NAMAKU
Blackberry Torch 9800. Aku telah dirasmikan pada 4 Ogos 2010. Aku mempunyai
pelbagai fungsi iaitu boleh melayari internet, boleh memuat turun apa saja,
mempunyai bateri yang tahan lama dan banyak lagi. Aku dan kawan-kawanku telah
ditempatkan di sebuah pusat membeli-belah yang aku sendiri tak tahu namanya.
Suatu
hari ada seorang lelaki merenungku tajam. Mungkin dia suka dengan aku yang
berwajah cantik ini dan aku lihat dia menyuruh jurujual mengeluarkan aku dari
cermin kaca. Aku tersipu-sipu malu apabila dia membelekku. Selepas membuat
tawar-menawar, lelaki itu mengeluarkan duit dan membayar hargaku. Kemudian dia
membawa aku keluar dari kedai itu. Sedih hati aku apabila terpaksa meninggalkan
kawan-kawan. Tapi aku berjanji kepada diri yang aku akan berusaha berkhidmat
dengan baik untuk tuanku.
*****
AKU
dibawa ke sebuah rumah mewah. Sebaik saja tuanku melabuhkan duduk di sofa, dia
memanggil seseorang yang bernama Laili. Beberapa minit kemudian turun dua orang
remaja perempuan mendapatkan tuanku. Tuanku menyerahkan aku kepada remaja
perempuan yang bernama Laili dan berkata kepada seorang lagi remaja perempuan
yang bernama Laila bahawa dia akan membelikan telefon bimbit untuk Laila
apabila tiba hari lahirnya nanti.
Laila
aku lihat berwajah masam apabila melihat kakaknya membelek-belek aku. Sebelum
tuanku yang sebenar mahu melangkah ke atas, ayah tuanku sempat berpesan agar
tidak membawa aku ke sekolah, belajar bersungguh-sungguh dan tidak leka bermain
dengan aku.
*****
KEESOKAN
harinya, tuan aku mengingkari arahan ayahnya. Dia telah curi-curi membawa aku
ke sekolah. Apabila tiada guru yang masuk mengajar, dia mengeluarkan aku dari
poket baju kurungnya dan menayang aku kepada rakan sekelasnya. Tuanku
memberitahu rakan sekelasnya yang aku dibeli sempena hari lahirnya yang ke
tujuh belas tahun.
Semua
rakan-rakannya mengelilingi tuanku untuk melihat aku. Tuanku mula menunjukkan
betapa canggihnya aku. Dia mula membuka laman sosial facebook. Tuanku mula
mengemaskini statusnya.
Hari kedua bersama
blackberry torch...
Beberapa saat kemudian ramai rakan yang menyukai status
tuanku itu dan ada juga yang memberi ulasan.
Selepas
itu, tuanku memuat turun lagu yang diminta rakan sekelasnya. Bermacam-macam
lagu dan video yang boleh dimuat turun kerana aku mempunyai memori yang besar
untuk menyimpan segala jenis lagu dan video. Apabila loceng rehat dibunyikan,
tuanku mahu menyimpan aku semula untuk mengisi perut di kantin sekolah tapi
rakan lelaki tuanku yang bernama Fahmi menghalang. Dia meminta izin untuk
meminjam aku sebentar. Tanpa berfikir panjang, tuanku menyerahkan aku kepada
Fahmi dan memintanya agar menjaga aku.
Sebaik
saja tuanku keluar dari kelas, Fahmi dan dua orang lagi rakannya
mengelilingiku. Mereka kemudiannya ketawa sebelum membuka laman youtube.
Aku menyangka mereka hanya ingin menonton video klip lagu-lagu tapi aku mula
berasa marah apabila mereka mengambil kesempatan ke atas kecanggihan aku dengan
menonton video porno. Memang aku bangga dengan kecanggihanku tapi aku tak suka
jika aku disalahgunakan seperti yang dibuat oleh Fahmi!
Tujuan aku dicipta adalah untuk memudahkan sesiapa yang
menggunaku, bukan untuk merosakkan akhlak pengguna! Sekiranya aku mempunyai tangan
seperti manusia, mahu saja aku memulas telinga ketiga-tiga rakan sekelas tuanku
ini.
“Awak bertiga buat apa tu?”
Fahmi
dan dua orang lagi rakannya terkejut apabila mendengar sergahan satu suara.
Rupa-rupanya guru disiplin sedang meronda di kawasan kelas untuk memastikan
semua pelajar turun ke kantin. Fahmi kelam-kabut menyimpan aku di bawah meja
tanpa sempat mematikan video yang dia lihat tadi.
Guru
disiplin itu menghampiri meja yang diduduki Fahmi dan dua orang rakannya.
Kemudian dia menyelukkan tangan ke bawah meja untuk melihat apa yang cuba
disembunyikan oleh Fahmi. Terbeliak mata guru itu apabila melihat apa yang
sedang Fahmi dan dua orang rakannya tonton tadi. Kemudian guru itu memarahi
Fahmi dan dua orang rakannya kerana telah melakukan dua kesalahan iaitu membawa
benda terlarang ke sekolah dan menonton video yang tak sepatutnya.
Fahmi
dan dua orang rakannya meminta maaf dan menjelaskan bahawa aku ialah milik
tuanku, Laili.
Guru itu
meminta Fahmi menyampaikan kepada tuanku, sekiranya tuanku ingin mendapatkan
aku kembali, dia diminta membawa ibu atau bapanya. Kemudian aku dibawa ke
sebuah bilik yang paling digeruni pelajar, iaitu bilik disiplin, di mana
pelajar yang melakukan kesalahan akan didenda. Aku dibungkus di dalam kertas
surat khabar sebelum disimpan di sebuah tempat yang aku sendiri tak tahu kerana
keadaan aku yang berbungkus menyukarkan aku untuk mengecamnya.
*****
AKU
terasa badanku diangkat lalu diletakkan di atas benda keras. Kertas surat
khabar yang membaluti tubuhku dibuka. Pandangan aku mula cerah kembali.
Kemudian aku diserahkan kepada ayah tuanku. Aku gembira apabila dapat kembali
semula kepada tuanku.
Sebelum tuanku masuk ke kelas, Ayah tuanku sempat
memarahinya kerana telah mengingkari arahan. Dia juga sempat memberi amaran
sekiranya tuanku masih lagi membawa aku ke sekolah, dia tak akan menyerahkan
aku kepada tuanku lagi.
*****
HARI
demi hari, tuanku semakin leka bermain dengan aku sehingga menyebabkan markah
peperiksaannya merosot. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua orang tua tuanku memarahinya.
Aku dirampas oleh ayah tuanku dan dia telah membuat keputusan mahu
menyerahkanku kembali kepada tuanku apabila markah peperiksaannya meningkat
semula. Kemudian aku dibawa keluar dari bilik tuanku lalu diletakkan di dalam
almari perhiasan di ruang tamu. Kemudian ayah tuanku berlalu ke biliknya.
Laila
yang melihat ayahnya meletakkan aku di situ, segera bangun dan menghampiri
almari perhiasan. Almari itu dibuka lalu aku dikeluarkan. Senyuman lebar
tersungging dibibirnya. Dia mula berlari menaiki tangga lalu masuk ke biliknya.
Laila memasukkan kad simnya ke dalam badan aku, kemudian dia memperagakan
dirinya di hadapan cermin sambil memegang aku.
*****
PETANG
itu, Laila membawaku keluar tanpa pengetahuan tuanku dan ibu bapanya. Aku
dibawa ke pusat beli-belah. Di situ dia dan rakan-rakannya menonton wayang.
Selesai menonton wayang, Laila menggunakan aku untuk menangkap gambar untuk
diletakkan di facebook.
Kemudian Laila dan kawan-kawannya membawaku masuk ke pusat bowling.
Ketika
sedang asyik bermain, tiba-tiba perut Laila memulas dan dia meminta rakannya
menemaninya ke tandas. Setelah selesai membuang hajat, belum sempat Laila
menekan pam tandas, aku telah menggelongsor dari poket baju sejuknya lalu masuk
ke dalam lubang tandas. Wajah Laila sudah bertukar cemas. Dia membuka pintu
tandas lalu memanggil rakannya untuk mengambilku.
Rakannya
menayang muka kegelian sambil menutup hidung kemudian dia keluar dari tandas
itu. Apabila dia terpandang tukang cuci yang baru saja memasuki tandas, dia
meminta tukang cuci itu mengambilku dari lubang tandas.
Dengan
memakai sarung tangan dan tanpa rasa jijik, tukang cuci tandas itu mengambil
aku. Kemudian dia mengambil tisu yang tergantung lalu mengelap badan aku.
Setelah membersihkan aku, dia menyerahkan aku kepada Laila namum Laila tak mahu
menyambut aku.
Laila
meminta tukang cuci itu memasukkan aku ke dalam plastik supaya mudah untuk dia
membawa aku pulang kerumah.
*****
DI RUMAH,
teruk Laila dimarahi oleh kedua-dua ibu bapanya kerana mencuri aku tanpa
pengetahuannya. Tuanku pula kelihatan sedih apabila melihat keadaan aku yang
busuk dan sudah rosak. Ayah tuanku berjanji akan membaiki aku tapi tuanku tak
mahu dan dia memberontak mahukan telefon yang baharu. Akhirnya wajah tuanku
bertukar ceria semula apabila ayahnya bersetuju dengan permintaannya. Kali ini
ayahnya berjanji akan membelikan Laila sekali kerana tak mahu perkara yang sama
berulang lagi.
Tuanku
mula mencapai aku yang berada di tangan Laila lalu membawa aku ke bilik stor.
Aku diletakkan di bilik stor yang gelap lagi penuh dengan barang-barang
lama. Aku sedih kerana tuanku sudah tak
sayangkan aku lagi. Tetapi aku tetap gembira apabila tuanku tak membuang aku
jauh darinya.
~TAMAT~
p/s: Bila buat cerpen ni tiba-tiba teringat zaman sekolah rendah dulu...
ye...mmg teringat time sek rendah dulu.
ReplyDeleteboleh tunjuk kat anak ni, contoh karangan autobiografi...:)
a'a nnti blh ckp kt anak, macam ni la karangan autobiografi yg mama buat dulu =P
Deletewakakaka...
haha kemain pnjg karangan autobiografi kau. zmn skolah rndah je tulis ni. rindu pulak. hehe.
ReplyDeleteboleh pulak si fahmi tu tgok porno pkai hp kawan dia. kalau aku mmg nk mngamuk giler arh.
hahaha... panjang ke??? WC wat 4 page je pon ni...
Deletetu la... xmemasal nset tu kena rampas...
Telefon itu kecil lagi.
ReplyDeleteKarangan baik.
ReplyDelete