From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Sunday, 15 April 2012

Hanif | Nuha by MK - part 2

Assalamualaikum.
bagi yang belum baca part 1, boleh klik SINI untuk baca.
sambungan ni rasa macam tak cukup bagus.
but then, ini yang termampu saya buat.
hope u guys enjoy n do leave some comments.
let's spread the love, people.
Semoga Allah merahmati.

Regards, MK



                Kakinya melangkah perlahan-lahan. Langkah diatur kemas. Kaca mata yang tidak berbingkai dibetulkan letaknya di pangkal hidung. Tudung bawal hitam yang tersarung di kepala juga diperkemaskan. Dia melihat pantulan dirinya di dalam cermin tandas awam itu. Baju kemeja lengan panjang kotak-kotak gabungan warna hitam-putih-ungu yang dipakai. Senyum. Baju favourite. Hadiah hari lahir dari ibu. Ok, siap. Kaki melangkah keluar dari tandas itu. Bersedia untuk pergi ke temuduga.
Keluar dari tandas, matanya tertancap pada tali kasut yang terlerai ikatannya itu. Dia mematikan langkah di sudut lorong kecil yang memisahkan antara tandas lelaki dan tandas wanita, menunduk untuk membetulkan tali kasut sneakers Everlast berwarna  hitam itu. Hitam itu menawan, bak kata Rain di dalam iklan televisyen.  Selesai mengikat tali kasut, dia segera bangun untuk ke tempat temuduga.
“Ooooppppsss... careful.. careful..” Jannah yang tekejut dengan suara itu secara automatik tergerak ke belakang. Mengelakkan diri daripada berlaga dengan lelaki yang berkaca mata bingkai tebal itu.
“Maaf, tak perasan.” Jannah bersuara, meminta maaf. Walau sebenarnya dia tak pasti salah siapa. Dia mengalihkan mata dari lantai ke hadapan, dan matanya hanya dapat melihat dada lelaki itu. Kemeja coklat gelap. Ok, nampak sangat aku kecik. Desis hati Jannah. Kepalanya didongakkan sedikit untuk melihat gerangan yang hamper berlaga dengannya itu. Lelaki itu nampak seperti terkaku sebelum dia pantas tersedar.
“Tak apa. Bukan salah awak. Saya yang tergesa-gesa. Ok lah, pergi dulu.” Dan lelaki itu terus berlalu pergi. Jannah hanya mengangguk. Dia juga meneruskan perjalanannya ke tempat temuduga. Janji pukul dua, sekarang dah pukul 1.45 petang.


Langkah yang laju sebentar tadi semakin perlahan. Dia melabuhkan duduk di kerusi kosong yang tersedia di dalam bangunan berkembar itu. Tangannya memegang dada yang berdegup kencang.
 “That girl... She really looks like Nuha.” Matanya dipejam rapat. Cuba mengusir kesedihan yang mengasak dada. Nuha..
“Hanif.” Mata yang terpejam itu terbuka.
“Kau kenapa? Kusut semacam je?” Iqbal turut duduk di sebelah Hanif.
“Iq. Aku jumpa someone yang sama macam Nuha tadi. Masa keluar dari tandas. Iq, aku teringatkan Nuha. What should I do?” Iqbal terdiam sejenak. Berfikir jawapan terbaik untuk persoalan itu.
“Nif, dalam dunia ni kan, memang ada tujuh orang yang seiras, kan? Mungkin yang kau jumpa tu, one of the six persons yang seiras dengan Nuha.  Tak ke?” Iqbal tak rasa itu jawapan yang terbaik, tapi asalkan dapat meredakan rasa hati Hanif yang gundah, cukup lah. That’s what friends are for, isn’t it?
“Aku tahu, dia bukan Nuha. Tapi bila terserempak dengan budak perempuan tu tadi, terus aku teringat Nuha. Susahnya nak lupakan dia, Iq.” Hanif meluahkan rasa.
“It’s ok. Kau tak perlu paksa diri untuk terus lupakan dia. perlahan-lahan. Let time cure the pain, bro. Dan setiap kali kau teringat dekat dia, sedekahkan lah arwah dengan al-Fatihah. Semoga dia tenang dekat sana, right?” Dan kedua mereka mendiamkan diri, membaca al-Fatihah untuk insan yang telah pergi itu, sebelum masing-masing bangun dari bangku tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing.


“Guys, ni partner baru kita. Jannah. So lepas ni, Aiman tolong ajar dia yang basic-basic dulu, boleh? Ajar sliding, stock-up condiment bar, cuci pinggan apa semua. Ok?” Adelina, selaku manager di Starbucks Coffee cawangan KLCC itu memberikan arahan. Aiman mengangguk faham.
Jannah mengekori langkah Aiman ke condiment bar yang menempatkan tisu, gula, pamphlet, straw dan beberapa barang lagi.
“Ok, ni nama dia condiment bar. So kita kena selalu alert, jangan sampai gula kosong terus. Masa stock-up tu, susun gula dalam peket ni kemas-kemas, jangan berterabur. Lepas tu, sliding. Sliding ni, macam biasa la. Kemas meja yang customer tinggal, kutip pinggan, mug semua tu. bawak pergi belakang untuk cuci. Nanti dah siap dekat condiment bar ni, pergi slide satu round, ok?” Aiman menunjukkan cara-cara untuk mengemaskini condiment bar itu. Jannah mengangguk faham. insyaAllah, itu perkara mudah. Dia tersenyum.
“Jannah, kau buat dulu. Ada customer tu. Aku nak pergi buat air. Kesian Ayyad tinggal sorang.” Aiman berlalu pergi. Dan Jannah meneruskan kerjanya. Selesai mengemas di condiment bar, dia mengambil tuala berwarna biru yang disediakan khas untuk mengelap meja. Ada beberapa tuala berwarna, di mana masing-masing dikhaskan untuk beberapa kegunaan. Itu apa yang diberitahu oleh Aiman tadi.
“Jannah, sini.” Haziq, supervisor di situ memanggilnya. Jannah melangkah mendekati Haziq.
“Ye?” Dia bertanya lembut.
“Sini, pergi belakang, Haziq ajar macam mana nak cuci pinggan pulak.” Mereka melangkah ke back of house (BOH) di mana segala bahan untuk menyediakan air disimpan di situ.
“Macam ni. Jannah basuh je semua ni. Lepas dah bilas, masukkan dalam dishwasher ni untuk sanitize pinggan-pinggan ni semua. Dah masukkan tu, jangan lupa tekan butang ni. Kalau tak, tak jalan mesin ni.” Senyum lagi.
“By the way, nak panggil apa ni? Memang panggil Jannah ke?” Haziq bertanya. Agak penat juga nak panggil panjang-panjang.
“Panggil Anna je lah. Senang sikit, kot.” Jannah menjawab perlahan. Walaupun hakikatnya keluarga serta rakan-rakannya lebih gemar memanggilnya dengan nama penuh, tetapi untuk memudahkan mereka di tempat kerja, lebih mudah dia memberi nama yang lebih singkat.
“Ok, good. So, Anna buat settlekan dulu pinggan-pinggan ni semua. Nanti dah siap, pergi depan semula.” Jannah hanya mengangguk, faham.

“Anna, hari ni extend sampai closing, boleh tak? Ayyad tak dapat datang. Dia demam.” Adelina meminta persetujuan dari gadis itu. Ya lah, tak kan nak main arah je kawan tu kerja sampai closing? Dah la dia punya shift opening hari ni, dari pukul 7 pagi dah terpacak dekat store. Mahu pengsan kang. Aiman yang masuk middle shift pulak tak dapat stay, ada hal bersama keluarga.
“Boleh, kak Ina. No problem, InsyaAllah.” Dia melihat jam dinding. 2.30 petang. Tadi pukul 1.30 break, ni baru habis break. Nasib baik dah makan sampai kenyang tadi.
“Nanti Anna break lagi sekali lah, dalam pukul lima. Break setengah jam. Ok?” bagai memahami hati Jannah, Adelina memberitahu perkara tersebut. Jannah menarik nafas lega. Dia pun risau juga nak kerja straight sampai pukul 9 malam nanti. Selepas sebulan bekerja, ini kali pertama dia overtime opening hingga closing. Selalu paling lambat pun, sampai pukul 5 petang saja.
Dia kembali menyambung kerja yang tertangguh tadi. Dia semakin selesa di sini. Walaupun kawan-kawan di sini majority adalah lelaki, tetapi itu bukanlah masalah besar baginya. Kerana pergaulan antara mereka masih terbatas.
“Akak, saya nak pergi solat Asar sekejap.” Jannah meminta izin. Adelina melihat sekilas jam yang tergantung di dinding.
“Pergilah. Rehat sekali la setengah jam.” Jannah mengangguk. Senang bekerja dengan Adelina. Sangat memahami dan mudah berkompromi.  Dia segera menuju ke arah surau yang terletak tidak jauh dari tempat dia bekerja. Saat kakinya melangkah masuk, dua orang wanita telah sedia ada di dalamnya. Seorang wanita lengkap berjubah, berpurdah, serba hitam. Warga Arab. Tengok gaya tahu dah. Dan seorang lagi wanita yang mungkin dalam lingkungan umur 30 hingga 40 tahun. Memakai skaf serta baju berlengan pendek. Kasut dibuka, dia segera mengambil wudhu’.
Sejadah dibentangkan, lengkap memakai telekung, dia berdiri tegak menghadap qiblat. Allahuakbar!

“Sister.” Suara wanita Arab itu. Jannah yang sedang duduk di kerusi yang terdapat di dalam surau itu untuk memakai stoking, mengangkat muka. Tangan yang hendak menyarung stoking ke kaki, terhenti. Oh, panggil kakak tu, bukan aku. Dia menyambung apa yang sedang dia lakukan tadi.
“Sister. Muslim MUST cover all.” Ayat itu menyentap jiwanya, walaupun hakikatnya wanita Arab itu sedang berbicara dengan kakak tadi. Wanita melayu yang berskaf itu hanya tersenyum dan mengangguk.
“InsyaAllah.” Balas wanita Melayu itu, sebelum berlalu keluar dari surau.
Jannah memandang ke arah wanita Arab itu. Tersenyum. Hanya itu yang mampu dia lakukan.Tak tahu nak cakap apa kerana dia bukanlah fasih berbahasa arab. Setakat cakap ‘syukran’, ‘afwan’, ‘ma ismuki’ tu dia reti lah.
“Assalamualaikum.” Wanita arab itu berlalu meninggalkannya. Jannah menyarung kasut dan terus kembali ke tempat kerjanya. Dalam diam dia tersenyum dan memikir. Ayat tadi simple, tapi sangat mendalam maksudnya. SubhanAllah.

Dia menunggu LRT untuk pulang ke rumah. Kereta dihantar ke bengkel, jadi terpaksa pulang dengan menaiki pengangkutan awam ini. Dia duduk menunggu tren seterusnya. Jam tangan dikerling, pukul 9.30 malam. Manusia yang memenuhi ruang menunggu tren diperhatikan. Beberapa anak muda duduk di atas lantai, kerusi dah penuh. Ada yang rela berdiri sahaja. Yang berbual sakan sambil bergelak ketawa pun ada. Dia bosan. Sorang-sorang sebab Iqbal dah balik awal tadi. Dari pejabat dia perlu mengambil kakaknya sebelum pulang ke rumah keluarga mereka. Biasalah, hari Jumaat. Balik kampung untuk luangkan masa hujung minggu bersama keluarga.
Matanya dihalakan ke arah escalator di sebelah kanan dan matanya terpaku di situ. Nuha..
Dia tahu itu bukan Nuha, tetapi itu gadis yang bertembung dengannya di hadapan tandas awam lebih kurang sebulan yang lalu. Matanya mengikut pergerakan gadis itu. Gadis itu ke kiri, matanya ikut ke kiri, apabila gadis itu beralih ke sebelah kanan, matanya turut ikut ke sebelah kanan. Dia melihat ke atas, 2 minit lagi sebelum tren seterusnya tiba. Tegur, atau tak tegur? Dia berfikir.
‘Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.
Jangan buat wanita jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.
Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.
Jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.
Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.
HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk menikahinya.’
Langkah kaki yang dihayun untuk merapati gadis itu terhenti apabila dia teringat ayat yang diucapkan oleh Ustaz Azhar Idrus, tetapi dikongsi oleh rakan-rakannya di laman social Facebook. Dia kembali ke tempat dia berdiri sebelum gadis itu tiba tadi. Tetapi matanya masih tidak lepas dari memerhatikan gadis itu dari jauh.
Tren tiba, dan gadis itu melangkah masuk. Tren menghala ke arah Gombak. Dia turut sama masuk ke dalam tren tersebut. Berdiri tidak jauh dari gadis yang sedang leka mendengar lagu, sehingga tidak sedar dirinya diperhatikan. Headphone hitam putih elok tergantung di kepala. Hanif menggeleng. Bahaya. Dan sebab itu, dia mengikut gadis berpakaian serba hitam itu menaiki tren ini, walaupun hakikatnya, untuk pulang ke rumah, dia sepatutnya menaiki tren menghala ke Kelana Jaya.
Manusia yang naik dan turun setiap kali tren itu berhenti tidak dihiraukan. Matanya masih leka memerhati gadis yang di tangan kirinya memegang kertas bungkusan makanan berwarna coklat dan mempunyai logo berwarna hijau. Eh? Dia kerja dekat kedai kopi tu ke? Sebab melihat daripada t-shirt hitam yang tersarung pada gadis itu, macam betul je dia kerja dekat kedai kopi tu. Tapi, bangunan berkembar tersebut ada 3 branch kedai kopi yang sama. Dia kerja dekat yang mana satu?
“Stesen berikutnya, Damai. Next station, Damai”. Jannah mengangkat kepala yang selama ini menunduk merenung kaki. Bukan merenung kaki. Hakikatnya, dia tertidur dalam keadaan berdiri. Mungkin akibat terlalu penat bekerja dari pagi sampai ke malam, sehingga dia boleh tertidur walaupun sedang berdiri. Nasib baik tersedar tepat pada masanya. Apabila tren itu berhenti, dia memboloskan diri dari celahan orang ramai.
Hanif turut turun, mengikut gadis itu. Apabila gadis itu berhenti dan kaku berdiri di satu sudut, dia juga berhenti tidak jauh dari situ. Kelihatan gadis itu sedang menjawab panggilan dari seseorang.
Lima minit berlalu, sebuah Proton Saga warna putih berhenti berdekatan gadis itu dan si gadis  melangkah masuk. Mungkin ayah dia. Hanif membuat andaian apabila dilihat gadis itu menyalam dan mencium tangan pemandu kereta Saga putih tadi.

“Lambat balik harini?” Encik Abdullah bertanya anak gadisnya itu. Jannah, anak gadisnya itu agak pendiam. Tapi sekali kalau dah mula bercerita, memang susah nak berhenti.
“Closing partner tak dapat datang. MC. Adik ganti dia lah. Sebab tak ada orang lain boleh ganti.” Encik Abdullah hanya mengangguk. Anak gadisnya yang seorang ni, memang agak workaholic. Jenis ringan tulang nak membantu kalau ada yang memerlukan bantuan dia. Tak banyak songeh. Baru lepas SPM, sedang tunggu result. Jadi apabila mendapat peluang untuk bekerja, dia tak lepaskan peluang itu. Dan dia serta isterinya, hanya memberi kebenaran. Selagi si gadis menjaga batasan, itu tidak menjadi masalah bagi mereka.
“Lapar tak? Kalau lapar, abah singgah beli makanan dulu.” Tanya Encik Abdullah, prihatin.
“Tak lapar. Ni, ada bawak balik makanan. Makan ni je pun dah cukup rasanya. Lagipun, dah tak lalu nak makan. Nampak katil dengan bantal je sekarang.” Jannah berseloroh. Encik Abdullah hanya tersenyum.
Kereta Saga putih itu meluncur memasuki garaj rumah teres dua tingkat. Enjin dimatikan.
“Sebelum tidur tu nanti mandi dulu.” Encik Abdullah mengingatkan anaknya sebelum keluar dari kereta.
“Ai ai, bos.” Jawab Jannah. Dan mereka melangkah masuk bersama. Selepas bersalam dengan ibunya, Jannah terus berlari ke tingkat atas, mencari biliknya. Ngantuk!

“Iq, lunch jom?” Hanif mengajak sahabatnya itu. Iqbal segera bangun. Memang kepalanya sudah tepu menghadap kerja.
“Makan kat mana?” iqbal bertanya kepada Hanif.
“Starbucks, jom? Aku belanja.” Hanif menjawab selamba, sedang Iqbal sudah ternganga.
“Kau buang tabiat apa tiba-tiba nak belanja makan dekat Starbucks ni? Dapat bonus ke?” Iqbal bertanya teruja. Pelik apabila kawan yang selama ni sentiasa memilih nasi sebagai makanan tengahari, mengajak dia menikmati kopi mahal itu.
“Ikut je lah. Kalau tak nak takpe. Aku pergi sorang.” Hanif mengugut.
“Nak.. nak.. chill lah bro.” Mereka terus menuruni bangunan pejabat itu. Menuju ke cawangan Starbucks terdekat, berhadapan dengan Aquaria, di KLCC. Entah kenapa, Starbucks itu menjadi tempat pertama untuk dia menjejak ‘Nuha’. Kalau tak ada, baru pergi cari dekat yang lagi dua cawangan tu.

“Hye.. Welcome to Starbucks.” Ucapan selamat datang dari barista yang berada di situ. Matanya meliar di sekitar kawasan kaunter dan kawasan membuat air. Apa yang dicari tiada. Tiba-tiba terasa bahunya dipukul.
“Kau cari apa?” Iqbal bertanya kepada Hanif. Mata meliar sejak mereka mula beratur tadi lagi. Hanif hanya menggeleng. Hanya ada seorang pekerja lelaki dan seorang pekerja wanita di situ. Si lelaki berada di kaunter, si wanita jadi tukang siapkan air yang dipesan. Waktu tengahari begini, manusia agak ramai, menyebabkan mereka perlu tunggu beberapa minit sebelum sampai giliran untuk memesan.
“Jannah, tolong dekat depan ni sekejap.” Adelina menjerit dari bahagian menyediakan air panas.
“Ok!” gadis itu segera keluar.
“Tolong panaskan makanan.” Adelina berkata apabila Jannah muncul dari B.O.H. jannah mengangguk, dan laju melangkah ke kawasan makanan pula.

“Ye, encik? Order apa?’ Ayyad bertanya dua lelaki di hadapannya ini, yang seakan terpaku melihat Jannah sejak gadis itu keluar.
“Encik?” Ayyad memanggil. Lelaki berkemeja putih berpaling, sedang rakannya yang berkemeja merah masih memakukan pandangan ke arah Jannah.
‘Apa usha anak dara orang macam tu? pelik je mamat ni. Psycho ke apa?’ Ayyad masih tersenyum, sedang dalam hati menyumpah seranah.
“Nif, order apa?” Iqbal menyedarkan Hanif dari lamunan.
“Oh.. Ermm.. Bagi iced grande vanilla latte la satu. Kau?” Dia bertanya pada Iqbal.
“Dah order dah tadi.” Iqbal menjawab.
“Abang, tak nak upgrade venti size ke? Tambah seringgit je.” Ayyad cuba nasib, up sell sikit. Jannah yang mendengar berpaling, lalu tersenyum ke arah Ayyad. Semangat sahabatnya sorang tu duk up sell suruh beli saiz paling besar.
“Oh, ye ke? Boleh lah.” Hanif mengangguk. Senyuman gadis itu, manis. Dan berbeza dari senyuman Nuha. Selesai membayar, mereka menunggu makanan dan minuman yang dipesan.
Jannah menghampiri expediter. Blueberry cream cheese muffin bersama chicken melt diletakkan di atasnya. Hanif hanya memerhatikan gadis itu. Matanya mencari tag nama yang tersemat di bahagian kanan apron hijau yang dipakai oleh gadis itu. Jannah. What a nice name. Dan sejak hari itu, Hanif mengunjungi kedai kopi itu hampir setiap hari untuk lunch ataupun setelah pulang dari kerja. Hanya untuk memerhatikan gadis bernama Jannah. Itu pun sekiranya masa dia datang, gadis itu ada.

“Yes, bro? Macam biasa ke?” Ayyad bertanya kepada Hanif yang segak berbaju melayu biru laut. Baru pulang dari bekerja pada hari Jumaat. Sebab tu pakai baju melayu. Hanif tersenyum. Mengangguk.
“Yad, Jannah ada?” Hanif bertanya pada Ayyad semasa Ayyad sedang sibuk menulis pada cup bersaiz venti itu.
“Ada. Kenapa?” Ayyad bertanya, hairan.
“Air aku, mintak dia buatkan weh.” Hanif tayang sengih paling lebar. Buat muka tebal depan Ayyad. Ayyad pandang Hanif lain macam.
“Don’t tell me, kau suka Jannah?” Ayyad serkap jarang.
“Tak lah. It’s just that air yang dia buat, sedap. Lagi sedap dari yang kau buat. Haha..” Ayyad menjegil mata. Siot!
“Hah, ye lah. Mengada! Kejap, aku panggil dia.” Ayyad ke bahagian belakang. Memanggil Jannah yang sedang mengambil susu untuk di stock-up. Customer tengah tak ramai macam ni, boleh la tinggal-tinggal sekejap bahagian depan ni. Hanif bergerak ke arah expediter selepas membuat bayaran, sementara Ayyad ke belakang, memanggil Jannah.
Seketika kemudian, muncul Jannah dan Ayyad dai bahagian belakang kedai kopi tersebut. Jannah tersenyum segaris kepada Hanif. Lelaki ini, sejak seminggu yang lalu, kalau datang mesti suruh dia yang buat air yang dipesan. Menyusahkan! Rungut Jannah dalam hati. Mukanya masih dimaniskan, senyuman tidak lekang di bibir. Tak boleh tunjuk rasa tak suka, nanti kena complain, dia juga yang susah.
“Jannah, umur berapa?”
“Baru lepas SPM. Tengah tunggu result.”
“Ohhh.. Aliran apa masa SPM?”
“Pure science.” Tangan masih lincah menyediakan air. Vanilla syrup di pump ke dalam cup, espresso shot dimasukkan ke dalam cup juga. Susu diisi hampir penuh, kemudian step terakhir, ais dimasukkan sehingga penuh cup tersebut. Iced venti vanilla latte diserahkan kepada lelaki yang setia berdiri di expediter.
“Have a good day, Mr. Hanif. Thank you and come again.” Ayat skema.
“Sure, will do.” Hanif tersenyum lebar. Kakinya melangkah meninggalkan cafe itu bersama air ditangan. Tangan kosong diangkat ke arah Ayyad yang sedang melayan pelanggan yang baru tiba sebentar tadi. Ada peningkatan. Selama seminggu sebelum ni, setiap kali dia datang, dia dan Jannah hanya dapat berbalas senyuman. Kerana dia selalu datang tak kena time. Selalu datang masa peak hour. Dan juga kerana, dia sendiri rasa segan nak berbual dengan gadis itu. Takut dia di cop cuba mengurat anak dara orang tak tentu hala.

“Today is the day.” Hanif berkata tiba-tiba. Iqbal yang sedang menyuap mee goreng ke dalam mulut, terhenti. "Apa?" Pelik tiba-tiba kata macam tu. tadi tak ada cakap apa pun. Tadi cakap lapar je. Ni apa yang tiba-tiba ‘today is the day’ pulak ni? Sudu diletakkan ke pinggan. Tangan automatic menggaru dahi, bingung. Hanif sengih.
“Adalah. Nanti aku bagitahu kau. Dah siap makan ke? Pergi masjid, jom? Kejap lagi mula la khutbah ni.” Hanif menggamit pelayan restoran tersebut ke arah meja yang mereka duduki.
“Naik kereta kau lah ey, Nif? Aku malas la nak drive harini. Kepala aku berat ni. Sesak betul. Kerja melambak. Tension!” iqbal merungut.
“Boleh, no problem. Kau nak ambil wudhu’ sekarang ke kat masjid nanti?” kunci kereta dikeluarkan dari kocek baju melayu berwarna hitam itu. Songkok di kepala diperkemaskan letaknya di kepala.
“Kat masjid je lah. Sempat lagi ni. Bukan jauh sangat pun masjid tu.” iqbal yang berbaju melayu lengkap wana ungu gelap menyahut. Mereka sama-sama mengangguk dan membuka pintu kereta milik Hanif itu.

“Abang Hanif. Lama tak nampak?” Aiman menegur. Sepanjang minggu ini, memang Hanif tak memunculkan diri. Selalu, ada je waktu makan tengahari atau waktu pulang dari kerja.
“Sibuk sikit la minggu ni. Banyak kerja. Ayyad tak kerja ke harini?” Hanif bertanya kepada Aiman apabila dilihat hanya Aiman seorang yang berada di situ.
“Kerja. Tapi dia pergi break, sekali dengan Jannah. Kenapa entah kak Ina bagi dia orang break sekali harini. Sebab ada delivery kot kejap lagi. so nak cepat.” Aiman menjelaskan.
“Ooohhhh...” hanya itu yang keluar dari mulut Hanif. Tadi baru nak rasa cemburu, nasib baik Aiman explain awal-awal. Eh? Kau siapa nak cemburu-cemburu bagai ni? Bukan boyfriend, jauh sekali suami Jannah. Senget! Tapi kannn..
“Abang Hanif. Dah lama sampai?” Hanif yang sedang berangan tersentak apabila bahunya ditepuk oleh Ayyad. Jannah hanya senyum dan mengangguk. Ayyad duduk seketika di kerusi berhadapan dengan Hanif. Ada 10 minit lagi sebelum masa rehat tamat.
“Baru jugak sampai. Air pun banyak lagi ni. Makan dekat mana tadi?” Hanif berbasa-basi.
“Dekat Subway. Cepat dan kenyang lah jugak. Hehe..” Ayyad tersengih. Makan Subway tu, kalau Jannah mungkin lah kenyang. Bagi dia, tu sekadar mampu alas perut je. Tapi dah tadi Jannah beriya ajak dia teman pergi makan dekat Subway tu, ikutkan je lah. Itu pun Jannah yang belanja. Haha..
“Ok lah abang. Masuk dulu. Dah time ni.” Ayyad menolak kerusi ke belakang. Hanif mengangguk, sebelum dia teringat sesuatu.
“Ayyad. Kejap.. kejap. Sini. Aku nak mintak tolong sikit.”
“Apa?”

“Apa??! Kamu ni biar betul?” suara Encik Abdullah bergema memenuhi ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Puan Fatimah terdiam di sebelahnya. Biar betul budak ni?
“Kamu serius ke ni? Dah fikir masak-masak?” encik Abdullah bertanya lagi kepada pemuda di hadapannya.
“Pak cik, saya dah istikharah, saya dah dapat jawapannya, dan saya yakin ini yang terbaik.” Pemuda itu menjawab tenang. Encik Abdullah masih terdiam. Biar betul? Masih tidak mampu nak percaya apa yang baru sahaja berlaku. Seorang lelaki tak dikenali, tiba-tiba datang bertandang, sampaikan hasrat nak meminang anak daranya yang seorang tu? Yang baru lepas habis SPM tu? it was like.. SERIOUSLY? Tapi kenapa lelaki ni nampak sangat yakin?
“Hanif.” Encik Abdullah menarik nafas, dalam. Perkara ini bukan perkara main-main. Dan anak gadis yang ditanya bukan anak patung, tapi anak dia.
“Hanif, ni bukan benda main-main. Pakcik pun tak boleh nak buat keputusan ikut suka hati pakcik. Betul, pakcik ada hak sebagai wali. Tapi pakcik sendiri pun tak kenal Hanif. Pakcik kena tanya Jannah, kena tahu apa yang dia rasa juga. Kan, ibu?” puan Fatimah mengangguk, bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh suaminya itu.
“Hanif balik dulu, nanti kami tanya pada Jannah. Dan kami minta masa. Dalam sebulan, insyaAllah kami bagi jawapannya. Boleh?” puan Fatimah menyambung. Hanif mengangguk. Sekurang-kurangnya pasangan suami isteri itu tidak terus menghalau dia apabila dia menyatakan hasrat untuk menikahi anak gadis encik Abdullah dan puan Fatimah yang seorang tu.
Alhamdulillah. Selesai satu perkara. Dia sudah mengatakan kepada encik Abdullah tadi, kalau setuju, dia akan hantar keluarganya untuk melakukan langkah yang seterusnya. Merisik, meminang dan yang sewaktu dengannya. Semoga Allah mempermudahkan.
“Baik pakcik. Ini nombor telefon saya. Saya terima apa sahaja jawapannya nanti, insyaAllah. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Dia bangun, menyalami bapa kepada Jannah dan berlalu ke keretanya yang terparkir di bawah pokok di luar rumah teres itu.

“Eh?” Jannah yang baru nak membelok masuk ke pagar rumahnya terhenti apabila pintu pagar terbuka dari dalam. Dan lebih terkaku apabila melihat muka orang yang membuka pintu pagar itu.
HANIF?
“Eh? Buat apa dekat sini?” headphone yang berada di kepala ditarik melepasi kepala. Mp3 dimatikan.
“Tak ada apa. Saja. Nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Hanif terus masuk ke keretanya. Enjin dihidupkan dan dia terus berlalu. Jannah semakin pelik. Dahi berkerut seribu. Saja??
Dia melangkah masuk ke rumah. Ibu dengan abah, muka berkerut macam fikir masalah negara. Kenapa pulak ni?
“Adik. Duduk sini kejap.” Beg diletak ke atas lantai. Punggung dilabuhkan ke atas sofa, sebelah ibu.
“Adik kenal Hanif tadi tu?” Angguk.
“Adik tahu kenapa dia datang tadi?” Jannah angkat muka dari merenung lantai. Geleng kepala. Muka cuak. Macam serius je abah dengan ibu ni.
“Hanif datang tadi tu, dia cakap, dia nak nikah dengan adik.” Senafas.
Hah? Dan dalam masa yang sama, dia selamat terbaring di atas lantai. Puan Fatimah kalut. Tak tahu nak buat apa. Nak ketawa atau nak tolong bangunkan anak gadisnya itu. Dan sesaat kemudian, gelak ketawa memenuhi ruang tamu rumah nombor 9 itu. Jannah tarik muka.
“Abah, abah main-main ke apa ni?” Jannah bangun, kembali duduk di sofa itu. Encik Abdullah dan Puan Fatimah kembali serius.
“Betul, abah tak tipu. Jannah kenal dia?” jannah angguk.
“Kenal, tapi bukannya kenal sangat. Dia customer dekat situ. Ohhh!!” Tangannya automatic menepuk dahi.
“Kenapa?” serentak Encik Abdullah dan Puan Fatimah bertanya.
“Setiap kali dia datang, kalau adik ada dekat situ, dia mesti suruh adik buatkan air dia.” jannah bercerita. Ibu dan abahnya memandang satu sama lain. Tersenyum penuh makna.
“Kira jatuh cinta dengan air yg adik buat la ni?” Jannah merah muka.
“Tak, kot.. Adik pun tak tahu lah abah. Habis, abah jawab apa dekat Hanif tu tadi? Abah, adik muda lagi kot. Mana sedia nak nikah semua ni. Adik nak sambung study dulu.” Jannah berkata oenuh semangat.
“Abah dengan ibu minta masa sebulan untuk bagi jawapan. Adik jangan terus bagi jawapan, solat istikharah dulu. Kami pun akan buat istikharah juga. insyaAllah, petunjuk Allah yang terbaik, kan?” Jannah mengangguk, setuju.
“Tapi abah.. abah tak kisah ke kalau adik kahwin awal?” Jannah bertanya, malu-malu.
“Tak jadi masalah kalau betul dah sampai jodoh adik. Lagipun, ini untuk elakkan maksiat, kan? Memang lah korang tak kenal satu sama lain sangat, tapi lepas kahwin nanti kan boleh berkenalan lagi? both of you have lifetime to know each other, dengan cara yang halal, kan? So sekarang ni, adik jangan beratkan otak adik. Pergi mandi, rehat-rehat. Kita makan malam. Nanti malam, bangun lah, qiamullail. Buat tahajud, buat istikharah. insyaAllah segalanya dipermudahkan.” Kata encik Abdullah panjang lebar. Jannah mengangguk. Beg yang diletakkan di atas lantai dicapai, dia berlari ke dalam biliknya.
Sampai di bilik, dia merebahkan badan ke atas katil. Tangan diletakkan ke dada. Degupan jantungnya lebih laju daripada biasa. ‘Ya Allah, jika ini yang terbaik untukku, berikan aku petunjukMu.’

“Ayah chik.” Hanif yang sedang merenung langit di balkoni biliknya, berpaling ke belakang.
“Ye, sayang? Ada apa?” Hanif menarik anak saudaranya dan diletakkan di atas riba.
“Ayah chik, jom teman Iman. Tengok pipapool..” Hanif ketawa senang. Pipapool?? Masa awal-awal dia dengar perkataan tu pun, dia macam blur. Dan kak longnya menjawab ‘Liverpool’ apabila dia bertanya. Dia menggeleng kepala. Comel. Rambut ikal mayang Iman diusap-usap. Rambut yang seakan-akan pemain Barcelona bernama Carles Puyol itu sangat cantik. Nurul Iman Indriyani binti Ahmad Arif. Baru empat tahun. Perempuan. Tapi suka menonton perlawanan bolasepak. Pengaruh dari abang Arif.
“Ayah mana?” Hanif bertanya lagi.
“pegi kedai.” Ringkas jawapannya.
“Ayah chikkkk... jom lah. Dah nak mula dah ni.” Tangan Hanif ditarik-tarik. Hanif bangun. Telefon bimbit dimasukkan ke dalam kocek. Rasa kecewa menjengah. Jam dikerling. 3 pagi. 10 April 2012. Genap sebulan selepas hari dia buat kerja gila, pergi serang rumah pasangan suami isteri bernama Encik Abdullah dan Puan Fatimah. Sebulan juga dia tidak menjejak kedai kopi itu. Tapi sampai sekarang, masih belum ada jawapan yang diterima. Tak kan lupa, kot?
Hanif duduk di sofa berbentuk L warna merah di ruang tamu. Televisyen sedia terbuka, menayang perlawanan antara Liverpool menentang Blackburn. Iman dilihat sangat khusyuk menonton. Boleh pula budak ni bangun semata-mata nak tengok match ni? Sedangkan sebelum dia masuk bilik pukul 11 malam tadi, dia tengok kanak-kanak ini sudah tidur di biliknya.
“Abang Arif? Beli apa?” soalnya apabila pintu umah itu dibukaa dari luar.
“Ni, cik kak ni. Nak air milo lah. apa-apa je dia punya demand.” Mereka ketawa. Iman tak layan, dah dapat air milo kotak tu, semua pun dia lupa. Mata masih fokus menonton bola.
Pada minit ke 12 perlawanan, terdengar jeritan “gooollll!!!” dari anak saudaranya itu. Maximilliano Rodriguez menjaringkan gol pertama buat Liverpool. Hanif hanya menggeleng. Abang Arif menegur anaknya itu supaya tidak jerit teerlalu kuat. Orang lain dah tidur. Dia bukan kaki bola. Jadi dia hanya meneman anak saudaranya yang seorang ini. Tak tahu kenapa anak saudaranya ini sangat rapat dengannya. Kepalanya sibuk memikirkan soalan yang satu tu. yang masih belum terjawab sejak sebulan lalu. Lebih kurang tiga minit selepas itu, sekali lagi jeritan kedengaran di ruang tamu itu. Jaringan dari pemain yang sama, gol kedua untuk Liverpool. Hanif tersenyum. Janganlah si gadis kecil ini jadi pemain bola sepak bila besar nanti. Haha..
90 minit berlalu, permainan tamat, bersama sorakan keriangan dari Iman. Gembira apabila Liverpool berjaya mengalahkan Blackburn dengan skor 3-2. TV yang tadinya menyala, dimatikan. Anak saudaranya didukung, dibawa ke biliknya. Abang Arif awal-awal surrender. Malas nak jadi tukang cerita bedtime story untuk si kecil.
“Iman tidur, ok? Ayah chik kerja esok. Kena tidur. Iman pun kena tidur jugak. Sebab esok nak pergi sekolah.” Sekolah, atau lebih tepat lagi, taska sebenarnya.
“Ok. Thank you ayah chik, sebab tengok bola dengan Iman.” Iman mencium pipi Hanif, dan Hanif membalas dengan mencium pipi si kecil itu pula.
“Goodnight. Assalamualaikum.” Doa dibacakan. Lampu bilik dimalapkan. Apabila yakin Iman sudah lena, dia bangun meninggalkan bilik itu dan menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan dengan bilik Iman.

Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluar yang dipakainya, diletakkan ke atas meja sisi katil. Lampu yang berkelip menandakan ada mesej yang belum dibaca. Eh? Bila masa ada mesej masuk? Tak perasan.
Telefon bimbit di unlock, mesej dibuka. Nombor tidak dikenali. Huh? Siapa mesej malam-malam buta ni?

Assalamualaikum, Hanif. Pakcik Abdullah ni.’  Ayat pertama yang dibaca membuatkan dia menelan air liur, kesat. Jantung berdegup pantas, seperti baru lepas berlari pecut.
‘Hanif boleh hantar wakil lah lepas ni. Up to u, bila wakil nak datang. Dengan syarat, inform dulu sebelum datang. Jangan buat macam haritu, datang out of blue. Ok? And as Jannah’s dad, pakcik harap Hanif jaga anak kami elok-elok, sebagaimana kami jaga dia sejak dia kecil. Dan perlu ingat, dia masih muda. Jadi Hanif bimbinglah dia, supaya hubungan kamu kekal sehingga syurga, insyaAllah. Wassalam.’
Mata dipejam celik. Masih sukar untuk dipercayai. Alhamdulillah. Sujud syukur dia pada saat itu. Selepas seketika, dia membalas mesej tadi.
‘InsyaAllah, pakcik. Saya akan jaga Jannah, sayang Jannah, lebih dari saya jaga dan sayang diri saya sendiri. Jika ada yang kurang pada saya, pada masa akan datang, harap pakcik dapat tegur dan beri tunjuk ajar. Tentang wakil, jika tiada aral, hujung minggu ini wakil dari pihak saya akan datang. Terima kasih banyak-banyak, pakcik. Sampaikan salam dan terima kasih saya kepada makcik Fatimah dan Jannah juga. Salam alaik.’
Butang send ditekan. Bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Alhamdulillah, Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui segala sesuatu. Dan memang benarlah, ‘apabila kita pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka’.

14 comments:

  1. dear MK *saya jngka komen ini akan pnjg jd stick with me* :)

    anda, TELAH BERJAYA

    -membuat saya rasa nak pergi mnx keja jadi barista dekat 'kedai kopi' jugak

    -membuat saya berharap gilos yg ada org akan datg pinang saya by hand mcm hanif buat dekat jannah

    - membuat saya rasa nak kahwin tgh2 malam ni *ni gilo*

    -mmbuat saya tersenyum2 macm gila-gatai-punya-budak-merenyam-hormon-gatai-secreate tengah2 malam isnin ni

    DOUBLE THUMBS UP LA MK!!!! I LAP U.. HAHAHAHAHHAAH

    sekian, :D

    ReplyDelete
  2. @joenyz

    Dear,joenyz.haha..
    -di control ur hormon gatai,merenyam dan yg seangkatan dgnnya,can u?haha..
    - apply la kerja kedai kopi.kut jmpa jodoh kat sana.kah3..
    - thanks for reading,buddy.glad that u like it :)

    ReplyDelete
  3. akhirnya Hanif jumpa juga dengan jodoh dia...

    ReplyDelete
  4. pengguna LRT tegar :)16 April 2012 at 01:47

    bukan "Stesen seterusnya..."

    tapi "Stesen berikutnya..."

    haha:D

    ReplyDelete
  5. Assalamu'alaikum!

    Ngaaaa! dear MK lalik lalink lalink!
    You buat I nak keja barista jugak lepas ni! Grrr~ Ketuk kepala kang!

    And, and I sukaaaaaaaaaa ending ni! So sweet lah MK! Hagagaga, rasa macam nak gigit kuku sendiri! hoho

    Waaa! Suka sangat dah ni! Sangaaaaat suka! <-- nampak tak betapa eagernya I nak kahwin tahun depan? :p

    Lastly, thumbs up for this! Suka Jannah! Suka Hanif! Nice couple! ;) Congrats, MK! Thank you for this nice pieces! <3

    ReplyDelete
  6. @pengguna LRT tegar :)
    ahahaha.. ok2. will be change dekat situ. tu la, sy pun masa nak tulis tu mcm terberhenti kejap, xtau nak tulis seterusnya or berikutnya. sbb dah laaaaamaaaaaa x naik LRT. hehe :D
    thank you. :)

    ReplyDelete
  7. @kleo
    waalaikumussalam.
    dear, you. i know who u are. haha..
    speechless ok? xtau nak reply apa. sbb u gatai sangat dah ni. kah3..
    jgn tahun dpn betul terus dapat kad sudaaaahhhhh.. :p

    most welcome n thanks for reading too. (ok, ayat skema di situ)

    ReplyDelete
  8. jodoh dr Allah..sgale urusan akan dipermudahkan sesuai dengan kehendakNYA =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sangat betul :)
      Thanks for reading.

      Delete
  9. Just finish reading your HN and HN2. Speechless! Cerita MK memang gempak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.

      err...aci tak if i said sy sndiri pun dah lupa jalan cerita dia mcm mana sbnrnya? huhuhu...

      my bad, sorry. dah lama x bukak blog. dah lama x menaip. sangaaaattttt sibuk. cuti nanti insyaAllah akan cuba buat at least 1 entry. huhu..

      again, thanks for reading.

      semoga bermanfaat.

      Regards,
      MK

      Delete

 
;