From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Friday 14 September 2012

Antara Dia dan DIA #2 by MK

Assalamualaikum wbt.
Maaf, sebab dah lama tak update.
Maaf, sebab mungkin cerita ni tak best.
Terima kasih kepada yang sudi baca.

May Allah bless us all, insyaAllah.

‘Bro, I’ve found her.’ Pesanan ringkas itu dihantar ke nombor Afif. Langkah kaki diatur kemas menuju ke tempat wudhuk bersama senyuman lebar.
‘Jumpa siapa? Adik kau? Adik kau bukan lelaki ke?’balasan daripada Afif selepas dia selesai solat Maghrib berjemaah di Pusat Islam kolej adiknya itu.
‘Adik aku tu memang la jumpa. Dah sah-sah aku nak hantar laptop dia. aku jumpa... Gadis jubah purple.’ Dia tersenyum seraya menekan butang send.
‘Serious???’ SMS dari Afif. Dia tergelak kecil membacanya. Kalau macam ni, hari-hari datang hantar barang adiknya pun dia sanggup. Haha..
‘Betul lah. Ingat aku main-main ke?’ Alarm Satria Neo yang berada di hadapannya itu ditekan. Kakinya melangkah masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan. Baru dia nak memasukkan gear, telefon bimbitnya berbunyi, ada panggilan masuk.
Afif.
Tangan mengenakan earphone ke telinga. Pandu cermat, jiwa selamat. Dia ingat itu.
“Assalamualaikum.” Dia memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam. Wehhh!! Kau betul jumpa gadis misteri yang kau cerita kat aku haritu?” cepat je si Afif ni terjah dia dengan soalan. Tak sempat nak bernafas.
“Kau ni. Berapa kali nak kena ulang? Betul lah. Aku ni belum rabun macam kau lagi lah.” dia ketawa. Ahaii.. bahagia betul. Dia tengok kad pelajar di atas dashboard keretanya itu.  Kad yang dia jumpa masa nak keluar dari Pusat Islam tadi. Mungkin rezeki dia untuk berjumpa gadis itu lagi. Senyum sampai ke telinga.
“Hahaha.. aku ingat kau berangan je. Kau berbual dengan dia tak? Siapa nama dia?” Afif bertanya tanpa sabar. Fariq geleng kepala. Amboi, ni siapa yang jumpa siapa ni?
“Aku nak berangan apa waktu-waktu macam ni? Hurmmm.. tak sempat nak berbual banyak, dia dah hilang dah. Nama dia Nur Farah binti Ahmad Farhan.” Dia senyum lagi. oh, my.. i just can’t stop smiling.
“Eh? Kau kata tak sempat berbual. Tapi ni siap nama penuh pun kau tahu?” Afif bertanya hairan. Senyuman Fariq semakin lebar.
“Kad pelajar dia, ada dengan aku.” Dia tergelak kecil.
“Ohhh.. patutlahhhh...” nada suara itu mengusik. Selepas beberapa ketika berbual, panggilan ditamatkan oleh Afif. Mahu menyambung kerja katanya. Rajin betul, siap bawa balik kerja ke rumah.
Hmmm.. macam mana nak pulangkan kad pelajar ni? Great! Apa guna ada adik belajar dekat sana kalau tak manfaatkan? Hahaha.. dia gelak jahat dalam hati. Telefon bimbit di dashboard segera diambil, dia mendail nombor adiknya. Handsfree dimanfaatkan.
“Assalamualaikum, Farid. Along nak mintak tolong dengan kau ni. Esok free tak?”

Suasana kelas yang hingar-bingar mengalahkan pasar borong sebentar tadi terus sunyi apabila mendengar ketukan di pintu. Melihatkan gerangan yang mengetuk pintu, masing-masing buat muka pelik. Gadis-gadis mula tersengih-sengih, tayang gigi. Fariq geleng kepala. Budak-budak baru nak naik memang macam ni. Haha.. Fariq tersenyum apabila melihat segala peralatan melukis yang bersepah di atas drafting table itu. Teringat zaman dia belajar dulu. Jadi, gadis berjubah purple nya itu, pelajar jurusan senibina? Dia bermonolog sendiri.
Dia melangkah ke dalam apabila dibenarkan. Selepas bercakap dengan pensyarah yang berada di hadapan kelas itu, dia keluar semula. Menunggu dengan penuh sabar.
“Farah, ada orang nak jumpa dekat luar.” Puan Azura melaungkan nama pelajarnya itu. Kemudian dia menyambung perbincangan dengan pelajar yang sedang dia krit sebentar tadi. Bila kelas design memang macam ni. Huru-hara kalah pasaraya. Mujur masing-masing jenis reti buat kerja sendiri. Kalau mereka bising sahaja tapi kerja tak siap, memang dia hempuk je dengan t-square tu.
“Farah. Wehhh.. tu ada orang nak jumpa kau kat luar tu.” Amalina menepuk lengan Farah yang tekun membuat sketches di belakang. Budak ni, puan Azura dah melaung macam tu dia boleh buat dang lagi? tangan yang sibuk melakar sebentar tadi, terhenti. Dia segera mencabut earphone di telinga.
‘Patut lahhhh..’ Amalina panas hati. Sabar je aku dengan budak ni.
“Apa dia?” Farah muka blur. Terkejut dia apabila konsentrasinya diganggu.
“Tu.. ada lelaki kacak nak jumpa kau dekat luar tu.” muka yang sedia blur makin bertambah kelam.
“Siapa?” Amalina rasa nak hempuk dah budak ni guna sketch book.
“A ah. Memang kerja aku pergi soal siasat setiap kali ada orang datang cari kau kat kelas ni.” Sinis lagi pedas.
Farah tersengih, tayang muka innocent dia. Tahu bahawa dia dah buat penolong ketua kelasnya ini panas hati.
“Ok.. ok.. aku keluar dulu.” Segera dia meninggalkan segala peralatan yang bersepah di atas mejanya itu. Matanya terpandang akan Nadwah yang juga sedang memandangya. Gadis itu hanya senyum. Dia angkat tangan sahaja, tanda menyapa. Dalam hati berdebar juga. Siapa pulak la yang tiba-tiba datang nak jumpa dia? Takkan abah nak datang tiba-tiba dari Johor tu semata-mata nak jumpa dia sebab rindu? Sangat tidak logik.

“Ehem..” dia berdehem sedikit kepada lelaki yang sedang membelakangkannya itu. Lelaki itu berpaling, tersenyum. Dahi Farah berkerut. Rasa macam pernah jumpa, tapi dia tak ingat kat mana. Dia senyum juga.
“Encik cari saya?” dia berbahasa formal. First impression tu penting. Ye la, lelaki ni siap berkemeja, berseluar slack lagi, mesti orang dari mana-mana pejabat ni. Tak kan la ada firma arkitek yang nak menawarkan kerja untuknya? Dia masih ada setahun lagi untuk tamat pengajian. Lagipun, keputusan peperiksaannya tak adalah segempak Azri yang sentiasa dapat 3.5 ke atas setiap semester tu sampai ada mana-mana wakil firma nak datang semata-mata untuk menawarkan kerja. Dia gelak dalam hati. mengarut!
“Farah?” lelaki itu bertanya. Dia angguk sahaja. Dia melihat lelaki itu mengeluarkan sesuatu dari kocek kemejanya. Eh? Nak bagi duit raya ke? Puasa pun belum ni.
“Ni....” lelaki itu berjeda sekejap. “Saya jumpa dekat Pusat Islam semalam.” Dia menyambung.
Pap! Kalau dia boleh tepuk dahi, memang dia tepuk dahi dia on the spot tu jugak. Lelaki ni! Baru dia ingat kejadian dia menangis dekat tangga Pusat Islam tu semalam. Automatik mukanya terasa panas. Oh, mungkin kerana cuaca yang terik sekarang ni. Alasan!
“Ohhh..” dia kehilangan kata. Mana nak cover malu, mana nak berterima kasih. Dia pun jadi pening.
“Terima kasih.” Tangan menyambut huluran lelaki itu. Aaahhh... selamat duit sepuluh ringgit aku! Tak payah buat kad pelajar baru. Dia sengih dalam hati.
“Sama-sama. By the way.. Saya Fariq.” Fariq senyum lagi. Gadis berbaju kurung merah jambu di hadapannya ini sangat sweet lagi comel. Jantungnya dup-dap-dup-dap lain macam. Hai hati. Sila jaga diri elok-elok. Gadis itu kelihatan mengangguk sahaja.
“Oh.. hai Fariq. Terima kasih sekali lagi. Susahkan awak je, cari saya sampai ke sini.” Farah mula rasa serba salah.
“Eh.. Tak apa. Tak susah pun.” Ye la kau punya tak susah tu kan Fariq? Walhal dah berapa kali pusing sebab sesat semata-mata nak cari fakulti ni.
“Ok lah. Saya masuk dulu. Jumpa lagi, insya-Allah. Assalamualaikum.” Gadis itu melangkah masuk. Rasa kurang enak apabila dia menjadi perhatian rakan-rakan sekelasnya. Bukan dia tak nampak budak-budak ni asyik mengintai ke luar.
“Ok, waalaikumussalam.” Dan dia berlalu meninggalkan tempat itu.

“Awak balik kampung tak awal Ramadhan ni?” Nadwah bertanya. Farah pantas mengangguk. Semangat nak balik kampung! Ramadhan kali ni, dia akan pastikan berbeza daripada Ramadhan sebelum ni. Kalau sebelum ni mungkin dia tak merasa roh Ramadhan tu, kali ni dia nak ambil sebanyak mungkin peluang untuk buat pahala. Bulan Ramadhan kan pahala digandakan.
“Awak balik tak?” dia bertanya kembali. Nadwah mengangguk saja. Dan bibir itu tidak pernah lekang dengan senyuman.
“Minggu depan usrah terakhir sebelum mula puasa. Awak boleh join?” muka dia glowing terus. Semangat!
“Boleh.. boleh.. nak buat kat mana?”
“Buat dekat rumah awak boleh tak?” Farah mengangguk.
“Buat hari Khamis lah. Boleh kita iftar sekali, kan?” Nadwah mengangguk.
“Ok, boleh. Lepas iftar kita berbincang sikit-sikit, lepas tu, isyak kita pergi Pusat Islam, nak? Iktikaf then sambung terus buat qiamullail sekali.” Nadwah mencadangkan. Farah angguk laju. Setuju sangat!
“Ok, jom. Bagitau yang lain.” Segera dia mengeluarkan telefon bimbitnya, menghubungi rakan-rakan usrah mereka.
“Set. Semua on.” Telefon bimbit dimasukkan semula ke dalam beg selepas selesai menghubungi ahli-ahli usrah mereka.

 “Along, nanti tolong hantar orang balik kolej, boleh?” Farid angkat muka dari pinggan nasi. Tengok muka ibu, tengok muka along. Hari kedua Ramadhan 1433 H. Nak kena balik kolej dah malam ni. Esok ada kelas pukul lapan pagi. Lepas ni kembali kepada rutin berbuka dengan Maggie, atau makanan-makanan yang dibeli di bazaar Ramadhan. Mesti rindu nak makan makanan yang ibu masak nanti. Ok, ayat macam la jauh sangat rumah ni kalau nak balik. Manja!
“Boleh je. Pukul berapa nak balik tu? Ibu, ayam masak merah ibu ni sedap sangat lah. tak puas makan.” Sempat lagi puji masakan ibu mereka yang sedap tu. Fariq cubit ayam masak merah di dalam pinggan. Ini adalah sangat awesome. The best ayam masak merah ever. Sayang ibu! Mujur la dia memang tinggal di rumah keluarganya sahaja. Kalau kerja dekat negeri lain, mesti kempunan. Farid buat muka. Cemburu, nanti along boleh berbuka dengan ibu tiap-tiap hari.
“Mestilah sedap. Ibu masak dengan penuh kasih sayang. Resepi rahsia tu. hehehe..” Amboi, pandai pulak ibu melawak.
“Along, is it ok with you, kalau hantar orang balik lepas sahur esok?” cuba nasib.
Puan Fatehah di sebelahnya hanya tersenyum. Tahu dah taktik anak bujangnya itu. Sengaja nak balik lambat-lambat la tu.
“Boleh.” Eh? Kening Farid bertaut. Sejak bila along aku ni baik hati semacam je? Tapi apa pun, dia senyum lebar. Boleh merasa masakan ibu lagi. haha..
Thanks along.” Sambung makan. Suapan terakhir. Nak pergi Maghrib jemaah dekat surau ni.
No sweat. Cepat lah. dah siap makan ke belum? Jom pergi jemaah dekat surau.” Sekali lagi kening itu bertaut. Fariq yang Farid kenal dulu, bukanlah seorang kaki surau. Solat pun selalu nak hujung-hujung waktu. Dia pandang puan Fatehah. Wanita itu hanya mengangguk dan tersenyum.
“Dah.. Dah.. jom lah.” mereka segera berlalu ke dapur. Cuci pinggan yang dah digunakan, bergegas ke surau. Dah dengar iqamat dari surau tu dah. Puan Fatehah hanya menggeleng kepala. Macam-macam. Kalut!

“Adik, along rasa, dah sampai masa along lah..” ayat itu tergantung. Farid di sebelah mula berpeluh dingin. Kenapa aku dengar semacam je ayat abang aku yang seorang ni? Macam orang dah nak...
I think, it’s time for me to get marry. Adik rasa macam mana?” Farid terlopong seketika. Lahhh.. nak menikah. Buat terkejut aku je. Buat penat keluar peluh dingin. Haha..
“Orang ok saja. Dah usulkan dekat puan seri dekat rumah tu ke?” Fariq ketawa lepas. Puan seri kata dia. tak senonoh adik aku ni.
“Belum. Tak tau nak cakap macam mana dekat ibu.” Dia sengih. Sejak abah meninggal semasa dia masih di universiti dua tahun lepas, memang dia sangat rapat dengan ibu. Ibu lah tempat dia mengadu dan kongsi segala cerita. Tapi apabila masuk bab nikah kahwin ni, tiba-tiba dia rasa segan sendiri.
“Lahhh.. tak dapat permission puan seri, macam mana nak menikah? Along, dah ada calon ke? Tiba-tiba je. Selama ni adik tak pernah tahu pun along dah ada steady girlfriend baru lepas Afifah? Cop.. cop.. bukan steady girlfriend je, kawan perempuan along pun berapa kerat lah sangat, kan? Adik kenal Afifah sorang je kawan perempuan along.” Farid mula nak korek rahsia. Mahu tak terkejut bila tiba-tiba masuk bab nikah ni?
Fariq geleng kepala. Hiperbola betul adik aku ni. Dikatanya aku tak ada kawan perempuan? Habis yang officemates dekat pejabat tu apa? Bukan kawan ke?
“Dah ada dah la. Baru jumpa haritu. Along ingat, tak nak la bercinta, bercouple bagai. Nanti takut jadi macam masa dengan Afifah. Trauma along. Mahu membujang sampai ke tua. Lagipun, bercouple tu kan haram. Kalau dah suka tu, masuk meminang je la terus. Senang. Cinta lepas nikah tu kan lagi indah. Hahaha..” gelak miang di situ. Farid mengangguk. Setuju sangat dengan apa yang Fariq cakap tu.
“Kalau macam tu, apa lagi? cepat-cepat lah suruh ibu masuk meminang.” Excited.
“Ermm.. Along bagitahu ibu, tapi hold dulu la bab meminang tu. Kena tanya tuan punya badan dulu.” Farid angguk. Ikut je la. Abangnya itu lebih tahu mana yang terbaik.
“Tapi along.. siapa calonnya ni? Adik kenal tak?” Fariq senyum.
“Kenal..” senyum penuh makna.
“Siapa? Siapa?” tak sabar.
“Farah.” Jawab sepatah. Farid dekat sebelah dah melopong. Biar benar? Ke Farah lain ni?
“Farah, budak kolej adik tu?” minta kepastian.
“Yup.” Rahang bawah jatuh. Oh my.. seriously??
“Jatuh cinta pandang pertama ke apa ni along?” Farid buat muka mengusik.
“A ah.” Meleret jawapan Fariq. Terus dia paut leher adiknya, geram! Pantang dapat mengusik orang.

“Ibu.” Fariq memanggil puan Fateha yang sedang menyusun bahan-bahan untuk memasak juadah berbuka yang baru dibeli tadi ke dalam peti sejuk. Hari ini Fariq cuti. Sengaja dia nak luangkan masa dengan ibunya itu.
“Kenapa?” puan Fateha menghentikan perbuatannya seketika.
“Along nak menikah la bu. Boleh?” buah-buahan yang tak sempat dimasukkan ke dalam peti sejuk berterabur di atas lantai dapur. Terkejut sangat la tu sampai terlepas buah yang dipegang. Mujur ibu tak pegang mangkuk kaca ke apa.
“Along serius ni?” puan Fateha segera mengutip buah-buahan yang terjatuh tadi. Mujur tak ada buah durian. Hahaha..
“Serius. Ibu rasa macam mana? Along boleh tak?” Fariq minta pendapat ibunya.
“Along boleh. Ibu yakin. Along yang jaga keluarga kita lepas abah meninggal. Dan ibu nampak, anak ibu tak pernah kecewakan ibu. you take the responsibility very well, along. You should have your own family. Umur along pun dah sesuai sangat pun nak berkeluarga.” Panjang lebar jawapan yang diterima. Dia rasa lega. Insya-Allah. Dia sudah bersedia.
“Tapi... siapa orangnya?” Fariq hanya tersengih. Aku betul-betul gamble je ni. Mahu pengsan budak sorang tu kalau tiba-tiba aku ajak dia kahwin. Hehhh..

“Farah?” Fariq memanggil gadis yang beratur di hadapannya di kaunter bayaran 7-Eleven itu. Dia menarik nafas lega. mungkin rezeki dia. Penat dia fikir macam mana nak jumpa gadis ini.
“Ye?” Farah kalih ke belakang. Oh.. Fariq. Eh? Kau ingat nama dia? Impressive! Selalu bukan main susah nak ingat nama orang. Pipi tiba-tiba terasa panas.
Can we talk after this?” Fariq tunjuk barang-barang yang dipegang. tanda na bercakap lepas habis bayar semua tu. macam la banyak sangat. Dia setakat beli sekotak santan yang ibu kirim je pun.
“Hmm?? Ok. Tapi saya panggil Sofiya untuk teman saya, boleh?” Fariq angguk laju. Dia tak kisah. Memang elok macam tu pun. Dalam hati rasa gugup semacam. Betul ke apa yang aku nak buat ni? Allah.. Please, make everything ease for me. For us. Dia berdoa dalam hati.
Selesai membuat bayaran di kaunter, dia keluar berjumpa dengan Farah dan Sofiya di sudut hujung blok bangunan kedai itu. Tak mahu mengganggu laluan orang lain.
“Farah.” Dia panggil gadis itu lagi.
“Ye, saya? Ada apa ye?” Farah jawab perlahan. Entah kenapa, dia pun rasa gugup tiba-tiba. Sofiya di sebelah hanya diam sahaja. Hanya jadi pemerhati.
Will you be my wife? Jadi teman saya menuju ke Jannah?” Fariq tarik nafas lega selepas meluahkan apa yang dirasa.
“Hah??” gadis di hadapannya hampir terduduk di atas lantai itu. Mujur gadis itu tak duduk betul-betul.Manakala sahabatnya di sebelah terus pusing kepala menghadap mereka.
Come again?” Sofiya yang terlebih semangat bertanya sedangkan Farah dah terdiam tak terkata. Mahu tak semangat? Live depan mata sahabat seorang ni kena lamar. KENAPA AKU TAK BAWA KAMERA???
Be my wife. Dan teman saya untuk cari syurga?” Mata masih terarah kepada Farah. Fariq tarik senyum. Entah kenapa. Dia rasa nak senyum. Sofiya bertepuk tangan. Terlebih gembira. Nasi minyak!
“Kenapa tiba-tiba?” Akhirnya soalan itu yang keluar.
“Bukan tiba-tiba. Cuma tak sempat jumpa awak. Saya tak ada nombor awak untuk saya call, or at least untuk saya mesej. Since kita dah terserempak ni, saya tak nak la tangguh-tangguh lagi. Mungkin awak rasa tempat ni tak sesuai...” Matanya melihat sekitar mereka. Kedai jual sayur, 7-eleven, restoran mamak. Apakah?? “But i just don’t want to waste any time anymore.” Dia sambung lagi.
Gadis itu hanya diam. Dahi berkerut-kerut. Besar sungguh masalah nampaknya.
“Bagi saya masa untuk fikir. Benda ni terlalu mengejut.” Dia picit dahi. Fariq angguk, faham. Dia perlu hormat permintaan gadis itu.
“Ini kad saya. Give me a call kalau ada apa-apa. Kalau tak nak call, mesej je pun boleh. No problem at all. Take your time to think about it. Saya tak akan paksa awak.”
“Ok.” Hanya itu yang mampu dibalas.
“Saya pergi dulu. Assalamualaikum.” Lelaki itu terus berlalu.
“Waalaikumussalam.” Mereka sama-sama melangkah ke arah kereta Myvi putih yang terparkir di bawah pokok di seberang jalan itu.
“Sofi, kau drive la ey? Lutut aku menggeletar.” Dia senyum tanpa rasa. Sofiya tergelak. Dahsyat sungguh penangan si Fariq tu.

“Farah. Apa keputusan kau?” Sofiya duduk di birai katil. Farah menghentikan bacaannya. Majalah JOM! edisi ke 3 itu ditutup.
“Keputusan apa?” buat-buat tanya. Tak nak jawab boleh tak?
“Pasal lelaki haritu lah. Fariq ey nama dia?” Sofiya minta kepastian. Sebab dia pun tak ingat dah nama lelaki tu. tengok sekejap je dalam kad haritu.
“A ah. Fariq. Entah lah Sofi. Aku tak tahu.” Dia diam. Muka kusut. Emang kusut. Dengan assignments yang melambak. Mujur bulan puasa. Tahap kesabaran lebih sikit dari biasa. Haha..
“Dah istikharah?” Sofiya tanya lagi. Mereka sekarang bukan sahaja housemate dan room mate, tapi dah jadi usrahmate juga.. Jadi lebih rapat lagi compared to before. Sebab dah semakin menghargai ukhuwah yang ada tu.
“Dah....” diam.
“Then? Negative or positive?” Sofiya semangat.
“Errrmmmm...”

“Farah, bila balik cuti raya?” Suara puan Laili di hujung talian.
“Lusa balik ibu. kenapa?” dia bertanya pelik. Rasanya macam dah bagitahu dah hari tu, dah confirmkan pun.
“Balik macam mana?” puan Laili tanya lagi tanpa jawab soalan yang diajukan.
“Lahhhh.. naik kereta Farah la ibu. takkan nak naik motor abah pulak kut?” dia melawak. Puan Laili tergelak kecil. Baru perasan dia dah silap tanya soalan.
“Amboi, pandai nak kenakan ibu. haha.. elok-elok drive esok. Jangan nak tunjuk bakat anak didik Michael Schumacher tu sangat.” Ketawa kedengaran lagi.
“Ibu ni.. ada macam tu pulak. Farah kan pemandu paling berhemah abad ini. Hahaha.. tapi ibu, kenapa ibu tanya tadi? Bukan Farah dah confirmkan dengan ibu ke haritu?” dia kembali menyatakan kemusykilannya.
“Ohhh.. ibu lupa la. Penat sangat agaknya buat kuih raya apa semua ni.” Puan Laili bersuara tenang.
“Ibu ni. Kalau penat tak payah la buat banyak sangat kuih raya tu. Sikit-sikit je sudah lah.” dia mula risau. Ibunya tu bukan sihat sangat pun.
“Iye.. ibu tahu. Jangan risau. Abah kan ada nak jaga ibu kat sini?” Puan Laili membalas. Tahu anaknya yang seorang itu memang mudah risau akan dirinya.
“Ok, ibu. Nanti kalau ada apa-apa Farah call ibu lagi. Assalamualaikum.” Talian dimatikan selepas salam berjawab. Dia mula mengemas barang-barang yang hendak dibawa pulang untuk cuti raya nanti.
“Dah habis cakap dengan ibu kau?” Sofiya muncul tiba-tiba entah dari mana. Bersama secawan milo.
“Dah. Eh, Sofi? Kau balik dengan aku kan nanti?”
“A ah. Kenapa?”
“Tak ada apa. Just nak reconfirm je. Boleh la gilir-gilir drive nanti.” Dia menarik nafas perlahan. Mujur juga rumah mereka dalam satu taman sahaja. Dekat. Senang.
“Eh, Farah.” Sofiya tiba-tiba teringat sesuatu.
“Apa dia?” Tangan masih lincah mencapai apa yang mahu dibawa pulang.
“Fariq apa cerita? diam macam tu je?” Air muka Farah berubah sedikit, tapi dia cuba berlagak biasa.
“Tak tahu. Aku tak contact dia since that day. Takut. Dia pun tak ada contact aku. Tapi logic la dia tak contact aku pun. Dia tak ada nombor telefon aku.” Dia mengurut pangkal hidung. Aksi biasa apabila kepala tiba-tiba rasa sesak. Kenapa sesak tiba-tiba ni?
“Hmm.. kau tak text dia?” Sofiya tanya elok-elok.
“Hisssyyy.. tak nak lah.” dia geleng kepala laju-laju.
“Kenapa? Bukan kau memang harapkan perkara macam ni ke? Bercinta selepas kahwin? Kan?” Sofiya tanya lagi.
“Memang lah. tapi macam mana kalau dia dah tak tunggu aku lagi? mungkin aku ambil masa panjang sangat? Macam mana? Malu la aku nanti.” Dia masih ragu-ragu.
“Farah. Ajal, maut, jodoh, pertemuan tu semua kan di tangan Allah. Kau dah dapat jawapan bila kau buat istikharah haritu. Kenapa masih nak ragu-ragu? Insya-Allah kalau niat kita baik, lillahi ta’ala, segalanya akan Allah permudahkan. Ada mintak pendapat Nadwah?” Farah mengangguk.
“Dia cakap benda elok, kenapa tidak?” senyum tawar. Dia masih kurang yakin dengan diri sendiri. cukup bersediakah dia?
“Make sure lepas raya dah ada perkembangan.” Tiba-tiba je Sofiya cakap macam tu.
“Perkembangan apa??” Farah dah jegil mata.
“Perkembangan kau orang la. Terima ke, tak terima ke. Kau kena share dengan aku!” Sofiya bagi peringatan.
“Weeehhhhhh!!!” Farah dah terjerit. Speechless tak tahu nak jawab apa. Hisyyy!! Dictator!
“Farah, duduk sini kejap.” Farah yang baru nak melangkah masuk bilik berpaling semula. Abah dengan ibu dah tunggu dekat ruang tamu. Dia telan air liur. Kenapa serius semacam je ni? Esok kan dah nak raya? Eh? Kaitan??
“Kenapa abah?” dia beranikan diri bertanya. Abah ni bekas tentera. Memang la muka tu nampak garang je. Tapi kadang-kadang abah reti jugak buat lawak.
“Farah kenal Fariq?” errrkkk?? Farah telan air liur. Bala apa pulak ni?
“Kenal. Kenapa?” jari kaki sibuk menguis permaidani.
“Dia datang rumah few days back.” Mata yang sibuk tengok bucu meja kopi terus terhala ke arah ibu bapanya. Serius??
“Bila? Dia datang buat apa? Datang dengan siapa?” Ambik.. berapa banyak soalan daaa??
“Last week. Hari Jumaat. Dia mintak izin dengan abah nak menikah dengan kamu. Dia cakap dia dah tanya kamu, betul?” sekali lagi air liur ditelan. Ah, sudah! Salah dia sebab tak beritahu ibu dengan abah awal-awal. Kononnya bila balik kampung ni la nak beritahu. Ahaiii..
“Betul. Farah baru ingat nak bincang dengan ibu, dengan abah, esok. Sebab haritu Farah sibuk nak periksa, tak sempat nak fikir benda ni.” ye la sangat tak sempat fikir. Cissss..
“Habis tu, dah ada jawapannya?” eh? Kenapa abah maca relax je ni? abah tak kisah ke?
“Abah dengan ibu, rasa macam mana?” dia pulak tanya balik.
“Abah dengan ibu dah bincang, kami serahkan pada kamu. Kalau kamu rasa dia boleh jadi imam kamu, boleh bimbing kamu sama-sama masuk syurga, apa salahnya? Kalau kamu risau pelajaran kamu terganggu, abah yakin. Kamu boleh handle semua ni.” encik Ahmad beri kata semangat.
“Abah dengan ibu tak kisah?” Farah masih ragu-ragu.
“Farah.. benda baik kenapa nak ditangguh-tangguh? Kami tengok Fariq tu baik budaknya. Sekurang-kurangnya dia berani untuk datang jumpa kami, bukan setakat hangat-hangat tahi ayam je nak jadikan kamu isteri.” Puan Laili pula mainkan peranan. Farah tersenyum.
“Honestly, Farah rasa takut. Farah takut tak bersedia lagi untuk pikul tanggungjawab sebagai isteri orang. Lagi takut kalau menjejaskan pelajaran. Tapi Farah yakin, dengan berkat dan doa ibu serta abah, insyaAllah semuanya dipermudahkan, kan?” dia senyum lagi.
“Maknanya, kamu terima la ni?” farah hanya mengangguk.
“Ok. Nanti abah telefon Fariq. Sebulan lagi kenduri kamu. Tak payah buat besar-besaran sangat. Bersanding, pelamin besar-besar semua tu tak payah la ye?” Farah angguk laju. Memang dia tak nak pun semua tu. Pembaziran. Tapi..
“Abah? kejap..kejap.. Sebulan lagi?” Dia maca tak percaya. Mungkin salah dengar.
“Ye lah. sebulan lagi. kenapa?” Farah terdiam.
“Fariq cakap dia tak nak tunggu lama-lama. Perkara baik elok dipercepatkan. Tak payah bertunang, nikah terus. Boleh?” Farah telan air liur. Kalau abah dah cakap macam tu, dia nak kata apa lagi? Ikut saja lah.
“Boleh..” diam. Dia terus berlalu ke biliknya apabila encik Ahmad dan puan Laili tidak berkata apa lagi.
Fariq menghirup air milo panas yang baru dibancuh tadi. Sambil matanya terus leka menonton televisyen. Entah cerita apa, dia pun tak tahu. Mata tengok TV, otak ke lain.
“Along, tu telefon bunyi. Tak dengar ke?” Farid tiba bersama Chipster di tangan. Gaya macam nak tengok wayang. Walhal duduk tengok TV dekat rumah je pun.
“Eh? Ye ke?” telefon bimbit diambil dari tangan Farid. 2 missed calls. Eh? Siapa pulak dah?
‘Uncle Ahmad’ hatinya berdetak apabila melihat nama yang terpapar di skrin. Dalam dia berkira-kira untuk menghubungi nombor itu semula, telefon itu sekali lagi berbunyi. Jantung terasa dipam laju. Dia tarik nafas dalam-dalam bagi menenangkan diri.
“Assalamualaikum.” Dia memulakan perbualan.
“Waalaikumussalam...” Salam bersambut dan dia hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh encik Ahmad. Cuma sesekali dia menjawab. Selepas hamper satu jam perbualan, talian dimatikan.
“Alhamdulillah...” Dia meraup muka dengan kedua tapak tangan.
“Kenapa along?” Farid pandang pelik. Tadi bukan main serius lagi bila bercakap dalam telefon tu.
“Awak bakal dapat kakak ipar sebulan dari sekarang. Ibu mana??” Fariq terus bangun mendapatkan ibunya. Farid terdia seketika sebelum turut tersenyum. Alhamdulillah.. dia turut tumpang gembira.

+ Assalamualaikum. Pak cik baru call saya tadi. Terima kasih untuk jawapan tu. semoga masjid yang bakal kita bina nanti kekal sehingga ke syurga, insyaAllah.
- Waalaikumussalam. Sama-sama. InsyaAllah, semoga segalanya dipermudahkan.
Dan masing-masing tersenyum lebar. Semoga segalanya dipermudahkan. Ameen.


END : 13.09.2012 : 22:35



Monday 27 August 2012

Sunday 12 August 2012

Pertama Ramadhan


AKU melabuhkan punggung di kerusi di balkoni. Aku tersenyum memandang perutku yang sudah membesar. Aku mengusap perlahan perutku yang kini sudah mencecah sembilan bulan tiga hari. Menurut jangkaan doktor, lagi seminggu aku akan melahirkan. Pada peringkat awal kehamilan, aku mengalami alahan yang teruk. Aku tidak boleh menghidu wangian yang dipakai oleh Syed Zarif Uwais, suamiku.
            Keadaanku itu membuatkan Zarif membuang kesemua minyak wanginya. Apabila aku cuba melarang dia melakukan pembaziran, jawapan yang diberikan, “minyak wangi boleh dibeli tapi Arissa Damia hanya satu, tiada galang ganti.”
Sungguh aku tersentuh dengan jawapannya itu. Aku bersyukur dia adalah suamiku dan aku bersyukur kerana Allah menemukan kami. Aku berdoa agar Allah memanjangkan jodoh kami. Aku berharap dengan kehadiran anak yang bakal lahir ini akan mengeratkan lagi hubungan kami yang memang sudah sedia erat.
            “Sayang buat apa kat sini?” Zarif yang sudah lengkap berpakaian pejabat, menarik kerusi di hadapanku lalu duduk.
            “Mia nak tunggu matahari naik. Doktor kata, cahaya matahari baik untuk kandungan. Abang dah nak pergi kerja ke?”
            “Haah tapi sebelum tu abang nak bercakap sikit dengan orang dalam ni.” Zarif merapatkan telinganya ke perutku. “Anak papa jaga mama elok-elok ya, jangan nakal-nakal. Kalau nak tendang, tendang perlahan-lahan, jangan sakitkan mama tau...” Zarif mengusap perut aku lantas mengucupnya.
            Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
“Abang pergi kerja dulu ya.” Dia mula bangkit.
            Aku juga turut bangkit mahu menghantarnya ke tingkat bawah.
            “Sayang duduk je dalam bilik ni, abang boleh turun sendiri. Ingat tak apa pesanan abang?” Dia menyoal semula pesanan yang pernah dia berikan pada aku.
            “Ingat...” jawabku lemah.
            “Apa dia?” Dia mengangkat sebelah keningnya mahu mendengar jawapan aku.
            “Mia tak boleh keluar bilik...”
“Lagi?” Zarif mengeluarkan ibu jari sebaik saja aku memberikan jawapan.
“ Tak boleh buat kerja rumah...”
“Lagi?” Jari telunjuk pula dikeluarkan.
“Tak boleh angkat benda berat termasuk bangku meja solek yang tak berapa nak berat tu,” jawab aku sedikit menyindir.
Good girl!” Dia menggosok keplaku.
“Kalau tolong ummi memasak boleh, kan bang?” Aku meminta izin. Bosan jika asyik terperap saja kat dalam bilik tanpa membuat sebarang kerja. Masuk hari ini, sudah sebulan aku tidak menjejakkan kaki ke tingkat bawah. Jangan kata ke bawah, hendak ke gazebo di luar rumah pun tidak diberinya. Bila masa makan tiba, makanan akan di bawa naik ke bilik. Naik segan pula aku. Bukannya teruk sangat pun mengandung ni sampai semuanya nak berhantar ke bilik. Nasiblah aku dapat mak mertua yang sporting.
            “Tak boleh, sayang. Rehat je dalam bilik,” bantah Zarif.
            Aku mengeluh perlahan. “Nanti apa pulak kata ummi kalau Mia tak tolong kat dapur. Dahlah sejak Mia mengandung ni abang larang Mia buat kerja rumah.” Aku mula bersungut. Takkanlah aku nak goyang kaki saja biarkan ibu mertua terkontang-kanting di dapur?
            “Ummi tak kisah. Dia cuma nak Mia berehat je,” ujar Zarif lembut.
            Aku mengeluh lagi. “Kalau nak tolong ummi memasak tak boleh, siram pokok bunga boleh, kan? Lagipun bukan berat sangat nak menyiram, just angkat getah dan siram je. Boleh ya bang, Mia turun bawah?” Aku mencuba nasib. Memang bosan asyik terperap kat dalam bilik. Macam burung kena kurung dalam sangkar pun ada.
            “Tak boleh. Sayang dah lupa ke apa yang berlaku pada sayang enam bulan lepas? Abang tak nak perkara tu berlaku lagi. Ini untuk kebaikan sayang dan bakal anak kita jugak. Sayang dengar cakap abang ya?” pujuk Zarif.
            Aku mengangguk lemah. Tangannya aku salam.
Dia mengucup dahiku, kemudian dia melangkah keluar dari bilik.
Aku menghantar pemergiannya dengan pandangan mata. Sebaik saja pintu bilik ditutup, aku melemparkan pandangan ke luar balkoni. Kejadian enam bulan lepas mula menari-nari di mindaku.
Aku mencapai getah. Pili air aku buka lalu mula menyiram pokok bunga di laman rumah banglo dua tingkat. Kandunganku baru berusia tiga bulan. Aku berjalan dan berjalan memandikan pokok-pokok bunga yang baru mengeluarkan bunganya. Tiba-tiba kakiku terpijak sesuatu yang licin. Badanku sudah terhuyung-hayang. Makin lama makin ke belakang.
            “Arrggghhh!!!” Aku menjerit sambil memejamkan mata. Tidak sanggup untuk melihat apa yang bakal terjadi seterusnya. Ya Allah, selamatkanlah aku dan kandunganku, doaku dalam hati. Aku terasa ada sesuatu yang menahan badanku daripada jatuh menyembah tanah. Perlahan-lahan aku membuka mata.
            “Abang!” Rupanya Zarif yang menahan badan aku dari jatuh tadi. Wajah aku sudah pucat mengenangkan insiden sebentar tadi.
            “Sayang tak apa-apa?” soal Zarif cemas. Dia mula menegakkan badanku.
            “Tak...” Aku menjawab sepatah. Nafas lega aku lepaskan.
            “Selipar sayang licin ke?” soalnya.
            Aku menggeleng kepala.
            “Habis tu, macam mana boleh nak tergelincir?” soal Zarif lagi.
            “Mia terpijak apa benda entah tadi.  Licin semacam je,” terangku.
            Zarif mula membongkokkan badannya mahu mencari benda licin yang aku katakan tadi. Kemudian dia mengutip sesuatu di tanah.
            Aku menghampirinya untuk melihat benda yang membuatkan aku hampir kehilangan bayi yang kukandung. “Guli?” Aku bersuara.
            Zarif berpaling padaku. “Ini mesti kerja Alif. Hai budak ni, dah main tak reti nak simpan balik!” Zarif melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah merah menahan marah.
            Aku mengekorinya dari belakang.
            “Alif, kenapa sepahkan guli kat laman tu? Mak Su nak terjatuh tadi tau!” Dia memarahi anak buahnya yang berusia 10 tahun.
            Alif yang sedang menonton kartun di ruang tamu, terkejut. “Alamak! Sorry, Pak Su. Alif betul-betul terlupa nak simpan balik semalam. Alif sakit perut, terpaksa tinggalkan sekejap nak jumpa Mr. Tan. Sorry ya Mak Su, Pak Su...” mohonnya takut-takut. Kemudian, dia menundukkan mukanya.
            “Apa hal yang bising pagi-pagi ni Rif?” soal ibu mertuaku yang tiba-tiba muncul di ruang tamu itu.
            “Ummi tahu tak, tadi Mia hampir tergelincir disebabkan guli Si Alif ni. Nasib baik Rif ada kat luar tadi,” adunya. Matanya masih lagi dicerunkan pada Alif.
            “Ya Allah! Mia tak apa-apa ke? Ada sakit kat mana-mana?” Ummi mula mendapatkan aku.
            “Mia tak apa-apa ummi. Tak sempat jatuh pun tadi.” Aku meyakinkan.
            “Syukur alhamdulillah... Alif, mulai hari ni nenek tak nak tengok Alif main guli kat laman lagi. Kalau nak main jugak, main kat dalam bilik je.” Ummi sudah mengeluarkan arahan.
            Alif aku lihat sudah bertukar muram wajahnya. Aku mendapatkan Alif lalu melabuhkan punggung di sebelahnya. Kepalanya aku gosok perlahan.
            Alif memanggung kepalanya melihat aku. “Mak Su, maafkan Alif ya? Alif tak sengaja. Alif janji takkan main guli kat laman rumah lagi,” janjinya sambil mengangkat tangan paras bahu tanda berjanji.
            Aku tersenyum lalu mengangguk. “Sudahlah, tak ada apa-apa yang berlaku pada Mak Su pun. Alif nak air tak? Mak Su nak ke dapur ni.”
            “Nak! Mak Su buatkan Alif air milo ya? Sayang Mak Su...” Alif memeluk aku.
            “Amboi-amboi... manja betul anak ibu ni dengan Mak Su dia!” Kak Ifa, kakak ipar aku muncul di pintu masuk bersama suaminya, Abang Nan.
            “Ibu dah balik!” Alif bangun mendapatkan Kak Ifa. Tangan Kak Ifa dan Abang Nan ditarik lalu dibawa ke sofa berangkai tiga.
            Zarif yang dari tadi berdiri mula melabuhkan punggung di sebelah aku.
            “Ibu ni tipulah... semalam cakap nak bawak Alif joging sekali.” Mukanya dimasamkan, tanda dia merajuk dengan Kak Ifah dan Abang Nan.
            “Bukan ibu tak nak bawak tapi pagi tadi Alif tidur lena sangat, malas ibu nak kejutkan,” terangnya. “Apa yang kecoh tadi Mia?” Kak Ifa memandang aku.
            “Tak ada apa-apalah Kak Ifa, hal kecik je,” jawab aku, malas mahu memanjangkan cerita.
            “Ya ke tak ada apa-apa? Tadi bukan main riuh lagi suara Rif ni akak dengar kat luar pagar tu. Ceritalah kat akak.” Kak Ifah memandang wajah Zarif pula.
            “Semalam Alif main guli, terlupa nak simpan balik. Tadi Mia hampir terjatuh terpijak guli tu.” Zarif bercerita. Kali ini mukanya tidak lagi kelihatan marah.
            “Astaghfirullahalazim... Alif, kenapa cuai sangat ni?!” Kak Ifa mula memarahi Alif.
            “Alif tak sengajalah ibu. Perut Alif sakit sangat masa tengah main guli tu. Dah tak boleh tangguh lagi, kena jumpa dengan Mr. Tan jugak. Lepas tu, cerita kegemaran Alif dah start, langsung Alif terlupa pasal guli,” jelas Alif. Wajahnya ditundukkan kembali.
            “Laillahaillallah... cerita kegemaran dia yang dikejarnya. Tak payah main guli lagilah lepas ni. Mama nak Alif buang semua guli tu. Nasib baik Mak Su tak apa-apa.” Menggeleng kepala Kak Ifa.
            “Mia...”
            Aku tersentak. Pandangan aku alihkan pada muka pintu bilik. “Eh, ummi... masuklah.” Aku mula bangkit dan melangkah ke sofa mendapatkan ummi yang sedang meletakkan dulang berisi sarapan di atas meja kopi.
            Ummi menghulurkan bihun goreng sebaik saja aku melabuhkan punggung di sebelahnya.
            “Ummi, lepas ni tak payahlah ummi hantarkan makanan kat atas lagi.” Aku bersuara selepas menyuap beberapa sudu bihun ke dalam mulut.
            “Kenapa pulak?” soal ummi pelik.
            “Mia ingat Mia nak pindah...”
            “Hah, Mia nak pindah?! Kenapa nak pindah? Mia kan lagi beberapa hari je nak bersalain. Tak seronok ke tinggal kat sini?” potong ummi sebelum aku sempat menghabiskan ayat.
            “Ummi...” Aku pegang tangan ummi.
            “Tak bagus ke layanan ummi ni?” Wajah ummi sudah berubah riak sedih.
            “Ummi, dengar dulu...”
            “Ummi ada buat salah apa-apa ke kat Mia? Cakap Mia... apa yang tak kena dengan layanan ummi ni? Ummi merayu pada Mia, tolong jangan pindah.” Air mata ummi mula mengalir.
            Aku menghemburkan tawa.
            “Kenapa Mia ketawa? Mia suka ya tengok ummi susah hati?” tanya ummi pelik.
            “Ummi, Mia bukan nak pindah rumahlah,” ujarku setelah habis ketawa.
            Air mata ummi serta-merta berhenti. “Bukan pindah rumah?” soal ummi ingin kepastian.
            Aku mengangguk kepala.
            “Habis tu?” Kening ummi sudah berkerut.
            “Mia ingat nak pindah bilik bawah. Segan pulak Mia tengok ummi asyik turun naik tangga je semata-mata nak hantarkan makanan untuk Mia,” jelasku.
            “La... pindah bilik rupanya. Mia ni buat takut ummi je tau. Lain kali cakaplah terang-terang.” Ummi mengesat air matanya yang mengalir.
            “Mia belum habis cakap, ummi dah potong.” Aku ketawa lagi. Kemudian menyambung suapan yang tergendala sebentar tadi.
            “Esok dah mula puasa. Pejam celik, pejam celik sekejap je masa berjalan.”
            “Sahur esok kita nak masak apa eh ummi?” tanyaku. Teruja ingin memasak makanan untuk bersahur esok.
            “Kita?” soal ummi sambil mengerutkan kening.
            “Yalah, kita...” Aku menundingkan ibu jari ke arah aku dan ummi.
            “Pembetulan... yang akan masak lauk sahur esok hanya ummi dengan Kak Ifa je. Mia kan dah sarat, duduk je berehat.”
            “Ala, bolehlah ummi... lagipun Mia kan dah pindah bilik bawah. Bukannya angkat benda berat pun. Bolehlah ummi,” rayuku.
            “Yalah, yalah... cepat makan, lepas ni ummi tolong pindahkan pakaian Mia kat bilik bawah.”
            Aku mempercepatkan suapan, tidak sabar mahu turun ke bawah. Usai menghabiskan sarapan, aku bangkit lalu melangkah ke arah almari pakaian.
            “Eh, nak ke mana pulak tu?” tanya ummi.
            Aku menoleh ke belakang. “Nak kemas bajulah ummi. Kan nak pindah bilik bawah,” jelas aku lalu meneruskan langkah yang terhenti tadi. Sebaik sampai di hadapan almari, pintunya aku buka lalu mengeluarkan sebuah beg sederhana besar. Tanpa membuang masa, pakaian yang tergantung di dalam almari aku ambil lalu memasukkannya ke dalam beg. Selesai mengemas, aku mula mengangkat beg itu untuk dibawa turun.
            “Auch!!” jeritku apabila ummi memukul tanganku. Terlepas peganganku pada tali beg.
            “Awak tu dah sarat, mana boleh bawak beg berat ni.” Ummi mula mengangkat beg pakaianku lalu melangkah keluar dari bilikku.
            Aku mengekori ummi dari belakang. Perlahan-lahan aku melangkah menuruni tangga. Sebaik sampai di tangga terakhir, langkahku melencong ke luar rumah tanpa memberitahu ummi.  Aku melabuhkan punggung di atas buaian. Mata aku pejamkan sambil menyedut angin pagi. Sungguh! Aku rindukan laman.
            “Ya Allah... kat sini rupanya kamu, Mia. Puas ummi cari kamu kat dapur tadi.” Ummi menggeleng memandang aku.
            “Nak ambil anginlah ummi. Dah lama sangat Mia tak jejakkan kaki kat sini. Kejap lagi Mia masuk ya ummi.” pintaku dengan muka kesian.
            “Yalah... ummi masuk dalam dulu. Jangan lupa masuk tau.” Ummi melangkah masuk ke dalam rumah.
            Aku melemparkan pandangan ke laman rumah. Esok bermulalah ramadhan. Ingatanku kembali melayang pada zaman kanak-kanakku di mana pertama kali aku berpuasa.
Jom kita bersiap, kejap lagi dah nak masuk isyak,” ajak ibu setelah selesai menonton penguman puasa. Kemudian ibu bangkit  menutup televisyen. Ayah dan along sudah melangkah ke tangga untuk ke bilik masing-masing. Hanya aku saja yang masih duduk di sofa.
            “kita nak pergi mana bu?” soalku. Yalah, tiba-tiba saja ibu suruh bersiap.
            “Kita nak pergi sembahyang tarawih. Esok dah mula puasa,” jelas ibu sambil mengusap kepalaku.
            “Sembahyang tawarih tu apa?” tanyaku pelik lantas mengerut dahi.
            “Bukan tawarih, sayang... tarawih. T.A.R.A.W.I.H. tarawih ni maksudnya  solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat isyak. Sembahyang tarawih ni dikerjakan setelah mengerjakan solat isyak. Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi dikerjakan oleh orang-orang islam lelaki dan perempuan, pada tiap-tiap malam bulan Ramadhan, sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sebelum mengerjakan solat tarawih, kita mesti baca niat dulu. Niatnya, sahaja aku sembahyang tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala,” terang ibu panjang lebar. “Cuba Mia ikut balik niat yang ibu sebut tadi,” pinta ibu. 
            “Sahaja aku sembahyang tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala,” sebutku lancar.
            “Pandai anak ibu ni.” Ibu menggosok kepalaku. “Kelebihan bersolat tarawih pulak, sesiapa yang mendirikan sembahyang tarawih dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, semua dosa yang dia buat akan diampunkan,” terang ibu lagi.
            “Min tak siap lagi ke? Tadi beria-ia suruh kami bersiap,” tegur ayah yang sedang menuruni tangga.
            “Nak bersiaplah ni. Min tengah terangkan pasal sembahyang tarawih kat Mia ni. Jom Mia, kita bersiap.” Ibu menarik tanganku untuk ke atas.
            Sampai saja di bilik ibu, aku mengekori ibu ke bilik mandi untuk mengambil wuduk. Usai mengambil wuduk dan memakai telekung, aku mengekori ibu turun ke bawah, mendapatkan ayah dan along di ruang tamu.
“Jom kita bertolak,” ajak ibu.
            Ayah dan along mula bangkit lalu mengatur langkah ke luar rumah.
                                                            *****
SAMPAI saja di masjid berhampiran rumah, ibu membawa aku ke bahagian perempuan. Memandangkan azan isyak baru saja selesai berkumandang, aku mengikut ibu menunaikan sembahyang isyak.
            Usai menunaikan sembahyang isyak, kami duduk sebentar sementara menanti imam masjid memulakan sembahyang tarawih. Beberapa minit kemudian, imam masjid mula meminta para jemaah bangun untuk menunaikan sembahyang tarawih. Aku hanya mengikut saja apa yang ibu lakukan. Sesekali aku turut membaca surah yang pernah aku hafal.
            Selesai saja mengerjakan sembahyang tarawih dan bersalaman dengan jemaah lain,  ibu mengajak aku pulang.
             Aku mula bangkit dan mengekori ibu dari belakang. Keluar sahaja di pintu pagar, ayah dan Along sudah sedia menanti dan kami berjalan beriringan menuju ke rumah.
            “Macam mana sembahyang tarawih tadi, seronok tak?” soal ayah kepadaku.
            “Seronok… esok Mia nak pergi lagi boleh tak ayah?”
            “Boleh… bukan setakat esok je, hari-hari ayah dengan ibu boleh bawak Mia,” jawab ayah.
            “Yeay… yeay…” sorakku kesukaan.
            Ibu menggosok-gosok bahuku sambil tersenyum.
                                                            *****
IBU masuk ke bilik aku ketika aku sudah bersedia untuk tidur. Ibu melabuhkan punggung di atas katil. “Mia, umur Mia dah berapa tahun?” soal ibu sambil mengelus-ngelus kepalaku.
            “6 tahun…” jawabku sepatah.
            “Dah besar pun anak ibu ni. Esok ibu nak Mia puasa..” kata ibu.
            “Puasa tu apa bu?” jawabku sambil mengerut dahi.
            “Puasa tu maksudnya menahan diri dari makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam matahari,” jelas ibu sambil tersenyum.
            Makin berkerut dahi aku. “Tak fahamlah ibu.”
            Ibu menarik nafas perlahan. “Macam ni, setiap kali tiba bulan ramadhan, seluruh umat islam wajib berpuasa. Kita tak dibenarkan makan atau minum dari siang sampai malam. Bila masuk azan maghrib barulah kita dibenarkan makan.” Ibu cuba menjelaskan dalam bahasa yang mudah untuk aku faham.
            “Boleh matilah kalau macam tu.”
            “Kenapa pulak boleh mati?”  soal ibu ingin tahu.
            “Ibu cakap tak boleh makan dari siang sampai malam. Kalau tak makan, kan boleh mati!” terangku.
            Ibu ketawa mendengar jawapanku. “Mia... Mia... belum ada lagi orang yang mati sebab berpuasa ni tau. Sebelum subuh, kita akan bersahur dulu. Bersahur ni pun ada kelebihannya tau Mia...”
            “Apa kelebihannya ibu?” Aku mula bangkit dari pembaringan rasa teruja mahu mendengar cerita ibu.
            “Kelebihan dia, dapat memberi kekuatan kepada orang yang berpuasa pada siang hari, kita akan mendapat pahala dan  kita juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari kita melaksanakan ibadat puasa,” cerita ibu lagi.
            “Kalau macam tu, Mia nak puasalah ibu.”
            Ibu tersenyum. “Memandangkan Mia baru nak belajar berpuasa, ibu benarkan Mia berpuasa separuh hari dulu.  Tahun depan, kalau dah boleh puasa penuh, baru Mia puasa penuh.”
            Aku hanya mengangguk.
            “Sekarang tidur. Esok nak sahur ibu kejutkan.”
            Aku membaringkan badanku semula.
            Selepas mengucup dahiku, ibu mula melangkah keluar dari bilik.
                                                            *****
“MIA… Mia, bangun nak…”
            Tidurku terganggu dengan panggilan ibu. “Mia mengantuklah ibu.” Aku mengerengkan badan membelakangi ibu.
            “Mia kata nak puasa, kan? Kalau tak sahur, macam mana nak ada tenaga? bangun nak…” pujuk ibu.
            Mataku terbuka luas. Pantas aku bangun menuruni katil lalu melangkah keluar bilik.
            “Eh, Mia nak kemana tu?” panggil ibu.
            “Nak bersahurlah bu,” jawabku sambil menggeliat sepuasnya.
            “Kalau iya pun nak bersahur, basuhlah muka dulu.” Menggeleng kepala ibu melihat gelagat aku.
            “Eh, lupa pulakhehehe…” Aku melangkah ke bilik air untuk membasuh muka dan menggosok gigi. Selesai menggosok gigi, aku menuruti ibu ke ruang tamu. Ayah dan Along sudah sedia menanti.
            “Along, baca niat puasa,” arah ayah.
            Along mula membaca niat puasa, sementara aku pula cuba merakam dalam kepalaku apa yang Along bacakan. Usai berniat, kami mula makan.
            “Along, kalau tahun ni Along puasa penuh, ibu akan bagi lima puluh ringgit. Boleh Along puasa penuh?” Ibu bersuara.
            “Kalau setakat puasa penuh, tak ada hal la ibu. Along kan lelaki, mesti kuat punya. Lagipun, buat malu je umur dah 12 tahun tak puasa penuh. Along sahut cabaran ibu. Janji ya bagi lima puluh ringgit kalau Along berjaya puasa penuh?”
            “Ibu janji…”
            “Mia pun nak puasa penuh jugaklah. Nanti boleh dapat duit!” Aku menyampuk. Mana adil kalau Along je yang dapat, aku pun nak jugak!
            “Mia kan kecik lagi, tahun depan barulah Mia puasa penuh, ya?” pujuk ibu.
            “Tak nak! Mia nak puasa penuh jugak. Nanti Mia tak dapat duit macam Along.” Aku memprotes.
            Ayah, ibu dan Along ketawa mendengar rengekanku.
“Betul Mia nak puasa penuh ni?” soal ayah meminta kepastian.
            Aku mengangguk laju.
            “Kalau macam tu, ayah tambah lagi lima puluh ringgit. Tapi kalau sehari tak puasa, duit yang ayah dengan ibu janjikan tu dikira batal!” kata ayah.
            “Yeay… mesti banyak duit Mia nanti. Boleh beli anak patung baru!” Aku teruja dengan tawaran ayah. Di dalam kepalaku sudah terbayang-bayang segala macam permainan yang ingin kubeli.
                                                            *****
“OKEY murid, siapa yang puasa hari ni sila angkat tangan,” pinta guru tadika tempat aku bersekolah.
            Aku dengan bangganya mengangkat tangan ke atas. Kemudian aku melihat sekeliling untuk melihat siapa lagi yang berpuasa. Aik, hanya aku sorang je yang berpuasa?
            “Mia sorang je yang berpuasa hari ni, ya? Mia, mari duduk di bawah ni. Mia main lego kat sini ya? Kawan-kawan lain nak makan.” Cikgu Norlia menggamitku.
            “Cikgu, kalau Mia duduk je kat tempat Mia ni boleh tak? Mia nak tengok kawan-kawan makan,” pintaku. Aku malas untuk bermain seorang diri di bawah. Pasti bosan!
            “Tak boleh sayang… kalau Mia terasa lapar nanti macam mana? Mia duduk kat bawah ni ya? Nanti lepas makan, kawan-kawan akan menyusul,” pujuk Cikgu Norlia lagi.
            “Okey…” Aku mula bangkit, melangkah ke depan lalu duduk di atas lantai yang berlapikkan tikar.
            Cikgu Norlia dan Cikgu Jannah mula menghidangkan nasi lemak di setiap atas meja kawan-kawanku. Bau nasi lemak itu sudah cukup membuatkan perutku berbunyi tetapi kutahan sedaya mungkin demi mendapatkan duit seratus ringgit yang dijanjikan oleh ayah dan ibu.
            “Cikgu…” Aku memanggil Cikgu Jannah yang lalu di hadapanku.
            Cikgu Jannah yang sedang menatang dulang berisi air anggur, berhenti lalu berpusing menghadapku. “Ada apa Mia?” tanya Cikgu Jannah lembut.
            “Cikgu dengan Cikgu Norlia tak puasa ke?”
            “Puasa… kenapa Mia cakap macam tu?” soal Cikgu Jannah pelik.
            “Tadi masa Cikgu Norlia tanya siapa yang puasa kena angkat tangan, cikgu dengan Cikgu Norlia tak angkat tangan pun?”
            Cikgu Jannah ketawa. “Mia, tadi kan Cikgu Norlia tanya pada murid-murid je… maknanya cikgu tak termasuklah. Dahlah, main lego tu ya.” Cikgu Jannah mula berlalu menghidangkan minuman pula di atas meja kawan-kawanku.
            Aku menyambung semula membina istana lego. Beberapa minit kemudian, Laila, Anisa dan Lily menyertaiku bermain. “Dah habis makan ke?” soalku pada mereka bertiga.
            “Sudah,” jawab mereka bertiga serentak.
            “Sedap, nasi lemak dia… rugi Mia tak makan,” kata Anisa.
            “Mia puasalah… mana boleh makan, nanti Tuhan marah.”
            “Kita kan kecik lagi. Mak Lily cakap, tunggu Lily besar baru boleh puasa,” kata Lily.
            “Ayah dengan ibu Mia nak bagi seratus ringgit kalau Mia puasa penuh tau.” Aku memberitahu mereka.
            “Betul ke?” soal Anisa. Matanya sudah terbeliak.
            “Betullah… sebab tulah Mia nak puasa penuh. Kalau tak puasa penuh, tak dapatlah duit tu.”
            “Kalau Laila puasa jugak, dapat tak duit?” soal Laila. Wajahnya kulihat sudah teruja.
            “Dapat… nanti mintaklah kat mak Laila,” jawabku. Tangan masih bermain dengan lego. Kali ini aku cuba membina tangga pula.
            “Laila nak puasalah esok!”
            “Lily pun!”
            “Nisa pun nak puasa jugak!”
            “Puasalah...” Aku memberi mereka semangat.
                                                            *****
“SEMUA murid beratur di depan sekarang. Kita dah nak balik ni,” arah Cikgu Jannah.
            Kami semua bangkit dari kerusi sambil menggalas beg sekolah lalu mula beratur memanjang di hadapan pintu keluar.
            “Angkat tangan dan letak kat atas bahu kawan,” arah Cikgu Jannah lagi.
            Kmi menurut. Barisan kami luruskan.
            “Aidil, mulakan,” arah Cikgu Norlia pula.
            “Terima kasih, cikgu!” jerit Aidil selaku ketua.
            Kami turut mengikut kata-kata Aidil.
            “Sekarang boleh nyanyi. Satu, dua, tiga, nyanyi!” arah Cikgu Norlia.
            Dengan bersemangat, kami mula menyanyi.

            Selamat pulang, selamat pulang
            Kepada cikgu, kepada kawan
            Saya nak pulang, saya nak pulang
            Esok jumpa lagi

            Usai menyanyi, seorang demi seorang menyalami tangan Cikgu Norlia dan Cikgu Jannah lalu melangkah pulang ke rumah masing-masing. Tiada sesiapa yang datang menjemput aku kerana sekolahku hanya selang tiga buah rumah saja dari rumahku. Ayah dan ibu pula bekerja, manakala Along pula bersekolah.
                                                            *****
SAMPAI saja di hadapan rumah, aku melangkah ke rumah jiran sebelah untuk meminta kunci rumah. Ibu memang menyerahkan kunci rumah kepada jiranku untuk memudahkan aku masuk ke dalam rumah.
            “Assalamualaikum...” Aku memberi salam.
            Beberapa saat menunggu, pintu rumah dibuka oleh Mak Cik Arfah. “Waalaikumussalam... Mia nak ambil kunci rumah ya? Sekejap ya.” Mak Cik Arfah berlalu semula ke dalam untuk mengambil kunci. Kemudian dia menyerahkannya kepadaku. “Tak nak masuk dulu ke? Mari makan dulu,” pelawa Mak Cik Arfah. Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk makan dahulu di rumah Mak Cik Arfah, sementara menanti ibu dan ayah pulang.
            “Mia puasa hari ni,” jawabku sambil tersenyum.
            “Oh.. dah puasa, ya? Baguslah, kecik-kecik dah diajar berpuasa.” Mak Cik Arfah mengusap kepalaku.
            “Mia balik dulu ya mak cik.” Aku menyalami tangannya lalu melangkah ke rumahku. Ketika aku sedang membuka pintu rumah, Mak Cik Arfah masih lagi memerhatikanku.
            Aku meletakkan beg di atas lantai lalu merebahkan diri di atas sofa, keletihan berpuasa. Lemah segala sendiku, dengan perut yang berbunyi lagi. Baru saja ingin melelapkan mata, pintu rumah terbuka. Aku mengalihkan mata ke pintu.
            Along melangkah masuk lalu menutup semula pintu rumah. Along duduk di sofa berhadapan denganku sambil merenungku yang sudah lembik. “Tak tukar baju lagi ke?” soal along.
            “Kejap lagilah. Mia penat ni.” Aku bersuara lemah.
            “Lapar ke?” soal along lagi.
            Aku mengangguk lemah. Mataku sudah tertutup sedikit.
            “Nak makan ke? Kalau nak, along boleh gorengkan telur,” tawarnya.
            “Tak nak... nanti tak dapat duit,” tolakku.
            “Tak nak sudah. Along naik atas dulu.”
                                                            *****
“MIA, bangun... kenapa tidur kat sini ni? Dengan baju sekolah tak bersalin.”
            Dengan lemah, aku membuka mata. “Ibu...” Aku memejam mataku kembali.
            “Mia, bangun...” Ibu menepuk perlahan pipiku.
            “Hmm...” Itu saja yang aku suarakan.
            “Pergi naik atas mandi, kejap lagi ibu nak ajak Mia pergi bazar ramadhan.”
            Sepantas kilat aku bangun. Hilang terus rasa mengantukku. “Kita nak pergi bazar ramadhan ke ibu?” tanya aku teruja.
            “Amboi, sebut bazar ramadhan je, terus segar ya. Pergi mandi dulu,” arah ibu.
            Aku bangkit dari sofa, mengangkat beg lalu naik ke bilikku. Masuk saja di bilik, aku mencapai tuala dan melangkah ke bilik mandi. Selesai mandi dan berpakaian, aku turun semula ke bawah, mencari ibu.
            Bunyi bising di dapur membawa langkah kakiku ke dapur. Aku lihat ibu sedang memasak. “Ibu cakap nak pergi bazar ramadhan?” soalku
            “Lepas ibu habis masak, kita pergi ya. Mia pergilah tengok tv dulu.”
            Aku melangkah ke ruang tamu. Televisyen kubuka, rancangan kartun kucari. Aku menonton sambil menunggu ibu menyudahkan kerjanya.
            “Jom Mia,” ajak ibu setelah setengah jam aku menunggu.
            Aku mula mematikan televisyen dan mendapatkan ibu.
            Ibu melangkah ke tangga lalu mendongakkan kepalanya ke atas. “Along... ooo, along,” jerit ibu dari bawah tangga.
            “Ya, ibu?” Along muncul di tangga teratas dan menjengukkan mukanya ke bawah.
            “Ibu dengan Mia nak pergi bazar ni. Nak ikut tak?” pelawa ibu.
            “Tak naklah ibu. Nanti tolong belikan Along kebab ayam boleh?” pesan along
            “Yalah, nanti ibu belikan. Duduk rumah elok-elok. Tunggu ayah balik tau.” Usai memberi pesanan, ibu menarik tanganku.
                                                            *****
“RAMAINYA orang, ibu...” Aku terkejut melihat bazar ramadhan yang sesak dengan orang ramai.
            “Memanglah ramai, kan ni bulan puasa... ramailah yang nak beli makanan. Mia jangan lepaskan tangan ibu tau.” Ibu memimpin tanganku lalu membawa aku masuk di celah-celah orang ramai. Sesekali aku menjeling juadah yang dijual. Bau makanan di situ cukup membuatkan perut aku berbunyi.
            Ibu berhenti di gerai yang menjual kebab untuk membeli kebab yang dipesan oleh along tadi. “Mia nak kebab?” tanya ibu.
            “Nak!” Dengan pantas aku menjawab.
            Usai membuat pembayaran, ibu membawaku ke gerai menjual minuman pula. Ibu telah membeli satu jag air mangga yang telah dikisar buahnya. Selesai membeli juadah berbuka, ibu mengajakku balik. Ketika dalam perjalanan pulang, kami telah terserempak dengan Mak Cik Kiah, penjual kuih raya di kawasan perumahanku.
            “Assalamualaikum, Min...” tegur Mak Cik Kiah sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan ibu.
            “Waalaikumussalam, Kak Kiah. Banyak beli lauk berbuka...” Mata ibu menatap pada tangan kiri Mak Cik Kiah yang penuh dengan beg plastik.
            “Ni bukan lauk berbuka tapi sample kuih raya. Nah, ambil satu bekas ni. Macam biasa, kalau ada yang minat, Min call akak ya,” ujar Mak Cik Kiah sambil menghulurkan plastik yang berisi kuih raya.
            “Baiklah, Kak Kiah.” Ibu menyambut huluran plastik itu lalu diberikan padaku.
            “Mia ni pucat je, sakit ke?” Mak Cik Kiah mencuit pipi aku.
            “Mia puasa,” jawabku sambil tersenyum bangga.
            “Baguslah macam tu. Nanti bila dah besar, tak ada la liat nak puasa,” kata Mak Cik Kiah.
            “Ayah dengan ibu janji nak bagi seratus ringgit kalau puasa penuh,” ceritaku.
            Ibu memeluk bahuku. “Budak-budak kak, nak ajar puasa kena bagi benda yang dia suka.”
            “Betullah tu. Syafiq dulu masa baya Mia,  bukan main liat lagi nak diajak berpuasa. Macam-macam alasan yang dia bagi. Sakit perutlah, apalah... Bila akak pancing dia dengan lauk yang dia suka, barulah dia setuju nak puasa. Eh, okeylah Min, ada banyak lagi sample yang akak kena edarkan ni. Akak jalan dululah ya.” Mak Cik Kiah mula meminta diri.
            Ibu tersenyum. “Jom Mia, kejap lagi dah nak berbuka.” Ibu memimpin tanganku.
                                                            *****
“MIA... Mia...” Pintu rumahku diketuk berkali-kali disertai dengan panggilan namaku pada petang itu.
            Aku yang sedang menonton televisyen di ruang tamu, mula bangkit untuk membuka pintu. Sebaik saja pintu rumah kukuak luas, Lily, Laila dan Anisa tersengih memandang aku.
            “Mia, jom kita main kat taman nak?” ajak Anisa.
            “Kejap eh, Mia nak pergi bagitau along dulu.” Aku melangkah menaiki tangga. Sampai saja di hadapan bilik along, aku mula mengetuk. Ketukan pertama tidak berhasil, aku mengetuk lagi kuat. Apabila masih tiada riaksi dari along, aku mula memanggil namanya. “Along, cepat bukak pintu! Along, cepatlah!”
            Pintu bilik dibuka dari dalam. “Nak apa ni Mia? Kacaulah, along nak tidur ni,” ujar along sambil menguap. Kemudian along bersandar di muka pintu dengan mata yang sedikit tertutup.
            “Mia nak pergi taman dengan Lily, Laila dan Nisa, boleh?” Aku meminta keizinan along untuk keluar.
            “Mia kan puasa. Nanti dahaga siapa yang susah? Mia, jugak... berbuka lambat lagi...” Along menggaru lehernya.
            “Alah along... Mia janji, Mia duduk je kat taman tu. Bolehlah along,” rayuku sambil menggoncang tangan along.
            “Suka hati Mia la. Jangan balik lambat-lambat, jangan main jauh-jauh tau!.” Along menutup semula pintu biliknya.
            “Yeay!!!” sorakku sambil menuruni tangga mendapatkan Laila, Lily dan Anisa. Selepas menutup pintu, kami berjalan menuju ke taman yang berhampiran dengan kawasan perumahan kami.
                                                            *****
SAMPAI saja di taman, ramai yang sedang bermain. Aku mengajak Laila, Lily dan Anisa duduk di papan longsor.
            “Kita nak main apa ni?” soal Anisa.
            “Kita main kejar-kejar nak?” cadang Lily.
            “Tak naklah, nanti dahaga pulak. Kita duduk kat sini jelah, tengok orang main.” Aku sudah menongkat dagu melihat budak-budak lain bermain dengan cerianya. Sedang kami leka memerhati kanak-kanak lain bermain, Devi dan Mei Ling muncul di hadapan kami dengan aiskrim di tangan. Terliur juga aku melihat aiskrim coklat itu. Dahlah nampak sedap!
            “Kamu semua tak mahu main ke?” soal Mei Ling sambil menjilat aiskrim yang sudah meleleh di tangannya
            “Tak mahulah, kami puasa.” Laila menjawab bagi pihak kami.
            “Buat apa mahu puasa? Kamu budak-budak kecik lagi maa...” ujar Mei Ling.
            “Ayah Mia cakap kalau Mia puasa penuh, ayah nak bagi seratus ringgit.” Aku memberitahu. Seperti yang kujangkakan, Devi dan Mei Ling pasti terkejut mendengarnya. Aku tersengih.
            “Wah, itu macam ka? Banyak seronok woo... Kalau saya dapat itu duit, saya beli aiskrim banyak-banyak...” Mei Ling sudah teruja.
            “Kalau saya ha, saya mahu beli itu mercun. Hari raya ada jual banyak mercun, boleh main puas-puas sama itu bunga api. Ayoyo, banyak seronoklah.” Devi sudah berangan.
            “Mama Lily cakap, tak elok main mercun. Kalau putus jari, tak boleh beraya.” Lily mula bersuara.
            “Kalau saya puasa, saya dapat duit jugak tak macam awak, Mia?” tanya Devi.
            “Dapat... mama Nisa cakap, dia akan bagi seringgit setiap hari kalau Nisa puasa dari siang sampai malam. Kalau separuh hari, mama bagi lima puluh sen je.” Anisa pula menyampuk.
            “Kalau macam tu, saya mahu puasa jugaklah esok. Mesti amma dengan appa bagi duit sama saya,” kata Devi sambil menghabiskan aiskrimnya.
            “Puasalah,” kataku.
Kemudian kami semua ketawa.
                                                            *****
PETANG ahad yang membosankan. Selalunya, setiap petang ahad ayah akan membawa kami sekeluarga pergi berkelah. Memandangkan sekarang bulan puasa, terpaksalah kami terperap di dalam rumah.
            Ting tong!!!
            Loceng rumah berbunyi ketika kami sekeluarga sedang bersantai menonton televisyen. Ibu bangkit lalu menyelak sedikit langsir tingkap untuk melihat gerangan yang menekan loceng tadi.
            “Siapa Min?” tanya ayah.
            “Nampak macam Saraswathy. Apa yang dia nak ya?” Tanpa berlengah, ibu membuka pintu lalu melangkah mendapatkan Auntie Saras.
            Aku mengekori ibu dari belakang.
            “Ayoyo Mia... pasal apa buat anak auntie itu macam?” tanya Auntie Saras sebaik saja ibu membuka pintu pagar utama.
            “Kenapa ni Saras?” soal ibu pelik.
            “Awak mahu tahu apa dia sudah buat? Anak saya si Devi, dari pagi tak mahu makan. Tengah hari tadi dia muntah-muntah. Saya tanya sebab apa tak mahu makan? Apa yang dia merajukkan? Dia cakap Mia suruh dia puasa. Kalau dia puasa, saya akan kasi duit macam awak mahu kasi pada Mia,” terang Auntie Saras. Kemudian, dia menarik nafas. Mungkin penat bercakap tanpa henti.
            “Betul ke Mia suruh Devi puasa?” Lembut suara ibu bertanya padaku.
            “Mia tak suruh Devi puasa. Mia cuma kata ayah dengan ibu nak bagi seratus ringgit kalau Mia puasa penuh. Lepas tu Devi pun nak puasa jugak sebab dia nak auntie bagi dia duit,” jawabku seperti apa yang diperkatakan Devi.
            Ibu merendahkan badannya agar setara dengan ketinggianku. “Mia, Devi agama lain... perayaan dia tak sama macam kita. Kita Raya Aidilfitri, dia Deepavali. Lain kali jangan buat macam ni lagi tau,” nasihat ibu.
            Aku mengangguk.
            “Sekarang mintak maaf dekat auntie,” arah ibu.
            Aku menghulurkan tangan kepada Auntie Saras. “Mia mintak maaf auntie.”
            Auntie Saras menggosok kepalaku. “Okeylah Min, saya balik dulu. Mahu bagi Devi makan. Tadi dia tidur, lembik sangat badan dia.”
            “Yalah, jalan baik-baik.” Ibu menutup semula pintu pagar dan mengajakku masuk ke dalam rumah.
                                                            *****
TAMAT saja waktu persekolahan, aku terus pulang ke rumah. Aku pelik melihat pintu rumah terbuka luas. Aku lihat kereta ibu sudah berada di garaj. Perlahan-lahan aku melangkah masuk. Aku terdengar suara ibu memarahi seseorang. Aku mengintai di balik pintu masuk. Kepala kujenggukkan sedikit ke dalam. Telinga aku buka seluas-luasnya untuk mendengar butir amarah ibu.
            “Kenapa along tak puasa? Bukan ke masa mula-mula nak puasa tu along dah janji nak puasa penuh?!” marah ibu.
            Aku terkejut. Along tak puasa? Aku lihat along menundukkan wajahnya ke lantai.
            “Along dahaga sangat lepas main bola tadi,” jawab along takut-takut.
            “Siapa suruh along main bola bulan-bulan puasa, ni?”
            “Kawan along tak cukup orang sebab tu dia ajak along main sekali.”
            “Along ni dah besar tahu tak? Sepatutnya tahan sikit dahaga tu. Berpuasa menyuruh kita menahan lapar dan dahaga. Dalam kes along ni, nampak sangat along tak kuat iman. Mia yang kecik tu pun pandai tahan makan dengan minum tau! Buat malu je kalau Mia tahu,” leter ibu lagi.
            Acum!!!
            Tiba-tiba aku bersin. Along dan ibu memandang ke arah pintu masuk.
            “Hehehe...” Aku tersengih. “Mia tak dengar apa-apa...” Sepantas kilat aku berlari menaiki tangga. Sampai di bilik, aku meletakkan beg di kerusi meja belajar. Aku mencapai tuala lalu melangkah ke bilik mandi.
            Selesai mandi dan berpakaian, aku duduk di kerusi meja belajar lalu membuka zip beg. Tiga helai kertas yang mengandungi berlainan gambar aku keluarkan. Cikgu Jannah menyuruh kami mewarnakan gambar itu di rumah. Pensil warna jenama Stabilo aku keluarkan lalu mula mewarna dengan tekun.
                                                            *****
AKU sudah tersandar di kerusi. Akhirnya siap juga kerja sekolahku. Aku bangkit lalu melangkah keluar dari bilik untuk menonton televisyen di ruang tamu.
            “Mia, mari tolong ibu kat dapur,” panggil ibu ketika aku sedang khusyuk menonton televisyen.
            “Mia tengah tengok kartunlah bu.”
            “Tinggalkanlah tv tu sekejap. Mari tolong ibu, kejap lagi dah nak berbuka,” kata ibu lagi.
            “Kejap lagilah bu.” Aku masih lagi leka dengan rancangan kartun.
            “Orang perempuan tak baik malas-malas, nanti tak ada siapa nak.” Ibu sudah berdiri di hadapanku.
            “Mia kecik lagi, mana boleh kahwin. Apalah ibu ni.”
            “Kecik-kecik macam nilah kena belajar buat kerja dapur. Bila dah besar nanti senang, tak payah asyik nak makan kat luar je. Jom tolong ibu.” Ibu mengambil alat kawalan jauh lalu mematikan televisyen. Kemudian tanganku ditarik.
            Dengan malasnya, aku mengekori ibu ke dapur. Ibu memintaku mengopek ikan bilis sementara ibu memasak lauk lain.
            Selesai memasak, aku menolong ibu menghidangkan di atas meja di ruang tamu.
            “Mia pergi panggil ayah dengan along turun, lagi beberapa minit aje nak berbuka.”
            Aku berlari menaiki tangga lalu mengetuk pintu bilik ayah.
            “Masuk jelah, pintu tak berkunci,” kata ayah dari dalam.
            Aku memulas tombol pintu. “Ayah, ibu panggil turun.”
            “Kejap lagi ayah turun. Ayah nak baca surah ni dulu, lagi sikit je.” Ayah menyambung semula membaca al-Quran.
            “Okey, ayah...” Aku menutup pintu bilik ayah semula lalu melangkah ke bilik along. Pintu bilik along aku ketuk. “Ibu suruh turun,” kataku sebaik saja along membuka pintu. Kemudian aku berpusing mahu turun kebawah, diikuti Along. Sebaik sampai di meja makan, aku dan Along mula duduk di kerusi.
            Ibu keluar dari dapur sambil menatang satu jag berisi air sarsi lalu diletakkan di atas meja. “Along tak boleh makan kat sini. Along kan tak puasa, kenalah makan jauh sikit. Pergi duduk kat sofa sana,” arah ibu. Nadanya sedikit marah.
            Perlahan-lahan along mencedok nasi dan lauk ke dalam pinggan serta menuang air ke dalam gelas. Kemudian along melangkah ke sofa.
            Beberapa minit kemudian ayah turun lalu melabuhkan punggung di kepala meja. “Along, mari duduk sini. Kejap lagi nak berbuka,” panggil ayah.
            “Biarkan dia, bang. Orang tak puasa mana boleh duduk semeja dengan kita,” ujar ibu.
            “Dia tak puasa? Mana Min tahu?” tanya ayah terkejut.
            “Siang tadi guru besar call Min, suruh datang sekolah. Sampai je kat bilik guru besar, Min nampak dia dengan kawan-kawan dia kat dalam. Guru besar cakap along dan kawan-kawan dia ditangkap masa tengah minum air kat belakang makmal,” terang ibu.
            “Astaghfirullahalazim... apa nak jadi dengan kamu ni along?!” Suara ayah sudah meninggi.
            “Sudahlah bang, tadi Min dah marahkan dia. Nampaknya kita kena tarik baliklah seratus ringgit yang kita dah janjikan dulu,” kata ibu.
            Aku sudah terkejut.
            “Tapi ibu, satu hari je pun along tak puasa.” Along tidak puas hati.
            “Satu hari pun dikira tak penuh jugak. Ibu tetap akan tarik balik,” kata ibu tegas.
            Aku lihat muka along kelihatan muram.
            “Mia dapat, kan ibu?” tanyaku mahu kepastian.
            Ibu dan ayah memandangku.
“Mia mestilah dapat, sebab Mia belum pernah tinggal puasa lagi,” kata ibu sambil tersenyum.
            Aku menarik nafas lega.
            “Dah azan dah tu. Mia, baca doa,” arah ayah sebaik saja mendengar laungan azan maghrib.
                                                            *****
SEDAR tak sedar, sudah hampir sebulan aku berpuasa. Lusa pula seluruh umat islam akan menyambut Hri Raya Aidilfitri. Aku dan keluarga sudah berada di kampung halaman ketika ini. Kata ibu, beraya di kampung lebih meriah berbanding beraya di bandar kerana ramai sanak saudara ada di sini. Kata along pula, beraya di kampung banyak dapat duit raya. Aku tidak kisah beraya di mana saja asalkan dapat makan dan kumpul duit raya!
            Aku bangkit dari katil apabila terdengar suara orang bercakap di bawah rumah atuk. Aku berdiri di hadapan tingkap dengan tujuan mahu melihat gerangan yang sedang bercakap itu namun ketinggianku tidak membolehkan aku untuk melihat ke bawah. Aku memandang sekeliling bilik atuk dan mataku terhenti pada bangku di meja solek. Aku melangkah ke meja solek lalu mengangkat bangku itu untuk dibawa ke hadapan tingkap. Kemudian aku memanjat bangku itu dan menjengukkan kepalaku ke bawah. Aku lihat along dan kawan-kawannya, Abang Zali dan Abang Kamal sedang berbincang sesuatu. Aku mengambil peluang ini untuk mendengar.
            “Jadi tak plan kita esok?” tanya along.
            “Jadi punya. Mercun aku dah siap beli semalam, tinggal nak bakar je,” jawab Abang Zali.
            “Mercun apa yang kau beli?” tanya along lagi.
            “Aku beli mercun mancis, mercun naga, mercun papan, pop-pop pun ada.”
            “Hek eleh... pop-pop pun kau beli? Tak mencabar langsunglah mercun yang kau beli ni Li. Yang aku beli lagi gempak!” sampuk Abang Kamal.
            “Apa dia?” tanya along tidak sabar.
            “Aku beli mercun das, mercun lalat, mercun rocket, mercun mancis... barulah best sikit,” ujar Abang Kamal dengan bangganya.
            “Along nak main mercun ke? Jangan main, nanti ibu marah. Ibu cakap, bahaya main mercun, nanti jari putus,” sampukku dari tingkap bilik.
            Along, Abang Kamal dan Abang Zali mendongakkan kepala ke atas.
“Alamak, kantoi! Bila masa pulak budak kecik ni ada kat situ Ril?” tanya Abang Zali.
            “Yang ibu cakap tu untuk Mia je sebab Mia budak kecik, tak pandai main mercun. Along dah besar, pandai jaga diri. Dahlah, masuk dalam. Tak payah nak terintai-intai orang lelaki nak bercakap.” Along menghalauku.
            “Mia bagitahu ibu yang along nak main mercun...” Aku mengugut.
            “Eh Mia, jangan! Mia!”
            Aku tidak mempedulikan panggilan along. Aku turun dari kerusi lalu melangkah ke dapur untuk mencari ibu. “Ibu...” panggilku. Perlahan-lahan aku menuruni tangga yang diperbuat daripada papan itu.
            “Ya, sayang? Nak apa ni? Mia nak berbuka ke? Tinggal lagi satu hari je nak habis puasa. Tahan sikit ya?” soal ibu bertubi-tubi.
            “Bukan... bukan...” Aku menyangkal sambil tangan dilarikan ke kiri dan kanan.
            “Habis tu?”
            “Tadi Mia dengar along dengan kawan dia cakap, esok nak main mercun,” ceritaku.
            “Apa? Nak main mercun? Pergi panggil along sekejap,” arah ibu.
            “Aku berlari ke luar rumah. “Along, ibu panggil,” kataku sebaik saja sampai di belakang along.
            “Kecohlah Mia ni... hesy!” Along menyekeh kepalaku.
            Aku menjelirkan lidah lalu mengekori along dari belakang.
            “Betul apa yang Mia cakap?” tanya ibu sebaik saja along sampai di dapur.
            “Mia cakap apa?” soal Along. Pura-pura tidak tahu.
            “Mia cakap yang along nak main mercun esok. Betul ke?”
            Along menganggukkan kepala.
            “Ibu tak benarkan!”
            “Tapi ibu, Kamal dengan Zali dah beli.”
            “Along, mercun tu bahaya tahu tak? Tak tengok ke kat dalam tv tu ramai yang cedera sebab benda alah tu? Along nak ke beraya kat hospital? Nak?” marah ibu.
            “Tak nak...” Along menggeleng kepala.
            “Kalau tak nak, dengar cakap ibu. Jangan main mercun, ya?”
            “Baiklah ibu.” Usai berjanji, along keluar semula mendapatkan kawan-kawannya. Sebelum itu, dia sempat memberiku satu jelingan yang paling tajam.
            Heh! Tak takut pun!
                                                            *****
“IBU, along sakit perut,” ujarku kepada ibu yang sudah bersiap untuk ke surau.
            “Sakit perut? Eh, tadi elok je masa berbuka?” soal ibu pelik. Kemudian ibu melangkah ke bilik yang dihuni along, diikuti oleh aku. Ibu membuka pintu bilik lalu melangkah ke katil. “Along, betul ke sakit perut ni?” soal ibu risau.
            “Sakit sangat ni bu... along ingat tak jadilah nak pergi surau hari ni. Boleh tak bu?” tanya along sambil mengerengkan badannya menghadap ibu. Tangannya pula dilekatkan di atas perut.
            “Sakit kat mana ni?”
            “Kat ulu hati...” Along bersuara perlahan menahan sakit.
            “Kalau macam tu, along duduk berehat kat rumah. Mia temankan along ya?” arah ibu.
            “Eh, tak payahlah ibu. Biarlah Mia pergi, along boleh tinggal sorang-sorang,” tolak along.
            Aku lihat along nampak kalut apabila ibu menyuruh aku menemaninya. Macam ada benda yang dia sembunyikan.
            “Betul ni?” soal ibu inginkan kepastian.
            Along mengangguk lemah.
            “Along rehat dulu ya. Mia, jom kita pergi surau.” Ibu menarik tanganku.
            Sebelum sampai ke pintu, aku menoleh ke belakang. Aku pelik melihat senyuman yang terukir di bibir along. Dah agak dah!
                                                            *****
AKU menolong ibu dan mak cik- mak cikku memasukkan kuih raya ke dalam balang, sebaik saja pulang dari surau. Kakak saudaraku yang lain ada yang sedang memasang langsir, menukar sarung kusyen dan ada juga yang membantu di dapur. Atuk dan pak cik-pak cikku pula sibuk dengan lemang di luar rumah.
            “Assalamualaikum...”
            Kedengaran ada orang memberi salam di luar rumah. Ayah yang sedang membantuku mula bangkit lalu melangkah ke pintu.
            Aku mengekori ayah dari belakang.
            “Waalaikumussalam. Ada apa ramai-ramai ni Abang Ali?” soal ayah pelik.
            “Aku nak beritahu yang kami dah hantar Shahril, anak kamu tu ke hospital.”
            “Hospital? Bukan ke along tengah tidur kat bilik? Macam mana dia boleh ada kat hospital pulak? Teruk sangat ke sakit perutnya?” sampuk ibu yang tiba-tiba muncul di muka pintu.
            “Masa aku nak balik rumah tadi, Kamal panggil aku. Dia kata Shahril jatuh masa tengah main mercun kat tanah lapang,” terang Tok Ali.
            “Ya Allah...” Ibu terduduk di atas lantai mendengar berita yang disampaikan. Air mata ibu mengalir.
            Ayah memagang bahu ibu, menyuruh ibu bangun. “Cepat bersiap, kita ke hospital sekarang,” arah Ayah.  “Terima kasih semua sebab tolong hantarkan Shahril ke hospital,” ucap ayah.
            “Kami mintak diri dululah ya?” pinta Tok Ali.
            “Mia duduk dalam kereta dulu, ayah nak bersiap kejap,” arah ayah.
            Aku berlari anak melangkah masuk ke dalam kereta.
                                                            *****
“TIADA kecederaan yang serius, cuma tangan dia terseliuh sikit je,” kata doktor yang berbangsa Cina.
            Along kulihat hanya berbaring di atas katil dengan tangan kirinya berbalut. Along tidak berani untuk memandang wajah ayah dan ibu. Mungkin takut dimarahi.
            “Boleh kami bawak dia balik hari ni doktor?” tanya ayah.
            “Boleh... okeylah, saya minta diri dulu, Selamat Hari Raya,” ucap doktor Cina itu sambil mencuit pipiku. Kemudian dia melangkah keluar dari wad.
            “Kenapa along tipu ibu?” soal ibu perlahan, tidak mahu suaranya mengganggu tidur pesakit lain.
            “Along mintak maaf ibu.” Air mata along sudah mengalir.
            Aku duduk di kerusi sambil menongkat dagu memandang along.
            “Along dah janji dengan ibu semalam, kan yang along tak akan main mercun?! Kenapa along degil sangat ni ha?!” marah ibu dengan suara yang masih perlahan.
            “Sudahlah Min, yang penting along tak apa-apa. Jangan marah-marah, esok dah nak raya.” Ayah cuba menenangkan ibu.
            Ibu mendengus. “Inilah balasan untuk orang yang menipu!” Ibu melangkah keluar dari wad dalam keadaan marah.
            “Along, lap air mata tu, jom kita balik,” ajak Ayah.
“Tapi ibu masih marahkan along,” ujar Along takut-takut.
“Sekejap je marah ibu tu. Nanti dah sejuk, okeylah. Jom Mia..” Ayah memimpin tanganku.
                                                            *****
TAKBIR raya bergema di televisyen. Hari ini, bermulalah satu syawal. Selepas balik dari sembahyang sunat hari raya, keluarga kami berkumpul di ruang tamu untuk sesi bermaaf-maafan. Aku berdiri di belakang along, memerhatikan cara along memohon maaf.
            Along melutut di hadapan ayah sambil menghulurkan tangan kanannya yang tidak berbalut. “Ayah, maafkan segala salah along,” mohon along sambil menangis.
            “Yalah, ayah maafkan. Dah, pagi-pagi raya ni tak elok menangis.” Ayah menepuk belakang badan along.
            Along melangkah ke sebelah ayah lalu melutut di hadapan ibu pula. “Ibu, along tahu yang along banyak buat silap. Along degil, along menipu ibu dan along mungkir janji... along mintak maaf ibu. Kali ni along janji yang along takkan menipu ibu lagi. Maafkan along ya ibu?”
            Ibu tersenyum. “Sudahlah along, yang lepas tu biarlah lepas. Sempena hari raya ni ibu maafkan segala kesalahan along. Sakit tak tangan tu?” Ibu menyentuh perlahan tangan along yang berbalut.
            “Sikit je.” Along tersenyum.
            Ibu menyeluk poket baju kurungnya lalu menghulurkan angpau kepada along.
            “Ibu cakap tak jadi bagi, sebab along tak puasa penuh?” soal along pelik. Lambat-lambat along menyambut huluran itu.
            “Ibu bergurau je. Takkanlah ibu tak nak bagi duit raya kat anak ibu ni. Tapi lain kali jangan sekali-kali nak tinggal puasa lagi tau.” Ibu memberi amaran.
            “Baik ibu.” Along mula bangkit.
            Kini tibalah giliranku pula untuk bersalaman dengan ayah. “Selamat Hari Raya ayah...” Hanya itu saja yang aku ucapkan.
            “Selamat Hari Raya... ayah bangga dengan anak perempuan ayah ni. Tahun depan bolehlah puasa penuh lagi ya Mia...”
            “Boleh. Tapi kalau Mia puasa penuh dapat duit lagi tak?” soalku lurus.
            Ahli keluargaku ketawa mendengar soalanku.
            “Dapat...” Ayah mencium kedua belah pipiku.
            Usai bersalaman dengan ayah, aku melutut di hadapan ibu pula. “Selamat Hari Raya ibu,” ucapku sambil mencium tangan ibu.
            “Selamat Hari Raya... anak ibu ni tak nak mintak maaf kat ibu ke?”
            “Mia ada buat salah macam along ke ibu?” soalku pelik.
            “Takkan tak ingat kot?” duga ibu.
            Aku menggelengkan kepala.
            “Kan Mia pernah suruh Devi puasa. Sampai muntah-muntah budak tu.” Ibu cuba mengingatkan aku kembali.
            “Tu salah Mia ke ibu?” Aku mengerut dahi.
            “Salah Mia la sebab Mia yang beria-ia cerita pasal duit kalau puasa penuh...”
            “Mia mintak maaf ya ibu? Nak duit raya...” Aku sudah menghulurkan tangan.
            “Amboi, tak sabar betul budak ni. Ibu belum maafkan lagi, dah mintak duit raya.” Ibu menghulurkan angpau kepadaku.
            Ahli keluargaku ketawa melihat telatahku.
            “Yeay... yeay... dapat duit raya...” Aku bersorak sambil terlompat-lompat kesukaan. Kemudian aku berlari mahu ke bilik.
            “Eh, nak ke mana tu?” tanya along.
            Aku berpaling. “Nak simpan duit dalam tabung,” jawabku.
            “Dengan along pun tak salam lagi, dah nak masuk bilik,” rungut along.
            Aku memuncung. Perlahan-lahan aku mengatur langkah ke arah along. Aku menghulurkan tangan untuk bersalam. “Selamat Hari Raya...” Aku menggoncang kuat tangan along lalu berlari ke bilik.
            “Hesy, budak ni kan!” Hanya itu yang aku dengar. Mungkin tangan along terasa sakit dengan perbuatanku tadi.
                                                            *****
AKU tersenyum mengingati telatahku dahulu. Matahari sudah semakin terik. Perlahan-lahan aku bangkit dari buaian lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Di pintu masuk, aku bertembung dengan ummi.
            “Ummi baru nak panggil Mia masuk makan tengah hari. Mari kita makan,” ajak ummi.
            Aku mengekori ummi dari belakang. Sampai saja di meja makan, aku melabuhkan punggung di sebelah uumi.
            Ummi mencedokkan nasi ke dalam pingganku dan walid. Hari ini kami hanya makan bertiga kerana Kak Ifa, Abang Nan dan Zarif tidak akan balik untuk makan tengah hari. Manakala Alif pula bersekolah.
            “Ummi, bila Abang Rif dah balik nanti jangan bagitau dia yang Mia ada kat bilik bawah tau,” pintaku.
            “Kenapa pulak?” tanya ummi
Walid turut melemparkan pandangan ke arahku.
            “Saja nak bagi kejutan kat Abang Rif.” Aku tersengih.
            “Yalah...”
            Selepas makan, aku mengangkat pinggan mangkuk untuk dicuci namun ummi menghalang. Ummi menyuruh aku menonton televisyen tetapi aku tetap berkeras mahu mencuci. Aku berasa bersalah tidak menolong ummi memasak tadi. Akhirnya ummi mengalah dengan syarat, aku hanya dibenarkan mencuci pinggan dan gelas yang telah aku gunakan saja. Aku hanya akur.
            Dari satu siaran ke satu siaran aku tukar namun tiada satu rancangan pun yang berjaya menarik minatku. Mataku mulai terasa berat dan aku mula menguap. Perlahan-lahan aku bangkit untuk ke bilik. Ketika ingin menaiki tangga, ummi memanggilku.
            “Mia...”
            Aku menoleh. “Ya ummi?”
            “Nak pergi mana tu?”
            “Nak masuk bilik. Mengantuklah ummi. Makan banyak sangat tadi.” Aku meneruskan langkah untuk menaiki tangga.
            Bilik Mia kan kat bawah.” Ummi mengingatkan.
            Langkahku terhenti. “Hehehe... lupa pulak.” Aku segera melangkah ke bilik yang terletak bertentangan dengan ruang tamu. Pintu bilik kukuak. Langkah kuatur ke katil lalu merebahkan badan. Perlahan-lahan mataku tertutup.
                                                            *****
AKU terjaga apabila terdengar bunyi bising. Perlahan-lahan aku bangkit dari katil lalu melangkah ke pintu. Pintu bilik kukuak sedikit lalu mengintai ke luar. Aku lihat Zarif sudah mundar mandir di ruang tamu.
            “Ummi,” panggil Zarif.
            “Ada apa yang bising-bising ni Rif?” Ummi muncul di ruang tamu dengan memakai telekung, manakala walid pula dengan berkain pelekat dan berkopiah.
            “Mia, ummi... Mia dah hilang. Dia tak ada dalam bilik.” Zarif sudah duduk di sofa sambil memicit kepalanya.
            “Rif dah cari betul-betul ke?” tanya ummi.
            “Dah... Rif dah cari tapi tak jumpa pun Mia. Mana dia pergi?” Zarif meramas rambutnya.
            “Rif cari kat mana?”
            “Kat balkoni... bilik air pun tak ada...” Zarif mengeluh.
            “Kat bilik tu Rif dah cari?” sampuk walid sambil menundingkan ibu jari ke arah bilik yang kuhuni sekarang.
            Aku mengecilkan lagi pintu bilik apabila terlihat Zarif merenung ke pintu bilik.
            “Takkan dia ada kat bilik tu kot, sebab dia janji tak nak turun ke bawah.”
            “Cubalah cari dulu,” kata walid lagi.
            Aku menutup pintu perlahan apabila aku terlihat Zarif sedang bangun dan mula menghampiri bilik ini. Perlahan-lahan aku melangkah ke katil lalu duduk sambil menunggu Zarif sampai ke bilik. Beberapa saat menunggu, pintu bilik terkuak. Aku memaniskan muka sebaik saja wajah Zarif berada di hadapan mata.
            “Ya Allah... kat sini rupanya Mia!” Zarif menghampiriku lalu melabuhkan punggung di sebelahku. Dia meraup wajahnya. “Sayang tahu tak betapa risaunya abang tadi mencari sayang. Kenapa turun? Kan sayang janji tak nak turun...” Wajahnya serius. Aku tahu dia sedang menahan marah.
            “Abang, Mia mintak maaf. Mia pindah bilik ni pun sebab tak nak menyusahkkan ummi. Kalau Mia pindah bilik bawah, tak payahlah ummi asyik turun naik tangga hantar makanan je.” Aku mengulang jawapan yang kuberikan pada ummi tadi.
            “Mia tak ada buat kerja rumah, kan?”
            “Tak ada...” Aku menggeleng.
            “Dahlah, abang nak pergi mandi dulu.” Zarif mula bangkit mahu melangkah keluar. Baru saja sampai di pintu, dia berpaling semula. “Malam ni Mia tak payah pergi sembahyang tarawih la,” katanya.
            “Kenapa pulak?” soalku tidak puas hati.
            “Mia kan dah sarat... dengar cakap abang ya?” pujuknya.
            Aku mengangguk.
            Dia terus melangkah ke bilik mandi.
                                                            *****
PERUTKU terasa memulas-mulas. Aku memanjangkan tangan untuk membuka lampu tidur. Aku terasa sesuatu yang basah di kainku. Perlahan-lahan aku bangkit dari katil. Air ketuban dah pecah ke? Aku melangkah ke tempat beg pakaianku diletakkan lalu mengeluar baju dan tudung. Aku menahan rasa mencucuk pada perut lalu melangkah ke bilik mandi untuk menukar pakaian. 
            Selesai menukar pakaian, aku mengejutkan Zarif. Aku ingin meminta dia membawaku ke hospital. Aku dapat merasakan sudah tiba masanya untuk aku melahirkan. “Abang... bangun bang...” Aku menggerakkan tubuhnya.
            “Dah nak sahur dah ke? Kejap lagilah abang bangun.” Dia mengerengkan tubuhnya membelakangiku.
            “Abang, bangunlah... Mia rasa dah sampai masa ni...” Aku menggerakkan badannya lagi.
            “Belum lagi tu... imsak lama lagi. Sayang tidurlah dulu, nanti ummi kejutkan.” Dia berkata dengan mata terpejam.
            “Abang, ni bukan pasal sahur tapi perut Mia ni sakit sangat!” Sedikit keras suaraku sambil menahan sakit di perut yang kerap datang setiap lima minit.
            “Hah! Dah nak bersalin ke? Ya Allah, kenapa Mia tak cakap awal-awal? Jom kita ke hospital!” Dia menarik tanganku. “Ummi! Walid! Abang Nan! Kak Ifa! Bangun, Mia nak bersalin ni!” jerit Zarif ketika kami berada di ruang tamu.
            Pintu bilik ummi dan Kak Ifa segera terbuka sebaik saja mendengar jeritan Zarif yang kuat. Ummi, walid, Kak Ifa dan Abang Nan segera turun mendapatkan aku.
            “Mia dah nak bersalin?” tanya ummi risau.
            “Mia rasa macam nak bersalin sebab perut ni sakit sangat. Aduh!” Perutku terasa memulas lagi. Tangan kananku sudah memegang pinggang.
            “Cepat ummi, kita ke hospital sekarang,” ajak Zarif.
            “Takkan kamu nak pergi hospital dengan pakaian macam ni Rif?” kata walid.
            Aku dan Zarif memandang pakaian yang dipakai oleh Zarif. Zarif terkejut manakala aku pula sudah tergelak melihat dia memakai kain pelekat dan t-shirt pagoda. “Mia tunggu sekejap, abang nak tukar baju.” Zarif memasuki bilik untuk menukar pakaian.
            “Ummi pun nak tukar baju kejap.” Ummi dan walid turut masuk ke bilik.
            Setelah semua selesai menukar pakaian, Zarif memimpinku masuk ke dalam kereta. Kak Ifa dan Abang Nan pula akan menyusul nanti kerana anak mereka masih tidur.
                                                            *****
“ADUH! Sakitnya bang!” jeritku ketika berada di bilik bersalin. Wajahku sudah dibasahi peluh. Aku menggenggam kuat tangan Zarif.
            “Sabar sayang, sekejap je lagi baby kita akan lahir.” Zarif memberiku kekuatan.
            “Puan, tarik nafas perlahan-lahan. Kalau saya kata push, puan push ya.” ujar doktor.
            Perlahan-lahan aku menarik nafas, cuba mengikut arahan doktor. Kesakitanku sedikit berkurang dengan berbuat begitu.
            “Okey puan, push!” arah doktor.
            Aku menarik nafas lalu meneran. “Arrgghh!!” Terasa sedikit lelah.
            “Tarik nafas...”
            Aku mengikut arahan doktor.
            “Push!
            “Arrrggghhh!!” Sekali lagi aku meneran.
            “Sikit je lagi puan... kepala dah nampak!”
            Aku menarik nafas dan menahannya.
            “Push!
            Dengan sekuat tenaga aku meneran. “Allahu akbar!! Arrgghh!!” Aku menarik nafas lemah sebaik saja mendengar suara tangisan bayi.
            “Tahniah, encik dapat anak lelaki.” Doktor memberikan bayiku kepada jururawat untuk dibersihkan dan ditimbang. Selepas itu bayi itu diserahkan pada Zarif.
            Zarif menyambut lalu mula mengazankan bayi kami. Selesai mengazankan, Zarif menunjukkan bayi itu kepadaku.
            Aku mengucup pipi dan dahi bayiku.
            Zarif menggenggam tanganku. “Sayang, terima kasih kerana sudi melahirkan anak abang. Rupanya dia pun nak menyambut puasa dengan mama dan papa dia.” Zarif mengucup tanganku.
            Aku tersenyum lemah. Terima kasih Ya Allah... terima kasih kerana mempermudahkan segala-galanya. Hari ini, tepat pukul 4 pagi, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang seberat 3.05 kilogram. Pada pertama ramadhan, aku sudah bergelar seorang ibu dan ini merupakan pertama kali aku menyambut puasa sebagai isteri kepada Syed Zarif Uwais. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran anak kami. Amin...

~TAMAT~


P/S: Ni merupakan cerpen tahun lepas. Tak ada idea nak buat cerpen ramadhan yang baru... baca jelah yang lama ni ya...

 
;