From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Sunday 15 April 2012

~ Episode 1 of Evergreen

assalamualaikum.




Evergreen.

Iman Halili keluar dari bilik mandinya. Dia membuka almari pakaian lalu mencapai Kebaya Nyonya yang bertemakan tenunan yang sangat cantik. Kebaya berwarna peach itu bondanya beli di Zara’s Boutique. Memang cantik! Pandai bondanya pilih.

Dia pantas mengenakan kebaya itu pada tubuhnya sebelum duduk menghadap cermin solek. Dia mengambil sikat lalu menyikat lembut rambutnya yang sedikit ikal pada bahagian hujung. Lalu diambil lip balm dan dicaletkan pada bibir. Dia tak berapa gemar nak pakai gincu bibir warna merah pekat. Dang! Tu dah macam opera cina okay. Dan dia nak pergi conference di United Kingdom, bukannya nak naik pentas nyanyi guling-guling buat persembahan opera.

Selepas menyapu mukanya dengan bedak dan menyapu bulu mata dengan maskara, dia bangun dan bergerak ke bilik sebelah pula. Bilik itu kecik sedikit dari bilik tidurnya dan hanya ada cermin sahaja di kedua-dua belah. Dia menolak cermin yang disebelah kanan. Disebalik cermin itu, kesemuanya ada 5 rak kasut dengan kasut tersusun cantik dari rak atas sampai ke rak bawah. Iman melilaukan pandangan dan matanya turun atas bawah, atas bawah, kanan kiri, kanan kiri untuk mencari the best shoes ever.

Hello, takkan la nak pakai kasut biasa-biasa je kalau nak pergi conference. Kalau nak pergi kuliah mungkin boleh pakai apa je.  Ye la, pergi kuliah buat apa nak cantik-cantik. Setakat pandang muka lecturer, classmates dan kalau bernasib baik, dia tak akan tertidur. Tapi selalunya dia memang akan gugur syahid dalam kelas tu. Heh~

Ahah! Iman mencapai kasut jenama Chanel pada rak tiga. Dah lama dia tak pakai kasut ni. Kasut dari sepupunya Dean untuk hari jadinya 2 minggu yang lepas. Dean beli khas dari Hollywood. Buat gaya riak nak tunjuk kat aku la tu yang dia dah pergi Hollywood untuk berjoli dan bukannya atas urusan penting. Chet.
Dia memakai kasut itu lalu bergerak masuk semula ke bilik tidurnya. Dia mencapai telefon sebelah katilnya.

“ hello Encik Junaidi. Saya dah siap. Mungkin boleh suruh mereka ambik barang-barang saya.” Iman tuggu sebentar mendengar balasan dari Encik Junaidi sebelum terangguk-angguk kecik. “ baik, saya tunggu mereka sampai.” Sambung Iman lagi.

Dia mencampakkan telefon itu pada katil sebelum terdengar bunyi ketukan pintu.

“ masuk.” Arah Iman. Dan ada 5 orang lelaki masuk ke dalam biliknya dengan mamakai sut hitam yang segak. “ barang-barang tu ada dekat bilik sebelah.” Tunjuk Iman. “ boleh pergi ambik.”

Kelima-lima lelaki tadi terus mengikut arahan Iman. Iman pula terus  mencapai Gucci dari atas meja solek dan keluar dari bilik. Dia lalu sepanjang koridor di mana dindingnya semua penuh dengan gambar-gambar ahli keluarga diraja dan kaum kerabat. detap detup bunyi kasut tumitnya kedengaran. Dia mengeluarkan cermin mata hitam dari Gucci sebelum sarung pada mata. Dia menunggu sabar depan lif yang bersepuh emas. Penjaga lif pantas menekan butang lif apabila Iman sampai di situ.

“ hari ni Cik Puan nak pergi mana?” tanya penjaga lif mesra sambil tersenyum manis. Iman membalas senyuman itu.

“ UK. Ada conference dekat sana. Nak bincang tentang harga tekstil. Kenapa? Nak tempah apa-apa ke?”Iman memandang penjaga lif tersebut. Sejak azali dia tak tahu nama budak lelaki yang jaga lif ni. Ahmad kah? Ke Ali? Ke Abu? Haha. Iman kau memang keji. Kau ingat nama penjaga lif cabuk macam tu ke? Well, perlu ke dia kisah? Jumpa pun dalam lif je kut. lagipun kut lah muka macam Brad Pitt ke, Tom Cruise ke, boleh lah dia minta nombor phone. Heh, not an important business.

“tengoklah, kalau saya tak sibuk, saya belikan awak oleh-oleh ye?” Iman senyum. Mood sangat baik hari ini? Tak sangat. Cuma dia nak jadi baik,, er? Ok pelik.

Ting !

Lif sampai dan Iman masuk ke dalam dengan senyuman manis diberikan kepadanya oleh penjaga lif yang berada di dalam lif pula. Penjaga lif tu menekan butang G. Iman hanya membalas senyuman abang lif tu. 
Malas dah nak bermesra-mesra berborak sakan.  Lif turun perlahan-lahan.

Ting!

Lif terbuka perlahan buat kali kedua.

Iman pantas keluar dari lif lalu merentas Dewan Masuk sebelum sampai ke foyer sambil diiringi oleh 3 orang pengawal. Adui! Dia nak tunggu kereta dekat foyer pun kena ada orang iring ke?  Limo warna putih dah sedia menunggu depan pintu. barang dah disumbatkan oleh man in black. Iman masuk, lalu pintu ditutup. Wangian kereta memenuhi ruang empat segi yang hanya dia sahaja di belakang dan pemandu di depan. Menusuk terus ke lubang hidungnya. I phone ditarik keluar dari beg gucci, tangan laju menaip mesej. Punat send di tekan. Mata cuba di pejam. nak tido, nak tido.



Kaki rasa berat nak melangkah keluar. Malasnya dia nak jejak KLIA ni. Kalau bukan sebab Dean, sepupu ‘kesayangannya’ itu, memang tak lah dia nak usung dirinya menghadap conference berjela-jela bosannya. Iman mengeluh. Man in black dah sedia dengan  dengan troli yang penuh dengan muatan miliknya. Bodyguard dengan muka yang dia nak bagi kaki, dah sedia nak mengikut dia. Rimas sungguh. Cubalah senyum ke hapa. Ni macam nak pergi berperang menentang musuh di medan pertempuran. Sangatlah menyampah.

“Cik Puan nak pergi mana tu?” Iman menoleh ke arah bodyguard. Hish, kalau tak jadi anak ayam aku tak boleh? Semedang nak follow aku!

“toilet. Kenapa, kamu nak ikut saya sampai ke dalam? Nak tolong flushkan segala sisa yang saya keluarkan ni ke? Just go somewhere else.” Iman buat muka paling toya dia pernah buat. Ingat aku ni induk ayam kau ke? Semedang nak ngikut aku?  Lelaki dengan tali leher warna merah terkedu. Iman meneruskan langkah menuju toilet. Well, ada hutang nak di bayar.




Compact powder dikeluarkan. Bedak ditepek ke pipinya. Lip balm dicalit lagi. Saja, nak kelihatan berseri. Well, penampilan itu penting apabila nak meredah segala benda formal ini. Bonda juga selalu pesan, sebagai orang yang bertaraf macam dia ni, terlalu lah penting untuk dia menjaga penampilan diri. Tak adalah dia tergolong dalam list anak keturunan yang berpangkat menghadapi masalah ketrampilan diri. Ok, mungkin tidak lah sampai masuk E! news, tapi semua hal pasal diri dan ketrampilan, perlu di jaga. Walaupun sebenarnya dia bukan sangatlah kisah orang sekeliling nak duk mengata dia, tapi menjaga imej itu penting bukan? Demi pangkat yang perlu dijaga tanpa ada tercalit kesan kotor. Dan kalau ada tercalit kesan kotor, tu namanya yucks!

Tangan menarik tisu, tangan yang basah di lap lalu tisu dibuang. Pintu ditolak. Mata menangkap susuk tubuh sasa yang 24 jam duk escort dia. Iman melangkah laju. Menuju balai perlepasan. Aku ingat dah belah ke mana mamat men in black ni. Rupanya still tunggu aku dekat depan ladies rupanya.

Iman berjalan sambil matanya mencari sesuatu di dalam gucci. Mana la pulak phone ni? Masa aku tengah carik dia, masa tu jugak la dia missing in action. Damn!

BUM! Dia jatuh terduduk. Homai. Its hurt okay. Dia da la pakai kebaya. Mahunya dia tak sakit. Nak je menjerit maki-maki dekat situ. Kang nanti dicop gila, dia jugak yang malu. Siapa pulak yang sengal sangat langgar aku ni. Badan da la keras gila macam besi. Iman memperbetulkan cermin matanya yang nak melorot jatuh.

“ sorry!” Ucap orang melanggarnya tadi. Oh! Lelaki pulak tu. Chet. Ada jugak yang kena saman dengan aku nanti. Tapi dia muda. Kacak pulak tu!

“ Naa, it’s okay.” Balas Iman. “ my fault too.” Iman mencapai Gucci yang terjatuh.

“ Cik Puan okay ke?” tegur seorang lelaki tua cuak. Encik Junaidi rupanya. Dia ingatkan siapa la tadi. “ mata awak letak mana tadi?” Encik Junaidi memarahi lelaki yang melanggarnya itu. “ Lutut ke? Kalau Cik Puan saya luka tadi macam mana?”

“ kalau luka je.” Balas lelaki tadi. “ bukannya apa.” Kedengaran nada jengkel.

“ bukannya apa awak kata!” Encik Junaidi kelihatan semakin berang. “ siapa nak cakap dekat Paduka Sul…”

“ cukup Encik Junaidi.” Iman mengangkat sebelah tangan tanda diam. Encik Junaidi ni lebih-lebih pulak. Bukannya aku jatuh tergolek ke apa ke. “ saya takde apa-apa. Dah sudah, kita kena cepat. Nanti terlepas pulak penerbangan kita.” Arah Iman.

“ baiklah, mari Cik Puan.” Akur Encik Junaidi.

“ Encik Junaidi pergi dulu.” Pinta Iman. Setelah Encik Junaidi berlalu pergi, Iman memandang lelaki yang melanggarnya tadi. “ saya mintak maaf kalau saya atau pakcik saya ada buat silap.”

“ he’s your uncle?” lelaki itu mengangkat kening tinggi.

Iman menanggalkan cermin mata dan memasukkan ke dalam Gucci. “ that’s currently is not your bussiness I guess.”

“ ouh okay.” Balas lelaki tadi.

“ saya rasa kita dah takde apa-apa hutang bukan. Melainkan awak ada luka di mana-mana. Takde bukan?” tanya Iman. Baik dia tanya siang-siang sebelum lelaki ni buat saman ke apa ke. Bukannya betul orang zaman sekarang ni. Muka nampak baik tapi perangai macam hantu.

“ err nama?” tanya si lelaki tadi. Nak menggatal la tu.

Iman membuka Gucci dan mencari kad namanya lalu dihulurkan pada lelaki tersebut. “ saya pergi dulu. Dah terlambat. Assalamualaikum.” Dan pada ketika lelaki itu menundukkan pandangan untuk membaca kad namanya itu, dia pantas berlalu dari situ untuk mengejar flight. Kang mesti bising Encik Junaidi kalau flight tertunda walaupun sekejap.




London Heathrow Airport. Dia keluar dari balai berlepas sambil diiringi oleh 5 orang pengawalnya. Kemudian diiringi lagi oleh 4 orang asing yang pasti merupakan rakyat UK sendiri. Ye la, muka tak nampak macam Melayu pun. Di luar airport, seperti biasa, limo putih sudah menunggu. Dia masuk lalu diikuti oleh Encik Junaidi.

“ Sheraton Park Tower Hotel please.” Bagi tahu Encik Junaidi pada pemandu. Dan limo itu bergerak mengikut arahan.





Iman keluar dari bilik conference, laju melangkah ke Limo. Encik Junaidi yang ditinggalkan belakang laju mengejar langkah kaki Iman yang dah macam sepupu kepada The Flash. Iman tak kira, dia nak chow dari dewan besar alam ini. Otak dah bergelumang kebosanan dengan segala jadah perkataan yang berdas-das dia terima. Dia inginkan ketenangan hari ini. Penat badan tak dihiraukan. Dia mahu keluar! Enjoy the life. Hello, I’m just 20. 20 years old hokay!! Haruslah ada life untuk bersuka suki kannnn?

“Cik Puan nak ke mana? Shopping?” ok, Iman lupa yang dia sentiasa di escort oleh pak cik sepertiga umur ni. So, macam mana dia nak dapatkan ketenangan?

“saya nak balik bilik.” Kereta meluncur laju ke Sheraton Park Tower Hotel. Dalam fikiran, dah tersusun rancangan untuk dia lari dari pandangan kaca mata Encik Junaidi.

Beg di letak perlahan atas meja. Remote tv dicapai lalu di on. Volume di tekan semaksima mungkin. Mafela pink yangmembalut lehernya di leraikan.

“saya tak nak ada gangguan sepanjang hari ini. No calls, no food, no ketuk-ketuk pintu, no Cik Puan Cik Puan. Faham?” Iman dapat lihat lelaki di hadapannya berkerut. Nampak kedut di muka dengan jelas. “are you clear Mr. Junaidi?” Encik Junaidi menggngguk tanda faham. “you may leave.” Tambah iman lagi. Encik Junaidi segera keluar. Iman menghempas pintu hotel kuat tanda dia menyampah dengan Encik Junaidi.

Pantas Iman ke bilik mandi. Basuh muka dan segala jadah yang boleh dibasuh, lalu kaki ke arah wardrobe. Iman memakai kemeja longgar dengan jeans ketat sebelum menyarung Shawl Collar Cardigan berwarna hitam. Lepas menyikat rambut ala kadar dia pantas memakai snow cap. Tingkap bilik di buka. Angin sejuk menerpa masuk. Rambutnya beralun-alun. Kepala dijenguk keluar. Ok, menempah bilik 3 kaki lebar, 7 kaki dalam kalau dia nak terjun. So? Iman tak puas hati. Dia menggunakan room services. Peluang yang ada hanya itu. Dia mahu keluar. Sebagai Iman. Bukan Tengku Iman Halili. Just Iman Halili.

“Encik Junaidi, nanti kalau ada budak hotel datang bawa makanan, suruh dia masuk. Saya call tadi.” Encik Junaidi angguk. Ok, the plan are 43% will succes! Iman senyum.

Senyum sampai bocor! Iman berjaya meloloskan diri dari jagaan Encik Junaidi. bantuan yang datang dari budak hotel memang amat digunakan sebaik mungkin. Macam mana dia keluar? Let it be a secret between her and that’s room services gegurl. Akhirnya dia bebas. Bebas bagai burung yang terbang! Ok, meleret sungguh. Tapi, dia happy.tersangat happy. Sling bag berisi laptop diusung ke mana saja kaki ini melangkah. Hari ini,dia hanya mahu jalan. Window shopping. DSLR di leher tergantung kemas. London, akan ku semat kau dalam ini kamera! Haha




Penat! Penat mengelilingi  kota penuh keindahan. Dia baru keliling Trafalgar Square, Regent Street, Big Ben, London Eye, Victoria Memorial, Tower Bridge bla bla bla. Ole-ole juga sudah dibeli untuk kengkawan kuliahnya dekat uni nu ha dekat Oxford Street. Khas untuk penjaga lif pun sudah dicekau sekali.

Tekak terasa haus. Kaki dah mula sengal. Kepala di bawa ke sekelililng. Mencari tempat terbaik untuk dia berehat. Mata berhenti di sudut 45 darjah ke utara. Bibir mengukir senyum. Starbucks. Good choices. Right? Ok, sungguh style.

Laptop ditarik keluar. Air cond dalam Starbuks mula mengeraskan peluh yang nak mengalir. Switch di on. Password di taip. Pantas dia menekan connection. Dia nak upload gambar hari ini juga!
Menunggu gambar untuk di upload, tangan pantas membuka email miliknya. Iman mengurut seketika lehernya yang dah rasa sengal. Memang dah terasa penat, tapi dia suka! Ok, line laju hari ini! Emailnya diselongkar. 

Memang dah bertimbun inbox miliknya yang dia tak rajin nak read.  Memang jarang untuk dia buka satu-satu inbox itu. Ye la, kebanyakannya berkenaan hal negera. Naik berpinar mata dia baca. Cursor dileret ke bawah. Kemudian ke atas kembali. 1 nama menarik perhatiannya. mesej dari 
elyanghensem@rocketmail.com.

“siapakah? Dah lah email memuji diri sendiri!” Iman nak tergelak terguling-guling sudah. Email tak boleh belah sungguh.  “Bila kah aku ada kawan nama el yang hensem?” Iman bergumam perlahan. Pelik sungguh. Kerana kepelikan itulah, nafsu untuk dia tekan punat read diturutkan.

Assalamualaikum.

Nama saya El kamal. Errm you can call me as Kamal. Heh. Mungkin awak sekarang tengah mengerutkan dahi siapa la saya ni kan. Kekeke. Remember airport incidence? Or maybe you can call it as a accident. Err. I’m so sorry back then.

Saya tak tersengaja nak  melanggar awak masa tu. Leka tengok gambar dekat DSLR tercinta. Husyuk masa tu. Sebab tu secara tak sengaja terlanggar awak. And luckily , bila saya tanya nama awak, awak bagi email awak. Heh. I thought you gonna hit me with your gucci. :P

Actually, tu pertama kali saya buat macam tu dekat seorang budak perempuan. Saya sebelum ni mana pernah tegur orang secara macam tu je. Saya pemalu. Serious! Saya memang pemalu tahap gaban. Apa yang buat saya tak malu masa tu? Entah. saya pun tak ingat sudah. Hee.

Ni pun, bukan selalu sangat saya hantar email bagai macam ni. Mungkin terkena badi baca LUVE by Pingu Toha. Err, awak rasa saya annoying ke? Kalau awak rasa macam tu, I am really sorry. Okay, saya rasa sampai sini je kot surat saya. Till then. Hope awak reply. Heh.



Iman angkat kening. Tak tahu nak impress atau nak terkedu bagai. First, dia macam speechless sebab ye la, first time dia dapat email selain daripada hal negara. Second is dia memang buat kerja gila dengan bagi secara suka suki je email dekat stranger mana entah. kau memang dah nyanyuk Iman. Memang gila. Tapi seronok jugak bila dapat email macam ni. Its kind like macam kau ada kawan maya yang boleh berkongsi cerita tanpa dia tahu pun siapa kau yang sebenarnya. Heh, macam best je kan?

And hello, aku dengan dia mungkin boleh jadi kawan yang baik dekat dunia maya tanpa sempadan ni. Who knows. Kan? So, here we go. Iman mula menggerakkan jari jemarinya ke atas keyboard.


Waalaikumussalam.

Hai! Actually I kind teruja dapat email from stranger yang entah apa-apa entah. haha. Hello, you should check your email. Its somehow sangat menggelikan. El yang hansem? Loser email. By the way. Lets begin our session with introduction, since I already know your name is El Kamal, so my name is Iman Halili. Eh? Tetiba je rasa pengenalan diri ini sangat pelik. And I’m already 20 years old. Still muda! Tu yang penting. Currently, sekarang saya ada dekat UK tengah lepak-lepak santai secara joget lambak. Mungkin malam ni saya balik ke Malaysia. ==’ and sekali lagi, saya rasa pelik sebab saya bagi tahu ni dekat orang yang mungkin boleh culik saya pada bila masa-masa sahaja. Pelik kan? Ke saya je rasa pelik sebab sekarang saya bagi tahu benda tak sepatutnya saya bagi tahu dekat strangers.

Garu kepala kejap. Apa aku merepek ni?

Err, okbai!

Pap! Terus dia tekan butang send dan terus tekan butang sign out. Erk? Tetiba dia rasa macam baru buat kesilapan besar. Apa aku buat ni? Apa aku buat ni? Kalau Encik Junaidi tahu, mati aku. Aku tak sepatutnya email dengan mamat siapa-siapa entah.  entah-entah dia tu penculik celah kangkang mana, main suka suki aku je bagi tahu malam ni aku balik. Dan sumpah aku super duppa sengal. Email aku pun, apesal macam pelik semacam je. Nak guling-guling nangis pun ada.




Iman berjalan dengan tergesa-gesa masuk ke dalam dewan kuliah. First, dia mengantuk. Serius!! Dia sangat mengantuk. Rasa macam kepala baru kena hentuk dengan kuali je. Ni la bahana kalau flight pun baru jejak Malaysia 2 jam lepas tapi tergedik gedik nak datang kuliah jugak. Mungkin dia dah terbiasa tak pernah tuang kelas sejak dari zaman sekolah menengah even dia busy macam gajah mengamuk. Tapi hari ni ada kelas statistik. Takkan nak tuang kot. Da la tajuk probability macam haram susah tahap tepung gomak. Tertinggal satu kelas, memang mati la aku.

Iman mengambil tempat di sebelah Haiza si gadis Sabah.

“ kau nampak macam mengantuk jak. Kenapa weh?” Tanya Haiza.

Iman menguap sambil tutup mulut. “ mengantuk la Haiza. Tak cukup tidur. Mata aku macam panda tak?” tanya Iman sambil duduk menghadap Haiza. Iman buat muka sememeh.

Haiza tergelak. “ kau ni, memang aku ni tukang fesyen kau la kan?”

Iman buat muka. “ok fine Haiza, fine. So, apa cerita hari ni? Dah okay dengan Wawan?”

Haiza tunjuk muka ceria. “ dah okay dah weh. Hari tu dia balutkan buku yang aku beli dekat Mid. Dia sangat comel.”

Iman  tergelak mendengar telo Sabah Haiza. Bukannya tak betul bahasa melayu yang Haiza gunakan Cuma nampak macam sedikit kelakar. Haiza gadis Sabah yang dia kenal dekat UPM ni. Kedua-dua mereka kenal semasa minggu orientasi. Bapak Haiza Cina, maknya pula Melayu. Maka, kesimpulannya, Haiza adalah gadis islam Sabahan yang berbangsa Cina. Versatile enough.

“ apesal kau gelak?” tanya Haiza.

“ tarapapa.”

“ kau memang pelik weh.” Haiza pandang ke depan. Dia mula menaip sesuatu pada handphone.

“twitter la tu.” Kata Iman. Iman dah tahu sangat yang Haiza ni addicted terlebih dekat twitter SMS. Kat mana-mana bertwitter. Dalam tren KTM bertwitter, nak bershopping pun bertwitter. Dalam jamban pun sama jugak! Tak boleh belah gila!

“ hai Iman! Hai Haiza” tegur Sufian. Budak lelaki tu menempek di tempat duduk sebelah Iman.

“ Hai Suff.” Balas Haiza dan Iman. Budak lelaki tersenyum-senyum memandang Iman.

Iman dah pelik. “ err, apesal kau senyum semacam je pandang aku ni? Aku tak buat nasi kangkang dekat kau kan?” Iman dengan Haiza tergelak besar.

Sufian buat muka. “ kau. Lupa. Something.” Katanya satu persatu.

“ apakah?” Iman pelik. Sufian sebenarnya dua tahun lagi tua dari Iman dan Haiza. dia budak STPM manakala Iman budak matrik selangor. Haiza pula budak Asasi UPM. “ am I forget about something?” dia pandang Haiza.

“ abang nak hadiah.” Balas Sufian. Kini Haiza dan Iman yang buat muka.

“ stop the word abang-abang kau tu. Buat tekak aku geli.” Kata Iman pantas.

Sufian menyengih. “ hadiah please.” Sufian ni kadang-kadang memang mengada-mengada. Budak tu memang saja je suruh Iman dan Haiza panggil dia abang. Alasan yang kukuh.

“ aku kan lagi tua dari korang. End of story.”

“ hadiah?” pelik. “ hadiah apa?”

“ ok, ladies and gentleman. Please keep quiet.” Lecturer dah masuk dalam dewan kuliah. “ dah siap assignment yang yang saya bagi?” tanya Prof Malik. Tanpa mendengar jawapan yang pelajar-pelajar bagi, Prof Malik terus menyambung. “ sila hantar ke depan assignment kamu dalam masa 10 saat.” Dan Prof Malik mula mengira.

“ 10,9,8,7.....”

Dan pelajar mula tergesa-gesa bergerak ke depan kuliah untuk mengantar assignment. Kekecohan berlaku.





“ memang ayam betul.” Rungut Iman. Dia, Haiza dan Sufian bergerak ke kedai mamak ratus yang berdekatan dengan fakulti mereka.

“ aku tak boleh la grup dengan dia. Apesal korang amik dia jugak?” rungut Iman.

“ dia okay la weh. Kau ni pun. Cuba kau bukak sikit minda kau and terima dia.” Balas Sufian. Ketiga-tiga mereka berdiri tercegat seketika sebab nak carik tempat duduk. Ya ampun. Ramai betul umat manusia sekarang ni.

“ tu kat bawah sana tu kosong. Jom.” Ajak Haiza. sampai sahaja, terus letak beg dan mula bergerak ke tempat mengambil makanan.

“ kau kata dia okay? Tu kau yang kata. Bukan aku yang kata, bukan Haiza yang kata.” Kata Iman.

“ apa terlibat nama aku sekali ni?” tanya Haiza. “ aku tak terlibat dengan apa-apa okay.”

Iman pandang tajam ke arah Haiza. Haiza hanya mengangkat bahu sebelum berlalu dari situ. “ seriously Suff. Aku just susah nak terima.” Tambah Iman lagi.

“ because of what?” Sufian mencedok kuah ke dalam pingganya.  Iman tercegat berdiri memandang Sufian.

“ sebab dia jerk.” Iman terus berlalu untuk mengambil ayam goreng di hujung sana. Sufian hanya mampu memandang.





Sufian menghela nafas. Ketiga-tiga mereka baru selesai makan tengah hari. “ aku just rasa kau tak matang.”

“what?” Iman bengang. Aku dikatanya tak matang? “ sufian, dia panggil aku perempuan murah okay. And then suddenly you call me tak matang. What the hell is going on here?” Marah Iman.

“ and then dia mintak maaf kan?” bela Sufian.

“woo,woo. Hold on tiger. Siapa panggil kau perempuan murah ni?” tanya Haiza. “ jangan bagi tahu aku, it was Miju.”

“yes it is!”

“oh lord. Apesal.....?”

“apesal dia panggil aku macam tu? Mungkin kau boleh tanya dia sendiri.”

“dia just tersilap je Iman. Semua orang buat silap.” Bela Sufian.

“ sufian, kau memang bangang kan? Memang la kau bela dia sebab dia tu roomate kau. Tapi kau tak tahu nak beza baik dan yang buruk ke? He just call me perempuan murahan a.k.a bitch 3 minggu lepas. Kalau kau nak cakap 3 tahun lepas ke 3 dekad lepas, make sense la untuk aku lupakan. But it was just 3 weeks ago. Apa yang kau expect from the girl yang tak paham apa-apa, tiver je kena panggil perempuan murah dekat Pasar Malam.”

“ dia dah mintak maaf kan?” tanya Sufian lagi.

“ dengan menggunakan orang tengah.” Darah Iman makin mendidih. “ and it was sucks. Kalau orang tu buat salah, face me and apologize.”

“ alaaa, Iman. Masa tu dia tensi. Cool ea. Macam kau tak biasa pulak.”

“ memang dalam dunia ni, dia seorang je la tensi. Memang aku suka kena panggil perempuan murah.” Sindir Iman. “ aku sendiri tak paham. Motif dia panggil aku macam tu? Aku dengan dia, even sebelum ni pun, kitorang tak pernah bercakap. Adakah sebab aku dengan dia tak pernah bercakap, maka dengan sesedap oranje dia nak panggil aku sebegitu?”

“ok fine. Aku story benda yang sebenarnya. Apa yang berlaku sebenarnya. Masa tu, dia ingat kau ni ex abang dia. Sebab muka korang sama.”

“so?”

“err, sebab dia ingat kau perempuan yang kenakan abang dia tu la, maka dia TERpanggil kau perempuan murahan.”

“so?” ulang Iman lagi.

“ sebab tu la dia silap. And he really sorry because of that.”

“ and memang dia ada lesen untuk panggil orang macam tu la. Bagus lah, memang bagus.” Iman fed up lalu bersandar pada kerusi. Handphonenya berbunyi dengan lagu Coldplay.

Iman hanya melihat nama pemanggil sahaja sebelum dia sumbatkan fon tersebut ke dalam beg sandangnya.

“ siapa?” tanya Haiza.

“ takde siapa. Ok guys. Aku nak balik dulu. Aku ada hal nak kena urus dengan pakcik aku.” Iman terus bangun.

“ jangan lupa meeting kita malam esok.” Peringat Sufian. Iman hanya terus berlalu sambil melambai-lambai tangan.

“kalau aku rasa nak datang la.” Gumam Iman perlahan.





Iman bersandar panda kerusi. Dia baru meneliti kertas kerja yang diberi oleh Encik Junaidi 2 jam yang lalu. Kepalanya pening dan dengan perlahan dia mengurut pelipis kepala. Dia memang tak paham apasal seorang menteri tu nak buat law yang pelik jadah tu padahal takde keuntungan kepada negara pun. Apa yang dia nampak, ia hanyalah keuntungan satu pihak iaitu kepada menteri itu sahaja.

Iman geram. Kalau ada sesiapa yang kacau dia sekarang, memang dia baling fail yang terletak elok kat atas meja tu. Iman keluar dari bilik bacaan dengan mengantuknya dan bergerak menuju ke bilik tidur yang terletak di aras yang sama. Nasib baik kat aras yang sama. Kalau aras yang berlainan? Memang bersenam la dia turun naik tangga untuk ulang alik *bilik bacaan-bilik tidurnya*. Nak naik lif, malas la pulak. Memang tu namanya malas tahap gajah kalau guna lif. Kalau dia terasa kemalasan tahap kura-kura galapagos, barulah dia turun naik guna lif kat istana besar alam ni. 

Dia menolak pintu bilik dengan perlahan sebelum bergerak menuju ke katil.  Kakinya terbenam dengan karpet bulu tebal yang sangat lembut. Dia mencapai laptop lalu meniarap pada katil. Dia nak cek dia punya facebook, twitter dan update dia punya blog. Even dia ada semua tu, tapi semua orang tak tahu identiti sebenar dia. Semua kawan-kawan dia ingat, dia hanya seorang budak perempuan yang datang dari Shah Alam yang ayahnya bekerja sebagai pengetua sekolah manakala ibunya pula sebagai suri rumah berjaya. 

Teringat masa orientasi dulu. Beria-ia dia perkenalkan diri pada grupmate dia yang dia dulu bersekolah di SAAS seksyen 2, Shah Alam. Bagus kan? Sekurang-kurangnya dia ada life la jugak daripada 24/7 pandang fail berkenaan hal-hal negara.

Memang la kadang-kadang dia nak memberontak, tapi dia sebagai anakanda haruslah menurut perintah. tapi, apa-apa pun, bukan dia pemangku utama pun. dia hanya menolong Dean.Tapi sekarang Dean ada dekat USA. bercuti sakan. Alahai. Sedihnya hidup.

Selepas sok sek sok sek sana sini di facebook, twitter dan juga blog, tetibe dia teringat akan sesuatu. Dia pandang dalam-dalam bookmark pada laptop Apple dia. Yahoo mail. Iman gigit bibir. Nak bukak yahoo mail ke tak? nak bukak ke tak nak? Nak bukak ke tak nak?

Iman klik bookmark Yahoo Mail.

Google loading.

Loading.

Loading.

Loading.

Loading.

Iman geram. Apa lembab sangat ni? Cepat la!

Yahoo mail terpapar depan si gadis. Iman diam terpaku. Perlahan-lahan kursor dihala kepada perkataan inbox. Dibiarkan kursor lama pada perkataan inbox. Tidak klik. 5 saat. 10 saat. 20 saat. Masa terus berlalu dan Iman tetap tidak klik.

Klik.

Ada satu balasan email dari elyanghensem@rocketmail.com. Iman klik lagi. Telan liur. Jadah nak telan liur bagai Iman? Dia sendiri pun tak tahu. Tetiba terasa nak gelak. Iman, Iman, Iman. Lagak dah macam budak sekolah menengah je.

Assalamualaikum.


UK? Wow! Bestnya! Nama awak Iman Halili? Nice sangat and nama tu nampak macam kuat. I mean, nama tu macam nama budak lelaki dan bukannya macam nama budak perempuan. Heh. Jangan terasa tau.

So, kita friend? Apa yang awak buat dekat UK? Sounds coolio and interesting. Hari tu masa jumpa awak pun, you look like macam wanita berkoporat. Tak macam 20 tahun. You look matured. In a good way somehow. J kalau 20 tahun, awak sekarang study dekat mana? I’m also 20, gegirl! Heee. Mungkin kita boleh lepak di mana-mana. Kan? Saya study dekat UiTM , Shah Alam. Masscom. Haha. Don’t think I’m as a pervert okay. I’m just ordinary person. Kiddo sangat!

Oh, nak tanya! Kenapa email yang awak reply macam pelik dia punya penutup? Macam tergesa-gesa dan sangat aneh. Ke perasaan saya je? Tak kisah la. Apa-apa pun, jangan lupa reply email saya ni.

p/s

ada souvenir untuk saya tak? hehe. Just kidding~



Iman hanya tersenyum. Email yang warm sangat. Kawan yang dia baru jumpa tak sampai seminggu pun. Kawan? Amboi Iman. Cepat je dia dah ubah term dari bukan kawan kepada kawan. Jari Iman mula menari di atas keyboard laptop untuk mengarang balasan email buat El Kamal.

Waalaikumussalam.

Kehadapan El Kamal.....




Iman Halili berjalan menuju ke Perpustakaan Sultan Abdul Samad, Universiti Putra Malaysia sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Dah macam gadis Gipsi je lagaknya. Jam pada pergelangan tangannya baru menunjukkan angka 3. Grup discussion dia bersama Haiza, Sufian dan juga Miju hanya bermula pada jam 4 petang. Disebabkan dia bosan tak tahu nak buat apa, maka dia dengan nada kasar menyuruh Encik Junaidi menghantar dia ke UPM.

Dia bukan suka sangat bersikap kasar dengan Encik Junaidi tapi dah kalau perangai orang tua tu macam haram sejak dia kecil, takde dia layan kasar-kasar macam mak tiri cindarella. Nanti-nanti la dia bukak cerita pasal Encik Junaidi yang macam Bapak Tiri Cindarella kalau dia dah bosan lepak masa grup discussion nanti.

Iman menapak menaiki tangga menuju ke pintu masuk perpustakaan. Dia nak online kejap. Nak bukak yahoo mail. Nak tengok ada tak balasan email dari El Kamal. Amboi Iman. Dah macam tunggu email dari suami gamaknya. Tadi tak sempat dia nak cek yahoo mail sebab Encik Junaidi gedik sangat suruh dia selesaikan satu masalah berkenaan dengan seorang menteri tu. Ooo, kamon la Encik Junaidi, nak menyindir aku la tu. Bagi masalah negara yang picisan dekat aku. Dia ingat aku tak dapat uruskan la tu. Satu hari nanti, bila aku dah bosan sangat dengan dia, memang aku pecat dia tu. Baru dia sedar yang langit tu tinggi ke rendah. Baru dia tahu aku ni berkuasa ke tak. Gitu Iman kau berangan. Gigih sungguh dia tak suka Encik Junaidi.

Selepas punch card, Iman menuju ke aras 2 blok B kerana di situ lebih privasi dan lebih senyap. Kalau dekat blok A, banyak sangat budak-budak yang berlegar. Lagi-lagi budak Asasi. Psiko sangat. Aku tahu la aku cantik, tak payah la nak berlegar-legar depan aku. Bwahahaha. Iman gelak sesorang dalam hati.

Bukak lappy, sign in dan pantas dia membuka Yahoo Mail. Dia tercari-cari email dari El Kamal. Takde. Yang ada hanya email dari nuffnang sahaja. Hatinya muram. Alaaa. Takde email dari El Kamal. Bosan betul.  Iman mengeluh.

“ tak baik mengeluh.” Tegur seseorang.

Iman mendongak. Dia buat muka. Miju tergelak sebelum duduk depan Iman. Hari ni budak lelaki half malay half chinese tu pakai baju F.O.S. Baju merah yang comel. Tapi orangnya tak comel. Muka macam mafia. 
Iman buat muka lagi.

“cukup-cukup la buat muka. Aku just nak mintak maaf je.”

Buat muka. “okay.”

“sorry.”

“okay.” Iman ulang skrip. Dia tak pandang pun wajah Miju.

Miju tak tahu nak buat reaksi macam mana. Dia bermain-main jari. “ kalau macam tu, aku chow dulu la. Bai.”

“okbai.”

Miju terdiam. Dia bangun perlahan-lahan dan hendak melangkah dari situ.

“err Miju.” Panggil Iman. Dia pandang muka Miju. “ jangan lupa tolak kerusi. Terima kasih. Babai.”

Miju terpaku sejenak sebelum dia perlahan-lahan menolak kerusi dan berlalu dari situ. Iman hanya tersenyum jahat. 1-0 Miju. And this is just a beginning.




Sufian, Haiza, Iman dan juga Miju sedang berbincang mengenai TITAS di bilik perbincangan di Blok B, aras 1. Tapi, jelas kelihatan yang Miju kurang berinteraksi seperti biasa. Miju selalunya banyak cakap. Pot pet pot pet macam bontot ayam. Manakala pada hari ini,  Iman pulak yang lebih banyak bercakap berbanding biasa. Malah, hendak pulak budak perempuan tu bercakap dengan Miju. Tapi Miju pulak yang tak berapa nak layan. Memang sangat-sangat menjadi kemusykilan kepada Sufian yang bertindak sebagai pemerhati pada hari tu.

“ eh Miju. Apesal kau diam je hari ni?” tanya Sufian. Straight to the point. Iman dan Haiza terkejut dengan soalan Sufian. Tetiba je Sufian bertanyakan soalan. Padahal masing-masing tengah cari maklumat dekat laptop masing-masing pasal Tamadun China. Miju pun terkejut dengan soalan Sufian.

“ err, aku okay je. Normal macam biasa. Apesal kau tanya.” Jawab Miju perlahan.

Sufian hanya angkat bahu. “kau diam sangat hari ni.” Kata Sufian perlahan.

“ aku rasa biasa-biasa je.” Miju terkebil-kebil memandang Sufian. “ perasaan kau je kot.”

“ ye kot.” Sufian termangu-mangu. “ entah. Cuma pelik sangat bila kau diam and Iman tetibe je terlebih cakap and nak cakap dengan kau. Padahal sebelum ni dia tak nak sangat datang pun discussion ni.” Sufian pecah rahsia.

Iman gigit bibir. Sufian memang nak kena bunuh dengan aku. Iman buat muka macam biasa. “ tetiba je nama aku terlibat sama. Psiko sangat.” Sindir Iman.

Sufian diam je. Malas nak melawan cakap Iman.

“betul apa yang Sufian cakap.” Sambung Haiza. Iman pandang Haiza sejurus gadis Sabah itu menyambung ayat Sufian. “ tak payah nak pandang aku macam tu la.” Haiza selak rambut.

“ mana ada. Kau ni Haiza pun. Mood aku baik sangat hari ni.” Iman senyum manis.

“ terlebih baik weh. Sampai aku pun jadi 2 kali ganda musykil.”

Iman buat muka lagi. “ aku jadi budak baik hari ni pun, kau orang nak musykil bagai. Yang penting, kita siapkan cepat assigment TITAS ni. Kang tak pasal-pasal, prof seorang tu marah pulak. Dia nak out of expectation kan and believe me, he will screwed out kalau presentation kita biasa-biasa je.”

Haiza dan Sufian terdiam. Miju buat bodoh. Malas nak melayan kerenah Iman. Kang tak pasal-pasal dia kena sembur lagi.





Haiza dan Iman masuk ke dalam KTM dan kini mereka berdua menuju ke Midvalley Megamall untuk premiere screening The Lorax-Dr Seuss. Hari ni KTM tak berapa nak sesak sangat. Pelik sangat dan ajaib. Jadi Iman dan Haiza duduk dengan selesa pada kerusi yang terdapat dalam KTM itu.

Iman yang telinganya tengah memekak dengan lagu Speechless-Lady Gaga-buat muka blur bila Haiza ada berkata sesuatu padanya. Dia hanya nampak muka Haiza terkumat kamit dengan bersungguh-sungguh. Iman cabut earphone.

“ apa dia Haiza? kau cakap apa?”

Haiza fed up. “ aku tanya, kau ada buat something dengan Miju ke?” tanya Haiza. “ sebab budak tu diam je hari ni. Macam lembu kena pijak. Buat perangai and tak banyak cakap. Idea dia pun macam tersekat nak keluar tak nak keluar je.”

Iman hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu. “ entah. ada aku kisah? Bagi aku, itu adalah sangat bagus. Sangat. So, lagi bagus kalau budak tu  senyap jak. Tak banyak cakap. Aku senang hati, dia senang hati. Semua orang senang hati.” Iman menyumbat balik earphone pada telinganya.  Dan Speechless bersambung bermain di telinganya.

Sekali lagi Iman nampak mulut Haiza terkumat-kamit berkata-kata tetapi Iman hanya membuat bodoh sahaja sebab dia memang tak nak dan malas nak dengar langsung apa yang Haiza bebelkan. Haiza yang bengang lantas berpeluk tubuh dan berpaling ke hadapan tanpa mahu memandang muka Iman. Kelihantannya gadis Sabah itu mengeluarkan handphone dan jarinya ligat bermain pada keypad handphone.

Speechless bersilih ganti dengan Open Your Eyes-Maher Zain dan diikuti dengan lagu selanjutnya.




Iman baring pada katilnya. Dia menghela nafas. Penat. Hari ni memang penat. Lepas tonton Premiere Screening The Lorax-Dr. Seuss bersama Haiza, terus dia pergi ke Majlis Makan Malam Gala yang dianjurkan oleh The Barnes. Dulu dia pernah menjadi wanita pecah tenah masa The Barnes nak bina kondominium dekat Beverly High.

Tapi tu cerita 3 bulan lepas masa dia menjadi wanita pecah tanah. Tak sangka pulak The Barnes akan menjemputnya ke majlis makan malam diorang. Lepas majlis makan malam The Barnes tu, terus Encik Junaidi bawak dia balik. Tadi pun lawak jugak bila dia kata dekat Haiza yang dia ada hal tetiba. Budak Sabah tu buat muka cemberut.

“ kau nak tinggalkan aku sesorang dekat sini?”

“terpaksa weh.” Dan dia terus berlalu. Iman pasti Haiza akan bengang dengan dia and touche’. Tapi nak buat macam mana. Takkan nak cakap dekat Haiza hal apa yang dia perlu dia uruskan. Kang nanti tak pasal-pasal dia kena marah dengan Encik Junaidi.

Iman mencapai laptopnya yang memang tersedia ada atas katil lalu log in dia punya laptop. Dia bukak yahoo mail. Yeay!! Ada balasan email dari El Kamal. Dalam balasan email itu, El Kamal ada menyatakan yang dia akan ke Pangkor untuk mengikuti satu program yang dianjurkan oleh fakultinya. Budak lelaki itu juga ada mengatakan bahawa dia seronok gila dapat berbalas email seperti ini sebab dia sentiasa tertunggu-tunggu balasa email dari dirinya. Bagaikan satu  penantian katanya.

Dah macam penantian Romeo kepada Juliet pulak. Kekekeke.

Iman tersenyum meleret. Pandai la kau. Jangan nak buaikan hati aku wahai El Kamal. Muka Iman dah macam nak meletup sebab blush. Apakah? Jangan nak mengarut sangat Iman. Jangan nak mengarut. You are just 20. Dan El itu pun 20 tahun jugak. Kalau tahu dek Encik Junaidi mahunya El kena buang negeri sebab berani-berani berbalas email dengan dirinya.

Iman berdehem.

To El Kamal.......

Dan Iman mula menaip.




cerita akan bersambung. soon.

1 comment:

  1. interesting.. 1st time saya baca e-novel mcm ni. rasa nak tau je ape yg jadi pasni... :) tq.

    ReplyDelete

 
;