From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Friday 11 January 2013

Bab 2: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku



“Tak naklah umi. Nia nak duduk rehat kat rumah buat sementara ni.”

Ada ke patut umi suruh aku kerja part time macam tu. Aku baru cadang nak lepak kat rumah sementara nak tunggu keputusan interview. Masuk yang baru ni, dah lima interview aku pergi tapi tak ada satu pun yang panggil kerja. Haih... susah betul nak dapat kerja sekarang ni.

“Alaa.. bukan susah sangat. Nia pergi ambik Aunty Khaleeda tu kat rumah dia, lepas tu hantar dia pergi butik. Duduk sana sekejap sementara dia pantau butik dengan pekerja dia. Lepas tu baliklah,” pujuk umi.
“Nia malaslah umi. Lagipun, aunty Khaleeda tu kan kaya. Tak boleh ke dia upah driver lain.” 

Aku memang malas nak kerja part time buat masa ni. Nanti kalau aku dah terjatuh cinta dengan kerja tu susah. Aku ni jenis payah nak berhenti kalau dah suka dengan satu-satu kerja. Nanti tak pasal-pasal kena bebel lagi dengan umi kalau dapat tawaran setaraf dengan ijazah aku.

“Nia, tolonglah. Aunty Khaleeda tu tengah terdesak nak cari pemandu untuk hantar dia pergi butik. Lagipun, memang Uncle Fuad ada buka tawaran jawatan pemandu sejak pemandu aunty Khaleeda tu berhenti. Tapi, sampai sekarang tak ada siapa lagi yang mohon jawatan tu,” pujuk umi lagi.

“Nia tak naklah umi.” Selamba je cakap. Mata masih menghadap tv. Makin best pulak cerita ni. 

Aku bersila atas sofa. Umi ambil tempat sebelah aku. Ini mesti kes nak pujuk rayu aku lagi. Haih.. ni yang buat aku lemah ni. Nanti bila lama sikit dah kena ayat dengan umi mesti aku cair punya. Alahai umi ni, tahu je kelemahan aku. Huh!

“Nia, tak baik buat macam ni bila orang perlukan bantuan kita. Ini hari dia, esok lusa mana tahu hari kita pulak. Siapa yang nak tolong kalau kita sendiri buat perangai tak ambil endah macam ni?”

Aduh! Menusuk kalbu betul kata-kata umi ni. Tak senang duduk aku bila umi dah keluar ayat psiko dia. Saja nak buat aku rasa serba salah.

 “Kalau tak silap, aunty Khaleeda tu ada anak. Kenapa tak suruh anak dia hantar aunty Khaleeda pergi butik?”

Walaupun rasa bersalah mula bertandang tapi aku tetap Dania Khalishah. Degil! Mesti bagi beribu alasan dulu sebelum setuju untuk buat sesuatu kerja yang aku tak suka. Aku masih halakan mata ke arah skrin tv walaupun mula hilang fokus dengan cerita tu.

“Ya, memang aunty Khaleeda ada anak. Seorang anak dia masih kat UK uruskan cawangan kat sana. Seorang lagi pula tolong uncle Fuad kat sini. Manalah sempat anak dia nak hantar aunty Khaleeda.”

Adess... macam tak dapat nak elak je lagi. Kenapalah waktu macam ni anak dia yang seorang lagi ada kat UK. Tak apa Nia, cari alasan lain.

“Umi, Nia tak kenal..”

Belum sempat aku sudahkan ayat aku, umi dah cantas dulu.

“Nia, tolong-menolong tu satu ibadat dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan sangat digalakkan oleh syariat Islam. Dengan cara macam ni, kita dapat bentuk diri dengan beri pertolongan secara ikhlas kepada orang. Allah dah janjikan pahala yang besar kepada orang Islam yang suka menolong orang dalam kesusahan. Nia tak nak ke pahala macam tu?” tanya umi lembut.

Kalau ada bendera putih kat tangan aku sekarang ni, memang aku angkat untuk tunjuk betapa aku kalah dengan ayat umi. Nampak gayanya aku dah tak ada cara lain untuk tolak. Akhirnya, terpaksa juga aku anggukkan kepala dalam cuba mengikhlaskan diri untuk jadi pemandu aunty Khaleeda.

“Macam tulah anak umi, dengar kata. Sejuk hati umi.” Umi senyum. Aku hanya senyum tak ada gula.

 “Dah cakap dengan Nia pasal tawaran Fuad dengan Khaleeda tu?”

Tiba-tiba suara walid bergema kat ruang rehat ni. Aku dengan umi serentak kalih tengok walid. Walid terus ambil tempat kat sofa duduk satu.

“Baru habis cakap.” Walid angguk lepas umi cakap macam tu.

“Macam mana Nia? Setuju ke?” tanya walid.

“Hurm..bolehlah,” jawab aku paksa rela.

“Eloklah tu. Daripada Nia duduk rumah tak ada buat apa, lebih baik Nia tolong aunty Khaleeda dengan Uncle Fuad. Dia orang tu dah banyak tolong walid masa walid belajar kat luar negara dulu. Sekarang, inilah masanya kita nak tolong dia orang balik,” kata walid pulak.

“Tapi walid, Nia bukan tahu rumah dia orang kat mana pun.”

Saja bagi alasan macam tu pulak. Mana tahu ada peluang nak ubah fikiran walid. Aku kan memang pakar bab mereka alasan.

“Itu bukan masalah, nanti umi bagi alamat dia orang,” sampuk umi.

Bila umi dah cakap macam tu memang tak ada harapanlah aku untuk ubah fikiran dia orang lagi. Haih...mungkin dah tersurat kot aku kena jadi pemandu sementara. Nasib badan...

“Umi tahu Nia tak suka jadi pemandu ni. Tapi, bolehlah buat sementara waktu ni Nia kerja dulu untuk tambah duit poket Nia. Lagipun, Aunty Khaleeda dah janji nak bagi gaji kat Nia,” pujuk umi lagi. Ini mesti umi perasan muka aku cemberut dari tadi. Kalau tak, mesti umi tak cakap macam tu.

“Hahaha... Angah jadi driver? Lawak betul la.”

Entah dari mana adik aku yang sengal ni datang pun aku tak tahu. Tiba-tiba je menyampuk dan gelak macam orang sakai. Ini yang buat aku rasa macam nak sepak orang.

“Hoii..kau boleh diam tak!?”

Dia geleng kepala sambil tekan perut. Bukan main terbahak-bahak dia gelak sampai tertunduk-tunduk. Ini memang dah lebih! Aku terus capai bantal empat segi yang tertenggek elok atas sofa dan baling ke arah adik aku yang sengal ni.

“Nia, Khalish! Sudah-sudahlah tu,” tegur walid.

“Lawaklah walid.”

Lepas dia jawab macam tu, aku rasa makin kecil je aku tengok dia. Tahap kesabaran aku serius makin nipis. Bila dah tak dapat tahan dengar gelak dia, aku terus bangun dan meluru ke arah dia. Kelam-kabut dia panjat anak tangga ke atas. Aku kejar dia dari belakang.

“Umi, tolong! Hantu brutal kejar!”

“Jaga kau! Kalau aku dapat, memang aku lipat kau Khal.”

Bergegar satu rumah dengan aksi kejar mengejar dan jerit pekik aku dengan Khal si sengal ni. Nasib dia memang baik hari ni. Belum sempat aku dapat capai baju dia, dia dah masuk bilik dan kunci pintu dulu. 

“Siot kau, Khal!”

Aku tendang pintu bilik dia. Geram gilerr bila dengar bunyi radio yang saja dia pasang kuat.

“Nia! Apa tu?”

Terdengar suara walid jerit dari bawah. 

“Tak ada apa.” Aku jerit balik sambil jalan ke arah bilik aku. 

Umi dengan walid dah masak sangat dengan perangai aku dengan Khal. Sebab tu umi dengan walid pun dah tak larat nak tegur selagi tak ada kes patah riuk. Tapi, setakat ni alhamdulillah tak ada kes macam tu lagi. 

Sebenarnya, inilah cara aku dengan Khal rapatkan hubungan. Mungkin nampak kasar, gaya macam orang nak bergaduh tapi ini gaya aku dengan Khalish nak bergurau senda.Pelik tapi benar!

Bila masuk bilik, handphone aku serta-merta berhenti berbunyi. Aku terus ambil handphone yang terletak atas meja solek. Baru pegang handphone, tiba-tiba ada satu mesej masuk. Siapalah yang tak reti erti sabar ni?

+ DK.. ptg ni tmpt biasa lpas Asar. Smua geng turun. Klau kau xturun siap! ~AD~

- Ok..set! Aku turun. Don’t worry.

Lepas balas mesej AD, aku baring kejap atas katil. Otak terus terbang melayang fikir pasal kerja sebagai pemandu tu. Macam manalah agaknya aku nak jadi pemandu? Dahlah tahap kesabaran aku rendah. Buatnya dapat majikan yang cerewet nak mati macam mana? Hish..kusut otak!

Aku garu kepala yang tak gatal. Habis rambut Lisa Surihani aku jadi kusut. Ini semua gara-gara paksaan dari umi dengan nenek. Kalau ikutkan hati, aku nak je jadi macam dulu balik. Rambut pendek macam Victoria Beckham. Baru ringan kepala.
 
Dalam kusut fikirkan pasal kerja entah macam mana muka mamat bengong yang aku jumpa kat lapangan terbang boleh terlintas dalam kepala. Pejam celik pejam celik, rupanya dah dua bulan kes aku dengan mamat tu. Tapi aku tak pernah lagi cerita kat sesiapa. Mungkin petang nanti kot aku nak cerita kat AD pasal mamat tu. Tiba-tiba pulak tergerak hati nak jadi penglipur lara. Hmm...layan!



“Kahkahkah! Lawak antarabangsa betul korang ni. Dari Heathrow ke Malaysia. Walaahhh...”

Ini lagi satu manusia yang suka buat angin dalam badan aku naik. AD atau nama sebenarnya Amirah binti Dahlan. Kawan baik dan kawan satu kapal aku main bola keranjang. Aku hanya tengok dia yang tak berhenti gelak dari tadi dengan mata helang. 

“Wow! Sorry beb. Cerita kau memang lawak. Kalau masuk raja lawak confirm boleh menang,” kata dia lagi. Perasan juga dia yang aku dah membara semacam je tengok dia.

“Tak lawak pun aku rasa.” Aku putarkan bola dengan jari telunjuk. Malas rasanya nak menghadap muka minah ni.

“Beb..kau tak takut ke kalau tulang dia retak atau patah masa kau tendang dia?” Aku terus berhenti pusing bola. Pandangan mata aku alihkan ke arah dia.

“Kalau tulang dia retak atau patah sekalipun aku peduli apa? Siapa suruh dia cari pasal dengan aku dulu.” AD geleng kepala dengar jawapan aku.

“Hish...tak ada hati perut betullah kau ni. Aku ingat nenek kau dah habis basuh kau dengan Clorox sampai boleh jadi perempuan Melayu terakhir. Rupa-rupanya ada lagi perangai lama tertinggal.”

“Woii..perangai sejak azali mana boleh kikis beb. Kau basuhlah dengan Clorox ke, hydrochloric acid ke, sodium hydroxide ke aku tetap DK yang dulu. Cuma gaya aku sikit je yang terpaksa berubah. Itupun sebab nenek aku tibai aku dengan batang penyapu,” jawab aku tak ada perasaan.

Teringat pulak nenek kat kampung bila dah tersebut pasal nenek. Sebab nenek la aku jadi macam sekarang, pakai tudung segala bagai. Kalau tak kerana nenek, sampai sekarang aku punya rambut pendek, tak pakai tudung, pakai baju sampai dua orang boleh masuk, pakai seluar gaya macam nak terlondeh. 

“Hurmm..patutlah gaya ada sikit lembut sekarang ni. Rupanya kena tibai dengan batang penyapu,” sampuk Faddy yang entah dari mana muncul pun aku tak tahu. Ini seorang lagi manusia. Suka buat aku naik angin.

“Woii..korang berdua ni kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah.”

“Lepak arr...DK. Macam kau tak kenal aku dengan Faddy.” Aku jeling AD.

“Dahlah, malas aku nak layan korang. Weyh, tadi kata semua geng turun. Ini apa kebendanya turun?” Hati makin panas bila jam dah tunjuk pukul 5.10 minit. Memang janji tahi kucing! 

“Entahlah dia orang. Aku dah call Shah tadi, dia orang kata on da way,” jawab Faddy.

So, DK kau dah dapat kerja ke belum?” tanya AD lepas beberapa minit buat warm-up.

“Hurmm..ni lagi satu masalah. Kerja betul-betul aku belum dapat tapi kerja yang tak berapa betul aku dah dapat.” Aku lontarkan bola dari jarak jauh dan masuk! 

“Hah!? Apa maksud kau?” Faddy tayang muka blur.

Interview yang aku pergi belum ada yang panggil tapi esok aku akan mulakan kerja sebagai...” Saja aku gantungkan ayat aku sementara bump bola untuk buat lontaran jarak jauh lagi.

“Sebagai apa?” tanya AD. Aku tengok muka dia orang sekilas sebelum jawab. Faddy tengah minum air. AD masih tak habis-habis kunyah chewing gum.

Driver.”

“Apa!!” 

Serentak dia orang menjerit. Lepas lontarkan bola masuk ke dalam jarring baru aku pandang dia orang balik. Baju jersi Faddy dah basah sikit kat depan. AD  macam orang tercekik pandang aku. 

“Kau biar betul DK. Kau jadi driver yang bawak kereta tu ke?” Faddy kesat sisa air kat mulut dia dengan tangan.

“Yelah jadi driver yang bawak kereta tu. Takkan bawak kapal terbang pulak.”

AD dengan Faddy berpandangan sebelum masing-masing gelak macam orang terlepas dari Tanjung Rambutan. Siap hentak kaki bagai. Melampau betul budak dua ekor ni. Nasib baik kawan baik aku. Kalau orang lain, dah lama aku baling bola ni kat muka dia orang.

“Lawak apa pulak yang kau buat ni DK? Kau dengan kereta? Aiseyhman...tak macho la beb.” AD gelak sambil tekan perut.

“Arghh...macho tak macho aku peduli apa? Kau nak tanggung ke kalau Ego aku kena rompak?” tanya aku pada dua orang manusia yang tak berhenti gelak daripada tadi. Rasa nak hempuk je dia orang ni.

“Fuyoo... sampai macam tu sekali ke? Dahsyat,” komen Faddy.

“Kiranya kerana Ego kau sanggup berkorban apa saja la ni?” AD jungkit kening.

“Sudah semestinya! Hanya Ego je harta yang aku ada sekarang ni. Itupun lepas habis ayat pujuk rayu aku guna untuk dapatkan Ego sebijik.”

Sebelum keluar rumah tadi, tiba-tiba je walid bangkitkan pasal Ego aku. Walaupun aku dah bersetuju dengan tawaran kerja tu, tapi aku tahu walid masih ragu-ragu dengan aku. Sebab tu walid keluarkan ayat berdaunkan peringatan berbungakan ugutan untuk tarik balik Ego aku kalau aku buat hal tak nak datang kerja esok. Haila...walid. Faham betul dengan perangai anak tunggal perempuan dia ni.

“Woiii...lambat. Janji tak serupa bikin! Hampeh.”

Tiba-tiba AD menjerit. Aku tengok kereta Estima dah elok terpakir kat tempat letak kereta. Sah! Mesti geng bola keranjang baru sampai. 

Bermulalah sesi luku meluku bila ada yang sakit hati terpaksa menunggu lama dan ada yang melutut supaya tidak diluku. Haih..macam-macam kerenah la kawan-kawan aku ni.

Aku terus lontarkan bola ke arah dia orang yang masih tak habis saling meluku. Kalau nak tunggu dia orang puas hati, sampai esok pun belum tentu dapat main.

“Hoii!!” 

Semua tengok aku dengan muka bengang.

“Siapa yang nak main bola join aku, siapa yang rasa nak tendang orang sila blah.” Aku selamba kutip bola yang dah tergolek atas gelanggang.

“DK!!!”

Aku tayang muka tak ada perasaan. Agak-agak siapa yang terasa tu nasiblah. Siapa suruh makan peria kalau tak tahan pahit. Betul tak!?


Mak aihh! Ini rumah ke istana? Aku tengok macam rupa Istana Takeshi pun ada.

Betul ke aku tak silap tengok alamat ni? Aku berhentikan Ego aku betul-betul kat depan pintu pagar Istana Takeshi. Aku baca balik kertas yang umi tulis alamat rumah aunty Khaleeda. 

No 7. Betul la!

Aku tengok pintu pagar rumah dia tertutup rapat. Haish..inilah masalah kalau rumah dah macam istana. Bagi salam sampai nak terkeluar anak tekak pun, belum tentu tuan rumah boleh dengar. Aku turun dari Ego lepas ternampak pondok pengawal kat tepi pagar rumah tu.

Fuhlamak! Pondok pengawal siap dengan aircond bagai. Dahsyat! Kalau macam ni punya gaya baik aku jadi pengawal. Duduk je dalam ni. Untung-untung boleh tidur.

“Ehem..”

Aku tengok seorang lelaki yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tengah duduk membelakangkan tempat aku berdiri. 

“Hello, encik,” tegur aku lagi lepas tengok tak ada respon dari lelaki tu. 

Entah apa dibuatnya pun aku tak tahu. Duduk statik je tak bergerak. Dari gaya macam bukan orang Islam. Sebab tu aku pun tak bagi salam. Aku garu kening lepas tengok masih tak ada respon dari lelaki tu. Ini buat aku rasa macam nak baling je lelaki ni dengan helmet aku.

Akhirnya, lepas beberapa minit aku mundar-mandir kat depan pondok ni barulah aku dapat idea nak buat pengawal ni bangun.

“Tolong! Tolong! Rumah terbakar!” jerit aku kuat.

Lelaki tu tersentak dan kelam-kabut bangun dari kerusi. Dia terus kalih tengok tv kecil yang ada depan dia dengan muka aku silih berganti. Baru nampak jelas muka pengawal tu. Orang Bangla rupanya. Muka macam mamai semacam je. Sah! Dia tidur tadi.

“Hah..mana api? Mana api?” tanya dia kelam-kabut. Ini yang buat aku membara je kat sini.

“Api otak lu! Daripada tadi aku tercongok kat sini kau boleh tidur pulak. Aku kasi report sama bos baru kau tahu.”

“Aiyoyo...adik manis. Janganlah kasi report sama bos. Nanti dia kasi pecat sama saya. Habislah saya mau cari makan,” rayu pengawal tu. Lawak pulak aku tengok muka dia. Tayang muka kesian habis!

“Tahu pun kau takut. Lain kali jangan buat lagi. Nak kerja buat cara nak kerja.” Aku goyangkan jari telunjuk. Ewah...macam aku pulak tuan rumah ni. Kau memang lebih la DK.

“Baik adik manis. Dia betulkan topi dia. Ceit..bajet handsome la tu.

“Apa adik manis? Sejak bila mak aku beranakkan kau?” Aku cekak pinggang. Dia hanya terkebil-kebil tengok aku. Blurrr..

Arghh..stress aku bercakap dengan orang macam ni. Baik aku selesaikan tugas aku daripada bercakap dengan Mat Bangla ni.

“Hish..susah betul cakap dengan kau ni. Aku nak tanya betul ke ni rumah Nombor 7, Teratak Kaseh?” 

“Adik manis, you tau baca ka tak tau baca?” 

Aku dah pelik tengok Mat Bangla ni. Apesal pulak dia tanya aku macam ni? 

“Mestilah aku tahu baca. Apa punya soalan la kau tanya kat aku ni.”

“Kalau you tahu baca, you mesti boleh baca itu papan tanda besar punya tulis Nombor 7 Teratak Kaseh.”

Terbeliak mata aku tengok Mat Bangla ni. Kurang ajar betul! Dia perli aku tu. Rentung hati. Aku terus tanggalkan helmet. Saja cari pasal la dia ni.

“Hoiii! Kau nampak tak helmet aku? Sekali aku hentak kau karang baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Amboi..bukan main sedap mulut kau cakap macam tu.” Aku angkat helmet aku tinggi. Kecil besar, kecil besar aku tengok Mat Bangla ni. Kalau tak bawa mengucap dah lama aku baling helmet ni kat muka dia.

“Aiyoyo...sorry la adik garang.”

Aku ketap bibir sambil besarkan mata. Bukan main lagi dia punya ayat.

“Bukan..bukan...adik manis.” Kelam-kabut dia tukar balik ayat dia.

Baru gertak sikit dah takut. Macam mana boleh lulus jadi pengawal keselamatan pun aku tak tahu. Ini baru aku yang gertak, kalau perompak sebenar gertak dengan parang macam mana? Mahu terkencing dalam seluar kot.

“Tak habis-habis dengan adik. Panggil aku DK la. Aku bukan adik kau.”

“Baik la DK. Ada apa boleh saya tolong?” Dengan lemah lembut dia bertanya. Ini mesti kes takut.

“Hmm..aku ni driver baru. Jadi, aku nak jumpa bos kau.”

“Oh...itu macam ka? Kalau itu macam tuan besar ada kasi tahu sama saya you mau datang pagi ni.” Dia angguk kepala.

“Haa..baguslah macam tu. Apa lagi? Bukak la pintu pagar,” arah aku selamba. Suka hati aku je macam rumah ni aku yang punya pulak.

“Tunggu sekejap. Saya call sama puan besar dulu.” Tangan dia mula bergerak pegang telefon kat atas meja
 “Eh..nanti kejap. Apa nama kau?”

Tak sedap pulak kalau aku asyik panggil dia Mat Bangla. Nak tahu juga nama dia.

“Oh..nama saya Abdullah.” Dia sengih kambing.

Aku angguk. Orang Islam rupanya. Lepas tu aku jalan ke arah Ego balik. Masa aku tengah berdiri kat tengah-tengah pintu pagar, tiba-tiba pintu pagar tinggi berkerawang cantik ni terbuka. Mengaum garang bunyi enjin Ducati 848. Terkedu aku bila tengok Ducati tu laju macam nak langgar aku.

Aku dah tak tahu nak bergerak ke mana bila superbike tu makin mara ke arah aku. Bila dia  makin dekat aku terus pejam mata. Reda je dengan kemungkinan aku akan dilanggar. 

Tiba-tiba aku rasa berdesup Ducati 848 tu lalu sebelah aku sampai rasa macam nak terbang sama. Nasib baik aku sempat berpaut kat Ego, kalau tak memang aku dah jatuh tersungkur sembah jalan tar ni. Kurang ajar betul!

“Hoiii...mangkuk ayun!”

Aku tengok Ducati 848 tu dah hilang dari pandang. Haila..motor sikit punya cantik tapi perangai si penunggang motor tu macam hantu. Tahulah motor kerlass tapi tak payahlah nak berlagak. Sekali tertonggeng baru padan muka! 

Aku rasa si penunggang motor tu mesti takkan dapat dengar apa yang aku jeritkan tadi. Kalau la aku dapat jumpa orang yang bawak Ducati tu tadi memang nahas aku kerjakan. Chop! Aku akan kerja kat sini kan, dah tentu aku akan jumpa dia lepas ni. Huh! Berani betul dia nak langgar Dania Khalishah. Jaga kau!

1 comment:

  1. Best citer ni...nk nia ngn eddy PLISSS .takmo ngn ridz...huhu

    ReplyDelete

 
;