From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 18 January 2012

Kerana Lamaran Itu Part 1



“Mai...nanti kita dah besar kita kahwin nak?” tanya budak lelaki comel tu.

Aku masih tekun menghadap bihun goreng dalam mangkuk. Hmm...sedapnya bihun ni. Macam ibu buat. Aku cucuk bihun goreng dengan garpu dan makan dengan berseleranya. Tak peduli apa yang budak lelaki tu cakap.

“Mai..Mai dengar tak apa kita cakap tadi?” tanya budak lelaki tu lagi.

“Hah!? Awak cakap dengan kita ke?” tanya aku balik.

Mata aku masih melekat tengok bihun goreng dalam mangkuk warna hijau tu. Sedapnya, ada telur goreng. Nyum..nyum..Aku cucuk pulak telur dan ngapp.

“Nanti kita besar kita kahwin nak tak?”

Budak lelaki comel tu ulang balik soalan yang sama. Aku tengok budak lelaki tu. Budak lelaki tu pun tengok aku balik sambil senyum. Nampak lesung pipit dia. Comel!

“Nak! Nak! Nanti kita besar kita kahwin ya.”

Cepat-cepat aku angguk dan menghadap balik bihun goreng dalam mangkuk. Sibuk kira udang ada berapa ekor pula.

“Janji tau. Nanti dah besar awak kahwin dengan kita.”

Aku tengok muka budak tu. Lepas tu, aku angguk laju-laju.

“Kita janji. Nanti bila kita dah besar kita kahwin.”

Lepas tu dia tunjuk jari kelingking dia. Aku pun kaitkan jari kelingking aku dengan budak tu. Aku senyum dia pun senyum. Lepas tu, masing-masing menghadap bihun goreng yang pihak tadika sediakan. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu.

“Awak...awak.. kahwin tu apa?” tanya aku sambil garu-garu kepala.

“Entah kita pun tak tahulah awak,” jawab budak lelaki comel tu lagi sambil jungkit bahu.

Lepas dia cakap macam tu, terus dia sumbat mulut dia dengan bihun goreng. Aku tengok je dia kunyah bihun. Aku tengok kat mangkuk aku pulak. Dah licin. Aku buat muka kesian.

“Awak...” Saja aku leretkan suara aku.

Dia kalih tengok aku.

“Ya..kenapa?” tanya dia.

“Bihun kita dah habis. Nak kongsi dengan awak boleh tak?” tanya aku buat muka habis kesian.

Dia intai mangkuk aku yang licin. Lepas tu dia tengok mangkuk dia.

“Okay..kita kongsi,” kata dia sambil pindahkan sikit bihun goreng kat dalam mangkuk aku.

Dah jadi sama rata bihun goreng kita orang. Aku apa lagi, terus makan tak pandang kiri kanan dah. Kalau ibu lalu pun konpem aku takkan perasan punya.

“Awak..kalau awak tak tahu kahwin tu apa macam mana kita nak kahwin bila besar nanti?” tanya aku lepas habis kunyah bihun goreng. Tiba-tiba terpikir pula nak tanya soalan macam tu kat dia.

“Nanti bila kita dah besar kita tahulah kahwin tu apa. Nanti kita bagi tahu awak okay?”

Aku diam sekejap.

“Janji nanti bila dah besar, awak bagi tahu kita kahwin tu apa,” kata aku.

Dia senyum lepas tu angguk.

“Mai..awak suka kita tak?” tanya dia lagi bila nampak aku senyum balik kat dia.

Aku angguk laju-laju lagi. “Suka...suka. Kita suka dengan awak.”

Teruja je aku jawab. Dia baik dengan aku, mestilah aku suka dia kan.

“Kita pun suka awak jugak,” kata dia sambil senyum. Aku pun senyum tengok dia dan capai air sirap.

Ermm..sedapnya!!

**************

Nur Amal Humaira, in front of this beautiful mosque as a witness, I Ariff Haicarl, propose you to be my wife. Will you?

Itulah ayat yang dia cakap sampai buat aku terkedu, tekaku dan hampir tersedu-sedu. Tapi nasib baik tak tersedu-sedu. Kalau tak buat malu je depan dia. Mana ada orang tersedu-sedu bila dilamar jadi isteri.

Erkk...isteri?

Dia melamar aku jadi isteri dialah. Diulangi i.s.t.e.r.i!! Aku rasa jantung aku dah jatuh tergolek-golek kat lantai masa tu. Nasib baik dapat cari dan lekat balik. Kalau tak inalillah aku sebab jantung dah hilang.

Sekarang ni, yang jadi masalah bila aku tak tahu nak bagi jawapan apa kat dia walaupun aku dah mintak tempoh kat dia untuk berfikir.

Nasib baik dia pun tak mendesak. Dia siap bagi aku masa seminggu untuk fikir. Jadi, inilah yang aku buat sekarang. Terfikir-fikir.

Patut ke aku kahwin dengan dia? Ikhlas ke dia nak aku jadi isteri dia?

Daripada tadi soalan-soalan macam tu bermain kat kepala otak aku ni. Sampai tak boleh tidur dibuatnya. Aku golek-golek atas katil sambil fikir jawapan apa yang patut aku bagi kat dia.

Kau ni memang tak senonoh kan Amal. Daripada golek macam ayam golek kat atas katil ni baik pergi buat solat istikharah. Lagi bagus. Dapat ilham, top up pahala. Bagi tenang sikit hati aku yang macam tsunami ni.

Lepas aku buat solat istikharah, aku baca surah Al-Mulk seperti biasa. Daripada hari dia lamar aku sampailah sekarang jiwa aku asyik kacau je sebab tak jumpa lagi jawapan yamg sesuai. Masuk ni dah tiga malam berturut-turut aku buat solat sunat ni. Mudah-mudahan, dapatlah petunjuk untuk aku bagi jawapan kat dia.

Bukan senang tau nak buat rumah yang ada tangga ni. Aku nak kahwin dengan dia bukan untuk sehari dua tapi untuk selama-lamanya. Silap buat keputusan memang padahlah jawabnya. Aku tak naklah menderita kemudian hari. Aku lebih rela orang cop aku anak dara tua daripada orang cop aku janda. Serius tak mahu jadi janda!

Lepas aku mengaji, mata aku makin segar-bugar macam lampu spotlight pulak. Degil betul mata aku.  Macam tuan dia juga. Penat aku dok bergolek daripada tadi. Tiba-tiba aku teringat dah lama aku tak tengok emel aku. Dah bersawang-sawang agaknya sebab dah lama tak buka. Aku capai cik Vaio dan  terus meniarap kat atas katil.

Sekali buka inbox tengok ada dua ribu tiga puluh tiga emel! Mak aihh..serius banyak sawang kat inbox ni sampai boleh nampak Inche spider bergayut-gayut. Ceit..propa betul kau Amal. Jenuh jugak aku nak korek satu-persatu emel ni. Tengah aku baca tajuk-tajuk emel ni sekali aku terjumpa satu tajuk yang baru aku dapat ni. Rasa macam ditarik-tarik untuk baca emel ni. Tajuk dia ‘Warkah untuk Wanita. Cahaya. Harapan. Berpipi merah.’

From: smart_riff@yahoo.com

To: amal_rulez@yahoo.com

Assalamualaikum Wr Wb Cahaya.Harapan.Berpipi merah...

Maaf kalau emel ni menggangu Maira. Tapi Carl mohon tolong jangan delete emel ni sampai Maira habis baca. Tujuan emel ni dihantar bukan untuk menggangu gugat keputusan Maira tapi emel ini dihantar untuk menjelaskan apa yang tak sempat dijelaskan masa kita jumpa hari tu.

Carl hanya manusia biasa. Yang ada kelebihan dan kekurangannya. Jadi, Carl amat mengharapkan seorang pendamping yang dapat melengkapkan diri ini dengan menutupi kelemahan dan mengendalikan kelebihan yang Carl miliki.

Cahaya.Harapan.Berpipi merah...

Setiap manusia mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah serta sempurna. Tak terkecuali Maira dan Carl juga kan? Sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda, lihatlah kepada empat perkara: agama, kecantikan, keturunan dan harta. Utamakanlah yang beragama, nescaya akan bahagia hidupmu.

Percayalah, Carl tak pernah mengimpikan wanita secantik Balqis kerana diri ini tidak sehebat Sulaiman. Carl tak pernah letakkan syarat-syarat tinggi untuk mencari suri hidup sebab Carl juga manusia yang tak lari dari melakukan dosa dan kesilapan. Pada Carl, sudah cukup kalau wanita itu dapat menerima diri ini seadanya. Apalah ada pada harta, pangkat dan darjat jika diri ini juga hanyalah seorang hamba kepada pemiliknya. Seseungguhnya, Allah itu lebih mengetahui disebalik apa yang tersurat dan tersirat.

Cahaya.Harapan.Berpipi merah..

Maaf sekali lagi kalau emel ni menggangu Maira. Sesungguhnya, emel ni dihantar bukan atas niat untuk memaksa. Carl, akan terima apa saja keputusan dari Maira kerana jodoh itu telah ditetapkan olehNya sejak di Loh Mahfuz. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya daripada Allah s.w.t dan kekurangan datangnya daripada insan yang lemah ini. Renung-renungkanlah. Sekian.


Wassalam..

Ikhlas dari..
Ariff Haicarl untuk Amal Humaira

Apesal aku rasa tiba-tiba ada air terjun mengalir kat mata aku ni. Buat pertama kali dalam hayat aku ni, ada orang hantar emel macam gini kat aku. Terharu sungguh!

Memang tak boleh blah aku ni. Baca emel sampai boleh nangis. Kalaulah adik aku tahu aku nangis hanya sebab baca emel je, mahu dia bantai gelak tujuh keturunan tak habis.

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah. Rasanya aku dah dapat jawapan yang patut aku bagi kat dia. Sebelum aku balas emel dia, aku lap ‘air terjun’ dulu sebelum tarik nafas dalam untuk cari ilham menulis. Bukan senang ni nak balas emel kali ni. Tak pernah-pernah aku buat macam ni sebelum nak taip emel. Memang boleh catat kat dalam buku sejarah Amal Humaira.

Re: Warkah untuk wanita Cahaya.Harapan.Berpipi merah

From: Amal_rulez@yahoo.com

To: smart_riff@yahoo.com

Assalamualaikum Wr Wb...

Khas buat Ariff Haicarl...

Sebelum Maira berkata lebih lanjut teringat pula pada satu sabda Rasulullah:
Seindah perhiasan dunia itu adalah wanita yang solehah. Jadi pilihlah wanita yang akan mampu membahagiakan dan menyejukkan pandangan seorang lelaki itu.

Semoga dapat kita renungkan dan jadikan sebagai panduan.

Alhamdulillah kalau empat perkara tu yang menjadi titik penentu kepada Carl untuk memilih calon isteri. Carl, kalau harta yang Carl idamkan jadi ketahuilah diri ini bukan datangnya dari orang yang berada. Kalau keturunan yang Carl inginkan, jadi ketahuilah Maira ni hanya manusia biasa dari keluarga yang biasa sahaja. Tapi apa yang pasti kita datang dari keturunan yang mulia dan sama iaitu dari Nabi Adam dan Siti Hawa. Kalau kacantikkan lahiriah yang Carl cari sudah tentu Carl tahu diri ini tidak secantik Balqis.  Maira juga tak dapat nak janjikan kebahagiaan kalau tak ada insan yang bernama Ariff Haicarl untuk menjadi pemimpin kepada kapal yang akan dilayar nanti
Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha mengasihani..

Nur Amal Humaira dengan hati yang ikhlas dan akal yang waras juga setelah hati ini digerakkan olehNya menerima lamaran Ariff Haicarl untuk menjadi suri hidupmu dengan syarat yang wajib dipatuhi iaitu mesti diiringai restu dari ayah dan bonda kedua belah pihak. Segala keputusan yang dibuat oleh keluarga akan Maira terima sama ada keputusan yang positif atau sebaliknya. Andai itu takdir cintaku buatmu, akan ku terima ia seadanya.

Sesugguhnya setiap patah kata yang ditulis ini adalah semata-semata kerana perasaan yakin dan ikhlas terhadap dirimu. Diharap dengan emel ini, dapatlah Carl membuat keputusan yang terbaik untuk kita berdua nanti. Segala yang baik itu datangya dari Allah s.w.t dan yang kekurangan itu datangnya dari diri yang lemah ini.

Sekian, wassalam

Emel khas untuk
Ariff Haicarl dari Amal Humaira

Lepas aku balas emel dia, aku terus tutup Cik Viao. Rasa malu pun ada bila baca emel yang aku tulis tu. Entah kenapa sejuk rasanya jari-jemari aku ni masa balas emel dia. Mungkin gelabah kot sebab pertama kali hantar emel macam ni kat orang.

Lepas simpan laptop, aku golek lagi kat atas katil sambil senyum sorang-sorang. Nasib baik aku sorang je dalam bilik ni. Kalau tak sah orang kata sewel. Aku rasa macam separuh diri aku ni terbang melayang-layang di awangan bersama putera idaman.

Huh..memang tak tahan betul. Sejak bila entah aku dah pandai berjiwang karat. Entah pukul berapa aku tertidur pun aku tak tahu. Tiba-tiba je mata aku ni jadi budak baik dan dengan sendirinya terkatup. Terus nampak bintang.

***************
Kompang dipalu, pengantin baru
Duduk bersanding, tersipu malu
Kompang dipalu, pengantin malu
Moga bahagia, ke anak cucu
Kami doakan moga berkekalan
Selamat sejahtera hingga akhir zaman

“Nur Amal Humaira!!!!”

Tiba-tiba aku terdengar satu suara yang lemak bermadu lagi manis berkrim kat telinga aku. Hish...kacau betul. Dahlah aku tengah bersanding kat atas pelamin ni. Orang semua tengah tengok aku ni.

“Hmm..jangan kaco lah. Aku tengah sanding ni,” kata aku sambil tangan aku dok menepis tangan dia yang tengah cuit-cuit pipi aku.

Geram betul aku dengan minah ni. Tak boleh tengok orang senang betul. Nasib baik suami aku sporting. Dia senyum je dari tadi. Tak cakap apa-apa pun.

Chop!!

Suami? Macam pelik je bunyinya.

“Woi..sanding kepala otak kau. Amal... Bangunlahhhh!!!” Lagi ditarik harakatnya.

Aku terpisat-pisat pandang orang yang dok tengah melalak kat telinga aku ni. Elok aku nak gosok mata kasi jelas, tiba-tiba aku rasa pergelangan tangan aku kena genggam dengan kuat. Rasa macam nak putus je tangan aku ni. Punyalah sakit.

“Kau gosok mata kau. Aku penyepak kau laju-laju,” kata suara perempuan yang suka melalak kat telinga aku ni lagi.

Siapa dia ni? Berani betul nak penyepak aku. Aku pun paksa mata aku buka dengan kadar 0.1 kb. Sekali bila mata aku terbuka, aku betul-betul terkejut dengan muka mak dara kat depan aku ni. Perghh..mata dia kalah Pontianak Harum Sundal Malam.

Terus tergolek aku dari atas kerusi sebab terkejut punya pasal. Tiba-tiba aku dengar suara dia gelak. Hampeh..bukan nak tolong aku. Tolong gelak lagi adalah.

“Woi..Amal. Kau dah sampai mana dah?” tanya perempuan beranak satu tu lagi.

Aku jeling kat dia sambil pegang pinggang aku yang sengal.

“Kau ni kacau daun lah. Aku tengah mimpi baik punya kau kacau aku apesal?” Aku merungut kat dia. Geram betul dengan minah ni.

“Kepala otak kau kacau daun. Cuba kau tengok baju apa yang kau pakai sekarang,” kata dia lagi sambil cekak pinggang. Ceit..bajet cun lah tu. Tak sedar pinggang dah tak ramping, ada hati lagi nak buat macam tu.

Aku pun malas nak jawab. Ikut je macam lembu kena cocok hidung. Aiikk..asal aku pakai baju putih? Tangan aku mula nak merayap kat atas kepala. Bajet nak garulah.

“Amal. Kau memang mintak nak kena hempuk dengan aku kan?”

“Apehal kau ni? Asal pulak aku nak mintak kena hempuk dengan kau?”

Aku mula bengang. Tak paham apa yang dia cakap.

“Kau bangun kejap. Cuba tengok muka kau kat cermin,” kata minah ni lagi.

Aku pun dengan kelajuan yang macam siput sedut bangun. Dia tak tolong aku pun. Hancuss..punya kawan. Dia cuma tengok je aku yang bangun macam siput ni sambil silang tangan kat dada.

“Eh! Aku ke ni?” tanya aku.

Serius terkejut tengok muka sendiri kat cermin. Macam tak percaya je. Muka aku dah kena conteng! Oh tidakkkk!!!!

“Taklah. Bukan kau tapi hantu kau.”

Ayat menyindir tak hengat. Menyampah aku. Aku jeling kat dia lagi.

“Weyh..Eizam. Muka aku dah kena conteng,” kata aku dengan suara buat-buat lirih mintak kesian.

Kalau nak tahu, itulah nama perempuan yang suka memekak kat telinga aku. Dia ni BFF aku. Sebab tu, sesuka hati, perut, jantung, limpa dia je nak kutuk aku. Aku pun sama jugak. Suka suki aku je nak keji dia. Baru fair and square. Betul tak?

“Woi.. perempuan! Memanglah muka kau kena ‘conteng’ sebab kau kan pengantin yang tak tahu malu.” Selamba je dia cakap macam tu kat aku. Ayat macam nak cari gaduh je ni.

“Apesal pulak kau cakap aku tak tahu malu?” tanya aku pelik.

“Memang aku cakap kau tak tahu malu. Orang dok jenuh mekap muka kau kasi cantik, kau boleh tidur tak hengat dunia kat situ. Siap bermimpi-mimpi bagai. Memang kau ni tak tahu malu.”

Erkk..aku tidur ke? Jadi, tadi tu apa?

“Eizam. Aku dah sanding lah tadi. Kau gila ke apa?”

Yakin je aku cakap macam tu. Yelah tadi kan aku dah sanding dengan mamat handsome tu. Apesal pulak dia kata aku mimpi.

“Eiiii...geramnya aku dengan kau. Rasa nak hempuk je kepala kau. Sejak bila kau sanding haah!? Nikah pun belum. Ada hati nak bersanding. Sekali aku lempang kau karang baru tahu. Gedik naa.”

Amekaw. Ganas betul minah ni. Kecut pulak aku tengok dia. Jadi, aku ni belum nikah lagi lah. Cess..beria je aku ingat aku tengah sanding.

Bila tengok minah ni naik hangin. Aku pun sengih sambil tunjuk dua jari yang merah berinai tanda peace no war.

Lek lu beb. Aku tertidurlah. Nak buat macam mana? Mata aku ni mengantuk tau tunggu dia orang nak siap mekapkan tuan puteri ni,” kata aku sambil duduk balik atas kerusi.

“Tahu pun kau mengantuk. Dulu mengutuk aku kemain lagi. Sekarang baru kau tahu betapa penatnya jadi pengantin. Nasib baik ibu kau tak nampak kau tengah sedap terbongkang atas kerusi ni. Kalau tak bergegar satu rumah ni dengan suara Pn. Norizan bersyair.”

“Senyap sudah. Kau jangan bagi tahu ibu aku pulak. Nahas aku nanti. Biar pecah di perut buncit kau, tapi jangan pecah di mulut kau yang murai tu.”

Lepas aku cakap macam tu aku terus bantai gelak. Aku tengok Eizam dah mula singsing lengan baju kurung dia.

Errkk..dia nak buat apa ni? Terus terhenti gelak aku.

“Apesal kau berhenti gelak. Gelaklah lagi. Gelak lagi kasi kuat. Eiii..kau ni Amal saja dah siap pakai baju pengantin. Kalau tak memang nahas kau aku kerjakan. Aku kasi tahu ibu kau, baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah,” kata dia lagi dengan muka garang.

Huishh..gerun pula aku tengok. Datang bulan ke? Angin ribut semacam je. Aku melawak pun dia anggap serius.

Wooo...sorry..sorry. Aku gurau jelah. Releks lah. Chill okey. Aku kan pengantin hari ni. Janganlah apa-apakan aku. Bagilah aku kahwin dulu beb,” kata aku lagi.

“Tahu kau takut. Aku tahulah. Saja je aku test kau hari ni,” kata minah sengal ni lagi.

Lepas dia cakap macam tu, terus dia gelak. Kureng asam punya minah.

“Kau ni memang kureng kan? Aku kasi pang karang baru kau tahu. Tadi ada sesiapa masuk ke masa aku tengah mekap?”

“Berani kau nak pang aku? Huh..tadi adik dengan mak cik kau masuk. Tapi bila tengok kau sedap  tidur dia orang pun geleng kepala dan blah,” jawab Eizam.

Aku mula menggelabah bila dia sebut adik aku. Tu lagi satu. Bukan boleh percaya sangat mak nenek tu. Sekali dia report kat ibu mampus aku.

“Ya Allah!! Tak habis-habis lagi dok pot pet pot pet dari tadi,” sampuk adik aku tiba-tiba.

Kan aku dah cakap. Baru sebut nama dah muncul. Memang panjang umur betul dia ni.

Aku pandang Eizam, Eizam pun pandang aku balik. Masing-masing buat muka ada-aku-kesah?

“Kak Eizam..kan tadi ibu pesan suruh kak Amal siap sedia. Pengantin lelaki dah sampai dah kat masjid. Kak Eizam tak cakap dengan Kak Amal ke?” tanya adik aku.

Terus rasa nak melompat keluar jantung aku. Aigoo..pengantin lelaki dah sampai ke? Macam mana ni? Cun tak aku? Aku cepat-cepat bangun dan menghadap cermin.

Aku tengok Eizam dah tepuk dahi. Dia kelam kabut betulkan aku punya tudung dengan jubah moden yang aku pakai ni.

“Ya Allah..Sorry, akak lupalah Iman,” kata Eizam dengan muka cuak gilerr. Takut dengan ibu akulah tu.
Iman aka adik aku dah geleng kepala tengok kita orang dari depan pintu. Perut dia dah membulat macam belon. Tunggu masa je nak meletop. Kan aku dah pernah kata kat dia. Nanti waktu aku nak kahwin konpem dia jadi mak belon. Betul-betul jugak dia jadi mak belon. Masin betul mulut aku.

“Okey. Dah siap. Ready?” tanya Eizam kat aku.

Mula dah datang darah gemuruh aku bila dia tanya macam tu. Rasa nak terkencing pulak. Releks Amal. Tarik nafas hembus. Aku senyum kat dia dan angguk. Dia senyum balik kat aku dan genggam tangan aku yang sejuk ni dengan erat. Sebelah tangan lagi aku pegang bunga pegang yang dah dihias cantik ni kuat-kuat. Gementar punya pasal.

Lepas tu, kita orang pun menapak keluar dari bilik aku yang dihias indah ni perlahan-lahan untuk turun ke bawah. Adik aku pun iring aku jugak walaupun dia dah sarat. Terharu aku. Ishk..ishk..

**************

Otokajo (apa yang patut aku buat)?

Aku dah mula garu-garu kepala yang tak gatal. Mula rasa seram sejuk semacam bila pikir aku akan sebilik dengan lelaki.

Alahai..lelaki aka suami. Erkk...suami?

Macam tak percaya je aku dah kahwin. Betul ke aku dah kahwin?

Ini yang rasa macam nak ketuk kepala bagi center balik. Kalau aku tanya soalan ni kat Eizam mampus aku kena hempuk dengan dia.

Lub! Dup! Lub! Dup!

Aku pegang dada aku. Makin kencang pula jantung aku ni berdegup. Aduhai..gemuruh tak terkata dah ni. Kalau check tekanan darah sekarang guna sphygmomanometer konpem meter tu naik mencanak-canak.

Aku tengok diri aku balik. Cantekk punya duduk. Bersimpuh atas katil sambil menunggu kedatangan Inche hubby dengan mata terkelip-kelip macam lampu kelip-kelip. Ceit..gaya tak hengat. Macam zaman purba kala pula. Memang bukan gaya Amal. Tak cool betul. Huh..tukar gaya.

Gaya macam mana aku patut buat?  Control atau freestyle? Bersimpuh atau bersila? Baring atau meniarap? Kuak lentang atau kuak kupu-kupu?

Cess..memang mengarut betul gaya yang akhir tu. Mahu pengsan kalau dia tengok aku buat kuak lentang atau kuak kupu-kupu. Amal cuba pikir rasional sikit.

Aku ketuk kepala aku yang bengong. Boleh pula fikir macam tu di saat-saat genting macam ni. Dalam aku dok kelam-kelibut nak cari gaya yang sesuai untuk dipersembahkan pada Inche hubby yang tersayang, tiba-tiba tombol pintu dipulas dari luar dan muncullah muka yang boleh buat jantung aku jatuh tergolek-golek.

“Arghhh...”

Gedebuk!!

Makkkk!!! Saya malu.

Boleh tak aku nak buat-buat pengsan kat bawah ni? Aku tak nak bangun dan tak nak buka mata sekalipun pinggang dan buntot aku ni tengah mohon simpati kat tuan punya diri. Aku memang sangat dan teramat malu sekarang ni. Bayangkan aku boleh terkejut sampai jatuh katil bila dia masuk. Diulangi j.a.t.u.h k.a.t.i.l ya adik-adik.

Ini bukan cubaan, ini betul-betul kejadian. Aku jatuh katil!!!

Huarghhh...

Maira, are you okey?”

Tiba-tiba aku dengar suara dia bertanya macam dekat je dengan aku. Dari suara dia macam risau bila tengok aku yang tergolek kat bawah ni. Tak tahulah gaya aku tergolek macam mana. Kuak lentang atau kuak kupu-kupu? Entah. Aku sendiri pun tak tahu. Harap-harap janganlah baju aku ni terselak. Aku pejamkan mata rapat lagi supaya tak terbuka. Malu seyh. Tak berani nak pandang dia.

“Dah tidur ke, sayang?” dia tanya aku lagi.

Macam makin dekat je suara dia. Haiyakk..makin naik bulu roma aku. Seram sejuk dah ni. Gaya suara dia tanya kat aku pun dah berubah. Bukan macam tadi. Sekarang ni, dengar macam...romantik giler dan gaya macam nak top up aku punya malu.

Tiba-tiba aku rasa badan aku terbang melayang macam layang-layang. Apa dia buat ni? Patut ke aku buka mata?

Buat pandai jelah. Baik aku tutup mata. Tak mahu aku menghadap muka dia. Lepas tu, aku rasa badan aku kat atas permukaan empuk dan lembut. Sah! Ni katil. Sedap sikit pinggang dan punggung aku yang sengal ni bila dah ada kat atas katil. Dia angkat aku rupanya tadi. Bagus betul!

“Maira.. I know you’re pretending. So, please stop it and open your eyes,” kata dia lagi dengan suara bisa-bikin-jantung-aku-lebur.

Huwaaa...dia tahu. Macam mana ni? Aku malu bertingkat-tingkat dah ni. Tapi biasalah kan. Akukan degil dan tak nak mengalah. Bukan dia boleh buat apa pun kalau aku tak nak buka mata kan.

Don’t say I’m not warned you if something happen to you,” kata dia lagi.

Dia dah bagi amaran tu. Apa dia nak buat?

Aku pejamkan mata lagi. Masih tak nak bukak. Tapi jantung aku macam dah nak terlompat keluar nak tahan debaran punya pasal. Cuak ni.

Tiba-tiba aku rasa macam badan aku kena hempap dengan batu besar. Makin berat pula tu. Aku punya hidung macam dah terbau Armani Diamonds Aftershave. Makin dekat sampai terasa macam ada angin lembut dan hangat yang tengah tampar pipi aku.

Aku mula makin tak sedap hati. Rasa macam nak mengalah dan buka mata je. Nak buka ke tak? Nak buka ke tak?

Akhirnya, keputusan dibuat. Aku pun beranikan diri buka mata. Sekali aku buka mata tengok muka dia dengan muka aku tinggal beberapa inci je. Mata aku bulat kalah ikan buntal tengok dia depan mata aku. Terkejut giler. Rasa jantung aku melompat sampai nak terkeluar dah ni. Keadaan sekeliling pun dah malap. Tinggal lampu tidur yang hidup segan mati tak mahu tu je yang masih menyokong aku. Bajet romantiklah lampu tidur yang malap tu. Huh.. Aku nampak dia senyum tengok aku. Aku pun dah tak boleh nak lari lagi sebab badan dia dah tindih badan aku.

Too late.”

Itulah kata dia sebelum dia makin dekatkan muka dia dengan muka aku.. dan..dan..

Huarghh!! Tidakkk!!!

He stole my first kiss.

**********
Aku tersedar bila terasa ada tangan yang tengah peluk pinggang aku. Mata aku ni masih kelat nak buka sebab malam tadi tidur pun agak lewat. Lewat?

Apa yang dah jadi semalam? Aku cuba ingat balik apa yang dah jadi.

Tettt!!

Sila jangan pikir yang bukan-bukan ye. Tak ada apa pun yang jadi malam tadi. Lepas dia jadi ‘pencuri’ kejap, dia terus tidur sebab dah letih sangat siang tadi. Tak sangka kenduri aku boleh jadi sebesar dan semeriah tu. Sampai sepuluh buah khemah ibu dengan ayah tempah. Memang sepadanlah dengan jemputannya. Letih woo.. Siapa kata jadi pengantin tak letih?

Aku pun letih juga tapi mata aku menggedik tak nak tidur lepas apa yang dah terjadi. Aku dapat tidur pun bila jam dah hampir pukul 3 pagi. Aku tengok dia masa tu pun dah sampai kemana-mana entah. Tidur bukan main nyenyak lagi. Aku je yang terkebil-kebil tak boleh tidur.

Dahsyat betul penangan Haicarl ni. Sampai buat aku tak boleh tidur. Aku tengok jam sekarang dah hampir pukul 6 pagi. Baik aku bangun sekarang sebelum dia bangun. Kalau dia bangun dulu aku yang susah. Tak tahu nak menghadap muka dia macam mana.

Aku cuba untuk lepaskan diri dari pelukan dia. Bila aku nak alihkan tangan dia, rasa macam bertambah berat. Tulang besi urat dawai ke dia ni? Tak larat aku nak alihkan. 

Where do you want to go?

“Opocot mak kau tergolek.”

Tiba-tiba je suara dia menerjah telinga aku. Terkejut gila sampai termelatah. Amekaw... aku yang malu lagi. Muka aku dah panas macam minyak panas je aku rasa. Nasib baik bilik aku ni gelap. Hanya lampu jalan yang samar-samar je dapat masuk melalui langsir bilik aku ni. Kalau tak gelap, konpem dia nampak muka aku yang dah bertukar warna.

Aku dengar suara dia yang ketawa kecil. Gelakkan aku la tu sebab aku melatah. Hampeh betul. Kalau sehari dia tak buat aku terkejut memang tak sah.

Tapi macho pula dengar suara dia serak gelak pagi-pagi buta macam ni. Suara orang bangun tidurlah katakan. Aku tengok mata dia masih pejam lagi. Jadi, aku cuba alihkan tangan dia lagi sebab usahakan tangga kejayaan.

Tapi usaha aku memang takkan menemui tangga sebab dia pakai escalator. Tak aci betul. Tenaga dia lagi kuat pada aku. Mana boleh lawan. Makin erat lagi dia peluk aku ada la. Dah macam ular sawa tengah membelit pula.

Carl, please let me free.”

Saja aku buat suara kesian habis kat dia. Nak merayu mintak simpati ni.

Nope. You can’t.”

Aku dah pelik. Apesal pulak ni?

Why?” tanya aku.

Because you owe me something.”

What is it?”

Dia buka mata tengok aku. Jarak kita orang memang dekat sangat dah. Aku mula gelabah bila dia tengok aku macam ni.

“Panggilan yang betul.”

“Hah!?”

Blur aku. Tak paham apa yang dia cakap.

Dia senyum tengok muka blur aku.

“Kita kan dah kahwin. So, I don’t think it’s appropriate if you still call me Carl, right?

Aku pikir kejap. Betul juga apa yang dia cakap. Memang tak sesuai. Kalau ibu dengar aku masih panggil dia Carl mahu kena hempuk. Ishk..ishk..ishk..tak mahu aku. Aku pun angguk setuju dengan cakap dia tadi.

So, what should I call you?” tanya aku.

“Abang.”

Ringkas dan padat je jawapan dia. Sebijik macam skema jawapan peperiksaan. Tapi jawapan dia dah boleh buat aku terkedu.

Abang? Tergeliat kot lidah aku nak panggil dia abang. Rupanya, teringin jugak pak cik ni nak aku panggil dia abang. Aku ingat dia ni moden. Tak main-main lah nak panggil abang ni. Aku ingat dia nak suruh aku panggil dia hubby ke, bie ke, darling ke tapi rupanya tak. Silap besar aku.

Aku diam tak bagi jawapan. Angguk pun tak, geleng pun tak.

“Wajib ke nak panggil macam tu?” tanya aku. Saja nak mainkan dia pagi-pagi buta macam ni.

Dia senyum sambil jungkit kening.

“Wajib sangat.” jawab dia selamba sambil mengelus rambut aku.

Aigoo..ni yang aku lemah ni bila ada orang main-main dengan rambut aku. Jarang rambut aku disentuh oleh orang lain selain aku.

“Err..kalau Maira tak nak macam mana?” Duga aku.

Makin lebar dia senyum. Tapi nampak macam nakal pulak gaya dia senyum. Aku makin berdebar bila dia makin dekatkan muka dia dengan muka aku.

“Kalau Maira tak nak...kita sambung balik yang malam tadi tu.”

Erkk..yang malam tadi?

Kelam-kabut aku cuba jauhkan diri aku dengan dia. Malu seyh.

“Okey..okey..aab..abang.” Tergagap-gagap sudah.

“Hmm...that’s my wife,” kata dia lagi. Muka aku tak payah cakaplah cuak kot bila tengok muka dia makin dekat dengan muka aku.

Akhirnya, bibir dia melekap jugak. Tapi kat pipi je ya.

Thanks.” Ucap dia sambil senyum.

Aku pun senyum balik kat dia. Lepas tu, barulah dia pun lepaskan tangan dia dari pinggang aku. Lega sikit badan aku. Sengal kot bila dia peluk pinggang aku dengan erat tadi. Dahlah tangan dia berat.

“Jom, solat Subuh berjemaah.” Ajak dia.

“Okay. Abang masuk dulu bilik air,” jawab aku.

Tergeliat jugak lidah aku nak panggil dia abang. Huh..payah benar. Lidah ni nampak gayanya kena buat fisioterapi supaya tak terbelit nak panggil dia abang.

Dia senyum tengok aku yang dah duduk atas katil.

“Tak nak join abang ke?” tanya dia. Tapi macam lain macam je gaya suara dia.

Aku makin blur. Apa maksud dia?

Join apa?” tanya aku balik sambil kerut dahi.

Join abang mandi,” kata dia selamba sambil kenyit mata. Nakal sungguh gaya dia.

Sikit lagi rahang aku nak terjatuh. Memang tak boleh blah ayat dia. Muka aku mulalah terasa membahang semacam je walaupun suhu sejuk pagi-pagi buta kat bilik aku ni.

It’s okay. Abang mandilah dulu.”

Aku tak pandang pun muka dia bila jawab macam tu. Lebih baik aku pandang tempat lain. Segan kot nak menghadap muka dia.

Ouww..Very disappointing,” kata dia lagi dengan suara gaya kecewa sangatlah konon.

Tak lama lepas tu, aku dengar suara dia gelak sayup-sayup dari dalam bilik air. Sajalah tu nak kenakan aku sebab dia tahu aku akan malu. Hancuss betul!

********************
Hari ni sekali lagi aku terpaksa merelakan muka aku di ‘conteng’ oleh ‘pelukis’ muka terkenal negara ni. Aku tak sangka Haicarl akan tempah orang tukang lukis muka aku ni tahap ‘pelukis’ muka artis. Kalau macam ni mahu ribu-riban keluar ni. Aku ni sebagai isteri yang mithali ikutkan jelah apa yang suami terchenta aku suruh buat.

Please don’t pluck her eyebrows. Just leave it natural,” arah Haicarl.

As you wish, Tengku,” jawab orang yang tukang solek aku.

Cerewet juga Haicarl ni. Daripada tadi dia asyik komen itu ini kat orang yang tukang ‘lukis’ aku ni. Sebenarnya, aku pun rimas bila kena solek macam ni. Naik kematu punggung aku. Berjam-jam aku duduk sini. Tak siap-siap juga muka aku ni disolek. Kalau tak ingat depan aku ni ada Haicarl dan ada jurukamera dah lama aku angkat kaki blah. Geli kot bila berus yang macam boleh buat penyapu rumah tu dok disapu-sapu kat muka aku. Nak garu tak boleh. Mahu aku kena bebel dengan Mak aka Pak andam ni.

“Muka wife you ni cantiklah Tengku. Sesuai kalau jadi model I,” kata tukang andam tu lagi.

Aku yang dengar dah kembang setalam. Mahu punggung aku tak muat nak duduk atas kerusi pelamin ni nanti. Aku bersorak dalam hati je. Kalau nak ikutkan aku nak melompat dah. Tapi disebabkan muka tengah dilukis, aku terpaksa statikkan muka. Jadi, tak bolehlah aku nak buat hal kan.

Really!? But I don’t think so,” jawab Haicarl pula.

Aikk..kenapa dia cakap macam tu? Aku ni tak cantik ke? Sampai betul hati dia cakap kat aku macam tu. Mentang-mentang aku tak boleh kalih tengok muka dia masa dia cakap macam tu, jadi main ikut sedap mulut dia je nak mengata. Hati aku dah kecewa bila dengar jawapan dia. Tahulah dia handsome kan.

Why, Tengku? Serius cantiklah muka wife you ni.”

Tangan si tukang lukis ni bukan main lagi menari-nari kat muka aku ni. Berus rupa penyapu tu makin disapu-sapu kat muka aku untuk ratakan bedak.

Because she’s my wife and I don’t like her to be a model.” 

Lepas tu, aku dengar suara tukang lukis ni gelak. Aku pun tak tahu apa yang kelakarnya. Tapi aku terharu bila Haicarl cakap because she’s my wife. Rasa macam naik buaian pula. Terbuai-buai rasa diri ini bila dia cakap macam tu.

“Janganlah jealous, Tengku. Wife you ni memang cantik. Tapi, I tahu wife you ni kan dah jadi Cik Puan Muda. Mana boleh jadi model I kan. Anyway, Tengku sendiri pun pernah jadi model I betul tak?”

Sikit lagi rahang aku nak jatuh. Haicarl aka suami aku tu pernah jadi model? Biar betul! Tak pernah pun aku tahu selama ni dia pernah jadi model. Tiba-tiba aku dengar suara Haicarl gelak.

Just once, remember?”

“Yup, I know Tengku. Nasib baik Miss Kyra tolong I. Masa tu, I memang desperate sangat nak cari model sebab model I jatuh sakit. Thanks a million to Miss Kyra and you, Tengku,” kata tukang solek tu lagi.

Aku pula dah tertanya-tanya. Siapa Kyra? Tak pernah pun ada orang sebut kat aku nama tu. Lepas tu, aku tak dengar apa-apa suara yang bercakap dah. Baik Haicarl mahupun si tukang solek ni. Pelik!

Okay. Done!”

Bila dia cakap macam tu aku terus bukak mata aku yang terpejam tadi. Mak aiih..ni aku ke? Macam tak percaya pula ni aku. Muka aku nampak lain gilerr. Lain daripada ‘contengan’ sebelum ni.

How, Tengku? Is everything okay or not?” tanya tukang solek ni lagi.

Aku kalih pandang muka Haicarl yang berdiri tak jauh dari aku. Aku terkedu tengok dia. Handsome seyh. Lengkap bertuksedo bagai dan siap dengan sekuntum bunga ros putih kat dada dia sebelah kiri. Rambut dia pun dah tercacak macam model. Memang boleh buat aku cair meleleh. Sejak hari pernikahan lagi aku dah perasan dia dah potong rambut pendek. Tak ada lagi dah rambut ala-ala Prince Caspian dia tu. Tapi baru malam ni aku nampak gaya baru dia tu betul-betul menyerlahkan kemachoan dia.

Terasa macam waktu terhenti pula. Aku tengok dia dan dia tengok aku. Masing-masing statik berdiri tengok antara satu sama lain. Walaupun kat dalam bilik ni gaya macam nak buat fashion show sebab penuh dengan jurukamera, pembantu-pembantu tukang solek, designer baju dan macam-macam lagi orang yang aku pun tak kenal tapi, aku dengan Haicarl masih macam ni. Rasa macam dunia ni kita orang yang punya.

“Ehem..ehem..”

Tiba-tiba terdengar suara orang perempuan datang menggangu. Kacau daun betul! Sekali aku kalih, tengok Zara adik Haicarl dah tersengih-sengih kambing tengok kita orang.

“Sabar ye. Tunggu majlis selesai. Lepas ni, nak buat apa pun tak ada siapa nak kacau. Sekarang ni, semua orang dah tunggu tu.”

Bila dengar dia cakap macam tu serentak aku kalih pandangan tengok sekeliling. Memang betul pun semua orang tengah tengok kita orang sambil tersenyum-senyum. Adoii..malunya aku. Gatal betul ya, Amal. Tak tengok pun keadaan sekeliling bila dah bertentang mata dengan cik abang tadi. Woo..malu aku.

“Tak apa. We all understand,” sampuk orang yang design baju aku.

Lepas tu, serentak satu bilik ni bergema dengan suara orang gelak. Lagilah aku bertambah malu. Haicarl macam biasa senyum dan cool je. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Okaylah, sebelum my sister-in-law get more natural blusher, tolong pakaikan dia tudung yang betul dan tukarkan baju dia,” kata Zara.

Aku tengok diri aku balik kat cermin. Muka dah cun kalah diva. Tapi aku masih pakai robe, anak tudung dan selendang je. Baju dan tudung aku yang meletop tu tak pakai lagi. Haicarl bukan main lengkap dah bersiap. Aku je yang tak siap-siap lagi. Perempuanlah katakan.

Okay guys, hurry up! Make up dah sudah. Kerja you all pulak sekarang. Tengku, come kita touch up sikit,” kata tukang solek tu pula sambil tepuk-tepuk tangan suruh orang cepat.

Aku tengok dalam bilik ni, semua orang dah ke hulur-hilir buat tugas masing-masing. Ada yang capai kasut, baju, tudung, veil dan macam-macam lagilah. Berserabut aku tengok. Orang yang tukang ambil gambar dan video pun dari tadi tak sudah-sudah ambil gambar kita orang.

Max, you make up abang I elok-elok tau. Nanti I kahwin, I nak you make up I dengan Farhan jugak,” kata Zara.

Don’t worry, darling. Kerja I. Nanti turn you pun I kasi cantik jugak,” jawab tukang solek aka Max tu.

Tak tahulah nama sebenar dia apa. Yang aku tahu nama manja dia Max. Sampai situ je aku dengar perbualan dia orang sebab aku dah masuk bilik persalinan untuk tukar baju dan tudung. Haicarl pula dah duduk kat kerusi yang aku tinggalkan tadi. Giliran muka dia pula untuk dibedakkan.

Lepas aku siap tukar baju, pakai tudung dan veil, aku pun keluar dari bilik persalinan tu. Suasana dalam suite ini yang tadinya hingar-bingar macam kat pasar terus jadi sunyi sepi. Aku pun tak tahu kenapa jadi macam ni. Asal dia orang diam? Ada yang tak kena ke? Lepas tu, aku terus pandang Haicarl dan Haicarl pun pandang aku balik. Statik.

“Err..ada apa-apa yang tak kena ke?”

Aku beranikan diri juga nak tanya bila tengok keadaan yang tadi kelam-kelibut  tu jadi tenang dan sunyi. Sekarang ni aku tengok semua mata pandang aku.

Sis, you look sooo...amazing in that dress. Tak ada pun yang tak kena. You look perfect!” jawab Zara sambil menghampiri aku.

“Wowww....Cik Puan Muda kita really looks great. Memang sepadan dengan Tengku. Jealous I tengok,” sampuk Max pula.

Aku dah tak tahu nak cakap apa. Segan kot bila orang dok puji-puji depan aku. Ni aku rasa macam nak terkoyak je baju yang aku pakai ni.

“Tengoklah siapa yang design,” kata orang yang reka baju aku ni.

Fine. Nak jugak. Ambik..” kata Max sambil menghadiahkan jelingan manja dia tu. Manja ke? Bolehlah kot.

Lepas Max cakap macam tu, semua orang gelak. Aku senyum je. Tapi aku nampak sepasang mata warna coklat tu tetap pandang aku. Cairlah macam ni kalau dari tadi dia asyik pandang aku je.

Guys!! It’s time to move on. My mummy dah mesej kenapa pengantin tak sampai lagi,” kata Zara.

“Okay, pengantin dah boleh gerak sekarang,” kata orang yang reka baju aka wedding planner.

Haicarl datang menghampiri aku dengan langkah machonya. Mula dah jantung aku nak buat hal. Berdebar-debar semacam. Dia hulurkan tangan dia kat aku. Dan aku pun sambut huluran tangan dia. Tak henti-henti flash kamera dok berkelip-kelip depan kita orang. Sebelah tangan aku dah ada dalam genggaman dia dan sebelah lagi aku pegang bunga ros putih yang dah digubah menjadi bunga pegang.

Kami berjalan seiringan keluar dari suite ni dengan diiringi flower girls, Zara, Max, Man aka wedding planner dan jurukamera yang tak lepas-lepas ambik gambar.  Dalam perjalanan ke dewan ballroom dia sempat berbisik kat aku.

You look gorgeous tonight. Can’t wait to be with you alone.”

Waaa...takut pula bila dia dah cakap macam tu. Malu pun ada juga. Nasib baik tak ada siapa yang dengar dia cakap macam tu sebab dia orang jauh kat belakang. Kalau tak lagilah aku malu. Dia senyum je lepas cakap macam tu. Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi. Makin erat dia genggam tangan aku sampai masuk ke kereta yang dihias khas untuk bawa aku dan Haicarl ke ballroom hotel.

Bersambung :)
                                                 
                                                                                                                             ~ Xuanza ~


p/s: Assalamualaikum n salam sejahtera.. maybe ada yg dah baca cerita ni. But this one is the edited version with the ending. So, bagi yang tak tahu Xuanza nak bagi tahu mini novel ni juga serba sikit review tentang novel Andai Itu Takdir Cintaku. Enjoy ur reading :DD

8 comments:

  1. rasa makin rindu bila membaca E3 ni..tak puas ..nak tahu dsn teruja nak tahu apa terjadi kat irham..dan off course mamat poyo tu carl.
    ..adakah cinta minah tu ikhlas kat carl bila cinta lama nya (irham) datang mengetuk jendela kenangan bersama ukiran lafaz yg akan bersatu bilamana sijejaka datang menagih janji.. dan adakah carl mencintai dirinya sedangkan kelakuan dan tindak tanduknya masih ngan kyra..seakan kyra yg dikejarnya selama ini dan bukan amal yg disuntingnya..adakah satu kesilapan buat carl yg menjadikan amal surinya..

    ReplyDelete
  2. rndunya la ngn maira n haicarl nie..x sbar lak nk tw ending nie..

    ReplyDelete
  3. Teruja nak tau next N3. Betul ke Carl sayang Maira, kenapa dia masih tidak sentuh Maira wlw Maira cuba goda dia or krana dia masih ingat Kyra?Siapa Megat & jika bena Carl masih keliru, biar Irham kembali tuntut janji.

    KH

    ReplyDelete
  4. @idA
    tqsm 4 ur komens.. thru mini novel ni nnt ida akn dpt gmbrn skit psal dia org ni.. nntkan ye :)

    ReplyDelete
  5. @ain79 rindu ye..hehe~ sbr ye on da way typing :)

    ReplyDelete
  6. @Anonymous
    KH.. wait 4 the next n3..akn terjwb nnt ;)

    ReplyDelete
  7. citer mini novel ni sama ke mcm mnskrip yg cik writer tgh odw nk siapkan tu??

    ReplyDelete
  8. @@fatihamin mostly sama tp akn ttap ada bbrapa perubahan yg kita buat :D

    ReplyDelete

 
;