From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Thursday, 1 March 2012

Sorry, sorry and.. sorry. :(

Assalamualaikum w.b.t. and good evening.

This blog have been quiet for quite a looonnnggggg time, isn't it?
Maaf sebab menyepikan diri.
Kami bertujuh agak sibuk dengan hal masing2.
Studies, kerja, families and etc.
However it is, to make things better, sy post a part of my new cerpen yg sy sempat taip, boleh?
Sebagai tanda mintak maaf, perhaps? hehe.. :D
Soooo... here u go. mungkin tak best, maaf dan maaf lagi.
Have a good day, people.
May Allah bless ur day, InsyaAllah.

*************************************************************************


“Hahhh..” Suara sergahan itu diiringi tepukan di bahu Hanif. Nasib baik makanan tak sampai lagi. kalau tak, mesti ada yang tersedak mihun goreng. Iqbal ketawa suka apabila melihat muka kelat kawannya itu. Nuha yang duduk di hadapan Hanif hanya tersengih. Dia memang dah nampak Iqbal dari awal lagi, saja tak nak bagi tahu dekat Hanif.

“Sampai hati korang tak tunggu aku. Mentang-mentang lah tak sama kelas.” Iqbal transform jadi drama king.

“Eleh kau. Kita orang tak tunggu pun, kau muncul jugak buat semak dekat sini.” Selamba je Hanif perli. Baik punya.

“Cisss.. ye la. Aku ni semak je. Aku balik bilik dulu lah. Kau orang makan je lah berdua. Aku faham.. Aku faham..” punggung yang baru nak mencecah tempat duduk, kembali diangkat. Gaya nak balik bilik.

“Eh? Merajuk? Dalam hati ada taman lah kau ni. Macam perempuan.” Nuha menahan. Tangannya diseluk ke dalam beg. Mengambil buah epal yang diberi oleh pensyarahnya semasa di dalam kelas tadi. Hadiah sebab dapat jawab soalan. Haha.. comel betul pensyarah aku ni.

“By the way.. Apa yang kau faham?” dia bertanya lagi. Buah epal merah itu mula digigit Iqbal sengih keji.

“Aku tahu la... Kau jangan nak buat-buat tak faham pulak, Nuha.” Iqbal ketawa kecil. Hanif diam, malas nak masuk campur.

“Apa??” Nuha menggesa.

“Love is in the air.. huhuhu..” dan serentak itu epal di tangan Nuha mendarat di dahi Hanif.

“Auccchhh!! Apa ni?” Hanif tak puas hati sebab jadi mangsa keadaan.

“Jangan nak tanya apa ni sangat. Kau dah janji tak nak bagi tahu siapa-siapa kan?” Hanif tayang muka serba salah.

“Ala, Nuha. Chill lah. Sampai hati kau, rahsiakan dari aku yang kau orang dua orang ni dah declare. Macam ni ke bestfriend?” Iqbal kembali berdrama.

Nuha diam. “Tak ada lah. At least, tunggu la aku. Bagi tahu sama-sama. Aku nak jugak tengok kau punya ekspresi muka bila tahu kita orang dah declare tu. kut mata kau tercabut dari soket sebab terkejut ke, kan?” sengih lagi.

“Ye la. Ye la. Ayat nak cover salah sendiri.” Iqbal sound direct.

“Nah ni.” Tangan itu tersua di hadapan mata Nuha, Hanif menghulur epal yang selamat mengena sasaran sebentar tadi.

“Buang je lah. Kotor dah tu.” Hanif bangun, membuang epal itu.

“Eh, kau dah order ke belum ni, Bal?” Hanif bertanya apabila ternampak pelayan restoran itu yang menghampiri meja mereka untuk menghantar makanan.

“Dah. Tadi sebelum datang meja korang ni aku dah order dulu.” Makanan tiba.

“Aku makan dulu la ey? Lapar tahap kebulur dah ni.” Nuha terus mencapai sudu dan garpu. Memang dia lapar sebab dari pagi terperap di perpustakaan itu.

“Nuha. Kau ni. Relax lah dulu. Tunggu makanan si Iqbal ni sampai la, makan sama-sama.” Hanif menahan.

“Eh, korang. Dah declare jadi couple pun, aku kau lagi ke?” Iqbal ketawa. Nuha buat muka. Hanif senyum je.

“Aku lagi selesa macam ni la. Dia bukan laki aku pun yang nak kena panggil abang,sayang, intan payung. Kan?” Nuha angkat kening ke arah Hanif. Hanif ketawa besar. Dia pun tak sanggup nak tukar panggilan antara mereka. Mahu loya tekak kalau Nuha panggil dia dengan panggilan manja macam tu. Tak romantik? Dia peduli apa. We just love each other the way we are. Tak perlu ubah untuk menjadi typical couple.

“Aku setuju je dengan apa yang Nuha cakap tu. Aku pun tak rela kena panggil macam tu.” Ketawa lagi. Iqbal hanya mampu geleng kepala. Kawannya yang dua orang ni memang species pelik-pelik. Rare.

“Lantak kau orang lah. Asalkan kau orang bahagia.” Dan mereka menikmati makan tengahari dengan diselangi usikan. Mangsa buli, sudah semestinya lah Hanif. Hahaha.. nasib kamu la dapat girlfriend kaki buli.


********************************************************************
notakaki : ok tak? haha.. sikit sangat, kan? mintak maaf banyak2. sgt stuck skrg ni. idea berjalan-jalan pergi makan angin, mungkin. huhu.. 
~Regards,MK~

2 comments:

  1. Haaa~ dapat makwe kaki buli, ni jadi mcm korean drama~
    SORRY are taken..for others mmbr jangan menyepi je bole?

    ReplyDelete
  2. @Anonymous

    thank you for reading, awak.
    errr... sy x minat korean drama.
    and i'm not a movie lover.
    hehe..
    x pasti lg cmne akan jd ceritanye ni.
    huhu..
    thanks again,awak. :)

    regards, MK

    ReplyDelete

 
;