SUASANA petang itu mendamaikan dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Kelihatan ramai pelajar yang bersantai di kawasan taman kampus. Ada yang sedang bergosip, ada yang duduk bersantai, ada juga yang mengulang kaji pelajaran di atas rumput dan di atas meja yang disediakan.
“Kita rehat 15 minit, kepala aku dah berat nak menghafal segala benda ni,” kata Izzah Qhaireena kepada empat orang temannya yang turut sama mengulang kaji pelajaran di atas meja.
“Okey!” jawab Syamira, Nadhia, Idham dan Fadhli serentak.
Izzah mengeluarkan botol kaca berisi air soya dari dalam beg sandang lalu meneguknya.
“Bestnya angin petang ni. Tidur pun sedap.” Idham bersuara sambil mendongakkan kepala ke langit. Tangannya didepangkan sambil menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Kawan-kawanku sekalian, jom kita main satu permainan nak?” ajak Fadhli. Dia memandang satu per satu wajah temannya.
“Game apa?” soal Syamira ingin tahu. Buku yang terbuka segera ditutup.
“Truth or dare!” Fadhli tersengih sambil mengangkat keningnya berulang kali.
“Menarik tu. Dah lama aku tak main game tu. Aku on.” Idham memberikan persetujuan.
“Kau orang pulak?”
“Aku no hal. Ringan sikit kepala aku ni,” jawab Izzah sambil menutup kembali botol kaca itu lalu meletakkannya di tepi.
“On!” jawab Nadhia dan Syamira serentak.
“Cantik! Izzah, kau habiskan air soya kau tu. Guna botol kaca baru best sikit,” arah Fadhli yang dari tadi memerhatikan botol air soya di atas meja.
Izzah mencapai botol airnya lalu meneguk air soya sehingga habis. Kemudian dia menyerahkan botol kaca yang telah kosong itu kepada Fadhli.
Lelaki itu menyambutnya lalu membaringkan botol di tengah-tengah meja. Dia sudah bersedia untuk memusingkan botol kaca itu.
“Chop... Chop...” tahan Izzah.
“Kenapa?” soal Fadhli pelik.
Keempat-empat mereka memandang wajah Izzah.
“Kau orang tunggu sekejap, aku nak pergi kantin.” Dia bangkit dari bangku dan berjalan laju.
“Cepat sikit tau!” jerit Idham yang sudah tidak sabar mahu memulakan permainan.
“Okey!” Izzah turut menjerit. Langkahnya dilajukan lagi untuk cepat sampai ke kantin.
Beberapa minit menanti, bayangan Izzah muncul dengan gelas yang berisi air. Dia tersengih sambil menayangkan gelas di tangannya.
“Air apa pulak tu?” soal Syamira. Pelik dia melihat warna air yang tidak serupa air. Keruh semacam sahaja.
Izzah hanya menjawab dengan sengihan. “Bagi aku pusing botol tu,” pintanya.
Fadhli mengangkat tangannya dari botol kaca itu untuk memberi ruang kepada Izzah memulakan permainan.
Izzah menarik nafas, kemudian dia mula memusingkan botol kaca di hadapannya. Botol itu berpusing 360 darjah dan berhenti di hadapan Idham.
“Truth or dare?” Izzah bertanya kepada Idham.
“Hmm... dare,” jawab Idham pantas.
Izzah mula tersengih. “Aku nak kau habiskan air ni.” Izzah menyerahkan gelas yang dibawanya tadi kepada Idham.
Tanpa banyak soal Idham meneguk rakus air itu.
Puurrrgggghhhh!!!
Air yang diminum tersembur keluar.
“Woit, tempiaslah!” marah Fadhli, Syamira dan Nadhia.
Izzah pula, sebaik sahaja Idham mula meneguk air, dia segera menundukkan badan di bawah meja. Dia sudah ketawa terbahak-bahak.
“Masin gila! Air apa yang kau bagi ni Izzah oii? Boleh kena darah tinggi aku kalau macam ni.”
Izzah menegakkan semula badannya. “Air asam jawa campur garam dua sudu. Kata nak main truth or dare, kenalah bagi kaw-kaw punya dare.” Izzah menjawab selamba. Dia kembali ketawa.
Yang lain juga turut menghamburkan tawa.
“Kejamlah kau ni Izzah!” Wajah Idham sudah masam mencuka.
“Itu pun dah kira okey aku suruh abang kantin tu buat setengah gelas je. Buatnya aku suruh dia buat satu gelas, masak kau nak kena habiskan.” Izzah gelak lagi.
Idham sudah memuncung.
“Hah muncung, muncung... saya ikat mulut awak dengan getah ikat sayur baru tahu. Cepatlah habiskan air tu,” arah Syamira.
“Mira, sampainya hati awak tengok kekasih hati awak ni minum air masin?” Idham berpura-pura membuat muka sedih.
“Padanlah muka, siapa suruh awak pilih dare. Cepatlah habiskan, nanti lambat pulak sambung game,” desak Syamira.
Idham mengangkat semula gelas yang berisi air asam jawa bercampur garam tadi. Dia memicit kuat hidungnya lalu meneguk air itu sehingga habis. Dia seperti mahu termuntah apabila berjaya menghabiskan air itu. Kemudian dia mencapai botol air mineral di atas meja lalu meneguknya rakus untuk mencuci tekaknya. Dia mengusap perutnya yang sedikit kembung kerana terlalu banyak minum air.
“Turn aku pulak putarkan botol ni.” Idham mula memutarkan botol. Kali ini botol itu terhenti di hadapan Nadhia.
“Truth or dare?”
“Truth.”
Idham mengerutkan dahi, berfikir soalan apa yang ingin diberikan. Dia memetik jari apabila sudah mempunyai soalan. “Kau cinta sangat kat si Li ni, kan? Aku nak kau bagitau kita orang perkara apa yang Li tak suka?”
Fadhli sudah teruja untuk mendengar jawapan kekasih hatinya. Mahu juga dia tahu sama ada Nadhia peka atau tidak dengan apa yang dia suka dan tidak suka.
“Alah, senang je!” Nadhia memetik jari. “Buah hati pengarang jantung aku ni tak suka...” Dia mengalih wajah memandang Fadhli dan memohon maaf terlebih dahulu. “... sorry ya, awak...” Dia tersenyum pula sebelum menjawab. “Dia paling tak suka dengan lipas yang terbang-terbang tu.”
Aduh, bocor rahsia aku! getus hati Fadhli. Wajahnya sudah berubah merah.
Syamira, Izzah dan Idham sudah tergelak sambil menjeling Fadhli.
“Lepas tu, dia tak suka menunggu. Kalau dah janji pukul 10.00 mesti tepat-tepat ada kat situ jugak. Dan dia jugak tak suka makan nasi minyak. Cukuplah tu ya? Ikutkan banyak lagi benda yang Li tak suka tapi aku tak sanggup nak tengok muka Li tu bertambah merah.” Nadhiah menyudahkan jawapannya sambil tersenyum bangga kerana dapat memberitahu perkara yang tidak disukai Fadhli.
“He he he...” Fadhli hanya tersengih apabila empat pasang mata memandang ke arahnya.
“Apa kes kau tak makan nasi minyak? Kalau kau orang nak kahwin nanti macam mana?” soal Izzah pelik. Tidak pernah dia tahu ada orang yang tidak suka makan nasi minyak.
“Alah, apa susah, nasi putih kan ada... Nad makan nasi minyak, aku makanlah nasi putih. Boleh, kan Nad?”
Nadhia mengangguk sahaja. “Saya tak kisah pun. Janji dapat kahwin dengan awak,” jawab Nadhia tersipu-sipu.
“Amboi, gatalnya budak sorang ni! Anak siapalah ni ya?” Syamira menyiku manja lengan Nadhia.
“Nanti lepas habis belajar, dah cukup duit, tunggu abang masuk meminang ya, sayang?” Fadhli mengenyit mata nakal.
“Uwekkk! Nak termuntah aku. Abang konon!” Izzah membuat gaya seperti hendak termuntah. Lehernya dipegang.
“Jealouslah tu. Tahulah kau tu single-mingle lagi. Bila kau dah rasa apa itu cinta, baru kau tahu. Hari-hari asyik terbayang muka dia je. Makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena,” kata Fadhli.
Izzah mencebikkan bibirnya.
“Okey, next.” Nadhia memusingkan botol kaca itu. Kali ini botol berhenti di hadapan Syamira. “Truth or dare?”
“Truth,” jawab Syamira pantas.
“Sebelum kau dengan Idham berpacaran... ceh wah ayat aku... tak boleh blah! Ha ha ha...” Nadhia dan yang lain sudah tergelak. “pernah tak kau minat kat siapa-siapa?” sambung Nadhia lagi apabila ketawanya reda.
Gulp! Syamira menelan liur. Dia memandang wajah Idham yang seperti ingin tahu. Kemudian dia memandang wajah seorang demi seorang temannya.
“Cepatlah jawab,” desak Nadhia.
“Kalau tukar soalan boleh tak?” Syamira sudah membuat muka serba-salah.
“Tak boleh!” Nadhia menggelengkan kepalanya ke kiri dan kanan. “Kau kena jawab jugak soalan ni,” sambungnya lagi.
Syamira mengeluh. Dia menarik nafas panjang. “Pernah.” Dia menjawab senafas sambil menjeling sedikit ke wajah Idham. Matanya dikecilkan untuk melihat reaksi di wajah Idham.
“Siapa?” Ketiga-tiganya bertanya serentak, kecuali Idham.
“Kisah lamalah. Tak payahlah ingat lagi.” Syamira mencapai pen di atas meja lalu dimain-mainkannya.
“Alah, jawab jelah. Kisah lama pun kita orang sanggup dengar. Id tu pun mesti tak sabar nak tahu jugak, kan Id?” Fadhli menyiku sedikit rusuk Idham.
Idham mengangguk laju. “Cerita jelah awak. Saya tak kisah pun. Semua orang ada kisah masing-masing, kan?” Idham cuba memujuk Syamira agar bercerita. Memang dia teringin sangat ingin tahu siapa yang ada di dalam hati Syamira sebelum dia muncul.
“Betul awak tak marah?” tanya Syamira meminta kepastian.
“Betul.” Idham mengangguk penuh yakin. Tidak sabar mahu tahu. Dia tidak akan cemburu kerana dia tahu itu hanya kisah silam.
“Okeylah, aku cerita.” Syamira diam sebentar. “Kat sekolah dulu aku pernah minat kat ketua pengwas. Dia hensem, ramai pelajar perempuan yang jatuh cinta kat dia.” Syamira memandang lagi wajah Idham namun reaksi Idham tidak menggambarkan yang lelaki itu cemburu.
“Kau luahkan kat dia tak?” potong Izzah.
“Tak.” Syamira menggeleng kepala.
“Kenapa?” tanya Nadhia pula. Dia sudah menongkat dagu.
“Kalau aku beritahu dia mesti dia reject aku sebab dia dah ada makwe time tu. Aku ni siapalah nak dibandingkan dengan makwe dia yang cun-melecun tu.” Syamira merendah diri.
“Ooo...” Ketiga-tiganya bersuara serentak.
“Dahlah, lupakan cerita lama tu. Dah basi pun. Cinta monyet je tu. Okey, next.” Syamira memusingkan botol itu. Selepas berpusing beberapa kali, akhirnya botol berhenti di hadapan Fadhli.
“Truth or dare?”
“Dare,” jawab Fadhli sambil menaikkan kolar bajunya ke atas.
“Aku nak kau nyanyikan lagu kegemaran Nad.” Pantas sahaja Syamira memberi arahan.
Fadhli tersengih. “Id, pinjam gitar kau sekejap,” pintanya sambil menoleh ke sebelah.
Idham mengambil gitar yang diletakkan di sebelahnya lalu menghulurkan kepada Fadhli.
“Nadhia, dengarlah nyanyian saya yang tak seberapa ini. Saya akan menyanyikan lagu kegemaran awak, iaitu...” Dia berfikir seketika. “What Should I Do. Dengar ya...” Fadhli mula memetik gitar. Matanya memandang tepat ke wajah Nadhiah. Dengan penuh perasaan, dia menyanyi.
Hangoru mankum gudelbo nemyon nunmu rina
Hangoru mankum gudega gamyon tonun murihu lowa
Sonulpo dodo sonnemi rodo dahul suom nungo suro
Gudega nunde japjino tago nanulgo manitjo
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldu goto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobojiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
Haruon jongil jiwo bojiman toto ola
Haruon jongil ibyol hajiman toda shito ola
Sonulpo dodo sonnemi rodo hanul suom nungo suro
Gudaga jiman japji motago nanulgo manitjo
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldugoto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobo jiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
Otokajo otokajo nanu jiku depu ninde
Otokajo otokajo gudegato naga neyo
Otokajo otokajo naldugoto naga neyo
Saranghaeyo saranghaeyo mokno habu lobo jiman
Gudendut jimo teyo gasumu roman wechigo isu ni
“Saranghae, Nadhia Natasya!” ucap Fadhli sebaik sahaja menghabiskan nyanyiannya.
Nadhia sudah mengalirkan air mata. Dia tidak menyangka Fadhli yang tidak meminati drama Korea sanggup menghafal lagu kegemarannya.
“Wallaweyh! First time aku dengar kau nyanyi semerdu ni. Sebelum ni macam katak panggil hujan je.” Izzah menepuk tangan diikuti Syamira dan Idham.
“Alololo, touching pulak minah air mata ni. Laplah air mata tu, nanti orang fikir apa pulak tengok kau nangis-nangis ni.” Syamira mengusap bahu Nadhia.
Nadhia tersenyum sambil mengelap air matanya. “Thanks, awak… thanks sebab nyanyikan lagu kegemaran saya walaupun suara awak tak semerdu Jang Geun Suk.”
“Untuk awak, apa pun saya sanggup.” Fadhli tersenyum. Gitar milik Idham diserahkan semula.
“Jom sambung study balik, dah lebih 15 minit kita break.” Izzah mula membuka buku di hadapannya.
“Na... na... na... mana aci kau tak kena lagi. Jangan nak mengelak ya? Aku tahu sangat kau tu.” Fadhli merampas buku di tangan Izzah.
Izzah menjegilkan matanya. Isy mamat ni, kan... tahu je aku nak mengelak! gumam hatinya. “Okey, fine. Yang pasti aku akan terlepas.” Dengan penuh yakin Izzah menjawab.
“Bismillahirrahmanirrahim...” Fadhli memusingkan botol itu. Laju botol itu berputar. Semakin lama semakin perlahan, perlahan dan perlahan. Akhirnya muncung botol itu berhenti di hadapan Izzah.
Izzah menjatuhkan mukanya di atas meja. Dia mengeluh kuat. Tangannya memukul perlahan permukaan meja.
“Truth or dare?”
Izzah mengangkat mukanya semula. Dia berfikir sejenak sebelum menjawab. “Dare!” Sengaja dia memilih dare. Dia tidak mahu menjawab soalan-soalan yang merapu dan agak sukar untuk dijawab.
Fadhli tersenyum penuh makna. “Aku nak kau lafazkan cinta pada...” Fadhli memandang sekeliling taman. Dia tersenyum apabila matanya terhenti pada suatu objek. “... pokok tu!” Dia menundingkan jari telunjuknya pada sebatang pokok besar yang tidak berapa jauh dengan tempat mereka duduk.
Izzah, Syamira, Idham dan Nadhia mengalihkan pandangan mengikut telunjuk Fadhli.
Fadhli memilih pokok itu kerana hanya pokok itu yang masih kosong dan belum diduduki orang.
“Alah, kacang goreng je tu!” Izzah mula bangkit mahu melangkah ke arah pokok yang ditunjuk Fadhli tadi.
“Wait... wait...” tahan Fadhli apabila Izzah sudah mula melangkah.
“Apa lagi?” Izzah berpatah semula ke mejanya apabila Fadhli menggamit.
“Kau kena ikut arahan aku ni. Dengar baik-baik ya? Kau kena berjalan dari sini hingga ke pokok tu dengan menutup mata.” Fadhli menjungkit kening.
Terbeliak mata Izzah mendengar arahan itu. Tak masuk akal betul! getus hatinya.
“Bila dah sampai kat pokok tu, kau melutut macam putera raja nak melamar kekasih hatinya.” Fadhli menyambung.
Izzah sudah bercekak pinggang.
“Lepas tu kau jerit I love you kuat-kuat, barulah kita orang boleh percaya yang kau dah berjaya menyahut cabaran ni!” Fadhli tersengih lagi.
“Fulamak, boleh tahan jugak dare kau ni ya? Aku langsung tak terfikir nak buat macam tu. Give me five!” Idham dan Fadhli menyatukan tapak tangan mereka.
Syamira dan Nadhia hanya mampu tersenyum melihat wajah mencuka Izzah.
“Kau ni kejamlah. Dahlah orang ramai kat sini, kang tak pasal-pasal nanti dia orang cop aku ni mental pulak. Tukar lainlah.” Izzah tidak berpuas hati. Dia duduk dengan kasar di bangku yang ditinggalkan tadi.
“Pandai pulak kau merungut, kan? Tadi time aku, kau suruh minum air asam jawa campur garam. Kira kejamlah jugak tu. Hurry up, hurry up. Lambat kau buat, lambatlah kita sambung study,” paksa Idham.
“Yalah, yalah, aku buat.” Izzah mula memusingkan badannya. Dia mula melangkah perlahan.
“Oit minah, tutup matalah,” Nadhia mengingatkan.
“Aku nak kira langkah dulu. Kalau main redah je, boleh pengsan aku nanti terlanggar batang pokok tu,” jawab Izzah tanpa menoleh. “Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh.” Dia mengira selangkah demi selangkah. Kemudian dia melangkah ke belakang semula dengan kiraan yang sama. Dia meliarkan matanya ke sekeliling taman.
“Apa yang kau cari?” soal Syamira pelik.
“Aku nak cari bunga. Barulah nampak real sikit.” Izzah melangkah ke arah pokok bunga raya lalu memetiknya sekuntum. Dia membelai-belai bunga raya itu.
Syamira menepuk dahinya. “Perangai gila-gila dia dah mai dah...”
“Tadaa...” Izzah menayangkan bunga yang dipetikya. Dia memusingkan badannya untuk memulakan cabaran. “Tengok ni, aku pejam mata.” Dia mula melangkah setapak demi setapak dengan membuat kiraan di dalam hati. Satu, dua, tiga...
“Izzah!” panggil Nadhia apabila baru setengah jalan Izzah melangkah.
Izzah berhenti mengejut. Dia menunggu Nadhia menyambung kata. Matanya masih ditutup.
“Tak payah panggil. Biarkan je,” halang Idham. “Go Izzah, go.” Idham menepuk tangan memberi sokongan kepada Izzah.
Izzah kembali meneruskan langkahnya.
“Kalau dia marah macam mana?” Nadhia bersuara cemas.
“Ni barulah nampak real.” Idham tersengih. Mereka berempat menumpukan kembali perhatian kepada Izzah.
Lapan, sembilan, sepuluh. Kiranya dalam hati. Dia mula melutut seperti yang diarah Fadhli. Bunga raya yang dipetik tadi dihalakan ke hadapan. Matanya masih ditutup dan... “I love you!!!” jerit Izzah. Dia tersenyum. “Erk?” Izzah pelik apabila terasa ada yang menyambut huluran bunganya.
Pandai betul pokok ni sambut bunga aku, desis hatinya. Dia tersenyum lagi. Wait... wait... pokok? Bunga? Eh, pokok mana ada tangan! Takkan pokok ni berhantu kot? Mampus kau Izzah, hantu dah sambut cinta kau! Bercinta dengan hantulah kau nampaknya! Dia berteka-teki di dalam hati.
Tapi... mana ada hantu siang-siang? Hantu selalu keluar waktu malam je. Perlahan-lahan matanya dibuka. Objek pertama yang dilihat ialah seorang lelaki bercermin mata berbingkai hitam. Rambutnya pula disikat belah tepi. Baju yang dipakainya dibutang hingga ke atas. Wajahnya keanak-anakan dan ada iras-iras Ming Dao, pelakon Taiwan. Lesung pipit di kedua-dua belah pipi lelaki itu menyerlahkan lagi kecomelannya. Anak matanya yang berwarna hazel itu membuatkan Izzah terpaku lama. Cantik sangat!
“Boooooo!!!”
Izzah tersedar apabila mendengar bunyi sorakan pelajar yang masih berada di taman itu. Dia memandang sekeliling. Ada yang berbisik sesama sendiri, ada yang memandang dengan pandangan sinis, ada yang ketawa dan ada juga yang mempamerkan muka seakan-akan kagum dengan keberanian Izzah melafazkan cinta. Wajah Izzah dan lelaki berwajah comel itu sudah bertukar merah.
“Saya pergi dulu.” Lelaki berwajah comel itu mula menyimpan bukunya ke dalam beg, kemudian berjalan dengan lemah-gemalai meninggalkan Izzah.
“Hei Mr. Cute, siapa nama awak?” Sempat lagi Izzah bertanya.
Lelaki berwajah comel itu tidak mengendahkan soalan Izzah. Dia mula berlari laju meninggalkan taman yang telah memberikan sejarah yang paling memalukan buat dirinya.
Izzah menjungkitkan bahunya. Getah ikat sayur di pergelangan tangannya di tarik keluar lalu mengikat rambutnya yang hanya paras bahu.
“Perempuan ni tak ada taste langsunglah. Dengan lelaki lembut pun dia minat. Eeuw! Siap confess depan orang ramai lagi tu, macam perigi cari timba je.”
Izzah mula bangkit untuk mendapatkan teman-temannya. Dia tidak memandang wajah perempuan yang mengatanya. Dia malas mahu melancarkan pergaduhan kerana mereka tidak tahu dia sedang menyahut cabaran Fadhli.
“Yang kau orang ni ternganga apesal? Masuk lipas kang baru tahu.” Dia melabuhkan punggung di bangku.
“Lipas-lipas jangan sebut ya!” Fadhli menjegilkan matanya.
“Opss, aku lupa pulak yang kau ni penakut lipas.” Izzah sengaja menekup mulutnya, pura-pura tidak sengaja.
“Bukan takutlah, geli je.” Fadhli membetulkan tanggapan Izzah.
“Kau orang... aku peliklah. Tadi sebelum aku tutup mata tak ada pulak orang kat bawah pokok tu. Ke, aku tersalah pokok?” Izzah menayangkan wajah keliru. Dahinya digaru perlahan.
“Memang tak ada orang pun tadi. Kau dengar tak aku panggil nama kau?”
Izzah mengangguk laju.
“Masa tulah budak yang kau panggil Mr. Cute tu muncul. Si Id pulak tak bagi aku bagitau kau. Katanya nak bagi nampak real.” sambung Nadhia lagi. Dia sudah risau, takut Izzah mengamuk.
“Cutelah budak tadi tu.” Izzah sudah menongkat dagu, membayangkan semula wajah comel yang berlesung pipit dan bermata hazel itu.
Syamira, Nadhia, Idham dan Fadhli sudah ternganga mendengar kata-kata Izzah.
“Kau tak marah ke?” soal Nadhia ingin tahu.
“Taklah tapi aku suka. He he he... betul-betul cutelah budak tu. Rasa nak cubit-cubit je pipi dia tapi tak boleh, bukan muhrim.”
“Kau tak marah ke tengok orang lain mengumpat kau tadi?” soal Syamira curiga. Selalunya kalau ada yang mengumpatnya, Izzah pasti akan melenting. Sekarang, kerana seorang lelaki berwajah comel, hilang kemarahan kawannya ini.
“Nampaknya tak lama lagi bertambah soranglah dalam group kita ni. Aku dengan Nad, Id dengan Mira, Izzah dengan...” Kata-kata Fadhli terhenti. “... siapa nama budak tu?” Fadhli bertanya teman-temannya.
Izzah, Nadhia dan Syamira menjungkit bahu tanda tidak tahu.
“Harraz...” kata Idham.
Empat pasang mata memandang tepat ke wajah Idham.
“Harraz fayyadh,” sambungnya lagi.
“Harraz Fayyadh?” Izzah tersenyum. “Aku suka nama tu. Maksudnya yang amat warak dan murah hati. Wajah dia pulak putih bersih,” kata Izzah lagi.
“Tapi Izzah, kau tak nampak ke cara dia jalan? Lembut semacam je. Takkan kau dah jatuh cinta kat dia?” Syamira meluahkan kemusykilannya. Setahunya Izzah tidak mudah untuk jatuh cinta. Ada yang mencuba nasib untuk memikatnya tetapi dia menolak mentah-mentah.
“Kenapa? Lelaki lembut tak boleh bercinta ke? Lelaki lembut tak boleh kahwin? Cik Mira, cinta tu buta, okey. Yang penting hati. Aku tak kisah kalau orang nak kata dia lembut ke apa, yang penting aku suka dia.” Izzah meluahkan rasa hatinya. Baginya lelaki lembut juga berhak untuk bercinta.
“Okey, drop the topic. Sekarang sambung baca buku balik, esok ada kuiz.” Fadhli bersuara. Tidak mahu memanjangkan pendebatan.
Masing-masing sudah membuka buku kembali, kecuali Izzah. Dia kembali tersenyum mengenangkan Harraz yang disangkanya hantu pokok.
“Yang kau tersengih lagi tu buat apa? Cepat bukak buku tu,” sergah Idham.
Izzah tersentak. Dia menjeling tajam ke arah Idham. “Kacau daun betul! Tak boleh tengok orang senang sikit,” ujar Izzah sambil mencapai buku lalu membukanya.
*****
IZZAH menyambut mangkuk nasi yang dihulurkan ibunya. Dia mencedok dua senduk nasi ke dalam pinggan, kemudian dia meletakkan mangkuk nasi tadi di hadapannya. Dicapai pula mangkuk yang berisi tomyam. Dia tergamam apabila ternampak wajah Harraz di dalam mangkuk itu. Lama dia merenung mangkuk itu. Tanpa disedari, bibirnya mengukir senyuman.
“Reen...” panggil Puan Izzati.
Izzah tersentak. Mati terus senyumannya. Dia memandang wajah ibu dan ayahnya yang memandangnya dengan muka pelik.
“Kenapa ditenung je tomyam tu? Makanlah.” Encik Khalid bersuara.
Izzah tersenyum malu. Dia cepat-cepat mencedok tomyam ke dalam pinggan, kemudian menghulurkan mangkuk tomyam itu kepada ayahnya.
“Reen...”
Baru tiga suap nasi masuk ke mulutnya, Puan Izzati sudah memanggil. Izzah mengangkat wajahnya. “Ya, ibu?” Izzah memandang wajah Puan Izzati.
“Hari ahad nanti kita pergi rumah mak long ya? Kak Maria kamu nak bersanding,” kata Puan Izzati sambil menggaul nasi di pinggan.
“Kalau ibu dengan ayah je yang pergi boleh tak? Reen malaslah. Nanti ada je yang mak long tu bebelkan. Reen, kamu dah ada pakwe ke belum? Reen, kenapa potong rambut tu pendek sangat? Huh, bosan!” Izzah meniru gaya mak longnya, siap dengan mimik muka sekali.
“Mana boleh macam tu. Masa akad nikah pun Reen tak pergi, nanti kecik hati pulak Kak Maria kamu tu. Sekurang-kurangnya tunjukkanlah muka tu. Pergi ya?” Puan Izzati memujuk.
Izzah mengeluh. Nasi di pinggan digaul perlahan. Terasa hilang selera mahu makan apabila wajah mak longnya mula terbayang di ruang mata.
“Reen pergi ya nak?” pujuk Puan Izzati lagi.
Izzah mengangguk lemah. Dia mencaapai gelas yang berisi air bandung cincau lalu meneguk rakus bagi menjatuhkan nasi yang terasa tersekat di kerongkongnya.
Puan Izzati tersenyum puas.
*****
IZZAH cuba memejamkan mata namun tidak mahu terlelap. Dia mengiring ke kanan, terbayang mata cantik Harraz. Dia berkalih pula ke kiri, terbayang lesung pipit milik lelaki itu. Akhirnya dia bangkit dari pembaringan lalu bersandar di kepala katil. Lampu tidur dimain- mainkan. Sekejap buka, sekejap tutup.
“Aku betul-betul dah jatuh cinta kat dia ke? Tapi tak ada pulak jantung aku berdenyut laju macam dalam novel tu?” Izzah bermonolog sendirian. Dia membaringkan semula badannya sambil tangan diletak di bawah kepala. Dia merenung siling bilik seolah-olah wajah Harraz berada di situ.
“Tapikan, mata dia cantik sangat. Mata betul ke tipu ek?” monolognya lagi. “Isy, apa yang aku merepek ni? Dah sah-sahlah mata betul. Kalau tak, takkan dia pakai cermin mata!” Izzah mengetuk kepalanya.
“Reen, cakap dengan siapa tu? Tak tidur lagi ke? Dah pukul 12.00 ni.” Kedengaran suara Puan Izzati diikuti dengan ketukan pada pintu bilik.
Izzah tersentak. “Reen tengah bercakap dalam telefon, bu. Kejap lagi Reen tidur,” bohongnya.
“Jangan tidur lewat sangat.”
“Baik, ibu. Reen dah nak tidur ni.” Dia menarik selimut hingga ke paras dada. Lampu tidur dimatikan lalu memejamkan matanya. Malam itu tidurnya bertemankan wajah Harraz.
*****
“CANTIKNYA, Kak Maria,” puji Izzah, ikhlas. Dia meliarkan matanya, merenung hiasan di bilik pengantin itu.
Maria yang sudah siap bersolek hanya tersenyum. “Kenapa tak datang masa akad nikah hari tu?” tanyanya.
“Reen busy sikitlah kak. Sorry ya?” bohongnya. Dia mencapai tangan Maria sambil membelek-belek inai yang terlukis cantik di tangan Maria.
Maria tersenyum. Diperhatikan sahaja gelagat Izzah.
“Kak, selalunya majlis perkahwinan kat KL ni guna katering, kan? Tapi kenapa Reen tengok jiran-jiran akak yang memasak?” soalnya pelik.
“Mak malas nak guna katering. Mak cakap nak wujudkan balik budaya Melayu yang dah lama orang bandar tinggalkan. Kalau bergotong-royong, dapat merapatkan lagi hubungan kita dengan jiran tetangga,” jelas Maria.
Izzah mengangguk, bersetuju dengan penjelasan itu.
“Hah, datang pun kamu Reen. Mak long ingatkan tak datang,” ujar Puan Rohaya yang baru sahaja muncul di bilik itu.
Izzah bangkit untuk menyalami Puan Rohaya.
“Kamu bila pulak nak kahwin, Reen?”
Dah mula dah! gumam hatinya. “Reen muda lagilah mak long. Belajar pun belum habis lagi,” jawab Izzah sambil melabuhkan punggung kembali di sebelah Maria.
“Mak long dulu umur 18 tahun dah kahwin tau. Ke, kamu belum ada calon?” serkap Puan Rohaya. Dia melabuhkan punggung di bangku meja solek.
“Itu zaman dulu, mak long. Zaman sekarang perempuan suka kahwin lambat. Dah kumpul duit banyak-banyak baru boleh kahwin.” Dia meluahkan pendapatnya.
“Kalau tak menjawab tak sah kamu ni, kan? Kalau lambat sangat kahwin tu, tak lakulah gamaknya. Ya tak?” Puan Rohaya bersuara sinis.
Grr, geramnya aku! Nilah yang malas nak datang ni, rungutnya dalam hati.
Maria melekapkan tangannya ke atas tangan Izzah, memberi kekuatan. Dia tahu Izzah bengang dengan bicara emaknya. Dia sudah masak benar dengan perangai emaknya yang suka membebel itu. Bukan dengan Izzah seorang sahaja yang dibebelkan tetapi dengan semua anak saudaranya yang dirasakan tidak kena dengan matanya.
“Alah mak ni, Maria pun kahwin umur 27. Lambat jugak tu. Mak jangan risaulah pasal Reen, ada jodoh kahwinlah Reen ni.” Maria menyebelahi Izzah.
“Kamu lain, Maria. Masa tengah belajar lagi kamu dah ada boyfriend. Tapi Reen ni, jangan kata tak ada, bayang pun mak tak nampak. Apa lagi yang dicari? Kat universiti tu kan banyak lelaki? Pilih jelah yang mana suka.” Puan Rohaya tetap mempertahankan kata-katanya.
Izzah hanya memekakkan telinganya. Mak long ni ingat pilih lelaki macam pilih ikan kat pasar borong ke? Izzah menjawab dalam hati. Kalau dijawabnya depan-depan, alamat bertambahlah kemarahan Puan Rohaya.
“Mak, ayah panggil. Tetamu dah nak sampai,” panggil Nazim di balik langsir bilik.
Puan Rohaya berlalu meninggalkan bilik itu.
“Sabar ya, Reen? Mak memang macam tu,” pujuknya.
Izzah hanya tersenyum.
*****
IZZAH mengangkat kepalanya yang terasa lenguh kerana tunduk terlalu lama. Dia mengurut tengkuknya perlahan sambil meliarkan matanya ke sekitar perpustakaan. Matanya terpaku apabila melihat Harraz turut berada di dalam perpustakaa itu.
Dia menopang dagu sambil merenung Harraz. Jarak di antara meja yang didudukinya dengan meja Harraz membolehkannya melihat wajah Harraz dengan jelas. Dia tersenyum sendirian melihat pelbagai mimik di wajah lelaki itu. Adakalanya Harraz mengerutkan dahi, adakalanya dia memejamkan mata sambil mulutnya terkumat-kamit dan adakala cermin matanya hampir melurut jatuh dari batang hidung, kemudian ditarik semula ke atas.
“Hoi, apa yang kau senyum sorang-sorang ni?” bisik Syamira ke telinga Izzah sambil menyiku sedikit rusuk gadis itu.
Izzah tersentak. “Tu...” Dia memuncungkan mulutnya, menunjuk ke arah Harraz yang sudah berubah dari duduk menegak bertukar menongkat dagu.
Syamira menepuk dahinya. “Kawan aku yang sorang nilah... betul-betul angau!” Dia menyambung kembali bacaannya, membiarkan Izzah yang masih lagi merenung Harraz.
Harraz terasa seperti ada mata yang memerhatikannya. Dia mengangkat muka dan meliarkan pandangan ke sekeliling perpustakaan. Terbeliak matanya apabila melihat Izzah sedang merenungnya sambil melambaikan tangan.
Wajah Harraz sudah berubah merah apabila mengingati kejadian yang memalukan itu. Dia menegakkan buku yang dibacanya kemudian dia menyorokkan muka di sebalik buku itu. Perlahan-lahan kepalanya diangkat sedikit dari buku untuk mengintai Izzah. Dia kembali menunduk apabila Izzah masih lagi merenungnya. “Kenapa perempuan tu pandang aku? Ada apa-apa yang tak kena dengan muka aku ke?” Harraz meraba wajahnya. Jarinya terhenti pada satu benjolan sederhana besar yang terletak betul-betul di atas dahinya. “Alamak, dia pandang jerawat aku ke? Hesy, tak boleh jadi ni! Balik nanti aku kena beli Oxy,” bebel Harraz sendirian. Dia cuba menumpukan perhatian pada bacaan. Jerawat yang ada di dahinya dibiarkan seketika.
“Izzah, jom pergi kantin, dia orang dah tunggu kita kat sana.” Syamira memegang bahu Izzah. Sebelah tangan lagi menyimpan telefon bimbit di kocek seluar jeans.
Izzah mula mengemas buku-bukunya lalu bangkit meninggalkan perpustakaan. Apabila hampir sampai ke pintu keluar, dia berpaling ke belakang. Dia melihat Harraz seperti tercari-cari. Apabila mata mereka saling bertentangan, Izzah menggerakkan bibirnya dan berkata ‘see you!’ Kemudian dia melambaikan tangannya tanpa menghiraukan pandangan pelik pelajar lain. Dia berpusing kembali untuk mengejar Syamira yang sudah ke hadapan.
Wajah Harraz kembali bertukar merah apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia mula mengemas semua buku untuk beredar dari situ.
*****
“KAK, mee goreng basah satu.” Izzah memesan makanan di kantin. Sambil menanti mee goreng basahnya siap, dia bermain-main dengan jarinya.
“Hai, Izzah. Aku dengar kau dah popular sekarang.” Aiman, si buaya darat menegurnya.
Izzah menoleh ke kanan. “Apa maksud kau ni?” soalnya kurang faham. Dahinya dikerutkan. Tidak senang dengan kehadiran Aiman.
“Kau tak tahu ke yang kau dah dapat gelaran baru kat kampus ni? Perigi cari timba!” Aiman menekankan ayat perigi cari timba. Kemudian dia tersenyum sinis.
“Peduli apa aku!” Dia membuang pandang ke kiri. Malas mahu melihat wajah Aiman yang seperti mengejeknya.
“Itulah, dulu aku nak kat kau, kau jual mahal sangat. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh cari lelaki. Kalau lelaki yang elok sikit tak apalah jugak, ini half-half yang kau pilih. Ha ha ha...” Aiman ketawa besar.
Izzah menyambut dulang yang berisi mee goreng basah lalu menjeling tajam ke wajah Aiman. Dia melangkah mendapatkan teman-temannya.
“Izzah, kalau kau sudi, aku boleh jadi timba kau!” jeritnya tanpa rasa malu.
Izzah menjelirkan lidahnya tanda dia menyampah mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Aiman. Langkahnya dicepatkan.
“Apa hal tu?” soal Idham yang sedari tadi memerhatikan Izzah dengan Aiman.
“Dia gelakkan aku pasal kes minggu lepas.” Izzah mula menyudu mee gorengnya.
“Kau betul-betul serius ke sukakan Harraz?” soal Idham ingin tahu. Dia menyisip air tembikainya.
“Yup. Kenapa, kau tak percaya ke?” Izzah menarik tisu di dalam kocek seluar jeans lalu menarik sehelai. Tepi bibirnya yang terkena kuah mee dilap sedikit.
“Bukan tak percaya tapi aku takut kau tak serius sukakan dia. Manalah tahu bila jumpa lelaki lain, kau tinggalkan dia.” Idham menjelaskan keraguannya.
Izzah menyisip air teh O ais limaunya. Tenang dia memandang wajah Idham.
“Dulu dia pernah couple dengan budak junior. Dia cinta gila-gila kat perempuan tu. Cinta pertamalah katakan.” Idham bercerita.
Izzah, Syamira, Nadhia dan Fadhli mendengar tanpa menyampuk.
“Lepas dua bulan, mereka putus.” Idham senyap seketika.
“Kenapa?” soal Fadhli sambil mengerutkan kening.
“Dia tangkap perempuan tu tengah dating dengan lelaki lain. Masa tu jugaklah perempuan tu minta putus dan beritahu yang dia sebenarnya bukan sukakan Harraz pun tapi dia dicabar oleh kawan-kawan dia. Kalau dia berjaya, dapatlah duit. Kalau gagal, dialah yang kena bagi duit kat kawan-kawan dia. Lepas tu, depan orang ramai dia hina Harraz. Kau orang nak tahu apa perempuan tu kata?”
Ketiga-tiga mereka mengangguk serentak.
“Lelaki lembut macam kau ni tak layak untuk bercinta dengan akulah! Cerminlah diri tu sikit. Dengan cara pemakaian kau, dengan cara jalan kau lagi, boleh memalukan aku tahu tak?” Idham mengajuk cara percakapan bekas kekasih Harraz.
Izzah sudah mengepal penumbuk. Dia tidak boleh mendengar ada orang mencaci Harraz.
“Mana kau tahu pasal cerita ni?” soal Nadhia ingin tahu.
“Kawan aku yang cerita. Time tu dia ada kat restoran tu. Kesian Harraz. Baru nak belajar bercinta, kena mainkan pulak.” Idham mengeluh.
“Id, kau suruh kawan kau tunjuk sikit minah tu kat aku. Biar aku pelakangkung kepala dia. Suka-suka hati je menghina orang. Apa, dia tu sempurna sangat ke?!” Wajah Izzah bertukar merah. Nafasnya turun-naik menahan marah.
“Tak ada gunanya kau nak pelangkung kepala dia, Izzah. Dia dah pindah pun,” ujar Idham. “Okey, berbalik pada soalan aku tadi. Kau jawab soalan aku betul-betul. Kau ikhlas ke sukakan dia?” Idham mengulang soalan.
“Aku tak main-main. Aku betul-betul serius sukakan dia. Kau orang pun tahu yang aku ni jenis yang susah nak jatuh cinta, kan? Kau orang percayakan aku tak?” Izzah membuat pengakuan.
“Kita orang percaya. Apa yang kau nak buat lepas ni?” soal Fadhli ingin tahu.
“Dia orang gelarkan aku perigi cari timba, kan?” Izzah memandang satu per satu wajah kawannya.
Idham, Fadhli, Nadhia dan Syamira mengangguk serentak.
“Mulai hari ni, aku akan tunjukkan yang aku ni betul-betul perigi cari timba!” Izzah tersenyum penuh makna. Di kepalanya sudah berlegar-legar apa yang ingin dia buat.
“Kau tak malu ke kalau ada orang mengutuk kau?” soal Syamira ragu-ragu.
“Peduli apa aku? butakan mata, tulikan telinga je. Habis cerita. Kau orang sokong aku tak?”
Keempat-empat mereka mengangguk kepala.
*****
IZZAH masuk ke perpustakaan. Dia meliarkan mata mencari kelibat Harraz. Menurut Idham, dia ternampak Harraz menuju ke perpustakaan. Izzah tersenyum apabila sudah terjumpa apa yang dicari. Dia melangkah pantas ke bahagian rak buku. “Hai, Mr. Cute...” Izzah menegur Harraz yang sedang memilih buku.
Harraz berpaling. Wajahnya berubah terkejut. “Apa yang awak buat kat sini?”
“Cari awaklah.” Izzah tersengih. Jari jemarinya bermain-main dengan buku-buku yang terletak elok di atas rak.
Harraz kembali mencari buku di rak, tidak mempedulikan Izzah di belakangnya. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju.
“Awak... kita couple nak tak?” Tanpa segan silu, Izzah bertanya. Tangannya sudah menarik sebuah buku lalu diselak-selaknya laju tanpa memandang wajah Harraz.
Terjatuh buku yang dipegang Harraz. Dia menunduk untuk mengutip buku itu, kemudian diletakkan semula di rak. Dia berpaling ke belakang, merenung tajam ke wajah Izzah.
“Nak tak?” soal Izzah lagi bersungguh-sungguh. Matanya dikejip-kejipkan beberapa kali.
“Are you nuts? Awak ni rabun ke?” Dia bersuara keras tapi perlahan. Matanya dijegilkan.
“Saya tak gila dan saya tak rabun. Saya serius ni. Awak nak tak?” Izzah meletakkan semula buku yang diambilnya tadi.
Harraz mendengus kuat, kemudian berlalu meninggalkan Izzah yang setia menanti jawapan.
Izzah bercekak pinggang. “Tak apa, banyak lagi masa.” Dia tersenyum sendirian. Dia suka melihat wajah marah Harraz. Nampak bertambah comel.
*****
USAI makan malam, Harraz melangkah ke gazebo. Dia duduk di situ sambil merenung tasik buatan. Bunyi air yang mencurah di dalam tasik buatan, mendamaikan suasana malam. Kejadian petang tadi mula berlegar-legar di mindanya.
Harraz sedang melayari internet di kantin untuk mencari maklumat berkenaan tugasannya. Sedang dia leka, Aiman tiba-tiba duduk di hadapannya.
“Woi, sotong! Aku nak bagi warning kat kau. Jangan sesekali rapat dengan Izzah. Kalau kau degil, kau tahulah apa akibatnya nanti!” ugutnya sambil meletup-letupkan jari-jemarinya. Nak tunjuk samsenglah tu.
“Apa yang kau merepek ni?” Harraz mengerutkan dahinya. “Siapa Izzah? Bila masa pulak aku rapat dengan mana-mana perempuan?”
“Kau jangan nak pura-pura tak tahulah sotong! Kau ingat aku tak tahu yang Izzah selalu terkejar-kejarkan kau? Apa ilmu yang kau pakai hah, sampai Izzah jadi macam tu? Nak kata kau hensem, hensem lagi aku! Hei, cerminlah diri kau tu dulu!” cemuhnya. Tangannya ditumbuk pada meja.
Ooo, perempuan tu nama Izzah, gumam hati Harraz. Harraz membetulkan cermin matanya yang hampir melorot jatuh. Wajahnya tenang. “Aku dah lama cermin diri aku. Aku sedar yang lelaki lembut macam aku tak layak untuk bercinta.”
“Hah, sedar pun kau! Ingat ya? Aku nampak kau layan Izzah, siap kau aku kerjakan!” Aiman mengambil air Harraz lalu meneguknya hingga habis. Kemudian dia tersenyum sinis sebelum berlalu meninggalkan Harraz yang sudah kecut perut.
“Angah menungkan apa tu?”
Berterabur semua kejadian petang tadi. “Bila masa Iqy ada kat sini?” Dia menyoal adiknya, Iqbal yang duduk di hadapannya.
“Dah 10 minit Iqy kat sini. Apa yang angah menungkan tadi? Sharelah dengan Iqy. Sharing is caring, right?” Iqbal cuba memancing bicara Harraz.
“Ada sorang perempuan kat kampus minat kat angah,” ceritanya.
“So?” Dari bersandar, Iqbal sudah menukar posisi duduknya ke hadapan. Kedua-dua belah tangan diletakkan di atas meja.
“Dia ajak angah couple tapi angah tak layan dia.” Harraz mengeluh perlahan. Di ruang matanya terbayang wajah ceria Izzah yang cuba mengayatnya.
Mata Iqbal sudah terbeliak. “Kenapa angah tak layan?”
“Angah takut dia hanya nak mempermainkan angah macam Salina tu. Lagipun mana ada perempuan yang suka dengan lelaki lembut macam angah ni.” Harraz menjelaskan.
“Angah ni terlampau merendah dirilah. Kat luar tu ada je lelaki lembut yang berkahwin. Angah kena yakin dengan diri sendiri.” Iqbal memberi semangat.
“Iqy bolehlah cakap macam tu sebab bukan Iqy yang lembut tapi angah. Iqy tak tahu macam mana hancurnya perasaan angah bila Salina bagitau yang dia hanya menyahut cabaran kawan dia je. Sakit hati angah ni, Iqy. Sakit sangat.” Wajah Harraz bertukar sedih.
Iqbal sudah kehilangan kata-kata.
“Dan sejak dari itulah angah tutup pintu hati angah ni untuk mana-mana perempuan,” ujar Harraz lagi. “Ha ha ha...” Tiba-tiba Harraz ketawa sambil menggelengkan kepala.
“Kenapa angah ketawa?” soal Iqbal pelik. “Tadi bukan main sedih, sekarang ketawa pulak?” Iqbal menggaru kepala yang tidak gatal.
“Lawak je kan angah ni? Nak tutup pintu hati, gaya macam ada je perempuan nak dekat angah. Padahal dah pernah kena tipu. Ha ha ha...” Harraz gelak lagi sambil menggosok wajahnya.
“Apa pulak tak ada orang nak dekat angah? Budak perempuan tu kan suka kat angah? Siap ajak couple lagi,” potong Iqbal.
Senyuman Harraz mati. “Yang itu pun angah rasa dia nak mempermainkan angah.” Suaranya mengendur.
“Kenapa pulak?” Iqbal bertambah pelik dengan angahnya.
“Yalah, baru je jumpa tiba-tiba minta couple. Buang tabiat namanya tu.” Harraz menegakkan pendiriannya.
“Alah, manalah tahu yang angah ni cinta pandang pertama dia ke? Kat dalam dunia ni memang wujud, kan cinta pandang pertama? Sekali pandang terus jatuh cinta.” Iqbal yakin perempuan itu ikhlas mencintai angahnya.
Harraz kematian kata-kata. “Angah masuk dalam dululah.” Harraz bangkit lalu melangkah ke dalam rumah.
Iqbal hanya menggeleng kepala.
*****
IZZAH mengeluarkan pengetip kuku di dalam beg sandang. Pisau pengetip kuku ditarik lalu dibawa ke batang pokok. Dia mula mengukir sesuatu pada batang pokok itu. Hampir 15 minit dia berkerja keras mengukir namanya dan nama Harraz. Pandangan orang yang lalu lalang tidak dihiraukan. Dia leka dengan dunianya sendiri. Dia tersenyum melihat hasilnya. Jemarinya menyentuh lembut ukiran nama itu.
“Awak buat apa tu?”
Izzah tersentak. Kemudian dia berpaling. Dia tersenyum memandang Harraz yang memanjangkan leher untuk melihat apa yang Izzah buat pada batang pokok. “Datang pun awak. Saya ingatkan awak tak datang.” Izzah menyimpan pengetip kuku ke dalam beg galas kembali.
“Sinikan tempat favourite saya. Kalau awak nak duduk sini, saya cari tempat lain jelah.” Harraz mula melangkah.
“Raz, tunggu,” panggil Izzah.
Harraz berpaling ke belakang. Pelik dia mendengar nama yang disebut Izzah. Belum pernah namanya dipanggil begitu.
“Cuba awak tengok apa yang saya ukir kat batang pokok ni,” pintanya sambil menggamit Harraz mendekatinya.
Harraz mula mendekatkan diri, menghampiri pokok itu. “Reen dan Raz?” Dia memandang wajah Izzah, meminta penjelasan.
“Yup. Reen tu saya, Izzah Qhaireena dan Raz tu awaklah, Harraz Fayyadh,” jawabnya selamba. Dia mengukir senyuman manis. “Cantikkan gabungan nama kita?” kata Izzah lagi.
“Kenapa awak buat macam tu?” Harraz menyoal. Padanya perbuatan Izzah merupakan perbuatan yang sia-sia. Membazir masa dan tenaga. Yang penting, hatinya tidak terbuka untuk menerima Izzah walaupun jantungnya berdegup kencang setiap kali berhadapan dengan gadis itu. Dia serik dipermainkan. Tambahan pula dia masih mengingati amaran Aiman.
“Pokok ni jadi saksi saya pernah lafazkan cinta pada awak dan bila saya pandang pokok ni, saya teringat kejadian tu. Awak nak couple dengan saya tak?” Izzah masih mencuba sekali lagi. Dia tidak akan berputus asa.
“Tak nak,” jawab Harraz pantas. Dia mula mengatur langkah.
“Habis tu kenapa awak terima bunga saya dulu?” Izzah tidak puas hati dengan penolakkan Harraz. Dia bercekak pinggang.
Langkah Harraz terhenti. Dia berpaling ke belakang. “Saya dah buang pun bunga tu,” jawab Harraz lalu meneruskan langkahnya.
“Harraz, saya ikhlas sukakan awak. Saya takkan putus asa!” jeritnya.
Harraz berlari laju meninggalkan perkarangan taman. Telinganya ditekup. Tidak mahu mendengar kata-kata Izzah. Baginya Izzah sama seperti Salina.
*****
“IBU...” Izzah melangkah masuk ke dalam salon milik ibunya. Dia melabuhkan punggung di hadapan Puan Izzati.
“Reen, tadi kata tak nak ikut ibu pergi salon. Apa mimpi Reen datang sini?” Puan Izzati yang sedang mengira di kalkulator, terkejut melihat kedatangan Izzah pada petang itu.
“Boringlah duduk rumah sorang-sorang. Ayah pulak belum balik lagi dari main golf,” rungutnya. Dia meletakkan dagunya di atas meja sambil jarinya mengetuk-ngetuk meja.
“Kalau boring, tolong ibu cucikan rambut customer,” cadang Puan Izzati.
“Yang mana satu?” Izzah menegakkan badannya. Matanya meliar memandang pelanggan-pelanggan di dalam salon itu.
“Yang baju hitam tu.” Puan Izzati menundingkan ibu jarinya kepada seorang gadis Cina yang sedang leka membaca majalah.
“Okey, bos.” Izzah mula bangkit dari kerusi lalu melangkah ke arah gadis Cina yang ditunjukkan ibunya tadi.
Puan Izzati menyambung kerjanya semula.
“Hello, miss. Nak cuci rambut ke?” soal Izzah sambil tersenyum manis.
Gadis Cina itu mengangkat muka memandang Izzah dari dalam cermin. Dia mengangguk dan membalas senyuman.
Izzah mencapai sarung tangan getah lalu menyarung ke tangannya. Kain bersih diambil lalu dibalut pada tubuh pelanggan untuk mengelakkan pakaian pelanggan kotor. Kemudian dia memicit syampu ke tangan lalu dibawa ke atas rambut gadis Cina itu. Dia mula mengurut perlahan rambut gadis Cina itu, kemudian kepala dan tengkuk turut diurut untuk melancarkan pengaliran darah.
Setelah 15 minit bersyampu, dia membuka kain yang dilapik tadi dan membawa gadis Cina itu ke tempat untuk membilas rambut. Paip air dipusing. Dia menunggu air itu sedikit suam barulah dia membilas rambut gadis itu.
Setelah selesai membilas, dia mencapai tuala kecil lalu mengelap rambut yang basah itu. Kemudian dia meminta gadis itu duduk semula di tempat yang ditinggalkan tadi. Izzah membuka sarung tangannya lalu mencapai tuala kecil untuk mengelap tangannya sehingga kering. Suis pengering rambut dihidupkan lalu mengeringkan rambut gadis Cina itu. Setelah selesai, gadis Cina itu bangun dan melangkah ke kaunter untuk membuat pembayaran.
Izzah mula mendapatkan Ibunya kembali. Dia mengambil tempat di hadapan ibunya. “Ibu, salah ke kalau perigi cari timba?” Dia meminta pendapat ibunya. Dia menongkat dagu, memandang ibunya.
Puan Izzati menghentikan kerjanya. Wajah anak tunggalnya direnung lembut. “Tak salah pun. zaman Rasulullah dulu pun Saidatina Khadijah yang melamar Rasulullah. Kenapa ni? Reen ada suka kat seseorang ke?” tanya Puan Izzati, perihatin.
“Reen ada suka kat sorang lelaki ni tapi dia tolak Reen.” Izzah menceritakan kembali peristiwa dia melafazkan cinta sehinggalah ke peristiwa Harraz menolak cintanya.
Puan Izzati terkejut mendengar cerita Izzah. “Ibu rasa dia takut pisang berbuah dua kali. Yalah, dengan keadaan diri dia yang macam tu mesti dia tak yakin. Reen cubalah yakinkan dia ya? Jangan putus asa. Suatu hari nanti pasti dia dapat melihat keikhlasan hati Reen,” nasihat Puan Izzati. Dia tidak kisah siapa pun pilihan anaknya yang penting anaknya itu bahagia. Baginya pasti ada keistimewaan pada budak lelaki itu sehingga Izzah boleh tersangkut.
*****
IZZAH melangkah keluar dari surau lalu berjalan ke rak kasut. Dari jauh dia terlihat kelibat Harraz yang turut keluar dari surau. Dia tersenyum sendirian. Cepat-cepat dia menyarungkan kasut dan berjalan laju untuk menyaingi langkah Harraz.
“Raz!” jeritnya apabila sudah menjauh dari kawasan surau.
Harraz berhenti. Selama ini belum pernah ada orang yang memanggilnya Raz, kecuali... dia berpaling ke belakang untuk memastikan sangkaannya betul atau tidak. Tepat sekali sangkaannya. Dia memandang Izzah yang berjalan laju mendapatkannya.
Izzah tercungap-cungap sebaik sahaja sampai di hadapan Harraz. “Awak buat apa kat surau?” Sengaja dia menyoal begitu. Kalau sudah keluar dari surau, apa lagi kalau bukan sembahyang?
“Sembahyanglah. Kenapa? Lelaki lembut macam saya ni tak boleh sembahyang ke?” Harraz menjawab sinis. Buku di tangannya dibawa ke dada lalu dikepit.
Alamak, sensitiflah pulak! desis hati Izzah. Dia tersenyum malu. “Jom temankan saya makan kat kantin? Saya laparlah.” Izzah mempelawa.
“Tak naklah, saya nak balik. Nak siapkan assignment,” tolaknya. Dia mula berpusing untuk melangkah.
Izzah merentap buku dipegangan Harraz lalu menyembunyikan di belakang badannya dan menjauhkan diri sedikit dari Harraz.
Harraz terkejut dengan tindakkan pantas Izzah. “Hei, buku saya!” Harraz cuba merampas kembali namun Izzah sudah berlari ke hadapan.
Izzah berpaling. “Temankan saya makan, baru saya pulangkan.” Dia tersenyum kemenangan kerana dapat mengugut Harraz. Dia melangkah semula, meninggalkan Harraz. Dia yakin Harraz akan mengejarnya.
“Saya nak balik!” Harraz mengetap gigi menahan geram. Dia tidak suka diperlakukan begitu.
“Awak nak buku ni tak?” Izzah berpusing sambil menayang-nayang buku di tangannya. Senyuman mengejek terukir di wajahnya.
“Nak...” Dia menghulurkan tangannya. Perlahan-lahan dia menghampiri Izzah.
“Temankan saya makan dulu!” Izzah mengatur langkah menuju ke kantin.
“Eii!!!” Harraz kegeraman. Kedua-dua belah tangannya sudah digenggam kuat. Akhirnya langkah diatur juga ke kantin, mengikut Izzah.
*****
“OKEY, saya dah temankan awak. Sekarang pulangkan balik buku saya.” Harraz menghulurkan tangannya.
Izzah menggeleng. “Awak tak order pun makanan awak? Pergi order dulu,” arah Izzah. Dia menopang dagu sambil merenung wajah Harraz yang merah padam menahan geram. Nasi goreng kampungnya diletakkan ditengah dahulu, menunggu Harraz memesan makanan.
“Saya dah kenyang. Cepatlah, saya nak balik ni.” Harraz mengerutkan wajahnya. Sesekali matanya mengerling ke sekeliling kantin.
“Order first!” paksa Izzah. Pinggannya di tarik dekat dengannya. Sudu dan garfu diangkat lalu menggaul nasi goreng kampung di pinggan.
“Awak ni, kan? Eii!!!” Harraz geram. Dia terasa seperti mahu mencekik leher Izzah. Dia bangkit untuk memesan makanan.
Izzah hanya menayang gigi.
“Saya dah order, bagi balik buku saya,” pinta Harraz sebaik sahaja dia sampai di meja dengan sepinggan mee goreng dan air bandung. Dia menghulurkan tangan meminta bukunya.
“Makanlah dulu, tak baik membazir,” arah Izzah lalu menyuap nasi goreng kampung ke mulutnya. Perlahan-lahan dia mengunyah.
Harraz mengetap gigi. Dia mula menyudu mee goreng laju.
“Makanlah slow-slow. Nanti tercekik, saya jugak yang susah.” Suapan Izzah terhenti apabila melihat gaya makan Harraz. Nampak sangat tak sabar nak balik, desis hatinya. Dia memandang beg sandang yang diletakkan di kerusi sebelah. Dia menepuk perlahan begnya itu.
Harraz tidak mempedulikan kata-kata Izzah. Bagi dia, cepat dia habiskan mee, cepat dia dapat balik. Selesai menghabiskan mee, dia meneguk pula air bandung sehingga habis. “Saya dah habis makan. Bagi balik buku saya,” pintanya. Tangan dihulurkan lagi.
“Tunggulah saya habis makan dulu.” Izzah meneruskan suapannya.
Harraz mendengus. Dia menongkat dagu, menunggu sehingga Izzah menghabiskan makanan. Lama dia merenung gelagat Izzah yang sengaja mengunyah lambat. Setelah Izzah selesai makan, dia menghulurkan lagi tangannya.
Izzah merenung lama wajah comel Harraz. Dia mengeluh perlahan. Tangannya diselukkan ke dalam beg sandang. Buku Harraz dikeluarkan lalu meletakkannya di telapak tangan lelaki itu.
Tanpa membuang masa, Harraz terus bangun dan berjalan laju meninggalkan Izzah yang sedang tersenyum.
“Thanks, awak. Lain kali temankan saya makan lagi ya?” jerit Izzah.
Harraz memalingkan wajah lalu menjeling tajam pada wajah Izzah. Jangan harap! Ini yang pertama dan terakhir, gumamnya dalam hati.
*****
SYAMIRA berlari laju menuju ke perpustakaan. Sesampai di perpustakaan, dia meliarkan matanya mencari Izzah. Dia melangkah pantas ke tempat yang diduduki Izzah. Wajahnya bertukar cemas.
“Izzah, kau kena ikut aku sekarang jugak!” Syamira berbisik di telinga Izzah sambil menarik tangan Izzah.
Izzah yang terkejut dengan perlakuan Syamira, terus menyambar begnya. “Kita nak pergi mana ni? Kenapa yang kau kelam-kabut sangat ni?” soal Izzah apabila mereka sudah keluar dari perpustakaan.
“Kau kena cepat. Aiman belasah Harraz kat luar kampus,” beritahunya.
Izzah terkejut lantas mempercepatkan langkahnya.
Wajah Izzah berubah merah apabila melihat muka Harraz lebam dibelasah Aiman. Dia segera meluru ke arah Harraz yang lemah di dalam pegangan Idham. Kemudian dia berpaling ke arah Aiman yang berada dipegangan Fadhli. Dia merenung tajam ke wajah Aiman. Perlahan-lahan dia mendekati Aiman. “Kenapa kau pukul dia?” marah Izzah.
“Itulah akibatnya bila dia tak dengar cakap aku. Lepaskan akulah, Li!” Dia meronta minta dilepaskan.
“Apa yang kau suruh dia buat?” soal Izzah lagi.
“Aku suruh dia jangan rapat dengan kau tapi dia ni degil! Dia keluar makan jugak dengan kau semalam!” Aiman merenung tajam ke wajah Harraz yang takut-takut.
“Kau tak ada hak nak suruh dia jangan rapat dengan aku! Dan kau tak ada hak nak pukul dia!” Meninggi suara Izzah.
“Kenapa kau nak mempertahankan dia sangat hah?” Aiman turut meninggikan suaranya.
“Sebab aku cintakan dia!” Izzah membuat pengakuan.
Harraz tergamam.
Pelajar-pelajar lain ada yang berbisik.
“Apa yang ada pada budak sotong tu sampai kau tergila-gilakan sangat kat dia? Cuba kau tengok aku. Rupa ada, kalau kau nak kata dia kaya, aku pun kaya jugak! Aku lelaki sejati, bukan macam dia, lembik! Memang padanlah dengan gelaran sotong tu,” caci Aiman sambil tersenyum sinis pada Harraz.
Izzah mengetap gigi. “Kau ingat dia suka ke jadi lembut? Kau ingat dia tak sedih ke kena caci? Cuba kau bayangkan kau berada di tempat dia. Mesti kau rasa apa yang dia rasa, kan? Untuk pengetahuan kau, aku suka dia bukan kerana dia kaya tapi kerana hati. Walaupun dia lembut, dia tetap taat pada Tuhan. Dia bukan macam kau yang kaki disko, kaki enjoy! Cuba kau muhasabah diri. Adakah kau dah cukup baik? Dalam sehari cukup ke kau sembahyang? Ubahlah perangai kau tu sikit, jadilah anak yang baik dan hamba yang taat. Kalau mama dan papa kau tahu perangai sebenar kau mesti mereka kecewa. Kau jangan riak dengan kemewahan yang kau miliki sebab bila-bila masa je Allah boleh tarik balik semuanya.” Izzah menarik nafas, sesudah menghamburkan rasa hatinya.
Aiman menunduk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Izzah. Dia malu dengan Izzah.
“Sudahlah, aku tak nak perkara ni berlaku lagi. Bersurai semua!” Izzah melangkah ke arah Harraz. “Jom kita bawak dia pergi klinik,” ajak Izzah. Dia mendahului rakan-rakannya menuju ke kereta.
Idham memapah Harraz menuju ke kereta Izzah.
Fadhli pula sudah melepaskan pegangan pada Aiman lalu mendapatkan Izzah.
“Harraz!” panggil Aiman ketika Idham mahu memasukkan Harraz ke dalam kereta.
Izzah, Harraz, Idham, Nadhia, Syamira dan Fadhli berpaling ke belakang.
Aiman melangkah mendapatkan Harraz. Dia merenung tajam ke wajah Harraz. Lama. Tiba-tiba dia menghulurkan tangan kanan sambil tersenyum ikhlas.
Teragak-agak Harraz menyambut huluran tangan Aiman.
“Aku minta maaf. Kau bertuah memiliki cinta Izzah. Terimalah dia. Dia ikhlas cintakan kau.” Aiman memandang wajah Izzah pula. “Izzah, thanks kerana menyedarkan aku. Aku akan mengundur diri.” Usai berkata-kata, Aiman melangkah meninggalkan pekarangan kolej.
*****
“SEBAB aku cintakan dia!”
Kata-kata Izzah asyik terngiang-ngiang di telinganya. Dia tersentuh dengan kata-kata Izzah itu. Kepalanya terbayang kembali gelagat Izzah yang cuba mendekatinya. Dia tersenyum seorang diri. Telefon bimbitnya berbunyi. Dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di meja lampu. Tanpa melihat nama pemanggil, dia terus menekan butang hijau.
“Helo...” Harraz bersuara.
“Helo, angah... kak long ni. Petang ni ambil kak long kat rumah ya? Temankan kak long shopping barang baby.” Julia, kakak sulung Harraz bersuara di hujung talian.
“Abang long mana?” soalnya pelik.
“Angah tak tahu ke abang long dengan papa pergi seminar?”
“Lupa pulak.” Harraz mengetuk dahinya.
“Malam ni kak long tidur rumah mama. Temankan kak long ya?” pinta Julia.
“Okey. I'll pick you up around 3.00 pm.” Usai mematikan talian, dia bangkit dari pembaringan lalu melangkah ke bilik mandi.
*****
“AMBOI, semua warna pink! Dah tahu ke jantina baby?” soal Harraz sambil membelek-belek pakaian bayi.
“Sebab dah tahulah kak long ambil. Jom kita pergi kat bahagian botol susu.” Julia mengepit lengan Harraz. Ketika Julia sedang membelek botol susu, Harraz mendekatkan telinganya pada perut Julia yang sudah membulat.
Terkejut Julia dibuatnya. “Isy, budak ni! Kat sini jugak dia nak buat perangai. Bangunlah, orang pandang tu.” Dia menolak sedikit bahu Harraz.
“Kejaplah kak long, angah nak dengar bunyi baby ni.” Harraz mengusap perut Julia yang sudah memboyot ke hadapan. Kemudian dia mengangkat kepalanya.
“Jom pergi bayar? Bawak bakul ni.” Julia menyerahkan bakul yang dipenuhi dengan barangan bayi kepada Harraz, kemudian dia mengepit lengan Harraz kembali. Perutnya yang sudah membesar itu menyukarkan pergerakkannya.
*****
SUDAH hampir seminggu Harraz tidak berjumpa dengan Izzah. Dia sendiri berasa pelik. Selalunya Izzah pasti akan tercari-cari dia, tidak kira dia ada di perpustakaan, di bawah pokok atau di kantin, pasti Izzah akan terpacak di hadapannya. Dalam diam dia mula merindui gelagat Izzah yang suka memaksanya. Hatinya pula sudah jatuh suka pada Izzah semenjak Izzah membuat pengakuan di hadapan Aiman.
Harraz bangkit dari duduk. Belakang seluarnya dikibas-kibas. Dia merenung ukiran nama pada batang pokok. Perlahan-lahan dia mengusap ukiran nama itu. Dia menyeluk poket seluar jeansnya lalu mengeluarkan telefon bimbit, kemudian menangkap gambar ukiran nama itu untuk disimpan sebagai kenangan. Selesai menangkap, dia menjadikan gambar itu sebagai gambar latar di telefon bimbit.
“Id,” panggilnya ketika Idham dan Syamira lalu di hadapannya.
“Ya?” Idham dan Syamira menghentikan langkah.
“Kau nampak Reen tak?” soal Harraz ingin tahu.
“Aku nampak Izzah kat library tadi,” beritahunya
“Thanks ya?” Harraz mencapai begnya lalu meninggalkan kawasan taman.
“Kenapa tiba-tiba je dia cari Izzah?” tanya Syamira pelik.
“Entah.” Idham menjungkitkan bahu. “Mungkin dia dah bersedia nak bukak pintu hati dia kot?” serkap Idham.
“Kalau betullah apa yang awak agak tu, baguslah. Tak adalah kawan kita yang sorang tu muram lagi.” Syamira dan Idham melabuhkan punggung di bangku.
“Izzah muram? Kenapa?” Idham tidak jadi mahu mengeluarkan buku dari beg sandang.
“Entahlah. Bila saya tanya, dia tak nak cakap. Dia cuma cakap yang dia takkan kacau Harraz lagi. Muka dia pun saya tengok macam nak menangis je bila sebut nama Harraz,” terang Syamira.
“Mungkin dia dah tak kuat kot nak kejar Harraz lagi. Yalah, setiap kali dia cuba rapat dengan Harraz, Harraz mengelak. Mesti dia dah mula rasa malu sebab dia sorang je yang syok sendiri.” Idham pula membuat andaian.
Syamira mengangguk, bersetuju dengan andaian itu. “Tapi sekarang dia dah tak payah nak muram-muram lagi sebab Harraz dah boleh terima cinta dia, kan?” Syamira menongkat dagu. “Mesti sweet, kan kalau dia orang couple? Harraz cute, Izzah pulak cantik. Bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.” Syamira memejamkan mata, membayangkan Harraz dan Izzah bersanding di atas pelamin.
“Sudah-sudahlah tu berangan,” potong Idham. Dia menilik jam di pergelangan tangan. “Mana Li dengan Dhia ni? Dia orang ni pergi makan ke buat makanan?” sungut Idham.
“Sabarlah. Sekejap lagi sampailah tu,” pujuk Syamira.
*****
SESAMPAI sahaja di perpustakaan, Harraz mengambil tempat yang agak jauh dari orang ramai. Dia meliarkan mata, mencari kelibat Izzah. Dia mengeluh hampa apabila tidak menjumpai Izzah. Dia mengeluarkan buku di dalam beg lalu membacanya dengan perasaan yang bercelaru.
Dari sudut rak buku, Izzah memerhatikan Harraz. Ketika ingin keluar dari perpustakaan tadi dia sudah terlihat kelibat Harraz. Cepat-cepat dia bersembunyi di sebalik rak-rak buku. Dia menahan air matanya yang hampir tumpah.
“Saya tak akan kacau awak lagi. Semoga awak berbahagia,” monolognya. Air mata yang tumpah dilap dengan jari. Dia beredar dari perpustakaan apabila melihat Harraz leka dengan bacaannya.
Harraz mengeluarkan telefon bimbitnya dan mula menaip mesej.
Id, kau kata Reen ada kat library. Tapi aku tak nampak batang hidung dia pun?
Beberapa saat kemudian telefon bimbitnya bergegar. Dia cepat-cepat membuka peti masuk.
Tadi dia ada datang kat taman ni. Lepas tu dia cakap nak balik sebab pening kepala.
“Hah, pening kepala?” Harraz mula risau. Tangannya pantas membalas mesej itu.
Kau boleh bagi aku phone number dia tak?
Sorrylah Harraz, aku bukan tak nak bagi tapi aku dah janji kat Izzah yang aku takkan bagi phone number dia kat sesiapa, melainkan orang tu yang minta sendiri kat dia.
Harraz mengeluh kecewa. Dia benar-benar mahukan nombor telefon Izzah. Dia menyimpan telefon bimbitnya kembali ke dalam kocek seluar jeans. Buku ditutup lalu disumbat ke dalam beg sandang. Dia sudah tiada hati untuk membaca. Dengan berhati-hati, dia bangkit dari kerusi dan melangkah keluar dari perpustakaan dengan langkah gemalai.
*****
“KENAPA kau tak nak jumpa dia? Penat dia cari kau kat sana,” tanya Idham pada Izzah yang melentokkan kepada pada meja.
“Malaslah aku. Dah dia tak sudi, buat apa aku nak terhegeh-hegeh lagi? Aku pun ada maruah jugak,” balas Izzah.
“Tapi dia macam risau je tadi bila aku cakap kau sakit kepala. Mesti dia dah bersedia nak terima kau?” kata Idham lagi.
“Dah tak ada maknanya lagi. Semuanya dah terlambat.” Izzah menegakkan badannya. “Okeylah, aku nak balik dulu.” Izzah mula bangkit, mahu pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja dia terus membongkokkan badannya dan masuk ke bawah meja.
“Kenapa dengan kau ni Izzah?” tanya Nadhia pelik. Tidak pernah-pernah Izzah berperangai begitu.
“Ssshhh... jangan sebut nama aku.” Izzah meletakkan jari telunjuknya di bibir.
“Ooo, patutlah menyorok. Ada Harraz rupanya,” jawab Fadhli apabila nampak kelibat Harraz sedang berjalan. “Harraz, sinilah,” panggil Fadhli.
Izzah pula menumbuk kaki Fadhli. “Tak payahlah panggil dia!” Izzah bersuara geram.
“Dah nak balik dah ke?” tanya Fadhli sebaik sahaja Harraz sampai di meja yang mereka duduki.
“Ha’ah, dah nak balik. Kenapa panggil aku tadi?” tanya Harraz sambil bermain dengan tali beg sandangnya.
“Duduklah dulu, kita sembang-sembang ke?” pelawa Nadhia. Wajahnya dikerutkan sedikit apabila terasa Izzah mencubit kakinya.
“Tak apalah, lain kali je ya? Aku balik dulu.” Harraz mula berpusing dan melangkah meninggalkan mereka.
“Kau ni saja je, kan? Dah aku suruh senyap tu, lagi mau panggil.” Izzah memarahi kawan-kawannya sebaik sahaja dia keluar dari bawah meja.
“Aku saja je nak beramah-mesra dengan dia. Itupun salah ke?” jawab Fadhli.
“Memang salah! Kalau nak beramah-mesra tu, tunggulah bila aku tak ada!” marah Izzah. Dia bangkit lalu berlalu dari situ dengan perasaan marah.
“Itulah kau, buat lagi. Kan Izzah dah marah,” sungut Syamira.
“Alah, sekejap je marahnya tu. Nanti sejuklah tu. Kau orang jangan risaulah,” ujar Fadhli.
*****
“ANAK ayah ni tengok tv ke, tv yang tengok Izzah?”
Teguran Encik Khalid mencantas lamunan Izzah. Entah mengapa aksi-aksinya yang cuba merapati Harraz tiba-tiba sahaja bergentayangan di mindanya. Dia memarahi dirinya sendiri. Dia sepatutnya cuba melupakan Harraz, bukan mengingati lelaki itu.
“Termenung lagi ke?” Encik Khalid sudah mengawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Izzah.
Izzah terpingga-pingga. “Mana ada Izzah melamun. Izzah tengah tengok tv ni.” Izzah berbohong. Dia cuba menumpukan perhatian pada cerita yang dia sendiri tidak tahu tajuknya.
“Anak ayah ni ada masalah ke?” soal Encik Khalid, perihatin. Kepala Izzah diusap perlahan.
Izzah menggeleng kepala.
“Anak kita ni dilamun cinta, bang.” Puan Izzati menyampuk sambil meletakkan tiga cawan kopi panas di atas meja kopi.
“Ibu...” marah Izzah.
“Apa yang nak dimalukan? Ceritalah kat ayah, siapa budak tu?” Encik Khalid mengorek rahsia.
Wajah Izzah sudah memerah. Dia mencapai cawan kopi lalu disisip perlahan. Kemudian dia meletakkan kembali cawan di atas meja kopi sebelum beralih pandang ke wajah Encik Khalid. “Dia tak macam orang lain.” Izzah mula bercerita.
Ibunya tidak menyampuk, memberi ruang anak-beranak itu berbual mesra setelah seminggu tidak berjumpa kerana urusan kerja.
“Tak macam orang lain?” Encik Khalid mengerut kening. “Anggota badan dia tak cukup ke?” serkap Encik Khalid.
“Bukan...” Izzah menyangkal.
“Habis tu?” Encik Khalid mengurut keningnya.
“Dia... erk... dia...” Serba salah Izzah hendak menyebutnya. Dia memandang Puan Izzati, meminta bantuan.
“Dia tu lembut sikit,” ujar Puan Izzati.
“Baguslah lembut. Izzah ni keras kepala sikit perangainya. Air campur api, jawabnya amanlah rumah tangga. Bila dah kahwin nanti, kena pandai bertolak ansur. Sikap keras-keras kepala tu semua kena buang.” Encik Khalid sudah memberi tazkirah.
Puan Izzati menepuk dahi.
Izzah pula mengerutkan kening. Sah-sah Encik Khalid tidak memahami apa yang Puan Izzati katakan tadi.
“Yang awak tepuk dahi tu kenapa, Zati? Tak betul ke apa yang abang cakapkan tu?” soal Encik Khalid, pelik.
“Memang tak betul. Zati cakap lembut lain, bukan perangai dia lembut.”
“Lembut lain tu apa pulak kalau bukan perangai?” Encik Khalid sudah semakin pening dengan percakapan Puan Izzati.
“Dia lelaki lembut tapi dia tetap minat perempuan. Dia bukan gay. Sembahyang tak pernah tinggal. Dia pandai, kemas, rajin membaca. Dia anak orang berada tapi dia tak pernah berlagak.” Izzah menerangkan satu per satu perwatakan Harraz yang pernah dia nampak sambil mengukir senyuman.
“Ooo, I see...” Encik Khalid mengurut dagunya. “Bawaklah dia datang ke rumah nanti. Nak jugak ayah berkenalan dengan dia.” ujar Encik Khalid sambil mencapai air kopi.
Senyuman Izzah mati. “Dia tak sukakan Izzah. Dia dah serik kena tipu dengan perempuan. Tapi hari tu...” kata-kata Izzah termati.
“Hari tu kenapa?” soal Puan Izzati dan Encik Khalid serentak.
Izzah menggeleng. Air mata yang ingin menitis, ditahan seboleh mungkin. “Tak ada apa-apalah. Ibu, ayah, Izzah masuk tidur dulu ya?” Izzah menyalami tangan Encik Khalid dan Puan Izzati sebelum mendaki tangga untuk ke biliknya.
*****
CUTI semester sudah bermula. Harraz berbaring di atas katilnya sambil berfikir-fikir mengapa Izzah sudah tidak seperti dahulu lagi. Dia dah jumpa dengan lelaki lain ke? Dia dah putus asa ke? gumam hatinya.
Pintu biliknya diketuk. Iqbal melangkah masuk lalu membaringkan diri di sebelah Harraz. Dia merenung wajah Harraz lama. “Angah ni kenapa? Sejak mula cuti asyik berkurung je dalam bilik? Makan pun sikit je? Angah tak sihat ke?” Iqbal melekapkan belakang tangannya ke dahi Harraz. “Erk, tak panas pun?”
“Angah sihat,” jawabnya sepatah sambil mengalihkan tangan Iqbal yang masih melekap di dahinya.
“Habis tu kenapa muka nampak sedih je?” soal Iqbal ingin tahu.
“Iqy ingat tak perempuan yang angah cerita tu?” Harraz bangkit dari pembaringan lalu bersandar di kepala katil diikuti Iqbal.
“Ingat. Kenapa dengan dia? Angah dah terima cinta dia ke? Dia ada mempermainkan angah ke?” soalnya tidak sabar.
“Bukan...” Harraz menyangkal.
“Kalau bukan apa?” desak Iqbal.
“Seminggu sebelum cuti dia macam nak mengelak je dari angah. Selalunya dia akan cari angah, ni langsung tak nampak batang hidung. Mungkin dia dah putus asa kot? Apa yang harus angah buat sekarang?” Harraz meminta bantuan adiknya.
“Angah cintakan dia?”
Harraz mengangguk. “Tapi dengan keadaan angah yang macam sotong ni mesti akan membuatkan dia malu bila keluar dengan angah. Angah dah mula sayangkan dia tapi tak nak dia malu,” luah Harraz. Wajahnya muram. Dia bermain dengan jari-jemarinya.
“Kalau dia betul-betul ikhlas cintakan angah, dia akan terima keadaan diri angah seadanya,” Iqbal memberi pendapat.
“Dia memang terima angah seadanya tapi lama-kelamaan mesti dia akan malu bila hari-hari ada orang yang kutuk dia, kan?” Harraz memandang wajah Iqbal.
Iqbal mengangguk, mengeyakan kata-kata Harraz. Seketika kemudian dia memetik jari. “Iqy rasa dah sampai masanya untuk angah berubah!” Iqbal memberikan cadangan.
“Berubah?” Harraz tidak dapat menangkap kata-kata adiknya.
“Yup, berubah. Sepanjang cuti ni Iqy akan cuba merubah angah supaya jadi keras sikit.” Iqbal tersenyum penuh makna.
“Macam mana tu?” Harraz mula teruja.
“Angah tidur dulu, esok ikut Iqy pergi Pertama Kompleks,” arah Iqbal. Dia turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik Harraz.
Harraz memejam matanya. Malam itu buat pertama kali dia dapat tidur dengan lena setelah seminggu asyik memikirkan perubahan Izzah.
*****
“IQY nak beli apa kat sini?” soal Harraz sebaik sahaja dia dan Iqbal melangkah masuk ke dalam Pertama Kompleks.
Iqbal tidak menjawab, sebaliknya dia terus berjalan. Apabila dia ternampak kedai yang menjual pakaian seragam, dia melangkah masuk ke dalam kedai itu. Harraz hanya menurut.
“Bang, pakaian seragam PKBM kat mana?” tanya Iqbal kepada jurujual.
Jurujual itu menunjukkan pakaian seragam yang diminta kepada Iqbal dan Harraz, kemudian dia berlalu ke kaunter kerana ada pelanggan yang mahu membuat pembayaran.
Tanpa membuang masa, Iqbal mula memilih saiznya dan Harraz.
“Nak buat apa dengan baju ni? Angah bukannya masuk PKBM pun?” soal Harraz, pelik apabila Iqbal menyerahkan pakaian seragam kepadanya.
“Inilah cara untuk keraskan sikit cara jalan angah yang lembut tu,” jelasnya lalu kembali membelek pakaian seragam itu.
“Tak fahamlah.” Harraz menggaru kepalanya.
Iqbal menoleh semula ke belakang. “Macam ni, sepanjang cuti semester ni angah akan berkawad kat laman rumah kita. Buat bangkit tubi dan tekan tubi sekali,” terangnya lagi. Kemudian dia menyambung mencari saiz baaju.
Harraz terkejut mendengar penjelasan Iqbal. “Mampuslah angah macam tu! Kalau tak buat boleh tak?” Harraz cuba menolak. Tidak sanggup dia membuat bangkit tubi dan tekan tubi. Buat sakit badan je! sungutnya dalam hati.
“Tak boleh. Angah cakap tak nak...” Iqbal memetik jarinya. “... siapa nama perempuan tu?”
“Reen...”
“Hah, Reen. Angah cakap tak nak Reen malu, kan bila keluar dating dengan angah?”
Harraz mengangguk laju.
“So, dengan adanya latihan ni, insya-Allah cara jalan angah yang lemah gemalai tu boleh jadi keras sikit macam Iqy ni.” Iqbal cuba meyakinkan Harraz. Dia mengambil pakaian seragam di tangan Harraz lalu dibawa ke kaunter pembayaran.
*****
“KIRI, kanan, kiri,” Harraz berkawad di tengah panas.
“Keras sikit jalan tu, jangan lemah gemalai. Tegakkan badan!” jerit Iqbal.
Peluh sudah memercik di dahi Harraz. Dia tidak sangka Iqbal boleh bertukar sebegini garang apabila mengajarnya. Pernah juga dia mahu berputus asa tidak mahu berkawad lagi namun demi Izzah dia kuatkan juga semangatnya.
“Skuad, ke belakang... pusing!” arah Iqbal.
“Check in satu, dua, tiga, maju! Kiri, kanan, kiri!” Dia mula berjalan ke arah Iqbal.
“Skuad... ti!”
“Satu, dua!”
“Kita berhenti kawad dulu, lepas ni buat tekan tubi seratus kali,” arah Iqbal.
Terbeliak mata Harraz mendengarnya.
“Skuad... keluar baris!”
“Satu, dua, satu! Kiri, kanan, kiri!” Harraz berlari mendapatkan mamanya yang sedang duduk di gazebo. Dia mengambil tempat di sebelah mamanya.
“Anak mama penat ya? Nah, minum air ni.” Datin Suhana menghulurkan gelas yang berisi air oren kepada Harraz.
Harraz menyambutnya lalu meneguk rakus.
Iqbal menjentik kuat jari kelengking Harraz yang menegak setiap kali meneguk air.
“Sakitlah!” marah Harraz lalu merapatkan jari kelengkingnya.
“Dah berapa kali Iqy kata rapatkan jari kelengking tu. Ini tidak, asyik terjungkit je,” bebel Iqbal.
“Tak biasalah...” rengeknya.
“Kalau tak biasa kena biasakan. Lama-lama nanti okeylah.”
Harraz mencebik.
“Cepatlah minum, kita nak buat tekan tubi pulak ni.” Iqbal sudah mula bangkit.
“Penat pun tak hilang lagi ni,” sungutnya.
“Angah, lagi sebulan lebih je nak habis cuti. Angah kena kerja keras sikit,” leter Iqbal sambil menarik tangan Harraz.
“Kejap, nak ambil semangat dulu.” Harraz mencapai telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja. Gambar latar telefon bimbit direnung lama. Dengan merenung ukiran namanya dan Izzah, telah mengembalikan semangatnya kembali. “Okey, jom!” Harraz mula bangkit. Badannya mula ditegakkan lalu berjalan seperti berkawad. Tanpa disedari, dia telah terlanggar batu lalu jatuh di atas rumput.
“Aduh!” Dia menjerit kesakitan.
Iqbal menepuk dahinya.
Datin Suhana menggeleng kepala.
“Boleh ke buat tekan tubi ni? Kalau tak kita tangguh je dulu.” Iqbal menolong Harraz untuk bangkit.
“Boleh, Angah kuat!” ujarnya setelah berdiri dengan stabil. Dia melangkah menuju ke tapak dia berkawad tadi.
*****
IZZAH duduk termenung di balkoni di biliknya sambil merenung gambar Harraz di telefon bimbitnya yang diambil secara senyap. Gambar Harraz yang sedang mengerutkan muka ketika membaca buku, direnung lama. “Kenapa aku tak boleh lupakan kau? Aku mesti lupakan kau. Mesti!” nekad Izzah.
Izzah terperanjat apabila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Nama Syamira tertera di situ. Dengan rasa malas, dia menekan punat hijau. “Hello.” Izzah bersuara.
“Kenapa suara kau macam tak sihat je ni?” Kedengaran suara Syamira di hujung talian.
“Aku okey je. Cuma boring sikit duduk kat rumah sorang-sorang,” ujar Izzah sambil memintal-mintal rambutnya.
“Ibu dengan ayah kau mana?”
“Ibu dengan ayah aku macam biasalah. Ayah kat office, ibu kat salon dia. Kau telefon aku ni ada hal apa?”
“Petang ni aku dengan yang lain nak main bowling kat Mid Valley. Kau nak ikut tak?” pelawa Syamira.
Izzah melentokkan kepalanya di kerusi. “Malaslah aku. Duduk rumah lagi bagus,” tolak Izzah.
“Kau ni kenapa? Selalunya kalau kita orang ajak pergi mana-mana, kau on je. Sekarang pulak malas,” sungut Syamira.
“Tak ada apa-apa. Cuma tak ada mood je,” sangkal Izzah. Dia sudah bangkit mahu masuk ke dalam bilik. Kemudian dia merebahkan diri di atas katil.
“Siapa yang rosakkan mood kau ni? Cuba bagitau aku?” desak Syamira.
“Tak ada siapa-siapalah. Okeylah, aku letak dulu ya? Assalamualaikum.” Pantas Izzah mematikan talian. Dia takut nama lelaki itu meluncur keluar dari mulut Syamira. Dia takut dia akan menangis apabila mendengar nama itu. Sesungguhnya, dia masih belum dapat melupakan Harraz walaupun satu bulan setengah sudah berlalu semenjak kejadian dia melarikan diri daripada lelaki itu.
Izzah mencapai bantal di sebelahnya lalu ditekupkan ke muka, cuba membuang jauh wajah Harraz dari kotak ingatan.
*****
“ANGAH, bangunlah cepat. Kejap lagi nak mulakan latihan.” Puas Iqbal mengejutkan Harraz namun lelaki itu tetap tidak mahu bangun. Iqbal sudah kematian idea mahu mengejutkan angahnya. Dia berjalan mengelilingi katil. Tiba-tiba dia mendapat satu idea. Perlahan-lahan dia menghampiri Harraz. “Angah, bangun cepat, Izzah ada kat bawah!” jeritnya di telinga Harraz.
Harraz bingkas bangun. “Izzah datang?” Dia meraba-raba mencari cermin mata di meja lampu. Kemudian kelam-kabut dia mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. “Iqy, suruh Izzah tunggu tau. Angah nak mandi kejap,” jerit Harraz di bilik mandi.
Iqbal sudah ketawa di dalam hati. “Parah betul angah aku ni,” ujar Iqbal perlahan lalu melangkah keluar dari bilik Harraz.
Siap berpakaian, Harraz melangkah turun dari tangga. “Mana Izzah?” soal Harraz kepada Iqbal sebaik sahaja dia sampai di meja makan.
“Dia tak ada pun. Saja je Iqy guna nama dia untuk kejutkan angah dari tidur. Liat sangat nak bangun,” jelas Iqbal.
Harraz mengetap bibir menahan geram. Dia duduk dengan kasar di kerusi. Matanya dijelingkan sedikit ke wajah Iqbal sebelum mencapai roti bakar di atas meja. Perlahan-lahan dia mengunyah roti itu.
“Kalau Iqy tahu macam ni punya senang nak kejutkan angah, dah lama Iqy guna nama Izzah tu,” ujar Iqbal sambil tersengih.
Harraz menjegilkan matanya.
“Sudah, sudah, jangan nak menjeling-jeling, nanti juling pulak mata tu. Depan rezeki tak baik buat muka masam,” nasihat Datin Suhana.
Harraz mencapai air teh panas lalu menghirupnya. Wajahnya kembali tenang apabila tekaknya dibasahi air teh.
“Iqy dah habis makan, nanti angah datang kat laman ya?” kata Iqbal sebelum berlalu ke luar rumah.
Harraz hanya menganggukkan kepala dan meneruskan sarapan.
*****
KERETA diparkirkan ditempat yang disediakan. Cermin mata hitam ditanggalkan dan dibiarkan di dalam kereta. Pintu kereta dibuka dan dia melangkah keluar dari perut kereta. Dia mula berjalan dengan penuh bergaya menuju ke dewan kuliah.
Dia tersenyum kepada semua yang memandangnya seperti tidak pernah melihat orang. Sampai di dewan kuliah, dia mengambil tempat di bahagian belakang sekali. Ketika dia duduk, pelajar perempuan tidak habis-habis merenung ke wajah kacaknya.
Beberapa minit kemudian, pensyarah mula masuk. Mata Encik Azman meliar, memerhatikan ke semua pelajarnya. “Mana Harraz?” tanya Encik Azman apabila tidak melihat kelibat Harraz. Di dalam rekod kehadiran, ada tandatangan lelaki itu.
“Saya, encik.” Lelaki kacak itu mula berdiri. Dia tersenyum kepada Encik Azman.
Semua pelajar sudah ternganga. Mereka tidak menyangka lelaki lembut yang sering mereka sindir, sudah berubah menjadi sangat kacak. Jalannya pula sudah tidak lemah gemalai lagi.
“Masya-Allah... macam mana awak boleh berubah sampai begini sekali?” soal Encik Azman tidak percaya.
“Semuanya atas kehendak Allah. Kalau kita berusaha pasti apa yang kita lakukan itu akan membuahkan hasil,” jawabnya tenang.
“Okey, awak boleh duduk,” arah Encik Azman. Kemudian, sesi pembelajaran bermula.
*****
SELEPAS tamat kuliah, Harraz bergegas keluar dari dewan kuliah. Tujuannya hanya satu, iaitu mahu mencari Izzah. Tempat pertama yang dituju ialah taman. Dia melangkah laju menuju ke pokok yang telah menjadi saksi pertemuannya dan Izzah. Dari jauh dia terlihat kelibat seorang gadis yang sedang berdiri menghadap batang pokok. Dia melajukan lagi langkahnya.
“Awak nak buat apa tu?” tegurnya apabila melihat Izzah seperti mahu menoreh nama yang pernah diukir dahulu.
Izzah tersentak apabila mendengar suara yang amat dikenalinya. Dia berpaling ke belakang. “Awak ni siapa?” soalnya apabila lelaki yang tidak dikenali itu menghampirinya.
“Awak tak kenal saya ke?” Harraz menyoal. Tangannya dibawa ke dada.
Izzah menggeleng laju.
“Saya Raz... Harraz Fayyadh,” jelasnya.
Izzah terjelepok sebaik sahaja mendengar sebaris nama yang ingin dilupakan. “Tak. Saya tak percaya. Awak tipu, kan? Harraz bukan macam ni. Dia lelaki lembut, rambut dia disisir belah tepi bukan belah tengah! Dia pakai cermin mata tapi awak tidak.” Izzah menerangkan ciri-ciri Harraz.
Harraz duduk di hadapan Izzah. Dia mengeluarkan sebuah buku dari beg sandangnya. Buku itu diselak lalu mengeluarkan bunga raya yang telah layu. Bunga itu diserahkan kepada Izzah.
Izzah menyambutnya lalu membelek bunga itu. Dia memandang wajah Harraz. “Betul awak Harraz?” soalnya ingin kepastian.
Harraz mengangguk sambil tersenyum.
Lesung pipit tu memang milik Harraz, bisik hatinya. “Kenapa awak berubah?”
“Sebab saya tak nak awak malu bila keluar dengan saya. Biar saya dihina tapi saya tak sanggup tengok awak dihina disebabkan saya,” jelas Harraz. Dia merenung lembut wajah Izzah.
“Dah terlambat, Raz... dah terlambat...” Izzah bersandar pada batang pokok.
“Kenapa? Awak dah ada orang lain ke?” Wajah Harraz berubah kecewa.
“Bukan saya tapi awak. Awak milik orang lain sekarang,” ujar Izzah lemah.
“Saya milik siapa? Harraz tidak faham apa yang dikatakan oleh Izzah.
“Awak milik isteri dan anak awak!” jawab Izzah sedikit marah.
Harraz terkejut. “Apa yang awak merepek ni? Bila masa saya kahwin?”
“Saya nampak awak dengan seorang perempuan mengandung kat shopping complex dulu.” Wajahnya ditundukkan, tidak sanggup mendengar pengakuan Harraz.
Harraz ketawa kuat.
Izzah mengangkat mukanya semula. “Kenapa awak gelak? Kelakar sangat ke bila rahsia awak dah terbongkar? Patutlah selama ni bila saya ajak couple, awak tolak!” Izzah geram.
“Kalau awak nak tahu, perempuan mengandung tu, kak long saya,” jelasnya.
Wajah Izzah mula memerah. “Awak tak tipu?” soalnya ingin kepastian. Dalam hati ada bunga-bunga kegembiraan mula tumbuh.
“Betul. Kalau awak tak percaya, nanti saya bawak awak jumpa kak long saya.”
Izzah mula tersenyum. “Awak kata awak dah buang bunga ni? Tapi kenapa masih ada pada awak?” soalnya pelik.
“Saya tak buang pun. Saya tipu awak sebab nak awak putus asa dan cari lelaki lain yang lebih sesuai dengan awak. Awak nak buat apa dengan nama tu tadi?” soal Harraz apabila teringat perbuatan Izzah ketika dia baru sampai tadi.
“Saya nak toreh sampai hilang nama tu.”
“Kenapa?” soal Harraz pelik.
“Sebab saya sangka orang yang saya cinta ni milik orang lain,” jelasnya sambil menundukkan muka.
“Ooo, sebab nilah awak tak cari saya seminggu sebelum cuti tu ya? Patutlah saya tunggu perigi saya tak muncul-muncul...” Harraz mulai faham.
Izzah tersipu malu.
“Okeylah, selepas tiga bulan bercuti, akhirnya timba sudah berjumpa semula dengan periginya yang menghilangkan diri. Izzah Qhaireena, awak nak couple dengan saya tak?” Harraz menyoal.
Izzah mengangkat wajahnya. Perlahan-lahan dia mengangguk. “Raz,” panggilnya.
“Ya?”
“Mana mata awak?”
“Ni bukan mata saya ke?” Harraz menunjuk ke matanya.
“Anak mata awak bukan warna hazel ke? Kenapa warna hitam?” soal Izzah. Keningnya dikerutkan.
Harraz tergelak mendengar pertanyaan Izzah. Dia menanggalkan kanta lekapnya. “Kalau saya bukak kanta ni saya tak nampak,” adunya, manja.
“Mana cermin mata awak?” soal Izzah lagi.
Harraz mengeluarkan cermin mata bingkai hitamnya dari dalam beg lalu memakainya.
“Ini baru Raz saya. Kalau awak tak berubah pun saya akan tetap terima awak,” ujar Izzah ikhlas.
“Saya tahu itu.” Harraz tersenyum.
“Hah, kat sini rupanya perigi dan timba! Jom kita lepak kat kantin, yang lain dah menunggu tu,” ajak Fadhli yang tiba-tiba muncul. Mana mungkin dia tidak mengenali Harraz apabila satu kampus sudah heboh dengan berita perubahan lelaki itu.
Harraz dan Izzah mula bangkit lalu mengekori langkah Fadhli meninggalkan kawasan taman.
~TAMAT~
macam biasa... karya wc betul2 menambat hati <3 <3
ReplyDeletedah baca pun x bosan, masih buat jantung berdebar-debar .. love harraz <3
smpoi ah si izzah . act laki lembut banyak yg hensem2 woo.
tersenyum2 baca story nih..hehe ^^ -MizA
ReplyDeletebez cte ni..klo kmbangkn ag wt nvel asenya ok...byk konflik yg mnnti..hehe..pe2 pom..keep it up..~nix~
ReplyDeletesweet..usaha tangga kejayaan.. usaha reen mengajak raz..usaha raz berubah demi reen..hehe..like100x..:)
ReplyDelete@RinsyaRyc, thnks... waaa Rin pnh jumpe lelaki lmbut yg hensem ek?
ReplyDelete@Anonymous, thnks n_n
ReplyDelete@Anonymous, WC kena fikir dulu la kalo nak jdkan enovel coz WC ni lmbat dpt idea... same mcm enovel seiras WC tu, da 7 bulan xbersambung...
ReplyDelete@redapple, betol tu... tanpa usaha, kita takkan ke mana-mana...
ReplyDeletesaya dah pernah bace nie. tapi lupe kat mana but ok la. interesting...keep it up.
ReplyDelete@Anonymous, dulu cerpan ni pernah tersiar kat penulisan2u... thnks bace lagi...
ReplyDeletebest :))
ReplyDeleteAwww :) WC, best la cerpen ni! Hehe, agak2nya in real life kan, ade ke kes periga cari timba ni , ending die happy? :D
ReplyDelete@bila pena menari, thnks sudi baca n_n
ReplyDelete@Nur Husnina, thnks... dlm real life memang wujud kes perigi cari timba ni coz WC pnh terbace satu komen tu kat p2u, dia ckp bile bace cite ni teringat kisah dia dulu...
ReplyDeletesweet nyer......
ReplyDeleterase nk ulang2 bace jer..
hrp ade bnyk lg karya yg best mcm yg nie....
chaiyok! chaiyok!!:)
Best nyer citer ni... Memang buat hati berdebar je masa baca tu... Hehe:)
ReplyDeleteplease joint my blog y http://hamunyu22.blogspot.com/
ReplyDelete