From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Thursday, 12 January 2012

~ kisah gadis bernama El Dania. episode 2

assalamualaikum.

okay ladies and gentleman, before you read this episode 2, you must read episode 1 first. to read episode 1, you can click here plus click ctrl. if can't, all of you can clik at Mini Novel and choose as what you wish.

@episode 1

i hope you guys enjoy with this episode 2. :)

**********************************************************************





6.45 petang. El melangkah keluar dari bilik solat lalu menuju ke Jingle. Sure Amanie dah kepoh gila tunggu aku kat situ. Tahu la hari ni minah tu datang angin Madagascar. Sure la lepak sana awal gila.


Sampai sahaja di Jingle, dia melihat Amanie tengah tunduk menulis sesuatu di atas bukunya. Atas meja bulat Jingle’s penuh dengan buku rujukan. Amanie mengambil course linguistik dan sisi Amanie terdapat lagi seorang girl.


“hai Amanie, hai Mimin.” Sapa El.


Amanie mengangkat wajah. “hai El.” Wajahnya ceria. “baru habis kelas ke?” tanya Amanie. Mimin hanya mengangkat sudu aiskrimnya tanda mengajak makan bersama.


“no thanks.” Jawabnya kepada Mimin. “aku solat kejap tadi.” Jawab El. “ aku ingat hari ni kau ada study grup Min.” Tanya El sambil meletakkan begnya ke atas meja.


Mimin mencebik. “tetiba John kata nak buat party kat rumah dia.”


“kau tak join?” El dah tersengih. Amanie mengangkat muka dari buku rujukan gemuknya.


“huh? With all arak and party bogel? Gi-la!”


Gelak.


Amanie dah bantai menepuk-nepuk meja bulat. “ eh! Betul apa aku kata!” kata Min keliru.


“ memang la betul. Takde yang salah pun. But your memek la. Kelakar.” Jelas Amanie.


“paper je la. By the way, boleh je selamba golek dia cakap macam ni ‘wanna join us Mimin but don;t forget bring your bikini honey’ k,sila muntah darah.”


“that’s crazy.” El dah tak tahan gelak. “lawak terbaik dari Hannover.”


“setuju!” Ia Amanie dan Mimin serentak.


“heya guys!” tetiba meja bulat tu menjadi gelap apabila ada bayang besar melindungi suasana di situ.


“Noah!” teriak Amanie. dia terkejut melihat Noah berada di situ.


“why Amanie?” Noah melabuhkan duduk di sebelah El. Amanie menyambung memandang buku rujukan. Tapi masih kedengaran pada pendengaran semua orang apa yang digumamkan oleh Amanie selepas itu.


“aku ingat Hagrid mana la tadi. Kalau ye kot nak duduk bagi la salam dulu. Apa ke jadahnya la manusia zaman sekarang.”


Mimin menepuk lengan Amanie. “backspace gegurl. Apa kau cakap tadi? Bagi salam? He’s not muslim. Apa ke jadahnya la minah Perak ni.”


Noah dah tersenyum. “paham ke?” tanya El kepada Noah.


Sebelum Noah sempat menjawab, Amanie menyampuk lagi. “ kau gila ke hapa mamat Britain ni paham apa yang kita cakap. Sah mengong otak kau.” Bebel Amanie. “tahu la tadi hadap Mark tapi takkan sampai tangkap lentok dengan otak sekali kau bagi kat Mark tu.” Gumam Amanie lagi.


“err, saya boleh paham dengan apa yang kamu bertiga cakap.” Cakap Noah baku. Amanie kaku seketika. Dia memandang ke arah Noah dengan pandangan kelam.


“ aku demam ke? Kenapa aku dengar Noah cakap Melayu?” dia mengambil tangan Mimin lalu ditekapkan ke dahi.


“ aku demam ke Mimin?” amanie bertanya kepada Mimin.


“ mana ada kau demam.” Mimin menarik balik tangannya dari Amanie. 


“mangarut je minah ni.” Mimin memandang ke arah Noah meminta penjelasan.


“did you..” Mimin membiarkan ayatnya tergantung.


“speak in Malay?” tanya Noah kepada Mimin. “yeah. Saya boleh cakap melayu.  Saya baru belajar dari rakan sebilik saya.”


“siapa?” tanya Mimin pantas. “siapa je buat oversea dekat sini ea?” dia memikir-mikir dalam kepala. “aku, Amanie, El, Dee, Shahrul, Adi, Ariq. 7 orang je kalau tak silap aku. Tu je kan El.”


“ aku baru tahu Ariq masuk sini. Aku ingat dia pergi Jepun.” Balas El.


“dia tak jadi pergi Jepun. So, Noah tinggal sebilik dengan siapa?” ketiga-tiga gadis tersebut memandang ke arah Noah.


Noah berdehem lalu membetulkan duduknya. “ Mimin, what did you say just now. I can’t catch up.” Noah dah pandang teragak-agak.


“adui.” Ketiga-tiganya mengeluh lalu sandar pada kerusi masing-masing.


“punya penat aku membebel.” Gumam Mimin. “el, translate please. Aku nak beli hot choc kejap.” Mimin bangun dari situ.


“aku nak ikut jugak.” Kata Amanie tergesa-gesa. “tunggu jap.” Kedua-duanya berlalu dari situ.


“speechless.” Kata Noah sepatah.


“i can see that.”


Noah memandang El sambil tersengih. “ok, hari ni kita belajar pasal apa?”  tanya Noah sambil menggosok-gosok tangannya teruja.


“maybe we can learn something pretty easy for you.”


“like what?”


“like.....”







Musim panas datang pada bulan Julai seperti biasa. Semua sekolah di Jerman di tutup sepanjang musim panas. Termasuk Uni of Hannover.


“sekurang-kurangnya ada life kat Jerman ni.” Kata Amanie. rambut gadis itu kusut masai. Dia bangun dari katil dan menuju ke meja belajar miliknya. Lalu di kemas sehabis baik dan sekemas mungkin segala buku rujukan gemuknya. 


Amanie baru lepas seksa semalam dengan last paper exam untuk season itu. Dia dah habis 3 hari lebih awal.


El duduk menghadap lappy sedari malam tadi. Amanie mencebik. Tahu lah exam dah habis awal. Mahu dia tahan cemburu bagai nak rak sebab tengok El dengan Niesz galak bercerita tentang perlawanan bola sepak antara Bayern Munchen dengan Schalke 04.


“esok nak pergi mana je?” tanya Amanie. dia duduk di sebelah gadis itu. El memandang wajahnya sambil angkat-angkat kening.


“ Noah and the clan ajak pergi holiday.”


Amanie pulak angkat kening. “ ke mana je?”


“aku pun tak tahu.” Jawab El innocent.









“dah sampai.” Kata Noah. Kereta berhenti diparkirkan di hadapan sebuah cathedral yang besar gedabak macam hapa je.


El menyedut udara dalam-dalam. “ udara Cologne.”


“gila meroyan punya otak.” Kata Amanie pelik. “Lain la kalau kau cakap, udara Hawaii, make sense la jugak.” El dah tergelak.


“ wei, ambil gambar jom.” Teriak Niesz. Berpusu-pusu yang lain menerpa ingin turut serta. El hanya tersenyum. Trip ni dirancang oleh Noah dengan kengkawan. Yang join ramai la jugak. Around 20 orang. Perghh! Macam nak pergi meminang pun ada!


“el.” Panggil Niesz dari hujung sana.


El hanya tersenyum. Aku dah tahu trick budak ni. “ tolong ambilkan gambar,” hulur Niesz sambil tersenyum kambing.


“amboi kau orang. Galaknya la. Macam aku tak tahu, facebook jugak yang jadi mangsa.”


“macam tak kenal kitorang pulak.” Kata Mimin. Niesz hanya tersenyum nakal sebelum berlalu dari situ. “macam-macam la budak-budak ni.” El dah geleng-geleng kepala. “ Noah tak nak join?” tanya El sambil merenung si jejaka yang masih berdiri di sebelah dirinya.


“ biar Noah sahaja yang ambilkan gambar. El pergilah sertai mereka.” Nak gelak pun ada jugak dengar telo si Noah ni.


“cepatlah El!” teriak Niesz. “budak-budak dah penat posing ni.”


Budak ni la kan. El memberi kamera kepada Noah sebelum menyertai budak-budak yang lain untuk mengambil gambar.


“aik?”Niesz dah senyum-senyum pandang dirinya.


“ kenapa? Ada keganjilan ke di wajahku?” tanya El kepada Niesz.


“ bahasa sasterawan sungguh.”


“ok guys! Ready!” kata Noah. “ say cheese everyone!!”


Gelak reramai.


“cheese!!”







“besar gila bapak Cathedral ni.” Kata Niesz. Kepalanya dah mendongak habisan cuba melihat bumbung bangunan tersebut. Mulutnya dah menceceh pot pet pot pet. El berjalan berdua dengan Noah. Macam yang Mimin cakap awal-awal lagi.


“kau orang berdua ni ada paper ke?” bisik Mimin. Tak boleh cakap kuat-kuat sebab Noah kan dah boleh paham cakap BM.


“erk?” El dah bantai guling gelak. “ lain kali tanya la soalan reasonable sikit. Ni tanya macam tanya soalan budak darjah 1 je.”


Dan Mimin hanya mencebik. Semuanya dah berpisah-pisah membuat kumpulan sendiri-sendiri dan mereka hanya lepak kat situ dalam sejam je kot before gerak pergi Dresden.


“ huge.” Puji El.


“ iyap.” Setuju Noah. “suka jalan-jalan di Jerman?” tanya Noah. Mereka terus berjalan seiring.


“suka.” Angguk El ceria. “believe me, cuaca kat sini even summer pun sangat sejuk la. Berbanding kat Malaysia, panas sangat.”


Noah angkat kening. “ saya tak kisah je tinggal di negara panas macam Malaysia.”


“eh?” El dah kerut dahi. “ Noah nak pindah dekat Malaysia ke?”


Noah hanya senyum. “ bergantung kepada keadaan.”


“ I see.” Kata El perlahan. “so!” kata El kuat tetibe. Dia berhenti di hadapan Noah dan memandang jejaka itu. “ nanti bila nak datang Malaysia, bagi tahu El ok! I will be your tour guide!”


Noah dah tergelak. “ you’re just like kid El. Always happy.”


“ don’t worry, always be happy.”


Gelak lagi. Mereka terus berjalan tanpa bercakap apa-apa selepas itu. Melayan perasaan melihat suasana di atas bukit, berjalan-jalan di celah orang ramai yang berposing sakan macam tak pernah jumpa camera. Salah seorangnya ialah Niesz.


“el!” panggil Niesz. “ jom ambil gambar.” Ajak Niesz. El memandang Noah.


“ El pergi dulu k.”


“oh ok. Lain kali tak payah bagi tahu Noah pun tidak mengapa.”


“oh, El takut Noah tetiba risau la pulak.” Senyum. “ k, pergi dulu.” El melambai-lambai sebelum pergi ke arah Niesz. Noah melambai kecil pada El yang semakin hilang dari pandangan.






Malam di Dresden.


“ sumpah syiok gila la tadi.” Bebel Niesz. Dia menghenyakkan punggung di atas katil. Mereka semua cehck in dalam sebuah motel. Takkan la gamak nak lepaking sewa hotel kat Dresden ni. Mahunya terbang je duit macam gi tu. El pergi ke tingkap untuk melihat suasana malam di Dresden. Lawa. Totally superb. Subhanallah. Amanie berdiri di sebelahnya.


“ gila cun!” puji Amanie. “ Niesz!” pekik Amanie. El dah jeling maut pandang minah tu. Apakah??


Niesz  keluar dari bilik mandi. “ apa dia? Apa dia? Siapa kemalangan?” tanyanya cuak.


Pap! “ni apa ke jadahnya cerita pasal kemalangan. Aku lesing baru tahu. Sini!” panggil Amanie. “cun gila kot!”


Niesz menempek di sebelah Amanie. “wei! Lawa gila. Jom siap cepat. Kita pergi date kat situ.”


“solat la dulu!” amaran Mimin.


Amanie, Niesz dengan El dah sengih kambing. “ baik naqibahku.”


Mimin sengih kambing. “ cepat siap. Aku pun dah tak sabar ni,” katanya teruja.


“choy!” kata El, Niesz dan Amanie serentak sebelum tergelak.






“el! Noah!”panggil David.  “look at here.” Kedua-duanya pandang ke arah David seperti yang di arahkan sebelum flash camera menangkap wajah mereka. “ perfect!” David mengangkat ibu jari tangan. “like a lovely couple.” Puji David.

Muka El dah blush habisan. Apa ke mencarut mamat ni mengarut.


“shut up David.” Kata Noah sambil gelak. Mereka seramai 20 orang berjalan-jalan macam buat konvoi Cik Kiah bergerak menuju ke Dresden Opera House.


Dan bila El bertanya kepada Noah. “ ada teater apa malam ni?”


Noah tersenyum sebelum menjawab. “ Anna and The King.”


“oh.”










“ pernah tengok teater?” tanya Noah. Ketika itu semua dah buat kubu beramai-ramai kat dalam Opera House.


“ tak pernah lagi pun.” Jawab El. “ first time sebenarnya.” Sebab aku tak suka tengok pun sebenarnya!


“ I see.” Balas Noah sambil terngguk-angguk sedikit. “ hope you like it.” Noah kenyit mata menggoda.


“hopefully.” El dah ceria habisan. Memang pandai aku berlakon :P








Kedengaran suara Niesz terjerit-jerit memanggil Abraham dengan Gabriel. Bagus la tu. Tiga-tiga budak tu dah macam jakun spesis apa je. Setiap kali ada tempat menarik, setiap kali tu la berposing sakan.


Bak kata Niesz. “ dah kata holiday. Enjoy je la.”


Enjoy la sangat. Dia rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala dia kat tembok jambatan ni. Malu? Jangan cakap la. Teringat peristiwa malam tadi.









“El.” Panggil seseorang.


El menguap. choy! Siapa je la yang ganggu aku tidur ni.


“el.” Panggil suara yang lain pulak sebelum dia terdengar gelak kecil. Erk?  Matanya terus terbuka bulat.


“mak!” El terkejut. Bukak-bukak mata je terus nampak muka Noah. “Noah!” marah El.


“sorry, sorry.” Kata Noah cemas. “Awak tertidur El.” Tambah Noah. “ mengantuk sangat ke?” prihatin jejaka tersebut. “ kalau mengantuk kenapa tak bagi tahu awal-awal lagi?”

El pandang sekeliling. Tempat duduk hampir kosong. “ saya tertidur?” tanya El perlahan.


“ dah, dah bangun puteri raja El.” Sergah Amanie. “ kau nak bertapa kat Opera House sampai malam keliwon ke? Jom balik motel. Aku tahu la kau benci giiila dengan teater tapi tak payah la tidur terang-terangan.”


El memandang ke arah Noah dengan pantas dan dia perasan akan riak wajah jejaka itu yang berubah buat seketika.






“ cappucino?” hulur Noah.


Baru je pikir pasal mamat ni.


“ thanks.”


Noah berdiri di sebelahnya menghadap sungai yang bersih gila. Macam tapak kasut dengan minyak wangi berbanding dengan Sungai Klang yang tahap badak kotor macam hapa je. Teringat kata-kata Is dulu masa dia bersekolah.


“ kalau lepak kat tepi sungai Klang, kadang-kadang boleh nampak babi mati terapung!”


Memang bercanda macam cipan je. “em, Noah” panggil El.


“yes.” Mata Coklat Noah memandang ke arah anak mata hitam bulat miliknya.


“actually El nak cakap sorry pasal malam tadi.” El memandang ke arah hadapan semula. Malu.


“oh.” Hanya itu yang mampu dibalas oleh Noah. “it’s ok.” Tambah Noah pendek.


“ sorry sangat-sangat.” El tak tahu nak cakap apa dah.


“it’s ok El.” Kata Noah ceria. “ noah ok je kalau El tak suka tengok. Sebenarnya Noah pun rasa mengantuk je malam tadi Cuma takut nak lelapkan mata.” Cerita Noah.


“erk? Kenapa?” tanya El pelik.


“ semalam El tidur dekat bahu Noah. Kang nanti Noah terlentok atas kepala El, mahunya kena baling batu dengan El.”


El hanya tergelak. “so sorry Noah. Last night , urgh, I don’t know. That’s bored.” El menjulingkan mata ke atas.


“agree.”


Kedua-duanya gelak sakan.











El mengetuk-ngetuk bilik asrama Noah. “Noah.” Panggil El. Musim belajar dah start balik. Holiday dulu, macam-macam rombongan che kiah diorang buat. Lepak kat Berlin, Munich-tengok konsert Celine Dion, jejalan dan melepak sana sini. Sangat syok dan mengujakan.


“noah.” El masih mengetuk daun pintu bilik hostel Noah. Pintu terkuak.


“yes?” sapa seorang gadis.


Erk? El dah pandang si gadis atas bawah.

 “ oh. Nothing.” El terus berundur dan berjalan dari situ dengan perasaan bercampur baur. Otaknya tak dapat berfikir dengan betul and keboom!


El jatuh terduduk. “ouch” keluhnya . dia mengibas-ngibas punggungnya sakit.


“ El.” Panggil orang yang melanggarnya itu.


El mendongak untuk melihat siapa yang memanggilnya ketika itu and siapa yang melanggarnya sampai terduduk.badan dah la keras gi-la.


“ kimi?” el bangun dan pandang lelaki itu dengan pandangan keliru sebelum bertukar menjadi meluat dan pantas berlalu dari situ.


“El!” panggil Kimi. “nanti dulu.” Dia mengejar El Dania dan cuba bersaing untuk berjalan dengan gadis itu.


El dah sampai di depan biliknya dan sedang memegang tombol pintu. “ damn you. Boleh tak kau berambus je,”


BUM!


Dengan kasar pintu bilik di tutup.









El duduk termenung di bangku taman itu. Seorang tanpa ditemani sesiapa. Dia terasa ada yang duduk di sebelah hujung bangku yang sana.


“ are you ok?”


El terus mengangkat wajah melihat si mulut yang mula berbicara tu.


“kimi.” Gumam El. “ sejak bila kau datang Hannover ni?”


“kimi ada convention kat sini.” Jawab Kimi. “ are you alright?”


“ insane.” Gumam El lagi. “ boleh tak belah dari sini. Kau ingat aku suka ke duduk dekat dengan kau. Dasar gigolo.” Kutuk El.


Berubah muka Kimi apabila dikutuk sedemikian rupa. Kimi hanya mengeluh sebelum memandang ke arah hadapan. Melihat itik berenang. Melihat ibu itik pot pet pot pet memarahi anaknya.


“i’m sorry pasal yang dulu tu.”


“simpan maaf kau hanya untuk Allah Kimi. Is that clear?” kata El tegas.


“ Kimi tahu.” Kata Kimi perlahan.


“ kau pikir senang ke aku nak maafkan kau bila tahu yang Hanna menderita.” El mula memandang ke arah Kimi “ you’re jerk and phatetic man ever.” Tambahnya bengang.


Kimi memandang ke arah El. “Kimi mintak maaf El. Tak boleh ke El maafkan Kimi? Nabi pun ampunkan umatnya El.” Kata Kimi sayu.


“ aku bukan nabi Kimi.” Tegas.


“El.” Kimi mengeluh lagi.


“ pergi dari sini Kimi. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Ever.”


Kimi bangun.


“by the way,” El bangun dan menghadap Kimi. Kimi memandang El untuk menantikan kata-kata gadis itu yang seterusnya. “ why all men is disgusting like you?” El angkat kening.


Kimi tergagap nak menjawab. “ jerk.” El terus berlalu dan meninggalkan Kimi sendirian. Tunduk memandang rumput yang hijau. Alone....

**********************************************************

waitin for the last episode !! :D








2 comments:

  1. seriously best!! :)
    can't wait for the next... :D

    ReplyDelete
  2. memg best... cerita y tak dpt dijangka... :)

    ReplyDelete

 
;