From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday 10 January 2012

Mencari Syurga by MK



p/s : saya suggest anda baca sambil dengar lagu 7 Surga by Edcoustic [klik pada tajuk lagu untuk dengar] :)


Matanya merenung bangunan yg tersergam indah di hadapannya. Kepalanya tertunduk. Menyesali apa yang telah dia lakukan dulu. Dalam dia leka, bahunya ditepuk seseorang.

“Jom, masuk. Sejak bila jadi guard tak bergaji dekat sini?” lelaki itu berkata sambil tersenyum. Cuba untuk menceriakan hati anak muda itu. Mereka beriringan melangkah masuk ke bangunan yang dihiasi kekubah itu. Kelihatan beberapa orang lelaki yang kemas berbaju melayu turut melangkah laju ke dalam bangunan itu.

***

“An, kau sampai bila nak jadi macam ni? balik tengah2 pagi, usung awek ke hulu, ke hilir. Kau tak takut dosa ke?” Nazri menegur rakannya yang baru pulang. Jam dinding di ruang tamu itu dikerling. Hampir 3 pagi. Dengan wajah selamba, Farhan melabuhkan punggungnya di sofa menghadap Nazri.

“Naz. Kita muda lagi la. Enjoy la dulu. Kau jangan risau. Kubur lain-lain. Aku tak akan tarik kau sekali masuk neraka dengan aku. Kau mesti masuk syurga punya. Kau jangan sibuk nak jadi ustaz bagi ceramah kat aku.” Farhan bersuara bongkak.

“Kau kawan aku. Sebagai kawan, aku tak nak kau hanyut dengan syurga duniawi. Hidup ni sementara je, bro. Bila-bila malaikat maut boleh datang jemput. Masa tu kau tak kan boleh nak mintak tangguh lagi dah. Jangan sampai kau tak sempat bertaubat nanti.” Nazri mengeluh di hujung kata. Kecewa dengan sikap teman serumahnya itu.

“Hisy.. kau ni bisinglah! Mak bapak aku pun tak cakap apa-apa. Kau nak sibuk buat apa? Jaga hal kau sendiri sudah lah.” Suara Farhan mula meninggi. Nyata tidak puas hati disekolahkan oleh Nazri. Malas menunggu lama, dia terus bangun dan berlari ke biliknya. pintu bilik dihempas menunjukkan rasa tidak puas hati.

Nazri terdiam. Kepalanya digelengkan. Kesal dengan tindak balas rakannya. Penat sudah dia member nasihat saban hari. Dan setiap kali itulah dia akan diherdik. Tapi aneh, dia tidak pernah mahu meninggalkan sahabat yang dikenali dari semester 1 itu begitu sahaja. Kerana dia rasa tanggungjawab mengembalikan sahabatnya itu ke pangkal jalan tergalas di bahunya selaku teman baik Farhan.

‘Semoga Allah memberikan hidayah-Nya buatmu, sahabat. Semoga suatu hari nanti kau akan kembali.’ Desis hati Nazri. Dia menuju ke biliknya. Meneruskan niat untuk bertahajjud yang tergendala sebentar tadi apabila rakannya itu mengetuk pintu minta dibuka usai sahaja dia berwudhu’. Sejadah dibentang. Allahuakbar!

***

Nazri berjalan perlahan menuju ke rumah sewanya. Dia baru pulang dari menghadiri usrah di rumah Rizki. Rumah sahabat usrahnya itu hanya selang satu lorong dari rumahnya. Jadi dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Mudah-mudahan setiap langkah kakinya diiringi pahala, insyaAllah.

“Naz. Macam mana kau boleh tahan duduk satu rumah dengan Farhan tu? Kau dengan dia macam langit dengan bumi. Perangai korang jauh berbeza. Aku pelik macam mana kau boleh stick dengan Farhan yang social semacam tu? Tukar perempuan macam tukar baju. Hari-hari pergi clubbing.” Thaqif menyuarakan rasa hairannya. Ramai yang hairan apabila Nazri si ustaz boleh bertahan duduk satu rumah dengan Farhan the crocodile hunter.

“Thaqif..” Nazri menarik nafas panjang. Thaqif bukan orang pertama yang member soalan itu padanya. Dia sudah lali. Dan setiap kali soalan itu diajukan, dia hanya akan jawab..

“Dia kawan aku. Buruk macam mana pun dia, dia tetap kawan aku. Dia dah macam adik aku. Aku pernah jadi saksi dia solat tak tinggal walau satu waktu pun masa kami baru kenal dulu. Dan aku juga jadi saksi macam mana dia berubah jadi manusia yang lupa pada Tuhannya. Maka ianya menjadi tanggungjawab aku sebagai kawan untuk bawa dia balik ke pangkal jalan. Biar keras macam mana hati dia, aku akan pastikan dia balik pada jalan yang benar. Kalau aku tinggalkan dia, siapa yang nak jadi pembimbing dia nanti? Kau pun tahu, ramai yang tak suka Farhan lepas dia berubah jadi macam tu.”

Thaqif hanya diam. Dia juga pernah mengenali Farhan yang lama. Yang menjadi ahli jemaah setiap waktu solat. Tapi sayang, lelaki itu telah dikecewakan cinta sehingga dia berubah menjadi seorang player. Lebih menyakitkan apabila ibu bapanya meninggal dalam kemalangan tidak lama selepas dia dikecewakan oleh cinta si gadis. Sehingga dia menyalahkan Allah kerana dianggap tidak adil padanya sedangkan siang malam dia tidak pernah lupa untuk berdoa.. Ahhh.. betapa kuat penangan cinta manusia. Akhirnya mereka berdua hanya mendiamkan diri sehingga tiba di simpang yang memisahkan lorong rumah sewa Nazri dengan rumah sewa Thaqif.

***

Farhan berjalan terhuyung-hayang. Mulutnya terkumat-kamit berkata entah apa. Tiba di keretanya, dia segera memboloskan diri ke tempat pemandu. Mata yang hampir tertutup sedaya upaya dibuka. Dia tidak mahu tidur di dalam kereta. Dalam keadaan separuh sedar, dia menggagahkan diri memandu sehingga tiba di rumah.

“Astaghfirullahalazim…Farhan! Mengucap, An. Apa dah jadi pada kau ni? Kenapa sampai macam ni sekali kau berubah? Mana perginya Farhan yang aku kenal dulu? Sedarlah, An. Ingat orang tua kau. Dia orang pasti sedih kalau tahu kau jadi macam ni.” Nazri menggeleng kepala. Betapa teman serumahnya ini sudah jauh terpesong. Sangkanya lelaki ini hanya pergi ke kelab untuk mengurangkan rasa tertekan kerana selama ini tidak pernah Farhan pulang dalam keadaan begitu.

“Ahhh..!! Dia orang bukan kisah pun dekat aku. Kalau tak dia orang tak akan tinggalkan aku!” Farhan menengking.

“An! dah tertulis hayat ibu bapa kau sampai situ saja. Kalau betul kau sayangkan dia orang, bukan macam ni caranya. Kau sepatutnya doakan dia orang. Doa dari anak yang soleh yang mampu membantu ibu bapa kau kat sana, An.” Nazri tidak putus asa. Sahabatnya itu perlu disedarkan walau dengan apa cara sekalipun.

“Kau diam lah! kau boleh la cakap macam tu sebab bukan kau yang kena. Kau masih ada mak ayah, adik-beradik. Aku tak ada sesiapa. Aku anak tunggal. Sekarang aku anak yatim. Kau tak faham apa yang aku rasa!” Farhan masih menengking. Nazri terdiam. Kau tak tahu, sahabat. Kau tak pernah tahu.

***

Nazri menunggang motosikal pulang dari kedai runcit berdekatan rumahnya. Dari jauh, dia ternampak kelibat Farhan bersama seorang gadis. Sedang berpelukan di tepi kereta gen-2 milik Farhan, di hadapan taman rekreasi yang terdapat di taman perumahan itu. Nazri mengucap panjang. Segera dia melangkah ke arah Farhan.

“An.” sepatah dia menyebut nama itu. Farhan yang sedang leka melayan gadis yang sibuk meliuk-lentok di sebelahnya itu berpaling. Mukanya tidak menunjukkan apa-apa riak. Malah dia memandang sini ke arah Nazri.

“Ada apa ustaz Nazri?” sengaja dia menekankan perkataan ustaz itu. Sengaja membakar hati teman serumahnya itu. Tapi lelaki itu hanya tenang.

“An.. tak elok kalau orang nampak apa yang kau buat ni. berdua-duaan dalam gelap. Nanti apa mereka kata?” Nazri cuba berdiplomasi. Hati yang mula panas sedaya-upaya disabarkan. Api perlu dibalas dengan air. Tak boleh sama-sama jadi api.

“Kenapa? Kau malu? Kalau malu kau pergi lah pindah duduk dengan budak-budak usrah kau yang alim ulama’ tu.” Farhan masih mencabar. Nazri diam. Gadis di sebelah Farhan dipandang. Baju tak cukup kain.

“Wanita adalah hiasan dunia. Dan seindah-indah wanita adalah wanita yang solehah. Jaga maruahmu, wahai gadis. Jangan rendahlan martabat kaum wanita dengan jadi perempuan murahan begini.” Nazri bersuara tenang. Farhan kepal penumbuk. Kata-kata Nazri membakar hatinya. Tangannya mencekak kolar baju Nazri.

“Hoi! Kau jangan nak berlagak alim dekat sini!” Farhan menumbuk muka Nazri. Nazri yang tidak bersedia terdorong ke belakang. Dia terduduk di atas jalan raya. Namun wajah itu masih tenang. Dia bangun menghadap Farhan.

“Lepaskan marah yang kau pendam tu, An. Kalau itu boleh buat kau puas. Jangan salahkan Allah atas apa yang terjadi. Allah tak pernah beri dugaan kepada kita melebihi apa yang mampu kita tanggung. Allah beri dugaan, maknanya Dia sayangkan kau. Dia nak kau selalu ingat pada dia.” Suara yang tenang itu memarakkan api kemarahan Farhan.

“Damn! Shut up!” Farhan memekik. Dia meluru ke arah Nazri, berniat untuk memukul lelaki yang berlagak ustaz itu lagi. Mungkin tak cukup merasa penumbuknya tadi, sebab tu Nazri masih nak bagi tazkirah.

Nazri mengelak. Menyebabkan Farhan terdorong ke tengah jalan. Dalam masa yang sama, sebuah kereta yang dipandu laju semakin menghampiri. Nazri yang perasan akan kehadiran kereta itu segera berlari dan menolak Farhan ke tepi.

Bummm!!

Bunyi batang tubuh itu dilanggar, diiringi bunyi decitan tayar kereta.

“Nazz!!!” Farhan bertempik. Tubuh Nazri yang semakin lemah dihampiri. Gadis yang tadi menjadi saksi pergaduhan mereka hanya terkaku. Menyedari apa yang berlaku, gadis itu segera melarikan diri. Kereta yang melanggar Nazri tadi juga turut melarikan diri. Farhan terkaku.

“Naz!! Tolong buka mata! Naz!!” Air mata lelaki itu mengalir. Sungguh dia kesal.

“A..a..an..” nafas Nazri turun naik. Dadanya berombak.

“Naz, hold on. Aku call ambulance.” Dalam kekalutan, Farhan mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.

“Shit!!” Farhan menyumpah apabila telefon bimbitnya kehabisan bateri sedang sahabatnya itu semakin lemah. Telefon itu dicampak entah ke mana, melepas rasa geram.

“An..A..Aku..” Bibir lelaki itu terketar-ketar.

“Aku..min..tak..ma..af..” Nazri menarik nafas panjang.

“An.. i..ngat..Allah..” suara Nazri putus-putus. Farhan yang memangku kepala sahabatnya itu hanya mampu menggeleng kepala.

“Naz.. aku mintak maaf. Aku salah. Aku salah. Aku keras hati. Aku buta, Naz. Jangan tinggalkan aku..” Farhan tersedu-sedu.

“An.. bergantunglah pada yang tidak mati. Kembali pada Allah, An. Kenang daku dalam doamu, sahabat..” Usai berkata-kata, dada Nazri berombak kencang. Nafasnya turun naik, tanda ajal semakin hampir.

“Naz! Mengucap..” Farhan membantu sahabatnya itu mengucap kalimah syahadah. Dada yang berombak itu semakin lama semakin perlahan hingga akhirnya terhenti kaku. Farhan terduduk di atas jalan itu. Nazri…

***

Ruang rumah sewa itu dipenuhi orang ramai. Alunan Yasin bergema syahdu. Perginya seorang pemuda yang baik hati dan indah akhlaknya, benar-benar memberi kesan pada orang-orang di sekelilingnya. Farhan berteleku di sudut ruang tamu itu. Sehingga kini dia masih kesal dengan sikapnya dan menyalahkan diri sendiri.

Keluarga Nazri sudah dihubungi. Tapi sehingga kini keluarga pemuda itu belum memunculkan diri. Dan dia juga sedar, semasa dia menyampaikan berita pemergian sahabatnya itu, tiada riak terkejut atau kesedihan yang dia kesan dari suara yang menjawab panggilannya itu.

Selesai segala urusan, mayat Nazri diiringi oleh sahabat-sahabatnya ke tanah perkuburan Gombak. Masing-masing berwajah sayu, lebih-lebih lagi Farhan. Langkahnya nyata lemah. Arghh!! Semua ni salah aku! Farhan masih menyalahkan dirinya.


“Farhan..” Bahunya ditepuk dari belakang. Dia menoleh ke belakang. Wajah Thaqif menjamah matanya.

“An, sudahlah. Jom, balik. Lain kali kita datang lagi.” Thaqif memujuk. Farhan bangun dengan berat hati. Dia tahu, dia harus pulang.

“Aku salah, Qif. Naz selalu kena tengking dengan aku. Padahal apa yang dia buat tu memang betul. Aku yang buta, Qif. Aku tak dengar cakap dia. Kalau aku dengar kata, mesti dia takkan tinggalkan aku. Kenapa lah dia bodoh sangat bertahan dengan perangai buruk aku ni. kenapa dia tak tinggalkan aku je dulu?” Farhan merenung ke luar tingkap kereta milik Thaqif.

“An.. arwah tak akan pernah tinggalkan kau. Dia pernah cakap pada aku, dia anggap kau macam adik dia. Kau dah jadi tanggungjawab dia. Dia bertanggungjawab untuk bimbing kau sampai kau kembali pada jalan-Nya. Dia akan sentiasa ada dengan kau, An.” Thaqif menjawab perlahan. Hatinya juga sebak. Betapa mulia hati sahabatnya itu.

“Tapi sekarang dia dah tak ada, Qif. Dia dah tinggalkan aku.” Farhan mengesat air matanya.

“Tak.. dia sentiasa ada dengan kau. Dia sentiasa akan ada dalam hati kau, kan?” Thaqif memujuk. Tak ubah seperti memujuk kanak-kanak yang kehilangan anak patung. Farhan diam.

‘Ya.. kau akan sentiasa dalam hati aku, Naz. Aku akan doakan kau dalam setiap doaku.’ Desis hati lelaki itu.

***

“Tuhan, jika ini yang terakhir untukku, terimalah taubatku. Jika tiada lagi hari esok untukku, berikan aku kesempatan untuk menebus dosa-dosaku, Ya Allah. Hamba-Mu ini telah jauh tersasar. Ampuni aku, Ya Allah. Aku telah leka dalam arus dunia. Aku telah dibutakan oleh indahnya syurga dunia. Aku telah melupakan-Mu. Tuhan, berikan aku petunjuk-Mu. Untukku meniti jalan redha-Mu. Terimalah taubatku, ya Allah. Amin..” dia meraup kedua telapak tangannya keseluruh wajah. Rasa tenang itu hadir dengan sendiri. Dia berdiri lagi.

Allahuakbar!

Solat sunat Tahajjud didirikan. Masjid itu hanya ada batang tubuhnya. Tiada orang lain. Dia lebih selesa duduk di masjid ini, lebih tenang daripada rumah sewanya yang telah melakar pelbagai kenangan pahit untuknya.

Sayu mencengkam hatinya setiap kali mengingati isi kandungan diari milik Nazri yang dia jumpai di atas meja belajar pemuda itu di dalam biliknya.

“Sahabat..
Aku tidak beruntung sebagaimana yang engkau katakan. Benar, aku punya ibu bapa. Aku punya adik beradik. Tapi tahukah kau, keluargaku tidak seperti keluarga orang lain? Ya, aku punya ibu bapa, tapi aku tidak pernah merasai kasih sayang mereka. Mereka terlalu sibuk mencari harta dunia sehingga lupa pentingnya akhirat, juga lupa pada anak-anak. Ya, aku punya adik-beradik, tapi mereka tidak pernah mahu mengaku aku sebagai salah seorang dari mereka kerana sikapku ini. Sikap yang kau benci. Sikap yang seperti ustaz, seperti yang kau kata. Aku telah gagal untuk membimbing keluargaku, maka aku tidak mahu kau juga jadi seperti itu. Aku pernah nampak sisi baikmu suatu ketika dulu, dan aku harap sisi baik itu masih ada dalam dirimu. Huh?? Walaupun aku ada keluarga, aku tak pernah tahu apa erti sebuah keluarga itu. Beruntungkah aku??
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                21 Mei 2011”

***

“Nak..” lelaki tua itu menggerakkan tubuh pemuda yang sedang bersujud itu. Sudah lebih 10 minit sejak di melangkah masuk, tubuh itu masih kekal begitu. Tertidurkah? Lantas dia mengambil keputusan untuk menggerakkan pemuda itu.

“Nak..” tangan tua itu menggoncang sedikit kuat. Tubuh yang sedang bersujud itu melurut jatuh.

“Astaghfirullahalazim…” lelaki tua itu terkejut. Kakinya segera melangkah ke luar masjid, ingin meminta bantuan.

“Doktor! Doktor! Tolong..” lelaki tua itu tercungap-cungap. Mujur doktor ini memang selalu berjemaah di masjid pada setiap waktu Subuh. Lelaki yang dipanggil doktor itu tergesa-gesa membuka sepatu di kakinya.

“Kenapa Pak Abu?” tanya doktor itu kepada lelaki tua itu.

“Dekat dalam tu.. ada.. ada..” Pak Abu tidak meneruskan kata-kata. Tangan doktor muda itu ditarik ke dalam, ke arah tubuh kaku itu.

“Allah..” Doktor itu segera mendekati tubuh tersebut. Memeriksa nadi, namun akhirnya menggeleng.

“Innalillahiwainnailaihirojiun..” Doktor itu berkata perlahan. Pak Abu turut mengikut ucapan doktor itu. Wajah kaku itu dipandang. Pemuda ini yang dia tegur di hadapan masjid tersebut malam semalam. Pemuda itu, Farhan. Semoga kau dicucuri rahmat-Nya, wahai anak muda.

5 comments:

  1. x tau nk komen ap..terpegun la bace cter ni..akhirnya farhan meninggal lps dh bertaubat..

    ReplyDelete
  2. @aisy sorry for the late reply. sy x perasan komen ni, agak x smpt nk tgk sgale komen. anyway, thanx for reading.

    regards, MK.

    ReplyDelete
  3. speechless!
    hujan turun di pipi tnpa hnti...

    ReplyDelete
  4. @Anonymous : awl2 bce komen, igtkan awk mmbaca dlm waktu hujan. bila bce blk, baru faham, u r crying.*tetiba sy lambat pick up. huuu~~
    thanks for reading and thanks for the support.

    regards, MK.

    ReplyDelete
  5. subhanallah..mmg speechless ;)

    ReplyDelete

 
;