From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Monday 30 January 2012

Cerpen Dan Anda #1

Assalamualaikum w.b.t.

As a sign of gratitude for the effort shown by the writers, we've created a cover for all 7 earliest cerpens.
kepada penulis yang menghantar cerpen, harap anda suka cover untuk cerpen anda. 
with love, 7 street writers

It's time, people. tik!tok!tik!tok! So... here we go! the first lucky cerpen is!!! *drum rolling.


Title : Sikit Pun Tak!
By : Nas Chuare @ Kenzuha


Tinta- kenzu
 [2011]
Sebelum pertemuan.
Sue menyelak album sekolahnya yang sudah tujuh tahun ditinggalkannya tiba-tiba selakannya terhenti di satu halaman yang menempatkan gambar kelas semasa di tingkatan lima dahulu. Ditatapnya wajah-wajah itu satu persatu dan tatapannya terhenti apabila melihat wajah rakan baiknya, Izatul Fazrihan serta musuh ketatnya Akmal Fariz ‘dan dia ni’ lantas kenangan lalu datang menerjah ke dalam kotak fikirannya tetapi tidak sepenuhnya dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk berhenti mengingati kisah dulu.
****************************************************************************
7 tahun yang lepas,
[2004]
“Sue, kau nak keluar rehat ke?,”soal Izatul Fariha sambil menulis sesuatu di bukunya.
“Ehm, keluar. Kenapa?,”balas Sue pula.
“Tolong belikan kuih untuk aku,boleh?,”pinta Izatul Farihan sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“La, ingatkan apa tadi! Boleh,”balas Sue sambil tersenyum nipis.
“Terima kasih Sue, sayang kau!,”kata Izatul sambil menunjukkan gaya manjanya.
“Ah,kau!,”balas Sue sambil menjeling manja, ‘adush!kalau aku lelaki dah tergoda dah ni!,’kata Izatul dalam hati lalu tersenyum.
“Jomlah,tak sampai hati pulak aku nak suruh kau gi sorang-sorang,” kata Izatul tiba-tiba lalu menutup bukunya.
Sue menepuk dahinya, sudah dia agak akan kata-kata rakannya itu. Haha!! Dia ketawa dalam diam, ‘Ira..Ira..,’dia sekali lagi tersenyum!
Semasa dalam perjalanan Sue dan Izatul ke kantin, Sue tiba-tiba dilanggar oleh seseorang sehingga menyebabkan  dia tertolak Izatul dan Izatul hampir sahaja jatuh ke dalam longkang.
“Mangkuk hayun! Sape yang jalan tak tengok ni,ha?!,”marah Izatul , panas hati!
“Maafkan saya,”kata pemuda itu dengan nada suara yang bersalah namun Izatul tetap Izatul,jika tidak puas hati maka dia tidak akan berdiam diri!
“Ah! Senang je kau cakap,maafkan saya. Kalau aku jatuh tadi,macam ne?,”marah Izatul lagi tanpa dia sedari bahawa kata-katanya telah menyebabkan pihak ketiga iaitu rakan pemuda tadi naik angin.
Akmal Fariz tiba-tiba menyampuk,“eh! Cik adik, kan kawan saya dah minta maaf tadi.”
Geram betul dia melihat wajah minah kerek dihadapannya itu!
Sue bertindak menarik lengan Izatul apabila dia lihat Izatul sudah bersedia untuk melancarkan serangan mulutnya sekali lagi,
“Ira,dah la. Dia dah minta maaf dah pun,maaf yer,” kata Sue kepada dua orang pemuda itu sebelum dia mengheret Izatul berlalu dari situ walaupun Izatul tidak mahu.
Izatul sempat menghadiahkan mereke dengan satu jelingan tajam manakala Sue yang menyedari perbuatan Izatul itu,hanya mampu menggelengkan kepalanya. ‘Ira,Ira..tak habis-habis dengan baran dia,’keluh Sue.
“Li,kenapa kau biar budak perempuan tu marah kau tadi? Ish, longkang betul mulut budak tu!,”soal Akmal dengan nada amarah sebaik sahaja kelibat kedua-dua orang gadis tersebut sudah menghilang daripada pandangannya.
“Luculah kau ni Mal,aku yang salah tadi. Aku yang cuai,jalan tak tengok depan,”balas Fadzli dan kemudiannya tersenyum.
“Giler ah! Kau ni,baik sangat der!,”kata Akmal masih lagi tidak puas hati.
Lantas Fadzli memegang lembut bahu rakannya itu, “Mal,aku bukan baik sangat tapi memang dah salah aku tadi. Lagipun, dia orang pun pernah jadi rakan sekelas dengan kita dulu.”
Akmal mengerut dahi, “bila masa?.” Fadzli hanya tersenyum lalu mengorak langkah meninggalkan Akmal Fariz terpinga-pinga.
“Sue..Ira..hmm..Hah! Suzana and Izatul Fazrihan kan?,” tekanya lalu mengejar Fadzli yang sudah beberapa langkah di hadapannya.
Sementara itu, di dalam kelas 5NA.
Izatul Fazrihan tidak habis-habis menyoal Sue tentang hal tadi.
              “Kau kenapa halang aku?,”soal Izatul masih tidak puas hati.
               “Ira,dia orang tu..bekas rakan sekelas ngan kita dulu,tau tak!,”kali ini Sue pula yang naik angin.

Izatul terdiam, kali pertama dia melihat Sue naik angin seperti itu. Hendak dia bertanya lagi dia tidak berani lalu dia hanya mendiamkan diri sahaja. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan Sue disebabkan oleh hal itu, dia tak mengerti apakahnya yang sebenarnya mengganggu fikiran rakannya itu. Lalu dia mengambil keputusan untuk memecahkan tembok kedinginan antara mereka.

Petang itu, dia ke rumah Sue dia hendak menjernihkan semula perhubungan persahabatan mereka, dia tidak mahu kehilangan Suzana.
                “Assalamualaikum,Sue..,”tidak lama kemudian kedengaran pintu rumah itu dibuka dari dalam.            
                “Ira, mak cik ingatkan sapa tadi. Masuklah,”pelawa ibu Sue yang berasal dari Kedah itu.
Izatul hanya tersenyum lalu menapak masuk ke dalam rumah Sue.
                “Sue mana ,mak cik?,”soalnya apabila dia lihat tiada kelibat Sue di situ.
               “Oh, Sue pergi kedai kejap,” jawab Puan Sharipah lalu membawa diri ke dapur dan tidak lama kemudian dia keluar dengan membawa dulang yang berisi sepiring biskut dan seteko air teh.
              “Ala mak cik, susah-susah je,”lantas Izatul menyambut huluran cawan daripada ibu Sue, lemah lembutnya.

Baru sahaja dia hendak menghirup teh panas itu, dia terdengar orang memberi salam dari luar tapi itu bukanlah suara Sue sebaliknya suara kanak-kanak.

              “Assalamualaikum! Mak long! Mak long!,”suara yang tadinya sayup-sayup tiba-tiba berubah menjadi lebih kuat.

Puan Sharipah memandang hairan wajah Izatul sebelum melangkah ke pintu hadapan rumahnya. Cik Die ataupun nama sebenarnya Mohd Azidi berlari-lari ke arah Puan  Sharipah dalam keadaan termegah-megah dia cuba untuk menuturkan kata-katanya.

Izatul terasa lucu melihat gelagat budak berusia 6 tahun itu, apalah yang menyebabkan dia termegah-megah sampai begitu sekali.

                “Cik Die, kamu ni kenapa?,” soal Puan Sharipah sambil mengurut-ngurut belakang badan si kecil itu.

              “ Mak long, Kak Sue! Kak Sue tengah belasah budak laki!!,”kata Cik Die.

              “Apa?! Kat mana?,”soal ibu Sue kepada si kenit itu.

              “Kat semak belakang padang, budak laki tu ramai wooo Mak long,”balas Cik Die lagi. Puan Sharipah segera mengajak Izatul ke padang berdekatan dengan rumahnya itu.

“Sue, mak cik dah pesan kat dia. Jangan masuk campur urusan orang lain!,”keluh Puan Sharipah manakala Izatul hanya masih terkejut dengan cerita yang dia dengar tadi.

Sue, kawannya yang terkenal dengan sikap lemah –lembutnya itu! Belasah orang?!
Manakala Sue, masih lagi mempertahankan gadis yang ternyata lebih muda daripadanya dari terus menjadi mangsa sampah berlima itu.

“Kau apehal? Kalau nak join pun, tak payah la sampai nak tunjuk terror kau kat sini!,”jerkah salah seorang daripada mereka.

“Kak..,”si gadis tadi memegang erat tangan Sue. Sesungguhnya dia takut untuk memandang wajah lelaki-lelaki itu dan merasa menyesal kerana mempercayai Zaril dan mengikutinya ke situ.

 “Macam mana aku tak masuk campur? Kalau korang nak rosakkan kaum sejenis dan seagama dengan aku?!,”balas Sue dengan nada berani.
Seraya dengan itu terdengar bunyi-bunyian yang membingitkan telinganya apabila mereka berlima ketawa.

“Kau kata kita orang nak rosakkan dia, kau salah! Dia yang rela hati ikut si bertuah ni!,”balas lelaki itu sambil menepuk bahu Zaril manakala si Zaril itu hanya menundukkan mukanya.
Lantas Sue memandang sekilas ke arah gadis tadi yang ternyata pucat lesi mukanya, ‘rela,kejadahnya kalau dah muka macam ni?!’.

“Walau apapun alasan kau, aku tak kan serahkan budak ni kat kau,”kata Sue lalu berpusing dan menarik lengan gadis itu supaya menuruti langkahnya namun tiba-tiba langkahnya terhalang apabila lengannya disentap kasar oleh lelaki durjana tadi.
Sue terkejut lalu dia menendang kaki lelaki itu dan mengarahkan supaya gadis itu melarikan. Sebaik sahaja dia hendak melarikan diri, dia sedar ia sudah terlambat kerana dia kini sudah dikepung oleh mereka berempat dan pemuda yang seorang lagi hanya memerhati dari jauh.

 “Dah, terlepas adik. Tapi tak pe,si kakak ada,”kata lelaki itu lagi sambil ketawa kemudiannya diikuti oleh rakan-rakannya.

“Tak!Korang jangan harap!,”balas Sue walaupun dia tahu dia dalam bahaya.
Langkahnya diundur setapak ke belakang bersedia dengan segala serangan yang bakal dia terima sebentar lagi. Tiba-tiba,

“Polis!!,”jeritnya lalu merempuh mereka yang berada di hadapannya apabila mereka masing-masing terkejut dan menyangka polis ada di situ.
Dia berlari sekuat hati kerana dia tahu bahawasanya dia sekarang dikejar oleh sampah-sampah itu! ‘Aduyai! Nape la hutan ni masih tak jumpa jalan keluarnya!,’sempat lagi dia merungut dalam hati. Tiba-tiba,

“Buk!!,” bapak! Sakit !! Sue tersungkur di atas tanah, “woi, apa main serang-serang hendap ni?!,” segera dia bangun berhadapan dengan mereka semua.

“Kau nak lari ke mana?,”soal lelaki tadi lalu melangkah menghampiri Sue dan Sue pula mengundur setapak demi setapak dan terhenti.
Kini lelaki itu sudah memegang erat lengan Sue, Sue menendang kaki lelaki itu namun tiada respon daripada lelaki sebaliknya dia ketawa.

‘Pergh! Bela setan gamaknya!,’duga Sue lalu cuba merentap semula tangannya namun tidak berjaya! Lantas dia tiada jalan lain selain melanggar janjinya pada ibu.
Tangan lelaki itu dikilas sehingga menyebabkan dia terjerit-jerit lalu disepak lelaki itu sehingga dia tersungkur di hadapan kawan-kawannya.

“Tak guna!! Korang tunggu apa lagi?! Belasah dia!!,”jerit lelaki itu  lantas kawan-kawannya menerpa ke arah Sue namun berbekalkan ilmu persilatan arwah bapanya, Sue berjaya mengelak namun tanpa disedari ada satu serangan hendap dibelakangnya dan dia tidak sempat mengelak.

Buk! Hayunan kayu itu mengenai kepalanya dan membuatkan dia pening dan terduduk di atas tanah dan dirabanya kepalanya. Cecair pekat yang panas itu menyebabkan dia tak mampu hendak berdiri mahupun berlawan lagi, saat itu wajah arwah bapa,ibu, Izatul, Cik Die dan rakan-rakan yang lain terbayang di mindanya. Walaupun dia dalam keadaan separuh sedar, dia masih mampu melihat bayangan lelaki tadi melangkah ke arahnya dengan sisa tawa apabila melihat dia yang sudah tidak mampu berlawan itu. Sesungguhnya saat itu dia takut, menerima segala dugaan dihadapannya.

“Ya, Allah!,”katanya lalu menangis, tolong dan dia tidak mampu hendak membuka matanya lagi.

Tiba-tiba, “hiiyak!,” kini lelaki tadi sudah terbaring kesakitan di atas tanah.

“Sue!!!,”jerit Izatul lantas dia berlari mendapatkan rakannya yang berlumuran darah itu.
Sue menggagahkan diri untuk membuka matanya tetapi dia letih, dia tak mampu dan dunianya tiba-tiba menjadi gelap.

“Sue!,”jeritan Izatul memecah sunyi manakala Puan Sharipah menangis teresak-esak.  
*****************************************************************************
[2011]
Sebuah pertemuan.
                “Haha, kau ni kan tak habis-habis dengan cerita tipu kau tu. Ira, bila kau dengan Akmal nak melangsungkan perkahwinan? Tak sabar dah ni,”soal Sue sengaja hendak mengusik rakan baiknya itu. Izatul hanya mencebik marah mendengar usikan rakannya itu.

 Sesampai sahaja dia di rumah, dia hairan apabila melihat kereta yang pasti bukan milik sesiapa yang dia kenali diluar rumah. Dia tidak jadi hendak menapak masuk ke dalam rumah sebaliknya berjalan ke padang di kawasan taman perumahan itu.

Setiap kali dia menapak ke kawasan itu, dia seperti teringat akan sesuatu namun dia sendiri tidak tahu apakah perkara itu. Setiap kali dia cuba mengingati peristiwa yang pernah terjadi dahulu,dia juga terpaksa menanggung kesakitan di dalam kepalanya. Teringat dia pada pesan ibu, supaya tidak terlalu memaksa diri untuk mengingati peristiwa lepas.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi.

“Ibu,yer. Sue saja ambil angin dulu,dah nak balik ni,” jawab Sue sambil tersenyum lalu memutuskan panggilan itu dan berpaling sambil tersenyum untuk pulang ke rumah namun senyumannya mati apabila melihat seorang pemuda yang tidak dia kenali berdiri di hadapannya sambil tersenyum nipis dan kemudiannya muncul seorang gadis yang umurnya dalam lingkungan 20-an dari belakang lelaki itu.

Gadis itu menghampiri Sue lantas memeluknya, dia terkejut!

“Eh, dik-dik! Salah orang kot,”balas Sue apabila gadis itu masih lagi memeluknya.

Gadis itu merenung dia dan kemudiannya berkata, “akak tak ingat saya?.”
Suzana terus menggeleng dan jawapannya itu menghampakan gadis tersebut.

“Akak ini sayalah, yang kejadian tujuh tahun yang lalu tu. Akak tak ingat ke? Akak yang selamatkan saya waktu tu,”soalan bertubi-tubi daripada gadis itu menyebabkan kepalanya terasa sakit lantas dia memicit-micit kepalanya.

Menyedari akan keadaan Suzana, Iqbal lantas menahan adiknya daripada terus menerus bertanya kepada Suzana.

“Abang..,”dipandang mata adiknya yang sudah berair itu lalu dipeluk sebentar adiknya sebelum melangkah ke arah Suzana.

“Mari, saya hantar awak balik,”pelawa Iqbal namun pelawaannya ditolak baik oleh Suzana.
Iqbal hanya mengiringi langkah longlai Suzana dengan pandangan sayu, ‘Sue,andai awak tahu..’ lalu dia memandang adiknya yang sudah terhinjut-hinjut menahan tangisan.

“Adik, she needs time..,”katanya lalu memapah adikknya sehingga ke kereta.
Puan Sharipah tersenyum melihat anaknya yang sudah kembali ceria pagi itu, tidak lagi muram seperti petang semalam. Dia masih lagi teringat akan peristiwa petang semalam, Suzana dilihatnya pulang ke rumah dengan muka muram dan pucat namun dia tidak sempat menegur anak sulungnya itu kerana dia Suzana terus melangkah masuk ke dalam bilik.

“Ibu,”sapa Sue lalu menyentuh lembut bahu ibunya tatkala ibunya masih leka termenung.

“Oh, yer. Maaf, tadi ibu teringat zaman dulu. Hehe..,”balas ibunya lalu tersengih. Suzana tertawa kecil mendengar kata-kata ibunya sebelum menyalami tangan ibunya.

“Ibu,Sue pergi dulu ye. Assalamualaikum,”katanya sebelum memandu kereta ke tempat kerjanya.
Di pejabat, usai sahaja dia membuat kerjanya dia terus mencari Izatul untuk diajak keluar makan tengah hari dengannya dan dia juga ingin menceritakan kisah semalam kepada Izatul.

Belum sempat dia hendak mendail nombor Izatul, setiausahanya sudah mengetuk pintu. “Come in,”kata Suzana, lalu Izzati masuk ke dalam biliknya.

“Cik Suzana, someone has come just now and he wants to meet you. He said, your mother asked him to come,”jelas Izzati kepada ketuanya.

Suzana mengerling ke arah jam tangannya lalu menjawab, “ok,tells him to come in.” ‘Maaflah, Ira. Tak dapat lunch dengan kau,’bisiknya.

Ketukan kali kedua, dia tidak segera angkat muka sebaliknya setelah dia mempersilakan tetamu itu duduk barulah dia mengangkat mukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati pemuda petang itu berada di hadapannya.

Iqbal tersenyum melihat gelagat Suzana manakala Suzana tidak membalas senyuman itu.

‘Kalau aku tahu mamat ni,aku tak bagi masuk la!,’rungutnya dalam hati.

 “Tapi awak dah bagi saya masuk dalam bilik ni,so tak payah menyesal,”kata Iqbal sambil tersenyum manakala Suzana terlopong! ‘Macam mana dia tahu?,’ Suzana tidak berani memandang wajah Iqbal rasa takut pula.

“Awak belum lunch lagi kan?,”soalnya lalu berdiri secara tiba-tiba dan memandang Suzana dengan senyuman.

“Belum, tapi saya ada urusan lain. Jadi boleh saya tahu apa urusan awak dengan saya?,”kali ini Suzana serius!

Iqbal duduk semula, kemudiannya dia mengeluh berat. “I’m your fiance, your secret fiance, Nor Aqila Suzana,” Iqbal bersuara lagi, memang benar Suzana tidak mengetahui sama sekali akan perkara ini.

“What?,”kata-kata lelaki yang entah apa nama di hadapannya itu mengingatkan dia terhadap perkara yang diberitahu oleh Izatul yang disangkanya hanyalah sebuah kisah dongeng tapi rupa-rupanya tidak.
Dia memegang kepalanya, ‘aduh,sakitnya..’ manakala Iqbal resah melihat keadaan tunangnya itu.

“Sue, are you okay?,”soal Iqbal apabila melihat Suzana yang memicit kepalanya.

Suzana mengangkat tangan mengisyaratkan supaya Iqbal tidak menghampirinya, “and what about last evening? Betul ke pasal apa yang gadis semalam bagi tahu tu?.” Dia mahu tahu tentang segalanya hari itu juga, segalanya sebelum dia disahkan hilang ingatan.

“Yes,”walau pun serba salah, Iqbal mengiyakannya juga dan seraya dengan itu Suzana jatuh pengsan

. “Sue!!,”jerit Iqbal.
            
             “Maafkan saya, mak cik. Sebab saya Sue masuk hospital, saya terlalu ikutkan perasaan,”kata Iqbal menyesali perbuatannya.

Puan Sharipah tidak memarahi Iqbal sebaliknya hanya berkata, ‘tidak mengapa.’ Izatul yang menunggu di luar bilik sakit itu hanya tersenyum mendengar perbualan bakal mertua dan bakal menantu itu. Tiba-tiba doktor keluar dari bilik itu dan menghampiri mereka,

“jangan risau. Anak puan dalam keadaan stabil dan ingatannya sudah kembali pulih.” Sesungguhnya saat itu mereka memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kehadrat Illahi.

Manakala di dalam bilik tersebut, Suzana yang kini sudah pulih ingatannya terbayang akan segala peristawa yang berlaku dulu. Seingat dia, tatkala dia sakit ada yang selalu menemaninya selain ibu dan Izatul. Namun dia tidak pasti apakah lelaki itu ialah Iqbal? Tapi kenapa? Lamunannya terhenti apabila Izatul dan ibunya masuk ke dalam bilik itu.

“Ira, ibu. Iqbal mana? Sue ada benda nak bincang dengan dia,”pertanyaan Suzana menyebabkan Izatul dan ibunya berpandangan sesama sendiri.

“Kejap, ibu panggil,”balas ibunya lalu mencuit bahu Izatul mengisyaratkan supaya mengikutnya. Selepas ibunya dan Izatul keluar, dia membetulkan kedudukannya dan tudung yang tersarung di kepalanya.
Tidak lama kemudian, kelihatan Iqbal masuk ke dalam bilik itu dan wajahnya tidak lagi seceria selalu. Tanpa membiarkan masa disia-siakan begitu sahaja, Sue memulakan bicara terlebih dahulu.

“Kenapa awak ada sepanjang waktu saya sakit?,”soal Suzana sambil merenung tajam ke arah Iqbal.

“Sebab, adik saya yang menyebabkan semua ni berlaku pada awak,”balas Iqbal setenang yang mungkin walau pun dia takut untuk membongkar kebenaran.

“Patutlah,”kata Sue dengan nada menyindir.

Iqbal bingung dengan kata-kata Sue, “apa maksud awak?.”
Suzana kemudiannya turun dari katil itu dan melangkah ke arah Iqbal namun tidak terlalu dekat.

“Maksud saya,awak tak perlu rasa bersalah pada saya. Jangan bertunang dengan saya kerana simpati, saya tak mahu kehidupan peribadi awak terhad kerana rasa tanggungjawab terhadap saya.

“Kita putus jelah,”terang dan jelas kata-kata Suzana namun Iqbal tidak mahu mengerti!

“Kenapa awak menghukum saya? Saya bukan bertunang dengan awak sebab adik saya,Syikin tapi sebab..,”belum sempat ayatnya dihabiskan, Suzana sudah memintas,

 “please, we have our own life. Iqbal, saya harap awak faham.” Setelah mendengar kata-kata itu, Iqbal hanya mampu melangkah keluar daripada bilik tersebut.

Dia tidak mahu Suzana melihat air matanya, sungguh dia sayang dan kasih pada wanita itu sejak dari zaman persekolahannya lagi dan ketika dia tahu wanita itu dalam kesusahan dia bergegas ke tempat kejadian dan menendang Azri yang sedang mendekati Suzana yang berlumuran darah di kepalanya.

Lima tahun sudah berlalu.

Kini sudah lima bulan ikatan pertunangan antara mereka berdua terkubur disebabkan keinginan Suzana dan semenjak itu jugalah Suzana sudah tidak lagi berjumpa dengan Iqbal. Barulah dia sedari bahawa perasaan terhadap Iqbal wujud dan tidak dibuat-buat.

Teringat dia akan hari pengembalian cincin tunang kepada keluarga pihak lelaki,hanya ibu dan keluarga Izatul yang pergi ke rumah Iqbal. Ketika dia sibuk menyiram pokok di luar rumah, dia ditegur oleh Syikin yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu pagar.

“Syikin,masuklah,”pelawanya lalu membuka pintu.

Usai sahaja dia membuka mangga pintu tersebut, Syikin terus memeluknya.

“Akak, tolong jangan putus dengan abang. Dia perlukan akak,”rayu Syikin sambil menangis-nangis manakala Suzana hanya membalas pelukan itu dengan lebih erat lalu berkata,

“itu yang sebaiknya dik. Hanya itu yang terbaik untuk kami berdua.”

Syikin meleraikan pelukan itu lalu menyerahkan buku hitam itu kepada Suzana dan berkata,

“untuk akak.”

Selepas Syikin pulang, dia membuka buku yang diberikan oleh Syikin kepadanya. Helaian pertama diselaknya, tulisan itu sangat kemas dan dia sama sekali tidak menyangka bahawa Iqbal mempunyai tulisan yang sangat kemas. Bacaannya terhenti pada catatan bertarikh Disember 2004,

-Disember 2004 –
Aku gembira hari ini, aku sudah berjaya buat Aqilah bercakap dengan aku. Aku sengaja langgar dia tapi dia tak marah langsung malah minta maaf kat aku. Hmm,salah aku..Aku tak tahu macam mana nak bercakap dengan dia lagi, Ya Allah…Banyaknya dugaan.

Dia tersentak, teringat kembali akan peristiwa di mana Izatul hampir terjatuh ke dalam longkang. ‘Dia sengaja?,’Suzana seakan-akan tidak percaya dengan matanya saat itu, sungguh dia tak percaya! Bacaannya diteruskan lagi, kemudiannya terhenti di muka surat yang bertarikh sama dengan kejadian di padang taman rumahnya itu.

-Disember 2004-
Ya Allah, mohon padamu Ya Allah.. Mohon diselamatkan Aqilah, sesungguhnya aku sayang padanya Ya Allah..tak sanggup hambamu ini kehilangannya, tak sanggup Ya Allah.Maafkan aku Aqilah,aku sampai selepas kau dipukul. Aku tak sangka,maaf aku tak mampu lindungi kau sewaktu kau memerlukan,maaf selepas ini aku akan pastikan kau tidak terluka lagi.

‘Dia..?’Suzana memegang dadanya,terasa pedih dan tiba-tiba air matanya mengalir perlahan. Diselaknya lagi buku itu, dan kali ini dia terhenti pada halaman di mana dicatatkan sebagai hari bersejarah.

-Hari paling bersejarah-

 Aqilah sudah sedar dan dia kini sudah mampu mengingati segala peristiwa kecuali hari itu. Dia mengenali semua yang berada disekelilingnya tidak terkecuali Akmal Fariz rakan baikku sendiri namun dia tidak mengenali aku. Tetapi sebaik sahaja melihat senyumannya, sudah cukup melegakan hatiku, aku bersyukur pada-Mu Ya Allah! Terima kasih, Ya Allah!

Kini bukan sahaja pipinya dibasahi dengan air mata, malah kain tudung juga sudah hampir basah. Dia sudah tidak sanggup hendak membaca lagi. Namun dia ingin tahu apakah catatan terakhir Iqbal lalu dia menyelak muka surat terakhir yang bertulis dan dia tergamam apabila melihat gambarnya.

-Nor Aqilah Suzana-

Rupanya dia bukanlah jodohku, jika perpisahanlah yg tidak akan menyakitkan mu..Aku rela.

Buku itu ditutup rapat kerana walaupun segalanya sudah terungkai namun ia sudah berakhir.

 “Semoga awak, bahagia,”kata Suzana lalu buku itu disimpan rapi di dalam almarinya.

“Sue!,”jeritan Izatul mematikan lamunannya. “I’m coming!,”lalu dia berlari-lari anak ke dapur dan dia lihat Izatul sedang berselera menyantap makanan yang ibunya masak.

“Woi! Agak-agaklah, tahu la berbadan dua pun..,”haha dia sempat ketawa dan mencubit pipi gebu Izatul yang kini sudah mengandung dua bulan.

Izatul dilihatnya mencebik marah,masih dengan tabiat lamanya.

Keesokan harinya dia pergi kerja seperti biasa, kini dia sudah bergelar seorang jurutera yang berpengalaman di pejabatnya, setiap kali mesyuarat diadakan dia yang akan mengetuainya.

“Selamat pagi,”ucapnya pada Syndey sebelum melangkah ke biliknya. Tiba-tiba dia menerima panggilan intercom daripada setiausahanya.

“Yup,”katanya lalu mendengar pesanan daripada Izzati,

“Cik, hari ini pengarah baru dari Australia akan mula bertugas menggantikan Tuan Kamil dan Cik Aqilah diminta oleh Tuan Kamil untuk menjemputnya di lapangan terbang pada pukul 2.30 petang ni.”

“Apa?,”dia terkejut mendengar pesanan itu, ‘jemput kat lapangan terbang? That’s totally poyos!,’omelnya dalam hati namun tugas tetap tugas!

Kini dia sudah berada di KLIA yang tersergam indah, menunggu ketibaan si Tuan Pengarah Consultant Holding yang baru.

“Manalah manusia sorang ni, dah setengah jam aku tunggu tapi tak muncul-muncul,”rungutnya sebelum melangkah kedai berdekatan untuk membeli air.

Ketika dia sedang minum,dia terpandang seseorang yang sangat dia kenali lantas dia bersembunyi di dalam kedai itu, dia memegang dadanya.

‘Stop! Nape kau berdegup kencang,please stop!,’pintanya sebelum dia mengangkat mukanya melihat keadaan di luar kedai tersebut.

“Fuh! Selamat!,”katanya lega kerana ‘orang’ itu sudah tiada. Kemudianya dia melangkah dengan penuh semangat menuju ke keretanya apabila mendapat mesej bahawa Tuan Pengarah sudah menunggu di keretanya.

“Aku tak faham,macam mana dia boleh tahu kereta aku yang mana satu,”dia membebel-bebel sambil mempercepatkan langkahnya.

Sesampai sahaja dia di keretanya, dia lantas berpusing semula dan ingin melarikan diri kerana yang sedang berdiri di situ ialah orang yang dia hindari tadi. Fadzli yang melihat reaksi Suzana, terus mengejarnya.

“Stop! Sue, stop! Tolong berhenti,kenapa awak lari dari saya?,”soal Fadzli tidak puas hati.

“Please, jangan endahkan saya. Saya datang sini pun sebab nak jemput bos baru saya,”kata Suzana namun dia masih tidak mampu membalas renungan mata itu.

Fadzli tertawa kecil lalu berkata, “yup! That’s me! I’m your new bos.”
Suzana terkisma lalu dia memandang wajah Fadzli ‘no kidding?,’soalnya dalam hati.

“Yup! No kidding!,”balas Fadzli seperti dulu, dia pandai meneka perasaan Suzana.

Setelah beberapa saat, Suzana mengangkat kedua-dua belah tangannya lalu berkata, “saya letak jawatan,tuan.”

Fadzli mengeluh sudah diagaknya perkara ini akan berlaku sambil merenung kereta Suzana yang sudah jauh menghilang lalu dikeluarkan telefon bimbitnya,

“assalamualaikum! Adik,datang ambil abang kat KLIA.”
Malam itu, Fadzli ataupun nama sebenarnya Mohd Iqbal Fadzli bertandang ke rumah Suzana bersama keluarganya. Dia ingin membalas dendam kerana Suzana telah meninggalkan di KLIA seorang diri.

“Mak cik, Sue mana?,”soalnya apabila dia tidak nampak kelibat Suzana di dalam rumah itu.

“Oh, Sue. Dia keluar kejap, kejap lagi balik la tu,”balas Puan Sharipah.
Iqbal tersenyum lalu meminta diri untuk menunggu Suzana di luar rumah, ketika berada di luar dia terlihat Suzana sedang menyusup masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. ‘Banyak helah!,’bisik hatinya lalu dia menuruti langkah Suzana yang tidak menyedari akan kehedirannya di situ.

“Lega!,”katanya separuh berbisik sebelum ingin melangkah ke arah tangga tersebut namun langkahnya mati apabila Iqbal sedang duduk di atas anak tangga tersebut sambil tersenyum padanya.

“Jangan lari lagi, Aqilah. Boleh tak awak jujur pada diri awak?,”Iqbal tiba-tiba bersuara. Suzana hanya terpaku diam seribu bahasa, ‘jujur pada diri sendiri?.’

Kini Iqbal sudah bangun lalu melangkah menghampirinya tetapi tidak terlalu hampir, “saya cuma nak suruh awak jujur pada diri sendiri. Awak ada perasaan pada saya kan?,”soal Iqbal sambil tersengih.

“Tak,sikit pun tak de,”balasnya dengan wajah slumber.

Iqbal ketawa lagi, “memang sikit tak de,tapi banyak ade kan?.”

Seraya itu wajah Suzana bertukar menjadi merah kerana menahan malu manakala Iqbal berlari ke ruang tamu, “mak, minggu depan jugak orang nak kahwin dengan Aqila!.”

Gulp! ‘Gila,ah!’Suzana tergamam!

Kata-katanya yang secara tiba-tiba itu menyebabkan ahli keluarga yang lain terdiam beberapa saat dan kemudiannya mereka ketawa mengenangkan sikap Iqbal yang terlalu seronok itu.Childish!

Walaupun dia geram dengan keputusan Iqbal yang dibuat tanpa berbincang dengannya, tetapi entah mengapa hatinya berbunga lalu dia tersenyum!
 ‘mungkin,sebab suka tu bukan sikit tapi banyak kot..’dia tersenyum meleret.

notakaki : how's the starting? rasa semangat tak nak baca cerpen seterusnya? tunggu lusa, ok? hehe.. :D jangan lupa tinggalkan komen anda di petak komen, ya? terima kasihhhhh~~

Thursday 26 January 2012

Cerpen dan Anda - 3 hari lagi :)

Assalamualaikum w.b.t and hye, people.

it's 26th january already. we have 3 days to go utk kami publish cerpen2 yg dihantar ke email kami.
but, unfortunately, we still don't get enough 7 short stories from our readers/followers yet.
dear ladies and gentlemen, show us your support!!
buat yg nk hantar cerpen anda, anda masih ada masa sehingga 29hb Januari (ahad) ini.
sila taip dgn tahap kelajuan cahaya. haha..
buat yg dah hantarkan cerpen anda, terima kasih banyak2.

jadi bagi yang belum hantar, cepat2 rebut peluang ini.
send ur cerpen ke 7streetwriters@gmail.com AS SOON AS POSSIBLE.


sekian, terima kasih.
semoga Allah merahmati, insyaAllah.

wassalam :)

regards, 7streetwriters.

notakaki : i bet, mereka yg dah hntr cerpen tu mesti tersenyum suka. am i right? *angkat2 kening.

Tuesday 24 January 2012

Muhasabah Cinta



“Amal. Jom makan dulu.” Langkah gadis itu terhenti.
“Tak apa lah. Amal tak lapar.” Dia kembali meneruskan langkahnya.
“Adik.” Suara itu mematikan langkahnya yang baru hendak bermula. Dia berpusing kembali kea rah meja makan itu.
“Duduk, ambil pinggan, makan.” Arahan yang kedengaran agak tegas di telinganya. Tapi..
“Bila adik cakap adik tak nak, that’s mean TAK NAK. Jangan paksa adik, boleh tak?” Suaranya masih terkawal walaupun dikeraskan sedikit. Tangan abangnya dilihat sedikit menggigil, tahan geram.
“Dah, Along. Jangan paksa adik. Adik, jangan balik lambat sangat. Nanti ayah marah lagi kalau adik balik lewat macam semalam.” Tak sempat ayat itu habis, kelibat si gadis sudah hilang dari pandangannya. Puan Amna hanya mampu melihat sahaja.
“Along minta maaf bagi pihak adik, ibu.” Aizat bersuara. Kesal dengan sikap adiknya terhadap ibu tiri mereka.
“Tak apa. Ibu faham. Along jangan keras sangat dengan adik. Dia masih tak boleh terima ibu. Along jangan paksa dia. Nanti makin dia memberontak pula.” Tenang suara itu. Setenang riak wajahnya. Tapi dalam hati, siapa yang tahu?

“Ammar, nak pergi mana tu? Subuh tadi baru balik, tak kan dah nak keluar dah?” Encik Hazri menegur anak lelakinya itu. Entah kenapa, dalam empat anaknya itu, yang nombor tiga ni agak susah untuk dijangka dan agak banyak member masalah kepadanya.
“Ammar dah janji dengan kawan. Ayah tak payah risau lah, Ammar reti jaga diri sendiri.” Anak muda itu teus melangkah keluar tanpa sempat Encik Hazri bersuara.
“What should I do to get my Ammar back?” dia berkata perlahan. Roti bakar yang terhidang di atas meja makan itu dicapai, kemudian dikunyah perlahan. That’s all my fault, and I have to pay for it.

“Dude.. Apa plan hari ni?” Ammar menegur rakan-rakannya yang sedang lepak di kedai mamak itu. Kerusi kosong di meja sebelah diambil. Asap rokok berlumba-lumba keluar dari mulut dan hidung rakan-rakannya itu. Ammar mengibas tangannya, cuba mengurangkan jumlah asap yang memasuki hidungnya. Sesak! Walaupun dia rajin melepak bersama mereka, namun dia masih tetap dengan prinsipnya. Katakan TIDAK kepada rokok.
“Pergi jamming lah jom. Dah lama kan tak jamming? Aku nak lepas gian ni.” Fadhli mencadangkan. Bersemangat sungguh. Yang lain hanya mengangguk, setuju.
“Ok jugak tu. Sekarang ke?” Ammar bertanya lagi.
“Relax lah bro, baru pukul 11 pagi. Lepak dulu. Kau dah makan belum?”
 “Belum. Kejap, aku nak order.” Dia memanggil pelayan yang kebetulan lalu di sebelah mereka. Setelah pesanan dibuat, perbualan mereka disambung semula.
“Ayah kau tak marah ke kau keluar ni? Semalam dah lah balik lambat, kan?” Arif di sebelah kanannya bertanya. Air milo ais di hadapannya disedut rakus. Haus! Panas pulak hari ni.
“Huhh?? Biar lah dia tu. Malas aku nak fikir. Buat sakit hati je.” Ammar berkata tanpa perasaan. Fadhli menyiku Arif, memberi isyarat supaya tidak bertanya soalan berkaitan ayah rakannya itu lagi. Mood Ammar boleh berubah sekelip mata jika diajukan soalan berkenaan dengan bapanya itu. Arif menggigit bibir, salah soalan.

“Three, four.” Dan muzik bergema di dalam ruang studio itu. Lagu I’m Not Strong Enough nyanyian Apocalyptica memenuhi ruang studio, diikuti lagu-lagu lain. Kumpulan anak muda itu kelihatan puas. Sememangnya bagi mereka, ini cara terbaik untuk mereka menzahirkan segala rasa.
“Aaaahhhh.. puas gila dapat jamming. Good job, guys. Aku balik dulu lah. Sorry tak dapat join korang minum-minum kat mamak depan ni. Aku ada hal. Chow dulu, ok? Jumpa lagi bila-bila.” Tangan itu mencapai beg galas di tepi kerusi yang didudukinya. Langkah diatur kemas, keluar dari ruang studio itu. Rasa marah yang disimpan telah dilepaskan. Lega.
“Ooopsss.. Sorry. Tak sengaja.” Dia segera meminta maaf apabila terlanggar seseorang ketika menuruni tangga studio itu. Dia segera mengutip drumsticksnya yang terlepas dari pegangan. Tak sempat nak masukkan dalam beg sandang yang dibawanya itu.
“It’s ok. No problem. Salah aku jugak, tak sempat nak elak.” Lelaki yang bertembung dengannya tadi bersuara. Mujur perlanggaran yang berlaku tidak kuat. Kalau tak, mahu tergolek lelaki itu dengan keadaan anak tangga yang agak kecil dan curam.
“Ok, got to go. Sorry again. Bye.” Dia mengangkat muka apabila selesai mengutip barangan yang terkeluar dari beg sandangnya itu dan bersedia untuk menyambung langkah. Mahu tak terkeluar semua? Berjalan sambil tangan sibuk nak masukkan drumsticks kat dalam beg. Padahal boleh je kalau dia berhenti sekejap dekat tangga tu tadi.
“Eh?” Suara lelaki itu menyedarkannya. Lelaki itu memetik-metik jarinya, seakan sedang mengingati sesuatu.
“Huh?” dia mengerutkan dahinya, tak faham.
“Kenapa?”
“You.. ermm.. A.. you.. Amal.. haaa.. Amal kan? Amalina, right? Amalina Insyirah, darjah empat Jingga, Sekolah Kebangsaan Gemilang?” lelaki itu bertanya ragu-ragu. Amal terdiam seketika. Dia memerhatikan lelaki di hadapannya.
“Yup, that’s me. Kau...” Kata-katanya tergantung. Dahinya berkerut, sedaya-upaya cuba mengingat.
“Kau siapa?” wajah lelaki tadi yang seakan teruja, berubah hampa. Kecil hati apabila si gadis tidak mengingati dirinya.
“Huh?? Tak ingat aku dah? Sampai hati.” Kata-kata itu menyebabkan dia berusaha sehabis boleh untuk menyelongkar kembali rakan-rakan ketika dia di sekolah rendah dahulu. Akhirnya dia hanya mampu menayang gigi yang kemas tersusun, sambil menggeleng. Memang tak ingat!
“Sampai hati. Ye lah, siapa lah kita ni untuk orang tu nak ingat. Sampai hati kau kan, Syira?”
Syira?? Automatik satu nama melintas di ingatannya. Hanya seorang sahaja yang memanggil dia Syira. Nama penuhnya Amalina Insyirah. Jadi kebanyakan kawannya akan memanggil dia Amalina atau Amal. Hanya seorang sahaja yang akan memanggil dia Syira. Ammar.
“Am..mar? Ammar Wafi?” dia bertanya teragak-agak. Lelaki itu kembali tersenyum lebar. Kepalanya diangguk laju.
“Jom, pergi minum kat bawah sekejap. Lamanya tak jumpa kau. Sombong dah sekarang. Hahaha..” Amal hanya mampu menggeleng kepala, tak tahu nak jawab apa. Mereka berjalan bersama menuju ke kedai mamak yang terdapat di bawah studio itu. Hal tadi mungkin boleh postpone, kut. Ikut suka hati anda, Amal.
Ammar naik ke atas sebentar untuk memberitahu rakan-rakannya yang lain. Terpaksa batalkan niat nak berjamming hari ini, a long lost childhood friend ni lagi penting bagi dia.

“Syira.” Amal yang sedang mengunyah mee goreng mamak memanggung kepala. Keningnya dijungkit sedikit, bertanya. Mulut penuh dengan mee, tak boleh nak bercakap.
“What had happened to you? Seingat aku, last time aku jumpa kau, you are still a cute little girl.” Ammar bertanya serius.
“And the last time was past 10 years, isn’t it? People changed, Ammar. What did you expect?” Dia masih terus menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya.
“I’m expecting you to be a girl, Syira.” Masih serius.
“Wehh.. aku perempuan lah. Tang mana pulak aku jadi lelakinya ni?” Nada suaranya sudah sedikit meninggi.
“Aku tak pernah nampak perempuan main drum. And your hair.. mana rambut panjang kau tu? Yang dulu kau sayang sangat nak gunting? Sampaikan masa aku tarik sampai putus rambut kau sehelai pun, kau menangis-nangis merajuk dengan aku. Lepas tu terus tak tegur seminggu, kan? Where is the old Syira?”
‘He remembers every single thing about me, huh?’ Hatinya berdesis.
“Kau ingat semua tu?” Cuba lari topik.
“Yes. Sure I do. Dan kau jangan nak cuba tukar topik dengan aku. I can sense it.” Kantoi. Tak dapat lari. He knows me better.
“The old Amalina Insyirah was gone.” Dia mula serius.
“Gone to??” Ammar juga masih serius.
“Ammar. Did you know, mak aku dah tak ada?” Soalan yang tiba-tiba itu mengejutkan Ammar.
“Sorry.. Aku tak tahu. Errr..” Kata-katanya tersekat di kerongkong.
“It’s ok. Dah lama, 3 years ago. A week before SPM.” Mukanya tidak mencerminkan apa-apa perasaan. Ammar hanya mengangguk.
“Dan kau berubah macam ni, sebab mak kau meninggal?” Ammar tak dapat tahan mulutnya dari bertanya.
“Nope. Aku admit, aku ambil masa untuk pulih dari kesedihan bila mak aku meninggal. She is the one and only mother I have, Ammar. And it’s really hurt when I know that she will never come back. Tapi aku sedar, setiap yang hidup tu, pasti akan pergi jugak suatu hari nanti.”Dia berkata tenang.
“Ok. Then, apa yang buat kau jadi macam ni?”
“Eh, gaya kau ni macam aku berubah jadi alien je kan?” Dia cuba untuk mengurangkan ketegangan. Namun lelaki di hadapannya masih berwajah serius.
“Ek ena.. yang kau serius semacam ni kenapa?” Ammar hanya diam.
“Ok.. Ayah aku kahwin lain. Aku tak boleh terima. So, this is a way untuk aku memberontak, mungkin. Bagi aku, bila ayah aku kahwin lain, macam dia dah lupakan arwah mak aku. Sedangkan bagi aku, tak ada sesiapa pun boleh ganti tempat mak aku. Kau faham tak?”
Ammar mengangguk, faham.
“Aku faham.” Hanya itu jawapannya.
“Apa yang kau faham?” Amal sedikit terpinga-pinga.
“Aku faham apa yang kau rasa, sebab ayah aku pun kahwin lain jugak.” Riak wajah lelaki itu sukar ditafsir.
“To make it worse, my parents, dia orang divorced. At least ayah kau tak menduakan mak kau semasa hayatnya. Tapi ayah aku, dengan selamba depan mak aku dia keluar berkepit dengan perempuan lain, yang masa tu dah jadi wife dia. Aku tak tahu pun mula-mula. Tapi bila terserempak depan mata, dan mak aku boleh tenang je masa tu, aku jadi pelik. Bila aku tanya mak aku, dia cakap dia yang bagi izin untuk ayah aku kahwin lain. Sebab dia tak nak ayah aku buat maksiat.” Giliran Amal pula ternganga, tak percaya. That must be really hurt, for sure.
“Naaaa.. It’s ok. Benda dah lama lepas. Kau tak payah buat muka simpati macam tu. Aku ok je. Cuma aku terpisah dengan mak aku, bila ayah aku ugut akan buat sesuatu pada mak aku, kalau aku tak tinggal dengan dia. tapi sekarang, dia dah terima balasannya, perhaps. Isteri muda ayah aku lari dengan lelaki lain bila habis harta ayah aku semua dia kebas.”
Amalina mengangguk sahaja. Tak tahu nak kata apa.
“Dah la. Kita tak payah cerita benda sedih. So, apa kerja kau, other than being a.. drummer? Kau sangat rare, kau tahu? Terkejut jugak aku tadi. Biasanya aku nampak perempuan main bass, guitar or jadi vocalist je. Huhu..” Ammar masih seronok bercakap. Teruja, lebih tepat. Amalina ketawa.
“You are not the first person yang cakap benda tu. Tapi entah ey. Aku lagi suka main drum. Once aku ketuk drum tu, segala rasa marah yang ada dalam diri aku ni, aku dapat lepaskan. Kalau tak banyak pun, at least ada sikit yang kurang.” Amal meneguk minumannya. Ammar mengangguk kepala. Setuju.
“Kau?” tiba-tiba Amal bertanya.
“Aku apa?” Ammar tak faham dengan soalan yang tiba-tiba tu.
“Drum? Bass? Vocal or guitar?”
“Ohhh.. aku main angklung.” Ammar sengih. Amal tunjuk penumbuk.
“Aku cungkil gigi kau pakai drumstick aku ni kang.” Amal ketawa. Ammar terus tutup mulut.
“Aku vocal la.” Ammar diam. Amalina membulatkan matanya. Agak terkejut.
“Betul?” Tak percaya lagi.
“Betul.. Aku tipu.” Lelaki itu ketawa. Garfu yang digunakan untuk menyuap mee goreng diangkat, gaya nak jadikan Ammar seorang Ammar selamat.
“Joking la. Sentap je kau ni. Aku main bass.” Cool. Hati Amal suka. Sebab dia memang suka tengok lelaki main bass. Erk??
“By the way, macam mana hubungan kau dengan mak tiri kau?” tiba-tiba je Ammar masuk balik topic keluarga mereka. Amal terdiam.
“Tak baik. Entah la. Aku admit, mak tiri aku baik sangat layan aku. Tapi still, aku tak boleh terima dia. aku rindu mak aku. Aku tak nak, bila aku baik dengan mak tiri aku, aku jadi lupa pada arwah mak aku.” Riak mukanya berubah mendung.
“It’s ok. Slow-slow lah. Bila kau terima mak tiri kau, doesn’t mean you don’t love your late mother anymore. She will always be in your heart, kan? Tak ada siapa boleh ambil tempat seorang ibu dalam hati kita ni.” Ammar tenang.
“Entah lah. Agak susah sebenarnya. Along dah banyak kali nasihat aku, tapi aku susah nak terima.” Amalina mengeluh.
“Take your time. Tak perlu rush.” Mereka diam. Setelah beberapa ketika, masing-masing meminta diri.



“Amal, mari sarapan sekali.” Wanita itu masih tidak jemu mengajak. Langkah Amalina yang tadinya agak tergesa-gesa, terhenti. Dia memandang meja makan di mana ibu tiri, ayah serta abangnya sedang duduk di situ.
‘Try to accept her as your mom, Syira. Bila kau terima ibu tiri kau, tak bermaksud kau dah lupakan arwah mak kau. She will always be in your heart, kan?’ Kata-kata Ammar beberapa bulan yang  lalu terngiang-ngiang di telinganya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke arah meja makan itu, duduk di sebelah abangnya. Pinggan berisi nasi goreng yang dihulur oleh Puan Amna diambil, lalu dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Aizat, Puan Amna serta Encik Razak melihat gadis itu, tidak percaya. Selama ini, mana dia pernah dia duduk setempat dengan Puan Amna. Air mata bergenang di mata Puan Amna, terharu.

“Ibu..” Amal memanggil perlahan. Pergerakan tangan puan Amna yang sedang membilas pinggan di sinki dapur terhenti. Did she??
“Ibu..” Suara itu kedengaran lagi. Tapi kali ini, bersama pelukan dari belakang. Puan Amna terkaku.
“Ibu, Amal mintak maaf. Amal banyak dosa dengan ibu. Amal anak derhaka.” Esakan mula kedengaran. Puan Amna berpaling, menghadap gadis yang sedang teresak itu. Tangannya [antas menyeka air mata yang mengalir deras.
“Amal tak bersalah. Amal tak ada dosa dengan ibu. Ibu faham.” Puan Amna turut mengalirkan air mata, terharu. Rambut Amalina yang sudah panjang, diusap perlahan-lahan. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Kau bukakan pintu hatinya untuk menerima aku sebagai ibunya.
Amalina tersenyum. Lapang terasa dadanya. Tak sia-sia dia ditemukan semula dengan Ammar. Selama ini, tak ada siapa yang cuba untuk nasihat dia supaya berbaik dengan ibu tirinya itu. Rakan-rakan lepaknya juga tidak pernah cuba untuk menyedarkan dia. Dan apabila disebut tentang Ammar, hatinya digaru resah. Lelaki itu sudah lama tidak memunculkan diri. Apabila dia cuba menghubungi telefon bimbit Ammar, turut tidak berjaya.


Tangannya tak berhenti menekan keypad telefon bimbit di tangan. Nombor yang sama did ail, dan jawapan yang sama juga diterima.
‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi’.  Ammar! Where have you been?
Langkah kakinya diatur kemas. Tudung yang terletak elok di kepala, dibetulkan. Dia menyalahkan dirinya. Tak pernah ambil tahu di mana Ammar tinggal. Hanya tahu nombor telefon bimbitnya, cukup ke untuk jejak lelaki itu yang sudah MIA (­missing in action) lebih dari sebulan lalu?
Buk!!
Telefon bimbit di tangan selamat mencecah lantai. Cover belakang telefon bimbitnya tercabut. Mujur bateri tak tertanggal sekali. Dia kutip telefon bimbitnya itu. Masih hidup. Means, masih ok. Biar la bateri dah ngok ngek macam mana pun, selagi dia boleh call, mesej, semua tu ok je untuk dia.
“Sorry.” Suara orang yang melanggarnya. Tapi suara tu..
“Ammar?” Amalina melihat insane di hadapannya dengan riak tidak percaya. Punya lama dia cari, contact tak dapat, tiba-tiba muncul macam turun dari langit?
“Errr.. Syira?” Ammar teragak-agak. Wanita di hadapannya ini, masih wanita yang sama dari segi nama. Tapi sudah sangat berbeza dari segi penampilan. Baju kurung ungu yang dipakai gadis itu, tampak sangat sesuai dengan tuan punya badan. Alhamdulillah. It’s a good sign, he could say.
“Ammar.” Amalina bersuara perlahan. Akhirnya.. Tapi persoalan masoh belum terjawab.
“Where have you been for last one month? Aku call, tak dapat. Asyik makwe kau je jawab. Aku mesej, tak reply. Hanphone kau masuk laut ke?” dia bertanya terus. Malas nak fikir lama-lama. Tanya, dapatkan jawapan terus, kan senang?
“Eh? Makwe mana?” Ammar pelik sekejap.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi.” amalina buat muka meluat. Bernanah telinganya dengar suara yang sama.
“Hahaha..” Ammar ketawa besar. Suka tengok mimik muka Amal. Sumpah lawak.
“Aku.. simpan handphone aku dalam almari.” Jawapan jujur.
Huh?
“Dalam almari? Buat apa? Bagi lipas-lipas dalam almari kau guna?” Amalina tembak sesuka hati.
“Almari aku mana ada lipas. Bersih lah!” Ammar geram.
“Aku..ikut kawan aku, travel.” Ammar meneruskan kata-katanya. Tak sedar mereka berdiri di tengah laluan awam. Bukan nak pergi duduk mana-mana. Tapi peduli apa? Selagi tak ada yang suruh ke tepi, mereka static je lah di situ.
“Excuse me.” Suara asing itu menyedarkan Ammar. Riak muka kurang senang yang dipamerkan oleh wanita cina itu, membuatkan Ammar mengajak Amalina ke restoran berdekatan. Lebih sesuai untuk berbincang, mungkin. Amalina hanya mengikut. Dia perlukan jawapan itu.
“Kau travel pergi mana? Bukan nak ajak aku. Macam ni lah kawan.” Amalina tarik muka. Merajuk.
“Eh? Sejak bila reti merajuk? Macam perempuan la kau ni.” Dia ketawa.
“Aku memang perempuan lah!” Amalina mula geram.
“Perempuan tak main drum.” Sengaja dia mengingatkan.
“Aku dah tak main drum lagi.”
“Seriously?” tak percaya.
“Yup, seriously.” Yakin je jawab. Ammar mengangguk.
“Ok, sekarang aku jawab soalan kau.” Dia menghela nafas panjang.
“Aku accident hari tu. quite bad. Kaki patah. Tangan luka agak teruk. Sebab tu aku pakai lengan panjang ni. Masih ada parut.” Amalina terkejut. Baru dia nak bercakap, Ammar member iisyarat supaya tunggu sehingga dia habis bercerita.
“Masa accident tu, aku dah fikir nyawa aku sampai situ je. Tapi Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk bertaubat. Sepanjang aku dekat hospital, banyak benda aku fikir. Tentang ayah aku, tentang aku punya way of life. I’m a Muslim, yes. But Islam is not my way of life. Tentang amalan aku. Cukup atau tak, kalau on that day, Allah tarik nyawa aku. Cukup ke amalan yang aku nak bawa nanti? Solat yang on and off ikut mood. Aku tak rasa semua tu cukup untuk melayakkan aku masuk syurga.” Dia diam. Matanya merenung jauh.
“Sepanjang aku dekat hospital, ayah aku susah payah jaga aku. Mak aku ada jenguk sekali sekala, sebab rumah dia jauh. Walaupun aku banyak sakitkan hati ayah aku, I can see how he loves me very much. Dia sanggup tidur lewat. Pastikan aku tidur dulu, baru dia tidur. Dari situ aku sedar. Walaupun ayah aku tak banyak bercakap, tak cakap dia sayangkan aku, tapi segala kasih sayang dia, aku boleh tengok dari cara dia jaga aku.” Ammar diam lagi. Sebak. Ayah tak pernah buang dia, walau banyak mana dia sakitkan hati ayah.
“Lepas sihat. Aku bawa diri. Dekat ayah, aku cakap aku ikut kawan aku balik kampung. Tapi sebenarnya, aku pergi sekolah pondok. Cuba cari semula diri aku yang dah hilang. Aku bawa handphone, tapi sepanjang aku dekat sekolah pondok tu, aku tak pernah on handphone aku tu. I need time for myself. Sorry, salah aku sebab tak inform dekat kau.” Dia  melihat gadis di hadapannya hanya mengangguk. Lega. gadis itu tidak melenting.
“Jadi sekarang, kau dah sembuh sepenuhnya?” Soalan itu yang pertama keluar dari mulut Amalina. Ammar mengangguk.
“Alhamdulillah, sihat. Cuma parut masih belum hilang sepenuhnya.” Dia tersenyum. Tak kisah dengan semua itu.
“Syira. Macam mana dengan ibu tiri kau?” dia bertanya teragak-agak.
“Alhamdulillah. Sekarang dah kamceng. Thanks to you, bro.” Amalina tersenyum, senang hati.
“Why me?” Ammar pelik.
“Kata-kata kau dah beri aku keberanian untuk cuba berbaik dengan ibu aku.” Masih belum berhenti tersenyum. Ammar mengangguk. Teringat saat dia bagi tazkirah sikit dekat Amal dulu.
“By the way.. masa dekat sekolah pondok tu tu, aku teringat dekat kau juga. Kadang-kadang.” Dia menggantung kata.
“Really? Apa yang kau ingat? Drumstick aku?” Cuba berlawak. Tapi nampaknya lawak dia tak menjadi. Lelaki itu serius. Hissyyy..
“Nope. Aku ingatkan diri aku, aku tak nak masuk syurga sorang-sorang. Aku nak ada seseorang temankan aku untuk sama-sama kejar syurga tu. And that person is you.” Dia berkata tenang.
Amalina gugup. Did he just propose me?
“Amalina Insyirah.” Suara itu serius. Amalina terkebil-kebil. Tangannya bermain dengan hujung tudung, gugup.
“Would you be my wife? Be my partner for the rest of my life? Be my companion on my way towards Allah’s love? Be my lover until Jannah, insyaAllah?”
“Err..” Amalina tergagap.
“It’s ok. Take your time. I give you time to think about it. Once you have the answer, you know where to reach me. Handphone aku dah on semula dah sekarang.” Ammar tersengih. Amalina malu. Pipinya terasa panas. Dia hanya mampu mengangguk.
“Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Gadis itu segera berlalu. Ibu!! Tolong!



Seminggu berlalu, namun jawapan masih belum diterima. Hampir setiap saat dia menjeling kea rah telefon bimbitnya itu. Tak ada nama yang ditunggu. Balik-balik, mesej berkaitan kerja. Hisyyy.. tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja. Ingin menghantar mesej bertanya. Tapi tak jadi. Dia dah janji nak bagi masa, kan? Sabar lah Ammar. Tak kan lari gunung dikejar.
Dia berlalu ke sofa. Tubuhnya dibaringkan. TV dibuka. Matanya dipejamkan. Cuba mencari ketenangan. Tak jumpa. Bangun, masuk bilik. Wudhuk diambil, lalu dia bersolat sunat. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Usai solat, dia berbaring di katil. Telefon bimbit yang menyala menarik perhatiannya. Ada satu mesej. Keypad unlocked. Syira. Jantungnya mula berlari laju.
+ Assalamualaikum. Maaf, aku ambil masa agak lama untuk beri jawapan pada soalan kau. Honestly, aku sendiri pun keliru dengan hati aku sendiri. But after all, lepas berbincang dengan ibu, dengan ayah, dengan along, after I’ve done the istikharah, saya, Amalina Insyirah binti Razak, bersedia untuk terima Ammar Wafi as my husband, my partner for the rest of my life, my companion on my way towards Allah’s love and  my lover until Jannah, insyaAllah.
p/s : but you still have to meet my parent first. Their answer will be my answer. J

Ammar tersenyum membaca mesej yang diterima. Everything is gonna be okay, insyaAllah. Alhamdulillah.

wrap on : 230112 : 0145

 
;