From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Sunday, 3 February 2013

She's My Bodyguard


“MACAM MANA, ada kerja kosong tak?” tanya Diyana kepada Farisha yang sedang membelek-belek akhbar Harian Metro.
“Tak minatlah,” Farisha menutup surat khabar lantas menyandarkan badannya.
“Kau ni janganlah memilih sangat. Kenapa tak kerja je kat syarikat ayah kau? Kan senang, tak payah nak tercari-cari kerja.”
“Aku nak berdikari dan aku nak duit tu datang dari hasil titik peluh aku sendiri. Biarlah abang aku je yang uruskan syarikat ayah aku tu.  Lagipun aku nak cari kerja yang mencabar sikit.”
“Bukan ke kerja Mak Guard tu mencabar? Yang kau pergi berhenti tu kenapa?” Diyana mengerut dahi.
“Memanglah mencabar tapi bila dah berbulan-bulan kerja, aku rasa macam tak sebati pulak.” Farisha menggaru kening.
Pulak dah... dulu nak sangat kerja tu. Bila dah kerja, banyaklah keluhan kau mengantuklah, tak sebatilah, apalah, itulah, inilah...” bebel Diyana.
“Dahlah aku nak mandi dulu. Hari ni kita makan kat luar jelah eh. Aku malas nak masak malam ni,” ujar Farisha sambil berlalu ke bilik.
Diyana menggeleng kepala.
*****
WARUNG Maimunah Tom Yam menjadi pilihan mereka untuk makan malam. Telefon bimbit Farisha bordering ketika dia sedang menghirup kuah tom yam. Dia mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar jean. Berkerut dahinya apabila melihat nombor yang tidak di kenali. Dia hanya membiarkan saja tidak berangkat. Orang salah nomborlah ni, desis hatinya.
Beberapa saat kemudian telefon bimbit itu berhenti berbunyi dan kemudian berbunyi kembali.
            “Kenapa tak angkat?” tanya Diyana.
            “Malaslah. Tak ada naik nama pun. Orang salah nombor kot,” jawab Farisha. Air carrot susu disedut perlahan.
            “Angkat jelah. Bisinglah asyik berbunyi. Orang dah pandang semacam je tu!” desak Diyana.
            “Hesy, nak makan pun tak senang. Kacau betul!” Farisha mendengus. Dengan kasar dia menekan butang hijau lantas melekapkan telefon bimbit ke telinga.
“Assalamualaikum…” Kedengaran suara pemanggil di hujung talian memberi salam.
“Waalaikumussalam. Nak bercakap dengan siapa ya?” jawab Farisha lembut.
Boleh pulak cakap lembut, tadi bukan main kasar lagi, kutuk Diyana di dalam hati.  
“Boleh saya bercakap dengan Cik Farisha Fadzlan?”
Farisha mengerut dahi. “Ya, saya bercakap. Ni siapa eh?” soalnya.
“Saya Tan Sri Ahmad Fuad. Boleh tak Cik Farisha datang ke AF Holdings esok jam 10 pagi? Ada perkara yang nak saya bincangkan,” pinta si pemanggil.
Makin berkerut wajah Farisha. “Macam mana Tan Sri boleh dapat nombor saya dan macam mana Tan Sri kenal saya, sedangkan saya tak kenal dengan Tan Sri pun?” Farisha memandang wajah Diyana teruja ingin tahu.
“Yang tu kita bincang esok. Assalamualaikum.”  
Erk... helo, Tan Sri… helo…” Farisha cuba menahan namun Tan Sri Ahmad Fuad telah mematikan talian.
“Siapa?” Diyana ingin tahu..
“Entah… dia cakap nama dia Tan Sri Ahmad Fuad and dia suruh aku datang ke AF Holdings esok. Dia tak ada pulak bagitau AF Holdings tu kat mana. Kau tahu tak kat mana?” tanya Farisha.
 Diyana membeliakkan matanya apabila mendengar nama pemanggil itu. “Tan Sri Ahmad Fuad?! Kau tahu tak dia siapa?” Diyana teruja.
Farisha mengangkat bahu. “Entah. Kau kenal ke?”
“Dia tulah yang aku selalu cerita kat kau tu. Syarikat dia selang dua blok je dari tempat aku kerja…” sambung Diyana lagi.
 Farisha mula menggali semula otaknya. Berkerut-kerut dahinya cuba mengingat. “Ooo… pasal anak lelaki dia yang takut dengan perempuan tu eh? Tapi apesal pulak dia call aku? Ni yang buat aku pelik ni.” Dia menggaru kepalanya.
            “Kalau nak tahu, pergi jelah office dia esok.”
            “Tak naklah. Buatnya dia orang jahat macam mana?”
            “Kan aku dah kata yang aku kenal dia! Dia tu ahli perniagaan terkenal. Tak adanya dia nak buat jahat kat kau.”
            Farisha diam seketika. “Kau temankan aku esok?” Dia sudah membuat muka kesian.
            “Esok aku kerjalah. Kau nak aku kena pecat ke tak datang kerja?” Diyana menjungkit sebelah kening.
            Wajah Farisha berbah monyok. “Kau tak pergi, aku pun tak nak pergilah,” putusnya.
            “Sejak bila kau boleh jadi pengecut ni? Relakslah, aku yakin tak ada apa-apa yang akan berlaku punya. Entah-entah dia nak bagi kau kerja kot?” Diyana cuba menenagkan Farisha.
            Farisha menyambung semula suapannya yang tergendala tadi. Tentang panggilan daripada Tan Sri Ahmad Fuad tadi cuba ditolak ke tepi.
*****
JAM menunjukkan pukul 7 pagi ketika Diyana sedang menyediakan sarapan. Farisha mengambil tempat di meja makan. Sementara menunggu sarapan siap, Farisha mengimbau kembali saat-saat dia mengambil keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur.
Selepas menamatkan pelajarannya di UITM Segamat, dia membuat keputusan untuk berhijrah ke Kuala Lumpur. Kedua-dua ibu bapanya akhirnya mengizinkan setelah puas dirayu tetapi dengan syarat dia mesti pandai menjaga diri. Di Kuala Lumpur dia tinggal di sebuah rumah teres yang disewa bersama Diyana yang bekerja sebagai akauntan.
Walaupun mempunyai diploma dalam bidang pentadbiran perniagaan, dia tidak berminat untuk bekerja dalam bidang tersebut. Tidak sesuai dengan jiwa katanya. Dia sebenarnya ingin mengambil kursus kejuruteraan awam tetapi dibantah keras oleh ayahnya kerana ayahnya mahu dia menguruskan syarikat mereka.
Oit, pagi-pagi lagi dah berangan cepatlah makan, lepas ni kita dah nak pergi,” sergah Diyana.
Dengan malas Farisha menceduk nasi goreng ke dalam pinggan. perlahan-lahan dia mengunyah.
                                                *****
SEBAIK saja Diyana masuk ke dalam bangunan tempat kerjanya, Farisha bergerak  menuju ke warung yang berdekatan dengan AF Holdings kerana jam baru menunjukkan pukul 8.30 pagi dan masih ada 1 jam 30 minit lagi sebelum pukul 10 pagi. Selepas memesan minuman, Farisha mengeluarkan novel untuk dibaca sementara menunggu jarum jam bergerak ke angka 10 pagi.
Tepat pukul 10 pagi Farisha masuk ke dalam bangunan AF Holdings dan  menuju ke bahagian penyambut tetamu. Setelah beberapa minit bersoal jawab dengan penyambut tetamu yang bernama Suhaila, Farisha diminta menunggu di ruang menunggu sementara menanti setiausaha Tan Sri Ahmad Fuad datang untuk membawanya ke bilik Tan Sri.
Pintu bilik Tan Sri Ahmad Fuad diketuk. Selepas mendapat arahan dari dalam, Zulaikha, setiausaha Tan Sri Ahmad Fuad menolak pintu tersebut. “Tan Sri, Cik Farisha dah sampai,” ujar Zulaikha sambil mempersilakan Farisha masuk.
Tan Sri Ahmad Fuad yang sedang merenung ke luar jendela, memusingkan badannya menghadap Farisha. Kemudian dia mempersilakan Farisha duduk di sofa.
“Ada apa Tan Sri nak jumpa saya?” Farisha memulakan bicara.
Tan Sri Ahmad Fuad berdehem sebelum menjawab. “Begini… bulan lepas secara tak sengaja saya ternampak awak menyelamatkan seorang wanita yang hampir diragut. Saya kagum tengok cara awak berlawan dengan peragut tu. Sejak dari itu saya suruh driver saya siasat kat mana awak tinggal dan bekerja. Baru kelmarin maklumat awak sampai ke tangan saya. So saya berminat nak jadikan awak sebagai  pekerja saya,” ceritanya.   
Farisha yang mendengar sudah tercengang. Ooo… patutlah semenjak dua menjak ni aku rasa macam ada orang perhatikan aku. Ingatkan ayah yang upah orang untuk awasi pergerakan aku, detik hati Farisha.
“Bagaimana? Setuju tak?”
Farisha tersentak.  Suara Tan Sri Ahmad  Fuad tadi telah mematikan monolognya. “Kerja apa yang Tan Sri nak tawarkan pada saya?” soal Farisha.
“Saya nak awak jadi bodyguard.
“Kenapa Tan Sri nak saya jadi bodyguard Tan Sri? Bukan ke Tan Sri boleh upah orang  yang lebih berpengalaman dalam bidang ni?” soal Farisha.
Tan Sri Ahmad Fuad tersenyum mendengar soalan Farisha. “Saya bukan suruh awak jadi bodyguard saya tapi bodyguard anak lelaki saya.”
            “Bukan ke anak lelaki Tan Sri takut dengan perempuan? Opss!” Farisha menekup mulutnya kerana telah terlepas cakap. Alamak, mampus aku! Mulut ni tak reti nak cover betul! marah Farisha dalam hati. Dengan muka cemas dia memandang Tan Sri Ahmad Fuad yang ketawa lepas.
“Nampaknya ramai jugak yang tahu hal anak saya ni ya. Tapi tak mengapa, saya tak salahkan dia orang. Dah memang betul pun anak saya takut perempuan. Sebenarnya, saya nak awak menyamar jadi lelaki dan berkawan dengan dia”
“Hah?! Yang mana satu ni Tan Sri? Tadi Tan Sri cakap nak bagi saya kerja, sekarang berkawan pulak? Saya tak fahamlah.” Farisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Saya nak lantik awak jadi bodyguard tapi awak kena menyamar sebagai lelaki. Saya juga nak awak jadi kawan dia dan saya nak awak selongkar apa yang ada dalam hati dia. Awak baca fail ni di rumah.” Tan Sri Ahmad Fuad menghulurkan fail berwarna biru kepada Farisha.
Teragak-agak Farisha menyambut.
“Kalau awak setuju, sila tandatangan pada borang  yang disediakan dan hantar fail ni semula ke bilik saya. Kalau awak tak setuju, awak boleh serahkan fail ni kat receptionist,” ujar Tan Sri Ahmad Fuad.
Wohoho… macam syok je kerja selongkar-menyelongkar ni, desis hati Farisha. Kemudian dia meminta diri untuk pulang.
Beberapa minit selepas Farisha keluar dari bilik, Tan Sri Ahmad Fuad bergerak ke arah meja kerjanya dan mengangkat ganggang telefon. Dia mula menekan nombor untuk menghubungi seseorang. “Assalamualaikum... plan kita berjalan lancar. Cuma tunggu persetujuan dia je.” Kata Tan Sri Ahmad Fuad kepada orang di hujung talian. Kemudian dia ketawa.
*****
SEBAIK sampai di rumah, Farisha masuk ke bilik untuk menunaikan solat Zuhur. Setelah selesai menunaikan solat, dia duduk di ruang tamu untuk membaca fail yang diberikan oleh Tan Sri Ahmad Fuad tadi. Di dalam fail tersebut terdapat butir-butir peribadi Ahmad Fariz, anak kepada Tan Sri Ahmad Fuad.

Berumur 24 tahun, masih menuntut di UKM dalam bidang perniagaan tahun akhir. Mengulang sem kerana gagal menghadirkan diri ke peperiksaan kerana menghidap demam campak.

“Ooo, tua tiga tahun dari aku,” gumam Farisha sambil meneruskan pembacaannya.

Terlampau baik hati kerana sanggup menyiapkan assignment orang lain kecuali 'PEREMPUAN'. Atau dalam kata lain, sering dibuli oleh pelajar lelaki.

“Ceh! Apa punya lelakilah dia ni. Sanggup siapkan kerja orang lain. Tulah, terlampau baik sangat, kan dah kena pijak kepala. Dengan perempuan tak nak pulak tolong. Kalau akulah, aku debik-debik  je budak-budak pemalas tu,” marah Farisha. Pembacaan diteruskan kembali.

Sangat allergic dengan makhluk yang bernama ‘perempuan’. Sebabnya hanya diketahui tuan punya badan sendiri. Dia juga seorang yang suka memendam perasaan dan tidak mempunyai ramai kawan.
           
Setelah selesai membaca helaian demi helaian, Farisha membuat keputusan untuk menerima tawaran Tan Sri Ahmad Fuad. Syarat yang dikenakan juga tidak terlalu ketat, cuma dia dikehendaki mengikut ke mana saja Ahmad Fariz pergi, mengawal keselamatannya, dan paling penting sekali menyamar sebagai LELAKI.  Pakaian pula, tidak perlu terlalu formal. Setelah menurunkan tandatangan, Farisha meletakkan fail tersebut di atas meja kopi. Kemudian dia menuju ke bilik untuk menunaikan solat asar yang baru saja masuk waktunya.
Tidak lama selepas itu Diyana sampai ke rumah. Diyana tidak sabar-sabar mahu mengetahui apa yang dimahukan oleh Tan Sri Ahmad Fuad.
Farisha  menyerahkan fail yang diberi oleh Tan Sri Ahmad Fuad kepada Diyana sambil menceritakan apa yang dibincangkan tadi..
“Boleh ke kau jadi lelaki ni? Kalau terkantoi macam mana? Tu rambut kau tu, tak sayang ke nak potong?” Diyana meluahkan kesangsiannya.
“Jangan risaulah takkan terkantoi punya. Lagipun, aku kan teror dalam bab samar-menyamar ni. Rambut ni bukannya tak boleh tumbuh balik,” ujar Farisha penuh yakin.
“Ikut suka hati kau la. kalau ada apa-apa perkembangan, roger-roger aku eh.”
“Okey my childhood friend…” ujar Farisha sambil menarik hidung Diyana.
“Adoi, sakitlah! Tahulah kau jealous dengan hidung mancung aku ni,” gumam Diyana sambil menggosok hidungnya.
“Tak ada maknanya aku nak jealous.” Farisha mencebirkan bibirnya.
*****
“TERIMA KASIH kerana awak sudi menerima tawaran saya. Saya benar-benar berharap awak dapat mengubah dia menjadi seorang lelaki sejati.”
Erk… anak Tan Sri gay ke?” Teragak-agak Farisha bertanya.
“Kenapa awak kata macam tu?” Wajah Tan Sri Ahmad Fuad berubah serius.
“Ta… tadi Tan Sri cakap yang Tan Sri harap saya dapat ubah anak Tan Sri supaya menjadi lelaki sejati,” Tergagap-gagap Farisha menjawab.
“Hahaha…” Pecah ketawa Tan Sri Ahmad Fuad mendenngarnya. “Maksud saya, saya harap awak dapat ubah anak saya supaya jadi seorang yang berani dan tak takut pada perempuan.”
Fuhhh!!! Farisha mengeluh lega. Seram jugak dia. Buatnya anak Tan Sri ni gay, naya je aku!  “Insya-Allah, saya akan bekerja dengan baik dan akan cuba membantu anak Tan Sri. Oh ya, bila saya boleh mula kerja?” tanya Farisha tidak sabar.
“Minggu depan awak boleh mula sebab mesti banyak benda yang awak nak prepare sebelum berpindah ke rumah saya,” ujar Tan Sri Ahmad Fuad.
“Kenapa saya kena pindah ke rumah Tan Sri? Lagipun dalam borang tu tak ada pun tertera syarat yang saya perlu berpindah ke rumah Tan Sri?” soal Farisha pelik
 “Bukan ke dalam borang tu ada kata yang awak mesti ikut ke mana saja Fariz pergi? Maksudnya awak kena ikut dia 24 jam,” terang Tan Sri Ahmad Fuad sedikit tegas.
Macam mana ni? Kalau pindah, Dee kena tinggal sorang-sorang. Kesian pulak kat dia. Hmmm… tak apalah, nanti aku slow talk dengan Dee, gumam Farisha dalam hati. “Baiklah Tan Sri, saya setuju.” Akhirnya dia member persetujuan.
“Terima kasih. Erm… nama awak Farisha, kan? Saya akan panggil awak Farish. Okey Farish, nanti saya akan suruh driver saya ambil awak di rumah.”
Setelah habis berbincang, Farisha meminta diri.
*****
“AKU ada benda nak bagitau kau,” ujar Farisha.
“Aku pun ada benda nak bagitau kau. Tak apalah, kau cakap dulu.” Diyana memberi peluang.
“Kau tahu kan aku dah setuju nak kerja dengan Tan Sri? So, aku kena pindah ke rumah dia isnin depan,” ujar Farisha. 
Tiada sebarang riak di muka Diyana. “Aku faham. Kerja bodyguard kan memang macam tu. Lagipun memang itu yang kau nak kan? Kerja yang mencabarlah kata kan.”
“Tapi kalau aku pindah, kau kena tinggal sorang-sorang. Tak takut ke?”
For your information, Cik Farisha… pada hari kau akan pindah nanti ada orang baru nak masuk. Officemate aku jugak.
“Ooo… padanlah kau tak rasa takut kena tinggal sorang-sorang eh. Kalau tak, asyik muka aku nilah yang kena temankan kau pergi tandas malam-malam. Lepas ni terselamatlah aku.” Farisha tersengih. 
Diyana dah menjegilkan matanya.
*****
AHMAD FARIZ tergesa-gesa menuruni tangga kerana tinggal 20 minit saja lagi sebelum kuliah bermula. Hampir saja dia sampai ke pintu keluar, namanya dipanggil oleh papanya. Dia mengeluh sambil menuju ke arah papanya.
“Ada apa, pa? Riz dah lambat ni,” soal Fariz sambil melirik jam tangannya.
“Kenalkan ni Farish, bodyguard kamu. Mulai hari ni, Farish akan ikut ke mana saja kamu pergi termasuk ke kuliah. Papa dah tugaskan dia untuk mengawal keselamatan kamu. Kereta kamu, biar dia je yang pandu.”
“Nak buat apa dengan body guard? Pandailah Riz jaga diri. Tak payahlah pa,” bangkang Fariz
“Sudah, sudah... kamu kata kamu dah lambat, kan? Pergilah sekarang. Farish, awak pandu kereta dia.”
Kata-kata Tan Sri Ahmad Fuad mengembalikan kegelabahan Fariz.. Dia segera berlalu ke pintu keluar. Selesai memakai kasut, dia masuk ke bahagian pemandu.
“Encik…” panggil Farisha.
“Apa dia? ” Masam saja wajah Fariz.
Amboi, sombongnya! kutuk Frisha dalam hati. “Erk… Tan Sri suruh saya yang drive kereta.”
“Tak payah, aku dah lambat ni. Kau nak ikut, masuk cepat!” Fariz pantas menghidupkan enjin kereta.
Farisha berlari anak masuk ke bahagian penumpang. Belum sempat dia memakai tali pinggang keledar, Fariz sudah memecut laju. Kecut perut Farisha melihat cara memandu Fariz. Dia hanya beristighfar di dalam hati.
Sepuluh minit kemudian, mereka sampai di Universiti. Fariz tergesa-gesa keluar dari kereta, menyebabkan Farisha terpaksa membuat larian 100 meter untuk mengejarnya. Setiba di kelas, Fariz terus menuju ke tempat duduk yang paling atas sekali, diikuti oleh Farisha.
Farisha menarik nafas untuk menghilangkan penat. Beberapa minit kemudian, Pensyarah masuk dan sesi pembelajaran dimulakan.
*****
“OKEY semua, saya nak minggu depan assignment kamu sampai ke meja saya. Kalau ada apa-apa masalah, jumpa saya di bilik.”
            Farisha yang entah bila terlelap, terus terjaga mendengar suara itu.
Selepas kuliah tamat, Fariz menghalakan keretanya ke KLCC. Mereka masuk ke Kinokuniya untuk membeli buku rujukan.
 Farish mengambil kesempatan untuk membeli novel. Setelah membuat pembayaran, mereka menuju ke medan selera untuk mengisi perut.
“Nama aku Ahmad Fariz Ahmad Fuad. Panggil aku Fariz je, tak perlu berencik-encik sebab kau bukan bodyguard aku…” Fariz berhenti seketika.
Farisha terkejut mendengar pengakuan Fariz.
“… tapi kau kawan aku mulai sekarang,” sambungnya sambil tersenyum.
Fuh! Saya ingatkan encik tak nak terima saya bekerjalah tadi. Thanks sangat-sangat tapi kenapa encik anggap saya sebagai kawan? Kita bukannya kenal pun.”
“Kan aku dah kata jangan berencik-encik. Tak bestlah pakai saya-awak, rasa macam tengah bercakap dengan perempuan je. Aku kalau boleh dengan semua orang aku nak buat kawan tapi tak ada siapa nak berkawan dengan aku. Sekarang kan kau pekerja papa aku, maknanya kau dah aku anggap macam kawan aku. Nama kau apa tadi eh?”
Erk... Farish…” jawab Farisha ringkas.
“Kenapa kau terima kerja ni?” Fariz memulakan soalan.
“Sebab saya… opss! aku dah lama menganggur dan aku perlukan kerja untuk menampung perbelanjaan aku,” jawab Farisha berselit pembohongan.
Hmmm…  papa tak ada bagitau ke kenapa dia ambil kau bekerja as my bodyguard?” soal Fariz lagi.
“Dia cuma cakap yang dia nak aku jaga keselamatan kau.” Nak tergeliat lidah Farisha berbahasa aku-kau dengan anak majikannya. Tapi apa nak buat, lelaki itu sendiri yang meminta begitu.
“Papa ni buat aku macam budak-budak je. Tahulah aku jaga diri.”
Kalau pandai jaga diri tapi selalu siapkan kerja orang lain pun tak ada guna, kutuk Farisha dalam hati.
“Kau tak suka ke aku jadi bodyguard kau? Kalau tak suka, aku boleh berhenti sekarang.” soal Farisha.
“Eh bukan… aku tak kisah pun. Ada kawanlah aku nanti. Nah, lepas ni kau pulak memandu. Aku nak uji skill pemanduan kau.” Fariz menyerahkan kunci kereta kepada Farisha.
*****
“BULAN depan Fariza balik. Dia kata nak sambung belajar kat sini je. Papa ingat nak buat majlis untuk dia nanti,” ujar Tan Sri Ahmad Fuad ketika mereka sedang bersarapan.
“Ya ke pa? Tak sabarnya nak jumpa adik.” Fariz teruja mendengar berita itu.
Farisha turut bersarapan bersama. Pada mulanya dia menolak kerana statusnya sebagai pekerja. Setelah dipaksa, akhirnya dia menurut juga.
“Nanti Riz jemput kawan-kawan Riz datang ke rumah ya?” pinta Tan Sri Ahmad Fuad.
“Tengoklah dulu.”
Selepas bersarapan, Fariz menarik tangan Farisha untuk ke Universiti.
Hesy, apa pegang-pegang tangan orang ni! Bukan muhrimlah oi! jerit hati Farisha.
Spontan Fariz melepaskan pegangannya sambil memandang tangannya.
Aik, dia dengar ke apa yang aku cakap? desis hati Farisha. “Kenapa?” soal Farisha.
“Tak ada apa-apa. Kau masuklah dalam kereta dulu.” jawab Ahmad Fariz sambil berlalu ke arah Pak Daud, tukang kebun di rumahnya. “Pak Daud, Riz pergi dulu.” Fariz menghulurkan salam.
Pak Daud menyambut salam dengan wajah pelik kerana selama dia bekerja di situ, Fariz tidak pernah menyalaminya.
Tak ada pun! Haish, apa-apa jelah aku ni, gumam hati Fariz.
*****
SELEPAS tamat kuliah, Fariz mengajak Farisha ke kantin. Sedang mereka menikmati minum petang, mereka didatangi tiga orang lelaki yang memakai cap. Mungkin trademark dia orang kot... 
“Nah, aku nak kau siapkan sebelum hujung bulan ni,” ujar lelaki yang memakai cap berwarna biru sambil mencampak tiga buah fail di atas meja. Kemudian mereka berlalu.
“Woi pemalas! Kau tak boleh buat sendiri ke hah?! Yang kau nak suruh dia buat kerja kau tu apesal?!” tengking Farisha.
Langkah ketiga orang lelaki itu terhenti. Mereka menoleh ke belakang.
“Rish, tak payahlah kecoh-kecoh. Aku boleh buatlah,” halang Fariz.
“Kau ni siapa? Nak jadi hero pulak kat sini. Kau dah dengarkan apa yang budak lembik or so called baik hati tu cakap? So, tak payah nak banyak bunyi. Sekali aku hentak kau, terus masuk ICU,” ujar lelaki yang memakai cap berwarna merah.
“Ooo, kau fikir kau punya hentak je, aku punya hentak kau tak fikir?” cabar Farisha.
Fariz pula sudah menarik-narik tangan Farisha.
“Kau ni boleh tak jangan tarik-tarik aku! Aku dibayar untuk menjaga keselamatan kau. Kalau kau dibuli, aku tengok je, bukan kerja namanya. So, kau duduk diam-diam sudahlah.”
Berubah muka Fariz apabila ditengking sebegitu rupa.
“Ooo… bodyguard si lembik ni rupanya. Kau nak sangat kena hentak kan? Jom ikut aku ke belakang!” ajak lelaki yang memakai cap berwarna biru pula.   
Mereka bertiga terus berlalu ke belakang diikuti oleh Farisha dan Fariz.
Siaplah korang, aku debik-debik sampai lumat. Badan macam sotong kering, ada hati nak lawan dengan aku yang ada black belt ni, bisik hati Farisha.
Dush!!! Dush!!! Dush!!!
Seorang demi seorang dibelasah Farisha. Kemudian Farisha melemparkan semula fail yang berada di tangan Fariz ke muka mereka.
“Ambil balik korang punya fail tu! Mulai hari ni, jangan korang berani-berani nak buli Fariz lagi. Kalau tak… siaplah korang aku kerjakan. Now, aku nak korang minta maaf kat Fariz. Cepattt!!!” tengking Farisha.
Ketiga-tiga orang lelaki yang dah tak rupa orang tu cepat-cepat meluru ke arah Fariz dan meminta maaf. Kemudian mereka berlari lintang-pukang meninggalkan perkarangan Universiti.
“Kalau dia orang report kat dekan macam mana?” soal Fariz risau.
Reportlah kalau berani. Alah, kalau kau kena panggil aku back up kau. Jangan risaulah,” ujar Farisha yakin.
*****
“ESOK dah start cuti kan? Kau tak ada apa-apa plan ke?” soal Farisha ketika mereka sedang mencuci kereta di laman.
Nope... setiap kali cuti, aku memang tak ke mana-mana. Malaslah nak keluar,” jawab Fariz.
Eiii, tak boring ke asyik terperap je kat rumah? Apa kata aku rancang aktiviti yang kita boleh buat time cuti nanti?”
            “Kau nak plan apa?”
“Macam ni... pagi dalam pukul 6.30 kita joging, petang kita pergi gymnasium, boleh kuatkan stamina. Malam pulak kau studylah. Okey tak idea aku?” terang Farisha.
“Okey jugak tu. Aku tak pernah terfikir pun nak buat aktiviti macam tu. Terisi jugak masa cuti aku. Aktiviti malam pulak, aku study, kau temankan aku. Kau bacalah apa-apa buku yang ada kt bilik bacaan aku tu ek...
Farisha menaikkan ibu jarinya ke atas.
*****
SEPANJANG musim cuti, mereka menghabiskan masa dengan berjoging dan ke gimnasium. Kadang-kadang mereka menonton wayang bersama-sama dan sedikit demi sedikit perhubungan mereka bertambah rapat.
Di Universiti pula telah heboh mengenai pengawal peribadi Fariz yang telah memukul orang yang membulinya. Sehingga kini tiada siapa berani mengganggu Fariz lagi. Jika ada sesiapa yang hendak berjumpa Fariz, mereka mestilah bersemuka dengan Farisha terlebih dahulu.
*****
“KAU masuklah dulu, aku nak call kawan aku jap,” ujar Farisha ketika mereka baru sampai ke laman rumah.
“Abang Riz!!!” jerit seorang perempuan apabila melihat kelibat Fariz di muka pintu.
Fariz terkejut dan gembira melihat perempuan itu meluru ke arahnya. Mereka berpelukan seketika.
Farisha yang baru sampai di muka pintu, berubah riak mukanya apabila melihat adengan itu. Farisha kemudian berdehem.
Dehemannya telah meleraikan pelukan di antara Fariz dan perempuan itu.
Opss, sorry... Rish, kenalkan ni adik aku, Fariza. Dia baru balik dari London.. Riza, ni Farish bodyguard abang a.k.a my BFF,” ujar Fariz.
Farisha menarik nafas lega.
Fariza menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Farisha namun dihalang abangnya Dia memandang pelik ke wajah abangnya.
“Bukan muhrim!” kata Fariz.
 Farisha meminta diri untuk berlalu ke bilik.
Fariz dan Fariza pula berlalu ke tepi kolam renang meneruskan perbualan mereka.
*****
SUASANA majlis menyambut kepulangan Fariza malam itu meriah sekali. Ramai rakan-rakan perniagaan Tan Sri Ahmad Fuad dijemput.
Farisha menuju ke arah Ahmad Fariz yang sedang memerhatikan ikan berenang. “Kenapa tak join dia orang?” soal Farisha sambil menghalakan muncungnya ke arah Fariza dan kawan-kawannya.
“Malaslah aku. Dia orang semua perempuan.”
“Kalau perempuan kenapa?” Farisha ingin tahu.
Erk... erk... ah, forget it. Jom pergi makan.” Fariz menarik tangan Farisha.
Farisha mengeluh hampa kerana Fariz tidak menjawab soalannya.
Selepas mengambil makanan, mereka beriringan ke meja di tepi kolam renang. Sedang mereka enak makan, Fariza dan kawan-kawannya menuju ke arah mereka.
“Abang Riz, Rish, kenalkan ni…” Belum sempat Fariza menyudahkan kata-katanya, Fariz sudah menyorok di belakang badan Farisha.
Farisha melemparkan senyuman kepada kawan-kawan Fariza yang membuat muka pelik melihat tingkah-laku Fariz.
Fariza mengajak kawan-kawannya berlalu dari situ dengan hati yang sebal.
“Kau ni kenapa? Malu Fariza kau layan kawan-kawan dia macam tu,” tegur Farisha ketika Fariz mengambil tempat di hadapannya semula.
“Aku sebenarnya... sebenarnya... ah tak ada apa-apalah.”
Sekali lagi Farisha hampa.
“Abang Riz ni teruk tau. Malu Riza dengan kawan-kawan,” marah Fariza setelah majlis tamat.
 Fariz terus berlalu ke biliknya tanpa menghiraukan adiknya yang sudah memuncung.
“Sudahlah tu. Pergi masuk tidur, dah lewat ni,” pujuk Puan Sri Fadillah.
*****
“ABANG Riz dengan Rish nak pergi mana pagi-pagi buta ni?” soal Fariza yang pelik melihat abangnya dan Farisha memakai seluar track suit.
“Kami nak pergi joging. Nak ikut ke?” pelawa Farisha.
“Boleh jugak. Tunggu kejap ek, nak tukar baju.” Fariza berlari ke atas.
*****
SETELAH satu jam berjoging, mereka berehat di bawah pokok.
“Sejak bila abang Riz ni pandai berjoging?” soal Fariza.
“Sejak abang kenal apa ertinya kebebasan..”
Ek, sebelum ni abang tak bebas ke?” soal Fariza pelik.
“Sebelum ni kan abang macam katak di bawah tempurung. Asyik terperap je kat rumah.”
“Abang sedar rupanya. Ingatkan tak sedar,” perli Fariza.
Fariz memulas telinga adiknya.
 Farisha yang melihat gelagat mereka hanya tersenyum.  
Setelah setengah jam berehat, Fariza mengajak Farisha dan abangnya pulang kerena dia ingin keluar dengan buah hatinya tengah hari nanti.
*****
KAU buat apa tu? Tak tidur lagi ke? soal Fariz apabila melihat Farisha duduk bersendirian di laman rumah.
“Saja ambil angin. Nak tidur awal lagi, baru pukul 10. Kau pulak pasal tak tidur lagi?”
“Tak boleh tidurlah. Ingatkan nak ambil angin kat luar, tengok-tengok kau ada kat sini.” jawab Fariz.
“Kau pernah bercinta?”  Farisha mula memasang jerat.
“Tak pernah dan tak akan pernah bercinta.”
Ek, peliklah jawapan kau ni. Takkanlah anak orang kaya yang handsome macam kau ni tak pernah bercinta? Aku tak percayalah.”
“Buat apa aku nak tipu kau? Kau sendiri tengok kan bila ada perempuan yang datang dekat aku, aku mengelak.”
Yess! Jerat dah mengena! bisik hati Farisha. “Kau anggap aku sebagai kawan kan? Boleh tak kau bagitau aku sebab-musabab kau jadi macam ni? Maksud aku kenapa kau selalu mengelak dari perempuan.?” tekan Farisha.
“Kalau aku cakap tak ada sebab?”
“Aku tak percaya. Tengoklah masa majlis Fariza hari tu, kau sampai berpeluh-peluh bila Fariza nak kenalkan kawan-kawan dia kat kita. Itu kau kata tak ada sebab? Ceritalah. Please...” desak Farisha.
Fariz menarik nafas perlahan-lahan kemudian memandang tepat ke dalam mata Farisha.
Jantung Farisha tiba-tiba berdegup pantas.
“Aku memang fobia dengan perempuan.” Fariz membuat pengakuan. “Masa aku berumur 9 tahun, aku nakal sangat. Suka usik budak-budak perempuan dalam kelas. Satu hari tu aku pergi kacau sorang budak perempuan tu. Dia tengah buat kerja sekolah, aku ganggu dia, tiba-tiba dia cucuk belakang tangan aku dengan pensil 2B yang tajam sampai berdarah sikit tangan aku ni. Bila tangan dah berdarah, aku pun menangislah.
Keesokkannya bila aku pandang muka budak tu, dia tayang pensil tu kat aku. Aku pun apa lagi, kecutlah. Sejak dari tu aku tak berani nak usik budak-budak perempuan lagi sebab diorang semua ganas-ganas. Lepas tu aku suruh papa tukarkan aku kat sekolah lelaki. Itu pun dah puas aku merayu tak nak masuk sekolah campur.
Bila masuk Universiti pulak, aku terpilih masuk ke UKM. Mula-mula masuk, jenuh jugak aku mengelak godaan perempuan yang tak reti bahasa tu. Sampai aku confess yang aku ni gay, baru dia orang berhenti mengejar aku. Fuh! Dahsyat betul dia orang tu,” terang Fariz.
“Hahaha... dahsyat betul fobia kau ni. Kena cucuk dengan pensil pun boleh fobia?” Farisha ketawa kuat. Dia memang tidak boleh tahan dengan cerita Fariz.
“Kau ni gelak pulak. Buat penat air liur aku je cerita. Kau tak rasa bertapa sakitnya bila mata pensil yang tajam tu tertusuk ke kulit tangan aku ni. Muka perempuan tu pulak garang macam gorila.”
“Mana aku tak gelak, kau fobia dengan perempuan semata-mata kerana seorang kanak-kanak perempuan yang mencederakan kau. Tak ke kebudak-budakan namanya tu?” Farisha sambung gelak
“Dahlah malas aku nak cerita apa-apa kat kau lagi. Aku nak masuk dulu.” Belum sempat Fariz berlalu, Farisha menarik tangannya supaya duduk kembali.
Sorry okey.  Perkara tu dah lama berlalu kan? Kau tak nak cuba buang perasaan takut tu ke?” soal Farisha.
“Malaslah aku nak fikir. Perempuan semuanya sama. Suka mendera dan suka mengambil kesempatan!”
Hello!!! Tak semua perempuan macam tu okey! Kau cubalah bukak sikit hati kau tu. Takkan kau nak macam ni je? Dengan mama dan Fariza kau tak fobia pulak?”
“Mama dengan Fariza tu lain.”
“Lain macam mana? Dia orang kan perempuan jugak?
Erk... yalah, yalah, kau menang.”
“Oleh kerana aku dah menang, kau kena ikut nasihat aku. Aku nak kau berubah mulai esok.”
“Kalau aku tak nak?”
“Kalau kau tak nak, aku akan resign dan tak nak jadi kawan kau lagi,” ugut Farisha.
“Okey, okey… tapi kau jangan resign ek. Kalau kau resign, tak ada siapa nak kawan dengan aku lagi.” Fariz mengalah.
“Dahlah, jom masuk, hari pun dah lewat,” ajak Farisha.
Mereka beriringan masuk ke dalam rumah. Tanpa mereka sedari, sepasang mata sedang memerhatikan mereka di sebalik langsir dengan senyum yang tersungging di bibir.
Farisha duduk di birai katil. Telefon bimbitnya dicapai. Nombor Diyana didail.
“Helo…” Kedengaran suara serak Diyana menjawab.
“Awalnya kau tidur Dee? Selalunya selagi belum pukul 12, selagi tu mata kau celik.” Farisha melangkah ke meja solek lantas melabuhkan punggung di kerusi. Wajahnya yang terbias di cermin, dipandang.
Hmmm… aku makan ubat tadi sebab tulah mengantuk.” Suara Diyana masih lagi sama seperti tadi.
“Kau tak sihat ke Dee?” Farisha risau.
“Demam sikit je. Esok baiklah. Ada apa hal kau call aku ni?”
“Aku nak bagitau sesuatu kat kau. Dah kau tak sihat, aku rasa tak jadilah nak bagitau.” Suara Farisha mengendur.
“Cerita jelah, aku dengar.”
“Aku rasa kan… aku dah jatuh cintalah,” ujar Farisha malu-malu. Tangan kirinya memintal rambut pendeknya.
What?!” Bersemangat Diyana melontarkan vokalnya. Hilang sekejap rasa demamnya mendengar apa yang dikatakan oleh Farisha.
Farisha tersengih. Dia memang sudah menjangka reaksi sahabat baiknya itu. “Aku dah jatuh cinta!” ulang Farisha.
“Dengan siapa?” Diyana ingin tahu. “Jangan cakap yang kau dah tangkap cintan dengan mamat takut perempuan tu!” Diyana meneka.
“Kalau aku kata ya?”
“Cuba kau cerita, macam mana kau boleh sangkut dengan mamat tu?”
“Entahlah. Mungkin sebab hari-hari aku asyik mengadap dia kot. Yalah, kau tahulah macam mana kerja aku kan?”
“Dia tahu?” tanya Diyana.
 “Tak. Kalau aku bagitau dia mesti dia jauhkan diri dari aku!” jawab Farisha.
“Haah, dia kan takut perempuan.”
“Bukanlah. Kalau aku bagitau dia, dia akan fikir aku ni gay!” potong Farisha.
“Hahaha… terlupa pulak aku. Habis tu macam mana?”
“Entahlah. Biarlah masa je yang tentukan.” Wajah Farisha muram.
“Eleh, jiwang pulak kau eh sejak kawan dengan mamat tu,” usik Diyana.
Farisha tersengih. “Dahlah, pergi tidur. Kata demam kan. Bye, assalamualaikum.”
*****
“MORNING semua,” ucap Fariz ketika sampai di meja makan.
Happy semacam je anak mama ni. Ada apa-apa ke?” soal Puan Sri Fadillah.
Ahmad Fariz hanya tersenyum sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.
“Abang demam kot mama. Tak pernah-pernah dia happy macam ni. Macam orang dilamun cinta je gayanya,” usik Fariza.
“Orang happy pun salah ke? Tak ada maknanya dilamun cinta. Dah makan senyap-senyap,” kata Fariz..
“Mulai hari ni aku nak buka lembaran baru. Aku nak cuba kikis perasaan takut aku pada perempuan. Kau tolong aku eh Rish,” pinta Fariz ketika mereka dalam perjalanan ke Universiti.
“Alhamdulillah… akhirnya terbuka juga hati kau untuk berubah. Aku akan support kau.” Farisha tersenyum.
“Haila, ada road blocklah pulak..” Farisha mengeluh.
Bila tiba giliran Farisha, dia diminta mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu. Beberapa minit kemudian, kad pengenalan dan lesennya diserahkan kembali dan kereta mereka dibenarkan berlalu.
Tanpa Farisha sedari kad pengenalannya terjatuh ketika dia hendak menyimpannya semula ke poket seluar. Fariz yang terperasan, mengambil kad pengenalan itu lalu melihatnya. Muka Ahmad Fariz berubah selepas membaca nama yang tertera pada kad pengenalan itu.
Stop the car,” kata Fariz perlahan.
 Farisha pelik mendengar permintaan Fariz namun dia tidak mengendahkannya.
I said stop the car, Farisha Fadzlan!!!” tengkingnya.
Farisha yang terkejut, terus menekan brek.
“Apa semua ni?! Kenapa kau buat aku macam ni hah?!” Fariz melemparkan kad pengenalan tadi ke arah Farisha.
“Riz,  aku… aku…” Farisha tergagap-gagap mahu menjelaskan perkara sebenar.
“Ah, sudahlah! Kau ni memang hipokrit kan? Sama je macam orang lain!” ucap Fariz. Dia membuka pintu kereta lantas berlari ke seberang jalan.
Farisha turut  keluar untuk mengejar Fariz. Tiba-tiba badannya terasa melambung dan perlahan-lahan keadaan sekelilingnya menjadi gelap.
*****
“BAGAIMANA keadaannya doktor?” tanya Fariz mewakili semua yang ada di situ.
“Yang mana satu ahli keluarga pesakit?” tanya Doktor Amran.
“Kami” jawab Encik Fadzlan, Puan Faridah dan Fakhrul serentak.
“Pesakit banyak kehilangan darah. Kami memerlukan darah jenis B+,” kata Doktor.
“Doktor, darah saya jenis B+. Doktor ambillah darah saya, sebanyak mana yang boleh” kata Fakhrul. Dia sanggup melakukan apa saja demi menyelamatkan satu-satunya adik perempuannya.
“Kalau macam tu, encik ikut saya.”
Tanpa berlengah, Fakhrul mengekori langkah Doktor Amran.
Selepas pemindahan darah berjaya dilakukan, Farisha dipindahkan ke wad VIP. Menurut doktor dia akan sedar dalam masa 24 jam.
“Pak cik, mak cik, saya nak minta maaf. Kalau bukan kerana saya mesti semua ni tak berlaku. Saya terlampau ikutkan kemarahan. Maafkan saya.” rayu Fariz sambil melutut di hadapan ahli keluarga Farisha.
“Sudahlah tu Fariz, kan doktor cakap anak kami dah selamat. Tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan. Mari kita jenguk dia,” pujuk Encik Fadzlan.
*****
“DAH hampir 24 jam ni. Kenapa dia tak sedar lagi?” Fariz risau.
“Sabarlah Riz, mungkin kesan ubat bius tu belum hilang lagi. Kejap lagi sedarlah tu.” Puan Fadillah memegang bahu Fariz.
“Rish bangunlah. Kau kata nak tengok aku berubah kan? Cepatlah sedar.” Air mata Fariz menitis. Tangannya menggenggam jemari Farisha. “Rish, kau tau tak kenapa setiap kali aku asyik tarik tangan kau? Bila aku pegang tangan kau, aku rasa macam ada arus elektrik yang mengalir kat dalam badan aku. Bila aku try pegang tangan Pak Daud, aku tak ada rasa apa-apa.
Mula-mula tu aku pelik jugak tapi sekarang aku dah tau, rupa-rupanya bodyguard aku ialah seorang perempuan. Aku nak kau cepat sedar sebab I've fallen in love with you, Rish! Hanya kau je yang boleh buat arus elektrik mengalir kat dalam badan aku ni. Please, sedar...”
Yang lain sudah tergamam mendengar pengakuan Fariz.
“Kalau aku tak terburu-buru keluar dari kereta, mungkin kau tak akan terlantar kat sini. Ni semua salah aku. Aku minta maaf Rish.” Makin erat tangan Farisha digenggam.
“Dahlah bang, bukan salah abang semua ni terjadi. Kalau dah tertulis kemalangan ni akan berlaku, tak ada siapa yang boleh mengubahnya. Riza rasa ada hikmah di sebalik kemalangan ni. Tengoklah tadi, abang baru je luahkan perasaan abang. Maknanya Allah dah singkirkan perasaan fobia abang tu,” pujuk Fariza.
Tiba-tiba jemari Farisha yang berada dalam genggaman Fariz bergerak. Perlahan-lahan matanya terbuka.
Encik Fadzlan segera menekan punat merah yang ada di tepi katil.
Beberapa minit kemudian doktor dan dua orang jururawat masuk ke bilik untuk memeriksa Farisha.  Doktor memberitahu bahawa keadaan Farisha sudah stabil dan tiada apa yang perlu di risaukan.
“Kami minta diri dululah Lan, Idah. Esok kami dating lagi,” kata Tan Sri Ahmad Fuad.
“Yalah. Risha pun dah stabil, biar kami je yang jaga dia.” Encik Fadzlan bersalaman dengan Tan Sri Ahmad Fuad.
“Kalau Riz nak tinggal kat sini boleh tak papa, uncle?” Fariz bersuara.
“Riz ikut papa balik, esok kita dating lagi. Lagipun keluarga Risha ada kat sini boleh jaga dia,” bantah Tan Sri Ahmad Fuad.
“Riz balik, berehat kat rumah. Kalau Riz sakit macam mana nak tengok Risha esok. Dengar cakap uncle ya?” pujuk Encik Fadzlan pula.
Fariz hanya mengangguk.
*****
“RISH, aku nak minta maaf  kat kau. Aku tak sangka kau kejar aku masa aku keluar dari kereta,” ucap Fariz ketika dia dan keluarganya  baru sampai ke wad Farisha.
“Aku pun nak minta maaf sebab sembunyikan identiti aku. Aku cuma nak tolong Tan Sri je, tak ada maksud lain pun,” Farisha bersuara sayu. Dia menarik tangannya yang berada di dalam genggaman Fariz. Malu apabila diperhatikan oleh semua ahli keluarga.
“Macam nilah… semua dah ada di sini kan, biarlah papa berterus-terang je.” Tan Sri Ahmad Fuad yang sedari tadi diam mula bersuara.
“Riz, Risha… sebenarnya ini semua rancangan papa dan ayah Risha. Kami dah lama nak berbesan. Bila Risha buat keputusan nak ke KL dan keadaan Riz yang fobia dengan perempuan, kami mula merancang sesuatu untuk menyatukan kamu berdua,” jelas Tan Sri Ahmad Fuad.
Encik Fadzlan hanya mengangguk.
“Jadi, kes mak cik yang kena ragut tu pun dirancang?” tanya Farisha.
 Tan Sri Ahmad Fuad menganggukkan kepalanya.
“Kami minta maaf jika perbuatan kami ni melampau. Tapi kami tak sangka rancangan kami hampir meragut nyawa Risha,” ujar Encik Fadzlan pula.
“Siapa lagi yang bersubahat dalam hal ni?” tanya Farisha lemah.
“Kami semua terlibat termasuk...” Belum sempat Encik Fadzlan menghabiskan ayat, pintu wad ditolak dari luar.
“… Diyana….” sambung Encik Fadzlan lagi.
“Kenapa?” tanya Diyana apabila mendengar ada orang menyebut namanya.
Farisha menjegilkan matanya.
“Pandai kau berlakon ya, Dee. Patutlah beria-ia suruh aku pergi jumpa Tan Sri, rupanya ada udang di sebalik mi!” Farisha mengetap bibir. Berpura-pura marah.
 Diyana terus berlari disebelah Fakhrul apabila tembelangnya pecah. “Mestilah kau ingat kau sorang je yang pandai berlakon? Siapa yang tak nak dapat pahala menolong orang mendirikan masjid? Lebih-lebih lagi bila dipujuk oleh bakal suami...” ujar Diyana sambil mengerling manja ke arah Fakhrul.
Farisha terkejut. Dia tidak sangka yang abangnya dan Diyana bercinta dalam diam di belakangnya.
“Nampaknya bolehlah kita adakan majlis dia orang serentak,” kata Tan Sri Ahmad Fuad.
“Tapi...” Farisha cuba membantah.
“Tak payah tapi-tapi lagi Risha. Kau kan pernah confess kat aku yang kau suka kat Riz. Setuju jelah,” potong Diyana. 
Wajah Farisha berubah merah.
 Yang lain sudah tersenyum-senyum.
Cis! minah ni tak boleh nak simpan rahsia betullah, gumam hati Farisha.
*****
KINI tinggal Farisha dan Fariz yang berada di wad. Keluarga mereka berlalu ke kantin untuk mengisi perut atau lebih tepat lagi memberi mereka ruang untuk berbincang dari hati ke hati.
“Rish, kau dengar tak apa yang aku cakap masa kau tak sedarkan diri?” soal Fariz.
“Tak... apa yang kau cakap?” Farisha berpura-pura tidak tahu, kerana dia mahu mendengar sekali lagi apa yang Fariz lafazkan.
Fariz menarik nafas perlahan-lahan sebelum dia bersuara. “Aku nak kau jadi isteri aku,” lafaz Fariz senafas.
“Macam tak ikhlas je. Dah hilang fobia ke??” Farisha mengangkat kening.
“Ikhlaslah. Fobia aku dah lama hilang bila tengok kau berlumuran darah kelmarin. Macam nak tercabut jantung aku tau.”
“Kalau ikhlas, kenapa masih bahasakan diri aku-kau lagi? Seolah-olah awak anggap saya ni Rish, bukan Risha,” Farisha berpura-pura sedih.
“Astaghfirullahalazim.... yang tu pun nak ambil kira ke?  Okeylah Cik Farisha Fadzlan, sudikah awak menjadi permaisuri Ahmad Fariz Ahmad Fuad?” Fariz merenung ke dalam mata Farisha.
 Farisha dah tersenyum mendengarnya. “Saya tak nak jadi permaisuri awak!”
Wajah Fariz berubah.
“Tapi saya nak jadi anak perempuan mama dan papa awak!” sambung Farisha selamba
“Awak ni kan…” Fariz sudah mengangkat tangan mahu mencubit pipi Farisha.
“Ehem… ehem…”
Bunyi deheman itu mematikan pergerakan tangan Fariz yang hampir sampai ke pipi Farisha. Dia pantas menoleh ke arah suara yang berdehem.
“Bukan muhrim...” Fariza mengingatkan sambil meluru masuk ke dalam bilik itu diikuti ahli keluarga mereka yang lain.
Farisha dan Fariz sudah tersipu-sipu.
“Papa, nampaknya kita kena cepatkan tarikh pernikahan Abang Riz dengan Risha ni,” kata Fariza sambil memandang Tan Sri Ahmad Fuad.
“Elok jugak tu, lepas tu boleh kita nikahkan Riza dengan Rizman pulak,” seloroh Tan Sri Ahmad Fuad.
“Papa ni kan, orang nak kenakan abang, tengok-tengok orang yang kena balik. Jahatlah papa ni!” Fariza memasamkan wajahnya.
“Padan muka! Usiklah orang lagi…” ejek Fariz pula.
“Bencilah dengan abang ni! Risha jangan kawan abang.”
“Awak jangan ikut cakap budak kuat merajuk tu. Tak malu, dah besar panjang pun nak merajuk,” usik Fariz lagi.
Alolololo, kesiannya anak mama ni. Sudah-sudahlah tu muncung, nanti Rizman lari baru tahu.”  Giliran Puan Sri Fadillah pula mengusik.
“Mama ni kan...” Fariza makin merajuk.
Suasana di wad VIP di penuhi gelak ketawa mereka sekeluarga. Dengan izin Allah SWT, Fariz tidak lagi fobia dengan perempuan dan dengan izin Allah SWT juga akhirnya Fariz dan Farisha dapat bersama.

                                  ~TAMAT~


p/s: ni cerpen lama yang pernah tersiar di p2u pada 29 januari 2011... Insya-Allah mungkin ceita ni WC akak jadikan enovel. Tajuk akan ditukar sebab kt p2u skrg ni pon de novel yg tajuk She's My Bodyguard... nama watak hero n heroin pun akan WC ubah coz de yg komen kt p2u dulu, name watak heroin dia ni mcm name nvel Cinta Kau Dan Aku...

No comments:

Post a Comment

 
;