From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 15 February 2017

Blurb Antologi Setulus Kasih Buatmu







Tinggal 2 hari saja lagi. 50% hasil jualan akan disumbangkan ke Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Tahfiz Maahad Az Zein Al Makki.

Blurb.

1. Fathi- Aku, Creme Brulee dan Sarah Amalina.
- Arith sedar, hanya dengan membuat creme brulee dia mampu ceria dan menceria orang lain. Siapa sangka dengan creme brulee juga dia menerima kejutan. Sarah Amalina!
2. Nuriffa- Bukan Dia Seorang.
- Menjadi isteri bukan bererti aku hanya mengahwini seorang lelaki. Kerana sesunguguhnya sebelum dia menjadi milik aku dia adalah milik keluarganya.
3. Hazlina Hussin- Bukan Yang Sempurna.
- "Bagitahu abang, kenapa dengan Hanny? Kenapa Hanny pakai kerusi roda?" Adakah seorang Hakim akan terus mencintai? Dia bukan lagi gadis yang sempurna.
4. Asyu Asura- Kalau Dah Jodoh Kita.
- Bila seorang lelaki dan wanita duduk sebelah menyebelah di dalam bas, apa yang bakal terjadi? Betulkah jodoh itu boleh muncul di mana-mana?
5. Nureen Ahmad- Kekasih Abadi.
- Abang terlalu cintakan sayang. Kadang-kadang bila abang bangun pagi abang tercari-cari kelibat sayang. Seluruh rumah abang cari. Tapi tapi tak jumpa. Sehinggalah abang sedar sendiri bahawa sayang dah tak ada.
6. Ct Roxalynna- Love You Till Jannah.
- Pertemuan yang tak dijangka menyatukan dua jiwa. Nurin dan Fariz melalui alam perkahwinan dengan penuh bahagia sehinggalah satu berita membuatkan segalanya berubah.
7. Naurah Hazwany. Love You Dr. Vampire.
- "Izz Zayani... aku..." Kata-katanya tersangkut. Bila seorang doktor mula jatuh cinta, dia tak pandang lain dah. Cintanya sehangat darah merah.
8. Farisha Imani- Seketika Di Sini.
- "Gadis Ninja?" Krishnan mencuba nasib. Sejujurnya dia berharap tekaannya tepat. Lama Dian mendiamkan diri. Dua jiwa yang berlainan pegangan. Namun ada sesuatu yang menyatukan.
9. Waisya Carissa- Suamiku Kasanova?
- "Awak tahu tak kenapa saya lagi suka jadi stetoskop kat tangan awak tu? Sebab hari-hari saya boleh dengar denyutan jantung awak yang memanggil nama saya." Kerana satu adengan tersalah masuk kereta, Tihani dan Luth berjumpa dan sejak dari itu Luth menjadi 'pesakit' tetap yang muncul di klinik.
10. Jasmine- Tuan Azman Legacy.
- Kak long yang garang dan kuat membebel. Angah yang selalu tenang. Achik yang suka control macho dan adik si pemilik skuter pink. Bila anak-anak Tuan Azman bergabung, bermacam-macam ragam jadinya.

No comments:

Post a Comment

 
;