From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Sunday 1 April 2012

Hanif | Nuha by MK

Assalamualaikum w.b.t.
Setelah sekian lama diam, akhirnya siap jugak cerpen yang satu ni.
Ngeeee~~ 
Maaf, maaf dan maaf sebab lama tak hapdet blog ni. dah agak macam berhabuk jugak, kan?
Busy.. busy.. kerja menimbun.
Sumimasen.. (bahasa japang. siapa faham angkat tangan. heee.. :D )
Maaf jugak kalau cerpen ni tak best.
Maaf untuk tajuk yang biasa2 je tu. (have to admit, i'm so not good in giving a title to my story)
Read n shout, people. Show us your support. May Allah bless us all, insyaAllah.
Regards, MK






“Nuha.” Gadis itu menoleh melihat gerangan yang memanggil.
“Hmmm??” Gadis itu menjawab. Pandangan matanya kembali ke arah buku nota di atas meja.
“Buat apa tu?” Suara itu bertanya lagi.
“Aku tengah online ni. Main Facebook. Kenapa?” Dia menjawab dengan muka tanpa riak bersalah. Hanif kerut dahi.
“Online Facebook?” Matanya diliarkan ke sekeliling gadis itu. Tak ada pun komputer riba yang dikesan di atas meja tersebut. Hanya dipenuhi dengan buku rujukan dan nota. Tang mana yang dia online ni? Hanif garu dahi. Ahaa!!
“Kau beli handphone baru ke?” Hanif bertanya, teruja. Mana lah tahu kawannya seorang ni beli handphone yang ada aplikasi wi-fi. Boleh tumpang setangan.
“Huh? Mana ada. Mana kau dapat idea cakap aku beli handphone baru ni, bro?” Nuha menjawab, dingin. Aku nak study ni, datang pulak mamat sorang ni menyibuk. Kalau reti diam tak apa lah juga. Ni duduk tanya soalan tak logik. Soalan mintak kaki!
“Habis kau kata kau online? Guna apa? Aku tak nampak laptop kau kat sini pun?” Nada innocent.
Puk!!
Buku rujukan Sejarah Senibina Moden itu selamat mendarat di atas kepala Hanif.
“Sejak bila kau jadi lurus macam pembaris ni? Kau tak nampak ke aku tengah study macam nak terkeluar muntah hijau ni? Ada yang lunch makan nasi lauk kaki manusia ni kang.” Nada suara gadis itu mula tinggi, tapi masih terkawal. Dalam perpustakaan kan? Mana boleh bising-bising.
“Ohhh.. hehehehe...” Hanif hanya tayang gigi. Sedar, salah diri sendiri.
“Nuha.” Gadis itu tidak menyahut. Marah lah tu. Bukan dia tak kenal rakannya yang seorang ini. Mereka dah bersama sejak umur enam tahun lagi. Dan dia tahu Nuha tak suka bila konsentrasinya semasa sedang belajar terganggu. Tapi, tu la hobi dia. hehe..
“Nuhaaaa....” Suaranya dileretkan. Saja nak buat Nuha sakit hati.
“Apa???” Nuha mula geram. Memang akan ada yang lunch nasi putih berlauk kaki manusia tengahari ini.
“Jom la pergi makan. Kau study beriya sangat ni nak buat apa? Relax lah. Kuiz je kot. Silap-silap puan Azu siap bagi open book quiz lagi. Haha..” Buku yang berselerak di atas meja itu disusun. Nuha hanya melihat. Namun akhirnya dia ikut mengemas. Memang otaknya dah mula rasa macam nak meletup. Sangat memerlukan rehat barang sejam dua.
“Hanif.” Tangan yang sedang ligat mengemas itu terhenti.
“Apa?” Hanif mengecilkan mata melihat sengihan luar biasa Nuha. Ni mesti ada apa-apa ni.
“Kau belanja aku lah hari ni. Dah lama tak merasa makan guna duit kau.” Senyuman gadis itu semakin melebar.
“Cehhh.. patut sengih beriya. Nak suruh belanja. Ye la, boleh. Untuk kau, semua pun boleh, Nuha.” Nada memerli. Tapi Nuha buat tak dengar je. Dah biasa.

“Hahhh..!!” Suara sergahan itu diiringi tepukan di bahu Hanif. Nasib baik makanan tak sampai lagi. kalau tak, mesti ada yang tersedak mihun goreng. Iqbal ketawa suka apabila melihat muka kelat kawannya itu. Nuha yang duduk di hadapan Hanif hanya tersengih. Dia memang dah nampak Iqbal dari awal lagi, saja tak nak bagi tahu dekat Hanif.
“Sampai hati korang tak tunggu aku. Mentang-mentang lah tak sama kelas.” Iqbal transform jadi drama king.
“Eleh kau. Kita orang tak tunggu pun, kau muncul jugak buat semak dekat sini.” Selamba je Hanif perli. Baik punya.
“Cisss.. ye la. Aku ni semak je. Aku balik bilik dulu lah. Kau orang makan je lah berdua. Aku faham.. Aku faham..” punggung yang baru nak mencecah tempat duduk, kembali diangkat. Gaya nak balik bilik.
“Eh? Merajuk? Dalam hati ada taman lah kau ni. Macam perempuan.” Nuha menahan. Tangannya diseluk ke dalam beg. Mengambil buah epal yang diberi oleh pensyarahnya semasa di dalam kelas tadi. Hadiah sebab dapat jawab soalan. Haha.. comel betul pensyarah aku ni.
“By the way.. Apa yang kau faham?” dia bertanya lagi. Buah epal merah itu mula digigit Iqbal sengih keji.
“Aku tahu la... Kau jangan nak buat-buat tak faham pulak, Nuha.” Iqbal ketawa kecil. Hanif diam, malas nak masuk campur.
“Apa??” Nuha menggesa.
“Love is in the air.. huhuhu..” dan serentak itu epal di tangan Nuha mendarat di dahi Hanif.
“Auccchhh!! Apa ni?” Hanif tak puas hati sebab jadi mangsa keadaan.
“Jangan nak tanya apa ni sangat. Kau dah janji tak nak bagi tahu siapa-siapa kan?” Hanif tayang muka serba salah.
“Ala, Nuha. Chill lah. Sampai hati kau, rahsiakan dari aku yang kau orang dua orang ni dah declare. Macam ni ke bestfriend?” Iqbal kembali berdrama.
Nuha diam. “Tak ada lah. At least, tunggu la aku. Bagi tahu sama-sama. Aku nak jugak tengok kau punya ekspresi muka bila tahu kita orang dah declare tu. kut mata kau tercabut dari soket sebab terkejut ke, kan?” sengih lagi.
“Ye la. Ye la. Ayat nak cover salah sendiri.” Iqbal sound direct.
“Nah ni.” Tangan itu tersua di hadapan mata Nuha, menghulur epal yang selamat mengena sasaran sebentar tadi.
“Buang je lah. Kotor dah tu.” Hanif bangun, membuang epal itu.
“Eh, kau dah order ke belum ni, Bal?” Hanif bertanya apabila ternampak pelayan restoran itu yang menghampiri meja mereka untuk menghantar makanan.
“Dah. Tadi sebelum datang meja korang ni aku dah order dulu.” Makanan tiba.
“Aku makan dulu la ey? Lapar tahap kebulur dah ni.” Nuha terus mencapai sudu dan garpu. Memang dia lapar sebab dari pagi terperap di perpustakaan itu.
“Nuha. Kau ni. Relax lah dulu. Tunggu makanan si Iqbal ni sampai la, makan sama-sama.” Hanif menahan.
“Eh, korang. Dah declare jadi couple pun, aku kau lagi ke?” Iqbal ketawa. Nuha buat muka. Hanif senyum je.
“Aku lagi selesa macam ni la. Dia bukan laki aku pun yang nak kena panggil abang,sayang, intan payung. Kan?” Nuha angkat kening ke arah Hanif. Hanif ketawa besar. Dia pun tak sanggup nak tukar panggilan antara mereka. Mahu loya tekak kalau Nuha panggil dia dengan panggilan manja macam tu. Tak romantik? Dia peduli apa. We just love each other the way we are. Tak perlu ubah untuk menjadi typical couple.
“Aku setuju je dengan apa yang Nuha cakap tu. Aku pun tak rela kena panggil macam tu.” Ketawa lagi. Iqbal hanya mampu geleng kepala. Kawannya yang dua orang ni memang species pelik-pelik. Rare.
“Lantak kau orang lah. Asalkan kau orang bahagia.” Dan mereka menikmati makan tengahari dengan diselangi usikan. Mangsa buli, sudah semestinya lah Hanif. Hahaha.. nasib kamu la dapat girlfriend kaki buli.

“Gila..! Ni semua kau punya pasal sebab kacau aku study semalam. Konon la puan Azu nak bagi open book quiz. Open book kepala lutut! Lagi suruh duduk jauh-jauh dengan orang sebelah ada. Nak meniru pun tak dapat. Cisss..” Nuha membebel. Soalan tadi memang membunuh. Nasib baik ada juga yang dia ingat. Kalau tak, memang kosong je lah kertas jawapan tu, kecuali di bahagian nama dengan nombor pelajar saja yang mampu diisi. Haru!
“Haha.. Yang kau percaya cakap aku tu siapa suruh? Nampak tak? Kau ni senang terpengaruh, tahu? Orang cakap apa semua kau percaya je.” Hanif bela diri sendiri.
“Cehhh.. Sudah lah. Malas aku nak layan kau bercakap. Nak menang je. Baik aku pekena roti canai Pak Mat lagi bagus lah.” Nuha menonong berjalan, tinggal Hanif di belakang. Hanif mempercepatkan langkah supaya seiring dengan Nuha.
“Aku nak ikut lah. Kau belanja, ok?” Hanif tayang sengih. Nuha buat tak dengar. Dia tahu, Hanif bukan serius suruh dia belanja pun. Nanti masa nak bayar, mesti dia yang keluarkan duit. Hahaha..
“Eh, kau tak ajak Iqbal ke? Kang merajuk pulak mamat sorang tu. dah la perangai macam perempuan. Sikit-sikit nak buat drama.” Nuha duduk di kerusi kosong di gerai Pak Mat.
“Dah mesej dia tadi. Dia cakap ada hal. Nak settlekan final project dia kot.” Hanif menjawab.
“Ohh.. ye tak ye. Mamat tu kan tengah kusut kepala pasal mesin entah apa yang group dia nak reka tu kan? By the way.. Sekejap je dah tiga tahun kita kat sini, kan? Lepas ni mesti rindu.” Nuha menghirup teh o suam yang dihantar oleh pelayan restoran itu sebentar tadi.
“Lepas ni mesti rindu siapa? Rindu aku?” Hanif senyum lebar.
“Eh? Buat apa rindu kau? Baik aku rindu roti canai Pak Mat yang sedap ni.” Hanif tarik muka.
“Ye la.. Siapa la aku ni.” Ayat dramatic.
“Haha.. Sejak bila kau jadi macam Iqbal ni? Jadi drama king pulak dah.” Nuha ketawa. Hanif juga.
“Eh?” Tawa Nuha terhenti.Matanya dikecilkan sedikit. Cuba memastikan bahawa dia tidak tersilap orang.
“Apa yang eh, eh, kau ni?” Hanif bertanya hairan. Dia cuba memandang ke belakang. Ingin melihat apa yang telah menarik perhatian gadis itu. Mulutnya sedikit terbuka.
“Eh?” Nuha tergelak apabila mendengar Hanif menyebut ‘Eh?’ itu.
“Kau pun dah jangkit sebut eh jugak?” ketawa meletus lagi.
“Hahaha.. Adoi. Jangkit dengan kau lah ni. Tapi, tu Iqbal, kan?” Hanif meminta kepastian. Maklumlah, dia rabun. Takut silap pandang. Kaca mata berbingkai tebal itu dibetul-betulkan.
“A ah. Iqbal lah tu. dengan siapa tu? Diam-diam je kawan kau tu, kan? Tahu-tahu duduk dating dengan siapa entah tu.”
“Entah. Aku pun tak kenal. Macam tak pernah nampak je pun budak perempuan tu.” Hanif kembali berpaling ke hadapan. Roti tampal yang masih panas menjadikan perutnya semakin lapar. Masa untuk membaham!
“Weh.. Kau ni. Cuba bawa bertenang sikit makan tu. Tersedak karang baru tahu.” Nuha menyuap roti kosong yang dipesan.. Uhhhhh... Nikmat sungguh. Alhamdulillah. Confirm dia akan rindu roti canai Pak Mat lepas habis belajar nanti.
“Hanif.” Nuha memanggil.
“Hmm??” Mulut penuh.
“Lepas makan ni kita serang Iqbal nak?” Sengih jahat.
“Hahaha.. Kau ni. Memang tak boleh tengok orang aman, kan?” Hanif setuju je. Iqbal memang nak kena! Dengan room mate sendiri pun tak bagitahu. Kan dah kantoi terang-terangan.
“Hahaha.. Kau jangan banyak bunyi. Nak ikut ke tak? Kalau tak nak ikut sudah.” Roti kosong ke dua dicapai. Nampak je kecik si Nuha ni, tapi selera makan. Mak aihhh..
“Ok.. Ok.. Aku join. Hahahaha..” Hanif ketawa suka. Masak la kamu Iqbal. Kantoi dengan minah sorang ni. Tak akan selamat punya.
Usai makan, mereka berdua beriringan berjalan ke arah meja yang diduduki oleh Iqbal dan gadis misteri itu.
“Ehem!!” Nuha berdehem. Gadis yang duduk di hadapan Iqbal berpaling. Iqbal yang sedang bercakap, terhenti. Kepalanya menoleh ke arah kanan. Senyum lebar yang terpamer di muka kedua sahabatnya itu membawa petanda tidak baik. Masak!
“Eh.. Hai.. Kau orang buat apa kat sini? Dah habis test ke? Macam mana test? Senang?” Iqbal menyoal tanpa sempat Nuha mahupun Hanif membuka mulut. Nuha tarik muka apabila topik ujian tadi dibuka. Hilang mood terus. Iqbal pula tersengih. Ke laut lah tu.
“Kau jangan nak buka cerita pasal test tu lah. Menyampah aku. Ni semua mamat ni punya pasal. Eh, kau jangan cuba-cuba nak tukar topik. Hehehe...” Sengih jahat kembali terukir. Gadis di sebelah Iqbal kerut dahi. Tak faham. Matanya bersilih ganti memandang Iqbal, Hanif dan Nuha.
“Eh? Siapa cakap aku nak tukar topik? Aku nak bagitahu la ni. Korang, ni Nadia. Errrr.. girlfriend aku.” Ayatnya yang akhir itu kedengaran perlahan. Bersedia untuk jadi bahan usikan.
“Hai, Nadia. Saya Nuha. Kita orang ni, dah kenal dari kecik tau. Since tadika lagi. Tapi terpisah lepas PMR. Ye lah, masuk asramanya lain, yang panda rumahnya lain. Kan?” Nuha buka hikayat persahabatan mereka tanpa dipinta, kemudian memandang Hanif dan Iqbal. Dua-dua hanya mengangguk. Iyekan saja apa yang dia cakap.
“Ohhh...” Nadia mengangguk-angguk. Masih kekok sebenarnya. Kerana dia bukanlah jenis peramah, banyak mulut dengan semua orang. Dengan Iqbal ni pun, dia lebih banyak mendengar daripada bercakap.
“Korang sama kelas ke? Tapi Iqbal tak ada ujian pun tadi?” Nadia cuba beramah mesra. Takkanlah nak keras macam kayu je kan?
“Takkk... Saya dengan Hanif je yang sama kelas. Iqbal lain. Dia kan budak mekanikal. Kita orang ambil seni bina.” Senyum. Nadia juga tersenyum. Dua lelaki itu, hanya diam. Dengar je lah. Dah memang si Nuha ni jenis peramah terlebih.
“Architecture? Wahhhh... mesti best. Mesti terror melukis, kan?” Hanif dan Nuha ketawa. Tak tahu kenapa, apabila orang lain tahu bidang apa yang mereka ambil, mesti soalan itu yang akan ditanya.
“Huh? Melukis? Bukan terror, tapi terrorist. Hahaha.. Saya tak pro melukis. Kalau prosak tu, mungkin. Biasa je lah. Tak cukup berbakat. Tapi dia ni, awak boleh tabik spring. Memang power kot melukis. Mintak je dia lukis apa, insyaAllah boleh.” Nuha menjawab penuh semangat sambil jarinya dihala ke arah Hanif. Hanif senyum sahaja.
“Awak percaya lah cakap budak ni. Dalam 10 benda yang dia cakap, 1 je yang awak mungkin boleh percaya. Kah..kah..kah..” ketawa bergabung antara Iqbal dan Hanif. Nuha tarik muka. Geram!
“Nuha, balik lah jom. Aku nak tidur la. Ke kau tak puas lagi nak soal siasat Iqbal ni? Kesian dia, nak dating pun tak senang. Haha..” Hanif berkata selamba. Iqbal dah tayang buku lima. Mamat ni pun sama naik je menyakat jugak.
“Hehe.. ok.. ok.. Aku tak nak kacau orang dating. Jom lah. Aku dah rindu dengan bantal dan katil aku. Nak tidur!!” Nuha meminta diri dari Nadia, sambil berpesan supaya hubungi dia kalau Iqbal cuba-cuba nak buat dia sakit hati. Heh..

“Hanif.” Gadis itu diam seketika. Hanif berpaling ke kanan. Mereka sama-sama sedang duduk menghadap tasik. Baru lepas jogging dua pusingan. Letih!
“Hmmm?”
“Pernah terfikir tak, macam mana kalau suatu hari nanti, aku tak ada. Kau sedih tak?”
“Kau nak pergi mana?” Hanif bertanya lurus.
“Pergi tak kembali, mungkin. Mana lah tahu dah sampai ajal. Kita tak tahu, kan? Mungkin esok, lusa, Allah tarik nyawa aku.” Serius. Hanif angkat kening. Kenapa Nuha ni?
“Mati tu pasti, that’s for sure. Dan mengingati mati tu, harus, it’s a yes. Tapi Nuha, can we stop talking about this? Aku tak sanggup nak bayangkan pun. Aku sayang kau, seriously. And I wish to be the one yang halal untuk kau. One fine day, InsyaAllah.” Serius juga.
“Heee... Aku tanya je lah. Kau serius sangat ni kenapa?” Nuha tayang sengih.
“Eleh, bajet macam kau tak serius lah tadi? Dahi berkerut macam apa je.” Hanif cuba senyum, walau hakikatnya dia sudah rasa tak sedap hati.
“Naaaa.. aku tanya je. Tiba-tiba terfikir benda ni. Hehe.. Jom lah, balik. Nak kemas barang ni. Esok dah nak balik kampung. nak kena kosongkan rumah sewa tu lagi. aaaahhhh... penatnya!” sengih lagi.
“Balik pukul berapa esok? Balik macam mana?” Hanif bertanya, prihatin.
“Balik tengahari, lepas Zohor macam tu. Balik dengan Aya. Naik kereta dia je. Nanti dia drop aku la, macam biasa.” Huuu... Tak sabarnya nak balik rumah. Sungguh, sangat rindu. Walaupun macam berat hati juga nak tinggalkan tempat mereka belajar ni.
“Ohhh.. hati-hati. Pesan dekat Aya, bawa kereta jangan laju-laju. Ok?” Hanif berpesan.
“Ok, InsyaAllah. Kita orang tukar-tukar la nanti. Kalau dia penat, aku pulak drive. Alaaa.. KL dengan Melaka, bukan jauh sangat. Tak sempat nak penat kot.” Senyum. Hanif angguk.
“Kau, balik macam mana?”
“Dengan Iqbal lah. Dengan siapa lagi? Memang selalu aku balik dengan dia pun. Tapi kena tunggu tiga hari lagi lah. Course dia kan memang selalu jadi yang terakhir habis exam. Bosan!” Mata menghala ke arah tasik. Dia pastinya akan sangat rindu gadis ini. Sangat-sangat. Nuha tergelak kecil. Memang dari semester satu lagi macam tu.
“Ok. Nanti kirim salam lah dekat Iqbal. Tak sempat kut nak jumpa dia esok. Dia pun mesti sibuk study untuk killer paper esok tu. Cakap kat dia, aku mintak maaf kalau ada salah apa-apa. Kau pun, aku mintak maaf jugak. Selalu jadi mangsa buli aku, kan? Haha..”
Giliran Hanif pula tergelak kecil. Macam-macam lah budak ni.
“Tak apa. Aku dah biasa. Masa tadika dulu, aku yang selalu buli kau. Dah besar ni, aku bagi kau chance untuk buli aku pulak.” Ketawa lagi.
“Sengal. Ok lah. Aku nak balik. Barang banyak lagi belum kemas tu. Anyway, don’t miss me, ok? Kalau ada apa-apa, call or mesej je la, macam biasa. By the way, if anything happen, la tahzan, ok? You have Allah with you, forever. Assalamualaikum.”
“Aright, my dear. Take good care of yourself, ok? Waalaikumussalam.” Nuha menghidupkan enjin kereta wira milik Aya yang dipinjamnya dan berlalu. Hanif mendapatkan kereta waja milik Iqbal. Enjin kereta dihidupkan dan kereta tersebut meluncur laju menuju rumah sewanya.

Lagu Freedom nyanyian Maher Zain memenuhi ruang bilik tidur itu. Hanif terpisat-pisat bangun. Telefon bimbit yang terletak di tepi bantal diambil. Ibu. Tak sabarnya nak balik rumah bila dengar lagu ni.
“Assalamualaikum, ibu.” Salam bersambut di hujung sana.
“Hanif, tidur? Berapa kali ibu call, baru jawab ni?” Puan Hasmah bertanya lembut.
“Hehe.. Hanif tertidur la ibu. Tengah tengok movie dekat laptop tadi, tak perasan bila masa terlelap. Kenapa ibu?” Dia membetulkan duduknya.
“Ohh.. Ni.. Nuha..” Puan Hasmah berhenti seketika. Cuba menyusun ayat.
“Nuha? Oh.. Nuha dah balik dah dekat pukul 3 tadi dengan kawan dia la ibu. Kenapa? Nuha ada call ibu ke? Maybe dia ada call Hanif, tapi Hanif tak sedar, kot.” Nuha memang begitu. Kalau tak dapat call dia, dia akan call ibunya. Sama juga macam dia. kalau call Nuha tak dapat, dia akan call ibu Nuha pula untuk tinggalkan pesanan.
“Hanif.. Aunty Hawa telefon ibu tadi. Nuha.. Nuha excident. Meninggal dekat tempat kejadian. Aya kritikal...” Dan Hanif sudah tidak mendengar suara ibunya lagi. Otaknya tidak dapat mencerna apa yang baru sahaja disampaikan tadi. Telefon bimbitnya jatuh terhempas ke lantai. Nuha..
“Hanif!” seiring itu, pintu biliknya dikuak dari luar. Iqbal.
“Hanif.. Nuha.. Nuha..” Mata Iqbal tertancap ke arah telefon bimbit di atas lantai. Kata-katanya terhenti. Hanif dah tahu berita itu. Telefon bimbit diambil.
“Makcik, ni Iqbal. Ye.. ye.. Iqbal tengokkan Hanif. Makcik jangan risau.” Iqbal meneruskan perbualan dengan puan Hasmah.
“Ok makcik, Assalamualaikum.” Talian dimatikan. Matanya kembali memerhatikan Hanif.
“Hanif. Dia orang tengah uruskan jenazah arwah. Jom, pergi sana. Jumpa buat kali terakhir.”
Hanif melangkah longlai. Menuju ke kereta milik Iqbal. Iqbal menghidupkan enjin kereta, dan kereta itu meluncur laju menuju ke Melaka.
‘La tahzan, hanif. La tahzan.’ Hatinya berbisik. Ingat pesanan Nuha semalam. Matanya merenung kosong ke arah jalanraya. Jiwanya terasa kosong. Separuh nyawanya bagaikan dibawa pergi apabila menerima berita itu. Semoga roh mu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman, Nuha. Matanya dipejam, rapat.


“Hanif.”
“Hanif.”
“Hmmm??”
“Sampai bila kau nak jadi macam ni?”
“Sampai aku rasa aku dah boleh lepaskan dia pergi.”
“Dia tak akan pergi selagi kau sendiri tak nak lepaskan dia.”
“Kau tak faham apa yang aku rasa, Iqbal. It’s hurt. Really hurt.” Tangannya memegang dada. Iqbal hanya mampu melihat.
Ya, dia tak rasa apa yang Hanif rasa. Tapi yang pergi tu, kawan dia juga. Kawan baik sejak sekolah rendah. Macam mana Hanif boleh kata dia tak faham apa yang lelaki itu rasa, sedangkan mereka kehilangan orang yang sama?
“Dah dua tahun, Hanif. Kau tak patut seksa diri kau macam ni. You have to let her go. Bukan maksud aku kau terus lupakan dia. Simpan dia elok-elok kat sudut hati kau. And you have to move on with your life.” Iqbal cuba memberi nasihat.
“Aku dah move on dengan life aku lah ni. At least aku tak berkurung je dalam bilik.” Hanif membela dirinya.
“Memang kau tak berkurung dalam bilik. Tapi dengan jadi workaholic, tu sama je macam kau berkurung dalam bilik. Cuma bezanya, kau buat kerja, bukan duduk murung sorang-sorang.” Iqbal masih memberi hujah.
“Tu je cara untuk aku tak terlalu fikirkan Nuha, Iq.”
“Nif, berubahlah. Kesian ibu kau. Dah dua tahun, bro. Kau hidup dalam dunia kau sendiri, sedangkan mak kau hari-hari risaukan kau. Kau tak perasan ke, mak kau sekarang dah makin susut? She is getting older, bro. Dan dia perlukan anak dia untuk jaga dia. sedangkan kau sibuk duduk layan rasa sedih kau yang tak sudah-sudah tu.”
Hanif tersentak. Ibu... Dan baru dia perasan. Selama dua tahun ini, dia hanya bertegur sapa dengan ibu, ketika dia bersalam dengan ibu setiap kali mahu ke kerja dan apabila dia pulang ke rumah sahaja. Dan kadang-kadang di meja makan. Itu pun hanya sepatah dua sahaja dia bercakap, selebihnya dia hanya diam, menghabiskan masa di bilik kerja. Ya, dia bawa pulang kerja pejabat ke rumah, supaya dia tidak termenung seorang diri di bilik dan teringatkan Nuha. Ibu.. maafkan Hanif.
Iqbal diam, apabila dia melihat Hanif hanya diam, tidak menjawab. Tiba-tiba Hanif bangun dari kerusinya itu. Jam tangan dikerling sekilas. Jam lima petang.
“Iq, kau tak balik lagi, kenapa? Overtime ke? Ada kerja yang belum settle?” hanif bertanya lurus.
“A ah. Memang ada kerja aku belum settle. Kerja jadi kaunselor kau.” Iqbal menjawab selamba.
“Huh? Dah, kau boleh balik sekarang. Thanks bro. Sebab sudi jadi kaunselor tak bertauliah aku. Sekarang aku nak balik, aku nak jumpa ibu, nak manja-manja dengan ibu. Dan aku akan cuba untuk lepaskan dia pergi, InsyaAllah.” Iqbal tersenyum lebar mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“That’s my friend. Glad to see you are back.”
Yes, I’m glad that I’m back too, bro. Nuha, aku akan cuba lepaskan kau. Semoga kau berbahagia di sana. La tahzan, right? Semoga Allah merahmati, InsyaAllah.

5 comments:

  1. Cant imagime myself feeling the same. Erk! back to the track! Ohsemm! sukaaa! Bahagian ending tu boleh panjang lagi. He found someone new ke?

    And

    perhaps

    SHE

    would

    be

    ME!

    hihi

    ReplyDelete
  2. @kleo
    thank you, thank you. ahaha.. x sempat nak panjang2 dah aih part ending tu. ngantok! ngahaha..
    amboihhh.. siap ofer diri sndiri lagi. keh3.. :D

    ReplyDelete
  3. Kesiannye Hanif... Hidup perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  4. dear MK *ni cte MK kan?*

    ohsem.. like it!!! awat Nuha tu end camtu?? sadissss..... (T____T) ape2pon, best lah :D.. Hanif tu suwit gilasss....

    ReplyDelete
  5. @joenyz
    hahaha.. ye.. ye.. MK punya cerita.
    ngahaha.. xtau la nak buat ending macam mana pulak. keh3..
    akan ada part 2, insyaAllah.

    ReplyDelete

 
;