunt me by her smile, look and voice.”
 Dia akui juga apa yang Afiq pernah cakap masa di MRSM dulu,
“Beb, bila dia lengkap bertutup, even pakai telekung pun, aku rasa dialah ciptaan paling indah yang aku pernah tengok kut.”
                “so, lepas ni ada kelas lagi ke?” Jannah angguk. Kelas dia habis petang hari ni.
                “kau dah habis kelas ke?”
                “ha ah. Ni nak ke library sat.”
                “lah, tadi kau sebenarnya nak ke library lah. Sorry lah tuanku, patik kacau perjalanan.”
                “ah sudah. Bahasa epik Merong Mahawangsa sungguh! tak de hal lah. At least dapat jugak berborak. Lama dah tak dengar khabar. Well, kau nampak sangat lain ok.”
                “eleh, sudahlah kau.”
                “betul lah. Sejak bila ni?”
                “Sejak bila apa?”
                “ni, semua ni? Masa amik result sama je.” Daniel beri isyarat pada Jannah. Dari kepala sampai hujung kaki. Jannah sengih.
                “after amik result. Hidayah milik Allah, kan?”
                “you are absolutely right Amie! Sungguh lah, but I like the changes.”
                “yup, ramai yang suka. Aku pun suka.”
                “glad to hear that.”
                “well, looks like aku kena gerak dulu. Nice to meet you again lah head perfect.”
                “nice to see you, right now. by the way, kalau Afiq nampak ni, pasti dia suka!” Daniel sengih. Jannah dah tak tahu nak kata apa, malu pun ada, sengih je lah yang dia mampu. Jannah bangun, begitu juga dengan Daniel. Angguk, kemudian masing-masing bertukar arah laluan. Daniel menuju ke selatan, ke library, Jannah ke utara, menuju ke kelas.
Pintu library ditolak. Mata segera mencari Afiq yangmungkin dah lama menunggu dia.
                “assalamalaikum.” Afiq yang tekun membaca mengangkat muka sedikit.
                “lambat, asal?”
                “meet up with old friend. Chatting sekejap. Sorry.”
                “na, it”s ok.” Daniel angguk lalu duduk berhadapan denan Afiq.
 Perlu ke aku cakap aku jumpa siapa tadi? er,
Matanya memandang Afiq yang sambung baca buku balik.  Tak payahlah. Dan Daniel senyap, capai buku, lalu turut sama membaca menemani Afiq yang dah dibuai dengan tulisan berjela-jela pasal kuman. Otak Daniel turut mula buat kerja dengan memproses segala jadah maklumat.

---

Hari ni dah masuk hari kelima buku “yellow pages” tu, budak lelaki tu pinjam. Hurm, kata nak pinjam sampai lima hari je. Tak pelah, aku punya projek pun hampir nak siap. Harap dia pulangkan before tarikh kena pulang buku. Kalau tak, naya aku kena denda nanti.
Genap lima hari buku tu dia pegang. Satu keluhan lega dia lepaskan sebab projek dah siap. Tinggal nak hantar. Mata memandanag buku. La ni, dia tak tahu nak pulangkan macam mana. Kut kalau nak jumpa lagi dengan dia, confirm lah dia cam kali ni. Sekali jumpa memang lah probability untuk mengingat tu susah, tapi ni kali kedua. Karang sejarah berulang, masak lah dia. Confirm lepas tu dia pergi kelas letak kotak kat kepala. Nanti, dah macam penari tetap dalam kumpulan LMFAO yang semedang shuffle. Hadoi.

+assalamualaikum
=waalaikumussalam. Ada apa ye?
+buku awak, saya nak pulangkan
=oh, yah! Erm, saya ada hal sekarang ni. Kita jumpa Thursday lah.
+Thursday, er, kat mana?
=Thursday kan due hantar projek? Kita jumpa dekat bilik prof lah, ea.
+oh, ok then.
=assalamualaikum
+waalaikumussalam
Phone diletak tepi. Mengeluh lagi. Tapi, dia lega. At least, tak jumpa hari ni. Takut pula nanti dia terlupa terus nak berbuka. eceh, ayat memang minta kaki sungguh.

Hari ini Afiq sangatlah minta ampun pada Daniel kerana menyebabkan Daniel terpaksa pergi kelas tanpa cermin mata. Afiq sengih. Confirm Amie takkan cam aku. Yeah! Senyuman kepastian seratus peratus terpancar pada senyuman di bibir Afiq Izaat Bin Safi. Hehe.
Kaki rasa ringan tersangat lah ringan untuk melayang ke arah kepala orang yang pakai kopiah yang tengah berdiri sebelah dia. Nasib baik lah ada profesor depan dia ni, kalau tak memang dah lama pakcik kopiah  ni dikejarkan ke hospital. Haish!
                “well, congrats you both. Is there anything else?” pertanyaan dari Sir Antony yang memegang kedua-dua projek milik Afiq dan Jannah membuatkan mereka berdua menggeleng serentak. “ok then, we will meet up soon, I”ll contact you both to give the marks. Ok then, you may leave.” Mereka angguk pula, serentak. Kaki melangkah keluar, pantas.
                “ni, buku.” Tangan menghulur namun tidak disambut.
                “kenapa perlu tipu? kenapa suruh kawan awak tipu saya?”
                “ha? Awak kenal saya ke?”
                “apa maksud awak? mestilah saya kenal awak!” oh tidak!
                “tapi, tapi, saya dah menyamar yang terbaik. Fakhrul pun tak kenal saya pagi tadi. Macam mana awak boleh kenal saya?”
                “apa yang awak cakap ni? Dah awak yang pinjam buku ni kan?”
                “hah? Apa?”
                “hari tu, masa kat Garden Park, yang pakai baju purple tu, kawan awak, awak suruh dia menipu kan? Awak tahu tak awak ni kawan yang teruk, ada ke patut paksa kawan tolong bersubahat.”
                “er? Eh. Maksudnya awak tak kenal saya lah ea?”
                “apa maksud awak? awak tak paham ke apa saya cakap? Mestilah saya kenal awak! awak tipu saya, paksa kawan awak tipu saya! orang macam awak lah memang merosakkan nama orang Malaysia, tau tak. Harap je berkopiah.”
                “eh, excuse me, miss. Yang tiba-tiba semangat satu Malaysia awak ni masuk kenapa? Eh, saya tak de niat nak tipu lah. Hari tu saya pun pakai baju purple, cuma dah pudar je. awak yang buat konklusi saya itu kawan saya. Ni, buku awak. take it.” Buku tak disambut. “ikut awaklah, awak juga yang kena denda. Ni, saya letak kat sini, nak selamat ambil. Terima kasih sebab bagi pinjam.” Afiq letak buku lalu mula berlalu. “lagi satu, tak semestinya orang berkopiah, takkan buat dosa. Saya pun manusia biasa juga. Bukan nya maksum. Faham?” Afiq berlalu. Jannah terkesima seketika. Sentap rasanya. tak terkata. Speechless! Sigh.
^mie : memang sangat bengang lah, adoi, ko tak faham ke?
^pakcik_ensem : heh, dah kau pun main serang cenggitu pesal?
^mie : haish, kau ni! Memang tak membantu sungguh!
^pakcik_ensem : cool sis. Alah, Lpekn je lah masalah kecil tu. Bukan nya kau selalu jumpa dia pun. Kan?
^mie : ha? tapi member dia tu jiran aku.
^pakcik_ensem : alah, member dia, bukan dia. Chill ah.
^mie : hailoh. Ha, pehal? Tadi ad nak ckp sumthing?
^pakcik_ensem :  ha, lupa dah. weyh, memang raya ni kau tak turun sini kah? Lepas raya ke..
^mie : kau ni dah knapa plak? Rindu aq sgt le tu! Meh la dtg sini kalau rindu sgt. Haha
^pakcik_ensem : lah, sejarah melayu melaka berlaku lah pandai, kalau aku turun UK.
^mie : dah kenapa pula kau nak buka buku sejarah tingkatan 5 ni? Eh, tingktan 5 ke? Ok whtever. Ha, asal lak?
^pakcik_ensem : yelah, takkan lah pengantin lelaki nak tinggalkan pengantin perempuan kat Malaysia semata-mata nak jumpa kau pulak!
^mie : what? You what? Bro, are you serious?
^pakcik_ensem : nak aku Bold kan ke ayat tu? Ye, aku nak kahwin, dua bulan lepas raya, Insyallah. Dalam pertengahan bulan. So? Trun Malaysia tak?
Jannah dah tak boleh nak tahan. Jeritannya membuatkan Encik Idris yang tengah syok buat kuih siput kat dapur terhenti.
^mie : skype, now! NOW! NOW! =D  
Malam itu, mereka skype sampai subuh. Abah yang dah selesai buat siput pun turut join sekaki. Sungguhlah.

---

Sejak peristiwa tu, Afiq dah tak nampak batang hidung Jannah dia pun. ceh, Jannah dia tau. Amie. Jannahtul Fahmi bt Idris.  Bau dia pun tak di bau. Memang lah. Ke mana-mana pun, kepalanya mesti di bawa berpusing 360 darjah. Takut terserempak dengan gadis itu. Memang tak senang duduk dia. Pening kepala,sebab rasa macam nampak kelibat si dia ada je kat mana-mana. Bila dia mengadu pada Daniel, Daniel cakap, kau dah gila bayang kat Amie kut.haha. Afiq hanya mampu geleng kepala. Haish! Takkan lah. Tak! Benda dah bertahun. Dia pun dah tak ingat kat aku.
Daniel dari luar mengintai, tersengih-sengih. Terhenjut-henjut bahunya tahan ketawa.
                “woih, kau ni dah kenapa ketawa sorang-sorang?”
                “syhh.” Fakhrul bengang, Zikril yang baru singgah pun pelik.
                “Daniel, fakhrul, apahal kauorang ni?”
                “syhh, slow sikit boleh tak? Tak pernah mengendap orang ke? Slow sikit lah volume tu.” Daniel menjawab, berbisik. Fakhrul dengan Zikril dah garu kepala. “aku tengah concentrate skodeng Afiq tu ha.”
                “dah kenapa kau nak skodeng Afiq, aku tengok lengkap je dia berbaju. Pe je yang kau nak skodeng?” Zikril dah mula mengikut berbisik. Fakhrul mengiakan apa yang Zikril cakap tu.
                “kau ingat definisi skodeng tu macam yang kau fikir ke?”
                “dah tu?”
                “haih, dah la.” Daniel geleng kemudian berlalu ke dapur. Dicapainya ais krim dan sudu dua.
                “dua je? Orang rumah ada empat kut.”
                “nak, amik sendirilah.” Zikril dan Fakhrul berlari ke dapur. Pintu bilik Afiq diketuk. “bro, meh la, sejukkan otak hang tu.”
                “hamboih! Ayat, sarkastik sungguh.” Daniel masuk, dari belakang muncul Zikril dan Fakhrul. Masing-masing dengan sudu di tangan. “ha, masuk, masuk. Jemputlah masuk jamuan kak Eton ni ha. Tapi kak Eton tak de lah sediakan apa-apa. Ni namanya jamuan angkat makanan sendiri ea.”
                “ada pula cenggitu. Ceit, ni jamuan budget sungguh. Sudu dah la kena angkut sendiri.” Fakhrul menyatakan rasa tak puas hati. Dniel angkat sudu lalu ketuk kepala Fakhrul. “adoi! Hitler sungguh!”
                “kita disini adalah untuk menceriakan hati sahabat kita yang tengah gundah gulana ni. Yang kau orang duk ngungkit tak puas hati apa kes?”
                “jap, jap. Apa kes kau Afiq? Asal bergundah gulana?”
                “percayalah sangat kata-kata dusta Daniel ni.”
                “wah, sungguh. Bilanya aku berdusta.”
                “hah, betul lah Daniel cakap, kau memang nampak macam bermasalah sangat. Serabai bhai. Sedar tak janggut kau tu dah serabai?” Afiq meraba janggut di dagunya. Kemudian matanya memandang ketiga-tiga sahabatnya.
                “hah, Zikril betul dengan janggut kau, dan kalau kau sedar lagi, tu, rambut hang dah panjang berjela dah.” Afiq membawa pula tangan ke rambutnya. Dia senyum.
                “ha, senyum pula. Tak sedar dah kau macam ni? Dah lima hari macam ni, sedar ke tak?”
                “ha? Serious ke Daniel?” Daniel angguk. “sungguh?” Fakhrul angguk. “betul ke?” Zikril pula yang angguk. “what? Asal aku tak sedar?”
                “sebab hang tengah gundah gulana lah.” Fakhrul menjawab sambil sudu laju masuk dalam mulut. Chocolate with tuffle selamat diqeqahkan. Afiq hanya terdiam.  Dah lima hari aku macam ni? Apakah? Oh tidak. Macam mana boleh jadi macam ni? Sebab dia kah? Sebab aku marah dia hari tu kah? Matanya memandang Daniel, mata Daniel pandang atas sambil senyum-senyum. oh lah, memang dia perlu khidmat kaunseling malam ni! Perlu!
Malam itu, Afiq pula yang tidur dalam bilik bersama dengan Daniel. Sesi kaunseling percuma dah lama habis. Malam tu, mengingatkan dia pada saat di MRSM dulu. Kejadian yang sama, bila dia marah Amie. Dan dia berterusan jadi macam sekarang ni. Dan dia pun still tidur atas katil Daniel malam itu, minta sesi kaunseling percuma. Kejadian sama berulang, dan sejarah berulang. Sigh.

---

Panggilan dari Sir Antony  membuatkan dia laju mencapai tudung, kemudian mencapai coat labuh yang dah tersedia tergantung. Tak sabar dia nak pergi ambil markah. Dari gaya suara prof tadi, bunyi macam benda baik. Haha. Happy!
                “well, congrats. You both score well. The project is great,right.”
                “yeah! You are right.”
“ Well, I just called the other one, but cannot reached. Could you help me by passed his work to him on my behalf? Could you?”
                “but, I don”t know him very well.”
                “I believe you do, dear. He just live near to you.”
                “sorry, I can, but why just don”t you who handed it by youself sir?”
                “well, I got to go somewhere far by tonight. Why? Is there anything  wrong with that guy?”
                “er, nope. Just I got an argument with him before, so.”
“so, dear, this is the opportunity for both of you to get along, be nice again? Am I right?” Jannah hanya senyum, terpaksa. Kemudian dia angguk. Dia segera keluar sambil memegang projek lelaki itu.
Geram. Dia geram.Dia balik terus ke rumah. Sampai saja rumah, terus dia campak folio tebal tu atas katil. Dah lah berat, tebal, lepastu aku pula yang kena angkut. Memang tak berbahagia aku dengan mamat ni. haish! benci! Selesai mandi, Jannah masih tak pandang pada folio yang duk elok terbaring atas katil, laju dia turun ke bawah, mencari sesuatu di bawah tudung saji,terletak elok atas meja. Hari ni, abah punya giliran pula kena masak, dan bila dia selak tudung saji, terhidang cantik lauk ikan masak sambal dalam pinggan. Dipadankan dengan sayur bayam kegemaran, sumpah dia rasa macam nak berbuka la ni jugak. Rasa macam tak mampu dah nak tunggu azan yang kejap je lagi, entah mungkin dalam 15 minit saja lagi akan berkumandang menanadakan telah masuk waktu maghrib bagi kawasan yang berhampiran dengan tempat dia tinggal ni.
Kaki mendaki balik ke atas, mahu mencapai phone, nak wish berbuka puasa pada abah. Hari ini abah ada kerja luar kawasan, makanya start from today, membawa ke jumaat ini, dia duk berbuka dan bersahur seorang diri. Mata duk meliar mencari phone. Aiiii, mana phone capuk aku ni. Karang aku madukan phone ni, merajuk. La ni, duk sibuk aku cari, hang sikit pun tamau tunjuk diri. Haish! Beg dah selongkar, atas meja cermin takda. Kepala laju berpusing ke arah katil, memori mula datang. Phone elok dia campak sekali dengan folio berat seberat batu belah batu bertangkup atas katil. Folio dialihkan, phone kesayangan dah kembali pada tuannya. Kemudian, tiba-tiba, badannya mengggigil. Sejuk? Tak. Matanya digosok berulang kali. Rasa nak tercabut dah segala bagai sambungan fius dalam kepala otak dia ni bila laju saja matanya, otaknya, mengeja setiap satu huruf yang ada tertaip atas folio tu.
                Name : Afiq Izaat bin Safi
                Afiq Izaat bin Safi
                Afiq Izaat Safi
Afiq Izaat
                Afiq
Ok, kepala rasa berat. Rasa dah macam rumah ni adalah ruang angkasa sebab nak bernafas macam dah tak boleh. Dari luar, azan dah berlagu. Dia, Jannahtul Fahmi masih tak lepas baca nama tu. Berulang kali.

---


“bro, your phone mana?”
                “ha? Well, entah. Somewhere kut. Asal?”
                “er, ingat nak nombor girl buku tu. Hehe.”
                “hah? Erm, asal kau nak?”
                “well, i got to make a move, right.” Afiq sentap.
                “er, bukan aku tak nak bagi, tapi, tu nombor orang punya. Kau faham, kan?” Zikril angguk. Kemudian dia berlalu. Afiq menyambung bacaan nya.
                “bro, jom jogging, nak?”
                “hah? Asal? Tiba-tiba je nak jogging?” Afiq memandang Fakhrul yang dah lengkap berseluar sukan dengan t-shirt harimau melaya warna oren.
                “alah, jom lah.”
                “haih, ni kenapa pulak?”
                “beb, semalam kan, aku nampak anak jiran kita tu jogging kat taman rumah nun. Actually, dah banyak kali aku nampak.”
                “ha? Jogging?”
                “sound weird right? Well, tak ok. Hurm, mungkin kau pelik kut bila bayangkan dengan purdah bagai, dia jogging. Kan?”
                “er, hurm, ha ah.”
                “well, dia tak berpurdah ok.”
                “ha? Then? Macam mana kau boleh cam?”
                “dah dia keluar dari rumah Encik Idris. Kan?”
                “kau, skodeng ke?”
                “eh, tak lah. Aku ternampak je. Hek eh. Mana ada.”
                “well, hurm, kau ajak Daniel lah. Aku malaslah nak jogging. Lagipun dah nak berbuka. pergilah, biar aku masak hari ini. ok?”
                “ha? Ok, well, memang nak pergi dengan Daniel, dia yang suruh ajak kau. So, kami pergi lah ea. Kau, jangan lupa masak ea? Tapi betul ni tamau? Ni sekali dengan nak main basketball ni. Betul tamau?” Afiq angguk, Fakhrul berlalu. Pintu ruang tamu berdegang perlahan, tanda mereka dah selamat meneruskan perjalanan ke kawasan riadah berhampiran taman rumah. Afiq meletakkan buku atas meja. Kemudian bangun menuju ke dapur.
                Hah, Daniel, kau memang nak jadi Hitler! Mementang anak cik Idris tu beriadah,trick nak ajak aku jumpa budak tulah.
                “hurm, masak, masak, masak. Lauk apakah?” Afiq buka peti,lalu apa yang dia nampak hanyalah udang dan bahan-bahan nak buat sambal. “hurm, pelik. Bukan baru beli barang ke minggu lepas? Kenapa tinggal ni je?” nak, tak nak, dia capai apa yang ada. lalu, mulalah dia memasak. Namun dia masih rasa pelik.

                “wah, sambal udang! Kau tahu, bila tengok sambal udang ni, rindu pula aku kat sambal udang anak pak cik Idris tu.”
                “haha, gila bayang kau kat budak tu ea, Fakhrul. Eh, pergilah meminang. Rumah pun dekat je. Abah dia pun dah jumpa. Kan?” Gelak. Daniel gelak besar. Zikril pun. Afiq dah tersedak minum air cincau yang dibancuhnya sendiri.
                “eh, kau, luar alam sungguh. Takkan lah aku nak buat macam tu.”
                “dah tergila sangat aku kat budak tu weh, si Zikril ni pun ha.” Zikril jungkit bahu tahan gelak, laju kepala dia angguk. ““Rasa-rasa nak kena buat apa ni ea?” Afiq  pandang Daniel. Mahu tahu apa yang keluar dari mulut sahabatnya itu.
                “hurm, dah kalau jodoh, tak ke mana. Pinang je kut, ada jodoh, confirm-confirm jawapannya “ya”, kan?” Daniel senyum bila lihat Afiq dah buntang matanya bila dengar dia cakap macam tu.
                “ha ah, la. Zik, dengar tu. Afiq, pendapat kau, macam mana?”
                “hah? Er, aku ok je.” Fakhrul angguk. “tapi, better kau buat istikharah dulu. Apa-apa pun, Dia yang utama, kan?” Zikril dan Fakhrul angguk. Afiq senyum, namun dia boleh lihat Daniel senyum, nakal punya senyuman, membuatkan Afiq dah tak keruan.
                “tapi kan Afiq, nanti andai kata lah nak meminang, kau wakilkan untuk aku boleh?”
                “ha?” Daniel pula yang hampir nak lemas, tercekik cincau yang diteguknya. Kemudian dia ketawa. Matanya merenung wajah pura-pura tenang Afiq.  “asal aku?”
                “ye lah, kau, dengan janggutnya, dah macam abang. Kan? Boleh tak?”
                “er, insyallah.” Suapan diteruskan. Kelat pula rasanya sambal udang yang dimasaknya petang tadi. Daniel angguk, tapi masih bersisa senyuman nya. hailah sambal udang, hailah empunya badan.
Kejadian dua hari lepas menyinggah fikiran.

***
                “Daniel!” bola terlepas dari tangan Daniel, matanya berlari mencari suara yang menyeru namanya tadi. Zikril dengan Fakhrul yang dari tadi bermain, juga berhenti. Dari jauh, mereka dapat lihat pemilik suara itu. “Assalamualaikum, Daniel, er, dan kawan-kawan.”
                “waalaikumussalam.” Mereka menjawab serentak. Zikril dan Fakhrul sengih.
                “er, Daniel. Nak cakap kejap.”
                “boleh. Cakap lah.”
                “er, personally.”
                “ha? Eh tak boleh lah.”
                “ha? Kenapa pula?”
                “lelaki dan perempuan mana boleh berjumpa berdua tanpa ditemani muhrim. Nanti ada makhluk ketiga. Faham?”
                “ha? Er, bukan berdua, Cuma jauh sikit je dari kawan-kawan kau.”
                “tak nak lah, malu. Nanti timbul fitnah. Tak mahu.” Zikril dan Fakhrul dah sengih-sengih di belakang Daniel. Jannah yang ada, dah malu. Segan sungguh dia.
                “er, ni, bagi pada tuannya. Lagi satu, asal tak cakap je Afiq kat sini? Selatan celah mana?”
“erk?” Daniel telan air liur. Budak ni dah tahu? “betul lah dia kat selatan hari tu.”
“mana, dia kat sini. Budak serumah kau kan?” Daniel geleng kepala laju. Menidakkan akan tuduhan Jannah yang dia tipu tempoh hari.
“tang hari tu, dia kat library okeh, library kat selatan. Aku cakap benda benar.” Jannah ketap bibir. Memang wujud pun kat situ Perpustakaan selatan lah, utara lah, ntah bagai ntah, siap nak buat arah macam U tu pegang satu dunia. Hmmmph!
 Tangan berisi folio dihulur dan disambut baik oleh Daniel. Laju Jannah berlari pergi. Sungguh malu dia, sekali bengang, sekali marah, sekali dengan sedih. Nampak dah bukti si Afiq tu tak nak dah jumpa aku.  Daniel hanya memerhati Jannah berlalu pergi. Zikril dan Fakhrul dibelakang dah garu kepala.
                “Daniel, banyak benda kau kena bagitahu kitaorang ni. Kan?”
                “betul apa yang Zikril cakap tu. Ni cerita satu malam pun tak habis.” Daniel geleng.
                “tak, ni bukan satu malam, tujuh hari tujuh malam pun tak cukup ni!”
                “hah?” Zikril dan Fakhrul dah semakin rasa pelik. Ni dah macam majlis tahlil pula, tujuh hari pun tak berhabis cerita. Kerut di dahi dah bertambah bilangan. Daniel hanya ketawa bila lihat mereka berdua dah garu kepala.
                “jom, sambil jalan aku cerita synopsis, jom, balik.” Angguk. Sama-sama berjalan pulang. Sambil itu, Daniel buka cerita yang dah masuk zaman melayu Melaka. Masing-masing yang mendengar hanya mampu menggeleng. Cerita dibuka, sejarah dibuka. “ha, sampai rumah, habis cerita. kan?”
                “er, so, lepas ni apa?”
                “biar sejarah berulang. Okeng? Kita push dia, macam aku buat dulu.”
                “okeng.” Afiq yang berdiri depan pintu berkerut bila tiga sahabatnya yang baru sampai dari main basketball kat padang, masuk rumah sambil tersengih-sengih.
                “dah kenapa kau orang ni?” mereka hanya pandang dan berlalu, sambil tersengih-sengih. Afiq dah makin tak faham. Garu kepala sambil geleng-geleng. Hadoi.
                “ha, ni projek kau. Tadi budak tu pulangkan. Tolong pulangkan..”
                “ha? Apakah? Dia tak cakap apa-apa?”
                “tak, tak dapat pun.”
                “maksud kau?”
                “dia malu. Ni ha, ada dua ekor buaya darat ni. Kan dia penyegan yang amat.”
                “oh, ada sekali. Ni jumpa kat padang lah? Sekali main bola ke?”
                “huih! Mana ada. luar alam lah kalau dia join sekali. Mahunya pak cik Idris kejar aku nanti.”
                “ha ah. kau tahu Afiq,  rupanya budak yang Zik suka sama je dengan yang aku suka. Sungguhlah, jiran rupanya.” Afiq angguk.
                “ha ah. nampak gaya kami kena bersainglah. Ha!”
                “betul cakap Zik dengan Fakhrul. Jadi maksudnya, ada dua orang lah yang nak kena buat istikharah ni kan?”
                “ha ah. uih, baik kita berjemaah. Afiq, kau jadi imam. Amacam?” Afiq telan air liur, kemudian dia senyum. tapi, Daniel tahu Afiq rasa macam telan batu bila nak telan air liur, la ni juga. Haha!

***
 ---

Abah perasan anak gadisnya berubah perangai. Memula ingat sebab pembawakkan tetengah bulan, rutin bulanan wanita. Tapi rasanya anak gadis dia baru je lepas selesai pembawakkan. Itu yang merunsingkan dia. Makanya , hari ni dia minta untuk half day, kemudian laju pulang ke rumah. Mula masak lauk kegemaran Jannah, siap semua, dia hanya duduk, menunggu kepulangan.
                “Assalamualaikum. Awal balik.”
                “Walaikumussalam. Ha ah, half day.”
                “abah tak sihat ke?”
                “tak la. Abah sihat. Rasanya anak abah yang tak sihat.” Jannah berkerut.
                “adik sihat je lah abah.”
                “ye ke? Ye ke sihat? Abah nampak macam tak je.” Jannah mengetap gigi, merapatkan bibirnya. “abah masak dah dengan perangai adik. So, mind to share?”
Beg diletakkan atas meja, ruang tamu jadi senyap kejap. Nafas Jannah tarik lama, dalam-dalam. Abah dah standby telinga nak dengar masalah anak gadisnya ini. jam tunjuk pukul 6.30. lagi setengah jam lebih nak berbuka. Jannah duduk bawah, meletakkan kepalanya pada riba abah. Masa untuk bercerita. Nasib baik dia dah selesai asar tadi di fakulti. Mata dipejam kejap, nafas di lepas perlahan.
Sesi berbuka jadi senyap. Abah senyap sebab duk fikir macam mana nak settle. Jannah pula senyap sebab takut abah buat something out of mind macam datang pergi marah Afiq ke, ye lah sebelah rumah je.
                Eceh, risau pulak aku kenapa. Biar dia kena marah, biar.
Selesai terawih, Jannah duduk kejap depan tv. Memandang pada skrin, tapi fikiran entah kemana.
                “so, adik yakin ke dia tak nak jumpa adik sebenarnya. I mean, 100% confident?” teguran abah mengheret dia kembali . Jannah angguk.
                “abah, adik jumpa dia tiga kali. Tiga kali dan dia tak buat tak kenal adik. Daniel pun tak cakap kat adik dia kat sini, nampak sangat kan dia tak nak adik tahu dia kat sini.”
                “kira Daniel komplot lah ni.” Jannah angguk.
                “adik suspect dia yang suruh Daniel tak bagi tahu adik macam tu. Kira dia tak wujud kat sini.”
                “mungkin dia segan kut.”
                “nak segan apanya abah. Dia ex classmate adik jugak. Nak segan apanya,”
                “adik, apa jadi before spm?”
                “huh?” peristiwa lepas spm datang singgah.
                “rememer how it effect you and him. Sampai tak datang sekolah kan. Result trial pun abah yang datang ambil. Remember?” Jannah telan air liur. Mata di bawa ke arah lain. Bertakung sudah, tinggal nak pecah je empangan air mata ni.
                “but benda tu lama. It is not fair lah dia buat macam tu. Nampak sangat dia tak nak jumpa adik. Tak mahu dah. mungkin adik ni jijik sangat kut, sampai nak mengaku adik ni ex classmate dia pun tak mahu.”
                “adik.”
                “no abah. Betul kan. I was so bad at the past. Really bad girl. But I change. All these changes I made for a reason.  Hidayah milik Allah, yes. It is, and comes in many ways abah.”
                “yes and for you, from him, right? Is that what makes you feel this way? Sad? Heartbroken?”
Pecah dah empangan tu. Abah dah rasa serba salah.
                “adik, is this yang buat adik kecewa habis ni? Sebab adik mengharap kat dia, tunggu dia, but then dia tak nak adik tahu dia wujud kat sini, itu yang buat adik sedih kan?”
Jeda. Jannah tak memberi respon. Kepala dia tunduk ke bawah. Dah bergelen rasanya air mata keluar. Ok, itu mungkin hiperbola, tapi rasa dah lama tak menangis macam ni. Lama dah. nangis macam ni pun rasanya sebab Afiq juga rasanya, peristiwa sebelum SPM.
                “adik penat lah abah. Nak tidur. Assalamualaikum.” Jannah bangun kemudian mendaki tangga. Nasib baik esok dia takde kelas. Semester break dah bermula, kiranya dua minggu ni dia tak kan ada probability untuk terserempak dengan dia. Abah menyahut salam dalam hati. Kira masalah dah tahu, tinggal nak selesaikan. Lama fikiran di perah, minta idea datang. Lama dipejam mata, kemudian dibuka semula.

---

Lusa nak raya dah. kuih raya dah siap buat, baju raya dah siap dua pasang. Ni dah seminggu Jannah duduk terperap kat rumah. Beriadah hanya depan televisyen. Itu pun entah rancangan apa yang dia layan, sebabnya fikiran dia jauh melayang. Abah lama dah perhati. Baru tadi selesai sesi berbual dalam telefon dengan jiran selang dua rumah yang bernama Daniel. Ya Allah, permudahkan rancangan kami. Amin.
Sudu mencedok lagi ais krim, isi dalam bekas dah tinggal suku. Dia seorang hari ni. Zikril bawa parents nya pusing satu Bandar. Daniel dan Fakhrul pergi pasar, membeli barang persiapan nak raya katanya.  Raya  ni dah masuk tahun ke empat dia raya sini, sebak sikit rasa. Baru sahaja dia selesai telefon mak, melepaskan rindu. Cerita macam-macam pada mak, tapi cerita tentang Jannah dan apa yang jadi sepanjang bulan Ramadhan ni dia tak cerita. takut.
Dulu mak dah pernah marah dia sekali, kejadian sebelum SPM, cerita jatuh cinta dia pertama kali pada gadis itu, semua mak tahu. Mak selalu pesan, kalau betul suka, jangan suka ja. Kena terus ke hubungan yang halal. Dia nak, tapi lepas apa yang jadi sebelum SPM dulu, apa jadi pada gadis itu, sampai tak datang sekolah, membuatkan dia rasa dia tak mampu nak jaga hati gadis itu. Sebab tu, dia bawa diri jauh-jauh, merawat luka hati, cuba nak lupakan cinta sejati.
Kuasa Allah, jumpa juga gadis itu di sini. Di bulan mulia ni, banyak pula dugaan nya, mungkin denda dari Allah sebab buat hati gadis itu menangis dulu. Bermain pada perasaan seorang gadis yang belum halal untuknya. Salah itu, hukuman itu, dia redha.
                “assalamualaikum. Jauh termenung, sampai mana dah? selang dua buah rumah agak sampai tak?” usikan Daniel dari belakang memaksa dia untuk sengih. Sengih terpaksa, rasanya.
                “beli apa je tadi?”
                “biasa je lah. tak de yang special. Takde sambal udang kat pasar tu.”
                “jangan seksa hati ini, Daniel. Sakit dah, calar balar dah ni.”
                “eh, hari tu kata sanggup.”
                “entah la. Macam tak mampu je.”
                “kenapa?”
                “sebab banyak sangat yang usha dia. Hati rasa kena toreh pula.”
                “hebat penangan cinta kau ni. Aku pun tak macam tu rasanya.” Afiq senyum. membantu Daniel hidang juadah dalam pinggan.
                “Fakhrul mana? Tadi pergi berdua, kan?”
                “oh, tadi kata nak round park kejap.”
                “round bersebab lah tu, kan?” Daniel geleng kepala.
                “Fakhrul kata dah seminggu dia tak nampak anak Encik Idris tu kat park. Agaknya, dia pun macam kau kut, bawa hati luka lara.”
                “seminggu? Takkan tak keluar?” Daniel geleng. “tak kan lah sampai macam tu, siapa aku pada dia. Dia dah tolak aku dulu, sampai tak datang sekolah kut. Benda sama jadi balik.”
                “afiq, itu dulu. Cerita lama. Kau nampak dia sekarang kan. Tak rasa dia berubah sebab kau?”
                “aku. Tak lah. tu hidayah dari Allah. Bukan aku. Aku ni orang asing yang mengharap pada benda yang salah, bukan hak aku. Salah aku benda ni jadi.”
                “hidayah tu datang dalam banyak cara. All the possibilities tu ada.” Afiq senyum, kelat. Kemudian dia jungkit bahu. Perbualan digantung macam tu, nak bincang hal ni memang tak kan habis rasanya.
                “oh siap hidang dah?” Fakhrul yang baru pulang terus serang dapur. “Zikril berbuka dengan kita ke tak?”
                “uih cepat balik, ingat nak tunggu maghrib tadi. Entah rasanya tadi dia kata dia berbuka dengan family dia. Lagipun dia tidur dengan family dia malam ni kan.”
                “oh. Ha ah, duduk lama-lama bukan boleh jumpa anak Encik Idris tu pun. Mana entah hilang budak tu.”
                “cuti, balik Malaysia kut.”
                “tak lah Afiq, abah nya ada. anak nya je tak de. Mungkin segan, takut terjatuh hati kat aku kut kalau terserempak.” Daniel sengih, tahan gelak. Mata dibawa pada Afiq yang dah menunduk.
                “mungkin. Mungkin.” Jawapan dari Afiq buat Fakhrul pandang Daniel, kemudian dua-dua senyum. senyum bermaksud. Tapi Afiq tak nampak senyum tu sebab dia dah membawa diri ke depan, niat nak tutup pintu rumah yang ternganga luas.
                “assalamualaikum.” Salam dari Encik Idris di luar pagar buat tulang belakang Afiq rasa nak pecah berderai. Di pandang lelaki separuh umur itu, yang dah mula melangkah mendekati dirinya yang kaku di pintu. Daniel dan Fakhrul mengintai dari dalam.
                “Afiq kan? Ke nak panggil Izaat ni? Aih, tak nak jawab salam pak cik ke?”
                “Waalaikumussalam.” Tangan disalam, dikucup perlahan. “Afiq pun boleh pak cik. Ye, ada yang saya boleh tolong?” luar saja nampak macam tenang, tapi dalam, gabra, nervous, menggigil satu badan semua dia rasa. Mana tak nya, depan dia ni, Encik Idris. Abah pada Jannahtul Fahmi, merangkap jiran selang dua buah rumah, orang yang mungkin datang nak marah dia sebab kacau anak dara dia. Macam-macam dia fikir sekarang, tapi itu semua dalaman punya rasa. Luaran, dia maintain biar nampak tenang, padahal rasa memang nak melutut dah merayu minta maaf.
                “pak cik cuma nak bagitahu. Apa jadi sebelum ni, pak cik tahu. Sebab tu pak cik datang ni, nak kamu tahu, ada orang berkenan pada anak pak cik, tapi memandangkan apa yang jadi sebelum ni, apa yang jadi beberapa tahun lepas ni, pak cik bagi kamu peluang lah, kalau kamu ikhlas, serius suka pada anak pak cik, buatlah keputusan. Esok rombongan nak datang, kalau kamu betul rasa anak pak cik tu untuk kamu, buat keputusan cepat-cepat.”
Rasa nak gugur jantung bila dengan Encik Idris terang panjang lebar. Rasa makin berkecai pula hati ni. Kira bertambah kecai lah hati ini. boleh dah lagu tema Patah Seribu tu main sekarang, jadi background muzik, sesuai.
                “saya”
                “pak cik bukan apa, dah tanya pada empunya badan, dia kata dia redha, tapi mulut boleh cakap macam tu, hati ni lain. Tak tentu boleh ikut apa yang mulut cakap, jadinya pak cik tak nak dia rasa terpaksa sebab pak cik. Kamu buatlah keputusan, lagipun bukan orang lain yang nak datang esok, kawan serumah kamu juga, tadi baru dia telefon pak cik, kata nak datang esok dengan keluarga dia. Pak cik balik dulu, tu je pak cik nak cakap, harap kamu buat keputusan cepat. Benda ni sekali dalam seumur hidup, memang kena buat keputusan betul-betul, tapi pak cik rasa kamu fikir lama dah kan, sebelum SPM lagi rasanya. assalamualaikum. Selamat berbuka.”
Encik Idris dah mula melangkah, menuju rumah dia. Afiq lemah lutut dah. rasa nak pitam. Dunia macam gelap. Teringat dia pada Zikril, kemudian pandang Daniel yang dah pegang bahu dia.
                “Zikril, kan?” Daniel angguk. “kau tahu dah?” angguk lagi. “sejak bila?”
                “dua hari lepas. Zikril bagi tahu, tu pun aku terdengar bila dia call mak dia, bila aku tanya dia angguk. Aku bukan tak nak bagi tahu kau Afiq, tapi aku tak nak kau serabut lagi.”
                “aku ingat dia tak serius weh. Aku ingat dia main-main.”
                “aku pun ingat macam tu, tapi dia tak. Dia memang serius dan tu sebab aku takut nak bagi tahu kau.” Fakhrul pula datang mendekati, memandang Afiq lama.
                “Afiq, aku rasa baik kau buat keputusan cepat, kau kenal Zikril kan, kalau dia serius, dia maksudkannya, dia akan buat.”
                “betul apa yang Fakhrul cakap, make your decision.”
                “tapi Jannah benci aku.”
Daniel biar kata-kata itu tergantung macam tu. Azan dah berlagu, sesi berbuka hanya ditemani dengan suara zikir yang keluar dari televisyen di ruang tamu.

---

Malam tadi, dia dah terjaga pukul tiga lebih. Semalam pun dia paksa nak lelap kan mata. Di gerak kan badan mengiring ke kanan, kemudian ke kiri, kemudian terlentang. Bila mata tak mahu lelap, dia duduk. Hampir pukul empat, dan dia masih serabut dengan kata-kata Encik Idris. Dia bangun, menuju ke tandas, niat untuk menunaikan solat sunat, memohon petunjuk dari Allah, Dia yang Agung.
Usai semua urusan dengan maha pencipta, dia menuju ke dapur. Niat nak sediakan makanan untuk bersahur. Sahur terakhir. Esok raya sudah. Di buka peti, isi di dalam ada udang, bahan mentah yang boleh dimasak untuk di jamah. Afiq senyum tawar. Di tarik udang keluar dari peti beku.
                “masak apa?”
                “apa yang ada dalam peti tu?” dia menoleh, tidak dijawab pertanyaan Daniel dan Fakhrul. Diletakkan sambal udang dalam pinggan yang masih hangat atas meja.
                “ni yang ada.” mereka senyum. sahur itu, Daniel nampak Afiq sedikit tenang, macam dah tak serabut.
Usai subuh, Afiq duduk kejap, dia rasa mengantuk pula.
                “so, how? made your decision?”
                “aku mengantuk lah beb. Tidur kejap boleh.”
                “la, semalam tak lena lah ni? Ok, ok. Assalamualaikum.” Afiq baring kejap, kemudian terus terlena. Daniel yang lalu semula depan biliknya sengih. Dasyat betul penangan Jannahtul Fahmi ni. Afiq, Afiq.
Pancaran cahaya matahari membuat dia terjaga. Terus dia duduk. Berpinar kejap rasa, sebab silau dari luar. Mata di bawa pada tingkap bilik. Senyap. Afiq bangun, kemudian keluar, mencari Daniel, atau Fakhrul. Kosong. Rumah hanya ada dia.
Di bawa mata pada arah jam, buntang matanya. Tengah hari. Kuat dia tepuk dahi.  Capai towel, kemudian dia terus ke bilik air, membersihkan diri. Panggilan telefon berulang kali memaksa dia untuk keluar walaupun belum selesai sepenuhnya.
>assalamualikum. Ha, Daniel kau kat mana? Fakhrul mana?
<waalaikumussalam. Kau ke mana, aku call banyak kali.
>mandi. Baru bangun. Kenapa ni?
<weh, baik kau datang sini cepat.
>datang mana ni?
<rumah Encik Idris. Aku kat sini dah weh, Zikril paksa datang. Dia dah hidang tujuh dulang kat ruang tamu ni. Cepat mai.
Talian dimatikan oleh Daniel. Melalut Afiq capai seluar, sarung apa yang patut, baju kemeja dibutang laju, dah tak kisah betul ke tidak masuk butang tu, yang pasti dia kena cepat. Berlari dia keluar tanpa sempat sarung selipar, lari menuju ke selang dua buah rumah dari rumah dia.
                “Assalamualaikum.”
Salam dari luar pintu membuatkan isi rumah semua memandang pada dia. Lama mereka perhati, membuatkan Afiq jadi segan, lalu dia tunduk.
                “Afiq?” suara Jannah membuat dia angkat muka, melilau mata mencari empunya suara. Mata memandang setiap isi rumah, kemudian mata dia berhenti pada satu susuk tubuh, yang dia kenal wajah itu, mata itu, pandangan itu.
                “mak?”
 ---

                “kau ni gila la Amie. Tak pepasal aku booked tiket emergency semata sebab kau.” Amie sengih, memandang Wan yang sanggup fly sampai sini semata sebab dia. Terharu kejap.
                “eh aku pula. Benda tak plan ok.”
                “gila betul kepala abah kan? Tak pelik lah kau macam mana. Memang keturunan kau lah ni.”
                “amboi mulut.” Jannah sengih. Mata dia bawa pada satu arah, pandangan jauh dia disambut baik oleh gerangan empunya diri yang dipandang. Senyum dibalas. Terasa diri terbang, di temani bunga-bunga cinta.
                “weh kau senyum sorang ni kenapa?” mata di bawa mengikut arah pandangan Amie, kemudian dia geleng. “selamat dah dia tu kau punya, pandang tak lepas tu kenapa? Tak lari laki kau tu.” Tersedak Jannah mendengar Wan membebel.
                “apa kau ni.”
                “ye lah duk pandang senyum-senyum. dah la lagkah bendul nikah dulu, tak menyempat tunggu aku, apa punya member.”
                “eh ada pulak langkah bendul.”
                “betul lah, ni rule brotherhood tahu.”
Jannah senyum. sengih ke telinga. Afiq sibuk layan tetamu.
                “Mr Afiq, assalamualaikum. Congratulations on your wedding, Alhamdulillah. Barakallah.” Pelukan kuat dari Sir Anthony  dibalas mesra.
                “thank you for coming sir. I’m happy to see you here.”
                “So you know her like before SPM. You classmate right? Small world.”
Afiq angguk, mengiakan fakta.
                “knowing your soulmate early huh? How you know?”
                “I have faith, and trust to Allah’s will, I guess.”
                “congratulations again. I guess my project had met you both again, is it?” Afiq angguk. Mr Anthony gelak besar. Afiq pandang pada Jannah dari jauh, yang tengah melayan Wan yang membebel dari mula sampai sehingga sekarang. Skype dengan Wan semalam membuatkan Wan terus booked tiket waktu itu juga, sampai ke sini awal pagi. Turun dari air port terus siap berbaju melayu, dengan mata mengantuk terus paksa mereka cerita apa jadi.
Rancangnya nak bagitahu Wan balik nanti, hari nikah Wan, tapi Jannah yang dah sah jadi isteri dia lepas peristiwa serang rumah dengan shampoo atas kepala, minta untuk berskype sama-sama dengan Wan. Bila muncul kat skrin dia dengan Jannah duduk berdua dalam bilik, sambil tunjuk cincin, Wan dah merapu marah kat dia. Jannah kat sebelah senyum semedang. Back up pun tidak, makanya panjang lebar dia explain.
Membawa pada hari ini, majlis kecil di buat, jemput rakan-rakan dan saudara terdekat. Bila ditanya pada mak, bila sampai, mak cerita semua plan rancangan abah mertuanya serta housemate dia, Daniel, Fakhrul dan Zikril. Kira parents Zikril datang menambahkan lagi taktik nak push dia buat kerja gila tengah hari semalam. Ini semua rancangan Encik Idris. Dengan kerjasama Daniel, membuatkan dia tergelak geleng kepala dengar mak dia cerita.
                “ha, mai dah sang putera, nak bawa pergi kawan aku sekor ni.” Afiq gelak, hari ni tak berhenti gelak, dari semalam sebenarnya.
                “tak salah kan?”
                “tak memang tak salah, Cuma tak menyempat.”
                “benda tak plan lah.”
                “sama je jawapan. Tak plan, tak plan. Bosan. Cerita lah apa jadi.” Afiq pandang Jannah, Jannah pandang Afiq.

***
                “mak?”
                “Afiq.” Afiq toleh ke kiri, melihat Jannah yang pandang dia atas bawah.
                “Jannah, please, dengar dulu.”
                “wait. With these? Really?”
                “what? Am I to bad nak cakap dengan awak pun tak boleh ke?”
                “no, I mean boleh, but dengan shampoo atas kepala, really?” laju tangan sentuh atas kepala, dia rasa ada buih sabun lagi. Dahi dia tepuk kuat. Mereka yang dari tadi hanya pandang, semua dah pecah ketawa. Afiq pandang pada mak dia yang turut sekaki ketawa. Bukan mak saja, abang, kakak dia semua ada situ. Di bawa mata arah Daniel, Fakhrul dan Zikril, kemudian dia garu kepala yang penuh dengan buih.
                “kejap. Ni, semua, okay faham.” Melutut dia menutup muka, malu. Baru sedar dia dah kena dan termakan dengan trick lama ini. trick yang memaksa dia mulakan luahan hati pada Jannah dulu, berpunca dari Daniel. Maka dia faham. Kaki dipaksa bangun. Dia senyum, mengikut yang lain ketawa.
                “pergi cuci buih tu. Naik atas, bersiap, biar kami bincang kejap.” Aiq masih senyum, tapi menurut langkah Jannah, Daniel dan dua lagi sahabatnya mengikut dari belakang.
                “towel atas katil.” Hilang Jannah dari pandangan, terus disauk leher Daniel, memaksa dia masuk sekali. Fakhrul dan Zikril dah teragak nak masuk, tapi pandangan seriau dari Afiq buat mereka takut, pantas mereka masuk ke dalam.
                “ok, bila plan ni?” dilepaskan Daniel dari saukannya.
                “start dari dia pulangkan folio hang. Cerita kat dua ekor budak ni, diaorang setuju nak ikut plan ni. Contact Encik Idris mohon kerjasama, makanya terlaksana lah apa yang dirancang. Sekian.”
                “as simple as that? Kenapa tak cakap je.”
                “Afiq, aku kenal kau lama dah. dari zaman MRSM lagi. Masak dah kau ni. Tak kena push, tak kan dibuat. Kena ketuk sikit, baru gerak.” Fakhrul dan Zikril angguk.
                “ha, lepas tahu cerita sebenar, kitaorang dah plan nak tengok kut kau cemburu, tapi geram pula aku rasa kau macam rilek je bila kitaorang duk cakap nak meminang Jannah. Kitaorang bengang tahu.”
                “betul, aku dengan Daniel memang pening dah, apa entah kau ni. Ragu juga kut kau dah tak suka dengan Jannah. Bila parents aku call kata confirm nak raya sini dengan aku, so we made up a story lah, baru ketar lutut kau.”
                “dah sekarang pergi cuci badan tu.” Afiq senyum, semua perasaan ada. malu, gembira, bersyukur, semua yang bahagia dia rasa. Tak menyangka encik Idris serta keluarga dia pun boleh terlibat dalam melaksanakan rancangan ni. Selesai mandi, dia sarung balik baju kemeja, sikat rambut kemudian turun. Langkah kaki terhenti kejap bila Daniel pegang bahu dia. Bibir memang tak berhenti nak senyum.
                “good luck Afiq.”
                “thanks Daniel. Kau sahabat dunia akhirat aku. Sampai mati. Ikhlas ni.”
                “oh terharu. Bangga pula rasa.”
                “serius bro. kau memang faham aku. The best bro I have.” Afiq peluk Daniel kejap. Drama atas tangga diperhati Jannah serta tetamu yang lain.
                “dah, tu, abah mertua dah tunggu tu.” Di paling wajah ke arah Encik Idris yang duduk bersebelahan dengan abang sulung nya. Dia salam semua tetamu,kakak,  peluk mak dan abang kemudian duduk depan bakal mertua.
                “lepas bincang semua, kami setuju dah, lepas isyak ni, akad nikah kita mula lah. boleh?”
                “isyak? Isyak bila?” Afiq macam tak percaya. Rasa cabut dah sendi kat siku. Mata di bawa pada Jannah yang duduk sebelah Encik Idris.
                “kamu nak bila?”
                “er”
                “abah rasa lagi cepat lagi bagus. Esok kita buat walimatulurus nya pula. Ada la sikit majlis menyambut. Nak buat malam ni tak sempat rasanya. boleh tak?”
Afiq toleh pada mak, mak senyum. beralih pada Daniel, dia suruh angguk. Fakhrul dan Zikril tunjuk isyarat Okay. Dia telan air liur. Mata pandang pada Jannah. Gadis itu angkat kening, tanda mahukan jawapan. Dipandang semula pada Encik Idris di depannya, lama dia ambil nafas.
                “saya, saya, saya setuju je abah.”
                “Alhamdulillah.” Semua serentak ucap syukur. Afiq nampak Jannah dah tunduk, malu mungkin. Sekarang, dia rasa bersyukur sangat. Tersangat bersyukur. Dia akur dengan rancangan ketentuan-Nya. Dia redha, dan dia gembira sangat. Rasa syukur tak berhenti dia rasa.

Lepas isyak, dia dah siap berbaju melayu hadiah dari bakal abah mertua, siap bersamping. Kira jadi baju untuk pakai nikah katanya. Dia siap beli set. Tang saiz memang sah Daniel yang bagitahu. Lagi haru bila dapat tahu yang housemate dia siap pergi sama shopping dengan Encik Idris.
Songkok dia capai. Samping siap pakai. Senyum memang tak berhenti, macam nak bocor dah pipi rasanya. siap semua, dia keluar. Dia duduk sebelah mak. Sesi menyiapkan diri dia di rumah sendiri. Kejap lagi nak berjalan menuju selang dua rumah.
                “Izaat lepas ni tanggungjawab tu dah makin besar. Jaga Jannah tu, macam mana Izaat jaga mak, sayang Jannah macam mana Izaat sayang mak. Didik dia, jangan abaikan dia, perempuan ni kita kena sayang lebih, bagi perhatian. Jangan beban dia dengan kerja rumah sorang-sorang. Ingat macam mana arwah ayah layan mak, macam tu la kamu kena layan isteri kamu. Arwah ayah kamu tu contoh terbaik yang kamu patut ikut.” Afiq angguk tanda faham.
                “tapi ingat Izaat. Walaupun isteri kamu tu tanggungjawab kamu, abang nak kamu ingat, mak kena dulukan. Jangan dulukan isteri. Faham.” Afiq angguk lagi.
                “orang perempuan ni alang, kamu kena faham dia sensitive sikit. Cepat merajuk, jadi jangan bosan nak pujuk pula. Manja-manja selalu, baru lah manis tu ada. ingat tu.” Afiq angguk lagi tanda faham nasihat kakaknya pula. Dia salam mak terlebih dulu, lama dia peluk. Mak dah berlagu air mata gembira.
Masa dah tiba. Imam dah ada sebelah Encik Idris. Bakal abah mertua yang mewalikan. Tarik nafas kejap, rasa macam tak percaya. Ditoleh belakang, melihat Jannah, bakal teman hidup. Sepadan warna baju mereka. Cantik berhias, walaupun sederhana, tapi ciptaan Allah itu indah. Jannah senyum memandang dia.
                “can we start now?” semua angguk, mengiakan kata imam. Khutbah nikah dimulakan, Afiq tekun mendengar. Debar itu ada. senyum tak berhenti.
Habis khutbah, tangan siap digenggam. Dalam berapa saat lagi, dia sah mempersuamikan Jannahtul Fahmi binti Idris. Nafas ditarik
                “Afiq Izaat bin Safi” Bismillahirahmanirahim.
***
 ---


Hanya sekali lafaz, maka sah dia suami pada Jannah, gadis depan dia ni. Rasa kekok kejap, ye lah first time rasanya duduk berdua dalam bilik, dengan Jannah. Isteri dah duduk bersila menghadap lappy, katanya nak berchat kawan jauh, Wan. Dia hanya angguk, membenarkan. Selesai solat sunat tadi, Jannah dah pesan minta dia duduk sebelah nanti waktu nak skype dengan Wan. Minta semangat katanya. Afiq senyum saja.
^pakcik_ensem : ollaaaa
^mie : salam mana?
^pakcik_ensem : amboi. Sentap kita. Assalamualaikum.
^mie : on skype, sekarang.
Afiq yang menaip, Jannah duduk sebelah sambil tahan gelak. Bunyi beep tanda call skype masuk membuat mereka senyum lebar. Punat accept ditekan.
                >ha kenapa kau? Rindu lettew.
Gambar masih samar, kemudian jeritan dari Malaysia mereka dengar melalui ruang sosial. Terus Wan menjerit. Bila Afiq bersuara minta rilek kejap, Wan bertambah jerit sebab Jannah dah gelak, sambil tunjuk cincin kat jari.
                >esok pagi aku sampai. Kau orang tunggu aku kat airport. Assalamualaikum.
Talian skype dimatikan, membiarkan Afiq dan Jannah ketawa tak berhenti. Reaksi dari Wan tak terjangka sampai macam itu. Afiq pandang Jannah yang masih bersisa gelak. Tangannya menutup laptop, kemudian mendekatkan muka pada telinga Jannah.
                “Assalamualaikum.” Afiq senyum.

---

 
;