From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 7 January 2012

Kau Bukan Untukku Part 1



Kau Bukan Untukku Part 1







“YAYA, kejap lagi lori Pak Din datang tak?” Soal Lira pada Yaya yang tengah mengikat simpulan plastik itu. Di dalamnnya penuh dengan pelbagai jenis botol-botol plastik yang terdiri daripada botol air mineral, botol minuman berkarbonat, bekas pelembut kain serta pelbagai lagi jenis plastik yang boleh dikitar semula.

“Dia cakap ada, kita tunggu lah kejap. Kau dah solat asar belum? Aku nak pergi solat kejap.” Balas Lira. Guni yang sudah penuh dengan pelbagai barangan plastik itu ditinggalkan. Memang tak larat pun kalau nak angkat. Dah hampir cecah 1 tan kut. Guni itu pun diambil dari buangan Petronas juga. Biasanya pemandu excavator  si Pali tu yang akan tolong mereka mengangkat guni-guni tersebut ke dalam lori sebelum di bawa ke tempat kitar semula.

Okay lah. Aku pun dah nak siap pun ni.” Yaya membuka sarung tangan kain yang dipakainya sejak tengah hari tadi. Peluh yang merenik di dahi di kesat dengan lengan baju. Agak panas hari ni di situ. Dapat berteduh di bawah pondok kecil yang didirikan tidak jauh dari situ seakan menyejukan tubuh yang dibasahi peluh. Kelibat beberapa lagi pemungut sampah sepertinya masih lagi setia bermandikan peluh serta panas petang yang masih lagi terik membahang. 

Yaya mengeluh perlahan merenung nasibnya di situ. Terasa seperti baru semalam ibu dan ayahnya meninggalkan dia keseorang di dunia ini. Ayahnya yang hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditimpa kemalangan ketika hendak pergi ke tempat kerja. Manakala arwah ibunya pula meninggal akibat sakit buah pinggang. Dia yang ketika itu baru saja menjalani Peperiksaan Menengah Rendah hanya mampu menangis saja dan tidak mampu berbuat apa-apa. Nasiblah Mak Nah jirannya yang duduk berhampiran dengan rumah sewa mereka sudi menghulurkan sedikit bantuan. Namun persekolahannya tidak dapt disambung lagi lantaran tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Duit simpanan arwah ayahnya pula hanya tinggal sedikit saja untuk menampung sara hidupnya hari-hari. Dan disebabkan itulah dia mengambil keputusan untuk berhenti sekolah saja.

Dua minggu dia masih lagi boleh bertahan namun apabila tuan rumah sewanya datang untuk mengutip hutang sewa mereka, dia langsung tidak dapat berbuat apa-apa. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah sewanya itu sebelum dihalau. Dititip pesan pada Mak Nah yang katanya dia akan ke bandar untuk mencari pekerjaan. Pada mulanya Mak Nah beria-ia melarang namun setelah beberapa kali cuba menyakinkan Mak Nah, akhirnya jirannya itu melepaskannya pergi dengan sedikit terkilan.

Saat dia ke bandar, dia langsung tidak mengenali sesiapa. Hanya mengikut gerak kaki saja. Dan sejak itu pelbagai jenis kerja yang sudah dia lakukan. Dari kerja menyapu sampah di premis-premis swasta, menjadi pelayan restoran, menjadi promoter  dan banyak lagilah kerja yang dia lakukan namun semuanya berakhir dengan kesusahan juga kerana dia gajinya tidak cukup untuk menampung kehidupannya di bandar besar itu.

Namun takdir Allah siapa yang boleh dijangka. Dia bertemu kembali  dengan kawan lamanya ketika masih di sekolah rendah. Lira yang bekerja sebagai pemungut barangan terbuang itu mengajaknya untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Pada mulanya dia agak keberatan namun apabila dinasihat oleh Lira yang katanya kerja mereka kemungkinan bergelumang dengan benda kotor namun rezeki yang diperoleh tetap halal.

“Kau ni duduk termenung pulak. Dah lah pergi solat dulu. Karang lori Pak Din datang, aku panggil kau.” Lira menepuk bahu Yaya yang tengah termenung itu. Yaya tersenyum hambar dan bingkas bangun dari situ. Lira sahabatnya itu memang baik. Selalu saja mengingatkan dia tentang hal-hal agama.

“Yelah, aku pergi dulu. Karang jangan lupa panggil aku pula.” Balas Yaya lalu mengambil beg kain yang terdapat tuala serta pakaian yang bersih. Pakaian yang dipakainya sekarang sudah hampir comot dengan kotoran-kotoran yang boleh meloyakan anak tekak jikalau pada pandangan orang lain. Namun baginya, semua itu sudah menjadi kebiasaan. Apalah sangat kotoran itu jika dibandingkan dengan imbuhan yang akan dia dapat. Dia tidak kisah dengan tanggapan orang lain kerana semua yang datang ke situ demi mencari sesuap nasi.


***


“APA NI PA? Takkanlah Fezz kena jaga tempat tu pulak? Papa tau tahu tak yang tempat tu penuh dengan sampah-sarap? Lalu ikut jalan tu pun dah nak termuntah. Apa lagi nak duduk lama-lama kat dalam tu.” Balas Fezz berpeluk tubuh sambil memandang ke arah papanya yang sedang menaip sesuatu di laptop it. Di fikirannya mula membayangkan tempat pelupusan sampah yang boleh meloyakan anak tekak itu.Tak naklah aku! Sudahlah tempat tu jauh dari bandar. Kut iya pun nak bagi kerja kat anak sendiri, takkanlah nak suruh aku jaga tempat macam tu? Habislah jatuh standard aku kalau kawan-kawan aku yang tanya tengah kerja apa. Kalau aku tipu mereka, last-last dia orang dapat tahu jugak. Sudah tahu perangai kawan-kawan baiknya yang satu universiti itu. Pantang saja ada di kalangan mereka yang terkena apa-apa, mesti ada saja modal nak dibahankan.

“Papa nak Fezz mulakan dari bawah. Ingat Fezzry, syarikat papa pun papa yang usahakan sendiri so papa nak anak papa macam tu jugak. Belajar atas usaha sendiri.” Tegas Datuk Faizul membalas kata-kata anaknya. Sejujurnya dia tidak mahu anaknya bersenang-lenang atas usahanya selama ini. Dah terlalu banyak kemewahan yang diberi pada anak tunggalnya itu sehingga anaknya itu seringkali membelanjakan wang dengan benda-benda yang tidak berfaedah.

“Tapi pa. At least bagilah Fezz jaga projek yang berlambak-lambak kat bandar tu. Ni apa tempat sampah macam tu. Geli lah.” Fezzry masih lagi membantah. Amat tidak berpuas hati dengan arahan papanya itu. Tak boleh nak dibayangkan langsung kalau duduk kat tempat macam tu. Dengan nyamuknya, macam-macam serangga yang pernah dilihatnya di kaca tv membuatkan hatinya rasa teramat geram. Dan yang lebih penting, mana lah ada tempat hiburan kat sana. Konfem aku jadi katak bawah tempurung nanti!

“Keputusan papa muktamad. Papa nak jugak Fezz jaga kat situ dalam masa beberapa bulan sebagai syarat sebelum papa berikan jawatan yang lain pada Fezz kat dalam syarikat ini atau segala kemudahan yang Fezz terima selama ini, papa akan tarik balik.” Putus Datuk Faizul tegas. Fezzry mendengus geram sebelum memandang papanya sekilas.

“Okay, kalau itu yang papa nak. Kalau apa-apa jadi pada syarikat, papa yang akan tanggung semuanya.” Fezzry bingkas bangun dari kerusi di hadapan meja papanya itu. Langkah diatur menuju ke pintu. Rasa panas bila lama-lama duduk di dalam bilik pejabat papanya itu.


***


“KAU DAPAT berapa kali ni?” Soal Lira pada Yaya yang tengah mengira-ngira wang kertas di tangannya. Yaya mengukir senyum lebar pada Lira yang tengah menunggu. Matanya bersinar terang di bawah khemah yang mereka duduki itu.

“Alhamdulillah. Dekat tiga ratus jugaklah.” Balas Yaya ceria. Dompet yang hampir-hampir lusuh yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya itu dibuka cermat. Berhati-hati dia menyimpan wang yang baru saja diperolehinya itu. Itulah wang paling banyak yang dia dapat sejak jadi pemungut barang-barang lusuh di sini. Kebiasaannya, paling banyak pendapatannya hanya berkisar dalam angka dua ratus sahaja. Mungkin kerana dia bekerja lebih bersungguh-sungguh kali ni serta tambahan pula cuaca yang agak baik kebelakangan ini membuatkan kerja mereka tidak pernah putus. Jika musim  tengkujuh tiga bulan lalu, hampir-hampir dia keputusan wang. Nasiblah Lira mempunyai sedikit simpanan. Di sebabkan itulah dia cuba mengambil kesempatan untuk bekerja lebuh keras apabila cuaca panas sebegini.

“Banyak jugaklah kan minggu ni kau dapat. Aku dapat dapat dua ratus setengah je. Eh aku dengar si Pali cakap minggu depan Petronas buat shutdown. Memang tak sabarlah aku nak kutip besi-besi yang dia orang buang tu. Tahun lepas kita orang kat sini masing-masing dapat dekat beribu.” Tutur Lira sedikit teruja. Teringat lagi akan kenangan dia serta beberapa lagi kawan-kawannya yang sama-sama mencari besi itu di sini tahun lepas. Kebanyakan pendapatan bulan itu melebihi pendapatan biasa. Tetapi mereka kena bersabar lah dengan keadaan besi yang dibuang itu. Kebanyakan darinya tersalut dengan faber yang boleh menggatalkan kulit tubuh. Namun bagi mereka yang perlukan wang untuk menyara hidup, apa sangatlah semua itu.

“Oh betul ke? Bestlah kau. Teringin jugak aku nak dapat banyak macam tu. Nanti kau ajarlah aku nak buat macam mana.” Pinta Yaya dengan nada teruja. Tidak dapat dibayangkan jika dirinya dapat memegang duit sehingga ke angka ribu. Paling banyak pun sampai ke angka lima ratus sahaja ketika arwah ibu dan ayahnya masih ada dulu.

“Kau jangan bimbanglah Yaya. Nanti aku ajar kau. Tapi kau kena tahanlah sikit. Biasanya dia orang akan buang besi-besi tu malam-malam sikit. Lepas tu ada jugak yang bergaduh pasal ni. Yelah besi kan tengah naik harga sekarang. Nak harap jual tembaga saja memang susah. Bukannya tiap-tiap hari ada orang buang barang-barang elektrik ni.” Balas Lira lagi. Walaupun harga tembaga lebih mahal daripada besi, namun tembaga agak susah untuk didapati. Kalau dapat pun, mereka akan membakar terlebih dahulu jika tembaga tu agak susah hendak dikeluarkan. Bila dah dibakar hangus, sudah tentu harga tembaga itu akan jatuh dari harga tembaga bersih. Namun besi selalu saja dibuang. Walaupun besi yang dibuang itu mempunyai kategori serta harga yang berbeza namun kuantiti yang dibuang selalunya banyak. Dan itu menyebabkan pemungut barang-barang lusuh sepertinya lebih berminat dengan besi itu.

Kening Yaya sedikit terjongket. Kalau pasal hal malam tu dia tidaklah kisah sangat tetap bila Lira menyebut akan hal bergaduh tu, menyebabkan dia sedikit kecut. Iyalah, dia antara budak-budak yang termuda kat sini. Baru saja berusi enam belas tahun sedangkan Lira sudah mencecah hampir lapan belas tahun. Dan dengan fizikan Lira yang agak tinggi dan sedikit berisi itu menyebabkan dia kelihatan agak matang dari umur sebenar.

“Hmm. Kalau macam tu tak apalah. Eh apa kata kalau kita balik awal sikit hari ni? Aku rasa macam nak pergi pasar malam lah. Dah lama tak pergi sana.” Yaya menyuarakan cadangan. Lira berfikir sejenak sebelum mengangguk. Okay jugak tu kalau dapat pergi pasar malam. Aku pun dah lama tak cari baju baru. Kebiasannya mereka berdua akan membeli barang-barang keperluan yang ada di pasar malam tidak jauh dari rumah mereka menyewa.

Okay jugak tu. Nanti kau pergi tunggu dekat motor dululah. Aku nak jumpa Pali kejap.” Balas Lira sebelum melangkah ke arah Pali yang sudah selesai kerjanya itu. mungkin sudah bersiap-siap untuk pulang ke rumah.

Yaya mengangguk sebelum mengemaskan beg serta bekas bekalan yang dibawa dari rumah mereka sejak pagi tadi. Usai berkemas apa-apa yang patut, dia bergerak ke arah motorsikal Lira yang terpakir di celah tumbuhan renek itu. Motorsikal itu dibeli oleh Lira tahun lepas setelah hampir dua tahun mengumpul duit. Walaupun hanya motorsikal itu hanyalah motorsikal yang telah digunakan, mereka tetap bersyukur. Baginya, kalau sudah dapat memberi khidmat pada mereka  berdua itu pun sudah lebih dari mencukupi.


***


DATIN SUZANA mengeluh perlahan apabila mengenangkan anak kandungnya itu hanya bermasam muka sejak balik dari pejabat. Sepatah ditanya langsung tidak menjawab. Pada waktu makan malam tadi pun langsung tidak turun makan walau banyak kali diajak. Katanya sudah kenyang dan selepas itu tergesa-gesa keluar dari rumah sebelum dia sempat bertanya apa-apa.

“Kenapa dengan Fezz tu bang?” Soal Datin Suzana pada suaminya yang masih ralit membaca buku panduan pergi Haji itu. Nama mereka berdua sudah pun didaftarkan pada Lembaga Tabung Haji pada bulan lepas dan Alhamdulillah akhirnya hajat mereka untuk ke sana tahun ini akan tercapai.

Datuk Faizul mengalihkan cermin mata dan menutup buku panduan Haji itu ke meja sisi. Keluhan kecil terbit dari bibirnya.

“Abang suruh dia jaga tempat pelupusan sampah kat Bukit Ayak tu. Sebab itulah dia mencuka je.” Balas Datuk Faizul tenang. Bantal tidur ditepuk-tepuk sebelum meletakkan kepala di situ.

“Maksud abang Fezz kena pergi sana lah untuk jaga tempat tu?” Soal Datin Suzana berkerut dahi. Dia ada mendengar khabar dari suaminya yang syarikat mereka mendapat tender menjaga tempat pelupusan sampah itu sebulan yang lepas. Namun sesekali dia tidak menyangka yang suaminya itu akan menyuruh anak tunggal mereka menjaga tempat itu.

“Ha’ah. Abang suruh dia jaga tempat tu dulu. Abang nak ajar dia suruh bermula dari bawah. Dia ingat senang ke nak buat duit sekarang? Abang dulu berhempas-pulas bekerja dari bawah.” Terang Datuk Faizul panjang lebar. Dia ingat lagi yang dia dulu hanya berbekalkan sekeping sijil STPM semata-mata untuk memulakan perniagaan. Bermula dari menjadi peniga burger secara kecil-kecilan, dia bertukar bidang untuk menceburkan diri di dalam bidang pembinaan. Bermacam-macam kerja buruh yang dia pernah lakukan sehingga dapat membina empayar perniagaan yang segah seperti sekarang.

“Kalau dah macam tu kata abang, Ana pun tak kisah sangat. Tapi Ana bimbang yang dia akan memberontak je. Abang tahulah yang anak abang tu macam mana? Sejak dari kecil lagi dimanjakan dengan kemewahan.” Balas Datin Suzana sedikit bimbang. Dia tahu sudah faham sangat dengan perangai anaknya itu. Suka berfikir mengikut kepala sendiri. Tak padan dengan umur yang sudah menjangkau dua puluh dua tahun.

“Kalau kita tak buat dari sekarang, bila lagi Ana? Abang dah tak sanggup nak tengok dia habiskan masa tak tentu hala dengan kawan-kawannya itu. Dua bulan lagi kita dah nak pergi Mekah, jadi abang harap sangat dia berubah sedikit demi sedikit. Abang tak sanggup nak lepaskan syarikat abang ni pada dia jika dia masih berperangai seperti sekarang.” Jelas Datuk Faizul lagi. Datin Suzana terdiam sebelum mengangguk perlahan. Mungkin salah mereka juga yang terlalu memanjakan anak mereka sejak dari kecil dan hasilnya seperti sekarang.

“Ana doakan agar dia berubah lepas ni. Harap-harap lepas kerja kat sana tu dia akan lebih bertanggungjawab.”

“Abang pun berharap macam tu Ana. Dah lewat ni, jomlah tidur. Takut esok tak terjaga pulak nak bangun Subuh.” Putus Datuk Faizul sebelum menarik selimut sehingga ke dada. Sejujurnya dia juga amat bimbang dengan keadaan anaknya nanti. Dan dia berharap dengan membuat keputusan untuk menghantarnya  anaknya itu dapat mengubah perangai anaknya sedikit demi sedikit, insyaAllah.



***




BRO, APASAL muka monyok semacam?” Tegur Riyad apabila melihat sahabatnya itu termenung sahaja di kaunter bar itu. Suasana kelab malam yang agak bising dengan bunyi muzik yang berdentum sana sini langsung tidak dihiraukan oleh Fezzry. Dia lebih senang termenung di situ tanpa menyedari gelagatnya itu diperhatikan dengan penuh persoalan dari Riyad, bekas teman seuniversiti dengannya.

Fezz mengangkat wajahnya memandang ke arah Riyad yang segak berkemeja putih hitam itu. Memang tidak dinafikan yang temannya itu mempunyai pakej yang boleh menarik kaum wanita. Ditambah pula dengan berasal dari keluarga yang boleh dikatakan agak berada, sudah tentu menjadi daya penarik sehingga mereka selalu saja dikejar ke sana sini. Dan disebabkan itu jugalah mereka bertiga agak terkenal ketika mereka masih belajar dulu. Temannya Syafiq pula tiada di sini kerana mengikut keluarganya bercuti di Eropah.

“Aku kena paksa kerja lah bro. Bengang betullah.” Fezz menyuarakan rasa tidak puas hati. Kening Riyad sedikit ternaik. Kerja apa pulak ni? Setahu aku yang si Fezz ni tak kerja lagi. Takkan papa dia pulak kut yang paksa dia kerja?

“Maksud kau, papa kau suruh kau kerja?” Soal Riyad dengan kerutan di dahi.

“Yelah. Dia bising sebab aku tak kerja. Okay fine, aku tak kisah kalau kena kerja tapi yang menyakitkan hati aku boleh pulak dia suruh aku pergi jaga tempat pelupusan sampah. Giler lah bro. Tak sanggup aku.”

Mulut Riyad hampir saja terlopong. Tempat pelupusan sampah? Biar betul Datuk Faizul ni? Takkanlah sanggup biarkan anak sendiri jaga tempat macam tu? Sekurang-kurangnya tak nak bagi jaga projek besar pun, bagilah projek naik taraf jalan kampung ke? Itu boleh lagi dipertimbangkan.

“Kau biar betul Fezz?”

“Betullah. Muka aku ni ada nampak menipu ke?” Soal Fezz sedikit bengang.

Chill lah bro. Kita datang sini nak enjoy bukannya nak bertekak. Habis tu kau tak bantah ke? Mintak jaga projek lain ke?”

“Aku dah bantah tadi masalahnya papa aku tu tak nak layan langsung. Dia nak aku mula dari bawah kononnya. Sebab itu lah dia hantar aku ke situ. Geram betul aku bila difikirkan. Dahlah tempat tu tempat jin bertendang. Pedalaman pulak tu. Ngeri betullah.” Luah Fezz lagi sambil mengeluh berat. Riyad sedikit menyandarkan tubuhnya di kerusi. Payah jugak ni! Kalau aku kau tempat si Fezz ni pun, aku tak tahu lah yang aku boleh survive ke tak?

So memang dah tak ada cara lain dah nak elak?”

“Tak ada lah. Sebab tu yang aku serabut ni.” Sambung Fezz lagi lalu meneguk minuman di dalam gelasnya yang berbaki separuh. Kemudian dipanggilnya bartender itu untuk meminta lagi minuman. Riyad dah menggeleng-geleng kepalanya melihat gelagat kawan baiknya itu. Dah faham sangat dah kalau tengah serabut tu. Ada aje yang kena balik berhantar nanti.



***



“EH SIAPA pulak tu Lira? Pekerja Majlis Perbandaran ke?” Soal Yaya apabila melihat sebuah kereta buatan luar negara menjalar masuk ke tempat pelupusan sampah itu. Dia yang baru saja menukar pakaiannya ke pakaian yang lebih sesuai terkebil-kebil memandang ke arah kereta itu.

“Hmm, entahlah. Setahu aku pekerja Majlis tak ada lah pakai kereta macam tu. Tahun lepas masa datang buat sport check pun datang dengan kereta Proton Saga. Tak pun pakai Waja je.” Balas Lira sambil membetulkan topi besar di kepala. Mereka berdua memakai baju lengan panjang yang agak tebal serta jaket untuk mengelakkan kepanasan dibakar cahaya matahari. Sarung tangan kain sudah siap sedia disarung ke tangan. Hanya menunggu masa saja untuk memulakan kerja.

“Habis tu siapa? Aku tak rasa ada pelawat pulak kat tempat-tempat macam ni.” Yaya menyuarakan pendapat. Iyalah, tempat yang kotor dan penuh dengan pelbagai kotoran itu tidak memungkinkan akan ada pelawat yang datang melawat kecuali binatang-binatang ternakan yang dilepaskan oleh orang kampung pada waktu petang. Itu pun binatang-binatang itu hanya memakan pokok kangkung yang tumbuh meliar di tepi parit itu sahaja. Tak adalah sampai sanggup menjelajah ke tempat pelupusan sampah yang berbukit tinggi itu.

“Biar aje lah Yaya oi. Lantak dia lah. Janji dia tak kacau kerja kita. Jom pergi sana. Tengok si Pali dah lambai-lambai tu.” Ajak Lira sebelum melangkah ke arah Pali yang baru saja turun dari excavatornya itu. Pali merupakan pekerja tetap Majlis Perbandaran di bandar ini untuk mengalihkan serta meratakan timbunan sampah-sampah yang dihantar oleh lori-lori sampah yang datang setiap masa. Pali akan menyuruh para pemungut sampah sepertinya supaya memilih dahulu timbunan sampah itu sebelum dia meratakan dengan excavatornya di tempat yang disediakan. Disebabkan itulah para pemungut sampah di sini kadangkala bertuah jika mempunyai barang-barang berharga yang dibuang secara sengaja atau tidak sengaja.

“Yelah. Kau pergi lah dulu. Aku nak minum kejap.” Balas Yaya lalu mengeluarkan botol air yang terdapat di dalam beg kainnya itu. Namun matanya masih lagi memerhatikan kereta yang baru saja terparkir di hadapan kabin pengawal keselamatan itu.

Apabila pintu kereta dibuka, matanya hampir terbuntang luas. Seorang lelaki yang memakai pakaian pejabat dengan kaca mata hitam sedang melangkah turun. Nampak kacak dan bergaya sahaja dari pandangan matanya itu. Lelaki itu menalakan pandangan ke arah tempat pelupusan itu sebelum terhenti padanya. Yaya kaku tidak bergerak. Apabila lelaki itu berpaling kembali ke arah kabin yang tersedia di situ, Pak Ali yang ditugaskan sebagai pengawal keselamatan di situ sedang menyapa lelaki berkaca mata hitam itu. Kelihatan mereka berbual-bual seperti sedang berbual sesuatu.

Air masak diteguk perlahan sementara memerhatikan kelibat Lira yang sedang berbual dengan Pali. Kemudian kelihatan Lira mengambil sebatang besi yang digunakan oleh mereka untuk mengait celahan sampah sarap itu. Penutup botol itu ditutup kembali dan dimasukkan ke dalam beg. Belum sempat dia menegakkan tubuh, terdengar derapan langkah yang menuju ke arahnya.


“Siapa suruh kau buat pondok kat sini?” Soal lelaki yang berkaca mata hitam itu tegas. Yaya terpempan di situ. Air liur ditelan kesat. Dia tidak tahu untuk menjawab apa. Hanya terkebil-kebil memandang lelaki itu dengan kepala yang sedikit tertunduk. Sejujurnya dia langsung tidak tahu menahu akan pondok di situ. Tambahan pula, sejak dia datang ke situ setahun yang lepas, pondok kecil yang digunakan sebagai tempat melepaskan penat itu sudah lama terbina. Mungkin pondok itu tidaklah lengkap namun cukuplah bagi dia dan Lira untuk berhenti rehat selepas berhempas-pulas menerokai sampah-sampah yang bertimbun-timbun itu.

“Aku tanya ni, jawab lah aje lah. Atau kau memang bisu?!” Sambung lelaki berkaca mata hitam itu lagi dengan nada sedikit dikuatkan. Yaya menggigit bibirnya perlahan. Sebatang besi panjang yang digunakan untuk meneroka sampah-sampah di situ terjatuh ke tanah.

“Ada apa ni encik?” Tiba-tiba suara Lira datang mencelah. Yaya mengeluh kelegaan. Nasiblah Lira datang tepat pada matanya.

“Baguslah kalau kawan kau datang. Ni aku nak ingatkan sikit. Tempat ni bukannya tempat untuk berkelah atau tempat beristirehat. Aku nak kau robohkan pondok-pondok ni semua. Panggil semua kawan-kawan kau yang lain tu.” Arah lelaki berkaca mata hitam itu pada Lira. Lira mengerutkan sedikit dahinya. Pelik dengan arahan lelaki itu.

“Encik ni siapa nak arahkan kami untuk robohkan semua pondok kat sini? Seingat saya, tak pernah pula pondok kami ni jadi gangguan.” Dengan berani Lira menyuarakan pendapat. Sejujurnya hampir tiga tahun dia bergelumang dengan kerja-kerja ini, tidak pernah pula pondok yang dijadikan tempat untuk berteduh di kala penat itu menjadi gangguan.

“Kau boleh tanya aku siapa? Okay baiklah aku perkenalkan diri. Aku Fezzry Darwish. Anak kepada FF Holding Berhad. Aku datang ke sini mewakili syarikat aku untuk jaga tempat ni.” Balas lelaki berkaca mata hitam itu sedikit riak. Lira hampir saja terlopong di situ. Alamak! Habislah aku!

“Err..Tapi Encik Fezzry, pondok kami tu dah lama ada kat sini. Tak ada pulak orang yang marah.” Sambung Lira lagi setelah mengetahui akan kedudukan sebenar lelaki di hadapannya itu. Patutlah berlagak benar! Anak pemilik tempat ni rupanya!

“Yang tu aku tak tahu. Sebelum habis waktu kerja petang ni aku nak tengok pondok-pondok ni tak ada.” Sambung Fezzry lagi dengan nada tegas.

Lira mengeluh lemah. Pandangan ditalakan pada pemungut-pemungut sampah yang sudah berusia tidak jauh dari situ. Walaupun usia mereka hampir lanjut, mereka tetap membanting tulang demi sesuap nasi.

“Baiklah kalau itu yang Encik Fezzry nak. Nanti saya dengan kawan-kawan saya yang lain akan robohkan pondok-pondok ni semua.” Balas Lira lemah. Dia mencuit sedikit Yaya yang hanya diam di sisinya. Ternyata wajah gadis muda itu sedikit pucat. Mungkin agak terkejut dengan kedatangan lelaki yang tiba-tiba saja memarahinya.

“Hmm, pastikan aku nak tengok tempat ni clear sebelum aku masuk pagi esok sebelum aku suruh orang lanyak dengan excavator tu. Dan pesan kat kawan kau ni. Lainkali jawab bila orang tanya. Buat apa ada mulut tapi tak nak guna.” Fezzry menyambung kata lagi sebelum melangkah dari situ. Tak tahan lama-lama berada dengan tempat yang dekat sedikit dengan timbunan sampah itu. Busuk! Itupun dah membuatkan tekaknya terasa loya. Mahu melekat bau sampah-sarap itu di tubuhnya nanti, fikirnya lagi.




***



FEZZRY MEMBUKA butang baju kemejanya kedua dari atas. Tak sangka tempat pelupusan sampah ini begitu panas kala menjelang waktu tengah hari. Berada di dalam kabin yang berpenghawa dingin pun sudah agak merimaskan. Sudah hampir satu botol air mineral diteguknya dari tadi. Sejujurnya dia agak bosan dengan keadaan tempat itu. Line internet yang ada hanya cukup-cukup makan saja. Dan ia memerlukan masa yang agak lama untuk menyambung ke laman web yang biasa dia kunjungi. Fezzry mengeluh berat. Hari pertama yang memang membosankan!

Dia melangkah menuju ke pintu kabin sebelum membukanya perlahan. Kelibat pemungut-pemungut sampah masih lagi berpeleseran di tempat pelupusan itu kecuali kerja-kerja meratakan sampah saja sudah berhenti. Dia berkalih pandang ke arah Pak Ali yang sedang menjamu selera di meja kecil tidak jauh dari situ.

Perut yang mula berkeriut lapar membuatkan dirinya sudah tidak senang duduk. Huh! Kena pergi makan dulu ni! Tapi kat area sini manalah aku tahu nak makan kat tempat mana? Sudahlah datang semalam pun dengan keadaan tergesa-gesa. Nasiblah awal-awal lagi papa dah sediakan rumah untuk tinggal di situ. Kalau tak, masak jugak nak kena cari rumah sewa lagi, fikirnya sebelum menuju ke kereta.

“Encik Fezzry nak pergi makan tengah hari ke?” Soal Pak Ali apabila menyedari anak muda itu sedang melintasinya. Fezzry memberhentikan langkah apabila terasa namanya dipanggil.

“Hmm, saya nak pergi makan lah ni.” Balas Fezzry sebelum membuka pintu kereta. Malas nak berlama-lama di situ.

“Kat sini tak ada sangat tempat makan. Kalau kat bandar tu banyaklah.” Pak Ali sedikit melaung dari tempat duduknya apabila melihat anak muda itu sudah mula menutup pintu kereta. Sebuah keluhan kecil terbit dari bibirnya. Anak orang kaya memang perangai macam tu ke? Desis hatinya sebelum menuju ke paip air yang tidak jauh dari situ untuk mencuci tangan.






***






“SOMBONG BETULLAH Encik Fezzry tu. Mentang-mentanglah dia anak pemilik tempat ni, suka-suka hati aje nak arah orang buat itu ini. Kau tahu tak Yaya, selama aku duk mengutip sampah kat sini, ini lah kali pertama kena marah. Sebelum ini ada jugak pegawai syarikat lain yang datang tapi tak ada pulak suruh robohkan semua pondok kat sini.” Bebel Lira tidak puas hati. Beberapa barangan yang disimpan di dalam khemah sementara itu dikeluarkan. Kanvas yang dijadikan atap untuk berteduh dari sinaran matahari yang memeritkan itu dilipat dan disimpan kemas di dalam plastik. Nampak gayanya selepas ni, kena berteduh dekat bawah pokok gelang yang kurus kering itulah. Nak buat macam mana dah terpaksa, rungut Lira dalam hati.

“Betulke dia anak pemilik syarikat yang pegang tempat ni?” Soal Yaya dengan gaya langsung tidak tahu. Memang dia akui yang lelaki muda tadi agak sombong dan berlagak tetapi takkanlah tak ada rasa belas kasihan langsung pada mereka yang ada di sini.

“Yelah tu. Aku dah tanya dah Pak Ali tadi. Memang Pak Ali sendiri dah diberitahu pasal ni dua hari lepas.” Balas Lira sebelum duduk bertinggung di atas tanah itu. Matanya sayu memandang rakan-rakan yang senasib dengan mereka yang bersusah payah untuk merobohkan kembali pondok yang sudah lama terbina. Yelah, ada di antaranya sudah dibuat dengan begitu sempurna sehingga boleh dijadikan tempat tidur.

“Hmm, kalau macam tu susahlah kita lepas ni. Nak buat apa-apa pun kena berhati-hati. Mana tahu kalau si singa itu akan mengamuk.” Balas Yaya sambil menongkat dagu. Teringat lagi keadaan tadi apabila tiba-tiba saja dimarahi tanpa sebab. Memang terasa hendak menangis jugaklah. Nasib Lira cepat datang menyelamatkan keadaan.

“Haha...Okay jugak tu kalau kau panggil dia si singa. Anak singa lah kut baru sesuai. Tak padan dengan muka handsome tapi perangai macam tu.” Cemuh Lira dengan nada jengkel. Pada pandangan matanya, mungkin anak singa itu baru berumur di dalam awal dua puluhan. Mungkin juga baru sahaja habis belajar dan dipaksa oleh ayahnya untuk bekerja di sini. Tengok muka pun macam dah kenal yang datang kat sini mungkin dalam keadaan terpaksa. Sudahlah semedang aje tutup hidung dengan tangan. Busuk sangat lah tu!

“Memang anak orang kaya sombong macam tu eh? Patutlah ramai aje yang tak suka aku masa aku sekolah dulu. Selalu aje kena kutuk.” Yaya mengeluh lemah. Teringat lagi akan kenangan di zaman persekolahannya dulu. Seringkali dia diejek oleh rakan-rakan sekelasnya dulu apabila memakai kasut sekolah yang hampir saja tercabut tapak serta baju sekolah tahun lepas kerana ayahnya tidak mampu untuk menyediakan pakaian baru. Tambahan pula gaji ayahnya sebagai pengawal keselamatan tidak cukup untuk menyara hidup mereka. Apatah lagi dengan keadaan arwah ibunya yang memerlukan belanja yang banyak untuk kos rawatan sakit buah pinggangnya. Walaupun dia memperolehi biasiwa, namun itu semua masih belum mencukupi.

“Tak apalah Yaya. Biar aje lah dia nak sombong ke nak apa ke, janji kita tak kacau dia. Pasal orang yang kutuk kita tu, dia tak tahu yang hidup kita ni susah. Almaklumlah dia orang lahir kat dulang emas. Tak payah nak susah-susah berjimat-cermat. Aku yakin insyaAllah suatu hari nanti kita akan keluar dari tempat ini, kau jangan bimbanglah dan banyakkan berdoa.” Tutur Lira lagi sambil menepuk bahu Yaya untuk memberi semangat. Dia tahu yang gadis itu mudah tersentuh. Mungkin kerana usianya yang masih muda dan belum matang untuk menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan ketika ini.




***




“KAU KENAPA tu sampai berkerut-kerut muka.” Soal Lira pada Yaya yang sudah berhenti dari mengorek sampah-sampah di hadapannya itu. Tangan Yaya sekejap memegang perut dan sekejap cuba menarik nafas panjang dipandang dengan penuh persoalan.

“Aku rasa macam sakit perut lah.” Balas Yaya sambil cuba menarik lagi nafas panjang. Pada saat itu fikirannya mula memikirkan tentang apa yang dimakannya semalam. Takkan makan nasi goreng buatan Lira sampai sakit perut macam ni sekali? Lira pulak kelihatan macam tak ada apa-apa aje. Sihat walafiat saja dari tadi.

“Kau makan apa pagi tadi? Bukan kita sama-sama aje beli nasi lemak kat kedai Mek Cu ke?” Soal Lira lagi. Pagi tadi disebabkan mereka datang awal ke tempat pelupusan sampah itu, mereka berkesempatan untuk membeli nasi lemak yang agak terkenal di kawasan itu. Mungkin dengan rasa sambalnya yang lain dari yang lain, nasi lemak itu menjadi kegemaran penduduk setempat. Ramai yang datang membeli, siap ada yang menempah lagi.

“Tu lah pasal. Eh tak apa lah aku nak pergi tandas kejap. Macam tak tahan aje ni.” Balas Yaya laju. Terasa bergelora keadaan perutnya ketika ini. Seperti mahu terkeluar saja isi perutnya kala itu.

“Yelah. Hati-hati sikit. Kut-kut terjumpa dengan anak singa tu tak pasal-pasal kena ngap pulak.” Balas Lira seraya ketawa kecil. Dia hanya memandang kawannya itu bergerak laju keluar dari kawasan sampah-sarap yang baru saja dibuang itu sebelum kembali semula memulakan kerja mengumpul tin-tin minuman yang baru saja dikutipnya itu.

Yaya berjalan laju-laju ke arah sebatang pokok gelang yang dijadikan tempat mereka berteduh untuk menanggalkan jaket, sarung tangan serta kasut but yang dipakainya. Nasiblah masih terdapat lagi pokok gelang yang ditinggalkan di situ. Kalau tidak, mereka sudah tiada lagi tempat berteduh. Sudahlah semalam pondok mereka yang lama dibina itu dirobohkan atas arahan pemilik di situ.

Usai semuanya, Yaya berjalan laju-laju ke arah tandas yang disediakan di situ. Sebenarnya di situ terdapat dua tandas yang di sediakan namun salah satu darinya telah rosak pintunya akibat angin kencang musim tengkujuh yang lepas. Dan satu-satunya yang tandas yang ada khas untuk pekerja  yakni pemilik yang menjaga tempat itu. Namun jikalau keadaan agak terdesak, mereka terpaksa menggunakan tandas itu kerana surau di kawasan itu sedikit jauh jaraknya dari tempat pelupusan sampah itu.

“Hoi budak! Kau nak ke mana tu?” Soal satu suara yang membantutkan langkahan Yaya. Kaku dia di situ sekejap. Dia tahu dan dia kenal siapa empunya suara. Air liur ditelan kesat. Tangan yang sedang memegang pintu tandas itu dijatuhkan ke bawah.

“Err..” Yaya menggigit bibir. Tidak tahu untuk membalas apa. Terasa seperti dirinya sedang dituduh membuat kesalahan.

“Aku tanya ni. Kau nak buat apa kat situ?!” Ulang Fezzry lagi dengan nada sedikit dikuatkan. Tadi dia baru saja keluar dari kabin untuk ke tandas namun pergerakannya terhenti apabila melihat budak perempuan itu sedang berdiri di hadapan pintu tandas tersebut.

“Sa-saya nak pergi tandas.” Terketar-ketar Yaya menjawab. Tak sanggup rasanya hendak berpaling ke belakang untuk memandang wajah Encik Fezzry.

Fezzry merengus geram. Aku paling tak suka kalau orang yang bercakap dengan aku tak pandang muka aku. Tanpa sengaja, tangannya laju menarik bahu Yaya sehingga gadis itu bertentangan dengannya.

Yaya yang agak terkejut dengan tindakan Fezzry itu hampir-hampir terasa putus nafas. Kesakitan perut yang dialaminya membuatkan hampir seluruh tubuhnya mula berpeluh-peluh.

Fezzry memandang gadis muda yang berada di hadapannya dengan pandangan sinis dan sedikit jijik. Iyalah dengan wajah yang sedikit comot dan pakaian yang hampir berbau membuatkan dia terasa geli untuk mendekat. Dan entah mengapa tadi tangannya boleh menyentuh bahu gadis itu. Cepat-cepat dia menepuk-menepuk tangannya seolah-olah untuk membuang kotoran yang melekat.

“Kau tahu tak yang tandas yang kau nak masuk ni tandas khas yang disediakan untuk pekerja macam aku? Bukannya pengutip sampah-sarap macam kau!” Jerkah Fezzry sedikit geram. Dua hari saat dia mula bekerja di sini, dia akui yang dia tidak lagi  sempat untuk menyelongkar semua keadaan tempat  ini. Iyalah, keadaan agak panas untuk membuat sesi lawatan tapak. Apatah lagi untuk menjenguk sekitar tempat di sini.

Yaya menunduk kepala ke tanah. Kecut perutnya apabila sekali lagi dijerkah sebegitu. Dua hari lepas dia masih lagi boleh menahan perasaan kerana Lira ada namun sekarang dia hanya bersendirian.

“Hey! Aku tanya ni!” Jerkah Fezzry lagi. Terasa panas hatinya apabila soalannya tidak berjawab.

Air mata mula bergenang di tubir mata Yaya. Tangannya menggenggam tangan sendiri sebelum cuba mendongakkan wajahnya ke atas. Wajah Fezzry yang merah pada menahan marah itu sempat dipandang sekilas sebelum tangannya mula memegang perutnya yang makin memulas.

Tanpa mempedulikan Fezzry yang masih menyinga di hadapannya, otaknya mula memikirkan sesuatu. Baik aku cabut lari dulu dari sinisebelum terjadi apa-apa, getus hati kecil Yaya.

“Hey! Kau nak pergi mana tu?!” Laung Fezzry lagi apabila tiba-tiba saja Yaya berlari-lari anak menuju ke arah pokok gelang itu. Dia menghela nafas geram.

“Takpe, hari ni kau sempat lari. Esok-esok, siap lah kau.” Gumamnya lagi sebelum menolak pintu tandas itu.



***




YAYA TERMENGAH-MENGAH sambil mengurut dada apabila sampai ke pokok gelang itu. Dia memandang ke arah belakang sekilas namun kelibat Encik Fezzry sudah tiada. Nasib baik dia tak kejar aku, bisiknya dalam hati.

Perutnya yang masih memulas itu menyebabkan dia kembali mengeluh perlahan. Teringatkan sesuatu, dia mendekati beg silang milik Lira. Rasanya Lira ada meninggalkan kunci motorsikalnya di situ tadi. Baik aku pergi tandas kat surau tu, fikirnya dalam hati.

“Lira, aku pinjam kejap eh motor kau, nanti aku bagi duit minyak.” Gumamnya perlahan sebelum menyeluk poket beg silang itu. Segugus kunci dikeluarkan. Nasiblah dia ada belajar menunggang motorsikal semasa arwah ayahnya ada dahulu jadi tidaklah menyusahkan sesiapa jika keadaan seperti ini berlaku. Cuma sekarang ini dia belum lagi untuk berkesempatan untuk mengambil lesen.

Topi keledar yang diletakkan di situ diambil dan dijinjit dengan tangan. Langkah sedikit laju diatur menuju ke arah motorsikal Honda Ex5 yang terparkir di celah semak.

Dengan berhati-hati dia menarik keluar motorsikal itu sebelum menghidupkan enjin. Beberapa saat kemudian, motorsikal yang ditunggangnya keluar dari kawasan pelupusan sampah itu.



***


         “DATUK, betul ke jalan ni?” Soal Pak Majid yang merupakan pemandu khas Datuk Faizul. Hari ni pertama dia kali dia memandu untuk datang ke sini atas arahan Datuk Faizul.

“Ha’ah. Betullah jalan ni.” Balas Datuk Faizul seraya memandang ke sekeliling. Bulan lepas dia telah datang ke sini untuk melawat tempat pelupusan sampah yang baru dimiliki oleh syarikatnya itu. Keadaan jalan yang sedang dinaik taraf menyukarkan pemanduan. Terhingguk-hingguk kereta dibuatnya.

“Apasal jalan ni teruk sangat Datuk? Saya dah tak tahu nak lalu ikut mana. Bersimpang siur aje sekarang.” Rungut Pak Majid. Mata tuanya itu terpaksa bekerja keras untuk memerhati keadaan jalan yang sekejap ada tanah merah dan sekejap ada yang sudah bertar.

“Dia orang tengah naik taraf jalan kat sini. Jalan lama tu rendah sangat sebab tu selalu saja banjir.” Jelas Datuk Faizul lagi. Pak Majid hanya mengangguk perlahan walau hatinya merungut-rungut akan jalan keadaan jalan di situ. Apa  yang pasti selepas saja mereka balik nanti, kereta Mercedes milik Datuk Faizul ini akan bersalut dengan lumpur.

“Saya harap nanti cepat-cepatlah dia orang akan siapkan jalan ni. Bukan apa Datuk, kesian orang yang baru pertama kali datang macam saya ni.” Sambung Pak Majid lagi. Kejap tangannya memegang stereng kereta. Cuba berhati-hati dengan keadaan jalan di situ. Bimbang juga kalau-kalau kereta kesayangan Datuk Faizul itu terjatuh ke dalam lubang-lubang yang terjadi akibat air yang bertakung.

“Biasalah Majid. Kontraktor yang pegang jalan ni kontraktor Melayu sebab tu lambat sikit dia orang buat kerja. Rasanya ni pun dah kali kedua buat penawaran semula tender tu.” Sambung Datuk Faizul lagi. Dia bukannya mahu memperlekeh kontraktor dari kalangan bangsanya sendiri namun itulah hakikatnya setelah hampir dua puluh tahun menceburkan diri dalam bidang ni.

Pak Majid menggaru kepalanya yang tidak gatal. Agak tidak faham dengan apa yang majikannya itu perkatakan.

Beberapa saat kemudian, telefon bimbit milik Pak Majid itu tiba-tiba sahaja bergetar di dalam poket seluarnya. Terkejut dengan keadaan itu, kereta yang dipandu itu serta-merta bergerak ke kiri dan mula terhuyung-hayang. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi dentuman kuat di situ.

“Ya Allah Majid!!” Jerit Datuk Faizul dari ruang belakang.








~ bersambung di Part 2 ~
~ cerita ini dikisahkan dari kisah benar yang terjadi pada tahun 2006 di kawasan pelupusan sampah Bukit Ayak, Paka, Terengganu..semua  nama terpaksa diubah kecuali nama tempat dan situasinya sahaja...hope enjoy :DDD  
(AD Azdiy a.k.a Addy Rifqhiey)


24 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. best.....ada 2 kesalahan ejaan sikit..checking plzzz

    overall menarik..tertarik laaaaaaaa

    reality x sumer idop 'clear crystal' belaka....

    laggggggiiiiiiii zura......

    ReplyDelete
  3. wow! best2 citer ni.. smbung gi ek kak zura.. citer ni mnarik sgt2, tak sgka ada gak yg hidup mcm ni..

    ReplyDelete
  4. @puteri

    puteri : thank you! will check kesalahan ejaan semua tu..betul tak semua realiti hidup tu seindah mata...insyaAllah akan update dlm mase terdekat :)

    ReplyDelete
  5. @Qalisya


    thanks...still ade lg yg hidup dlm keadaan macam ni walaupun negara kita dh membangun..insyaAllah akan smbung dlm ms terdekat...tgu yer :)

    ReplyDelete
  6. wah x sgka ni kisah benar..tp bila pikir balik, x mustahil, dlm dunia ni mcm2 pekerjaan org sggp buat tuk dpt sesuap nasi..

    ReplyDelete
  7. @aisy

    percayalah! ni kisah benar cume edit sikit2 jer kt bahagian ending nnt nk suruh readers enjoy..betul tu, demi sesuap nasi, ape saja sanggup dilakukan :)

    ReplyDelete
  8. Salam dan selamat pagi....
    Satu permulaan yg menarik... tp klau baca tajuk mcm x berkesudahan yg baik je antara hero n heroin... apa2 pn jln cerita yg menarik lbih2 lagi berkisar kisah benar... x mustahil ada rakyat Malaysia mncari rezeki yg halal dr tmpt yg bau memualkan... Jgn dihina kerja yg halal tp berbau busuk nii... Allah duga kesusahan dan kesulitan seseorg tu berbeza... InsyaAllah... saya akn ikuti cerita ini...

    ReplyDelete
  9. best! x sbr nak tahu kesudahan Yaya dengan Fezzry..congrats zura ^^

    ReplyDelete
  10. dah baca! huhu... banyak makna di sbalik cite nih..

    Kerja kat sampah sarap tak smstinya hina!!

    x sabar tunggu next chapter... harp-2 happy ending la.. ngee...

    ReplyDelete
  11. wah...permulaan nie je dh menarik... :)

    ReplyDelete
  12. wah...permulaan yang menarik cepatlah sambung,

    ReplyDelete
  13. Tak sangka pulak cerita ini berdasarkan kisah benar yang berlaku di kawasan pengutan sampah berhampiran tempat tinggal sendiri.
    Ape pun syabas buat zura. Permulaan crita yang menarik. saya akan ikuti sambungan part 2 nanti.

    ReplyDelete
  14. @Hanim69

    salam n selamat malam...sorry lmbt reply komen..insyaAllah sy akan cuba wat citer ni heppy ending..actually mmg tak mustahil sbb dua bulan sy duk situ untuk buat research...n thanks to them sbb dpt wat diri sy insaf atas kesusahan org lain..btw tha ks sbb bace n follow dis story :)

    ReplyDelete
  15. @Kathy Tuah


    thank you! bersabar yer, akan cuba smbungkan dlm mase terdekat..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  16. @RinsyaRyc

    hope dis story akan dpt memberikan sedikit keinsafan dn pengajaran...insyaAllah...next chapter will upload dlm mase terdekat...hepi endinh sudah pasti..hehe :)

    ReplyDelete
  17. @Anonymous

    thanks..n hope sabar tgu smbungannye :)

    ReplyDelete
  18. @Anonymous


    anon2 : thanks! akan smbung dlm mase terdekat..hope sabar mnunggu :)

    ReplyDelete
  19. @Anonymous

    anon3 : percayalah! hmpir dua bulan duk kt sana mmbuatkan sy dapat belajar sedikit sebanyak cara hidup dorang...btw thanks...n hope sabar menunggu smubngannye nnt ;)

    ReplyDelete
  20. cerita yg menarik....Sabar menanti next N3....Usma

    ReplyDelete
  21. As salam zura....

    agak2 bila ada n3 baru ye...dah terlalu lama citer ni tak bersambung...tak sabar nak tahu kisah selanjutnya....please...new entry please...

    p/s novel saya sebenarnya isteri dia dah ada dlm tangan...heehheehe

    ReplyDelete
  22. bila nak sambung cerpen KAU BUKAN UNTUKKU ? dah lama tunggu tapi still takda sambungannya ... hopefully dapat sambung secepat mungkin !!! *cerpen ni macam best !!!

    ReplyDelete

 
;