From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 11 February 2012

Cerpen Dan Anda #7

Assalamualaikum w.b.t
this is the last cerpen
Akhirnya ketujuh-tujuh buah cerpen dapat dipost dengan jayanya.
Terima kasih kepada ada yang sudi menyertai segmen ini.
Enjoy your reading dan jangan lupa tinggalkan komen anda...


Title: Dalam Taman Hati
By: Beauty Sweety

2010….
DARI jauh dia sudah mengangkat kening. Pelik apabila melihat hanya Dahlia seorang saja yang sedang duduk sambil pandangannya dilemparkan ke luar melalui cermin kaca di sebelah. Biarpun bergitu, kakinya tetap juga melangkah menuju ke arah sahabat baiknya itu.
            “Assalamualaikum mak cik!”
            Sepantas kilat Dahlia menoleh ke arahnya. Dia melihat Dahlia sambil tersengih.
            “Mak cik, mak cik! Muda lagi tau!” Dahlia mencebik. “Waalaikumussalam!”
            Dia hanya ketawa seraya menarik kerusi untuk duduk berhadapan dengan Dahlia. Sebaik saja punggungnya menyentuh kerusi empuk itu, dia melambai-lambaikan tangan memanggil pelayan lelaki yang berada berdekatan di situ.
            “Yes, sir. Is there anything that I can help you?” Soal pelayan itu sopan sambil tersenyum.
            “I want a fresh orange please.” Balasnya.
            “Anything else sir?
            Dia hanya menggeleng. “That’s all for now.”
            Pelayan tadi mengangguk lalu terus beredar dari situ meninggalkan dia dan dahlia.
            “Akmal mana?”
            Dahlia diam. Dia memandnag tepat ke hadapan tanpa bersuara.
            “Woi, mak cik! Akmal mana?” Soalnya lagi. “Kau kenapa senyap semacam je ni?”
            “Akmal tak join kita hari ni.” Jawabnya. “Aku tak ajak dia pun.” Sambungnya lagi perlahan. Dahlia memandang ke arah Hakim dan seperti yang diramal, kelihatan wajah Hakim berkerut seribu. Masakan tidak? Selalunya, ke mana-mana sahaja mereka pergi, mesti bertiga. Dari kecil sampailah ke tua,  memang bertigalah jawabnya. Jarang benar mereka keluar berdua. Itupun hanya Akmal dan Hakim saja. Seingatnya, kali terakhir dia keluar berdua dengan Hakim sewaktu berumur 11 tahun. Makan ais krim tepi pantai yang dekat dengan rumah tu. Itupun sebab Akmal demam. Kalau tidak, mesti Akmal pun ada interframe sekali.
            Hakim menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya perlahan-lahan. “Kau kenapa ni?” soalnya perlahan namun, jelas kelihatan wajahnya yang risau. Risau melihatkan keadaan Dahlia yang lain daripada biasa. Dia bukan boleh kalau tngok wajah Dahlia kelam semacam macam sekarang ni. Dia pulak rasa tak tentu arah.
            “Aku nak beritahu kau satu benda ni.” Beritahu Dahlia serius.
            Hakim mendiamkan diri buat seketika. Diperhatikan setiap inci raut wajah Dahlia dihadapannya. Kemudian dia tersenyum. “Cakaplah!”
            Dahlia menarik nafas dalam-dalam mengumpul kekuatan yang ada untuk berterus-terang dengan Hakim. Sungguh berat untuk dia meluahkan segala yang terbuku di hati. Bebannya lagi berat daripada mendukung anak Kak Long si Tasya yang gebu dan sihat itu! Takutnya untuk meluahkan lebih takut dari melihat Ju-On. Dia takut…takut apabila kebenaran telah diketahui oleh Hakim, akan ada perubahan. Tidak kiralah perubahan dari segi apa, jika namanya perubahan, itulah yang sangat ditakutkannya.
            “Mak ciiiiik!!!! Cepatlah cakap. Aku dah berjanggut tunggu kau ni.” Gurau Hakim seraya ketawa.
             Dia membuntangkan mata kepada Hakim yang main-main dengannya. Orang serius, dia boleh buat lawak bodoh pulak.
            Melihatkan reaksi Dahlia itu, Hakim cepat-cepat berhenti ketawa. “Lia, cuba beritahu aku apa yang kau nak sangat cakap dengan aku? Sampaikan Akmal pun kau tak ajak sekali kenapa?”
            Dia meramas-ramas jari-jemarinya. “Aku nak cakap pasal Akmal, sebab tulah aku tak panggil dia.”
            Hakim mengangkat kening. “Pulak? Kenapa dengan Akmal?”
            Dahlia merenung tepat ke dalam anak mata Hakim. Lama ditenungnya sambil berfikir betulkah keputusan yang dibuat? Memberitahu Hakim perkara yang sebenar adakah tindakan yang tepat? Tapi, bila difikir-fikir kembali, kepada siapa lagi dia harus berterus-terang? Hanya Hakim dan Akmal saja sahabatnya. Dari dulu sampailah sekarang.
            “Lia…” Panggil Hakim lembut. “You know that you always can count me?” Soalnya sambil tersenyum.
            Apabila melihatkan senyuman Hakim, hatinya terus menjadi tenang. Kusut fikirannya serta-merta hilang. Wajah sugulnya perlahan-lahan kembali seperti biasa. Dirinya terus menjadi yakin 200% dengan keputusannya. Memang Hakimlah orangnya, tidak salah lagi.
            “Ingat tak dulu…waktu kau, aku dengan Akmal membesar ramai yang cakap nanti mesti ada antara kita bertiga yang akan jatuh cinta sesama sendiri? Dan kita pun mati-mati menyangkal bila ada orang yang cakap macam tu? Kita sama-sama gelakkan kat orang yang selalu cakap macam tu kat kita? Dan kita juga selalu cakap, lelaki dan perempuan boleh jadi sahabat sepanjang hayat tanpa melibatkan perasaan cinta.
            Hakim…aku rasa…aku rasa…apa yang orang lain cakap tu ada betulnya. Se..seb…sebab..aku rasa…aku suka kat Akmal.”
            Sekarang ni, kalau semut tengah berjalan pun rasanya boleh dengar sebab keadaan waktu itu sangatlah senyap. Hakim terkedu tak terkata sementara Dahlia pula risau menanti reaksi Hakim. Biarpun dia berasa lega sebab dapat berkongsi apa yang dipendamnya selama ini dengan Hakim, tapi perasaan itu hanya bertahan sekejap saja. Kini, dia mula resah-gelisah pula dengan respon yang bakal diterima daripada Hakim. Dan dirinya sudah mula tak tentu arah melihat Hakim yang tengah duduk tak bergerak-gerak keras macam Tugu Negara.
            “Kau betul-betul suka kat dia?” Soal Hakim akhirnya dengan wajah yang sangat serius. Dia merenung tepat ke dalam anak mata Dahlia membuatkan gadis itu berasa kurang selesa. Seketika dia terasa perubahan pada sikap Hakim.
            “Perasaan kau pada dia, betul-betul mendalam ke?” Soal Hakim lagi. Perlahan, tetapi serius seperti tadi.
            Dahlia mengangguk perlahan-lahan. Entah mengapa mulutnya tidak berdaya untuk memberikan jawapan apabila melihat renungan Hakim itu. Suaranya tersekat, air liur yang ditelan terasa berpasir. Payah untuk ditelan.
            Lama Hakim mendiamkan diri sebelum melepaskan keluhan dengan berat. Dia memandang Dahlia, akhirnya dia pun tersenyum. “Baguslah!”
            “Eh?” Dahlia mengangkat kening.
            “Apa eh, eh?”
            “Aku ingatkan kau nak marah aku tadi?  Tenung aku macam nak baham je kot. Semput dada aku  tau tak!”
            Terus Hakim ketawa. “Baru tenung sikit dah gelabah. Selalu aku tenung kau takde pape pun? Hari ni pulak dada semput?”
            Dahlia ketawa kecil. “Selalu kau tenung aku lain. Hari ni lain. Terasa aura hitam keliling kau tadi.”
            “Oit! Ingat aku super saiya ke nak kena ada aura? Aura hitam pulak tu!”
            Makin besar ketawa Dahlia.
            “Habis tu, bila kau nak beritahu dia?”
            Soalan yang ditanya oleh Hakim membuatkan Dahlia terus terdiam. Dia menjungkit bahu sebagai jawpaan.
            “Laa…kenapa pulak?”
            “Aku takut.” Jawabnya perlahan.
            “Takut apanya? Seingat aku, Akmal belum pernah lagi makan orang. Sumbat je nasi lemak dalam mulut dia, confirm kenyang!”
            Dahlia ketawa kecil mendengar gurauan Hakim. Dia menarik nafas lalu menghembusnya berat. “Aku takut, kalau dia tak nak terima aku, persahabatan kita ni….” Tak sanggup dia mahu meneruskan ayatnya.
            “Lia…” hakim memanggilnya lembut. “Kau, aku dengan Akmal dah kenal lama. Masing-masing dah faham dengan perangai masing-masing. Paling teruk yang kau kena tanggung ialah tanggung malu je kalau Akmal tak nak kat kau.”
            Terus hakim ketawa besar.
            “Eeeiii…kau ni kan memang penyokong yang ‘terbaek’ la! Aku betul-betul risau ni wei…
            Hakim tersenyum lebar ke arah dahlia selepas ketawa. “Aku pun betul-betul jugak. Berterus-teranglah dengan Akmal. Sekurang-kurangnya biarlah dia tahu perasaan kau pada dia. Dan aku rasa, tak ada ruginya kau mencuba. Lagipun, lelaki bodoh manalah yang tak nak kat kau?”
            Dahlia merenung Hakim dalam-dalam lalu tersenyum. “Thanks, Hakim.” Ujarnya ikhlas. “Betul ke aku patut beritahu dia?” Sambungnya lagi.
            Hakim mengangguk-angguk sambil tersenyum.
            “Kena beritahu sekarang ke?”
Hakim menjungkit bahu. “It’s up to you.”
            “Aku rasa….nak tunggu sikit masa lagi. Bila dah betul-betul bersedia, dah betul-betul yakin baru aku nak beritahu dia.”
            Hakim menongkat dagu dengan tangan kanannya. “Tapi, ingat…. Jangan tunggu lama-lama. Nanti kau jugak yang melepas.”
            Dahlia tersengih. “Cakap macam ada pengalaman pulak!”
            “Mestilah ada, sebab tu aku cakap.”
            Dalia mengangkat kening. “Laa..dengan siapa pulak ni? Kenapa aku tak tau?”
            “Dengan Kak Limah yang jual pisang goreng kat kampung tu. Jenuh aku tunggu nak mengorat dia, last-last Abang Man jugak yang dapaaaat….”
            Terus meletus ketawa Dahlia. “ Tak agak-agak Kak Limah tua sepuluh tahun kot dari kita!”
            Hakim hanya tersengih memandang Dahlia.
            “Hakim…” Panggilnya lembut. Dia merenung ke dalam anak mata Hakim sedalam-dalamnya. “Terima kasih. I know you’ll always be my side.”
            “I always do…no matter what happen. Remember that.”
            Dahlia mengangguk-angguk perlahan. “ I will….”
2012….
KALAU tadi hatinya gelabah setiap saat. Peluh pulak tak berhenti-henti daripada mengalir. Jantung berdegup kencang mengalahkan angin taufan. Tetapi, sekarang? Alhamdulillah…segalanya berjalan dengan lancar. Hanya dengan sekali lafaz, dia sudah sah menjadi suami orang pada hari ini.
            Dahlia melihat cincin itu disarungkan perlahan-lahan oleh Akmal. Senyuman menawan yang terukir pada bibir satu-satunya lelaki yang dicintai membuatkan dia sukar bernafas. Senyuman itu tidak pernah luput sejak Akmal bergelar suami. Namun, biapun lelaki yang dicintai dalam diam itu sedang bergembira, hatinya pula dalam kesedihan. Patutnya dia ikut saja nasihat Hakim dua tahun yang lalu. Kalau dirinya cepat bertindak, kalau dia sempat meluahkan perasaannya, mungkin hari ini dialah yang akan bergelar isteri kepada Akmal, bukannya Fatin.
            Namun, dia redha. Dia mengerti insan lemah sepertinya tidak mampu melawan kuasa Yang Maha Esa. Sesungguhnya, setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Dia cuba memaksa bibir untuk senyum gembira seperti mereka yang hadir bagi meraikan hari bersejarah dalam hidup Akmal dan Fatin, tetapi, gagal. Makin dipaksa bibirnya untuk senyum, matanya pula semakin berair.
            Hatinya hancur berkecai apabila setiap kaum Adam yang berada di situ menghulurkan salam kepada Akmal lalu mengucap tahniah kepadanya. Perasaannya pilu bagai dihiris sembilu tatkala kaum Hawa memeluk dan mencium pipi Fatin sambil mulut memuji-muji wanita itu. Tanpa sedar, air jernih mula menitis di pipi. Apabila dirasakan pipinya seperti basah, jari-jemari kanannya sepantas kilat menyapu pipinya agar kering.
Cinta yang dipendam setelah kian lama akhirnya terkubur di dalam hatinya. Hanya dia dan Hakim saja yang tahu tentang kubur rahsia yang dipenuhi dengan kesedihan dan kekecewaan itu. Sesekali dia menyalahkan diri sendiri kerana takut untuk menyatakan perasaannya pada Akmal. Bukannya dia tidak berpeluang untuk meluahkan isi hati, tapi, apabila mulutnya ingin berbicara, serta-merta dia hilang suara. Lain yang ingin diberitahu, lain pula yang dicakap. Biarlah….tiada apa yang perlu disesalkan kerana ini semua telah dirancang oleh Yang Maha Mengetahui. Tiada apa yang patut difikirkan lagi kerana lelaki itu sudah pun dimiliki. Tetapi, dia tidak akan berbohong apabila mengatakan hatinya kecewa tatkala melihat Akmal dari jauh yang sudah pun sah menjadi milik Fatin.
Dia memandang sekeliling lalu melihat Hakim yang sedang duduk keseorangan jauh daripada mereka yang lain. Hakim tersenyum nipis memandangnya. Dengan sepantas kilat, langkah diatur menuju ke arah sahabatnya itu. Ditinggalkan kesedihannya itu bersama-sama langkah yang diatur pergi daripada Akmal.
‘Dalam taman hati ini, telah ku hiaskan tempat hanya untukmu….namun, hiasan itu bertukar kelam tatkala melihat dirimu kini yang sudah pastinya tidak akan menjadi milikku. Ku biarkan kekosongan dalam taman hati ini dihiasi dengan kesedihan dan kekecewaan yang penawarnya tidak tahu bila akan menjelma…’
Daripada tadi dia memerhatikan Dahlia dari jauh. Matanya tidak pernah lupa untuk menjeling wanita yang dicintainya. Pedihnya hati apabila melihat wanita itu menitiskan air mata untuk lelaki lain. Pedih lagi apabila wanita itu melafazkan kata cinta di hadapannya untuk lelaki lain. Di saat Dahlia memberitahu bahawa Akmal adalah lelaki pilihannya, jantungnya terasa bagai dicucuk  berbilah-bilah pedang yang tajam. Pedih, sakit dan terluka. Dadanya sesak untuk bernafas. Yang memeritkan lagi adalah apabila dirinya terpaksa senyum gembira mendengar berita yang serupa bencana itu. Dan lebih memilukan apabila mulutnya terpaksa mengeluarkan kata-kata perangsang kepada wanita yang dicintai agar berusaha untuk mendapatkan lelaki lain, bukan dirinya.
Tiada sesiapa pun yang tahu hatinya telah lama tertawan kepada Dahlia. Dia takut untuk mengakui perasannya kerana ingin menajga persahabatan anatara mereka bertiga. Salah dirinya juga, lambat bertindak. Tetapi, dia percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
“Kenapa tak join diorang yang lain?” Soal Dahlia sambil cuba tersenyum apabila berdiri di hadapannya. Dia tahu Dahlia sedang berpura-pura gembira di hadapannya.
Hakim mengeluarkan sehelai sapu tangan dari poket baju melayunya lalu dihulurkan kepada Dahlia. Tanpa segan, air mata wanita itu terus merembes keluar. Empangan air matanya pecah tanpa dapat ditahan. Dia mengambil huluran Hakim dengan tangan yang menggigil-gigil. Dibawa sapu tangan itu untuk menutup mukanya yang sedang menangis. Dia menangis sepuas-puasnya di hadapan lelaki itu.
Sayu sungguh hati lelakinya apabila melihat wanita itu menangis. Pilu hatinya melihat titisan air mata yang gugur ke Bumi. Andai kata wanita itu halal untuk disentuh, sudah tentu tubuh itu pantas dirangkul ke dalam pelukannya. Namun, apa yang terdaya, dia hanya berdiri di situ, melihat wanita itu menangis teresak-esak kerana lelaki lain.
‘Dalam taman hati ini, sudahku semaikan benih cinta kepada mu. Aku siraminya dengan rasa rindu, aku bajainya dengan kasih kepadamu. Semakin lama, semakin subur cintaku kepadamu. Aku hanya menuggu masa untuk khabarkan bahawa hati ini sudah penuh dengan bunga-bunga cinta terhadapmu. Namun, di saat bibirmu mengakui cinta kepada si dia, terus hancur taman cinta dalam hati ini. Yang tinggal sekarang hanyalah tanah gersang yang tidak mungkin boleh subur kembali…’
Dalam pada dia sibuk bersalaman dengan mereka yang tidak berhenti-henti mengucapkan tahniah kepadanya, dia sempat menjeling sekilas ke arah Dahlia. Dari awal lagi ke mana arah tuju Dahlia sudah diketahuinya. Sejak dari dulu lagi dia sudah tahu kepada siapa Dahlia akan pergi. Biarpun mereka bertga bersahabat, dia tahu yang dirinya sentiasa akan menjadi pilihan kedua kepada dahlia. Memang dari dulu lagi, jika ada apa-apa, Dahlia pasti akan mencari Hakim dahulu sebelumnya.
Dia akui, dalam diam, ada cemburu menjelma apabila melihat Dahlia mengutamakan Hakim daripada dirinya. Perasaannya pada Dahlia dipendam tanpa sesiapa pun yang tahu tentangnya. Sungguh payah menyimpan perasaan cinta pada wanita yang tidak berjaya dimilikinya.
Sejak kejadian apabila dia melihat Dahlia dan Hakim berjumpa secara sembunyi dua tahun yang lalu, dia tahu, dia sudah tewas untuk memiliki hati wanita itu. Kerana dia pasti, hati wanita itu sudah pun dimiliki oleh sahabat karibnya. Lalu, dia mengalah. Dia lebih rela biarkan saja mereka berdua, kerana hanya persahabatan ini sajalah yang dia ada. Hanya dengan persahabatan ini dia dapat terus bersama-sama dengan Dahlia. Dia mahu sentiasa dekat dengan Dahlia. Biarpun hatinya terluka, dia redha asalkan Dahlia akan sentiasa ada di sisinya. Biarpun hanya sebagai sahabat. Dia pergi meninggalkan Dahlia dan Hakim pada hari itu dengan membawa kekecewaan dalam hatinya. Jika dia tidak melihat keintiman mereka berdua pada hari itu, mungkin sekarang ini cincin yang akan disarungkan adalah pada tangan Dahlia. Kerana sejak dari dulu lagi, impiannya adalah untuk memeperisterikan ddahlia.
Sebab itu, dia sering mencabar dirinya untuk menjadi yang terbaik dalam setiap perkara. Dia mahu Dahlia melihatnya. Dia mahu dahlia memberikan perhatian yang lebih kepadanya. Dia mahu Dahlia berubah mencarinya dulu sebelum Hakim. Namun, dia tahu usahanya adalah sia-sia apabila sudah jelas, Dahlia memilih Hakim daripada dirinya. Tiada lain yang diharapkan agar mereka berdua bahagis hingga ke akhir hayat. Biarpun mereka berdua masih lagi menyembunyikan perasaan mereka, dia akur. Itu pilihan mereka, dia tiada kuasa untuk mempersoalkannya. Dan kini, kesedihannya pula di harap dapat dirawat dengan kehadiran Fatin dalam hidupnya.
‘Dalam taman hati ini, sudah ku pahat namamu bertahun-tahun lamanya. Biarpun engkau bukan milikku, namanu akan sentiasa berada dalam hati ini…hanya namamu yang memberikan cahaya pabila hatiku berada kegelapan. Telah aku ciptakan pagar di sekeliling namamu, memberitahu, bahwa tiada sesiapa pun yang dapat menghilangkan namamu dari taman hati ini…..’

            

Thursday 9 February 2012

Cerpen Dan Anda #6

Assalamualaikum w.b.t..
this is the 2nd last cerpen.
hehe..
1 more to go.
hope u guys will like it.
mcm biasa, sila tinggalkan komen dan pandangan anda, ok?
syukran jazilan.
may Allah bless us all.

Title : Mencari Adam Dalam Yusoff
By : Nurwateeqa




Langkah di atur kemas namun perlahan menuruni anak tangga Masjid. Dilabuhkan duduknya ke anak tangga. Stokin di dalam kasut dicapai untuk dipakai, namun pandangannya entah hanyut ke mana. Suara tangisan itu sekali lagi mengganggu fikirannya. Bukan sekali, namun hari ini sudah masuk kali ke empat suara tangisan itu singgah ke telinganya sejak semalam. Siapa? Manusia atau….? Ah! Ini masjid la Yusoff! Astagfirullah… Mungkin bisikan syaitan yang menghembus di telingaku tika aku cuba khusyuk menunaikan solat. Bisik hati kecil Yusoff, bagi menenangkan gundah di hati.

Sejak Yusoff menunaikan solat zuhur semalam, esakan kecil itu menjengah ke cuping telinga. Perlahan sahaja, tapi penuh hiba. Pada awalnya, Yusoff cuma membiarkan. Mungkin ada hamba Allah yang sedang mencari ketenangan dengan menangis di depanNya, ujar hati Yusoff. Namun, apabila Yusoff ke Masjid untuk solat asar, sekali lagi dia mendengar, dan sehingga hari ini dia mendengar esak tangis itu. Lama, bukan seminit dua. Hatinya tertarik-tarik untuk menjengah ke ruang solat wanita, tapi apa pula kata orang yang melihat? Hati Yusoff benar-benar tertarik mahu tahu, siapa pemilik tangisan itu? Kenapa berat sungguh dengarnya tangisan dia?

Yusoff menepuk perlahan seluarnya, membuang habuk yang ada. Beg digalas ke bahu, jam di tangan dibelek. Ada lagi 15 minit sebelum pukul 2, kelas Dr Rozaimah batal pula hari ini, mahu ke mana? Pulang ke bilik atau ke perpustakaan yang betul-betul di sebelah masjid? Sebagai pelajar tahun akhir, Yusoff lebih banyak menghabiskan masanya di perpustakaan bagi mencari bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan penulisan projek akhir. Belum sempat memulakan langkah, kelibat gadis berbaju biru itu mencuri pandangannya. Pantas dia kalih memandang, dalam masa yang sama, si gadis turut memandangnya melemparkan satu senyuman kecil. Senyuman sapaan, tiada maksud lain. Mata Yusoff tetap memandang langkah si gadis yang kian hilang di balik tiang-tiang di kaki lima. Hati Yusoff bagai menyatakan sesuatu namun masih kabur, masih tidak pasti. Ah! Mainan hati sahaja!

+++++++++++++

“Assalamualaikum.” Pintu bilik terkuak dari luar. Muazzam menggeleng melihat Yusoff yang sedang termenung di meja belajarnya. Salamnya tidak dijawab, seperti ada sesuatu yang mustahak yang sedang difikirkan oleh Yusoff. Beg yang digalas diletakkan di atas katil, Yusoff di dekatinya. Bahu Yusoff ditepuk perlahan. Nyata, Yusoff sememangnya tidak sedar, tersentak dek tepukan Muazzam.

“Eh abang Azam, bila balik? Tak dengar pun bagi salam?” Muazzam hanya ketawa kecil dan menggeleng kepala dengan tingkah Yusoff.

“Siapa insan bertuah yang berjaya menakluk hati Ustaz Yusoff kita nih?” Muazzam berseloroh, dia melabuhkan duduk di birai katil Yusoff. Yusoff hanya tersenyum dengan kata-kata Muazzam. Yusoff membetulkan duduknya.

“Tiada siapa, masih dalam pencarian. insyaAllah suatu hari nanti.” Muazzam hanya mencebik dan mengangguk, bukan dia tidak kenal sikap Yusoff. Bukan memilih, namun berhati-hati. Isteri bagi Yusoff adalah seorang bidadari. Biar tak cantik luaran namun indah dalamnya, pesonanya dia kerana imannya.




“Sudah tu, kenapa yang termenung aje? Nak tembus dinding tu rasanya, sampai abang bagi salam kau tak dengar. Kenapa nih? Apa yang difikirkan tu?” Yusoff mengeluh perlahan. Ya, dia memang memikirkan sesuatu. Memikirkan pemilik tangisan itu.

“Ishh Ustaz Yusoff ni, mengeluh kenapa?” Muazzam makin pelik dengan sikap Yusoff. Jarang sekali, atau ayat yang lebih tepat, Yusoff tidak pernah mengeluh sebelum ini.

“Erm… ada sesuatu yang buat Yusoff pelik dan terfikir-fikir sampai sekarang.” Muazzam memperkemaskan duduknya mahu mendengar dengan teliti cerita Yusoff.

“Dah dua hari Yusoff dengar suara esakan orang menangis dalam Masjid. Tiap kali Yusoff solat zuhur dan asar. Masa pertama kali dengar, Yusoff biarkan, tapi ini dah kali ke empat Yusoff dengar. Siapa? Manusia ke apa ke….”

“La… ye ke… dalam Masjid, nak kata iblis tu pelik la pulak... erm…” Mereka berdua terangguk-angguk, dalam fikiran masing-masing memikirkan perkara tersebut.

“Dah tanya dengan Ustaz?”

“Belum, ingat isnin nanti, Yusoff ada satu kelas aje isnin, lepas kelas Yusoff nak ke MSI jumpa Ustaz.” Muazzam mengangguk lagi.
“Ha… itu yang terbaik, lagi cepat lagi bagus. Macam misteri aje cerita Yusoff nih. Sekarang jangan termenung dah, tunggu isnin nanti, insyaAllah dapat jawapan.” Yusoff tersenyum, mungkin, mungkin akan terjawab segala persoalan yang ada di dalam kepala dia sekarang ini.

“Memang tak sabar nak tunggu isnin, dah serabut kepala Soff fikir bang.” Muazzam menggeleng.

“Yang dipikirkan sangat kenapa?” Yusoff tersengih.

“Misteri kan… mesti la fikir. Yusoff rasa macam ada sesuatu. Yelah setiap kali Yusoff solat mesti dengar, ada tanya dekat orang dekat-dekat tempat Soff solat tu, diorang kata takde pun dengar. Siap kata Soff buat diorang seram.” Yusoff ketawa kecil begitu juga Muazzam.

“Yelah, tetiba pergi tanya macam tu, abang dengar tadi pun dah seram.”

“That’s why la Yusoff tak sabar ni. Nak sangat tahu apa or siapa. Nak pergi esok tapi mungkin Ustaz takde. Lagipun Yusoff nak ke Masjid lagi esok, nak siasat dulu, kalau tak dengar dah, confirm manusia, sebab week days memang ramai orang solat kat Masjid kan.” Muazzam mengangguk bersetuju dengan kata-kata Yusoff.

“Kalau macam tu, abang ikut Yusoff esok ye, abang pun nak jadi Conan jugak.” Yusoff berkerut mendengar kata-kata Muazzam.

“Conan bang?”

“Yelah, nak selesaikan misteri.” Terkekek Muazzam dapat kenakan Yusoff. Yusoff hanya ketawa kecil, malu bila diperli oleh Muazzam, abang yang 3 tahun lebih tua daripadanya. Dalam tempoh empat tahun pengajian dia di UTM, selama itu juga Muazzam menjadi teman biliknya. Serasi, dengan sikap Muazzam yang ceria dan sentiasa menjadi penasihatnya. Muazzam keluaran daripada UTM KL, dengan diploma yang ada dia menyambung pula pengajian di peringkat Ijazah. Manakala Yusoff keluaran ‘fresh’ daripada Matrikulasi. Muazzam mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal, manakala Yusoff mengambil jurusan pendidikan. Biarpun berlainan jurusan, itu bukan masalah buat mereka berdua untuk kekal serasi bersama.

++++++++

Pagi sabtu itu, Yusoff bangun seperti biasa tetapi perancangannya berbeza. Jika sebelum ini, hari sabtu adalah hari untuk dia keluar ‘outing’ bersama-sama kawan-kawan ataupun seorang diri. Sabtu merupakan hari untuk merehatkan minda daripada semua kerja. Tapi hari ini, dia merancang untuk ke MSI dan menunggu misteri tangisan itu. Yusoff sudah siap, hanya menunggu Muazzam yang masih belum bersiap lagi. Entah kenapa, seusai solat subuh awal pagi tadi, hati Yusoff getar dan berdebar lain macam. Rentaknya terlalu asing. Moga semuanya baik-baik sahaja.

“Yusoff, kita singgah arked dulu sebelum pergi masjid, isi perut.” Muazzam mencadangkan sebelum mereka bertolak ke masjid dari kolej.


“Awal lagi, bolehlah…” Yusoff menghidupkan enjin motorsikalnya. Beg galasnya diletakkan di dalam raga motor. Hujung minggu sunyi sedikit keadaan di kolej, al maklum, semua pelajar nak ‘qadha’ tidur. Motorsikalnya dipandu berhati-hati menuju ke destinasi.

Arked meranti merupakan tempat makan di UTM yang mempunyai beberapa buah café. Di sini lebih banyak pilihan berbanding café yang ada di kolej. Jam baru mengenjak ke pukul 8.30 pagi. Masih awal untuk mengambil makanan yang berat. Beberapa biji kuih menjadi pilihan, air milo panas memang kegemaran Yusoff dan Muazzam. Sebagai pelajar, mereka berdua sebolehnya mengelak daripada mengambil minuman bergas dan yang mengandungi nilai kafein yang tinggi. Di sini sudah ramai pelajar, mungkin ada aktiviti yang kolej-kolej anjurkan.

“Yusoff, cuba pandang kejap dekat situ.” Muazzam memuncungkan bibirnya dan menghalakan pandangan ke arah café minuman di hujung.

“Kenapa?” Soal Yusoff selepas menghala pandangannya ke arah yang sama.

“Tu budak perempuan tu. Cuba tengok dia.” Yusoff mengerutkan dahi. Kenapa dengan Muazzam ni, tak ingat isteri kat rumah ke? Bisik hati Yusoff.

“Hai bang… Kak Sakinah seorang tak cukup ke?” Pantas dahi Yusoff dijentiknya. Mengaduh Yusoff dengan kesan jentikan Muazzam.
“Orang suruh tengok untuk dia. Bukan macam tu ke pilihan Yusoff.” Yusoff menggeleng tetapi tetap memandang sekilas. Seorang gadis berbaju kurung dan bertudung labuh. Cantik, tak dinafikan, cuma……

“Bukan jugak?” Muazzam menelah. Yusof hanya mencebik dan mengangkat kedua-dua bahunya kemudian menyambung suapannya yang terhenti sebentar tadi. Muazzam menyisip air yang masih berbaki.

“Yusoff bukan cari yang sempurna abang Azam. Perempuan macam tu terlalu baik untuk Yusoff.”

“Jangan cakap macam tu, kita boleh berusaha menjadi lebih baik kan? Abang tengok tiada yang kurang dalam diri Yusoff. Sepadan aje.” Yusoff hanya tersenyum. Muazzam selalu aje mahu menggandingkan dia dengan sesiapa yang berkenan di hatinya.

“Yelah-yelah… jom bang, dah dekat 9.15 nih… Yusoff ingat nak duduk kat Masjid awal sikit.” Muazzam mengangguk dan meneguk airnya sehingga habis. Setelah itu, mereka bergandingan ke motor dan terus bergerak ke Masjid Sultan Ismail yang hanya lima minit jika berjalan kaki dari Arked Meranti.

Motor diparkir di bahagian belakang Masjid, berdekatan perpustakaan. Redup sahaja pagi itu, jika tidak waktu-waktu begini, matahari sudah terik memancar.

“Abang ke PSZ dulu ye Soff, nanti abang join jadik conan okay.” Yusoff ketawa kecil.

“Orait. Yusoff nak solat dhuha sama, abang awal sikit, boleh buat dhuha.” Yusoff sempat berpesan sebelum Muazzam berlalu ke perpustakaan. Muazzam berlalu dengan anggukan kecil.

Lama dia berteleku disitu, memohon petunjuk daripada Allah. Yusoff mahu misteri ini hilang daripada fikiran dia. Entah mengapa, suara tangisan itu seolah-olah menarik dia ke sini lagi. Ada perkara yang dia perlu tahukah tentang tangisan itu? Seringkali persoalan itu bermain difikirannya. Tangan ditadah, wajahnya diangkat menghadap kiblat. Hatinya kini berbicara, memohon pada DIA, perjelaskan segala-galanya. Jangan biar misteri itu terus bermaharajalela.

Selepas seketika, dia mengaminkan doa, dia meraup wajahnya dengan kedua telapak tangan, baru hendak bangun dari duduk, esakan kedengaran di cuping telinga. Sayup-sayup sahaja. Yusoff bingkas bangkit daripada duduknya. Di paling badan ke belakang, ke arah tangisan itu bersendu.

“Allah… Tunjukkanlah… Bongkarkanlah rahsia yang menyelubungi hambaMu ini…” Doa itu terucap berulang kali dalam hati Yusoff.

Saat itu, angin menghembus kuat memasuki ruang solat masjid. Kuat menghembus sehingga melayangkan kopiah putih yang elok terletak di atas kepala Yusoff. Zikrullah terus basah dibibirnya. Tatkala Yusoff tunduk mahu mencapai kopiah putih yang terjatuh ke lantai, tirai yang memisahkan kawasan solat lelaki dan perempuan terus sahaja mengerbang ditiup angin, kuat sekali sehingga roda tirai tersorong dan terus membina ruang yang meperlihatkan kepada Yusoff seorang gadis yang khusyuk berdoa dengan linangan air mata. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan yang menjadi-jadi. Angin kuat yang seolah mahu menerbangkan deretan tirai itu seakan tidak memberi kesan kepada si gadis itu. Yusof beristighfar sendiri. Diakah pemilik tangisan itu, Yusoff terus menerus menyoal dirinya. Tak lama, seketika bagai dilayang dengan satu tayangan yang membongkar persoalan-persoalan Yusoff, keadaan kembali normal. Tiada lagi angin, dan tirai itu kembali tertutup seolah tiada apa yang terjadi. Yusoff tersedar sendiri, dia bagai terpukau dalam angannya. Allah… hanya itu yang terucap dibibirnya kala itu. Suara tangisan itu juga ghaib bersama angin yang kuat menghembus.

“Yusoff, kenapa ni?” tepukan di bahu itu menyentakkan Yusoff yang tetap berdiri berdepan dengan kawasan solat perempuan yang elok ditutupi tirai. Yusoff memandang wajah Muazzam yang berkerut, begitu juga dia.

“Hey, kenapa ni Soff?” Soal Muazzam sekali.

“SubnaAllah…” Yusoff meraup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Bibirnya tidak kering dengan zikrullah. Sungguh dia terpana dengan kekuasaan Allah. Tiada doa yang mustahil jika kita bersungguh meminta, tambahan pula dalam rumahNYA.

“Kenapa Yusoff macam terkejut aje ni. Risau abang tengok.” Muazzam belum berpuas hati. Sejak dia masuk ke masjid tadi, Yusoff sudah tegak berdiri di situ. Bila di soal hanya pandangan yang penuh tanda soal yang dilemparkan Yusoff.

“Allah Maha Besar. Yusoff dah dapat jawapannya bang.” Muazzam masih berkerut seribu.

“Dah dapat jawapan? Tangisan misteri tu?” Yusoff hanya mengangguk laju. Langkah di atur kemas ke pintu Masjid di sebelah kanan. Dilabuhkan duduk ke anak tangga. Pintu yang mengadap terus ke kawasan lapang di sisi Masjid memang tenang dan indah pandangannya.  Yusoff menarik nafas dan melepasnya panjang. Muazzam turut mengambil tempat di sisinya.

“Gadis itu macam pernah nampak. Semua berlaku pantas sangat, tapi Yusoff pernah lihat wajah gadis tu.” Yusoff memulakan bicara. Hatinya masih belum puas walaupun dia sudah tahu pemilik tangisan itu adalah manusia, bukan jin atau makhluk lain yang seangkatan dengannya.

“Yusoff kenal?” Muazzam mencelah. Yusoff menggeleng laju.

“Tak kenal. Tapi pernah tengok.” Yusoff melepas keluhnya perlahan.

“Ish… kenapa mengeluh? Sepatutnya lega, misteri selesai.” Tegur Muazzam tegas. Yusoff beristigfar, menyesali kelemahan diri.

“Manusia, tak pernah puas dengan apa yang dia dapat. Astagfirullah.” Yusoff menggeleng menyesali perbuatan sendiri.

“Sudahlah. Semenjak misteri ni, Yusoff banyak sangat berfikir abang tengok. Sabar dik, perlahan-lahan dan jangan terlalu fikirkan, nanti jadi lagho aje.” Muazzam menegur sikap Yusoff yang agak pelik kebelakangan ini. Yusoff mengangguk menerima nasihat Muazzam.

“Alhamdulillah, Yusoff dah lega sikit. Tapi…” Muazzam sudah berkerut wajah.

“Ada lagi?”

“Kenapa dia menangis sampai macam tu sekali?” Muazzam hanya tersenyum kecil.

“Ini rumah Allah. Hamba-hambaNya bebas berbuat apa sahaja Soff. Kenapa nak persoalkan kenapa dia menangis? Allah adalah sebaik-baik tempat untuk mengadu. Allah tempat memohon segala-galanya.” Muazzam menjawab dengan penuh hikmah.

“Yusoff tahu. Tapi dalam sesaat yang Yusoff nampak tadi, gadis tu macam menanggung satu bebanan berat. Macam satu batu berat dihempap ke atas dia. Tangisan dia sahaja buat Yusoff terasa sama beban yang dia pikul.” Kening Muazzam terjungkit memandang Yusoff.

“Are you feeling something in your heart?” Muazzam cuba mempekenakan Yusoff.
“Yup. Tangisan dia buat Yusoff kemari, buat Yusoff minta pada Allah supaya tunjukkan siapa pemilik tangisan tu. Bila Yusoff dah nampak, buat Yusoff nak jumpa dia dan nak tahu kenapa dia menangis sebegitu.” Jawab Yusoff panjang lebar. Muazzam sudah tersenyum sumbing. Yusoff memandannya dengan penuh tanda tanya.

“Kenapa bang?” Yusoff menyoal bila melihat senyum Muazzam yang penuh makna.

“Mungkin jodoh Yusoff.” Yusoff ketawa kecil dan menggeleng laju. Tak dia sangka, jauh sungguh fikiran Muazzam. Tak pernah habis mempekenakan dia dalam soal ‘cinta’.

“Tak de lah sampai macam tu…” kata-kata Yusof tak habis dek kelibat gadis berkurung hijau muda yang berjalan melintasi mereka yang duduk ditepi tangga masjid. Dua-dua memandang langkah gadis itu yang turut memandang mereka dan melemparkan senyuman sapaan. Dia? Yusoff bersoal jawab sendiri. Yusoff bangun dari duduknya. Hatinya berdegup laju. Pandangannya masih terarah kepada gadis itu.

Langkah di atur menuruni anak tangga. Nak mengejar, seliparnya diletakkan di bahagian lain. Muazzam hanya memerhati tingkah Yusoff dengan kerutan di dahi. Buang tabiat ke budak nih? Telah hati Muazzam.

“Assalamualaikum, awak…” Yusoff menegur gadis itu yang laju melangkah ke arah Perpustakaan. Gadis itu kalih namun masih melangkah perlahan, mungkin tidak tahu dia yang ditegur Yusoff.
“Awak nanti kejap.” Ujar Yusoff dengan menggamit gadis itu. Si gadis menghentikan langkahnya.

“Awak panggil saya?” Ujarnya. Yusoff mengangguk perlahan. Muazzam hanya memerhati Yusoff yang sudah ke depan beberapa anak tangga daripada dia.

“Saya minta maaf, mungkin tak manis cara saya, tapi saya ada hal nak tanya awak.” Gadis itu yang sudah mendekati Yusoff hanya mengangguk perlahan menandakan dia tak kisah.

“Ada apa ye? Ermm… Kita memang tak kenal kan?” Soal gadis itu.

“Ye kita tak kenal, saya nak tanya awak beberapa soalan, boleh?” gadis itu beriak cemas. Mungkin takut dengan entah apa soalan yang bakal disoal Yusoff.

“InsyaAllah, kalau soalan tu saya boleh jawab.” Yusoff mengangguk dan tersenyum kecil. Mungkin lega dengan persetujuan gadis tersebut.

“Awak solat di sini tadi?” Si Gadis mengangguk perlahan.

“Erm… ada orang lain yang solat selain awak?”


“Er… saya solat dekat bawah tu, bahagian perempuan tu takde siapa, kat atas tak tahu pulak ada ke tak orang lain. Kenapa ye?” Yusoff mengangguk faham dan terus sahaja memandang si gadis tadi. Pandangan yang tajam menikam. Gadis itu sudah tidak tentu arah dek pandangan Yusoff. Beberapa ketika di biarkan, gadis itu mula menegur.

“Awak?” Ujar si gadis sambil melambaikan tangannya di depan Yusoff. Yusoff yang tersedar, beristighfar dan melarikan wajahnya ke arah lain.

“Maaf. Jadi, awaklah yang saya cari.” Gadis itu mengerutkan dahinya.

“Saya? Kenapa?”

“Sudah hampir seminggu saya mencari awak.”

“Tapi kenapa?” Soal gadis itu lagi, pabila Yusoff tidak memberikan jawapan sebaliknya memberikan lebih kejutan.

“Pemilik tangisan itu…” Gadis itu memandang Yusoff beberapa ketika.

“Tangisan… Allah…” ujar gadis itu perlahan, seolah berbisik sendiri.

“Saya mencari awak, sejak beberapa hari saya solat di sini, saya dengar tangisan awak… saya…”
“Saya minta maaf. saya mintak diri.” Gadis itu mencelah kata-kata Yusoff. Lalu terus melangkah laju ke arah Fakulti Alam Bina yang terletak di belakang Masjid dan Perpustakaan. Yusoff tidak terkata apa-apa. Dia hanya memandang pemergian gadis itu.

“Saya belum tahu nama awak…” Ujar Yusoff perlahan. Dia melepas lelah hatinya. Yusoff begitu bersungguh mahu mengetahui kesedihan gadis itu.

“Terlalu pantas Yusoff.” Muazzam menepuk perlahan bahu Yusoff. Dia yang sedari tadi memerhati, kini merapati Yusoff.

“Yusoff nak tahu, nak sangat tahu.”

“Tapi kenapa?” Muazzam makin pelik dengan sikap Yusoff.

“Entah, tapi hati ni tarik-tarik suruh Yusoff tahu.” Muazzam hanya menggeleng perlahan.

“Ingat Soff, ikut hati, mati.” Yusoff kelu sendiri. Allah, ampunkan hamba yang terlalu rakus dalam mencari makna sebuah rahsia. Yusoff menebar pandangan pada jalan yang dilalui gadis itu, biarpun kelibat si gadis sudah tidak kelihatan. Pasti dapat jawapannya, Yusoff begitu pasti!

+++++++++++++

            “Awal balik? Kata nak stay dekat library?” Huda menyoal Hawa yang duduk di birai katil. Hawa memandang Huda dan hanya memberikan senyuman tipis.

            “Kenapa ni?” Huda menyoal lagi. Hawa hanya menggeleng. Tidak menjawab walau sepatah. Huda menjungkit bahu dan meneruskan pembacaannya yang terhenti. Hawa banyak berahsia kebelakangan ni, telah hati Huda.

Hawa membuka tudung yang menutup kepalanya. Di sangkut kemas tudung itu dibelakang pintu. Begnya diletakkan di katil. Dia kemudian baring merehat badannya yang letih dek peristiwa itu. Ah! Kuat sangatkah? Hawa mengeluh perlahan. Matanya cuba dipejam rapat.
“Pemilik tangisan itu…”
            Hawa meraup wajahnya beberapa kali. Bagaimana dia boleh mendengarnya? Aku tidak menangis kuat, apatah meraung. Hati Hawa bersoal jawab sendiri. Keluh kecil dilepaskan. Huda yang sedang membaca mengalih tubuh, kembali memandang Hawa yang berbaring di atas katil.
            “Ada masalah tak nak kongsi, lepas tu mengeluh sorang-sorang.” Huda bangkit dan melabuhkan duduknya disebelah Hawa yang sedang berbaring. Hawa membuka matanya perlahan dan memandang wajah Huda yang ada riak kerisauan. “Maaf Huda, belum masanya” Hati Hawa berbisik sendiri. Senyuman tawar diberikan kepada Huda.
            “Kenapa ni Hawa? Sudah sebulan Huda tengok Hawa lain sangat. Kenapa? Taknak cerita dekat Huda?” Huda memujuk Hawa. Hawa bangkit dari pembaringannya. Tangan Huda dicapai dan digenggam erat.
            “Maafkan Hawa. Kali ini, Hawa perlu masa sebelum Hawa dapat ceritakan dekat Huda. Hawa mintak maaf Huda.” Huda memandang anak mata Hawa. Jelas kelihatan kesedihan dalam hatinya. Huda mengangguk perlahan.
            “Huda faham. Bila Hawa sudah rasa nak bercerita, Hawa tahukan Huda sentiasa ada untuk Hawa, ingat tu.” Hawa menarik Huda ke dalam pelukannya.
            “ Terima kasih Huda.” Huda tersenyum dan mengangguk perlahan serta membalas pelukan Hawa. “Kalau Huda tahu, bagaimanakah reaksinya?” Hawa berkias sendiri. Perkara itu dia sendiri berat untuk menerima, masakan Huda dapat menerimanya dengan baik, Allah berikanku jalan keluar!
+++++++++
Yusoff berlari ke tepi pagar gelanggang futsal. Jauh benar bola itu bergolek, hingga keluar dari gelanggang. Dalam tercari-cari bola itu, Yusoff terpandang bola tersebut bergolek mengena kaki seorang gadis. Mujur tak kuat, kalau tidak bukan bergolek ke kaki tetapi hinggap ke muka dia kut, Yusoff bermonolog hingga tersengih sendiri. Sengihannya mati apabila gadis itu mula tunduk dan mengambil bola tersebut. Yusoff kembali berlari-lari anak ke arah gadis tersebut.
“Maaf, bola saya.” Gadis itu tersenyum dan menyerahkan bola itu kembali kepada Yusoff. Yusoff membalas senyuman itu dan terus kembali berlari ke gelanggang futsal bagi menyambung permainan yang terhenti.
“Eh, kenapa tersengih sorang-sorang tepi jalan ni?” Hawa menyiku pinggang Huda yang tegak berdiri di seberang jalan bertentang padang futsal. Huda mengaduh kecil namun tak lama kembali memandang jauh ke arah padang futsal. Hawa turut memandang ke situ selepas melihat Huda terlalu asyik memandang ke sana. Sah!
“Astagfirullah, jatuhkan pandangan ya ukhti!” Suara Hawa, sekadar bergurau. Huda ni pantang melihat lelaki ‘macho’, mesti cair!  Huda ketawa kecil. Tahu ‘kegelojohan’nya mengusha lelaki tadi.
“He is so….so… so….”
“So what?!”
“So far so good.” Huda mengenakan Hawa kembali. Terkekek Huda ketawa pabila Hawa mula bercekak pinggang dan mengecilkan mata.
“Main-main! Usha budak laki sampai nak terkeluar bijik mata.” Huda tersenyum kecil.
“Dia nampak ‘alim. Soleh. Muka dia bersih aje.” Hawa berkerut dahi.
“Macam mana kita boleh tahu dia ‘alim hanya tengok muka?” Huda kalih ke arah Hawa yang berada di sisinya.
“Bila hati berkata ia begitu.” Huda cuba berkias ala-ala jiwang gitu!
“Bila hati mengundang kata ya, manusia akan terikut kata nafsunya, kerna hati terlalu baik kadangkala menipu!” Hawa membalas. Giliran Huda terpana. Hawa?
Hawa melangkah pergi. Kata-kata Huda mengingatkan dirinya tentang kisah itu. Kisah mengundang luka dihatinya. Hawa memegang dadanya yang terasa perit, luka bagai ditoreh lagi. Luka itu tak pernah berparut, kerana ia tidak pernah sembuh walau sekali. Allah, mahu bagaimana lagi harus hamba lakukan, hamba tidak mampu melupakan ia!
Huda berlari-lari anak mengejar Hawa yang sudah menyeberangi jalan untuk kembali ke bilik mereka. Huda masih tidak memahami tingkah laku Hawa kebelakangan ini yang nampak terlalu asing baginya. Hawa dulunya gadis yang lincah, rajin tersenyum dan terlalu gemar mengusik. Sekarang Hawa seolah-olah dalam dunianya sendiri. Kenapa?
“Hawa, kejap! Tengok tu.” Huda menarik lengan Hawa tiba-tiba,kuat, menahan Hawa daripada  terus berjalan masuk ke dalam Kolej mereka. Huda pandang ke arah yang ditunjukkan. Huda tersenyum penuh ‘gatal’. Hawa, mati tiada kata. Dia?
Daripada kejauhan Yusoff merasa ada yang memandangnya. Yusoff mengangkat kepala, dua gadis dari seberang jalan, dilihat asyik memandang ke arah dia. Eh, dia?

Hawa kembali meneruskan langkahnya, setelah dia melihat Yusoff sudah bangkit dari duduk dan melangkah ke arah dia dan Huda. Aku tak mahu bertemu dia! Jerit hati Hawa sendiri. Dari berjalan pantas, Hawa kini berlari-lari anak. Jeritan Huda yang memanggilnya dibiarkan sahaja.
+++++++
Hawa masih menatap komputer ribanya. Membaca setiap bait ayat yang ditulisnya sendiri. Bagi Hawa, dengan menulis dia dapat meluahkan setiap kesusahan hati yang dia rasai. Mahu bercerita pada manusia, dia malu! Bagai mengoyak kulit muka sendiri. Malu!
“Yusoff, nama dia Yusoff.” Huda bersuara tiba-tiba dan terus melabuh duduk di atas katil Hawa. Huda memandang tepat pada wajah Hawa.
“Siapa Yusoff?” Soal Hawa. Sememangnya dia tidak, langsung tidak kenal lelaki bernama Yusoff.
“Lelaki petang tadi.” Hawa mengeluh kecil dan hanya mengangguk kecil.
“Siapa dia? Kenapa Hawa lari dari dia?” Huda menyoal bertubi-tubi. Hawa masih diam tanpa kata. Huda kembali ingin bersuara dan menyoal namun dipintas Hawa.
“Hawa tak kenal. Sekali aje jumpa, di Masjid minggu lepas.” Hawa mengeluh lagi. Huda menggeleng perlahan.
“Bukan Ustazah Hawa pernah cakap ke, mengeluh itu tak baik. Mengeluh hanya pada yang berputus asa.” Huda cuba mengusik Hawa.
“Jangan panggil Hawa dengan panggil Ustazah.”
“Kenapa? Hawa macam Ustazah apa.”
“Tak, Hawa bukan Ustazah. Tak layak!” tegas Hawa. Suaranya sedikit kuat dan membuat Huda tersentak. Marahkah dia? Soal hati Huda.
“Tak layak? Mana boleh, pakai tudung labuh, banyak ilmu agama, bolehlah Huda panggil Ustazah, ye tak.” Huda bersuara lagi, hanya sekadar membuat Hawa senang hati.
“Hawa kotor!” Kuat dan jelas. Hawa terus mencapai tudung di birai katil dan keluar daripada bilik, pintu bilik terhempas kuat. Huda tergamam sendiri.
“Apa maksud dia? Kotor? Takkan lah….” Huda berbicara sendiri. Mindanya masih berputar memikir tiap bait kata-kata Hawa sebentar tadi, namun tiada jawapan. Huda bingkas bangun daripada katil Hawa untuk kembali ke meja belajarnya. Hal Hawa dia mahu biarkan sementara waktu, biarpun dia masih tidak faham walaupun sedikit kenapa Hawa begitu. Belum sempat dia melangkah, sesuatu dikomputer riba Hawa menariknya untuk membaca. Huda lantas, menarik tetikus itu dan menyorot setiap tulisan yang tercatat dilaman putih itu.
“Dalam diam, saya kadangkala menangis. Dalam ketawa, saya kadangkala meraung. Kisah itu tidak terpadam, malah kian melebar dan membiak bagai barah pada manusia. Saya tidak dapat melupakan walaupun sedikit daripada kisah itu. Kisah itu bak kisah hitam dalam diri saya. Harus bagaimana untuk saya melupakan? Dalam doa setiap kali nafas saya hembuskan, saya mohon moga Allah membantu saya melupakan kisah itu. Saya bagai hidup dalam bayang-bayang hitam, penuh ketakutan, penuh kebimbangan!”
Huda termangu sendiri, apa yang menyelubungi Hawa belakangan ini. Apa yang ditanggungnya yang membuat dia begitu tertekan. Kotor? Apa yang dimaksudkan oleh Hawa tentang dirinya yang kotor? Huda berfikir sendiri. Hatinya resah memikirkan tentang Hawa yang berubah sikap. Bagaimana harus aku membantu dia?
++++++++++



Yusoff masih lagi menatap blog itu. Setiap bait tulisan itu bagai meminta Yusoff membacanya. Sesekali Yusoff menggeleng, mengerut dahi dan mengurut lehernya. Ada yang difahami ada juga yang tidak. Terlalu tersirat!
“Belum habis lagi?” Muazzam menegur.
“Terlalu dalam sangat bang. Payah saya nak faham.” Rungut Yusoff.
“Erm… Jiwang?” Yusoff menggeleng.
“Jiwang saya faham la jugak bang, ni macam ada yang dia sembunyikan aje.” Muazzam mendekati Yusoff yang duduk dimeja belajar.
“Biarkan aje tak boleh? Dalam beberapa bulan ni, Yusoff asyik sangat dengan ‘misteri’ Hawa ni. Penting ke?” Muaazam mula menegur. Iyelah, Yusoff terlalu asyik untuk cuba menyelesaikan kisah Hawa. Selepas dapat kenal teman sebilik Hawa, si Huda, lagilah dia asyik cuba merungkai kisah Hawa. Sampailah blog milik Hawa digodeknya.
“Yusoff dah cuba. Tapi asyik terfikir. Sampai terbawa dalam tidur. Yusoff pun tak tahu kenapa.” Yusoff memaling tubuh menghadap Muazzam yang berdiri di sebelahnya.
“Terbawak dalam tidur sebab terlalu fikir sebelum tidur. Yusoff sukakan Hawa?” Muazzam menelah sekadar menjangkakan sesuatu setelah melihat begitu bersungguh merungkai kisah hidup Hawa yang sengaja Hawa sembunyikan.
“Mungkin.” Jawapan Yusoff mengejutkan Muazzam. Terbeliak mata Muazzam mendengar.
“Alhamdulillah, patutlah beria sangat!” Muazzam seolah bergembira mendengar jawapan Yusoff biarpun sangat terkejut pada mulanya.
“Abang Muazzam ni, suka sangat ye bila Yusoff cakap Yusoff suka?” Muazzam menaikkan keningnya sebelah macam gaya Ziana Zain pulak!
“Ha.. buat kening macam tu pulak..” Yusoff ketawa kecil.
“Yusoff serius ke tak sukakan Hawa?” Yusoff memandang Muazzam dengan senyuman dan mengangguk kecil.
“Yusoff dah buat istikarah. Alhamdulillah, mungkin dia untuk Soff.” Muazzam meraup mukanya mengucap syukur.
“Mau abang risikkan?” Yusoff ketawa kecil.
“Tak terlalu cepat atau awal?” Muazzam menggeleng dan Yusoff sekadar mengangguk kecil. Muazzam yang sudah mendapat jawapan daripada Yusoff terus berlalu, mahu mencari jalan untuk bagaimana mahu merisik diri Siti Hawa yang berjaya menakluki hati Yusoff.
Yusoff kembali menatap blog nukilan Hawa. Ada bait kata yang menarik hatinya.
“Saya terduduk diam dikerusi komputer, sambil menyisir rambut yang masih basah. Allah seburuk itukah hamba? Pabila soalan itu menerjah, saya sedar itulah petanda, betapa lemahnya diri saya pada suara bisikan syaitan-syaitan yang direjam. Semudah itulah saya tersasar daripada jalan kasihNya, terus melangkah ke jalan yang amat dimurka, jalan penuh darah kekotoran zina!”
Apakah misteri hidupnya Hawa itu? Bantulah hamba untuk membantu dia Ya Allah. Yusoff berdoa di dalam hatinya. Lalu dia bingkas bangun untuk menunaikan solat sunat dua rakaat, moga Allah memberikan dia jalan.
+++++

            Hawa menilik wajah beberapa manusia di depannya yang menunggu kata putus daripada dia.
            “Kami hanya mewakili Yusoff untuk merisik diri Siti Hawa ni, mana tau sudah ada yang punya.” Muazzam mengulang kata-kata, setelah melihat Hawa begitu mencerut wajahnya.
            “Hawa memang single kan Hawa.” Huda mencelah dalam kesepian yang Hawa bina. Hawa sekadar mengangguk perlahan.
            “Jadi, bolehlah Yusoff bawa rombongan ke rumah keluarga Hawa?” Muazzam menyoal lagi, namun masih tidak kedengaran suara Hawa sedari tadi. Huda mula mencuit-cuit pinggang Hawa yang kaku tidak bersuara. Hawa hanya mampu menyepi diri.
            “Hawa tidak terima? Sudah ada pilihan?” Muazzam cuba berdiplomasi secara lembut, memandangkan Hawa hanya membatu sedari tadi. Hawa mengangkat muka memandang wajah Muazzam sekilas dan kemudian kembali menundukkan mukanya.
            “Tiada pilihan, tapi… Maaf, Hawa tidak dapat terima sesiapa buat masa sekarang.” Hawa menutur perlahan. Dua orang lelaki yang bersama Muazzam mewakili Yusoff mengangguk perlahan tanda faham begitu juga dengan Muazzam, walaupun agak kecewa dengan jawapan Hawa. Huda tidak begitu, Huda kelihatan terlopong dengan penolakan Hawa, namun tidak mampu berkata apa.
            “Kenapa Hawa tolak?” Soal Huda setelah wakil Yusoff beredar. Tinggal mereka berdua sahaja di meja batu itu. Hawa hanya menggeleng. Huda tidak puas hati, dia menyoal lagi.
            “Jodoh baik datang, dalam Fakulti Pendidikan, siapa tidak kenal Yusoff? Jejaka idaman mahasiswi, kenapa Hawa tolak?” Hawa mengangkat wajahnya memandang Huda. Huda terpaku setelah melihat mata Hawa berkaca-kaca.
            “Siapa Hawa ni untuk terima Ustaz Yusoff?” Hawa bersuara, dengan senyuman nipis. Senyuman itu hanya sekadar senyuman, bila air mata Hawa berlinang di pipinya.
            “Hey, apa main air mata ni Hawa?” Huda menarik Hawa ke dalam pelukannya setelah dia mengambil duduk di tepi Hawa.
            “Hawa pernah terfikir hal ni, tak sangka jadi betul-betul.” Huda mengerut dahinya.
            “Hal? Hal apa?” Hawa meleraikan pelukan dan mengalih tubuhnya memandang lepas ke depan.
            “Hal peminangan seorang lelaki yang memang menjadi idaman seorang wanita. Cukup agama dan kita yakin dia dapat membimbing kita kepada Cinta Allah. Tapi layakkah dia untuk Hawa. Hawa…” Hawa mati kata-kata, yang kedengaran esakan kecil.
            “Boleh Hawa jelaskan, biar Huda faham. Huda dah lama tunggu Hawa jelaskan masalah Hawa. Huda nampak perubahan Hawa. Kenapa ni Hawa?” Huda menyoal penuh kelembutan sambil memeluk erat bahu Hawa.
            “Hawa rasa diri Hawa dah kotor. Sangat kotor. Hawa sendiri malu nak sujud pada Allah. Dosa yang Hawa buat terlalu berat, sangat berat. Mahukah Allah mengampuni Hawa?” Huda menggeleng dan tersenyum.
            “Ya Rahman Ya Rahim. Itu nama Allah. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. Jangan lupa Allah itu Maha Pengampun!”
            “Biarpun dosa kita selautan, tapi ingat, keampunan Allah itu seluas langit! SubhaAllah!” 
            “Hawa tahu, tapi dosa yang Hawa buat hanya boleh dicuci dengan api neraka!”
            “La haula wala quwwata illa billah… apa yang Hawa dah buat?” Huda mengeratkan pelukan. Hawa mengesat air mata yang setia mengalir dengan belakang tangannya.
            “Perangkap diri sendiri dalam cinta nafsu remaja, Huda. Hawa terkandas sendiri dalam cinta palsu Razif! Janji dia bagai angin lalu.” Huda menarik tubuh Hawa menghadapnya.
            “Jangan cakap Hawa dah…” Kata-kata Huda mati di situ, tak sanggup untuk dia meneruskan kata.
            “Astagfirullah, mohon Allah jauhkan. Tak, Hawa tak pergi sejauh tu. Dengan cinta Allah, telah sedarkan Hawa diseparuh jalan. Sungguh! Hawa seolah tidak sedar buat semua tu.” Hawa menangis lagi.
            “Hawa… kenapa Huda tak kenal Razif?” Hawa mengesat air matanya lagi.
            “Cinta alam cyber. Huda kan tahu, Hawa suka main YM. Dari situ Hawa kenal Razif. Dalam telefon dalam YM, dia baik sangat. Dia cakap dia nak berubah tapi… bila jumpa, Hawa yang terikut cara dia.” Huda menggosok belakang Hawa bagi menenangkannya.
            “Usah di kenang, usah di ingat. Hawa dah sedarkan. Dekatkan diri dengan Allah, insyaAllah, Allah sangat sayangkan hambaNya yang bertaubat!” Hawa mengangguk lemah.
            “Hawa kerap terbayang kembali segala dosa yang Hawa dah buat dengan Razif. Mudahnya Hawa biarkan dia pegang tangan Hawa yang selama hidup Hawa, Hawa jaga untuk suami Hawa. Semua dah habis! Bagaimana Hawa mahu selayaknya bergandingan dengan Ustaz Yusoff!”
            “Hawa, jangan cakap macam tu, Hawa layak, tiada yang membuatkan Hawa tidak layak.”
            “Hawa kotor Huda, kotor!”
            “Hawa lupa cerita yang kita tengok dekat TV9 dulu, Baju Kebaya Terakhir Bapak, anak dia yang GRO berubah dan berjodoh dengan seorang Ustaz. See, bila kita menjadi baik di sisi Allah, Allah hadiahkan yang terbaik buat kita, insyaAllah.” Huda memujuk lagi.
            “Huda, itu drama! Fantasi. Hawa ini realiti!” Hawa menolak.
            “Itu kisah dunia, kisah realiti, kisah manusia, kalau tidak orang tak buat cerita macam tu tau.” Huda membalas lagi.
            “Hawa ingat kisah Nabi Yusoff. Siapa isterinya? Bukan ke Zulaikha, yang digelar wanita penggoda oleh penduduk masa itu. Bagaimana ya Zulaikha itu dapat bersuamikan Nabi Yusoff, insan pilihan Allah?” Hawa memejam mata, bagai mengisar kata-kata Huda.
            “Jadi, Ustaz Yusoff layaknya mencari Zulaikha, bukan Hawa.” Hawa bersuara dan kemudian berdiri, angin yang berpuput lembut dibiar menampar lembut wajahnya yang basah dek air matanya.
            “Hawa ni, jangan berdolak dalih. Jangan bermain kata.” Huda menegur, agak tegas.
            “Dalam beberapa bulan ni, Huda selalu cerita tentang Ustaz Yusoff, sampai Hawa sendiri tertanya siapa Ustaz Yusoff yang tampak hebat di mata Huda. Jenuh Hawa mencari dia, ternyata dia lelaki yang menegur tangisan Hawa di Masjid dulu. Daripada kawan-kawan, Hawa dapat kenal Ustaz Yusoff, lelaki muda yang sangat hebat. Bijak dalam belajar, bijak dalam berbicara, bijak dalam agama.”
            “Tegur Hawa, tangisan Hawa?” Huda mencelah dalam bicara Hawa yang panjang lebar.
            “Dia kata dia dengar tangisan di Masjid dan pemilik tangisan tu adalah Hawa. Entah macam mana dia boleh dengar, Hawa bukan meraung.” Hawa kembali duduk di sisi Huda.
            “SubhanaAllah. Mungkin dia jodoh Hawa, siapa tahu?” Huda sekadar mengusik hati Hawa tika itu.
            “Tiada mungkin dalam hidup ini. Yang ada hanyalah YA atau TIDAK. Dalam kekotoran dosa yang Hawa lakukan, Hawa kembali menyucikan diri yang Hawa sedar, tidaklah dapat menyucikan kotor itu melainkan dengan api neraka Allah. Jadi bagaimana Hawa mahu berhadapan dengan Yusoff yang dirinya jelas suci?” Hawa menjelaskan panjang lebar.
            “Astagfirullah. Hawa, istighfar. Allah Maha Pengampun. Mohon pada DIA insyaAllah.” Huda memujuk lagi.
            “Huda, Hawa tahu… sebab itu Hawa kembali mendekati Allah. Hati ini takut hendak menerima cinta lagi, biarlah terisi cinta Allah sahaja. Allah sudah lebih daripada cukup untuk Hawa.”
            “Siapa tahu, Yusoff dihadirkan sebagai pembimbing Hawa untuk mengecapi cinta Allah?” Huda mencuba lagi.
            “Huda…” Hawa bersuara, tangan Huda dicapai dan digenggam.
            “Hawa memang ada berdoa supaya dihadirkan insan yang mampu membimbing Hawa kembali kepada cinta Allah, insan yang mencintai Allah melebihi segalanya tapi… bukan Yusoff.” Huda tercengang.
            “La… kenapa pulak? Yusoff la lelaki yang Hawa cari.” Hawa menggeleng laju.
            “Ustaz Yusoff terlalu baik, sangat baik. Lebih ramai lagi gadis yang terbaik untuk dia, bukan Hawa Huda, bukan Hawa. Hawa pasti akan temui lelaki lain, tetapi bukan Yusoff.”
            “Allahuakhbar… Huda tersangat tak faham!” Huda mengeluh lelah, tidak mengerti apa yang Hawa mahukan.
            “Biarlah Hawa mencari Adam untuk diri Siti Hawa ini. Yang pasti bukan Yusoff.” Huda menggeleng perlahan dan hanya mendiamkan diri, kerana dia pasti, dia tidak akan mampu memujuk Hawa yang kini tekad dalam apa yang dia lakukan.
++++++++

            Yusoff termangu ditangga Masjid. Kisah Hawa sudah sebulan dia biarkan. Misterinya terungkai sedikit dengan penjelasan Huda biarpun tidak menyeluruh. Penolakan Hawa dengan risikannya sedikitpun tidak mengecewakan. Keputusan Yusoff untuk menjadi pendamping Siti Hawa adalah berdasarkan pilihan Allah dalam istikharahnya, bukan nafsu semata. Jika Hawa menolak dengan kata tanpa petunjuk Allah, dia redha. Mungkin suatu masa nanti, Siti Hawa tetap menjadi pemiliknya, siapa tahu? Masih terngiang perbualannya dan Muazzam beberapa hari lalu;
            “Hawa masih mencari dirinya kembali. Biarkan dia beberapa waktu. insyaAllah, Allah pasti membantu dia. Yusoff doakan, moga jalannya dipermudahkan. Dan jangan lupa, doakan agar dia berada dijalan yang benar.” Muazzam memujuk hati Yusoff yang masih diselubungi misteri Hawa tika itu.
            “InsyaAllah, Yusoff faham bang. Yusoff sentiasa akan mendoakan dia. cuma…” Muazzam mengerut dahinya.
            “Haa… ada lagi cuma dia tu.” Yusoff ketawa kecil.
            “Ada la cuma…. Yusoff tak terasa bila risikan pun Hawa tolak. Seperti dia kata, dia takde pilihan tapi masa belum sesuaikan. Yang terkilan, niat Yusoff nak bantu dia, keluar dari masalah yang menyelubungi diri dia tu. Takut dia terlalu mengikut emosi.”
            “Rugilah Hawa menolak Ustaz Yusoff, sayang sangat dah ni.” Muazzam cuba mengusik Yusoff.Yusoff hanya tersenyum dan ketawa kecil. Muazzam tak sah kalau tak mengusik dia, tambah-tambah bila berkaitan dengan Siti Hawa.
            Yusoff tersengih sendiri di tangga itu pabila mengenang perbualannya dengan Muazzam. Kasut dipakai kemas dan kemudian dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati. Biar apa pun terjadi, dia mendoakan Siti Hawa sentiasa dilindungi Allah dan dapat kembali kepada dirinya yang dia cari-cari.
            Yusoff melangkah perlahan ke tempat letak motosikalnya. Dalam perjalanan itu dia sempat lagi mengimbas pertemuannya dengan Siti Hawa beberapa minggu yang lalu, sebelum segalanya berakhir. Pertemuan yang ditemani Muazzam dan Huda semestinya.
            “Kenapa perlu berjumpa bukan sudah dijelas semuanya?” Hawa terus sahaja bersuara setelah Yusoff menghampirinya.
            “Assalamualaikum Cik Siti Hawa.” Yusoff bersuara kembali lebih sopan. Namun membuat Hawa termalu sendiri. Nampak sangat Hawa tidak sudi bertemu empat mata dengan Yusoff. Hawa menjawab perlahan dengan muka yang memerah.
            “Maaflah, andai saya menganggu masa-masa Hawa. Saya cuma hendak berjumpa empat mata dengan Hawa.” Yusoff memulakan bicaranya dengan penuh hemah.
            “Teruskan kepada perkara yang penting.” Hawa mencelah.
            “Hawa seperti tidak suka dengan pertemuan ini. Kalau macam tu, kita gunakan orang tengah aje lah.” Yusoff cuba berkompromi pabila Hawa seakan tidak senang dengan pertemuan ini.
            “Tidak, bukan begitu. Maaf. Awak boleh teruskan apa yang awak nak sampaikan pada saya.” Hawa mula berasa bersalah. Bukan dia tidak sudi, tapi…
            “Boleh saya tahu kenapa risikan saya ditolak?” Yusoff mula menyoal.
            “Saya berhak menolak bukan?” Hawa menjawab perlahan. Hatinya berdetak hebat tika itu, malu juga bercampur aduk!
            “Saya tahu, saya merisik awak kerana awak pilihan Allah buat saya.” Hawa memandang sekilas, agak terpana dengan kata-kata Yusoff itu.
            “Istikharah?” Hawa menyoal. Yusoff mengangguk perlahan.
            “Hawa istikharah semasa menolak?” Hawa terdiam tidak terkata. Huda yang berselang beberapa langkah daripada tempatnya dipandang.
            “Hawa?” Lembut sahaja Yusoff memanggilnya.
            “Maaf, tidak. Saya tak istikharah.” Hawa menjawab gagap-gagap.
            “Saya bukan mendesak, istikharah saya juga tidak memaksa awak untuk menjadi milik saya, mungkin awak adalah baik untuk saya mungkin ada yang lain yang juga baik. Tetapi masa ini adalah Hawa.” Yusoff menerang panjang lebar, hanya ingin membetulkan keadaan.
            “Kenapa Hawa tidak istikharah sebelum memberikan jawapan?”Yusoff menyoal Hawa yang terdiam sedari tadi. Hawa menarik nafas dalam sekali. Soalan Yusoff bagai menari-nari di matanya.
            “Saya takut untuk menerima awak sebagai suami saya.” Hawa menjawab setelah beberapa lama dia menyepi sendiri.
            “Takut?” Hawa mengangguk.
            “Takut andai awaklah pilihan Allah buat saya. Saya takut.”
            “Apa yang awak takutkan?” Yusoff menyoal lagi.
            “Takut pada masa depan, takut pada penerimaan awak dan takut menghadapi hari-hari yang penuh diselubungi dengan rasa bersalah.”
            “Maaf, Hawa saya tidak faham.” Hawa berdiri menghadap padang yang luas.
            “Kenapa awak memilih saya?” Hawa menyoal kembali kepada Yusoff.
            “Saya tiada jawapan untuk itu.”
            “Kerana tudung saya?” Yusoff menggeleng.
            “Kerana penampilan saya?” Yusoff menggeleng.
            “Awak terlalu baik untuk saya Yusoff. Terlalu baik.” Yusoff tersenyum kecil.
            “Baik buruk kita, siapa kita nak menilai? Di sisi Allah kita tidak tahu baik atau buruknya kita ni Hawa.”
            “Ye saya tahu, tapi… kita punya kisah silam yang berbeza.” Yusoff tersenyum lagi.
            “Sesiapa pun Hawa, mesti punyai kisah yang berbeza kerana kita sememangnya berbeza.” Hawa melepas nafas perlahan. Payah bila bercakap dengan orang yang bijak bercakap!
            “Awak pernah sentuh tangan orang bukan mahram awak?” Yusoff menggeleng.
            “Pernah awak peluk pinggang wanita bukan mahram awak?” Yusoff menggeleng lagi. Kali ini Hawa tersenyum hambar.
            “Itulah baiknya awak dan itulah bezanya kita Yusoff.” Yusoff memandang Hawa beberapa ketika dan kemudian melarikan pandangannya.
            “Itu semua perkara lama Hawa.” Hawa menggeleng laju.
            “Perkara itu yang membuatkan saya hidup dalam penyesalan Yusoff. Mana mungkin saya menerima awak, sedangkan hari-hari saya terbayangkan dosa saya itu. Perkara itu susah nak padam dalam ingatan saya. Payah!”
            “Bukankah awak mencari teman yang mampu memimpin awak, saya tidak layak?” Yusoff mencuba lagi.
            “Saya yang tidak layak buat awak Yusoff.”
            “Jika macam tu, siapa yang layak buat awak?”
            “Adam.” Hawa menjawab penuh keyakinan. Huda yang duduk jauh sedikit itu juga terkejut dengan jawapan Hawa.
            “Siapa Adam?” Yusoff menyoal, jiwanya dipagut kekeliruan, bukankah Hawa tiada yang istimewa?
            “Adam, saya mencari Adam. Adam yang punyai kisah silam seperti saya. Adam yang mungkin masalahnya persis saya. Dengan itu saya akan hidup dengan menerima kekurangan dia yang sama dengan kekurangan saya. Kami segandingan!” Hawa mula bermain kata.
            “Awak terlalu berfikir jauh dan negatif Hawa. Kenapa tidak memberikan saya peluang untuk membantu awak?”
            “Kenapa awak terlalu mahu saya menerima awak?” Hawa mula bersuara tegas, dia takut hatinya lembut dengan kata-kata Yusoff jika lebih lama dia bersemuka dengan Yusoff.
            “Bermula saya mendengar tangisan awak di Masjid, saya sudah minta pada Allah, supaya DIA memberikan saya peluang untuk membantu awak, biarpun waktu itu saya langsung tidak tahu pemilik tangisan itu. Bila saya dapat tahu, saya tekad untuk membantu awak.”
            “Membantu? Apa maksud awak?”
            “Daripada tangisan awak, saya tahu awak punyai masalah yang amat berat.” Yusoff meraup wajahnya seketika.
            “Maaf Yusoff, saya benar-benar tidak dapat menerima awak.” Hawa memberikan keputusannya. Sama dan muktamad!
            “Hawa tak mahu istikharah.” Hawa menggeleng.
            “Kenapa?”
            “Saya sudah jelaskan. Yusoff patutnya mencari Zulaikha, bukan Hawa.” Hawa menolak dengan baik.
            “Siapa tahu Hawa juga boleh menjadi Zulaikha untuk Yusoff? Dan mungkin Yusoff boleh menjadi Adam untuk Hawa” Yusoff mencuba lagi.
            “Mungkin. Tapi bukan Siti Hawa ini, sebab Hawa ini tekad mencari Adamnya, dan Yusoff tak boleh jadi Adam, Yusoff adalah Yusoff” Yusoff mengangguk tanda faham.
            “Sekali lagi, saya mintak maaf. Assalamualaikum.”Hawa terus berlalu bersama Huda. Tanpa kalih walau sekali. Yusoff terima, terima dengan keputusan Hawa. Jauh disudut hatinya, dia sentiasa berdoa, moga Adam yang dicari Siti Hawa wujud dalam dunia ini dan menemani langkah si gadis itu.
            Tepukan dibahu Yusoff mengejutkan dia daripada lamunan panjang itu. Yusoff tersenyum memandang Muazzam yang sedia tersengih di sisinya.
            “Termenung lagi Ustaz Yusoff?”
            “Tak, terkenang.” Muazzam mencebik.
            “Sekali lagi abang nak tanya, kenapa tak beritahu dia tentang Yusoff?”
            “Bagitahu apa?”
            “Yang awak ni Muhammad Adam Yusoff?”
            “Jodoh itu Allah yang tentukan, kalau dia Hawa untuk Adam ini, ke mana pun dia berlari berkejar mencari Adamnya, pasti dia kembali menemui Adam ini. Janji Allah itu pasti.” Muazzam mengangguk tanda mengerti. Muhammad Adam Yusoff hanya tersenyum dan meneruskan langkahnya ke motosikal, Muazzam berlari-lari kecil mendapatkannya.
Angin petang itu begitu dingin terasa, bagai membawa kedinginan hati-hati hamba Allah yang tenang mencintaiNya. Benar kata Yusoff, andai Allah sudah tetapkan dia adalah pemilik tulang rusuk itu, pastinya Siti Hawa akan dimilikinya. Sekuat mana Hawa menolak, andai Yusoff jodohnya, tiada lagi mungkin dalam hidup yang bisa membolehkan Hawa untuk menolak. Dalam hidup cuma ada Ya atau Tidak iaitu terima atau tidak, tiada mungkin menerima atau mungkin tidak menerima sebagai jawapan kepada suatu persoalan.  Jika ada, kehidupan kita bagai tiada penghujungnya kerana persoalan perlu ada jawapan yang pasti!

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.


             
 
;