From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday, 24 January 2012

Muhasabah Cinta



“Amal. Jom makan dulu.” Langkah gadis itu terhenti.
“Tak apa lah. Amal tak lapar.” Dia kembali meneruskan langkahnya.
“Adik.” Suara itu mematikan langkahnya yang baru hendak bermula. Dia berpusing kembali kea rah meja makan itu.
“Duduk, ambil pinggan, makan.” Arahan yang kedengaran agak tegas di telinganya. Tapi..
“Bila adik cakap adik tak nak, that’s mean TAK NAK. Jangan paksa adik, boleh tak?” Suaranya masih terkawal walaupun dikeraskan sedikit. Tangan abangnya dilihat sedikit menggigil, tahan geram.
“Dah, Along. Jangan paksa adik. Adik, jangan balik lambat sangat. Nanti ayah marah lagi kalau adik balik lewat macam semalam.” Tak sempat ayat itu habis, kelibat si gadis sudah hilang dari pandangannya. Puan Amna hanya mampu melihat sahaja.
“Along minta maaf bagi pihak adik, ibu.” Aizat bersuara. Kesal dengan sikap adiknya terhadap ibu tiri mereka.
“Tak apa. Ibu faham. Along jangan keras sangat dengan adik. Dia masih tak boleh terima ibu. Along jangan paksa dia. Nanti makin dia memberontak pula.” Tenang suara itu. Setenang riak wajahnya. Tapi dalam hati, siapa yang tahu?

“Ammar, nak pergi mana tu? Subuh tadi baru balik, tak kan dah nak keluar dah?” Encik Hazri menegur anak lelakinya itu. Entah kenapa, dalam empat anaknya itu, yang nombor tiga ni agak susah untuk dijangka dan agak banyak member masalah kepadanya.
“Ammar dah janji dengan kawan. Ayah tak payah risau lah, Ammar reti jaga diri sendiri.” Anak muda itu teus melangkah keluar tanpa sempat Encik Hazri bersuara.
“What should I do to get my Ammar back?” dia berkata perlahan. Roti bakar yang terhidang di atas meja makan itu dicapai, kemudian dikunyah perlahan. That’s all my fault, and I have to pay for it.

“Dude.. Apa plan hari ni?” Ammar menegur rakan-rakannya yang sedang lepak di kedai mamak itu. Kerusi kosong di meja sebelah diambil. Asap rokok berlumba-lumba keluar dari mulut dan hidung rakan-rakannya itu. Ammar mengibas tangannya, cuba mengurangkan jumlah asap yang memasuki hidungnya. Sesak! Walaupun dia rajin melepak bersama mereka, namun dia masih tetap dengan prinsipnya. Katakan TIDAK kepada rokok.
“Pergi jamming lah jom. Dah lama kan tak jamming? Aku nak lepas gian ni.” Fadhli mencadangkan. Bersemangat sungguh. Yang lain hanya mengangguk, setuju.
“Ok jugak tu. Sekarang ke?” Ammar bertanya lagi.
“Relax lah bro, baru pukul 11 pagi. Lepak dulu. Kau dah makan belum?”
 “Belum. Kejap, aku nak order.” Dia memanggil pelayan yang kebetulan lalu di sebelah mereka. Setelah pesanan dibuat, perbualan mereka disambung semula.
“Ayah kau tak marah ke kau keluar ni? Semalam dah lah balik lambat, kan?” Arif di sebelah kanannya bertanya. Air milo ais di hadapannya disedut rakus. Haus! Panas pulak hari ni.
“Huhh?? Biar lah dia tu. Malas aku nak fikir. Buat sakit hati je.” Ammar berkata tanpa perasaan. Fadhli menyiku Arif, memberi isyarat supaya tidak bertanya soalan berkaitan ayah rakannya itu lagi. Mood Ammar boleh berubah sekelip mata jika diajukan soalan berkenaan dengan bapanya itu. Arif menggigit bibir, salah soalan.

“Three, four.” Dan muzik bergema di dalam ruang studio itu. Lagu I’m Not Strong Enough nyanyian Apocalyptica memenuhi ruang studio, diikuti lagu-lagu lain. Kumpulan anak muda itu kelihatan puas. Sememangnya bagi mereka, ini cara terbaik untuk mereka menzahirkan segala rasa.
“Aaaahhhh.. puas gila dapat jamming. Good job, guys. Aku balik dulu lah. Sorry tak dapat join korang minum-minum kat mamak depan ni. Aku ada hal. Chow dulu, ok? Jumpa lagi bila-bila.” Tangan itu mencapai beg galas di tepi kerusi yang didudukinya. Langkah diatur kemas, keluar dari ruang studio itu. Rasa marah yang disimpan telah dilepaskan. Lega.
“Ooopsss.. Sorry. Tak sengaja.” Dia segera meminta maaf apabila terlanggar seseorang ketika menuruni tangga studio itu. Dia segera mengutip drumsticksnya yang terlepas dari pegangan. Tak sempat nak masukkan dalam beg sandang yang dibawanya itu.
“It’s ok. No problem. Salah aku jugak, tak sempat nak elak.” Lelaki yang bertembung dengannya tadi bersuara. Mujur perlanggaran yang berlaku tidak kuat. Kalau tak, mahu tergolek lelaki itu dengan keadaan anak tangga yang agak kecil dan curam.
“Ok, got to go. Sorry again. Bye.” Dia mengangkat muka apabila selesai mengutip barangan yang terkeluar dari beg sandangnya itu dan bersedia untuk menyambung langkah. Mahu tak terkeluar semua? Berjalan sambil tangan sibuk nak masukkan drumsticks kat dalam beg. Padahal boleh je kalau dia berhenti sekejap dekat tangga tu tadi.
“Eh?” Suara lelaki itu menyedarkannya. Lelaki itu memetik-metik jarinya, seakan sedang mengingati sesuatu.
“Huh?” dia mengerutkan dahinya, tak faham.
“Kenapa?”
“You.. ermm.. A.. you.. Amal.. haaa.. Amal kan? Amalina, right? Amalina Insyirah, darjah empat Jingga, Sekolah Kebangsaan Gemilang?” lelaki itu bertanya ragu-ragu. Amal terdiam seketika. Dia memerhatikan lelaki di hadapannya.
“Yup, that’s me. Kau...” Kata-katanya tergantung. Dahinya berkerut, sedaya-upaya cuba mengingat.
“Kau siapa?” wajah lelaki tadi yang seakan teruja, berubah hampa. Kecil hati apabila si gadis tidak mengingati dirinya.
“Huh?? Tak ingat aku dah? Sampai hati.” Kata-kata itu menyebabkan dia berusaha sehabis boleh untuk menyelongkar kembali rakan-rakan ketika dia di sekolah rendah dahulu. Akhirnya dia hanya mampu menayang gigi yang kemas tersusun, sambil menggeleng. Memang tak ingat!
“Sampai hati. Ye lah, siapa lah kita ni untuk orang tu nak ingat. Sampai hati kau kan, Syira?”
Syira?? Automatik satu nama melintas di ingatannya. Hanya seorang sahaja yang memanggil dia Syira. Nama penuhnya Amalina Insyirah. Jadi kebanyakan kawannya akan memanggil dia Amalina atau Amal. Hanya seorang sahaja yang akan memanggil dia Syira. Ammar.
“Am..mar? Ammar Wafi?” dia bertanya teragak-agak. Lelaki itu kembali tersenyum lebar. Kepalanya diangguk laju.
“Jom, pergi minum kat bawah sekejap. Lamanya tak jumpa kau. Sombong dah sekarang. Hahaha..” Amal hanya mampu menggeleng kepala, tak tahu nak jawab apa. Mereka berjalan bersama menuju ke kedai mamak yang terdapat di bawah studio itu. Hal tadi mungkin boleh postpone, kut. Ikut suka hati anda, Amal.
Ammar naik ke atas sebentar untuk memberitahu rakan-rakannya yang lain. Terpaksa batalkan niat nak berjamming hari ini, a long lost childhood friend ni lagi penting bagi dia.

“Syira.” Amal yang sedang mengunyah mee goreng mamak memanggung kepala. Keningnya dijungkit sedikit, bertanya. Mulut penuh dengan mee, tak boleh nak bercakap.
“What had happened to you? Seingat aku, last time aku jumpa kau, you are still a cute little girl.” Ammar bertanya serius.
“And the last time was past 10 years, isn’t it? People changed, Ammar. What did you expect?” Dia masih terus menyuap mee goreng itu ke dalam mulutnya.
“I’m expecting you to be a girl, Syira.” Masih serius.
“Wehh.. aku perempuan lah. Tang mana pulak aku jadi lelakinya ni?” Nada suaranya sudah sedikit meninggi.
“Aku tak pernah nampak perempuan main drum. And your hair.. mana rambut panjang kau tu? Yang dulu kau sayang sangat nak gunting? Sampaikan masa aku tarik sampai putus rambut kau sehelai pun, kau menangis-nangis merajuk dengan aku. Lepas tu terus tak tegur seminggu, kan? Where is the old Syira?”
‘He remembers every single thing about me, huh?’ Hatinya berdesis.
“Kau ingat semua tu?” Cuba lari topik.
“Yes. Sure I do. Dan kau jangan nak cuba tukar topik dengan aku. I can sense it.” Kantoi. Tak dapat lari. He knows me better.
“The old Amalina Insyirah was gone.” Dia mula serius.
“Gone to??” Ammar juga masih serius.
“Ammar. Did you know, mak aku dah tak ada?” Soalan yang tiba-tiba itu mengejutkan Ammar.
“Sorry.. Aku tak tahu. Errr..” Kata-katanya tersekat di kerongkong.
“It’s ok. Dah lama, 3 years ago. A week before SPM.” Mukanya tidak mencerminkan apa-apa perasaan. Ammar hanya mengangguk.
“Dan kau berubah macam ni, sebab mak kau meninggal?” Ammar tak dapat tahan mulutnya dari bertanya.
“Nope. Aku admit, aku ambil masa untuk pulih dari kesedihan bila mak aku meninggal. She is the one and only mother I have, Ammar. And it’s really hurt when I know that she will never come back. Tapi aku sedar, setiap yang hidup tu, pasti akan pergi jugak suatu hari nanti.”Dia berkata tenang.
“Ok. Then, apa yang buat kau jadi macam ni?”
“Eh, gaya kau ni macam aku berubah jadi alien je kan?” Dia cuba untuk mengurangkan ketegangan. Namun lelaki di hadapannya masih berwajah serius.
“Ek ena.. yang kau serius semacam ni kenapa?” Ammar hanya diam.
“Ok.. Ayah aku kahwin lain. Aku tak boleh terima. So, this is a way untuk aku memberontak, mungkin. Bagi aku, bila ayah aku kahwin lain, macam dia dah lupakan arwah mak aku. Sedangkan bagi aku, tak ada sesiapa pun boleh ganti tempat mak aku. Kau faham tak?”
Ammar mengangguk, faham.
“Aku faham.” Hanya itu jawapannya.
“Apa yang kau faham?” Amal sedikit terpinga-pinga.
“Aku faham apa yang kau rasa, sebab ayah aku pun kahwin lain jugak.” Riak wajah lelaki itu sukar ditafsir.
“To make it worse, my parents, dia orang divorced. At least ayah kau tak menduakan mak kau semasa hayatnya. Tapi ayah aku, dengan selamba depan mak aku dia keluar berkepit dengan perempuan lain, yang masa tu dah jadi wife dia. Aku tak tahu pun mula-mula. Tapi bila terserempak depan mata, dan mak aku boleh tenang je masa tu, aku jadi pelik. Bila aku tanya mak aku, dia cakap dia yang bagi izin untuk ayah aku kahwin lain. Sebab dia tak nak ayah aku buat maksiat.” Giliran Amal pula ternganga, tak percaya. That must be really hurt, for sure.
“Naaaa.. It’s ok. Benda dah lama lepas. Kau tak payah buat muka simpati macam tu. Aku ok je. Cuma aku terpisah dengan mak aku, bila ayah aku ugut akan buat sesuatu pada mak aku, kalau aku tak tinggal dengan dia. tapi sekarang, dia dah terima balasannya, perhaps. Isteri muda ayah aku lari dengan lelaki lain bila habis harta ayah aku semua dia kebas.”
Amalina mengangguk sahaja. Tak tahu nak kata apa.
“Dah la. Kita tak payah cerita benda sedih. So, apa kerja kau, other than being a.. drummer? Kau sangat rare, kau tahu? Terkejut jugak aku tadi. Biasanya aku nampak perempuan main bass, guitar or jadi vocalist je. Huhu..” Ammar masih seronok bercakap. Teruja, lebih tepat. Amalina ketawa.
“You are not the first person yang cakap benda tu. Tapi entah ey. Aku lagi suka main drum. Once aku ketuk drum tu, segala rasa marah yang ada dalam diri aku ni, aku dapat lepaskan. Kalau tak banyak pun, at least ada sikit yang kurang.” Amal meneguk minumannya. Ammar mengangguk kepala. Setuju.
“Kau?” tiba-tiba Amal bertanya.
“Aku apa?” Ammar tak faham dengan soalan yang tiba-tiba tu.
“Drum? Bass? Vocal or guitar?”
“Ohhh.. aku main angklung.” Ammar sengih. Amal tunjuk penumbuk.
“Aku cungkil gigi kau pakai drumstick aku ni kang.” Amal ketawa. Ammar terus tutup mulut.
“Aku vocal la.” Ammar diam. Amalina membulatkan matanya. Agak terkejut.
“Betul?” Tak percaya lagi.
“Betul.. Aku tipu.” Lelaki itu ketawa. Garfu yang digunakan untuk menyuap mee goreng diangkat, gaya nak jadikan Ammar seorang Ammar selamat.
“Joking la. Sentap je kau ni. Aku main bass.” Cool. Hati Amal suka. Sebab dia memang suka tengok lelaki main bass. Erk??
“By the way, macam mana hubungan kau dengan mak tiri kau?” tiba-tiba je Ammar masuk balik topic keluarga mereka. Amal terdiam.
“Tak baik. Entah la. Aku admit, mak tiri aku baik sangat layan aku. Tapi still, aku tak boleh terima dia. aku rindu mak aku. Aku tak nak, bila aku baik dengan mak tiri aku, aku jadi lupa pada arwah mak aku.” Riak mukanya berubah mendung.
“It’s ok. Slow-slow lah. Bila kau terima mak tiri kau, doesn’t mean you don’t love your late mother anymore. She will always be in your heart, kan? Tak ada siapa boleh ambil tempat seorang ibu dalam hati kita ni.” Ammar tenang.
“Entah lah. Agak susah sebenarnya. Along dah banyak kali nasihat aku, tapi aku susah nak terima.” Amalina mengeluh.
“Take your time. Tak perlu rush.” Mereka diam. Setelah beberapa ketika, masing-masing meminta diri.



“Amal, mari sarapan sekali.” Wanita itu masih tidak jemu mengajak. Langkah Amalina yang tadinya agak tergesa-gesa, terhenti. Dia memandang meja makan di mana ibu tiri, ayah serta abangnya sedang duduk di situ.
‘Try to accept her as your mom, Syira. Bila kau terima ibu tiri kau, tak bermaksud kau dah lupakan arwah mak kau. She will always be in your heart, kan?’ Kata-kata Ammar beberapa bulan yang  lalu terngiang-ngiang di telinganya. Perlahan-lahan, kakinya melangkah ke arah meja makan itu, duduk di sebelah abangnya. Pinggan berisi nasi goreng yang dihulur oleh Puan Amna diambil, lalu dia terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Aizat, Puan Amna serta Encik Razak melihat gadis itu, tidak percaya. Selama ini, mana dia pernah dia duduk setempat dengan Puan Amna. Air mata bergenang di mata Puan Amna, terharu.

“Ibu..” Amal memanggil perlahan. Pergerakan tangan puan Amna yang sedang membilas pinggan di sinki dapur terhenti. Did she??
“Ibu..” Suara itu kedengaran lagi. Tapi kali ini, bersama pelukan dari belakang. Puan Amna terkaku.
“Ibu, Amal mintak maaf. Amal banyak dosa dengan ibu. Amal anak derhaka.” Esakan mula kedengaran. Puan Amna berpaling, menghadap gadis yang sedang teresak itu. Tangannya [antas menyeka air mata yang mengalir deras.
“Amal tak bersalah. Amal tak ada dosa dengan ibu. Ibu faham.” Puan Amna turut mengalirkan air mata, terharu. Rambut Amalina yang sudah panjang, diusap perlahan-lahan. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Kau bukakan pintu hatinya untuk menerima aku sebagai ibunya.
Amalina tersenyum. Lapang terasa dadanya. Tak sia-sia dia ditemukan semula dengan Ammar. Selama ini, tak ada siapa yang cuba untuk nasihat dia supaya berbaik dengan ibu tirinya itu. Rakan-rakan lepaknya juga tidak pernah cuba untuk menyedarkan dia. Dan apabila disebut tentang Ammar, hatinya digaru resah. Lelaki itu sudah lama tidak memunculkan diri. Apabila dia cuba menghubungi telefon bimbit Ammar, turut tidak berjaya.


Tangannya tak berhenti menekan keypad telefon bimbit di tangan. Nombor yang sama did ail, dan jawapan yang sama juga diterima.
‘Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi’.  Ammar! Where have you been?
Langkah kakinya diatur kemas. Tudung yang terletak elok di kepala, dibetulkan. Dia menyalahkan dirinya. Tak pernah ambil tahu di mana Ammar tinggal. Hanya tahu nombor telefon bimbitnya, cukup ke untuk jejak lelaki itu yang sudah MIA (­missing in action) lebih dari sebulan lalu?
Buk!!
Telefon bimbit di tangan selamat mencecah lantai. Cover belakang telefon bimbitnya tercabut. Mujur bateri tak tertanggal sekali. Dia kutip telefon bimbitnya itu. Masih hidup. Means, masih ok. Biar la bateri dah ngok ngek macam mana pun, selagi dia boleh call, mesej, semua tu ok je untuk dia.
“Sorry.” Suara orang yang melanggarnya. Tapi suara tu..
“Ammar?” Amalina melihat insane di hadapannya dengan riak tidak percaya. Punya lama dia cari, contact tak dapat, tiba-tiba muncul macam turun dari langit?
“Errr.. Syira?” Ammar teragak-agak. Wanita di hadapannya ini, masih wanita yang sama dari segi nama. Tapi sudah sangat berbeza dari segi penampilan. Baju kurung ungu yang dipakai gadis itu, tampak sangat sesuai dengan tuan punya badan. Alhamdulillah. It’s a good sign, he could say.
“Ammar.” Amalina bersuara perlahan. Akhirnya.. Tapi persoalan masoh belum terjawab.
“Where have you been for last one month? Aku call, tak dapat. Asyik makwe kau je jawab. Aku mesej, tak reply. Hanphone kau masuk laut ke?” dia bertanya terus. Malas nak fikir lama-lama. Tanya, dapatkan jawapan terus, kan senang?
“Eh? Makwe mana?” Ammar pelik sekejap.
Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi.” amalina buat muka meluat. Bernanah telinganya dengar suara yang sama.
“Hahaha..” Ammar ketawa besar. Suka tengok mimik muka Amal. Sumpah lawak.
“Aku.. simpan handphone aku dalam almari.” Jawapan jujur.
Huh?
“Dalam almari? Buat apa? Bagi lipas-lipas dalam almari kau guna?” Amalina tembak sesuka hati.
“Almari aku mana ada lipas. Bersih lah!” Ammar geram.
“Aku..ikut kawan aku, travel.” Ammar meneruskan kata-katanya. Tak sedar mereka berdiri di tengah laluan awam. Bukan nak pergi duduk mana-mana. Tapi peduli apa? Selagi tak ada yang suruh ke tepi, mereka static je lah di situ.
“Excuse me.” Suara asing itu menyedarkan Ammar. Riak muka kurang senang yang dipamerkan oleh wanita cina itu, membuatkan Ammar mengajak Amalina ke restoran berdekatan. Lebih sesuai untuk berbincang, mungkin. Amalina hanya mengikut. Dia perlukan jawapan itu.
“Kau travel pergi mana? Bukan nak ajak aku. Macam ni lah kawan.” Amalina tarik muka. Merajuk.
“Eh? Sejak bila reti merajuk? Macam perempuan la kau ni.” Dia ketawa.
“Aku memang perempuan lah!” Amalina mula geram.
“Perempuan tak main drum.” Sengaja dia mengingatkan.
“Aku dah tak main drum lagi.”
“Seriously?” tak percaya.
“Yup, seriously.” Yakin je jawab. Ammar mengangguk.
“Ok, sekarang aku jawab soalan kau.” Dia menghela nafas panjang.
“Aku accident hari tu. quite bad. Kaki patah. Tangan luka agak teruk. Sebab tu aku pakai lengan panjang ni. Masih ada parut.” Amalina terkejut. Baru dia nak bercakap, Ammar member iisyarat supaya tunggu sehingga dia habis bercerita.
“Masa accident tu, aku dah fikir nyawa aku sampai situ je. Tapi Alhamdulillah, Allah masih bagi aku peluang untuk bertaubat. Sepanjang aku dekat hospital, banyak benda aku fikir. Tentang ayah aku, tentang aku punya way of life. I’m a Muslim, yes. But Islam is not my way of life. Tentang amalan aku. Cukup atau tak, kalau on that day, Allah tarik nyawa aku. Cukup ke amalan yang aku nak bawa nanti? Solat yang on and off ikut mood. Aku tak rasa semua tu cukup untuk melayakkan aku masuk syurga.” Dia diam. Matanya merenung jauh.
“Sepanjang aku dekat hospital, ayah aku susah payah jaga aku. Mak aku ada jenguk sekali sekala, sebab rumah dia jauh. Walaupun aku banyak sakitkan hati ayah aku, I can see how he loves me very much. Dia sanggup tidur lewat. Pastikan aku tidur dulu, baru dia tidur. Dari situ aku sedar. Walaupun ayah aku tak banyak bercakap, tak cakap dia sayangkan aku, tapi segala kasih sayang dia, aku boleh tengok dari cara dia jaga aku.” Ammar diam lagi. Sebak. Ayah tak pernah buang dia, walau banyak mana dia sakitkan hati ayah.
“Lepas sihat. Aku bawa diri. Dekat ayah, aku cakap aku ikut kawan aku balik kampung. Tapi sebenarnya, aku pergi sekolah pondok. Cuba cari semula diri aku yang dah hilang. Aku bawa handphone, tapi sepanjang aku dekat sekolah pondok tu, aku tak pernah on handphone aku tu. I need time for myself. Sorry, salah aku sebab tak inform dekat kau.” Dia  melihat gadis di hadapannya hanya mengangguk. Lega. gadis itu tidak melenting.
“Jadi sekarang, kau dah sembuh sepenuhnya?” Soalan itu yang pertama keluar dari mulut Amalina. Ammar mengangguk.
“Alhamdulillah, sihat. Cuma parut masih belum hilang sepenuhnya.” Dia tersenyum. Tak kisah dengan semua itu.
“Syira. Macam mana dengan ibu tiri kau?” dia bertanya teragak-agak.
“Alhamdulillah. Sekarang dah kamceng. Thanks to you, bro.” Amalina tersenyum, senang hati.
“Why me?” Ammar pelik.
“Kata-kata kau dah beri aku keberanian untuk cuba berbaik dengan ibu aku.” Masih belum berhenti tersenyum. Ammar mengangguk. Teringat saat dia bagi tazkirah sikit dekat Amal dulu.
“By the way.. masa dekat sekolah pondok tu tu, aku teringat dekat kau juga. Kadang-kadang.” Dia menggantung kata.
“Really? Apa yang kau ingat? Drumstick aku?” Cuba berlawak. Tapi nampaknya lawak dia tak menjadi. Lelaki itu serius. Hissyyy..
“Nope. Aku ingatkan diri aku, aku tak nak masuk syurga sorang-sorang. Aku nak ada seseorang temankan aku untuk sama-sama kejar syurga tu. And that person is you.” Dia berkata tenang.
Amalina gugup. Did he just propose me?
“Amalina Insyirah.” Suara itu serius. Amalina terkebil-kebil. Tangannya bermain dengan hujung tudung, gugup.
“Would you be my wife? Be my partner for the rest of my life? Be my companion on my way towards Allah’s love? Be my lover until Jannah, insyaAllah?”
“Err..” Amalina tergagap.
“It’s ok. Take your time. I give you time to think about it. Once you have the answer, you know where to reach me. Handphone aku dah on semula dah sekarang.” Ammar tersengih. Amalina malu. Pipinya terasa panas. Dia hanya mampu mengangguk.
“Aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Gadis itu segera berlalu. Ibu!! Tolong!



Seminggu berlalu, namun jawapan masih belum diterima. Hampir setiap saat dia menjeling kea rah telefon bimbitnya itu. Tak ada nama yang ditunggu. Balik-balik, mesej berkaitan kerja. Hisyyy.. tangannya mencapai telefon bimbit di atas meja. Ingin menghantar mesej bertanya. Tapi tak jadi. Dia dah janji nak bagi masa, kan? Sabar lah Ammar. Tak kan lari gunung dikejar.
Dia berlalu ke sofa. Tubuhnya dibaringkan. TV dibuka. Matanya dipejamkan. Cuba mencari ketenangan. Tak jumpa. Bangun, masuk bilik. Wudhuk diambil, lalu dia bersolat sunat. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Usai solat, dia berbaring di katil. Telefon bimbit yang menyala menarik perhatiannya. Ada satu mesej. Keypad unlocked. Syira. Jantungnya mula berlari laju.
+ Assalamualaikum. Maaf, aku ambil masa agak lama untuk beri jawapan pada soalan kau. Honestly, aku sendiri pun keliru dengan hati aku sendiri. But after all, lepas berbincang dengan ibu, dengan ayah, dengan along, after I’ve done the istikharah, saya, Amalina Insyirah binti Razak, bersedia untuk terima Ammar Wafi as my husband, my partner for the rest of my life, my companion on my way towards Allah’s love and  my lover until Jannah, insyaAllah.
p/s : but you still have to meet my parent first. Their answer will be my answer. J

Ammar tersenyum membaca mesej yang diterima. Everything is gonna be okay, insyaAllah. Alhamdulillah.

wrap on : 230112 : 0145

8 comments:

  1. first commment:)
    hehhe sweet doe ..thumbs up up up .credits to the writer :D

    ReplyDelete
  2. best... ade part sedey sket tang amal mntk maaf kat ibu dia...

    ReplyDelete
  3. bravoo!!.. best2.. truskan mengarang ye.. ne tau ley wat novel lak pas ni..:P

    ReplyDelete
  4. @Wild Cherry ahaha.. thanx. ngeee.. sedih pun x sedih sgt kan? hik3..

    ReplyDelete
  5. @puteri zee insyaAllah akan ade lg cerpen2 lepas ni. tp xtau la bile. hahaha.. terima kasih sbb sudi baca.

    regards, MK

    ReplyDelete
  6. best sweet giler ... for the rest of my life .... hahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u for reading.

      semoga bermanfaat.

      :)

      Delete

 
;