From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 13 June 2012

Jannah


Beg dilepaskan dari genggaman tangannya. Tahun ni dah tahun akhir. SPM segala jadah, memang tak lah dia nak main-main. Ye ke? Eleh,SPM je kut. Kisah apa aku? Hehe. matanya meliar mencari seseorang dalam lautan manusia ni. Di tengah-tengah dataran sekolah ni juga lah nak berjumpa. Macam lah takde tempat lain. Orang ramai berkerumun untuk daftar anak mereka masuk sekolah.


Muka budak-budak tingkatan 1 semua sungguh lah tak matang. Yang perempuan dengan muka ayu lah konon, hampeh. Budak lelaki dengan button up  nye, haduih lah. Ni mesti emak diaorang yang suruh. Haha, lawak-lawak. Hurm, budak tingkatan empat la ni, budak perempuan muka dah macam budak darjah enam je pesal. Tang aku dulu  takdelah cenggini. Haih, budak lelaki dah terlebih matang. Macam ni lah hidup, bila dah zaman millennium ni.

Amie geleng-geleng kepala. Matanya fokus memerhati selautan manusia di hadapannya. Niat utama turun dataran terlupa seketika. Kadang-kadang dia senyum, teringat zaman dulu-dulu.
               
“woi! Senyum sorang-sorang, geleng-geleng kepala. Dah kenapa kau?” Wan dari belakang menegur membuatkan Amie terperanjat.
“sibuk. Yang kau ni nak jumpa aku ni kenapa?”
“rindu lah.” Amie dah berkerut.
“oh, kita pun rindu awak juga.”
“alah, sweetnya.”
“tak, awaklah sweet. Alololo. Uweks. Muntah aku bhai. Kau dah kenapa?”
“hehe. saja. Bosan bah sini. Budak baru masuk, ingat nak cari adik angkat. Nak join?”
“ceit, ‘adik angkat’ lah sangat! Kau, kehinaan sungguh.”
“eleh, kau cakap je lah, jeles. Kau jeles kan, aku tak pernah ajak kau couple dengan aku, kan?”
“what the sial? Jeles? Tak ngadap lah dengan kau.”
“eleh, cakap je lah. Kan, kan?”
“haha. Tak nak aku, eii, geli gila der. Tak nak aku couple dengan orang yang pernah ada bisul. Kihkihkih.”  Terkunci mulut Wan bila Amie cakap macam tu,kuat-kuat.
“kau, beragak lah. Ramai kut, tang ni juga lah kau nak ungkit kan. Tu kejadian tahun lepas lah. Lupa-lupa sudah.”
“hah, macam mana nak lupa dah kalau aku yang kena sapu ubat kat tempat tu, tu, tu.”  Amie dah tunjuk-tunjuk ke arah punggung Wan. Wan bangun, bengang.
“kau, hitler sungguh. Sampai hati.”
“sampai tak sampai. Haha. Dah, tutup cerita. ni ha, yang kau panggil aku apa sebab? Aku baru nak landing atas katil.”
“tak da life sungguh lah kau.”
“penat bhai. Nasib baik bilik tingkat bawah, naya lah aku nak mendaki tingkat empat semata-mata nak tidur je.”
“eleh, bila je kau duduk tingkat atas? Bukan dari tingkatan 1 sampai  5 ke kau dapat katil tu? Kau dengan peraturan sendiri.”
“hehe, suka hati lah. Siapa je nak cari pasal dengan King? Melaka ni, gua pegang! Haha.”
“poyos. so, King, malam ni outing jom.”
“ni, sejak bila dah pandai outing pada waktu tak boleh outing? Outing hari minggu je lah. Ni siapa lah yang pandai dan sungguh bijak pergi outing malam-malam ni? Ingat ini yayasan abah kau?”  Wan sengih bila dengar Amie cakap macam tu.
“memang bukan yayasan abah aku, tapi..”  jari telunjuk pada tangan kanan Wan dinaikan dan tunjuk arah Amie, “yayasan abah kau.”
“ha, tau tak pe. Okeng, malam kita outing. Tada hal punya.”
“set.”
“set.”  Dua-dua angguk. Senyum. Heaven lagi. Amie geleng.


Abah hantar aku masuk sini biar kurang bersosial, ni makin bersosial. Haha, sorry Encik Idris, sepatutnya awak hantar saya dekat Terengganu ke, Kelantan ke, biar terdidik, ni kau hantar Melaka, memang heaven lah aku kat sini. Haha.

Amie sengih lagi. Malam ni dah set, dia dan Wan ke town. Pusing Melaka lagi, even dah banyak kali pusing. Haha.

---

Hari persekolahan dah bermula, semua dah masuk kelas, namun dua meja masih kosong kat belakang.

“Izaat, masih sama tempat duduk, kan?”  Izaat angguk. Daniel duduk di sebelahnya. “kosong tak sini?”
“kosong lah. Aku memang jaga tempat ni memang untuk kau.”
“lorh, ye ke? Ingat untuk si jantung hati. Haha!”
“ceit! Kau memang kan. Kerja nak bahan. Sudahlah. Tahun ni SPM kan, stop lah.”
“haa ah. memang lah. Tahun last untuk kita. Kau. Dia. Sama-sama. Ingat tu.”
“ha?” Izaat senyap. “dah, tak mahu dengar.”
“eh, dia takde dalam kelas lah. Tak sampai lagi ke? Memang sungguh dia buat tempat ni yayasan abah dia, kan”’
“tak, dia dah sampai. Malam tadi Wan curi keluar, so, kau faham-faham lah kan.”  Daniel angguk, faham.
“wah, perasan je kau ea dia dah sampai ke belum. Skodeng ea? Haha.”
“Daniel, janganlah jadi hitler.”
“chill bro, chill sudah. Ni je lah aku boleh bahan kau, tahun akhir kut, tahan lah sikit.”
“banyak cekadak kau, ada lebih 300 hari nak aku tahan dengan kau. Gila.”
“well,take it because you cannot leave it. Hihihi.”  Izaat hanya geleng kepala.

Kelas kemudian yang dari tadi bising, tiba-tiba senyap. Guru kelas, Madame Fiona melangkah masuk kelas 5 sains. Semua mulut yang tadi sibuk buka tutup, kini hanya tutup saja. Buka pun tak mahu.

“student, choose your monitor, assistant, and all the needed. Finish it by today,ok.”  Palajar hanya angguk. Kemudian, Madame Fiona berlalu keluar. Semua dah pandang muka masing-masing.
“ok then. Position still macam last year lah. ok?”  semua angguk bila Nan tanya.
“tak, tak setuju. Penat aku buat kerja sorang-sorang last year. Ketua tak boleh harap. Tak nak.”
“leh, kau ni Wani. Kerja sikit, kau yang duk kepoh bising-bising.”
“ha ah. betul cakap Bon, kau banyak mulut. Mentang-mentang anak Tan Sri, buat kerja pun tak boleh.”
“kau senyap ea Ketot, tinggi tak seberapa, nak banyak cakap pula. Aku tak nak Bon jadi ketua. Tukar. Aku nak Wan.”  Semua senyap, kemudian masing-masing pandang tempat duduk belakang yang masih kosong.
“eh Wani, Wan takde. So? Kau nak siapa?” Wani senyap, matanya dibawa ke arah Ketot, matanya dikecilkan. Ketot berkerut.
“er.. tunggu je lah dia. Kejap lagi dia sampai lah.”
“dah, takde, takde. Aku sebagai Bon melantik diri sendiri jadi ketua kelas tahun ni. Siapa tak sokong mai datang sini bawa satay kajang.”  Semua dah ketawa.  “ha, jadinya, semua setuju lah kan. So, Wani, shut up.”  Wani tarik muncung.  “so, stay in position. Ceplos, kau pergi koperasi beli segala jadah benda nak tampal kat papan kenyataan ni. Semua, bayar seringgit seorang kat Ceplos. Siapa yang ada pen warna-warni, bak mai keluar. Yang ada gam dengan gunting ke, meh sini kumpul sekali atas meja ni.”  Bon dah mulakan tugas, masing-masing bergerak ikut arahan ketua kelas. Saat itu, Amie melangkah masuk kelas lalu pintu belakang. Wan dibelakangnya masih dengan muka mengantuk.
“apa kes?”  Amie bersuara bila dia rasa kelas dah macam serabut gila. Mengalahkan pasar payang. Sungguh bingit.
“gotong-royong kelas. Lai, lai, tolong sekali. Muafakat membawa berkat.”  Amie sengih. Kepalanya diangguk kan sambil ibu jari kanan tunjuk isyarat ‘ok’. Wan yang menguap di belakang, Amie ketuk kepalanya.
“woi, bangun. Segar lah sikit. Bangun, tolong budak kelas.”
“kejap, kejap. Kau pergi dulu, karang aku menyusul. Ea.”
“whateverlah. Bon, ada kerja kosong tak?”
“ha? Erm, Daniel kau nak pakai orang tak?”
“boleh-boleh. Amie, sini tolong kitaorang hias pintu ni.”
“ok bos!”  Amie mendekati Daniel yang berdiri depan pintu.  “so, nak hias apa ni?”
“er, entah. Cer kau tanya Izaat.”  Daniel senyum, nakal.
“Afiq, idea kau apa?”  Izaat dah kaku. Senyap sudah. Tiap kali dia nampak Amie, dia terus masuk dunia yang hanya ada keindahan. Amie, datang dengan lengkap bertelekung, sambil bawa al-quran, senyum pada dia. Bahagia.  “weyh, Afiq.”
“Izaat, dah kenapa kau?”
“ha?”  Izaat tersedar bila Amie tumbuk bahu dia.
“kau dah kenapa, Afiq?”
“er,”  Izaat pandang Amie.  “er, erm, ni ha, dah dapat idea ni. Er, erm aku rasa kita buat macam pintu masuk rumah hantu ke. Ok?”  erk?
“ha? kau pesal Izaat? Rumah hantu? Gila hapa?”
“haah kau Afiq. Senget sungguh. Siapa je nak masuk kelas ni kalau dah macam rumah hantu? Ngek.”
“ha? er, banyak lah kau cakap Daniel. Idea kau apa?”
“aduih, aku pula. Yang membebelnya Amie. Aku, kau marah.”
“hek eh, aku pula. Haish, dah, dah. Tak ke mana kalau gaduh cenggini.”
“ha kau. Macam banyak idea, sumbang lah selonggok dua.”
“eh, er. Ada, aku ada idea. Takut kau orang je tak setuju nanti.”
“curahkan dulu, nanti kami komen.”  Amie pandang Daniel dan Afiq selang-seli.


Erm, ok, nak tahu sangat kan?

Selesailah sudah kerja menghias kelas satu hari ni. Disebabkan Wan tidur saat semua duk sibuk bergotong-royong, dia didenda pergi belikan air bungkus untuk satu kelas. Wan hanya menurut selepas Amie ketuk kepala dua kali. Terlampau nyenyak tidur sampai basah meja kerana peluh, dan  sedikit campuran air liur. Masing-masing geleng kepala. Yuks!

---

Dah bulan kedua. La ni, semua budak form 5 duk sibuk uruskan pertukaran jawatan. Semua budak form 5 takkan pegang apa-apa jawatan pun, arahan tuan pengetua, lebih tepat lagi, puan pengetua. Semua kelab, persatuan, sukan, kelab luar, semua nak buat perjumpaan. Ni lah yang membuatkan Amie dan Wan suka sangat. Sebab? Kurang waktu belajar. Semestinya lah kan, diaorang memang tak kan hadir perjumpaan segala jadah tu semua. Haha, heaven.

“weyh, bosan lah macam ni, dua game dah. Aku je menang. Tak de feel lah.”  Amie pandang Wan.  “kau pesal Amie? Tak de mood ke? Tadi beria-ia ajak main.”
“weyh, erm, jom join perjumpaan persatuan sains, nak?”  bola terlepas tangan. Wan rasakan dunia dah bukan dunia lagi. Mungkin sudah jadi matahari barangkali. Sungguh pelik bila Amie, sahabat depan dia ni boleh keluar ayat yang sungguh bukan dia, langsung!
“kau, kenapa? Matahari dekat sangat ke? Ha?”
“serious ni weyh. Jom lah.”
“banyak benda lain boleh buat, kau, nak datang persatuan? Perjumpaan persatuan? Perjumpaan persatuan sains? Gila kah kau?”
“nak tak nak?”  Amie la ni buat muka serious yang membuatkan Wan rasa Amie memang nak pergi perjumpaan persatuan sains. Nak pergi. Wan dah garu kepala.
“ha? Aku tak de hal. On je.”  Amie dah melangkah dulu, Wan pergi kutip bola yang dah bergolek masuk court badminton, kemudian mengejar Amie yang dah laju ke depan.  “tapi kan, asal tiba-tiba doe kau nak attend benda-benda macam ni?”
“tahun last kan. Sekali-sekala datang, apa masalah? Apa hal?”
“hah? Ok, fine. Event aku masih rasa ragu-ragu lagi pasal ni, tapi dah kau yang nak kan. Nanti dah masuk jangan ajak keluar pula. Faham?”
“ai ai sir! Jom, jom cepat.”  Amie dah mendaki tangga ke tingkat dua. Laluan koridor dah penuh dengan pelajar yang tak dapat masuk kelas. Terlampau ramai student kat sekolah ni, boleh pula di buat 10 persatuan je. Memang macam sardine lah kan? Amie dan Wan nak lalu, kemudian mereka berhenti. Masing-masing dah pandang muka masing-masing.
“macam mana nak lalu?”  Amie jungkit bahu. Dia pun tak tahu. Tak pernah dia nak lalu tempat sesak macam ni.
“entah. Mana aku tahu.”  Mereka pandang semua student yang menghalang laluan.
“Amie, Wan. Kau orang yang berdiri kat sini kenapa? Gerak lah. Perjumpaan kat bilik sains nun, hujung nun.”  Bon, a.k.a. Hamid, perutnya buncit sentiasa, sedikit gempal, ketua kelas 5 sains menegur dari belakang, dengan lantunan suara yang kuat, menyebabkan semua pelajar yang ada kat koridor memandang arah mereka. Amie dengan Wan dah sengih macam kerang busuk.
“ni ha, semua nak sapu koridor, nak lalu pun tak boleh.”  Amie menjawab, juga dengan lantunan suara yang kuat lagi jelas tanpa dengung, menyebabkan semua pelajar tadi bergerak ke depan dan ada yang ke belakang untuk membentuk satu laluan, walaupun kecil.
“ha, tu, dah ada laluan tu. Jom.”  Bon dah lalu dulu, kemudian Amie dan Wan follow dari belakang. Pelajar lain hanya pandang dan senyap. Tak de siapa pun nak bersuara ke. Siapa tak kenal Amie dengan Wan. Pembuat masalah tegar. Apa-apa hal yang jadi kat sekolah, semua nama diaorang yang naik dulu. Walaupun lah bukan semua jenayah kat sekolah tu, mereka yang buat, tapi nama mesti naik dulu. Amie yang lalu hanya senyum, tanda isyarat,


tak perlu takut, kak long nak lalu je kut. Kihkihkih. 

Tapi Amie cakap dalam hati je lah. Wan kat belakang dah sibuk cuci mata mencari ‘adik angkat’, bibir menguntum senyuman apabila mata menangkap wajah seseorang. Senyum lagi.
“Amie, kau jadi pengerusi majlis, boleh?”  pertanyaan Bon di luar bilik persatuan sains membuatkan Amie macam nak turun bangunan sekarang juga. Wan dah ketawa.


Tu lah kau, nak sangat datang kan? hah, hambiklah kau!

Amie dah faham sangat Wan tengah membahan dia, bengang saja dia rasa.

“dah kenapa kau suruh aku pula?”
“first time kan kau datang, jadilah. Tahun last.”  Bon dah buat muka mengharap.
“eh, Wan pun first time. Asal tak suruh dia?”
“mana, aku pernah lah datang perjumpaan. Tingkatan 3 ngan 4. Kau je tak pernah jejak kaki kat sini.” Amie garu kepala?


Ye ke? Ceit! Cekala kau Wan. Aduih, gila hapa Bon. Aku, cakap-cakap kat depan? Gila!

“boleh.”


Gulp, apakah kau mulut, aku nak jawab lain lah!


terbaek.”  Bon dah senyum, kemudian dia masuk. Suasana daam bilik persatuan sangatlah bingit. Amie dah macam nak tercabut lutut bila tengok ramai lah sesangat budak-budak yang ada. Rasa nak lari je sekarang. Haduhai!


Kau, Amie, memang buat kerja gila! Eleh, cool je. Macam tak biasa datang depan. Time perhimpunan kan selalu nama naik. Rilek lah. Gilah! Memang lah selalu naik, tapi takde lah pula nak bagi ucapan. La ni, nak mengeluarkan suara ala-ala Ella ni kat depan orang ramai, puihh! Maut lah menempah. Memanglah Bon, kau gila sungguh. 

Amie pandang arah Wan yang dah duduk atas kerusi, betul-betul depan dia, sebelah Bon.


Bro, jom blah!
Tak nok!

Wan membalas pandangan Amie sambil menahan gelak.


Ok, fine Amie. Fine. Cool, cool. lower the ego, rise the professional, you can do it! Yeah! Yeah!

“assalamualaikum.” Suasana dalam kelas bertukar senyap. Macam ustaz selalu kata, malaikat lalu tu.  Tapi Amie dapat rasakan kan, ni malaikat Izrail yang datang, nak cabut lutut dia, la ni juga.


Ah, luar alam kau.  “tenang semua, aku just nak lead the event. Tak perlu lah nak gerun sangat. Ok?” semua angguk. Wan masih senyum menahan ketawa. Confirm, Wan akan bahan dia setahun lepas ni! Hampeh!

Selesai sudah. Amie senyum, lega. Dia lead baik punya. Semua terus je sokong segala jadah cadangan yang dia cadangkan. Bon dah angkat tanda bagus kat dia bila dia cadang yuran naik harga. Satu kepala, RM 10. Tu, semua idea Bon. Amie tahu lah yang Bon gunakan kegerunan semua pada dia untuk masa depan persatuan sains. Ceit!

“terbaek lah Amie! Huhu!”
“senget kau Bon. Gunakan aku, kan”
“chill la. Kalau tak buat macam ni, nanti jadi macam tahun lepas, nak pergi lawatan pun tak dapat. Tahu tak?”
“kau, sungguh hitler.”  Budak-budak kelas ketawa.
“whateverlah nyah. Haha.”  Amie geleng.

Menyampah dia lihat gaya ala tak cukup masak yang Bon buat. Tapi dia suka suasana macam ni. Lama dah tak rasa. Tahun last kan, redah je lah nak buat cabut lutut pun, la ni dia dah tak kisah. Tulang belakang lari pun dia tak kisah. Haha. Dua pasang mata, dari jauh memerhati, kemudian bibirnya pula menguntum senyuman. Lalu, masuk lah dia ke dunia fantasinya.

“Izaat! Kau dengar tak kitaorang panggil ni.”
“ha?”  Izaat tersedar dan ditarik keluar dari alam fantasinya bila Ceplos menyeru nama dia. “apa dia?” matanya dilarikan, memandang ke bawah bila mata Amie membalas pandangannya.  Malu.
“tak, sabtu ni, kitaorang ingat nak buat solat hajat. Kau, jadi imam boleh?”  Izaat pandang Ceplos, kemudian matanya meliar ke seluruh kelas.
“boleh, nak buat kat mana?”
“surau sekolah lah. Apa dah kau? Takkan nak buat kat tengah-tengah dataran pula.”  Jawapan dari Ketot membuatkan satu kelas ketawa. Amie hanya geleng kepala. Izaat tunduk. Malu lagi.
“boleh, boleh. Tak de masalah.”  Itu saja yang dia mampu jawab. Daniel yang duduk di sebelah hanya geleng.


Gila bayang sungguh kau ni la, Izaat. Kronik dah ni!

“Wan, Amie, nak ke mana?”  langkah mereka terhenti. Kepala menoleh belakang. Dilihatnya Bon, kemudian mereka sengih.
“kami nak ke bandar jap. Asal? Ada yang nak ikut?”  semua geleng. Mereka senyum.
“er, boleh belikan ayamas tak? Kempunan lah.”  Semua mata menukar arah pandangan. Mata tertumpu pada Bob, budak paling ‘comel’ dalam kelas. Masing-masing dah geleng kepala.   “apa? Lapar doe. Boleh tak?”  Amie pandang Wan, Wan pandang Amie.
“boleh. Nanti Wan belanja. Semua, ok? Malam ni time prep kita bedal ayamas. Ok?”  Wan dah membulat matanya.


Apakah kau Amie? Aku belanja? Masak lah. Duit bulan-bulan pun dah mula nak kering. Amie! Kau sungguh hitler!
Padan muka hang! Ada aku kisah? Haha.

Budak-budak kelas dah bersorak, seronok! Wan dah macam nak makan halkum sendiri.

 haduih, niat aku berpuasa sebab duit makan dah tak de dan kerana Allah taala.

Wan garu kepala yang tak gatal.
Malam tu, semua melantak ayamas. Semua happy, Wan pun.
“terima kasih Wan.”  Serentak satu kelas ucap terima kasih. Wan senyum. Mata memandang Amie yang tengah meneguk air pepsi.


Thanks sis!
No biggie lar.

Amie senyum. Seronok dia tengok semua tengah happy. Huih! Punyalah haru dia dengan Wan nak menyeludup masuk sekolah sambil bawa berplastik-plastik kotak ayamas ni. Tapi, berbaloi rasanya dia terluka kat lengan bila tengok semua kawan-kawan dia happy macam sekarang ni. Berbaloi sangat. Kesempurnaan hidup. Smile.

---

Sekarang dah masuk tengah tahun. Next week dah nak cuti sekolah. Walaupun seminggu, tapi berbaloi untuk balik. Nak cuti puas-puas before masuk bulan pressure bagi seluruh candidate yang nak ambil SPM di seluruh kawasan dan yang sama waktu dengannya. Walaupun mereka sedar cuti ni, melambak homework cikgu nak bagi, tapi diaorang nak juga cuti. La ni, budak-budak kelas 5 sains sibuk duk rancang dinner, khusus untuk pelajar tingkatan 5. Makan malam kat hotel berdekatan. Makan kat ballroom, tidur kat dorm masing-masing lah. Bon dah dapat tempat, makanan pun dah settle. Pengangkutan, sekolah memang dah sediakan. Sekarang, hanya tinggal atucara majlis.  Apa nya nak di isi sepanjang majlis berlangsung. Semua rakan seperjuangan kelas 5 sains duduk keliling, buat bulatan, nak bincang. Termasuklah Amie dan Wan. Yes, mereka pun join.

“so, opinion, macam mana? Nak buat apa ni?”
“erm, aku cadang nak guna band sekolah.”
“setuju Bon, setuju. Tak de music, tak de life lah. Budak band sekolah kan ada, suruh diaorang main. Haha, style lah!”
“cakap senang lah Ketot. Kau tahu kan budak band sekolah anti kita.”
“dah tu kenapa?”
“aku dah tanya dah kat diaorang, diaorang tak nak lah.”  Masing-masing dah geleng kepala.
“jap, aku tak faham. Asal diaorang anti kita?”
“kau lupa ea Amie?”  pertanyaannya di jawab dengan pertanyaan dari Ceplos. Amie geleng, dia tak faham apa yang Ceplos cuba sampaikan.  “ingat tak, tahun lepas, hias kelas untuk hari kemerdekaan, kan kau sabotaj kelas diaorang bila diaorang sabotaj kelas kita. Lupa dah?”  ha, ye ke? Aduh. Lupa lah. Ha ah, kes tahun lepas.
“oh. So, diaorang nak balas balik?”
“yep!”  Amie pandang Bon, kemudian pandang semua budak kelas.  “bukan nak buat kau terasa, tidak, tapi memang sebab kau.”  Amie angguk bila Bon cakap macam tu. Betul juga apa yang Bon cakap, tak salah. Memang dia yang sabotaj budak kelas music.
lah, takde bunyi-bunyi tak best lah. Macam datang majlis pengkebumian je ni.”  Masing-masing tak mampu nak bagi idea apa. Rasa serba salah Amie dah menebal. Amie pandang Wan.


Bro, idea?
Jangan tanya aku, tak tahu lah.

Amie memerah akal fikiran. Mahu cari idea. Tangannya laju mengetuk sisi meja. Kemudian, mentol lampu bersinar-sinar, keluar dari otaknya. Amie sengih.

“Nan, kau reti main Bass kan?”  Aznan atau Nan pandang Amie, kemudian angguk.  “ok, Wan, guitar. Er siapa lagi yang pandai main benda?”
“aku!”  Bob angkat tangan. Semua mata macam tak percaya.  “apa? Ingat aku tahu makan je ke?”  semua angguk, senyum, macam tak percaya.  “Amie, aku reti main keyboard.”
“cantik. So, kita dah ada band. Nan, Wan dengan Bob.”
“tapi, kita takde drummer.?  Pertanyaan dari Nan membuatkan Wan dan Amie senyum. Amie bangun, mencapai beg sekolahnya yang selalu kosong dengan buku, tapi berisi dengan barang misteri. Semua mata tertumpu pada Amie. Amie mencapai stick drum dalam beg.
“aku ada, tak de hal.”  Bon angkat ibu jari. ‘terbaek’  masing-masing dah bersyukur. Settle dah satu hal. Dari jauh Wan senyum. 


Kau, sungguh nak main?
Tahun last, kan. Amie sengih sambil angkat dua keningnya.

Settle satu hal, kemudian muncul problem lain. Acara apa? Sampai pukul berapa? Semua mereka sama-sama bawa berbincang, settle kan semua hal. Amie sekaki turut sumbang idea. Masing-masing dah tak sabar nak mulakan projek. Amie rasa happy sangat! Senyum, sampai boleh bocor mulut. Wan yang pandang Amie mula sedar yang Amie memang serius bila hari tu, masa outing, Amie ada cakap kat dia.

“bro, aku nak tahun last ni kita banyak dengan budak kelas, boleh?”
“kau kenapa? Dah nampak malaikat ke?”
“apa da? Serius lah! Tahun last, kan?”
“whateverlah sis, aku on je.”
“okeng!”

Wan angguk, kemudian dia sengih. Amie, Amie, kau ni memang susah nak jangka. Sungguh selalu luar alam. Haiah.

Selain Wan, ada juga yang memerhati Amie dari jauh. Sepasang mata itu menguntum senyuman, lalu sekali 
lagi, dia masuk ke alam fantasinya. Sungguh lah kronik.

---

Cuti sudah, masuk sekolah balik sudah. Hari ni dah hari rabu. Masing-masing duk sibuk tengah cari partner nak pergi dinner. Budak kelas 5 sains pun sibuk mencari date masing-masing.

“Wan, kau tak nak ajak aku jadi date kau ke?”  Wan pandang Wani. Aduih, budak ni memang tak pernah putus asa ke? Wan geleng, laju je dia geleng. Amie yang duduk sebelah dia dah gelak besar. Wani kemudian berlalu dengan muka tak puas hati.
“Wan, budak tu dah lama usha kau, yang kau jual mahal sangat kenapa?”
“haih, mintak simpang lah aku nak date dengan dia.”
“hui, anak tan sri tuh. Ni namanya tolak rezeki.”
“tan sri ke, datuk ke, ada aku kisah? Tak mau lah.”
“hihihi. Ok, so siapa date kau?”
“erm, ntah. Malas lah nak cari. Lagipun, kita main kan malam tu.”
“wah, memang sefikir, sekepala lah kau dengan aku. Hehe. Bagus, bagus.”
“eleh, kau tu alasan je. Padahal, takde siapa ajak kau kan?”
“mulut baik sikit. Jangan jadi hina sangat.”
“alah, macam tak betul.”
“heh, correction okeng. Bukan tak de, aku yang tak nak.”
“oh ye ke? Kalau macam tu, kau jadi dengan aku lah. Date atas pentas. Amacam?”   Amie geleng kepala.
“tak nak! Jatuh lah saham aku keluar dengan budak jangkitan macam kau! Haha.”
“cam cekala kau an Amie.”
“heh, lagi pun, kalau aku nak keluar date pun, ermm..”  matanya meliar dalam kelas. Saat itu, yang dia nampak cuma seorang, yang duduk depan dia, yang tengah meneguk air.  “aku akan keluar dengan Afiq, nu ha. Kan Afiq?”  Izaat yang mendengar dah tersedak dengan air mineral spritzer. Terbatuk-batuk dia. Daniel kat sebelah dah ketawa.
“kau, hitler sungguh. Tersedak budak tu.”
“hehe, sorry lah Afiq, saja gurau kasar. Sorry, sorry.”  Izaat hanya mengangguk sambil bersisa batuknya.
“kesian Izaat. So, malam ni nak buat practice juga ke?”
“huih! Mestilah. Practice makes perfect!”  Nan dengan Bob yang terdengar dah geleng kepala. Mahunya tidak? Semalam dah training sampai pagi. La ni, nak sambung lagi? Huih! Naya!
“er, malam nak sampai pukul berapa?”
“subuh!”  Amie dah gelak jahat. Nan dengan Bob dah nak tanggal je tanggan masing-masing, lepas tu panjat pagar. Lari asrama. Balik rumah. Wan pun sekali ketawa. 


Amie, kau, gilah!
Ada aku kisah? Hahahahaha

Maka, jumaat pun tiba. Semua dah lengkap berpakaian cantik belaka. Amie pilih kemeja warna purple pekat. Dipadankan dengan seluar jeans biru, kemudian dia letak topi atas kepala. Se simple yang boleh!  Wan pun sama, tapi Wan pakai kemeja warna purple cair, seluar warna purple pekat. Dia sapu kat rambutnya gel colour purple, so purple glow in the dark. Sungguh style. Nan pakai baju melayu lengkap warna gold, manakala Bob pakai kurta. Sungguhlah, imej berbeza-beza, dan yang paling boleh dibuat lelaki hanya Nan, yang out of list nak buat laki, Amie. Malam tu mostly student pakai simple je. Tema pun 'Se Simple Yang Boleh'. Pelik bukan? Tapi tu lah idea gila budak 5 sains. At least semua faham lah yang diaorang tak nak lah ada student yang pakai macam nak pergi parti liar ke, grand grand macam grand livina ke, hapa ke. Tema tu pun dah straight to the point cakap, pakai yang tersimple sekali! Alhamdulillah, semua faham.

“Assalamualaikum dan selamat malam semua tetamu. Majlis kita dimulakan dengan bacaan doa supaya diberkati majlis ini. Dijemput, saudara Afiq Izaat bin Safi untuk mengetuai bacaan doa.”  Bon, selaku pengacara majlis memulakan kata. Izaat mendaki tangga pentas.
“al-fatehah.”  Masing-masing tadah tangan untuk mengaminkan doa. Selesai bacaan doa, majlis pun bermula. Pelajar boleh terus ambil makanan sambil menonton. Program dah disusun dengan teratur.
“hadirin, band yang mengiringi kami pada hari ini ialah band yang kami sendiri tubuhkan. Mari, semua, kita berkenalan dengan ahli-ahli band.”  Penonton tepuk tangan. Dari tadi mereka rasa puas hati dengan persembahan yang diberikan.
“hello everybody, for your information, kami bukan budak-budak music, ok. Kami ni budak kelas sains. Nama kami Band suka-suki. Pemain bass kami ialah, Aznan, atau lebih mesra dipanggil, Nan!”  Nan masuk dengan lagu Hotel California. Semua bersorak.  “gitaris kami, Wan!”  Wan ikut Nan main.  “ladies, our keyboard player, the most cutest among the boys, Bob!”  Bob ikut main lagu Hotel California. Tang memperkenalkan tu, setiap lampu spot pada orang nya, mengikut yang Amie perkenalkan.  “and, the drummer for tonight, it’s me, Amie.”  Tangan Amie laju ikut Nan dan semua player.

On a dark desert highway
Cool wind in my hair
Warm smell of colitas
Rising up through the air
Up ahead in the distance
I saw a shimmering light
My head grew heavy and my sight grew dim
I had to stop for the night
There she stood in the doorway
I heard the mission bell
And I was thinking to myself
This could be Heaven or this could be Hell
Then she lit up a candle
And she showed me the way
There were voices down the corridor
I thought I heard them say

Amie bedal lagu tu sampai habis. dah memang suara dia yang kena diqeqahkan malam itu sebab Wan kata ni idea gila dia, so dia kena korban lebih.

Semua pelajar termasuk cikgu bangun. Semua kagum dengan persembahan yang band bagi. Izaat automatic dah berdiri bila dengar suara Amie yang berlagu. Daniel geleng kepala. Semua bagi tepukan yang hangat. Amie and player senyum, lagi-lagi Bob, bocor dah mulut.

“persembahan yang menarik, kan?”  semua bersorak, setuju dengan pertanyaan Bon.  “jika ada permintaan lagu, sila datang ke pentas dan bagi tahu ea. Band kami boleh main, takde masalah.”  Bertambah lagi kuat sorakan. Majlis diteruskan sehingga ke akhirnya. Lancar semua perjalanan majlis. Semua pelajar 5 sains bangga, senyum tak pernah kurang, lagi-lagi bila pengetua sendiri memuji majlis malam ini sejarah, katanya. Lagi-lagi, pihak sekolah sangat berbangga bila budak kelas sains bukan hanya ada budak pandai dalam akademik, tapi sunggguh berbakat. Masing-masing dah kembang semangkuk. Smile.

---

Habis majlis,trial pula datang menyerang. Semua pelajar harap tak syahid je dalam pertempuran kali ini. Masing-masing berusaha sehabis baik. Yalah. SPM tu, penting! Penentu masa depan. Walaupun ada juga lah budak-budak yang short sikit fius kat otak, buat macam tak kisah je SPM dah semakin menghampiri.
 Amie, bab pelajaran ni, dia memang bagi kaw-kaw punya. Walaupunlah kan, dia ada reputasi buruk, tapi reputasi pelajaran dia cantik, bersih. Lagi-lagi, dia student terbaik pelajaran sains tiga tahun berturut, dari tingkatan 1 sampai tingkatan 3. Masuk tingkatan 4, dia pegang mata pelajaran kimia. Small the pisces. Wan pun tak kurang hebatnya. Masa tingkatan 1 sampai tingkatan 3, dia adalah budak terpintar math. Masuk tingkatan 4, add math tu, bagi dia dah macam makan kacang. Bukan kacang goreng yang selalu jumpa dalam nasi lemak tu, tak pun kacang ngan yinn, ni kacang rebus punya. Yang warna kuning tu. Subjek math pula, bagi Wan, dah tak perlu untuk dia study. Kesenangan sangat! Sebab tu lah, dalam kelas math, dia semedang tidur. Cikgu pun buat tak kisah. Ye lah, bila cikgu suruh dia bangun, selesaikan soalan kat papan putih, laju je dia jawab. So, cikgu pun tak dapat nak buat apa-apa. Disebabkan dua-dua budak bermasalah tegar ni ada rekod terbaik dalam akademik, dan juga rekod ‘terbaik’ dalam attitude, cikgu pun pening nak handle. Masing-masing pusing. Puan pengetua pun dah macam nak letak jawatan. Amie dengan Wan pun tak tahu nak tolong macam mana. Mereka dah memang sejak azali cenggitu.

“beb, jom malam ni jamming. Serabut der neuron kat otak aku ni.”  Wan yang tengah bam bola pantas membuat jaringan. Amie dah duduk tepi berehat. Penat sudah. Bola kemas masuk dalam jarring. Inilah hobi seharian diaorang. Basketball. Bola yang melantun terus melantun menuju ke arah Amie. Amie peluk bola, kemas. Wan datang menghampiri. Botol air dicapai. Penutup dibuka, air laju masuk tekak.
“malam ni? Hurm, tak boleh lah. Ada hal.”
“hal? Hal apa? Sejak bila kau ada hal yang takde aku?”
“hehe, sejak aku jumpa pengubat rindu.”
“ceit! Ni kira dah jumpa ‘adik angkat’ lah ea?”  Wan angguk.  “siapa? Form?”
“form berapa?”
“form 4 la. Fresh punya budak.”  Amie angguk. Dia tahu perangai Wan ni macam mana. Kalau boleh, semua budak cun kat sekolah ni, mesti dia nak berscandal. Status ‘adik angkat’ tu depan orang je. Tapi mesej, ayat berbunga-bunga dia guna. Amie dah geleng kepala. Macam mana lah Wan ni ada masa nak mengadap ‘adik angkatnya’ lah, SPM dah dekat. Hai lah.
“beb, seronok ke couple?”  Wan dah pandang Amie, berkerut. Dah kenapa pula kau ni?
correction, aku scandal, tak couple.”
“he leh, sama je kut.”
“huih, lain lah. Aku la ni, kalau nak couple, nak cari yang boleh terus buat bini lah.”
“dah tu, scandal ni semua apa guna?”
“oh, haha. Aku scandal dengan diaorang ni stage pertama.”
“stage kedua?”
“istikharah. Kalau betul jawapan dari yang atas nun, masuk stage tiga. Kahwin.”  Amie dah membulat mendengar penjelasan Wan.
“kau, kira beriman juga lah ea?”
“mulut, baik sikit. Aku ni kategori orang beriman lah juga.”
“oh, ye ke? Rukun iman ada berapa?”
“ha? Apa punya soalan da. Ye mestilah ada 5!”
“bangang! tu rukun islam lah! Kehinaan sungguh!’ Wan dah sengih”
“aku, saja nak test kau, kut kau yang tak tahu. Dah. Dah. Malam ni, habis cerita. Aku busy. Kau an suka tidur, kau malam ni pergi tidur puas-puas.”
“sungguh lah takde life aku malam ni, kan?”  Wan angguk. Amie sengih, kemudian dia baling bola, tepat kena dada Wan.
“aduih! Cekala kau!”
“lima game lagi, siapa kalah, magnum. Okeng?”  Wan pantas bangun, kemudian dia laju bergerak. Cuba merampas bola, Amie sedia nak berperang basketball.

“bro, hang ni dah kronik ni. Lagi hang pendam, lagi hang jadi gila bayang, kut.”
“hurm, tu lah. Aku sendiri sedar kut. Tak tahulah.”
“make a move lah.”
“nantilah. Dah jom, nak maghrib. Kang ada juga yang mandi kat paip luar nanti.”  Daniel dan Izaat dah bangun. Raket badminton digenggam kemas. Mata masih memerhati.

---

Hari graduation sabtu lepas, hari ni, isnin, dapat result trial. Rasa macam nak tercabut kaki masing-masing. Wan dengan Amie masih tak nampak bayang. Ntah kemana mereka pergi, masing-masing tak tahu.
“ikut senarai nama, kamu masuk sorang-sorang tau.”  Cikgu Abasyir dah memekak dari dalam kelas. Mereka angguk. Madame Fiona cuti bersalin, jadinya Cikgu Abasyir, selaku guru mata pelajaran bahasa melayu ambil alih.
Masing-masing masuk ikut nama. Tang nama Jannahtul Fahmi diseru, masing-masing dah angkat bahu. Nama lain diseru pula. Sampai saja nama Wan, Wan muncul dengan rambut masih serabai. Bangun lambat. Dia masuk, lama, kemudian dia keluar. Semua duk perhati.

“dah kenapa kau orang? Pandang muka aku macam nak makan je?”
“Amie, mana?”
“lah, mana aku tahu.”  Semua dah berkerut.
“bukan kauorang selalu berdua ke?”
“weyh Ketot, kau ingat aku tak de life ke? Berkepit dengan dia semedang? Tak lah!”
“dah tu, takkan kau tak tahu kut, dia mana?”
“tak, habis graduation aku tak nampak dah muka dia tu. Mana aku tahu.”
“oh.”  Masing-masing angguk. Izaat dan Daniel kemudian bangun, beranjak sedikit jauh dari budak-budak kelas.
“bro, dia lari sekolah ke?”
“eh, tak lah. Mana ada. Tak kan lah sampai macam tu pula.”
“habis tu, asal dia tak datang ambil result?”
“lek ah. Chill sudah.”
“serba salah lah.”
“cool je.”  Izaat tunduk.


Salah aku ke? Dia dah tak nak datang kelas dah ke?

“assalamualaikum.”  Semua budak kelas 5 sains kemudian membawa mata mereka ke susuk tubuh yang tengah berdiri depan diaorang.  “kelas 5 sains sini, ea?”  diaorang angguk. Mulut masing-masing terkunci.   “oh, terima kasih.”  Lelaki itu masuk. Semua dah berkerut, pelik. Lelaki itu dah separuh umur, confirm bukan student sini. Kemudian lelaki itu keluar. Di tangannya, dia genggam sehelai kertas. Sama macam pelajar lain tengah pegang.
“oh, ye. Jannah tak sihat. Demam panas. Dia kirim salam semua. Pak cik pergi dulu ea. Assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”  Mereka hanya angguk. Faham lah kenapa Amie tak hadir kelas hari ni, untuk amik result trial. Izaat dah buat muka cuak. Demam? Salah aku ke?’ dari jauh, Wan pandang Daniel, kemudia pandang Izaat. Daniel jungkit bahu, kemudian tunjuk arah Izaat. Wan tenung Izaat, lama. Izaat pandang Wan.

Bro, pesal doe?
Hurm.

rehat kat court. Kita disscuss.”  Semua pandang Wan.
“dah kenapa kau ajak kitaorang pergi court?”
“bukan kauorang lah Ceplos. Certain people je. Dah, siapa yang rasa memang dia kena jumpa aku, datang court time rehat.”  Mata Wan meliar, kemudian berhenti pada Izaat. Izaat angguk, faham. Kemudian Wan berlalu. Laju dia turun tanggan. Tangan diseluk ke poket, mencari phone. Kaki laju membawa diri ke bangunan belakang sekolah. Nombor telefon Amie dicari dalam contacts, punat dail di tekan.
“la ni, kau, Afiq Izaat Safi. Cakap kat aku, apa yang kau dah buat?”
“asal kau suspek Izaat?”  Daniel bersuara konon nak membela Izaat.
“dah, lepas dia jumpa Amie, Amie terus hilang. So?”  Daniel pandang Izaat. Izaat angguk, mengiakan kata-kata Wan.
“aku rasa salah aku, kut.”
“cerciter.”  Wan dan Daniel menjawab, serentak. Masing-masing nak tahu cerita, cerita hangat kedai kopi di tengah court. Ditemani dengan air mineral spritzer.

Malam graduasi,

“Amie, ada orang nak jumpa kau.”  Amie toleh, Daniel yang segak berpakaian  kemeja warna biru laut datang menghampiri Amie dan Wan yang tengah seronok hirup bubur kacang.
“aku? Siapa?”
“ye kau. Manusia lah.”
“lorh, ye namanya siapa?”
“manusia yang ada bin. Pi lah, dia kata nak settle something.”  Amie pandang Wan, kemudian pandang Daniel semula.
“pergi je lah Amie, kut dia nak minta kau bayar hutang ke. Syuhh, pergi.”  Amie bangun. Wan dah tersengih.
“kau Wan, memang lah tak sayang mulut. Ada halau aku macam kucing kurap.”
“hehe, muka takde, tapi perangai ada. Semedang ikut aku.”
“mulut cekala kan? Eleh, sekurap-kurap pun, aku takde jangkitan, macam kau.”
“cekala.”
“dah lah kauorang. Amie, blah sana. Wan duduk sini. Meh aku teman kau makan bubur ni.”  Amie berlalu.
“Daniel, kat mana?”
“kau keluar, nanti kau tahu.”  Pelik kau Daniel.
“siapa nak jumpa dia?”  Wan tanya Daniel bila Amie dah jauh ke arah pintu.
“Izaat.”  Wan angguk. bubur kacang kembali dihirup. Amie dah sampai pintu masuk dewan serbaguna. Kepalanya ditoleh, kiri dan kanan.
“Jannah, sini.”  Mencerun mata Amie ke arah suara yang menyeru namanya tadi. siapakah yang seru nama aku tu? Kepalanya dibawa ke 90 darjah arah kiri. Matanya manangkap susuk tubuh milik Izaat.
“weyh, pesal kau? Jannah? Dah luar alam apa?”  kakinya membawa diri menghampiri Izaat. Izaat berundur kebelakang sedikit.
“er, Jannah, aku ada nak cakap sikit.”
“weyh, stop lah panggil Jannah tu.”
“ok. Jannah, aku”
“bro, kau guna lagi lah.”  Izaat dah telan air liur. Mulutnya dah kaku, tak boleh nak sebut nama yang biasa semua panggil.
“Jannah, I’m sorry.”
“Afiq, beragak lah. Dah kenapa kau?”
“sorry but, aku tak boleh panggil……”  mulut nya berat nak panggil nama tu.  “Jannah please, dengar dulu.”
“Afiq Izaat bin Safi. Kau, kenapa?”  Amie dah bengang.
“sorry tak boleh lah.”
“asal pula?”
“sebab, sebab..”
“sebab apa? Dah kalau kau nak tergagap macam ni, malas aku nak dengar!”  Amie dah berpusing ke belakang.
“sebab, setiap kali aku nampak kau, aku nampak keindahan Jannah tu.”  Amie kaku.  “setiap kali aku nampak kau, aku dapat rasa kemewahan yang ada pada Jannah. Tempat tu sungguh indah. Macam kau, Jannah.”  Amie berpusing, memandang Izaat yang dah tunduk.
“kau cakap apa?”
“Jannah, aku bukan gila. Betul. Sebab benda ni betul-betul jadi kat aku. Aku rasa keindahan Jannah tu.”
“apa maksud kau ni, Afiq?”
“dari masa form 1, masa aku nampak kau bertelekung nak ke surau, first time aku nampak kau bertutp lengkap, aku dah rasa keindahan Jannah tu. Bila ustaz sebut pasal syurga yang bernama Jannah, aku hanya nampak kau, kau faham tak?”
“Afiq, kau pesal? Amik dadah terlebih ke?”
“Jannah, aku tak main-main.”
“Afiq, aku ni pengkid lah.”
“tidak pada aku. Aku tak pernah nampak kau dengan gaya kau yang semua nampak dengan mata kasar tu. Aku nampak, kau, Jannah aku yang lengkap semuanya pada aku.”
“Afiq, kau ni dah gila!”
“tak! Betul. La ni pun, aku still nampak kau, dengan segala keindahan yang selalu aku nampak bila aku pandang kau.”
“dah tu, kenapa. Ikut suka kau lah.”
“Jannah, tolong faham.”
“Afiq, aku pengkid, dan aku takkan berubah. Lagi-lagi dengan apa yang cakap, indah bagai. Aku takkan sampai tahap tu. Kau sedar tak? Aku takan berubah ke tahap indah yang kau cakap tu. Kau faham tak? Takkan!”
“aku tahu kau akan berubah. Apa yang aku nampak ni, aku pasti akan jadi.”
“Afiq, aku pengkid. Kau faham tak maksud pengkid?”
“kau tipu. Wan sendiri cakap, kau, walaupun kau act macam ni, tapi, inside of you, different. Kau, cuma takut. Takut nanti kau akan jadi macam mummy kau, tinggalkan abah kau.”
“oh, ni Wan sekali lah plan? Kau orang nak prank aku ke hapa? Weyh, salah orang lah kau pilih.”
“tak! Wan takde kena mengena. Aku yang tanya dia, kenapa kau jadi macam ni. Dan aku dah tahu kenapa. Jannah, kau yang tak nak terima kenyataan bila mummy kau tinggalkan abah kau sebab lelaki lain. Kau tak boleh nak salahkan mummy kau.”
“Afiq! Kau, kau memang dah lebih! Kau takde hak nak campur urusan keluarga aku!”
“ Aku tahu, kau benci sebab kau perempuan. Sebab kau rasa abah kau cukup sayang kan kau, sayang kan mummy kau, dan kau tak boleh terima kenyataan yang walaupun abah kau sayang mummy kau, mummy kau sanggup lari, ikut lelaki lain. Ini semua hati, Jannah. Kau tak boleh suka hati nak paksa orang untuk sayang pada orang yang dia dah tak sayang.”
“tak, tak betul! Mummy aku tak patut tinggalkan abah macam tu je. terkontang-kanting menjaga aku sorang-sorang. Dia tak patut cari lelaki lain,abah sayang mummy sangat. Mummy yang salah, sebab tak pernah bersyukur dapat abah yang sangat sayangkan dia!”  Air mata Amie dah laju turun. Kakinya rasa lemah, kemudian dia terduduk. Izaat datang, menghampiri Amie.
“Jannah, kau kena faham, yang hati manusia ni akan berubah-ubah. Takkan tetap keputusannya.lagi-lagi bia berkait dengan hati dan perasaan.”
“aku tahu tu. Aku bukan bodoh. Tapi mummy patut sedar yang dia dah suami. Kenapa dia perlu cari keseronokan dengan lelaki lain? Kenapa?”
“ni semua bukan salah mummy kau. Dia cuma tewas dengan hasutan syaitan. Tewas dengan nafsu sendiri.”
“aku benci perempuan.”
“tapi kenapa? Kau juga perempuan Jannah. kau patut sedar yang kau juga akan ada perasaan untuk dikasihi. Kau sedar tak?”
“aku tak nak tinggalkan abah untuk lelaki lain. Kau faham tak?”
“tapi, dia abah kau. kau pasti juga satu hari nanti, akan mula untuk suka seseorang yang lain selain abah. Kau sedar tu kan?”
“tak. Aku takkan suka kat orang lain kalau aku sendiri yang tak nak.”
“dengan berpura jadi macam ni? Jannah, kau juga perempuan.”
“tak, aku bukan perempuan.” Amie terus menangis, Izaat terus memujuk.
“Jannah, walaupun kau act macam ni, tapi dah memang dari kau dicipta, kau adalah perempuan. Apa pun kau buat, kau tetap perempuan, dan dah diciptakan adam untuk kau. kau takkan jadi adam, Jannah. Walau apa pun jadi.”
“apa yang kau cuba nak sampaikan ni, Afiq?”  Amie kesat air matanya.
“Jannah, izinkan aku untuk jadi adam itu. Aku takkan bawa kau lari tinggalkan abah kau, Cuma, terima lah aku sebagai adam kedua yang ditakdirkan untuk jaga kau.”  Izaat dah berserah, biar malu pun dia, asal gadis depan dia ni tahu, perasan dia.
“Afiq, kau terlalu sempurna untuk aku. Aku tak layak untuk kau. aku sedar siapa diri aku.”
“Jannah, sempurna atau tidak, bukan hak kita untuk menilai. Allah dah menciptakan setiap ciptaanya itu sempurna.”
“Afiq, kau terlalu lain dengan aku. Aku, dah jauh dari apa yang Dia dah tetapkan. Aku sendiri tak boleh nak terima yang aku ini perempuan, Afiq. Kau, pergilah cari perempuan yang lain. Yang lebih layak.”
“Jannah, kau boleh berubah.”
“Afiq, kau sendiri sedar hidayah itu milik Allah kan.”
“aku sedar tu. Tapi, setiap saat aku berdoa untuk kau yang kau akan berubah.”
“Afiq, menunggu hidayah itu nak sampai kat aku yang dah lari dari landasan ni, lama.”
“aku, sanggup tunggu. Aku dah tunggu untuk saat ni, pun dah hampir 5 tahun. Aku sanggup tunggup Jannah. aku sanggup.”  Amie geleng kepala, kemudian dia bangun. Izaat juga bangun. Mengharapkan Amie memberikan kata putus.
“Afiq, kau terlalu baik untuk aku. Aku tak boleh. Kau, jangan tunggu aku.”  Amie terus lari, balik asrama. Izaat ditinggalkan, kecewa. Aku akan tunggu kau Jannah. aku akan bawa kau sama-sama, ke Jannah. aku pasti! Izaat tunduk. Keluhan dilepaskan. Lega, akhirnya hasrat hati disuarakan.

Wan dengan Daniel, masing-masing dah geleng kepala.
“bro, aku tak sangka kau simpan perasaan ni dari form 1.”
“aku, aku segan kat kau orang lah. Lagi-lagi kat kau, Wan.”  Wan dah geleng kepala.
“tak, janganlah. lagipun, benda baik kan. Bukan kau buat salah pun.”
“ntah. Sekarang ni, aku serba salah pula. Macam mana kalau dia tak nak pandang aku lepas ni, dia benci aku ke?”
 “well, itu aku tak boleh tolong lah. Amie tu, dia ni ego sikit. Keras kepala. Tapi, aku rasa kau ke, dia ke, dah memang takkan pandang dah.” Izaat tunduk.
“kenapa.?”  Wan pandang Daniel.
“sebab, start hari ni, dia akan cuti, sampai nak ambil SPM. Nanti dia datang. Itupun, ulang-alik. Abah dia amik, hantar. Macam tu lah yang dia cakap kat aku.”
“kau jumpa dia? Bila? Dia datang sekolah ke tadi?”
“tak lah Izaat. Cool lah. Phone lah. Aku call dia ha.”
“eh, sekolah bagi pula?”
“Izaat, aku ni, walaupun dah jadi ex-head perfect, tapi aku still tahu benda jadi kat sekolah. La ni, kita memang dah tak de aktiviti. Tinggal nak prepare nak ngadap SPM tu je. lagi sebulan je kan.”
“betul cakap Daniel. So, aku harap sebulan ni kau survive lah, jangan sebab Amie takde, kau terkandas.”
“tak, takkan. Akademik tu penting.”
“dah tu, Jannah hang tak penting?” Daniel dah pandang Wan sambil sengih, nakal. Wan angguk.
“ha ah. Jannah hang tak penting?”
“kau orang, kalau tak jadi hitler satu hari tak boleh?”  Daniel dan Wan dah ketawa. Izaat geleng kepala. bala dah tiba bila tukang bahan dah berganda jadi dua. Haduih!

---

Pejam celik-pejam celik, SPM pun sampai. Semua pelajar nak tak nak, kena juga berjihad. Buat sehabis baik. Amie yang selama sebulan ni, duk terperap kat rumah pun bersungguh-sungguh study. Dia nak survive SPM ni, apa pun jadi. dia mesti skor. Demam panasnya lama, seminggu. Ye lah, berperang dengan perasaan sendiri, mahunya dia tak demam? Amie dah pusing kepala bila teringat kejadian tu. Masa, abah ambil dia dari sekolah hari ahad tu, malam tu dia terus cerita apa jadi. abah faham, sebab tu abah suruh dia duduk rumah. Biar dapat concentrate untuk SPM ni. Abah tak marah dia, abah tak marah Izaat. Abah suruh dia tenang, dan fikir apa yang penting dulu. Amie hanya menurut. Dia juga rasa, dia perlukan ketenangan.
Hari berlalu pantas. Lepas satu, satu paper lagi habis. Semua pelajar bersungguh menjawab soalan. Cikgu-cikgu dapat rasa tahun ni, sejarah akan dilakar. Kesungguhan semua pelajar tingkatan 5 dalam persediaan menghadapi SPM dapat dilihat. Semua berdoa agar dipermudahkan.
Last paper, hari ini. Hari khamis. Semua dah tak sabar nak menjerit kata azimat. Konon nak jerit kuat-kuat, laungkan ‘merdeka’ tu ramai-ramai kat dataran. Bon dari pagi dah tersengih. Bukan Bon saja, semua pelajar pun. Paper last, Kimia. Sebelum masuk dewan, masing-masing sibuk duk mengingat balik apa yang patut.

“huih! Mentang-mentang paper chemistry, satu nota pun takde kat tangan ea?”  Wan menegur Amie yang tengah melantak nasi lemak di kantin. Amie sengih.
“mana, ni, nasi lemak ni lah apa yang aku hafal. Ni semua dah kena jampi dengan segala jadah yang ada kat dalam buku chemistry tu. Tahu?”
“uih! Kalau macam tu, nak sikit boleh? Janganlah kedekut. Share ilmu tu sikit.”
“uih, tak boleh. Nanti tak lengkap pula ilmu chemistry aku. Kau nak, pergi beli.”
“haha. Kemut punya nenek.”  Wan bangun, lalu dia duduk di hadapan Amie. Bungkus nasi lemak dibuka. Nasi disuapkan dalam mulut. Breakfast sebelum jawab paper. Heaven.
“semua pelajar, sila hadirkan diri ke dewan sekarang. Peperiksaan akan dimulakan sebentar lagi.”
Pengumuman dari kerani sekolah membuatkan Amie dengan Wan yang duk sibuk menikmati nasi lemak, menggandakan kelajuan suapan nasi lemaknya. Kemudian, bila dah licin, mereka bangun, kemudian berlari menuju ke dewan.
Beg diletakkan di luar. Segala jadah peralatan dikeluarkan. Kemudian mereka masuk. Budak-budak kelas 5 sains geleng kepala bila lihat yang datang lambat tu, macam biasa, Amie dan Wan. Tak pernah berubah. Amie dengan Wan sengih bila pengawas peperiksaan marah diaorang sebab lambat masuk.
“pelajar, sila letakkan semua alat tulis di tepi. Pastikan nama, no kad pengenalan, angka giliran telah di disi dengan tepat. Kertas jawapan akan dikutip sebentar lagi. Semua pelajar tidak dibenarkan keluar sehingga diberitahu.”  Amie letak pen. Kemudian dia toleh pada Wan, dia senyum. Wan angkat ibu jari. 


Small the pisces lah sis! Haha!
Huntunglah budak pandai, kan Wan? Haha.

Kertas selesai dikutip, para pelajar keluar dewan. Suasana dah bingit.
“Amie, nak ke mana?”  pertanyaan Bon, buat Amie berhenti melangkah.
“balik bro, asal?”
“jom lah lepak dulu. Ambil gambar dulu. Hari last kan.”  Amie telan air liur. Erm, nak ke? Haduih. Amie pandang Wan. 


Bro, macam mana?
Well, last kan. Harung je lah.

Amie angguk, kemudian dia senyum. Bon dah keluarkan Nikon dalam beg. Semua, sedia, 1, 2, 3! Macam-macam gaya ada. Masing-masing happy. Masing-msing lega. Last paper dah berlalu. Kini, tinggal nak ambil result. Siapa yang dapat PLKN, ready je lah nak pergi. Wan dapat, so Amie gelakkan dia, kaw-law punya. Wan gila sayang rambut dia yang dia jaga ni. Amie, tak dapat. Nak kerja, abah tak bagi. Jadinya cuti ni, dia duduk rumah. Advance bila abah suruh dia daftar kelas memandu. Sungguh lah dia happy! Heaven!
Tiap dua minggu, Amie datang melawat Wan kat Kem PLKN, Negeri Sembilan. Sejak dah ada lessen ni, semedang dia pergi pusing-pusing. Wan dah buat cadangan, bila dah lepas je habis PLKN, lepas dapat result, mereka nak pergi pusing 1 Malaysia. Amie takde hal. Dia on je.
Amie dah lama tak jumpa Izaat. Habis SPM, dia tak tahu apa cerita lelaki itu. Yang last, dia tahu, Izaat dapat PLKN juga. Tapi tak tahu kat mana. Wan pernah tanya dia pasal Izaat, tapi Amie berkeras cakap, dia tak nak tahu pasal Izaat. Wan tahu Amie marah bila dia tanya pasal Izaat, tapi Wan sendiri dapat rasa yang Amie rindu kat budak tu. Mungkin Amie dah suka Izaat. Mungkin lah. Tapi Amie tetap dengan egonya. So, Wan pun dah malas nak ungkit pasal Izaat lagi.
Result SPM keluar hari ni. Amie hari ni keluar rumah, awal. Nak menemput Wan dulu. Putrajaya ke Sungai Buluh, then baru ke Melaka.  Kemudian terus backpacking  around Malaysia.

“beb, agak-agak. Kau dapat berapa?”
“asal dapat lepas masuk U, aku tak kisah.”
“hurm, samalah. Memanglah kau, sefikir, sekepala dengan aku. Bagus, bagus.”  Wan angkat ibu jari. Amie yang tengah memnadu sambung layan perasaan. Sampai sekolah, dia lihat ramai student dah sampai. Dah ada, yang dapat, dan ada yang belum. Ada yang sedih, ada yang happy. Mereka mendaki tangga, menuju ke kelas.
“Bon, result dah dapat?”  Bon kat luar, bersama dengan semua budak kelas 5 sains. Mereka angguk serentak.
“dah, kau orang je yang belum.”  Wan dan Amie sengih. Macam tak biasa pula. Mereka masuk kelas. Cikgu Abasyir dah menunggu. Riak wajah cikgu, tenang.
“nama?”
“Jannahtul Fahmi Binti Idris.”
“Ni, tahniah, awak dapat 8A+, 1B.”  Amie senyum sampai ke telinga. Alhamdulillah.
kamu, Wan ke Izaat?”  pertanyaan dari Cikgu Abasyir membuatkan Amie memandang tangan cikgu. Cikgu masih pegang dua kertas result. Afiq, tak sampai lagi?
“Er, Wan cikgu. Wan Syahmi Bin Wan Ahmad.”
“ni, tahniah. Awak pun sama. Dapat 8A+, 1B. tahniah.”
“wah! Amie, kau tiru aku apa? Sama je result. Haha. Alhamdulillah ya Allah! Syukran, syukran!”
“Cikgu, Afiq tak datang ambil result lagi, ke?”  Wan yang tengah seronok menari terlompat-lompat, berhenti bila mendengar pertanyaan Amie.
“belum, dia seorang je belum. Tak pe, saya tunggu dia. Awak berdua, boleh keluar.”  Wan angguk, lalu menarik lengan Amie untuk keluar sekali. Bon dan rakan-rakan dah sengih bila Wan keluar dengan senyuman sampai ke telinga.
“berapa?’ 8A, kauorang?”
“tahniah!”  Ceplos dah happy overdose sampai terus peluk Wan. Wan dah terkejut, kemudian dia peluk budak lelaki, ramai-ramai.
“Ni kira, semua cemerlang lah?”  semua angguk.  “paling rendah siapa?”  masing-masing pandang Ketot. Ketot berkerut.
“eh, aku dapat 8 lah.”
“haha, tau, tapi kan kau yang paling rendah dalam kelas. Among others.”  Ketot tarik muncung.
“paling rendah pun 6. takde budak kelas kita yang dapat C. beza cuma plus minus je.”  Wan angguk. “yang dapat straight, la ni, Daniel. Izaat kitaorang tak tahu. Dia tak ambil lagi.”
Amie dah pandang Daniel.


Afiq mana?
Kejap lagi dia sampai

“Daniel, Izaat mana?”
“kejap lagi dia sampai. Abah dia baru meninggal, malam tadi.”
“innalillah,”  semua menjawab serentak. Amie tunduk.
“assalamualaikum.”  Semua mata memandang ke kanan. Amie angkat muka, dia kenal suara itu. Afiq!
“sorry lambat. Masuk dulu.”  Izaat masuk, kemudian dia keluar, menangis. Amie bangun. Semua dah datang dekat dengan Izaat.
“aku, dapat straight! Alhamdulillah.”
“alhamdulillah!”  mereka semua jawab serentak. Amie pun, tapi dalam hati je. Masing-masing puas hati dengan result yang mereka dapat. Izaat balik, gerak awal. Semua faham. Masing-masing pun nak balik dah.
Amie datang, duduk dekat dengan Daniel. Daniel tengah tunggu parents dia yang pergi jumpa pengetua sekolah kat pejabat. Wan dah masuk kereta.
“beb, tahniah.”  Daniel senyum. Dia angguk.
“tahniah juga.”
“sampaikan tahniah aku dekat Afiq, ea.”
“tadi, tak cakap?”
“tak, tak sempat.”
“Ye lah, insyallah, aku sampaikan.”  Amie angguk, dia bangun. “Amie, kenapa kau panggil dia Afiq?”
“sebab, aku suka nama tu.”
“ouh, orangnya?” Amie senyap.
“aku balik dulu lah. Wan pun dah masuk kereta.” Daniel angguk.
“nanti kalau dah sampai Perak, call aku. Aku bawa kauorang pusing satu Perak, ok?” Amie angguk.
“takde hal. Ciou bro.”
“Jannah, Afiq, akan tunggu kau.”  Amie toleh pada Daniel semula. Dia senyum. Itu saja yang dia mampu buat. Lalu, Amie melangkah ke kereta. Enjin dihidupkan, kemudian dia terus memandu, menuju destinasi pertama, Johor Bharu. Wan dah excited. Amie, layan perasaan.

~~~

Beg diletak tepi. Jam tangan di pandang.


Wan ni kan, kalau dah kata punchual tu, tolong lah menepati masa! Apa punya kawan lah aku dapat ni. Hai lah

“adik, Wan dah sampai belum?” Amie geleng.  “abah hantar beg dulu,ea.”  Amie angguk. matanya kembali meliar mencari Wan.
“oit, lama tunggu?”
“cekala kau Wan, lambat! Aku dah nak blah dah!”
“hambuih! Bahasa! Baju dah lawa, jubah. Tudung dah labuh, mulut, hancing lah! Cancel buat bini ni!”  Amie sengih.
“eleh, tak ngadap lah aku dengan kau. sama je, dengan ketayapnya atas kepala, salam pun takde. Tegur redah macam tu je.”
“ehem, assalamualaikum.”
“waalaikumussalam.”
“ha, macam ni lah nak dibuat bini. Sopan je jawab salam tu.”
“senget kau Wan. Sudah. Aku dah kena naik ni.”
“lah, cepatnya. Baru nak mengusha.”  Amie dah geleng kepala. kakinya melangkah ke arah pintu masuk.
“bye Wan. jangan lupa rindu aku tau.”
“kau tu, jangan lupa YM aku. Aku on je semedang benda tu.”  Amie angguk.
“so, nak aku tunggu tak ni? Berapa lama kau kat sana? Empat ke lima? Uih, lama tu nak aku tunggu!” Amie senyum, kemudian dia geleng.
“tak payah tunggu aku. Dah ada orang tunggu aku. So, kau tak payah nak susahkan diri lah.”  Wan sengih.


Sungguhlah kau Amie. Haish! A

mie pantas melangkah. Wan tak lepas memerhati. Sahabatnya kini nak pergi merantau mengikut encik idris ke UK. Tapi bukan sebab itu yang buat dia pandang tak lepas, tapi perubahan yang jadi kat Amie. Jannahtul Fahmi binti Idris. Perubahan 360 darjah dia rasa, tapi dia lega. At least, apa yang Izaat cakap dulu, dah jadi kenyataan. Wan senyum.


Izaat, kalaulah kau ada la ni juga, confirm kau happy gila. Jannah kau dah berubah. Berubah kerana Allah, berubah kerana Afiq nya.

Wan senyum, Amie hilang dari pandangan. Dia pusing, lalu menuju ke kereta. Nak balik.

“hadoi, aku dah tak de member dah nak di ajak jamming. Aku lak yang takde life. Sungguh lah!”

Encik Idris tersenyum melihat anaknya, Jannahtul Fahmi. Dia lega, akhirnya Jannah seindah namanya. Dia bersyukur.
Amie senyum. dia berserah pada Allah, apa-apa pun jadi, biarlah ianya yang terbaik untuknya.


Ya Allah, temukan saya pada Afiq saya! Walaupun dia ada kat mana sekali pun! Amin.

Amie melangkah masuk kapal terbang.



*Di tengah malam, di luar rumah, United kingdom,

“hachum!”
“ha, tu lah, makan ais krim lagi kat luar rumah. Dah tengah malam dah. Masuk. Karang demam, aku juga yang susah!”  Izaat sengih. Bebelan Daniel dari dalam yang duk sibuk buat assignment memaksa dia masuk. Pintu ditutup.



~The end.

2 comments:

  1. dh ending k? sambunglar lg... cm xpuas lorh...

    ReplyDelete
  2. sambung lagi...
    nk taw crita amie n izzat..

    ReplyDelete

 
;