From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Sunday 8 January 2012

Anugerah Terindah by MK

note : sebelum baca cerpen ni, pastikan anda baca cerpen yg bertajuk Sahabat Selamanya tu dulu. sekian. harap anda, anda dan anda yang membaca akan suka. thanx in advance. may Allah bless u. :)





“Wawa!!!” Gadis yang sedang lena di atas katil itu bergerak sedikit. Matanya dibuka, kemudian ditutup kembali. Bantal di kepala, ditarik untuk menutup mukanya pula. Zzzzzz.... sambung tidur.

“Nadwah Ilyani Ahmad Kamal!!” Suara nyaring itu menyentak si gadis yang sedang lena. Daripada berbaring, dia terus duduk tegak di atas katil. Terpinga-pinga memandang sekeliling. Cermin mata di meja sisi katil diambil.


“Kakak....” Suaranya dileretkan. Merengek bercampur tidak puas hati apabila tidurnya diganggu.


“Tak payah nak kakak..kakak... bangun cepat. Apa anak dara tidur tak ingat dunia? Agaknya kalau bom meletup pun adik tak bangun, kan?” Bunga-bunga ceramah pagi kakaknya sudah kelihatan. Tangan kakaknya laju mengemas katilnya, sama laju dengan mulutnya yang sedang membebel. Bagi mengelakkan dari bernanah telinganya, dia terus bangun dan menuju ke bilik air.


“Kakak..” Nadwah menjengahkan kepalanya ke luar. Kakaknya berpaling. Kening dijungkit, tanda bertanya.


“Kakak kan, sejak dah berbaik dengan abang Akid, bukan main banyak bercakap, tahu tak? Kalau dulu, berat semacam je mulut tu. Macam ada emas dalam mulut. Hehehe..” dia terus menutup pintu apabila mengesan tangan kakaknya sudah mencapai bantal di atas katil.


“Adikkkk!!” dia mendengar suara kakaknya menjerit dari luar. Dia ketawa kecil sambil menggeleng. Kak Dhuha.. Kak Dhuha..




“Assalamualaikum, selamat pagi..” Nadwah menegur ahli keluarganya, penuh ceria. Dia mengambil tempat di sebelah kakaknya. Roti bakar di dalam piring dikunyah perlahan setelah dia membaca doa.


“Waalaikumussalam. Selamat pagi. Awal mandi hari ni, Wawa? Selalu kalau cuti-cuti, tak jejak tengahari, tak adanya kamu nak mandi. Kan?” Puan Fatimah bertanya kepada anak bongsunya itu. Nadwah hanya tersengih. Encik Farouq yang duduk di kepala meja hanya diam mengikuti perbualan isteri dan anaknya.


“Biasa la ibu. Pagi-pagi dah ada orang menyanyi sampai nak cair taik telinga adik ni, mahunya tak bangun awal. Ni mandi terus pun sebab nak lari dari jadi mangsa bebelan nenek kebayan tu. Huhuhu..” Nadwah berkata sambil menjeling ke arah kakaknya sekilas. Dhuha yang sedang menghirup air milo, tersedak.


“Amboi... Sesedap strawberi je dia buat cerita ey? Patut la cepat je masuk toilet tadi. Adik tu dah besar tahu? Mentang-mentang lah cuti sekolah, seronok dia bukak kilang buat taik mata ye? Cuba la tolong ibu apa-apa yang patut kat rumah ni. Kan ibu, kan?” Dhuha mempertahankan dirinya. Puan Fatimah hanya mengangguk.


“Alaaa.. bukan selalu. Adik penat la. Semalam baru sampai kan? Bagi la adik chance. Kan ayah, kan?” Nadwah cuba bersekongkol dengan ayahnya pula. Cuba buat geng. Back up besar ni.


“Haaa.. elok la tu. Sorang cari ibu, sorang cari ayah. Angah ni nak bermanja dengan siapa pulak?” Muncul seseorang dari dapur.


“Angah!!” Nadwah berlari memeluk abangnya, erat. Idlan hanya ketawa sambil membalas pelukan adiknya itu. Umur je dah besar, tapi perangai tak macam orang dewasa pun.


“Bila angah sampai? Angah menyorok kat dapur tu ke?” Nadwah bertanya riang.


“Ye la. Dah lama angah sampai. And for your info, angah yang suruh kak Dhuha test vocal dia dekat telinga adik tadi. Hahaha.. By the way, penat angah menyorok kat dapur tu. Lama betul nak tunggu tuan puteri ni turun. Awak mandi ke duduk betulkan paip air kat atas tu?” Idlan berseloroh. Nadwah mula menarik muncung. Yang lain hanya ketawa. Pagi itu sarapan mereka diselang-seli dengan tawa gembira serta usikan setelah sekian lama tidak berkumpul bersama.




“Angah.. Angah apa khabar?” Nadwah bertanya kepada Idlan ketika mereka sedang menonton TV di ruang tamu. Dhuha keluar membeli barang bersama Puan Fatimah, manakala Encik Farouq ke surau, ada mesyuarat AJK masjid katanya.


“Huh? Tiba-tiba je tanya khabar angah ni, kenapa?” Idlan menyoal kembali.


“Tak ada apa.. Dari mata kasar, adik tengok angah macam sihat je. Tapi hati angah, sihat tak? Angah dah boleh terima semuanya?” Nadwah menuturkan penuh hati-hati. Bimbang akan mengguris hati abangnya itu.


Idlan menghela nafas panjang. Nadwah. Adiknya ini selalu boleh mengesan kedukaannya.


“Adik..” Ayat itu terhenti seketika. Nadwah masih diam, sabar menunggu bicara abangnya itu.


“Tipu kalau angah cakap angah dah boleh terima semuanya. It’s hurt adik. Sangat sakit. Sampai kadang-kadang, angah rasa dunia ni tak adil. Kenapa ambil orang yang baik macam kak Sarah tu dari angah? Sedangkan ramai lagi yang dekat luar sana, yang dah tersesat, masih sibuk duk buat maksiat atas muka bumi ni. Kenapa Allah tak ambil nyawa mereka yang tak tahu nak bersyukur dengan nikmat nyawa yang Allah dah bagi tu?” Idlan diam seketika.


“Tapi bila angah fikir balik. Angah rasa elok juga Allah ambil kak Sarah. Sekurang-kurangnya, kak Sarah tak menderita lama. Angah tak sanggup nak tengok kak Sarah terlantar atas katil hospital sebab sakit leukimia dia tu. Sebab bila dia sakit, bila dia menangis, angah pun rasa sakit juga.” Idlan meraup wajahnya. Nadwah di sebelah hanya diam.


Dia tahu, angah sangat sayangkan kak Sarah. Dia boleh nampak cahaya bahagia itu dari mata angah setiap kali mereka keluar bersama dengan kak Sarah. Dan setiap kali kak Sarah menitiskan air mata kerana menahan sakit, dia nampak mata angah turut merah. Tapi angah sedaya upaya tidak menangis depan kak Sarah. Dan pada waktu Subuh hari Jumaat itu, pertama kali dia melihat angah menangis apabila kak Sarah pergi dan tak akan kembali. Itu kali pertama, dan itu juga kali terakhir.


Angah tabah. Sangat tabah, dan dia harap angah akan jumpa pengganti kak Sarah suatu hari nanti, insyaAllah.


“Adik harap, suatu hari nanti angah akan jumpa pengganti kak Sarah, insyaAllah.” Tanpa sedar dia menuturkan apa yang melintas di mindanya sebentar tadi. Idlan dilihatnya hanya mengangguk.


“Tanya angah ni, adik tu, macam mana?” Nadwah terpinga-pinga.


“Huh? Adik macam mana apa?” Idlan ketawa sahaja.


“Apa angah ni? Cakap la betul-betul.” Nadwah bertanya tak puas hati.


“Ada orang tu, jatuh cinta dengan classmate sendiri...kan?” Idlan menyoal dengan nada mengusik. Nadwah terkedu.. sebelum dia menjerit.


“Kak Dhuha!!!” Dan Idlan bertambah galak ketawa mendengar jeritan adiknya itu.




“Ibu, ayah. Adik nak keluar jumpa kawan sekejap lepas ni. I mean lepas solat Zohor nanti. Ada discussion. Boleh kan?” Nadwah memberitahu Puan Fatimah ketika mereka sedang makan tengahari bersama. Idlan dan Dhuha masing-masing memandangnya dengan pandangan mengusik. Nadwah buat-buat tak nampak.


“Siapa kawan adik tu? Nabila ke?” Suara encik Farouq kedengaran. Nadwah hanya tersengih.


“Bukan ayah. Ayah ni.. Nabila kan tak sama sekolah dengan adik dah? Ayah lupa ey?Discussiond dengan Naufal  dan Aisyah.” Nadwah menjawab jujur.


“Ohhh,.. Naufal....” serentak Dhuha dan Idlan bersuara sebelum mereka ketawa bersama. Puan Fatimah dan Encik Farouq memandang pelik. Nadwah sudah merah pipi. Cisss.. Ada kakak dengan abang pun boleh buat sakit jiwa jugak.


“Yang kamu berdua ni kenapa? Tersengih-sengih dari tadi?” Puan Fatimah menyatakan kemusykilannya.


“Hehehe,.. tak ada apa ibu. Saja je.” Dhuha menjawab bagi pihak dirinya dan Idlan. Giliran Nadwah pula tersenyum. Puas hati bila abang dan kakaknya kena tegur dengan ibu.


“Hurmm.. Wawa. Nak pergi, pergi lah. Nanti suruh angah atau kakak hantarkan. Boleh Dhuha, Idlan?” Encik Farouq bertanya kepada Dhuha dan Idlan. Kedua mereka pantas mengangguk. Senyuman penuh misteri jelas terpamer di bibir masing-masing. Nadwah tepuk dahi. Masak aku lepas ni..




“Kakak.. Ada orang nak pergi dating. Kan? Kan? Konon je tu nak pergi discussion.” Idlan yang sedang memandu bersuara mengusik. Dhuha yang duduk di sebelah mengangguk laju, menyokong adik lelakinya itu. Pakatan mengusik adik bongsu mereka.


“Orang betul-betul ada discussion lah angah. Angah ni kan.. eiiiii... geramnya!!!”


Nadwah merah muka. Panas bahang matahari bercampur dengan rasa malu. Ni la bahana bila ayah cakap ‘Suruh angah atau kakak hantarkan.’ Dua-dua semangat offer diri, sampai ibu suruh dua-dua pergi hantar. Padahal dia tahu, mereka tu memang berniat nak kenakan dia je nanti. Dan memang tepat tekaannya. Sekarang ni dia rasa macam lagi sanggup jalan kaki daripada dihantar oleh abang atau kakaknya itu.


“Alalalala... Adik kita dah panas lah tu, kakak. Ok, dah. Jangan usik dia. Ada jugak yang terjun keluar kereta ni kang. Hahaha..” Idlan galak ketawa. Dhuha geleng kepala. Angah.. Angah.. Kalau dapat mengusik tu, bukan main lagi dia.


“Eh, Abang Akid!” Nadwah tiba-tiba bersuara sambil tangannya diangkat, seperti melambai seseorang.


“Mana? Mana?” Dhuha bertanya laju. Matanya turut melilau.


“Gotcha!! Adik tipu je. Hahaha... See, angah? Kakak ni jual mahal kan?” Nadwah bersemangat mengenakan kakaknya pula.


“Jual mahal apa pulak? Ingat end year sales ke apa?” Dhuha bertanya, geram. Cuba untuk cover diri sendiri juga. Idlan turut sama tergelak. Cisss..


“Kakak. Apa perkembangan kakak dengan abang Akid?” Idlan bertanya serius. Nadwah di belakang juga berhenti ketawa. Ingin mendengar jawapan kakaknya.


“Tak ada apa lah, angah. Macam tu je la. Kami kawan sampai bila-bila. We have agreed to be friends, forever. insyaAllah. Dan kakak pun lebih selesa untuk kekal bestfriend sampai bila-bila saja. Sebab kadang-kadang, lebih baik jadi kawan daripada bercinta. Sebab bila berkawan, kita akan kekal kawan. Kalau gaduh, sakit hati kejap, lepas tu baik semula anggap macam tak ada apa berlaku sebelum tu. Tapi kalau bercinta, let say tiba-tiba bergaduh besar, then break off. Masa tu mesti nak jadi kawan semula pun dah susah. Betul tak?” tiba-tiba dia bertanya kepada Nadwah.


“Betul. Adik setuju tu. Tapi kakak. Kalau tiba-tiba abang Akid propose kakak untuk jadi lebih dari kawan, macam mana?” Nadwah bertanya, ingin tahu.


“Adik jangan nak fikir bukan-bukan. Ok, dah sampai perpustakaan awak ni. Mana kawan adik?” Dhuha bertanya teruja. Teruja nak tengok macam mana rupa si Naufal yang adik dia selalu cerita di samping mahu lari dari pertanyaan adiknya itu sebenarnya.


“A ah.. A ah. Mana bakal adik ipar kita orang ni?” Idlan menyampuk.


“Angah!!” Nadwah menjerit. Ingat dah habis mengusik dah tadi. Idlan tersengih sahaja.


“Ok, dah. Enough, angah. Kesian la dekat adik. Merah semacam dah muka dia. Adik, tu ke kawan-kawan adik?” Dhuha bertanya apabila terpandang seorang remaja lelaki dan seorang pelajar perempuan di sebuah pondok yang terdapat di luar perpustakaan itu. Nadwah focus ke arah yang ditunjukkan.


“Yup, tu dia orang la tu. Adik pergi dulu. Assalamualaikum.” Dia bersalam dengan abang dan kakaknya sebelum melangkah ke pondok yang diduduki oleh Naufal dan Anis.




“Assalamualaikum..” Nadwah memberi salam perlahan.


“Waalaikumussalam..” serentak kedua manusia yang sedang berbincang di atas pondok itu menjawab salamnya. Nadwah pantas mengeluarkan segala keperluan semasa perbincangan. Cermin mata tanpa bingkai yang hampir terjatuh, diperbetulkan.


“Maaf lambat. Abang dengan kakak saya, macam-macam hal dia orang tu tadi. Dah lama tak berkumpul satu keluarga. Tu yang masing-masing ada je benda nak buat dekat rumah tu. Maaf ya?” kedua tapak tangannya dirapatkan. Tanda memohon maaf.


“Alaaa.. Tak ada masalah. Jangan risau. Kami pun baru juga sampai.” Aisyah beranjak sedikit, memberi ruang untuk Nadwah duduk.


“Ok, nasib baik. Hehe..” Nadwah menayang sengih dan duduk bersebelahan dengan Anis. Naufal di hadapan mereka hanya tersenyum. Lelaki ini memang tidak banyak bercakap dan sangat murah dengan senyuman. Sejuk mata yang memandang.


“Ok. Jom kita mula perbincangan. Nanti masa presentation, semua ahli kumpulan kena keluar ke depan or wakil kumpulan saja yang kena bercakap dekat depan?” Naufal bertanya kepada dua orang gadis bertudung litup itu.


“Semua kena present. Sebab cikgu Halimah kata presentation ni untuk markah bonus peperiksaan pertengahan tahun nanti.” Balas Aisyah.


“Ohh.. Ok. Kena buat betul-betul lah. Alahai.. saya lemah betul la dengan subjek sejarah ni. Kalau buku teks sejarah ni, dia buat dalam bentuk novel, mesti lagi senang saya nak ingat.” Nadwah berseloroh. Minatnya terhadap novel tak boleh dinafikan. Setiap bulan, dia mesti beli paling kurang sebuah novel untuk dibaca.


“Hahaha.. Untuk orang yang minat baca novel tebal-tebal macam awak, boleh lah. Tapi kalau bagi saya, mahu tertidur jugak baca buku teks sejarah dalam bentuk novel. Saya rasa lebih bagus kalau buat dalam bentuk komik. Hehe..” Naufal member pendapatnya pula. Selepas beberapa minit membincangkan topic ‘buku teks sejarah dalam bentuk apa yang paling bagus’, akhirnya mereka berbincang juga untuk pembentangan mereka itu.




“Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Naufal melambai ke arah dua gadis itu. Motor Honda EX-5 hitam itu dihidupkan dan dia terus memecut pulang.


“Saya pun balik dulu lah, Wawa. Assalamualaikum.” Mereka bersalaman sebelum Anis berlalu meninggalkan Nadwah. Rumahnya yang terletak berdekatan dengan perpustakaan yang dijadikan tempat untuk mereka berbincang, memudahkan Aisyah untuk pulang ke rumah.


Nadwah berjalan ke arah bangku kosong yang terdapat di luar perpustakaan itu. Menunggu Idlan datang mengambilnya untuk pulang. Tanpa dia sedar, dia tersenyum sendiri. Entah kenapa tiba-tiba rasa nak senyum. Seronok dapat jumpa dia, ey? Satu suara mengusik.


“Haaaa!! Tersengih-sengih ni kenapa? Angau?” Nadwah tersentak. Hilang semua lamunannya tadi.


“Angah ni kan! Nasib baik adik tak ada sakit jantung. Kalau tak, mesti dah gol dah. Hisssyyyy!” dia terus bangun dan menuju ke kereta proton wira milik abangnya itu.


“Hahaha.. Kantoi dah awak tu tadi. Suka la tu dapat jumpa buah hati?” Idlan masih ketawa. Suka tengok muka adiknya yang memerah apabila malu.


“Angah... Dia tak tahu pun lah adik suka dia. Adik suka sorang-sorang je.”


“Tak apa. Apabila seorang wanita suka seorang lelaki, dan dia bertindak untuk merahsiakan perasaannya itu, instead of let the guy knows about her feeling, that is one of syahid jugak tau, adik? Sabarlah, insyaAllah kalau betul dia jodoh adik, tak ke mana, kan?” Idlan memberi semangat kepada adiknya.


“Lagipun.. perjalanan adik masih jauh. Adik baru 17 tahun. Don’t worry. Allah sentiasa bersama hambaNya yang bersabar. And bear this in your mind, Allah dah tetapkan setiap hambaNya itu berpasangan. Ok adik?” Nadwah dilihat hanya mengangguk.


“Dan angah. Bila kak Sarah ditakdirkan untuk pergi dulu, mungkin dia bukan jodoh yang Allah dah tetapkan untuk angah, kan? Adik doakan angah cepat jumpa jodoh angah yang sebenar, ok?” Nadwah berkata semangat. Idlan di sebelah hanya tersenyum dan mengangguk.


“Angah, dapat cuti berapa hari ni?” Nadwah bertanya kepada abangnya itu. Dah dua hari abangnya itu bercuti, baru dia teringat untuk bertanya.


“Seminggu, insyaAllah. Lepas ni angah kena pergi Johor. Nak tengok site dekat sana.” Jawab Idlan.


Nadwah mengangguk faham. Kerja abangnya sebagai seorang Resident Architect memang begitu. Perlu duduk di site dan menyelia kerja-kerja pembinaan di sana.


“Boleh lah ajak angah shopping. Dah lama tak pow angah. haha..” Nadwah ketawa suka. Idlan menjegilkan mata. Namun akhirnya dia turut ketawa.


“Boleh adik. Untuk adik, semua pun boleh.” Dan Nadwah menjerit girang mendengar kata-kata abangnya itu.





“Arggghhhhh!!!!” jeritan gadis itu bergema memenuhi ruang biliknya.


“Adik, kenapa ni?” Dhuha bertanya apabila dilihat bilik itu bersepah dan adiknya sedang menangis di sudut bilik.


“Kakak....” Nadwah masih menangis. Dhuha memeluk erat adiknya itu.


“Adik.... kenapa ni? Apa dah jadi?”


“Kakak.. adik tak kuat.” Nadwah masih tidak berhenti menangis.


“Ssshhhh.. take a deep breath. Take it easy. Ingat Allah. He is the best place for us to rely on. Dan adik ada kakak untuk bercerita.” Dhuha masih cuba untuk menenangkan adiknya itu. Pagi tadi, ketika dia menghantar Nadwah ke tempat kerja, adiknya masih seperti biasa. Nadwah yang baru sahaja tamat peperiksaan SPM, memilih untuk bekerja sementara menunggu keputusan. Dan malam ini, saat dia baru sahaja melangkah kaki masuk ke rumah setelah penat bekerja, dia dikejutkan dengan jeritan adiknya itu. Apa dah jadi?


“Adik ter.. errr... terbagitahu dekat Naufal, adik suka dia. And now, I really regret it. I shouldn’t let him know. Seriously.” Tangisannya beransur reda.


“You did? Naufal jawab apa?” Dhuha bertanya tidak percaya. Advance sungguh adiknya ini. Terlebih berani, she could say.


“You are not my type. And don’t let me see u again. Kau tak layak. Cermin sikit diri tu siapa.” Nadwah menjawab tanpa nada dan juga tanpa riak di muka. Mengulangi apa yang dikatakan oleh Naufal saat dia terlepas cakap tentang perasaannya itu. Dhuha jatuh rahang. Tak percaya. Mahunya adik aku seorang ni tak meraung? Damn you, Naufal.


“Kakak.. Adik dah resign. Adik malu. Adik tahu lah muka adik tak cantik. Spec tebal. Tak pandai make up macam budak-budak perempuan lain. Tapi adik ada maruah juga. Cuma salah adik, sebab terberitahu pada dia tentang perasaan adik ni je.” Nadwah mengeluh.


Dhuha diam. Teringat akan pergaduhan besar antara dia dan Akid suatu ketika dahulu. Kejadian yang membuatkan dia nekad untuk bawa diri ke luar Negara. Situasi yang hampir sama. Cuma bezanya, dia tidak mencintai Akid, sedangkan dia tahu adiknya sangat menyayangi lelaki bernama Naufal itu.


“Sabar, adik. Ingat Allah. Adik akan jumpa lelaki yang lebih baik lagi lepas ni, insyaAllah.” Pelukan dieratkan. Dia tahu, kecederaan hati adiknya lebih parah berbanding dirinya dahulu. Dan malam itu, Nadwah meluahkan segala rasa hatinya kepada Dhuha sehingga tidak sedar pukul berapa mereka terlena.




Dia berjalan laju menuju ke kereta Proton Persona yang diparkir di hadapan pusat membeli belah itu. Dalam kekalutan, dia terpandang sepasang kekasih sedang berpimpin tangan dan bertepuk tampar. Hatinya terasa hangat. Damn! Kakinya laju melangkah, mendekati merpati dua sejoli itu. Walaupun gadis itu masih bertudung seperti sebelumnya, mengapa dia sudah tidak menjaga batas pergaulannya seperti dahulu?


“Nadwah Ilyani Ahmad Kamal!” dia memanggil nama itu. Automatik langkah kaki pasangan di hadapannya itu terhenti dan berpaling kepadanya.


“Eh?” Gadis itu bagaikan terkaku. Matanya dipandang sekilas kea rah lelaki di sebelahnya, sebelum kembali memandang lelaki yang memanggilnya itu.


“Jadi betul lah awak?” Suara itu sedikit kecewa. Dia berharap yang dia salah orang sebenarnya tadi. Hatinya terasa sakit.


“Ye, saya. Kenapa? Ada masalah ke?” Gadis itu bertanya sinis. Berubah wajah pemilik suara yang memanggilnya tadi. Mungkin tidak menyangka si gadis akan menjawab begitu.


“Awak dah berubah. Mana Nadwah yang saya kenal dulu? Dan..” ayatnya terhenti di situ.


“Dan siapa dia ni? Awak dah lupa halal, haram ke? Bertepuk tampar dengan lelaki sesuka hati?” Dia menyoal penuh yakin. Tapi dilihatnya gadis itu hanya tersenyum dan tertawa kecil.


“It has been 7 years since the last time I meet you, Naufal. Dan sekarang, awak panggil saya, tiba-tiba nak marah saya ni kenapa?” Nadwah masih tenang walaupun sebenarnya dia rasa macam nak tampar je muka Naufal pada saat dan ketika itu.


“Nadwah yang saya kenal dulu bukan macam ni. Dulu awak nak berbual dengan budak lelaki pun susah, sekarang ni... bukan main mesra lagi saya tengok awak dengan...”


“Suami saya?” Nadwah memotong ayat Naufal. Naufal terdiam.


“Oh..” Hanya itu yang menjadi jawapannya. Suami?? Hatinya yang sebentar tadi hanya rasa sakit, kini rasa macam nak pecah. Sangat sakit!


“Tahniah. Maaf, saya tak tahu.” Tangannya dihulurkan kepada lelaki di sebelah Nadwah.


“Naufal.” Dia memperkenalkan dirinya. Malu sendiri sebab sesuka hati menuduh tanpa usul periksa.


“Adli.” Lelaki itu menjawab sepatah.


“Kawan sekolah Yani?” lelaki itu bertanya lagi. Naufal kerut dahi. Yani?


“Ooopsss.. I mean, Nadwah. Sorry. Saya lupa, kawan-kawan dia semua panggil Nadwah, saya dan keluarga saya je yang panggil Yani.” Lelaki itu masih tersenyum.


“Ohhh.. haa.. ye. Kawan sekolah Nadwah dulu. Dah lama tak contact, sebab tu tak tahu dia dah bersuami. Lost contact. My bad. Anyway, tahniah lagi sekali. Saya pergi dulu.” Dia meminta diri. Bersalam dengan Adli, mengangguk sedikit ke arah Nadwah dan terus berlalu. Rasa kecewa disimpan sendiri.


Nadwah hanya melihat pemergian Naufal.


“Ehem..” deheman Adli mengembalikannya ke reality. Dia tersengih memandang Adli.


“So...” Adli sengaja tidak menghabiskan ayatnya.


“So?” Nadwah mengangkat kening bertanya.


“So.. That’s Naufal yang Yani cerita dulu?” Nadwah hanya mengangguk.


“O..k...” Adli mencapai tangan isterinya, dan meneruskan langkah yang terhenti tadi.


“Apa yang ok?” Nadwah bertanya ingin tahu.


“Ok lah. Nasib baik dia reject Yani dulu. Dan nasib baik Yani tak jadi penunggu yang setia untuk tunggu dia.”


“Huh? Apa abang ni? Sedih betul. Reject tu. perghh... sentap Yani dengar..” Nadwah berseloroh. Adli ketawa riang.


“By the way.. Kenapa nasib baik pulak?” Nadwah masih cuba mendapatkan jawapan dari suaminya. Dan dia lihat suaminya itu tersenyum penuh makna. Ni ada la nak kenakan aku ni.


“Nasib baik la sebab kalau tak, abang tak dapat tackle Yani..”


Nadwah diam. Menunggu suaminya itu menghabiskan ayat yang dirasanya seakan tergantung. Tapi lelaki itu hanya diam.


“Lagi?” Dia bertanya.


“Lagi apa?” Adli tersengih-sengih.


“Yani tahu abang tak habis cakap lagi tadi, kan? Lagi sebab apa?” Nadwah menarik-narik lengan suaminya, seperti kanak-kanak minta lollipop tapi tak dapat.


“Haha.. Tahu je dia. Ermm.. Lagi.. Nasib baik sebab Yani terima abang. Sebab.. abang lagi handsome lah dari Naufal tu, kan?” Adli ketawa kuat. Suka tengok muka isterinya yang buat gaya ‘mata ke atas, tangan ke dada’ seperti yang diajar oleh Prof. Sir Tap Hatemanak yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki di dalam Oh Yeah!


“Hahaha.. dah lah. Jom. Kak Dhuha dengan angah dah tunggu lama kot dekat KFC tu.” mereka beriringan menuju ke KFC yang terletak di hujung tingkat bawah pusat membeli-belah itu.



“Kakak, angah.” Nadwah menegur kakak dan abangnya apabila dia dan Adli tiba di restoran KFC itu. Dhuha, Idlan, Khairil dan Suraya yang sedang berbual, terhenti. Masing-masing tersengih apabila kedua mereka telah tiba.


“Hah.. sampai pun pengantin baru. Mentang-mentang lah kami ni pengantin lama. Bukan  main lagi kamu kan? Kenapa lambat? Tadi masa kakak call cakap dah sampai entrance. Apa korang kena tahan dengan pak guard ke kat entrance tu?” Dhuha nyata tidak puas hati.


“Ala kakak. Relax lah.. Abang Aril, tolong nasihat sikit isteri awak ni. Perangai tak seiring umur betul. Hehhh...” Nadwah membalas selamba. Yang lain hanya mampu ketawa. Faham sangat dengan perangai mereka berdua. Kalau tak mengusik, tak sah apabila berjumpa. Khairil hanya mampu menggeleng. Tak mahu masuk campur.


“Adik lambat kenapa tadi? Bukannya jauh sangat pun kan entrance tu dengan KFC? Korang berjalan gaya matrix ke apa?” Idlan pula yang bertanya. Nadwah yang sudah mengambil tempat di sebelah kakaknya, memandang Adli yang duduk berhadapan dengannya, di sebelah Idlan. Masing-masing tersenyum.


“Ahhh.. sudah. Budak dua orang ni angau tak habis-habis.” Meja itu gamat lagi dengan gelak ketawa mereka.


“Angah, behave. Malu dekat Kak Aya tu. Kang Auntie Rozie reject angah kang, tak jadi majlis hujung tahun ni.” Nadwah pula mengenakan abangnya. Siapa sangka, akhirnya angah terbuka hati untuk menerima Suraya sebagai ganti arwah kak Sarah?


“Siot. Awak, jangan layan Wawa tau?” Idlan berkata kepada tunangnya. Suraya tersenyum sahaja. Lucu melihat gelagat mereka adik beradik.


“Kak Aya, sorry. Mesti pening tengok kami ni kan?” Nadwah memancing bakal kakak iparnya itu untuk berbual sama. Kak Aya ni pemalu sangat. Mahal betul suara dia.


“Hehehe.. tak apa. Seronok macam ni. Meriah.” Senyuman di bibir masih tidak hilang.


“Ayah Ngah dengan Cik Wa ni.. tak berhenti bercakap. Bila nak makan? Irfan dah lapar ni. Chicken wing ni pun dah macam nak terbang je.” Irfan, anak Dhuha dan Khairil yang berusia 6 tahun itu mula bersuara. Tanda dia sudah lapar dan waktu makannya tidak boleh ditangguh lagi. kalau tidak, mahu terbalik meja makan bila dia menangis.


“Eh, Cik Wa pulak yang kena? Ok, jom makan.” Masing-masing menadah tangan untuk berdoa dan mula menyuap makanan.


“Adik.” Dhuha berbisik memanggil nama Nadwah. Nadwah berpaling, kemudian keningnya dijungkitkan.


“Tadi akak rasa, akak macam nampak Naufal lalu depan KFC ni. Sebelum adik dengan Adli sampai.” Dhuha bertanya teragak-agak. Bimbang akan mengganggu emosi adiknya itu. Namun dia hanya melihat Nadwah tersengih.


“Adik?” Dhuha bertanya curiga apabila  melihat sengihan adiknya itu.


“Dia la guard yang tahan kami tadi.” Dhuha ternganga. Tangan yang hendak menyuap ayam ke mulut terhenti.


“Then?”


“Nothing. Dia tegur adik. Tak sempat apa-apa sound adik, cakap adik dah berubah lah apa. Sebab masa tu adik tengah duk bergelak ketawa dengan abang Adli.” Nadwah tayang muka tanpa perasaan. Dhuha ketawa kecil. Lawak si Naufal ni.


“Lepas tu adik buat apa?”


“Adik bagi tahu la dia, ni husband adik. Tapi kakak, he looks like..errrmmm...” Nadwah memetik jari, mencari perkataan yang tepat. Dhuha menunggu dengan sabar.


“Ha.. He looks like disappointed, maybe with my answer.” Nadwah menyambung makan. Dhuha turut menyambung makan, isu tentang Naufal diabaikan. Buat semak kepala je.




“Yani.” Adli memanggil Nadwah apabila mereka sudah di dalam kereta, bersedia untuk pulang ke rumah selepas berkumpul dengan adik-beradik isterinya itu.


“Ye?” Nadwah bertanya sambil tangannya memasang tali pinggang keledar.


“Abang nampak Yani duduk berbual dengan Kak Dhuha senyap-senyap tadi masa makan. Cerita apa?”


“Cerita pasal Naufal.” Jawab Nadwah jujur.


“Naufal?” Nada suara lelaki itu berubah serius. Diserang rasa cemburu. Walau dia tahu, isterinya itu sudah lama melupakan lelaki bernama Naufal itu.


“A ah. Kak Dhuha cakap dia nampak Naufal lalu depan KFC sebelum kita sampai tadi. Abang..”


“Hmmm??”


“Nothing's gonna change my love for you

You oughta know by now how much I love you

The world may change my whole life through

But nothing's gonna change my love for you..”


Nadwah menyanyikan lagu bertajuk Nothing’s Gonna Change My Love for You yang dinyanyikan oleh kumpulan Westlife. Cara untuk dia memberitahu isi hatinya yang sebenar kepada suaminya itu. Dia tidak pandai bermadah puitis, maka dia menggunakan cara yang dirasakan paling mudah untuk dia menyatakan isi hatinya buat Adli. Dan dia menarik nafas lega apabila Adli mula tersenyum.


“And I will always love you, kekasihku.” Masing-masing menarik senyum. Handbreak diturunkan, dan Proton Waja hitam itu bergerak membelah kesibukan jalanraya. Walau jalan raya agak sibuk, namun mereka berdua masih mampu tersenyum.


Have faith in Allah, because He knows the best. Apabila sekali ditimpa kesedihan, jangan pernah berpaling dariNya. Kerana dia Maha Mengetahui. Dan Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.



Wrap on : 0244 : 2012-01-07

Hasil tangan : MK







5 comments:

  1. semua org ader jodoh masing2,klu kene reject masa luahkn prasaan tu, kene la bersyukur, sbb tu mungkin bukan jodoh kita..

    ReplyDelete
  2. Cerpen ni betul-2 menyentuh hati saya . Berkaitan dengan kisah hidup saya :)

    ReplyDelete
  3. @aisy
    yup2, so true. hehe.. mgkn bkn dia yg terbaik utk kita, kan2? anyway, thanx sbb sudi baca crite ni.

    regards, MK

    ReplyDelete
  4. @miszSecret eh? ye ke? ini hanya imaginasi sy. x sgka. kebetulan, maybe. hehe.. thanx sbb sudi baca. teruskan mmberi sokongan ye?

    regards, MK

    ReplyDelete
  5. Ingatkan Nadhwa bergurau yang dia dah kawen n ingatkan lelaki yang bertepuk tampar dengan Nadhwa tu, angah...

    Best cerpen ni... WC TERjatuh Chenta dengan angah yang setia pada Kak Sara...

    ReplyDelete

 
;