From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Tuesday 8 January 2013

Bab 1: Saat Kau Hadir Dalam Hidupku



Lapangan Terbang Heathrow

Lambatnya nak tunggu kapal terbang ni. Nak check-in rasa macam awal sangat. Eii.. Bosan tahu tak! Kalaulah kapal terbang tu bapak aku yang punya, dah lama aku suruh berlepas. 

Dalam merungut dalam hati aku gagahkan diri juga untuk tarik bagasi aku ke arah kedai yang berderet kat situ. Baik aku beli majalah dulu sementara nak tunggu panggilan masuk. Lepas selesai pilih majalah, tanpa tengok kiri kanan aku terus tarik bagasi aku yang tersadai kat sebelah. Tiba-tiba...

“Ouchh..damn it!”

Terlepas terus bagasi aku dan entah macam mana pemegang besi beg boleh terjatuh betul-betul atas kaki dia. Aku gigit jari bila tengok muka hamba Allah ni merah. Boleh tak kalau aku kata aku tak bersalah?

Opps...sorry.”

Are you blind?” 

Wah! Kereknya mamat ni. Dia pandang aku gaya macam nak telan aku hidup-hidup. Siap cekak pinggang bagai. Ceit..bajet macam aku saja-saja nak langgar dia. Mana entah pergi budi bahasa dia. Nampak muka macam orang Malayu. Tapi tak ada adab.

Hello...excuse me!”

Aku tayang muka kerek. Gaya macam dia seorang je boleh buat. Aku pun boleh buat daaa.. Pantang betul orang biadap ni.

What! Not satisfied?” Muka dia makin merah. Nasib tak bertukar hijau. Kalau hijau aku cabut dulu. Sah! Bukan orang. 

Orang ramai yang lalu lalang kat situ mula pandang-pandang ke arah kita orang. Tapi ada aku kisah? Mamat bajet bagus ni memang nak kena dengan aku.

“Are you Malaysian?”
 
Dia tengok aku atas bawah dengan mata helang dia. Grr..geram je aku tengok mamat ni. Rasa nak cungkil biji mata dia keluar.

Yup. So?

Lepas dia jawab macam tu aku pun terus senyum sinis tengok dia. Gaya dah stylo tapi mulut macam longkang. 

“Bro! Senang cerita macam nilah. Wa dah mintak maaf sama lu, lu tak boleh cakap elok-elok ke? Tolonglah... jangan malukan orang Malaysia pulak. Budi bahasa tu budaya kita.”

Dia terkedu lepas aku cakap macam tu. Ambik kau! Kerek sangat dengan aku. Lepas tu tiba-tiba dia gelak macam orang kena sampuk. Sewel ke apa dia ni? 

“Kau cakap budi bahasa tu budaya kita kan? Habis tu yang kau cakap wa, lu dengan aku tu kira baik la. Woii..kau pergi masuk tandas, cermin sikit diri kau tu dulu sebelum nak kasi ceramah dengan aku.” Dia tayang senyum sinis. 

Waa...mamat ni memang dah lebih.

“Bro! Ini memang gaya wa bila bercakap dengan orang yang tak ada adab macam lu. Sekurang-kurangnya wa tak adalah mencarut macam lu,” jawab aku tak nak kalah.

Muka dia makin berapi. Memang padan dengan muka dia. Siapa yang makan cili dialah yang terasa pedas.

“Kau tu yang letak mata kat kepala lutut. Dahlah beg macam batu boleh pulak kau buat streamroll leyek kaki aku. Apa kau ingat kaki aku jalan raya ke?”

“Haa... bukan ke? Wa ingat jalan raya tadi.” Selamba aku jawab. Macam tak ada orang perasaan.

Dia terus tarik cap Nike Roger Federer dia dengan kasar. Perghh... harap muka je jambu tapi perangai macam hantu! Makin jelas aku nampak muka dia tengah membara sekarang ni.

“Kau nikan memang..” Belum sempat dia  habiskan ayat dia, aku potong dulu.

“Memang padan dengan muka lu. Siapa suruh lu berdiri kat situ.” Dia tarik nafas kasar lepas aku cakap macam tu. Aku senyum sikit. Saja bakar hati dia.

“Amboi..sedapnya kau bercakap. Apa kau ingat kedai ni bapak kau yang punya? Suka hati akulah nak berdiri kat mana.” Dia tayang muka tak boleh blah. Rasa macam nak siku je mamat ni.

“Woi bro! Bapak-bapak tak mainlah. Ada wa sebut bapak lu ke?” 

Aku pantang betul la kalau orang sebut pasal bapak ni. Macam tak ada hormat je kat orang tua. Tersedak walid aku kat rumah.

“Tahu pun kau bengang. Habis yang kau lenyek kaki aku, ingat aku tak bengang ke? Sakit tahu tak!”

Aku terus alihkan pandangan ke kaki dia. Hadoyai..bukan pakai selipar pun. Kalau pakai selipar tu satu hal la jugak nak melalak kata sakit. 

“Tak payah nak kecohlah, bro. Setakat tercuit sikit tapi nak menjerit macam perempuan baik tak payah. Wa dah mintak maaf dengan lu kira dah cukup baik. Lu pun letak mata kat mana tadi? Handphone lu kan!” bidas aku.

Memang aku nampak dia pegang phone tadi. Aku agak je dia tengok phone masa aku dengan dia berlanggar. Kalau tekaan aku betul kira nasib aku baik. Tak ada la aku seorang je yang dipersalahkan. 
 
Mata orang yang dah pandang kita orang aku tolak tepi. Lantaklah orang nak cakap apa. Bukan dia orang faham pun apa yang aku cakap dengan mamat sengal ni.

“Woi..perempuan! Nampaknya kau ni memang saja nak cari pasal dengan aku.”

Excuse me, please kindly settle your business outside my shop.

Kan dah kena sound dengan tuan kedai. Aku dengan dia sempat berpandangan sebelum aku tarik bagasi aku.

Miss!” 

Yes?” Apesal pulak minah saleh ni panggil aku.

“£5.20, miss.” Blurr je aku tengok dia. Apa yang minah ni merepek?

“Pardon me.”

“Oiii..agak-agaklah. Kalau nak mencuri sekalipun gunalah kepala otak sikit.”

Mulut longkang betul mamat ni. Siapa yang nak mencuri?

“Woii..apa barang wa nak mencuri?”

“Tu yang kat tangan kau apa benda?” 

Aku tengok tangan aku. Pergh..satu naskhah majalah elok je aku gulung macam roti sardin kat sini. Arghh..macam mana aku boleh terlupa aku pegang majalah ni. Kan tak pasal-pasal dah kena tembak. Ini semua mamat sengal ni punya pasal.

Sorry,” kata aku kat tuan kedai.

Aku terus bayar harga majalah tu. Mamat tu pulak dah senyum sinis tengok aku.

“Apa lu tengok! Tak puas hati?” tanya aku geram masa keluar dari kedai.

“Suka hati aku la. Aku punya mata aku punya suka nak tengok mana.” Selamba je dia jawab. Aku yang dengar ni makin berapi. Mamat ni memang saja cari nahas dengan aku.

“Memanglah lu punya mata. Takkan wa punya mata pulak. Kalau mata lu ada kat wa, dah lama wa lenyek lu punya mata dengan roda beg wa.”

“Wow...takutnya.” Dia silang tangan kat dada sambil tayang muka takut. Aku senyum sinis.

“Woi...kau dengar ni sini perempuan. Sebelum kau sempat nak leyek mata aku, kau dulu aku leyek macam kentang tahu tak!”

Dia gelak lepas cakap macam tu. Aku ketap bibir geram sambil pandang kiri kanan. Ada yang masih jadi pemerhati. Hati aku makin sakit bila tengok dia masih gelak tak berhenti. Jadi aku pun terus rentap beg dengan kasar dan saja lenyek kaki dia buat kali kedua. Lepas tu, aku terus jalan laju tinggalkan dia. 

“Woi..perempuan! Siap kalau aku jumpa kau lagi.”

Cuma tu je perkataan yang aku sempat dengar sebab dia cuba tahan sakit kaki dia. Padan muka kau mamat bajet bagus! 

Aku harap jangan la aku jumpa dia kat Malaysia. Kalau aku jumpa dengan dia, mesti dia akan balas dendam balik dan aku tak akan teragak-agak untuk sumpah dia tujuh keturunan. 

Walau apapun, sekarang ni aku rasa bahagia yang amat sangat sebab sekurang-kurangnya dapat juga balas dendam kat mamat bengong tu. Aku senyum sepanjang jalan untuk check-in. Inilah kenangan paling indah buat aku sebelum tinggalkan bumi UK ni. 

Harapan aku janganlah aku naik satu kapal terbang dengan dia. Kalau tak, mahu terbalik kapal terbang tu nanti. Ishk...ishk...nauzubillah.


Ini yang aku rasa macam nak siku orang je. Hamba Allah manalah letak luggage macam nak robohkan overhead bin ni. Kureng betul! Mana la pergi tata dengan susila dia. Walaupun aku tak tengok pun manusia ni tapi aku masih boleh dengar cara dia yang tak ada adab tu. Tak hormat langsung aku yang tercongok duduk kat seat ni. Tolonglah jangan kata dia duduk kat seat sebelah aku yang kosong ni.

Tiba-tiba aku rasa bergoyang sikit tempat duduk aku. Sah! Dia duduk sebelah aku. Rasanya dia lelaki sebab aku terbau wangian Davidoff Hot Water. Tapi kenapa macam kenal je bau ni. Arrh..lantak la!

Aku malas nak ambil pusing pasal benda tu. Lebik baik aku menghadap majalah Motorsport yang aku beli tadi. Mana tahu satu hari nanti aku dapat peluang bawak motor Ducati 1198SP macam ni. Memang aku akan rempit puas-puas.

Dalam tengah berangankan motor idaman, tiba-tiba terdengar bunyi kertas yang saja diselak-selak kasar. Haih..memang nak kena lesing mamat ni. Saja cari pasal namanya.

Mula-mula aku buat derk dulu, tapi makin lama makin menjadi-jadi pulak manusia sebelah aku ni. Mula rasa macam ada asap berkepul-kepul keluar kat telinga aku sekarang. Aku terus tutup majalah dengan kasar. Dalam otak dah susun ayat nak ajar orang yang duduk sebelah aku. 

Excuse me! Would you mind... Lu!!!”

Aku rasa kalau mata aku ni boleh dibesarkan lagi memang aku akan besarkan mata aku cukup-cukup. Punyalah terkejut tengok orang tak adab ni betul-betul duduk sebelah aku. Lepas tu boleh pulak tayang muka selamba macam tak ada apa-apa.

Hi, neighbour! Glad to meet you again.” Dia senyum. Tapi aku rasa macam nak tendang dia keluar dari flight ni. Hipokrit betul! 

Bala apalah yang tengah melanda diri aku sekarang. Baru aku cakap tadi tak nak dia satu flight dengan aku. Sekali bukan setakat satu flight tapi jiran sebelah tempat duduk tu. Alamatnya tak tidurlah aku sepanjang 13 jam perjalanan ni. Confirm dia akan balas dendam balik.

“Lu buat apa kat sini?” Kerek je aku tanya kat dia.

“Apa kau ingat kapal terbang ni atok kau yang punya. Aku nak balik Malaysia la. Nak buat apa lagi?”

Grrr...geramnya aku! Suka suki dia je nak guna nama atok. Tak senang duduk atok aku kat kampung.

“Apa masalah lu ni haa? Kalau lu tak sebut nama orang tua tak sah ke? Lu bangga ke babitkan nama orang tua yang tak tahu apa kat rumah!” bidas aku.

Dia tayang muka tak bersalah. Saja bagi hati aku rentung.

“Kau ni kan, rupa je perempuan tapi perangai kalah lelaki.”

Aku ketap bibir. Astaghfirullahalazim.... sabarkanlah hati hamba mu ni ya Allah! Mentang-mentang muka dia terselindung dengan cap, jadi sesuka jiwa dia je nak kutuk kaw-kaw kat aku. 

“Suka hati wa la. Apa lu sibuk. Wa ada ganggu lu ke?” 

Mula naik seoktaf suara aku. Orang yang duduk seat sebelah pun dah mula pandang-padang. Nasib baik mat saleh, kalau Melayu memang sebutir-sebutir dia faham apa yang aku dengan mamat sengal ni debatkan.

“Memang kau ganggu aku. Kalau tak kerana perangai kasar kau yang kalah lelaki tu tak adanya aku nak tukar tempat duduk tahu tak! Lebih baik aku bersenang-lenang kat first class.”

What!?

Terpusing kepala aku tengok dia. Biar betul dia ni? Macam mana dia boleh tukar tempat? Apa mandat yang dia ada?

“Kau pekak ke? Perlu ke aku ulang lagi sekali?” Dia tanggalkan cap. Baru nampak muka dia dengan jelas. Aku bertentang mata dengan dia. Masing-masing tak nak kalah.

“Lu gila!”

Excuse me, miss. May I help you?

Tiba-tiba seorang pramugari yang cantik berkebaya datang tegur aku sambil tersenyum manis. Tak sangka pulak suara aku dah mengundang mata-mata orang depan, belakang dengan sebelah tempat duduk aku.
Aku jeling mamat sebelah. Dia dah kalih tengok majalah kat tangan. Boleh pulak dia buat sardin. Ini yang aku rasa macam nak luku je kepala dia.

I want to change my seat. I’m not feeling comfortable here.” Mata aku tak lepas pandang dia. Saja nak tengok reaksi dia macam mana.

 “Ladies and gentlemen, my name is Imran and I’m your chief flight attendant. On behalf of Captain Nazmi and the entire crew, welcome aboard Boeing 747, Airlines flight MH0001, non-stop service from London-Heathrow Airport to Kuala Lumpur International Airport. At this time, make sure your seat backs and tray tables are in their full upright position. Also make sure your seat belt is correctly fastened. We advise you that as of this moment, any electronic equipment must be turned off. Thank you.”
I’m sorry miss. We will depart shortly. Please fasten your seatbelt,” jawab pramugari tu dengan lembut.
Aku tayang muka kecewa. Nak tak nak terpaksa juga pakai tali pinggang keselamatan. Nampak gayanya aku memang dah tak boleh lari dari mamat gila ni. 
Miss, if you need any assistance, please don’t hesitate to let me know,” kata pramugari tu lagi.
“Don’t worry, miss. This is my wife’s first time on board. I’ll make sure she will be fine.”
Aku rasa nak tercekik bila dia sebut perkataan isteri tu. Sejak bila aku jadi isteri dia? Mamat ni memang saja cari pasal dengan aku.
Sebelum pramugari tu beredar, aku tengok dia sempat berbalas senyuman dengan mamat sewel sebelah aku ni. Makin kecil je aku tengok dia. Kalaulah aku bukan dalam kapal terbang sekarang ni dah lama dia kena lipat macam lepat dengan aku.
“Sejak bila wa jadi bini lu haa!?” tanya aku geram. 
Honey, please don’t be mad at me. I’m afraid it would affect our baby.” Dia senyum sambil pakai tali pinggang keselamatan.
Melopong mulut aku tengok dia. Kurang ajar betul mamat ni. Dia memang betul-betul dah melampau. Elok aku nak angkat siku, dia terus dekatkan diri dengan aku.
Please, behave yourself. People are watching you. Don’t let them judge you as a crazy woman boarding in this flight,” bisik dia.
Aku terus tak jadi nak luku dia bila nampak pandangan orang kat sekeliling aku. Hish..menyibuk betul dia orang ni. Jaga tepi kain sendiri sudahlah. Sibuk nak ambil tahu hal orang lain buat apa.
“Tak apa. Ada lori ada bas, sekejap lagi wa balas,” bisik aku balik sambil jeling maut kat dia. Dia senyum sinis.
“We’ll see.”
Hadoyai.. mamat ni saja cabar aku. Dia belum kenal aku siapa. Aku ni Nur Dania Khalishah tau. Pemegang tali pinggang hitam karate. Sekali aku karate dia kat sini, memang patah riuk mamat ni aku kerjakan. Aku tengok dia capai balik majalah sambil pakai cap balik. Bajet macho la tu. Pirahhh!!

Aku malas nak layan dia lagi lepas tu. Baik aku sambung balik baca majalah Motorsport kegemaran aku. Sekurang-kurangnya tak sakit jiwa. Entah sejak bila kapal terbang ni dah berlepas pun aku tak tahu. Sedar-sedar je ketua pramugara dah buat pengumuman lampu pengikat tali pinggang keselamatan dah ditutup. Hish... Ini semua mamat ni punya pasal. Tak dapat aku nak menikmati pemandangan dari tingkap kapal terbang ni.

Sepanjang perjalanan, serius aku tak dapat tidur. Aku tak tahulah mamat ni sengaja atau tak sengaja berdengkur dengan kuat. Sakit jiwa aku dibuatnya. Kalau boleh aku rasa nak je tekup hidung mamat ni dengan selimut. Biar dia jangan bernafas terus, baru puas hati.


Sebaik kapal terbang selamat mendarat kat Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, akulah manusia paling bahagia sekali. Terlepas seksa aku duduk kat sebelah mamat bengong ni. Sepanjang perjalanan dari London ke Kuala Lumpur, seminit pun aku tak dapat lelapkan mata. Punyalah bengkak hati aku ni. Memang dia betul-betul balas dendam dengan aku pasal aku tak sengaja terlenyek kaki dia. Sengal betul!

Masa turun dari kapal terbang, aku langsung tak pandang dia. Dia pun buat tak tahu je dengan aku. Lepas keluar dari pintu pemeriksaan, aku terus ke terminal bagasi untuk ambil beg. Elok dah seronok nampak beg sendiri tiba-tiba aku tengok orang lain dah capai dulu. Biar betul! Mamat sengal tu buat hal lagi dengan aku. Aku terus jalan ke arah dia. Rasa macam nak tendang je mamat ni.

“Lu apa hal suka cari pasal dengan wa?” 

Dia tayang muka blur.

“Kau dah kenapa? Apa masalah kau?”

“Lu boleh tanya apa masalah wa. Lu la masalah wa. Apesal lu ambik beg wa haa?” 

Dia senyum sinis lepas aku cakap macam tu.

“Kau cuba bukak mata kau luas-luas. Ini beg akulah!” 

“Kepala otak lu! Ini beg wa. Wa kenal la warna beg wa.” Aku tunjuk ke arah bagasi yang dia tengah pegang. Dia terus belek tag kat beg tu.

“Kau reti baca ke tak?” 

“Mestilah wa reti baca. Apa lu ingat wa bodoh ke?”

Dia gelak kecil. Ini yang aku rasa macam nak tumbuk je muka dia. Gaya dia macam nak mainkan aku je. Makin menyirap darah aku dibuatnya.

“Tolong bacakan tag nama ni kuat-kuat. Aku nak dengar sikit. Kalau tak tahu baca eja pun boleh.” Dia tolak beg tu ke arah aku. 

Aku terus tarik tag nama kat beg tu. Muka aku dah hijau biru tengok barisan huruf yang tertera. Mohamed Fareed Dayyan! 

Tujuh kali aku ulang baca tapi huruf yang tertera kat situ masih serupa. Argh! Macam mana boleh nama dia pulak? Kenapa bukan nama aku?

“Puas hati?” tanya dia masa aku tolak balik beg tu kat dia.

“ Hurmm..habis beg wa mana?” 

“Kau nampak tak kat sana tu.” 

Dia tunjuk ke arah bagasi warna hijau lumut yang sebiji sama macam bagasi dia. Bila dah nampak bagasi tu, aku terus sambar bagasi aku dan terus tinggalkan tempat ni. Mamat tu pun aku dah tak nampak lagi kat situ. Mungkin dia dah keluar kot.

Lepas dah selesai segala pemeriksaan rutin, aku keluar sambil heret bag roda aku. Masa tu jugalah aku terpandang mamat sengal tu tengah tercegat berdiri sambil belek handphone dia. Inilah masanya!

Aku terus jalan ke arah dia dengan agenda yang tengah bersarang kat dalam kepala otak aku.

“Woi..bro!” 

Dia alihkan mata dia dan tengok muka aku.

“Pertama sekali, wa nak cakap terima kasih sebab lu dah tunjukkan beg wa. Kedua, ‘terima kasih’ banyak-banyak sebab lu sudi mencemar duli duduk kat kelas ekonomi untuk teman wa. Ketiga...”

 “Ketiga?” Dia jungkit kening sambil peluk tubuh. Aku senyum semanis gula tebu kat dia.

“Yang ketiga...” 

Aku terus sepak kaki kiri. Automatik muka dia terus berubah merah dan spontan dia tunduk pegang kaki.

“Woi.. perempuan! Arghh..”

“Ini balasan lu sebab lu tak ada adab dengan wa dan memalukan wa dalam kapal terbang tadi. Our baby konon. Huh!”

“Siap kalau aku jumpa kau nanti.”

Cis! Dalam sakit-sakit pun sempat nak ugut aku. Pirahh!

Aku tayang muka selamba sambil tarik bagasi. Dia masih menyeringai kesakitan kat situ. Hah! Memang padan dengan muka dia. Siapa suruh cari pasal. Bajet macam la aku nak jumpa dia lagi. Boleh jalan daa.. Mohamed Fareed Dayyan! Aku senyum sepanjang jalan ke tempat yang aku dah janjikan dengan Along. Rasa bahagia gilerr dapat kenakan mamat sengal tu.

“Senyum nampak. Ada apa-apa ke?” tanya Along.

Aku jungkit bahu dan terus bagi bagasi dengan beg sandang aku kat dia.

“Nah! Ambik ni. Aku dah penat.”

“Suka jiwa kau je suruh aku bawak beg kau yang kalah batu ni. Ada ole-ole tak dalam ni? Kalau tak ada aku tak nak bawak.”

Aku bagi jelingan maut. Kureng betul dia ni. Aku dahlah penat ‘berperang’ dengan mamat tu. Sekarang ni dia pulak nak buat hal. Memang saja cari pasal betul.

“Kau nak makan siku aku tak, along? Kalau kau nak makan, aku boleh bagi sekarang juga.” Aku tayang siku kat dia.

“Wow! Okay, relekslah. Aku angkat beg kau.” Dia terus angkat beg aku. Lepas tu kita orang jalan seiringan keluar dari KLIA ni.

“Pasal ole-ole kau tu jangan risau. Ada dalam beg aku.”

“Wah..ini yang aku sayang lebih kat kau, angah.”

Aku julingkan mata ke atas. Rasa nak termuntah hijau pun ada. Geli betul!

“Tapi, ada satu benda aku musykil?”

“Apa yang kau musykil?” tanya aku balik. Pelik!

Apesal mata kau macam anak panda? Takkan kau jet lag kot.” Along sengih semacam.

Aku terus raba kelopak mata aku lepas dia cakap macam tu. Ini semua mamat bengong tu punya pasal. Kalau tak kerana dia menggangu ketenteraman aku, dah lama aku tidur bermimpikan Ducati 1198SP.

“Tak ada apalah. Hmm..umi dengan walid sihat?” 

Aku saja ubah topik lain. Malas nak cerita pasal mamat tu kat Along.

“Alhamdulillah. Umi dengan walid dah rindu kat kau.”

Aku senyum. Tak sabar betul nak balik rumah. Umi, walid, I’m coming home!

By: Xuanza
P/s: My new e~novel... happy reading :)

6 comments:

  1. Terubat jugak rindu kt Eddy n DK =)

    ReplyDelete
  2. ble nak kuar buku nie..
    x sabar rsenyer,,,

    ReplyDelete
  3. nia.... bla nak terbit nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. manuskrip akn disiapkan after kerana lamaran itu..
      any news will be inform later... tqvm sudi baca kisah nia :)

      Delete

 
;