From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 11 January 2012

Without Words by AO+MK





Pow!!

Bulat matanya melihat kejadian di depan mata.  Belum sempat dia menjerit satu tangan menekup mulutnya daripada belakang.  Suaranya tersekat di rengkung.  Air matanya berjuraian membasahi pipi gebunya.  Dia dapat merasakan manusia di belakangnya menarik rapat tubuh kecilnya.  Ketika ini hanya adegan di depan mata menjadi perhatian tatapan matanya di sebalik pintu bilik yang sedikit renggang.

Pa!  Ma!

***

“Elle!“  Elle berpaling ke sisinya. Raut wajah Fariz yang tersenyum manis di balas seadanya.

“Kenapa adik abang ni masam je?  Problemo?“  Iz mengusap kepala adiknya perlahan.  Helina satu-satu ahli keluarga yang dia ada selepas kejadian hitam yang menimpa keluarga mereka berbelas tahun lepas.  Elle tersenyum tawar.  Rambutnya yang ditocang dua dimain-mainkan.

“Kenapa ni?  Cuba cakap kat abang.  Anything I could help with?  Jatuh cinta?”

Elle menolak bahu abangnya.  Iz tergelak.  Hubungan antara mereka memang rapat.  Sehingga satu ketika apabila dia mendapat tawaran belajar ke luar negara ditolaknya kerana tak sanggup tinggalkan Elle sendirian di Malaysia.  Demi kasihnya pada Elle langkah tujuh laut pun sanggup diharunginya.

“What the heck is love la abang?  Dalam dunia ni Elle cuma sayang kat abang sorang je.  Kalau abang mati Elle pun nak mati jugak.  Dah tak guna Elle hidup kalau sorang-sorang.“

“Abang tak cakap pasal mati pun.  Abang pelik kenapa Elle termenung weekend macam ni.  Enjoy your weekend la dear sister.  Keluar dengan kawan-kawan kolej ke.  Apa melepak kat rumah je.  Dah macam kera sumbang.”

“I don’t have any.”  Elle menjawab selamba.  Matanya melirik Iz yang berkerut mendengar jawapan yang lahir daripada bibirnya.

“Pardon?  Telinga abang tengah tipu abang ke ni?”  Adik aku tak ada kawan?  Biar betul?  Dah tu kat sana dia berkawan dengan sapa?  Mangkuk tandas?

“You heard me.  I’m not interested in making any friends.  I love to be alone in my own word with nobody around to disturb me.”

“You can’t live by your own, sis.  One day, you’ll need someone by your side.”

“Example?”

“Well…your husband maybe.”

“Okay, no more examples.”  Bahu Iz di tepuk-tepuk.  “Upstairs.”

Elle bangkit dari duduk.  Perlahan langkah di atur ke tingkat atas rumah.  Malas nak mendengar contoh-contoh yang bakal menyakitkan hati daripada abangnya.  Baginya semua tu mengarut.  Rubbish macam yang dia buang tiap-tiap hari Selasa dan Khamis.  Iz hanya memandang belakang adiknya yang berjalan longlai ke tangga.

***

“Buta ke?  Tak nampak orang tengah pegang buku banyak-banyak ni??”  Sergah Elle pada makhluk yang telah berjaya membuatkan buku-buku di tangannya terabur ke lantai.  Dia menunduk memungut bukunya.

What the…?  Dia yang salah marahkan aku pulak?  Muka cute dah tapi garang macam mak tiri Bawang Merah Bawang Putih.  Sumpah jadi peti sejuk baru tau!

“Miss, dah sah-sah salah awak.  Awak punya buku tu sampai halang padangan awak sendiri.  Saya dah cuba elak tapi awak tetap menghala pada saya.  Saya tak rasa tu jadi salah saya kan.”  Zack bersuara lembut.  Cuba tak nak menambahkan bara di hati Elle tapi sebenarnya Elle bertambah berapi bila mendengar jawapan balas daripada Zack.  Tambah perisa apabila kawan di sebelah lelaki itu turut melemparkan senyum mengejek kepadanya.  Elle mengetap bibir.  Hanya jelingan tajam mampu di berikan pada lelaki tinggi yang hanya tersengih tak berhenti.  Sengih…sengih.  Macam yang dekat zoo tu ha!

Tanpa membuang masa, Elle terus berlalu melepasi kedua lelaki tersebut.

Zack mengangkat kedua belah tangannya seraya mengelak apabila Elle seolah-olah nak merempuh tubuhnya.  “Wow…easy miss.  Kang accident jatuh lagi buku awak tu. Dengan awak sekali jatuh.”  Sekali lagi Elle berpaling ke belakang dan menjelingnya tajam.

“Siapa tadi tu?  Kerek semacam je.  Harap muka je cute tapi attitude zero.  Garang macam anak singa.  Suku sakat pendekar harimau berantai ke apa.“  Zack mengomel pada sahabat sepontengnya, Miji ketika mereka telah duduk di cafe.

“No hard feelings. Jangan terasa.  Dia memang macam tu.  Always.”  Miji tersenyum gaya misteri.  Laju Zack menoleh dengan kelajuan cahaya.

“You know her?“

“Why not?  Coursemates kita kan.  Ak aa…jangan tanya kenapa kau tak kenal.  Faham-faham sendiri la dengan kedatangan kau yang dah bawah tanah tu.”  Miji bersuara sinis.  Buat-buat tak mengerti pulak.  Aku pun ponteng jugak tapi bukan hari-hari.  Aku skip kelas yang aku bosan je.  Mamat ni main belasah je skip satu hari terus tak datang.  Yang jadi tukang tanda tangannya aku jugak la.  Jadi anak orang kaya memang macam ni ek?  Suka hati je buat apa yang diaorang nak.  Kalau aku la mau kena kejar sampai hujung dunia kalau mak bapak kat kampung tau apa aktiviti harian aku kat sini selain daripada buat tahi mata dalam kelas.

“Nama dia siapa?“  Teruja suara Zack bertanya.

“Helina Helmi.  Tapi orang kat sini panggil Elle je.“

“Elle...“  Zack mengulang perlahan dengan senyum di bibir.  “Tapi kan walaupun aku ni suka tuang kelas, how come aku boleh tak perasan lansung-lansung dengan kehadiran dia dalam kelas?“

Miji yang leka memandang kucing makan masih tidak memandang wajah Zack.  Dia asyik menongkat dagu memandang ke arah kucing tersebut.

“Dia bukan jenis stok-stok yang keluar berfoya-foya.  Habis kelas, dia terus sap...sup..sap balik.  Tak ada lepak-lepak, hang out dengan all so-called kawan-kawan perempuan.  Dunia dia cuma kelas dan kelas je.”  Zack masih tekun mendengar.  “Aku dengar-dengar jugak dia tu bukan jenis yang suka berkawan.  Suka sorang-sorang je.  Kalau dengan perempuan tahan jugak la ada senyum.  Kalau dengan lelaki macam kita ni dia buat seolah-olah kau tengah pakai jubah invisible Harry Potter tu.“

“Mana kau tau dia buat macam tu?“

Miji tersengih lebar.  “Aku pernah ushar dia masa sem 1 dulu.  Dia boleh buat macam aku ni angin lalu depan dia je.  Malu gila kot aku masa tu.“

Interesting!  Detik hati Zack.


***

Iz dah senyum di muka pintu menyambut kepulangan Elle dengan wajah mencuka.  Entah kenapa, adiknya ini susah betul nak tersenyum.  Muka memang dah kena skru supaya ketat sepanjang masa agaknya tapi kalau nak diikutkan masa kecil dulu dia la yang paling happening.  Gelak je hari-hari.  Tapi...kau lupa Iz.  Lupa punca kenapa Elle dah tak pandai nak senyum.

“Hai adik abang.  Tired?“  Mesra Iz menegur adiknya.  Elle tersenyum penat.  Terus buku di tangan di serahkan pada abangnya.  Kakinya melangkah ke arah sofa lantas terus berbaring.  Tudung di kepala ditarik melepasi kepala.  Matanya dipejamkan rapat.  Fuh!  Heaven dapat balik rumah!

“Adik.“  Terasa goncangan lembut di bahunya serta haba di hujung kaki.  Perlahan matanya dibuka dan senyuman manis dilemparkan.

“Minum ni.“  Segelas jus oren disuakan ke bibir Elle yang sedang berbaring.  Elle menepis perlahan.  “Tak kan nak minum sambil baring.  Apa la abang ni.“  Elle bangkit daripada baring.  Gelas terus diambil dan dihirup rakus.  Dahaga gila rasa ni.  Abang...abang.  Memang untung la siapa dapat kahwin dengan abang aku.  Concern gila.

“Setengah nyawa nampak hari ni.  Kelas full sangat ke?“  Tanya Iz prihatin.

“Boleh tahan penuh jugak la tapi tadi ada accident la abang.  Tu yang Elle rasa sakit sangat ni.”

“Hah?  Accident?  Mana luka?  Tunjuk kat abang!  Jum pergi klinik sekarang!“  Kalut Iz memeriksa badan adiknya.  Sebelah lagi tangannya dah mula menarik lengan Elle supaya bangun.

“Eh apa abang ni?  Cool la!  Elle bukan accident dengan vehicles pun.  Berlanggar dengan orang je.  Silap Elle kot bawak buku banyak sangat sampai tak nampak orang tapi that guy punya response menyakitkan hati Elle la abang.  Rasa macam nak bukak langkah tae kwan do tali pinggang putih je kat situ.”

Iz angkat kening tinggi.  Elle marah?  Setahunya Elle adiknya bukan seorang yang cepat naik darah.  Elle sama macam aku!  Cool sepanjang masa tapi aku takde la sampai buat muka tak ada perasaan macam dia.  Tapi petang ni wow!  Ada insan berjaya naikkan kemarahan adik aku yang dah lama tersimpan ni!

“Adik abang marah?  Hari ini dalam sejarah ke apa Helina Helmi meletuskan lava gunung berapi setelah beberapa tahun terpendam.  Siapa lelaki tu?  Abang nak kasi sijil penghargaan kat dia ni.”  Mengekek Iz tergelak.  Kelakar tengok muka cemberut tak puas hati Elle.

“Cerita Elle ni kelakar sangat ke sampai Elle lupa nak gelak?  Apparently this is not funny abang.  Elle bukan dalam mood nak buat lawak sepetang bersama Fariz di petang hari.  I hate that guy!  Entah dari planet mana turun.  Tiba-tiba je cakap nak menyakitkan hati orang.  I’ve never met someone like him!”

“Jangan benci sangat, dik.”

“Why?  Takut Elle jatuh cinta kat dia?  Huh never!“  Elle bersuara sinis.  Dalam hidup aku tak ada istilah jatuh cinta.  Kasih sayang aku hanya untuk abang lepas ma dan pa tak ada.  Kasih sayang dan kepercayaan aku pada orang lain dah luntur sejak nyawa ma dan pa diragut macam semut je.  Apa dosa aku, abang, ma dan pa?  Nilai nyawa kami yang tak ada apa-apa ni tak ada nilai lansung ke di mata dia?

“Jangan cakap riak.  Ma dan pa dulu pun benci each other tapi lama-lama jatuh cinta.  Nikah then dapat abang dan Elle.  Kinda drama kat tv kan.“

“Abang ni tau je semua ye?  Who told you that?“  Elle beralih kedudukan.  Kali ini dia bersila menghadap Iz.  Tangannya menggocang lengan abangnya.

“Well, abang kan anak kesayangan ma.  Mesti la ma yang cerita kat abang.“  Tutur Iz dengan muka bangga.  Pipi adiknya dicubit sayang.

Elle mencebik.

***

“Hari minggu jugak la kau nak heret aku ke sana sini.  Penat la!  Hari minggu la aku nak tidur puas-puas kau tau.  Dah la weekdays kena hadap lecturer, assignment berkajang, muka budak-budak tak cun kat fakulti.  Hari minggu aku nak la buat syahid underground.”  Ujar Miji tak puas hati.  Mana taknya dia tengah tidur kat rumah sewa boleh si Zack datang, masuk bilik dan hempuk muka dia yang tengah syok anyam mimpi guna bantal.  Tersentak aku!  Nasib baik tak putus nyawa!

“Lepak la, Ji.  Itu sebab la aku ajak kau keluar.  Release tension.  Kalau duduk rumah tidur je bukan dapat apa pun.  Kata bosan dah belajar kan, weekend la nak berfoya-foya, cuci mata cari awek baru.  Kau kan dah lama menduda.“  Ayat terakhir itu diiringi dengan gelak kecil daripada Zack.  Maklumlah Miji dah 3 bulan clash dengan teman wanitanya, Mia selepas Miji kata dia bosan dengan perangai high maintenance Mia.

“Duduk rumah duit aku tak keluar.  Ni kalau dah keluar mau keluar jugak seratus dua.  Duit PTPTN aku pun dah nak habis ni bayar itu ini.  Kau anak orang kaya memang la senang.  Pinjaman pun kau tak ambik dah bapak kau mampu nak support kau.“

“Aaa ni yang tak syok aku dengar.  Tu semua duit papa aku.  Bukan duit aku.  Dah dia kata tak payah buat pinjaman aku tak buat la.  Jangan la sentap macam kena cucuk dengan electric shock.  Hari ni semua on the house okey!”  Zack memeluk bahu Miji rapat ke arahnya.  Miji tersenyum senang.  Jimat duit aku hari ni.

Tu yang best berkawan dengan Zack.  Tak kedekut tapi tak ada la sampai nak ambil kesempatan atas kemurah hatian Zack.  Dulu dia dengan Zack tak ada la baik mana.  Dia sendiri pun takut nak berkawan dengan anak orang kaya.  Zack pun nampak sombong masa tu.  Takut nak tegur walaupun satu kelas!  Tapi lepas mereka digandingkan dalam satu tugasan kelas, hubungan mereka berdua menjadi rapat.  Heh.  Macam lawak pulak rasa.  Zack yang nampak sombong tu rupanya okey-okey je.  Dia sendiri yang suka buat assumption tanpa nak bertanya pada tuan punya badan sendiri.

“Eh itu Elle kan!“  Tinggi suara Zack bertanya.  Miji turut mencari kelibat yang Zack katakan.

“Iye la.  Elle la tu tapi lelaki mana pulak dengan dia?  Siap bertepuk bertampar lagi.  Setahu aku dia tu single.  Tak ada boyfriend.  Tak sangka pulak boleh tahan gedik jugak perempuan ni bila dengan lelaki.  Hipokrit punya perempuan.“

Zack turut membalas selamba.  “Itu yang kau tahu, dude.  Yang kau tak tahu tu la yang depan mata kau sekarang.  Heh memang tak boleh percaya betul walaupun bertudung litup.  Nampak dingin macam snow queen tapi...“  Sengaja ayat itu tidak dihabiskan.

Dari jarak yang agak dekat, mata Zack tajam memerhatikan gelagat Elle dan lelaki bersamanya.  Nampak mesra dan romantis.  Sesekali lelaki itu memeluk bahu dan memegang tangan Elle.  Elle pula lansung tak menolak bahkan gembira dengan perbuatan tersebut.  Hati Zack mendongkol geram.  Dia sendiri tak pasti kenapa dia harus berperasaan begitu.

“Abang ni kedekut la!  Gaji riban-riban tapi nak belanja adik sendiri pun kedekut.  Sekali sekala kot belanja.  Boleh la abang ek?  Elle tak mintak banyak cuma belikan i-pad je untuk Elle.  Please abang?“

Iz menggelengkan kepala beberapa kali sementara jari telunjuknya turut digerakkan ke kanan dan kiri.  “Adik kecil lagi.  Tak boleh pakai mahal-mahal.  Pakai je dulu Sony Ericsson tu.  Tengok, abang sendiri pun low maintenance.  Selagi ada yang murah abang beli je yang murah.  Tak boleh membazir.  Lagipun baik abang belanja Elle beli emas.  Lagi berbaloi-baloi untuk future nanti.”

Elle mencebik bibir.  Muka aku nak pakai barang kemas?  Tak payah!  Tak suka aku pakai jewelleries ni.  Rimas!

“Tak apa la kalau dah macam tu.  Abang simpan je duit abang tu.”  Kata Elle berbaur rajuk seraya melepas nafas perlahan.  Lengan abangnya dilepaskan dan dia melangkah longlai ke hadapan.

“Manja betul budak sorang ni.“  Iz menggeleng kepala dan mengekori langkah adiknya dari belakang.

***

“Orang sekarang ni kan Ji, nampak je baik, sopan pakai tudung litup segala.  Tapi bila keluar dengan boyfriend melekat macam magnet.  Bertepuk tampar.  Tak guna la pakai baju XXXL, seluar loose habis, tudung litup tapi...“

“Tapi apa Zack?“  Miji terpinga.  Tiba-tiba Zack mengeluarkan kenyataan yang berbau sindiran.  Tapi sindir siapa?  Takkan sindir aku?  Aku mana pakai tudung litup?  Matanya memandang ke hadapan.  Nah!  Ada si Elle rupanya.  Patut la bengang sangat si Zack ni.  Tapi apahal dia nak cakap macam tu pulak?  Lantak la si Elle tu nak buat apa pun.  Bukan girlfriend dia.  Bercakap pun tak pernah.  Elle pun tak pernah ambil tahu atau mess dengan hidup Zack ni.

“Dah la Zack.  Jangan sibuk hal orang.  Masing-masing jaga hal sendiri sudah la.”  Miji mengerling wajah di hadapannya.  Masih beriak biasa tapi garis kerutan mula hadir di dahi yang berwajah bersih itu.  Elle yang sebelum itu sedang asyik menatap sekeping gambar yang diletakkan di celah muka surat buku mula tersentak tapi riak wajah masih dikawal.

Zack masih tak berpuas hati.  Bengang bila Elle nampak buat tak tahu dengan kata-katanya.  Tak kan tak dengar suara aku?  Aku sure kuat suara aku ni dah boleh buat dia dengar.  Dia menyambung kembali ayatnya.

“Aku bukan apa.  Sakit mata ni tengok gedik sangat kat mall tu Ahad baru-baru ni.  Kat sini bukan main la dingin macam ais tapi kat luar meliuk lentok macam api lilin.  Hipokrit betul la!”  Perkataan hipokrit ditekankan.  Miji beriak selamba.

Dump!

Zack dan Miji tersentak.  Kedua mereka memandang wajah Elle yang beriak dingin.  Rupa-rupanya tadi Elle menghempas buku tebalnya ke meja.  Geram mendengar tuduhan daripada Zack yang melulu.  Dia tahu sangat Zack menujukan kata-kata tersebut kepadanya.  Tanpa menunggu lebih lama Elle terus berlalu.  Kalau ditunggu lebih lama makin sakit hatinya.  Zack pula terus mengejar langkah Elle yang kian menjauh.

“Kenapa lari?  Tak betul apa yang saya cakap tu?“  Zack memprovok.  Elle tidak mempedulikan Zack.  Tak semena-mena lengan Elle ditarik.  Terundur sedikit Elle ke belakang.  Nasib baik tak berlanggar dengan tubuh tinggi Zack.

“Take your hands off!”  Bergetar suara Elle memberi arahan.  Zack tak mempedulikan malah makin kuat cengkamannya.  Elle mengetap bibir.  Gila!  Psiko!  Cari pasal ni namanya!  Orang sekeliling mula berbisik-bisik.  Memerhatikan drama sebabak di hadapan mereka.  Pergaduhan mulut di antara snow queen dengan Zack.  Pelik barangkali dengan gelagat Elle kali ni.  Jarang dapat mereka lihat wajah Elle memerah dan penuh dengan riak kemarahan.  Sebelum ini, Elle seolah-olah android yang tidak beremosi.

“Marah pulak?  Hari tu awak tak marah pulak bila lelaki tu peluk bahu dan pegang tangan awak?  Saya yang pegang beralas ni awak nak marah.  Pandai berlakon kan awak ni.  Kalau semua orang kat sini nak tau, perempuan ni nampak je baik padahal gedik nak mampus dengan boyfie dia.  Aku sendiri nampak tau!“

Bulat biji mata Elle.  Apa kena mamat ni?  Memalukan aku kat depan orang ramai.  Walaupun Elle pasti lelaki yang only-god-knows-his-name yang memegangnya ini tidak tahu hubungan sebenar dia dan Iz, dia tetap berasa malu.  Mana taknya, semua orang dah mula memandang sinis padanya.  Pasti memperkatakan tentang perangainya yang dikatakan hipokrit.  Berlindung di sebalik hijab.  Tanpa membuang masa, Elle merentap pergelangan tangannya.  Sekali.  Tak berjaya.  Kali kedua baru berjaya melepaskan daripada pegangan yang kukuh itu.  Itupun apabila dia menggunakan buku di tangan kirinya memukul bahu lelaki itu.

“Awak ni kurang pandai jugak kan.  Jangan bercakap kalau tak tahu.  Pernah dengar ayat never assume but ask?  I bet awak tak pernah dengar la kot.  Itu pasal awak terus nak memalukan saya macam ni.  Don’t talk like you know me, mister!  Mind your own damn business.  Lagi sekali awak buat macam ni, tau la apa saya nak buat.”  Elle bersuara dingin.  Terus dia berlalu sebaik sahaja selesai berkata-kata.  Zack termangu di tempatnya.  Kata-kata Elle tadi bermain di fikiran.

Never assume but ask!

***

Zack bersantai di atas katil miliknya.  Termenung.  Entahlah!  Sejak peristiwa di fire oleh Elle di kolej, memang dia elak la daripada bertembung dengan Elle.  Nampak Elle daripada jauh dia melencong ke arah lain walaupun jarak yang diambil untuk sampai itu jauh.  Malu!  Memang cukup malu!  Sesuka hati aku je nak tuduh Elle buat perangai tak senonoh.  Padahal aku tak tau pun hubungan sebenar mereka berdua.  Gambar di sebelahnya di ambil dan ditenung dalam.

Terpampang wajah ceria Elle, lelaki yang dilihatnya tempoh hari bersama Elle dan sepasang suami isteri.  Bahagian belakang gambar itu pula dilihat.

’My preciously treasure ever.  Adik sayang sangat-sangat abang, ma and pa. Muah!’

Zack menghela nafas berat.  Wajahnya diraup perlahan.

“Along!”  Wajah seorang kanak-kanak lima tahun terjegul di muka pintu.  Tersengih-sengih.  Wajahnya sahaja kelihatan manakala sebahagian badannya terlindung di sebalik pintu.

“Hey little sis. Come on in.”  Ajak Zack.  Badannya tadi yang separuh berbaring terus di ubah.  Dia duduk bersila di atas katil.  Nina yang mendengar pelawaan alongnya terus meluru masuk dan turut sama naik ke atas katil.  Bergolek-golek dia berbaring sambil ketawa riang.  Zack turut ketawa melihat telatah adik bongsunya itu.  Jarak yang ketara jauh antara mereka menyebabkan Nina begitu manja dengan alongnya.  Manakan tidak, Zack sudah menjangkau 20 tahun manakala Nina baru berusia 5 tahun.  Zack sendiri tidak mengerti kenapa arwah ibunya mengambil jarak yang terlalu jauh untuk menghadiahkannya seorang adik.  Masalah perempuan kot.  Heh kau tau part sedap je Zack.  Masalah orang perempuan kau mana ambil tahu.  Tiba-tiba terasa rindu pada arwah ibunya yang telah meninggal dunia semasa melahirkan Nina.

“Yi?  Ni gambar siapa, along?“  Suara Nina memecah lamunan Zack yang tadi mengelamun.  Nina mengunjuk gambar itu pada Zack.  Zack tersenyum.  Nina ditarik ke ribanya.

“Comel tak budak perempuan ni?”  Jari Zack lurus menunjuk pada wajah kanak-kanak perempuan dalam gambar tersebut.  Nina tekun memerhatikan.  Satu saat kemudian dia mengangguk-angguk.

“Siapa ni, along?”  Ulang Nina sekali lagi.  Matanya memandang wajah good looking Zack.

“Ni kak Elle.“

“L?  Nama dia huruf L ke?  Kenapa ada kakak?  Nina tengok macam sama besar dengan Nina je.“  Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulut kecil Nina.

Zack tergelak kecil dengan soalan daripada Nina.  “Akak ni dah besar la.  Sama umur dengan along.  Nama dia, E.l.l.e and sebutannya macam huruf L.“  Zack mengeja nama Elle satu-satu.  Nina terangguk faham.  “Ni gambar lama dia.“  Zack menambah lagi.

“Kenapa gambar akak ni ada pada along?  Ni girlfriend along ye…”  Zack tertawa mendengar tuduhan Nina.  Pipi adiknya dicium berkali-kali.  Terkial-kial Nina mengelak.  Rimas dengan ciuman yang berkali di pipinya.

Soalan Nina tadi dibiarkan tak berjawab.

***

“Nah!“  Terasa libasan angin pada wajahnya.  Dia memandang ke hadapan.  Dahinya berkerut.  Apa ni?  Main libas-libas hidung pulak.  Tak puas hati lagi ke pasal kes hari tu.

“Tak nak ke?“  Zack menolak ke hadapan gambar yang dikutipnya tempoh hari.

“Apa ni?”  Dua patah perkataan sahaja yang keluar daripada Elle.

“See it for yourself.“  Zack mengangkat kedua belah bahunya.  Elle merengus dengan sikap tak acuh lelaki di hadapannya.

Terbeliak mata Elle.  Cermin mata yang melorot ke bawah di betulkan ke atas batang hidung.  Gambar aku!  Ingatkan hilang dah.  Macam mana boleh ada pada mamat tinggi ni?

“Sebelum awak keluarkan ayat tipikal kat mana saya dapat gambar ni elok saya jelaskan terus la.“  Kata Zack bila melihat Elle membuka mulut.  Elle mendiamkan diri.  Tak jadi membuka mulut.  Beri laluan pada Zack untuk berbicara.

Zack menarik nafas seketika.  “Pada hari yang kita gaduh tu, awak ingat tak yang awak ada pukul buku pada bahu saya?“

Elle mengerutkan dahi.  Memikir.  Tak lama kemudia dia mengangguk.

“Maybe awak tak perasan gambar ni terjatuh.  Saya la yang kutip.”

“Kenapa dah sebulan baru nak pulangkan?  Kenapa tak awal-awal dulu?“

Zack ketawa perlahan.  Jelas kelihatan lesung pipit di kedua belah pipinya.  Elle terpana sebentar.

“To be frank, saya malu.  Yeah lepas kata macam-macam kat awak then saya dapat tahu hal yang sebenar.  That guy tu abang awak.  Walaupun dalam gambar tu muka korang berdua masih muda tapi muka abang awak tak banyak berubah.”

Elle terdiam tak berkutik.  Walaupun mula-mula tadi terasa nak marah sebab dah lama baru nak pulang gambar tapi kemarahan tu mencair bila dengar penjelasan daripada lelaki terbabit.  Perlahan-lahan bibirnya turut mengukir senyum.  Ikhlas.  Kali ini giliran Zakuan pula yang terpegun.  Pertama kali lihat senyuman Elle walaupun senyuman itu tak selebar mana.  Tipis sahaja.  Hatinya tiba-tiba bergetar semacam.  Ah sudah!  Tanda-tanda awal sakit jantung ke ni?

“Thanks so much.  Gambar ni is too precious for me.”  Terang Elle tanpa di pinta.  Zakuan senyum segaris.  “Saya Helina.  Helina Helmi.”

“Bond.  James Bond.”  Zack bergurau.  Tak semena-mena Elle melepaskan tawa kecil.  Lawak tengok muka serius Zack yang entah apa-apa tu.  Zack turut ketawa.

“Sorry.  Corny kan lawak tu.  Dah basi.  Saya Zakuan.  Kita coursemate kan tapi tak pernah jumpa pun satu sama lain.  Saya kenal awak pun bila Miji yang cerita.”

“Miji?”

“The guy yang ada dengan saya masa awak langgar saya dengan buku hari tu.”

“Ooo…”  Elle membalas pendek.  Tak tahu nak ulas apa.  Jam tangan dikerling sekilas.  Emm I’ve to go now.  Ada class BEL lepas ni.”  Elle dah mula berdiri.

“Err…Helina?”  Teragak-agak Zack bersuara.

“Yes?”

“Can we be friends?  Don't take me wrong, i just wanna be your friend, seriously. Just friend.  Saya betul-betul nak berkawan dengan awak.”

Lama Elle terdiam.  Dia tertunduk.  Zack dah berdebar menunggu jawapan daripada Elle.  Dia meninggalkan Zack seorang diri di meja.  Zack mengeluh hampa.  Langkah Elle diperhatikan.  Namun demikian baru tiga langkah menapak, Elle berpusing.

“Call me Elle.“  Terus dia meneruskan langkah.  Dari belakang, dia boleh mendengar suara Zack bersorak riang.  Dia turut mengukir senyum.

Entah apa-apa entah!

***

“Kita dah lama kawan kan.  Tapi tak pernah lagi keluar hang out sama-sama.“  Luah Zack pada satu petang di fakulti mereka.

“So?“  Elle bersuara malas.  Matanya tekun membelek helaian Readers Digest.

“Jom keluar weekend ni nak?  Awak dengan saya?“

Elle memandang ke arah Zack.  Dahinya dikerutkan.  Aku dengan dia je?  Gila!

“Awak dengan saya je?“  Jarinya dihalakan ke arah Zack dan dirinya sendiri.  Zack menggangguk.  Wajahnya penuh mengharap.  “Tak nak la.  Tak proper kalau orang nampak.  Kita bukan ada apa-apa pun.“

Zack mengeluh.  Selalu macam ni.  Dah kerap dia ajak tapi Elle selalu mengelak.  Entah bagaimana lagi harus dipujuk supaya Elle mengatakan ’yes’ pada ajakannya.  Dia sendiri kepingin untuk keluar berdua dengan Elle.  Hatinya memang dah jatuh sayang tapi lidah begitu berat nak meluahkan pada gadis di sebelahnya.  Memang sah-sah kena reject shop je nanti.

“Please Elle.  Kita selalu jumpa kat kolej je.  Bosan la.  Makan pun benda yang sama.  Hadap bangunan yang sama.  Saya teringin jugak nak belanja awak makan makanan yang mahal-mahal.  Cuci mata segala.”  Zack masih memujuk.  Elle mengetap bibir.

“Kalau awak segan atau rasa tak proper, how about saya bawak adik saya?”

“Awak ada adik?”

Zack tersengih sambil mengangkat keningnya.

***

Dari jauh Elle nampak batang tubuh Zack menghala ke arahnya yang sedang duduk di atas bangku.  Zack memimpin tangan seorang kanak-kanak kecil bersamanya.  Dah setengah jam dia tunggu Zack sampai tapi tak sampai-sampai.  Bila dia call, Zack asyik cakap “I’m on my way” sambil diiringi suara kecil yang bising daripada belakang.

“Sorry lambat.  Kena drag si tukang escort yang lambat bangun pagi.”  Zack menegur Elle yang berwajah selamba di hadapannya.  Nampak sweet Elle hari ini dengan blaus bunga-bunga dan skirt labuhnya.  Tudungnya hanya di pin biasa.  Tak ada style-style lilit leher macam budak perempuan sekarang pakai.  Elle selalu sederhana dan dia suka dengan gaya Elle.  At least tak ramai pesaing.  Zack senyum dalam hati.

“Kata nak bawak adik?  Mananya?  Ni siapa pulak?“  Pandangan Elle tertancap pada wajah comel di hadapannya.  Tengok pada gaya macam baru berusia 5 atau 6 tahun.  Nampak cute dengan gaun bunga-bunga dan rambut tocang duanya.  Elle tersenyum.

“Ni la adik saya, Nina.  Nina, cepat salam kakak.”  Zack menggamit adiknya supaya bersalaman dengan Elle.  Terus Nina mengambil tangan Elle dan mengucup laju lalu dia kembali kepada Zack semula.

“For real?  Biar betul?  Keciknya adik awak?  Ingat your niece tadi.”  Elle masih dengan muka tak percaya.  Mana taknya, Zack dah 20 tahun tapi Nina baru lingkungan kanak-kanak mentah.  Elle memicit pelipisnya.

“Betul la ni adik saya.  Mama dengan papa accident kut.  Itu boleh dapat Nina.“  Zack tersengih-sengih.  Merah pipi Elle dibuatnya.  Huish 18sx tu!

“Stop merepek.  Kita nak pergi mana ni?  Perut dah lapar tunggu awak lambat sangat.”  Elle terus bangun.  Baju di badannya di betulkan.

“Pergi makan dulu la along.  Nina lapar ni.”

“Hah brilliant betul Nina ni!  Let’s go to KFC.  Saya dah lama tak makan ayam goreng.”

“Badan kecil selera besar.  Banyak makan lemak.  No wonder terbantut.”

“Excuse me?”  Langkahnya terhenti.  Elle mendongak sedikit untuk memandang wajah Zack.  Hish buat terkehel leher je kalau tiap kali nak bercakap kena mendongak.  Tinggi macam KLCC!  Zack masih berwajah selamba.  Wajahnya seolah berkata ’What?  Dah memang kau tu paras dada aku je kut.’

“Yela...yela...KFC.  Jum, my treat.“  Zack yang baru ingin memimpin tangan adiknya tersentak apabila Elle dulu menarik tangan Nina.  Elle dilihatnya tersenyum manis pada Nina.  Nina turut ketawa gembira.  Zack turut senyum tawar tapi dalam masa yang sama, Zack terasa sebak.  Dia berjalan di belakang kedua mereka.  Nina adiknya tak pernah merasa kasih sayang seorang mama.  Harap dengan kehadiran Elle, adiknya dapat merasa kasih sayang daripada seorang bergelar wanita.

“Both of you search for the table.  Let me order the food.”

“Okay chief.”  Balas Elle.  Matanya meliar mencari meja kosong.  Kebanyakannya sudah di isi.  Maklum lah, hari sudah menginjak ke tengah hari.  Semua orang mula mencari tempat makan untuk mengisi tangki masing-masing.

***

“Hai.” Zack menyapa gadis yang sedang khusyuk membaca di salah satu bangku yang terdapat di taman itu.

“Hai.” Elle membalas tanpa menoleh kepada gerangan orang yang menyapanya. Dah kenal sangat dah suara tu. Tak tengok orangnya pun dah tahu siapa.

Masing-masing diam. Elle masih khusyuk menghadap buku, Zack mati kutu, tak tahu nak buat apa.

“Elle. Simpan la buku tu. Bosan la diam je. Kita jumpa ni untuk saya tengok awak baca buku tu je ke?” Zack menyatakan rasa tidak puas hati.  Elle tersenyum, buku di tangan disimpan ke dalam beg galas di sisinya.

“Ok, dah. Puas hati?” Lelaki di sebelahnya itu tersenyum.

“By the way. Nina apa khabar? Lama dah tak jumpa dia. Rindu la kat dia.” Memang dia rindukan Nina.  Kali terakhir mereka jumpa, ada la dua minggu lepas. lepas tu dia sibuk dengan segala tugasan dan presentation dekat university ni. Dah tak sempat nak jumpa budak comel merangkap adik Zack tu.

“Nina sihat. Dia pun rindu awak. Aii.. Tanya Nina je? Dekat abang Nina ni tak nak tanya sihat ke, sakit ke?” Zack mula tunjuk muka tak puas hati dia.

“Awak tu dah kat depan mata. Tengok gaya pun dah tahu sihat. Kan?” Elle jawab selamba.

“Eh? Mana awak tahu saya sihat? Sakit tu tak semestinya luaran je. Dalaman pun boleh sakit jugak.” Zack menjawab. Elle buat muka malas nak layan. Mula la nak merepek tu.

“Ha, ye la. Dalaman awak sakit ke? Sakit apa?” Tapi dalam malas nak melayan, Elle layankan jugak si Zack ni.

“Sakit rinduuuu…” Zack ketawa di hujung ayatnya bila tengok Elle dah tarik muka.

“Main-main awak ni. Saya lipat empat belas kang baru tahu.” Elle geram bila tengok Zack tak henti-henti ketawa. Ada jugak yang kena lipat betul-betul kejap lagi ni.

“Muka awak tu. Kelakar. Silap saya tak snap gambar awak buat muka tu tadi. Boleh tunjuk kat Nina. Mesti dia suka. Hahaha…” Zack menyambung tawanya.

Elle geleng kepala. Akhirnya dia pun ikut senyum. Bila Zack sebut nama Nina, terus dia rasa nak senyum. Adik Zack tu betul-betul mampu memulihkan mood dia.

***

“Elle.” Zack memanggil Elle yang sedang leka menghadap tasik di hadapan mereka. Sungguh tenang suasana petang ini. Elle mengalihkan pandangan matanya dari tasik ke arah Zack.

“Yup?” Elle kembali menala pandangan ke arah tasik. Segan dengan pandangan mata Zack yang tak beralih dari wajahnya.

“If you don’t mind. Boleh saya tahu tentang family awak? Kita dah kawan lebih 3 bulan, tapi saya tak tahu pun awak ni ada berapa orang adik-beradik. Tentang parents awak. Saya tak pernah tahu pasal dia orang.” Zack perasan raut wajah Elle jelas berubah. Nampak… sedih? Mungkin marah juga? Dia tak pasti.

“Kenapa tiba-tiba?” Elle jawab dingin. Dia tak suka bila orang tanya hal keluarga dia. Sebab dia akan ingat kejadian hitam itu.

“Awak kawan saya. Tak boleh ke kalau saya nak tahu?” Zack tanya tak puas hati. Elle diam. Lama dia berfikir.

“Ok, fine. Saya ada seorang abang.” Balas Elle pendek.

“Itu je? Parents awak?” Zack seakan mendesak.

Elle hela nafas panjang.

“Parents saya. Dia orang dah tak ada. Dibunuh depan mata saya, masa saya baru 5 tahun.” Zack terdiam. Jelas kaku. Tak sangka dengan apa yang didengar. Dia memerhatikan riak wajah Elle. Kosong.

“Saya minta maaf. Saya tak sangka..” Ayat Zack tergantung apabila Elle geleng kepala seraya berdiri.

“Tak apa. Awak tak tahu. Saya balik dulu.” Dia perlu pulang. Kerana empangan air matanya mungkin akan pecah dalam masa beberapa saat lagi. Dan dia tak mahu lelaki itu melihat dia dalam keadaan lemah begitu. Selama ini dia sangat terkenal sebagai seorang yang heartless di kalangan pelajar kolej mereka.

Zack terdiam. Dia hanya mampu menghantar pemergian Elle dengan pandangan mata yang jelas penuh tanda tanya dan riak tidak percaya. Rupanya gadis itu menyimpan satu rahsia yang sangat menyakitkan. ‘No wonder she put a limit with everybody around her and she prefers to be a lone ranger than making friends with others.’ Detik hati Zack. Kakinya melangkah ke arah kereta yang diparkir berhampiran. Ingin pulang ke rumah apabila tiada apa lagi yang menarik untuk dilakukan.

***

“Parents saya. Dia orang dah tak ada. Dibunuh depan mata saya, masa saya baru 5 tahun.”

Ayat itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Sudah seminggu perkara itu berlalu, seminggu juga gadis itu seakan menjauhkan diri darinya. Apa salah dia? Bukan dia yang bunuh ibu bapa Elle.

“Elle!!” Zack menjerit memanggil gadis itu apabila terpandang kelibat Elle yang laju melangkah ke arah pintu keluar dewan kuliah mereka. Gadis itu tidak menghiraukan panggilannya. Masih laju mengatur langkah. Zack mempercepatkan langkahnya. Ingin meminta penjelasan dari gadis yang tiba-tiba menjauhkan diri tanpa sebab.

“Stop. Or else.. Saya tarik awak ikut saya?” kata-kata itu berjaya menghentikan langkah Elle. Zack mendekati temannya itu.

“Kenapa awak lari dari saya?” Zack terus bertanya apabila dia berdiri di hadapan Elle. Elle hanya diam. Dia pun tak faham kenapa dia jauhkan diri dari Zack.

“Please Elle. Jangan buat saya macam ni. Saya ada buat salah ke?” Zack masih tak jemu bertanya.

“Errmm.. tak.. awak tak salah apa-apa.” Akhirnya Elle bersuara.

“Habis tu? Kenapa awak lari dari saya seminggu ni? Dah tak nak kawan dengan saya?” Zack memprovok gadis di hadapannya itu. Mata itu. Bagai banyak perkara yang disimpan, tidak diluahkan. Tapi apakah ia?

“Saya..” ayatnya tergantung. Zack angkat kening. Tanda suruh teruskan ayat yang tergantung tu.

“Saya.. ermm.. terserempak dengan orang yang bunuh parents saya hari tu. On the way back dari jumpa awak dekat tasik tu. Saya tak tahu nak buat apa. Sebab saya tak boleh hilangkan marah saya pada orang tu. Dia rampas parents saya. Dia sebabkan saya dan abang saya jadi yatim piatu. Dia kejam. Dia jahat. Dia..” Elle tidak mampu meneruskan kata-kata.

Zack sekali lagi terdiam dengan apa yang diluahkan gadis itu. Tangannya tanpa sedar menarik gadis itu supaya menuruti langkahnya. Elle hanya menurut. Air mata yang mengalir dibiarkan tidak ditahan. Dia sudah penat berlakon sebagai seorang yang heartless. Dia juga manusia. Punya hati dan perasaan sebagaimana manusia yang lain.  Tangan yang menarik lengan Elle yang berbaju kurung dilepaskan sebaik sahaja mereka duduk di bangku yang berhampiran.  Jauh dari semua orang.  Biar orang lain tidak nampak air mata Elle yang selama ini mahal untuk dipertontonkan kepada orang lain.  Zack masih mendiamkan diri.  Membiarkan Elle yang masih beranak sungai dengan air mata itu melepaskan segala rasa yang terjeruk.  Matanya dilepaskan ke hadapan.  Nafasnya di hela perasaan.  Elle di sebelah sudah kelihatan sedikit tenang.  Tangannya mengelap air mata yang masih bersisa dengan belakang tangan.

“Here.”  Elle mengangkat wajah.  Matanya jatuh pada tisu yang berada di tangan Zack.

“Apa ni?”

“Kain kapan.”  Zack membalas selamba dengan wajah sesen pun tak rasa berdosa.  Bulat mata Elle.  Zack tersengih.  Kelakar tengok wajah yang sembab itu nampak terkejut dengan dua patah perkataannya itu.

“Offhanded je awak ni.  Benda macam tu pun nak buat main ke.”  Elle mengomel perlahan namun tisu yang dihulurkan disambut juga.

“Feeling better?”

“Much better.  Thanks.”  Kedua-duanya diam seketika.  Masing-masing melayan perasaan sendiri.  Isu Elle terserempak dengan orang yang membunuh ibubapanya lansung tak disentuh.  Selagi Elle tak membuka mulut dia juga tidak akan bertanya.  Bimbang air mata Elle tumpah lagi.  Entah kenapa…hatinya juga terasa sakit apabila melihat Elle hiba.  Aku…jatuh cinta ke ?  Pipinya terasa hangat tiba-tiba.  Kepalanya digelengkan laju.

“Do you think bad guy deserves second chance?”  Elle memecahkan hening antara mereka.  Zack menoleh sisi wajah Elle.  Wajah itu kelihatan kosong.  Pandangannya dilontarkan ke hadapan.  Zack tidak dapat mengagak soalan itu akan membawa ke mana.

“Everyone deserves a second chance, Elle.  No matter how bad they are.  Kalau mereka dah insaf kenapa kita tak boleh maafkan mereka.”

Elle mengukir senyum.  Tawar tak bergula.  “Walaupun itu melibatkan nyawa manusia lain yang melayang disebabkan ketamakan mereka?  Layak ke orang macam tu dimaafkan?”

Zack terdiam.  Tak tahu nak membalas apa.  Nak diberi nasihat percuma, dia tak merasakan apa yang Elle rasakan.  Mendengar cerita dan mengalami sendiri dua perkara yang berbeza.

“Saya tak rasa saya boleh maafkan pembunuh tu.”

“Elle…”

“The damage has done.  Apa yang dia buat tak ada button undo atau backspace. Dan ingatan saya bukan macam karbon pensil atau dakwat pen yang boleh dipadam dengan pemadam atau liquid paper. Selagi saya bernafas, saya takkan boleh lupakan apa yang berlaku.”  Usai mengucapkan kata-kata itu, Elle berdiri.  Zack masih statik di tempatnya.  Elle memandang wajah Zack.  Seulas senyuman ikhlas dipamerkan di hujung bibir.

“Thanks for today.  I owe you one.”

***

Elle melihat jam di tangan. Tepat 3 petang. Dia memandang lelaki di hadapannya yang sedang enak menyuap nasi ayam di dalam pinggan ke mulut. Mereka sekarang berada di cafeteria, mengisi perut selepas tamat menjawab kertas terakhir untuk peperiksaan akhir semester. Masing-masing berwajah ceria. Beban peperiksaan akhir sudah tamat!

“Zack.” Elle memangil lelaki itu. Zack mengangkat kepala. Kening dijungkitkan tanda bertanya. Mulut penuh dengan nasi ayam.

“Lepas ni kita mesti susah nak jumpa dah kan? I’m gonna missed Nina, for sure.” Nasi berlauk tempe goreng dan ayam sambal itu disuapkan ke dalam mulutnya selepas habis dia menuturkan ayat itu. Zack hanya mengangguk.

“Saya akan rindukan awak.” Zack bersuara mengusik. Walaupun dia memang benar maksudkannya, tapi dia tidak mahu menunjukkannya di hadapan gadis ini. Elle bukan macam gadis-gadis lain.

Elle mencebik, saja menyakat Zack. Dia tidak mahu terbuai dengan kata-kata daripada lelaki di hadapannya ini.

“Awak dah siap kemas semua barang ke?” Soalan itu ditujukan kepada Elle. Gadis itu mengangguk.

“Dah. Esok petang abang saya datang ambil saya. Then terus balik rumah. Awak?” Dia bertanya kembali kepada lelaki di hadapannya itu.

“Barang saya tak banyak pun. Faham je la orang lelaki. Esok saya balik sekali dengan Miji. Miji nak tumpang.” Hatinya rasa berat. Dia yakin dia akan rindu pada gadis ini.

“Ohhh..” hanya itu yang dibalas oleh Elle. Kemudian dia terus fokus pada makanan di hadapannya.

Selesai menjamu selera, Zack menghantar Elle ke kolej kediaman pelajar perempuan.

“Ok, terima kasih sebab hantar saya. Esok bawak kereta elok-elok. Jaga diri. Jumpa lagi, InsyaAllah.” Elle berpesan sebelum dia keluar dari perut kereta Zack.

“Sama-sama. Hal kecil je tu. Ok, Bila-bila jumpa lagi. Awak pun jaga diri elok-elok.” Gear dimasukkan, kereta itu bergerak meninggalkan kolej kediaman tersebut. Elle melangkah memasuki biliknya. beberapa kotak yang terdapat di sudut bilik itu dipandang. Tak sabar nak balik!!!

***

“Ada apa-apa lagi yang tertinggal? Dah check semua?” Iz membuka pintu keretanya. Enjin kereta dihidupkan, tapi dia masih berdiri menunggu Elle yang sedang memeriksa segala barangnya di bonet kereta.

“Ok, dah. Confirm tak ada yang tertinggal.” Elle menutup bonet kereta abangnya itu. Kakinya melangkah ke arah pintu sebelah penumpang. Baru sahaja dia ingin membuka pintu, sebuah kereta Persona merah berhenti betul-betul di sebelah kereta Honda CRV milik Iz. Dia kenal kereta itu. Zakuan. Ada apa?

“Elle.” Zack memanggil Elle sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Iz di bahagian pemandu didekati. Tangan dihulur untuk bersalam.

“Zakuan. Coursemate Elle. Miji, coursemate Elle juga, merangkap bestfriend saya.” Zack bernada formal. Miji di sebelah diperkenalkan. Iz tarik senyum. Sudah acapkali dia mendengar nama Zack disebut adiknya apabila mereka di rumah.

“Iz. Abang Elle. “ Salam bersambut. Elle masih tegak di tempatnya. Hairan melihat kemunculan Zack dan Miji yang tiba-tiba. Zack mendekati Elle, manakala Miji dan Iz berbual kosong. Bagi peluang pada Zack untuk jumpa Elle.

“Elle. Sorry, saya datang tiba-tiba tak beritahu dulu.” Zack diam.

“Saya cuma nak jumpa awak buat kali terakhir sebelum balik. Lepas ni tak tahu bila kita akan jumpa lagi since kita dah final sem ni. so.. hopefully awak tak lupakan saya lepas ni. I love to be your friend. Do take really good care of yourself. Dan…” Ayat itu tergantung. Elle memandang Zack.

“Dan??” Elle menyoal.

“Dan.. cubalah belajar memaafkan. Setiap orang melakukan kesalahan. Tapi percayalah, memaafkan itu adalah sesuatu yang indah. Jangan biarkan dendam tu terus merosakkan hati awak, Elle. Semoga awak mampu memaafkan orang tu.” Zack menanti respon Elle.

Gadis itu hanya diam. Riak wajah itu sukar dibaca. Iz dan Miji masih leka berbual. Sesekali mata Iz melirik kepada adiknya. Dan dia nampak wajah itu bertukar mendung selepas Zack habis berkata-kata tadi.

“Hmm.. ok.” Jawab Elle ringkas. Pesanan Zack yang terakhir itu sukar untuk dia terima. Hatinya sudah keras, sukar untuk dilembutkan.

“Ok lah. kami gerak dulu. Drive elok-elok abang Iz. Bila-bila kita jumpa lagi.” Zack meminta diri. Usai bersalaman dengan Iz, dia dan Miji bertolak meninggalkan perkarangan kolej kediaman Elle. Iz memasuki kereta, diikuti oleh Elle. Honda CRV itu meluncur laju menuju ke destinasi. Masing-masing hanya mendiamkan diri di dalam kereta. Elle leka melayan perasaan, mengingati pesanan Zack. Mampukah dia memaafkan??

***

Elle berjalan menuju ke Watson. Niatnya untuk membeli pencuci muka yang hampir habis. Alang-alang dah keluar ni, beli je la terus.

“Along! Papa! Nina nak anak patung Angry Bird tu. Comel la.” Suara itu mematikan langkah. Dia menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Automatik senyum terukir di bibirnya. Sungguh, dia rindu kanak-kanak itu. Matanya leka memerhati dua beradik itu. Bersama mereka, seorang lelaki yang agak berumur, mungkin 50-an. Ayah Zack, mungkin. Sebab tadi dia dengar Nina memanggil lelaki itu papa.

Elle melencong ke arah keluarga itu. Ingin menegur Zack. Sudah lama mereka tidak berjumpa sejak tamat pengajian di kolej. Namun langkahnya terkaku sebelum sempat dia menegur Zack. Terkaku melihat lelaki yang berdiri di sebelah Zack. Lelaki yang dipanggil papa oleh Nina. Dia berundur. Menjauhkan diri dari kawasan itu. Mujur Zack atau Nina tidak perasankan dia. Niat ke Watson dilupakan. Dia segera menuju ke tempat letak kereta.

“Arghhh!!!” Elle melepaskan rasa yang terbuku apabila tiba di dalam kereta. Mujur kawasan letak kereta itu kosong. Hatinya berbaur rasa. Marah, geram, kecewa, kesal dan macam-macam lagi. Sungguh dia tidak percaya akan kenyataan ini. Enjin kereta dihidupkan. Hanya satu nama yang ada di dalam kepalanya, yang dia yakin mampu meredakan segala rasa yang menyeksa jiwanya ini.

“Abang, I need you.” Kereta Viva putih itu dipandu bersama linangan air mata. Kebenaran itu terlalu pahit untuk diterima.

***

Elle merenung wajah Iz yang sedang enak mengunyah Mister Potato. Mengunyah, tapi mata masih lekat pada TV yang menayangkan entah cerita apa. Elle buntu. Mungkin patut diluahkan kepada Iz, minta pendapat abangnya itu. Mungkin abangnya ada penyelesaiannya.

“Abang.” Elle memanggil Iz. Iz menoleh sekilas ke arah adiknya, kemudian mata kembali dihala ke peti televisyen.

“Hmmm??” hanya itu yang dibalasnya.

“Abang. Apa abang akan buat, kalau suatu hari abang ditakdirkan terserempak dengan pembunuh papa dan mama?” Elle kekal riak muka biasa. Iz terhenti mengunyah. Tangan yang ingin memasukkan chips ke dalam mulut terhenti. Mata tertunak memandang adiknya itu.

“Kenapa tiba-tiba keluar soalan ni?” soalan berbalas soalan.

Don’t know. It came across my mind, suddenly.” Elle menyembunyikan hakikat sebenar. Ingin tahu pendapat abangnya terlebih dahulu.

“Hurmm.. Abang tak pasti. Tapi abang rasa mungkin abang tak buat apa-apa kut.” Iz menjawab tenang. Jelas berubah riak wajah Elle. Dia nampak tu.

“Kenapa? Abang tak marah dia dah bunuh parents kita? Dia dah sebabkan kita jadi yatim piatu sedangkan masa tu kita masih kecil lagi. Abang tak rasa marah? Abang tak berdendam??” nada suara Elle yang awalnya lembut kini semakin kasar. Nyata tidak puas hati dengan jawapan Iz. Sedangkan dendam itu masih berbara dalam dirinya. Bagaimana abangnya dengan mudah boleh memaafkan? Tak patut!

“Elle. Itu dah ajal mama dan papa. Allah lebih sayangkan mereka. yes, dulu abang marah. Sangat marah sampai abang rasa abang tak akan maafkan pembunuh tu sampai bila-bila. Abang pun macam Elle jugak, mempersoalkan kenapa mesti ibu bapa kita dibunuh? Sedangkan mereka sangat baik. Tapi Elle.. bukan ke setiap yang hidup pasti akan mati? Dan dah tertulis kat atas tu, hayat papa dan mama sampai situ saja. Siapa kita nak menidakkan apa yang Allah dah tetapkan?” panjang lebar hujah Iz. Namun adiknya itu dilihat masih mencuka. Masih tidak berpuas hati.

“Lagipun Elle..” Iz menghela nafas panjang. Dia perlu bercakap baik-baik dengan adiknya ini. Dia faham sangat dengan kedegilan adiknya yang satu ni.

“Elle rasa mama dengan papa suka ke kalau mereka tahu kita hidup berdendam? Abang tahu, papa dengan mama mesti nak kita move on. Lupakan apa yang dah jadi. It was fated to be like that, adik. We should accept qada’ dan qadar kita.”

Elle diam. Ada benarnya dalam kata-kata abangnya itu. Tapi..

“Hurmmm.. Its ok. Elle naik atas dulu.” Dia terus berlalu meninggalkan Iz di ruang tamu. Iz hanya menghantar pemergian adiknya dengan pandangan mata.

***

“Elle..” Iz mengetuk pintu bilik Elle. Tombol dipulas, tak berkunci. Terus dia membuka pintu bilik itu dan melangkah masuk, mendapatkan Elle di balkoni.

Langkahnya terhenti di pintu balkoni. Matanya ralit memerhati perlakuan Elle yang sedang memegang pisau di tangan sambil menikam sekeping gambar. Matanya memerhatikan gambar tersebut. Dia tergamam.

“Elle…” tangan Elle terhenti apabila mendengar suara abangnya. Dia cepat-cepat menyembunyikan gambar dan pisau tersebut, tapi tak guna. Abangnya dah nampak segalanya.

“Adik.. tu gambar Zack kan? Lelaki tu.. Ayah Zack?? Errr..” Iz kematian kata. Tak tahu apa yang perlu diucapkan. Tak percaya dengan apa yang baru dia tahu.

‘lelaki yang bunuh papa dan mama, ayah Zack??’ mindanya diserang persoalan itu. Sukar untuk dipercayai.

“Ya! Ayah Zack yang bunuh papa dan mama! Petang tadi Elle ternampak dia orang berjalan. Dia orang happy sangat abang. Kalau papa dengan mama masih hidup, mesti kita akan bahagia, sama macam dia orang jugak. Elle nak lelaki tu rasa apa yang Elle rasa! Elle akan pastikan, dia hilang apa yang dia sayang!” tiba-tiba Elle menjerit, mengejutkan Iz yang masih terdiam tidak percaya.

Elle berlalu ke dalam biliknya. Kunci kereta yang terletak di atas meja solek diambil dan dia melangkah keluar. Iz tersedar. Dia mengejar adiknya.

“Elle! Elle nak pergi mana?” Dia menahan langkah adiknya sebelum sempat adiknya itu menuruni tangga.

“Elle nak balas dendam, abang! Elle tak akan diam selagi Elle tak dapat balas apa yang dia buat pada keluarga kita!” Elle menuju ke tangga. Tapi langkahnya terhenti lagi apabila Iz mencapai pergelangan tangannya. Elle memandang Iz tajam.

“Abang ni kenapa? Lepaslah! Jangan halang Elle!” Elle meronta minta dilepaskan.

“Adik!! Mengucap! Elle! Elle dah gila ke? Elle jangan samakan diri Elle dengan pembunuh tu! Kita serahkan semua urusan ni pada pihak polis je!” Iz turut meninggikan suara. Adiknya ini perlu disedarkan!

“Elle tak kira! Biar la Elle masuk penjara pun, Elle tak kira! He must pay for what he has done!” Elle semakin menggila. Cengkaman di pergelangan tangannya cuba dilepaskan. Kakinya dipaksa melangkah ke arah tangga.

“Elle.. Elle tak sayang abang ke? Elle nak tinggalkan abang sorang-sorang? Siapa nak teman abang kalau Elle masuk penjara? Lagipun.. macam mana dengan perasaan Elle sendiri? Elle cintakan Zack, kan?” Iz masih cuba memujuk. Reverse psychology. Lagipun, memang benar apa yang dikata. Elle cintakan Zack, tapi dia tak mampu untuk memberitahu lelaki itu. Jadi adiknya hanya meluahkan apa yang dirasa pada dirinya.

“Elle sayang abang. Sayang sangat-sangat. Tapi Elle tak boleh terima abang dah maafkan dia. Abang tak sayang mama dengan papa ke? Pasal Zack, Elle dah tak kisah. Dia pun anggap Elle sebagai kawan saja. Antara kami tak mungkin akan jadi lebih daripada kawan, abang.” Elle mula teresak. Sungguh, dia tak boleh lupakan kejadian hitam itu. Segalanya kembali mengetuk ingatannya.

Elle yang tadi seperti sudah membatalkan niatnya untuk membalas dendam, kembali agresif. Tangannya direntap sekuat hati dari pegangan Iz yang semakin longgar. Pegangan terlepas! Dia segera berlari menuju ke tangga. Iz mengejar adiknya. Langkah kakinya yang panjang memudahkan dia untuk mendapatkan adiknya yang kecil molek itu. Dia segera menghalang laluan Elle dari hadapan, satu anak tangga ke bawah dari Elle.

“Abang tepi! Jangan halang Elle!” Tangan Elle memukul dan menolak abangnya. Dalam cuba meredakan amukan Elle, tanpa disedari Iz telah tertolak adiknya itu ke hadapan. Elle yang terdorong ke hadapan tidak sempat mengimbangi badannya lalu jatuh tergolek hingga ke anak tangga terakhir. Iz tergamam.

“Elle!!!!” Jeritan Iz bergema apabila melihat adiknya terbaring kaku di atas lantai. Segera dia berlari mendapatkan adiknya itu.

“Elle! Bangun. Jangan tinggalkan abang, dik.” Iz memangku adiknya yang sudah tidak sedarkan diri.

“Elle, tahan. Adik jangan tinggalkan abang. Abang dah tak ada siapa-siapa. Elle.. tahan. Tolong, bertahan!” Iz segera mencempung tubuh kecil adiknya itu dan dibawa masuk ke keretanya. Honda CRV itu bergerak laju meninggalkan rumah mereka dan memebelah kepekatan malam menuju ke hospital.

‘Elle, please. Tolong bertahan!’ desis hati Iz. Sepanjang perjalanan itu dia berdoa supaya adiknya itu dapat diselamatkan.

***

Pintu ward Elle dibuka perlahan.  Matanya tertancap pada belakang badan seorang lelaki yang sedang duduk menghadap Elle yang terbaring kaku sambil menggenggam erat jemari Elle.  Masuk hari ini sudah seminggu Elle koma tak sedarkan diri selepas terjatuh daripada tangga tempoh hari.  Mujurlah kain kasa yang membalut luka di kepala Elle sudah tidak basah dengan darah.

“Assalamualaikum.”

Perlahan Iz menoleh.  Bibirnya mengukir senyum tawar pada Zack.  Wajahnya kelihatan tak bermaya.  Zack faham apa perasaan Iz melihat adik kesayangannya terbujur kaku.  Dia juga terasa ingin rebah apabila Iz menelefon memberitahunya tentang keadaan Elle.  Cuma punca kenapa Elle jatuh tidak diberitahu.  Tapi itu tidak penting.  Yang penting Elle segera buka mata dan kembali meneruskan hidup.  Dia masih terlalu muda untuk terus berbaring kaku.  Banyak perkara yang ingin Elle lakukan untuk masa depannya.  Dan dia juga…terlalu banyak perkara yang ingin dibuat perhitungan dengan Elle.

“How’s she today?”  Zack mengambil tempat di sebelah Iz tanpa dipelawa.  Matanya dilekatkan pada wajah pucat Elle.  Dulu walaupun wajah itu sering dilihat tanpa perasaan tetapi itu lebih baik daripada melihat wajah itu pucat tak berdarah seperti sekarang.

Iz melepaskan nafas berat.  Sesekali jemari adiknya itu dicium lembut dan diusap perlahan.  Mana tahu Elle dapat merasakan sentuhannya dan segera sedar!

“Sama macam sebelum ni.  Doktor kata Elle mengalami kebarangkalian untuk…”  Ayat itu tidak dihabiskan.  Terasa sebak mengasak di dadanya.  Ya Allah!  Kasihanilah adikku!  Aku tak mahu adik aku melupakan aku sebagai abangnya.  Tapi kalau ingatan yang hilang tu boleh menyebabkan dia lupa pada dendamnya…aku redha, Ya Allah.  Aku cuma mahu adik aku kembali membuka matanya.  Hidupnya kebelakangan ini tidak tenang memikirkan Elle.  Saban hari dia menangis di atas sejadah berdoa supaya adiknya sedar semula walau dengan ingatan yang hilang ataupun tidak.

“Kebarangkalian apa, abang Iz?”  Zack tertanya-tanya.  Tajam pandangannya di wajah cerah Iz.  Debarnya mula memainkan rentak.

“Kesan hentakan di kepalanya semasa Elle terjatuh daripada tangga tu mungkin mengakibatkan gegaran pada otak.  Dia mungkin akan mengalami Retrogade Amnesia.  Cuma kita tak tahu sama ada itu akan memberi kesan atau tidak pada Elle.  Kita cuma boleh tahu bila Elle dah buka mata.”  Suara Iz bergetar.  Birai matanya terasa hangat.  Dia bukan lelaki cengeng yang senang-senang mengeluarkan air mata.  Sejak kebelakangan ini, terasa murah benar air mata itu.  Zack di sebelah sudah mendiamkan diri.  Iz berdehem.  “Abang nak pergi toilet kejap.  Tolong tengokkan Elle.”  Alasan itu diberikan untuk keluar kerana air matanya seakan ingin gugur pada detik itu juga.  Zack memahami gelodak di jiwa Iz hanya mengangguk perlahan.  Iz bingkas bangun dan segera berlari ke arah tandas atau di mana-mana sahaja untuk dia melepaskan perasaannya.

Zack masih mendiamkan diri.  Wajah Elle dipandang lama.

“Saya tak pernah sangka akan jumpa awak dengan situasi macam ni.  Punca awak jatuh pun saya tak tahu.  Mesti awak pun tak nak beritahu saya bila awak dah sedar nanti.  Saya ni tak habis-habis kepoh nak ambil tahu hal awak kan.”  Zack ketawa payah.

“Abang Iz cakap awak mungkin akan mengalami amnesia.  Mungkin juga tak.  Tapi saya tak kisah kalau ingatan awak hilang sekalipun.  Walaupun awak dah tak ingat pada saya.  Saya…saya cuma nak awak sedar je, Elle…walau bagaimana pun keadaan awak.  Please, Elle…demi abang Iz yang sayangkan awak.  Saya tak kisah kalau awak dah tak ingat saya even our mere memories.  As long as you lived, that’s enough for me.”  Pipinya terasa basah tiba-tiba.  Zack memegang pipinya.

“Man…saya menangis ke?  Kalau awak nampak ni mesti awak gelakkan saya kan.  Hilang la macho saya menangis macam ni.”  Sekali lagi Zack cuba ketawa namun tawanya itu menjadi tangisan kecil.  “Please open your eyes, Elle…”

Iz yang berada di balik pintu memejamkan mata.  As long as you lived, that’s enough for both of us, adik…

***

Zack tersenyum gembira.  Langkah kakinya di atur laju ke arah ward yang menempatkan Elle.  Pagi tadi Iz memberitahunya bahawa Elle sudah sedar.  Namun dia pelik.  Ada nada kesedihan dalam tutur kata Iz.

“Elle!”  Perkataan pertama yang diucapkannya apabila pintu bilik dibuka.  Dua pasang mata menoleh ke arahnya.  Satu dengan pandangan yang sayu.  Satu lagi dengan pandangan kosong.

“Oh Zack dah sampai ke.  Masuklah…”  Iz mempelawa Zack masuk.  Elle buat tak tahu.  Tak kan nak sambut dengan karpet merah kot.  Ingat ni anugerah Oscar ke.

“Elle, how are you?  Feeling better?”  Elle mengerutkan dahi.  Eh apa kes pulak ni?  Tiba-tiba tegur aku.  Kenal ke?

“Do I know you?”  Tanya Elle dengan wajah yang serius.  Iz diam.  Zack terpaku.  Matanya memandang Iz.  Iz memegang bahunya erat.  Seakan cuba menyalurkan kekuatan.

“Adik, ni la Zakuan yang abang cakap nak telefon tadi.  Adik tak ingat Zakuan ke?”  Giliran Iz pula yang bertanya.  Sedari dia menyebut nama Zack sejak adiknya membuka mata, adiknya hanya terpinga.  Seolah tak mengenali kawan baiknya sendiri.  Bukan itu sahaja kejadian yang berlaku bertahun dulu juga tak dapat diingatinya.  Doktor terus dipanggil dan…the rest is history.

“Ok nama dia Zakuan.  Apa kaitan dia dengan kita?  Kawan abang ke?”  Wajah Elle kosong tak membayangkan apa-apa.  Zack hanya tersenyum nipis.

“Saya kawan awak.”  Pintas Zack.  Kini mata Elle beralih pandang pada Zack.  Menantikan kata-kata seterusnya.  “Kita belajar sama-sama kat uni.  Awak, saya dan Miji.  Ah awak ingat Nina tak?”

Elle memandang wajah abangnya silih berganti dengan Zack.  Kemudian dia menundukkan wajah.  Satu apa pun aku tak ingat!  Aku dah masuk uni ke?  Since when?

“Saya…saya cuma ingat abang, mama dan papa…saya ingat saya menangis tak henti-henti sebab papa dan mama meninggal tapi saya tak ingat punca mereka meninggal.”  Elle bermain dengan jarinya.

Tanpa sedar Iz menghela nafas lega.  Sekurangnya-kurangnya Elle sudah tidak ingat pada dendamnya.  Teringat quote dalam Schubert Serenade.  There’s always a beauty in tragedy.

“It’s okay.  For the time being, you just get enough rest and don’t push yourself to remember anything.  Satu hari nanti mesti Elle akan ingat semula.”  Iz menenangkan adiknya.  Mudah menenangkan Elle yang tak ingat apa-apa berbanding satu lagi hati yang pasti terasa sakit dengan kejadian ini.

“Abang keluar kejap.  Jom, Zack.”  Iz menepuk perlahan bahu Zack.  Dengan longlai, Zack bangun.  Sekali lagi wajah Elle dipandangnya sebelum langkahnya menuju ke pintu.  Elle melemparkan senyum segaris ke arah Zack.

Iz menghampiri Zack yang termenung di meja kafetaria hospital.  Dua cawan kopi yang masih hangat di letakkan atas meja.

“Zack ok?”  Tanya Iz sebaik sahaja dia melabuhkan duduk di atas kerusi.

Zack mengangguk lemah.  “Saya ok je.  Happy tengok Elle dah sedar.”

“Abang Iz mintak maaf.  Elle tak dapat ingat pada Zack.”

Zack tersengih plastik.  “Saya tak kisah pun asalkan dia ingat family dia sudah.  That’s enough for me.  Lagipun kalau Elle ingat pada saya mesti dia gelakkan saya sebab risau pasal dia.”

Iz turut tersenyum segaris.  Untung Elle dapat kawan sebaik Zack.

***

“Rajinnya awak datang melawat saya hari-hari.”  Elle tersengih lebar melihatkan Zack kembali lagi melawatnya di rumah.  “Abang saya pun tak sekerap ni melawat saya.”  Sejak Elle dibenarkan keluar hospital hampir setiap hari dia akan melawat Elle di rumah.  Pada mulanya memang sukar untuk Elle menerimanya sebagai kawan baru.  Baru?  Pedih hati Zack memikirkannya walaupun usia perkenalan mereka tidaklah lama mana.

Zack hanya mengulum senyum.  Elle sekarang berbeza sangat dengan Elle dahulu.  Elle sekarang kelihatan lebih bersemangat dan ceria.  Namun, dia masih merindukan Elle yang dulu.  Elle yang mahal dengan senyuman tapi sesekali dia tersenyum nipis berdebar jantung Zack melihatnya.

“Saya tak ada apa nak buat kat rumah.  Lepak je la.  Lagipun…”

“Lagipun apa?”

Sekali lagi Zack tersengih sambil menggelengkan kepala.  “Tak ada apa la.  Lupa dah nak cakap apa.”

Elle menjulingkan mata ke atas.

“Ah awak tunggu kejap eh.  Saya nak hidangkan air untuk awak.  Memang langkah kanan la awak hari ni sebab saya ada buat kek coklat.”  Tanpa menunggu respon Zack, Elle berlari anak masuk ke dalam rumah.  Zack hanya menghantar dengan pandangan mata.  Kemudian dia mendongak melihat langit biru yang terbentang luas.  Kenangannya bersama Elle berputar di dalam kepala.

As long as you lived, that’s more than enough for me. I missed you, Helina…no!  I missed you badly, Elle…”  Zack memejamkan matanya.

THE END.

03 December 2011
3:28 pm

5 comments:

 
;