From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday, 10 January 2012

~ kisah gadis bernama El Dania. episode 1

assalamualaikum.

this is Mini Novel from me. I hope you guys like it. this is first episode of Kisah gadis bernama El Dania. there are gonna be 3 episode from this story.  enjoy!

*****************************************************************************

El Dania duduk melepak di kantin keseorangan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket. Dia mengerutkan dahi. Dah pukul 5 petang ni. Mana mamat ni? Kang ada juga yang makan handphone aku hari ni. Aisy. Dia jugak yang ajak aku date, tapi bila aku dah datang, dia pulak tak datang.

“El, petang ni kita date tau. Petang ni sure Kimi datang punya.” Janji Kimi. El kerut dahi. Pada masa yang sama, dia mencapai buku Tempted by PC Cast dari rak buku di perpustakaan yang memang senyap sunyi tu macam tanah perkuburan. Kalau bising macam pasar senin, tu namanya bukan library!

“ boleh percaya ke?” tanya El.

El menggenggam kuat telefon bimbitnya. “ memang tak boleh di percayai langsung.” Gumam El perlahan. “ baik aku layan facebook sekarang.” Dengan pantas dia mengeluarkan laptop apple dari dalam beg sandangnya dan pantas log in ke dalamnya.

Laman sesawang facebook pantas terpapar di hadapannya. Dari speaker laptopnya kedengaran Plain White T’s menyanyikan Natural Disaster. Spontan El melihat siapa yang masih online pada saat tu. Mana tahu Hanna online ke, boleh jugak dia meluahkan perasaan nak sepak-sepak muka Kimi tu.

Huh? El amati betul-betul senarai nama yang online tu. Wan Dedi Kimi is online. El membulatkan matanya terkejut.

WAN DEDI KIMI IS ONLINE!

DEDI KIMI IS ONLINE!

KIMI IS ONLINE!

Sah ada tekak telan handphoen aku.




El Dania datang ke sekolah dengan Novonya. Dia memarkir elok motornya di Taman Ilmu. Well, memang sekolahnya itu terkenal dengan taman dan perhiasan. Sekolahnya pernah menjadi sekolah harapan negeri Selangor manakala perpustakaan di sekolahnya itu adalah yang terbaik di daerah itu. Heh, bangga siot! Siapa tak bangga. Kalau ada yang tak bangga tu memang kena siat kulit la dengan aku.

El menuju ke kantin untuk menunggu Hanna sebelum masuk ke kelas bersama-sama. Hee, ye la. Mana tahu dia boleh nampak kelibat si Kimi tu. Boleh jugak dia bukak mulut mamat tu pastu tonyoh dengan lada sulah sampai dia boleh eja perkataan ampun. Huh! Buat sakit hati je pikir mamat senget tu.

Boleh pulak sesedap oren je dia kata bukan dia yang online semalam. Adik dia yang online guna dia punya account. Lame answer. Ingat aku ni kambing ke yang boleh kau godek sana-sini. Dari jauh El boleh nampak Kimi tergesa-gesa jalan ke arahnya dengan muka yang cemas.
Si gadis menyilang kaki. Kimi duduk di sebelah El.

“awak.” Panggil Kimi.

“ apa dia.” Balas El.

“ marah ke Kimi tak datang semalam?” tanya Kimi.

El menjulingkan mata ke atas. Sheshh. Aku benci betul dengan mamat jiwang. So crab.

“ el?” panggil Kimi.

“ apa dia.” El ulang skrip.

“ sorry k.” Mohon Kimi.

El membulatkan matanya. “ sorry?” ulang El. Memang sah rambut spikiy si Kimi ni gugur macam orang kena leukimia je nanti.

“ ingat orang tunggul ke hah?!” marah El. Ni yang aku angin macam angin monsun tak cukup sifat ni. “ orang tunggu 3 jam tahu tak! 3 jam!!” herdik El. “ and SORRY???”

Kimi pegang bahu El tanda untuk mententeramkan diri si gadis.

BUK!!




El menghenyakkan punggungnya berang di bangku kelas. Bodoh! Ada hati nak pegang bahu aku. Apesal bijak sangat? Kan dah kena sedas dengan aku. Dia ingat aku ni minah GRO ke hapa! Aisy. Pagi-pagi dah berasap je kepala otak aku ni.

“ wei.”  Panggil Hanna. Hanna pantas duduk di sebelah El dan meletakkan buku teks plus buku rujukan yang gemuk tu ke dalam desk.

“ kau tumbuk Kimi ea?”tanya Hanna dengan pandangan teruja.

El pelik. “ mana kau tahu ni?” tanya El curiga.

“ hello.” Hanna goyang-goyang telefon bimbitnya. “ heya, heya budak ni. Macam baru sehari sekolah dekat Raja Kurshiah. Tak perasan ke ada mesej masuk dekat phone kau.”

El merasakan dahinya baru di ketuk berkali-kali oleh kuali bersabun. Damn Truly Gossip. El membuka flip telefon bimbitnya.

Gossip?

Who doesn’t like gossip?hell yea. Seems like El Dania is so brutal. Poor to Wan Dedi Kimi. By the way, i hope he’s find. You’re not handsome anymore when you got a looks like panda eyes.

Heaven!

You know you love me. Truly Gossip.

“kau-pukul-kimi-si-budak-paling-hot-dekat-sekolah-ni” kata Hanna satu persatu. “ kalau kau tak suka dia, bagi dekat aku je.”

Huh? El pandang Hanna. “kau kan da ada Tengku. Ni apesal nak Kimi pulak.” El dah pelik gila.

“ so what!” balas Hanna pantas. “ hidup must enjoy El. Relax k, aku nak enjoy je dengan Kimi tu. Dah enjoy, aku bagi balik dekat kau. Amacam?”

Apakah.... Hanna is my best friend. Tapi perangai macam apa je. Aku tak sangka gila ada orang perangai macam dia. What’s wrong with her!

“ hello, jangan jadi pelik boleh tak?” tanya El kawal nada. Sebenarnya dia nak cakap macam ni. Hello, boleh tak jangan jadi macam GRO. K, that’s too hurt.

“ pelik? Ala, Kimi tu bukannya ada teruna lagi pun.” Gumam Hanna.

El terkejut.

“opps. TERbagi tahu pulak.” Kata Hanna innocent.

“ apa ke..” kepala El sakit tiba-tiba. Dia pantas memegang bahu Hanna dan mendesak gadis 
itu agar memberitahunya perkara sebenar.

“ hey!” latah Hanna. “ kenapa dengan kau ni?” Hanna menolak tangan El ke tepi.

“ tadi yang kau cakap tu betul ke?” tanya El terburu-buru. Cemas.

Hanna sengih sinis. “ mestilah betul. Aku saksi kejadian.”

BUK!



El tak dapat menumpukan perhatian pada mata pelajaran Kimia. Dia hanya nampak Cikgu Maisarah tulis entah hapa-hapa entah dekat papan hitam tu. Selain tu, kabur. Menangis? Huh? Tolong la. Ni El la. Takkan nak menangis pulak. Buat malu je. K, admit, tadi ada menangis kejap. Kecewa? Of course kecewa!!

Bodoh la siapa yang cakap dia tak kecewa. Hello!! Kawan baiknya telah hilang dot dot dot pada umur 17 tahun. What the hell! Tak faham aku dengan dunia zaman sekarang dan yang paling mengecewakannya adalah si salah laku tu ialah teman lelakinya. I mean, EX boy friend. Capital letter of E and X. Please get it everyone. Kalau tak faham jugak, aku hempuk korang dengan kamus dewan bahas dan pustaka.

El meraup muka. Apa dah nak jadi la dengan dunia ni.

“ el dania.” Panggil Cikgu Maisarah.

“ ya cikgu.” Kata El perlahan. Seisi kelas memandangnya.

“ tolong selesaikan soalan acid base titration dekat depan. Dia dah bagi equation, kamu tolong 
selesaikan the rest.” El menuju ke depan sambil dahinya berkerut merenung ke papan putih. 
Ok, follow the rule n=mv.  Aku ingat soalan einstein mana tadi.




El menuju ke perpustakaan. Dia inginkan ketenangan. Dia rasa, dia ingin menenangkan dirinya dengan semua kejutan yang baru berlaku ke atas dirinya sebentar tadi. Dia bukan robot yang boleh hadam segala bagai perkara dan kejadia dalam satu-satu masa.

El duduk di celah-celah rak buku. Dia pantas menyumbatkan headphone ke telinga. Open your eyes by maher zain menerjah ke telinga. Terkejut? Yes! Dia sangat terkejut. Kenapa Hanna sanggup buat perkara macam tu? Adakah Hanna telah menjadi dungu? Crab. Sumpah dia tak tahu nak react macam mana. Hanna tak pernah terfikir ke apa yang akan jadi pada masa depan dia? Pada ibu bapa dia kalau diorang dapat tahu. And macam mana kalau masyarakat yang dapat tahu.

Hanna adalah gadis bawah umur. Melakukan hubungan dot dot dot di kira sebagai kes rogol sama ada dalam keadaan rela ataupun tidak. Haish. Dan si luar alam Kimi.  Aku rasa macam nak sepak-sepak je kepala dia. Emo? Aku emo? Suka hati aku.

Heeellllo, lalala. Someone tolong sedarkan mereka ni!!! Takkan la tak ingat tentang hukuman melakukan zina. Dan dalam kes Hanna dengan Kimi ni masuk dalam chapter ghoirah muhson ( penzina belum berkahwin ), and nak tak nak, hukuman diorang adalah sebat 100 kali.

El tersenyum sinis. Aku tengok kat mastika pun, punya la orang meraung macam apa je bila kena sebat. Tu baru, 3,4 kali. Bukannya 100 kali. Huh! Buat dot dot dot memang la seronok sekejap tapi azab sampai ke neraka. Nasib kau la. Aku nak nasihat segala bagai pun, bukannya aku baik sangat pun. Aku pun berlambak je dosa. Tak boleh la aku nak nasihat dekat diorang.




Kimi berdiri di hadapannya. El mengeluh. “ kau nak apa Kimi.” Dah takde panggilan Kimi-El ataupun saya-awak lagi. Semuanya jadi kasar sementelah dia mengetahui apa yang dah terjadi di antara Kimi dan Hanna. El membiarkan Kimi dan pantas bergerak menuju ke tempat parkir motor.

“ el.” Panggil Kimi. “ kenapa dengan El ni. Kimi panggil buat tak layan je. Dah tu ayat makin kasar pulak tu.” Balas Kimi.

“ boleh diam tak.” Kata El dingin. “ aku dah malas nak cakap dengan kau lagi.”

Kimi terkejut. “ el, kenapa ni?” kimi dah cuak. “ apa salah Kimi.”

El menghadap Kimi. Sah ada yang kena basuh dengan aku. “ kau tanya apa salah kau? Kau pernah terfikir tak apa yang kau buat tu salah! Dosa besar! Kau pernah fikir tak!” tengking El.

Muka Kimi keliru. “ apa El cakap ni?”

“ apa kau buat dekat Hanna?”

Muka Kimi terus berubah. “ el, please El. Kimi minta maaf.” Kimi memegang tangan El untuk meminta maaf.

El cuba melepaskan tangannya dari genggaman Kimi. “ el, please.” Pinta Kimi.

“ lepaskan aku Kimi!” jerit El. Air matanya mula gugur. “kau sangat menjijikan. Jijik tahu tak!” tengking El lagi.

“ please El. Maafkan Kimi.” Dia masih memegang tangan El. “please.” Muka Kimi dah sedih tahap tak boleh ukur.

El menolak tangan Kimi. “ bukan minta maaf dekat aku Kimi. Pergi minta maaf dekat Allah!”



Beberapa tahun kemudian.

El Kamal masuk ke dalam bilik kakaknya El Dania. Masih kemas walaupun sudah 2 minggu tidak berpenghuni bilik itu. Kakaknya kini ada di Germany. Sambung belajar dalam jurusan Fashion Designer. Kakaknya mahu sama gah seperti Hana Tajima. Itu kata kakaknya. Hari ni, sepupunya dari Kuantan akan menggunakan bilik kakaknya itu buat sementara waktu sebab sepupunya itu akan buat IB dekat Banting. Jadi tumpang sebentar untuk beberapa malam.

El Kamal membuka laci meja solek kakaknya itu. Mana tahu ada barang berharga atau barang penting-penting yang perlu di simpan ke....

Dahi si jejaka berkerut. Ada 1 buku berwarna hitam di dalam laci tersebut. Diari? dia membuka helaian pertama. Yap ! memang diari. Milik kakaknya, El Dania.

Diari ini adalah milik El Dania. El Dania memang comel. =) i know> tak payah mention pun takpe. hehe

El Kamal tersenyum kecil. Macam-macam kakaknya ini. Memang tak dinafikan bahawa kakaknya itu memang seorang yang ceria. Dia duduk di atas katil yang terdapat di dalam bilik itu. Dia membaca satu persatu diari hidup kakaknya itu.

Sampai kepada muka surat terakhir, tetibe telefon bimbitnya berbunyi. Dia pantas menjawab dan mengalihkan diari itu ke tepi. Dia berborak ceria sebelum berlalu keluar dari bilik kakaknya dan hanya membiarkan diari itu terbuka luas pada muka surat terakhir.

Nak tahu tak apa isinya?  




Dear diari.

semalam aku dapat berita yang Hanna masuk hospital. Ye. Aku hanya dapat berita sahaja sebab aku dengan dia bukan sahabta karib lagi. Aku dah tak kenal apa tu makna sahabat karib setelah Hanna mengkhianati aku.

Hanna pun dah tak cakap dengan aku. Kimi juga. Setelah aku gaduh dengan Kimi, dia sudah tidak menghiraukan aku seolah-olah aku yang membuat salah kepadanya.

Pape je la Kimi. Aku tak kisah sesen pun apa yang jadi diantara kau dengan Hanna. Cuma aku harap, kau orang bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Aku ingat Kimi takkan ulangi lagi perbuatan kotor dan jijiknya itu, tapi, dari apa yang aku tahu~dengar dari gosip-gosip budak-budak perempuan~ si Kimi itu adalah lelaki idaman di ranjang. Huh? 

Apa ke jadahnya budak-budak  zaman sekarang berpikir. Bodoh? A’ah. Anda-anda sekalian memang bodoh dan luar alam.

Masa spm dulu, aku nampak, si Kimi tu tetap suka-suki enjoy riang ria. Tak pikir masa depan sungguh. And again, macam mana aku boleh couple dengan dia? Aku-memang-bodoh. Bloody hell.

Tadi aku baru dapat berita yang Hanna menghidapi penyakit HIV positif. Aku hanya mampu menggelengkan kepala aku. Aku harap dia insaf dan segera kembali ke jalan Allah. walaupun dia berbuat jahat kepada aku, aku tetap akan mendoakan kesihatan Hanna. 

Mama juga ada memberitahu aku bahawa Hanna ingin berjumpa dengan aku. Atas sebab apa? Entah. Aku pun tak tahu. Mungkin hendak meminta maaf. Huh? Ye ke?
Aku harap begitu. Aku still sayangkan kawan aku dan aku tak mungkin akan mengkhianati dia.

 Kepada Hanna> kita aka terus berkawan jika kau ingin berkawan dengan aku lagi.
Kepada Kimi> aku harap kau insaf and berhenti la jadi manusia rosak.

Akhir coretan> El Dania.

p/s ~harap cerita aku boleh jadi iktibar buat sesiapa yang membacanya. Aku harap Kimi bahagia dengan hidupnya sekarang dan semoga Hanna selamat dia alam sana. Al fatihah.
  




El Dania menyikat rambutnya leka. Bilik asrama mereka dah melalak dengan lagu Fuckin Perfect –pink-. Bila dia cakap, ‘mereka’ maksud dia, dia berkongsi bilik dengan seseorang.

“ kelas kau start pukul berapa?” tegur Amanie. gadis itu masih duduk menghadap lappy di atas katilnya. Mask hijau di wajah jangan cakap la. Penuh sakan.

El bangun dan meletak sikatnya di atas meja solek lalu bergerak ke tepi tingkap untuk melihat cuaca. Bukan betul cuaca akhir-akhir ni. Kadang-kadang tengah sesedap oren lepak kat park uni, masa tu jugak la salji turun. Gila tak gila.

Ingat lagi masa tu dia, John, Adriana dengan Shark lepak kat park buat grup revision, tetiba salji turun. Erk? Pelik lagi ajaib.

“9 pagi.” El menjulingkan mata ke atas. Dia duduk di tepi Amanie sambil membuka laptopnya sama seperti Amanie. “ gila tak gila. Aku rasa Tom tu memang dah meroyan habisan la. Selalu buat kelas pukul 12.” Gumam El.

Amanie tersengih. “ nasib baik la dia handsome habisan.”

El angkat kening. “ ni sejak bila layan jiwang segala bagai ni. Sure putus fius and baru habis baca Versus la tu.”

“shut up!” amanie tergelak kecil. “ hlovate best apa and believe me Versus is the best.”

“yeah!” El sign in Yahoo Mail lalu melihat inbox. “ kau online apa?” tanya El kepada Amanie.

“blog.”

“oh crab!” El tepuk dahi.

“kenapa ni?” tanya Amanie cemas. “aku tahu la kelas pukul 9 tapi janganlah gila sangat.” Dia dah pandang El pelik.

El sengih. “ takde pape.” Dia melihat inbox Yahoo Mailnya berkali-kali dan mengharapkan matanya silap membaca pada ketika itu. Mengharapkan mesej dari adiknya El Kamal adalah logam maya dan bukannya nyata. Kepala otak pun dah tak betul. Mana ada logam maya lepak kat tengah-tengah Germany ni.

Assalamualaikum.

Heya sis! nak bagi tahu, tahu tak yang Kimi your EX tu dapat sambung belajar dekat UK. Haha. Maybe kau orang berdua ada chemistry yang kuat. :P

By the way, Eliana tumpang tidur kat bilik sis sebab dia nak uruskan hal dia kat IB. Nasib baik your room still tak busuk. Haha. masih ingat lagi yang bilik sis busuk macam kambing tak mandi. *i know right now mesti sis nak terbalikkan my head down to earth :P* chill k.

So, how study kat Germany? Cool huh? First month of Uni life. Hehe. I got text messeges from Kimi and dia selalu tanya-tanya kat Kamal, where you have been gone!!

Sis!! Who is he to you?! I thought he is your boyfriend *I mean EX, oppss, haha* again! Your meter sure dah turun habisan.wink,wink. I think I wanna seetV3 right now. Mana tahu pemberita ada cakap,

Live from Germany, there is one girl start mengamuking bila adik dia yang comel lagi hot hantar yahoo mail kepada dia. :P. K,sis. I got to go. Wanna go to school. Had mom tell you yang your adik ni dapat jadi Head Prefect of Secret?

Hehe, daa sis.

Love you. :D

P/s

Can you find gegurl from germany and lamar dia untuk Kamal? hehe. Kimi said that he wanna text you so I give your phone number. Maybe he will call you soon. Hee, I can see spark of love.


“KAMAL!!!!!” jerit El kuat. Amanie terkejut memandang El.

“wei! Kau ni kenapa?” Amanie menyentuh dahi El. “ tak demam pulak.” Gumamnya.

“ aku tak demam la.” El mengalihkan tangan Amanie ke tepi. Adik aku memang la nak kena makan sup tapak kasut khas aku bawak dari Jerman ni.”


“kenapa?” tanya Amanie lagi dengan nada prihatin. Dia meletakkan lagi tangannya pada dahi El Dania. “ tak demam jugak.”


“ aku tak demam la.” El mengalihkan tangan Amanie sekali lagi ke tepi. Dia menutup laptopnya dan memasukkan gadget tersebut ke dalam beg. “ aku nak belah. Kelas kau pukul berapa?”


“ 3 petang. Kelas kau habis pukul berapa?”


“aku ada kelas pukul 4 and habis pukul 6.” El melihat jam tangannya lagi. 


“chow dulu.” El membuka pintu bilik dan pantas berlalu. “ daa.”


“ lepak kat Jingle’s pukul 6.30!!!” teriak Amanie dari dalam bilik. El menggeleng-geleng kepala. Memang la perempuan ni, suka jerit macam tarzan. 
Dia melalui laluan hall untuk keluar dari hostel yang disediakan.


“hai El!” sapa Noah. Jejaka tersebut baru keluar dari biliknya.


“hai Noah.” El berhenti sebentar untuk berborak dengan Noah or lebih tepat lagi Noah Evan Javier. Perghh! Mendedes nama kau Noah. Nama aku El Dania je. :D


“ nak pergi kelas?” tanya Noah pelat.


“oh. My. God!” el menekup mulut. “ since when you can speak in Malay?” tanya El terkejut. Mereka mula bergerak dari situ.


Noah mula senyum. “ surprise?”


“of course!” El menapak seiring dengan mamat Britain tu. “k, now impress me.” 
El angkat-angkat kening.


“ awak seorang yang cantik.” Kata Noah masih dengan slanga Englishnya.


El hanya tergelak. “ kelakar la pulak bila dengar mat mata biru cakap melayu.” Cakap El pantas.


“erk.” Noah dah termangu-mangu. “ don’t understand.” Dia dah pandang El dengan wajah yang sukar ditafsirkan. “ did you say I’m a good talker?”


El meggeleng-gelengkan kepala. Memang la seorang mamat ni. “ no la! I say, it’s funny when a guy like you tryin to speak in Malay. You know, your slang feel weird.”


Noah kelihatan terangguk-angguk. “ i see. Err, boleh El ajar saya cakap Melayu?”


“ why not! “el kelihatan teruja. Kedua-duanya berjalan melintasi Park The Hannover yang penuh dengan pelajar universiti yang melepak penuh santai. Sekarang Spring season. Jangan cakaplah, banyak daun bersepah kat laman. Ingat lagi masa mula-mula Spring muncul. Dia, Amanie dengan Niesz jakun gila ambil gambar sebab masing-masing sibuk nak upload gambar kat facebook lepas tu gaya riak tunjuk dekat kengkawan kat Malaysia.


“ok la El. Got to go. My class dekat north side. Bye.” Kedua mereka berpisah dengan Noah menyusuri Walk of Dunedeen dan El pulak kena melalui sisi Walk of Bibliothek. Haha. Nama macam bibble pun ada. Padahal library je kot!


“don’t forget to teach me this evening!” teriak Noah dari hujung sana.
El hanya melambai-lambai tanpa memandang wajah Noah.


“yes or no?!”


El berpaling memandang Noah yang tengah berdiri menunggu jawapan. Dia tersenyum sebelum mengangkat ibu jarinya tanda setuju.









El duduk dalam Fakultät für Modedesigner. Masa mula-mula sampai Uni of Hannover ni, tergeliat lidahnya nak menyebut. Kepala otak berpusing and pikir sakan macam mana nak sebut fakulti dia ni. Fakultat? Haha. Dia dah gelak dalam hati. Asalkan ada bunyi fakulti. :P


“hei El.” Niesz menepuk bahu El lalu duduk disebelahnya. “kau tahu tak aku dengar cerita, ada seorang mamat Malaysia tu hot gila la! Muka dia macam Daniel Wu oo.”


El tergelak. “ aiyoo mak cik. Bergosip je ye kamu ni.” El dah geleng-geleng kepala. “ siapa Niesz?” tanya El perlahan.


“ecece, aku ingat kau tak minat nak ambil tahu. Tak payah nak bisik-bisik. Bukan diorang paham pun!” kata Niesz kuat.


“lupakan. So, siapa the hot guy tu? Can macam don juan la?”
Niesz menepuk lengan El. “ aku tak kenal Don Juan. Aku kenal Ariq Ulwan je.” Sengih lagi.


El terkejut. “again, again. Backspace. Who?”


“ariq ulwan.” Ulang Niesz lagi. Gadis itu mula mengeluarkan handphonenya dari dalam beg. “ni gambar dia. Cute kan?” puji Niesz.


El mencebik. “ biasa je.”


“cakap je la dah terpikat.” Niesz dah tersengih-sengih memandangnya.


“oh peeelease. Tak layan scene jiwang lagi menggelikan lubang telinga ni.” Giliran El pula yang mengeluarkan handphonenya. Ada mesej yang masuk. Siapa yang hantar????


Niesz duduk bersandar lalu memandang ke hadapan. “ hee, aku ingat mana tahu kau jatuh chenta pandang pertama ke. Boleh jugak aku kenen-kenenkan.” Angan-angan Niesz. “sah-sah la aku tak boleh masuk line. Tu namanya menempah bala dari Johor Darul Takzim. Mahunya kena seret balik semenanjung dengan ibunda tersayang sebab menggatal dengan lelaki lain.” Niesz memandang ke arah El.


“kau dengar tak ni?” Niesz menepuk bahu El.


“ulang balik semula.” Kata El sambil sengih kambing.


“budak ni memang la. Berkahayal sampai mana? Gunung tripoli? Gunung ariq?” Tanya Niesz teruja.


“sah merapik budak ni.” Gumam El. “niesz.” El memandang ke arah Niesz. 


“cuba tengok gambar ni.” El mengeluarkan kamera dari dalam beg lalu di cari gambar yang ingin ditunjukkan kepada Niesz.


“gambar apa?” tanya Niesz tak sabar-sabar.


El memberikan kameranya kepada Niesz untuk melihat gambar tersebut. “oooh my god!” kata Niesz perlahan. El mengambil semula kamera tersebut dari tangan Niesz.


“ macam mana...?” niesz dah tunjuk wajah pelik.


“macam mana gambar Ariq Ulwan ada dalam kamera aku?”
Niesz angguk berkali-kali. “sejak bila kau kenal dia? Perempuan tepi dia tu macam pernah nampak je.” Niesz kelihatan seperti berpikir.


El tergelak. “kau ni biar betik pikir macam pikir rumus Einstein je. That’s Ariq Ulwan dengan Edriana Fadisha. Takkan tak kenal Edriana.”


“gotcha.” Niesz menepuk tangan. “patutlah familiar. Taaaaapi, macam mana gambar dia ada kat dalam kamera kau?”


El sengih. “berapa banyak da harkat kau untuk taaaapi tu.” Niesz membalas sengih.


“trademark aku.”


Gelak.


“takkan tak tahu.” Tambah Niesz sambil kenyit mata.


“really?”El angkat kening.


“hei.” Niesz menepuk sekali lagi lengan El. “jangan tukar topik. I have been asking you trillion times. Macam mana gambar Ariq Ulwan tu boleh ada.”


El menepuk dahi. “lupa, lupa. Dia tu dulu satu sekolah dengan aku la. Cuma bukan 1 kelas. Dia Alpha, aku Beta. Budak pandai.” Tambah El sambil bergumam.


“i see.” Niesz terangguk-angguk paham. “banyak-banyak uni, boleh pulak dia lepak kat sini dengan kau. Ada pape ke?” Niesz dah sengih-sengih.


Erk? “ choy!” el dah tergelak. Apalah minah ni pikir. “ aku dan ariq takde apa-apa ok. Muktamad. Jap aku tunjuk gambar awek dia.” El mengeluarkan sekali lagi kameranya dan tangannya bergerak-gerak mencari gambar ‘ariq’s girlfriend’.


“ni gambar awek dia.”


“hot gila!”


“tahu takpe.” El menjulingkan mata ke atas. “ so hot la macam goreng pisang.”


“best gila kau punya lenggok bahasa.”


“baru tahu ke?”


“k, guys! Stop talking!” Prof Tom dah melangkah masuk. Semua umat manusia kat dalam hall tu dah diam membisu.


“ariq is hot!” bisik Niesz kuat kepada El.


**************************************************************


wait for next episode!





3 comments:

  1. haha...best...cant wait to next epi :D

    ReplyDelete
  2. sekadar teguran...

    'crab' sepatutnya 'crap'

    kalau daun bersepah sepatutnya Autumn...if its Spring - bunga berkembang di taman :)

    Anyway, nice story :)

    ReplyDelete

 
;