“Tak naklah umi. Nia
nak duduk rehat kat rumah buat sementara ni.”
Ada
ke patut umi suruh aku kerja part time
macam tu. Aku baru cadang nak lepak kat rumah sementara nak tunggu keputusan interview. Masuk yang baru ni, dah lima interview aku pergi tapi tak ada satu
pun yang panggil kerja. Haih... susah betul nak dapat kerja sekarang ni.
“Alaa..
bukan susah sangat. Nia pergi ambik Aunty Khaleeda tu kat rumah dia, lepas tu
hantar dia pergi butik. Duduk sana sekejap sementara dia pantau butik dengan
pekerja dia. Lepas tu baliklah,” pujuk umi.
“Nia
malaslah umi. Lagipun, aunty Khaleeda tu kan kaya. Tak boleh ke dia upah driver lain.”
Aku
memang malas nak kerja part time buat
masa ni. Nanti kalau aku dah terjatuh cinta dengan kerja tu susah. Aku ni jenis
payah nak berhenti kalau dah suka dengan satu-satu kerja. Nanti tak pasal-pasal
kena bebel lagi dengan umi kalau dapat tawaran setaraf dengan ijazah aku.
“Nia,
tolonglah. Aunty Khaleeda tu tengah terdesak nak cari pemandu untuk hantar dia
pergi butik. Lagipun, memang Uncle Fuad ada buka tawaran jawatan pemandu sejak
pemandu aunty Khaleeda tu berhenti. Tapi, sampai sekarang tak ada siapa lagi
yang mohon jawatan tu,” pujuk umi lagi.
“Nia
tak naklah umi.” Selamba je cakap. Mata masih menghadap tv. Makin best pulak cerita ni.
Aku
bersila atas sofa. Umi ambil tempat sebelah aku. Ini mesti kes nak pujuk rayu
aku lagi. Haih.. ni yang buat aku lemah ni. Nanti bila lama sikit dah kena ayat
dengan umi mesti aku cair punya. Alahai umi ni, tahu je kelemahan aku. Huh!
“Nia,
tak baik buat macam ni bila orang perlukan bantuan kita. Ini hari dia, esok
lusa mana tahu hari kita pulak. Siapa yang nak tolong kalau kita sendiri
buat perangai tak ambil endah macam ni?”
Aduh!
Menusuk kalbu betul kata-kata umi ni. Tak senang duduk aku bila umi dah keluar
ayat psiko dia. Saja nak buat aku rasa serba salah.
“Kalau tak silap, aunty Khaleeda tu ada anak.
Kenapa tak suruh anak dia hantar aunty Khaleeda pergi butik?”
Walaupun
rasa bersalah mula bertandang tapi aku tetap Dania Khalishah. Degil! Mesti bagi
beribu alasan dulu sebelum setuju untuk buat sesuatu kerja yang aku tak suka.
Aku masih halakan mata ke arah skrin tv walaupun mula hilang fokus dengan
cerita tu.
“Ya,
memang aunty Khaleeda ada anak. Seorang anak dia masih kat UK uruskan cawangan kat
sana. Seorang lagi pula tolong uncle Fuad kat sini. Manalah sempat anak dia nak
hantar aunty Khaleeda.”
Adess...
macam tak dapat nak elak je lagi. Kenapalah waktu macam ni anak dia yang
seorang lagi ada kat UK. Tak apa Nia, cari alasan lain.
“Umi,
Nia tak kenal..”
Belum
sempat aku sudahkan ayat aku, umi dah cantas dulu.
“Nia,
tolong-menolong tu satu ibadat dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim dan
sangat digalakkan oleh syariat Islam. Dengan cara macam ni, kita dapat bentuk
diri dengan beri pertolongan secara ikhlas kepada orang. Allah dah janjikan
pahala yang besar kepada orang Islam yang suka menolong orang dalam kesusahan. Nia
tak nak ke pahala macam tu?” tanya umi lembut.
Kalau
ada bendera putih kat tangan aku sekarang ni, memang aku angkat untuk tunjuk betapa
aku kalah dengan ayat umi. Nampak gayanya aku dah tak ada cara lain untuk tolak.
Akhirnya, terpaksa juga aku anggukkan kepala dalam cuba mengikhlaskan diri
untuk jadi pemandu aunty Khaleeda.
“Macam
tulah anak umi, dengar kata. Sejuk hati umi.” Umi senyum. Aku hanya senyum tak
ada gula.
“Dah cakap dengan Nia pasal tawaran Fuad
dengan Khaleeda tu?”
Tiba-tiba
suara walid bergema kat ruang rehat ni. Aku dengan umi serentak kalih tengok walid.
Walid terus ambil tempat kat sofa duduk satu.
“Baru
habis cakap.” Walid angguk lepas umi cakap macam tu.
“Macam
mana Nia? Setuju ke?” tanya walid.
“Hurm..bolehlah,”
jawab aku paksa rela.
“Eloklah
tu. Daripada Nia duduk rumah tak ada buat apa, lebih baik Nia tolong aunty
Khaleeda dengan Uncle Fuad. Dia orang tu dah banyak tolong walid masa walid
belajar kat luar negara dulu. Sekarang, inilah masanya kita nak tolong dia
orang balik,” kata walid pulak.
“Tapi
walid, Nia bukan tahu rumah dia orang kat mana pun.”
Saja
bagi alasan macam tu pulak. Mana tahu ada peluang nak ubah fikiran
walid. Aku kan memang pakar bab mereka alasan.
“Itu
bukan masalah, nanti umi bagi alamat dia orang,” sampuk umi.
Bila
umi dah cakap macam tu memang tak ada harapanlah aku untuk ubah fikiran dia
orang lagi. Haih...mungkin dah tersurat kot aku kena jadi pemandu
sementara. Nasib badan...
“Umi
tahu Nia tak suka jadi pemandu ni. Tapi, bolehlah buat sementara waktu ni Nia
kerja dulu untuk tambah duit poket Nia. Lagipun, Aunty Khaleeda dah janji nak
bagi gaji kat Nia,” pujuk umi lagi. Ini mesti umi perasan muka aku cemberut
dari tadi. Kalau tak, mesti umi tak cakap macam tu.
“Hahaha...
Angah jadi driver? Lawak betul la.”
Entah
dari mana adik aku yang sengal ni datang pun aku tak tahu. Tiba-tiba je
menyampuk dan gelak macam orang sakai. Ini yang buat aku rasa macam nak sepak
orang.
“Hoii..kau
boleh diam tak!?”
Dia
geleng kepala sambil tekan perut. Bukan main terbahak-bahak dia gelak sampai
tertunduk-tunduk. Ini memang dah lebih! Aku terus capai bantal empat segi yang
tertenggek elok atas sofa dan baling ke arah adik aku yang sengal ni.
“Nia,
Khalish! Sudah-sudahlah tu,” tegur walid.
“Lawaklah
walid.”
Lepas
dia jawab macam tu, aku rasa makin kecil je aku tengok dia. Tahap kesabaran aku
serius makin nipis. Bila dah tak dapat tahan dengar gelak dia, aku terus bangun
dan meluru ke arah dia. Kelam-kabut dia panjat anak tangga ke atas. Aku kejar
dia dari belakang.
“Umi,
tolong! Hantu brutal kejar!”
“Jaga
kau! Kalau aku dapat, memang aku lipat kau Khal.”
Bergegar
satu rumah dengan aksi kejar mengejar dan jerit pekik aku dengan Khal si sengal
ni. Nasib dia memang baik hari ni. Belum sempat aku dapat capai baju dia, dia dah
masuk bilik dan kunci pintu dulu.
“Siot
kau, Khal!”
Aku
tendang pintu bilik dia. Geram gilerr bila dengar bunyi radio yang saja
dia pasang kuat.
“Nia!
Apa tu?”
Terdengar
suara walid jerit dari bawah.
“Tak
ada apa.” Aku jerit balik sambil jalan ke arah bilik aku.
Umi
dengan walid dah masak sangat dengan perangai aku dengan Khal. Sebab tu umi
dengan walid pun dah tak larat nak tegur selagi tak ada kes patah riuk. Tapi,
setakat ni alhamdulillah tak ada kes macam tu lagi.
Sebenarnya,
inilah cara aku dengan Khal rapatkan hubungan. Mungkin nampak kasar, gaya macam
orang nak bergaduh tapi ini gaya aku dengan Khalish nak bergurau senda.Pelik
tapi benar!
Bila
masuk bilik, handphone aku serta-merta
berhenti berbunyi. Aku terus ambil handphone yang terletak atas meja
solek. Baru pegang handphone,
tiba-tiba ada satu mesej masuk. Siapalah yang tak reti erti sabar ni?
+
DK.. ptg ni tmpt biasa lpas Asar. Smua geng
turun. Klau kau xturun siap! ~AD~
- Ok..set! Aku turun. Don’t worry.
Lepas
balas mesej AD, aku baring kejap atas katil. Otak terus terbang melayang fikir
pasal kerja sebagai pemandu tu. Macam manalah agaknya aku nak jadi pemandu? Dahlah
tahap kesabaran aku rendah. Buatnya dapat majikan yang cerewet nak mati macam
mana? Hish..kusut otak!
Aku
garu kepala yang tak gatal. Habis rambut Lisa Surihani aku jadi kusut. Ini
semua gara-gara paksaan dari umi dengan nenek. Kalau ikutkan hati, aku nak je
jadi macam dulu balik. Rambut pendek macam Victoria Beckham. Baru ringan
kepala.
Dalam
kusut fikirkan pasal kerja entah macam mana muka mamat bengong yang aku jumpa
kat lapangan terbang boleh terlintas dalam kepala. Pejam celik pejam celik,
rupanya dah dua bulan kes aku dengan mamat tu. Tapi aku tak pernah lagi cerita
kat sesiapa. Mungkin petang nanti kot aku nak cerita kat AD pasal mamat
tu. Tiba-tiba pulak tergerak hati nak jadi penglipur lara. Hmm...layan!
“Kahkahkah!
Lawak antarabangsa betul korang ni. Dari Heathrow ke Malaysia.
Walaahhh...”
Ini
lagi satu manusia yang suka buat angin dalam badan aku naik. AD atau nama
sebenarnya Amirah binti Dahlan. Kawan baik dan kawan satu kapal aku main bola
keranjang. Aku hanya tengok dia yang tak berhenti gelak dari tadi dengan mata
helang.
“Wow!
Sorry beb. Cerita kau memang lawak.
Kalau masuk raja lawak confirm boleh menang,” kata dia lagi. Perasan
juga dia yang aku dah membara semacam je tengok dia.
“Tak
lawak pun aku rasa.” Aku putarkan bola dengan jari telunjuk. Malas rasanya nak
menghadap muka minah ni.
“Beb..kau
tak takut ke kalau tulang dia retak atau patah masa kau tendang dia?” Aku terus
berhenti pusing bola. Pandangan mata aku alihkan ke arah dia.
“Kalau tulang dia retak atau patah sekalipun aku peduli
apa? Siapa suruh dia cari pasal dengan aku dulu.” AD geleng kepala dengar
jawapan aku.
“Hish...tak ada hati perut betullah kau ni. Aku ingat nenek
kau dah habis basuh kau dengan Clorox sampai boleh jadi perempuan Melayu
terakhir. Rupa-rupanya ada lagi perangai lama tertinggal.”
“Woii..perangai sejak azali mana boleh kikis beb. Kau basuhlah
dengan Clorox ke, hydrochloric
acid ke, sodium hydroxide ke aku tetap DK yang dulu. Cuma gaya
aku sikit je yang terpaksa berubah. Itupun sebab nenek aku tibai aku dengan
batang penyapu,” jawab aku tak ada perasaan.
Teringat
pulak nenek kat kampung bila dah tersebut pasal nenek. Sebab nenek la
aku jadi macam sekarang, pakai tudung segala bagai. Kalau tak kerana nenek,
sampai sekarang aku punya rambut pendek, tak pakai tudung, pakai baju sampai
dua orang boleh masuk, pakai seluar gaya macam nak terlondeh.
“Hurmm..patutlah
gaya ada sikit lembut sekarang ni. Rupanya kena tibai dengan batang penyapu,”
sampuk Faddy yang entah dari mana muncul pun aku tak tahu. Ini seorang lagi
manusia. Suka buat aku naik angin.
“Woii..korang
berdua ni kalau cakap tak menyakitkan hati aku memang tak sah.”
“Lepak
arr...DK. Macam kau tak kenal aku dengan Faddy.” Aku jeling AD.
“Dahlah,
malas aku nak layan korang. Weyh, tadi kata semua geng turun. Ini apa kebendanya
turun?” Hati makin panas bila jam dah tunjuk pukul 5.10 minit. Memang janji
tahi kucing!
“Entahlah
dia orang. Aku dah call Shah tadi,
dia orang kata on da way,” jawab
Faddy.
“So, DK kau dah dapat kerja ke belum?”
tanya AD lepas beberapa minit buat warm-up.
“Hurmm..ni
lagi satu masalah. Kerja betul-betul aku belum dapat tapi kerja yang tak berapa
betul aku dah dapat.” Aku lontarkan bola dari jarak jauh dan masuk!
“Hah!?
Apa maksud kau?” Faddy tayang muka blur.
“Interview yang aku pergi belum ada yang
panggil tapi esok aku akan mulakan kerja sebagai...” Saja aku gantungkan ayat
aku sementara bump bola untuk buat lontaran jarak jauh lagi.
“Sebagai
apa?” tanya AD. Aku tengok muka dia orang sekilas sebelum jawab. Faddy tengah
minum air. AD masih tak habis-habis kunyah chewing
gum.
“Driver.”
“Apa!!”
Serentak
dia orang menjerit. Lepas lontarkan bola masuk ke dalam jarring baru aku
pandang dia orang balik. Baju jersi Faddy dah basah sikit kat depan. AD macam orang tercekik pandang aku.
“Kau
biar betul DK. Kau jadi driver yang bawak
kereta tu ke?” Faddy kesat sisa air kat mulut dia dengan tangan.
“Yelah
jadi driver yang bawak kereta
tu. Takkan bawak kapal terbang pulak.”
AD
dengan Faddy berpandangan sebelum masing-masing gelak macam orang terlepas dari
Tanjung Rambutan. Siap hentak kaki bagai. Melampau betul budak dua ekor ni.
Nasib baik kawan baik aku. Kalau orang lain, dah lama aku baling bola ni kat
muka dia orang.
“Lawak
apa pulak yang kau buat ni DK? Kau dengan kereta? Aiseyhman...tak macho la beb.” AD gelak sambil tekan perut.
“Arghh...macho
tak macho aku peduli apa? Kau nak tanggung ke kalau Ego aku kena rompak?” tanya
aku pada dua orang manusia yang tak berhenti gelak daripada tadi. Rasa nak
hempuk je dia orang ni.
“Fuyoo...
sampai macam tu sekali ke? Dahsyat,” komen Faddy.
“Kiranya
kerana Ego kau sanggup berkorban apa saja la ni?” AD jungkit kening.
“Sudah
semestinya! Hanya Ego je harta yang aku ada sekarang ni. Itupun lepas habis
ayat pujuk rayu aku guna untuk dapatkan Ego sebijik.”
Sebelum
keluar rumah tadi, tiba-tiba je walid bangkitkan pasal Ego aku. Walaupun aku
dah bersetuju dengan tawaran kerja tu, tapi aku tahu walid masih ragu-ragu
dengan aku. Sebab tu walid keluarkan ayat berdaunkan peringatan berbungakan
ugutan untuk tarik balik Ego aku kalau aku buat hal tak nak datang kerja esok.
Haila...walid. Faham betul dengan perangai anak tunggal perempuan dia ni.
“Woiii...lambat.
Janji tak serupa bikin! Hampeh.”
Tiba-tiba
AD menjerit. Aku tengok kereta Estima dah elok terpakir kat tempat letak
kereta. Sah! Mesti geng bola keranjang baru sampai.
Bermulalah
sesi luku meluku bila ada yang sakit hati terpaksa menunggu lama dan ada yang
melutut supaya tidak diluku. Haih..macam-macam kerenah la kawan-kawan aku ni.
Aku
terus lontarkan bola ke arah dia orang yang masih tak habis saling meluku.
Kalau nak tunggu dia orang puas hati, sampai esok pun belum tentu dapat main.
“Hoii!!”
Semua
tengok aku dengan muka bengang.
“Siapa
yang nak main bola join aku, siapa
yang rasa nak tendang orang sila blah.” Aku selamba kutip bola yang dah
tergolek atas gelanggang.
“DK!!!”
Aku
tayang muka tak ada perasaan. Agak-agak siapa yang terasa tu nasiblah. Siapa
suruh makan peria kalau tak tahan pahit. Betul tak!?
Mak
aihh! Ini rumah ke istana? Aku tengok macam rupa Istana Takeshi pun ada.
Betul
ke aku tak silap tengok alamat ni? Aku berhentikan Ego aku betul-betul kat
depan pintu pagar Istana Takeshi. Aku baca balik kertas yang umi tulis alamat
rumah aunty Khaleeda.
No
7. Betul la!
Aku
tengok pintu pagar rumah dia tertutup rapat. Haish..inilah masalah kalau rumah
dah macam istana. Bagi salam sampai nak terkeluar anak tekak pun, belum tentu tuan
rumah boleh dengar. Aku turun dari Ego lepas ternampak pondok pengawal kat tepi
pagar rumah tu.
Fuhlamak!
Pondok pengawal siap dengan aircond bagai. Dahsyat! Kalau macam ni punya
gaya baik aku jadi pengawal. Duduk je dalam ni. Untung-untung boleh tidur.
“Ehem..”
Aku
tengok seorang lelaki yang berpakaian seragam pengawal keselamatan tengah duduk
membelakangkan tempat aku berdiri.
“Hello,
encik,” tegur aku lagi lepas tengok tak ada respon dari lelaki tu.
Entah
apa dibuatnya pun aku tak tahu. Duduk statik je tak bergerak. Dari gaya macam
bukan orang Islam. Sebab tu aku pun tak bagi salam. Aku garu kening lepas tengok
masih tak ada respon dari lelaki tu. Ini buat aku rasa macam nak baling je
lelaki ni dengan helmet aku.
Akhirnya,
lepas beberapa minit aku mundar-mandir kat depan pondok ni barulah aku dapat
idea nak buat pengawal ni bangun.
“Tolong!
Tolong! Rumah terbakar!” jerit aku kuat.
Lelaki
tu tersentak dan kelam-kabut bangun dari kerusi. Dia terus kalih tengok tv
kecil yang ada depan dia dengan muka aku silih berganti. Baru nampak jelas muka
pengawal tu. Orang Bangla rupanya. Muka macam mamai semacam je. Sah! Dia tidur
tadi.
“Hah..mana
api? Mana api?” tanya dia kelam-kabut. Ini yang buat aku membara je kat sini.
“Api
otak lu! Daripada tadi aku tercongok kat sini kau boleh tidur pulak. Aku
kasi report sama bos baru kau tahu.”
“Aiyoyo...adik
manis. Janganlah kasi report sama
bos. Nanti dia kasi pecat sama saya. Habislah saya mau cari makan,” rayu
pengawal tu. Lawak pulak aku tengok muka dia. Tayang muka kesian habis!
“Tahu
pun kau takut. Lain kali jangan buat lagi. Nak kerja buat cara nak kerja.” Aku goyangkan
jari telunjuk. Ewah...macam aku pulak tuan rumah ni. Kau memang lebih la
DK.
“Baik
adik manis. Dia betulkan topi dia. Ceit..bajet handsome la tu.
“Apa
adik manis? Sejak bila mak aku beranakkan kau?” Aku cekak pinggang. Dia hanya terkebil-kebil
tengok aku. Blurrr..
Arghh..stress
aku bercakap dengan orang macam ni. Baik aku selesaikan tugas aku daripada
bercakap dengan Mat Bangla ni.
“Hish..susah
betul cakap dengan kau ni. Aku nak tanya betul ke ni rumah Nombor 7, Teratak Kaseh?”
“Adik
manis, you tau baca ka tak tau baca?”
Aku
dah pelik tengok Mat Bangla ni. Apesal pulak dia tanya aku macam
ni?
“Mestilah
aku tahu baca. Apa punya soalan la kau tanya kat aku ni.”
“Kalau
you tahu baca, you mesti boleh baca itu papan tanda besar punya tulis Nombor 7
Teratak Kaseh.”
Terbeliak
mata aku tengok Mat Bangla ni. Kurang ajar betul! Dia perli aku tu. Rentung
hati. Aku terus tanggalkan helmet. Saja cari pasal la dia ni.
“Hoiii!
Kau nampak tak helmet aku? Sekali aku hentak kau karang baru kau tahu
langit tu tinggi ke rendah. Amboi..bukan main sedap mulut kau cakap macam tu.”
Aku angkat helmet aku tinggi. Kecil besar, kecil besar aku tengok Mat Bangla
ni. Kalau tak bawa mengucap dah lama aku baling helmet ni kat muka dia.
“Aiyoyo...sorry la adik garang.”
Aku
ketap bibir sambil besarkan mata. Bukan main lagi dia punya ayat.
“Bukan..bukan...adik
manis.” Kelam-kabut dia tukar balik ayat dia.
Baru
gertak sikit dah takut. Macam mana boleh lulus jadi pengawal keselamatan pun
aku tak tahu. Ini baru aku yang gertak, kalau perompak sebenar gertak dengan
parang macam mana? Mahu terkencing dalam seluar kot.
“Tak
habis-habis dengan adik. Panggil aku DK la. Aku bukan adik kau.”
“Baik
la DK. Ada apa boleh saya tolong?” Dengan lemah lembut dia bertanya. Ini mesti
kes takut.
“Hmm..aku
ni driver baru. Jadi, aku nak jumpa
bos kau.”
“Oh...itu
macam ka? Kalau itu macam tuan besar ada kasi tahu sama saya you mau
datang pagi ni.” Dia angguk kepala.
“Haa..baguslah
macam tu. Apa lagi? Bukak la pintu pagar,” arah aku selamba. Suka hati aku je
macam rumah ni aku yang punya pulak.
“Tunggu
sekejap. Saya call sama puan besar
dulu.” Tangan dia mula bergerak pegang telefon kat atas meja
“Eh..nanti kejap. Apa nama kau?”
Tak
sedap pulak kalau aku asyik panggil dia Mat Bangla. Nak tahu juga nama
dia.
“Oh..nama
saya Abdullah.” Dia sengih kambing.
Aku
angguk. Orang Islam rupanya. Lepas tu aku jalan ke arah Ego balik. Masa aku
tengah berdiri kat tengah-tengah pintu pagar, tiba-tiba pintu pagar tinggi
berkerawang cantik ni terbuka. Mengaum garang bunyi enjin Ducati 848. Terkedu
aku bila tengok Ducati tu laju macam nak langgar aku.
Aku
dah tak tahu nak bergerak ke mana bila superbike
tu makin mara ke arah aku. Bila dia
makin dekat aku terus pejam mata. Reda je dengan kemungkinan aku akan
dilanggar.
Tiba-tiba
aku rasa berdesup Ducati 848 tu lalu sebelah aku sampai rasa macam nak terbang
sama. Nasib baik aku sempat berpaut kat Ego, kalau tak memang aku dah jatuh tersungkur
sembah jalan tar ni. Kurang ajar betul!
“Hoiii...mangkuk
ayun!”
Aku
tengok Ducati 848 tu dah hilang dari pandang. Haila..motor sikit punya cantik
tapi perangai si penunggang motor tu macam hantu. Tahulah motor kerlass
tapi tak payahlah nak berlagak. Sekali tertonggeng baru padan muka!
Aku
rasa si penunggang motor tu mesti takkan dapat dengar apa yang aku jeritkan
tadi. Kalau la aku dapat jumpa orang yang bawak Ducati tu tadi memang
nahas aku kerjakan. Chop! Aku akan kerja kat sini kan, dah tentu aku akan jumpa
dia lepas ni. Huh! Berani betul dia nak langgar Dania Khalishah. Jaga kau!
Best citer ni...nk nia ngn eddy PLISSS .takmo ngn ridz...huhu
ReplyDelete