From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 7 January 2012

Sahabat Selamanya

Dia berseorangan lagi hari ini. Seorang diri menikmati keindahan alam ciptaan tuhan ini. Bersendiri memikirkan haluan hidupnya selepas ini. Dia tahu, dia boleh survive. Sebab dia tahu Allah sentiasa bersama hambaNya yang memerlukan. Biarlah semua orang meninggalkan dia, semua orang tak nak kawan dengan dia. Tapi dia tahu, Allah selalu ada bersamanya.


“Dee!” sergah satu suara tiba-tiba bersama tepukan di bahunya.

Dhuha mengurut perlahan dadanya, cuba untuk mengurangkan rasa terkejut akibat sergahan itu. Cermin mata berbingkai tebal yang hampir terlurut jatuh dari hidung dibetulkan dengan tangan kanan. Tangan kiri memegang buku tebal yang baru dipinjam daripada perpustakaan sebentar tadi. Setelah itu dia berpaling, ingin melihat siapa yang suka nak bagi dia mati cepat ni.

“Be…” Dhuha mati kata-kata. ‘ngong..’ dia menyambung ayatnya yang tergantung itu di dalam hati. Eh?  Siapa ni? Aku ingat Akid tadi. Suara lebih kurang je dengan suara Akid. Nasib baik aku tak sembur terus tadi. Dah la seminggu cuti pertengahan semester baru ni si Akid tu hilang tak inform pergi mana, tiba-tiba muncul nak main sergah-sergah. Thank God aku tak sembur, kalau tak, malu muka tak tau nak sorok kat mana.

“Ermm.. kau ni siapa?” Dhuha bertanya dengan nada tanpa perasaan pada hamba Allah yang masih tersengih menayang gigi di hadapannya. Tetapi dia perasan perubahan riak muka lelaki tersebut setelah mendengar soalannya itu. Lelaki itu memandangnya pelik.

“hoi!! tak kenal aku ke?” tanya lelaki itu.

“errmmm.. tak kut..” Dhuha berkata ragu-ragu. Aku amnesia ke ni? Gaya mamat ni macam dah kenal aku lama je.

“Hampeh punya kawan. Bestfriend sendiri pun tak kenal. Aku tahu la aku dah handsome.” Lelaki itu bersuara riak. Senyum yang hilang sekejap tadi muncul semula.

Senyum tu.. macam kenal. Baru perasan senyum mamat ni macam familiar. Jangan cakap..“Akid??” mulutnya tanpa sempat ditahan menuturkan soalan itu.

“Hah.. kenal pun. Kau ni teruk la. Baru seminggu tak jumpa dah lupa kawan.” Akid bersuara gembira. ‘haha.. mesti Dee tak sangka aku dah jadi jejaka kacak’ hatinya berkata riang.

“Huh?? Sejak bila pula kau transform jadi landak ni?” Dhuha bertanya selamba. Pelik sebab Akid si nerdy dah berubah jadi.. jadi.. landak??

Akid tersenyum comel.

“ Mana ada jadi landak. Ni namanya style la kawan. Jom, gi makan. Lapar la. Nanti kat kafe kita story-story.” Akid menjawab tenang soalan Dhuha yang dirasakannya agak pedas. Landak dikatanya aku ni? Memang tak patut.

“ Boleh jugak tu. Aku pun lapar. Kau belanja, ok? Sebagai denda sebab cuti baru ni kau missing in action tak bagi tahu aku.” Dhuha masih dengan riak selamba walau dalam hatinya berasa tidak senang dengan penampilan baru Akid itu. Lepas ni aku dah takde geng la nak jadi nerdy, nak jadi halimunan di mata orang lain. Mamat ni dah jadi jejaka kacak, ramai la yang akan usha dia nanti.

“Boleh..boleh.. untuk kau boleh je, no problem at all.” Akid menjawab pantas sambil terus menyambung langkah kaki yang terhenti diikuti oleh Dhuha.

Dhuha hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan ke kafe. Leka memikirkan nasibnya lepas ni. Sebab selama ni, bila ada yang mengejeknya, dia masih ada back-up yang akan membantu menghadapi segala ejekan itu. Seseorang yang juga seperti dirinya, tak kisah akan gaya, suka menjadi diri sendiri tanpa peduli apa yang dikatakan oleh orang di sekeliling mereka. Tapi sekarang…??


Tiba di kafe, Akid mengarahkan Dhuha mencari tempat duduk sementara dia membelikan makanan untuk mereka berdua. Dhuha hanya menurut. Sepanjang lelaki itu membeli makanan di gerai yang berhampiran, dia hanya memerhatikan langkah lelaki itu sahaja. Dhuha perasan, ada mata-mata yang melirik ke arah Akid apabila dia berjalan berhampiran tempat duduk mereka.

Dan dia harus akui, Akid memang mampu mencairkan hati gadis-gadis yang memandang dengan penampilan barunya itu. Tapi yang menjadi persoalan, mengapa lelaki itu tiba-tiba berubah? Sebelum ni tak pernah ada tanda-tanda pun mamat ni nak berubah kepada gaya macam tu. Gaya yang kononnya mengikut trend terkini.

“Haaaa…!! termenung apa tu?” Akid menyergah gadis yang sedang leka melayan perasaan itu. Dhuha tersentak. Hampir sahaja dia tercium meja apabila tangan yang menongkat dagunya ditolak oleh Akid tadi.

           “Kau ni! Aku baling gak kerusi ni kang, baru kau tau.” Dhuha menuturkan kata-kata sambil tangannya memegang kerusi kosong di sebelahnya. Mahu tak geram? Kang tak memasal je meja ni jadi aku punye first kiss.

Akid mengangkat kedua belah tangan dan dirapatkan, tanda memohon maaf. Pinggan Dhuha dihulur kepada gadis itu. Dhuha tersenyum lebar melihat lauk-pauk yang berada di dalam pinggan itu. Geram yang bertandang tadi terus hilang dan diganti dengan senyuman lebar apabila segala yang dibeli oleh lelaki itu adalah tepat mengenai cita rasanya.

“Cukup-cukup la senyum tu. Lambat pulak nak tunggu kau habis makan kalau senyum tak henti-henti.” Suara Akid yang tiba-tiba itu mematikan senyuman Dhuha. Terus nasi disuap ke mulut setelah membaca doa. Masing-masing tenang mengisi perut yang kelaparan.


“Dee.. Ok tak style baru aku ni?” Akid bertanya setelah selesai mereka menjamu selera. Mood Dhuha ni pun nampak macam dah ok sikit lepas makan ni. Betul la macam kata pepatah tu, kenyang perut senang hati.

“Hmm.. Ok je.. Tapi kenapa tiba-tiba?” Dhuha menyuarakan kemusykilannya.

“Ni bukan tiba-tiba, Dee. Aku memang dah plan few weeks before semester break lagi. The truth is.. I’m falling in love with someone la, Dee. Aku confessed kat that girl sebelum kita cuti. Tapi dia reject aku. Dia cakap aku bukan taste dia sebab aku nerdy, tak macho. Rambut skema, pakai spec besar macam orang zaman dulu. Dia sound aku depan orang ramai. Aku malu la, Dee. So, aku berubah sebab aku nak tunjuk kat dia yang aku pun boleh jadi macam apa yang dia nak.” Akid menyatakan kebenaran.

Dhuha diam. Mindanya mengeluarkan pelbagai soalan, tapi tak tahu mana yang nak ditanya dulu. Akid gelisah di tempat duduknya melihat kebisuan Dhuha.

“Kalau dia terima kau sebab rupa kau, kan tak ikhlas namanya tu?” soalan pertama tyang keluar daripada Dhuha setelah beberapa minit mereka membisu.

“Aku tak kisah. Aku nak balas dendam kat dia sebab dah malukan aku depan orang ramai. Tercalar ego aku bila dia malukan aku hari tu.” Akid menyatakan tujuan sebenar perubahannya. Di matanya jelas api dendam yang membara.

Dhuha memikirkan ayat yang sesuai untuk dikatakan kepada Akid.

“Tapi Kido.. That’s really not you. Kau jadi hipokrit semata-mata sebab kau berdendam dengan budak tu? Kita kan dah janji dulu tak nak jadi hipokrit. Siapa nama budak yang malukan kau tu?” Dhuha berasa tidak senang hati dengan apa yang didengarnya tadi. Kido merupakan panggilan khas yang digunakan oleh Dhuha untuk memanggil Akid dalam perbualan mereka.

“Hurmmm.. Tina." Akid menjawab perlahan.

“Tina???” dahi Dhuha jelas berkerut menunjukkan dia sedang cuba mengingat jika dia ada ingat sesiapa dengan nama itu.

“Tina la.. Budak tourism tu.” Akid cuba membantu Dhuha untuk mengingati sepotong nama itu.

“Aku tak kenal la. Aku bukan amik tahu hal orang sangat. Aku kisah semua yang berkaitan dengan study dan diri aku sendiri je. Kalau tak berkaitan dengan aku, aku malas nak amik kisah. Kau macam tak kenal aku je. Tapi Kido.. nanti lepas ni kau mesti tinggalkan aku sorang-sorang kan bila dah dapat Tina? Dia orang yang lain pun mesti lepas ni nak jadi kawan kau.” Dhuha dah malas nak fikir siapa gerangan manusia bernama Tina tu. Bagi dia, berubah untuk kepuasan orang lain sungguh la buang masa dan tak ada gunanya. Dan yang paling dia risau, apa akan jadi pada dia lepas ni?

“Naaaa… tu kau jangan risau. Aku janji aku akan sentiasa jadi bestfriend kau. No matter what, kau tetap bestfriend aku dunia akhirat.” Akid berkata yakin. Dhuha hanya mengangguk dengan kata-kata Akid itu.


Dhuha mengambil tempat duduk yang kosong di sebalik tiang kafe sambil meletakkan hidangan tengah harinya ke atas meja. Hari ni dia sorang-sorang lagi. Akid sekarang makin susah nak di ajak makan atau lepak bersama. Walaupun mereka satu kelas, tapi Dhuha tetap rasa mereka semakin jauh kerana Akid sekarang dah berubah tempat duduk. Kalau dulu duduk sebelah Dhuha, sekarang Akid hanya duduk dengan pelajar lelaki lain dalam kelas mereka.

Dhuha teringat kejadian lalu, ketika hari pertama menghadiri kelas di kolej ini. Mereka merupakan pelajar jurusan seni bina di kolej tersebut. Ketika itu, Akid melangkah masuk dengan kaca mata besarnya, itu. Kemeja kotak-kotak, style rambut yang memang tidak mengikut gaya masa terkini. Memang skema. Rambut Akid gaya budak tadika, sikat belah tengah.

Dan masa tu, bila Akid nak duduk di kalangan pelajar lelaki lain, semua buat muka tak rela. Dan dia masih ingat lagi ayat Zack masa tu..

“Kau jangan nak duduk sini! Buat jatuh martabat kita orang je. Kita orang ni jejaka idaman ramai kat kolej ni. Kau duduk tu kat belakang dengan kawan kau.” Kata Zack sambil jari telunjuknya di tuding ke arah Dhuha. Dhuha yang melihat kejadian itu terkejut apabila Akid dikatakan sebagai kawan dia. Bila masa aku kenal budak ni? Nama dia apa pun aku tak tahu. First time kut jumpa ni. Zack ni memang mulut jahat, mulut bau longkang.

Akid pula hanya mengikut seperti apa yang diarahkan oleh Zack. Dia menghampiri Dhuha dan duduk di kerusi sebelah Dhuha yang memang pada ketika itu tak ada orang pun nak duduk. Sebab pelajar lain dalam kelas mereka semua sudah duduk dengan kalangan mereka sendiri. Hakikatnya, Dhuha pun kena macam apa yang Akid kena masa dia cari tempat duduk tadi. Dhuha hanya membiarkan Akid duduk di sebelahnya sebab dia faham perasaan Akid.

“Nama siapa?” Dhuha memulakan perbualan. Tak kisah la budak-budak lain nak kata dia ni apa pun, yang penting dia orang tak kacau hidup aku. Kalau masuk geng dia orang tu, semua nak kena lawa, nak kena handsome. Lawa dan handsome tapi kalau adab tak ada pun tak guna jugak.

“Akid.” Jawab lelaki itu sepatah.

“ohh.. aku Dhuha.” Dhuha menjawab. “Panggil aku Dee je.” Dhuha menyambung.

“Hai, Dee. Kau tak kisah ke aku duduk kat sini?” Akid bertanya pada Dhuha.

“Tak kisah. At least aku ada jugak kawan dalam kelas ni. Aku pun macam kau jugak, dipinggirkan sebab tak menepati syarat-syarat untuk jadi kawan dia orang.”

“Syarat?” Akid bertanya pelik.

“Ye la. Kau tengok dia orang tu semua. Geng dia orang semua hot stuff. Aku mana layak nak join dia orang. Dengan spec tebal ni. Baju pun tak mengikut peredaran zaman. Dia orang tu semua orang kaya, tapi macam tak cukup duit nak beli kain buat baju.” Dhuha berkata selamba.

Akid ketawa kecil. Betul jugak apa yang Dhuha ni cakap. Mereka belajar di kolej swasta, majority memang anak orang berada. Pakai barang semua branded. Dia ada kat sini pun sebab dapat tajaan dari FELDA untuk anak peneroka sepertinya.

“Kau tak kaya ke?” Akid bertanya kepada Dhuha. Sebab tengok pada gaya Dhuha, macam anak orang berada jugak.

“Tak la. Aku mana kaya. Aku pun sama macam kau la jugak. Ada orang taja.” Dhuha berkata tanpa perasaan. Malas dia nak explain panjang-panjang.

“Ohh..” hanya itu yang keluar dari mulut Akid.

And the rest is history. Mereka berkawan tanpa syarat sehinggalah sekarang. Tapi apabila Akid tiba-tiba berubah menjadi seperti majority yang belajar di sini, dia tinggal sendirian. Memang dia sangat terasa kehilangan Akid. Sebab selama ni mereka ke mana pun berdua, tak ada orang nak kisah. Tapi sekarang, Akid sendiri pun macam menjauhkan diri daripadanya.

Dan Akid pun nampaknya bahagia dengan Tina. Beberapa minggu lepas Akid transform, terus Tina setuju jadi girlfriend dia. Dhuha pun tak tahu Akid masih ingat sebab apa dia berubah atau pun tidak. Katanya nak balas dendam, tapi kalau tengok Akid sekarang, dia macam dah tak ingat tujuan asal dia berubah tu.

“No matter what tetap jadi bestfriend aku dunia akhirat, huh??” memang hanya janji tinggal janji. Dhuha terus makan tanpa mempedulikan persekitarannya lagi. Lantak la apa nak jadi, dia malas nak fikir.


“Woi!! Jalan tu mata letak mana??!!” suara itu kedengaran seiring dengan buku bertaburan ke lantai. Dhuha cuba mengumpul kesabaran apabila dia ditengking di tengah khalayak ramai. Siapa yang langgar siapa sekarang ni??

Dhuha mengangkat muka untuk melihat gerangan manusia yang telah melanggarnya sebentar tadi. Huh?? Wajah tegang Tina menyapa matanya. Dan di sisi gadis itu, Akid hanya melihat tanpa sedikit pun menghulurkan bantuan kepada Dhuha.

“Sorry.” Dhuha malas mahu memanjangkan cerita. Dia terus berjalan meninggalkan pasangan tersebut. Hatinya sakit, tapi dia tak mampu untuk berbuat apa-apa. Dia sedar siapa dirinya. Seorang gadis hodoh yang tak sepatutnya berada di tengah-tengah mereka yang cantik bergaya di kolej ini.

“Sorry.. Sorry.. Harap spec je besar gedabak, tapi mata entah taruk mana. Auchh.. sakit kaki I kena hempap dengan buku tebal tu lah. You.. kenapa you diam je ni? Dia dah langgar I tahu tak? Sakit kaki I ni kena buku dia yang tebal-tebal tu. You marah dia sikit.” Tina bersuara manja sambil tangannya berpaut pada lengan Akid.

“Dhuha! Meh sini kejap..” Akid bersuara tenang. Tiada tanda lelaki itu akan memarahi Dhuha. Dhuha yang baru melangkah beberapa tapak berpaling semula apabila mendengar lelaki itu memanggilnya.

“Kau mintak maaf dekat awek aku ni cepat. Dah langgar orang boleh buat tak tahu pulak. Takde adab betul.” Akid bersuara kasar. Dhuha tersentak. Sungguh dia tak sangka Akid akan bersuara sekasar ini dengan dia.

‘It has been such a long time since the last time we talked to each other, Kido. Aku lagi rela tak bercakap dengan kau daripada dengar kau cakap kasar dengan aku macam ni.’ Hati Dhuha merintih sayu.

“Kan aku dah cakap sorry tadi. Harap muka je lawa, telinga pekak.” Dhuha membalas dengan geram. Tangannya digenggam kuat. Ada yang lunch makan penampar hari ni kang.

Akid dan Tina yang mendengar jawapan tersebut terus berubah riak wajah mereka. Kulit yang putih menjadi kemerahan kerana menahan marah dicampur dengan cuaca panas terik di kawasan meletak kereta ini.

“Kau ingat dengan sorry kau tu boleh baikkan kaki dia ke??” Akid masih dengan nada yang sama.

Dhuha merapati pasangan tersebut.

“Mana kaki kau? Meh aku nak tengok. Aku ni reti mengurut. Meh sini aku tengok kut-kut ada salah urat ke apa-apa. Macam dah nak biru je tu.” Dhuha bersuara prihatin. Tangannya mula membelek kaki Tina.

“Duduk kat dalam kereta la. Tak kan aku nak urut kaki dia kat tengah parking ni kut?” Dhuha masih bersuara tenang.

Akid dan Tina hanya menurut. Tina duduk di kerusi sebelah pemandu manakala Dhuha hanya berlutut di atas simen. Tangannya ligat mengurut kaki Tina. Sepanjang sesi mengurut itu, Tina tak henti-henti menggedik dengan Akid.

‘Gedik betul minah ni. Sakit mata aku duk tengok tangan dia yang sibuk pegang tangan si Akid. Dalam sakit-sakit kaki pun sempat lagi nak menggatal.’ Kata-kata itu hanya diluahkan di dalam hati.

Seperti yang telah dirancang, Dhuha memicit kuat kaki Tina dengan sengaja. Terus gadis itu menjerit kesakitan. Akid di sebelah Tina terkejut. Dengan muka bengis, dia menghampiri Dhuha yang hanya melihat Tina dengan muka tanpa perasaannya.

“Kau memang sengaja kan??!” Akid bersuara lantang.

“A ah, memang pun. Kenapa? Kau nak buat apa?” Dhuha bagaikan sengaja menyiram minyak ke dalam api.

“Perempuan tak guna! Kau memang nak kena kan?!” tangan Akid hampir sahaja mengenai pipi Dhuha, tetapi Dhuha pantas menepis tangan sasa itu. Mujur sahaja Dhuha pernah belajar seni mempertahankan diri pada masa dahulu.

“Akid!! Kau ni kenapa? Tak kan sebab perempuan ni kau nak marah-marah aku? Sebab dia kau nak pukul aku?? Mana janji kau yang kata akan terus jadi bestfriend aku tu??!” Dhuha tak mampu menahan sabar lagi.

“Ahhh!! Persetankan semua janji-janji tu. Siapa nak jadi kawan kau? Sedar la diri kau tu sikit. Kau tu tak setaraf dengan kita orang la. Dengan cermin mata besar kau tu, rambut gaya macam ugly betty tu. Kau ingat kau layak ke jadi kawan aku??” Akid semakin kasar.

Dhuha terdiam terus. Tina di sisi Akid tersengih suka melihat pergaduhan dua sahabat itu.

“Fine!! Kalau tu yang kau nak. Lepas ni kita bukan kawan lagi. Semoga bahagia dengan hidup kau tu.” Dhuha turut membalas kasar. Hatinya hancur apabila mendengar kata-kata Akid sebentar tadi. Tanpa membuang masa, dia terus berlari meninggalkan Akid dan Tina.

Tina tersenyum puas, manakala Akid bagaikan baru tersedar dengan apa yang telah diperkatakannya tadi. Dia hanya diam, tak tahu apa yang perlu dilakukan. Apabila Tina memanggilnya dan mengajak dia meninggalkan tempat letak kereta itu, dia hanya menurut sahaja. Otaknya ligat memikirkan apa yang telah dia lakukan tadi. Damn!! What have I done?? I’m sorry, Dee.


Dhuha berlari tanpa henti. Tiba di tepi tasik yang terdapat di kolej mereka, dia menghentikan langkah dan duduk di bawah sebatang pokok besar yang terdapat di situ.

“Sampai hati kau, Akid!!” mulutnya menggumam mengulangi ayat yang sama. Tanpa dapat ditahan, butiran jernih mengalir di pipinya yang bersih itu.

Akid memandang tempat duduk kosong di sebelahnya. Tempat yang sudah hampir setahun sepi tak bertuan. Dan dia lah penyebab kepada kekosongan itu. Akid kini sudah kembali menjadi Akid yang lama. Akid si halimunan, Akid si nerdy. Beberapa minggu selepas kejadian dia memarahi Dhuha, dia memutuskan hubungannya dengan Tina. Dia baru tersedar akan tujuan sebenar dia mengubah penampilannya dulu.

Disebabkan penampilan baru itu, dia telah menyakiti hati sahabat baiknya. Bukan setakat menyakiti, mungkin hati itu telah hancur berkecai dikerjakannya. Baru dia terasa sudah lama dia tidak meluangkan masa bersama Dhuha. Tapi apabila kesedaran itu tiba, dia sudah terlambat. Pada keesokan hari selepas kejadian dia memarahi Dhuha, gadis itu sudah tidak menghadirkan diri ke kelas lagi.

Melalui pensyarah mereka baru dia tahu, Dhuha sudah berpindah ke luar negara, mengikut keluarganya. Dhuha juga melanjutkan pelajaran di luar negara saja. Dan baru lah dia tahu, rupanya Dhuha bukanlah anak peneroka seperti yang diberitahu kepadanya dulu. Dhuha rupanya anak kepada salah seorang usahawan berjaya di  negara ini. Sekarang ni, siapa yang tak layak berkawan dengan siapa, huh??


Akid berjalan seorang diri. Kepalanya masih memikirkan Dhuha. Bagaimana untuk dia mencari Dhuha? Setelah Dhuha pergi, baru dia sedar, dia tidak pernah tahu di mana rumah Dhuha. Jadi bagaimana dia mahu mencari gadis itu? Apabila ditanya kepada pensyarahnya mengenai alamat atau nombor telefon Dhuha di luar negara, pensyarahnya hanya memberikan jawapan yang mengecewakan.

Sudah hampir 3 tahun Akid cuba untuk menjejaki Dhuha. Namun, Dhuha langsung tidak meninggalkan sebarang klu untuk menjejakinya. Dhuha bagaikan menjadi halimunan.


I’m about to lose my mind
You’ve been gone for so long
I’m running out of time
I need a doctor
Call me a doctor
I need a doctor, doctor
To bring me back to life


Lagu I Need a Doctor nyanyian Dr.Dre bersama Eminem dan Skylar Grey berkumandang di telinga melalui mp3. ‘Dhuha.. I need you.. I need my doctor and you are my doctor.’ Hatinya berdetik

Ponnn!!! Ponnn!!! Bunyi hon kedengaran kuat dari arah kanannya.

Akid automatik berpaling ke kanan. Sebuah kereta meluncur laju ke arahnya. Dia tergamam. Kakinya terasa melekat di jalan raya itu. Dia kaku. Mindanya tidak mampu berfikir pada ketika ini. Hampir sahaja dirinya dilanggar kereta, tubuhnya terasa melayang dan jatuh ke tepi jalan.

Akid mengucap panjang. Jantungnya berdegup lebih pantas daripada biasa.

“Kau gila ke?? Dah nak mati sangat??” sergah satu suara.

Akid tersentak. Suara itu… Akid pantas membuka matanya yang terpejam untuk melihat siapakah empunya suara itu tadi.

“Dee….” Hanya itu yang mampu disebutnya.

“Huh??” gadis yang sibuk mengibas seluar bagi membuang pasir yang melekat di seluarnya berpaling. Jelas riak pada wajah gadis itu berubah.

“Dhuha.. kau Dhuha kan??” Akid bertanya penuh semangat. Gadis itu masih kaku.

“A.. errr.. a.. Akid??” gadis itu tergagap-gagap.

“Dhuha!! Dhuha Izyani!! It’s really you!!” Akid excited tak terkawal. Setelah sekian lama, akhirnya dia jumpa juga sahabatnya ini. Tangannya automatik menarik tangan Dhuha ke kedai makan yang berhampiran. Memang tadi dia dalam perjalanan untuk makan tengahari pun. Memang rezeki dia hari ni kerana terserempak dengan Dhuha walaupun nyawanya hampir sahaja melayang sebentar tadi.

“Dhuha, aku betul-betul mintak maaf dengan apa yang aku dah buat kat kau dulu. Aku khilaf. Aku terlalu taksub dengan popularity masa kat kolej dulu sampai aku tak sedar, aku dah mungkiri janji aku pada kau.” Akid terus berkata setelah mereka duduk di sudut kedai makan yang sedikit jauh dari pelanggan lain. Dhuha hanya diam.

“Dhuha.. please.. say something. Tell me that you forgive me.” Akid berkata sejurus selepas pelayan mengambil pesanan makanan mereka. Makanan pun dipesan oleh Akid untuk mereka berdua. Sedangkan Dhuha masih kaku. Dia benar-benar tak sangka lelaki yang diselamatkannya ini ialah Akid.

Bila mengingati kejadian yang berlaku beberapa tahun lepas itu, memang dia rasa sedih. Memang dia berjauh hati. Tapi dalam masa yang sama, hatinya merindui Akid. Sepanjang melanjutkan pelajaran di luar negara, dia tak pernah berjaya untuk melupakan lelaki itu.

Dan harus dia akui, lelaki itu merupakan sahabat terbaik yang pernah dia ada. Walaupun pada waktu itu ramai yang mengatakan lelaki itu macam-macam, tapi Akid tetap sahabat paling istimewa untuk Dhuha. Kerana mereka bersahabat tanpa syarat dan mereka menerima kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri masing-masing dengan hati yang terbuka.

“Aku dah maafkan kau.” Akhirnya Dhuha bersuara juga setelah penat Akid berceloteh.

Akid yang sedang membebel entah apa terhenti kata-katanya.

“Come again?” Akid bertanya.

“Aku dah maafkan kau lama dah la, Kido.” Dhuha berkata bersama senyuman lebar terukir di bibirnya.

“Alhamdulillah.. Aku dah lama cari kau. Aku memang rasa bersalah sangat dengan apa yang dah berlaku. Aku cari kau dah lama Dhuha.. Sampai hati kau tinggalkan aku tanpa jejak.” Akid berkata sayu.

“Bukan kau ke yang cakap dah tak nak jadi kawan aku?” Dhuha mengingatkan Akid.

“Ok, fine. My bad. Memang salah aku. Tapi percayalah. Kau tetap sahabat aku selamanya. Dunia akhirat. No matter what.” Akid berkata sambil menikmati makanan yang telah dihantar oleh pelayan restoran itu sebentar tadi.

Dhuha hanya mengangguk dan tersenyum sambil membawa makanan ke mulut.

‘Sahabat selamanya. I’m glad to hear that, Kido..’ hatinya berkata sendiri.


6 comments:

  1. terbaek nab... gud job sis... cite ny buad aq tgkap leleh... "sahabat selamanya"... hope aq un ad sahabat mcm tue... saling menerima kelebihan dan kekurangan pd dri msg2...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum,again..terbukak ur blog hehe..nice story.actually,hubungan sesama kwan2 much better than hubungan cinta sesama remaja..whatever is,ur story is great.hehe

    ReplyDelete
  3. @MiErAmiera, tgkp leleh ey? haha.. thanx sister. n that is so true. ssh nk jmpe kan? huhu..

    ReplyDelete
  4. @nas chuare @ miss qswaalaikumussalam, again. haha.. bukak la byk2 kali pun xpe, awak. hehehe.. kan2? baik berkawan dr bercinta. sbb bercinta x jamin akan kekal smpai bila2. huhu.. anyway, thanx lg sbb sudi baca. hehe.. :D

    regards, MK

    ReplyDelete
  5. sedih.. sampai menitis air mata..
    apepon... terbaikk

    ReplyDelete
  6. @ihaaz

    erkk?? siriyes menitis air mata? hehe. thank u for reading. :)

    -MK-

    ReplyDelete

 
;