From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 15 May 2013

Di Manakah Cinta? by Rozen Maiden

Assalamualaikum wbt... dah lama belog ni ditinggalkan bersawang... Ahli 7 street writers yang lain masing-masing busy... Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Rozen Maiden kerana sudi menghantar karya kepada kami... Harap ada yang sudi membaca dan memberi komen untuk cerpen ini...





Radio dipasang. Lagu-lagu yang diputarkan memenuhi cita rasanya. Naqib kelihatan seronok mendengar lagu-lagu tersebut. Sesekali terdengar siulan kecilnya. Dia menekan pedal minyak. Kereta Ferrarinya bergerak semakin laju. Mujur sahaja jalan raya itu tidak begitu sesak.
 Dua buah kereta berjaya dipotongnya. Dia baru sahaja pulang daripada temu janji bersama tunangnya. Dia tersenyum sendirian. Mengenangkan hari pernikahannya akan berlangsung dalam masa tidak sampai dua bulan  lagi. Wajah cantik tunangnya tergambar dalam benak fikirannya.
 Dia berharap agar semuanya berjalan dengan lancar. Dari kejauhan, dia terlihat lampu isyarat di hadapannya menunjukkan warna hijau. Nasibnya begitu baik. Dia meningkatkan lagi kelajuan pacuan empat rodanya. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Camry menghampirinya dari arah kanan.
Bagaimana boleh bertembung? Sepatutnya kereta itu berhenti mengikut lampu isyarat. Naqib segera menekan brek. Namun kereta itu tidak juga berhenti. Pemandu kereta itu memusingkan stereng kereta untuk mengelak tetapi sudah terlalu lambat.
 BUMMM! Kereta Naqib dilanggar. Sisi kanan keretanya remuk. Keretanya ditolak lalu bergerak menghampiri sungai. Kenderaan itu terhumban ke dalam sungai. Dahi Naqib terasa amat sakit akibat terhantuk. Begitu juga seluruh badannya. Dia tidak sempat menekan beg udara. Semuanya sudah terlambat. Dia tidak sedarkan diri.
Kereta Toyota Camry itu berhenti. Dahi pemandu itu berdarah.Kepala berdenyut-denyut. Walaupun dia sudah menekan beg udara, kepalanya terhantuk pada cermin tingkap kereta .Terasa amat perit.  Dia hairan mengapa  brek keretanya tidak berfungsi. Dia segera keluar daripada perut kereta. Bahagian hadapan keretanya remuk. Tanpa membuang masa, dia mencapai handsetnya dan terus membuat panggilan kecemasan. Sementara itu, dia menghampiri sungai  sambil berjalan terjengkit-jengkit. Kaki kanannya terseliuh. Wanita itu berasa takut. Dia tidak takut jika dia dikenakan tindakan tetapi dia takut sekiranya pemandu yang dilanggarnya cedera parah. Dia tidak mahu meragut nyawa sesiapa.
 Orang ramai mula mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang lelaki turun ke sungai. Mereka berjaya menarik Naqib ke atas jalan. Wanita itu terkejut. Dia kenal siapa lelaki itu. Dia amat kenal! Tiba-tiba kepalanya terasa amat sakit. Dia rebah . Pihak polis dan ambulans tiba. Naqib terus dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah. Begitu juga dengan perempuan itu.
***********
“Doktor, bagaimana anak saya? Dia tak apa-apa kan doktor?” Riak sugul Puan Fatimah tergambar pada raut wajahnya. Dia berasa amat bimbang.
“Tangan kanan anak puan patah. Kedua-dua belah kakinya lumpuh tapi hanya sementara sahaja. Sekarang dia masih belum sedarkan diri. Nasib baik anak puan tidak mengalami kecederaan dalaman.”
“Tapi boleh sembuh kan doktor?”
“Memang boleh cuma memakan masa. Puan, saya harap puan bersabar. Anak puan ada masalah lain.” Doktor Hairul menarik nafas.
“Kenapa  dengan anak saya doktor?”
“Anak puan buta. Kecacatan itu kekal.”
“Ya Allah..anak aku.. Naqib..” Puan Fatimah terjelepuk di atas lantai. Dia menangis. Suaminya, Tuan Othman cuba menenangkannya. Karina, tunang Naqib seakan tidak dapat menerima berita itu. Dia terus beredar dari situ. Hatinya sebak. Izzati hanya melihat mereka semua bersedih. Dia menyorok di balik pintu namun setiap butir bicara mereka dapat didengarnya dengan jelas.
 ‘Ini semua salah aku. Aku dah sebabkan Naqib buta. Aku hanya mendatangkan kesedihan kepada keluarga Naqib. Sekali lagi aku dah buat kau menderita. Naqib, maafkan aku..’ Hati kecil Izzati berbisik. Air matanya mengalir deras. Setelah tersedar saja tadi, dia terus mencari Naqib dengan bertanyakan kepada jururawat yang berada di kaunter. Dia berasa amat bersalah. Dialah punca utama. Dia terus menyalahkan dirinya. Dia masih tidak dapat lupakan apa yang telah dilakukannya kepada Naqib pada suatu masa dahulu.
Puan Fatimah dan suaminya masuk ke dalam wad 127. Sudah lima hari anaknya tidak sedarkan diri. Naqib tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan. Kelihatan anak lelaki tunggalnya sedang terlantar di atas katil. Hati Puan Fatimah berasa sayu. Dahi Naqib berbalut. Dia cuba  menerima kenyataan itu.
‘Ya Allah, kenapa ini semua berlaku kat anakku?’ Dia mengelus rambut anaknya. Kelopak mata Naqib bergerak-gerak. Tanda dia mahu membuka matanya. Kelopak matanya berkelip-kelip. Dia hairan. Pandangannya menjadi gelap gelita. Dia tidak nampak apa-apa pun. Dia menggosok-gosok semula matanya. Benar. Semuanya gelap. Dia terdengar suara ibunya menangis tersedu-sedan.
“Ibu, kenapa Along tak nampak apa-apa ? Semuanya gelap.”
“Along, sabar .. Along buta. Along sabar ye nak..”
“Buta? Along tak nak buta! Mesti Along buta sementara je kan bu? Doktor pun mesti cakap macam tu kan? Sementara je kan?” Berita buruk yang didengarinya merupakan satu tamparan hebat.
“Tak Along.. Along tak boleh melihat selamanya. Ibu harap Along boleh terima hakikat tu. Along sabar. Ibu sentiasa ada kat sisi Along.”
“Tapi Along tak nak buta! Along nak lihat macam biasa! Ibu panggil lah doktor! Mesti doktor tu salah! Along takkan jadi orang cacat! Along tak nak!” Naqib mengamuk. Bantal yang ada di atas katil hospital itu dicampaknya. Tuan Othman terkejut melihat anaknya. Puan Fatimah sedih melihat keadaan anaknya. Naqib menangis semahu-mahunya.
“Along, sabar long. Along kena terima hakikat ni. Along kena kuat.”
“Along jangan risau. Ayah akan cuba cari penderma  mata untuk Along secepatnya. Ayah akan berusaha. Yang penting sekarang, Along harus kuat. “ Kali ini ayahnya pula bersuara.
“Sampai bila nak tunggu, ayah? Along tak nak jadi orang buta! Tak nak!” Puan Fatimah memeluk anaknya. Dia mengurut belakang Naqib untuk menenangkannya. Kemudian, wanita berumur itu meleraikan pelukannya.
“Ibu dengan ayah tolong keluar. Keluar! Along nak sendirian.”
“Along, kamu halau ayah dengan ibu?? Kamu ni kenapa?” Tuan Othman memarahi  anaknya.
“Keluar jelah.. Along perlukan ketenangan! Tinggalkan Along sorang!”
“Bang, kita keluar jelah bang.. Naqib perlukan masa.” Puan Fatimah mumujuk suaminya.
“Yelah Imah.. kalau itulah yang anak kita mahukan..” Tuan Othman hanya menurut.
 Izzati terus mengintai dari luar wad. Dia tidak sangka sampai begitu sekali keadaan Naqib. Dia kembali duduk di deretan kerusi setelah terlihat ibu bapa Naqib mahu keluar dari wad. Izzati mengeluarkan handphonenya dan menundukkan kepalanya. Dia berpura-pura menghantar SMS. Kelibat ibu bapa Naqib hilang dari pandangannya. Dia melihat lagi keadaan Naqib dari luar wad.
Cermin lut sinar di pintu wad membolehkan dia melihat Naqib yang sedang menangis di atas katil. Sekali lagi air matanya gugur. Tangan kanannya mahu memulas tombol pintu. Namun, dia menarik semula tangannya. ‘Sekarang ini bukan waktu yang sesuai untuk berjumpa dengannya.’ Air matanya dikesat. Rasa bersalah semakin menebal di lubuk hatinya. Dia mengangkat kaki dari situ.
**********
“Naqib, saya datang ni. Awak sihat?” Suara lunak Karina menampar gegendang telinganya.
“Rina, awak ke tu? Maafkan saya. Saya tak dapat nak lihat wajah awak.”
“Tak apa. Saye faham. Naqib, sebenarnya, saya ada hal penting nak cakap.”
“Hal penting apa Rina?” Naqib bertanya.
“Tentang pernikahan kita. Saya nak kita batalkan.”
“Apa? Batal? Tapi kita dah jemput ramai orang. Kenapa saat-saat akhir macam ni awak nak batalkan? Kan kita boleh tunda?” Naqib berasa amat terkejut.
“Bukan macam tu Naqib. Saya tak jadi nak kahwin dengan awak. Saya dah pulangkan balik cincin tunang kat ibu awak. Maafkan saya Naqib. “ Karina tertunduk.
“Rina, kenapa awak buat saya macam ni? Awak dah tak sukakan saya sebab saya ni cacat? Begitu?” Hati Naqib terguris. Hanya kerana dia seorang yang cacat penglihatan, tunangnya meninggalkannya.
“Awak pun faham kan? Awak dah tau sebabnya jadi saya tak perlu beritau awak. “
“Sampai hati awak buat macam ni! Cinta awak tak ikhlas! Awak hanya pentingkan luaran saja! Pergi dari sini! Pergi! Awak jangan datang jumpa saya lagi!” Naqib menghalau.
“Sekali lagi saya nak mintak maaf. Saya hanya inginkan seorang lelaki yang sempurna. Maaf sebab saya dah kecewakan awak.  “ Karina beredar meninggalkan Naqib. Dia tidak mahu bersuamikan orang buta. Ya! Dia memang pentingkan diri sendiri.
“Argghh!!” Naqib menjerit sekuat hatinya.
“Kenapa semua ini berlaku kat aku?  Kenapa?  Kenapa kau mesti tinggalkan aku Karina??” Setelah dia disahkan buta, perkara perit ini terpaksa dilaluinya. Karina tidak ikhlas mencintainya.
Suasana di hospital amat bosan. Dia mahu pulang ke rumah.  Jiwa Naqib memberontak. ‘Ape yang akan terjadi kepadaku setelah aku buta? Adakah aku kena belajar tulisan Braille? Adakah aku kena daftarkan diri untuk dapatkan kad OKU? Arghh… Aku tak sanggup! Apa gunanya aku jadi pengurus hotel tapi mataku buta? Aku tak nak hidup macam ni! Sampai bila aku harus hidup dalam kegelapan? ’ Naqib memejamkan matanya. Pejam mata atau tidak, sama saja. Penglihatannya tetap gelap.
************
“Along..along okey? Along janganlah sedih..Sorry tau long. Intan jarang jenguk Along. Sibuk dengan kuliah. Kena praktikal lagi.” Intan Nazura risau melihat abangnya.
“Takpe. Along faham. Sejak bila Intan ada kat sini? Ibu dengan ayah tak datang ke?” Naqib bertanya.
“Intan baru je sampai. Jap lagi dia orang datanglah. Tadi ibu dengan ayah jumpa doktor tanya pasal along. Along sabarlah..”
“Along tak taulah apa nak jadi dengan hidup along.. Rina baru je mintak putus tunang.Intan mesti dah tau kan? Hidup along malang.. Semua ni salah pemandu yang langgar along tu! Along pun tak faham kenapa ibu tak laporkan dia kat polis!”
“Apa along ni? Tak baik tau cakap macam tu. Ibu dengan ayah pun tak terfikir nak saman dia. Lagipun, along sendiri dah tau kan yang dia tak sengaja langgar along. Brek kereta dia ada masalah. Pemandu tu betul-betul tak sengaja.  Berapa kali Intan nak cakap? So, ibu malas nak berurusan dengan pihak polis. Intan yakin, pasti along dapat penderma mata. Along sabarlah. “
“ Mana boleh! Along buta! Along putus tunang! Semua ni salah sapa?? Salah pemandu tu!”
“Along, tak ada sesiapa yang bersalah dalam hal ni. Along sabarlah ye.. Along kan abang Intan yang paling kuat, yang paling tabah.. Along kan gagah perkasa macam Masked Rider. Hahaha..” Sikap ceria adik perempuannya membuatkan Naqib sedikit gembira.
“Along tengah sedih macam ni boleh Intan main-main pulak..Hish..”
Intan Nazura terlihat sejambak bunga ros yang terletak di atas meja.
“Along, ada sejambak bunga ros kat atas meja ni. Sapa yang bagi kat along ni? Wah.. cantiklah bunga ni. Siap ada ucapan lagi.”
“Bunga? Along tak tau pun. Along kan tak nampak apa-apa. Takkanlah Rina yang bagi? Dia bukan suka sangat bunga-bunga ni.”
“Tak ada nama pengirim pun. Cuma tertulis,’ Salam, Naqib. Saya doakan awak cepat sembuh.’ Hish.. sapa ni? Kenapa dia tak tulis nama dia? Peliklah.. Perempuan bagi lelaki bunga? Secret admirer along kut.. Huhu..” Intan Nazura mencium bunga itu. Wangi. Nasib baik bukan bunga lili. Dia amat alah pada bunga tersebut.
“Entahlah.. Along mana tau. Intan, bila along nak keluar dari hospital ni? Bosan tau tak. Dah sebulan setengah. Baik along duduk kat rumah. Lagipun kaki along dah okey sikit. Cuma mata dengan tangan along je yang tak okey-okey.” Naqib mengeluh.
“Esok Along dah boleh check out. Along, macam mana dengan perkahwinan along?”
“Batal lah kot. Rina pun dah lari. Lagipun, siapalah nak kahwin dengan Along yang buta ni..”
“Tapi kan Along, ibu dengan ayah kata perkahwinan Along tetap diteruskan cuma pengantin perempuannya je yang bertukar.”
“What?? Biar betul??”
“Betul lah long. Ibu sendiri yang cakap dengan Intan. Alah.. rileks lah.. Best apa bercinta lepas kahwin. Nanti happy ending jugak..” Intan cuba menyedapkan hati abangnya.
“Intan.. seriuslah. Ni soal kahwin. Bukan boleh dibuat main-main. Hish budak ni..”
“Don’t worry. Everything will be going fine.”
************
“Zati, pasal lamaran yang mak cakap hari tu, Zati terima?” Puan Wahidah bertanya. Dia teringat pertemuannya dengan Puan Fatimah secara tidak sengaja di sebuah restoran. Sudah agak lama mereka bersahabat.
“Mak, Zati kena terima mak. Mungkin inilah masanya Zati tebus balik kesalahan Zati. Dulu, Zati dah kecewakan hati dia. Sekarang, Zati dah hancurkan hidup Naqib. Mak sendiri tau kan peristiwa tu? Zati tak nak hanya sebab kecuaian Zati je, keluarga Naqib mendapat malu. Zati sanggup gantikan posisi bekas tunang Naqib. “ jawab Izzati.
“Kisah lama tu tak usah diungkit lagi. Dah lama berlalu. Lagipun masa tu Zati buat sebab nak lindungi Naqib kan? Zati tak salah.  Zati dah fikir masak-masak? Zati sanggup kahwin dengan Naqib? Maksud mak, Naqib kan tak sempurna. Zati sanggup jaga dia sepanjang hidup Zati?”
“Memang tak baik kita ungkit kisah lama tapi sebab peristiwa tulah sepanjang hidup Zati rasa bersalah. Apa pun, Zati tetap salah mak. Tak patut Zati buat Naqib macam tu. Zati tak kisah mak. Asalkan Zati cuba berusaha untuk tebus silap Zati. Lagipun, Zati yang sebabkan dia buta.  Zati terima Naqib seadanya mak.. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni.”
“Kalau Zati terima lamaran tu hanya sebab rasa bersalah, itu tak boleh Zati. Mak tak kisah Zati kahwin dengan siapa. Mak cuma nak Zati bahagia.”
“ Zati memang  rasa bersalah tapi ada sebab lain Zati nak kahwin dengan Naqib, mak.”
“Maksud Zati, Zati cintakan dia?”
“Ya, mak. Zati masih cintakan Naqib.” Izzati memeluk ibunya. Puan Wahidah seakan mengerti penderitaan anaknya. Tapi, mahukah Naqib menerima semula anak perempuannya setelah apa yang terjadi?
Setelah enam tahun berlalu, akhirnya Izzati dipertemukan semula dengan Naqib tetapi dalam keadaan yang tidak diduga. Selama enam tahun itu, Izzati dirundung rasa bersalah. Perpindahannya ke Kuala Lumpur merupakan satu kesalahan. Dia tidak berpeluang untuk meminta maaf. Dia tidak berpeluang langsung berjumpa semula dengan Naqib. Dia gagal untuk membuat Naqib percaya perkara yang sebenar. Setelah peristiwa itu, mereka  terputus hubungan. Cadangan ibunya untuk berpindah semula  ke Johor Bahru telah menemukan cinta lamanya. Peristiwa lampau itu tergambar jelas dalam fikiran Izzati.
Enam tahun yang lalu….
“Zati, nanti datang tau kat taman. Pukul 5 petang nanti. Saya tunggu awak.” Naqib berbicara.
“Buat apa? Tak naklah. Malas.”
“Eleh..malas-malas pun nanti Zati datang jugak. Macamlah saya tak tau.”
“Yelah.. nanti kalau saya tak datang, ada orang tu merajuk pulak.. Dah kena pujuk..” Izzati tersenyum simpul. Hatinya berbunga riang. Pasti Naqib membuat surprise untuknya. Bukan dia tak tahu perangai Naqib tu. Selepas mengambil keputusan SPM, masing-masing sibuk bertanyakan result. Tetapi, Naqib dan Izzati sibuk membuat temu janji dan berbual mesra. Bercinta pun, masing-masing mendapat keputusan yang cemerlang.
Fakhrul mengintip mereka berdua. Dia memandang mereka dengan geram. Dia berasa amat cemburu tatkala melihat kemesraan mereka. Izzati menjeling Fakhrul. Tidak habis-habis Fakhrul mahu mengganggu hubungannya. Sudah berapa kali Izzati menolak cinta Fakhrul tetapi lelaki itu tetap tidak berputus asa untuk mendekati dirinya sedangkan sudah terang lagi bersuluh Izzati sukakan Naqib.
“Zati, kau nak buat apa jumpa  dia kat taman?”
“Yang kau sibuk-sibuk nak tau sangat pehal? Menyemak je! Pergilah sana! Aku rimaslah tengok muka kau kat sini.” Izzati mengusir Fakhrul. Dia naik muak dengan sikap Fakhrul yang tidak faham bahasa itu. Izzati langsung tidak sukakan Fakhrul. Siapa yang suka dengan orang seperti dia? Panas baran! Gangster sekolah! Setiap petang dan malam  pasti kerjanya merempit saja.
“Oooo… kau tak nak bagitau.. Takpe.. Kalau kau tak nak terima aku, kau tengoklah apa yang aku buat kat Naqib. Aku akan kerjakan Naqib cukup-cukup!”
“Kau pehal? Suka carik pasal dengan orang! Dah banyak kali aku dah cakap yang aku tak pernah suka kat kau! Asal susah sangat kau ni nak paham? Kau berani ke nak apa-apakan Naqib?”
“Kau jangan cabar aku Zati. Aku bagi tawaran kat kau. Petang ni kat taman kau cakap kat Naqib yang kau ni sebenarnya tak sukakan dia. Kau cuma olok-olok je. Dalam erti kate lain, kau ni sebenarnya main-mainkan perasaan dia. Kalau kau cakap macam tu, aku lepaskan Naqib.”
“Aku takkan cakap macam tu! Berani kau ugut aku? Jangan harap aku nak dengar cakap kau!” Izzati terus bergerak ke pintu pagar SMK Sultan Mahmud. Dia ambil remeh soal itu. ‘Kenapalah mamat ni asyik-asyik ganggu hidup aku  jer?’
Jam menunjukkan pukul lima petang. Izzati mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans. Rambutnya yang panjang dilepaskan. Penampilannya cukup ringkas.
Dia bergerak ke taman. Dia tercari-cari kelibat Naqib. Izzati terkejut. Dua orang lelaki yang tidak dikenalinya memegang kedua-dua belah tangan Naqib. Naqib meminta untuk dilepaskan. Fakhrul terus menumbuk dan menendang perut Naqib bertubi-tubi. ‘Ya Allah, aku tak sangka Fakhrul buat macam ni. ‘ Izzati berlari ke arah mereka.
“Fakhrul, lepaskan dia! Apa yang kau buat ni?” Izzati menengking. Fakhrul diam. Naqib pula yang bersuara.
“Zati, betul ke apa yang Fakhrul cakap? Awak cuma nak main-mainkan saya je sebab saya ni anak orang kaya? Betul ke?” Izzati terkedu. Fitnah apakah ini?
“Sapa yang cakap? “
“Aku yang cakap sayangku Izzati. Kau sendiri pernah cakap yang Naqib selalu bagi barang-barang mewah. Kau suka dengan pemberian Naqib. Kau cuma sukakan harta Naqib. Bukan Naqib, kan?” Tumbukan bertubi-tubi daripada Fakhrul membuatkan perutnya terasa amat sakit.
“Mengarut! Kau memang suka mengarut! Lepaskan Naqib! Kenapa kau nak belasah Naqib?”
“Kenapa aku belasah dia?? Kau boleh tanya lagi? Zati, kau tu aku punya! Aku tak nak mamat berlagak kaya ni ngurat kau. Dia bagi kau macam-macam. Dia cuma nak ampu kau jer!“
Izzati menjadi buntu. Dia tidak sanggup lagi melihat Naqib dibelasah dengan teruk. Dalam diam, hatinya sedikit terguris kerana Naqib lebih percayakan kata-kata Fakhrul. Dia tiada pilihan lain. Dia harus berpura-pura seperti yang ditawarkan oleh Fakhrul.
“Naqib, selama ni saya hanya berpura-pura sukakan awak. Saye tiada perasaan langsung kat awak.” Izzati berkata begitu dengan berat hati.
Fakhrul tersenyum sinis. Nampaknya Izzati mendengar cakap. Dia menyuruh lelaki-lelaki tadi melepaskan Naqib. Naqib menahan sakit. Sakit di perut dan sakit di hati. Izzati meluru ke arah Naqib. Lelaki itu kelihatan sedih.
“Naqib, awak tak apa-apa? Maaf Naqib, saya terpaksa cakap macam tu. Kalau tak, Fakhrul akan terus belasah awak. Maaf..”
“Zati!! Cukuplah berlakon depan aku! Kejap kau cakap kau ada perasaan kat aku! Kejap tak! Kau jangan main-main boleh tak??! Kau memang nak harta aku je kan? Perempuan tak guna! Mata duitan! Aku tak sangka orang pandai macam kau ni bijak memainkan perasaan orang lain. Aku dah tak nak lagi percaya kat kau! Mulai hari ini, kita dah tak ada apa-apa lagi!”
Tiada lagi penggunaan kata-kata yang sopan. Izzati diherdik. Dia tidak bermakksud begitu. Dia hanya ingin melindungi Naqib. Izzati tertunduk sedih. Dia cuba menahan sebak. Dia mahu betulkan keadaan semula. Namun, butir penjelasannya tidak dipedulikan.
Fakhrul kelihatan gembira melihat drama di hadapannya. Akhirnya, dia berjaya membuat mereka berpisah. Rancangannya berhasil.
Peristiwa itu masih segar dalam ingatan Izzati. Dia telah membuat hati Naqib kecewa. Dia telah membuat Naqib terpaksa menanggung kesakitan. Sama seperti sekarang. Izzati telah melukainya dua kali. Sekali lagi dia menyebabkan Naqib kecewa kerana tunangnya meninggalkannya. Puncanya ialah kecuaian Izzati. Dia masih ingat lagi yang dia cuba menjelaskan kepada Naqib melalui telefon tetapi panggilannya tidak dijawab.
Surat-surat yang dihantarnya juga tidak dibalas. Sejak keluarganya terpaksa berpindah ke ibu kota Kuala Lumpur atas urusan kerja arwah ayahnya, hubungan mereka terputus. Izzati tidak dapat mengesan keberadaan Naqib. Dia tidak lagi tinggal di rumah lamanya. Selama enam tahun, mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya ditolak mentah-mentah. Dia masih tidak dapat lupakan Naqib. Naqiblah lelaki yang mampu menggetarkan jiwanya.
Sekarang, Fakhrul sudah tiada. Dia maut dalam kemalangan semasa berlumba haram. Mungkin inilah balasan Yang Maha Kuasa atas perbuatan jahatnya. Izzati berazam. Dia harus mendapatkan kembali cintanya yang hilang. Memang benar seperti yang dikatakan orang, cinta pertama sukar dilupakan.
Allah menitipkan cinta kepadanya hanya sementara. Namun, waktu singkat itulah yang memberikannya sejuta  memori indah. Kadangkala dia terfikir adakah ini petunjuk daripada Allah supaya umatnya sedar untuk  menjaga batas pergaulan? Sudah banyak kali Izzati dan Naqib berdua-duaan. Dan adakah ini juga balasan terhadapnya kerana tidak menutup aurat dengan sempurna?  
Pada usia sembilas belas tahun, Izzati mula berjinak-jinak mengenakan tudung litup sehinggalah sekarang. Dia sedar zaman sekolahnya hanya dihabiskan dengan pelajaran dan memadu kasih tanpa memikirkan kewajipan menutup aurat serta menjaga batas pergaulan.
*************
“Intan, kenapa ibu buat macam ni kat Along? Tetiba jer ibu nak teruskan perkahwinan ni. Bakal isteri Along pun Along tak tau.”
“Along, semua persiapan kan dah buat. Malulah keluarga kita kalau tak jadi. Intan yakin jodoh yang ibu carikan untuk Along tu baik. Along sendiri taukan taste ibu.”
“Siapa nama perempuan tu ?”
“Hahaha.. Along nak tau jugak pasal perempuan tu. “
“Mestilah Along kena tau. Masa akad nikah nanti kan Along kena sebut nama dia.”
“Her name is Mariana Izzati bt Hasan. Sedapkan nama dia?” Naqib berubah wajah.
 ‘Izzati? Kau akan jadi isteri aku? Kenapa  baru sekarang kau muncul?’ Peristiwa enam tahun lalu tersingkap di layar fikirannya.
 Peristiwa itu tidak diceritakan kepada siapa-siapa pun termasuk adik perempuannya, Intan Nazura. Dia hanya memberitahu kepada keluarganya bahawa dia telah dibelasah oleh penyamun. Perihal Izzati yang telah mengecewakan dirinya dahulu hanya didiamkan. Naqib memendam rasa. Dia telah dikecewakan oleh dua orang Hawa.
**********
“Zati, ibu nak ucapkan terima kasih sebab sudi jadi isteri Naqib. Ibu tak tau macam mana nak balas. Ibu harap Zati dapat jaga Naqib dengan baik.” Puan Fatimah menggenggam kedua-dua belah pergelangan tangan Izzati.
“Ibu tak perlu ucapkan terima kasih.Zati kena bertanggungjawab. Zati akan jaga dan sayang Naqib dengan ikhlas. Sepatutnya, Zati yang patut berterima kasih. Ibu dah bagi peluang kat Zati untuk tebus balik kesilapan Zati. Ibu tak kisah? Zati dah buat Naqib buta. Zati minta maaf ibu.” Air matanya menitik. Puan Fatimah mengesat air matanya.
“Zati, bukan salah Zati. Ini semua suratan takdir. Ibu tak salahkan Zati.  Kalau bukan kerana Zati ibu tak tau sikap sebenar Karina. Ada hikmah semua ni terjadi. Sekarang, Zati kena hidupkan semula semangat Naqib.” Izzati menggangguk-angguk. Dia amat menyenangi sikap ibu mertuanya.
“Ibu, Zati akan berhenti kerja. Zati nak jaga Naqib.”
“Zati serius? Zati sanggup tinggalkan kerjaya Zati ?” Izzati mengangguk lagi. Dia tidak begitu risau tentang ibunya kerana ibunya mempunyai restoran sendiri.
**********
“Lepas kau dah kecewakan hati aku dulu berani kau muncul depan aku?? Kau jadik isteri aku pulak tu. Kalau bukan kerana ibu aku, aku tak naklah terima kau.” Naqib duduk di birai katil. Wajah Izzati samar-samar dalam ingatannya. Izzati, perempuan cantik yang sudah membuat hatinya terluka.
“Naqib, saya dah terangkan kat awak dulu. Saya tak main-mainkan awak. Saya terpaksa  cakap macam tu sebab Fakhrul yang ugut. Awak mungkin dah kena belasah teruk kalau saya  tak cakap macam tu. Awak dah salah faham. Tak terniat pun dalan hati saya nak lukakan awak. Naqib, maafkan saya sebab cakap macam tu..” Izzati menghampiri Naqib.
“Aku tak nak dengar alasan bodoh kau tu. Kau jangan dekati aku lagi!”
“Naqib, saya cuma mintak awak maafkan saya. Dah banyak kali saya bagi penjelasan kat awak. Awak nak saya buat apa lagi supaya awak maafkan saya?”
“Dah tak ada apa yang kau perlu buat! Sebab aku takkan maafkan kau. Aku ingat kau tak sama dengan perempuan-perempuan lain kat luar sana. Rupa-rupanya sama jer. Dah ramailah aku jumpa perempuan macam kau ni. Ape motif kau nak kahwin dengan aku? Nak kaut semua harta aku?”
“Saya kahwin dengan awak sebab saya masih cintakan awak. Cinta saya takkan pudar sama seperti enam tahun lalu.”
“Kau penipu! Aku malas nak percaya lagi kata-kata kau!” Naqib terasa hatinya semakin sakit. Berat dugaannya yang harus ditanggungnya. Izzati bingung. Bagaimana dia harus mendapatkan semula kepercayaan Naqib? Hatinya belum terbuka untuk memaafkannya.
**********
Naqib berpindah ke bilik tetamu  di tingkat bawah. Bilik tidurnya yang terletak di tingkat atas bertukar menjadi bilik tamu untuk sementara. Naqib masih menggunakan kerusi roda. Tangan kanannya yang patah juga masih belum sembuh. Sudah banyak kali dia berulang-alik ke hospital bagi menjalani terapi untuk memulihkan kembali kakinya. Doktor kata mungkin dalam dua bulan dia boleh berjalan semula. Yang dia risaukan sekarang ialah matanya. Sampai saat ini masih tiada penderma. ‘Adakah aku akan  menjadi buta selamanya? Aku nak lihat dunia semula.’ Dia terdengar daun pintu dikuak.
“Naqib, saya ada bawakkan makanan untuk awak. Awak tak nak makan kat dapur jadi ibu suruh saya bawakkan. Biar saya suapkan.”
“Tak payahlah kau nak berlagak caring sangat. Aku boleh makan sendiri. Kau tak payah nak susahkan diri kau layan orang buta macam aku. Lebih baik kau uruskan diri kau sendiri.” Hati Izzati terguris mendengar kata-kata suaminya.
“Mana boleh awak nak makan sendiri. Tangan kanan awak masih belum sembuh. Nah, saya suapkan.” Izzati mencedok sesudu nasi ayam dan meletakkan sedikit daging ayam di atas sudu. Dia mendekatkan sudu itu ke bibir Naqib. Naqib terasa sudu besi itu menyentuh bibirnya. Dia menepis tanda tidak mahu. Sudu itu jatuh. Nasi tadi bertaburan. Izzati tetap sabar. Dia harus mencari jalan lain. Dia keluar dari bilik lalu meminta tolong Intan Nazura. Adik iparnya itu sangat memahami. Kisah lama tersebut telah diceritakan oleh Zati kepada Intan semalam.
“Kak Zati, macam ni. Kak Zati suap je Along tapi Intan pura-pura suapkan Along. Along bukan tau siapa yang suapkan dia.”
“Maksud Intan, Kak Zati jadi Intan, Intan pulak jadi Kak Zati, gitu?”
“Yes.. that’s it.Yang penting, Kak Zati senyap jer. Biar Intan aje  yang bersuara.”  Mereka masuk ke dalam bilik. Naqib masih berbaring di atas katil. Intan memulakan langkahnya.
“Along.. jom makan long.. ada nasi ayam ni.. Sedap tau. Rugi Along tak lunch. Ni kan makanan favourite Along. Meh sini Intan suapkan.”
“Zati ada ke dalam bilik ni?”
“Tetiba tanya pasal Kak Zati pulak.. Kenapa? Takkan dah rindu kut.. Kak Zati ada kat sebelah Intan ni ha. Along mengada-ngada tak nak makan. Terpaksalah Intan yang kena pujuk Along. Along dah besar pun nak kena suap jugak ke?”
“Intan nak suap Along ke tak ni? Tak nak suap dah. Pergi main jauh-jauh sana.”
“Laaa… macam merajuk jer bunyiknye.. Meh long.. Intan nak suap ni. Along tinggal bukak mulut je.” Intan Nazura dan kakak iparnya meneruskan rancangan mereka. Naqib terdengar bunyi pinggan kaca dan sudu berlaga. Izzati menyuapkan nasi dan daging ayam ke dalam mulut Naqib. Intan Nazura tersengih. Rasa bersalah pula kerana mempermainkan abangnya. Akhirnya, licin juga pinggan kaca itu. Izzati hanya tersenyum.
“Along, sedapkan nasi ayam tadi?”
“A’ah. Memang sedap pun. Ibu masak ke?”
“Bini kesayangan Alonglah yang masak. Berselera betul Along makan tadi. Lepas ni, Intan kenalah belajar masak dengan Kak Zati. Best Along kena suap? Wahh.. so sweet pasangan pengantin baru ni. Makan pun bersuap. Untunglah Along ada bini caring macam Kak Zati.”
“Apa yang  Intan cakap ni? Kan Intan yang suapkan Along..” Naqib hairan.
“Sape cakap? Kak Zatilah yang suapkan Along..  Selamat pengantin baru Kak Zati dan Along.. Intan chow dulu.. Hehe..” Naqib mengetap bibir. Hantu punya adik! Izzati pun sama. Mentang-mentanglah aku tak nampak apa-apa. Izzati menguntumkan senyuman.
*********
Tangan Naqib ligat memutar roda wheelchair. Dia tidak tahu ke mana dia bergerak. Yang dia tahu dia berada di dalam bilik. Biliknya agak luas. Kerusi rodanya terhenti. Pandangannya tetap gelap-gelita. Naqib ingin cuba berjalan semula. Setelah dua bulan, tangan kanannya sudah sembuh. Anduh di lengannya dilucutkan. Kali ini, dia mahu kedua-dua belah kakinya boleh berjalan semula. Dia sudah penat menggunakan kerusi roda. Pergerakannya terbatas.
 Kaki kanannya digerakkan, dijatuhkan di atas lantai. Punggungnya diangkat. Kaki kirinya pula menapak. Dia mula berjalan perlahan-lahan. Walaupun langkahnya terhuyung-hayang, dia tetap berusaha. Kakinya terasa kebas tetapi dia tetap berdegil untuk meneruskan langkahnya.  Dia menanam azam. Doktor melarangnya untuk cuba-cuba berjalan. Tetapi, sampai bila dia harus bergantung sepenuhnya kepada terapi? Dia juga harus berikhtiar selain memanjatkan doa kepada Ilahi.
 Izzati memasuki biliknya. Dia mahu membawa Naqib berjalan-jalan di luar rumah. Izzati terlihat Naqib berjalan. Langkahnya tidak teratur. Tangannya teraba-raba. Izzati berasa sedih melihat Naqib.
“Naqib! Kenapa awak cuba-cuba jalan ni? Kan doktor dah pesan. Awak tak boleh sesuka hati jalan macam ni. Bahaya tau.”
“Zati, aku dah boleh jalan Zati. Kau sendiri nampak kan? Aku dah boleh jalan!” Naqib kelihatan gembira. Tiba-tiba, dia tersilap langkah. Kakinya terkena kaki meja. Tubuhnya hampir rebah namun berjaya dipaut oleh isterinya. “Aduh, beratnya awak ni..” Izzati mengomel. Tiba-tiba kaki Naqib terasa amat sakit. Kaki Izzati pula tergelincir. Dia tidak dapat menampung berat Naqib.
Akhirnya, tubuh Naqib menghempapnya. Desahan nafas Naqib terasa di tengkuk Izzati. Izzati terpana. Cepat-cepat Naqib mengalihkan tubuhnya. Dia mengaduh kesakitan. Izzati memanggil Intan Nazura. Hanya Intan yang boleh membantu. Puan Fatimah dan Tuan Othman tiada di rumah. Mereka keluar atas urusan yang tidak diketahuinya. Intan dan Izzati memapah Naqib untuk duduk semula di atas kerusi roda.
“Along ni degillah.. Nasib baik ada kita orang tau. Hish…”
“Alah.. Along nak try jalan jer. Bukan apa pun..”
“Bukan apa pun  Along kata? Dah jatuh macam tu. Kak Zati lagilah.. Menggelabah risaukan Along..” Izzati menjeling Intan Nazura.
“Eleh Kak Zati..malu ler tu.. Malu-malu pulak..” Izzati mengisyaratkan Intan supaya diam.
“Naqib, kaki awak okey tak? Ada rasa sakit lagi ke?”
“Tak.. Cuma sakit sikit jer.. Nanti baiklah tuh..” Izzati memandangnya hairan. Tadi bukan main lagi muka berkerut sebab kakinya sakit. Takkan tiba-tiba je dah baik semula?
Naqib berasa lain macam. Degupan jantungnya bukan main kencang tatkala tubuhnya terjatuh atas tubuh Izzati. Takkanlah cinta lamanya berputik kembali?
Izzati menolak kerusi roda yang diduduki oleh Naqib.
“Eh.. kau nak bawak aku gi mana ni?”
“Pergi jalan-jalan kat luar rumah ler.Takkan nak terperuk dalam rumah jer.”
“Kak Zati.. tolak laju-laju..” Intan bersuara.
“Sebab awak tak dengar cakap doktor, saya tolak wheelchair ni laju-laju. Ni sebagai denda.” Izzati mendorong wheelchair itu menuju ke luar rumah. Naqib terasa angin petang meluru, menampar-nampar wajahnya. Kedua-dua belah tangan Naqib memegang sisi wheelchair.
“Zati…slowlah sikit.. Laju sangat ni!” Mereka menuju ke pintu pagar.  Roda wheelchair itu terus berputar dengan laju di atas jalan tar.
“Do I care?” jawabnya ringkas. Mentang-mentanglah  dulu dia  pelari pecut.  Izzati terus menolak kerusi roda itu.
*********
“Ibu, bila nak beritau Along pemandu yang langgar Along tu sebenarnya Kak Zati? Entah apa yang jadi kat Kak Zati kalau Along tau.”
“Intan, sekarang ni bukan masa yang sesuai nak bagitau hal tu.Kalau boleh, selamanya ibu tak nak bagitau Along. Ibu pun tak tau macam mana nak terangkan kat abang Intan tu.”
“Intan tengok Kak Zati dengan Along dah makin mesra jer. Macam mana hubungan dia orang kalau Along dapat tau? Sampai bila kita nak sorokkan hal ni?”
“Biar masa yang tentukan, Intan.” Perbualan anak-beranak itu dapat didengar oleh Naqib dengan jelas. Mereka tidak perasan yang Naqib berada di belakang mereka. Naqib sudah dapat berjalan semula tetapi dia menggunakan tongkat bagi mengelakkannya terlanggar apa-apa.
“Apa yang ibu dan Intan cakap ni? Izzati pemandu yang langgar Along?? Izzati yang buat Along cacat macam ni?? Kenapa ibu tak bagitau awal-awal lagi?! Sampai hati buat Along macam ni.”
“Along.. ibu takde pilihan. Kalau pernikahan Along tak diteruskan, ayah dapat malu. Ibu terpaksa carik calon isteri untuk Along. “
“Ibu dan ayah hanya fikirkan maruah keluarge jer. Perasaan Along, ada ibu fikir??” Naqib menggerak-gerakkan tongkatnya. Dia mahu masuk semula ke dalam bilik. Hatinya sangat perit. Dia baru saja mahu membuka pintu hatinya untuk Izzati. Berita yang dibicarakan mereka tadi membuatkan pintu hatinya tertutup semula.
“Naqib, awak dah tau segalanya. Saya tak mintak kemalangan itu berlaku. Maaf.. ”
“Kau gila?? Aku jadi cacat macam ni sebab kau! Kau tu cuma bawa  bala kat aku! Kau ingat senang-senang jer aku nak maafkan kau? Kalau hal enam tahun lepas tu bolehlah aku consider lagi. Tapi, kau dah buat aku jadi buta! Kau ingat maaf kau tu boleh buat aku celik semula?? Tak kan?? Kau faham tak Zati, sebab kau aku rasa dah tak nak hidup lagi. Aku hilang penglihatan hanya kerana kecuaian kau! Entah apa yang kau bomohkan ibu aku sampai dia sanggup terima kau jadik menantu! “
Permata jernih mula bergenang di kelopak mata Zati. ‘Ya Allah.. apa yang harus aku buat agar suamiku memaafkan aku? Kesilapanku amat besar.’ Naqib tidak henti-henti menyalahkannya. Malam itu, Izzati tidur di atas sofa. ‘Mungkin tempatku bukan di sini.’ Hati kecilnya berdetik.
‘Zati, macam mana aku nak maafkan kau? Kau dah buat hidup aku hancur. Hati aku susah nak maafkan kau.‘
**********
Izzati mengemas pakaiannya. Tiada apa yang dapat dia lakukan. Dia baru sedar yang Naqib sukar untuk memaafkannya. Tentunya perit menjalani kehidupan sebagai orang buta apatah lagi dia yang menyebabkan Naqib cacat penglihatan. Dia harus tinggalkan keluarga Naqib. Dia harus pergi jauh daripada Naqib. Perkahwinannya tak bermakna tanpa kemaafan daripada suaminya. Awal-awal pagi lagi dia keluar dari rumah itu. Dengan bantuan rakan baiknya, Fazlina, dia pergi dari rumah itu.Mujurlah semua penghuni rumah masih belum bangun.
“Along, bangunlah. Dah solat ke belum? Dah pukul 6.45 pagi.” Intan bertanya. Naqib berasa hairan kerana kebiasaannya Izzati yang mengejutkan dia pada waktu pagi. Naqib terpisat-pisat bangun.
“Mana Kak Zati ni? Tak nampak pun..” Intan berasa tidak sedap hati.
“Manalah Along tau. Along bukannya nampak dia pun..” Naqib masuk ke dalam bilik air untuk mengambil wudhu’.
Intan tergerak untuk membuka pintu almari. Intan terkejut. Yang tinggal hanyalah pakaian abangnya. Pakaian kakak iparnya sehelai pun tiada. Sah! Kakak iparnya dah lari dari rumah.
“Along, Kak Zati dah lari! Along, apa kita nak buat ni? Kak Zati mesti rasa bersalah sangat. Tu yang dia pergi. Along dengar tak ni?”
“Baguslah dia dah blah dari sini! Along pun tak naklah hidup dengan orang yang dah buat Along cacat! Lebih baik dia tak ada!”
“Along! Tak baik tau cakap Kak Zati macam tu. Along sedar tak kalau bukan dia, Along tak tau perangai Karina yang sebenar! Kak Zati ikhlas jaga Along. Dia ikhlas sayang kat Along. Dia tak kisah pun Along buta. Along bukan saja buta kat luar! Kat dalam hati pun Along buta! Along tak hargai perhatian yang Kak Zati bagi kat Along!“
“Intan! Sebab perempuan tu Intan dah hilang rasa hormat pada  Along?? “
“Intan cuma nak Along sedar jer. Memanglah Along tak dapat terima dia sebab dia yang langgar Along. Tapi, cuba Along fikir balik, Kak Zati berusaha nak tebus balik kesalahan dia. Along tak hargai cinta Kak Zati. Intan tak ada abang yang buta hati macam Along ni!” Intan Nazura berasa geram. Kenapalah abangnya begitu keras kepala.
***********
Sudah lebih sebulan Izzati tidak menjejakkan kaki ke rumah Naqib. Sekarang, dia tinggal di rumah sewa bersama Fazlina di Skudai. Dia menjadi guru tuisyen sementara bagi subjek Prinsip Perakaunan. Dia sudah memaklumkan kepada ibunya tentang keberadaannya. Panggilan telefon daripada ibu mertua dan adik iparnya tidak dijawab. Puan Wahidah juga merahsiakan di mana Izzati berada. Izzati bingung bagaimana caranya untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan Naqib. Dia harus melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegembiraan kepada Naqib.
“Faz, aku dah tau macam mana aku nak selesaikan masalah ni.”
“Kau nak buat apa Zati? “
“Aku rasa satu-satunya cara, aku kena  dermakan kornea mata aku kat Naqib..” kata Izzati dengan yakin.
“Kau dah tak betul Zati! Kau ingat ni drama Stairway To Heaven ke nak bagi mata kau segala? Cubalah kau carik jalan lain.. Derma  mata kau ni bukan benda yang boleh dibuat main-main! Kau nak ke jadi buta? Kau tak fikir perasaan mak kau? Kau tunggulah sikit masa lagi. Aku yakin pasti ada penderma untuk suami kau.”
“Faz.. Naqib tu dah buta sebab aku. Puas dia menanti penderma mata tapi sampai sekarang masih tak ada. Aku rase inilah saja cara yang terbaik untuk tebus semula kecuaian aku.”
“Aku tak setuju! Aku tak setuju dengan tindakan kau ni, Zati! Cubalah kau fikir balik!”
 Tiba-tiba, telefon bimbit Izzati yang terletak di atas meja berdering. Fazlina terus menyambar telefon itu. Izzati cuba merampas semula handsetnya namun gagal. Izzati melarang Fazlina daripada menjawab panggilan tersebut. Nama si pemanggil terpapar. Intan Nazura, adik ipar kawannya cuba menelefon. Dia terus menekan butang hijau.
“Helo, Assalamualaikum.. Kak Zati ke ni?”
“Waalaikumusalam.. awak Intan kan? Kak Zati tak adalah sekarang.. Intan nak pesan apa?”
“Intan nak Kak Zati balik. Pujuklah dia..”
“Okey, nanti Kak Faz cuba pujuk. Intan, Kak Faz ada berita baik untuk abang Intan.”
“Apa dia kak?”
“Dah ada penderma mata untuk abang Intan.”
“Macam mana Kak Faz tau?”
“Sebab yang nak derma mata tu kakak ipar Intan sendiri.”
“Huh??”
Fazlina mematikan panggilan. Izzati memarahi rakannya. Tetapi, tiada gunanya. Fazlina sudah memberitahu hasratnya untuk menjadi penderma mata untuk Naqib.  Sepatutnya, dia harus merahsiakan perkara tersebut lebih-lebih lagi kepada keluarga Naqib.
“Faz.. apa yang kau dah buat ni?”
“Aku tak buat ape-ape pun.. I’m just saying the truth..”
***********
Naqib berasa sangat sunyi. Memanglah adik perempuannya selalu membuat dia ceria tetapi hidupnya terasa serba kekurangan tanpa kehadiran Izzati di sisinya. Memang benar. Perasaan kasihnya kepada Izzati muncul kembali tanpa dia sedari. ‘Ya Allah.. aku amat rindukan isteriku.. Ape yang aku dah lakukan? Aku dah buat dia pergi.. Zati, kembalilah kepadaku..’ Selama sebulan itulah dia tidak banyak bercakap. Dia bertambah murung.
Dia perlukan perhatian isterinya. Naqib teringat kembali saat-saatnya bersama Izzati. Setiap kali waktu makan, pasti Izzati yang menyuapkannya. Semua pakaiannya disediakan oleh isterinya.’Intan betul. Hati aku memang buta.’ Hatinya tergerak untuk memaafkan Izzati sekaligus mahu melupakan segala perkara sedih yang dilaluinya. Izzati harus kembali ke sisinya.
“Along, sampai bila Along nak jadi macam ni? Along dah lainlah. Along makin pendiam. Intan tau yang Along rindu kat Kak Zati kan?”
“Kalau Along cakap yang Along rindukan dia pun, Kak Zati kembali ke?”
“Kalau Along dah maafkan dia, pasti Kak Zati balik semula kat rumah ni.”
“Intan, Along sedar yang hati Along buta. Intan, tolonglah pujuk Kak Zati balik. I need her.”
“Kak Zati pergi barulah Along sedar. Along tau tak yang Kak Zati sanggup lakukan apa saja supaya Along maafkan dia. Kak Zati sanggup jadi penderma mata untuk Along tau. Tak pernah Intan jumpa orang baik seperti Kak Zati.”
“Betul ke apa yang Intan cakapkan ni?” Naqib terkejut.
“Takkanlah Intan nak tipu pulak. Betullah long. Along dah sia-siakan perempuan macam Kak Zati. Sekarang, jangan suruh Intan jadi orang tengah. Asyik-asyik Intan jer. Along usahalah sendiri.”
“Intan, tolonglah Along.. “
“Along, cubalah tackle Kak Zati balik.Intan malaslah..”
“Alah..Intan, tolonglah. Seorang adik yang baik kan kena tolong abangnya.”
“Hurmm..Yelah..”
Dengan bantuan Intan, akhirnya Izzati pulang semula ke pangkuan suaminya. Izzati berasa lega kerana akhirnya suaminya sudi memaafkan dirinya. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia tetap rasa bersalah. Pintu bilik dikuak. Izzati melangkah ke dalam. Naqib sedang tidur di atas katil. Jam menunjukkan 9.30 malam. Naqib mengigau. Dia memanggil nama ‘Zati’ berulang kali. Izzati mengelus lembut rambut suaminya. Naqib tersedar. Dia duduk di atas katil.Sepertinya ada orang yang mengusap rambutnya. Izzati memulakan bicara. Dia memanggil lembut nama suaminya. Kemudian kedua-dua pergelangan tangan suaminya dipegang.
“Zati, awak ke tu? “
“Naqib, terima kasih sebab awak sudi nak maafkan saya.. Saya dah banyak buat salah kat awak..” Izzati menangis teresak-esak. Tangan suaminya dikucup.
“Zati, saya takkan maafkan awak kalau awak tinggalkan saya lagi. Saya perlukan awak..” Tangan kanan Naqib teraba-raba untuk menyentuh pipi isterinya. Izzati mendekatkan tangan suaminya ke pipinya. Ada air mata hangat yang mengalir. Ibu jari Naqib mengesat  permata jernih itu. Izzati terus memeluk suaminya. Dia menangis lama.
“Zati, awak tak payah jadi penderma. Saya tak perlukan mata. Saya hanya perlukan awak dalam hidup saya. Bagi saya, awaklah mata saya. You’ll shine my way.”
“Salah saya Naqib. Saya yang sebabkan awak jadi macam ni. “
“Saya dah redha Zati. Jika beginilah takdir hidup saya, saya rela terima. Awak tak perlu rasa bersalah lagi. Sudi tak awak terima saya semula? Saya tau saya tak dapat melihat.”
“Saya tak pandang kekurangan awak, Naqib. Saya cuma menilai hati budi awak. Saya akan teman awak sepanjang hayat. “ Naqib mengusap belakang isterinya. Izzati tidak henti-henti menangis.
************
Naqib melangkah ke dalam bilik. Dia malas hendak menggunakan tongkat. Lagipun, dia sudah masak dengan susunan perabot di biliknya. Biliknya begitu luas. Siap ada sebuah televisyen lagi. Dia terdengar gelak-tawa isterinya. Pasti Izzati sedang menonton rancangan kegemarannya. Izzati menoleh ke sebelah kiri.
“Naqib! Kenapa tak pakai tongkat? Nanti terlanggar meja kan susah?” Izzati tidak pernah berubah. Selalu sangat over risau. Izzati menghampiri suaminya. Dia memimpin suaminya menuju ke arah sofa. Mereka melabuhkan punggung.
“Alah.. asal Zati ni risau sangat? Bukan ada apa-apa pun.. Zati tengah tengok cerita apa?”
“Cerita Scary Movie. Kelakar sangat. ”
“Ingatkan tengok siaran apa tadi. Untunglah dapat tengok..” Kata-katanya berbaur cemburu.
“Okeylah.. saya tutup tv ni. Adil kan? Dua-dua sama-sama tak dapat tengok.”
Izzati merebahkan kepalanya di atas riba Naqib. Naqib terasa ada benda berat yang menghempap pahanya.
“Zati, kepala awak beratlah.”
“Eleh.. Masa tu badan awak terhempap saya lagi berat tau tak? Saya tak nak alih..”
Naqib mendaratkan tapak tangannya di pipi isterinya. Mukanya terasa amat licin. Dia menyentuh bibir Izzati. Kemudian, jatuh pula di keningnya. Walaupun Naqib tidak dapat melihat wajah Izzati, dia yakin yang isterinya lebih cantik daripada enam  tahun yang lalu.
“Awak ni kenapa pegang-pegang muka saya ni?”
“Alah..pegang pun salah ke? Saya bayangkan bagaimana rupa awak yang sekarang..Masih cantik macam dulu ke?”
“Muka saya  sekarang lagi berganda-ganda cantiklah daripada dulu.”
“Puji diri sendiri nampak.. Perasan..” Naqib memegang dahi isterinya yang ditutupi rambut. Rambutnya diselakkan. Naqib tersenyum nakal. Jarinya menjentik dahi isterinya.
“Auchh.sakitlah.. awak ni kenapa?” Izzati mengangkat kepala. Dia kembali dalam posisi duduk.
“Padan muka. Sapa suruh perasan sangat..” Naqib tergelak.
“Awak jahat.. takpelah.. kali ni saya lepaskan awak. Malas saya nak balas.” Izzati menyandarkan kepalanya di bahu suaminya pula. Tangan Naqib melingkari bahu Izzati. Dia memeluknya dengan erat.
“Naqib, awak perasan tak masa awak kat hospital dulu, ada orang yang bagi awak bunga ros?”
“Oh.. bunga ros tu. Ada. Kenapa?”
“Kalau awak nak tau yang bagi bunga tu, sayalah..Hehe..”
“Awak ke? Alah.. sorrylah.. saya dah bagi Intan bunga tu. Dia nak sangat.. But, thank you very much. ”
“Tak apa. Tak kisahlah. At least, awak dah tau yang saya betul-betul risaukan awak masa tu. Sebab saya tak nak awak rasa bosan malam ni, saya nak nyanyikan lagu untuk awak..”
“Sedap sangat ke suara tu? “
“Awak lupa ke yang saya ni dulu pernah menang pertandingan nyanyian lagu patriotik kat sekolah dulu? Johan lagi tau.”
“Okey.. sing a song for me. I’ll listen..”
“Kejap..ehem..ehem.. testing, testing..” Izzati berdehem.
“Testing, testing. Cepatlah mula.”
“Sabarlah. Okey, saya mula eh? Sound straight from the twilight… Has me up all night… I can't fall asleep 'cause I keep thinking of you… And I saw a shadow outside my window and it’s you..” Izzati berhenti menyanyi.
“Aik?? Asal nyanyi sampai situ jer? Nak dengar lagi..”
“Part seterusnye sambung esok.. Tunggulah esok..”
“Apa ni? Nyanyi sekat-sekat..” Naqib mencebik. Izzati tertawa. Dia seronok mengenakan suaminya.
***********
Hari ini merupakan hari terpenting untuk mereka sekeluarga terutamanya Naqib. Dia akan menjalani pembedahan kornea mata setelah lama  menanti. Izzati tidak putus-putus berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.Mereka semua berada di Hospital Kuala Lumpur. Identiti penderma dirahsiakan. Yang dia tahu penderma itu telah mengalami kemalangan. Menurut ibu bapanya, arwah berhasrat untuk mendermakan mata dan organnya kepada sesiapa yang memerlukan sebelum dia menemui ajal.
 Dahulu, Sri Lanka merupakan penyumbang kornea mata kepada  Malaysia. Namun, kini telah berubah.  Semasa kecil, Izzati selalu beranggapan bahawa keseluruhan bebola mata si penderma  akan dimasukkan ke dalam mata pesakit. Ternyata dia silap. Hanya kornea mata si penderma  sahaja yang akan diambil untuk dipindahkan. Bebola mata yang tinggal itu mungkin digunakan untuk tujuan penyelidikan. Maklumat itu pun diketahuinya daripada Fazlina. Rakan baiknya itu sangat meminati bidang perubatan terutamanya optometry.
 Dia bersyukur kepada Allah kerana Allah menitipkan penderma mata untuk suaminya. Selepas keputusan SPM dahulu, ibunya mencadangkan dia untuk mengambil  jurusan perubatan tetapi dia tidak begitu minat walaupun dia cemerlang dalam subjek Biology dan Chemistry. Lantas dia mengambil course perakaunan.
Hatinya tergerak untuk mendaftarkan diri untuk menderma organ. Seperti yang diketahuinya, pendermaan organ dalam Islam hukumnya harus dan dianggap sebagai suatu sedekah. Seandainya dia menderma organ, samalah seperti dia telah bersedekah. Bukankah hadis ada menyebut : Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
Setelah dua  jam setengah, seorang doktor keluar dari bilik bedah. Izzati membetulkan selendangnya yang sedikit senget.  Dalam  sehari lagi, Naqib baru boleh membuka balutan di matanya. Izzati memanjatkan kesyukuran. Akhirnya, hasrat suaminya untuk melihat semula menjadi nyata. ‘You’ll become the first sight that I’ll see.’ Terngiang-ngiang kata-kata suaminya kelmarin di telinganya.
***********
Balutan di matanya dibuka. Naqib perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Pada mulanya pandangannya kabur kemudian bertukar menjadi jelas sedikit. Dia terlihat wajah jelita isterinya. Ternyata, dia jauh lebih cantik berbanding dahulu. Naqib berasa amat gembira. Allah telah memakbulkan doanya.
“Along dah nampak kita orang kan? Alhamdullillah…  Yang Along tak berkelip pandang Kak Zati ni pehal? Taulah Kak Zati cun sangat..”
“Mestilah nampak.. Tak salah kan kalau Along tengok Kak Zati? Intan jeles ke sebab tak ada sapa yang nak pandang Intan?” Naqib bersuara. Adik perempuannya mencebik. Izzati pula hanya tertawa.
“Lepas ni bolehlah ibu buat kenduri kesyukuran..”
“Zati setuju sangat, ibu..” jawabnya ringkas.
“Along.. Along ada nampak apa-apa yang aneh tak long? Nampak ‘something’ ke..”
“Ape Intan mengarut ni?”
“Mana tau Along sixth sense.. Boleh nampak hantu macam citer The Eye tu. Lepas buat pemindahan kornea mate jer boleh nampak ‘benda’ tu.”  Puan Fatimah mencubit lengan anaknya. Intan mengaduh kesakitan.
“Intan terpengaruh sangat ngan citer tu. Takdelah sampai nampak hantu. Mengarut jer..” Izzati berbicara. Naqib pula memarahi adiknya.
“Apa ni? Semua orang nak marah Intan.. Saja jer Intan cakap macam tu.” Intan memasamkan muka.
***********
“Zati..bukalah pintu ni. Saya boleh jelaskan hal tadi. Awak dah salah faham.“ Naqib mengetuk pintu kamar beberapa kali.
“Saya tak suka awak peluk-peluk dengan Karina! Sampai hati awak curang kat belakang saya!”
“Saya tak selingkuh lah. Awak dah salah faham. Saya cuma nak selamatkan Karina daripada lelaki-lelaki jahat tadi. Dia yang peluk saya sebab takut sangat. Bukak lah Zati..Saya mintak maaf..”
“Saya tak nak bukak! Saya sakit hati dengan perangai awak! “
“Saya akan tunggu awak bukak pintu ni. I’ll be waiting for you to forgive me.”
“Shut up and go away. I don’t care! Awak tunggu ke tak saya tak peduli.” Izzati berasa sedih. Dia benci melihat Naqib berpelukan dengan bekas tunangnya. Hatinya terluka. Naqib duduk di tepi pintu sambil mengetuknya beberapa kali. Dia memanggil nama isterinya tetapi tetap  tiada sahutan. Izzati menyelubung tubuhnya dengan selimut. Panggilan suaminya tidak diendahkan. Baru saje berpindah rumah, hubungan mereka sudah mengalami masalah. Waktu terus berjalan.
Izzati tersedar. Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Dia tergerak untuk membuka pintu. Pasti suaminya telah tidur di bilik lain. Tombol pintu dipusingkan.Izzati terkejut. Dia berasa sangat bersalah.  Naqib tertidur bersandarkan dinding. Dia kelihatan kesejukan. Lengan dan lehernya juga terdapat bintik-bintik merah tanda digigit nyamuk. ‘Ya Allah..apa yang aku dah buat?’ Izzati mengejutkan Naqib.
“Awak.. bangun.. kenapa tidur kat sini?’’ Naqib membuka matanya.
“Awak dah maafkan saya?”
“Dah maafkan… awak jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka. I’m sorry ‘cause I didn’t believe you.”
“Yelah. Janganlah marah saya lagi. Awak tak kesian ke kat saya ni? Kena  gigit nyamuk kat luar ni tau.”
“Alah.. tadikan dah mintak maaf..” Izzati memeluk suaminya.
***********
Naqib dan Izzati berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah mereka. Malam itu sangat sunyi. Yalah. Manalah ada orang datang ke taman pukul 12 tengah malam. Mereka sibuk bermain bunga api. Taman itulah yang menemukan mereka suatu masa dahulu.
“Alah Naqib.. bunga api dah habis lah.. Kalau orang lain nampak ni mesti ingat kita dah tak betul. Nak buat apa sekarang ni?”
“Tak ada orang yang nampaklah. Kita main kejar-kejar pulak..”
“Tak rasa macam budak-budak ke nak main kejar-kejar? Kita dah 25 tahun kut..”
“Tak kisahlah umur kita berapa pon.. Jomlah main kejar-kejar. Kalau awak dapat kejar saya nanti saya bagi hadiah paling istimewa.”
“Betul ni? Kita mula sekarang eh? 1..2..” Belum sempat Izzati membilang sampai angka 3, Naqib telah melangkah seribu.
“Tak adil lah macam ni!  Awak main tipu!” Izzati terus mengejar Naqib walaupun dia sudah menjauh di hadapan. Tanpa disangka, dia tersilap langkah. Izzati jatuh tersungkur. Lututnya terasa perit. Kakinya terseliuh. Naqib menoleh belakang. Dia berlari menghampiri isterinya. Izzati cuba berdiri tetapi kakinya terasa amat sakit.
“Awaklah ni nak main kejar-kejar sangat.. Tengok apa dah jadi..” Wajah Izzati bertukar muram.
“Yang awak tak hati-hati kenapa? Padan muka dah  jatuh..” Naqib menyakat.
“Eeee..salahkan saya pulak.. Jomlah balik..” Izzati berasa geram.
“Alah.. merajuk ke mak cik?” Izzati bertambah sakit hati. Dia tidak menjawab. Mulutnya memuncung.
“Alalalala.. merajuk lak memalam buta cam ni. Meh naik belakang saya.. Kaki awak kan sakit..” Naqib menundukkan badannya. Lutut kanannya menyentuh tanah. Izzati menyentuh bahu suaminya. Tubuhnya terangkat. Naqib berjalan menuju ke rumah.
“Saya rasa berat awak dah naik sikitlah..”
“Nak cakap saya ni gemuklah.. “
“Bolehlah gemuk sikit..” Naqib tergelak.
‘Aku tak gemuklah. Berisi sikit jer. ‘ Izzati berkata di dalam hati.
“Naqib, awak dah titis ubat mata ke belum tadi? Macam tak jer..”
“Alah..lupalah.. nanti balik saya titislah..”
“Kalau ibu tau ni mesti kita kena marah. Dah lewat malam tapi belum tidur lagi. Mata awak kan perlukan rehat untuk betul-betul sembuh.”
“Mata saya dah sembuhlah.. Takpelah ..sekali-sekala keluar lewat malam macam ni kan best. Hari ni kan anniversary kita.“
“Yelah.. memang dah sembuh but not completely sembuh. Anniversary dah habislah..Kan dah lebih pukul 12 ni..” Izzati mahu mengenakan suaminya.Dia menyendengkan tubuhnya ke arah kiri. Naqib cuba menyeimbangkan badannya.
“Zati..duduk diam-diamlah. Dah nak jatuh ni..” Kali ini, isterinya menyendengkan badannya ke arah kanan pula. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Naqib berjalan terhuyung-hayang.
“Hahaha… sapa suruh cakap saya gemuk?”
“Cepat sangat terasa. Zati, kita tukar nama gelaranlah. Kita kan dah kahwin. You must call me ‘abang’. Kan mesra sikit..”
“Abang? Dari dulu tak nak cakap. Hurm..boleh jugak.. Abang jalan lambat sangatlah.. Cepatlah sikit. Bila nak sampai rumah kalau jalan macam ni?”
“How could you.. Lambat sangat ke abang jalan? Bukan macam siput pun.. So, Zati nak sangat kan cepat sampai rumah? Okey, no hal..” Naqib berlari. Izzati menjerit. Dia mengeratkan lagi pelukannya.
“Abang!!! Stop!” Lariannya terhenti. Naqib berjalan seperti biasa.
“Tau takut..” ujar Naqib. Izzati menepuk bahu kanannya tanda geram.
“Apa abang buat ni? Kalau jatuh macam mane?”
“Penakut..”
“Ahmad Naqib bin Othman. Are you loving me?”
“Of course I love you.”
“So, kenapa abang buat Zati macam ni? “
“Because I want to show you that I’m a strong man. ”
 “Strong? Tak adalah kuat mana pun.. “
“Abang kuat apa sebab dapat dukung Zati yang agak berat ni. So, did you get your missing love?”
“Yes. I’ve found it.”
“Where’s?”
“In front of me and  I’m so happy. “ Kepalanya dilentokkan di bahu kiri Naqib. Tidak berapa lama kemudian, perbualan mereka mati. Izzati telah tertidur di belakang suaminya. Naqib hanya tersenyum bahagia.
Akhirnya, setelah beberapa tahun menanggung rindu, mencari cintanya yang hilang, Mariana Izzati bertemu kembali cintanya. Allah telah menganugerahkannya cinta yang tidak ternilai.

 
;