Ainnur Roudah duduk bersila di tepi pusara itu. Senaskhah Yaasin dibaca penuh syahdu. Bacaannya tidak lancar. Diselangi dengan esak tangisannya. Tersedu-sedan. Air matanya yang mengalir dikesat. Pusara itu masih merah. Hatinya parah. Insan yang tercinta pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Ainnur meneruskan bacaannya. Batu nisan yang terukir sebaris nama itu dipandangnya lama. Tidak lama kemudian, naskhah Yaasin itu ditutup. Ainnur meletakkan telapak tangannya di atas pusara itu. Air matanya tidak berhenti mengalir. Ada sembilu yang menghiris hatinya.
Fahmi, seorang anak muda yang berusia dua puluh tahun. Puas ibunya menasihatinya tetapi ibarat mencurahkan air ke daun keladi. Sedikit pun dia tidak mendengar nasihat. Keputusan SPMnya sangat teruk. Tiada A langsung. Padahal PMR tidaklah begitu teruk. Abangnya mendapat 6A2B dalam PMR. Semenjak ayahnya meninggal dunia lima tahun yang lalu, Fahmi berubah menjadi anak muda yang liar seperti tiada hala tuju. Dia sangat akrab dengan arwah ayahnya. Ainnur pelik melihat keadaan abangnya. Berubah 360 darjah. Semasa abangnya berumur 16 tahun, dia mula ketagih untuk menghidu gam.
"Enough Ila. Jangan fikir yang bukan-bukan. Memanglah pada awalnya isteri abang tu tak terima, tapi lama-lama dia dapat terima. Mana ada abang desak dia. ” Zarul menyedut sedikit milo ais di hadapannya.
Zarul mengadakan majlis perkahwinannya bersama Syakilla di Dewan Utama Sri Permata. Dua minggu kemudian, sebuah majlis kesyukuran diadakan di rumah Zarul. Suasana agak meriah walaupun majlis yang berlangsung hanyalah diadakan secara ringkas. Ainnur mengenakan baju kurung yang berkain cotton. Latar bajunya berwarna putih, dihiasi dengan taburan corak bunga ros merah. Ainnur mencapai selendang merahnya lalu dililit di bahagian kepalanya. Hari ini, dia akan pergi ke majlis kesyukuran kakak saudaranya, Syakilla.
"Okey, ibu. Ain faham. Ibu suka kat arwah ayah pun dari segi hatinya jugak ke?” Pertanyaan Ainnur membuatkan hati Puan Wardah dihurung perasaan rindu yang menebal. Dia tidak menjawab. Dia terdiam tidak berkutik. Ainnur melihat ada air mata yang bergenang di tubir mata ibunya. Ainnur serba-salah.
"Tulah Timah. Pandai nurse tu tackle si Zarul tu. Mentang-mentanglah masih muda bergetah. Pandai dia pikat suami orang.”
"Kalau laki aku minta izin aku nak kahwin lagi, memang nak kenalah ngan aku. Aku tak sangguplah nak dimadukan. Nak-nak ngan bini muda. Hish.. mintak dijauhkanlah..”
'Ahh.. mak cik-mak cik ni. Tengah makan pun boleh jugak mengumpat.’ Detus Ainnur di dalam hati. Dia dan ibunya saling berpandangan.
Tanpa disedari, Akif sedang ralit memandang Ainnur. Sungguh gadis itu kelihatan amat cantik. Alis matanya, wajahnya yang putih bersih dan senyumannya cukup membikin jiwa lelakinya bergetar. Love from the first sight? Akif mulai percaya dengan istilah itu. Hatinya mula terpaut dengan gadis yang sama sekali tidak dikenalinya. 'Ya Allah, aku benar-benar tertarik dengan keindahan ciptaanMu.’ Jayyid menepuk kasar bahu sahabatnya.
"Aku tengah tengok sekuntum bunga yang sangat cantik.“
“Tak lain tak bukan mesti perempuan kan? Jaga sikit pandangan mata kau tu. Jangan sampai khayal, angau tak tentu pasal.”
"Aku rasa hati aku ni lain macam jer rasanya. Perempuan yang pakai baju kurung berbunga ros merah tu betul-betul cantik.”
Jayyid merenung ke arah perempuan yang dimaksudkan oleh sahabatnya. Memang sangat cantik. Ahh.. rakannya benar-benar dibutakan dengan kecantikan gadis tersebut.
"Datang majlis aku, bertemu cinta hati kau pulak. Cewahh..”
"Kau jangan ambil bunga ros aku tu tau. Aku akan petik bunga ros tu untuk aku jadikan perhiasan dunia yang paling indah dalam hidup aku.”
"Akif! Aku rasa otak kau macam ada fius yang terputus. SPM pun tak lepas lagi dah fikir pasal nak kahwin? Kencang betul kau ni. Kalau aku ambil bunga ros kau tu, Nurul Jannah aku nak letak mana? Ayat-ayat kau pun dah lain macam lak aku dengar. Bunga roslah. Perhiasan dunialah. Nak petik segala. Wow!” Jayyid mentertawakan rakannya.
"Tak sudah-sudah ngan Nurul Jannah kau. Tau ler mak ayah kau dah jodohkan kau dengan dia. Untunglah dah ada calon isteri. Kau gelakkan aku? Takpe. Aku akan prove kat kau yang aku ni betul-betul serius.”
Para guru yang mengajar pelajar-pelajar tingkatan 5 di SMKA Al-Islah mengadakan program khas untuk semua calon SPM di sekolah itu. Masih terdapat para pelajar yang masih lemah dan mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan dalam Peperiksaan Percubaan SPM terutamanya dalam subjek Chemistry dan Biology. Mereka yang tergolong dalam golongan ini haruslah dibantu. Para pelajar yang berada di ranking atas akan menjadi tutor dan penolong tutor kepada mereka. Guru-guru subjek berkenaan hanya akan memantau. Mereka akan dipecahkan kepada beberapa buah kumpulan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, mereka akan bercampur dengan para pelajar dari sekolah-sekolah yang lain iaitu SMK Permata, SMK Seri Dayang dan SMKA Raja Muda. Oleh itu, secara tidak langsung, mereka akan menjalinkan ukhuwah dengan mereka selain berkongsi ilmu pengetahuan.
"Hehe. Memang ada jodoh pun kut. Padahal cikgu kut yang tentukan. It’s called fate.”
"Seronoknya. Nanti kita jumpa ngan budak dari sekolah lain. Heee. Tak sabar. Excited aku.”
"Kau jangan terpikat lak ngan pelajar pompan dari sekolah lain tu. Nak-nak dari SMK Seri Dayang yang semuanya pelajar perempuan. Kalau satu sekolah semua budak perempuan, lain sikit auaranya. Hiii..”
"Aura apa maksud kau? Tak fahamlah aku. Nurul Jannah tetap di hati akulah. Genap jer umur aku 25 tahun, aku akan bertunang dengan dia. Tak lama lepas tu, nikah pun boleh.“
“Eleh, masa tu kau kata yang aku ni tak habis SPM dah fikir pasal kahwin padahal kau lagi advance daripada aku. Hah, sekarang kau nak cakap apa?“
“Hihi.. kes aku ngan Nurul Jannah special sikit. Kita orang dah kenal dari kecil. Kau tu falling in love ngan pompan yang kau tak kenal langsung.“
“Tak ada bezanya pun. Sama jer. Kau tu lagilah. Muka Nurul Jannah yang sekarang kau dah tengok ker? Yelah. Korang kan dah belasan tahun tak jumpa.”
"Eh. Aku taulah muka dia yang sekarang macam mana. Lagi bertambah jelita kau tau. Aku intai kat FB dia. Hihi. Walaupun aku kat Selangor and dia kat Melaka, kita orang still contact lagilah.”
"Whatever. Nanti kau nak tunang or nikah ker inform aku tau. Aku nak jadi orang first yang dapat kad jemputan dari kau. Hehe. Jomlah. Semua pelajar dah berkumpul kat dalam dewan besar tu. Karang lambat pulak.”
Akif dan Jayyid bergegas menuju ke arah dewan besar yang terletak bersebelahan dengan gelanggang futsal. Mereka berjalan beriringan. Kedengaran suara Cikgu Mahmudah memanggil para pelajar untuk berkumpul. Para pelajar berpusu-pusu masuk ke dalam dewan besar tersebut. Suasana agak gamat dengan kehadiran para pelajar dari sekolah-sekolah lain. Bising. Cikgu Mahmudah meminta para pelajar untuk senyap. Mereka dibahagikan kumpulan. Akif melihat empat orang pelajar yang berbaris di belakangnya. Dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Akif menyenggol lengan Jayyid.
"Jayyid, kau tengok budak perempuan yang kat belakang sekali tu. Dialah bunga ros aku.” Akif berbisik.
"Hoho. How? Aku rasa kau dengan dia ada chemistry kut. Congrates. Dapatlah kau jumpa ngan bunga ros kau lagi.” Jayyid membalas.
Para pelajar mengambil tempat masing-masing. Ainnur terasa kekok pula. Hatinya berdebar tidak menentu. Lelaki inilah yang dia terpaut semasa di majlis kesyukuran kakak saudaranya. Takdir? Atau mungkin jodoh? Ahh.. terlalu awal untuk menebak. Ainnur mengingatkan dirinya. Datang ke sekolah ini untuk belajar bukan untuk mencari cinta. Perasaan suka terhadap lelaki itu dipendamkan terlebih dahulu. Fokusnya sekarang ialah untuk menimba ilmu.
"Salam semua. Sebelum kita mulakan study group kita ni, aku nak kita berkenalan dulu. Aku Akif Adnan, tutor korang. Panggil aku Akif jer.”
"Aku pulak Jayyid Maulana. Call me Jayyid. Hah. Korang lah pula.”
‘Jayyid Maulana? Sedapnya nama dia! Sesedap mata aku melihat wajahnya. Ya Allah Ain. Ingat! Kau datang nak study. STUDY !’ Hati kecil Ainnur berkata.
"Hmm. Aku Faiq Rangga. Panggil aku Faiq. Jangan panggil aku Rangga tau. Aku tak suka.”
"Aku Mohd Latif.”
"Saya pulak Orked Delima. Sebut Orked atau Delima pun saya tak kisah.”
“Ainnur Roudah. Call me Ain.”
‘Cantiknya nama dia. Ainnur Roudah. Orangnya pun cantik. Nama tu aku akan sentiasa ingat dalam otak aku ni. Ya Allah.. apa kena dengan aku ni? Mata aku tak nak melepas nak tatap muka dia. Berdosakah aku? Termasuk dalam zina mata?’ Kata Akif di dalam hati. Matanya tertumpu kepada wajah cantik Ainnur. Jayyid berdehem beberapa kali. Dia mencubit lengan sahabatnya.
"Aku nak ingatkan sikit. Kita datang sini nak belajar tau. Sama-sama berkongsi ilmu. Give and take. Tak semestinya Akif ngan aku jadi tutor and assisstant tutor kena ajar korang jer. Korang pun kena kongsi jugak apa yang korang ada. Semua kat dalam group ni sebenarnya boleh jadi tutor. Lagi satu, betulkan niat tu. Niat study. Bukan niat lain eh? Faham sendirilah apa yang aku cakapkan ni.” Jayyid menjeling Akif.
"Aku nak korang cuba buat soalan-soalan ni. Chemistry ni tak susah kalau kita rajin buat latihan. Cikgu Mahmudah ada bagi soalan skop untuk SPM tahun ni. Kejap. Aku cari dalam beg aku.” Akif mengedarkan kertas-kertas soalan kepada mereka. Dia tercari-cari buku notanya. Akif menyelak helaian demi helaian, mencari target soalan seperti yang telah diberikan oleh Cikgu Mahmudah.
"Akif, trial hari tu, Kimia kau dapat berapa?”
"Alaaa.. biasa jelah.”
"Jangan percaya cakap dia Faiq. Biasa apa bendanya. Dia dapat the highest marks in the batch! Dia ni low profile. Malaslah tu nak sebut markah Kimia dia berapa.”
"Diamlah Jayyid. Tak yah nak kecoh-kecoh. Senyap sudah ler.”
"Kalau korang nak tau, dia ni anak emas Cikgu Mahmudah sebab Kimia dia power gila. Trial yang susah hari tu, dia dapat score habis. 92 marks!”
“Wow! Otak geligalah mamat ni. Patutlah jadi tutor. Aku jawab soalan trial hari tu macam nak terkeluar usus sebab susah sangat. Dia boleh dapat 92? Hebat..” Latif memuji.
‘Terrornya! Jauh beza kalau nak banding ngan aku. Dia dapat 92. Aku pulak dapat 47.’ Ainnur membandingkan.
”Dah.. tutup pasal bab markah trial Kimia aku. Jayyid ni pun terror jugak. Dia dapat 88 tak silap aku. So, korang rasa, bab apa yang paling susah?”
”Untunglah dua-dua genius Kimia. Aku rasa bab Saponification lah. Aku tak suka bab tu. Tak paham langsung.“ Faiq mengutarakan pendapatnya.
“Owh.. Bab sabun-sabun tu ker? Saya pun menyampah sikit ngan bab tu.“ Orked pula berkata. Ainnur tetap diam membisu.
”Ain, pendapat awak macam mana?” Jayyid bertanya.
”Semua bab susah.” Jujur Ainnur menjawab. Jayyid dan Akif mengerutkan dahi.
”Serius ker semua bab susah? Tipulah.. Kalau susah, cuba bagitahu urutan metals dalam Electrochemical Series. Nak yang cation jer.” Akif mahu menguji.
“Potassium, Sodium, Calcium, Magnesium, Aluminium, Zinc, Iron, Tin, Lead, Hydrogen, Copper and Silver.” Ainnur menjawab dengan penuh yakin.
“Hah. Yang tu tau pun. Tak semua kan bab yang susah? So, berdasarkan question number 1 dalam kertas ni, What’s the usage of electrolysis in industries? Give me three answers.” Sekali lagi Akif bertanya.
“Extraction of reactive metals, Refining of metals and Electroplating of metals.”
“Pelik pulak aku ngan budak ni. Tadi kata semua bab susah. Bila tanya, boleh jawab pulak. Laju pulak tu. Nampaknya awak macam expert chapter Electrolysis. ” Jayyid memandang Ainnur hairan.
“Maybe saya blank time jawab periksa kut.” Ainnur membalas pandangan Jayyid. Hatinya berbunga sedikit tatkala mendengar pujian daripada Jayyid. Terpukau atau angau?
************************
”Kau nak sambung mana lepas ni? Study kat dalam negara or oversea?” ujar Akif.
“Dalam negara jer kut. But, ayah aku suruh ambil course Business Management kat kolej swasta pulak tu. Nak tak nak, aku kena ikut jugak. Tak boleh nak bantah. Aku yang bakal ganti tempat ayah aku kat syarikat dia nanti. Alaa.. tapi aku nak sangat ambil course pharmacist kat UIA. Kau pulak? Chemical Engineering?”
”Hurm.. nak buat macam mana. Mungkin itu yang terbaik untuk kau. Kalau bukan kau, siapa lagi yang nak uruskan syarikat ayah kau tu? Kaukan anak sulung. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kau. Senang cerita, ayah kau harapkan kau seoranglah. Takkanlah nak tunggu adik-adik kau pulak. Miza baru nak masuk tingkatan 1. Yani pulak masih darjah 5. Aku lak mestilah nak kejar ambition aku, engineer..”
”Congrates kau dapat straight A’s. I’m proud being your friend. Jangan lost contact ngan aku tau. “ Seraya itu, dia memandang ke arah kawanan itik yang sedang berenang di tasik itu.
“Kau pun tahniah jugak. Near miss. Okey what. Tak adanya nak lost contact. Kitakan satu village. Bila-bila masa jer aku boleh datang rumah kau. Ye tak?”
“Tak terror macam kau. Promise. Kita takkan lost contact, okey?”
“Tak yah nak promiselah. Macam budak kindergarten lak. Jayyid, kau tengok itik-itik tu. Macam tengah buat perarakan pulak aku perhatikan."
"Haha.. Tapi aku lagi tertarik tengok pasangan itik kat sebelah sana tu. Tengah dating. Mesra semacam. Sweet lak aku tengok."
"Allah jadikan setiap makhluk di muka bumi ni berpasangan. Asal? Kau dah tak sabar ke nak kahwin?" Akif tergelak kecil.
"Mana ada! Ridiculous. Akif, agak-agak kaulah, sampai bila friendship kita?"
"Until paradise.."
Friendship? Banyak pepatah yang menyentuh tentang persahabatan. Bagi Akif, idioms seperti 'a friend in need is a friend indeed' atau 'friendship never ends' kedengaran sedikit lapuk. Ada juga sesetengah orang mengaitkan sahabat sejati seperti pelangi. Muncul setelah hujan duka menimpa lalu menghapus kesedihan itu dengan membiaskan lingkaran warna yang dapat menukarkan semua perkara sedih menjadi indah. Tetapi, pada pendapatnya, persahabatan yang benar-benar sejati dan tulus itu ibarat awan-gemawan yang memutih. Awan itu melihatnya dari sudut atas, menjaganya dari jauh tanpa disedari. Memberi teduhan tatkala bahang sang mentari menimpa. Menurunkan titisan hujan kesedihan tatkala melihatnya sedang berduka atau melakukan sesuatu yang buruk. Dan sahabat itu, turut sama-sama merasai kesedihan tersebut. Itu hanyalah perumpamaannya sahaja. Akif lagi menyukai erti sahabat sejati menurut Islam.
"Sebaik-baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." (H.R Al-Hakim)
"Ain, ibu bangga dengan Ain. Alhamdullillah. Anak ibu dapat 7A. Tahniah. Bersyukur sangat.." Puan Wardah terharu dengan kejayaan anaknya.
”Berkat ibu puasa sepanjang Ain periksa kut. Terima kasih ibu.” Ainnur mengukir senyuman. Betul apa yang ayahnya coretkan tentang kejayaan. Allah tidak memberikan Ainnur kejayaan semasa SPM walaupun keputusan trialnya tidak begitu baik.
”Ain dah fikir nak sambung mana?”
”Rasa macam nak ambil TESL. Atau pun Asasi Bahasa Inggeris kat UIA. Boleh tak?’
”Apa-apa yang Ain minat, ibu setuju jer. Tapi kalau kat UIA kan nanti ada Bahasa Arab. Ain yakin boleh kuasai bahasa tu?”
”Hurm.. Ain nak cabar diri Ain. Boleh jer kalau Ain bersungguh-sungguh.“ Bahasa Arab merupakan Lughatul Quran. Baru sekarang dia tergerak untuk mempelajari Bahasa Arab. Ainnur benar-benar tertarik untuk mempelajarinya setelah terbaca kisah rutin harian seorang mahasiswi UIA di blog Annamuslimah. Melalui gaya penceritaannya, mempelajari Bahasa Arab kelihatan sangat seronok di sana.
***************************
Ainnur memandu kereta Myvinya dengan laju. Kereta itu meluncur laju di atas jalan raya. Lampu isyarat di persimpangan jalan itu menunjukkan warna merah. Dia tidak peduli. Merah atau tidak, dia melanggar etika pemanduan di jalan raya. Mujurlah keadaan di jalan raya itu kelihatan sedikit lengang. Tidaklah dia bertembung dengan kenderaan yang lain. Kalut. Satu perkataan yang amat tepat bagi menggambarkan keadaan Ainnur jika ditimpa sebarang masalah. Dia cepat menggelabah jika perkara buruk mendatang. Fikirannya jadi tidak menentu. Kerana itulah dia tidak berfikir panjang. Nasib baik tiada polis trafik yang sedang meronda. Kalau tidak, habislah dia disaman.
Sejak ibunya disahkan koma akibat kemalangan jalan raya dua minggu yang lalu, terpaksalah Ainnur berulang-alik ke hospital bagi memantau perkembangan ibunya. Mengharapkan abangnya, Fahmi menguruskan ibunya? Harapkan pagar, pagar makan padi. Abangnya memang tidak boleh diharapkan langsung. Sudah berumur dua puluh lapan tahun, namun perangai buruknya tidak juga berubah malah bertambah semakin teruk dan liar. Sibuk dengan geng motornya. Kebelakangan ini, Ainnur terasa letih. Sebagai seorang guru Bahasa Inggeris, dia ditugaskan untuk melatih peserta-peserta debat Bahasa Inggeris di SMK Seri Dayang. Puan Wardah pula masih belum sedarkan diri. Tension dengan masalah yang dihadapinya.
Petang itu, panggilan telefon daripada Doktor Raihana diterima. Dia dimaklumkan bahawa ibunya berada dalam keadaan kritikal. Nafasnya sesak. Jantungnya lemah. Tekanan darahnya tidak stabil. Ainnur memanjatkan doa agar ibunya selamat. Hidup tanpa kehadiran ibunya? Sungguh dia tidak sanggup. Hampir setiap hari dia datang melawat Puan Wardah. Dia membaca surah Yaasin di tepi katil ibunya, memohon agar ibunya sedarkan diri dengan segera. Ainnur tetap tidak mengalah. Setiap malam dia melakukan solat hajat bagi melihat ibunya sembuh, kembali menjalani kehidupan ini seperti sedia kala. Yang Maha Esa akan tentukan sama ada doanya termakbul atau pun tidak. Walaupun perit menerima dugaan ini, dia tabahkan jua.
Tiba di satu persimpangan jalan, dia bertembung dengan sebuah kereta Toyota Camry. Ainnur cuba mengelak. Dia memusingkan setereng kereta. Hampir saja keretanya melanggar sepohon pokok besar di pinggiran jalan. Mujurlah dia sempat menekan brek. Ainnur melihat meter minyak keretanya. Sudah kehabisan minyak? Dia terlupa untuk mengisinya. Menyesal rasanya tidak singgah sebentar di SHELL tadi padahal jalannya sehala saja. Ainnur membuka pintu kereta. Kenapalah nasibnya sebegini? Kenapa pemandu kereta itu begitu cuai? Tidakkah dia melihat kereta Myvinya sedang melalui jalan tersebut? Terpaksalah dia menaiki teksi. Tetapi, di kawasan ini sukar untuk mendapatkan teksi. Argghhh!
”Salam. Saya mintak maaf sangat. Saya cuai. Kereta awak macam mana? Kalau ada rosak atau calar, saya sanggup tanggung.”
”Tak calar. Cuma minyak kereta habis. Macam manalah awak pandu kereta? Lain kali perhatikan betul-betul la. Tengok kiri, tengok kanan. Susah ker?”
”I’m so sorry. Awak nak ke mana? Saya boleh tolong hantarkan.”
”Never mind. Saya maafkan. Tapi, lain kali jangan buat macam tu lagi. Saya nak gi hospital. Urgent sangat ni.”
”Saya boleh tumpangkan awak. Nama awak?”
”Tak kisah ker kalau awak tumpangkan saya? Saya Ainnur Roudah. Just call me Ain.” Ainnur menghulurkan tangan kanannya.
”Tak kisahlah. Sebagai tanda rasa bersalah saya, ke mana pun awak nak pergi, saya hantarkan. Kenalkan saya Nurul Jannah. ” Wanita itu menyambut salamnya. Tiba-tiba, telefon bimbit Jannah berdering.
”Ain, excuse me. Wait for a minute.” Jannah menyeluk poketnya.
“Okey. Answer that call. Saya akan tunggu.”
“Thank you.” Balasnya ringkas.
Jannah menjarakkan dirinya dengan Ainnur. Dia menekan button hijau di handphonenya.
”Salam Jannah. Bila nak sampai ni? Cepat sikitlah.”
”Wasalam. Alaa.. Jayyid, Jannah ada problem sikitlah. Tunggu boleh?”
”Bakal mentua kecil hati, tanggung sendiri eh? Hehe..”
“Alah Jayyid.. cakap kat mak, Jannah mintak maaf. Betul-betul ada hal ni. Please..”
”Mak tak marah la Jannah. Apelah. Don’t take it serious. I’m just kidding okey?”
”Hish.. main-main pulak dia ni. Okeylah.. bye. Pesan kat mak, tunggu dengan sabar. Orang tu pun kena tunggu dengan sabar jugak.”
”Bye Jannah. Be careful masa drive. ”
Tutt. Panggilan telefon dimatikan. Jannah terhibur mendengar suara Jayyid. Tak lama lagi mereka akan bertunang. Rasa kelakar pula apabila memanggil ibu Jayyid dengan panggilan ’mak’ padahal dia belum diijabkabulkan dengan Jayyid. Ibu kandung Jannah sudah meninggal lima tahun yang lalu. Jadi, dia sudah menganggap Datin Rozana sebagai ibu kandungnya. Baru 2 tahun dia kembali ke negeri kelahirannya, Selangor. Ayahnya, Datuk Said mengambil keputusan untuk menggabungkan cawangan syarikatnya dengan Datuk Zarul.
Kerana itulah, mereka meninggalkan negeri Melaka dan berhijrah semula ke Selangor. Jannah dan Jayyid sudah merancang. Selepas empat bulan ditunangkan, mereka akan bernikah. Perkara yang membawa barakah lebih baik dipercepatkan. Jannah tidak dapat membayangkan betapa bahagianya tatkala mendengar lafaz akad nikah. Dia mahu membina sebuah masjid yang teguh dan utuh bersama Jayyid. Perkahwinan yang didasari kasih sayang dan diberkati Ilahi. Alangkah indahnya saat itu...
”Hurm.. sorry tanya. Fiancee ke tadi?” tanya Ainnur.
”Nope. But, fiancee-to-be.”
“Congrates..”
“Thank you. Jom gerak sekarang.”
Tidak lama kemudian, mereka tiba di hospital. Ainnur menanti di luar wad ICU dengan penuh debaran. Dia tahu Doktor Raihana dan pembantu-pembantunya yang lain sedang berusaha untuk menyelamatkan nyawa ibunya. Bagaimanakah keadaan ibunya? Selamatkah? Atau terus koma selamanya? Argh! Tidak elok berfikiran negatif. Terlalu banyak persoalan yang berlegar-legar di ruang fikirannya. Benak fikirannya terisi dengan berjuta persoalan yang berkemungkinan besar akan berlaku. Bukan mengiakan tetapi sekadar persoalan.
Jannah simpati dengan keadaan yang menimpa ibu Ainnur. Dia mengerti bagaimana perasaan Ainnur saat ini. Perasaan takut kehilangan orang yang tersayang. Jannah terimbau kembali saat ibunya pergi meninggalkan dunia ini. Hidupnya seakan menjadi sirna. Dia mengambil masa yang agak lama untuk menyembuhkan duka di hati. Siapa yang tak sedih tatkala orang yang tercinta pergi? Belajarlah untuk merelakan mereka pergi walaupun ia sesukar mana. Jika meraung, meratapi pemergian mereka, tiada gunanya. Mereka tidak akan sesekali kembali di sisi. Takdir Allah yang perit usah ditolak. Terimalah dengan hati yang tenang.
Doktor Raihana keluar dari wad ICU. Berita yang dikhabarkan tentang ibunya menimbulkan rasa syukur yang tidak terhingga. Puan Wardah selamat. Masa kritikal berjaya dilepasi. Namun, dia masih belum sedarkan diri. Ainnur dan Jannah bergerak memasuki wad tersebut. Sedih Ainnur melihat ibunya. Comatose state. Keadaan yang terpaksa dilalui oleh ibunya. ”Ya Allah, aku pinta agar kau berikanlah kesembuhan kepada ibuku. Ibu yang menyayangiku sepenuh hati, sentiasa menuturkan kata-kata semangat kepadaku. Ya Allah, tolonglah. Sedarkan ibuku semula.” doanya di dalam hati. Ainnur mengusap lembut ubun-ubun ibunya. Jannah yang sedang berdiri di situ tersentuh melihat kasih sayang Ainnur sebagai seorang anak terhadap ibunya yang dipamerkan melalui perbuatannya.
”Ain, nak saya hantar awak balik ke tak?”
”Eh, tak payahlah. Lagipun, awak sendiri ada hal kan? So, saya tak nak susahkan awak la. Takpe. Nanti saya ambil teksi jer. Lagipun, kereta saya tu masih tersadai lagi kat tepi jalan tu.”
”Betul ni? Sure?”
”Yelah. Jannah, terima kasih banyak-banyak tau. Saya hargai apa yang awak lakukan.”
”Welcome. Saya mintak diri dahulu tau.”
Jannah melambai-lambai tangannya lalu bergerak keluar daripada hospital tersebut. Destinasinya ke rumah Jayyid pula. Ada perkara yang perlu dibincangkan mengenai majlis pertunangan mereka. Ainnur terasa dahaga. Dia mengorak langkah ke mesin air automatik. Kelihatan seorang lelaki sedang memasukkan duit syiling ke dalam mesin tersebut. Dia memilih untuk membeli milo ais. Lelaki itu tertunduk sedikit lalu mencapai secawan air milo. Dia memusingkan tubuhnya ke belakang. Anak mata mereka bertembung.
’My rose? Is this her? Fate!’
’Macam aku pernah lihat wajah lelaki ni. Tapi aku tak ingat.’
”Salam, Ainnur Roudah? Is that you?”
”What? You know what my name is?” Tanya Ainnur dengan nada sedikit hairan.
”Oh.. nampaknya, saya jelah yang kuat ingatan. Kita pernah satu group masa program sebelum SPM tu. Tak ingat? Saya Akif Adnan. Tutor awak time tu. Remember?”
”Patutlah macam pernah tengok. Tak sangka awak boleh ingat lagi nama saya. Dengan nama saya pun awak ingat. Terrorlah.”
Gulp! Akif menelan saliva. Bukan kuat ingatan tetapi perasaan cintanya terhadap terhadap Ainnur yang tak pernah pudar. Mana mungkin dia melupakan wajah gadis itu. Gadis yang berjaya menawan hatinya. Membuatkan fikirannya melayang dengan lirikan mata gadis itu. Walaupun sudah lapan tahun berlalu, dia tetap mencintai gadis tersebut. Kasihnya dalam diam. Gilakan? Sekali pandang sahaja boleh membuatkan dia jatuh cinta selama lapan tahun. Nampak sedikit tidak masuk akal. Itulah yang dinamakan penangan cinta from the first sight. Lapan tahun memendam rasa. Suatu tempoh yang agak lama.
’Dah kenapa laki ni pandang aku macam tu? Lain macam jer.’
”Akif. Akif! Hello..”
Akif tersedar dari lamunannya. Lihat! Berdiri di hadapan gadis itu pun boleh membikin fikirannya menerawang jauh. ’Ainnur Roudah. Kau berjaya membuat hati aku tak keruan!’
”Oh.. tak ada apa. So, awak kerja apa sekarang ni?”
”Hurm.. guru Bahasa Inggeris. Saya mengajar kat sekolah lama saya.”
”Wah.. belajar di sekolah tu. Dah besar pulak menjadi seorang pendidik di SMK Seri Dayang.”
”Awak pulak kerja apa?”
”Engineer.”
”Mesti gaji besar ni. Kalau nak dibandingkan ngan guru biasa macam saya ni, tiada apanya.”
”Haishh. Kenapa lak cakap macam tu? Tugas seorang pendidik lagi mulia tau. Nanti anak-anak murid awak dapat ilmu yang awak ajarkan. Kalau awak dah tak ada pun, ilmu pengetahuan yang awak ajarkan kepada dia orang tu bermanfaat. If one day, awak ditakdirkan dijemput Ilahi, pahala awak tetap takkan terputus. Tak kisahlah kita kerja apa-apa pun kat sini. Yang penting halal. Masalah gaji kecil tidak perlu dibahaskan sebab rezeki Allah ada di mana-mana saja.” Segarit senyuman terukir di bibirnya.
’Awesome. Lelaki ni bukan saja ada karier yang bagus malahan bijak berkata-kata.’
”Awak buat apa kat sini? Ada appointment dengan doktor ke?”
”Oh, tak. Lawat sepupu saya. Leukemia. Saya dah nak balik ni. Saya bagi awak kad nama saya. Kalau nak contact atau minta tolong apa-apa ker, call jer saya.” Akif mengeluarkan sekeping kad lalu dihulurkan kepada Ainnur.
”Thanks.” Lelaki itu berlalu pergi. Akif? Alangkah bagusnya jika dia bertemu dengan rakannya. Jejaka yang telah mencuri hatinya lapan tahun yang lalu. Wajahnya samar-samar dalam ingatan. Namun, namanya tetap diingati. Jayyid Maulana. Teringin untuk bertemu kembali dengan lelaki itu. Bilakah masanya?
***********************
Ainnur memberhentikan kereta Myvinya di hadapan Hotel Le Daffodils. Sebuah hotel lima bintang yang agak terkenal di daerah tersebut. Dia mengagak. Pasti rakannya, Orked menginap di hotel buat sementara waktu untuk mengelakkan masalah yang berlaku di rumahnya saat ini. Orked selalu mengadu kepadanya yang dia tidak tahan dengan perangai mamanya, selalu membawa seorang lelaki ke rumahnya. Sebagai anak, dia ada juga menegur, namun mamanya tetap tidak mengendahkan.
Dia menyuruh mamanya untuk berkahwin namun cadangannya ditolak mentah-mentah. Dia hairan. Daripada menimbulkan prasangka buruk, lebih baik bernikah. Boleh mengelakkan maksiat. Ainnur mahu mengambil produk Herbalife daripada Orked untuk dijual. Bolehlah menambahkan pendapatan bulanannya. Dia menelefon Orked. Orked terpisat=pisat bangun. Dia mencapai telefon bimbitnya dengan malas. Dia masih mamai. Kepalanya terasa agak pening.
”Assalamualaikum.. Orked. Bilik kau nombor berapa?”
”Wasalam.. Bilik aku nombor 322.” Suaranya tidak begitu jelas.
”Hah? Tak jelaslah. Kau ni cakaplah betul-betul sikit. Mamai eh?”
Tut.. panggilan telefon dimatikan.
”Haish! Hantu betul. Boleh dia matikan? Berapa nombor bilik dia ni? Aku dengar macam 323. Alah. Malas pulak aku nak tanya kat kaunter. Dah sampai tingkat 2 ni malas pulak nak patah balik.”
”Eh. Apa awak buat kat sini?”
”Opss. Sorry. Saya tersalah biliklah. Anggap saya tak pernah masuk sini.” Ainnur berpatah balik menuju ke pintu bilik. Wajah tampan lelaki itu persis seperti Jayyid. Atau mungkin memang Jayyid? Bunyi ketukan jelas kedengaran. Tombol pintu itu terpusing. Dua orang lelaki sedang berdiri di hadapan Ainnur. Gerak hati Ainnur mengatakan yang perkara buruk bakal berlaku.
”Apa awak buat kat bilik lelaki ni? Jayyid, tell me something about this. Setahu saya kau belum kahwin kan??”
“Sebelum encik buat tuduhan yang bukan-bukan, bagi saya buat penjelasan dulu. Saya tersalah bilik.” Jelas Ainnur.
“Tersalah bilik? Macam pelik jer. Yalah. Yang si lelaki pakai towel jer. Menimbulkan syak wasangka. Tiada apa yang perlu dijelaskan. Alasan cik sudah basi. Sebab hotel ni memang famous dengan kes pasangan yang belum berkahwin bersekedudukan. So, saya sukar nak percaya.” Rakannya di sebelah pula berkata.
“Tolonglah encik. Saya betul-betul tak buat benda terkutuk tu.” Ainnur separuh merayu.
”Tak sangka orang cantik bertudung macam awak ni buat benda macam ni.”
”Perempuan ni dah tersalah biliklah. Tolonglah faham sikit.” Jayyid cuba meyakinkan dua orang lelaki itu.
”Jayyid, walaupun aku ni kawan kau, tapi tanggungjawab aku tak boleh diabaikan.” ujar Hakimi. Jayyid pening. Hakimi bekerja di JAIS. Akan tetapi, tidakkah bertimbang rasa sedikit? Penjelasannya tidak didengar.Ditangkap khalwat dengan gadis yang langsung tidak dikenalinya?
**************************
”Jayyid, kamu dah malukan ayah! Ayah dah jodohkan kamu dengan Jannah, kamu buat benda terkutuk dengan perempuan lain? Hey! Memalukan! Tak pernah ada keturunan ayah yang kena tangkap basah macam kamu ni!” Datuk Zarul menengking. Datin Rozana cuba menenangkan suaminya.
”Ayah. Kan Jayyid dah kata, perempuan tu tersalah bilik. Ayah cubalah faham.”
”Nak faham macam mana? Sudah terang lagi bersuluh kamu kena tangkap khalwat. Ayah sangat kecewa dengan kamu, Jayyid. Padahal, lagi seminggu kamu akan ditunangkan Jannah. Kamu jelaskan semuanya kat Jannah.”
Jayyid merenung Jannah yang sudah bergenang dengan air mata. Masakan dia tidak sedih. Bakal tunangnya ditangkap basah dengan perempuan lain. Hati wanita mana yang tidak hancur? Hati wanita mana yang tidak luluh tatkala jejaka yang diidamkan untuk menjadi imam dalam hidupnya, menemaninya sepanjang hayat, ditangkap khalwat dengan gadis lain?
”Jannah. Please trust me.”
”Jayyid. I trust you but apa yang terjadi ni betul-betul buat hati Jannah sakit.” Air matanya tumpah. Dia menyeka air matanya yang mengalir.
“Untuk tutup malu keluarga ni, ayah nak kamu kahwin dengan perempuan tu.” Datuk Zarul menuturkan kata putus.
“Abang! Dah tu macam mana dengan Jannah? Abang tak fikir perasaan Jannah?” Datin Rozana bersuara.
”Tapi ayah, Jayyid tak kenal ngan perempuan tu! Entah datang dari celah mana.”
”Jayyid, awak nikah jelah dengan perempuan tu. Mungkin ini yang terbaik untuk awak.” Jannah bangun, tanda dia mahu beredar dari rumahnya.
”Jannah, awak rela tengok saya nikah dengan perempuan lain? Sampai hatinya.”
”Mak, ayah, Jannah minta diri dulu.” Jannah melangkah pergi dengan hati yang parah.
”Jannah! Tunggu dulu! Jannah!” Panggilan Jayyid tidak dipedulikan langsung.
*******************
Akif meraup wajahnya. Sahabat baiknya sendiri bakal dinikahkan dengan seorang gadis pada hari esok. Bukan dengan Jannah. Tetapi dengan Ainnur Roudah! Seorang gadis yang menambat hatinya lapan tahun dahulu sehingga ke saat ini. Luluh hatinya mendengar khabar tersebut. Saat nama gadis itu meniti di bibir Jayyid, jejarum luka bagai menusuk hatinya. Sakit dan perit. Sukar untuk digambarkan bagaimana perasaan hibanya tatkala khabar itu berdesup masuk ke dalam corong telinganya. Broken heart. Ingin saja dia menggantikan tempat Jayyid. Dia tahu Jayyid tidak rela bernikah dengan Ainnur. Alangkah bagusnya jika mereka boleh bertukar tempat. Argh! Impian yang tidak akan sesekali tercapai. Mana mungkin mereka boleh berubah tempat.
Jayyid teringat kembali tentang Ainnur Roudah. Kalau Akif tidak mengingatkan kembali peristiwa lapan tahun yang lalu, mungkin sehingga saat ini dia tidak tahu yang dia bakal bernikah dengan gadis yang dicintai oleh sahabatnya. Gadis itulah yang telah membikin sahabat baiknya berada di awang-awangan. Dia pula harus bernikah dengan gadis itu esok. Sudah banyak kali dia meminta maaf dengan Akif. Akif kelihatan pasrah. Namun, Jayyid tahu yang sahabatnya itu terluka dengan berita itu. Tetapi, apakah yang boleh dia lakukan? Andai saja dia tahu masa depan, tidak mungkin dia menjejaki hotel itu. Majlis akad nikah akan dijalankan secara ringkas sahaja. Adakah sahabatnya, Akif akan hadir di majlis tersebut?
Ainnur berdebar-debar. Esok merupakan hari yang bakal mengubah hidupnya. Setelah dia berbincang dengan Datuk Zarul, dia bersetuju untuk bernikah dengan Jayyid. Datin Rozana seperti tidak menyukainya. Kelmarin, wanita berusia itu menjelingnya tajam semasa dia sedang duduk berbincang dengan Datuk Zarul. Jayyid pula tidak memunculkan diri. Pernikahan yang bakal berlangsung itu bukan hanya untuk menutup maruah keluarga mereka, malah menutup maruahnya juga. Namun, akan bahagiakah dia mendirikan rumah tangga bersama Jayyid? Jayyid pula akan terimakah dia sebagai isterinya yang sah? Andai saja masa boleh diputarkan kembali, tidak mungkin dia akan turuti kata hatinya untuk melangkah ke bilik hotel tersebut.
***********************
”But, Jayyid, I love you since saya ternampak awak kat majlis kesyukuran perkahwinan ayah awak dengan kakak saudara saya tu. Saya takkan menipu tentang perasaan saya.”
”But, I still love Jannah. Not you. Ain, awak boleh cari lelaki yang more better than me. Lelaki yang boleh buat awak bahagia sepanjang hidup awak.”
“Jayyid, tak bolehkah awak buka pintu hati awak untuk saya?”
“Nampaknya macam tak boleh. Ain, awak faham tak? Sikit pun saya tak suka awak. Awak sekadar macam teman biasa saya jer. Understand?”
Ya Allah. Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya tatkala cinta tidak berbalas. Ketakutan Ainnur selama ini menjadi nyata. Kerana peristiwa itu dia terjebak dengan pernikahan ini. Kerana peristiwa itu dia telah memutuskan ikatan cinta antara Jayyid dan Jannah. Kerana peristiwa itu juga telah membuatkan hatinya menderita. Jayyid menghulurkan sesuatu kepada Ainnur.
”Jayyid, apa ni?”
”Tandatangan surat ni dan awak takkan terseksa dengan pernikahan ini.”
”Maksud awak, awak nak kita bercerai?”
”Yup. Awak fikir masak-masak. Saya perlukan jawapan segera daripada awak.”
”But, kita baru jer tiga hari bernikah!”
”I’ve got to go now. Saya akan kejar cinta saya.”
”Jayyid. Awak nak ke mana?”
”Halang Jannah daripada pergi tinggalkan saya. Ain, fikirlah. Awak akan menderita dengan pernikahan ini sebab saya tak sukakan awak macam mana awak sukakan saya. Saya gerak ke lapangan terbang dulu. Goodbye and think carefully about your life.”
Jayyid mendapatkan keretanya. Dengan sekelip mata sahaja kereta tersebut hilang daripada pandangannya. Jayyid mencintai Jannah. ’Wahai Ain, sedarkah kau? Suami kau cintakan Jannah! Bukan kau! Argh! Deritanya!’ Ainnur mendapatkan kunci kereta. Tempat yang dituju ialah lapangan terbang. Dia mahu melihat sejauh mana cinta Jayyid terhadap Jannah. Dia mahu melihat adakah suaminya berjaya menghalang Jannah daripada pergi.
Lapangan terbang kelihatan agak sesak. Ainnur tercari-cari di manakah keberadaan mereka. Dia terus berjalan mencari mereka. Tindakannya agak tidak masuk akal. Mengapa pula dia perlu melihat suaminya menghalang wanita lain daripada pergi? Melihat suaminya sendiri memujuk wanita lain agar tidak pergi jauh daripada hidupnya. Bukankah itu semakin meyakitkan hatinya? Ainnur memang tidak suka berfikir panjang. Dalam keramaian orang, dia terlihat Jayyid sedang berbicara dengan seorang wanita. Wanita itu pasti Jannah. Wajah wanita itu kelihatan amat sedih. Ainnur memerhatikan dari jauh.
”Jannah. You can’t go now. I need you. So, stay by my side.”
“Jayyid! Jayyid lupakah yang Jayyid tu suami orang. Dah ada isteri. I’m not your wife. Jayyid perlu bersama dengan Ainnur Roudah. Bukan dengan Jannah. Balik ke sisi isteri Jayyid semula.”
“But, saya tak sukakan dia. Saya suka kat awak seorang jer. Susah ker awak nak faham? Kalau dia tak nak tandatangan surat cerai tu, saya tetap nak peristerikan awak.”
”Maksud Jayyid, Jayyid nak Jannah jadi second wife? Are you mad?!”
“Kenapa? I promise that you’ll be happy with me.”
“Jayyid. Don’t be crazy. Bukan Jannah nak halang poligami but Jayyid mampu ker berlaku adil? Sudah nyata Jayyid sukakan Jannah bukan Ainnur. Kalau Jannah nikah dengan Jayyid, Jannah takut Jayyid akan lebihkan Jannah berbanding Ainnur. Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia akan datang dengan keadaan pinggangnya miring jatuh sebelah. Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal. Jayyid tak takut ker dengan pembalasan itu masa kat akhirat nanti? Jannah sarankan Jayyid belajar menyukai Ainnur. I’ll forget you Jayyid. Jannah pergi dulu Jayyid. Semoga Jayyid bahagia. May Allah bless you. Goodbye.” Jannah menarik bagasi hitamnya. Serta-merta mutiara jernihnya menitik. Melepaskan Jayyid merupakan perkara yang amat sukar.
”Jannah, please don’t leave me. Jannah..” Kelopak matanya mula bergenang dengan air mata. Inilah pengakhiran kisah cintanya bersama Jannah. Mungkinkah Ainnur cinta barunya? Argh! Tidak mungkin. Dia tidak pernah berniat pun untuk membuka ruang hatinya untuk Ainnur. Dia tidak terlintas pun untuk merampas gadis yang disukai sahabatnya sendiri.
Akif merenung sahabatnya yang berdiri kaku di tengah keramaian orang. Dia tahu pasti sahabatnya bakal menghalang Jannah daripada pergi. Pandangannya tertumpu pula ke arah seorang gadis. Ainnur. Dia sedang menangis? Mengapa? Tidak relakah dia melihat suaminya merayu wanita itu supaya terus berada di sisinya? ’Ainnur, jangan menangis. Andai saja aku boleh menyeka air mata kau. Andai saja aku boleh memeluk kau, menenangkan hati kau yang sedang terluka. Tapi, aku tak boleh. Kau bukan hak aku. Kau halal buat Jayyid bukan halal buat aku.’ Hatinya berbicara.
Akif berjalan keluar dari lapangan terbang. Terasa berat untuk melangkah. Dia seakan berkongsi kesedihan bersama Ainnur. Hatinya sedih tatkala melihat Ainnur bersedih. Akif berkhayal. Dia tidak memandang ke kiri dan kanan untuk menyeberangi jalan. Kereta Inovanya terletak di seberang jalan. Sebuah lori besar bergerak laju. Jaraknya semakin mendekati Akif. Akif seakan terkaku di situ. Badannya menggeletar. Traumanya datang kembali. Trauma semenjak kecil. Apabila kenderaan laju datang menghampirinya, dia tidak mampu untuk bergerak.
”Akif! Watch out!” Jayyid menjerit. Akif pula tidak berganjak sedikit pun. Dia tahu, trauma sahabatnya muncul kembali. Tanpa berfikir panjang, Jayyid menolak tubuh Akif ke tepi jalan. Lori besar itu melanggar tubuhnya. Tubuhnya tersembam ke permukaan jalan. Darahnya membuak-buak keluar. Kepalanya berdarah. Mukanya ibarat disimbah dengan darah. Akif menghampiri Jayyid yang cedera parah. Kakinya terasa lembik untuk melangkah. Beginikah erti persahabatan yang sebenar? Sebuah pengorbanan yang amat berharga. Ainnur meraung, memanggil nama Jayyid lalu menghampirinya. Sebuah kapal terbang sedang berlepas. Jannah yang berada di dalam kapal terbang itu terasa seperti ada yang tidak kena. Akif memangku sahabatnya.
”A..kif.. a..ku.. minta maaf.. A..ku.. dah ambil.. bunga ros kau.. Ma..af..kan aku..” Percakapannya tidak lancar, tersekat-sekat. Ajalnya sudah semakin hampir.
”Ini semua takdir. Mengucap Jayyid..mengucap..” Akif sudah berlinangan air mata. Nafas Jayyid tersekat di oesophagus. Dia cuba untuk mengucap dua kalimah syahadah. Nafas terakhir terhembus. Terpisahlah rohnya daripada jasad. Jayyid sudah tiada! Ainnur terjelupuk ke atas jalan.
**************************
Sebulan telah berlalu. Ainnur masih dihurung kesedihan. Sudah dua minggu Puan Wardah tersedar daripada koma. Ibunya terkejut mendengar berita yang anak perempuannya telah berkahwin dan kini menjadi seorang balu. Segalanya begitu pantas berlalu. Tidak sangka sepanjang dia tidak sedarkan diri, bermacam-macam hal yang tidak diduga berlaku. Ainnur bersyukur ibunya telah sedar namun masih ada luka dalam hatinya. Dia seorang balu. Arwah Jayyid tidak pernah menyentuhnya. Ainnur menyalahkan Akif atas kematian suaminya. Kalu Akif tidak khayal semasa melintas, sudah tentu Jayyid masih hidup sehingga sekarang. Sudah tentu juga peluangnya untuk mencuri hati Jayyid akan terbuka. He’s a killer! Akif meragut nyawa suaminya. ’I hate you Akif!’ Dia menjerit di dalam hati.
”Ain, ibu nak jodohkan kamu dengan anak kawan ibu. Ibu tak sukalah tengok Ain murung jer macam ni. Ain patut buka hati Ain untuk orang lain.”
”Apa-apa jelah ibu. Ain dah tak peduli dengan hidup Ain. Rasa macam dah fed up dengan hidup ni. Asyik masalah jer yang datang.”
”Apa ni? Tak baik tau cakap macam tu. Putus asa? Ibu tak pernah ajar Ain macam tu pun.”
”Ain ikut jer cakap ibu. Ain tak kisah dengan pilihan ibu. Ain terima jer.”
”Betul ker Ain tak kisah? Ain tak nak kenal ngan laki tu dulu?”
”Lepas kahwin kan boleh kenal. Mungkin perkahwinan yang direstui ibu lebih baik.” Ainnur rasa perjalanan hidupnya seperti ditentukan oleh orang lain. Perkahwinan pertama memang tidak disengajakan. Perkahwinan keduanya pula ditentukan oleh ibunya. Ainnur tidak akan sesekali bantah kata ibunya. Sebagai anak, dia harus taat.
*********************
Saat majlis perkahwinannya tiba, dia terpempan. Suaminya ialah Akif? Perasaan benci terhadap lelaki itu mula menyelinap ke lubuk hati. Pilihan ibunya ialah Akif Adnan! Jejaka yang telah menyebabkan kematian Jayyid. Sekarang, dia akan menjadi suaminya? Bagaimana dia harus menerima lelaki itu? Kerana kematian Jayyid, ada luka yang mendalam dalam hatinya. Ada perasaan benci yang menggunung tinggi dalam hatinya. Kerana Akif, Jayyid mati. Kerana Akif, peluang untuk menambat hati Jayyid tertutup. Kerana Akif, dia menderita atas kehilangan Jayyid. Semasa sesi bergambar, Ainnur buat-buat tersenyum padahal hatinya tidak rela. Jejaka itu seperti bahagia dengan perkahwinan ini. Apa yang dia fikirkan? Mengapa dia perlu pilih Ainnur menjadi untuk menjadi isterinya?
”Ain, abang cintakan Ain. Sebab itulah abang minta umi untuk pinangkan Ain untuk abang.”
”Abang? Kau tak layak gelarkan diri kau tu abang! Aku benci kau! Aku benci dengan perkahwinan ni! Kau dah bunuh kawan kau sendiri!”
“Ain salahkan abang atas kematian Jayyid? Bukan abang yang cabut nyawa dia. Dah tertulis yang ajal Jayyid tiba pada waktu tu.“
“Enough! Don’t gelarkan diri kau dengan perkataan abang lagi! Aku tak suka dan aku benci kau! Kalau kau tak menonong jalan macam orang tak ada otak nak fikir time tu, mesti Jayyid masih bernyawa sekarang ni. Salah kau. Kalau kau tak seberang jalan macam tu tak mungkin Jayyid selamatkan kau. My eyes see you as a killer!” Ainnur mencerlung marah. Akif memegang bahu Ainnur. Ainnur pula menepis. Dia tidak suka dengan perbuatan lelaki tersebut.
“Ain tuduh abang sebagai pembunuh? Itu semua takdir la. Sedar tak?”
”Takdir? Lantaklah yang penting aku anggap kau sebagai seorang pembunuh. Not as my husband! I hate you!” Ainnur menghempas pintu bilik. Pintu bilik itu tertutup rapat. Dia menyandarkan tubuhnya di balik pintu. Mengapa semua ini terjadi? Mengapa dia harus berkahwin dengan Akif, penyebab kematian Jayyid? Dua perkahwinan membuatkan dia menderita. Malah, mungkin perkahwinan keduanya ini semakin menambahkan penderitaan dalam hidupnya. Ainnur tidak mempedulikan ketukan dan panggilan suaminya.
Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah malam. Akif menolak daun pintu bilik Ainnur. Dia melihat isterinya sedang nyenyak tidur. Akif menghampiri Ainnur. Selimut tebal itu ditarik sehingga ke paras bahu Ainnur. Ainnur buat-buat tidur padahal dia sedikit pun tidak mengantuk. Tapi mengapa dia tidak mampu untuk menghalang perbuatan Akif? Suka dengan perhatian yang diberikan oleh Akif? Benarkah? Ainnur meneruskan lakonannya. Akif membisikkan sesuatu.
”Rasulullah SAW bersabda, marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk. Hadis riwayat Abi Daud. I know that you’re angry with me. Abang tau yang abang tak boleh nak buat apa untuk redakan kemarahan Ain. Mungkin kemarahan Ain boleh reda dengan wuduk seperti sabda Nabi kita tu.I’ll love you until heaven. Sleep tight my wife.”
Akif menyelak rambut yang menutupi dahi isterinya. Dia mendaratkan kucupan di dahinya. Ainnur merasakan ada air hangat yang menitis di atas dahinya. Menangiskah suaminya? Permata jernih mengalir daripada mata Akif. Air mata yang mencerminkan segalanya. Air mata yang melambangkan rasa bersalahnya terhadap kematian Jayyid, perasaan cinta yang ikhlas terhadap Ainnur dan juga harapannya untuk mendapatkan kasih daripada isterinya. Hati Ainnur benar-benar tersentuh. Tidak! Jangan hanya kerana air mata yang dialirkan, tidak semudah itu dia mahu menerima Akif. Tidak mungkin. Ainnur masih dengan egonya.
***************************
“Jayyid, I miss you. Ke mana awak menghilang selama ni?” Ainnur berkata dengan nada yang perlahan. Lelaki itu seakan terkaku. Bukan terpaku dengan pelukan Ainnur namun terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh Ainnur. Akif meleraikan pelukan gadis itu.
”But, I’m not Jayyid. I’m Akif. Nampaknya Ain masih teringatkan arwah Jayyid. Jadi, abang ni cuma bayang-bayang dia la? Kenapa Ain buat abang macam ni?”
’Ain! Sudah lupakah yang Jayyid sudah tak ada?!’ Detik hatinya. Bayangan Jayyid seakan terus menghantuinya.
“Aku tak sedar. Aku masih terbayangkan Jayyid.”
Akif mencapai semula torchlight yang sudah terjatuh. Dia menyuluh wajahnya.
”Tengok betul-betul. Muka abang ni sama ker dengan Jayyid?”
”I don’t know. Aku keliru. I still love him.” Ainnur tertunduk.
“I’ll do anything to stop you from remembering him again.”
“What do you mean?”
Akif merapatkan tubuhnya dengan Ainnur. Jarak mereka sangat dekat. Ainnur terasa ada sesuatu yang menyentuh bibirnya. Akif mendakapnya erat.
”Apa kau cuba nak buat ni??” Ainnur menengking lalu menjarakkan kedudukannya dengan Akif. Dia menyampah dengan perbuatan lelaki itu.
”I want you.” Ainnur terasa tubuhnya terangkat. Ainnur meronta-ronta untuk melepaskan diri. Argh! Kudrat wanita yang lemah. Malam itu, Ainnur tumpas.
Kini…
Losing him was blue like I'd never known
Missing him was dark grey all alone
Forgetting him was like trying to know somebody you never met
But loving him was red
Oh, red
Burning red
Remembering him comes in flashbacks and echoes
Tell myself it's time now, gotta let go
But moving on from him is impossible
When I still see it all in my head
Burning red
Loving him was red
Kedengaran ringtone telefon bimbitnya di corong telinganya. Dua rangkap lirik lagu Red yang didendangkan oleh Taylor Swift itu seperti menggambarkan sisi hidupnya. Jayyid, mengapakah insan itu terlalu awal untuk pergi? Ainnur membiarkan panggilan itu. Panggilan daripada Akif. Akif pula tidak putus-putus membuat panggilan. Ainnur melihat paparan skrin Samsung Corby. 15 missed call. Kenapa dengan Akif? Tak cukupkah dia membuatnya menderita dengan perkahwinan ini? Apatah lagi dengan perbuatannya malam tadi. Waktu menginjak ke angka 4 petang. Satu pesanan ringkas daripada Akif diterima. Ainnur membaca.
’I’m sorry.’
Hanya meminta maaf? Satu kata maaf bolehkah menebus perbuatannya pada malam itu? Tidak semudah itu Ainnur mahu memaafkan. Akif tidak memahami isi hatinya. Butakah lelaki itu? Sudah terang lagi bersuluh yang dia tidak sukakan lelaki itu. Sudah begitu, kenapa lelaki itu nekad melakukan perbuatan itu tanpa kerelaannya? Itulah. Dia bijak menuturkan kata-kata indah tetapi masih tewas dengan nafsu. Argh! Ainnur semakin membenci suaminya.
Ainnur membuka siaran televisyen. Tiada apa-apa rancangan menarik pada petang itu. Tidak lama kemudian, Akif pulang ke rumah. Kelihatan dia agak letih. Baru balik dari kawasan pembinaankah? Berpeluh-peluh. Aish! Kenapa Ainnur perlu tahu tentang hal itu? Biarlah dia baru balik dari mana pun. Tiada kena mengena dengan dirinya. Mereka tinggal di rumah banglo yang besar tetapi tiada kedamaian langsung dalam rumah tersebut. Seorang masih dengan keras hatinya. Seorang lagi masih menanti sang isteri membuka pintu hatinya. Usai mandi, Akif melabuhkan punggung di sebelah Ainnur. Ainnur pula menjeling tajam suaminya.
”Tengah tengok apa?” Akif bertanya. Ainnur tidak menjawab soalannya. Diam membisu.
”Ain masih marah ker?” Ainnur tetap tidak menjawab.
”Abang minta maaf pasal malam tadi. Lagipun, itu kan memang hak seorang suami.” Ainnur tidak mengendahkan. Dia buat-buat tidak mendengar. Matanya ralit menonton TV.
”Ain! Don’t do this to me. Say something. Please.. I beg you.”
Ainnur tetap tidak bersuara. Akif hanya bersabar dengan sikap isterinya.
”Our love is like puzzles. Very hard to solve. But, I’ll cantumkan semua kepingan puzzles tu menjadi sebuah gambar yang lengkap. So, a perfect love will appear.” Memang tidak dinafikan yang Akif hebat berkata-kata.
“Our love? Hey! Listen! Tiada istilah our love sebab aku tak suka kau langsung! Kau jer yang suka kat aku. So, it’s only your love not us!” Ainnur mengangkat punggung. Dia beredar dari ruang tamu itu. Hatinya semakin sakit mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Akif.
Masa bergerak dengan pantas. Ainnur terbaring di atas katil. Dia tertanya sendirian. Apa makna perkahwinannya bersama Akif? Jiwanya terasa kosong. Tidak pun dia merasakan bahagia. Perlukah dia lupakan Jayyid dan memberi ruang dalam hatinya untuk menerima Akif? Terima seorang killer seperti Akif? Sukar baginya untuk membuang tuduhan itu dalam fikirannya. Tiba-tiba Akif muncul lalu merebahkan tubuhnya di sebelah Ainnur. Ainnur menunjukkan riak marah.
”Hey! Apa kau buat kat sebelah aku ni? Balik la kat bilik kau!”
”This is my house. So, semua bilik kat dalam rumah ni is mine. Suka hati la where’s I want to sleep.” Akif menjawab dengan berani. Ainnur bangun mahu meninggalkan bilik itu.
“Nak ke mana tu? Sleep here with me.”
“Nak tidur kat tempat di mana tiada orang macam kau ni.”
Hati Akif sedikit terguris mendengar jawapan yang keluar daripada mulut Ainnur. Akif berdiri, mahu menghalang Ainnur pergi. Dia memegang pergelangan tangannya.
“Eh! Don’t touch me!“ Ainnur marah.
“But, I had touched you last night. So, if you don’t mind, I can do it again as last night.”
“Kurang ajar. Pergilah!” Ainnur melangkah namun dia dihadang oleh Akif. Akif merebahkan tubuh Ainnur ke atas katil. A mad husband ever !
************************
“Aku nak mintak cerai. Ceraikan aku!“
“Tak nak! I’ll never let you go. Sampai bila-bila pun abang takkan ceraikan Ain.”
”Aku nak kita bercerai! Cepat. Ceraikan aku sekarang. Aku tak suka dengan perkahwinan yang entah apa-apa macam ni. Ceraikan aku. Now!”
”Ain. Fikirlah betul-betul. Cerai bukan benda yang boleh dibuat main. Benda ni serius.”
”Serius? So, aku nak cerai. Tu jer. Susah sangat ker nak lafazkan ’aku ceraikan kau’?”
”A’ah. Memang susah pun. Mungkin it’s easy for you but not for me. You know that I love you. So, I’ll never ceraikan Ain.”
“Please. Let me go. Aku nak cerai. Tolong ceraikan aku.”
”Tak boleh Ain. Jangan paksa lagi boleh tak?”
”Tak paksa but cuma meminta. Kau pun tak happy kan dengan keadaan macam ni? So, ceraikan aku sekarang!” Ainnur meninggikan suaranya.
”Ain. Ain fikirlah masak-masak dulu. Esok abang kena oustation kat Johor Bahru. So, selama sebulan abang tak ada. Dalam sebulan ni, Ain fikirlah betul-betul dulu.”
”Aku dah fikir masak-masaklah ni. Dah sampai hangus aku fikir.”
Akif meninggalkan Ainnur sendirian di ruang tamu itu. Argh.. kenapa isterinya sanggup meminta cerai? Dia tidak mahu menuruti permintaan Ainnur.
Sudah dua minggu Akif tiada di rumah. Ainnur terasa agak sunyi. Dia bakal bersendirian untuk dua minggu lagi. Betulkah tindakannya untuk meminta cerai? Ainnur menolak daun pintu bilik Akif. Kemas dan teratur. Dia terlihat sebuah buku berkulit coklat di atas meja suaminya. Buku itu persis seperti buku nota ayahnya. Buku apakah itu? Diari? Ainnur membuka lembaran buku tersebut. Kelihatan seperti baru dibeli. Dia mula membaca apa yang ditulis oleh Akif.
18 Mac
20 Mac
30 Mac
31 Mac
2 April
What I got to do to make you love me?
What I got to do to make you care?
What do I do when lightning strikes me?
And I wake to find that you're not there?
What I got to do to make you want me?
What I got to do to be heard?
What do I say when it's all over?
Sorry seems to be the hardest word.
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation.
And it's getting more and more absurd.
It's sad, so sad
Why can't we talk it over?
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word.
Ainnur terbungkam. Diari suaminya dipeluk erat. Air matanya mengalir deras. Dia tersentuh membaca luahan hati Akif. Mengapa baru sekarang dia sedar yang Akif amat tulus mencintainya? Ainnur kesal dengan perbuatannya selama ini. Dia seorang isteri yang berdosa. Tidak wajar dia meninggikan suara dan menengking Akif. Dan saat itu, barulah dia sedar tentang perasaannya yang sebenar terhadap Akif. Barulah dia sedar bahawa cinta yang hadir adalah untuk dihargai bukan dipandang sepi. Dia bertekad untuk meminta maaf daripada Akif. Tiba-tiba Ainnur terasa pening. Kepalanya berdenyut-denyut. Dia rebah di atas katil.
************************
Hari ini Akif bakal pulang ke rumah. Ainnur tidak mahu meminta maaf melalui panggilan telefon. Lebih baik dia meminta maaf secara berdepan. Sungguh sebulan merupakan waktu yang agak lama. Ainnur betul-betul rindukan Akif. Perasaannya terhadap Jayyid sudah lenyap. Benar kata orang. Barang yang lepas usah dikenang. Dia pun tidak perasan bila ruang hatinya terbuka untuk Akif. Ainnur terdengar deruan enjin kereta menghampiri halaman rumahnya. Itu pasti Akif. Lantas itu, Ainnur membuka pintu rumah. Akif terkejut tatkala Ainnur datang menerpanya. Baju kemejanya basah sedikit dengan air mata Ainnur. Kenapa dengan Ainnur?
”Why you’re crying? Please stop. Kenapa ni?”
Kali ini Ainnur tidak mendakapnya tetapi berlutut di hadapannya.
”Ain banyak buat salah kat abang. Maafkan Ain. Maafkan Ain sebab Ain tengking abang, buat tangan abang melecur hari tu, tak layan soalan yang abang tanya dan maafkan Ain jugak sebab mintak cerai dengan abang. I’m sorry because I didn’t see your love. I’m blind. Maafkan Ain sebab dah buat abang terluka dengan perbuatan Ain. I love you. Abang sudi tak maafkan Ain?” Ainnur masih berlutut di pintu rumah. Akif tersenyum bahagia. Akhirnya, Ainnur membalas kasihnya.
”Tak nak. Jangan harap abang nak maafkan Ain. Tau tak yang abang dah banyak kali terluka sebab Ain?” Suara Akif kedengaran sedikit tegas.
”Abang hukumlah Ain asalkan Ain dapat tebus semua dosa yang Ain dah buat terhadap abang. Buatlah apa saja.”
”Abang nak Ain hug abang once again and I’ll forgive you.” Air mata Ainnur terhenti. Akif hanya bergurau? Ainnur kembali berdiri. Dia memasamkan wajah.
“Abang. I’m serious but boleh abang main-main dengan Ain?”
“Don’t be mad. Like I said just now. Hug me and I’ll forgive you.” Ainnur tersenyum. Dia mendakap Akif erat.
“So, abang dah maafkan Ain?”
“Belum. Hug for ten minutes more.”
“You smell a bit stinky. So, I can’t hug you for that longest time.” Ainnur meleraikan dakapannya. Akif menjatuhkan lengannya di atas bahu Ainnur.
“Ain masak apa hari ni?”
“Of course your favourites.”
************************
Ainnur berdiri di tepi balkoni rumah. Angin malam membuatkan dirinya terasa dingin. Dia melihat taburan bintang yang bergemerlapan di dada langit. Sungguh cantik ciptaan Allah. Akif muncul dengan membawa sehelai sweater.
”Wear this. You can catch a cold. Malam ni sejuk sikit.”
“Thanks.” Ainnur terus memakai sweater hitam tersebut.
“Abang. Abang rasa Ain berdosa tak sebab pisahkan Jayyid dengan Jannah dulu?”
“Haish.. Kenapa tanya soalan tu? Bukan Ain yang pisahkan dia orang. Yang tu bukan jodoh namanya. Tak ada istilah dosa. It’s called fate.” Akif cuba membuat Ainnur mengerti agar tidak dihurung rasa bersalah. Akif mendakapnya dari belakang. Ainnur terasa dagu Akif mendarat di atas bahu kanannya.
”This sweater is nothing. I’ll give you some warmth.” Akif berkata.
”Abang. Ain ada something important nak bagi tau. Perharps you’ll get a shock.”
“What? Don’t buat abang tertanya-tanya.”
“I’m pregnant! A month already. Happy tak?”
“Yeke? Akif menyelak baju Ainnur lalu menampakkan perutnya. Ainnur terasa tangan kasar Akif menyentuh permukaan perutnya.
”Hey! Apa abang buat ni? Malulah..” Ainnur menurunkan bajunya kembali.
”But, we get this baby because of my stupid deed. I’m sorry my dear sweet rose.”
“Never mind. I don’t care.Wait. Sweet rose?” Ainnur menjungkitkan kening.
“Yes. You’re my sweet rose. First time abang tengok Ain, abang rasa Ainlah bunga ros abang. Time abang masih 17 years old, abang pasang impian nak jadikan Ain perhiasan dunia abang. And, guess what? My dream comes true. Ain dah jadi isteri abang yang sah. Besides, I’ve got your love.” Ainnur memegang lengan Akif yang melingkari pinggangnya.
*************************
“Ain, jomlah. Abang dah tempah khas tau benda ni.” Akif menarik tangan isterinya. Wajah Ain kelihatan sedikit takut. Di kawasan lapang itu, dia terlihat sebuah objek yang amat besar.
”Tak naklah naik benda ni. Seramlah. Alah.. abang ni tak ada benda lain ker nak naik? Ain takutlah. ” Ainnur berpatah balik ke arah kereta Inova.
”Hey. Abang dah tempah special for us. Tengok tu. Kawan abang dah tunggu kat situ.”
“Sapa yang nak kawal hot air balloon ni?”
“Of courselah abang yang kawal. Janganlah takut.” Akif dan Ainnur menghampiri belon udara panas itu. Berbentuk bulat. Ada tulisan ’My Sweet Rose’ di permukaan belon itu.
”Oh my husband! You’re so romantic! I’ll love you until paradise!” Ainnur merangkul lengan suaminya. Bahagianya saat ini.
Hot air balloon itu lama-kelamaan semakin meninggi mencecah udara. Akif pula kelihatan amat tenang. Tidak takutkah? Ainnur yang gayat itu duduk mencangkung. Dia tidak berani untuk berdiri dan pandang ke arah bawah.
“Hey! Stand up. You must see this my dear rose. Tengoklah pemandangan dari atas ni. Cantik tau. Rugi kalau tak tengok.” Api pula semakin besar. Hot air balloon itu semakin meninggi.
”Alaa.. takutlah. Tak berani nak tengok bawah. I’m so scared.”
Akif membantu isterinya untuk berdiri. Penakut betul Ainnur. Ainnur langsung tidak memandang ke bawah. Oleh sebab terlalu takut, Ainnur mendakap suaminya. Akif membalas pelukannya.
”Tengok bawahlah. Seronok. Cepat ler tengok bawah.”
Ainnur memberanikan diri. Dia menjeling sedikit ke bawah. Argh! Dia tetap takut.
”If you hug me like this, macam mana abang nak kawal belon udara panas ni?”
“Until rasa takut Ain hilang.”
“Rafael Ortiz ada berkata, love is not finding someone to live with. It’s finding someone you can’t live without. So, I can’t live without you if you’re not appear in my life.” Ungkapan tersebut membuatkan Ainnur tersenyum lebar.
“Heh. Ingat abang sorang jerk ada ungkapan menarik macam tu? Ain pun adalah. Ain pernah terbaca, cinta ialah iradah Tuhan, dikirimkannya ke dunia supaya tumbuh. Kalau ia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau ia datang pada hati yang keruh dan budi yang rendah, ia akan membawa kerosakan. Tetapi jika ia hinggap di hati yang suci, ia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi. Daripada Hamka.”
”Wow! Ain dah pandai tertarik dengan ungkapan-ungkapan macam tu.”
”I learn from you my dearest husband. Remember? Malam tu abang yang kata kat Ain pasal marah. Ain kagum dengan abang.”
“So, maknanya, malam tu Ain tak tidur?”
“Nope! I could feel your tears falled on my forehead. You cry for me? So sweet. But, masa tu Ain masih kabur dengan perasaan Ain.”
“Oh. Malu pulak abang rasa. Ain, can you kiss me? Not lips to cheeks but lips to lips!”
“Gatalnya! I refuse. Sorry.”
“Refuse? So, I gonna kiss you with all of my heart and soul.”
“Mentang-mentanglah kita dua jerk at sini, abang nak ambil kesempatan pulak?”
“Heeee..” Akif hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih.
**************************
“Terima kasih jelah sebab awak dah langgar kereta saya. Nampak tak ni calar-balar? Remuk sikit kat bahagian depan?” Gadis itu memarahi lelaki tersebut.
”Saya tak sengaja langgar kereta awak. Taulah kereta mahal. Saya akan bayar semua kosnya.” Lelaki itu pula membalas.
”Saya tak fahamlah dengan nasib saya bila lalu jer kawasan ni. Kawasan ni macam kena curse. Berhantu semacam. Asal saya lalu jer mesti ada benda buruk berlaku. Tapi paling malang motor cabuk awak langgar kereta saya sampai remuk macam ni!” Amarahnya semakin menjadi-jadi.
”Hey! Jangan kutuk motor saya eh? Bukan remuk sangat pun kereta awak tuh.”
”Nama awak sapa?”
”Fahmi.”
”So, Encik Fahmi, saya akan saman awak.”
”What??” Fahmi terkejut.
”I’m Nurul Jannah. See you kat police station. Thanks.”
”Eeee!! Geramnya dengan perempuan ni. Dia yang pandu macam orang mabuk!”
hurmm... best tapi nape susunan mcm x teratur? kurg selesa biler nk bace..
ReplyDelete