ini adalah episode terakhir untuk Kisah Gadis Bernama El Dania. sebelum membaca episod terakhir ini, molek la kalau membaca terlebih dahulu episod satu dan episod dua terlebih dahulu. heh. anda boleh mencarinya di bahagian Achieve Blog.
I hope everyone is enjoying read this final chapter!
**********************************************************************
“ Hai El.” Sapa Noah.
Library penuh dengan pelajar. Tapi still senyap macam tanah perkuburan malam jumaat. Noah mengambil tempat di hadapan El. El tunduk merenung bukunya.
“ el.” Panggil Noah perlahan. Tak boleh cakap kuat-kuat. Nanti kena sergah dengan pustakawan yang garang gila tu, mahunya dia kena hempuk dengan kayu sebab didapati bising dalam library.
“ el.” Panggil Noah sedikit kuat.
“apa dia.” Jawab El malas. Dia menjeling Noah sekilas sebelum menundukkan wajahnya sekali lagi pada buku.
“ minggu ni nak pergi UK tak?” ajak Noah.
“for wahat?” tanya El malas.
“ jalan-jalan.”
“malas.”
“jom la.”
“ malas.”
“jalan-jalan je.” Ajak Noah lagi.
El mencerun memandang Noah. Budak ni memang la. “malas.” Muktamad!
“kenapa?”
“malas. Ke nak eja satu persatu guna nukleur reaktor?” tanya El sinis.
“if you can do that.” Noah dah seronok mendengar.
El hanya menggeleng. Budak ni memang la. “ siapa je pergi?”
“ macam dulu juga. Sama macam kita pergi holiday dulu.”
“i see.”
El bengang. Dia duduk menghadap cermin. Kereta api dah masuk negara United Kingdom. Negara Sang Ratu. Negara yang terkenal dengan Chelsea, Manchester United, Liverpool mahupun Arsenal.
Negara yang terkenal dengan Adele juga dan pelakon-pelakon terkenalnya seperti Daniel Radcliffe yang mahsyur itu ataupun Emma Watson si gadis rambut perang yang sangat bijak.
Kenapa dia bengang? Noah dah tipu dia. Hari tu budak tu kata, semua budak-budak ikut. Tapi hari ini, hanya dia dan Noah sahaja yang pergi UK. Budak-budak lain lepak dekat kat Holland sebab sekarang ada perlawanan bola sepak antara PSV Eindhoven dengan Inter Milan.
Macam mana dia boleh sesat? Ni semuanya Mimin punya angkara.
“kau tunggu dekat koc 3. Nanti kitorang datang ok.”
dan sampai sekarang dia menunngu. No Mimin, No Niesz mahupun Amanie. angin? Sure la! Kalau dia dapat budak-budak bertuah tiga ekor tu sure dia masak sup ekor Hannover. Pastu curah kat sungai Klang. Tak pasal-pasal babi terapung makin banyak nanti.
Noah dan El turun di Charing Cross Station sebab rumah Noah berada di Manchester City. Mereka akan dijemput oleh sepupu Noah seperti yang diberitahu oleh . Suhu dah mencecah 15 darjah celcius. Esok christmas Eve dah start. Agaknya Noah ni ajak aku sambut agaknya.
Erk? Boleh ke sambut? Entah. Aku pun tak tahu. Takpe la. Tak payah sambut krismas. Sambut hadiah krismas boleh la. Haha. El dah melalak ketawa dalam hati.
Tiba-tiba Noah melambai pada satu arah sambil tersenyum lebar. “ sepupu saya sudah sampai.”
El melihat ke arah yang dipandang oleh Noah. Si jejaka datang ke arah mereka sebelum berpelukan dengan Noah sambil menceceh dengan kuat. El agak kelam hendak paham. Aksen terlampau pekat.
“ jom.” Ajak Noah. Noah dan sepupunya mula berborak lagi dan El hanya menurut dari belakang. Kalau kena culik memang wassalam je la. Hope ok je follow si Noah ni.
El duduk di meja makan itu. Suasana di dapur jelas kepoh macam ada pasar malam sedang berlangsung. Perghh. Bahasa memang cun je. Keluarga Noah boleh dikatakan terlebih mesra dan terlampau ramah.
Mungkin disebabkan kakak Noah, Nerissa seorang yang mesra dan suaminya yang berbangsa Perancis juga seorang yang banyak cakap. Begitu juga dengan adik Noah, Navid, seorang yang pot pet pot pet tak kira waktu sampaikan dia tidak memahami apa yang Navid bercerita sebab aksen budak lelaki itu sangat pekat!
Abang Noah pulak berkahwin dengan gadis Korean. Wahh! Memang terbaik dari ladang lerr. Memang berbilang bangsa dan sangat menarik. Hee.
Masa dia, Noah dan sepupu sampai ke rumah Noah, abang Noah iaitu Nova dan isterinya Kim Hi Jun belum sampai lagi. Tapi bila pasangan suami isteri itu sampai Kim Hi Jun dah senyum melebar dekat dia and always asking.
“Noah’s special?”
Erk? And the rest is history.
El duduk di meja makan itu. Dia duduk di sebelah Noah dan Kim Hi Jun disebelah yang lagi satu. Memang keluarga mamat ni sangat mesra alam.
Malam tu El dihidangkan dengan makanan special. Bak kata Nemeesha, adik Noah,
“finally, he find someone!”
Aku ke someone tu? El dah senyum sumbing. Disebabkan family Noah memang tak melayan arak dan wine dan segala bagai, maka El pun dengan suka sukinya melahap makanan dan minuman yang disediakan.
Untuk hidangan makan malam, mereka makan Spagetti Bolognese. Pergh! Terbaik dari ladang la emak Noah masak. Kemudian El dihidangkan dengan Puding Karamel.
El menyuap masuk sedikit puding karamel ke dalam mulut. Kesemua mereka memandang ke arahnya untuk mendengar pendapatnya.
“how was it?” tanya emak Noah perlahan. Dapur menjadi senyap sunyi.
El hanya mengangkat ibu jari sebelum menyuap lagi puding masuk ke dalam mulut.
Dapur mula kecoh. “My mum is the best chef!” puji Noah.
Semua mula mengisi mangkuk masing-masing dengan puding karamel.
El bersama-sama keluarga Noah duduk melepak di ruang tamu. Ditemani dengan keluarga Noah. Even dia bukanlah ahli keluarga Javier dan bukannya seagama dengan mereka, namun dia dilayan dengan baik sekali.
Terkejut? Bukan setakat terkejut. Terkujat sekali macam terkena renjatan eletrik. Hee. Mereka-mereka sangat baik hati dan sangat penyayang.
“ who want marsh?” tanya Navid. Dia dah bangun dari duduk.
Semua dah menceceh cakap nak.
“ El nak?” tanya Noah.
“ marsh? Apa tu?” tanya El pelik.
“marshmallow.” Jawab Noah sambil tersenyum.
“lerr. Ingatkan apa la tadi. Nak jugak.”
El menyuap masuk marshmallow buat kesekian kalinya ke dalam mulut. Marshmallow digaul dengan coklat cair sambil duduk di tepi pendiangan. Hangat dan nyaman. Sambil itu dia berbual mesra dengan Kim Hi Jun dan Nerissa. Macam-macam soalan diorang tanya.
“since when couple?”
“Noah is romantic right?”
“you’re gorgeous! Malaysian right?!”
“OMG! Tomorrow we will spend time together!”
“shopping.”
“Big Ben, Westminister Abbey, Double Decker,”
“no!no! i don’t want!” jerit Nemeesha sambil tergelak-gelak.
El, Kim Hi Jun dan Nerissa berhenti berbual dan memandang ke arah Nemeesha. El dah tunjuk muka pelik.
“ they are playing truth or dare,”
Huh? “oh.” Hanya itu yang mampu dikatakan oleh El. Dia paling benci game ni. Ingat lagi masa form 4 dulu dia kena jerit kat Cikgu Shah yang dia jatuh cinta kat cikgu tu. Damn.
“wanna join?” ajak Nerissa.
“oh, I’m always love this.” Kim Hi Jun dah gosok-gosok tangan teruja. Dia mula bergerak ke arah mereka yang sedang bermain. Nerissa menarik tangan El agar dapat menyertai mereka.
“we’re on baby!” kata Kim ceria.
“my turn.” Kata Nova ceria. Nova memusingkan botol kaca di atas meja dan seperti yang ditakuti oleh El, botol kaca itu berhenti tepat menunjuk ke arah dirinya.
“truth or dare.” Tanya Nova. Semua orang memandang ke arah dia.
“err.” El berpikir-pikir dalam hati. Truth or dare? Truth or dare? Truth or dare?
“truth.” Jawab El sambil angkat-angkat kening.
“uuuu.”semua orang membuat macam tu. El dah tersengih kambing.
“ok,” Nova jelas tidak sabar ingin bertanya. “do you fall in love with Noah?”
Erk? Muka dia dah blush.
“ do you?” tanya Nova lagi. Semua dah senyap.
Semua memandang ke arahnya,
“do you?” tanya Nova lagi.
Apa aku nak jawab ni? Apa aku nak jawab ni?
“ will you marry me?” tanya Noah dengan selamba.
“what?!”
Gila ke apa!
Tren itu membawa hati seorang gadis. Hati yang hancur? entah? Hati yang gembira? Juga entah. Lelaki yang bernama Rasyen itu merenung gadis yang duduk di hadapannya itu. Wajah gadis itu polos. Tapi aneh, si gadis kelihatan muram durja serta termenung kosong.
“are you ok dear?” tanya Rasyen. Kalau di Eropah, memang dia suka je panggil perempuan dear. Dear = sayang. Kalau nak panggil dear di tanah jajahan indonesia, sah,sah kena luku la kepala.
“huh?” El mendongak dan memandang ke arah jejaka yang duduk di hadapannya ini. Kerusi dua pada tren ini disusun secara berhadapan.
“ are you ok?” tanya Rasyen sekali lagi.
“no, I’m not ok.” Kata El pantas. “ah, actually, I’m ok.” El tersenyum sebelum merenung luar. Tren baru melepasi sepertiga jalan dan akan memasuki France. Dia rasa macam nak lepak je kat France dulu sebelum balik Germany.
“no, no. I think you are not ok dear. Where you come from?” tanya Rasyen lagi,
El hanya diam. Gila ke hapa mamat ni. Kepala otak aku dah la tengah sakit, boleh pulak mamat ni membebel.
“I’m from Indonesia. You know, south east asia.”
“Malaysia.” Kata El pantas. “I’m from Malaysia.”
“heh, awak dari Malaysia rupanya. Tapi gaya macam wanita inggeris aja lagaknya.” Rasyen menukar bahasa.
El hanya tersenyum. Dah tukar cakap Indon pulak.
“ awak buat apa dekat sini dear? Holiday?”
“tak. Saya belajar dekat Germany.”
“oh! Sama la kita. Saya belajar di Berlin. Awak?” tanya Rasyen ramah.
Mamat ni apesal ramah sangat. “ Uni of Hannover.”
“tapi ya kenapa dear nampak muram durja saja kepingannya. Mengapa ya? Ada masalah?”
“it’s my bussiness.” El bukan nak kurang ajar. Tapi siapa mamat tu nak ambil tahu. Nama pun dia tidak tahu.
“ saya Rasyen.” Kata jejaka itu serta merta. Bagaikan dapat mendengar apa yang dipikirkan oleh El.
“ nama saya El Dania.”
“ wah! Sedap bangat deh nama itu.” Puji Rasyen.
“thank you.” Balas El.
“ ambik ini.” Hulur Rasyen.
El mengambil apa yang dihulurkan oleh jejaka itu. Ianya merupakan pelekat kecil yang bertulis di atasnya.
‘problem just problem. Solve problem with love. We behind you and always support you.’
“kenapa bagi saya?” ada 5 helai kesemuanya. El tenung lagi pelekat itu sebelum memandang Rasyen
“ pelekat kecil itu akan saya beri kepada orang-orang yang saya jumpa semasa travel di eropah ini. Kamu boleh tampalkan di mana sahaja yang kamu mahu. Di Germany, di Belanda, di Malaysia juga bisa. Impian saya, bila kamu dalam masalah dan bila kamu ternampak pelekat kecil ini, mungkin ianya akan memberikan kamu sedikit ketenangan.”
“oh.” Hanya itu yang mampu di balas El.
Mereka berpisah di France. El jejalan sesorang. Tak takut pun kalau kena culik ke hapa. Teringat kembali apa yang terjadi dekat rumah Noah.
Semua memandang ke arahnya,
“do you?” tanya Nova lagi.
Apa aku nak jawab ni? Apa aku nak jawab ni?
“ will you marry me?” tanya Noah dengan selamba.
“what?!”
Gila ke apa!
Ting tong. Loceng rumah telah berbunyi. El menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu menjawab soalan Nova yang senget itu mahupun soalan Noah yang sangat Sungai Klang.
Navid bangun dan membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.
“hai!” sapa seorang wanita. Navid menunjukkan wajah meluat ketika wanita itu mula duduk di tepi Noah.
“hai everyone. Merry christmas.”
Entah kenapa, dia pantas bangun dan masuk ke dalam bilik, kemas baju sebelum keluar dari rumah Noah. Bukan tiada yang mengejar tapi dia pantas meloloskan diri dalam Tren dan naahh. Sekarang dia berada di
“welcome to France!”
Di France sahaja dia dah tampal 4 pelekat itu di mana-mana board yang dia jumpa. Tinggal final one. Tak tahu dia nak tampal mana. El turun dari tren dan keluar dari stesen itu. Dia akan mengambil teksi untuk balik ke Uni Of Hannover.
Adakah dia patut memarahi Niesz, Amanie dan Mimin kerana mengatur rancangan gila ini?
Adakah dia patut memarahi Noah kerana membawa dia ke rumah milik keluarga dia?
Adakah dia patut bersedih kerana gadis yang datang itu ialah gadis yang dia jumpa di bilik Noah pada hari itu.
Patutkah?
Ke tak patut?
El tak tahu nak jawab apa. Tunggu je la bila dia sampai di Uni and dia akan uruskan segala-galanya. Tentang hati, tentang perasaan, tentang chenta. Urgh. Jiwang la pulak. :C~~
Segala-galanya normal. Amanie tak menyentuh isu dia ditipu and dia pun malas nak berbahas dengan gadis itu. Dia malas nak memarahi Amanie, Mimin dan Niesz sebab diorang bertiga bukan budak kecik and dia pun bukan budak kecik. Aisy. Apesal diorang menyibuk masuk dalam urusan aku. Ada ke aku mention yang
Saya-jatuh-chenta-dengan-Noah-
Tak boleh blah. Handphonenya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Dari Noah.
We need to talk. Jingle’s 9 pm. Please.
El mundar-mandir dalam bilik. Amanie dah keluar pergi entah kemana. Jarum jam dah tunjuk angka 8.00 malam. Nak pergi? Tak nak? Nak pergi? Tak nak? Dia mula keluar dari bilik untuk menenangkan fikiran.
Apakah yang akan dibicarakan oleh Noah? Adakah budak lelaki itu akan memarahinya kerana pergi begitu sahaja. Ataupun budak lelaki itu akan memberitahu bahawa selepas ini mereka tidak akan ada apa-apa hubungan walaupun hanya sebagai kawan kerana dia, El Dania seorang yang pervert sebab tetiba sahaja keluar dari rumah. El menjulingkan mata ke atas. Macam la sebelum ni diorang berdua ada hubungan. Kau memang suka buat lawak dengan diri sendiri El.
El sampai di park. Park itu bercahaya kerana memang dipenuhi dengan lampu limpah. Pelajar still lepak sana sini dan berborak sakan. Malah ada yang membuat study grup! Diorang ni gila ke apa? Tak sejuk ke? Dia berjalan dan entah mengapa dia terpandang sesuatu pada sebatang pokok oak yang rendang.
‘problem just problem. Solve problem with love. We behind you and always support you.’
eh? Macam pelekat yang Rasyen bagi je! Budak mana la yang tampal ni. Sengih! Ada jugak dari Hannover yang terjumpa dengan Rasyen dari Indon itu. Bukan dia yang tampal sebab helaian terakhir itu sudah dia tampal pada dinding tren sebelum dia keluar dari situ. El tersenyum. Mungkin ini jawapannya!
“ i love you El.” Kata Noah. Suasana di KLIA bingit dengan suara orang ramai. Noah mencium tangan El sambil mengenggam erat tangan gadis itu. Ni kisah 3 tahun kemudiannya. Dia dan Noah selamat berkahwin 5 bulan yang lepas.
El sampai di Jingle dan mencari kelibat Noah. Jarum jam dah menunjukkan angka 10. El mengeluh. Mungkin Noah dah balik ke hostel. Dia berpaling dari Jingle dan ingin berlalu.
“ will you marry me?”
El membulatkan mata terkejut. “err what?”
“will you marry me? For real?”
“don’t talk crap Noah. I don’t like it.” El ingin berlalu.
“for you.” Noah keluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Selepas itu Noah belajar tentang Islam dan telah menukar namanya kepada Noah Keyrull Bin Abdullah. Keluarga dia dengan keluarga Noah pun tidak menghalang asalkan mereka pandai mencorak kehidupan pada masa hadapan.
“hai sister!” lambai Kamal ceria. “welcome back to Malaysia.”
El gelak comel. Noah tersenyum. “ok,ok.” Panggil Kamal. “pandang sini.” Kamal mengangkat DSLR Canon yang tergantung pada lehernya. “say cheese couple!”
El dan Noah pandang di antara satu sama lain sebelum memandang ke arah kamera. “cheese!!!”
‘problem just problem. Solve problem with love. We behind you and always support you.’
Sebuah kisah lain........
El dan Noah berjalan keluar dari KLIA sambil berborak sakan dengan ahli keluarga. Masing-masing nak tahu macam mana dorang berdua jatuh cinta. Yang pasti, soalan-soalan itu datang dari sepupu-sepupunya yang kepoh lagi Melodi!
Kamal jalan di belakang sikit. Sambil jalan, sambil mengusha gambar-gambar yang telah diambil menggunakan DSLR tersayang. BUK! Dia berlanggar dengan seorang gadis. Nasib baik tak terjatuh DSLR dia. Puhh! Dia dah kesat dahi.
Gadis yang dia langgar tu jatuh terduduk. Kamal berasa bersalah sebab gadis itu kelihatan sangat sakit. Gadis itu mula bangun. Si gadis mula membetulkan cermin mata hitamnya yang hampir jatuh
“ sorry!” ucap Kamal.
“Naa, it’s okay.” Ucap si gadis. “ My fault too.” Si gadis mengambil Gucci yang terjatuh. Cantik! Sempat lagi si Kamal ni mengusha.
“ Cik Puan okay ke?” kelihatan seorang lelaki yang hampir sebaya dengan ayahnya datang menuju ke arah gadis itu. Lelaki itu memakaisut hitam dan lengkap tali leher. Dia memandang Kamal.
“ mata awak ni letak mana?” Marah lelaki itu. “ lutut ke? Kalau Cik Puan saya luka tadi macam mana?”
“kalau luka je.” Cebik Kamal. “bukannya apa.” Gedik betul pakcik tua ni. Aku sekeh laju-laju baru tahu.
“bukannya apa awak kata!” lelaki tua tadi semakin berang. “ siapa nak cakap dekat Paduka Sul....”
Gadis yang dipanggil Cik Puan itu mengangkat tangan tanda diam. “ cukup Encik Junaidi. Saya takde apa-apa. Dah sudah, kita kena cepat. Nanti terlepas pulak penerbangan kita.”
Encik Junaidi kelihatan akur dengan arahan Cik Puan. “ baiklah. Mari Cik Puan.”
“ Encik Junaidi pergi dulu.” Arah Cik Puan. Setelah Encik Junaidi berlalu, si gadis memandang El Kamal. “ saya mintak maaf kalau saya atau pakcik saya ada buat silap.”
“ he’s your uncle?” Kamal angkat kening.
Si gadis menanggalkan cermin mata dan memasukkan ke dalam Gucci. “ that’s currently is not your bussiness I guess.”
“ ouh okay.” Hanya itu yang mampu diucap Kamal.
“ saya rasa kita dah takde apa-apa hutang bukan? Melainkan awak ada luka di mana-mana? Takde bukan?” tanya si gadis lagi.
“ err, nama?” tanya Kamal nakal.
Si gadis membuka Gucci dan mencari sesuatu sebelum hulur kepada Kamal. “ saya pergi dulu. Dah terlambat. Assalamualaikum.”
Kamal tunduk melihat kad yang dihulurkan si gadis sambil telinganya mendengar derap tumit si gadis berlalu dari situ. Ada alamat email di situ.
Boleh hubungi saya di :
Siapakah?
saya harap semuanya berpuas hati :D have a nice day ahead. thank you for reading. kalau ada sebarang kemusykilan, boleh bertanya di Fan Page 7 Street Writers :D
assalamualaikum.
best!!!
ReplyDeletemaksud nya? ada sambungan kisah lain tu ka???
ble nk smbng psl kamal lak???
ReplyDelete@thira
ReplyDeleteyap!! haha. waiting yea!
@Anonymous
ReplyDeletesoon. :D