Radio dipasang.
Lagu-lagu yang diputarkan memenuhi cita rasanya. Naqib kelihatan seronok
mendengar lagu-lagu tersebut. Sesekali terdengar siulan kecilnya. Dia menekan
pedal minyak. Kereta Ferrarinya bergerak semakin laju. Mujur sahaja jalan raya
itu tidak begitu sesak.
Dua buah kereta
berjaya dipotongnya. Dia baru sahaja pulang daripada temu janji bersama
tunangnya. Dia tersenyum sendirian. Mengenangkan hari pernikahannya akan
berlangsung dalam masa tidak sampai dua bulan lagi. Wajah cantik
tunangnya tergambar dalam benak fikirannya.
Dia berharap agar
semuanya berjalan dengan lancar. Dari kejauhan, dia terlihat lampu isyarat di
hadapannya menunjukkan warna hijau. Nasibnya begitu baik. Dia meningkatkan lagi
kelajuan pacuan empat rodanya. Tiba-tiba sebuah kereta Toyota Camry
menghampirinya dari arah kanan.
Bagaimana boleh
bertembung? Sepatutnya kereta itu berhenti mengikut lampu isyarat. Naqib segera
menekan brek. Namun kereta itu tidak juga berhenti. Pemandu kereta itu
memusingkan stereng kereta untuk mengelak tetapi sudah terlalu lambat.
BUMMM! Kereta
Naqib dilanggar. Sisi kanan keretanya remuk. Keretanya ditolak lalu bergerak
menghampiri sungai. Kenderaan itu terhumban ke dalam sungai. Dahi Naqib terasa
amat sakit akibat terhantuk. Begitu juga seluruh badannya. Dia tidak sempat
menekan beg udara. Semuanya sudah terlambat. Dia tidak sedarkan diri.
Kereta Toyota Camry itu
berhenti. Dahi pemandu itu berdarah.Kepala berdenyut-denyut. Walaupun dia sudah
menekan beg udara, kepalanya terhantuk pada cermin tingkap kereta .Terasa amat
perit. Dia hairan mengapa brek keretanya tidak berfungsi. Dia
segera keluar daripada perut kereta. Bahagian hadapan keretanya remuk. Tanpa
membuang masa, dia mencapai handsetnya dan terus membuat panggilan kecemasan.
Sementara itu, dia menghampiri sungai sambil berjalan terjengkit-jengkit.
Kaki kanannya terseliuh. Wanita itu berasa takut. Dia tidak takut jika dia
dikenakan tindakan tetapi dia takut sekiranya pemandu yang dilanggarnya cedera
parah. Dia tidak mahu meragut nyawa sesiapa.
Orang ramai mula
mengerumuni tempat kejadian. Beberapa orang lelaki turun ke sungai. Mereka
berjaya menarik Naqib ke atas jalan. Wanita itu terkejut. Dia kenal siapa
lelaki itu. Dia amat kenal! Tiba-tiba kepalanya terasa amat sakit. Dia rebah .
Pihak polis dan ambulans tiba. Naqib terus dikejarkan ke Hospital Sultanah
Aminah. Begitu juga dengan perempuan itu.
***********
“Doktor, bagaimana anak
saya? Dia tak apa-apa kan doktor?” Riak sugul Puan Fatimah tergambar pada raut
wajahnya. Dia berasa amat bimbang.
“Tangan kanan anak puan
patah. Kedua-dua belah kakinya lumpuh tapi hanya sementara sahaja. Sekarang dia
masih belum sedarkan diri. Nasib baik anak puan tidak mengalami kecederaan
dalaman.”
“Tapi boleh sembuh kan
doktor?”
“Memang boleh cuma
memakan masa. Puan, saya harap puan bersabar. Anak puan ada masalah lain.”
Doktor Hairul menarik nafas.
“Kenapa dengan
anak saya doktor?”
“Anak puan buta.
Kecacatan itu kekal.”
“Ya Allah..anak aku..
Naqib..” Puan Fatimah terjelepuk di atas lantai. Dia menangis. Suaminya, Tuan
Othman cuba menenangkannya. Karina, tunang Naqib seakan tidak dapat menerima
berita itu. Dia terus beredar dari situ. Hatinya sebak. Izzati hanya melihat
mereka semua bersedih. Dia menyorok di balik pintu namun setiap butir bicara
mereka dapat didengarnya dengan jelas.
‘Ini semua salah
aku. Aku dah sebabkan Naqib buta. Aku hanya mendatangkan kesedihan kepada
keluarga Naqib. Sekali lagi aku dah buat kau menderita. Naqib, maafkan aku..’
Hati kecil Izzati berbisik. Air matanya mengalir deras. Setelah tersedar saja
tadi, dia terus mencari Naqib dengan bertanyakan kepada jururawat yang berada
di kaunter. Dia berasa amat bersalah. Dialah punca utama. Dia terus menyalahkan
dirinya. Dia masih tidak dapat lupakan apa yang telah dilakukannya kepada Naqib
pada suatu masa dahulu.
Puan Fatimah dan
suaminya masuk ke dalam wad 127. Sudah lima hari anaknya tidak sedarkan diri.
Naqib tidak lagi memakai alat bantuan pernafasan. Kelihatan anak lelaki
tunggalnya sedang terlantar di atas katil. Hati Puan Fatimah berasa sayu. Dahi
Naqib berbalut. Dia cuba menerima kenyataan itu.
‘Ya Allah, kenapa ini
semua berlaku kat anakku?’ Dia mengelus rambut anaknya. Kelopak mata Naqib
bergerak-gerak. Tanda dia mahu membuka matanya. Kelopak matanya berkelip-kelip.
Dia hairan. Pandangannya menjadi gelap gelita. Dia tidak nampak apa-apa pun.
Dia menggosok-gosok semula matanya. Benar. Semuanya gelap. Dia terdengar suara
ibunya menangis tersedu-sedan.
“Ibu, kenapa Along tak
nampak apa-apa ? Semuanya gelap.”
“Along, sabar .. Along
buta. Along sabar ye nak..”
“Buta? Along tak nak
buta! Mesti Along buta sementara je kan bu? Doktor pun mesti cakap macam tu
kan? Sementara je kan?” Berita buruk yang didengarinya merupakan satu tamparan
hebat.
“Tak Along.. Along tak
boleh melihat selamanya. Ibu harap Along boleh terima hakikat tu. Along sabar.
Ibu sentiasa ada kat sisi Along.”
“Tapi Along tak nak
buta! Along nak lihat macam biasa! Ibu panggil lah doktor! Mesti doktor tu
salah! Along takkan jadi orang cacat! Along tak nak!” Naqib mengamuk. Bantal
yang ada di atas katil hospital itu dicampaknya. Tuan Othman terkejut melihat
anaknya. Puan Fatimah sedih melihat keadaan anaknya. Naqib menangis
semahu-mahunya.
“Along, sabar long.
Along kena terima hakikat ni. Along kena kuat.”
“Along jangan risau.
Ayah akan cuba cari penderma mata untuk Along secepatnya. Ayah akan
berusaha. Yang penting sekarang, Along harus kuat. “ Kali ini ayahnya pula
bersuara.
“Sampai bila nak
tunggu, ayah? Along tak nak jadi orang buta! Tak nak!” Puan Fatimah memeluk
anaknya. Dia mengurut belakang Naqib untuk menenangkannya. Kemudian, wanita
berumur itu meleraikan pelukannya.
“Ibu dengan ayah tolong
keluar. Keluar! Along nak sendirian.”
“Along, kamu halau ayah
dengan ibu?? Kamu ni kenapa?” Tuan Othman memarahi anaknya.
“Keluar jelah.. Along
perlukan ketenangan! Tinggalkan Along sorang!”
“Bang, kita keluar
jelah bang.. Naqib perlukan masa.” Puan Fatimah mumujuk suaminya.
“Yelah Imah.. kalau
itulah yang anak kita mahukan..” Tuan Othman hanya menurut.
Izzati terus
mengintai dari luar wad. Dia tidak sangka sampai begitu sekali keadaan Naqib.
Dia kembali duduk di deretan kerusi setelah terlihat ibu bapa Naqib mahu keluar
dari wad. Izzati mengeluarkan handphonenya dan menundukkan kepalanya. Dia berpura-pura
menghantar SMS. Kelibat ibu bapa Naqib hilang dari pandangannya. Dia melihat
lagi keadaan Naqib dari luar wad.
Cermin lut sinar di
pintu wad membolehkan dia melihat Naqib yang sedang menangis di atas katil.
Sekali lagi air matanya gugur. Tangan kanannya mahu memulas tombol pintu.
Namun, dia menarik semula tangannya. ‘Sekarang ini bukan waktu yang sesuai
untuk berjumpa dengannya.’ Air matanya dikesat. Rasa bersalah semakin menebal
di lubuk hatinya. Dia mengangkat kaki dari situ.
**********
“Naqib, saya datang ni.
Awak sihat?” Suara lunak Karina menampar gegendang telinganya.
“Rina, awak ke tu?
Maafkan saya. Saya tak dapat nak lihat wajah awak.”
“Tak apa. Saye faham.
Naqib, sebenarnya, saya ada hal penting nak cakap.”
“Hal penting apa Rina?”
Naqib bertanya.
“Tentang pernikahan
kita. Saya nak kita batalkan.”
“Apa? Batal? Tapi kita
dah jemput ramai orang. Kenapa saat-saat akhir macam ni awak nak batalkan? Kan
kita boleh tunda?” Naqib berasa amat terkejut.
“Bukan macam tu Naqib.
Saya tak jadi nak kahwin dengan awak. Saya dah pulangkan balik cincin tunang
kat ibu awak. Maafkan saya Naqib. “ Karina tertunduk.
“Rina, kenapa awak buat
saya macam ni? Awak dah tak sukakan saya sebab saya ni cacat? Begitu?” Hati
Naqib terguris. Hanya kerana dia seorang yang cacat penglihatan, tunangnya
meninggalkannya.
“Awak pun faham kan?
Awak dah tau sebabnya jadi saya tak perlu beritau awak. “
“Sampai hati awak buat
macam ni! Cinta awak tak ikhlas! Awak hanya pentingkan luaran saja! Pergi dari
sini! Pergi! Awak jangan datang jumpa saya lagi!” Naqib menghalau.
“Sekali lagi saya nak
mintak maaf. Saya hanya inginkan seorang lelaki yang sempurna. Maaf sebab saya
dah kecewakan awak. “ Karina beredar meninggalkan Naqib. Dia tidak mahu
bersuamikan orang buta. Ya! Dia memang pentingkan diri sendiri.
“Argghh!!” Naqib
menjerit sekuat hatinya.
“Kenapa semua ini
berlaku kat aku? Kenapa? Kenapa kau mesti tinggalkan aku Karina??”
Setelah dia disahkan buta, perkara perit ini terpaksa dilaluinya. Karina tidak
ikhlas mencintainya.
Suasana di hospital
amat bosan. Dia mahu pulang ke rumah. Jiwa Naqib memberontak. ‘Ape yang
akan terjadi kepadaku setelah aku buta? Adakah aku kena belajar tulisan
Braille? Adakah aku kena daftarkan diri untuk dapatkan kad OKU? Arghh… Aku tak
sanggup! Apa gunanya aku jadi pengurus hotel tapi mataku buta? Aku tak nak
hidup macam ni! Sampai bila aku harus hidup dalam kegelapan? ’ Naqib memejamkan
matanya. Pejam mata atau tidak, sama saja. Penglihatannya tetap gelap.
************
“Along..along okey?
Along janganlah sedih..Sorry tau long. Intan jarang jenguk Along. Sibuk dengan
kuliah. Kena praktikal lagi.” Intan Nazura risau melihat abangnya.
“Takpe. Along faham.
Sejak bila Intan ada kat sini? Ibu dengan ayah tak datang ke?” Naqib bertanya.
“Intan baru je sampai.
Jap lagi dia orang datanglah. Tadi ibu dengan ayah jumpa doktor tanya pasal
along. Along sabarlah..”
“Along tak taulah apa
nak jadi dengan hidup along.. Rina baru je mintak putus tunang.Intan mesti dah
tau kan? Hidup along malang.. Semua ni salah pemandu yang langgar along tu!
Along pun tak faham kenapa ibu tak laporkan dia kat polis!”
“Apa along ni? Tak baik
tau cakap macam tu. Ibu dengan ayah pun tak terfikir nak saman dia. Lagipun,
along sendiri dah tau kan yang dia tak sengaja langgar along. Brek kereta dia
ada masalah. Pemandu tu betul-betul tak sengaja. Berapa kali Intan nak
cakap? So, ibu malas nak berurusan dengan pihak polis. Intan yakin, pasti along
dapat penderma mata. Along sabarlah. “
“ Mana boleh! Along
buta! Along putus tunang! Semua ni salah sapa?? Salah pemandu tu!”
“Along, tak ada sesiapa
yang bersalah dalam hal ni. Along sabarlah ye.. Along kan abang Intan yang
paling kuat, yang paling tabah.. Along kan gagah perkasa macam Masked Rider.
Hahaha..” Sikap ceria adik perempuannya membuatkan Naqib sedikit gembira.
“Along tengah sedih
macam ni boleh Intan main-main pulak..Hish..”
Intan Nazura terlihat
sejambak bunga ros yang terletak di atas meja.
“Along, ada sejambak
bunga ros kat atas meja ni. Sapa yang bagi kat along ni? Wah.. cantiklah bunga
ni. Siap ada ucapan lagi.”
“Bunga? Along tak tau
pun. Along kan tak nampak apa-apa. Takkanlah Rina yang bagi? Dia bukan suka
sangat bunga-bunga ni.”
“Tak ada nama pengirim
pun. Cuma tertulis,’ Salam, Naqib. Saya doakan awak cepat sembuh.’ Hish.. sapa
ni? Kenapa dia tak tulis nama dia? Peliklah.. Perempuan bagi lelaki bunga?
Secret admirer along kut.. Huhu..” Intan Nazura mencium bunga itu. Wangi. Nasib
baik bukan bunga lili. Dia amat alah pada bunga tersebut.
“Entahlah.. Along mana
tau. Intan, bila along nak keluar dari hospital ni? Bosan tau tak. Dah sebulan
setengah. Baik along duduk kat rumah. Lagipun kaki along dah okey sikit. Cuma
mata dengan tangan along je yang tak okey-okey.” Naqib mengeluh.
“Esok Along dah boleh
check out. Along, macam mana dengan perkahwinan along?”
“Batal lah kot. Rina
pun dah lari. Lagipun, siapalah nak kahwin dengan Along yang buta ni..”
“Tapi kan Along, ibu
dengan ayah kata perkahwinan Along tetap diteruskan cuma pengantin perempuannya
je yang bertukar.”
“What?? Biar betul??”
“Betul lah long. Ibu
sendiri yang cakap dengan Intan. Alah.. rileks lah.. Best apa bercinta lepas
kahwin. Nanti happy ending jugak..” Intan cuba menyedapkan hati abangnya.
“Intan.. seriuslah. Ni
soal kahwin. Bukan boleh dibuat main-main. Hish budak ni..”
“Don’t worry.
Everything will be going fine.”
************
“Zati, pasal lamaran
yang mak cakap hari tu, Zati terima?” Puan Wahidah bertanya. Dia teringat
pertemuannya dengan Puan Fatimah secara tidak sengaja di sebuah restoran. Sudah
agak lama mereka bersahabat.
“Mak, Zati kena terima
mak. Mungkin inilah masanya Zati tebus balik kesalahan Zati. Dulu, Zati dah
kecewakan hati dia. Sekarang, Zati dah hancurkan hidup Naqib. Mak sendiri tau
kan peristiwa tu? Zati tak nak hanya sebab kecuaian Zati je, keluarga Naqib
mendapat malu. Zati sanggup gantikan posisi bekas tunang Naqib. “ jawab Izzati.
“Kisah lama tu tak usah
diungkit lagi. Dah lama berlalu. Lagipun masa tu Zati buat sebab nak lindungi
Naqib kan? Zati tak salah. Zati dah fikir masak-masak? Zati sanggup
kahwin dengan Naqib? Maksud mak, Naqib kan tak sempurna. Zati sanggup jaga dia
sepanjang hidup Zati?”
“Memang tak baik kita
ungkit kisah lama tapi sebab peristiwa tulah sepanjang hidup Zati rasa
bersalah. Apa pun, Zati tetap salah mak. Tak patut Zati buat Naqib macam tu.
Zati tak kisah mak. Asalkan Zati cuba berusaha untuk tebus silap Zati. Lagipun,
Zati yang sebabkan dia buta. Zati terima Naqib seadanya mak.. Tak ada
orang yang sempurna dalam dunia ni.”
“Kalau Zati terima
lamaran tu hanya sebab rasa bersalah, itu tak boleh Zati. Mak tak kisah Zati
kahwin dengan siapa. Mak cuma nak Zati bahagia.”
“ Zati memang
rasa bersalah tapi ada sebab lain Zati nak kahwin dengan Naqib, mak.”
“Maksud Zati, Zati
cintakan dia?”
“Ya, mak. Zati masih
cintakan Naqib.” Izzati memeluk ibunya. Puan Wahidah seakan mengerti
penderitaan anaknya. Tapi, mahukah Naqib menerima semula anak perempuannya
setelah apa yang terjadi?
Setelah enam tahun
berlalu, akhirnya Izzati dipertemukan semula dengan Naqib tetapi dalam keadaan
yang tidak diduga. Selama enam tahun itu, Izzati dirundung rasa bersalah.
Perpindahannya ke Kuala Lumpur merupakan satu kesalahan. Dia tidak berpeluang
untuk meminta maaf. Dia tidak berpeluang langsung berjumpa semula dengan Naqib.
Dia gagal untuk membuat Naqib percaya perkara yang sebenar. Setelah peristiwa
itu, mereka terputus hubungan. Cadangan ibunya untuk berpindah semula
ke Johor Bahru telah menemukan cinta lamanya. Peristiwa lampau itu
tergambar jelas dalam fikiran Izzati.
Enam tahun yang lalu….
“Zati, nanti datang tau
kat taman. Pukul 5 petang nanti. Saya tunggu awak.” Naqib berbicara.
“Buat apa? Tak naklah.
Malas.”
“Eleh..malas-malas pun
nanti Zati datang jugak. Macamlah saya tak tau.”
“Yelah.. nanti kalau
saya tak datang, ada orang tu merajuk pulak.. Dah kena pujuk..” Izzati
tersenyum simpul. Hatinya berbunga riang. Pasti Naqib membuat surprise
untuknya. Bukan dia tak tahu perangai Naqib tu. Selepas mengambil keputusan
SPM, masing-masing sibuk bertanyakan result. Tetapi, Naqib dan Izzati sibuk
membuat temu janji dan berbual mesra. Bercinta pun, masing-masing mendapat
keputusan yang cemerlang.
Fakhrul mengintip
mereka berdua. Dia memandang mereka dengan geram. Dia berasa amat cemburu
tatkala melihat kemesraan mereka. Izzati menjeling Fakhrul. Tidak habis-habis
Fakhrul mahu mengganggu hubungannya. Sudah berapa kali Izzati menolak cinta
Fakhrul tetapi lelaki itu tetap tidak berputus asa untuk mendekati dirinya sedangkan
sudah terang lagi bersuluh Izzati sukakan Naqib.
“Zati, kau nak buat apa
jumpa dia kat taman?”
“Yang kau sibuk-sibuk
nak tau sangat pehal? Menyemak je! Pergilah sana! Aku rimaslah tengok muka kau
kat sini.” Izzati mengusir Fakhrul. Dia naik muak dengan sikap Fakhrul yang
tidak faham bahasa itu. Izzati langsung tidak sukakan Fakhrul. Siapa yang suka
dengan orang seperti dia? Panas baran! Gangster sekolah! Setiap petang dan
malam pasti kerjanya merempit saja.
“Oooo… kau tak nak
bagitau.. Takpe.. Kalau kau tak nak terima aku, kau tengoklah apa yang aku buat
kat Naqib. Aku akan kerjakan Naqib cukup-cukup!”
“Kau pehal? Suka carik
pasal dengan orang! Dah banyak kali aku dah cakap yang aku tak pernah suka kat
kau! Asal susah sangat kau ni nak paham? Kau berani ke nak apa-apakan Naqib?”
“Kau jangan cabar aku
Zati. Aku bagi tawaran kat kau. Petang ni kat taman kau cakap kat Naqib yang
kau ni sebenarnya tak sukakan dia. Kau cuma olok-olok je. Dalam erti kate lain,
kau ni sebenarnya main-mainkan perasaan dia. Kalau kau cakap macam tu, aku
lepaskan Naqib.”
“Aku takkan cakap macam
tu! Berani kau ugut aku? Jangan harap aku nak dengar cakap kau!” Izzati terus
bergerak ke pintu pagar SMK Sultan Mahmud. Dia ambil remeh soal itu. ‘Kenapalah
mamat ni asyik-asyik ganggu hidup aku jer?’
Jam menunjukkan pukul
lima petang. Izzati mengenakan t-shirt lengan panjang dan jeans. Rambutnya yang
panjang dilepaskan. Penampilannya cukup ringkas.
Dia bergerak ke taman.
Dia tercari-cari kelibat Naqib. Izzati terkejut. Dua orang lelaki yang tidak
dikenalinya memegang kedua-dua belah tangan Naqib. Naqib meminta untuk
dilepaskan. Fakhrul terus menumbuk dan menendang perut Naqib bertubi-tubi. ‘Ya
Allah, aku tak sangka Fakhrul buat macam ni. ‘ Izzati berlari ke arah mereka.
“Fakhrul, lepaskan dia!
Apa yang kau buat ni?” Izzati menengking. Fakhrul diam. Naqib pula yang
bersuara.
“Zati, betul ke apa
yang Fakhrul cakap? Awak cuma nak main-mainkan saya je sebab saya ni anak orang
kaya? Betul ke?” Izzati terkedu. Fitnah apakah ini?
“Sapa yang cakap? “
“Aku yang cakap
sayangku Izzati. Kau sendiri pernah cakap yang Naqib selalu bagi barang-barang
mewah. Kau suka dengan pemberian Naqib. Kau cuma sukakan harta Naqib. Bukan
Naqib, kan?” Tumbukan bertubi-tubi daripada Fakhrul membuatkan perutnya terasa
amat sakit.
“Mengarut! Kau memang
suka mengarut! Lepaskan Naqib! Kenapa kau nak belasah Naqib?”
“Kenapa aku belasah
dia?? Kau boleh tanya lagi? Zati, kau tu aku punya! Aku tak nak mamat berlagak
kaya ni ngurat kau. Dia bagi kau macam-macam. Dia cuma nak ampu kau jer!“
Izzati menjadi buntu.
Dia tidak sanggup lagi melihat Naqib dibelasah dengan teruk. Dalam diam,
hatinya sedikit terguris kerana Naqib lebih percayakan kata-kata Fakhrul. Dia
tiada pilihan lain. Dia harus berpura-pura seperti yang ditawarkan oleh
Fakhrul.
“Naqib, selama ni saya
hanya berpura-pura sukakan awak. Saye tiada perasaan langsung kat awak.” Izzati
berkata begitu dengan berat hati.
Fakhrul tersenyum
sinis. Nampaknya Izzati mendengar cakap. Dia menyuruh lelaki-lelaki tadi
melepaskan Naqib. Naqib menahan sakit. Sakit di perut dan sakit di hati. Izzati
meluru ke arah Naqib. Lelaki itu kelihatan sedih.
“Naqib, awak tak
apa-apa? Maaf Naqib, saya terpaksa cakap macam tu. Kalau tak, Fakhrul akan
terus belasah awak. Maaf..”
“Zati!! Cukuplah
berlakon depan aku! Kejap kau cakap kau ada perasaan kat aku! Kejap tak! Kau
jangan main-main boleh tak??! Kau memang nak harta aku je kan? Perempuan tak
guna! Mata duitan! Aku tak sangka orang pandai macam kau ni bijak memainkan
perasaan orang lain. Aku dah tak nak lagi percaya kat kau! Mulai hari ini, kita
dah tak ada apa-apa lagi!”
Tiada lagi penggunaan
kata-kata yang sopan. Izzati diherdik. Dia tidak bermakksud begitu. Dia hanya
ingin melindungi Naqib. Izzati tertunduk sedih. Dia cuba menahan sebak. Dia
mahu betulkan keadaan semula. Namun, butir penjelasannya tidak dipedulikan.
Fakhrul kelihatan
gembira melihat drama di hadapannya. Akhirnya, dia berjaya membuat mereka
berpisah. Rancangannya berhasil.
Peristiwa itu masih
segar dalam ingatan Izzati. Dia telah membuat hati Naqib kecewa. Dia telah
membuat Naqib terpaksa menanggung kesakitan. Sama seperti sekarang. Izzati
telah melukainya dua kali. Sekali lagi dia menyebabkan Naqib kecewa kerana
tunangnya meninggalkannya. Puncanya ialah kecuaian Izzati. Dia masih ingat lagi
yang dia cuba menjelaskan kepada Naqib melalui telefon tetapi panggilannya
tidak dijawab.
Surat-surat yang
dihantarnya juga tidak dibalas. Sejak keluarganya terpaksa berpindah ke ibu
kota Kuala Lumpur atas urusan kerja arwah ayahnya, hubungan mereka terputus.
Izzati tidak dapat mengesan keberadaan Naqib. Dia tidak lagi tinggal di rumah
lamanya. Selama enam tahun, mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya ditolak
mentah-mentah. Dia masih tidak dapat lupakan Naqib. Naqiblah lelaki yang mampu
menggetarkan jiwanya.
Sekarang, Fakhrul sudah
tiada. Dia maut dalam kemalangan semasa berlumba haram. Mungkin inilah balasan
Yang Maha Kuasa atas perbuatan jahatnya. Izzati berazam. Dia harus mendapatkan
kembali cintanya yang hilang. Memang benar seperti yang dikatakan orang, cinta
pertama sukar dilupakan.
Allah menitipkan cinta
kepadanya hanya sementara. Namun, waktu singkat itulah yang memberikannya
sejuta memori indah. Kadangkala dia terfikir adakah ini petunjuk daripada
Allah supaya umatnya sedar untuk menjaga batas pergaulan? Sudah banyak
kali Izzati dan Naqib berdua-duaan. Dan adakah ini juga balasan terhadapnya kerana
tidak menutup aurat dengan sempurna?
Pada usia sembilas
belas tahun, Izzati mula berjinak-jinak mengenakan tudung litup sehinggalah
sekarang. Dia sedar zaman sekolahnya hanya dihabiskan dengan pelajaran dan
memadu kasih tanpa memikirkan kewajipan menutup aurat serta menjaga batas
pergaulan.
*************
“Intan, kenapa ibu buat
macam ni kat Along? Tetiba jer ibu nak teruskan perkahwinan ni. Bakal isteri
Along pun Along tak tau.”
“Along, semua persiapan
kan dah buat. Malulah keluarga kita kalau tak jadi. Intan yakin jodoh yang ibu
carikan untuk Along tu baik. Along sendiri taukan taste ibu.”
“Siapa nama perempuan
tu ?”
“Hahaha.. Along nak tau
jugak pasal perempuan tu. “
“Mestilah Along kena
tau. Masa akad nikah nanti kan Along kena sebut nama dia.”
“Her name is Mariana
Izzati bt Hasan. Sedapkan nama dia?” Naqib berubah wajah.
‘Izzati? Kau akan
jadi isteri aku? Kenapa baru sekarang kau muncul?’ Peristiwa enam tahun
lalu tersingkap di layar fikirannya.
Peristiwa itu
tidak diceritakan kepada siapa-siapa pun termasuk adik perempuannya, Intan
Nazura. Dia hanya memberitahu kepada keluarganya bahawa dia telah dibelasah
oleh penyamun. Perihal Izzati yang telah mengecewakan dirinya dahulu hanya
didiamkan. Naqib memendam rasa. Dia telah dikecewakan oleh dua orang Hawa.
**********
“Zati, ibu nak ucapkan
terima kasih sebab sudi jadi isteri Naqib. Ibu tak tau macam mana nak balas.
Ibu harap Zati dapat jaga Naqib dengan baik.” Puan Fatimah menggenggam
kedua-dua belah pergelangan tangan Izzati.
“Ibu tak perlu ucapkan
terima kasih.Zati kena bertanggungjawab. Zati akan jaga dan sayang Naqib dengan
ikhlas. Sepatutnya, Zati yang patut berterima kasih. Ibu dah bagi peluang kat
Zati untuk tebus balik kesilapan Zati. Ibu tak kisah? Zati dah buat Naqib buta.
Zati minta maaf ibu.” Air matanya menitik. Puan Fatimah mengesat air matanya.
“Zati, bukan salah
Zati. Ini semua suratan takdir. Ibu tak salahkan Zati. Kalau bukan kerana
Zati ibu tak tau sikap sebenar Karina. Ada hikmah semua ni terjadi. Sekarang,
Zati kena hidupkan semula semangat Naqib.” Izzati menggangguk-angguk. Dia amat
menyenangi sikap ibu mertuanya.
“Ibu, Zati akan
berhenti kerja. Zati nak jaga Naqib.”
“Zati serius? Zati
sanggup tinggalkan kerjaya Zati ?” Izzati mengangguk lagi. Dia tidak begitu
risau tentang ibunya kerana ibunya mempunyai restoran sendiri.
**********
“Lepas kau dah
kecewakan hati aku dulu berani kau muncul depan aku?? Kau jadik isteri aku
pulak tu. Kalau bukan kerana ibu aku, aku tak naklah terima kau.” Naqib duduk
di birai katil. Wajah Izzati samar-samar dalam ingatannya. Izzati, perempuan
cantik yang sudah membuat hatinya terluka.
“Naqib, saya dah
terangkan kat awak dulu. Saya tak main-mainkan awak. Saya terpaksa cakap
macam tu sebab Fakhrul yang ugut. Awak mungkin dah kena belasah teruk kalau
saya tak cakap macam tu. Awak dah salah faham. Tak terniat pun dalan hati
saya nak lukakan awak. Naqib, maafkan saya sebab cakap macam tu..” Izzati
menghampiri Naqib.
“Aku tak nak dengar
alasan bodoh kau tu. Kau jangan dekati aku lagi!”
“Naqib, saya cuma
mintak awak maafkan saya. Dah banyak kali saya bagi penjelasan kat awak. Awak
nak saya buat apa lagi supaya awak maafkan saya?”
“Dah tak ada apa yang
kau perlu buat! Sebab aku takkan maafkan kau. Aku ingat kau tak sama dengan
perempuan-perempuan lain kat luar sana. Rupa-rupanya sama jer. Dah ramailah aku
jumpa perempuan macam kau ni. Ape motif kau nak kahwin dengan aku? Nak kaut
semua harta aku?”
“Saya kahwin dengan
awak sebab saya masih cintakan awak. Cinta saya takkan pudar sama seperti enam
tahun lalu.”
“Kau penipu! Aku malas
nak percaya lagi kata-kata kau!” Naqib terasa hatinya semakin sakit. Berat
dugaannya yang harus ditanggungnya. Izzati bingung. Bagaimana dia harus
mendapatkan semula kepercayaan Naqib? Hatinya belum terbuka untuk memaafkannya.
**********
Naqib berpindah ke
bilik tetamu di tingkat bawah. Bilik tidurnya yang terletak di tingkat
atas bertukar menjadi bilik tamu untuk sementara. Naqib masih menggunakan
kerusi roda. Tangan kanannya yang patah juga masih belum sembuh. Sudah banyak
kali dia berulang-alik ke hospital bagi menjalani terapi untuk memulihkan
kembali kakinya. Doktor kata mungkin dalam dua bulan dia boleh berjalan semula.
Yang dia risaukan sekarang ialah matanya. Sampai saat ini masih tiada penderma.
‘Adakah aku akan menjadi buta selamanya? Aku nak lihat dunia semula.’ Dia
terdengar daun pintu dikuak.
“Naqib, saya ada
bawakkan makanan untuk awak. Awak tak nak makan kat dapur jadi ibu suruh saya
bawakkan. Biar saya suapkan.”
“Tak payahlah kau nak
berlagak caring sangat. Aku boleh makan sendiri. Kau tak payah nak susahkan
diri kau layan orang buta macam aku. Lebih baik kau uruskan diri kau sendiri.”
Hati Izzati terguris mendengar kata-kata suaminya.
“Mana boleh awak nak
makan sendiri. Tangan kanan awak masih belum sembuh. Nah, saya suapkan.” Izzati
mencedok sesudu nasi ayam dan meletakkan sedikit daging ayam di atas sudu. Dia
mendekatkan sudu itu ke bibir Naqib. Naqib terasa sudu besi itu menyentuh
bibirnya. Dia menepis tanda tidak mahu. Sudu itu jatuh. Nasi tadi bertaburan.
Izzati tetap sabar. Dia harus mencari jalan lain. Dia keluar dari bilik lalu
meminta tolong Intan Nazura. Adik iparnya itu sangat memahami. Kisah lama
tersebut telah diceritakan oleh Zati kepada Intan semalam.
“Kak Zati, macam ni.
Kak Zati suap je Along tapi Intan pura-pura suapkan Along. Along bukan tau
siapa yang suapkan dia.”
“Maksud Intan, Kak Zati
jadi Intan, Intan pulak jadi Kak Zati, gitu?”
“Yes.. that’s it.Yang
penting, Kak Zati senyap jer. Biar Intan aje yang bersuara.” Mereka
masuk ke dalam bilik. Naqib masih berbaring di atas katil. Intan memulakan
langkahnya.
“Along.. jom makan
long.. ada nasi ayam ni.. Sedap tau. Rugi Along tak lunch. Ni kan makanan
favourite Along. Meh sini Intan suapkan.”
“Zati ada ke dalam
bilik ni?”
“Tetiba tanya pasal Kak
Zati pulak.. Kenapa? Takkan dah rindu kut.. Kak Zati ada kat sebelah Intan ni
ha. Along mengada-ngada tak nak makan. Terpaksalah Intan yang kena pujuk Along.
Along dah besar pun nak kena suap jugak ke?”
“Intan nak suap Along
ke tak ni? Tak nak suap dah. Pergi main jauh-jauh sana.”
“Laaa… macam merajuk
jer bunyiknye.. Meh long.. Intan nak suap ni. Along tinggal bukak mulut je.”
Intan Nazura dan kakak iparnya meneruskan rancangan mereka. Naqib terdengar
bunyi pinggan kaca dan sudu berlaga. Izzati menyuapkan nasi dan daging ayam ke
dalam mulut Naqib. Intan Nazura tersengih. Rasa bersalah pula kerana
mempermainkan abangnya. Akhirnya, licin juga pinggan kaca itu. Izzati hanya
tersenyum.
“Along, sedapkan nasi
ayam tadi?”
“A’ah. Memang sedap
pun. Ibu masak ke?”
“Bini kesayangan
Alonglah yang masak. Berselera betul Along makan tadi. Lepas ni, Intan kenalah
belajar masak dengan Kak Zati. Best Along kena suap? Wahh.. so sweet pasangan
pengantin baru ni. Makan pun bersuap. Untunglah Along ada bini caring macam Kak
Zati.”
“Apa yang Intan
cakap ni? Kan Intan yang suapkan Along..” Naqib hairan.
“Sape cakap? Kak
Zatilah yang suapkan Along.. Selamat pengantin baru Kak Zati dan Along..
Intan chow dulu.. Hehe..” Naqib mengetap bibir. Hantu punya adik! Izzati pun
sama. Mentang-mentanglah aku tak nampak apa-apa. Izzati menguntumkan senyuman.
*********
Tangan Naqib ligat
memutar roda wheelchair. Dia tidak tahu ke mana dia bergerak. Yang dia tahu dia
berada di dalam bilik. Biliknya agak luas. Kerusi rodanya terhenti.
Pandangannya tetap gelap-gelita. Naqib ingin cuba berjalan semula. Setelah dua
bulan, tangan kanannya sudah sembuh. Anduh di lengannya dilucutkan. Kali ini,
dia mahu kedua-dua belah kakinya boleh berjalan semula. Dia sudah penat
menggunakan kerusi roda. Pergerakannya terbatas.
Kaki kanannya digerakkan,
dijatuhkan di atas lantai. Punggungnya diangkat. Kaki kirinya pula menapak. Dia
mula berjalan perlahan-lahan. Walaupun langkahnya terhuyung-hayang, dia tetap
berusaha. Kakinya terasa kebas tetapi dia tetap berdegil untuk meneruskan
langkahnya. Dia menanam azam. Doktor melarangnya untuk cuba-cuba
berjalan. Tetapi, sampai bila dia harus bergantung sepenuhnya kepada terapi?
Dia juga harus berikhtiar selain memanjatkan doa kepada Ilahi.
Izzati memasuki
biliknya. Dia mahu membawa Naqib berjalan-jalan di luar rumah. Izzati terlihat
Naqib berjalan. Langkahnya tidak teratur. Tangannya teraba-raba. Izzati berasa
sedih melihat Naqib.
“Naqib! Kenapa awak
cuba-cuba jalan ni? Kan doktor dah pesan. Awak tak boleh sesuka hati jalan
macam ni. Bahaya tau.”
“Zati, aku dah boleh
jalan Zati. Kau sendiri nampak kan? Aku dah boleh jalan!” Naqib kelihatan
gembira. Tiba-tiba, dia tersilap langkah. Kakinya terkena kaki meja. Tubuhnya
hampir rebah namun berjaya dipaut oleh isterinya. “Aduh, beratnya awak ni..”
Izzati mengomel. Tiba-tiba kaki Naqib terasa amat sakit. Kaki Izzati pula
tergelincir. Dia tidak dapat menampung berat Naqib.
Akhirnya, tubuh Naqib
menghempapnya. Desahan nafas Naqib terasa di tengkuk Izzati. Izzati terpana.
Cepat-cepat Naqib mengalihkan tubuhnya. Dia mengaduh kesakitan. Izzati
memanggil Intan Nazura. Hanya Intan yang boleh membantu. Puan Fatimah dan Tuan
Othman tiada di rumah. Mereka keluar atas urusan yang tidak diketahuinya. Intan
dan Izzati memapah Naqib untuk duduk semula di atas kerusi roda.
“Along ni degillah..
Nasib baik ada kita orang tau. Hish…”
“Alah.. Along nak try
jalan jer. Bukan apa pun..”
“Bukan apa pun
Along kata? Dah jatuh macam tu. Kak Zati lagilah.. Menggelabah risaukan
Along..” Izzati menjeling Intan Nazura.
“Eleh Kak Zati..malu ler
tu.. Malu-malu pulak..” Izzati mengisyaratkan Intan supaya diam.
“Naqib, kaki awak okey
tak? Ada rasa sakit lagi ke?”
“Tak.. Cuma sakit sikit
jer.. Nanti baiklah tuh..” Izzati memandangnya hairan. Tadi bukan main lagi
muka berkerut sebab kakinya sakit. Takkan tiba-tiba je dah baik semula?
Naqib berasa lain
macam. Degupan jantungnya bukan main kencang tatkala tubuhnya terjatuh atas
tubuh Izzati. Takkanlah cinta lamanya berputik kembali?
Izzati menolak kerusi
roda yang diduduki oleh Naqib.
“Eh.. kau nak bawak aku
gi mana ni?”
“Pergi jalan-jalan kat
luar rumah ler.Takkan nak terperuk dalam rumah jer.”
“Kak Zati.. tolak
laju-laju..” Intan bersuara.
“Sebab awak tak dengar
cakap doktor, saya tolak wheelchair ni laju-laju. Ni sebagai denda.” Izzati
mendorong wheelchair itu menuju ke luar rumah. Naqib terasa angin petang
meluru, menampar-nampar wajahnya. Kedua-dua belah tangan Naqib memegang sisi
wheelchair.
“Zati…slowlah sikit..
Laju sangat ni!” Mereka menuju ke pintu pagar. Roda wheelchair itu terus
berputar dengan laju di atas jalan tar.
“Do I care?” jawabnya
ringkas. Mentang-mentanglah dulu dia pelari pecut. Izzati
terus menolak kerusi roda itu.
*********
“Ibu, bila nak beritau
Along pemandu yang langgar Along tu sebenarnya Kak Zati? Entah apa yang jadi
kat Kak Zati kalau Along tau.”
“Intan, sekarang ni
bukan masa yang sesuai nak bagitau hal tu.Kalau boleh, selamanya ibu tak nak
bagitau Along. Ibu pun tak tau macam mana nak terangkan kat abang Intan tu.”
“Intan tengok Kak Zati
dengan Along dah makin mesra jer. Macam mana hubungan dia orang kalau Along
dapat tau? Sampai bila kita nak sorokkan hal ni?”
“Biar masa yang
tentukan, Intan.” Perbualan anak-beranak itu dapat didengar oleh Naqib dengan
jelas. Mereka tidak perasan yang Naqib berada di belakang mereka. Naqib sudah
dapat berjalan semula tetapi dia menggunakan tongkat bagi mengelakkannya
terlanggar apa-apa.
“Apa yang ibu dan Intan
cakap ni? Izzati pemandu yang langgar Along?? Izzati yang buat Along cacat
macam ni?? Kenapa ibu tak bagitau awal-awal lagi?! Sampai hati buat Along macam
ni.”
“Along.. ibu takde
pilihan. Kalau pernikahan Along tak diteruskan, ayah dapat malu. Ibu terpaksa
carik calon isteri untuk Along. “
“Ibu dan ayah hanya
fikirkan maruah keluarge jer. Perasaan Along, ada ibu fikir??” Naqib
menggerak-gerakkan tongkatnya. Dia mahu masuk semula ke dalam bilik. Hatinya
sangat perit. Dia baru saja mahu membuka pintu hatinya untuk Izzati. Berita
yang dibicarakan mereka tadi membuatkan pintu hatinya tertutup semula.
“Naqib, awak dah tau
segalanya. Saya tak mintak kemalangan itu berlaku. Maaf.. ”
“Kau gila?? Aku jadi
cacat macam ni sebab kau! Kau tu cuma bawa bala kat aku! Kau ingat
senang-senang jer aku nak maafkan kau? Kalau hal enam tahun lepas tu bolehlah
aku consider lagi. Tapi, kau dah buat aku jadi buta! Kau ingat maaf kau tu
boleh buat aku celik semula?? Tak kan?? Kau faham tak Zati, sebab kau aku rasa
dah tak nak hidup lagi. Aku hilang penglihatan hanya kerana kecuaian kau! Entah
apa yang kau bomohkan ibu aku sampai dia sanggup terima kau jadik menantu! “
Permata jernih mula
bergenang di kelopak mata Zati. ‘Ya Allah.. apa yang harus aku buat agar
suamiku memaafkan aku? Kesilapanku amat besar.’ Naqib tidak henti-henti
menyalahkannya. Malam itu, Izzati tidur di atas sofa. ‘Mungkin tempatku bukan
di sini.’ Hati kecilnya berdetik.
‘Zati, macam mana aku
nak maafkan kau? Kau dah buat hidup aku hancur. Hati aku susah nak maafkan
kau.‘
**********
Izzati mengemas
pakaiannya. Tiada apa yang dapat dia lakukan. Dia baru sedar yang Naqib sukar
untuk memaafkannya. Tentunya perit menjalani kehidupan sebagai orang buta
apatah lagi dia yang menyebabkan Naqib cacat penglihatan. Dia harus tinggalkan
keluarga Naqib. Dia harus pergi jauh daripada Naqib. Perkahwinannya tak
bermakna tanpa kemaafan daripada suaminya. Awal-awal pagi lagi dia keluar dari
rumah itu. Dengan bantuan rakan baiknya, Fazlina, dia pergi dari rumah
itu.Mujurlah semua penghuni rumah masih belum bangun.
“Along, bangunlah. Dah
solat ke belum? Dah pukul 6.45 pagi.” Intan bertanya. Naqib berasa hairan
kerana kebiasaannya Izzati yang mengejutkan dia pada waktu pagi. Naqib
terpisat-pisat bangun.
“Mana Kak Zati ni? Tak
nampak pun..” Intan berasa tidak sedap hati.
“Manalah Along tau.
Along bukannya nampak dia pun..” Naqib masuk ke dalam bilik air untuk mengambil
wudhu’.
Intan tergerak untuk
membuka pintu almari. Intan terkejut. Yang tinggal hanyalah pakaian abangnya.
Pakaian kakak iparnya sehelai pun tiada. Sah! Kakak iparnya dah lari dari
rumah.
“Along, Kak Zati dah
lari! Along, apa kita nak buat ni? Kak Zati mesti rasa bersalah sangat. Tu yang
dia pergi. Along dengar tak ni?”
“Baguslah dia dah blah
dari sini! Along pun tak naklah hidup dengan orang yang dah buat Along cacat!
Lebih baik dia tak ada!”
“Along! Tak baik tau
cakap Kak Zati macam tu. Along sedar tak kalau bukan dia, Along tak tau
perangai Karina yang sebenar! Kak Zati ikhlas jaga Along. Dia ikhlas sayang kat
Along. Dia tak kisah pun Along buta. Along bukan saja buta kat luar! Kat dalam
hati pun Along buta! Along tak hargai perhatian yang Kak Zati bagi kat Along!“
“Intan! Sebab perempuan
tu Intan dah hilang rasa hormat pada Along?? “
“Intan cuma nak Along
sedar jer. Memanglah Along tak dapat terima dia sebab dia yang langgar Along.
Tapi, cuba Along fikir balik, Kak Zati berusaha nak tebus balik kesalahan dia.
Along tak hargai cinta Kak Zati. Intan tak ada abang yang buta hati macam Along
ni!” Intan Nazura berasa geram. Kenapalah abangnya begitu keras kepala.
***********
Sudah lebih sebulan
Izzati tidak menjejakkan kaki ke rumah Naqib. Sekarang, dia tinggal di rumah
sewa bersama Fazlina di Skudai. Dia menjadi guru tuisyen sementara bagi subjek
Prinsip Perakaunan. Dia sudah memaklumkan kepada ibunya tentang keberadaannya.
Panggilan telefon daripada ibu mertua dan adik iparnya tidak dijawab. Puan
Wahidah juga merahsiakan di mana Izzati berada. Izzati bingung bagaimana
caranya untuk menjernihkan kembali hubungannya dengan Naqib. Dia harus
melakukan sesuatu untuk mengembalikan kegembiraan kepada Naqib.
“Faz, aku dah tau macam
mana aku nak selesaikan masalah ni.”
“Kau nak buat apa Zati?
“
“Aku rasa satu-satunya
cara, aku kena dermakan kornea mata aku kat Naqib..” kata Izzati dengan
yakin.
“Kau dah tak betul
Zati! Kau ingat ni drama Stairway To Heaven ke nak bagi mata kau segala?
Cubalah kau carik jalan lain.. Derma mata kau ni bukan benda yang boleh
dibuat main-main! Kau nak ke jadi buta? Kau tak fikir perasaan mak kau? Kau
tunggulah sikit masa lagi. Aku yakin pasti ada penderma untuk suami kau.”
“Faz.. Naqib tu dah
buta sebab aku. Puas dia menanti penderma mata tapi sampai sekarang masih tak
ada. Aku rase inilah saja cara yang terbaik untuk tebus semula kecuaian aku.”
“Aku tak setuju! Aku
tak setuju dengan tindakan kau ni, Zati! Cubalah kau fikir balik!”
Tiba-tiba,
telefon bimbit Izzati yang terletak di atas meja berdering. Fazlina terus
menyambar telefon itu. Izzati cuba merampas semula handsetnya namun gagal.
Izzati melarang Fazlina daripada menjawab panggilan tersebut. Nama si pemanggil
terpapar. Intan Nazura, adik ipar kawannya cuba menelefon. Dia terus menekan
butang hijau.
“Helo,
Assalamualaikum.. Kak Zati ke ni?”
“Waalaikumusalam.. awak
Intan kan? Kak Zati tak adalah sekarang.. Intan nak pesan apa?”
“Intan nak Kak Zati
balik. Pujuklah dia..”
“Okey, nanti Kak Faz
cuba pujuk. Intan, Kak Faz ada berita baik untuk abang Intan.”
“Apa dia kak?”
“Dah ada penderma mata
untuk abang Intan.”
“Macam mana Kak Faz
tau?”
“Sebab yang nak derma
mata tu kakak ipar Intan sendiri.”
“Huh??”
Fazlina mematikan
panggilan. Izzati memarahi rakannya. Tetapi, tiada gunanya. Fazlina sudah
memberitahu hasratnya untuk menjadi penderma mata untuk Naqib.
Sepatutnya, dia harus merahsiakan perkara tersebut lebih-lebih lagi kepada
keluarga Naqib.
“Faz.. apa yang kau dah
buat ni?”
“Aku tak buat ape-ape
pun.. I’m just saying the truth..”
***********
Naqib berasa sangat
sunyi. Memanglah adik perempuannya selalu membuat dia ceria tetapi hidupnya
terasa serba kekurangan tanpa kehadiran Izzati di sisinya. Memang benar.
Perasaan kasihnya kepada Izzati muncul kembali tanpa dia sedari. ‘Ya Allah..
aku amat rindukan isteriku.. Ape yang aku dah lakukan? Aku dah buat dia pergi..
Zati, kembalilah kepadaku..’ Selama sebulan itulah dia tidak banyak bercakap.
Dia bertambah murung.
Dia perlukan perhatian
isterinya. Naqib teringat kembali saat-saatnya bersama Izzati. Setiap kali
waktu makan, pasti Izzati yang menyuapkannya. Semua pakaiannya disediakan oleh
isterinya.’Intan betul. Hati aku memang buta.’ Hatinya tergerak untuk memaafkan
Izzati sekaligus mahu melupakan segala perkara sedih yang dilaluinya. Izzati
harus kembali ke sisinya.
“Along, sampai bila
Along nak jadi macam ni? Along dah lainlah. Along makin pendiam. Intan tau yang
Along rindu kat Kak Zati kan?”
“Kalau Along cakap yang
Along rindukan dia pun, Kak Zati kembali ke?”
“Kalau Along dah
maafkan dia, pasti Kak Zati balik semula kat rumah ni.”
“Intan, Along sedar
yang hati Along buta. Intan, tolonglah pujuk Kak Zati balik. I need her.”
“Kak Zati pergi barulah
Along sedar. Along tau tak yang Kak Zati sanggup lakukan apa saja supaya Along
maafkan dia. Kak Zati sanggup jadi penderma mata untuk Along tau. Tak pernah
Intan jumpa orang baik seperti Kak Zati.”
“Betul ke apa yang
Intan cakapkan ni?” Naqib terkejut.
“Takkanlah Intan nak
tipu pulak. Betullah long. Along dah sia-siakan perempuan macam Kak Zati.
Sekarang, jangan suruh Intan jadi orang tengah. Asyik-asyik Intan jer. Along
usahalah sendiri.”
“Intan, tolonglah
Along.. “
“Along, cubalah tackle
Kak Zati balik.Intan malaslah..”
“Alah..Intan, tolonglah.
Seorang adik yang baik kan kena tolong abangnya.”
“Hurmm..Yelah..”
Dengan bantuan Intan,
akhirnya Izzati pulang semula ke pangkuan suaminya. Izzati berasa lega kerana
akhirnya suaminya sudi memaafkan dirinya. Tetapi, jauh di sudut hatinya, dia
tetap rasa bersalah. Pintu bilik dikuak. Izzati melangkah ke dalam. Naqib
sedang tidur di atas katil. Jam menunjukkan 9.30 malam. Naqib mengigau. Dia
memanggil nama ‘Zati’ berulang kali. Izzati mengelus lembut rambut suaminya.
Naqib tersedar. Dia duduk di atas katil.Sepertinya ada orang yang mengusap
rambutnya. Izzati memulakan bicara. Dia memanggil lembut nama suaminya.
Kemudian kedua-dua pergelangan tangan suaminya dipegang.
“Zati, awak ke tu? “
“Naqib, terima kasih
sebab awak sudi nak maafkan saya.. Saya dah banyak buat salah kat awak..”
Izzati menangis teresak-esak. Tangan suaminya dikucup.
“Zati, saya takkan
maafkan awak kalau awak tinggalkan saya lagi. Saya perlukan awak..” Tangan
kanan Naqib teraba-raba untuk menyentuh pipi isterinya. Izzati mendekatkan
tangan suaminya ke pipinya. Ada air mata hangat yang mengalir. Ibu jari Naqib
mengesat permata jernih itu. Izzati terus memeluk suaminya. Dia menangis
lama.
“Zati, awak tak payah
jadi penderma. Saya tak perlukan mata. Saya hanya perlukan awak dalam hidup
saya. Bagi saya, awaklah mata saya. You’ll shine my way.”
“Salah saya Naqib. Saya
yang sebabkan awak jadi macam ni. “
“Saya dah redha Zati.
Jika beginilah takdir hidup saya, saya rela terima. Awak tak perlu rasa
bersalah lagi. Sudi tak awak terima saya semula? Saya tau saya tak dapat
melihat.”
“Saya tak pandang
kekurangan awak, Naqib. Saya cuma menilai hati budi awak. Saya akan teman awak
sepanjang hayat. “ Naqib mengusap belakang isterinya. Izzati tidak henti-henti
menangis.
************
Naqib melangkah ke
dalam bilik. Dia malas hendak menggunakan tongkat. Lagipun, dia sudah masak
dengan susunan perabot di biliknya. Biliknya begitu luas. Siap ada sebuah
televisyen lagi. Dia terdengar gelak-tawa isterinya. Pasti Izzati sedang
menonton rancangan kegemarannya. Izzati menoleh ke sebelah kiri.
“Naqib! Kenapa tak
pakai tongkat? Nanti terlanggar meja kan susah?” Izzati tidak pernah berubah.
Selalu sangat over risau. Izzati menghampiri suaminya. Dia memimpin suaminya
menuju ke arah sofa. Mereka melabuhkan punggung.
“Alah.. asal Zati ni
risau sangat? Bukan ada apa-apa pun.. Zati tengah tengok cerita apa?”
“Cerita Scary Movie.
Kelakar sangat. ”
“Ingatkan tengok siaran
apa tadi. Untunglah dapat tengok..” Kata-katanya berbaur cemburu.
“Okeylah.. saya tutup
tv ni. Adil kan? Dua-dua sama-sama tak dapat tengok.”
Izzati merebahkan
kepalanya di atas riba Naqib. Naqib terasa ada benda berat yang menghempap
pahanya.
“Zati, kepala awak
beratlah.”
“Eleh.. Masa tu badan
awak terhempap saya lagi berat tau tak? Saya tak nak alih..”
Naqib mendaratkan tapak
tangannya di pipi isterinya. Mukanya terasa amat licin. Dia menyentuh bibir
Izzati. Kemudian, jatuh pula di keningnya. Walaupun Naqib tidak dapat melihat
wajah Izzati, dia yakin yang isterinya lebih cantik daripada enam tahun
yang lalu.
“Awak ni kenapa
pegang-pegang muka saya ni?”
“Alah..pegang pun salah
ke? Saya bayangkan bagaimana rupa awak yang sekarang..Masih cantik macam dulu
ke?”
“Muka saya
sekarang lagi berganda-ganda cantiklah daripada dulu.”
“Puji diri sendiri
nampak.. Perasan..” Naqib memegang dahi isterinya yang ditutupi rambut.
Rambutnya diselakkan. Naqib tersenyum nakal. Jarinya menjentik dahi isterinya.
“Auchh.sakitlah.. awak
ni kenapa?” Izzati mengangkat kepala. Dia kembali dalam posisi duduk.
“Padan muka. Sapa suruh
perasan sangat..” Naqib tergelak.
“Awak jahat..
takpelah.. kali ni saya lepaskan awak. Malas saya nak balas.” Izzati
menyandarkan kepalanya di bahu suaminya pula. Tangan Naqib melingkari bahu Izzati.
Dia memeluknya dengan erat.
“Naqib, awak perasan
tak masa awak kat hospital dulu, ada orang yang bagi awak bunga ros?”
“Oh.. bunga ros tu.
Ada. Kenapa?”
“Kalau awak nak tau
yang bagi bunga tu, sayalah..Hehe..”
“Awak ke? Alah..
sorrylah.. saya dah bagi Intan bunga tu. Dia nak sangat.. But, thank you very
much. ”
“Tak apa. Tak kisahlah.
At least, awak dah tau yang saya betul-betul risaukan awak masa tu. Sebab saya
tak nak awak rasa bosan malam ni, saya nak nyanyikan lagu untuk awak..”
“Sedap sangat ke suara
tu? “
“Awak lupa ke yang saya
ni dulu pernah menang pertandingan nyanyian lagu patriotik kat sekolah dulu?
Johan lagi tau.”
“Okey.. sing a song for
me. I’ll listen..”
“Kejap..ehem..ehem..
testing, testing..” Izzati berdehem.
“Testing, testing.
Cepatlah mula.”
“Sabarlah. Okey, saya
mula eh? Sound straight from the twilight… Has me up all night… I can't fall
asleep 'cause I keep thinking of you… And I saw a shadow outside my window and
it’s you..” Izzati berhenti menyanyi.
“Aik?? Asal nyanyi
sampai situ jer? Nak dengar lagi..”
“Part seterusnye
sambung esok.. Tunggulah esok..”
“Apa ni? Nyanyi
sekat-sekat..” Naqib mencebik. Izzati tertawa. Dia seronok mengenakan suaminya.
***********
Hari ini merupakan hari
terpenting untuk mereka sekeluarga terutamanya Naqib. Dia akan menjalani
pembedahan kornea mata setelah lama menanti. Izzati tidak putus-putus
berdoa agar semuanya berjalan dengan lancar.Mereka semua berada di Hospital
Kuala Lumpur. Identiti penderma dirahsiakan. Yang dia tahu penderma itu telah
mengalami kemalangan. Menurut ibu bapanya, arwah berhasrat untuk mendermakan
mata dan organnya kepada sesiapa yang memerlukan sebelum dia menemui ajal.
Dahulu, Sri Lanka
merupakan penyumbang kornea mata kepada Malaysia. Namun, kini telah
berubah. Semasa kecil, Izzati selalu beranggapan bahawa keseluruhan
bebola mata si penderma akan dimasukkan ke dalam mata pesakit. Ternyata
dia silap. Hanya kornea mata si penderma sahaja yang akan diambil untuk
dipindahkan. Bebola mata yang tinggal itu mungkin digunakan untuk tujuan
penyelidikan. Maklumat itu pun diketahuinya daripada Fazlina. Rakan baiknya itu
sangat meminati bidang perubatan terutamanya optometry.
Dia bersyukur
kepada Allah kerana Allah menitipkan penderma mata untuk suaminya. Selepas keputusan
SPM dahulu, ibunya mencadangkan dia untuk mengambil jurusan perubatan
tetapi dia tidak begitu minat walaupun dia cemerlang dalam subjek Biology dan
Chemistry. Lantas dia mengambil course perakaunan.
Hatinya tergerak untuk
mendaftarkan diri untuk menderma organ. Seperti yang diketahuinya, pendermaan
organ dalam Islam hukumnya harus dan dianggap sebagai suatu sedekah. Seandainya
dia menderma organ, samalah seperti dia telah bersedekah. Bukankah hadis ada
menyebut : Daripada Abu Hurairah
Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam
meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah
jariyah , ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
Setelah dua jam
setengah, seorang doktor keluar dari bilik bedah. Izzati membetulkan
selendangnya yang sedikit senget. Dalam sehari lagi, Naqib baru
boleh membuka balutan di matanya. Izzati memanjatkan kesyukuran. Akhirnya,
hasrat suaminya untuk melihat semula menjadi nyata. ‘You’ll become the first
sight that I’ll see.’ Terngiang-ngiang kata-kata suaminya kelmarin di
telinganya.
***********
Balutan di matanya
dibuka. Naqib perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Pada mulanya pandangannya
kabur kemudian bertukar menjadi jelas sedikit. Dia terlihat wajah jelita
isterinya. Ternyata, dia jauh lebih cantik berbanding dahulu. Naqib berasa amat
gembira. Allah telah memakbulkan doanya.
“Along dah nampak kita
orang kan? Alhamdullillah… Yang Along tak berkelip pandang Kak Zati ni
pehal? Taulah Kak Zati cun sangat..”
“Mestilah nampak.. Tak
salah kan kalau Along tengok Kak Zati? Intan jeles ke sebab tak ada sapa yang
nak pandang Intan?” Naqib bersuara. Adik perempuannya mencebik. Izzati pula
hanya tertawa.
“Lepas ni bolehlah ibu buat
kenduri kesyukuran..”
“Zati setuju sangat,
ibu..” jawabnya ringkas.
“Along.. Along ada
nampak apa-apa yang aneh tak long? Nampak ‘something’ ke..”
“Ape Intan mengarut
ni?”
“Mana tau Along sixth
sense.. Boleh nampak hantu macam citer The Eye tu. Lepas buat pemindahan kornea
mate jer boleh nampak ‘benda’ tu.” Puan Fatimah mencubit lengan anaknya.
Intan mengaduh kesakitan.
“Intan terpengaruh
sangat ngan citer tu. Takdelah sampai nampak hantu. Mengarut jer..” Izzati
berbicara. Naqib pula memarahi adiknya.
“Apa ni? Semua orang
nak marah Intan.. Saja jer Intan cakap macam tu.” Intan memasamkan muka.
***********
“Zati..bukalah pintu
ni. Saya boleh jelaskan hal tadi. Awak dah salah faham.“ Naqib mengetuk pintu
kamar beberapa kali.
“Saya tak suka awak
peluk-peluk dengan Karina! Sampai hati awak curang kat belakang saya!”
“Saya tak selingkuh
lah. Awak dah salah faham. Saya cuma nak selamatkan Karina daripada
lelaki-lelaki jahat tadi. Dia yang peluk saya sebab takut sangat. Bukak lah
Zati..Saya mintak maaf..”
“Saya tak nak bukak!
Saya sakit hati dengan perangai awak! “
“Saya akan tunggu awak
bukak pintu ni. I’ll be waiting for you to forgive me.”
“Shut up and go away. I
don’t care! Awak tunggu ke tak saya tak peduli.” Izzati berasa sedih. Dia benci
melihat Naqib berpelukan dengan bekas tunangnya. Hatinya terluka. Naqib duduk
di tepi pintu sambil mengetuknya beberapa kali. Dia memanggil nama isterinya
tetapi tetap tiada sahutan. Izzati menyelubung tubuhnya dengan selimut.
Panggilan suaminya tidak diendahkan. Baru saje berpindah rumah, hubungan mereka
sudah mengalami masalah. Waktu terus berjalan.
Izzati tersedar. Jam
menunjukkan pukul 4 pagi. Dia tergerak untuk membuka pintu. Pasti suaminya
telah tidur di bilik lain. Tombol pintu dipusingkan.Izzati terkejut. Dia berasa
sangat bersalah. Naqib tertidur bersandarkan dinding. Dia kelihatan
kesejukan. Lengan dan lehernya juga terdapat bintik-bintik merah tanda digigit
nyamuk. ‘Ya Allah..apa yang aku dah buat?’ Izzati mengejutkan Naqib.
“Awak.. bangun.. kenapa
tidur kat sini?’’ Naqib membuka matanya.
“Awak dah maafkan
saya?”
“Dah maafkan… awak
jangan buat macam tu lagi. Saya tak suka. I’m sorry ‘cause I didn’t believe
you.”
“Yelah. Janganlah marah
saya lagi. Awak tak kesian ke kat saya ni? Kena gigit nyamuk kat luar ni
tau.”
“Alah.. tadikan dah
mintak maaf..” Izzati memeluk suaminya.
***********
Naqib dan Izzati
berjalan-jalan di taman yang berdekatan dengan rumah mereka. Malam itu sangat
sunyi. Yalah. Manalah ada orang datang ke taman pukul 12 tengah malam. Mereka
sibuk bermain bunga api. Taman itulah yang menemukan mereka suatu masa dahulu.
“Alah Naqib.. bunga api
dah habis lah.. Kalau orang lain nampak ni mesti ingat kita dah tak betul. Nak
buat apa sekarang ni?”
“Tak ada orang yang
nampaklah. Kita main kejar-kejar pulak..”
“Tak rasa macam
budak-budak ke nak main kejar-kejar? Kita dah 25 tahun kut..”
“Tak kisahlah umur kita
berapa pon.. Jomlah main kejar-kejar. Kalau awak dapat kejar saya nanti saya
bagi hadiah paling istimewa.”
“Betul ni? Kita mula
sekarang eh? 1..2..” Belum sempat Izzati membilang sampai angka 3, Naqib telah
melangkah seribu.
“Tak adil lah macam
ni! Awak main tipu!” Izzati terus mengejar Naqib walaupun dia sudah
menjauh di hadapan. Tanpa disangka, dia tersilap langkah. Izzati jatuh
tersungkur. Lututnya terasa perit. Kakinya terseliuh. Naqib menoleh belakang.
Dia berlari menghampiri isterinya. Izzati cuba berdiri tetapi kakinya terasa
amat sakit.
“Awaklah ni nak main
kejar-kejar sangat.. Tengok apa dah jadi..” Wajah Izzati bertukar muram.
“Yang awak tak
hati-hati kenapa? Padan muka dah jatuh..” Naqib menyakat.
“Eeee..salahkan saya
pulak.. Jomlah balik..” Izzati berasa geram.
“Alah.. merajuk ke mak
cik?” Izzati bertambah sakit hati. Dia tidak menjawab. Mulutnya memuncung.
“Alalalala.. merajuk
lak memalam buta cam ni. Meh naik belakang saya.. Kaki awak kan sakit..” Naqib
menundukkan badannya. Lutut kanannya menyentuh tanah. Izzati menyentuh bahu
suaminya. Tubuhnya terangkat. Naqib berjalan menuju ke rumah.
“Saya rasa berat awak
dah naik sikitlah..”
“Nak cakap saya ni
gemuklah.. “
“Bolehlah gemuk
sikit..” Naqib tergelak.
‘Aku tak gemuklah.
Berisi sikit jer. ‘ Izzati berkata di dalam hati.
“Naqib, awak dah titis
ubat mata ke belum tadi? Macam tak jer..”
“Alah..lupalah.. nanti
balik saya titislah..”
“Kalau ibu tau ni mesti
kita kena marah. Dah lewat malam tapi belum tidur lagi. Mata awak kan perlukan
rehat untuk betul-betul sembuh.”
“Mata saya dah
sembuhlah.. Takpelah ..sekali-sekala keluar lewat malam macam ni kan best. Hari
ni kan anniversary kita.“
“Yelah.. memang dah
sembuh but not completely sembuh. Anniversary dah habislah..Kan dah lebih pukul
12 ni..” Izzati mahu mengenakan suaminya.Dia menyendengkan tubuhnya ke arah
kiri. Naqib cuba menyeimbangkan badannya.
“Zati..duduk
diam-diamlah. Dah nak jatuh ni..” Kali ini, isterinya menyendengkan badannya ke
arah kanan pula. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Naqib berjalan
terhuyung-hayang.
“Hahaha… sapa suruh
cakap saya gemuk?”
“Cepat sangat terasa.
Zati, kita tukar nama gelaranlah. Kita kan dah kahwin. You must call me
‘abang’. Kan mesra sikit..”
“Abang? Dari dulu tak
nak cakap. Hurm..boleh jugak.. Abang jalan lambat sangatlah.. Cepatlah sikit.
Bila nak sampai rumah kalau jalan macam ni?”
“How could you.. Lambat
sangat ke abang jalan? Bukan macam siput pun.. So, Zati nak sangat kan cepat
sampai rumah? Okey, no hal..” Naqib berlari. Izzati menjerit. Dia mengeratkan
lagi pelukannya.
“Abang!!! Stop!”
Lariannya terhenti. Naqib berjalan seperti biasa.
“Tau takut..” ujar
Naqib. Izzati menepuk bahu kanannya tanda geram.
“Apa abang buat ni?
Kalau jatuh macam mane?”
“Penakut..”
“Ahmad Naqib bin
Othman. Are you loving me?”
“Of course I love you.”
“So, kenapa abang buat
Zati macam ni? “
“Because I want to show
you that I’m a strong man. ”
“Strong? Tak
adalah kuat mana pun.. “
“Abang kuat apa sebab
dapat dukung Zati yang agak berat ni. So, did you get your missing love?”
“Yes. I’ve found it.”
“Where’s?”
“In front of me
and I’m so happy. “ Kepalanya dilentokkan di bahu kiri Naqib. Tidak
berapa lama kemudian, perbualan mereka mati. Izzati telah tertidur di belakang
suaminya. Naqib hanya tersenyum bahagia.
Akhirnya, setelah
beberapa tahun menanggung rindu, mencari cintanya yang hilang, Mariana Izzati
bertemu kembali cintanya. Allah telah menganugerahkannya cinta yang tidak ternilai.
Jalan cite yang menarik... Mungkin Allah nak temukan balek Zati ngn Naqib coz tu berlaku kemalangan tu... dari situ dah boleh nampak yg Karina ni pandang kesempurnaan...
ReplyDeleteUnik,gaya penceritaan yang menyentuh hati pembaca.terima kasih sudi share cerpen (n_n)
ReplyDeletebest n touching...
ReplyDelete