From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday, 7 February 2012

Cerpen Dan Anda #5


Assalamualaikum w.b.t
this is the 5th cerpen.
ahaaaa.. dah nak sampai ke cerpen yg ke-7 dah kan?
read and comment, friends. like always.
have a nice day.

Title : Isteriku Sayang
By : BluesimkCrentz




0836:18122011 – bismillahirrahmanirrahim~

            “Anisa.”
            Anisa menoleh. Ibu..“Ye, bu. Ada apa?” Buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ tulisan Fatimah Syarha yang entah muka surat keberapa yang dibacanya ditanda dan diletak di atas meja dihadapannya.
            Puan Mariah tersenyum. Dia melabuhkan punggung di sebelah Anisa. Anisa memusingkan badan menghadap ibunya.
            “Ada apa, bu?” Anisa mengulang.
            “Ibu nak cakap sikit.” Anak mata Anisa direnung sedalam-dalamnya. Suci..
“Tapi Anisa jangan marah ibu, ye?” Tangan kanan dibawa ke ubun-ubun Anisa. Ya Allah, moga ini yang terbaik buat anakku.
            Anisa buat muka pelik. Ibu ni.. “Kenapa pula Anisa nak marah ibu?” Tangan Puan Mariah yang lembut mengusap ubun-ubunnya ditarik perlahan lalu dicium. “Anisa kan sayang ibu. Ibu kan the apple of my eyes, takkan Anisa nak marah ibu.” Anisa sengih.
            Puan Mariah tersenyum lega.
            Kening Anisa berkerut. “Apa ibu nak cakap?” Sungguh, ibu membuatkan dia tertanya-tanya. “Serius aje bunyinya, bu.” Anisa ada buat salah ke? Hati tertanya-tanya sendiri.
            Puan Mariah menarik nafas. Sedalam-dalamnya. “Anisa, ibu nak tanya. Anisa dah ada calon ke?” Lembut tutur katanya.
            Anisa terdiam. Soalan maut..
            Wajah ibunya ditatap. Mencari sebab, kenapa ibu tanya soalan macam ni? Anisa belum mampu manjawab.
            Sekali lagi Puan Mariah menarik nafas. “Ibu ada seorang kawan. Dia nak lamar Anisa jadi menantunya. Melamar Anisa bagi pihak anak lelaki tunggalnya.” Perlahan dan lembut suara Puan Mariah. “Anisa setuju?”
            Anisa jelas mempamerkan riak terkejut.Tidak percaya. Lagi?
            Dah berapa risikan yang aku tolak. Bukan tak suka, tapi hati aku yang tak tenang. Istikharah sudah, berdoa pun sudah. Namun masih belum ada tanda-tanda bahawa yang melamar adalah baik untuk aku. Ya Allah. Adakah kali ini juga sama dengan jawapan yang Kau berikan kepadaku seperti sebelum ini?
            Sebelum ni aku hanya mampu memberikan alasan ‘tak bersedia’ aje. Aku tak nak membina rumah tangga atas dasar lain selain dasar keyakinan pada petunjuk Allah SWT. Memang la sebelum ni aku decide nak buat solat istikharah. Tapi takde  apa-apa petunjuk untuk terima dia. Apa nak buat? Soal nikah kahwin ni mana boleh nak buat main macam game Hangaroo. Kalau salah jawab ada icon ‘play again’. Tapi soal nikah kahwin? Serius, takde ‘play again’ mahupun reverse. ‘Start a new game’ memang boleh, tapi sure susah nak ‘reset’ data-data ‘game’ yang dah ‘over’ sebelum-sebelumnya. Kalau game dalam komputer memang boleh play again, tapi jangan sesekali samakan game dalam komputer dengan game dalam kehidupan.
            “Anisa?”
            Anisa  tersentak. Suara ibunya mengembalikan fikirannya ke alam nyata.
            “Anisa setuju?” Puan Mariah mengulang.
            Lidah terasa kelu. Ingin sekali dia bertanya. Digagahkan lidah bertanya. “Ibu kenal dengan anak lelaki kawan ibu tu?” Ini lamaran ketiga. Aku tak nak la ini kali ketiga aku menolak. Ibu jugak yang sedih.
            Puan Mariah tersenyum lega. Petanda baik…
            “Kenal. Baik budaknya. Hari tu ibu bertemu dengannya. Sopan perilakunya. Baik budi bahasanya, senyumannya juga murah.” Puan Mariah memuji.
            Anisa sekali lagi hilang tumpuan. Haishh, tak padan dengan aku.Sopan kata ibu, aku? Baik kata ibu, aku? Kalau nak cakap baik tu bolehlah. Nak cakap aku ni sopan, takde la jugak.
            “Ibu, bagi Anisa masa?”




…………...




Nay, seek ((Allah)'s) help with patient perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,-
                                                                                    Al Baqarah, [2:45]


“Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar.Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa Sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui Sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (pernikahanku dengannya) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (pernikahanku dengannya) mendatangkan keburukan bagiku, pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redailah aku dengannya .”Anisa meraup wajah dengan kedua-dua belah tangan. Telekung dilipat kepas, lalu diletak di dalam almari semula.
            Moga ini yang terbaik. Tubuh yang lemah dibaringkan di atas katil. Siling kosong direnung. Ya Allah..berilah petunjukMu.. Dan akhirnya Anisa lena sehingga subuh.

           
            Anisa menghirup udara subuh. Nyaman. Terasa menyegarkan. Jiwanya diselimuti ketenangan. Tiada keresahan membelenggu jiwa. Aku yakin, Allah dah berikan jawapan. Hadiah ketenangan hati daripada Allah menjelaskan segala-galanya. Aku yakin, ini pilihan yang tepat.



                                   
The Truth is from thy Lord; so be not at all in doubt.
                                                                        Al Baqarah, [2:147]
                       
           




“Anisa setuju, ibu.” Tenang datar Anisa menuturkan. Tiada resah.
            “Alhamdulillah…” Puan Mariah mengucap, terharu. Memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. “Tercapai jugak hasrat ibu nak tengok anak ibu menikah.” Hati Puan Mariah berbunga-bunga. “Kejap lagi ibu telefon kawan ibu, khabarkan berita gembira ini.” Senyum di bibir Puan Mariah jelas menunjukkan rasa bahagianya.
            Tapi ada satu lagi soalan. Nak ke mamat tu kat aku? Dah la tak cantik, agama pun bukanlah nak cakap perfect.
            “Tapi bu, nak ke anak dia kat Anisa?” Anisa menyembunyikan rasa malu bertanyakan hal itu. Kut mana la tau status perkahwinan ni kahwin paksa ke, apa ke.. Tak mustahil dia kena paksa kahwin dek mak ayah dia kan?
            “Anisa jangan risau.” Puan Mariah senyum lirih. “Kawan mak cakap hari tu anak dia kata tak kisah, asalkan perempuan yang baik.” Pipi Anisa dielus lembut dengan hujung ibu jari. “Anak ibu kan baik?” Puan Mariah menambah.
            “Memandai la ibu ni.”
            Pipi terasa panas tiba-tiba.
            Moga ini yang terbaik….. Dalam hati tenang berdoa mengulang ayat 8 surah Al- Imran.



"Our Lord!" (they say), "Let not our hearts deviate Now after Thou hast guided us, But grant us mercy From Thine own Presence; For Thou art the Grantor Of bounties without measure.
                                                Al Imran, [3:8]

           

Amin Ya Rabb.





……………..




Eeeeiii…. Menyampahnya aku dekat mamat ni. Nasib la kau suami aku. Hishhh… Mulut Anisa sudah muncung 2 inci. Sudah seminggu selepas dia diijabkabul dengan suaminya kini, Ariffin.
Kenapa la aku kahwin dengan dia. Hati menggerutu. Aiseh, Anisa. Bukan kau yang terima lamaran mak dia dulu ke? Suara dalam kepala menyampuk. Muncung ditarik kembali. Betul jugak ek? Hari tu sure tak tipu, aku rasa yakin gila dia untuk aku. Tapi lepas kahwin, mak aihh. Kut mau aku jadi sakit mental tinggal serumah dengan dia ni.
Bukan nak cakap apa. Bukan la nak kata dia ni seksa aku ke, buli aku ke, dera aku ke. Eh, kejap. Part ‘buli’ tu aku dengan bangganya mengiyakan. Mana taknya, aku rasa tiap hari dia buli aku. Dia layan aku macam adik dia je, bukan macam isteri dia. Masak ini la, masak itu la, buat ini la, buat itu la. Ingat aku ni kuli dia ke? Suka hati nak suruh-suruh itu ini. Kan?
Tapi dah memang tanggungjawab kau sebagai isteri dia, masak untuk dia kan, Anisa? Suara itu menyampuk lagi.
Mangkuk di tangan terasa ingin diketuk di kepala ni. Gila aku ni, perang antara hati dan kepala. Percaya sangat la kau dengan cinta selepas kahwin. Padan muka sendiri. Anisa mencebik.
Peristiwa tempoh hari berlayar ke ruang ingatan.


“Awak.”
Anisa menoleh ke belakang. Niat ingin membuka pintu toilet tergendala. “Awatnya?” Anisa buat muka.
“Bagi la saya masuk dulu, dah lambat ni awak. Nanti bos marah.” Ariffin buat muka kesian.
“Ek ena suka dia je. Habis saya ni macam mana? Saya pun nak pergi kerja jugak. Saya pun takut bos saya marah jugak.” Anisa mencekak pinggang. Wahai suamiku… tolong la faham..
“Alaaa awak, tolong la.”
Anisa menjulingkan mata. Lalalala…
“Awak. Saya masuk dulu, awak tolong la iron baju saya sekali. Sementara tunggu saya habis mandi. Boleh ye, awak?” Ariffin buat muka comel, penuh harapan.
Anisa buat tidak endah. Lalalala…
“Awak, isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami tau.” Sarkastik. Ariffin memancing. Isteriku..boleh tak tunjuk muka lembut sikit sayang?
Anisa melepas nafas. Nasib la. “OK, fine!” Dia dah malas nak berdebat. “Mari sini baju.” Gaya bosan habis..
Ariffin tersenyum lebar. Yes! Menang… “Thanks awak.”
“Whatever.” Suka sangat la aku kena buli.

“Isteri yang baik adalah isteri yang dengar cakap suami tau.” Anisa mengajuk kata-kata suaminya tempoh hari, dengan mulut yang sengaja dicebikkan. Menyampah…

“Tu dah kenapa mulut tu? Macam orang cacat aje gayanya.” Anisa tersentak. Hampir pinggan yang dipegangnya terlepas dari pegangan. “Basuh pinggan pun sempat lagi ye mengutuk dalam hati?” Datar tanpa nada suara Ariffin menuturkan.
            “Perasan.” Tau pulak dia aku mengutuk. “Siapa yang kutuk awak?”
            “Bila saya cakap awak kutuk saya?” Ariffin berjalan menuju ke peti ais. “Saya cuma cakap awak mengutuk.” Ais krim Cornetto dikeluarkan lalu dibawa ke atas meja makan. “Busted.”
            Anisa mengangkat muka dari pinggan yang dibasuhnya. Mamat ni…
            “Whatever.” Anisa meneruskan basuhan. Makin dilayan mamat ni, alamat jadi gila aku jadinya.
            “Tak nak mengaku la tu.” Sudu berisi ais krim dibawa ke mulut. “Nak?” Matanya masih  melekat pada Anisa yang sedang membasuh pinggan di sinki dapur.
Anisa tidak memberi reaksi.
“Kalau tak nak saya habiskan.”
“Awak!!” Anisa berpaling. “Tinggal tu aje tau.” Anisa buat muka tidak puas hati. “Kasi tinggal la sikit.”
Ariffin gelak.
Isteriku….





………………..





“Awak.”
“Hmmm?” Ariffin tidak menoleh. Tumpuan tidak lari pada pantulan dirinya dari dalam cermin, mengikat tali leher pada kolar baju.
“Ada lagi baju yang kotor tak?” Mata Anisa melilau di segenap penjuru ruang bilik tidur mereka. “Saya cuti hari ni. Dan tengah rajin ni, nak basuh baju.”
Oh, cuti rupanya. “T-shirt saya warna maroon tu awak dah ambil dah?” Kolar baju kemeja dikemaskan.
“Dah.”
“Tu aje la. Yang lain kan awak dah basuh?” Ariffin berjalan meninggalkan Anisa. Menuju ke garaj tempat keretanya disimpan.
Anisa mencebik. Tengok la tu. Tak bagi pun aku salam dia. Macam ni la kan perkahwinan yang bahagia. ‘Untungnya’ aku dapat suami macam dia.  Anisa menggeleng. Tipu la kalau aku cakap aku tak sedih macam ni.
Anisa buat tak endah. Takkan nak paksa dia sayang aku kut. Sabar aje la. Aku yakin suatu hari nanti aku akan bahagia jugak, kan Allah dah janji? Mustahil aku silap Istikharah hari tu. Baru 2 minggu kahwin, lama-lama elok lah tu. Yang penting kena sabar. Kan Anisa? Mana boleh aku lemah. Dan tak boleh jugak menyesal sebab kahwin dengan dia. Macam menyalahkan takdir pulak. So Anisa, just bersabar, don’t sad-sad OK? Kan Allah dah cakap dalam al- Quran, jangan bersedih hati? Anisa memujuk hati sendiri.


So lose not heart, Nor fall into despair: For ye must gain mastery If ye are true in Faith.
                                                                        Ali Imran, [3:139]
           
O ye who believe! Persevere in patience And constancy; vie In such perseverance; Strengthen each other; And fear Allah; That ye may prosper.
                                                Ali Imran, [3:200]

            Bersabarlah, Anisa.





………………….





            Perlahan Ariffin memulas tombol pintu rumahnya. Dah tidur ke Anisa ni? Gelap aje rumah. Perlahan-lahan kaki dibawa menuju ke tingkat atas. Baru sahaja nak mendaki tangga….
            “Awak.” Drily
            Jantung Ariffin hampir nak melompat ke anak tekak. Mak aihh, terkejut aku dibuatnya. “Apa awak buat malam-malam dalam gelap ni?” Ariffin mengurut-urut dadanya. “Terkejut saya tau.” Ariffin menuju ke arah Anisa yang duduk di sofa berhadapan TV. Aik, apasal monyok semacam je ni? Pasal aku lambat balik ke? Tapi sebelum ni tak pernah pun dia nak ambil kisah. Ariffin mengambil tempat di sebelah Anisa.
            Di sofa Anisa duduk merenung skrin kosong di hadapannya. Wajahnya serius. 
“Kenapa tak bagi tahu baju maroon awak tu luntur?” Dingin suara Anisa. Soalan Ariffin dibiar tidak berjawab.
            “Baju maroon? Yang pagi tadi tu ke?”
            Anisa angguk perlahan.Matanya masih merenung skrin kosong.
            “Alaa, sorry la. Saya lupa bagi tahu.” Ariffin menyandarkan kepalanya di kepala sofa. “Kenapa?”
            Anisa menjeling tajam Ariffin di sebelahnya. “Awak tahu tak baju kesayangan saya dah hancur? Disebabkan baju awak yang luntur tu?” Anisa cuba mengawal amarahnya. Dah la baju tu mahal, ingat orang beli guna daun ke?
            Ariffin buat muka selamba. “Alaa, baju je pun. Nanti lain hari boleh beli yang lain kan?”
            “Awak ni memang la. Tau tak saya sayang sangat kat baju tu? Dah la baju tu mahal. Senang-senang je awak cakap beli lain?” Betul la dia ni nak buat aku jadi sakit mental. Tak berperasaan langsung. “Awak? Dengar tak ni?”
            Anisa menoleh.
            Ya Rabbi, tidur pulak dia ye. Aku tengah tak puas hati ni. Boleh dia tidur? Ei, memangla..kalau bukan kau suami aku, memang kau masuk wad ICU la ni.
            Dan siapa yang tahu Ariffin hanya berpura-pura tidur?





………………..





In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.Praise be to Allah, the Cherisher and Sustainer of the worlds;Most Gracious, Most Merciful;Master of the Day of Judgment.Thee do we worship, and Thine aid we seek.Show us the straight way,The way of those on whom Thou hast bestowed Thy Grace, those whose (portion) is not wrath, and who go not astray.
                                                Al Fatihah, [1:1-7]

           
Anisa mengakhiri bacaan surah an-Nisaa’ dengan surah al-Fatihah. Tafsir al-Quran ditutup lalu dicium. Lalu diletak di rak semula. Telekung dilipat kemas lalu dimasukkan ke dalam almari.
Ariffin yang baru keluar dari dalam tandas ligat mengeringkan rambutnya yang basah. Tanpa sedar perlakuannya diperhatikan.
“Jom keluar.”
Tangan Ariffin terhenti. Pandangan dilarikan ke arah Anisa. Dia menoleh ke kiri dan ke kanan. Dan kemudian ke arah Anisa semula.  “Awak cakap dengan saya ke?” selamba Ariffin menuturkan.
Memang masa tu ringan aje tangan Anisa nak capai alarm clock dan baling terus ke arah suaminya. Namun disabarkan hatinya.
“Yelah, ada orang lain ke dalam bilik ni selain kita berdua?” Wajah Anisa kelam tidak membayangkan apa-apa. Tak kan la aku bercakap dengan hantu kut, suamiku?
“Mana la tau awak bercakap dengan hantu ke, apa ke. Saya pun hairan la awak tiba-tiba ajak saya keluar. Buang tebiat ke apa tu?” Ariffin meneruskan kerjanya mengeringkan rambut.
Anisa buat muka kecewa. “Tak apa lah kalau awak tak nak tem….”
“Tunggu saya siap la.” Ariffin memotong sebelum sempat Anisa menghabiskan ayat. Dia sudah berada di balkoni, menyidai tuala yang digunakan sebentar tadi.
Anisa tergamam. “…..man saya shopping.” Dia buat muka tidak percaya. Serius? Aku mimpi ke? Anisa menampar-nampar pipinya. Dia. Teman. Aku. Shopping.
“Tu kenapa tu?” Sakit ke apa nak tampar-tampar pipi sendiri. “Dah tu pergilah bersiap.” Ariffin sudah masuk ke dalam semula. Pintu slide balkoni ditutup. Kaki dibawa ke almari pakaian. “Nanti kang lambat.” Perempuan ni kalau bersiap kut mau berjanggut aku tunggu. Ariffin mengeluarkan baju kemeja putih dari almari.
Anisa masih lagi kaku. Otak tak dapat nak pusing!
            Kening Ariffin terangkat sebelah. “Kenapa tercegat lagi tu? Kita pergi awal sikit. Pagi-pagi macam ni mall tak sesak sangat.” Ariffin menuju ke pintu bilik. “Awak bersiap cepat, saya nak iron baju.” Dan terus meninggalkan Anisa.



            “Dah!”Anisa buat muka riang.
            Langkah Ariffin terhenti. Cepatnya… Anisa direnung atas ke bawah, dan bawah ke atas. “Awak pakai macam ni?” Seluar slack, T-shirt lengan panjang, tudung hitam.
            Anisa menundukkan kepalanya, memerhati pakaiannya. “Salah ke saya pakai macam ni?” Dahinya berkerut. “Ke nak saya pakai jubbah dengan purdah sekali?” Soal Anisa, sarkastik.
            Lalala. Ariffin terus berjalan ke dalam bilik, tanpa mempedulikan Anisa.
            “Awak!” Suara Anisa naik satu semi ton. “Salah ke saya pakai macam ni?” Pandangannya ditala ke bilik mereka.
            Tak salah, sayang. “Awak tunggu je saya kat bawah. Nanti saya turun.” Ariffin sedikit menjerit. Tak salah, sayang. Saya suka tengok awak macam tu, cantik. Sopan. Ariffin senyum tanpa sedar. Untung aku dapat isteri macam dia.


And those who pray, "Our Lord! Grant unto us wives and offspring who will be the comfort of our eyes, and give us (the grace) to lead the righteous."
                                    Al Furqaan, [25:74]



            Dan memang awak menyejukkan mata saya.






…………………..

“Awak, cepatlah sikit.” Ariffin menoleh kebelakang sambil bercekak pinggang. Riak wajahnya jelas mempamerkan rasa letih yang tak boleh ditahan lagi. “Takkan semua kedai kat mall ni awak nak masuk kut?” Kalau ada beli apa-apa tak apa lah jugak. Ni tak, tengok je. Pinggang aku kejap lagi patah la ni. Kut mau aku balik nanti guna wheelchair.
            Bibir Anisa muncung seinchi. Tak pandai sabar la mamat ni. Kaki diayun malas ke arah suaminya. “Saya nak tengok-tengok baju la. Kan awak dah rosakkan baju saya hari tu?” Ujar Anisa, sedikit merajuk. Tangannya memeluk tubuh, Ariffin di sebelah dijeling dengan hujung mata.
            “Awak tau tak dah berapa kedai awak serbu? Tapi tak sehelai pun yang awak suka?” Ariffin buat muka bosan. “Saya dah penat la awak.” Kaki suami awak  ni dah nak tercabut, tau?
            “Yelah… yelah..” Muncungnya sedikit kendur. “Kita rehat kejap. Cari bench.
Anisa berjalan mendahului Ariffin. Ariffin mengikut. Dan akhirnya Ariffin melepas nafas lega, melihat bench berwarna hijau kosong tidak berpenghuni bersebelahan dengan pintu lif.
            Laju Ariffin menghenyakkan punggungnya.Tubuh lemahnya disandarkan di dinding. Lega…
            “Nanti sambung lagi tau.” Anisa tiba-tiba bersuara. Beg-beg plastik berisi barang yang dibelinya tadi diletak di atas lantai lalu turut menghenyakkan punggung di sebelah Ariffin. “Banyak lagi saya belum beli.” Gumam Anisa tanpa memandang Ariffin.
            Ariffin mengurut-urut kakinya yang terasa lenguh. “Awak borong satu mall ni pun saya tak kisah.” Selamba Ariffin menjawab.
            Anisa mengeluh. Dilihatnya Ariffin sibuk mengurut-urut kakinya dengan dahi yang entah berapa lapisan kerutannya. Macam fikir masalah negara aje. “Apa awak fikir tu?” Tanpa berselindung Anisa bertanya. “Mesti lepas ni awak berfikir dua kali kalau nak teman saya shopping.” Kedengaran nada suara Anisa sedikit simpati.
            Ariffin mendongak.
            “Lepas ni kalau awak tak nak teman saya, saya tak kisah.”
            “Teruskan perjalanan. Kaki saya dah okey.” Ariffin sudah berdiri, lalu berjalan meninggalkan Anisa.
            Anisa tercengang. Ni dah terlebih semangat la pulak. Tadi dia yang sibuk mengaduh, penat la, letih la, bosan la. Anisa tunduk mengambil beg-beg plastik yang diletak di lantai tadi. Dan Ariffin sudah hilang di pandangan mata apabila dia menegakkan badannya. Bala…
           
           
Di tengah lautan manusia Anisa terkinja-kinja mencari Ariffin. Mana pulak mamat ni pergi… Sudah hampir sejam dia mencari kelibat suaminya itu. Tapi tak jumpa-jumpa jugak. Kena culik alien ke apa.
            Tiba-tiba Anisa teringat sesuatu. Handphone…
            Ha’ah..handphone…
            Laju dia mengeluarkan telefon bimbit dari dalam beg tangannya. Nombor Ariffin didail. Sabar dia menunggu talian diangkat. Beep!
            “Hey! Hello, awak ka…..”
            The number you have dialed, is not answering. Please try again later.
            “…… kat mana?” Anisa menyambung dengan suara dan riak muka kecewa.
            Sabar Anisa… Sabar…
            Nombor Ariffin didail lagi. Juga tidak diangkat. Kali ketiga, juga tidak diangkat. Kali keempat, juga. Kelima, juga. Keenam pun juga. Dan kali ketujuh, juga tidak diangkat. Dada Anisa berombak. Menguji kesabaran betul mamat ni.
            Ligat kepalanya mencari ikhtiar untuk mencari suaminya. Macam mana ni…
            Mentol tiba-tiba bernyala di atas kepala Anisa.
            Ahha! Buat announcement…. Dan mentol itu terus pecah….
            Takkan nak cakap mamat berumur 28 tahun sesat kut? Takkan nak buat announcement macam –
           
            Perhatian kepada sesiapa yang terlihat kelibat lelaki berumur 28 tahun memakai kameja putih, sila heret lelaki tersebut ke kaunter pertanyaan kerana isteri beliau sedang menunggu. Sekian terima kasih.

-ni kut?
Kut mau orang gelak.
Kepalanya terus berfikir…
Dan akhirnya dia terus ke parking lot menunggu Ariffin di kereta.
10 minit…..
20 minit…..
40 minit…..
Anisa sabar menunggu.
Sejam…….
Sejam setengah…..
2 jam……….
Dan siapa tahu Anisa sudah hilang sabar?
2 jam setengah….
Terus menunggu…
Dan akhirnya Ariffin muncul juga.
“Eh, awak? Kenapa tak call inform awak tunggu kat kereta?” Ariffin buat muka tidak berdosa. Di tangannya sebuah beg plastik berisi entah apa.
Anisa diam.
“Dah lama tunggu?” Ariffin membuka pintu kereta. “Masuklah.” Sungguh, muka tidak berdosa. Anisa hanya diam, menahan amarahnya.
Enjin dihidupkan. Dan kereta MyVi putih laju meluncur meninggalkan bangunan CentrePoint.
“Kenapa tak call tadi?” Ariffin menumpukan perhatian ke hadapan.
“Awak nak saya kira berapa ratus kali saya call? Ada awak angkat?” Dingin suara Anisa.
Ariffin memegang saku kanannya. Eh? “Sorry, saya tertinggal kat rumah.” Masih buat muka selamba. “Awak marah ke?” Rendah datar suaranya bertanya.
            Anisa tidak menoleh ke arah Ariffin. “Tak ada lah. Mana ada saya marah. Best sangat duduk kat parking lot selama hampir 3 jam.” Pedas ayat Anisa mencecah gegendang telinga Ariffin. “Apa yang awak beli sampai nak dekat 3 jam?”

“Kemeja je.”
“Kemeja?” Je…?





………………..





Tahukah anda, Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang.

CINTA SELEPAS KAHWIN

Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam.Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.
Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.
Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:
1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina.
Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.
2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain.
Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan.Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.
3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin.
Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.



Hmm..
Anisa mengangguk-angguk sendiri di hadapan komputer riba. Subur sangat la ‘cinta selepas kahwin’ aku ni. Heh. Sampai bila nak hidup macam ni, Anisa? Tipu la kalau aku cakap aku tak nak hidup bahagia macam wanita lain.
Setiap pagi bersalaman dengan suami.
Makan semeja dengan suami sambil berborak.
Malam pulak borak-borak dengan suami. Bergelak ketawa dengan suami. Tengok bulan bersama suami. Semuanya la bersama suami. Anisa berangan-angan sendiri. Indahnya perkahwinan. Anisa tersenyum sendiri.
Dan senyuman terus hilang. Suami aku Ariffin, seorang yang takde perasaan. Tak romantik, dan tak penyayang. Juga tak pernah faham hati dan perasaan aku. Nasib kau la Anisa…
Anisa menongkat dagu dengan siku diletakkan di paha. Artikel ‘Cinta Selepas Kahwin’ yang terpampang di skrin dipandang kosong. Hari Sabtu ni je aku boleh rehat sikit. Aku pun tak tau hantu mana yang sampuk aku petang-petang hari Sabtu ni, buang tebiat search benda ni kat Google. Suami aku lepas Zuhur terus je keluar rumah, pergi main futsal katanya. Kejap lagi dia balik la tu. Dan, apa aku nak buat ni?
Masak.
Masak makanan yang dia suka?
Anisa geleng sambil tersengih sendiri.
Gila.
Nak dekat sebulan aku kahwin dengan dia, mana pernah aku tanya dia nak makan apa. Aku main aci masak je mana-mana makanan yang aku tau. Ni nak masak makanan yang dia suka pulak? Sah, memang idea luar alam la ni.
Monolog Anisa terhenti apabila pintu bilik dibuka. Ariffin masuk dengan baju yang agak berpeluh. Rambut pun basah jugak. Pintu almari dibuka. Anisa mengangkat muka daripada skrin komputer riba.
“Cepatnya balik.” Cepat-cepat Anisa menutup komputer ribanya.
Ariffin menoleh.
Huh?
“Tak suka saya balik ke?” Tuala berlipat ditarik keluar. Rambut dan muka yang basah melekit dilap.
“Takde la. Tanya je. Touching pulak.” Sejak bila suami aku pandai touching ni?
            Ariffin memusing badan membelakangi Anisa. Cermin di hadapan direnung sambil tangan ligat mengeringkan rambut. “Ingatkan awak dah tak sayang saya, tak suka saya kat dalam rumah ni.” Datar suara Ariffin menerjah masuk ke dalam telinga Anisa.
            Anisa terdiam.
            “Awak, malam ni boleh tak tolong masak ayam masak kari?” Ariffin berpusing kebelakang. “Saya teringin nak makan ayam masak kari.”
            Rahang Anisa jatuh sedikit. Kepala diteleng ke kiri.
            Aku tak salah dengar kan?
            Ariffin geleng. Isteriku…
            “Awak, dengar tak?” Suara Arffin naik sedikit. “Malam ni tolong masak ayam masak kari. Boleh?”
            “Bo….leh.”
            Anisa pejam celikkan mata.
            Ayam masak kari?





…………………..





            Ek?
            Tak bagi reaksi pun?
            Lidah dia ada masalah ke? Tak kan receptor rosak kut?
            Mata Anisa tidak lari daripada Ariffin yang sedang menikmati juadah makan malam.
            Say something ke, apa ke. Ni bleh dia buat dek je?
Sedap ke? Tak sedap ke? Terlebih pedas ke, terlebih gula ke?
Suapan Ariffin terhenti. Terasa ada sepasang mata memerhatikannya. Dan tak lain dan tak bukan, isterinya. Muka diangkat dari pinggan.
“Tak pernah tengok orang makan ke?” Kening Ariffin berkerut. Nasi tu pun
tak sentuh lagi.
            Anisa gelabah. Laju tangan mencapai mangkuk kaca berisi ayam masak kari hasil tangannya sendiri.          
            “Tu duk tengok-tengok saya dah kenapa?” Ariffin meneruskan suapan. Pelik betul isteri aku ni.
            Cakaplah sedap ke, tak sedap ke. Ni makan macam tak berperasaan je. Ingat senang ke nak masak ayam masak kari?
            Memang senang pun, aku yang buat jadi susah. Risau sangat dia tak suka nanti. Konon nak ambil hati. Aiseh..
            Kalau nak cakap aku ni pandai masak, tak jugak. Tapi boleh tahan la. Boleh je kalau nak buat perut dan lidah tu puas. Tapi dari tadi dia diam aje. Tak cakap sepatah pun. Aku yang jadi curious dibuatnya. Sedap ke aku masak? Ke tak?
            “Awak, tak baik tau menghayal depan rezeki.” Ariffin tidak mengangkat muka.
Anisa tersedar.
            Sedap ke? Dia ni kan..
            “Saya dah.” Ariffin berdiri lalu membawa pinggannya ke sinki. Dan berjalan meninggalkan Anisa sendiri.
            Pergi macam tu je? Anak mata Anisa mengekori langkah Ariffin, sehngga dia hilang dari pandangan.
            Kalau aku tau macam ni takdenye aku nak penat-penat masak sehabis baik tau.
            Sedap ke?





……………………...





            Laju tangan Anisa mengemas kertas-kertas A4 yang berterabur di atas mejanya. Sesekali jam di tangan dipandang sekilas. Dah pukul 7. Mesti dah gelap kat luar ni. Aduh.. Aku paling malas la kalau kerja bertimbun mengalahkan Gunung Everest ni. Linda pun satu, nak MC tak inform awal-awal. Jadinya semua kerja yang menjadi tanggungjawab ‘beliau’ dengan rasminya diserahkan kat aku. Bagus la sangat…
            Sempat Anisa mengeluh dalam hati.
            Tak ada officer yang masih stay waktu-waktu macam ni. Pak cik guard aje yang tinggal. Anisa terkocoh-kocoh mengeluarkan kunci kereta dari beg tangan.
            Pintu kereta dibuka. Beg tangan diletak di tempat duduk penumpang di sebelah pemandu. Enjin dihidupkan. Dan enjin mati. Sekali lagi. Enjin tak hidup.
            Anisa semakin kalut. Hisyy, jangan buat hal masa aku nak cepat ni. Adoi la kereta ni. Enjin cuba dihidupkan berkali-kali. Tak berjaya jugak.
            Dan akhirnya dia memutuskan untuk meminta bantuan daripada……. Ariffin. Dia kan suami aku?
            “Hello, assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.” Suara Ariffin separuh berbisik. “Kenapa call? Saya ada kerja ni.”
 “Awak, kereta saya tak boleh nak start ni. Awak boleh tolong saya tak?” ‘Ambil saya’ sebenarnya yang aku nak cakap.
“Haa? Awak tak balik rumah lagi?” Suara Ariffin masih separuh berbisik.
“Ada kerja lebih sikit tadi.”
“Alaa, awak call la mekanik ke apa. Saya sibuk ni.”
Anisa melepas nafas lanjut. “Awak, saya tak ada nombor telefon mana-mana mekanik la. Saya takut ni, awak.”
Ariffin diam sejenak.
“Tunggu saya.”

Dan tidak lama kereta MyVi putih menghampiri kereta Anisa. Tidak lama kemudian Ariffin keluar dari kereta, dengan badan yang berpeluh. Laju langkahnya dihayun mendekati kereta Anisa. Dengan segera Anisa keluar dari kereta.
“Apa masalah?”
Anisa jongket bahu.
“Ada tools?”
Anisa angguk. Dia membuka bonet lalu mengeluarkan toolbox.
            Sepuluh minit kemudian kereta Anisa dah boleh start.
            Toolbox dserahkan semula kepada Anisa. Peluh yang mengalir di pelipis dilap dengan belakang tangan. “Dah.”
            Toolbox bertukar tangan. “Err.. thanks.”
            Ariffin angguk. “Anything else?
            Anisa geleng. “Nope.”
            “Pergi dulu. Ada kerja sikit.” Ariffin menuju ke arah keretanya semula. Dan MyVi putih meluncur laju meninggalkan Anisa.
            Boleh harap jugak kat dia ni rupanya.





………………………………..





            Blur…. Blur….
            Hari Sabtu datang lagi. Apa yang ada hanya kebosanan aje. Anisa duduk bersandar di kepala katil. Otak tepu tak tau nak buat apa. Semalam Ariffin selamat meninggalkan Tanah Melayu. Konon ada projek kat Paris sana. Dan yang buat dia tergamam apabila Ariffin menghulur tangan sebelum check in tadi. Salam tangan..
            Bosannya…
            Anisa melepaskan keluh. Apa nak buat ni. Bosan tahap gaban dah ni.
            Eh kejap.
            Badan Anisa tegak.
            Kat airport semalam bukankah dia pesan tengok bawah katil?
            Tanpa membuang masa, Anisa turun dari katil dan berlutut di tepi katil. Kepala ditundukkan.
            Ada kotak.
            Kotak berbalut itu ditarik keluar. Kemas berbalut. Dan ada kad dilekat d penutup kotak itu. Anisa melabuhkan punggung di katil semula. Kotak diriba. Kad berwarna putih itu dibelek.
           
Anisa, isteriku sayangJ

Anisa buat muka pelik. Apa ni? Penutup kotak dibuka. Alangkah terkejutnya dia melihat isi kotak tersebut. Ada sehelai baju, dan… surat.
Surat?
Anisa membelek baju itu. Looks familiar… Surat yang berlipat kemas dibuka.


Assalamualaikum dan salam sayang buat Anisa, isteriku sayang.

Awak suka tak baju tu? Tu saya ganti baju awak yang rosak tu. Maaf lah ye…
Awak, awak ingat tak awak tanya saya masa kita nak pergi shopping tu. Awak tanya saya, salah le awak pakai macam tu. Awak nak tau jawapan saya apa? Saya suka sangat tengok awak pakai macam tu. Tutup aurat. Sopan je. Sweet sangat.^^ Kan Allah dah cakap dalam surah an-Nur ayat 31…

            Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka…………. …..
                                                An-Nur, [24:31]

Bagi saya awak terlalu cantik pakai macam tu. Ikut firman Allah. Saya bersyukur sangat dapat isteri macam awak,(walaupun saya selalu uli awak, actually saya sayang awak tau..)

Awak,
Sorry sangat-sangat buat awak tertunggu-tunggu masa kita shopping dulu tu. Sebenarnya saya sengaja tinggalkan telefon saya, dan saya memang sengaja tinggalkan awak, sebab saya tak nak awak tahu saya pergi mana. Awak nak tau tak saya hilang ke mana selama 3 jam tu? Sebenarnya kan, saya bertekad nak ganti balik baju awak yang rosak tu.. satu mall saya tawaf, cari baju yang sama lagi serupa dengan baju yang awak sayang tu. Betul lah kata awak tu, baju tu memang mahal. Awak tau tak betapa susahnya saya cari baju awak tu. Cuba awak check, sama tak dengan baju awak yang rosak tu? Harap awak suka baju yang saya beli tuJ….Eh, hamper lupa pulak. Awa, awak igat lagi tak masa saya urut-urut kaki saya tu, wak ada tanya saya tengah fikir apa kan? Awak main tuduh je kata saya lepas ni mesti nak fikir dua kali sebelum teman awak shopping. Tak baik tau tuduh-tuduh. Tapi takpe, saya maafkan. Sebenarnya kan, masa tu saya fikir sangat, macam mana saya nak kuatkan kaki saya ni, supaya saya boleh selalu teman awak shopping. Tu aje..

Awak,
Saya tau awak tertanya-tanya kenapa saya diam aje masa makan ayam masak kari yang awak masak khas untuk saya tu (perasan). Sebab tu awak asyik-asyik tengok saya makan kan? Awak, awak nak tau tak, masakan awak sedap sangat sehingga saya dah tak boleh nak cakap apa dah! Serius, awak masak memang sedap. Thanks a lot ye sayang? Nanti saya balik awak masak lagi tau. Hehe..

Awak,
Awak ingat tak masa awak call saya sebab kereta awak rosak tu? Awak tau tak masa tu saya tengah meeting besar dengan klien saya? Tapi saya risau sangat kat awak, jadi saya cancel projek dengan klien saya tu. Cancel projek takde hal la, saya lagi risaukan awak. Lepas dapat call awak tu, terus je saya pergi tempat awak. Saya risau sangat kat awak. Sehinggakan habis saya berpeluh walaupun saya dah pasang air conditioner kat dalam kereta tau.

 Awak,
Awak tau tak saya dari dulu lagi sayang kat awak tau. Awak ingat tak anak Mak Cik Jah yang selalu datang rumah awak ikut mak dia tu? Itu saya lah awak, awak tak kenal ke? (Mungkin saya dah tak comel macam dulu tapi saya dah makin kacak, betul tak? Hehe..) saya suka sangat ikut mak saya pergi rumah awak, saya suka tengok awak yang bertocang dua sambil main patung kat taman rumah awak tu. Awak tak perasan ke saya selalu tengok awak dulu? Dan saya syukur sangat dapat kahwin dengan budak bertocang dua yang suka main patung. Hehe..

Awak,
Maaf lah kalau saya tak jadi suami yang baik. Saya belajar, okey? Janji. Saya sebenarnya segan lah kat awak, saya ni kan pemalu sikit orangnya, ececeh.. teringin sangat nak salam dan cium dahi awak tiap hari. Tapi saya malu. Awak pun malu jugak kan? Tapi saya nekad salam awak kat airport .(saya dah rancang dari minggu lepas tau.) Awak, sampai sini je la surat saya ye awak. Awak jangan rindu saya tau. Biar saya aje yang rindu awak. Hehe.. saya pergi seminggu aje. Awak tunggu saya tau.. Awak, sorry tau sebab tak bawak awak pergi holiday. Saya sibuk sangat. Takpe, lepas projek saya kat sini siap, kita holiday sama-sama nak? Awak, sekarang ni mungkin saya dah sampai Paris. Awak! Saya kat depan Eiffel Tower ni! Cantiknya..(jangan jealous tau). Hehe. Semoga cinta kita diredhai Allah. Love you so much, isteriku tersayang.

                                                                                                Husband awak yang nakal,
                                                                                                             Ariffin


Tanpa sedar air mata mengalir. Surat itu dilipat kembali.
Ya Allah, besar sungguh kurnia yang Engkau berikan kepadaku.
Betul lah kata Fatimah Syarha, cinta selepas kahwin amat membahagiakan.
Hati tidak henti memuji kebesaran Ilahi.

#TAMAT#


2228:19122011 – alhamdulillah~


Aku cakap~
Mak aihh, susah betul nak siapkan benda ni. Bukan apa, dalam proses nak buat cerita(yang tak best ni), boleh pulak laptop aku buat hal ye? Tapi Alhamdulillah, siap jugak akhirnya.*happy dan teramat excited!* hehe, suka hati korang la nak komen apa. InsyaAllah aku terima dengan hati yang terbuka. Cerita ni aku dapat ilham bila aku baca buku Fatimah Syarha,(Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul). Best buku tu, beli la J again, aku tak pandai nak karang2 ni, apa yang lalu kat kepala aku, aku tulis la. Oh ya, doa kat atas tu,(yang in bold case, tu doa istikharah tau. Bukan untuk kahwn je, tpi mana-mana urusan la. Yg dalam brachets tu je tukar), hope korang dapat buat decisions yang tepat.*insyaallah.. aku dah letih ni dan aku tak sabar nak post cerita niJ enjoy…

*Berusaha lah menjadi a better Muslim dan Muslimah..

Same goes to me,
Memoir,
BLUESiMKcrentz_



           



















           
                       

















           




10 comments:

  1. nice... abc rasa mcm penah baca dh... part baju tu.. hehehe

    abc pun mencari suami. cinta lepas kawen mmg manis... manis dan nikmatnya tidak kita tahu. melainkan yang merasainya ;)

    ReplyDelete
  2. pls continue to create part2..sbb cerita ni best kalo smbung lagi...

    ReplyDelete
  3. @akubersamaCahya
    thank you for reading, ABC.
    insyaAllah akan jmpe yg terbaik.
    may Allah bless u.

    regards, MK

    ReplyDelete
  4. @paujiabella

    bell, go and ask ur adik for the 2nd part.
    hehehe.. :D

    ReplyDelete
  5. nice story :)

    berusaha menjadi better muslim n muslimah inshaALLAH..

    ReplyDelete
  6. Nice ! Cite mcm ni la sy suka . Islamik . Best sangat2 . Thumbs up !
    Sangat berharap dapat jadi better muslimah . Hee~

    [syaza]

    ReplyDelete
  7. wahhhhh.. sweetnye si suami tu..
    tulis surat bagai gitu..

    ReplyDelete
  8. ABC - thanks dear :) berusahalah , insyaallah dpt yg terbaik untuk diri :)

    paujiabella ahha my azaren , i'll try laa. tgk la, dah la skg ni kpale berasap dgn subjek2. waaaarrggghhhh!!!

    syaza thanks :) hope dpt pengajaran :)

    anonymous , berushalah to be a better muslim :)

    ihaaz , hope dpt suami mcm ni ^^

    ReplyDelete
  9. Keep on writing, great job!

    ReplyDelete

 
;