From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Saturday 7 January 2012

~ faith

~ faith


            Buka stokin, salin baju, salin apa yang dipakai, laptop di on. Semua terjadi dalam masa 3 minit. FB di check in. memang nafsu di jiwa dah bergelora nak search satu nama di FB.
‘heh. Dapat!’ bibir menarik senyuman.

            ‘satu hari tak online, tak kan sah!’ telinga dah tangkap suara minah industan yang sangat lah suka membazir air liur berjuta-juta gelen semata-mata kerana jeles aku punya line internet laju. Haha.
           
 ‘alah, sat lagi ko guna lah line aku’

            ‘heh, tak hingin aku nak ngadap lappy semedang macam ko’

            ‘cakap je lah jeles aku guna U mobile broadband.. U ada?’ Kirana menarik muncung. Gadis kacukan cina india meleraikan ikatan rambutnya yang panjang sedepa. Nasib baik tak kembang. Kalau tak, dah lama aku tarah guna mesin rumput.

            ‘ko kalau online, google nak cari jawapan untuk assignment takpe. Ni stalker FB budak tuh,, buat hapa.. membazir je bil broadband abah kau bayar tiap-tiap bulan.’

            ‘ok sentap! Mana ada aku memanjang stalker!’

            ‘eleh, selang 2 minit ko bukak wall dia.’  jeda ‘ko memang dah addicted dengan dia kut.’

            ‘so doctor, you advise?’

            ‘go confess your feeling.’

            ‘g.i.l.a.’

            ‘then, stalker memanjang’

            ‘aku rela.’

            ‘kau gila.’

            ‘kau dengki ke?’

            ‘ah sudah, malas aku nak layan budak ter-over-addicted-pada-musuh-sendiri. Huh!’ Kirana berlalu, membawa tuala dan baldi yang penuh dengan kain yang dah pakai untuk 5 hari. Eleh, aku addicted bersebablah! Mata hanya memandang pintu yang dibiarkan terbuka. Aku masih menghadap lappy. Mata terasa berair. Oh, bahana mengadap sinaran cahaya lappy terlampau lama. Lappy ditolak jauh. Mata dipejam rapat.

Azan zohor berkumandang. Pantas aku bangun, berdiri dari pembaringn ku. Roh belum sepenuhnya masuk. Dunia gelap!

            ‘weh, ko ok tak’ ‘suara Kirana nih!’

            ‘hish ko ni, dia pengsan kan tadi, mestilah tak ok!’ ‘eh, suara Ucop? Macam mana dia boleh ada dalam hostel? Aku pengsan?’

Mata dibuka perlahan. Siling warna putih dipenuhi corak dot dot dan plaster siling yang memang aku kenal sebab dah selalu aku masuk tempat cenggini. Hospital.

            ‘weh, nak air?’ geleng ‘nak campbell cheese?’ geleng

            ‘dah tu kau nak apa nok?’ mata di tala ke arah Ucop.

            ‘aku nak ko senyap. Nak tido lah!’

            ‘mak sentap!’ Ucop tarik muncung.

            ‘alolo, ko ni,, semedang muncung! Itik sungguh!’

            ‘ok, kompem dia dah sihat! Aku nak balik!’

            ‘Ucop! Sampai hati ko nak tinggalkan aku yang nyawa-nyawa ikan ni?’

            ‘a ah Ucop. Ko dah tak sayang kawan ko yang selalu nazak ni?’

            ‘Kirana, saya sentap disini.’ Ucop senyum. Sengih, menunjukkan giginya yang putih berseri dan tersusun cantik. Kompem budak ni terpelihara daripada batang-batang rokok.

            ‘bila aku masuk sini?’

            ‘zohor.’

            ‘oh, hurm, jom balik!’

            ‘bawaklah bersabar sikit nok, ko baru je sedar. Rehat-rehat lah kejap.’

            ‘alah, assignment banyak kut tak sentuh lagi. Jom, jom, jom.’ Dua makhluk yang memang caring aku tahap flat tingkat 16 geleng kepala. Kirana mencapai beg emergency aku. Beg ini diwujudkan kerana aku memang sentiasa akan jatuh tak sengaja dan dunia menjadi gelap kerana aku pun tak tahu kenapa. Beg yang berisi segala bagai kertas maklumat diri, kad temu janji doktor dan berpaket ubat-ubatan moden dan tradisional yang memang aku jarang sangat nak menyentuhnya. Haha. Memang sadis!

            ‘singgah BR 31 ea?’ Ucop dan Kirana angguk. Memang kompem aku sayang diaorang lebih! Ketat-ketat! Haha.




Kaki melangkah perlahan. Masih awal pagi. Kelas lagi satu jam nak mula, dan aku dah pun tiba di hadapan pintu dewan kuliah. Tak masuk. Hanya menunggu di luar. Memberi peluang pada cleaner di dalam menjalankan tugas. Ucop on the way drive ke fakulti. Kirana punya kelas pukul 10 pagi, dan aku disini. Di depan pintu dewan kuliah. Menunggu semua classmate datang. Menunggu, dan terus menunggu sampai kaki jadi sengal. Kesengalan dirasai setelah lima belas minit berdiri.. ‘huh!’ tiba-tiba, loceng kecemasan dalam perut berbunyi. ‘ek,, sakit perut!’ pantas kaki ini berlari ke arah timur dari tempat aku berdiri. Pintu tandas ditolak kasar., dan segala sisa dihamburkan di dalam mangkuk yang baru sahaja dibersihkan oleh cleaner. Kira aku merasmikannya. Haha. Kepelikan setebal buku Campbell memenuhi diri ini.

Senyuman terukir. Beg yang memang dikenali sejak awal semester, cantik terlanding di depan pintu. Beg ada, tuan tiada. ‘kena culik? Ek, siapa je nak culik dia? Orang rabun tahap ketiga je nak culik tuan empunya beg nih! Heh, so, ko ni dah rabun tahap ketigalah? Boleh pulak tersuka dekat dia? Errr,,?’ telinga menangkap bunyi pintu tandas yang tersangat lah annoying kerana engsel di pintu telah berkarat, dan saat itu, ketika itu, waktu itu, jam itu, mata menangkap lagak gaya tuan empunya beg membetulkan kainnya. 

Senyuman terukir di bibir, yang  nampak sangatlah baru sahaja menyudahkan misi di dalam tandas, sambil sapu tangan kecil warna ungu menyentuh tangannya yang basah dek kerana air sinki. Hati rasa berbunga!
Mata bertemu mata. Terasa tarikan magnet belah utara begitu kuat menarik magnet diri yang kebetulannya made in selatan. Huih! Parah sungguh situasi kini. ‘oh tuhan, selamatkan diri ini, kawal nafsu ku!’ kaki dibawa ke arah si utara.

+si utara gelabah

=si selatan mengharap si utara jauh dari beg sebab dia nak angkut begnya

+si utara beku di situ. Kaki rasa macam dah di gam dengan gam cap gajah duduk! Memang berat gajah tu!


=si selatan masih melangkah, tapi dalam nisbah paling kecil, 0.00001 : 1 minit

Dan tiba-tiba….

            ‘nok! Kau dah breakfast?’ suara Ucop kedengaran.

            “potong stim!’ si utara bersuara dalam hati. dan ‘thank god Ucop dah sampai!’ si selatan juga mengeluarkan kata dalam hati.
          
  ‘belum. Kenapa? Ko ada beli kudapan untuk aku kah?’

            ‘wah! Ayat skema datang dari kamus dewan bahasa sungguh! Eh, kau pun ada kat sini? Awalnya kau datang. Selalu aku dengan nok ni je yang datang awal.’

            ‘heh, aku terajin pula nak datang awal hari ini.’

            ‘oh’ Ucop angguk. ‘jom sarapan sekali?’

            ‘eh takpalah, lagipun kau beli untuk dua orang je kan?’ balas si utara

            ‘ambik aku punya, aku puasa hari ni’ Ucop dan Que memandang tepat ke arah aku.
Aku mematikan niat untuk mengexplain kan keterangan tadi apabila Ucop menarik tangan Que lalu masuk kelas. Aku ditinggalkan di luar dengan perasaan yang sedikit bengang dengan diri sendiri sebab aku memanglah teramat lapar tapi bolehlah pula aku main sedap oren mengatakan bahawasanya aku sedang berpuasa. Sungguh kebangangan di sini, di dalam fikiran ku. Hadooii!

Perut masih berlagu, dan kini lagu Adele pula. Sungguh lah merana diri ini. Satu makanan pun belum dijamah. Doktor di depan sudah berjela-jela membebel, namun satu hapak pun aku tak dapat tangkap dek kerana perut yang tak de la buncit sangat sibuk duk karoke lagu Adele.  Jam di tangan di belek. 11.30 pagi. Dan perut terus berkaroke.

Walaupun tangan laju menyalin segala jadah nota di dalam slide di skrin, tapi mata tetap sempat mengerling ke arah musuh yang disuka. huh?


Hati rasa pedih dan diri rasa bangang!

            ‘wei, nah’ mata menapak di tapak tangan Que. Roti sandwish. ‘ko kalau lapar makan, jangan nak ikut ego.’

            ‘eh, dia puasa lah Que’ Ucop bersuara membuatkan tangan tak jadi nak menyambut sandwish.

            ‘tak perlu cakap benda yang kau tak buat, faham!’

            ‘eh? Nok, ko saja cakap puasa biar Que dapat makan nasi lemak sambal sotong tadi ke?’
g.e.l.a.b.a.h! peluh dah mula berkumpul di setiap tempat yang mengandungi banyak kelenjar.

            ‘ko, kalau nak usha aku tak perlulah nak susahkan diri sendiri! Heh!’ satu minyak panas terasa seperti disimbah kat atas muka aku yang halus mulus nih! Banzai! Memang kebengangan di sini! Tersangatlah bengang kerana ayat Que yang memang pedas tuh aku tak balas dan tidak tahu kenapa. Terasa amat malu dimalukan sedemikian rupa. Namun, kebangangan di sini ialah aku tengah duduk di atas tebing yang memang tempat aku suka lepak kalau bengang sambil mengunyah roti sandwish pemberian Que. Apakah? Pelik bukan? Kenapa aku boleh ambil roti tu dan kemudian lari ke beting dan akhirnya makan roti ni sambil marah diri sendiri? Er, pelik tapi aku dapat mengesan satu perasaan infiniti pada diri aku ini apabila aku menikmati setiap kunyahan. Haha. Ayat memang  mintak kaki!

  +nok, dmnakh kau?

  =tmpt bese

  +sorang?

  =berempat

  +sapa?

  =aku, malaikat kiri kanan n the evil satan. Hahah

  +asbestos! I’m coming!

  =u r not invited =P

  +mad at me?

  =nope! Cme join me. lai lai lai =)

  +righto =)



Sengih. Roti dah habis, dan perut rasa terisi. Walaupun belum rasa kekenyangan, tapi memadailah dapat isi perut. Selesai sudah breakfast pada waktu zohor. Heh, sungguh sadis lagi menyedihkan. Dari jauh dah boleh nampak Ucop sedang mendaki beting. Tetap dengan sengihannya.

            ‘ni nasi dengan sambal sotong. Heh, puasa konon.’

            ‘hek eleh, semedang sambal sotong, cukuplah kau seorang je yang tangkap lentok kat sini, jangan nak ngajak aku.. shuhh,, jauh jauh.’

            ‘hish! Dengki lah tu. Hello, ini jantan sejati ok!’ Ucop menunjuk pada dada nya yang takdalah sebidang as superman tapi boleh tahanlah. Aku senyum. Jari telunjuk menekan dada Ucop. ‘adoi! Sakit nok!’

            ‘ni jantan sejati ke jantan sesat kat jeti? Hehehe.’

            ‘jangan perli nok, nanti ntah macam mana ko sangkut kat aku, masak ko!’ tersedak.!

            ‘hish, kalau aku sangkut kat ko, maknanya ko letak ubat guna-guna kat sarapan yang ko belikan tuk aku.’

            ‘eh, mana kau tahu nok?’

            ‘brangset lo!’

            ‘hah! Cuak. Tau takut.’ Aku senyum sambil membuka penutup bekas makanan yang boleh menerukkan lagi pencemaran di bumi ni. Bau sambal sotong menusuk hidung. Bismillahirahmanirahim.



Tangan diangkat separas dada. Berdoa dengan syahdunya mengakui kekhilafan diri ini. Mata terasa hangat.
Usai solat isyak, tubuh dibawa ke katil. Merebahkan badan atas katil yang “empuk” ini memberi peluang padanya untuk mengecas kembali tenaga yang dah tinggal suku. Mata tak mahu dipejam lagi. Dicapainya buku karya Habiburrahman – Dalam Mihrab Cinta. Muka surat baru diselak. Ayat tertulis menarik perhatiannya.

Ya Allah, jika hamba salah mengharapkan dia, maka pupuslah harapan ini. Jika hamba benar mengharapkan dia dan kau meredainya, maka aku serahkan semuanya kepada rencana-Mu. Engkaulah zat yang maha kuasa dan maha tahu. Amin.


Senyum. Amin. Novel diletak tepi. Mata cuba dipejam. Ceritera pagi tadi memang buat dia rasa gumbira berbunga-bunga. Walaupun kemungkinan apa yang difikirkan dalam kepala bijaknya adalah 1 nisbah 100, tapi dia tetap nak fikir apa yang difikirkan itu adalah yang benar sebenar-benarnya. Qistina saja cakap yang dia puasa sebab dia nak aku dapat makan sarapan sebab dia care kat aku? Heh, harap betul, dan selamanya betul. Tapi,dia mana pernah nak layan aku baik-baik. Betul ke dia suka aku? Er,,? Entah. Harap ya! Sangat harap! Hai lah hati, bawaklah bertenang. Bunga bukan sekuntum. Tapi, aku nak bunga yang itu juga! Tapi Ucop tu siapa pada Qistina? Kenapa dia nampak mesra je dengan Ucop tuh? Macam mana kalau Qistina dengan Ucop tu couple? Eh, tak. Ucop tu lembut. Mana ada orang suka yang macam tu! Tapi, Qistina tu kan luar alam sikit. Hish! Serabutnya kepala hotak ni! Cepatlah mata. Pejamlah. Aku nak tidur. Nak tidur. Huuu




Masih lagi di laman sesawang. Menulis email yang berkajang-kajang panjangnya. Mengharap penerima membalas surat mayanya secepat mungkin. Punat enter ditekan. Surat di hantar. Lagu Perhaps – Cake memekak di telinga. Ya! Perhaps dia balas. Mata smakin berat. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam. Memang patut pun dia rasa mengantuk! Laptop di tutup. Selimut ditarik menutupi paras pinggang. Kirana dah lama terlena. Esok hari sabtu. Hari rehat bagi kawasan U dan yang sewaktu dengannya. Seronoklah sangat! Haha.



Bilik berwarna unggu masih terang benderang. Mata mengerling inbox emailnya. Senyuman ditarik, lalu tangan laju membawa tetikus ke punat read.

            Dear awak, hari ini saya rasa malu sangat sebab musuh saya boleh pulak cakap yang saya nak usha dia. Luar alam lah dia tu. Saya cakap saya puasa memanglah sebab saya nak dia makan sarapan tu, tapi bukan saya nak usha dia, tapi saya nak mulakan perhubungan saya dengan dia balik. Hubungan yang baik ~ kawan. Macam yang awak suruh. Tapi lain pulak yang jadi! Hehe. Saya tak salahkan awak. Well, dia belikan saya roti sandwish sebab mungkin dia perasan saya buat muka kebulur! Haha. Even saya bengang, at least dia belikan saya sandwish, mean dia ok lah dengan saya punya perubahan. Kan? Tolonglah setuju sebab kalau tak saya akan ingat dia memang nak malukan saya. Saya dah tak nak benci dia. Saya nak buat macam awak suruh. Hee.. *malu. Awak macam mana? Kat sana dah musim apa? Seronoknya dapat duduk sana kan? Bila nak balik sini? Dah lama awak duduk sana. Saya akan habis degree 2 bulan lagi. Lepas tu saya kerja dekat klinik mama. Mama yang suruh. Awak jangan marah pulak! Papa cakap awak pun akan kerja kat sini bila awak dah graduate. Kira sama je kan. Hehe. Hurm, apa lagi nak tulis? Err, dah takda kut. Sorry sebab saya baru balas surat awak. Oh, lupa nak bagitahu, saya pengsan lagi. Tapi awak jangan risau, saya dah sihat balik. =) saya lah bakal doctor yang sakit? Pelik kan? Well, nak buat macam mana? Hidup mesti diteruskan! Macam awak cakap. Oh! Along soon to be a father! Tak sabar rasanya nak dapt ahli keluarga baru! Hee.. anyway, rindu awak sangat2! Assalamualaikum.


Senyum. Hati rasa tenang. Senyum tak boleh nak berhenti. Jam menunjukkan pukul 8.45 pagi. Dah lewat malam kalau ikut waktu Malaysia, tahu yang penghantar email ni dah masuk tidur, tapi tangan tetap nak membalas surat yang dihantar. Mood diambil, jari sedia menaip.


Krooh krooh krooh.

Buka mata lepas tu tengok jam. Pukul 8.30 pagi. Awal lagi. Sangat awal untuk dia bangkit dari pembaringan. Kepala ditoleh ke arah Kirana. Dia masih lagi berbungkuskan selimut corak Mickey Mouse. Mata cuba dipejam semula, namun gagal dek kerana bunyi keruhan hamba Allah yang lena sangat tidur. Keruhan yang membuatkan dia terjaga dari tidur, dan oleh sebab itu, dia dah tak dapat nak sambung tidur balik. Walau sesungguh mana pun dia cuba, tetap tak dapat. Lalu dia mengalah. Bangun, capai tuala lalu mandi. Sejuk!

            ‘Kirana, bangun.’ Tangan mengelap rambut yang basah. ‘oi, bangunlah!’ si empunya nama tak bagi respon. Kepala digeleng. ‘tuan puteri, bangunlah. Perut beta dah lapar ni, beta nak breakfast. Tuan puteri nak join breakfast sekali ke tak?’ kali ini dia berckap dalam nada yang annoying menyebabkan Kirana terjaga.

            ‘ye, ye. Jap, aku mandi dulu.’

            ‘cepat! Mp3 ni dah main lagu keroncong.’

            ‘baik tuanku.’ Sengih. Sikat dicapai. Rambut disikat kemas. Basah lagi. Nak ikat pun tak boleh. Menunggu Kirana sudah mandi macam menunggu kelas tutorial habis. Satu jam! Hish budak ni. Perut ni dah duk berlagu, dia duk berlagu dalam shower. Hadui!

            +bgn sudh?

Ucop mesej. Aik? Dah bangun ke mamat ni? Selalu bangun pukul 12.

            =dah. Nak kluar jap g, nk mkn.

            +nk ikot bleh?

            =xbleh. Ladies out. =p

            +alah

            =heh, join je ah, cm x bese lak

            +hehe. Ok!


Kirana masuk sambil bernyanyi kecil. Muka sengih. Rasa nak telan je. Orang dah lapar, dia boleh tunjuk muka nak minta kaki. Karang betul-betul aku bagi kaki, sarapan kaki karang.

            ‘cepatlah’

            ‘lai lai lai. Kafe dah buka ke?’

            ‘apa barang kafe, semedang kafe seminggu memang tak lah!’

            ‘dah tu?’

            ‘outing meh’

            ‘transport?’

            ‘kapal terbang’ hehehe. ‘dah cepat! Aku tunggu bawah.lambat tinggal!’

            ‘weh!’ hahaha. Tau cuak. Kaki pantas mengatur langkah ke arah parking kereta. Ucop dah sedia menunggu.

            ‘huh, wanginya kau pak cik!’

            ‘heh, sabtu kan. Time to go fishing!’ mata mejuling ke atas.

            ‘siapa lah yang kero nak sangkut dengan kau?’

            ‘ehh, kau belum tahu. Nok, aku ni hensem ok. Sekali senyum, Siti pun cair.’

            ‘hek eleh. Siti mana yang cair? Siti Embun? Haha’

            ‘apahal plak Embun tu yang kau sebut!’

            ‘dah Embun minat kau doe.’

            ‘taknak aku! Gepeng sangat. Tak sedap nak peluk!’
   
         ‘eh, padan doe dengan kau yang sekeping. Haha.’ Ucop tarik muncung. Kene kau sebijik. Suka sangat mengata orang. Lepas tu suka puji diri sendiri. Nyampah seh.

            ‘alah, cakap je lah ko dengki kan aku yang hensem ni tak usha kau.’

            ‘heh, selisih lah aku dengan avril lavigne kalau nak dengki. Please lah, tolong jangan angkat bakul, lepas tu jalan.’

            ‘siapa yang angkat bakul? Siapa yang jalan? Pergh! Minyak wangi tumpah hapa?’ Kirana yang baru je masuk terus bersuara. Aku apa lagi, gelak sakan! Ucop? Tarik muncung sedepa. Haha!

Kenyang! Kami melantak nasi beriani di awal pagi. Memang bahagia. Sekarang, kami duk melepak di Times Square hanya untuk menchillexkan diri. Heh, memanglah seronok sangat. Sekejap lagi melayan movie. Memang enjoy sakan!



Sarapan tak disentuh langsung! Roti canai berkuah kari dan dal tak dapat menarik nafsu makannya untuk menyentuh roti tersebut. Nak buang, membazir. Dibiarkan roti canai tersebut atas meja. Pagi tadi bila keluar nak beli sarapan, dia nampak Qistina dengan Ucop makan nasi beriani kat gerai mamak sebelah gerai dia beli roti canai. Tak tahu kenapa, tapi hati rasa panas! Cemburu? Semestinya! tapi Ucop tu lembut, kenapa Qistina boleh suka kat Ucop? Apa kurangnya dia? Dia boleh digolongkan dalam golongan budak-budak hot! Asal Qistina sikit pun tak pandang dia? Time gaduh barulah Qistina bercakap dengan dia, er lebih tepat lagi, menjerit kat dia. Mengeluarkan segala kata-kata “manis”. Hati dipujuk agar tak merajuk. Kepala cuba berfikiran positif.



Email dibuka. Senyuman terukir di bibir.

            Assalamualaikum. Terima kasih sebab balas. Baguslah awak dah cuba nak berbaik dengan ‘musuh’ awak tu. Bagus, mengikut nasihat. Kan molek gitu. =) tak delah semedang awak asyik nak gaduh je kan? Ye lah, orang lawan boleh jadi kawan. Kawan saya tak kisah, kalau tersuka macam mana? kesian saya! =)  hurm, sekarang musim sejuk. Dan sejuk sangat! Nasib baik ada baju panas yang orang tu kait. Suka! Hangat je rasa. Hehe *blushing. Awak, saya dah call papa minggu lepas. Dia ada mention pasal kerja. Saya setuju awak kerja dengan mama. Tapi saya tak nak kerja dekat klinik tu dulu. Saya nak cari pengalaman. Tapi jangan risau, saya dah cuba usha hospital kat Bandar Tun, ni tengah tunggu jawapan. Insyallah dapat. =) dekat je dengan rumah. So, don’t worry ok. Doakan saya! Oh! Saya pun tak sabar nak tunggu ahli keluarga baru. Saya habis 2 bulan lagi jugak! So, tak lama lagi ea. Oh, lupa nak bagitahu, saya dah jumpa apa yang awak suruh saya cari tu. Betul cakap awak, the view is really beautiful! Saya tak sangka dapat peluang tengok. Well, saya ada ambil gambar, nanti saya bagi kat awak bila saya balik nanti! Saya tahu awak nak kan? Sabar ea. Tunggu saya tau! =) err,, rindu awak jugak! *blushing blushing. Assalamualaikum.


            ‘oi! Baca surat cinta ea?’

            ‘hah! Weyh, jauh lah. Jangan ngintai! Shuhh!’

            ‘hahaha. Ko ni kan Qis, bercinta dengan siapa? Ko main balas surat cinta dengan siapa? Que kan?’

            ‘choih! Que? Selisih dengan Aaron aziz.’

            ‘dah tu, siap rindu bagai, siapa doe?’

            ‘hish! Rahsia mana boleh bagitahu!’

            ‘kedekut taik hidung masin!’

            ‘haha, patutlah rambut gugur, selalu makan benda masin rupanya kau ni ea?’

            ‘branset lo!’ sengih rupa kerang busuk! Kirana baling bantal tepat kena muka. Adush! Sakit. Heh, tu daulat namanya. Hehe. Punggung diletak atas katil. Mata bertemu mata. Senyum sama senyum.

            ‘kau start exam berapa hari bulan?’

            ‘hurm, 6. Sampai 18 hari bulan. Kau?’

            ‘aku 4 sampai 22. Budak sains kan. Paling akhir habis exam.’ Mengeluh.

            ‘so, kou lah clearance kan?’ angguk. ‘aku balik dululah kan?’ angguk. ‘kau nak aku balik 18 or 19?’

            ’23 boleh?’

            ‘banyak daulat kau?’

            ‘alah Kirana, kata kawan. Hehe’

            ‘kawan apa mangai cenggitu? Kita uoting 21 nak?’

            ‘ngok ngek. Esoknya aku ada paper. Gila kau nak outing lak.’

            ‘dah tu macam mana?’

            ‘erm, ko free masa cuti sekolah bulan 3?’

            ‘tak tau lagi. Asal?’

            ‘budak kelas aku buat reunion.aku datang umah ko first day cuti tu, lepak sampai khamis, then terus pergi reunion. Boleh lepak rumah kau?’


            ‘cuti kan? Heheh.’ Kirana angguk. Tangannya mencapai kain atas katil. Nak lipat. Dah berlonggok atas katil untuk dua hari. Memang takkan disentuh kain tu selagi hari sabtu tak tiba. Sama je dengan dia. Tapi hari ni dia takda mood nak melipat kain, melipat badan dalam selimut ada. Hiihii. Badan kembali dibaringkan. Hati rasa berbunga bila yang jauh balas surat. Punat compose messages ditekan. Senyum lagi.



Topi keledar ditanggalkan. Stokin dibuka, tali leher di longgarkan. Panas! Baru balik dari interview dekat hospital di Bandar Tun. Semalam sahabat yang dikasihi bagitahu yang kat hospital tu memang tengah mencari doctor. Hospital barulah katakan. Alhamdulullah rezeki murah dalam mencari pekerjaan. Tak sabar rasanya nak kerja sama-sama dengan sahabat dia. Senyum. Perut terasa lapar. Nak masak, memang tak lah! Dapur bukan takda, ada. Tapi nak masak apa tu takda idea. Barang nak masak pun tak ada. Nak pergi beli, malas. Nak masak lagilah malas. Hah! Makan lat luarlah gayanya. Memang muka ni muka selalu duk lepak Restoran Aji Senandung masa lunch cenggini. Eleh, bukan dia seorang. Ramai. Boleh dikatakan semua budak U selalu duk habiskan duit. Kenyangkan perut kat situ. Termasuklah Qistina. Senyum. Senyum sampai menampakkan lesung pipit belah kiri. Kedalaman lesung memang dalam. Hehe. Tangan mencapai t-shirt Quicksilver. Baju kemeja ditanggalkan, diganti dengan t-shirt. Kunci moto dicapai. Topi keledar di sarung, enjin dihidupkan. Motor laju menuju destinasi.



Kenyang namun tak senang. Tak nampak Qistina tadi. hari sabtu dah keluar dengan Ucop, takkan keluar lagi? Hish! Semedang berjalan, macam takda homework pula diaorang tu. Eh, yang kau sibuk nak marah buat apa? Biarlah diaorang. Eh, mana boleh biar, tu orang yang aku suka. Takkan nak biar je? Hish, tu lah kau. Dulu cari pasal dengan dia, sekarang dah suka. Kau merana. Padan muka!’  mata memandang kipas. Berpusing-pusing. Sama macam kepalanya yang tengah pusing! Pusing, pusing, pusing, tido.




Pejam celik, pejam celik, dah habis sem. Now, holiday party! Hah.

Hari ni dah masuk seminggu dia bercuti. Esok hari kelapan dia dah bercuti. Esok hari penting! Orang jauh nak balik. Jauh nun sana. England ke Malaysia. Bertahun tak balik, mestilah penting. Dari pagi senyuman tak lekang di bibir. Mama dan papa dah tegur, malu pula rasa. Hee. Flight sampai pukul 3, tapi sekarang baru pukul 12.30. Papa cakap lepas zohor baru pergi airport. huh, dah tak sabar!


Hari pertama start kerja, hadoi, penatlah amat. Memang lah nasib mintak kerja kat tempat baru nak buka ni. Boleh dikatakan, separuh pesakit dia handle. Nasib baik pesakit luar. Kalau yang kes kemalangan ke, memang masak dia nak handle seorang. Haduih! Hari dah hari ketiga dia kerja. Means that dia cuti hanya 5 hari selepas struggle dengan exam. Dah 8 hari berlalu, dan dah 8 hari juga dia tak dengar khabar berita tentang Qistina. Rindu? Diakui. Hari terakhir dia dengan Qistina jumpa ialah hari akhir paper. Itu pun tak sempat nak luahkan isi hati ini. Walaupun malam tu nekad nak confess feeling towards her, tapi bila nampak dia, diri jadi ais. Freeza. Well, speechless. Maka, punahlah impian tersebut. Sedih lagi menyedihkan.



Kaki dah lama menjejak lantai bumi bertuah ni. Perut terasa lapar, maka kaki dibawa menuju ke Mcdonald. Nak mencari satay kajang memang tak lah kan. Maka digagahkan juga burger Mcd ini. Walaupun perut demand nak makan made by mama, tapi nak buat macam mana? Mama bukan ada buka gerai kat sini pun. Hoho, rindu mama. Rindu papa, along, dan dia. Si gadis itu. Sahabatnya, sepupunya, kekasihnya. Bakal teman hidupnya. Senyum.


            +salam bro, how’s work?

            =w’salam. Siapakah gerangan tuan hamba?

            +beta adlh ktrunan raja sulu yg bru cech ats tnh jjhan tuanku.

            =ya allah! sahabat, kekasihku. Ble smpai?

            +dah dua hari. Hehe

            =dh dua hri bru text aq? Kejam

            +oh shbat, jgn gitu. Sok kte jmpe di sne ea?

            =yeah! Disini hanylah menunggu.. =)

            +salam

            =salam


Gembira! Sahabat lama telah pulang. Telah pulang dari jihad menuntut ilmu. Oh, hati rasa senang. Hari ini, sepanjang hari ini, senyuman tak lekang di bibir. Ucop yang ada di sebelah memang dah meremang. Semedang sengih, memanglah dia seram. Kene sampuk hapa? Huih! Minta jauh dari aku.


            +salam, bz?

            =tak. Knapa?

            +mlm ni kte dinner luar nak?

            =nak! =)

            +ok, keje lek lok tau! Jgn nakal2. =) salam

            =yes bos! =) salam




Aku menarik kerusi. Pinggan diletakkan atas meja. Basuh tangan, lalu duduk kembali. Menunggu Haiqal untuk makan bersama. Sahabatnya kini dah genap sebulan kerja sama dengan dia. Dah sebulan dia share semua yang terjadi kat dia. Semua. Pasal matrix, pasal degree. pasal wanita. Heh, tapi nama dirahsiakan. Teringat bila pertama kali jumpa, terus kena serang soalan pasal kahwin.
~

            ‘sahabat, lama tak jumpa!’ peluk.

            ‘oh, rindu ku doe. Sihat?’

            ‘sihatlah! Mesti kena kekal sihat, tak lama lagi nak kahwin.’

            ‘oh serius ke ni? Biar benar Haiqal? Balik terus dah ada plan, murah rezeki kau!’

            ‘alhamdulillah! Yelah, kita mesti merancang awal kan?’

            ‘hahaha.. betul. Betul. So, who the lucky girl?’

            ‘er, nak tau ke?’

            ‘mestilah!’

            ‘tunggu hari sanding lah.’

            ‘c’mon bro, I’m your friend. Cenggini ke kawan?’

            ‘hish, yelah. Er, ahad ni aku kenalkan kat kau ea.’ Senyum. Hai lah, untung kawan aku ini, dah sampai seru jodoh dia. Aku? Hish, bunga pun tak ada, macam mana nak melangkah ke depan. Senyum. Senyum lagi. Untuk sahabat yang memang amat bertuah.

            ‘eh, ingat lagi tak dulu kau suruh aku cari untuk kau?’ Que berkerut.

            ‘er, kenapa?’

            ‘aku dah jumpa 1. Sesuai benar dengan kau.’  Ek, eh, biar benar Haiqal nih?

            ‘eh, tak pelah. Aku main-main lah.’

            ‘lah, aku dah penat cari. Apalah kau ni.’

            ‘eh, kau ni. Aku dah suka kat orang lain lah.’

            ‘alah, suka tu boleh berubah.’

            ‘eh, ni serius suka!’

            ‘siapa, meh aku tolong pinangkan. Boleh buat kenduri sama-sama!’ muka merah. Adush, masak cenggini. Takkan lah aku nak bagitahu yang orang yang aku suka tu musuh aku? Aku pun tak confirm dia suka aku ke tak masak aku!

            ‘er, eh tak perlulah cenggitu’

            ‘eh, I am serious ok.’

            ‘ek?’ jeda. Que dengan gelabahnya, Haiqal dengan kesungguhannya, dan Ucop datang dengan toyanya.

            ‘uit, sudah-sudahlah berchatting di sana ea saudara sahabatku yang memang hensem-hensem belaka. 
Patient menunggu.’ Mereka sengih, lalu berlalu. Dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapa cuaknya dia pabila ditanya soalan cepu mas sebegitu rupa. Hailoh!
~


Haiqal duduk berhadapan dengannya. Nasi berlauk ayam kicap menjadi pilihannya. Haiqal makan nasi lauk asam pedas. Mantap menu lunch diaorang hari ini. Bismillahirahmanirahim.



Ahad berlalu. Perasaan sedih. Sedih sangat! Kecewa. Nasi dah 3 hari tak disentuh, makan hanya sekadar nak alas perut biar tak masuk angin. Ucop yang tinggal serumah hanya menggeleng. Tak paham dia dengan perubahan yang berlaku pada sahabatnya ini. Satu anjakan paradigma dapat dirasakan.Memang serius kes budak ni! Nak ditanya, segan. Tapi dia rasa happy sangat sebab hari ahad lepas dia bertemu semula dengan sahabat lamanya. Qistina. Ohh, Qistina dengan Haiqal nak kahwin, diaorang tu sepupu. Lepas keluarga Qistina meninggal, keluarga Haiqal yang jaga. Tu yang diaorang boleh rapat sampai membawa kepada suka. Oh, sungguh lah sweet. Dia pun tak sangka boleh kenal Qistina sebagai bakal isteri Haiqal. Memang padanlah diaorang. Secocok sangat! Tinggallah dia keseorangan. Belum sampai seru. Samalah macam Que ni. Er, Que? Dia suka Qistina ke? Ucop perasan bila Haiqal kenalkan bakal isteri dia, air muka Que terus berubah. Eh, make sense apa? Ok, luar alam. Kan diaorang ni musuh sejati. Asal lak boleh tersuka ni? Ok, urusan tuhan.



            ‘bro, ingat tak pasal girl yang kau carikan untuk aku? Hurm, bolehlah. Aku nak kenal dia.’ Haiqal senyum.

            ‘boleh, tapi dia sibuk sekarang. Nanti aku try contact dia ok?’

            ‘ok.’ Senyum. Senyuman ais namanya. Tanpa perasaan.

            ‘asal tiba-tiba? Apa jadi dengan budak yang kau suka tu?’

            ‘dia dah nak kahwin. Aku lambat lah. Hee.’ senyum. Terpaksa lagi.

            ‘oh’





Setahun berlalu dengan pelbagai peristiwa yang menguji iman di dada. Sebagai seorang lelaki, hatinya perlu kuat, iman perlu teguh. Dia yang Esa tetap menjadi peneman tiap kali hatinya berlagu sedih. Dia reda atas segala yang terjadi. Dirinya tahu, setiap yang terjadi akan nada hikmahnya.


Diri sengaja disibukkan dengan kerja yang datang. Biarlah, dia rela penat. Dia rela letih. Dia rela. Dia tak 
mahu hati ini sedih lagi. Tak mahu. Dia dah penat menangis. Penat. Sangat penat. Badan mula susut, muka pun dah cengkung. Seorang doktor patutnya amalkan gaya hidup sihat, tapi dia gagal. Bukan tak mahu, tapi dia terlalu sedih. Sangat! Penyakit misteri nya pun dah hilang bila dia dah makin tak menjaga kesihatan ni.

            ‘Qistina, mama nak Qis pergi cuti. Mama nak Qis rest ok?’ geleng.

            ‘tak mahu lah mama. Lagipun klinik mama takda siapa nak jaga.’

            ‘mama dah contact Ucop, dia setuju nak kerja klinik mama. Qis don’t worry ok?’

            ‘tapi mama.’

            ‘no Qis. Papa nak kamu pergi bercuti.’ Bila papa dah bersuara, Qistina tak berdaya nak membantah. Kepala hanya mampu mengangguk.

            ‘Qis nak bercuti kat mana papa, mama?’ papa menghulur sehelai sampul. Sampul bertukar tangan. 
Jarinya laju membuka sampul. Matanya perlahan-lahan jatuh atas setiap huruf yang tertulis di atas surat itu. Air matanya tumpah.


Dia senyum. Kepala digeleng. Setelah setahun, barulah dia perasan ada mesej pada emailnya. Memang sungguh sadis. Entah apa yang dia buat selama setahun ni pun dia tak tahu, boleh pulak tak perasan ada mesej. Baju melayu ditukar kepada t-shirt angry bird. Air cond dibuka pada tahap suhu mencecah 18 degree. panas. Baru sahaja diri ini pulang dari majlis pernikahan Ucop. Ucop akhirnya tamatkan zaman lelaki gaya macho lembut dengan Siti Embun. Secret admirenya sejak zaman degree lagi. Lawak pula bila dikenang balik. Jari membawa laju tetikus untuk membaca mesej.

            Sahabat, salam. Ingat tak pasal gadis yang aku carikan untuk kau tu? Dia free pada 14 september 2011. Dia tunggu kau dekat Resort Sabahan dekat Semporna Sabah, jangan risau, aku dah booked flight untuk kau. Thanks to me kan? Hehe. Anything for you sahabat. =) kau boleh tuntut tiket bila2. Tapi aku syorkan kau tuntut dua hari sebelum lah. Takut kau hilangkan pulak tiket tu! Hehe. Mcamlah aku tak kenal kau. 5 tahun dekat mrsm tu dah cukup buat aku kenal kau ni macam mana doe. =p well, aku tempah kau duduk sana seminggu. Better kau amik cuti cepat! Hihi. Anyway, gud luck bro. kau sahabat aku kan? Tolong aku, kau setuju ea dengan pilihan aku. Aku dah cari yang terbaik untuk kau. Aku confirm kau akan suka. Ok, salam. =)
Sincerely,

Haiqal

13 september 2010

11.59 p.m.


Mata rasa pedih. Tarikh yang tertulis menunjukkan sehari sebelum peristiwa itu terjadi. Terasa hangat pipi ini. Air mata terusan jatuh. Tak dapat ditahan lagi. Hati jadi sebu. Digagahkan diri menekan copy, lalu di paste ke microsoft word. Lalu surat tersebut di print. Sebagai kenangan terakhir dari sahabat sejati. Kekasih yang disayangi. Sahabat yang takkan terganti. Haiqal.




Dua sahabat tersenyum. Melihat sahabat mereka akhirnya bahagia. Kirana dan Ucop, tanpa sedar menitiskan air mata. Ketentuan dia, pencipta amatlah hebat. Terlalu hebat. Sangat hebat! Kesyukuran dilahirkan ikhlas dalam hati. Selepas Qistina kehilangan Haiqal, Que hadir. Tika Qistina hilang kekuatan, Que hadir menjadi the Hulk untuk Qistina. Sungguh tak sangka ini pengakhirannya. Pengakhiran yang tak dijangka oleh Ucop mahupun Kirana. Air mata tumpah lagi.


Dah cukup untuk hari ini dia menangis. Dua keping surat berlainan penerima dia pegang. Dipegang kemas. Hati jadi sebu, namun air mata sudah kering untuk dikeluarkan. Dia juga dah temu kekuatan dalam dirinya. Mata sekali lagi menuruti tulisan atas kertas.


            Salam awak, saya tahu awak memang nak pergi tempat ni kan? Saya dah tempah tiket untuk awak. Awak pergi 14 september 2011. Saya dah booked resort awak. Awak kena tinggal situ sampai cukup seminggu tau! Tak kira apa jadi! Tau. Awak sayang saya kan, jadi tolong ikut apa saya nak awak buat ea? Teriam kasih sebab sudi sayang saya. Saya rasa bertuah sangat! Jangan lupa pergi tuntut tiket 2 hari sebelum! =) selamat bercuti. Gud luck! All the best!

Always loving you,

Haiqal.
13 september2010
11.59 p.m.

Surat untuk Que pula dibaca. Sungguhlah dia tersentuh. Menangis juga akhirnya. Kemudian, hangat terasa di pipi bila jari Que menyentuh pipinya. Qistina senyum. Sah sudah dia menjadi milik Que. Que, musuhnya, sahabat barunya, kini, teman hidupnya. Teringat lagi pada malam selepas dia berjumpa dengan Haiqal.
~

            ‘ini ke sebab kenapa awak nak saya berbaik dengan Que?’ Haiqal angguk. Senyum.

            ‘sebenarnya ada dua sebab, tapi awak tahu yang ini dulu ea.’

            ‘dah tu, bila saya nak tahu sebab kedua?’

            ‘soon sayang, soon. Just wait ok?’ Haiqal senyum, mematikan niatnya nak bertanya lagi. Badan pun rasa penat. Subjek utama nak tidur saja.

~dia senyum. Hajat arwah Haiqal dah tercapai. Hatinya tenang. Bro, I’m done what you want me to do. Well, you right! Aku memang akan suka dengan pilihan kau. Terima kasih Haiqal, for everything.!






The end. Sorry lah kalau tak syok dibaca. Well, I am triyin my best. Toceh2 sudi baca.  =)

9 comments:

  1. Nice story. Messy sikit sebab takde divider from one scene to another. But good nonetheless.

    Keep on writing!! Mueheheh ^o^

    ReplyDelete
  2. Overall cite ni memang best ! Cuma buat sy kompius cket sbb gaya penulisan tu . Tp jangan risau , jalan cite menarik . Sy suka . Just kena improve cket je dengan gaya penulisan tu . Err , sory kalau tak suka sy komen ni . :)

    ReplyDelete
  3. best..jalan cerita yg mmg menarik..musuh fall in love dgn musuh..mmg sy suka...(^__^

    ReplyDelete
  4. @Cucumber
    buat ada divider, tapi ble post divider tetap nak duk tepi jln. xnak msuk dlm cter ni.. hehe.. thnx! =)

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    no, thnx sbb komen. well, appreciate tht. =)

    ReplyDelete
  6. citer best..tapi pening ckit baca..;)huhu...k saya yg x pndi bca.. x taula..neway,truskn usha..

    ReplyDelete
  7. cerita ni dah bagus. kalau ditulis dengan format yang lebih baik, disusun perenggan dialog semua, mesti lebih mudah difahami dan dihayati. apa-apa pun teruskan berkarya seperti ini. thumbs up! ^_^b

    ReplyDelete

 
;