From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday 24 January 2012

Kerana Lamaran Itu Part 2



SEJAK perkahwinan adik dia Zara, aku macam dapat rasakan hubungan aku dengan dia makin renggang. Tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin dia sibuk, aku pun sibuk kot. Lagipun, hari tu dia ada bagi tahu aku mungkin dia akan jarang balik Ipoh lepas ni. Tapi yang aku musykilnya, call pun dia dah jarang. Takkan nak call pun dah tak menyempat. Hmm..releks, Amal. Think positive.

Minggu ni, aku bagi tahu dia yang aku tak dapat balik KL sebab ada banyak kerja. Sebenarnya, aku dapat balik tapi tak nak bagi tahu dia sebab sengaja aku nak buat kejutan untuk dia.

Haih..susah betul kalau dah kahwin tapi duduk jauh-jauh ni. Bukan aku tak nak pindah tapi tak dapat jawapan lagi dari pihak atasan. Nak buat macam mana kan. Redha jelah. Dia pun ada juga cakap hari tu masa dia datang pujuk aku. Kalau boleh dia nak aku pindah ikut dia tinggal kat KL tapi serius aku tak boleh nak buat apa selagi borang aku tak diluluskan. Takkan aku nak berhenti pula. Memang aku tak sangguplah. Dia pun tak ada lah sampai mendesak dan suruh aku buat macam tu. Nasib Haicarl faham dengan aku yang tak mungkin akan tinggalkan kerjaya aku macam tu je.

Aku sampai kat rumah banglo keluarga mertua aku lebih kurang pukul 11.30 pagi. Lepas keluar dari perut Inche Ry, aku pula yang mula rasa tak sedap perut.

Alamak buat hal lah pula. Makin memulas macam dipulas-pulas perut aku. Nasib baik dah sampai rumah.

Banglo tiga tingkat ini nampak sunyi. Maklumlah hujung minggu semuanya sibuk dengan aktiviti masing-masing. Entah-entah termasuk dengan Haicarl sekali. Yang aku nampak cuma beberapa tukang kebun tengah sibuk bersihkan laman dan kolam. Lepas ambil beg, aku pun berjalan ke arah pintu belakang. Dekat sikit berbanding nak ke pintu depan.

“Assalamualaikum.”

Kelihatan Mak Tom, Mak Bibah, bibik Ina dan Yanti serta mummy kat dapur.

“Waalaikumsalam.”

Jawab mereka serentak. Aku masuk dan terus menghampiri mummy. Aku salam dan cium tangan mummy.
“Laa..Maira nak balik tak bagi tahu pun. Carl pun tak bagi tahu apa-apa kat mummy.”

Mummy nampak terkejut bila aku ada depan mata dia. Selalunya kalau aku nak balik mesti Haicarl bagi tahu dia ataupun aku sendiri yang telefon mummy. Tapi, kali ni aku tak buat macam tu pula. Mana mummy tak terkejut tengok aku.

“Saja Maira nak buat surprise. Memang Maira tak bagi tahu pun dengan Carl yang Maira nak balik. Mummy tengah masak ke?”

“Ya, mummy tengah masak untuk makan tengah hari. Farhan dengan Zara nak makan kat sini. Carl katanya nak bawa datang tetamu.”

            “Oh! Iya ke? Papa mana mummy?”

“Eh! Carl tak bagi tahu Maira ke?”

Terpinga-pinga aku sekejap. Bagi tahu apa? Aku dengan Haicarl jarang cakap sekarang ni. Nak call pun dah kurang. Nak jumpa lagilah jangan harap. Kali terakhir kita orang bercakap minggu lepas. Itu pun sebab dia nak cakap kat aku yang dia tak dapat balik Ipoh. Minggu ni, aku cuma dapat mesej dia je untuk bagi tahu aku tak dapat datang KL pula.  Ini mesti kes mummy tak tahu apa-apa pasal hubungan kita orang.

“Eh..dia ada cakap kot. Maira terlupalah mummy. Papa pergi mana?”

Aku tersengih dan buat-buat garu kepala yang tak gatal. Nak sembunyikan perkara yang sebenarlah katakan.
“Papa pergi Singapore, outstation,” jawab mummy sambil tersenyum tengok gelagat aku.

Lepas tu, mummy sambung kupas kulit lobak balik. Aku pun ambil tempat kat depan mummy. Nampaknya, Bibik Ina, Mak Tom dan Yanti masing-masing tekun buat tugas untuk siapkan makanan tengah hari. Tapi aku tahu dia orang masih boleh dengar apa yang aku cakap dengan mummy. Aku pun capai lagi satu pisau yang ada kat atas meja dan tolong mummy potong lobak yang dah siap kupas.

“Tak apalah Maira. Mummy boleh buat. Maira mesti penat drive jauh-jauh,” kata mummy bila aku dah mula potong lobak.

“Tak apalah mummy. Sikit je pun.”

Lepas tu, mummy pun diam. Tak cakap apa dah. Aku sambung kerja aku balik. Tapi dalam hati aku ni dah berbolak-balik. Nak je aku tanya mummy pasal anak lelaki kesayangan dia. Sejak aku sampai tadi, tak nampak lagi kelibat dia. Tapi aku tahankan je sebab takut mummy perasan pulak kedinginan rumah tangga aku dengan anak dia yang aku sendiri tak tahu kenapa.

“Puan Sri, Cik Puan ni airnya. Jemput minum,” kata Yanti yang dah siap buat air untuk aku dengan mummy. Bila masa dia buat pun aku tak perasan. Mengelamun punya pasal. Nasib baik aku tak terpotong jari aku sendiri.

“Yanti ni susah-susah aje. Saya boleh ambil sendiri. Bukan tak biasa,” kata aku.

“Eh tak mengapa. Tidak susah. Memang tugas saya.”

 Lepas dia cakap macam tu, dia pun sambung balik kerja dia. Mummy senyum je sambil potong bunga kubis pula.

Tiba-tiba sakit perut aku datang balik. Memulas lagi! Ini yang aku menyampah ni. Berkerut-kerut muka aku nak tahan sakit punya pasal. Aku terus berdiri dan pergi basuh tangan kat sinki dan seterusnya kelam kabut capai beg. Semua terpinga-pinga tengok aku.

“Eh, kenapa ni Maira?” tanya mummy bila tengok gelagat aku yang dah kelam kelibut.

“Tak ada apa-apa mummy. Sakit perut je. Tiba-tiba datang balik. Tadi macam dah hilang sikit.”

Food poisoning kot. Maira ada salah makan ke?”

Terpancar riak risau mummy bila tengok aku yang dah berkerut-kerut macam tu.

“Entahlah mummy. Maira pun tak pasti. Maira naik atas dulu ya, nak ke tandas,” kata aku dan  bergegas naik ke atas.

Rasa macam dah tak boleh tahan nak melepas. Karang kalau terburai kat dapur ni siapa nak jawab.

“Nanti makan ubat ni, Maira.”

Sayup-sayup je aku dengar suara mummy masa tu sebab aku dah berlari-lari anak ke tangga. Haih..kenapalah tangga ni banyak sangat? Kalau ada lif kan bagus. Huh..

                                             **********************

            FUHH!! Lega....

Bepeluh-peluh aku dalam bilik air nak buat ‘dodol’. Ni mesti kes makan gulai semalam ni. Aku dah rasa lain macam tapi aku tetap tibai juga sebab rasa macam sedap lagi. Lepas tu, aku pekena pula teh tarik mapley. Perghh...amekaw. Hari ni terus keluar rapping dalam perut aku. Hampir sejam aku duduk dalam tandas ni sampai nak tertidur rasanya. Ini semua sebab penangan perut memulas aku.

Aku usap perut aku yang kempis. Buat halnya ‘anak’ mama. Oleh sebab ‘anak’ aku meragam, aku lebih selesa memakai kain batik, t-shirt lengan panjang dan bertudung Arianni  untuk turun ke bawah.  Kalau ada apa-apa hal terjadi kat ‘anak’ a.k.a perut aku, aku terus lari masuk tandas kat bawah.

Bila sampai kat bawah, aku terdengar suara orang sayup-sayup tengah bersembang kat ruang tamu. Oleh sebab aku malas nak menyibuk kat ruang tamu, aku pun terus melencong ke dapur untuk menghilangkan haus. Maklumlah dehydrated dalam bilik air tadi. Perut aku pun dah kosong sebab semuanya aku dah keluarkan.

Lepas isi tekak aku dengan air suam, aku pun jalan melintasi meja makan yang boleh memuatkan dua belas orang tu. Lauk pauk dan pinggan semua dah diatur. Cuma gelas je yang tak bersusun lagi. Jadi, aku pun ringankan tangan tolong susun gelas-gelas tu. Mummy, dan pembantu rumah yang lain pun aku tak nampak ada kat ruang dapur mahupun ruang makan. Hanya kelihatan Bibik Ina je yang sibuk tengah kemas dapur masa aku minum tadi.

“Err..excuse me. Ambilkan saya ais lagi.”

Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang datang menegur kat belakang aku. Terus terhenti tangan aku yang tengah sibuk susun gelas. Sebaik aku pun pusing ke belakang, kelihatan seorang perempuan terpacak kat belakang aku dengan tangan yang tengah menghulurkan gelas kat aku.

Aku hanya mampu tengok je perempuan cantik ni kat depan aku. Cantik ke? Cantik la juga kalau nak dibandingkan dengan aku ni. Huhu...ayat sedar diri.

Bila tengok aku diam tak berkutik, aku nampak perempuan tu pandang aku dari atas ke bawah macam gaya aku tak pakai baju je. Aku pula terus tengok balik diri aku. Ada apa-apa yang tak kena ke?

Perempuan tu masih terus-terusan menghulurkan gelas dia kat aku. Aku makin terpinga-pinga. Kenapa pula minah ni nak hulur gelas dia kat aku?

“Awak ni pekak ke?” tanya dia.

Suara dia dah naik seoktaf. Ceit.. nak tunjuk kerek pula minah ni. Apa kes nak naikkan suara dia kat aku?

“Ky..Maira!”

Tiba-tiba orang yang paling aku rindu muncul kat depan mata. Nampak berubah sikit muka Haicarl bila tengok aku tercongok kat sini. Mungkin dia terkejut kot sebab aku kan tak bagi tahu kat dia yang aku nak balik. Sekarang ni, yang menjadi tanda tanya besar kat dalam kepala otak aku ni adalah siapa minah bajet giler ni? Gaya macam bagus je.

“Carl..what’s wrong with your maid?” tanya perempuan tu selamba kat Haicarl yang masih tak lepas dari tengok aku.

Bila dengar dia cakap macam tu, rasa nak terpusing kepala aku kalih tengok perempuan ni. Aku..maid? Patutlah dia suruh aku ambil ais. Tiba-tiba..

“MAID!!”

Serentak dengan itu, aku terdengar suara-suara yang tersentak dengan panggilan maid. Suara Farhan, mummy, dan Zara yang entah muncul dari mana berpadu menjadi satu. Sudah! Cukup korum tiga orang untuk nyanyi lagu Beribu Sesalan ni. Haicarl pun nampak terkedu dengan kenyataan berani mati minah-yang-aku-tak-tahu-siapa ni.

Mummy pantas bergerak mendekati aku dan peluk bahu aku yang dah statik berdiri membelakangkan kerusi makan. Aku dah tak mampu bergerak mahupun nak bersuara. Aku cuma mampu tengok je drama sebabak yang tengah bermain kat depan mata aku sekarang ni.

“Kyra, she’s not our maid tapi Maira ni isteri Haicarl dan menantu aunty,” jelas mummy.

            Sekejap! Mummy kata nama dia Kyra. Macam pernah dengar je nama tu tapi kat mana ya?

Aku tengok muka minah ni dah berubah. Tekejut, tak percaya, kecewa dan macam marah pun ada. Aku hanya perhatikan saja reaksi minah ni. Tak lama lepas tu, aku nampak dia senyum juga walaupun tak ikhlas.

“Oh! Iya ke aunty? Sorry... Kyra ingatkan maid tadi.”

Sudah terang lagi bersuluh yang dia memang tak ikhlas. Tak tahulah kalau aku ni terlebih dalam menilai orang disebabkan aku mula tak sedap hati bila tengok dia menempel kat Haicarl. Bagi menghilangkan rasa tak sedap hati aku ni, aku pun balas balik senyuman plastik dia dengan senyuman ‘kaca’ aku. Haa.. dah macam kitar semula pula plastik, kaca, botol, kertas. Semua ada!

Hi, I’m Kyra. Kyra Erlissa Datuk Khairil,” kata dia sambil hulurkan tangan dia untuk bersalaman dengan aku.

Ceh..nak juga guna sebut nama bapak dia yang berpangkat Datuk. Ada aku kesah ke? Nasib baik depan mummy. Kalau tak, boleh bolayan dengan lagak tak bertempat dia tu. Walau bagaimanapun, aku sambut juga huluran salam dia walaupun dia macam nak tak nak je salam dengan aku.

“Saya Nur Amal Humaira Mohamed Nasrin. Isteri Haicarl,” kata aku.

Sengaja aku tekankan perkataan isteri Haicarl tadi. Biar terang dan jelas supaya dia tak salah yang aku ni isteri Haicarl bukan maid.

Entah kenapa aku dapat rasakan perempuan ni macam ada maksud lain. Aku tengok dia bukan main nak tarik perhatian mummy dengan Haicarl. Ini yang buat aku makin tak senang hati dengan adanya perempuan ni kat sini.

Lagipun nama dia macam biasa aku dengar. Kalau tak silap aku. bukan ke minah ni orang yang aku nampak dengan Haicarl masa majlis perkahwinan Zara?

“Kyra kan?” tanya aku.

            “Yaa.. I’m Kyra.”

Gerak mata dia semacam je tengok aku. Macam ada riak tak puas hati kat situ.

“Eh..Maira kenal Kyra ke?” tanya mummy lepas dia tengok drama sebabak aku dengan minah ni.

“Err.. yes.”

No.”

Lepas dia cakap macam tu, aku pandang dia dan dia pun pandang aku balik. Aku jawab ‘yes’ dia jawab ‘no’. Yang lain dah pelik tengok kita orang berdua.

“Mana satu ni?” tanya mummy lagi.

Jelas nampak muka mummy yang dah keliru. Kesian mummy. Pening melayan gelagat kita orang.
“Err..aunty..actually Kyra..”

“Sebenarnya, Maira kenal Kyra...baru kejap tadi. Kan mummy baru kenalkan kami berdua,” kata aku sambil senyum. Malas nak panjangkan cerita.

Aku perasan lirikan mata Kyra yang tengah pandang aku. Tak tahulah nak tafsirkan pandangan jenis apa yang dia bagi kat aku.

“Apalah Kak Amal ni, buat suspen je. Terkejut kita orang. Ingatkan you all dah kenal lama,” sampuk Zara pula.

Aku mula rasa pelik bila Zara cakap macam tu. Kenapa pula dia orang nak terkejut kalau aku dah kenal lama dengan Kyra ni. Ada apa-apa benda yang aku tak tahu ke?

“Hmm..Zara kenapa pulak terkejut kalau akak dah kenal lama dengan Kyra?” tanya aku balik sambil pandang tepat muka Zara.

Semua terdiam bila aku tanya macam tu. Aku tengok muka Farhan dah berubah sikit. Mungkin terkejut kot dengan soalan aku tadi. Zara pula nampak panik sikit dan begitu juga dengan mummy yang dah berubah air muka dia.  Haicarl pula macam biasa. Cool. Tak ada apa-apa perubahan. Pelik aku tengok dia orang ni.

“Ehem..Maira tak bagitahu abang pun Maira nak datang. Hari tu kata tak jadi nak datang.”

Haicarl tiba-tiba mencelah dan berjalan menghampiri aku. Muka dia tenang je macam tak ada apa-apa yang berlaku. Lagipun, baru aku perasan yang aku belum sempat nak salam dia lagi. Lepas tu, aku pun capai tangan dia dan tunduk menyalami dia. Tanpa aku sangka, lepas aku salam dan cium tangan dia, dia pula cium pipi aku. Aku pula yang terasa malu sebab aksi kita orang ni diperhatikan empat pasang mata yang berdiri kat depan ni.

“Saja nak bagi surprise dekat abang.”

Aku senyum tengok dia. Hailah hati.. kalau dia boleh menjerit dah lama dia menjerit. Betapa rindunya untuk menatap seraut wajah ini. Cess..bermadah pujangga pula kau Amal.

Walaupun sejak kebelakangan ini, hubungan kita orang agak renggang tapi aku tetap rindukan dia. Siapa tak rindu suami bila dah duduk berjauhan.

“Kenapa muka nampak pucat ni? Tak sihat ke?” Haicarl dah sentuh pipi aku sambil renung mata aku.

“Tadi Maira cakap sakit perut. Dah okey ke?” Celah mummy sebelum sempat aku menjawab soalan Haicarl tadi.

Aku angguk lemah. “Dah okey sikit mummy.”

“Maira..sakit kenapa datang? You drive here all alone. Kalau sesuatu terjadi tadi macam mana?

Haicarl mula tunjuk riak tak puas hati bila dengar jawapan aku tadi. Lepas tu, terus dia tembak aku. Tak suka ke kalau aku datang? Aku mula terasa hati dengan sikap Haicarl. Penat je aku drive ke sini. Dia tak tahu ke aku dah rindukan dia. Sebulan aku tak jumpa dengan dia sejak dia datang Ipoh hari tu. Sekarang ni, boleh pula dia cakap macam tu kat aku.

Lagipun, aku mula terasa sakit perut sangat-sangat masa aku dah nak sampai sini. Kalau aku tahu nak jadi macam ni, aku pun tak nak datang. Muka aku mula berubah mendung macam nak hujan.

Carl drop it. Dah makan ubat yang mummy bagi tadi?”

Cepat-cepat mummy mencelah bila tengok muka Haicarl makin serius. Aku pula makin terasa. Ni mesti kes aku terlebih makan ajinamoto kat kedai mamak ni sampai hal macam ni pun aku nak terasa lebih.

“Belum lagi. Sebab ubat tu kena ambil lepas makan dulu,” jawab aku perlahan.

“Oh! Iya ke?  Kalau macam tu mari kita makan dulu.”

“Okay aunty. Perut Kyra pun dah lapar ni. Mesti sedapkan aunty masak. Dah lama Kyra tak rasa masakan aunty,” kata Kyra lalu terus peluk lengan mummy dan menarik kerusi untuk mummy.

Aku tengok muka Zara terus berubah. Lawak pula bila tengok Zara mengejek gaya Kyra yang gedik tu. Tapi sebelum sempat Zara terus-terusan mengejek gaya Kyra, Farhan dah tahan dulu. Aku pula jalan beriringan dengan Haicarl yang dah tarik tangan aku untuk ikut dia.

Mummy duduk kat kepala meja. Haicarl ambil tempat kat sebelah kanan mummy manakala Mak Bibah yang baru muncul dari dapur duduk kat sebelah kiri mummy. Kat sebelah Mak Bibah pula Farhan dan Zara duduk kat sebelah kiri Farhan.

Baru je aku nak duduk kat kerusi sebelah Haicarl tiba-tiba Kyra dengan selamba badak tak tahu malu dah terlebih dahulu duduk kat kerusi yang aku tarik tu. Perghh..ni yang buat telinga aku berasap ni. Apehal minah ni. Cari pasal ke apa?

Aku tengok biji mata Zara bagai nak terjojol keluar bila tengok situasi tu. Masakan tak, kejadian tu berlaku betul-betul berhadapan tempat duduk Zara dan Farhan. Farhan aku tengok terkejut sampai dah tak boleh nak cakap apa-apa. Hanya mampu tengok je drama sebabak kat depan mata. Serius drama queen betul minah ni. Aku dah berdiri macam patung cendana kat belakang kerusi yang Kyra duduk tu. Sebenarnya, aku terkejut juga tengok gelagat berani tak kena tempat minah sekor ni. Oppss.. seorang.

Haicarl tiba-tiba pusing tengok sebelah kanan dia. Baru dia nak perasan yang orang lain dah ambil tempat duduk aku. Mummy yang tadi tengah bercakap dengan Mak Bibah pun dah mengalih pandangan tengok aku dan kerusi yang dah Kyra duduk. Aku tersenyum tawar membalas pandangan mummy. Takkan nak tunjuk muka garang pula. Karang terpengsan mak mertua aku siapa nak jawab.

“Kyra, do you mind if you move to the next chair? And you too, Carl. Mummy nak Maira duduk sebelah mummy,” arah mummy.

Jadi, suka tak suka dia orang kenalah ikut kan. Aku terus ambil tempat kat kerusi yang Haicarl tinggalkan. Sekarang ni, Haicarl berada antara aku dan si Kyra tu.

Lepas mengaminkan bacaan doa yang dibaca oleh Haicarl, aku pun capai senduk nasi. Tapi, baru je aku nak pegang senduk nasi tiba-tiba ada pula tangan yang terlebih cepat dari aku dah capai senduk nasi nan satu tu. Terus dia sendukkan nasi dan letak dalam pinggan Haicarl. Hati aku mula macam ada bara je. Siapa isteri Haicarl sekarang ni? Aku ke dia?

Aku perasan mata Zara dah mengawasi pergerakan Kyra. Aku tak tahulah suami aku yang tercinta ni perasan ke tak muka aku dah mula berubah macam ada yang nak kena makan pelempang bukan nasi tengah hari ni.

“Carl.. Do you want prawns? I’ll take for you okay.” Terus Kyra cedukkan lauk tu kat dalam pinggan Haicarl sebelum Haicarl sempat jawab.

Astaghfirullahalazim! Bersabarlah wahai hati, Puan Amal oii. Hati aku ni makin lama makin pedih tengok tayangan perdana percuma kat depan aku ni. Agak-agaklah weyh. Kalau depan aku pun boleh menggedik macam ni dengan Haicarl, kalau belakang aku macam mana pula?

Aku jeling udang yang tertenggek dalam pinggan Haicarl. Karang tak pasal-pasal udang berlada ni aku sumbat dalam mulut si ‘obor-obor’ ni dengan Haicarl sekali. Makin kecil je aku tengok udang yang tak bersalah tu.

Bila tengok si Kyra ni dah melayan Haicarl, aku pun layan diri aku sendiri. Malas nak ambil tahu pasal orang lain. Buat sakit hati aku je nanti. Sepanjang makan tengah hari, suara Kyra saja yang berkumandang macam radio karat. Aku hanya mendiamkan diri sebab tak ada mood nak bercakap. Aku tak tahulah Haicarl perasan ke tak. Tapi kalau tengok dari gaya dia macam tak perasan je. Khusyuk makan.

Dalam aku tengah layan sakit hati, tiba-tiba aku rasa ada tangan yang menyentuh peha aku. Aku kalih tengok sebelah kanan aku, tapi dia buat macam biasa je sambil menguyah makanan dia.

Aku tepis tangan dia, tapi dia dengan pantasnya terus genggam tangan aku. Kejap. Tersentak aku. Apa kes ni nak pegang-pegang tangan orang? Aku cuba tarik tangan aku tapi memang tak berjaya. Mana boleh lawan tenaga aku dengan tenaga dia.

“Kenapa Maira?” tanya mummy.

Hadoyai... tak sangka mummy ni nampak gelagat aku yang tak berapa selesa sebab tengah ‘berperang’ tangan dengan Haicarl kat bawah meja.

“Err..err..tak ada apa-apa mummy.” Tergagap aku nak menjawab. Aku sempat menjeling ke arah Haicarl. Tapi dia macam biasa buat derkk je.

“Betul ke ni? Ke Maira sakit perut lagi?” tanya mummy lagi. Muka dia nampak risau tengok aku yang tak selesa ni.

“Tak adalah. Maira dah okay,” jawab aku sambil tersenyum. Tangan aku kat bawah ni makin kejap Haicarl genggam.

“Kak Amal, kalau tak okay cakap je tau. I’ll be there for you,” sampuk Zara dengan senyuman dia yang manis. Walau bagaimanapun, aku sempat nampak mata dia menjeling ke arah Haicarl dan Kyra. Aku senyum je membalas kata-kata Zara.

“Carl, lepas makan ni jumpa mummy dekat bilik bacaan sekejap. Kyra bolehkan berbual dengan Zara, Farhan dengan Maira dulu?” tanya mummy lepas mummy menghabiskan makanannya.

Sure, aunty. Boleh je,” jawab Kyra dengan lemah gemalainya. Berbulu je aku dengar.

Aku tengok muka Haicarl lepas tu. Saja nak tengok reaksi dia. Mungkin dia rasa aku pandang dia, dia pun kalih dan pandang aku balik. Tak ada suara pun yang keluar dari mulut dia. Begitu juga aku. Hanya anak mata dia je yang bergerak macam ada sesuatu yang tersekat kat dalam kepala otak dia. Aku malas nak ambil pusing dan terus minum air aku walaupun aku tahu Haicarl masih tetap pandang aku.

Perlahan-lahan aku tarik tangan aku dan bangun dari situ sambil mengangkat pinggan aku. Aku tak sanggup nak lawan mata dengan dia. Aku takut aku tak kuat dan terus hanyut dibawa panahan mata dia yang memukau tu. Lebih lama aku kat situ, lagi tak tenteram aku rasa hati aku. Sesungguhnya, baru aku sedar sekarang ni. Bukan senang untuk menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki bernama Ariff Haicarl! Duhai hati kuatkanlah hati aku.

******************

PENAT betul aku rasa malam ni. Pagi tadi dah bangun awal untuk datang ke sini. Sebelah petang pula, mummy ajak teman dia keluar window shopping. Nama saja window shopping, tapi barang yang mummy beli bukan main lagi. Walaupun satu dua barang je, tapi harganya aku akan fikir seratus kali kalau nak beli guna duit poket sendiri. Nak pengsan aku tengok.

Mummy heret aku dari satu butik ke satu butik sama macam anak-anak dia juga. Baik Zara mahupun Haicarl. Dua kali lima saja dia orang tu. Nasib baik perut aku pun dah tak meragam lepas makan ubat dan tidur sekejap lepas Zohor tadi.  

“Maira, tolong ambikkan abang towel.”

Tiba-tiba suara Haicarl kedengaran dari pintu bilik air. Kepala dia dah terjengul kat muka pintu dengan rambut dia yang dah basah. Sah! Memang lupa nak ambil tualalah tu.

“Abang letak mana towel abang?” tanya aku bila aku tak jumpa tuala dia kat penyidai.

“Cuci kot. Just get me the new one.” Lepas dia cakap macam tu, terus dia tutup pintu bilik air balik. Aku pun bergerak ke bilik wardrobe untuk ambil tuala dia.

Sebenarnya, Haicarl tu pun baru balik. Tadi masa aku keluar pergi shopping dengan mummy, Haicarl keluar dengan Farhan dan Kyra untuk hantar Kyra balik. Lepas tu, aku dengar dari Zara, Haicarl dan Farhan melencong pergi Bukit Kiara tengok kuda. Zara pula tak ikut sebab penat katanya.

Bila dah sampai kat depan almari yang berpintu-pintu ni, aku buka almari dan cari tuala untuk Haicarl. Tiba-tiba tangan aku ni tak sengaja terpegang satu objek keras di bawah lipatan tuala.

Aku capai tuala dan objek keras berbentuk empat segi tu keluar. Aku tutup pintu almari dan dan duduk atas kerusi yang ada kat dalam bilik wardrobe ni. Tuala Haicarl aku dah letak kat tepi. Objek yang merupakan sebuah album ini lagi menarik minat aku.

Aku buka helaian album yang pertama. Semua gambar Haicarl waktu dia sekolah kat luar negara dulu. Rasanya gambar ni diambil masa dia masih remaja lagi sebab nampak muda. Aku selak lagi helaian album dan gambar dia waktu lepak dengan kawan dia terpampang di helaian album tu. Aku tengok macam-macam bangsa kawan dia. Negro ada, Mat salleh ada, Melayu ada dan macam muka Jepun pun ada.

Lepas tu, aku selak lagi laman yang seterusnya. Gambar dia waktu study kat universiti pula. Dia nampak macho dengan cardigan yang dipadankan dengan T-shirt. Gambar ni dia masih bersama dengan kawan-kawan dia juga dan baru aku terperasan gambar seorang perempuan terselit kat situ. Muka perempuan tu memang biasa aku nampak.

Kalau tak silap aku perempuan ni Kyra. Cuma dalam gambar ni, dia ombakkan rambut dan pakai cermin mata. Sekarang ni, rambut dia dah straight dan tak pakai cermin mata.

Aku baru perasan, muka dia ada hampir setiap halaman album ni. Walaupun bukan gambar dia orang berdua, tapi aku pelik juga sebab muka dia tetap ada meskipun gambar tu diambil kat depan Universal Studio. Lagi satu yang membuatkan aku musykil, kenapa album ni diletakkan kat sini? Kenapa tak letak dekat rak album yang banyak-banyak tu? Macam ada sesuatu yang cuba dirahsiakan.

Maira! Where’s my towel!?”

Tiba-tiba aku terdengar suara Haicarl agak kuat panggil aku dari arah pintu bilik air. Alamak! Aku terlupa nak bagi tuala ni kat dia. Mesti pak cik tu dah tunggu lama. Cepat-cepat aku simpan balik album tu kat tempat tadi dan capai tuala dia. Aku keluar dari bilik wardrobe dan menuju ke bilik air. Dia dah tunggu aku di sebalik pintu. Hanya nampak muka dengan tangan je.

“Lambatnya ambil towel,” kata dia sambil tangan dia capai tuala yang aku hulurkan.

Sorry,” jawab aku sambil sengih. Dia geleng kepala dan tutup pintu balik.

Aku terus bergerak ke meja solek dan duduk kat kerusi situ. Termenung kejap. Cuba proses balik gambar yang aku nampak. Kenapa dia mesti letak album tu kat situ? Macam ada sesuatu yang tak kena je. Kyra tu siapa sebenarnya?

Dreaming?”

“Opocot mak kau tergolek.”

Nasib baik tak tertumpah bedak Enchanteur aku ni sebab terkejut. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba je suara dia ada kat belakang aku. Haish..mamat ni memang suka buat aku sakit jantung.

Aku tengok dia senyum sambil geleng kepala. Dahlah tak pakai baju dan hanya bertuala saja. Rambut pun masih basah-basah lagi. Perghh..seksi habis. Ini buat aku makin berdebar-debar bila tengok dia berdiri kat belakang aku dengan tangan yang tengah capai Armani Diamonds Aftershave.

“Abang ni...suka buat Maira terkejut,” rungut aku sambil capai sikat rambut.

Aku punyalah nak cover gubra, jadi terpaksa pura-pura jadi perempuan Melayu terakhir sikit. Sikat rambut pun macam gaya puteri zaman purba kala. Walaupun aku dengan dia dah berkahwin beberapa bulan, tapi aku masih malu kalau tengok dia tak pakai baju sebab segan rasanya bila tertengok six packs dia. Wah..mengada kau Amal! Tertengok atau saja tengok.

“Maira tu yang kuat berangan. Mana tak terkejut,” jawab dia.

“Abang pun tak bagi salam,” balas aku tak puas hati. Tak pasal-pasal aku pula yang terkena. Mana boleh!

Melalui cermin aku nampak dia makin kecilkan mata dia. Nampak macam tak puas hati je bila aku sindir dia balik.

Fine. Assalamualaikum,” kata dia.

Aku sengih. “Waalaikumsalam,” jawab aku.

Aku nampak dia geleng kepala tengok gelagat aku yang saja cari pasal dengan dia. Dia letak balik botol Armani Diamonds Aftershave atas meja solek.

We need to talk after this,” kata dia sebelum berlalu ke bilik wardrobe.

Aku dah tayang muka blur. Apesal lain macam je Haicarl ni. Macam ada yang tak kena je. Walau bagaimanapun, aku tetap sabar tunggu dia pakai baju. Sementara menunngu dia, aku capai lotion dan sapu kat tangan dan leher aku.

Tak lama kemudian, aku nampak dia keluar dari bilik wardrobe. Lengkap pakai baju tidur dengan T-shirt putih berkolar V dan seluar cotton. Dia ambil tempat kat birai katil dengan tangan yang masih pegang tuala sambil lap rambut dia yang basah. Aku tengok je gelagat dia dari cermin solek ni.

“Dah solat dah?”

Itu soalan pertama dia kat aku.

“Dah. Abang?” tanya aku balik.

“Dah. Tadi singgah kat masjid dengan Farhan,” jawab dia masih lap rambut dia.

“Apa yang abang nak cakap dengan Maira tadi?” tanya aku bila tengok tak ada tanda-tanda dia nak bersuara.

“Kenapa Maira datang sini tak cakap dengan abang dulu?”

Aku tengok muka dia dah serius pandang aku. Tangan dia pun dah berhenti dari lap rambut. Aku pula mula cuak tengok muka dia macam tu.

“Err..saja nak buat surprise kat abang. Kita pun dah lama tak jumpa kan.” Lepas aku cakap macam tu, muka dia berubah sikit.

“Abang tahu. Dah sebulan lebih kita tak jumpa. Tapi, kalau Maira nak datang sini Maira mesti bagi tahu abang dulu,” kata dia.

Aku rasa bersalah pula lepas dia cakap macam tu. Dahlah aku keluar rumah tak minta izin dari dia.

Sorry,” kata aku dengan muka bersalah. Tak tahu nak cakap apa lagi sebab aku tahu aku yang salah. Kemudian, dia bangun untuk sangkut tuala kat penyidai dan terus jalan ke arah aku lepas tu.

Okay, but don’t do it again. Kalau sesuatu terjadi tadi macam mana? Please, don’t make me worry.”

Aku terdiam bila dia dah cakap macam tu. Rasa bersalah bertingkat-tingkat pula. Aku tunduk sambil tangan aku bermain dengan sikat rambut. Tak lama lepas tu, tiba-tiba dia capai sikat rambut kat tangan aku dan sikat rambut dia. Lepas selesai sikat rambut, dia capai tangan aku dan tarik aku supaya berdiri menghadap dia.

“Hurm...Jangan buat muka sedih macam ni lagi. Abang cuma nak ingatkan, bahaya kalau Maira datang sini tak bagi tahu abang dulu,” pujuk dia.

Aku pula rasa macam nak nangis bila dengar suara dia lembut pujuk aku. Hish.. emo pula tak tentu pasal. Mengada betul!

I’m so sorry. I won’t repeat again.”

I’m glad to hear that,” kata dia sambil senyum. Lepas tu, terus dia tarik aku ke dalam pelukan dia. Rasa selamat bila dia buat macam ni.

“Dah okay sakit perut Maira?” tanya dia sambil merenggangkan sikit pelukan.

“Okay dah. Lepas makan ubat dan tidur sekejap tengah hari tadi, terus okay balik.”

Dia mengangguk dan senyum. Mungkin dia puas hati dengar jawapan aku. Lepas tu, tangan dia mula naik mengelus pipi aku. Ini yang buat aku jadi segan tiba-tiba.

Did mummy inform you about the feast that will be held?” tanya dia.

Aku dah blurr. Mummy tak ada cakap apa-apa pun dengan aku.

No. Mummy tak cakap apa pun,” jawab aku.

Really!? Mummy lupalah kot.”

“Bila nak buat kenduri tu?” tanya aku lagi.

Not sure yet. But maybe next month.”

“Kenduri untuk apa tu?”

“Kenduri doa selamat sebab papa baru buka resort baru. Untuk keluarga dan kawan-kawan yang terdekat je. Sepupu abang yang tak dapat datang masa kita kahwin hari tu pun akan ada juga masa kenduri tu nanti.”

“Oh iya ke? Kira ramai jugaklah nanti,” kata aku.

Keluarga Haicarl ni pun boleh tahan juga ramainya. Kalau dikumpulkan semua memang buat kenduri tak payah jemput orang lain pun tak apa. Memang dah cukup meriah.

“Mungkin kalau semua datang ramailah. Nanti abang bagitahu tarikh sebenar balik,” kata dia.

Aku angguk dan senyum bila dia dah cakap macam tu. Dia belai rambut aku lagi dan rasa mengantuk mulalah datang tanpa diundang.

“Jom tidur.”

Ajak dia sambil peluk pinggang aku dan menuju ke arah katil. Aku ikut je sebab badan aku pun dah letih.

Aku rebahkan badan aku kat atas katil yang empuk ni. Selesa rasanya dapat baring macam ni. Dia dah tutup suis lampu bilik utama. Tinggal lampu sisi katil sebelah dia je yang masih menyala.  Tak lama lepas tu, dia pun baring kat sebelah aku dan tutup lampu sisi sebelah dia. Aku ni jenis nak tidur, semua lampu mesti tutup. Kalau terang, aku golek sampai nak tertonggeng pun belum tentu boleh tidur.

Aku rasa dia tarik aku dalam pelukan dia. Lepas tu, tangan dia mengelus rambut aku lagi. Mata aku makin lama, makin kecil bila dia buat macam ni. Aku memang pantang kalau orang main rambut aku. Mesti mengantuk punya.

“Did you know you have beautiful hairs?” tanya dia dengan suara tahap boleh mencairkan aku.

Hmm.. .don’t know.” Gaya orang mengantuk jawab.

Lepas tu, aku rasa macam ada angin lembut yang hangat menampar muka aku. Bau Armani Aftershave pun makin kuat. Mata aku pula makin kuyu je. Aku tahu dia makin dekat dengan aku.

Tiba-tiba aku rasa panas kat dahi aku. Lepas tu, kat pipi aku pula dan aku dah tak ingat apa-apa dah. Zzzz....
******************

SUASANA sungguh hingar-bingar kat rumah mummy ni. Rumah sebesar alam pun aku rasa boleh jadi sempit sebab ramai juga kaum kerabat papa yang datang. Keluarga mummy pun ada juga yang datang walaupun tak seramai papa sebab kebanyakan keluarga mummy masih menetap di London. Kawan-kawan papa dengan mummy pun tak kurang ramainya yang datang untuk memeriahkan suasana.

Lepas selesai orang masjid baca doa selamat tadi, semua serbu makanan buffet yang disediakan kat luar rumah ni. Nasib baik mummy upah caterer je. Kalau masak sendiri, tak tahulah penatnya macam mana. Dari siang tadi aku dok ke hulur-hilir tolong mummy apa yang patut sebab dessert mummy buat sendiri.

Bubur kacang ada, bubur sagu ada, puding ada, kek ada, buah-buahan ada. Bak kata Wan Astro, macam–macam ada. Itu pun belum masuk bab makanan yang mummy tempah. Kalau dah masuk bab makanan lagi rambang mata aku tengok.

Sebenarnya, daripada tadi aku tercari-cari kelibat Haicarl, tapi masih tak jumpa juga. Tadi, aku nampak dia tengah sembang dengan orang masjid lepas tu aku dah tak nampak dia lagi dah. Ingatkan nak ajak makan sama sebab perut aku pun dah berdondang sayang ni.

“Akak cari siapa?” tanya Zara yang tiba-tiba ada kat sebelah aku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau tak dah padam kat sini juga.

“Cari abang Haicarl. Nampak dia tak?” tanya aku balik.

“Tadi, Zara nampak dia ada kat kawasan kolam renang. Tapi, tak tahu dia ada lagi kat situ ke tak. Cuba akak pergi tengok,” kata Zara.

“Iya ke? Okaylah akak pergi sana kejap. Zara nak pergi mana ni?”

“Zara nak pergi dekat Abang Farhan sana tu.”

Dia tunjuk ke arah Farhan yang tengah bersembang dengan seorang lelaki yang aku tak kenal.

“Oh... akak pergi dululah ya.”

“Okay.”

Lepas dia cakap macam tu, aku terus berjalan menuju ke arah kawasan kolam renang. Nampak ramai orang juga yang ada kat sini sebab kat kawasan ni ada tempat rehat dan tempat duduk yang selesa. Sebaik aku sampai je kat kawasan kolam renang, ada seseorang datang tegur aku dulu.

Hi, nice to see you.”

Dia senyum tengok aku dan aku pun balas senyuman dia. Nanti kata sombong pula kalau aku tak balas. Dahlah dia kawan Haicarl.

“Hai, tak sangka jumpa kat sini,” jawab aku.

“Hurmm..Carl yang jemput. Jadi, I datanglah.”

Aku angguk bila dia cakap macam tu.

You looks sweet with this baju kurung,” kata dia lagi. Aku senyum. Lain macam pula aku rasa bila dia cakap macam tu.

Thanks.”

My pleasure.”

Aku mula terjenguk-jenguk mencari kelibat Haicarl. Tak selesa rasanya bila tengok senyuman dia macam tu.

“You cari Carl ke?” tanya dia.

Aku terus pandang dia bila dia tanya macam tu.

“Yes. I cari Carl. You nampak tak?” tanya aku balik.

“Tu...nampak tak kat sana,” tunjuk dia.

Aku mengikut arah tangan dia. Tiba-tiba mata aku terpandang kelibat Haicarl tengah senyum sambil bersembang dengan seseorang yang paling aku kenal. Siapa lagi kalau bukan Kyra. Terus perut aku jadi sebu.

He said you’re different. But I don’t think you’re different enough to be someone special in his heart. But... someone said you will remain special in his heart forever.”

Terpusing kepala aku bila dengar dia cakap macam tu. Aku pandang dia dengan tajam. Berani betul mamat ni cakap macam ni. Dahlah kenal aku pun baru je.

What do you mean by that, Mr. Megat?”

Aku tengok dia senyum. Tapi senyuman dia tu belum mampu untuk menyejukkan hati aku dengan kata-kata dia tadi. Dia buat aku keliru. Apa yang dia nak sampaikan sebenarnya?

One fine day, you will know and understand every single word that I’ve said.

Aku kerutkan dahi. Dia makin buat aku pening kepala. Kenapa dia mesti cakap macam tu? Aku tengok je muka dia yang masih tak lekang dengan senyuman. Makin lama aku rasa makin berdenyut kepala aku.

Would please excuse me?”

“Sure.”

Bila dia cakap macam tu aku terus beredar ke arah Haicarl. Aku tak faham dengan diri aku sendiri sebenarnya. Kenapa aku perlu rasa cemburu bila tengok Haicarl dengan Kyra?

Sebelum sempat aku sampai kat Haicarl, tiba-tiba mata aku bertembung dengan mata seorang lelaki yang berada tak jauh dari situ. Aku terus mematikan langkah aku. Aku tengok dia dan dia tengok aku. Dia nampak terkedu dan aku pula terkaku. Biar betul! Takkan dia kot.

*****************

“Mai...jom kita main buaian nak. Mai dah habis makan kan?” ajak budak lelaki comel tu.

“Nak!! Nak!! Mai dah habis makan dah,” jawab aku.

Dia senyum dan tarik tangan aku menuju ke arah buaian yang tersedia kat tadika ni. Kawan-kawan aku yang lain pun dah ada yang main bila habis makan bihun gorang tadi. Cikgu Ija kata kalau ada habis makan baru boleh main. Sebab tu kena makan sampai habis dulu.

“Mai duduk. Nanti kita tolak,” kata dia lagi.

“Alahh..awak mainlah sama dengan kita,” kata aku lagi.

“Tak apalah. Kita tolak awak. Kita kan superman awak,” jawab dia sambil buat gaya ala-ala superman.

“Okay. Awak jangan tolak laju-laju tau. Kita takutlah.”

“Kita janji. Kita tak tolak laju-laju.”

“Janji tau,” kata aku sambil tunjuk jari kelingking.

Lepas tu, dia pun kaitkan jari kelingking dia dengan aku. Aku senyum dia pun senyum. Aku naik buaian tu dan dia pun tolak perlahan-lahan buaian tu.

“Awak..kenapa awak suka kawan dengan kita?” tanya aku kat dia.

“Sebab awak baik dan sayang kita,” jawab dia sambil tangan dia tolak badan aku ke depan.

“Jadi, awak sayang kita tak?” tanya aku lagi.

“Mestilah sayang. Kalau tak kita tak ajak awak kahwin bila besar nanti.”

“Habis tu awak nak sayang kita sampai bila?”

“Sampai bila-bilalah.”

Bila dengar dia cakap macam tu, aku terus pakai brek kaki tahan buaian dari berayun lagi. Dia pusing menghadap muka aku.

“Kenapa awak berhenti?” tanya dia.

“Sebab kita nak awak janjilah.”

“Janji apa?”

Muka dia dah berkerut pandang muka aku. 

“Janji awak akan sayang kita sampai bila-bilalah,” jawab aku sambil hulurkan jari   kelingking lagi. Dia senyum dan angguk.

“Kita janji.”

Dia pun kaitkan jari kelingking dia dengan aku. Lepas tu, tanpa aku sangka dia cium pipi aku. Aku pun senyum dan cium pipi dia balik. Kemudian, dia sambung balik tolak aku supaya buaian ni berayun balik. Aku dan dia bermain dengan gembira dan ketawa dengan riang.

*******************

AKU rasa macam waktu terhenti dan hanya ada aku dengan dia je kat situ. Jantung aku mula berdegup kencang macam nak terkeluar bila nampak dia bangun dari kerusi dan mula berjalan ke arah aku. Setiap langkah dia, mendatangkan debaran yang bukan main lagi. Rasa sesak nafas aku. Kaki aku macam dah terpasak kat situ dan tak boleh nak bergerak ke mana-mana lagi dah. Makin lama dia makin dekat dengan aku sampailah dia berdiri betul-betul depan aku.

“Assalamualaikum,” sapa dia.

Aku diam. Kelu rasanya nak bersuara. Aku hanya mampu menjawab dalam hati je salam yang dia berikan. Dia pandang aku dan menghadiahkan senyuman. Senyuman tu! Sah dia.

“Lama kita jumpa. Mai, sihat?” tanya dia lagi bila kita orang terdiam untuk beberapa saat.

Aku terkebil-kebil pandang dia. Tiba-tiba aku jadi sebak pula bila aku bertentang mata dengan dia. Pandangan lembut dia mendatangkan perasaan yang susah aku nak gambarkan dan buat aku betul-betul tak faham dengan keadaan diri aku sekarang ni.

“Mai...” Panggil dia lembut.

Tak semena-mena setitis air mata aku jatuh. Cepat-cepat aku seka dengan jari bila nampak muka dia berubah sikit bila tengok aku dah meleleh macam ni.

*************************

“Mai..janganlah menangis macam ni. Orang tak boleh tengok Mai menangis,” pujuk dia.

Siapa tak sedih bila orang yang rapat dengan kita nak tinggalkan kita kan?

“Ha..habis tu. Ma..Mai nak buat ma..macam mana lagi. Air mata ni yang jahat tak nak berhenti,” jawab aku menahan sendu.

“Iyalah tu. Mai...boleh tak janji dengan orang?” tanya dia tiba-tiba.

Aku cepat-cepat angguk sambil picit hidung aku untuk keluarkan hingus yang dah meleleh dengan sapu tangan.

“Mai kena janji dengan orang jangan menangis lagi sebab orang. Orang tak sanggup tengok Mai menangis. Air mata Mai boleh buat hati orang rasa sakit sangat,” kata dia.

Aku tengok muka dia. Serta-merta air mata aku berhenti jadi air terjun. Dia senyum tengok aku sambil seluk poket seluar dia. Dia keluarkan sapu tangan dia dan lap saki baki air mata aku yang meleleh kat pipi.

“Haa...macam nilah. Jangan menangis. Barulah macam Mai yang orang kenal. Kuat!” kata dia dengan senyuman yang semakin lebar.

Aku pun senyum juga bila dia cakap macam tu.

“Mai...orang janji satu hari nanti kita akan berjumpa juga dengan apa cara sekali pun. Orang akan cari Mai untuk tuntut janji orang pada Mai. Bolehkan?” tanya dia lembut. Mata dia tepat merenung mata aku.

Aku senyum dan mengangguk.

“Janji tau. Jangan tipu orang. Nanti dosa,” jawab aku sambil menggoyang-goyangkan jari telunjuk aku depan dia.
Dia bangun dan berdiri tegak depan aku. Macam orang nak menyanyi lagu Negaraku pula. Lepas tu, tiba-tiba dia angkat tangan macam orang nak angkat sumpah.

“Bahawasanya saya, Irham Izdiyad berjanji tak akan menipu Nur Amal Humaira.”

Aku gelak bila tengok dia buat macam tu. Serius lawak. Dia pun gelak lepas tu walaupun dia cuba nak tahan gelak dia.

“Macam askar pencen je,” komen aku bila gelak aku reda sikit.

“Biarlah. Asalkan Mai percaya kat orang,” balas dia.

“Iyalah orang percaya.”

“Mai tak nak naik buaian tu? Orang tolak untuk kali terakhir,” kata dia perlahan. Jelas mata dia pun nampak redup masa dia cakap macam tu dengan aku. Aku tahu dia tak nak berpisah dengan aku. Tapi apakan daya dia harus pergi dan tinggalkan aku kat sini.

Aku berjalan perlahan ke arah buaian yang banyak simpan kenangan aku dengan dia. Aku duduk kat atas buaian dan dia mula tolak buaian tu perlahan-lahan.

“Mai..orang takkan lupakan Mai walau sejauh mana orang pergi sebab Mai akan tetap yang teristimewa di hati orang untuk selama-lamanya. Itu janji orang pada Mai,” ucap dia lembut sambil menolak buaian aku.

Aku memejamkan mata sambil tersenyum. Terasa suara dia dan angin yang bertiup menjadi satu. Satu lagi kenangan antara aku dengan dia yang tercoret kat situ dan akan menjadi salah satu kenangan yang terindah dalam hidup aku.

*************************

“Hai..guys,” tegur si perempuan dengan begitu lemah lembut dan bersopan santun.

 “Maira ada kat sini ke? Puas abang cari tadi.”

Amboi..bukan main lagi suami aku ni. Dahlah datang berdua dengan Kyra. Aku ingat dia dah tak ingat aku sebab asyik sangat bersembang dengan si Kyra ni. Aku cuma tersengih tengok dia yang dah berdiri sebelah aku.

“Irham... what a pleasant surprise! Bila balik?” tanya Haicarl dengan senyumannya.

Aku tengok dia orang dah berjabat tangan sambil berpelukan. Nampak mesra bila dia orang buat macam tu.

“Hurmm.. lebih kurang dua bulan yang lepas,” jawab Irham mesra.

“Tak bagi tahu pun,” kata Haicarl lagi.

Irham hanya jungkit bahu sambil tersenyum.

Surprise!”

Haicarl terus tolak bahu Irham lembut bila dia cakap macam tu. Aku pula rasa makin berdenyut kepala aku bila tengok aksi mesra dia orang. Macam-macam yang aku fikir sekarang ni.

“Hai.. Irham. Lama tak jumpa,” tegur Kyra.

Aku tengok muka Irham berubah sikit. Dia berpandangan dengan Haicarl sebelum tersenyum dan mengangguk sikit.

“Hurmm..Hai.”

Eii... gelagat dia orang malam ni betul-betul buat aku pelik dan tak senang duduk. Macam ada sesuatu yang berlaku di antara dia orang ni. Irham dengan Kyra macam dah kenal lama. Irham dengan Haicarl adalah sepupu dan aku dengan Irham adalah...undefined. Haa..setakat ni, itulah yang aku faham.

“Laaa.. kat sini ke semuanya. Puas aku pusing keliling tadi,” sampuk Farhan tiba-tiba di samping Megat kat sebelah dia.

“Tulah.. Zara ajak datang sekali tadi tak nak,” jawab Zara sambil menjeling manja ke arah Farhan. Farhan hanya tersengih je bila Zara cakap macam tu.

Hey..buddy. It’s been a while, man.”

Tiba-tiba Irham dengan Megat ni dah berpelukan sambil berlaga-laga penumpuk. Makin kusut kepala aku tengok dia orang ni.  Megat dengan Irham maksudnya saling kenal mengenalilah ni. Bukan main seronok lagi dia orang dapat berjumpa.

Our Dr.Irham is here! Patutlah meriah,” sampuk Farhan pula sambil berjabat tangan dengan Irham.

Doktor? Irham tu doktor ke?

Err..excuse me,”

Semua mata pandang ke arah aku. Tiba-tiba rasa tersekat pula ayat aku bila dia orang tengok macam tu.

Err.. err.. Are you a doctor?”

Fuhh... terkeluar juga ayat tu.

“Laa...akak tak tahu ke? Abang Irham ni doktor onkologi. Tapi hari tu dia ke Congo sebab jadi sukarelawan Mercy,” terang Zara dengan cerianya.

Sikit lagi rahang aku nak jatuh bawah. Perghh... tak ku sangka buah cempedak menjadi nangka, rupanya dia seorang doktor. Akhirnya, cita-cita dia menjadi kenyataan juga.

Aku nampak Irham perhatikan aku dengan pandangan yang susah aku nak tafsirkan. Agak-agak dia masih ingat tentang kisah silam aku dengan dia?

“Eh..Kak Amal baru Zara perasan. Cantiklah akak malam ni,” kata Zara tiba-tiba.

Aku tengok baju yang aku pakai balik. Baju kurung aje. Tapi, oleh sebab ada manik-manik yang disulam kat lengan dan dada baju ni, nampaklah sikit lebih cantik, menarik dan tertarik. Jadi sekarang ni, aku yang cantik atau baju yang aku pakai ni cantik?

I’ve told you. You look sweet with this baju kurung.”

Biar benar mamat ni! Semua mata pandang ke arah dia lepas dia cakap macam tu. Dia pula boleh releks je sambil menghadiahkan senyuman untuk aku. Sekarang ni, macam seolah-olah aku ada skandal pula dengan Megat ni. Huarghh...tiba-tiba aku rasa keadaan makin panas pula kat sini.

 “Seems you have eyes on my wife, Megat,” tegur Haicarl.

Aku pula makin tak selesa bila dengar intonasi suara Haicarl macam tu. Eii..apa sebenarnya yang berlaku ni? Aku rasa macam berada kat tengah-tengah pengambaran drama pula. Macam semua orang tengah memainkan watak masing-masing kecuali aku yang blurr kat sini.

Of course. A beautiful woman delights the eye, man,” jawab Megat tenang.

Fuhh...aku rasa makin membahang bila Megat cakap macam tu. Tak sangka aku akan jadi topik utama perbualan dia orang ni. Aku tengok muka Haicarl dah serius sambil berpandangan dengan Megat yang nampak selamba. Aku kerut dahi menahan sakit kepala aku yang makin berdenyut-denyut ni. Perut aku pula tiba-tiba jadi pedih. Baru aku teringat yang aku belum makan apa-apa lagi. Tadi aku cuma makan puding yang aku buat je sebagai alas perut. Patutlah pedih semacam je ni.

Are you okay?” tanya Irham lembut. Entah bila dia berdiri sebelah aku pun aku dah tak perasan.

“Hmm..” Itu je yang aku mampu jawab sekarang ni sebab perut aku makin pedih. Peluh dingin pun mula dah memercik kat dahi aku.

“Sayang dah makan belum?” tanya Haicarl tiba-tiba. Aku geleng kepala untuk menjawab pertanyaan dia.

“So, let’s have our dinner together,” ajak Haicarl pada yang lain sambil pegang tangan aku.

Kita orang ke meja buffet untuk mengambil makanan dan selepas tu  kita orang duduk semeja yang boleh menempatkan sepuluh orang. Kedudukan meja bulat ni agak terpencil sikit kat belakang rumah. Jadi tak kisahlah kalau nak berborak atau buat bising sekalipun. Tapi, aku memang tak sangka aku akan duduk betul-betul di antara Haicarl dengan Irham. Memang strategik betul tempat aku sekarang ni. Rasa macam tersepit dan kena kepit dengan kedua-dua orang lelaki ni. Sesak nafas aku dibuatnya.

“Muka Kak Amal nampak pucatlah. Akak okay ke?” tanya Zara masa masing-masing tengah khusyuk bersantap sambil berbual yang hanya masuk angin keluar asap je kat telinga aku ni. Sepatah haram pun tak melekat dalam otak aku. Bila dengar Zara tanya macam tu terus perbualan dia orang yang lain terhenti.

“Ya, akak okay,” jawab aku sambil menguis nasi kat pinggan. Makanan yang sebelum tadi nampak menyelerakan kat mata aku terus jadi tak sedap bila sampai kat tekak aku. Rasa mual semacam je.

Are you sure?” sampuk Haicarl pula.

“Hurmm...” jawab aku sambil mencapai cawan yang aku minum.

“Haa..entah-entah akak pregnant tak!?”

Tersembur terus air yang aku minum. Nasiblah aku sempat pusing ke belakang. Lepas tu, mulalah sesi batuk tak berhenti-henti dari aku dan rasa mual tadi mula gatal nak melonjak keluar.

Tanpa signal atau wisel amaran aku terus bangun dan berlari ke longkang berhampiran. Kalau aku nak pergi sinki dapur memang dah tak sempat walaupun aku lari pecut 100 meter sekalipun.

Masa aku tengah memuntahkan segala isi perut aku tiba-tiba aku terasa ada tangan yang mengusap belakang aku lembut. Aku biarkan je sebab perut dan tekak aku memang tak nak berkompromi sekarang ni. Lepas selesai berkumur dekat pili yang ada kat situ, barulah aku pusing ke belakang dan tengok Haicarl tengah pegang lengan aku kejap.

“Rasa nak muntah lagi?” tanya Haicarl.

Aku hanya menggelengkan kepala je.

She needs to drink some water,” kata Irham pula. Entah bila dia ada kat sebelah aku pun aku tak perasan.

Aku nampak Haicarl dengan Irham dah berpandangan antara satu sama lain sambil tangan Irham menghulurkan air kosong kat aku. Aku sambut huluran air dia dengan tangan terketar-ketar sikit dan rasa kekok sebab diperhatikan oleh dua orang lelaki. Aku minum sikit je air yang dia bagi sekadar nak hilangkan sikit rasa masam kat tekak aku.

Thanks,” kata aku sambil menghulurkan balik air tu kat dia.

My pleasure,” jawab dia. Lepas tu, dia berjalan meninggalkan aku dengan Haicarl kat situ. Aku hanya mampu tengok je dia berjalan ke arah meja tadi.

“Abang, Maira nak masuk dalam dulu. Abang bersembanglah dengan dia orang,” kata aku bila tengok Haicarl masih tak lepas dari pegang tangan aku.

No. Abang hantar Maira masuk dalam dulu,” jawab Haicarl.

“Tak apa. Maira dah okay sikit ni. Abang pergilah sana dulu,” kata aku sambil melepaskan pegangan dia kat lengan aku.

Are you sure?” tanya dia lagi dengan muka risau.

Yes, I am. Abang pergilah sana. Maira nak masuk dalam ni,” jawab aku sambil tersenyum untuk menyakinkan dia.

“Okay. Kalau ada apa-apa panggil je sesiapa yang ada dekat dengan Maira supaya panggil abang,” pesan dia. Aku hanya mengangguk dan senyum tawar.

“Tapi, sekarang ni abang nak Maira masuk dulu. Abang tunggu sini,” tegas Haicarl. Aku mengeluh lepas dia cakap macam tu.

Entah kenapa aku berkeras tak nak dia hantar dan berada di samping aku sekarang ni. Aku sebenarnya nak bersendirian bagi menenangkan hati dan kepala otak aku. Tapi apakan daya dia tetap berkeras nak tunggu aku masuk dulu. Jadi, nak tak nak terpaksalah aku ikutkan.

Aku pun pusing ke arah pintu masuk belakang rumah dan berjalan lepas tu.  Masa aku tengah berjalan tu, aku mula  nampak pintu masuk tu macam ada dua. Lepas tu, tiga, empat dan lima. Mata aku makin berpinar-pinar rasanya. Nampak tinggi rendah je rumput yang aku pijak ni. Dan mulalah aku terasa badan aku ringan macam kapas ditiup angin yang boleh terbang melayang...

“Maira!!”

“Kak Amal!!”

“Mai!!”

“Amal!!”

             Itulah suara-suara yang terakhir aku dengar sebelum pandangan aku jadi gelap gelita.

************************

SEJAK aku pengsan masa kenduri hari tu, makin kuat pula ingatan aku kat dia. Aku pun sendiri tak faham kenapa boleh jadi macam ni. Adakah sebab dia yang rawat aku masa aku sakit hari tu atau sebab lain yang aku sendiri tak faham.

Bila difikir-fikirkan balik rasa berdosa pula sebab aku asyik ingatkan lelaki lain berbanding suami aku sendiri. Haih..apa nak jadilah dengan aku ni.

“Amal, ibu dengan ayah ada hal nak bagitahu dengan Amal ni.”

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara ibu. Memang betul la aku ni. Dekat meja makan pun aku masih boleh termenung mengenangkan orang yang jauh.

“Nak cakap apa ibu?” tanya aku balik. Ayah dan ibu dah berpandangan antara satu sama lain.

Lain macam pula bila aku tengok ibu dengan ayah buat macam tu. Haaa..entah-entah aku nak dapat adik baru.

“Jangan cakap Amal nak dapat adik baru,” kata aku lagi sebelum ibu sempat jawab soalan aku tadi.

Sikit lagi aku tengok ayah nak tersedak air kopi. Ibu pula dah pandang aku semacam gaya macam nak kasi aku makan penampar percuma. Aku pula cuma mampu tayang gigi dengan muka tak bersalah je kat ibu.

“Amal! Cuba jangan cakap benda yang merepek. Kamu tu patut bagi cucu kat ibu, bukan kamu yang nak dapat adik baru.”

Adess...Kan dah kena tembak Ultraman dari ibu terchenta. Baik sebelum ibu tembak berdas-das lagi aku tukar topik lain. Karang aku juga yang berlubang kat sini.

“Ibu dengan ayah nak bagi tahu tadi?” Aku pandang muka ayah dengan ibu balik.

“Ayah dengan ibu bercadang nak balik kampung dalam sebulan macam tu. Nak tengok Tok Pah kamu sambil tu ayah nak tolong Pak Cik Jali bersihkan dusun,” jawab ayah.

“Bibik tinggal sini atau ibu bawak sekali nanti?” tanya aku lagi.

“Bibik ibu bawak sekali. Boleh tolong kat sana ikat buah. Sekarang kan musim buah kat kampung,” jawab ibu pula.

Hadoyai..bila ibu dah cakap macam tu maksudnya memang aku seorang je yang akan tinggal kat rumah ni. Alamatnya makan nasi bungkus je la aku hari-hari kalau dah tak sempat nak masak tu.

“Hmm..nanti Amal seorang je la kat rumah ni. Bosannya!” rungut aku.

“Alaa..apa susah? Hujung minggu Amal datanglah sana,” balas ibu sambil capai kuih karipap.

“Ijan..dia mana nak datang sana. Cinta hati dia kan tertinggal kat KL tu,” kata ayah selamba.

Errk...rasa nak tercekik bila ayah cakap macam tu. Malu pun iya sebab ayah yang cakap. Alahai..ayah yang tersayang ni cakap tak ada belok-belok dah.

“A’ah, saya lupalah abang. Tapi apa salahnya kalau ajak Haicarl sekali datang sana. Dia pun bukan pernah balik kampung pun.”

Aku terdiam bila ibu cakap macam tu. Betul juga kan? Haicarl mana pernah balik kampung. Inilah masanya kalau aku nak ajak dia ke sana.

“Insya Allah ibu. Kalau Amal dengan tak sibuk sangat kita orang datang,” jawab aku.

“Iyalah tu. Kalau nak tunggu korang berdua tak sibuk entah bila la tu.”

Aikk...lain macam je suara ibu. Gaya macam orang jauh hati pula. Aku sengih tengok ibu bila nampak kerlingan ibu yang menusuk kalbu tu.

“Janganlah cakap macam tu ibu. Insya Allah nanti Amal dengan Haicarl datang,” pujuk aku.

“Tak apalah. Nanti kalau ada masa baru datang. Karang penat Haicarl tu nak terkejar-kejar dari KL ke sini lepas tu nak balik kampung pula,” sampuk ayah.

Aku hanya mengangguk bila ayah cakap macam tu. Ibu pula cuma diam bila sambil menguyah karipap. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Semuanya bergantung kat Haicarl nanti. Pak cik tu pun boleh tahan juga sibuknya.

********************

MINGGU ni gilirin aku pergi KL lagi. Entah sampai bila kita orang nak macam ni pun aku tak tahu. Selagi surat permohonan aku tu tak diluluskan selagi tulah kita orang terpaksa buat macam ni. Entah berapa ribu la aku dengan Haicarl dah bagi derma kat lebuhraya ni sejak kita orang kahwin. Asyik main duit minyak dengan tol je tiap-tiap minggu. Nasiblah Haicarl ni kaya. Kalau dia kayap memang harapanlah nak buat macam ni. Sebulan sekali baru jumpa.

Aku tak tahu nak buat apa sekarang ni. Haicarl sibuk bertapa kat bilik bacaan sejak dari siang tadi. Dia keluar sekejap je untuk makan, mandi dan solat. Yang selebihnya dia hanya duduk kat bilik tu sibuk buat kerja dia yang entah berapa tan tu. Walaupun hujung minggu, dia tetap sibuk dengan kerja dia. Dia tak bosan ke malam minggu macam ni memerap kat bilik tu?

Zara dengan Farhan dating. Mummy dengan papa pergi dinner. Alih-alih aku juga yang hampir mati kebosanan kat dalam rumah ni. Nak online malas. Nak tengok tv tak ada mood. Nak baca novel aku pula yang terlupa nak bawa. Masalah betul!

Tengah aku sibuk mengelamun sambil terlentang atas katil king size ni, tiba-tiba terasa katil ni berenjut sikit. Macam ada orang duduk kat sebelah aku je. Aku kalih tengok Haicarl dah duduk sambil senyum tengok aku. Aikk..sejak bila mamat ni dah keluar dari sarang?

“Bosan?” tanya dia.

“Bosan nak mati.”

Dia gelak lepas aku cakap macam tu. Aku malas nak layan dia. Jadi aku tengok je siling bilik yang berkerawang cantik ni.

“Jom!”

Terpusing kepala aku tengok dia. Pelik!

“Pergi mana?” tanya aku.

“Buat kerja gila,” jawab dia sambil bangun dari katil dan sempat kenyit mata kat aku.

“Hah! Biar betul?”

Macam spring aku bangun dan terus duduk atas katil.  Aku tengok dia dengan muka tak percaya. Biar betul Haicarl ni ajak aku buat kerja gila. Kerja apa dia nak buat ni? Rompak bank ke?

Tapi takkanlah muka dia nak pergi rompak bank. Duit dia sendiri kat bank tu pun aku agak tujuh keturunan makan tak habis.

I’m serious. Shall we?” tanya dia sambil angkat kening.

Macam best je dengar ajakan dia. Sejak aku kenal Haicarl, tak pernah lagi aku tengok perangai dia macam ni. Rasa teruja pula nak tahu kerja gila apa yang dia nak ajak aku buat ni. 

Aku sengih tengok muka dia dan bangun dari katil. Dia pun senyum sebelum menghilang ke bilik wardrobe.


~Xuanza~



P/s: Kerana Lamaran Part 3 adalah yang terakhir.. Enjoy reading :DD

9 comments:

  1. Sampai part 3 je blh tau ending?? Waa x sabar dpt lps rindu nk bca kisah dorg..

    ReplyDelete
  2. kenapa ulang balik Andai Itu Takdir Cintaku? dah tu cuma tukar tajuk je

    buat penat je dah baca!

    tak sabarnya tunggu versi cetak AITC! gud luck!

    ReplyDelete
  3. bosan napa keep on repeating citer ni... dh xde yg lain k? asyik2 part ni yg haikal xde nafsu jantan bwa kyra

    -miss china

    ReplyDelete
  4. ishh ... makin benci kat haicarl ni ... bini dok ada kat rumah - di biarkn sendiri ... bosan punyer lelaki yg tak de nafsu kat bibi!
    penulis blum kawen? fyi ... tak de lelaki yg tolak nafsu bila dekat bini!!!! esp bila dh kahwen halal n bukan paksaan .. tidak ada perempuan yg sanggup sabar smpai mngoda suami sendiri dengan baju seksi tapi suami x layan!!!! huhhhh ini idea lansung x ada d alam realiti!!!!

    -sexyamal-

    ReplyDelete
  5. @Anonymous, Cik Writer letak cerita ni coz nak bagi readers tahu serba sedikit pasal AITC... Dulu pernah hantar cerpen ni kat p2u dan ini sambungannya...

    ~WC~

    ReplyDelete
  6. @Anonymous, Haicarl mybe ade sebab tersendiri kenapa dia tak tergoda dengan amal... Dalam berjuta2 manusia, mesti ada yang berperangai macam Haicarl ni... kita mane tahu en...

    Rasenye xsalah kalau penulis yang dah berkahwin ke belum buat cerita kahwin2 sebab, belambak je dalam dunia penulisan ni yang novelisnya belum berumah tangga tapi buat cerita pasal kahwin2 ni...

    ~WC~

    ReplyDelete
  7. nape senyap je dek!bile g nak sambung.......tak sabar nak tau ape yg bakal jadi pada Amal???

    ReplyDelete

 
;