From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday, 8 February 2012

Kerana Lamaran Itu Part 3 (End)



“Kita nak pergi mana ni?”

Aku tengok dia tenang je pandu Audi R8 ni. Pertama kali kot aku naik kereta ni. Perasaan aku tak payah cakaplah. Excited sampai rasa nak melompat-lompat je.

You will know soon. Sabar ya,” jawab dia dengan senyuman dia yang menawan.

Aku dah terdiam bila dia cakap macam tu. Tapi dalam hati punyalah membuak-buak perasaan nak tahu ke mana dia nak bawa aku. Jalan raya pun mula lengang bila dia dah masuk lebuh raya Utara-Selatan.

Aku hanya pandang ke luar melalui cermin tingkap sebelah aku. Malas nak cakap dengan dia. Kalau cakap pun bukan dia nak bagi tahu pergi mana. Cuma radio je yang berkumandang menemani kita orang sepanjang perjalanan ke tempat yang aku tak tahu tu. Entah bila aku terlelap pun aku tak sedar tiba-tiba je aku terasa pipi aku disentuh.

“Maira, wake up. Kita dah sampai.”

Aku terus pandang keadaan sekeliling walaupun rasa mamai aku masih tak hilang lagi. Beberapa kali aku mengelipkan mata cuba nak kenal pasti lokasi aku sekarang. Kalau tak silap aku macam dekat dengan laut je ni.

“Jom,” ajak dia.

Aku hanya tengok dia keluar dari kereta. Entah kenapa aku jadi blur lepas tengok keadaan sekeliling. Tanpa aku sedari dia dah bukakan pintu kereta sebelah aku dan hulurkan tangan dia. Wah..ni serius macam tuan puteri dah.  Aku sambut huluran tangan dia tanpa cakap apa-apa.

“Kita kat mana ni?” tanya aku masa kita orang berjalan beriringan ke pantai. Rasa seronok pula bila terdengar bunyi ombak yang semakin dekat.

“Inilah resort papa yang baru bukak hari tu,” jawab Haicarl sambil menyulam jari dia dengan aku.

Perghh..dahsyat! Resort yang aku rasa ada kelas ni papa yang punya. Memang tak boleh blah. Aku dengan Haicarl berjalan menyusuri pasir pantai yang lembut ni. Rasa segar je dapat menghirup udara laut yang nyaman ni walaupun dingin. Nasib baik aku pakai T-shirt lengan panjang tadi. Kalau tak, makin bertambah sejuk aku.

Suasana pun sunyi kat tepi pantai ni sebab jam pun dah pukul 12 malam. Hanya aku dengan Haicarl je yang tak tahu tidur dan masih merayap sampai ke sini. Haicarl pula hanya membisu seribu bahasa sepanjang kita orang menyusuri pantai sampailah dia ajak aku duduk menghadap laut yang luas terbentang ni. Aku layankan aje kerenah dia yang agak pelik.

“Kenapa abang bawak Maira datang sini?” tanya aku. Rasa bosan pula sebab dari tadi tak bercakap.

“Tadi Maira kata bosan nak mati,” jawab Haicarl selamba.

Aku dah buat muka bila dia cakap macam tu. Saja nak kenakan aku baliklah tu. Dia pula gelak dan mengalihkan pandangan ke arah laut.

“Abang saja bawak Maira datang sini untuk tenangkan fikiran,” kata dia lepas agak lama kita orang mendiamkan diri.

Aku tengok dia masih merenung jauh sampai aku rasa boleh sampai ke dasar laut. Gaya macam ada yang tak kena je.

“Abang ada masalah ke?” tanya aku sambil tengok muka dia.

“Tak adalah,” jawab dia tenang.

“Iya ke?”

“Hurmm..”

Dia mengangguk dan pandang ke depan balik. Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk bercakap dari hati ke hati dengan dia. Mana tahu nasib aku baik boleh dapat tahu apa yang dia pendamkan dari aku.

“Abang, Maira nak tanya sikit boleh?” tanya aku lembut. Aku tengok dia dah tersenyum.

Sure. What is it?”

Bila dia cakap macam tu aku pula yang rasa teragak-agak nak tanya.

“Err..kita..kita kahwin dah beberapa bulan ya?” Saja aku tanya macam tu nak tengok dia ingat ke tak.

Four months. Why?” Dia pandang muka aku lepas tu. Nampaknya dia masih ingat dengan jelas berapa bulan kita orang dah berkahwin.

“Berapa kali je kan kita dapat luangkan masa macam ni. Rasa macam kita ni bukan suami isteri tapi lebih kepada kawan je,” luah aku sambil pandang depan. Tak sanggup rasa nak tengok panahan mata dia yang tengah renung aku tepat.

“Kenapa Maira cakap macam ni?” Aku dengar suara dia dah berubah serius. Aku tarik nafas dulu sebelum bercakap.

“Kita jumpa hanya hujung minggu. Itupun ada juga hari tu kita tak jumpa dekat sebulan. Bila Maira pergi KL, abang sibuk. Bila abang datang Ipoh, memanglah kita luangkan masa bersama tapi tak adalah sampai macam sekarang ni.”

“Maksud Maira berdua-dua macam ni?”

Aku senyum dan mengangguk.

“Cuba abang ingat balik, berapa kali je kita keluar sama-sama macam ni. Selalunya, kebanyakan masa kita habiskan kat rumah je.” Dia terus kalih tengok muka aku dan genggam tangan aku lembut.

I’m sorry for being insensitive and make you feel this way. Later on, I’ll make sure we will spend more time together.”

Aku berpandangan dengan dia seketika sebelum masing-masing tersenyum. Dia masih pegang tangan aku tak lepas. Aku biarkan je sebab bukan senang aku dengan dia nak macam ni.

“Abang...”

Panggil aku lepas beberapa minit aku dengan dia melayan perasaan masing-masing sambil mendengar deruan ombak.

“Hurmm..”

“Kenapa abang selalu mengelakkan diri dari Maira?” tanya aku. Entah mana datang keberanian aku nak cakap macam tu pun aku tak tahu. Tiba-tiba je malam ni aku nak dia tahu apa yang aku rasa.

“What you do you mean?”

“Rasanya abang faham apa yang Maira maksudkan,” jawab aku tanpa tengok muka dia.

Sebenarnya, dalam hati aku ni punyalah berdebar-debar bila bab ni disentuh. Selama ni aku mana pernah nak cakap benda ni dengan dia. Walaupun dalam hati aku ni punyalah pelik tapi aku pendamkan je sebab aku rasa benda tu taklah penting sangat. Tapi sejak akhir-akhir ni, bila aku dapat tahu Eizam mengandung lagi aku jadi cemburu dengan dia. Aku pun teringin juga nak pegang anak sendiri.

“Sorry, I’m still don’ get it. Explain?” Jelas nampak muka dia yang masih blur.

Aku diam sekejap bagi menyusun ayat untuk jelaskan kat dia. Rupanya susah juga nak luahkan apa yang terbuku kat hati sebab selama ni aku lebih suka pendamkan apa yang aku rasa dalam hati. Tapi, kali ni aku harus juga cakap untuk masa depan aku dengan dia.

“Maira rasa hubungan kita sebenarnya makin lama makin dingin. Hubungan kita pun tak macam suami isteri yang lain. Mungkin dari mata kasar macam tak ada apa-apa pun yang berlaku, tapi hanya kita berdua je yang tahu ada sesuatu yang tak kena dalam hubungan kita.”

Dia nampak terkedu lepas selesai je aku luahkan apa yang aku rasa. Renungan mata dia rasa macam nak tembus ke dalam mata aku. Ini yang membuatkan jantung aku rasa macam nak tergolek keluar. Cuak juga menanti reaksi dia. Beberapa minit aku tunggu dia bersuara, tapi dia masih mendiamkan diri sambil mata dia masih merenung aku. Aduhai suamiku, ketahuilah isterimu ini memang takkan pernah lulus untuk membaca isyarat matamu. Kalaulah aku boleh cakap kat Haicarl macam tu kan bagus.

“Kenapa hubungan kita tak seintim suami isteri lain?” tanya aku lagi sambil menguis-nguis pasir dengan kaki. Walaupun suara aku hanya perlahan je, tapi aku berharap sangat dia dengar dengan pertanyaan aku.

Sebenarnya, aku penat nak tunggu respon dari. Biarlah malam ni aku luahkan apa yang aku rasa. Walaupun dia tak balas soalan aku, tapi aku rasa puas hati sebab sekurang-kurangnya dia tahu apa yang pendamkan selama ni.

Tiba-tiba aku rasa bahu sebelah kanan aku berat. Tersentak sekejap bila terasa haruman Armani Diamond Aftershave dia mencucuk hidung aku. Kepala dia dah elok terletak atas bahu aku. Jari dia pula mula menyulam dengan jari jemari aku. Apa yang dah terjadi ni? Sepanjang aku berkahwin dengan Haicarl, tak pernah lagi dia bermanja macam ni dengan aku.

"I know you'll be bored upon hearing this, but still... I want you to know that I'm sorry for hurting you and all the pain that I've caused you. Please... don't leave me because I do need you. You're my strength that cures my weaknesses. I promise you that I'll settle my problems so that we'll live happily like any other husband and wife out there, I promise."

Terkedu terus aku. Tak tahu apa yang perlu aku cakap lepas dengar kata-kata dia. Sekarang baru aku faham, dia memang ada masalah yang dia tak nak kongsi dengan aku. Walau bagaimanapun, aku harap dia dapat selesaikan masalah dia tu secepat mungkin supaya aku dapat hidup bahagia bersama dia.

Tak lama lepas tu, dia mengangkat kepala dan bertentang mata dengan aku. Dia senyum dan tangan dia mengelus pipi aku.

Maira, you’re the greatest gift from Allah. I’m grateful to have you as my wife,” ucap dia lalu menghadiahkan ciuman kat dahi dan pipi aku.

Aku rasa terharu bercampur malu pula bila dia buat macam tu. Aku hanya senyum sebagai balasan untuk kata-kata dia yang bermakna tu. Dia terus tarik aku dalam pelukan dia lepas dia bantu aku untuk berdiri tadi. Agak lama juga kita orang berpelukan sebelum terasa kaki aku sejuk ditenggelami air takat buku lali. Aku terus longgarkan pelukan dia.

“Abang! Tengok air dah pasang ni,” rungut aku sambil cuba tarik tangan dia untuk naik ke atas. Tapi, malangnya dia hanya membatukan diri dan senyum pandang aku.

“Jom!” ajak dia.

“Hah!?” Blur aku. Apa yang jom?

Tak semena-mena baju aku dah basah terkena percikan air. Melopong terus mulut aku sebab terkejut kena air yang sejuk dan tak sangka dia akan percikkan air kat aku. Aku cekak pinggang tengok dia.

“Mana aci!!”

“Aci kat Buntung, sayang,” balas dia dengan senyuman yang makin lebar lepas aku membulatkan lagi mata aku.

Tanpa berlengah lagi, aku terus percikkan air kat dia. Ingat dia seorang je boleh percikkan air kat aku. Huh..jangan harap! Aku ni juara kot kalau bab main air ni.

Memang betul malam ni aku dengan Haicarl buat kerja gila. Main air sambil bergelak ketawa macam kanak-kanak riang ribena. Habis basah kuyup baju aku dengan dia. Nasiblah tak ada orang kat tepi laut waktu sekarang ni. Kalau tak mesti dia orang cop aku dengan Haicarl ni gila.

Pertama kali aku tengok Haicarl gelak besar. Dia nampak santai sangat malam ni dengan seluar jeans dan T-shirt lengan panjang yang disinsing ke paras lengan. Yang paling aku tak dapat lupakan, dia piggyback aku dan berjalan menyusuri pantai sampailah ke kereta. Aku rasa macam tengah honeymoon je dengan dia sekarang ni.

Akhirnya, pukul 5 pagi baru kita orang sampai rumah dengan pakaian yang masih lembap. Aku dengan Haicarl masuk rumah dengan senyap macam remaja yang curi-curi keluar rumah tanpa pengetahuan ibu bapa pula gayanya.

Lepas selesai solat Subuh, rasa mengantuk pun mula datang dan barulah aku dengan Haicarl qada balik tidur malam tadi.

****************

Aku tersedar dari tidur ketika matahari sudah masuk dari celah-celah langsir bilik. Aku tengok Haicarl dah tak ada kat sebelah aku. Berdenyut-denyut kepala aku sebab main air laut dan tak tidur malam punya pasal. Tapi, aku tetap gagahkan diri juga bangun untuk mengemas katil dan membersihkan diri. Lepas selesai semuanya barulah aku turun ke bawah menuju ke dapur.

Kelihatan suasana hari Ahad ni agak sunyi sikit. Hanya ada pembantu rumah saja yang masih sibuk di dapur. Aku membasahkan tekak dengan segelas air suam sebelum menegur Yanti yang tengah menatang sedulang air kopi.

“Nak bawak ke mana air tu?”

“Ke bilik bacaan, Cik Puan.”

“ Untuk siapa?” tanya aku pelik.

“Tengku Muda dan Encik Farhan.”

Aku hanya menganggukkan kepala lepas Yanti cakap macam tu. Aku mati-mati ingatkan Haicarl keluar tadi. Rupanya bertapa kat bilik bacaan dengan Farhan. Lepas Yanti beredar aku bergerak ke sinki pula

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong Bik Ina?” tanya aku bila nampak dia sibuk mencuci pinggan.

“Tak apa-apa, Cik Puan. Saya boleh buat sendiri.”

“Mummy dengan papa mana?” tanya aku lagi bila tak nampak kelibat mummy di dapur.

“Oh, Tengku dengan Puan Sri keluar sekali dengan Puan Zara,” jawab Bik Ina lagi.

“Puan nak sarapan ke? Kalau nak Mak Tom siapkan.”

“Eh..tak payah susah-susah Mak Tom. Saya makan tengah hari nanti terus,” jawab aku. Segan pula rasanya nak makan sarapan waktu macam ni. Orang lain dah sampai ke mana aku baru nak bangun. Kalau ibu tahu, mati aku kena hempuk.

“Tak ada susah pun. Mak Tom faham, semalam Tengku Muda dengan Puan kan balik lewat.” Mak Tom dah tersenyum simpul masa dia cakap macam tu. Aku pula dah tak tahu nak letak muka kat mana. Segan kot bila pembantu rumah pun tahu.

“Err..tak apalah Mak Tom. Saya makan tengah hari je nanti. Saya naik atas kejap ya,” kata aku dan terus beredar dari situ bila ternampak Yanti dah masuk dapur balik dengan dulang yang kosong. Malu rasanya bila ternampak Mak Tom dan Bik Ina dah tersengih lain macam. Kalau pembantu rumah pun boleh tahu, agaknya mummy dengan papa tahu tak aku dengan Haicarl balik nak dekat Subuh?

Aku memanjat anak tangga ke bilik bacaan. Bosan rasanya bila Zara pun dah tak ada. Baru aku ingin menolak daun pintu yang renggang sikit tu, tiba-tiba aku terdengar suara Farhan yang agak kuat melengking. Macam terkejut pun ada. Apa hal? Aku mula pasang telinga untuk dengar perbualan dia orang.

Are you serious, Carl?”

Aku nampak Haicarl bangun dari kerusi dia dan berdiri menghadap pemandangan luar. Lepas tu, aku nampak Farhan pun bangun mengikut langkah Haicarl. Apa kena dengan dia orang ni agaknya?

“Maksudnya kau dengan dia selama ni tak pernah....”

Aku nampak Farhan tak jadi menghabiskan ayat dia bila Haicarl dah mengalihkan pandangan ke muka Farhan. Farhan nampak terkedu bila Haicarl buat macam tu. Lepas beberapa saat, Farhan terus menggelengkan kepala macam orang tak percaya.

You got to be kidding me, bro. I just can’t believe this.”

It’s true. I’m not lying to you.”

“Aku rasa kau patut jumpa Dr. Borhan supaya dia dapat selesaikan masalah kau,” kata Farhan.

Aku makin pelik bila dengar perbualan dia orang ni. Haicarl sakit ke sampai nak jumpa doktor bagai ni. Rasa tak sedap hati pula bila Farhan dah sebut pasal doktor ni. Baru aku nak tolak daun pintu lebih luas sikit supaya aku dapat masuk ke dalam, aku terdengar Haicarl tergelak kecil dan terus buat niat aku terbantut.

Wow...if you think that’s my problem, you’re totally wrong. The problem is actually here,” jawab Haicarl dengan tangan di dada. Aku terkebil-kebil kat sebalik pintu ni. Apa maksud Haicarl sebenarnya? Dia sakit jantung ke?

“Kau masih cintakan dia ke?” Farhan mengeluh sikit. Haicarl pula diam tak berkutik. Aku pula dah sentap bila dengar soalan Farhan. Hati aku rasa macam terhiris sikit.

I don’t know.” Jawab Haicarl sepatah lepas agak lama dia orang mendiamkan diri.

“Apa masalah kau sebenarnya ni Carl. Cuba cerita kat aku. Aku betul-betul tak faham. Kau sayangkan Amal ke tak?” Farhan menghenyakkan punggung dia kat sofa. Nampak tak puas hati dengan Haicarl. Aku masih tahankan diri kat luar sebab aku juga nak tahu masalah Haicarl dan teringin nak dengar jawapan Haicarl.

Makin berdebar-debar jantung aku bila Haicarl agak lama membisu. Mulalah nak bernafas pun jadi susah. Macam disekat-sekat.

“Aku sayangkan dia tapi..kalau cinta aku tak pasti.”

Aku rasa nak terjelepok jatuh ke lantai. Hati aku macam baru dicincang dan dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Pedihnya tak payah cakaplah sampai aku tak sedar ada air yang mengalir keluar dari mata aku.

“Apa maksud kau ni?” Farhan nampak makin blur.

I just can’t forget everything about my past. It’s blocking me from moving forward.” Farhan nampak terangguk-angguk. Haicarl pula nampak agak tertekan sikit. Aku? Tahan hati dan diri daripada menerjah masuk bilik ini.

“Carl, kau kena lepaskan kenangan lama kau tu. Aku percaya Amal bukan macam tu. Amal takkan buat apa yang pernah dia buat kat kau.”

Dalam air mata yang turun tanpa henti, aku makin tertanya-tanya kat luar ni. Apa yang dah ‘dia’ buat kat Haicarl? Siapa ‘dia’ tu?

"I know, people aren't the same. In fact, I have a strong feeling that she'll never do that to me, but the point now is that.. this heart had forgotten how to love, Farhan. I don't know why and I just don't know how.."

Farhan terus mengeluh buat sekian kalinya. Air mata aku terus mencurah-curah macam air paip. Dah tak reti nak berhenti lepas dia cakap macam tu.

You’ve to try, Carl. So, what’s the point you’re marrying her?” tanya Farhan dengan riak kesal terpancar kat muka dia.

I know. I’m still learning and trying my best. It takes time and to be honest with you, Farhan, this marriage is all because mummy.” Haicarl kemudian bangun dan berdiri membelakangkan Farhan yang dah terkedu.

Wow... waits a minute. Maksudnya kau berkahwin ni kerana terpaksa sebab aku dengan Zara nak berkahwin dan mummy suruh kau kahwin dulu daripada kita orang. Macam tu?”

Sort of.” Ringkas je jawapan yang Haicarl berikan tapi betul-betul buat hati aku semakin parah. Aku terus bersandar kat dinding dengan air mata yang mencurah-curah.

“Tapi..kau kan dah buat solat istikharah semua. Aku tak faham sekarang ni. Tolong jelaskan kat aku, Carl.”

“Sebenarnya, kau dengan Zara adalah pencetus dan mummy yang mendorong untuk aku berkahwin. Syarat mummy buat aku terpaksa cari seseorang. Suddenly, she turns up and makes my heart feel...serene, warm and delighted. So, after I’ve done the Istikharah prayer, I saw her. Then, I’ve decided to take her as my wife.”

Okay but then, I’m still wondering...kuat betul iman kau, Carl.”

Aku mengintai sedikit dari celah pintu bila terdengar Farhan cakap macam tu. Aku nak tahu reaksi Haicarl macam mana pula. Haicarl tersenyum sikit sambil menggelengkan kepala menghadap Farhan.

“Kau ingat aku malaikat ke? Aku akan pastikan dia tidur dulu sebelum aku. Lepas tu, aku akan tidur kat sofa. Dia takkan tahu pun sebab aku akan bangun dulu dari dia. Lagipun, hujung minggu je aku kena buat macam ni.”

Terduduk terus aku kat luar bila Haicarl cakap macam tu. Terus otak aku melayang ingat balik sepanjang aku kahwin dengan dia. Maknanya selama ni dia berpura-pura tidur sebelah aku.

“Dia tak pelik ke? Dia tak pernah cuba goda kau?” tanya Farhan bertubi-tubi.

“Aku tahu dia pelik dan dia pernah buat macam tu. Kalau ikutkan nafsu memang nak tapi macam tak adil bagi dia kalau hati aku masih keliru. Aku masih berpegang pada prinsip aku, Farhan. I’ll never touch her until I’m truly falling in love with her.

Wow... it’s really hard, bro. So, what are you doing when she’s trying to seduce you?

Dengan padangan yang sedikit kabur dan kepala yang mula berdenyut balik, aku nampak Haicarl pejamkan mata dengan tangan melurut rambut dia.

“I’m avoiding from her by saying I’m tired or sleepy. Then, I moved to the couch or to workroom after she’s sleeping.”

“Tak pernah kantoi ke?”

“Sejak bila kau banyak soal ni?”

“Aku teruja nak tahu.” Farhan dah tergelak kecil bila dia cakap macam tu.

“Hurmm...mahunya tak.”

“Whoaa.... habis tu kau cakap apa?”

“Tertidur sambil buat kerja sebab dia nampak kertas aku bersepah atas meja dengan sofa.”

Aku rasa dah tak sanggup nak dengar perbualan dia orang lagi. Aku cepat-cepat bangun dan lap air mata aku kasar dan terus berjalan menuju ke bilik. Aku dah tak dapat berfikir dengan tenang sekarang ni. Sebaik aku masuk bilik, aku terus menghempaskan diri aku kat atas katil yang empuk ni sambil menangis sepuas-puasnya.

Semua tingkah laku Haicarl terbayang kat ruang mata aku. Segalanya dah terjawab kini. Apa yang aku lihat dan fikir selama ni memang tak sama dengan apa yang aku dengar dari mulut dia tadi. Aku ingat sebelum ni dia tertidur atas sofa sebab buat kerja, tapi sebenarnya dia memang sengaja. Kalau selama ni aku ingat dia tidur sebelah aku rupanya tidak. Dia hanya berpura-pura je. Jadi, apa maknanya dia bawa aku pergi tepi laut semalam?

Segala kata-kata yang pernah dia lafazkan kat aku semuanya bermain macam pita rakaman. Dia tak pernah cakap dia cintakan aku. Dia cuma cakap dia perlukan aku dan sayangkan aku.

Aku pejamkan mata dan makin deras air mata aku mengalir dari kelopak mata. Arghh...kenapa aku bodoh sangat? Kenapa aku tak boleh tangkap dengan kata-kata dia sebelum ni? Kau memang lembab, Amal!

Aku betul-betul tak boleh bercakap dengan Haicarl sekarang ni. Aku tak nak terkeluar ayat yang tak sepatutnya disebabkan emosi aku yang tak stabil ni. Haicarl masih suami aku lagi. Jadi, aku takut kalau aku tak dapat nak kawal perasaan, aku akan maki hamun dia.

Lepas beberapa minit aku berendam dengan air mata dan bermain dengan emosi aku terus bangun dengan kepala yang makin berdenyut. Aku gagahkan diri untuk masuk ke bilik wardrobe dan capai beg yang biasa aku bawa untuk bermalam di sini. Aku keluarkan semua baju aku dari almari dan melipatnya dengan pantas untuk dimasukkan ke dalam beg. Aku dah tak dapat nak berlama lagi kat sini. Kalau sebelum ni nak dekat petang baru aku balik ke Ipoh tapi hari ni aku akan balik sekarang juga. Tak ada guna lagi aku ada kat sini kalau otak aku tengah berserabut sekarang ni.

Selepas selesai mengemas macam lipas kudung, aku masuk ke bilik air dan mencuci muka aku. Walaupun jelas mata aku bengkak, hidung merah dan kepala makin berdenyut, aku tetap akan balik ke Ipoh juga.

Aku keluar lepas agak lama aku bertapa dalam bilik air bagi menghilangkan sendu yang masih degil ni. Aku agak terkejut bila tengok Haicarl duduk kat birai katil sambil memandang beg yang dah bersusun atas katil. Mungkin dia pelik bila tengok beg aku lebih banyak daripada biasa. Lepas tu, dia mengalihkan mukanya menghadap aku.

“Nak pergi mana?” tanya dia.

“Balik.” Aku menjawab tanpa memandang muka dia sikit pun.

“Awalnya Maira nak balik,” komen dia lembut.

Emergency. Ada kerja yang nak disiapkan.” Aku pantas mengambil barang-barang aku atas meja solek. Aku tahu dia tengah perhatikan gelagat aku dari birai katil.

“Maira, abang ada business trip ke Australia lebih kurang tiga minggu. Esok abang akan bertolak sekali dengan Farhan dan Zara. Jadi, minggu depan abang tak dapat balik Ipoh,” kata dia masa aku tengah sumbatkan bedak dalam beg galas aku.

“Hurmm..” Aku buat macam tak endah tak endah je dengan kata-kata dia. Maklumlah, hati tengah dicincang sekarang ni.

Would you like to join us?”

Terhenti tangan aku daripada zip beg bila terdengar pelawaan dia. Aku yang bermimpi atau dia yang dah tersampuk. Tak pernah pun selama ni dia ajak ikut teman dia pergi outstation. Apesal sekarang tiba-tiba dia ajak aku?

No, thanks.”

Bila aku nak berlalu dari situ, tiba-tiba aku terasa pergelangan tangan aku dipegang kejap. Aku diam, dia pula membisu. Beberapa minit berlalu, dia masih membeku. Aku mula meronta supaya dia melepaskan tangan aku. Tapi, makin kejap pula pegangan dia sampai aku terasa sakit.

“Lepaslah!”

What’s wrong with you?” tanya dia dengan intonasi suara yang membeku. Sebeku hati aku terhadap dia.

Nothing.” Aku tak pandang muka dia masa cakap macam tu.

So, please look at me if nothing goes wrong.”

Nak tak nak aku terpaksa menghadap muka dia. Aku dengan dia berpandangan untuk beberapa minit sebelum tiba-tiba dia tarik aku dan membuatkan aku terduduk betul-betul atas riba dia. Muka aku tak payah cakaplah sekarang ni. Mesti bertukar warna sebab jarak aku muka dengan dia hanya beberapa inci je.

Your eyes are puffy. Are you crying?”

No.” Aku mengalihkan muka aku dari terus menatap muka dia. Makin lama aku tengok muka dia makin parah hati aku.

“Kenapa ni sayang?”

Don’t call me sayang.” Tanpa dia bersedia aku terus bangun. Dia agak terkejut sikit dengan tingkah laku aku yang mendadak.

What’s wrong?” tanya dia lagi dengan pandangan yang menikam.

“Maira tak suka dengan panggilan tu.” Aku terus berlalu ke bilik wardrobe untuk ambil baju dan tudung aku lalu masuk ke bilik air untuk menukar baju.

Lepas aku tukar baju, aku tengok dia masih setia duduk di birai katil dengan pandangan tajam.

“Selama ni Maira tak ada masalah pun kalau abang panggil macam tu. Kenapa hari ni Maira tak suka pulak?”

“Tak ada apa-apa. Cuma hari ni Maira tak nak dengar panggilan tu,” jawab aku sambil menempek sikit bedak kat muka. Lepas tu, aku terus mencapai beg tangan dam bersiap-siap untuk beredar.

“Kenapa nak balik tak tunggu mummy dulu? Maira nampak tergesa-gesa sangat. Beg pun nampak banyak dari biasa.” Aku tahu dia tengah memerhatikan gerak geri aku yang sibuk ke hulu ke hilir daripada tadi.

Aku senyum tawar dengar komen dia. Tak berminat nak jawab lebih banyak lagi. Walaupun kepala aku masih terasa berdenyutm aku gagahkan diri juga untuk keluar dari sini dan tak perlu lagi nak menghadap muka dia buat sementara waktu ni. Biarlah aku bercakap dengan dia nanti dalam keadaan aku sudah tenang.

“Hmm..Maira nak cepat. Kirim salam je dengan mummy dan papa. Nanti Maira call mummy balik.”

Aku mengangkat beg galas dan beg tangan aku sementara dia tolong angkatkan beg baju aku untuk turun ke bawah. Nasib baik dia pun tak tanya lebih lanjut lagi pasal beg baju aku. Kalau tak, memang aku terpaksa tipu dia.

“Aiik..nak balik Ipoh dah ke?” tanya Farhan sewaktu kita orang melintas kat ruang tamu.

“Hurmm... ada kerja nak buat.”

“Tak nak tunggu Zara, mummy dengan papa ke?”

“Tak boleh rasanya.” Aku senyum supaya Farhan yakin dengan jawapan aku. Lepas tu, barulah dia mengangguk kepala.

“Okay, balik dulu Farhan,” kata aku sebelum beredar.

See you later.” Jawapan Farhan buat hati aku rasa sedih. Entah bila tahun aku akan jumpa dengan dia lagi. Aku berjalan ke depan pintu lepas tu dan diikuti oleh Haicarl kat belakang dengan beg baju aku.

Bila dah sampai dekat Inche Ry, dia juga yang tolong aku masukkan segala barang aku ke dalam bonet. Entah kenapa waktu dia tengah masukkan beg aku, hati aku jadi sebak sangat seolah-olah macam inilah kali terakhir aku akan jumpa dia.

Lepas selesai masukkan semua barang dan dia pun dah periksa Inche Ry supaya tak ‘haus’ kat tengah jalan, barulah dia menghampiri aku yang macam tiang lampu asyik perhatikan dia daripada tadi.

Is it necessary for you to leave?” tanya dia lembut sambil mencapai kedua-dua tangan aku. Aku hanya mengangguk bagi menjawab pertanyaan dia. Tak terdaya rasanya nak bercakap dan bertentang mata dengan dia. Aku takut air mata aku yang keluar dulu.

Lepas tu, dia elus pipi aku dan pegang dagu supaya aku bertentang mata dengan dia. Hati aku jadi  makin sebak bila berpandangan dengan dia. Tak lama lepas tu, perlahan-lahan dia tarik aku ke dalam pelukan dia kejap.

“Everything that I’ve told you yesterday is true. Don’t you ever doubt it because I really need you to complete me,” bisik dia lembut.

Akhirnya, air mata aku turun juga lepas dengar dia cakap macam tu. Aku jadi sebak sangat dan dalam masa yang sama keliru dengan sikap Haicarl semalam dan perbualan dia dengan Farhan tadi. Aku membalas juga pelukan dia walaupun dalam hati aku tengah bergelora. Lepas beberapa minit aku berpelukan dengan dia barulah dia merenggangkan sikit pelukan.

Aku berpandangan dengan dia dan tangan dia mula mengesat sisa air mata aku kat pipi. Aku pegang tangan dia lepas tu.

Do you love me?” tanya aku berani. Muka dia nampak berubah sikit tapi cepat-cepat dia kawal balik dan kembali seperti biasa.

Tolonglah cakap dia cintakan aku. Aku betul-betul nak dengar satu jawapan yang pasti dari mulut Haicarl sendiri sebelum aku pergi. Kalau dia jawab dia cintakan aku, aku takkan tinggalkan dia sekarang, aku akan lupakan perbualan dia dengan Farhan dan anggap hal tu macam tak wujud.

Beberapa minit kemudian, dia senyum tengok aku.

“Abang sayangkan Maira.”

Hanya satu patah perkataan saja yang membezakan perkataan sayang dan cinta dan satu patah perkataan tu juga yang akan menjarakkan hubungan aku dengan dia mulai saat ini. Dia tak cinta tapi sayangkan aku.

Betapa berkecainya hati aku waktu ni bila secara terang dia cakap dia hanya sayangkan aku. Untungnya perempuan yang pernah mendapat perasaan cinta dari dia. Aku ni yang dah menyandang status isteri pun masih belum mampu mencuri walau secebis cinta dari Haicarl. Sebak sangat aku rasa waktu ni sampai rasa macam dada aku nak pecah. Aku betul-betul dah tak boleh nak menghadap dia lagi sekarang ni. Sebelum, empangan aku pecah baik aku pergi.

Hurmm... I guess...I shall leave now.”

Aku menarik nafas dalam sebelum mencapai tangan dia untuk bersalaman. Sayu aku rasa saat aku cium tangan dia dan dia cium dahi aku. Rasa macam seolah-olah lepas aku diijabkabulkan dengan dia. Bila teringat saat tu mula air mata aku dah bergenang balik. Aku masuk ke dalam perut Inche Ry dan dia yang tolong tutupkan pintu kereta. Lepas tu, aku turunkan cermin kereta.

Drive carefully and call me when you had arrived.

“Hmm..nanti kirim salam kat papa, mummy dengan Zara.” Haicarl senyum dan mengangguk walaupun aku nampak mata dia perhatikan aku semacam. Mungkin dia juga dapat rasakan sesuatu. Aku pula cuba sedaya upaya untuk berlagak biasa.

“Bye, assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam. Bye, dear.”

Aku terus menaikkan cermin tingkap lepas tu dan melepaskan brek tangan. Sebaik bayang Haicarl hilang dan aku pun dah keluar dari perkarangan ‘istana’ ni, serta merta air mata aku mengalir keluar tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Perasaan kecewa, patah hati, sedih, marah semua bergabung menjadi satu sampai aku terpaksa memberhentikan kereta kat Hentian  Sungai Buloh bagi melepaskan air mata yang semakin mengaburi mata aku.

Sepanjang perjalanan, hanya air mata dan radio yang menemani aku. Waktu aku dalam mood sedih ni la juga lagu I Can’t Make You Love Me nak berkumandang kat radio dan membuatkan air mata aku turun lagi macam hujan lebat.

I can't make you love me if you don't
You can't make your heart feel
Somethin' that it won't
Here in the dark, in these final hours
I will lay down my heart
And I will feel the power but you won't
No you won't
'Cause I can't make you love me
When you don't

I'll close my eyes
'Cause then I won't see
The love you don't feel
When you're holdin' me
Morning will come
And I'll do what's right
Just give me till then
To give up this fight
And I will give up this fight

Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dua jam lebih boleh menjadi tiga jam lebih sebab aku banyak berhenti untuk melepaskan segala yang terbuku kat hati aku yang semakin terluka ni. Air mata aku mengalir dan terus mengalir.  Kalau ditahan dengan baldi, mahu penuh ni.

Setiba aku kat rumah, aku rasa bersyukur yang amat sangat sebab perjalanan aku selamat sampai ke rumah walaupun dalam keadaaan emosi yang tak stabil. Dengan kepala yang semakin berdenyut dan mata yang bengkak, aku gagahkan diri juga untuk mengambil barang-barang aku keluar dari perut Inche Ry. Nasib baik tak ada siapa kat rumah sebab semua balik kampung. Kalau ada, ibu la orang pertama yang akan soal aku dengan pelbagai soalan bila tengok aku balik dalam keadaan macam ni.

Lepas selesai aku membersihkan diri dan menunaikan solat Zohor, aku terus merebahkan diri kat atas katil aku. Aku cari handphone aku dalam beg tangan dan tertera tiga missed call kat situ. Semuanya dari Haicarl.
Akhirnya dengan perasaan berat hati dan berbelah bagi, aku gagahkan diri menghantar satu mesej mengatakan aku dah sampai. Lepas tu, aku terus tutup handphone dan simpan dalam laci. Mulai saat ni, aku akan putuskan ‘hubungan’ aku dengan Haicarl dan aku akan pakai balik nombor kedua aku yang Haicarl tak tahu tu.

Buat masa ni aku tak nak dengar apa-apa walau suara dia sekalipun sebab aku betul-betul perlukan masa untuk berfikir panjang. Aku tak nak betindak ikut emosi dan marah orang tak tentu pasal. Memang bukan Amal namanya kalau aku buat macam tu. Akhirnya, aku tertidur juga dengan air mata yang berlinangan kat pipi.

*******************

Are you okay, Amal?” tanya Cindy masa aku tengah mengemaskan meja aku dengan fail-fail yang berlambak.

Hmm.. I’m fine. Why?

Your face seems a bit pale and you look so....hmm... skinny. Do you have any problem that would you like to share with me?”

Aku cuma tersenyum tawar sambil menggelengkan kepala. Bagi aku, masalah yang aku hadapi ni biarlah aku simpan sendiri je. Sekarang ni, aku cuma perlukan masa untuk tenangkan diri dan berfikir secara rasional balik. Tapi, sejak kebelakangan ni memang selera aku menurun pun dan aku tak dapat tidur dengan secukupnya sebab asyik berfikir pasal hubungan aku dengan Haicarl. Tambahan pula, bila tak ada siapa yang nak masak kat rumah, bertambah liat lagilah aku nak makan.

Are you sure, Amal?

Yup. Absolutely sure.”

Okay..but if you have any problems, you know, I’m still right here beside you to lend my ears.

Aku senyum lagi dan mengangguk sebab tak ada daya nak bercakap banyak. Kepala aku sejak dari pagi tadi asyik berdenyut je. Badan aku asyik rasa seram sejuk macam nak demam.

Thank you, bestie.” Bertuah aku rasa dapat kawan macam Cindy ni. Walaupun aku dengan dia berlainan agama, bangsa dan budaya, tapi dia masih boleh menjadi kawan susah dan senang aku.

Aku mengambil fail-fail yang dah bersusun rapi untuk disimpan ke dalam laci. Tiba-tiba pandangan aku menjadi kabur pula. Mula aku nampak laci tu ada satu, lepas tu dua dan kemudian aku hanya dengan jeritan Cindy je sebelum aku rasa badan aku menyembah lantai.

“Amal!!”

*********************

 “Thank God. Finally, you wake up.”

Orang pertama yang aku nampak adalah Cindy sewaktu aku mencelikkan mata. Aku tengok keadaan sekeliling. Ini macam hospital dan aku la orang yang ‘bertuah’ terlantar atas katil ni. Kalau sebelum ni aku merawat orang sakit, tapi hari ni aku yang jadi pesakit.

“You ni buat I risau. Bila I tanya you kata tak ada masalah. Sekarang apa sudah jadi?” Aku senyum tengok muka Cindy dah kemerahan. Mesti dia bengang dengan aku.

“Sikit je. Tak ada apa pun,” jawab aku lemah.

“You kata sikit? You tengok dahi you tu sudah bertampal. Berat badan you turun mendadak. Stress, kurang rehat, kurang air dalam badan. Malam tadi suhu badan you tu panas sampai 40 degree Celcius. You buat I hampir dapat sakit jantung tau!”

Aku tergelak kecil tengok dia dah bercekak pinggang. Sebijik macam mak nenek. Baru aku tahu aku dah semalaman terlantar kat sini ditemani Cindy ni. Tak sangka aku akan jadi macam ni sampai dahi aku bertampal. Ini mesti kes aku terhantuk kat meja masa aku pengsan semalam.

I’m okay. Tengok I dah sedar sekarang.”

Yeah...whatever. Hmm..by the way, I should inform Dr. Hani yang you dah sedar. Sekejap I panggilkan dia.” Cindy keluar dari wad aku dan kembali bersama Dr. Hani.

“Hai, Amal. How are you today?” tanya Dr. Hani sambil mengambil suhu badan aku.

“Alhamdulillah. Much better. Cuma ada rasa pening sikit.”

“Okay, semalam you demam kuat dan I dapati badan you lemah sangat. You tak cukup rehat dan tekanan darah you agak tinggi. Banyak sangat ke kerja Amal?” soal Dr.Hani. Aku cuma mampu tersenyum je.

“Sibuk sikit doc. Kat rumah tak ada siapa dan I pun duduk sorang je. Tu yang banyak skip makan.”

“You ni kerja-kerja juga. Makan tu penting. Sibuk macam mana pun you kena ambil makanan untuk alas perut. By the way, mana hubby you?” Aku tersentak kejap bila Dr. Hani dah sebut pasal suami.

“Dia outstation. Tak ada kat sini.”

“Tak call dia ke cakap you admitted kat sini?” Alahai...banyak tanya pula doktor seorang ni. Aku pun dah tak tahu nak jawab apa.

I’ll inform him later,” sampuk Cindy yang dari tadi hanya memerhati. Nasib baik Cindy ni tolong jawabkan. Lega sikit aku.

“Okay. Kalau macam tu I ambil tekanan darah you dulu.”

Aku menghulurkan tangan aku untuk memudahkan Dr. Hani mengambil tekanan darah aku. Selepas dia menyelesaikan tugasnya, dia beredar meninggalkan aku dan Cindy.

Amal, please give me Haicarl’s number as well as your parent. I should inform them, you’re admitted to hospital now.”

Tersentak aku bila Cindy cakap macam tu. Aku kalau boleh tak nak sesiapa pun tahu aku kena tahan kat wad sekarang ni. Aku tak nak sesiapa risaukan keadaan aku terutama ayah dan ibu.

Cindy, please don’t call them,” rayu aku.

But, why?”

“I tak nak buat dia orang risau dan susahkan diri dia orang untuk balik ke sini. Haicarl kat Aussie dan parents I kat kampung lagi.”

“Iman?”

“Dia ikut Asyraff balik kampung. Tak payahlah ganggu dia orang.”

“Hurmm..you ni macam ada masalah sampai semua orang you tak nak bagi tahu,” rungut Cindy. Aku senyum je mendengar bebelan Cindy yang tak sudah.

“Tak ada apa-apa. I tak nak susahkan dia orang je,” pujuk aku lagi. Sedaya upaya aku cuba yakinkan dia supaya tak menghubungi keluarga aku dan juga Haicarl.

Okay. I shall leave now. Ada kerja nak buat. Kalau ada apa-apa atau you nak makan something bagi tahu I. Nanti I tolong belikan,” pesan Cindy sambil berdiri.

Yes, madam. But before you leave, could you give my Ipad. I nak tengok emel sekejap,” pesan aku sebab aku tak dapat nak capai Ipad kat meja sebelah katil.

“You ni tak habis-habis dengan kerja. Dah sakit pun sibuk lagi.” Aku gelak lagi dengar Cindy membebel.

“I bosan ni. Bagilah I main dengan Ipad,” rayu aku. Muka habis kesian aku tayangkan kat dia.

Fine!” Dia ambilkan juga Ipad aku yang terletak elok atas meja sebelah katil. Mesti Cindy yang bawa kat sini sebab dia pinjam Ipad aku semalam sebelum aku pengsan.

“Thank you, Cindy. I love you so much.”

“I love you too, Amal. Take care,” jawab Cindy dengan senyuman sebelum menutup pintu bilik aku.

Aku periksa satu persatu emel aku. Banyak juga emel dari Haicarl. Tapi aku biarkan saja emel tu semua tanpa buka satu pun. Kemudian, aku buka satu fail yang baru aku terima sekejap tadi dengan hati berdebar-debar bila baca tajuk emel tu. ‘Precious moments in Aussie.’

Sebaik fail tu aku buka, hati aku terus berkecai menjadi abu. Fail tu mengandungi semua gambar-gambar Haicarl dengan Kyra dengan aksi yang sangat intim. Haicarl keluar dari sebuah kelab dengan Kyra. Tangan Haicarl pula peluk kejap pinggang Kyra yang nampak seronok sangat. Maksudnya, Haicarl bukan setakat pergi dengan Farhan dengan Zara je, tapi dengan Kyra sekali dan dia tak maklumkan pun kat aku pasal hal tu. Entah-entah hanya Haicarl berdua je dengan Kyra. Bermacam-macam perkara bermain dalam kepala otak aku.

Tanpa aku sedari, ada air mata yang mula mengalir lagi untuk kali ke berapa ratus pun aku tak tahu. Aku terus sign out dan tutup Ipad aku. Terbang melayang semua mood aku dibawa pergi dengan emel tadi. Hati aku memang dah parah sekarang ni. Kalaulah ada doktor yang boleh merawat hati aku, memang aku sanggup upah dia untuk khas merawat hati aku yang tengah terluka teruk ni.

Dalam aku melayan hati aku yang parah ni, tiba-tiba pintu wad aku diketuk dari luar. Cepat-cepat aku kesat air mata aku dan capai tuala yang Cindy sediakan kat tepi katil untuk menutup kepala aku. Tak lama lepas tu, muncul seseorang yang tak pernah terlintas langsung dalam kepala otak aku dengan membawa sebakul buah-buahan dan sejambak bunga matahari.

Assalamualaikum. How are you today?

“Waalaikumsalam. Ma..macam mana tahu orang ada kat sini?” tanya aku pelik. Aku betul-betul tak sangka dia akan muncul depan aku. Dia senyum dan meletakkan buah-buahan kat atas meja sofa dan jambangan bunga matahari tu dia serahkan kat aku.

May these beautiful sunflowers brighten your day.”

Aku terkedu dan tengok muka dia dengan bunga matahari silih berganti. Tak pernah dalam seumur hidup aku orang bagi bunga matahari. Inilah pertama kali orang bagi bunga matahari kat aku.

“Err..thanks. Macam mana tahu orang terlantar kat sini?” tanya aku lagi. Tak puas hati rasanya selagi dia tak menjawab soalan aku. Takkan si Cindy nak bagi tahu pula sedangkan Cindy pun belum pernah berjumpa dengan dia.

Instict.” Dia senyum tengok aku yang dah terbuntang tengok dia. Tak percaya aku kalau dia tahu aku kat sini sebab naluri semata. Mesti ada orang bagi tahu dia ni.

“Tolong jangan nak goreng Mai. Mai bukan budak kecik.” Aku buat muka sambil meletakkan jambangan bunga itu kat sebelah.

“Eh..bukan ke? Orang ingat Mai budak kecik lagi.” Aku jeling dia dan dia gelak lepas tu.

“Bagi sini bunga tu. Orang letak dalam pasu.” Aku bagi jambangan bunga matahari itu kat Irham dan dia menggantikan bunga yang ada kat dalam pasu sebelah katil aku dengan bunga matahari. Segar rasanya dapat tengok bunga matahari yang kembang cantik berwarna kuning terang.

Okay. Done!” kata dia sambil menarik kerusi dan duduk kat sebelah aku balik.

“Macam mana boleh jatuh sakit ni?” tanya dia lembut dengan renungan mata yang redup melihat aku. Aku tunduk bermain-main dengan hujung kain selimut.

“Tak tahulah. Orang dah nak sakit, nak buat macam mana.” Perlahan je aku menjawab. Entah kenapa rasa sebak tu datang lagi bila tengok dia datang jenguk aku kat sini.

“Mai ada masalah ke?”

Alahai...suara dia yang buat aku lemah ni. Dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah gagal untuk buat aku rasa serba salah bila aku cuba nak sembunyikan sesuatu dari dia.

“Hmm..tak ada apalah. Ir tak jawab lagi soalan orang. Mana tahu orang ada kat sini ni?” tanya aku lagi. Aku tengok dia tersenyum.

“Kan orang dah cakap tadi. Instinct.”

“Tipu!”

“Mana ada orang tipu,” jawab dia sambil gelak. Aku mula pandang dia geram.

“Ir!! Cakap la betul-betul,” desak aku.

“Hmm..kalau orang cakap Mai jangan marah boleh?” tanya dia. Haila..aku terasa macam kembali ke zaman kanak-kanak je bila dia cakap macam ni.

“Tak cakap macam mana nak tahu orang nak marah ke tak.” Sengaja aku bermain tarik tali dengan dia. Nak tahu reaksi dia macam mana.

“Mai!! Janji dulu.” Hilang muka macho diganti pula dengan muka kesian habis. Macam-macam la perangai dia ni. Kalau tengok gaya sekarang macam bukan seorang doktor je yang tengah bercakap dengan aku ni.

“Iyalah orang janji.” Aku terpaksa cakap macam tu. Karang sampai esok pun belum tentu dia nak cakap kalau aku tak janji.

“Ehem...orang perhatikan Mai.” Terbuntang mata aku tengok dia. Biat betul! Maksudnya dia intip aku la. Huish...seram rasanya. Macam ada stalker pula ikut ke mana saja aku pergi.

Sorry,Mai. Orang cuma risaukan Mai je sebab tu orang perhatikan Mai dari jauh. Please...jangan marah ya,” rayu dia.

Aku terus kalihkan muka aku. Tak sanggup rasanya tengok muka dia yang tengah merayu tu. Aku tak tahu nak cakap apa. Nak marah pun iya, nak gelak pun iya. Tak tahan tengok muka dia.

“Siapa suruh perhatikan orang? Dah lama buat kerja-kerja macam ni?” tanya aku serius. Dia nampak serba salah lepas aku tanya macam tu.

“Err...Mai. Orang bukan saja-saja nak buat macam ni. Sorry.” Aku tengok muka habis kesian dia. Saja nak pancing aku la tu supaya maafkan dia. Aku rasa nak sembur je dia tapi bila mengenangkan keprihatinan dia aku tak jadi nak marah dia lebih-lebih pula.

“Kalau orang saman nanti baru tahu. Suka hati dia je nak intip orang,” kata aku geram.

“Berani ke Mai nak saman orang?” Dia mula tersenyum balik bila aku bangkitkan soal saman.

“Berani je. Orang kan artis sampai ada je orang yang nak stalk,” sindir aku. Saja nak tengok reaksi dia. Dia pula terus gelak lepas aku cakap macam tu.

“Iyalah, orang tu kan artis. Kita ni siapalahkan. Doktor picisan yang cuba menagih secebis perhatian dari pujaan hati.”

Aku terkedu lepas dia cakap macam tu. Makan dalam betul kata-kata dia. Dalam bercanda ada maksud yang cuba dia selitkan kat situ. Aku bukannya bendul sangat sampai tak faham apa yang nak dia sampaikan.

“Iyalah tu. Doktor picisan konon padahal doktor pakar.” Perlahan je aku jawab sambil bermain-main dengan hujung selimut aku.

“Mai...” Panggil dia. Aku mula rasa lain macam bila terdengar intonasi suara dia yang macam tu.

“Hmm..”

“Mai bahagia ke dengan hidup Mai sekarang?” Terpempan aku sampai tak tahu nak jawab macam mana bila mata dia betul-betul menikam anak mata aku. Aku kalihkan muka dari menghadap dia. Tak sanggup nak bertentang mata. Mesti dia dapat baca reaksi muka aku kalau lagi lama aku tengok muka dia. Akhirnya, aku mengangguk lemah. Takkan aku nak cakap aku tak bahagia pula.

“Betul ke?” tanya dia lagi. Aku mula rasa gelisah bila diasak dengan soalan macam tu.

“Hmm...ya.” Aku tak pandang pun muka dia waktu cakap macam tu. Air mata aku mula bergenang balik bila teringat gambar yang aku tengok tadi.

“Mai...pandang orang. Bagi tahu orang yang Mai bahagia sekarang ni,” desak dia. Aku tunduk bermain-main dengan jari pula dan masa tulah tak semena-mena air mata aku jatuh atas tangan aku. Aku yakin dia mesti nampak air mata aku tumpah. Aku cepat-cepat seka air mata aku dengan jari.

Aku dengar dia mendengus.

“Tolong jangan tipu orang. Orang tahu Mai tak bahagia dengan dia.”

“Ir!”

Aku tak sangka dia akan cakap macam ni. Aku tengok muka dia tepat.

“Dia takkan boleh bahagiakan Mai. Percayalah cakap orang. Selagi hati dia masih ingat pada orang lain, Mai takkan dapat hidup bahagia dengan dia. Jangan bohong!”

“Ap..apa yang Ir merepek ni?”

Aku terkedu bila dia cakap macam tu. Seolah-olah dia tahu apa yang terjadi antara Haicarl dengan ‘dia’ dan antara aku dengan Haicarl. Otak aku makin bertambah berserabut bila dengar benda ni. Pandangan dia redup melihat aku yang dah berkerut dahi.

“Orang tak merepek Mai. This is the fact that you have to accept.”

Aku pejamkan mata dan spontan air mata aku mengalir lagi. Pedih rasanya bila kenyataan dah terpampang depan mata. Apa lagi yang aku nak pertikaikan sedangkan aku sendiri juga turut dengar benda yang sama dari mulut Haicarl.

“Mai...”

Sebaik aku celikkan mata, aku tengok ada sapu tangan berwarna putih yang digenggam dalam tangann dia. Dia menghulurkan sapu tangan itu kat aku. Aku tengok muka dia dan sapu tangan itu silih berganti. Ini macam sapu tangan yang Tok Pah bagi kat aku dengan dia. Masa dinner hari tu aku dah pulangkan balik kat dia dan sekarang dia bagi balik kat aku.

“Ambil la. Mai perlukan sapu tangan ni,” kata dia lepas aku agak teragak-agak nak ambil. Lepas dia cakap macam tu, aku ambil juga sapu tangan tu dan mengesat air mata aku yang mengalir membasahi pipi. Dia perhatikan saja gerak geri aku. Aku memang dah tak dapat nak sembunyikan air mata aku lagi depan dia.

Thanks.”

Do you still remember? I’m your crying shoulder.”

Aku senyum dan hanya menggelengkan kepala. Tak sangka dia masih ingat masa zaman kanak-kanak aku dengan dia. Bila aku sedih dialah tempat aku menangis meluahkan perasaan bagai. Patah gigi pun dialah juga yang pujuk aku. Hmm..Irham memang ditakdirkan menjadi tempat aku menangis sejak dari dulu lagi.

Sepanjang aku ditahan dalam wad selama hampir seminggu dia yang bersusah payah berulang alik sampai aku sendiri naik rimas. Aku memang pelik dengan dia. Takkan dia tak kerja kot sampai banyak masa yang nak diluangkan bersama aku kat sini. Bila aku tanya dia cuma senyum dan cakap dia tahu kerja dia. Sudah banyak kali aku tegah dia daripada datang ke hospital tapi dia tetap degil sampai ada juga di antara staf aku yang berfikir Irham tu suami aku. Cindy sendiri pun naik sama pelik tengok Irham. Aku pula tak tahu nak cakap apa lagi dah. Susah kalau nak layan orang yang tak makan saman ni.

“Sempena Mai dah boleh keluar dari hospital, jadi orang nak belanja Mai pergi makan dulu. Lepas tu, baru orang hantar Mai balik. Boleh?”

“Kita balik terus je tak boleh ke?” kata aku semasa kita orang dalam perjalanan nak balik ke rumah. Walaupun aku dibenarkan keluar dari hospital tapi aku rasa badan aku masih lemah lagi dan aku masih perlukan rehat yang secukupnya.

Lebih lama lagi aku kat hospital, lagi bertambah sakit aku rasa. Hanya baring dan tengok tv je kerja aku. Runsing rasanya berada dalam keadaan macam tu. Lepas aku ‘berdebat’ dengan Dr. Hani dan doktor sebelah aku ni pagi tadi, barulah akhirnya aku dibenarkan balik malam ni. Rimas aku rasa bila ada doktor peribadi tak berbayar yang asyik kawal gerak geri aku.

Please... Mai,” rayu dia.

“Malaslah,” kata aku sambil melihat panorama luar. Fikiran aku masih kusut lagi sekarang ni. Asyik terfikir je kata-kata Irham yang banyak kali bagi hint kat aku supaya kembali pada dia dan hubungan aku dengan Haicarl yang semakin meruncing ni.

“Jangan biarkan perut tu kosong. Mai tu baru nak sihat. Orang tak kira, Mai kena juga ikut orang pergi makan dulu.” Aku terus jeling dia yang tenang memandu. Kalau dah tahu nak paksa aku pergi makan buat apa tanya aku lagi. Eii...geram je dengan doktor yang suka paksa aku makan ni.

Akhirnya, dalam terpaksa aku jamah juga nasi berkuahkan sup ayam yang dia pesan. Sepanjang makan malam hari tu, perbualan kita orang lebih berkisar tengtang pengalaman kerja dia di Congo dan kenangan kita orang pada zaman kanak-kanak. Dia pun tak ada lagi ungkit soal aku dengan Haicarl lagi sejak aku termenangis depan dia. Aku tahu dia cuba sedaya upaya buat aku gelak dan menceriakan hati aku tapi hati aku ni masih degil ingat pada si dia yang banyak mengecewakan aku.

“Jaga diri elok-elok. Makan jangan skip. Rehat kena cukup. Jangan banyak fikir sangat. Ada baki cuti ni rehat kat rumah secukupnya. Kalau ada apa-apa terus call orang,” pesan dia setelah mengeluarkan barang-barang aku dari kereta dia.

“Baik doktor Irham. Ada apa-apa lagi nak pesan?” tanya aku dengan muka bosan.

“Oh..pandainya perli orang,” kata dia geram dan cuba mengacah untuk mengepit hidung aku. Cepat-cepat aku elak dan jelir lidah kat dia. Dia gelak bila aku buat macam tu.

You’re adorable.” Aku mencebik.

“Romeo.” Dia gelak lagi.

“Okaylah. Dah malam ni, pergi masuk. Lepas makan ubat terus tidur.”

“Baik doktor,” kata aku sambil bagi tabik hormat kat dia. Dia senyum dan menggelengkan kepala sebelum masuk ke kereta balik.

“Orang balik dulu. Kalau ada apa-apa terus call orang tau.”

Aku mengangguk dan senyum.

“Assalamualaikum. Bye, sweetheart,” ucap dia sambil kenyit mata masa tutup pintu kereta. Aku pula terkedu dengar kata-kata dia. Aku cuma tersedar balik bila dia bunyikan hon dan melambai ke arah aku sebelum  pergi. Macam-macamlah perangai pak cik seorang ni. Penat aku melayan kerenah dia.

Aku mengangkat beg galas aku masuk ke dalam rumah yang sunyi dan gelap gelita. Lepas aku menghidupkan suis lampu di ruang tamu barulah aku bergerak naik ke atas untuk masuk ke bilik aku. Rindu rasanya dengan bilik sendiri.

Lepas aku masuk ke dalam bilik, aku meletakkan beg aku di atas katil. Kemudian, barulah aku menghidupkan suis lampu utama bilik. Sebaik aku berpusing untuk meletakkan tudung aku dalam almari, alangkah terkejutnya aku melihat susuk tubuh yang tengah duduk bersandar kat sofa. Aku rasa macam jantung aku nak tergolek keluar bila tengok dia pandang aku tajam.

“Err..bi..bila abang sampai? Tak nampak kereta pun kat bawah.” Tergagap-gagap juga aku bila tengok dia serius tanpa secalit senyuman pun terpamer kat muka dia. Aku tengok tangan dia macam bermain dengan sesuatu. Bila dia berhenti main, barulah aku perasan dia tengah pegang handphone aku yang aku simpan dalam laci hari tu. Mula terasa kesat bila aku nak telan air liur.

You switch off the phone. Please, explain?” tanya dia dengan suara yang beku. Dalam rasa cuak aku tetap buat muka seperti biasa. Aku berjalan ke arah katil dan duduk di situ sambil membelek Ipad aku. Aku buat tak endah je dengan soalan dia.

I’m talking to you, Maira.” Berdebar-debar hati aku bila dengar intonasi suara dia berubah lagi. Lebih beku dari ais kat kutub tu.

“Hmm..” Itu je yang aku cakap. Malas rasanya nak bercakap banyak. Lagipun badan aku masih lemah lagi ni.

Tiba-tiba Iphone dalam beg tangan aku berbunyi. Cepat-cepat aku cari Iphone aku dan sebaik saja aku melihat skrin, nama Irham tertera. Aku tak jadi mengangkat bila melihat renungan Haicarl sehinggalah beberapa kali Iphone tu berbunyi dan berhenti dengan sendiri. Aku genggam Iphone tu kejap sebab tiba-tiba aku diselubungi rasa bersalah terhadap Haicarl.

“Kenapa tak angkat?” soal Haicarl. Walaupun suara dia tak meninggi tapi aura dia buat aku rasa cuak. Aku diam tanpa menjawab apa-apa.

“Maira tak bagi tahu abang nombor baru Maira. Lepas tu, Maira tutup handphone yang abang boleh contact Maira. Maira tak balas emel abang. Maira ambil semua baju Maira dari rumah sana. Maira tak bagi tahu abang Maira kena tahan kat wad. Apa masalah Maira sebenarnya ni?” Aku dapat rasakan dia semakin menghampiri aku masa dia cakap macam tu. Aku hanya batukan diri je bila dia dah duduk sebelah aku.

“Maira rasa Maira dah tak layak bersama dengan abang. Maira rasa hubungan kita ni takkan pergi mana pun. Mungkin jodoh kita pun dah tak panjang lagi.”

What nonsense are you talking about?”

Aku tengok dia dengan mata bergenang. Mulalah datang emo aku bila bertentang mata dengan dia. Hati aku jadi sebak, sakit, kecewa bila dia dah ada depan mata.

“Maira cakap benda yang betul. Maira ni bukan sesiapa pun untuk abang. Maira ni tak ada tempat langsung pun kat hati abang. Jadi buat apa Maira terus berada di sisi abang?” tanya aku dengan air mata mula mengalir lagi.

“Apa benda yang Maira cakap ni? Abang tak faham.”

Aku kesat air mata aku kasar dan ambil Ipad aku yang terlantar atas katil. Aku buka balik fail ‘Precious moments’ dan tunjuk kat dia. Dia nampak teragak-agak nak ambil Ipad aku, tapi bila aku masih menghulurkan Ipad tu dia ambil juga dan tengok gambar adegan ‘mesra’ dia dengan perempuan gedik tu.

“Siapa hantar ni?” Berkerut dahi dia tengok gambar-gambar tu.

“Siapa yang hantar abang tak perlu tahu. Sekarang ni Maira nak abang berterus terang dengan Maira. Betul ke abang bersama dengan dia kat Aussie?” Aku bangun dan berpeluk tubuh sambil membelakangkan dia.

I admit that I was with her but Zara and Farhan was there too. But these are just ridiculous. It's not like what you think, Maira.”

“Oh iya ke? Rasanya macam tak je. Gambar abang semuanya berdua dengan dia kan,” sindir aku.

“Abang tak tahu siapa yang ambil gambar ni dan hantar kat Maira. Tapi semua benda ni tak seperti yang Maira fikir. I was helping her because she’s sick.”

“Balik-balik alasan tu je kan. She’s sick! Habis Maira yang sakit ni macam mana?” soal aku geram. Dia terus pegang kedua-dua belah bahu aku dan tarik aku supaya menghadap dia.

Maira...listen to me! That day, I was helping her because she’s drunk. Someone called me because she’s out of control. Then, I went there to help her.

Aku senyum sinis lepas dia cakap macam tu. Tak tahu sama ada aku patut percaya atau tak cakap dia. Dia pula masih tak lepas dari perhatikan muka aku.

Please, trust me,” rayu dia.

“Hmm..entahlah,” jawab aku sambil cuba mengelak dari bertentang mata dengan dia.

“Irham, hantar Maira tadi kan?” soal dia. Aku mengangguk sambil cuba melepaskan diri dari pegangan kejap dia.

“Kenapa Maira tak bagi tahu abang yang Maira sakit?”

“Tak penting pun.”

“Siapa kata tak penting?” Aku pula tak tahu nak cakap apa bila dia tanya macam tu.

“Dahlah. Maira dah penat ni. Mana pergi kereta abang? Bila abang balik?” Aku cuba melepaskan tangan dia kat bahu aku tapi masih gagal lagi. Mula terasa sakit bahu aku bila dia buat macam ni.

“Siapa Irham sebenarnya?” Dia tengok aku tepat. Mencari jawapan dari muka aku. Aku kalih muka supaya tak bertentang mata dengan dia.

Your cousin.” Dia tergelak kecil. Tapi kedengaran agak sinis kat telinga aku.

That’s not the answer for my question.

“Kalau macam tu siapa pula Maira kat hati abang?” soal aku tak nak kalah. Kalau dia boleh mempersoalkan pasal Irham, takkan aku tak boleh mempersoalkan pasal aku kat hati dia.

Dia terdiam lepas aku tanya macam tu. Nampak sangat dia tak ada jawapan yang pasti untuk soalan aku. Giliran aku pula untuk tersenyum sinis.

I know the answer. Tak payah abang susah-susah nak fikir.”

“Maira...”

“Sayang tapi tak cinta. Maira tahu tu dan seharusnya Maira sedar tempat Maira kat sisi abang.”  Dia nampak tersentak sikit. Mesti dia tak sangka aku akan cakap macam ni.

Maira...please give me some time.” Aku senyum tengok dia.

Since you're asking for more time, I think we better lead our own way, separately. I guess this is the end.” Dia nampak terkedu dan aku dah ketap bibir.

Ya Allah! Apa yang aku cakap ni? Biar betul!

Say it again?

Dia macam tak percaya dengar apa yang aku cakap. Aku pula dah terdiam seribu bahasa. Kelu lidah aku untuk bercakap. Aku pun tak sangka aku boleh cakap macam ni kat dia.

Selepas beberapa minit aku dengan dia terdiam, dia mula menurunkan tangan dia dari bahu aku dan mulalah air mata aku nak tumpah balik. Aku tengok dia tunduk sekejap dan menarik nafas dalam sebelum bercakap. Dia mengangkat kepala dia dan bertentang mata dengan aku.

Mata dia nampak berkaca sikit. Terpana aku sekejap bila tengok air muka dia berubah seratus peratus. Tak pernah lagi aku tengok reaksi muka dia macam ni.

“Kalau ini yang Maira nak, baiklah. Tunggu surat dari abang.”

Lepas dia cakap macam tu, aku nampak dia tunduk meraup muka. Jelas muka dia kecewa dan aku nampak ada air mata kat situ. Tiba-tiba dia tarik aku dalam pelukan dia. Dia peluk aku kejap dan mencium dahi aku sebelum keluar. Aku tak tahu apa yang aku perlu buat lagi. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Otak aku jadi beku. Tak boleh berfungsi langsung!

Lepas dia keluar, aku terus terduduk. Baru otak aku kembali berfungsi. Surat? Surat apa dia nak bagi kat aku? Argh...jangan kata tu surat dari mahkamah. Tidak!!

Apesal aku boleh cakap macam tu kat dia. Inilah orang tua kata, terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Nak meraung sekali pun dah tak berguna. Air mata aku keluar dengan lebatnya sampai terkeluar juga esakan aku. Ini ke penghujung kisah aku dengan Haicarl? Ini ke takdir cinta yang tersurat buat aku?

Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima tadir cintaku ini. 

*****************
Facts:
Sbnarnya crita ni pada mulanya adalah sebuah cerpen bertajuk Kerana Lamaran Itu dan akhirnya dikembangkan menjd sbuah novel (Andai Itu Takdir Cintaku). Memandangkan xuanza xda buat cerpen/cerita baru so xuanza post kat sini untuk menempatkan karya xuanza.

Terdapat bebrapa perubahan yg berlaku... mini novel Kerana Lamaran Itu mungkin sikit berbeza dari novel AITC... nak tahu lebih lanjut kisah penamat hubungan cinta bersegi-segi ni, kena baca novel nnt insya allah dlm proses menyiapkan manuskrip.

Terima kasih pda yang menyokong dan memberi komen... Selamat membaca :D

55 comments:

  1. adoyai...........
    maira memang SENGAL.........
    geram btul...
    dh le nie part last...
    sje wat org panas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan maira yg sptutnya kena SENGAL tu. kena tuju direct je Haicarl. ada ke ptut wak isteri macam tu. ingat wanita bi x de hati nak telan sume yang hubby buat. sakit jiwa la jawabnya.
      gud Amal. fight for ur own life

      >>k<<

      Delete
  2. bile kluar novel ni? sdih sngt cter nie. xsabar nk tau ape yg brlaku lps ni..waa kesian amal..!

    ReplyDelete
  3. saya harap dorg bcerai ja, saya yg baca ni pun xtertahan inikn pula amal. smpai hati haicarl buat dia mcm tu. kahwin sebab mummy dia suruh ja. ayat yg kuar dari mulut haicarl smuanye tak boleh pakai. sedihnye hati amal ni. kononye maira tulang rusuk dia,padahal xjujur lgsung. saya rasa mcm malas pula nk baca novel ni, terasa trkilan sngt,maira kalo bcerai tu jalan yg trbaik, cerai sajalh, kdg2 allah trmukn kta dgn org yg salah, sblum kta dapat jumpa cinta sejati kta. jgn dkenangkn lgi haicarl tu, biar dia hidup dgn memori lama dia, ni la sebab kenapa sya benci lelaki mulut manis. xtahu knapa tpi sya tetap rsa bukan kyra yg dalam hati haicarl tu.. ksian maira, 4 bulan yg sia2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sokong!! maybe jodoh maira dgn Irham.

      Delete
  4. novelnye bila kuar yea...? xsbar nk bca ni...he

    ReplyDelete
  5. novel keluar bile?? x sabar nak bce cerita nie... bce en3 nie pown da bgenang air mata... huhuhu....

    ReplyDelete
  6. x sabar nk tggu novel kuar ...
    kalo ade jodohh mai n haicarl x ke mane tp kalo blh haicarl x yah la seksa mai sedih kotttttt

    ReplyDelete
  7. xbolehlh nk salhkn maira jer, tu la ska sngt pendam2, xnak luahkn. memanglh bru 4 bulan bru kahwen, baru sngt untk mrubh haicarl. haicarl mcm x brusaha lgsung untk mncintai maira, dh la xmau tdo sekali, knapa dia mainkn maira bgitu skali, maira pn ada prsaan juga, cuba kalo dorg bkahwen btahun, tpi haicarl still xleh lupa memori lama dia, lgi ksian dkt maira, enthlh haicarl ni, apa prsaan dia kalo dia d tmpt maira, dah la maira sakit hati dgn kyra tu, apa lgi yg nk dia prtahankn untk diri dia, suami sndri pun menipu diri dia, dia pun bknnya muda lgi, ksian maira mesti tertekan. maira please jgn rsa mnyesal....

    ReplyDelete
  8. sedihnya..takkn nak.. pisah kot...takkn x de jln penyelesaian.sedih klu hubungn yg terbina berakhir mcm tu je....mmg 4 bln mcm sia2 tp apa salah bg masa utk haical sikit lg.....x mau le pisah2 ni...

    ReplyDelete
  9. sedihnyer... x nak lah amal cerai dgn haikal....

    ReplyDelete
  10. plz ... tolog la jgn buat diaorg bercerai... x nk tegok diorg bercerai... huhu x saba nk bace nvl. =)

    ReplyDelete
  11. Seriously sy bengang giler dengan Haicarl . Sy lebih rela Amal dengan Irham . At least Irham betol cinta dia . Dia boleh bahagia . Haicarl tu pulak , senang je nak lepaskan Amal . Bukan nak pujuk2 . Cepat je give up . Konon sygkan Amal , perlukan Amal . Tapi tak buktikan pon . Kesian sangat dengan watak Amal yg terpaksa bersabar je selama 4 bulan lebih . Biar je la Amal dengan Irham . Kesian sangat dekat dia walaupon nak sangat Amal dengan Haicarl last2 nanti . Huwaa~ tak sabarnya nak tunggu novel ni . Agak2 bila keluar ek ?

    [syaza]

    ReplyDelete
  12. kesian amal, tak nak la dia org bercerai, biarlah dua2 tenang dan haicarl fikir balik apa yg dia dah buat dekat amal, fikir mcm mana nak pikat amal balik, amal pun salah jugak ckp mcm air terus keluar je tak fikir baik dan buruknya, sama2 salah dan sama2 cari jalan penyelesaiannya. biarlah berbaloi pada kami yg membelinya, mudah2an dpt pengajaran dari kisah amal dan haicarl.cerai walaupun dituntut tapi tak de salahnya jgn dapat dielakkan.

    ReplyDelete
  13. setuju ngan hamidah.....jgn le bercerai....masing2 perlu bg masa....haicarl tu still keliru...mane tahu ngan berpisah sementara dia akan tahu perasaannya pada maira...just sayang je atau cinta......jgn buat le sad ending...mcm kata hamidah biar berbaloi pada km yg membeli....cerai itu halal tp Allah x suke....

    ReplyDelete
  14. adoiyai..awat jd lagu nih..hehehe..nk lagi! dgn irham pn xpe..sbb irham chilhood dye kan..neway keep writing...fighting! ur writing is a blast!

    ReplyDelete
  15. dua2 kesian.....rasanya bkn kyra kot yg dicintai haicarl....tp sape ye?....kene baca novel le tp lama lg ke nak publish...

    ReplyDelete
  16. tu la padahnya kalu asik nk pendam je...dlm perkahwinan komunikasi yg baik tu amatla penting...bila dh jd mcm haikal ni....yg sshnya bini dia jgk sbb tatau hujung pangkal kisah silam haikal ni...citer ni mmg best walaupn akak tk suka citer sedih....tp ntah napa rasa mcm dalang org yg hantar gambar haikal dgn kyra tu mcm seseorg yg rapat dgn amal jekkk....i guess so laa...ihiksss...pape pn...akak tunggu novel ni kuar..

    ReplyDelete
  17. Saya sokong Zawani Mukhtar....Biar aje dorg bercerai....Kalau dah Haikal xle nak cintakan Maira baik lepaskan aje Maira cari cinta dier sendiri....Nak tggu buat apa kalau dah Haikal sanggup citer rahsia dier dengan Farhan....Kasi tggl sudah si Haikal ni...

    ReplyDelete
  18. Bagi saya,dua dua pun salah.Haicarl yang dah ada bidadari kat depan mata but still tak boleh move on and amal yang pendam perasaan je.Saya nak amal dengan irham but amal dah kahwin dengan haicarl kan so macam kurang manis lah kalau both of them bercerai and saya tak suka amal ada title janda ! :P Haicarl ni pun satu,bukan nak ceritakan the whole story bila dah kantoi dengan amal.Maybe amal boleh tinggalkan haicarl and just move on and haicarl pula yang menyesal.Anyway,will support Amal all the way ! :)

    ~A~

    ReplyDelete
  19. kesiannya amal... memang sedey la part 3 ni... jgn la dorg bercerai...
    mesti kyra tu sengaja upah orang nak bagi amal n haicarl bergaduh...

    ReplyDelete
  20. meroyan rasa baca entry ni...waaaaa...bila novel nak kuar ni??? huhuhu

    ReplyDelete
  21. haicarl & maira.. keliru dgn hati masing2x..
    sedihnya... :( harap2x beri ruang kpda haicarl & maira utk cari jln penyelesaian...yg terbaik..
    kedua2x family mesti terkejut...
    irham sepatutnya tidak mengeruhkan lagi keadaan...

    ReplyDelete
  22. entah nak kata sape yg salah.. salah amal ke sbb xleh bg masa? kalo saya pon bengang kott..kawen tp xde pape baek xyah kawen.. then, haicarl spttnyer lebih jujur..da kawen ape salahnya kongsi ngan wife..let bygone be bygone laa.. xde lah wife awak tu nak salah faham.. skali dgr lak luahan haicarl yg cerdik pandaii tu..lg la sakit ati..sy yg bc pon sedey..amal apetah lg

    ReplyDelete
  23. apsal la byk penulis novel suka mendera heroin?????????

    ReplyDelete
  24. tolonglah jgn cerai~~~ just gve haicarl tu some time.. tp jgn cerai.. n irham memang x sepatutnya layan isteri org mcm tu.. it is just not proper on any reason sekalipun... *emo ni

    -yani :)

    ReplyDelete
  25. Sedihnya bca citer ni.Tersentuh hti sya.Kesian kt Amal.Dia x salah pa pe pun.Haical yg p cari dia n lamar dia kononya tulang rusuk yg hilang.Tp pas kawen dia wat Amal cam tu.Depan Amal ckp len blkg ckp len.Dia bgtaw Farhan hal rmhtgga die.Tp x nk berterus terg kt Amal.X pham ngan sikap Haical ni n wat org rasa meluat n geram je kt dia.Pe mslh dia ni.Klau still nk kenang benda lama n x nk bgi peluang kt diri sendiri to move on ceraikn aje Amal tu.Klau dh taw diri sndiri x dpt lupakn prkara lma x yah la menyeret org len jdi mcm dia plak...Kesian Amal.Pape pun citer ni mmg best.Congrate to writer.Bla nk publish.Sya nk bli nk taw pe ending citer ni.Klau Amal bercerai ngan Haical pun ok sbb wat pe mghrp pd yg x sudi.Wat sakit hti je.Klau x cerai ngan Haical pun ok.Terpulang kpd writer la.
    -Ana-Sory comment byk la plak.

    ReplyDelete
  26. saya lebih suka mai with irham...biar jadi pengajaran kpd haicarl coz x menghargai perempuan sebaik amal..knp nk kenang kisah cinta dye dgn kyra....sayang dgn cinta mmg berbeza...tp irham sy rasa mmg ikhlas n tulus mencintai n menyayangi amal..lagu mmg sesuai seorang doktor n farmasi..keja dlm satu bidang yg sama...hope cik writer cpat2 siapkan novel ini...x sabar sy nk memilikinya...tahniah cik writer citer ni mmg best..***

    ReplyDelete
  27. rasa tak wajar sja kalau mrk bercerai. macam ada muslihat disebalik semua kejadian yang berlaku.mungkin ada yg dengki lihat maira dan haicarl....apa-apapun hanya firasat saya yg beranggapan demikian. dh tak sabar tunggu nv ini dipasaran....hampir setiap hari buka blog ni nk tgk smbungan kisah mereka. cite adik ni, jadi satu inpirasi utk akak dalam melakukan tugas dipejabat.

    ReplyDelete
  28. I really liked this novel..why?
    sbb dia lain skit..cik writer dapt menanam kan rsa tak suka pada haicarl termsk sy sndri..
    lelaki yang kacak tak semestinya sempurna pada perangai mcm haicarl..dy mnusia biasa kan..yang sngt bodoh tak dapt buat keptusan sngp mainkan mai..
    saya harap haicarl sdr dngn kesilpn dri dy...

    ReplyDelete
  29. Nampak sgt Carl ni tak jujur dgn Maira, suka menanam tebu di bibir
    mulut. Sedih betullah... Kesian dgn
    Maira, knplh Carl buat mcm tu pada
    Maira kalau tak cinta buat apalh
    kawen dgn Maira... biarlah Maira
    kawen je dgn Irham kerana dia betul2 cintakan Maira... Tapi apa apa pun semuanya keputusan dari cik writer.
    tapi cuma satu je dipinta novel yg akan dibukukan dan akan dipasaran nanti biarlah happy ending kalau tidak menangislah peminat setia
    novel ini ye cik writer.

    ReplyDelete
  30. biar la amal kekal ngan haicarl.apa salahnya x de cinta yg penting setia. x suka la cerita yg asyik nk kejar cinta dunia.x terasa ke cinta dunia betul2 halang kita nak kejar syurga.permpuan ni kan senang nak masuk syurga.taat Allah, taat rasul taat suami selagi tak melanggar syariat. kenapa dunia yg sementara ni juga yg nk dikejar. tolong cik xuanza jgn terlalu tekankan cinta dunia. penulis ni ada tanggungjawab,jgn smpi dipertanggungjawabkan di akhirat nanti dengan bakat yg ada.after all,good luck :)

    ReplyDelete
  31. hakikatnya maira dan haicarl tak pernah bercinta, jodoh mereka ketentuan tuhan, syg sekiranya bercerai,tak patut haicarl aniaya maira sampai mcm tu,tak fikir maruah maira dan keluarganya, maira bukannya curang dgn dia, sebagai perempuan, mesti terasa hati klu suami dia wat mcm tu, mesra dgn org lain tp dgn dia tidak,biarlah haicarl terus dgn maira, berjauhan mungkin haicarl lebih menghargai maira, maira pula jaga diri sebagai seorg isteri, buktikan pd haicarl dia bukan spt kyra. apa2 pun i lv happy ending, berbaloi membelinya.

    kak min

    ReplyDelete
  32. cik writer saya harap sangat3x kebahagian itu menjadi milik amal humaira...bukan kyra .kdg2 penceraian boleh membawa satu kebaikan..4 bulan perkahwinan mereka penuh dengan penipuan oleh haicarl...sy x thu nk gambar mcm mana tp sy x suka dgn pemikiran haicarl..."first love" is very ....huhuhu(geram je)..cepat2 publish citer ni...

    ReplyDelete
  33. sy just nk tnye cik writer,agk2 bile novel ni akn ade dipasaran?

    pada awal cerita ni,sy fikir watak haicarl ni sgt 'religous',bkn by means of pakai jubah putih ,serban,tafakur di masjid 24/7 and all those things,tp betol2 mengamalkn Islam as his way of life..cara die propose,reason he proposed to her,and the email content that he sent to her..tp ternyata bile die dh diangkat sebagai suami,die seperti any regular man yg islam hanya pd nama and ic..seperti manusia yg xtahu hukum memperlakukn isteri mcm tu.berpegang kpd prinsip diri utk tidak sentuh isteri??mcm mne pulak dengan tanggungjwb die yg telah ditetapkn Allah..sepertinye,ape yg die ckp dlm email die tu,worth-less!sbb email tu and this 'ending' utk mini novel ni,buat sy seperti sgt terkilan~ datz ol =)

    ReplyDelete
  34. Cepat2 siapkan novel! Dah tak sabar menunggu...takut terlebih emo sendiri.

    ReplyDelete
  35. ask maira to wait again for Haicarl?
    pls le- let ,maira on her own!

    jgn di permainkn hukum ALLAH!
    suami tak sentuh isteri adlah berdosa!dalam islam tidak ada alasan tidak sentuh isteri sebab ingat cinta pertama- berdosa!
    nampaknya solat istikharah Haicarl sebenarnya mcm x betul!
    walaupon sekadar novel tpi perlu sensitiv dengan hukum ALLAH!
    kalau maira nk cerai pon x salah sebab dia x pernah haicarl sentuh selama 4 bulan - tanpa alasan kukuh yg ada dalam syariat islam!jgn sekadar nk lariskn jualan buku!

    -ka fizi

    ReplyDelete
  36. hadoiiii sakit hati arrrr!!!! kalau tak cinta, napa kawin? kalau tak kawin kan bagus. amal ngan ir bahagia...

    tak sabar nak tunggu novel ni!!!

    ReplyDelete
  37. Akak tak nak komen apa2 sebab semuanya telah dikomen oleh pengomen2 setia yg mengikuti citer ni... nampaknya rata2 mereka tak puas hati dgn ending citer ni...sungguh mengecewakan tak seperti yg diharapkan.
    Akak harap...novel nanti jgnlah ending begini...biarlah happy ending biarpun realiti hidup tidak begitu.

    ~ kak min ~

    ReplyDelete
  38. dada ni rasa bagai nak pecah je baca cite ni.....sakit hati betul dgn haicarl ni, kalau tak cintakan Amal, tak payahlah kawin, saja je nak siksakan amal....hati sapa yg tak sakit bila dpt tahu hubby tak cintakan dia....walaupun marah dgn haicarl tapi berharap sgt amal dan haicarl akan bahagia bersama...happy ending.....

    ReplyDelete
  39. penulis:

    tolong jgn permainkn hukum ALLAH -
    pd permulaan cerita: haicarl di bayangkn seorng yg religi, solat istikharah, antar email penuh dgn ayat islamik!
    bila kawen- hampeh- haicarl ikut rentak diri dia!
    kenapa tak dirikn rumahtangga yg SUDAH di bina tidak d teraskn mengkut syariat islam? kenapa writer?
    tersangat hairan - mengapa haicarl nk offer bawak maira k Ausie masa maira nk balik Ipoh? nampak mcm x ikhlas nk ajak - yg hairan kenapa kyra dpt ikut??? ada hal keraja??

    harap penulis jgn berdiam diri - sila jelaskn pada pembaca

    -kak ummi hanna-

    ReplyDelete
  40. Wa emo emo..tp bak kata hamidah tlng la happy endinh biar kami yg hajat nk bli nvl aitc bebaloi..plisss..

    ReplyDelete
  41. sdih la plak ending crpen nie,hrp2 dlm nvel AITC xde la pengakhiran sdih mcm nie, mmg la Maira kne bgi haicarl mse tp yg sdihnya bila haicarl seolah2 main2 kn maira la plak..xnk la mereka bercerai, smoga nnti haicarl berfikir2 msk2 mngenai cara membaiki hbungan mrka spya lebih erat dan kekal bhgia dgan cinta mereka nnti.kak x sbar la nk tggu novel nie,nak tahu jga tol ke kyra ex dia yg dia msih syang 2..mmg x sbar nk tggu novel nie..

    ReplyDelete
  42. cuma nk carik logik bila haikal nk ajak maira ke aussie:
    haikal nk g aussie esok - sedang kan dia ajak maira bila maira dh confirm nk blk ipoh masa itu ugak?
    napa x pelawa b4 that? a week b4 or last night?
    confidence ke haikal dpt tiket utk flight esok? walaupon dpt beli tiket on line still blum sure nk dapt sebab esok nk berangkat!
    unless haikal naik jet peribadi!!!!
    senang nya hidup haikal - semua petik jari je! can b done - dia nk kawen: on tk nk sentuh maira:on
    nk ajak kyra k rumah/main tennis:on
    tapi part maira? dia hati batu!

    -logika cinta

    ReplyDelete
  43. bg peluang kedua utk haicarl n keadilan utk maira..jgn dera readers cik wtiter,pls make it happy ending

    ReplyDelete
  44. wah......nervous btol nk tau ending cite nie.....cpt ckit siap ye writer, tdo xlena la mcm ni slgi xtau ending...hehehe anyways gudluck...u're great writer.. ^^

    ReplyDelete
  45. WAEEEE kenapa tergantung mcm ni T_T kalau dah keluar buku sila bagitau ye. i need to know the ending hehe

    ReplyDelete
  46. mmm janganla cerai...kawin n cerai...x best....setiap org patut dapat second chance....

    ReplyDelete
  47. salam dek,akan nak tahu novel ne dah di terbit kan ke??dah banyak kali akak baca dek still tk jemu2 dek tapi tak puas ati dek tk dek ending nye........pleaseeeeeeee lah dek kalu dah kuar di pasaran war2 kan ye dek,nak sngt la dapat kan novel ne teramat best!!!

    ReplyDelete
  48. bila novel nie nk keluar.. dok tngu2 jugak dh lma dh..

    ReplyDelete
  49. Bile nak kluar novel ni?huhu. Sy dh xsabar ni

    ReplyDelete
  50. cerita ni mmg lain dr yg lain.harap amal dgn haicarl x la bercerai.

    ReplyDelete
  51. Assalamualaikum & salam sejahtera....

    Since ramai yang tanya bila novel akan publish.. Now, let me explain... I know that I've been taking so much time to finish this manuscript... I'm so sorry for the delay. Ramai yang bagi komen positif and negatif mngenai cerita ni. Jadi kita ucapkan terima kasih dan kita terima dgn hati yang terbuka.

    Therefore, in order to improve it, I had changed some of the part and the storyline as well. That's why I'm taking so much time to re-read and re-type from the beginning of the story until now which is about 500++ pages.

    I hope you all can understand my situation since I'm not a full time writer. Banyak benda yang kita kena settlekan dulu before focus kepada manuskrip.

    For my dear readers yg sudi baca KLI tanpa jemu,
    A deepest gratitude to all of you for your continuous support. I'll try my very best to finish this manuscript as soon as possible.Besides, your comments all have richly blessed me. If I have neglected anyone, please accept my apology for the oversight. I was not intentional by any means. But still I've read all of your comments. :)

    Sincerely,
    Xuanza

    ReplyDelete
  52. Salam


    Bila novel publish...x sabar nk baca.

    ReplyDelete

 
;