From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Monday 7 January 2013

Tanpa Cinta by MK



 Assalamualaikum wbt.
entry baru sempena 1st anniversary.
maaf..maaf..maaf... sbb lama tak update.
maaf jugak kalau tak best. dah lama x menaip, rasa kekok. :'(
selamat membaca.
do leave some comments.
thank you in advance.
may Allah bless us all. 


Mata dipejam celik. Garisan di atas kertas bersaiz A2 di hadapannya ditenung lama.  Garisan yang sepatutnya satu, dia nampak dua. Sah, mata dah terlalu mengantuk. Berjaga sejak semalam, tanpa tidur. Sungguhlah dia dah terlebih guna tenaga.
Aaacuuummmm…
Tudiaaa.. dah datang dah musuh tradisi dia. Apabila tak cukup tidur, mula la bersin sana, bersin sini. Batuk sana, batuk sini. Tisu dicapai. Cecair di dalam hidung dihembus keluar sepuas hati. Kaki melangkah ke dapur. Air 100 plus di dalam peti sejuk diambil dan diminum. Rasa lebih segar. Dia melangkah semula ke meja kerjanya. Bersila. Pen Artline 0.1 yang dicampak sebentar tadi, dicapai semula. Ayuh buat kerja!
Pap..! kepala elok tersadai di atas meja jepun di hadapannya.
Dia tertidur tanpa sedar. Pen ke mana, kertas ke mana, submission ke mana.
**
“Aiman!” dia terjaga. Huhh?? Penglihatannya berbalam. Mata dibesar, dikecilkan, dibesarkan lagi. Muka Atif yang seakan tidak percaya di hadapannya dipandang tanpa perasaan. Tak faham kenapa muka kawannya macam tu.
“Kerja kau dah siap ke?” Atif, si teman serumah merangkap kawan sebilik bertanya.
“Kerja apa?” mamai. Atif geleng kepala.
“Aiman Hafizi… kau bukan ada submission ke pagi ni?” Atif mengingatkan. Mata menjeling ke meja jepun. Kertas A2 selamat jadi alas tidur si kawan serumah. Mujur tak hancur.
“Submission a….pa??Hahhhh??? Sekarang pukul berapa??” mata yang masih mengantuk terus segar. Kalut dia mencapai handphone di bawah kertas-kertas yang berselerakan. 3 pagi! Bukan tadi dia minum air 100 plus tu pukul 1 ke? Bila masa dia tidur?
Atif ketawa mengekek. Geleng kepala tak percaya. Mesti dah tak tahan ngantuk sangat la tu. Mujur dia keluar dari bilik sebab haus. Kalau tak, sampai esok la kawannya ni tidur.
“Weh! Baik kau diam. Aku punya jantung macam nak tercabut dah ni. Gi-la! Aku nak submit esok ni! Or to be exact, 6 jam dari sekarang!” tangan kalut mencapai pen di atas meja. Tak payah basuh muka ke apa, terus dia sambung buat kerja. Dalam kepala terbayang muka pensyarah bermisai tebal tu saja. Ngeri!
“Kenapa kau tak pergi buat kerja dekat studio je? Bukan budak Architecture, or should I say ArchiTORTURE,  memang suka bertapa kat studio tu ke?” Atif sekadar bertanya.
“Aku malas la.” Kening Atif terangkat. Pelik. Semester lepas kawannya ini antara penghuni setia di studio tu. Selalu tak balik rumah sewa kerana nak menyelesaikan segala kerja di studio.
“Dia ada kat studio sana.” Aiman tersengih. Atif garu kepala.
“And please tell me, who is that ‘DIA’?”
“Kawan Aleeya tu la. Itriah.” Atif ketawa besar.
“Huh? Najwa? Mana kau tahu dia ada? Memandai je kau ni.”
“Itriah la. Aku tanya Zaid tadi siapa yang ada dekat studio. Dia cakap Aleeya ada. Kalau Aleeya ada, Itriah mesti ada jugak. Dia orang tu kan kembar.” Dia tersengih lagi. Atif je tahu rahsia hatinya yang satu ni.
“Zaid cakap ke Najwa ada sekali kat situ?” Atif saja nak menyakat.
“Itriah laaa..Hehe.. takde. Tapi instinct aku kata dia ada.” Aiman tayang sengih.
“Sama je la, Itriah ke, Najwa ke, masih orang yang sama, kan? Nama dia kan Itriah Najwa. Haha.. Bo-layan la kau punya instinct. Poyo je mamat ni.” Atif gelak sakan. Konon nak special dari orang lain, dia seorang je yang panggil budak tu Itriah. Orang lain semua panggil kawan si Aleeya tu Najwa.
“I’m playing safe here. Elok aku buat kerja kat rumah je dari kalau aku terserempak dengan dia kat sana, tak jadi kerja langsung.” Aiman garu kepala. Sebab dia tahu, nanti dia akan asyik nak curi tengok si gadis manis tu. Sungguh tak menjaga mata!
“Ikut suka hati kamu la Aiman. Aku tengok kau duduk rumah pun tak jadi kerja jugak. Sesedap rasa je kau bantai tidur tadi. Hahahaha…” Atif gelak sekeji mungkin. Lantak kat kawan dia tu. Bukan selalu dia nak buat macam tu pun.
**
“Leeya…” Najwa merengek tak tentu hala.
“Kau dah kenapa ni makcik? Aku ketuk kepala kau dengan T-Square ni kang, baru kau tahu. Nak kena ketuk?” Aleeya panas hati. Tadi sibuk nak mengikut. Ni duk merengek macam budak tak cukup umur cakap nak makan la, apa la. Tadi tak nak beli makanan siap-siap masa datang sini. Haissyyy!
“Jom la beli burger. Aku lapar la pulak. Terbayang-bayang burger oblong letak cheese kat depan foodcourt tu.” Najwa telan air liur. Biar la Aleeya nak membebel macam mak nenek pun. Yang penting dia nak makan.
“Kau memang sengaja kan? Tahu je aku pantang dengar perkataan oblong tu. Jom lah.” T-square di tangan diletak semula. Kunci motor dan helmet dicapai. Oh, jangan lupa kad pelajar. Nanti panjang pula nak menjawab dengan pak guard kat depan tu kalau nak masuk semula. Najwa tersengih suka. Aleeya jeling tajam.
“Tak siap kerja aku esok, jaga kau!” amaran diberi.
“Alaaa.. nanti aku tolong la kau mana yang patut. Macam la tak biasa.” Najwa ketawa. Selalu je dia tolong si Aleeya ni sikit-sikit mana yang dia mampu. Tolong warna pokok la, tolong warna huruf la, tolong potong kertas tu, potong kertas ni. Normal la tu. Sebab biasanya masa budak-budak ArchiTORTURE ni sibuk menyiapkan final project, masa untuk budak-budak engineering macam dia ni berehat seketika. Memandangkan kelas dah banyak yang habis. Final Year Project pun dah habis present. Tinggal nak buat ulangkaji untuk final exam saja. Dia, Itriah Najwa nak study seawal seminggu sebelum peperiksaan? Memang TAK la jawabnya. Memang daripada dia sekolah, sampai ke semester akhir di university, tak pernah dia buat ulangkaji seawall mungkin. Hahaha..
“Bagus. Aku memang suka orang yang offer diri untuk membantu ni. Tak sia-sia aku kawan dengan kau. Hahaha..” Aleeya ketawa suka. Najwa tarik muka. Pantang dapat membuli orang!
“Alaaa.. dah tak banyak la yang tinggal tu. Kau tolong aku potong span nak buat pokok letak kat keliling model aku tu. Kena la ada sikit-sikit sumber alam, kan? Baru sedap mata memandang.” Aleeya menyambung lagi. Memang betul pun. Tinggal final touch-up je kerja dia. Esok lepas pin-up dekat studio, boleh la dia balas balik tidur-tidurnya yang tak cukup sejak beberapa hari kebelakangan ni.
“Setttt….” Najwa angkat ibu jari. Small matter je tu.
**
“Leeya, kau buat aku rasa nak beli Cool Blog tengah-tengah pagi buta ni la.” Najwa telek jam di tangan kiri. 3.30 pagi.
“Kenapa pulak?” Aleeya bertanya hairan. Ada-ada je la kawan dia yang seorang ni.
“Tengok la kau punya Ego ni. Sakit pulak hati aku.” Muka tak puas hati. Aleeya gelak meriah.
“Dah tu. Aku memang hantu Cool Blog. Comel apa bubble-bubble ni?” Aleeya mempertahankan diri. Dia pun tak tahu mana datang idea dia nak buat corak ni masa hantar scooter Ego S comelnya untuk di’conteng’. Abah dia pun mampu geleng kepala je bila anak dara dia bawak balik scooter yang dah siap kena airbrush corak Cool Blog ni dulu. Kata abah, dia dah boleh jadi duta Cool Blog dah lepas ni. Dan dia mampu gelak je masa tu. Hahaha..
Hakikatnya memang semua orang panggil dia duta Cool Blog sebab  corak pada Ego kesayangannya ini. Hadiah daripada abah sempena hari lahirnya yang ke 18.
“Kau jangan banyak bunyi. Nak pergi beli burger ke tak ni? Kang aku naik balik kang, baru tahu.” Dia menggertak. Sengaja je nak buat gempak.
“Ok jom.” Laju Najwa membonceng di belakang Aleeya.
“Wa, kau pergi order dulu. Aku nak pergi tandas kejap. Sejuk pulak dah malam-malam ni.” Mereka meninggalkan motor yang elok diparkir berhampiran dengan kedai burger itu. Aleeya berlari ke arah tandas yang disediakan di foodcourt tersebut.
“Alamakkk…” kaki yang laju melangkah kea rah gerai burger sebentar tadi semakin perlahan. Dia berpusing semula, pergi ke tandas. Ikut Aleeya.
“Eh? Kau kenapa?” Aleeya pelik apabila dia keluar dari tandas, elok si Najwa tercongok kat luar tandas tu.
“Aku basuh muka tadi. Nak hilangkan ngantuk.” Sengih.
“Oh.. ok la. Jom. Kang lambat pulak.” Aleeya percaya bulat-bulat.
**
“Bob, Cool Blog satu.” Aleeya yang berada di belakang pecah ketawa. Aiman dan Atif tahan gelak dari terburai. Cool Blog?? Aiman geleng kepala. Kalut!
“Apa dia? Cool Blog? Kau mengigau ke apa ni Najwa oi..?” Bob mengusik. Mereka ni muka-muka yang selalu beli burger dia tengah-tengah pagi. Seronok layan borak dengan budak-budak ni. Dah berapa tahun dah mereka ni jadi pelanggan gerai burger dia ni. Meriah je.
“Eh?? Eh?? Saya sebut Cool Blog ke tadi? Haihhh.. ni Aleeya punya motor la punya pasal ni.” Najwa cover malu. Ok, sangat malu. Mujur gelap. Lampu kat gerai burger tu pun malap je. Kalau tak mesti kantoi muka dia merah.
“Kau jangan nak libatkan motor aku, ey? Kau balik jalan kaki satgi.” Aleeya mengusik. Haha.. bukan dia tak tahu kenapa Najwa kalut tak tentu hala tu. Sengaja dia suruh Najwa yang order bila nampak Aiman dengan Atif duduk berborak dengan Bob tadi. Muahaha..
“Heeee… jahat la kau ni. Bob, oblong daging letak cheese dua.” Untuk dia dengan Aleeya. Cukup la tu kot. Dia membaca menu yang sudah di hafal di depan mata tu.
“Eh, Bob. Tambah kentang goreng sekali la.” Najwa tambah pesanan. Aleeya yang sedang berbual dengan Aiman terdiam sekejap.
“Weh, kau kebulur ke apa ni?” tanya tak percaya.
“Aku lapar la.” Buat muka comel. Aleeya malas nak layan. Dia sambung berbual dengan Aiman. Sesekali mata Aiman menjeling ke arah Najwa. See? Kan dah cakap. Kalau dia buat kerja dekat studio mesti tak jalan dengan adanya Itriah dekat situ.
“Haha.. yela.. yela.. elok jugak kau beli banyak. Nanti boleh makan sambil buat kerja.” Aleeya beralah. Najwa sengih lagi. Dia dah tak tahu nak buat apa selain sengih.
“Man, ni burger kau dah siap.” Bob memanggil. Aiman yang sedang berbual dengan Aleeya terdiam seketika. Atif di sebelah sesekali menyampuk. Najwa diam tak berbunyi. Gugup!
“Ok, bob. Balik dulu. Leeya, esok pin up pukul 9 kan?” double confirm. Buatnya orang lain pin up pukul 8, dia seorang pin up pukul 9, mahu menangis tak berirama dia nanti.
“Yup..yup.. pukul 9. Kau jangan la buat rajin pergi pin up awal-awal sangat esok.” Aleeya bergurau.
“Takda maknanya. Aku pun banyak lagi tak siap. Harap-harap sempat la nak siap pagi nanti.” Ketawa.
“ok la, balik dulu. Jumpa kat studio nanti. Itriah, assalamualaikum.” Aiman terus berlalu. Dalam hati rasa nak tampar mulut sendiri. Terlebih peramah siap bagi salam ni apa kes, Aiman Hafizi Abdul Razak? Terus dia berjalan laju ke motor yang diparkir tidak jauh dari gerai Bob. Atif tergelak kecil. Apa-apa je la budak ni.
“waalaikumussalam..” Najwa jawab perlahan. Buat pertama kalinya Aiman tegur dia. Mahu tak terkejut? And waittt.. dia panggil aku apa tadi? Itriah??? Muka terasa panas.
“Dah dah la senyum tu. Putus urat senyum kau satgi.” Senyuman yang tersungging terus lenyap. Potong line betul kawan sorang ni. Bob berdekah sakan.
“Bob, aku potong kau pakai pisau roti ni kang!” najwa bengang.
“Sampai bila kau nak simpan, Wa? Confess la dekat Aiman.” Bob berdiplomasi. Aiman pun suka kau jugak la. Bob sambung dalam hati.
“tak pe la kot, Bob. Aku selesa macam ni. Lagipun kau pernah dengar tak, bila seorang perempuan tu suka dekat seorang lelaki, kalau dia simpan, tu kira macam jihad jugak?” najwa sengih. Dia rasa macam dia pernah baca pasal perkara tu. Tapi dia tak ingat kat mana. Jangan aku keluar hujah songsang sudah la.
“Ye ke? Memandai je kau ni.” Aleeya menyampuk. Memang dia tahu kawannya ni dah lama suka Aiman. Rasanya sejak pertama kali Najwa ikut dia pergi studio masa dia bertapa di studio untuk buat projek akhir semester satu dulu.
“Betul la…. Kot..”muka tak pasti.
“Apa-apa je lah. Jom, balik.” Burger dalam plastik bertukar tangan. Duit dibayar, masing-masing melangkah untuk pulang. Bob hanya menggeleng kepala di gerai burger. Tak faham dengan kerenah si teruna dan dara dua orang ni. Dua-dua nak simpan rasa hati sendiri.

**
 “Sampai bila kau nak simpan? Confess la, Man.” Atif bagi semangat dekat kawan. Rasanya dah hampir 3 tahun kawannya memendam rasa. Kagum betul dia. Sedang orang lain sibuk berpacaran sana sini, kawannya ini masih teguh tak mahu meluahkan rasa yang tersimpan dalam hati.
“Sampai aku rasa aku mampu sunting dia jadi isteri, mungkin?” Aiman berseloroh. Sesuka hati je jawab.
“Haha.. kau ni macam-macam. Kita dah tak lama dah kat sini. Lepas habis periksa ni, habis lah. Sekejap je kan dah 3 tahun? Rasa macam baru semalam aku kenal kau.” Atif buat ayat dramatik. Aiman buat muka geli. Haha..
“A ah. Rasa sekejap je. Macam baru semalam aku buli kau suruh cuci baju aku. Hehehe…” mereka sama-sama merenung ke langit luas. Merenung masa depan, mungkin.
“Kau plan macam mana lepas ni? Kerja terus?” Atif bertanya.
“Kerja terus la kot. Firm tempat aku praktikal dulu offer aku kerja kat sana. Gaji pun ok. insyaAllah aku kerja sana la nanti. Dekat dengan rumah pun ye juga. Jimat.” Aiman senyum. Sungguh, dia akan rindu tempat belajarnya ini. Banyak pengalaman dah dia kutip dekat sini. Banyak kenangan untuk dia kenang. Paling penting, hatinya dah tersangkut di sini. Haihhh..
**
“Wa, join sekali jom? Malam ni kelas aku buat barbeque. Sebelum masing-masing balik kampung esok. Last meeting la kira. Nak tak?” aleeya mengajak sahabat baiknya itu.
“eh?? Tak nak la. Bukan budak kelas aku.” Najwa tolak baik-baik.
“eleh mengada. Macam la kau tak pernah lepak sekali dengan budak-budak kelas aku. Jom laaaa… jom laaaa….” Merengek-rengek macam budak tak cukup umur. By hook or by crook, dia nak Najwa ikut jugak.
“Eiiii.. kau ni dah kenapa? Ketuk guna t-square kau tu, nak?” najwa geram.
“Nak! Nak!” aleeya sengih. Apa-apa je la. Yang penting Najwa kena ikut dia.
“Pukul berapa?” petanda baik tu.
“Lepas isyak. 8.30 macam tu? On la ey?” Aleeya memandai buat keputusan untuk Najwa.
“Hmmm…” dia berfikir lagi.
“Ok, on. Pukul 8.30 kita gerak. Nanti kita solat sekali la. Kau imam.” Tiba-tiba je si Aleeya potong cakap dia.
“Weh, makcik. Kau ni cari gaduh. Sesuka hati kauuuuu je kan? Ok. Tapi maghrib kau imam. Deal?” angkat-angkat kening.
“Deal…” Aleeya tayang sengih. Bahagia. Dan sedih juga. Dia pasti akan rindu momen-momen indah ini. Dan Najwa… haihhh…
**
“Ok, ladies and gentlemen. Terima kasih sebab Berjaya menghadirkan diri. Cewahhh.. dah macam nak bagi ceramah apa je aku ni.” Khalid ketawa suka. Khalid, ketua kelas Aleeya dan Aiman.
“Ok, serius. Saya, Khalid Akbar nak mengucapkan terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan sepanjang tiga tahun kita sekelas. Frankly speaking, all of you are greaking awesome. And have to tell the truth, I will miss u guys. Seriously. Semoga ukhuwah kita tak habis setakat ini. Dan semoga kita dapat reunion di syurga nanti, insyaAllah. Next…” Khalid menyerahkan majlis (majlis lah sangat) kepada Hajar, pembantunya.
“Khalid dah sampaikan apa yang sepatutnya. Aku Cuma nak tambah, maaf untuk segala kekurangan. And yes, ada sesiapa rasa nak buat persembahan tak malam ni?” semua menjerit, melaungkan nama Aiman. Aiman yang sedang membakar ayam tercengang. Gi-la.. ni semua pakat nak prank aku! Atif ketawa sakan. Seperti Najwa, Atif pun dah jadi macam kawan sekelas mereka.
“Ok, ikut suara majority. Aiman, sila buat persembahan.” Semua bertepuk riang. Najwa kalut tiba-tiba apabila dia nampak Aiman mencapai gitar dari tangan Haziq. Oh, tidak! Pipi tiba-tiba rasa panas apabila mata mereka bertembung secara tak sengaja. Aiman cool, masih tersenyum. Oh, cair!
“Nak nyanyi lagu apa ni?” Khalid bertanya.
“Korang dengar je la. Boleh?” semua mengangguk sahaja. Masing-masing dah menghadap makanan. Laparrrrr! Petikan gitar bermula. Diiringi vocal Aiman. Yang lain terdiam sedang Najwa terkesima.
Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Gemuruh suasana dengan tepukan meriah rakan-rakannya. Aiman masih berlagak tenang. Semoga apa yang cuba dia sampaikan, berjaya disampaikan. Dia memulangkan gitar kepada Haziq. Pinggan di tangan Atif diambil. Dia pun nak makan juga. Dia pun lapar. Bertambah lapar lepas buat persembahan spontan macam tadi. Lagi lapar bila si pencuri hati ada dekat depan mata. Allah.. kuatkan iman hambaMu ini.
**
“Aleeya, kau balik pukul berapa esok?” Aiman bertanya kepada Aleeya. Walaupun hakikatnya dia lebih nak tahu tentang Itriah Najwa.
“Dalam pukul 10 pagi kot. Aku nak jumpa lecturers dulu.” Aleeya menjawab.
“Aku nak join sekali la kau jumpa lecturers esok. Apa-apa nanti text aku, ok?” Aleeya angkat ibu jari, tanda ok. Lagi ramai lagi bagus. Lagi meriah.
“Wa, jom. Balik. Aku dah ngantukkk… kau bawak motor, boleh?” saja nak mengusik.
“Heh..?? kau ni meroyan apa? Aku takde lesen. Kena saman kang, kau nak bayar?” najwa buat muka serius. Dia bukan setakat taka da lesen motor, dia tak reti nak menunggang motor jugak.
“Hahaha.. ye la.. aku gurau je. Kau ni. Serius sangat. PMS ke?” gelak lagi. Najwa tak mampu nak jawab apa-apa. Hampeh punya kawan. Yang mereka solat sama-sama tadi tu apa? Sengal!
“Esok kita pergi pejabat lecturers aku dulu, boleh? Lepas tu baru hantar motor ni dekat abang aku, then kita balik dengan kereta abang aku tu.” Aleeya menerangkan serba ringkas tentatif mereka esok.
“Untung la ada abang kerja dekat sini. Sanggup pula abang kau nak bawak motor kau yang dah macam booth Cool Blog tu?” Najwa balas servis. Dia pula ambil peluang gelak puas-puas.
“Biasalah, abang aku kan saying aku?” Hahaha.. suka dia tengok muka Najwa yang tak puas hati tu.
“Huh.. ye la. Jom balik. Kang ada yang tak bangun esok. Elok nak pergi pukul 10 pagi, jadi 10 malam kang.” Mereka sama-sama melangkah ke arah skuter Ego milik Aleeya.

**
“Ya, aku nak cakap dengan Itriah kejap.” Aleeya mengangguk.
“Ok, aku pergi tandas kejap. Kau bagitahu kat dia nanti.” Aiman angguk. Najwa keluar dulu dari pejabat tadi. Sebab ada kawannya nak jumpa, katanya. Tak tahu la betul ke tak. Sampai di luar pejabat, dilihat Najwa sedang elok berdiri di hadapannya.
“Aleeya pergi tandas kejap.” Tanpa salam, terus dia bagitahu Najwa. Dilihatnya, Najwa hanya mengangguk. Dia telan air liur. Gugup.
“Atif tak ikut sekali?” Najwa tak tahu nak tanya apa. Tanya je la pasal kembar si Aiman ni.
“Oh, dia dah balik lepas Subuh tadi. Ada hal keluarga.” Aiman menarik nafas, dalam.
“Ohh..” diam. Ok, nak cakap apa lagi ni? Nak buat apa?
“Itriah..” Aiman panggil perlahan. Tangannya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg sandang hitamnya itu. Sampul surat.
“Ambil ni. Baca bila-bila awak nak. Tapi pastikan masa tu saya tak ada dekat depan awak. Ok?” tangannya menghulur sampul surat itu.
“Err..?? ohhh.. ok..” perlahan-lahan tangannya menyambut.
“Ok. Saya balik dulu. Assalamualaikum.” Aiman berlalu pergi dan hanya mengangkat tangan, tanda meminta diri pada Aleeya yang kebetulan sedang berjalan kea rah tempat dia dan Najwa berdiri tadi.
“Waalaikumussalam..” tangannya terasa menggigil. Apa ni??
“oit. Kau ok tak ni?” Aleeya menegur kawannya yang nampak terkedu di situ.
“Ok. Dah ke? Jom.” Laju Najwa melangkah tanpa menunggu Aleeya. Dia rasa macam nak demam!
“Aiman bagi apa?” Aleeya bertanya. Dia nampak macam Aiman hulur sesuatu dekat Najwa tadi. Najwa angkat tangannya yang memegang sampul surat coklat itu.
“Surat??” aleeya hampir tercengang. Najwa angguk saja. Speechless.
“Bukak la. Tengok dia tulis apa.” Aleeya teruja. Macam petanda baik je untuk kawannya itu.
“Kau bukak kan, boleh?” tangannya menggigil ketika menghulurkan sampul surat itu. Aleeya menghamburkan tawanya. Kalut sungguh!
“Bak sini.” Cepat dia membuka sampul surat itu. Dengan cermat. Hampir terkeluar biji matanya membaca apa yang ditulis.
“Najwaaaa!!!” dia terhenti. Najwa juga berhenti mendadak.
“Apaaa??” Najwa bertambah kalut. Jantung mengepam dengan sangat laju. Aleeya menghulurkan surat yang sudah dibuka itu.
Assalamualaikum.
Awak, Itriah Najwa Iskandar. You are that ‘permata yang dicari’. Sudikah awak, jadi yang halal untuk saya?
Aiman.hafizi@gmail.com
Buk! Jatuh terduduk.
“Aleeyaaa…” tangannya menggigil. Aleeya ketawa sakan. Tak sangka macam ni sekali Najwa terkejut. Aiman, sejak bila kau ada gen terlebih gula ni? Sampai terduduk kawan baik aku!
**
“Khalid, solat jom.” Pen di tangan diletak ke atas meja.
“Jom. Guys, solat. Dah masuk maghrib.” Mereka yang lain turut berhenti dari buat kerja. Masing-masing ke tandas aras studio mereka. Ambil wudhu’. Yang wanita juga begitu. Aleeya, Najwa, Hajar dan beberapa lagi mereka yang ada di situ turut serta solat berjemaah bersama rakan-rakan mereka yang lelaki di dalam bilik kosong yang tersedia di dalam studio itu. Bilik yang dipisahkan dengan dinding kaca dari ruang mereka membuat kerja.
Alunan bacaan Al-Fatihah dan surah lazim si imam, betul-betul buat dia rasa tenang. Sungguh. Sejak itu hatinya terpaut. Sejak itu juga dia suka nak ikut Aleeya pergi studio. Sebab nak tengok muka si imam, Aiman. Walaupun mereka tak saling bertegur sapa, dia tak kisah pun. Gila? Mungkin ya. Tapi nak buat macam mana? Hatinya dah tersangkut. Sebab sejak dari itu dia bercita-cita untuk terus menjadi makmum si imam.
Dan Alhamdulillah, selepas 3 tahun dia memendam rasa, dia tidak kecewa. Alamat email di dalam surat yang diberikan seminggu yang lalu dia tengok lagi. Mungkin dah sampai masanya untuk dia beri jawapan. Selepas dia mendapat petunjuk dari Tuhan.
Bismillah…
Subject : ….
Assalamualaikum w.b.t.
Sejak dari hari pertama awak jadi imam semasa solat di studio lebih kurang 3 tahun lepas, sejak itu hati ini sentiasa berdoa supaya awak boleh terus menjadi imam saya sehingga ke syurga.
Regards,
Itriah Najwa Iskandar.
Butang send ditekan. Hatinya berdegup kencang. Tak sampai sepuluh minit, dia mendapat balasan email daripada Aiman.

Subject : ….
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah.. terima kasih.insyaAllah minggu depan rombongan saya sampai.
Regards,
Aiman Hafizi Abd. Razak.
Hampir terjerit dia membaca balasan itu. Kepada ibu bapanya telah dia ceritakan tentang Aiman. Dan mereka memberikan greenlight memandangkan dia sudah habis belajar, sudah mendapat tawaran kerja juga. Cumanya seperti biasa, perlu la ikut adab-adabnya. Nampaknya esok dia perlu berbincang lagi dengan ibu bapanya. Untuk bersedia apa-apa yang patut.
Email di sign out tanpa memberi jawapan balas terhadap email Aiman. Esok, insyaAllah. Laptop di shut down. Kakinya melangkah ke arah katil. Tangan diangkat untuk berdoa. Semoga segalanya dipermudahkan. Aamiin..

MK
01:10 | 06012013

6 comments:

  1. sangat2 best!!!

    sangat2 menjaga batas agama si najwa n aiman ni...suka!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u for reading.
      Skill dah lama x di asah ni.
      Huhu..

      Regards,
      MK

      Delete
  2. awesome !!!!gud job :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u for reading n dropping by.
      Semoga bermanfaat :)

      Regards,
      MK

      Delete
  3. dear MK,

    if i had that million hands, i'll give you million thumbs up.
    sumpah best. series. ahhhhh~~~ melting la kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dear Joenyz.
      jazakillah for dropping by.
      and thank u for ur million thumbs up. \(^__^)/

      regards,
      MK

      Delete

 
;