From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 7 January 2012

sepahit kopi, semanis cinta

mungkin ada yang pernah baca, dan mungkin ada yang belum pernah baca cerpen ni. anyhow, enjoy reading. thanx for ur support. :)


.





Tren 4 koc berhenti di stesen LRT Setiawangsa. Gadis itu melangkah masuk. Lagu Stereohearts nyanyian Gym Class Heroes bersama Adam Levine berkumandang melalui earphone yang kemas terpasang di telinga. Dia memandang ke kiri dan kanan. Mengeluh. Tempat semua penuh. Berdiri je la nampaknya. Its ok, bukan lama sangat pun.

Tren bergerak perlahan. Apabila tren tersebut berhenti di stesen Dato’ Keramat, kelihatan seorang perempuan tua mungkin sebaya dengan neneknya melangkah masuk menjinjing beberapa plastik di tangan. Mungkin baru lepas membeli barang keperluan harian. Matanya menganalisa perempuan tua itu. Kasihan. Di mana anak-anaknya?

Matanya dialihkan dari perempuan tua itu. Memerhati sekeliling. Di sebelah kirinya, kerusi yang memuatkan 4 orang penumpang dipenuhi dengan anak-anak muda, yang pada pengamatannya, masih kuat dan mampu berdiri. Dia tahu mereka turut nampak perempuan tua itu. Tapi nampaknya mereka lebih mementingkan keselesaan diri masing-masing, berbanding untuk berbaik hati memberi tempat duduk tersebut kepada warga tua yang sepatutnya diberikan keutamaan. Dia hanya mampu menggeleng kepala.

“Mak cik, duduklah.” Automatik kepalanya dipusingkan ke sebelah kanan apabila mendengar suara yang menghentikan rungutannya yang hanya bergema di dalam hati. Seorang lelaki bangun memberi tempat duduknya kepada mak cik tadi. Perempuan tua itu tersenyum bersama ucapan terima kasih yang diulang beberapa kali. Dia menghembus nafas lega. Alhamdulillah, masih ada yang peka dan prihatin.

Lelaki tadi dilihat melangkah ke hadapan sikit. Mencari ruang yang lebih selesa mungkin. Matanya leka sebentar memerhatikan lelaki yang kemas memakai kemeja berwarna coklat gelap bersama seluar berwarna khakis itu. Lagu Stereo Hearts diganti dengan lagu What Can I do nyanyian The Corrs. Dia tersentak dan terus mengalihkan pandangan matanya ke arah lain apabila lelaki itu turut memandangnya, bersama senyuman. Manis.

Adlina terus memandang sekelilingnya. Tidak jauh dari tempat dia berdiri, seorang wanita yang duduk berhampirannya bersama sebuah buku kecil ditangan kelihatan khusyuk menatap buku itu. Mulutnya terkumat kamit. Adlina memerhati. Tersentak sedikit dirinya apabila menyedari wanita itu sedang membaca Al-Ma’thurat. Terdiam. Tangan segera mematikan mp3. ‘Dari aku dengar lagu, baik aku baca Al-Qur’an yang dah bersarang kat dalam handphone ni.’ Hatinya berdetik, teringat aplikasi Al-Qur’an yang di download dan dimasukkan ke dalam handphonenya. Bukan dia yang download dan masukkan, tapi kakaknya yang punya angkara.

‘Mungkin dah sampai masa untuk cuba sesuatu yang baru.’ Tangannya lincah mencari aplikasi yang selama ini dia tahu kewujudannya, tapi tak pernah cuba untuk dibuka. Jumpa. Dia tersenyum. Terima kasih kak long. Ayat-ayat yang tertera di skrin dibaca dalam hati. Sekurang-kurangnya masa dia tidak terbuang dengan sia-sia. Alhamdulillah.. Lelaki berbaju coklat gelap yang menarik perhatiannya sebentar tadi terus diabaikan. Dia leka dengan dunianya sendiri.


Tren berhenti di stesen Pasar Seni. Adlina menghentikan bacaannya. Kaki melangkah keluar bersama beberapa penumpang yang lain. Dia terus berjalan. Beberapa minit kemudian, kakinya berhenti di hadapan sebuah coffee house. Papan tanda yang tertulis ‘Double-A Coffee House’ membuatkan dia tersenyum sendiri. Nama Double-A tu dah macam brand kertas A4 la pulak. Dia melangkah masuk bersama senyuman. Beberapa pelanggan lain kelihatan sudah sedia ada di dalam kedai tersebut.

“Hai.. good morning!” Adlina bersuara, menyapa pelanggan-pelanggan di situ serta 2 orang pekerja yang sedang sibuk melayan pelanggan. Masing-masing membalas ucapannya bersama senyuman yang tidak lekang di bibir. Kakinya melangkah terus ke ruang belakang coffee house tersebut untuk menyimpan barang-barangnya. Jam dinding dikerling, pukul 8.30 pagi. Masih awal, tapi sudah ada pelanggan yang berkunjung.

Apron disarungkan ke badan, dia terus membantu 2 lagi rakan sekerjanya menyediakan air untuk pelanggan. Tangannya lincah dan tidak kekok membuat air yang pelbagai itu. Sambil menyediakan air, mulutnya ramah menyapa pelanggan yang berdekatan. Sekadar menghidupkan suasana supaya keadaan coffee house itu tidak sunyi seperti rumah mayat. Hahaha..


Akmal melangkah ke arah kedainya yang dipenuhi dengan lukisan pelbagai corak, hasil tangannya sendiri yang terletak di kawasan Central Market. Menyapa rakannya, Adli yang sedang sibuk menyusun lukisan agar kedai tersebut kelihatan lebih kemas. Setelah memastikan kedainya dalam keadaan baik dan berbincang sedikit dengan Adli perihal lukisannya dan kedai, dia terus melangkah memasuki biliknya, membuka laptop yang sedia terletak di atas meja kerjanya. Belum ada mood untuk melukis lagi. Maka dia melakukan kerja lain dahulu. Masih banyak kerja yang menanti untuk disiapkan.

Tangannya mencapai headphone, diletakkan di kepala. Dalam beberapa saat, lagu Fighting dari kumpulan Yellowcard bergema, memisahkan antara dia dan dunia luar. Tenggelam bersama kerja-kerja yang perlu disiapkan segera. Dia terus leka dalam dunianya sendiri. Dia tidak perlu risau akan keadaan kedainya. Kerana dia percaya pada Adli, sahabat yang dikenali dari hari pertama dia melangkah masuk ke universiti.

“Mal.” Adli memanggil Akmal yang dilihat masih khusyuk menghadap laptopnya. Adli mendekati Akmal. Patut la leka semacam. Khusyuk sangat menaikkan 3D rumah banglo dua tingkat milik Dato’ Arif. Adli menepuk perlahan bahu Akmal, tidak mahu rakannya itu terkejut kalau dia tepuk kuat-kuat. Kang ada pula yang kena sakit jantung. Hehe..

Akmal tersentak sedikit, lalu berpaling menghadap Adli. Keningnya diangkat, tanda bertanya kepada Adli.

“Kau tak nak pergi makan ke? Aku dah lapar ni. Kau boleh kenyang ke setakat makan 3D tu?” Adli tertawa kecil di hujung pertanyannya itu.

“Dah pukul berapa?” Akmal bertanya, sedikit terpinga-pinga.

“Dah 1.30 dah.. kau tak lapar ke? Pagi tadi dah makan ey?” Adli bertanya walaupun dia tahu jawapannya.

“Mana ada.. kau macam baru kenal aku semalam kan? Aku mana ambil breakfast. Nanti aku sakit perut la.” Akmal menjawab tanpa riak. Tangannya sibuk menyimpan dokumen yang sudah dibuat, sebelum laptop itu dimatikan. Kunci kedai diambil dan mereka beriringan keluar dari kedai itu untuk mencari makanan.

“Eh, Adli. Kedai baru ke ni?” kaki Akmal terhenti apabila terpandang papan tanda bertulis ‘Double-A Coffee House’ itu.

“Boleh tahan baru jugak la. Kau kan jarang ada kat sini lately. Mesti kau tak tahu kan? Sedap jugak makanan kat sini. Tapi paling best kopi dia la..” Adli menjawab bersama senyuman di bibir.

“Ye ke? Kau dah pernah cuba ke?” Akmal kelihatan ragu-ragu.

“Sebab dah pernah la aku berani cakap sedap. Kau ni.. Aku datang dengan Syasya haritu.” Akmal menganggukkan kepalanya mendengar jawapan Adli.

“Ohhh.. ye ke? Boleh la. Jom makan kat kedai baru ni. Tapi lawak la nama kedai dia. Macam nama brand kertas A4 je.” Akmal berkata sambil ketawa. Adli tersenyum, mengiakan kata-kata sahabatnya. Masa dia pertama kali tengok nama kedai ni pun dia fikirkan benda yang sama seperti Akmal. Kakinya mengekori langkah kaki Akmal yang laju di depannya.

“Welcome to Double-A Coffee House!!” suara pekerja di dalam coffee house tersebut menyambut kedatangan Akmal dan Adli, menyebabkan Akmal seakan terpaku sebentar. Adli hanya tersenyum.

‘Dari luar macam sunyi. Bila masuk meriah semacam.’ Akmal bermonolog sendiri. Matanya meliar, mencari tempat duduk kosong di dalam kedai tersebut. Agak ramai umat manusia di waktu tengahari begini. Peak hour. Memang masa macam ni orang semua pakat break untuk makan tengahari. Tapi walaupun coffe house ini hampir penuh, suasananya tidak pula merimaskan.

“Mal, sini la. Duduk sini.” Adli memanggil rakannya yang leka memerhatikan sekeliling coffee house itu. Akmal berpaling dan terus mendapatkan rakannya yang duduk di sudut coffee house. Terdapat tempat duduk untuk dua orang di situ. Cukup-cukup untuk mereka.

“Kau nak makan apa?” Adli bertanya usai Akmal duduk di hadapannya.

“Apa yang best?” soalan berbalas soalan.

“Kau ni. Aku tanya kau, kau tanya aku balik.” Adli menunjukkan muka tak puas hati. Akmal tersengih tayang gigi.

“Aku mana pernah datang sini, bro..” Akmal bela diri.

“Sini tak ada nasi. Dia punya main menu coffee lah. Tapi ada je sandwiches and pasta. Kau nak apa? Spaghetti?” Adli memberi penerangan.

“Boleh la. Air apa yang best?” Akmal bertanya lagi.

“Aku suggest kau minum latte la. Nak? Latte kat sini menarik..” Adli berkata lagi.

Akmal angguk saja. Tak kisah dengan cadangan Adli. Walaupun dia sedikit hairan apabila Adli cakap latte dekat sini menarik. Apa yang menarik? Latte je kan?

Adli menawarkan diri untuk membeli makanan dan minuman, manakala Akmal disuruh menjaga tempat duduk mereka.


“Tadaaaa…” Adli tiba bersama 2 pinggan spaghetti bersama 2 cawan latte. Akmal hairan melihat aksi terlebih ceria sahabatnya. Dia menyambut cawan yang dihulur Adli.

‘Oh, my.. patut la Adli cakap latte dekat sini menarik. No wonder..’ Akmal tertarik dengan corak daun yang terhasil di atas latte itu. Matanya automatik berpaling mencari gerangan pembuat air. Dari jauh dia melihat seorang gadis sedang cekap menyediakan air pelanggannya, bersama mulut yang ramah berbual bersama pelanggan yang berhampiran.

Akmal leka seketika meneliti gadis itu sebelum dia menyedari sesuatu. ‘Bukan dia ni..’ monolog hatinya terhenti apabila Adli menepuk dahinya. Main kasar ni!

“Hoiii.. main kasar nampak??” Akmal bersuara sambil tangannya menggosok dahi yang sakit ditepuk oleh Adli.

“Hahaha.. dah kau tu yang khayal semacam. Sengal je. Nak makan ke tak ni? Ke kau dah kenyang tengok budak perempuan tu?” Adli ketawa meriah. Bukan dia takut pun tengok muka Akmal yang menahan geram tu. Dah biasa sangat.

Akmal kembali menghadap hidangan di hadapannya. Sekali lagi latte itu menarik perhatiannya. Rasa sayang pula nak minum. Haha..

“Kreatif betul la budak tu buat air.” Akmal memberi komen. Adli mengangguk.

“Kan?? aku dengan Syasya pun macam kau jugak masa pertama kali datang sini. Teruja tengok art yang ada atas coffee ni. Hari tu lagi la. Dia buat bentuk love kau tahu? Hehehe..” Adli masih tersenyum.

“Wahhhh.. dahsyat. Aku ingatkan seni ni ada pada lukisan je. Coffee pun ada art juga rupanya. Hebat!” Akmal bersemangat. Terus tangannya menyuap spaghetti yang sudah semakin menurun suhunya ke dalam mulut. Sedap! Terbit lagi pujian dari hatinya. Dia tersenyum sendiri. Sesekali matanya melirik kepada si pembuat air. Dia pasti dia tak salah orang.


Adlina memerhati coffee house tersebut. Melihat jika ada meja yang perlu dibersihkan. Matanya terhenti pada dua orang lelaki yang sedang rancak berbual di satu sudut coffee house tersebut. Lelaki yang memakai baju kemeja berwarna coklat gelap bersama seluar berwarna khakis itu menarik perhatiannya. Macam pernah nampak. Otaknya cuba mengingat.

Mata mereka bertembung seketika. Adlina segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Kejadian di dalam tren kembali menerpa ingatannya. ‘Oh, mamat peka dan prihatin tu rupanya. Dah ingat dah.’ Adlina mengangguk sendiri, sambil menahan debaran di dada yang entah kenapa muncul tiba-tiba apabila mata mereka bertembung pandang.

‘She is cute.’ Akmal berkata di dalam hati. Hatinya yang turut berdebar cuba diredakan. Ini ke yang orang selalu kata, dari mata turun ke hati? Dia menggeleng. This is ridiculous. Kau mengarut apa ni Akmal? Suapan diteruskan. Air yang hanya tinggal separuh segera dihabiskan. Dia perlu pulang ke kedai. Masih banyak kerja yang menanti.

“Li, jom la. Kau dah habis makan ke belum?” Akmal bertanya kepada Adli yang sedang mengelap bibir dengan tisu. Adli mengangguk bagi menjawab pertanyaan Akmal.

“Jom.” Mereka berdiri dan terus berlalu.


“Hai, abang Akmal. Macam biasa ke?” suara Hazri, salah seorang pekerja di Double-A Coffee House menyambut kedatangannya pada pagi itu. Dia hanya senyum dan mengangguk. Pekerja di sini pun sudah hafal menu hariannya. Latte bersama sandwich tuna sebagai sarapan hariannya sejak 2 minggu yang lalu. Sejak hatinya mula berdebar apabila bertentang mata dengan gadis pembuat kopi itu.

Mereka tidak pernah berbual sepanjang dia menjadi pelanggan tetap di coffee house itu. Tapi dia tahu nama gadis itu Adlina, melalui panggilan pekerja-pekerja lain yang menyebut nama gadis itu setiap kali menyampaikan pesanan air pelanggan. Mereka hanya sekadar berbalas pandangan dan saling memberi senyuman sahaja. Tapi dia tidak kisah itu semua. Yang penting hari yang dilalui akan menjadi lebih ceria setelah pulang dari coffee house tersebut.

Matanya dihalakan ke bar setelah duduk di tempat biasa, di sudut yang sama semasa pertama kali dia datang dengan Adli. Laptop di tangan di buka. Coffee house ini menjadi tempat baru dia membuat kerja-kerja sampingannya, bukan lagi di kedai lukisan itu. Adli malas nak ambil tahu, hanya membuat kesimpulan bahawa sahabatnya ini mungkin ingin mencari tempat yang lebih selesa berbanding kedai mereka.

“Abang Akmal, ni menu macam biasa. Hehe..” Nadia yang menghantar hidangan tersengih. Akmal melihat ke dalam cawan, ingin melihat corak apa pula yang terhasil di atas air latte nya hari ini. Sebelum ini dia pernah dapat corak bunga, daun, muka panda dan macam-macam lagi.

“eh??” suara Akmal menghentikan langkah Nadia yang baru melangkah setapak dari meja itu. Nadia berpatah balik.

“Kenapa abang Akmal?” dia bertanya kepada lelaki yang kemas berkemeja putih yang lengannya dilipat hingga ke siku.

“Kenapa hari ni tak ada corak?” akmal bertanya terus. Matanya dialihkan ke arah bar. Mencari seseorang. Hatinya hampa apabila wajah yang dicari tiada. Patut la.. orang lain yang buat air hari ni.

“Kak Ad tak ada. Dia MC harini. Demam.” Nadia menjelaskan. Dia perasan akan riak wajah Akmal yang kecewa. Hatinya merasakan bahawa Akmal menyimpan perasaan terhadap bos nya itu.

“Ohh.. ok, then. Nadia sambung la buat kerja. Sorry kacau.” Akmal menikmati hidangannya.

‘Lainnya rasa…’ hatinya pantas memberi komen. Rasa rindu pada seraut wajah itu terus bertandang.

‘Did the time have come?’ soalan yang ditanya pada diri sendiri. Dia mengeluh. Tiada jawapan untuk soalan itu. Selesai makan, dia terus mengemas barangnya dan pulang ke kedai.


“Aik? Awal kau balik? Selalu dah nak masuk lunch hour baru aku nampak muka kau kat kedai ni?” Adli bersuara pantas apabila terpandang wajah muram sahabatnya itu. Macam ada yang tak kena.

“Tak ada apa. Boring.” Akmal menjawab pendek. Adli pelik. Selama dua minggu ni tak pernah dia dengar Akmal cakap bosan bila balik dari kedai tu. Asyik tayang gigi je 24 jam.

“Kenapa tiba-tiba boring? Selama ni kau seronok je bertapa berjam-jam kat kedai tu?” Adli tanya terus soalan yang bermain di mindanya.

“Ad tak ada la hari ni. Latte tu dah tak menarik lagi.” Tanpa sedar Akmal meluahkan rahsia yang selama ini disimpan sendiri. Adli terpinga-pinga. Ad? Adlina? Matanya memandang Akmal yang jelas muram. Tapi macam lebih kepada risau je?

“Dia tak ada, pergi mana?” Adli masih buat biasa.

“Dia demam. Risau pulak aku.” Akmal terus menjawab tanpa sedar rahsia hatinya telah terbongkar.

“Mal..” Adli memanggil rakannya yang hanya diam di kerusi. Laptop tidak dibuka, kain kanvas juga tidak disentuh. Ini pelik. Selalunya Akmal tak pernah tak buat kerja kalau duduk dalam bilik ni. Mesti ada je kerja yang dia nak kena buat. Samada siapkan lukisan 3D untuk kliennya atau membuat lukisan apabila dia mula rasa nak termuntah menghadap laptopnya itu.

“Apa?” Akmal memandang sahabatnya itu.

“Kenapa kau pulak yang risau bila si Ad tu demam?” Kata-kata Adli membuatkan Akmal tersentak. Uk ohhh.. pantas dia menarik sengih.

“Tak ada la. Aku suka tengok coffee arts yang dia buat tu. Tu je.” Akmal cover line.

“Ye ke ni?? Macam tak percaya je.” Adli masih ragu-ragu.

“You fall for her, am I right?” Soalan Adli buat Akmal terdiam.

“Errr….” Akmal hanya sengih. Adli yang melihat kawannya terkulat-kulat rasa nak ketawa.

“Siot kau.. tak roger kat aku pun kan?? simpan sendiri je..” Adli menyatakan rasa tidak puas hatinya.

“Sejak bila ni?” Adli masih mencungkil rahsia.

“Sejak kau bawa aku lunch dekat situ??” Akmal menyembunyikan hakikat yang sebenar. Adli yang percaya masih ketawa. Kepala digeleng tanpa henti. Tak percaya dengan apa yang didengar. Akmal dah merah muka, tahan malu.

“Kau dah confess dengan dia?” tanya Adli.

Akmal geleng. “Aku tak berani la. Kita orang mana pernah berbual pun.” Akmal jujur.

“Biar betul? Dua minggu lepak sana tak kan tak pernah berbual?” Adli bertanya tak percaya.

“Betul la.. aku buat kerja aku, dia sibuk dengan kerja dia. Aku tengok dari jauh je la.” Akmal mula selesa untuk berkongsi apa yang dirasa.

“Kau ni… berani lah sikit. Pergi la jumpa dia. Entah-entah dia pun suka kau jugak ke..kan??” Adli memberi semangat kepada sahabatnya.

“Confident je kau. Sekali aku kena reject, kan memalukan tu?” Akmal masih ragu-ragu.

“Confident. Positive, bro.” Akmal pelik melihat Adli yang terlebih yakin.

“Mana kau tahu positif? Kalau negative macam mana?” Akmal masih bersoal jawab.

“Aku tahu la…..” Dah si Ad tu adik aku. Hakikat yang satu itu tidak diluahkan. Akmal buat muka pelik dengan ayat Adli tu tapi malas nak fikir. Sekarang dia nak fikir macam mana nak confess dekat Adlina.


Adlina melangkah perlahan ke arah coffee house nya. Semalam seharian dia berehat di rumah. Rasa segar semula untuk bekerja hari ini. Dari jauh matanya menangkap susuk tubuh yang sedang berdiri di hadapan kedainya itu. Jam tangan dilihat, 7.30 pagi. Dia buat apa pagi-pagi dekat sini? Bukan abang Adli selalu buka kedai lukisan tu pukul 8.30 ke?

“Hai..” Lelaki itu menyapa apabila Adlina berada di hadapannya, bersama segugus kunci di tangan untuk membuka kedai kopinya.

“Hai..” Adlina membalas bersama senyuman kecil. Roller shutter coffee house itu diangkat, pintu dibuka dan mereka melangkah masuk. Mereka? Adlina hanya membiarkan Akmal yang mengekorinya dari tadi.

“Ad..” Akmal memanggil perlahan gadis yang laju saja berjalan di hadapannya. Tangan gadis itu pantas menyediakan apa-apa yang patut sebelum kedai dibuka. Pekerjanya akan tiba lebih kurang pukul 8 nanti. Jadi dia ada lebih kurang setengah jam sahaja untuk dimanfaatkan.

“Ye saya?” Adlina berpaling dan bertanya kepada Akmal. Ini pertama kali mereka berbicara. Berdua, di pagi hari yang indah permai, di dalam kedai kopinya. Ada apa sebenarnya lelaki ni?

“Ad..” Akmal menyebut nama itu sekali lagi. Dia kelihatan resah.

“Ye, Akmal? Ada apa?” Adlina hampir hilang sabar. Kalau panggil nama tapi tak ada apa nak cakap baik tak payah!

“Ermm.. can you look at me? I have something important to tell you.” Akmal memberanikan diri. Dia harus cepat. Masa tidak menunggu dia.

“Yes, what do you want, encik Akmal?” Adlina mula serius. Walaupun sebenarnya hati dia sedang berdegup lebih laju daripada biasa. Akmal dilihat berdiri bersahaja, bersandar berhampiran bar tempat Adlina berdiri.

“Actually saya.. ermm.. actually I..” Akmal tersasul-sasul. Tak tahu nak guna saya-awak ke I – U dengan gadis ini.

“Awak nak apa ni sebenarnya? Cepat sikit. Saya nak buka kedai ni.” Adlina masih bersabar.

“ Ermm… tak apa lah. Saya lupa nak cakap apa tadi. Nanti dah ingat saya datang balik.” Akmal terus berlalu keluar dari coffee house itu. Malu. Tangannya sejuk. Adlina terdiam. Hanya mampu melihat Akmal yang terus keluar.

“Hai Kak Ad…!!” Hazri yang baru tiba menyapa Adlina yang bagaikan terkaku di belakang bar. Adlina tersedar dan terus tersenyum memandang Hazri. Kejadian tadi dilupakan.


Telefon yang berbunyi nyaring dari dalam pejabat mengganggu perhatian Adlina yang sedang leka membuat air. Nadia dilihat berlari ke arah pejabat apabila melihat yang lain semuanya sedang sibuk.

“Kak Ad, telefon. Tak tahu siapa. Dia nak cakap dengan akak.” Nadia memanggil Adlina. Adlina mengangguk. Air yg sedang disediakan, diberi kepada Nadia, meminta gadis itu menyambung kerjanya. Mungkin panggilan penting.

“Hello..” Adlina bersuara apabila gagang telefon kemas terletak di telinga.

“Assalamualaikum, Ad..” suara garau menjawab sapaannya.

“Waalaikumussalam. Ye saya? Siapa bercakap ni?” Adlina bertanya kepada orang di talian sebelah sana.

“Akmal here.” Lelaki itu menjawab. Adlina terkelu seketika. Jantungnya mula berlari laju sekali lagi.

“Ohh.. kenapa ye? Nak order apa-apa ke?” Adlina terus mengajukan soalan kepada Akmal. Kerana mereka juga ada menyediakan khidmat penghantaran kepada mana-mana pelanggan yang mungkin tidak sempat untuk datang ke coffee house itu.

“Bukan..” Ayat itu tergantung.

“Habis tu?” Adlina bertanya hairan. Tak kan dah tak ada kerja sangat sampai saja-saja telefon? Tak pernah-pernah si Akmal ni telefon ke sini.

“I just called to say I love you..” Akmal menyanyikan bahagian chorus lagu nyanyian Stevie Wonder itu. Adlina hilang kata-kata. Tergamam, terkesima, tapi dalam masa yang sama dia bahagia. Ada bunga-bunga cinta yang mula menghiasi taman hatinya.

“Ad..” suara itu menyedarkan Adlina.

“Ye?” Hanya itu yang mampu dijawab. Dia masih belum pulih dari rasa terkejut.

“I love you since the first day we met. And I hope that you feel the same as I do. Do you?” Akmal bersuara perlahan, tapi masih mampu didengari oleh Adlina.

Pak!! Talian terputus. Akmal terkaku. Adakah?? Dia meraup wajahnya. Badan disandarkan ke kerusi. Termenung. Adli yang baru hendak melangkah masuk ke bilik sahabatnya itu mematikan langkah. Menghalakan langkah kaki ke ruang hadapan kedai semula.

“Assalamualaikum. Abang Adli. Abang Akmal ada?” suara Hazri menyapa dari pintu masuk kedai lukisan itu. Adli mendekati pekerja adiknya itu.

“Ada. Kenapa?” Adli bertanya hairan. Lebih-lebih lagi apabila melihat plastik bungkusan makanan yang tertera tulisan ‘Double-A Coffee House’ di tangan Hazri.

“Ni makanan dengan air yang dia pesan. Kak Ad cakap tadi abang Akmal call kedai mintak tolong hantar.” Hazri menjawab jujur. Adli garu kepala. Ye ke? Tadi masa dia curi dengar perbualan telefon mereka, rasanya macam tak ada pun si Akmal ni order makanan? Siap menyanyi lagi ada la.


“Dia ada kat dalam bilik dia tu. Masuk la.” Adli memberi kebenaran kepada lelaki muda itu. Hazri pantas melangkah. Mahu cepat pulang ke kedai. Takut jika pelanggan ramai, tak menang tangan mereka yang ada di sana nanti.

Tuk!!tuk!!tuk!!

Bunyi pintu menyedarkan Akmal dari lamunan. Wajah Hazri yang terjengul di sebalik pintu membuat dia hairan. “Ada apa Ri?” Akmal bertanya terus.

“Ni, nak hantar yang abang order tadi. Kak Ad cakap abang order menu macam biasa tadi. As usual, latte and tuna sandwich. Abang busy ye? Sampai tak sempat nak pergi beli makanan?” Hazri memberi jawapan yang sama seperti apa yang diberikan kepada Adli sebentar tadi. Akmal hanya mengangguk dalam kehairanan.

“Terima kasih. Abang sibuk sikit la. Susah jugak buat 2 kerja dalam 1 masa ni.” Dia menjawab pertanyaan Hazri tadi.

“Ok, abang Akmal. Ri tak nak kacau abang buat kerja. Ri balik kedai dulu. Assalamualaikum.” Hazri melangkah pergi. Dalam hatinya memuji Akmal yang rajin bekerja. Menguruskan kedai lukisan, dalam masa yang sama bekerja separuh masa di sebuah firma arkitek sebagai 3D maker. Kalau dah minat. Apa pun sanggup, betul tak?



Akmal membuka bungkusan makanan yang diberikan kepadanya tadi. Bila masa la aku order makanan? Tak apa, rezeki. Dia membuka tutup air latte nya. Terkaku, lalu tersenyum. Adakah ini jawapannya? Dia bangun, berlari menuju ke coffee house milik Adlina. Adli yang memanggil tidak dipedulikan.

Adli memasuki bilik sahabatnya, mencari jawapan kepada perubahan yang drastik itu. Melihat air yang terbuka di atas meja, dia tersenyum. Patut laaaa… ‘Adik, bukan main kau ye?’ Dia turut melangkah menuju ke coffee house adiknya, ingin melihat apa yang bakal berlaku.


“Ad!!” suara Akmal mengejutkan semua yang berada di dalam kedai itu. Pegangan tangan Adlina pada pitcher untuk memanaskan susu hampir terlepas. Matanya pantas mencari suara yang melaung kuat namanya itu. Kaget dia apabila melihat wajah lelaki itu. Dalam masa yang sama turut berasa malu. Hazri di sebelah yang terpinga-pinga digamit, menyuruh remaja itu menggantikan tempatnya. Dia melangkah ke arah Akmal.

“Kita cakap kat tempat lain la. Sini ramai orang.” Adlina terus melangkah. Mukanya kemerahan. Akmal hanya mengekori langkah kaki Adlina sehingga mereka tiba di KFC berdekatan dengan Central Market. KFC itu lengang. Hanya ada pekerja-pekerja yang sedang berbual sesama mereka sahaja. Dan juga dua, tiga orang pelanggan. Pagi-pagi macam ni, siapa yang nak makan KFC? Dia memesan cheesy wedges. Sekadar cukup syarat. Tak kan nak duduk melepak dekat sini percuma je kut? Akmal hanya menurut. Mereka duduk di meja yang terhalang dari pandangan orang lain.

“Saya minta maaf sebab terus letak telefon tadi. Saya terkejut. Tu reaksi spontan. Saya tak pernah hadapi situasi macam tadi. Ni pertama kali.” Adlina terus bersuara.

“Tak apa..” Akmal menjawab bersama senyuman. Adlina terdiam seketika melihat senyuman lelaki itu. Otaknya ligat mencari ayat yang sesuai untuk diucapkan. Tak kan nak mengaku terang-terangan dia merasakan benda yang sama seperti apa yang dirasa oleh lelaki ini? Malu oiii!!

“Ermm..” Adlina masih cuba menyatakan sesuatu.

“Corak hati atas latte tu, mewakili hati awak untuk saya, kan?” Akmal bersuara sebelum sempat Adlina berkata apa-apa. Riak wajahnya bersinar-sinar. Bahagia. Pertama kali sepanjang dia menjadi pelanggan tetap di Double-A, dia mendapat corak hati di atas latte nya.

“Err.. hehe..” Adlina hanya mampu tersengih dan mengangguk, mengiyakan sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Lega kerana dia tidak perlu memberi penjelasan panjang lebar. Kerana sememangnya dia tidak pandai dalam bab meluahkan rasa hati dan perasaan ini. Akmal tersenyum senang. Tangannya pantas ingin meraih tangan Adlina yang berada di atas meja. Gadis itu segera mengalihkan tangannya.

“Awak bukan muhrim saya.” Ayat itu menyebabkan Akmal terdiam. Malu sendiri.

“Maaf, terlebih excited.” Cover line. Dia tertunduk. Adlina hanya senyum.

“Saya akan jadikan awak yang halal untuk saya dalam masa terdekat ni. Saya akan jumpa parents awak untuk sampaikan hasrat saya ni.” Akmal berkata yakin. Pipi gadis bertudung krim di hadapannya ini memerah.

“Haiii.. lepas ni Double-A akan bertukar jadi A4 la pulak..” suara Adli mengejutkan mereka.

“Angah!!” Adlina menjerit tidak percaya melihat abangnya berada di situ. Akmal memandang hairan melihat kemesraan dua orang di hadapannya. Keningnya dijungkitkan kepada Adli, meminta penjelasan.

“Ni..” Adli menggantungkan ayatnya. Bahu adiknya diraih. Akmal berasap.

“Adik aku.” Adli tersengih tayang semua giginya. Akmal terbeliak biji mata, tak percaya. Selama ni dia tak tahu pun.

“Aku tak pernah nampak Ad pun masa pergi rumah kau time kita study dulu?” Akmal meluahkan kemusykilannya.

“Memang la. Kau selalu datang masa dia tak ada kat rumah. Dia sekolah asrama.” Adli menjawab bersama senyuman.

“Ohhh..” Akmal tak tahu nak kata apa lagi.

“Eh, jom la balik kedai. Boleh cerita panjang lagi nanti.” Adli mencadangkan. Adlina hanya mengikut. Akmal masih berdiri di tempat yang sama. Ada sesuatu yang menjadi tanda tanya.

“Li, kenapa kau cakap Double-A Coffee House nak kena tukar nama jadi A4? Kau ingat adik kau buat bisnes printing ke?” Akmal bertanya hairan.

“ Betul la A4..Adlina Ahmad dan Akmal Ariffin. Amacam? Bernas tak cadangan aku?” Adli ketawa di hujung katanya.

“Angah!!!” Adlina dah tak tahu nak sorok muka dekat mana.

“Terbaikkk!!” Akmal teruja. Kakinya mengekori langkah dua beradik itu. Sungguh, hari ini hari paling bahagia buat dia. Syukur, Alhamdulillah..




hasil tangan : MK

14 comments:

  1. nak jugak latte gmbr panda..klu coffeshp ni tukr nama A4 msti lg ramai customer..sbb nama kdai unik..ehehhe

    ReplyDelete
  2. wow!giler ah,citer MK memang buat hati sy berbunga-bunga nak membaca..hehe,thanks..(kebetulan tgh buat assignment,bukak ur blog.hehe)

    ReplyDelete
  3. @aisy ahahaha..sy x reti buat latte ade gmbr panda. ngeee.. :D anyway, thanx sbb sudi baca. keep on supporting us.

    regards, MK

    ReplyDelete
  4. @nas chuare @ miss qs
    ngeeee... thank you.. thank you.. terima kasih atas sokongan anda.
    *oh, skema gile ayat. haha..
    (buat assgmnt pun dgn hati berbunga ke? hehe.. :D )

    ReplyDelete
  5. @m
    thanx sbb suka. teruskan membaca dan sokong kami. :)

    ReplyDelete
  6. terbaek lar MK... suka cite ny... bez sgt... nt ko buad latte gmbr ana muslimah kt aq... msti comel kan... aq da strt berangan ny... haha... merapu meraban... (iera ami)

    ReplyDelete
  7. @MiErA hahaha.. aku x reti buat bentuk ana muslimah, setakat ni reti wat bentuk love je. ngehehe.. :D

    ReplyDelete
  8. terbaik la..syok gile..dok byang corak kopi mcm2..haha..mlm ni nk exam..smpt lg kn?hehe... suke2... keep it up!!

    ReplyDelete
  9. @ZiErWa zAiNaLhahaha.. kalo nk tgk coffee arts kat latte yg macam2, boleh tgk kat youtube. sy smpt stdy 1 corak je dlu. hehe.. taip je coffee arts on latte, nnt kuar mcm2. kalo tgk mmg best! huuuu~~

    ReplyDelete
  10. sweetla crita ni.
    snyum2 sambil baca...
    bgus pnulis msukkan unsur2 mcm dlm scene lrt tu...
    skrng x rmi yg msih baik hati sprti akmal dlm scene tu...

    ReplyDelete
  11. @Anonymous

    thanks sbb sudi baca.
    hehe.. :D

    regards, MK

    ReplyDelete

 
;