From Us, To You :)

Assalamualaikum w.b.t to all.

Alhamdulillah, this blog is officially released on last 7th January 2012 as planned. And thanks to Allah, everything's going smoothly. Following the flow.

For those who comes and visit us here, giving us your support, big thanks to you too. Jangan malu, jangan segan untuk tinggalkan komen2 anda di petak komen, atau anda boleh saja klik suggestion box di bahagian atas sebelah kanan window untuk tinggalkan pesanan anda di sana.

We are trying our best to ensure all of our readers satisfied with all our writings. We are not perfect, that's the fact. When you guys happy, then we will be happy, that's for sure.

Keep on supporting us.

Sesungguhnya segala yang baik datangnya dari Allah, segala yang kurang adalah dari kami sendiri.

May Allah bless all of us and grant us happiness here and here After, insyaAllah.

Regards, 7 street writers. :)

Wednesday 1 February 2012

Cerpen Dan Anda #2

Assalamualaikum.
Ini cerpen ke-2 yg kami terima selepas tarikh untuk menghantar karya dibuka.
Baca dengan penuh semangat ye kawan2? *drum rolling~~

Title : Cinta Syurga
By : Joenyz




CINTA SYURGA by JOENYZ

Mulut dah ternganga. Tangan dah berpeluh. Otak dah tak dapat cerna apa umi cakap.

“come again umi…apa? Sapa? Kenapa?”

“ya allah. Umi dah berkali-kali ulang. Takkan Zahra tak dapat tangkap lagi! Bukan umi cakap bahasa Rusia pun! Ni dengar betul-betul. Petang semalam ada orang datang rumah. Menanyakan Zahra untuk anak lelaki diorang. Diorang tu…”

“ umi, did you say yes to it? do you realize the fact that I am only nineteen umi?” Zahra dah potong dulu cakap umi yang tak habis lagi. 

Agak la umi ni, takkan la nak suruh aku kahwin dah. Baru nak merasa suasana belajar dekat uni!

“ hisy, cuba jangan menyampuk bila umi cakap! Umi dengan abi memang tak bagi apa-apa persetujuan. Kitorang memang nak bagi Zahra decide sendiri.”

Lega. Nasib baik umi dengan abi tak kejam sangat. Kalau diorang terus setuju je, tak tanya aku dulu, lagi haru rasanya!

“umi kenal ke family orang tu?”

“kenal sangat. Ex-schoolmate abi dengan umi la. Abi pun macam excited je waktu diorang datang. Sebab abi cakap semalam, dia tahu cara diorang besarkan anak diorang. Memang terjamin hidup Zahra. Anak dia sebaya dengan Zahra la.”

“umi, Zahra tak kenal pon anak dia umi, takkan umi nak put me in an arrange marriage umi?”

“eh! It’s not an arrange marriage lah! Memang anak dia yang suruh datang bertanya, nak meminang sekali kononnya. Anak dia cakap dia dah berkenan sangat dengan Zahra.”

Heh??? Siapa??

Zahra dah tak tahu nak cakap apa. Abi excited. Muka umi sekarang pon macam berharap sangat je. TAPI! Aku pun tak sedia nak kahwin sekarang.

Haji Sharif yang tengah baca surat khabar di ruang tamu mengangkat mukanya selepas mendengar pintu bilik anaknya ditutup. Isterinya keluar dari pintu hijau cair itu dengan muka yang tak dapat ditafsir. Kening diangkat sebagai pengganti tanya.
Hajah Mariam terus duduk di sofa rangkai tiga itu.

“dia tak nak lah bang. Mar dah pujuk, tapi dia cakap dia tak sedia lagi, ye lah, kita kena faham, dia nineteen, memang rasanya tak pernah terlintas nak kahwin cepat macam ni,”

Haji Sharif mengeluh panjang. Nak paksa pun tak boleh. Yang nak dipinang, untuk dibuat isteri, bukan dia. Tapi, yang tengah dok melayan feeling kat dalam bilik tu, anak daranya, Zahra Humayra Haji Sharif.

Kisah Aqeef Nuqman

“mak, dia nak tak?” dalam hati dah buat konsert rock metal dah, dup-dap-dup-dap tak berhenti nervous sejak tayar kereta mak dengan abah tinggalkan rumah pukul 9.30 pagi tadi.

Maknya, Pn. Noraini, memandang suaminya, menghantar pandangan ‘awaklah-bagitahu-dia’. Suaminya buat tak endah. Akhirnya, terluah juga,

“parents dia mintak masa fikir la Aqeef. Nak tanya anaknya dulu.”

Aqeef dah mengeluh. Haila, niat kalau baik, memang banyak halangan kan?

“tak apa lah mak, bagilah dia banyak mana pun masa  fikir, Aqeef tak kisah.”

Besoknya, Pn. Noraini ketuk pintu bilik anak bujangnya. Tak tahu lah macam mana nak bagitahu berita itu.

“ye mak? Masuk je lah, tak payah nak ketuk-ktuk sangat lah. Macam tak biasa je..”
 Aqeef tahu. Mak datang membawa berita. Dari muka mak, dia dah dapat agak dah. 

“dia tak nak ye mak?” Reda je nada suara Aqeef.

Pn. Noraini duduk di birai katil anaknya itu. Angguk je la dia mampu. Tak sanggup nak tengok muka kecewa Aqeef.

“tak apa lah mak, mungkin belum masanya lagi.”

Teringatkan malam itu, memang sampai sekarang dia tak percaya. Aqeef dengan tenang dan yakin meminta dia dan suaminya, pergi ke alamat yang dicatitnya untuk meminang anak gadis mereka.

Malam itu,
Aqeef turun dari tangga sambil memegang satu helaian kecil. Diletaknya di hadapan meja kopi, tempat mak dan abahnya sedang menonton Buletin Utama.

“Mak, abah,  Aqeef dah fikir masak-masak. Kalau boleh Aqeef nak mintak mak dengan abah tolong pinangkan anak gadis tuan empunya alamat ni.”

Itu ayat Aqeef malam itu, yang membuatkan abahnya, hampir nak longgar rahang sebab ternganga terkejut. Yang membuatkan Pn. Noraini jadi patung cendana sekejap, tak tahu nak respon apa pada Aqeef. Dah beberapa detik sunyi baru abahnya respon.

“ Aqeef, sedar tak apa yang Aqeef tengah cakap ni?” tenang suara abah waktu tu. Tak ada naik satu decibel pun dari biasa. Dia kenal siapa Aqeef Nuqman. Tak akan buat perkara dengan terburu-buru. Pasti ada alasan, pasti ada sebab yang kukuh.

“Sedar bah, Aqeef dah istikarah, banyak kali, Aqeef yakin bah. Aqeef sedar umur Aqeef baru 19. Tapi, Aqeef  mohon mak dengan abah pertimbangkan sebaiknya.”

Ayat yang keluar dari mulut Aqeef macam ayat DBP. Dah banyak kali praktis kat dalam bilik sebelum turun tadi.

Dan itu, membuatkan dia dan suaminya pergi ke alamat yang dicatit di atas kertas itu. Apa yang mereka tahu, empunya diri yang nak dipinang bernama Zahra Humayra. Menuntut di universiti yang sama dengan anak bujangnya. Mulanya, dia sendiri tidak yakin, tapi, berbekalkan ayat

Aqeef dah banyak kali istikarah mak, Aqeef yakin jodoh Aqeef”

Apabila diketuk pintu rumah tersebut pada hari itu,tersembul muka Maryam dan Sharif. Kawan sekolah dia suami isteri dahulu. Memudahkan urusan. Selepas sesi Jejak Kasih, mereka terus menjelaskan tujuan asal mereka ke situ. Muka terperanjat memang nampak jelas terpancarlah, tapi hajat mereka itu disambut baik. Janji mereka, persetujuan anak gadis mereka akan diminta.

Kisah Zahra Humayra

Sejak langkah umi keluar dari bilik, hati Zahra rasa tak senang.

‘isk… betul ke aku ni? Takut menyesal pulak.’  Isk, tu lah, tadi terus je cakap tak nak je kat umi. 

Lupa! Yang kalau niat baik seseorang tu kita kene selalu hargai. Lupa! Yang kalau berniat nak bahagiakan atau senangkan hati orang tua kita, kita akan selalu diredai Allah, selalu dipermudahkan jalan. Lupa! Pesan umi dengan abi, kalau kita nak buat keputusan yang berat, seeloknya buat istikarah dulu. Haila…=.= apasal la aku ni, haaaa, sekarang dah macam ni baru nak ingat semua benda yang aku ‘lupa’.

Tapi, kalau nak ikut logik lah, memang layak je kalau aku tolak pon. Tak kenal satu kes. Umur lagi satu kes! S.E.M.B.I.L.A.N  B.E.L.A.S tau! 19! Nineteen! Muda sangat la kalau nak kahwin pun! Lelaki tu sebaya aku lagi! Mampu ke?

Heh! Pasal mampu tu kene tolak tepi, sebab umi dengan abi dah cakap yang lelaki tu ada dapat dua biasiswa and family dia agak berada la. Tapi umi cakap kene lah faham dan reda dengan kemampuan suami. Waktu umi cerita pasal benda ni, rasa nak tergelak ada jugak. Macam lah aku ni dah setuju je nak kahwin!

Malam tu, atas sejadah dia sujud, meminta petunjuk, minta ditunjukkan, kalau memang dah masanya dia berkahwin, siapa jodohnya, samakah dengan empunya diri yang meminangnya. Selepas itu, dia terus tidur.  Dah tak dapat nak buat apa dah. Nak study, memang tak dapat masuk rasanya.

Pagi tu, bangun je, solat subuh, dia terus termenung sorang-sorang. Tak dapat tido dah. Keliru dengan perasaan dia sendiri. Payah la macam ni! Tadi dia bangun dengan satu perasaan yang…..entahlah! tak tahu nak cakap macam mana! Rasa nak kahwin mula timbul! Keliru dengan mimpi malam tadi ada jugak! Mimpi dia sedang bersalam dengan seorang lelaki yang dia hanya nampak bayangnya, itu petanda apa?

Tepat pukul 7.30 pagi, Zahra turun ke dapur. Membantu umi memasak sarapan. Umi masih macam biasa. Macam tak pernah wujud je isu tunang-kahwin ni! Macam mana nak kasi intro dekat umi! Hailo hailo, payah!!

Waktu sarapan tu, abi sibuk berborak dengan umi. Tak berhenti-henti! Aku nak mencelah masuk pon susah. Akhirnya, sebab dah tak tahan sangat, dia kuatkan semangat, mencelah di tengah-tengah perbualan abi-umi itu,

“abi, umi. Zahra nak cakap ni, a minute please?”

Mata umi dan abi dah memandang Zahra yang nampak nervous tahap gaban tu. Dari tadi Haji Sharif dan Hajah Mariam sengaja berborak tanpa henti. Malas dah nak kenang isu semalam.

Umi dan abah dah green light untuk cakap, maka,

“ Zahra nak jumpa orang yang datang meminang tu boleh tak? In private.”

“untuk?” abi dah tanya dalam nada sakastik. Sentap abi oooiii!

“ Zahra dah fikir masak-masak. Yesterday, I have make a very childish decision, which is terburu-buru. Tak fikir. Okeee, so now, boleh tak? umi tolong la telefon diaorang… boleh?”
Tak payah jawab. Aku dah tahu diaorang setuju dari senyum lebar 10 megawatt diaorang!

Dan, sekarang dia di sini. Menunggu gerangan orang yang mahu meminangnya. Di food court di tengah-tengah sibuk Jusco. Umi dengan abi dok pergi merayau tengok Popular rasanya. Jantung tak payah cakap la. Dah buat konsert hardcore dah! Memang nervous tahap petala ke lapan punya! 

Nervous, sebab, nak tengok siapa gerangan ‘bakal suaminya’. Insya-allah. Nervous, sebab nak tengok, match ke dengan bayangan lelaki di dalam mimpinya. Nervous, sebab nak tahu, dengan siapa dia bakal menjadi seorang Puan Zahra Humayra. Nervous, sebab..ah! pokok pangkalnya, memang dia tengah nervous!

 Tiba-tiba, sedang dia dok tunduk menghadap meja, kerusi di depannya ditarik. Duduk seorang lelaki. Rambut tebal. Badan boleh la sasa jugak. Tinggi. Pakai spek hitam. Senyum je tengok dia. Muka dah tak tahu warna apa dah! Memang blushing gile! Tak tahu la kenapa! Tak cakap apa-apa lagi pun! Nak blush apehal! Haila aku ni pun! -.-
Lelaki itu, bukak spek nya dan,

“assalamualaikum, nama saya Aqeef Nuqman.”

“waalaikumsalam” zahara jawab sepatah sambil muka tunduk pandang meja yang warna krim tu.

Tak tahu la nak cakap apa lagi. Takkan nak kenalkan nama aku gak? Sah-sah la dia dah tahu! Kalau dia tak tahu takdenya parents dia sampai kat rumah aku! Okeeeee, relax Zahra… tarik nafas….hembus, tarik nafas…hembus,

Aqeef dah buat muka pelik… yang Zahra ni tarik nafas macam panaskan badan dalam kelas PJK ape kes?

“okeey.. jadi Zahra nak jumpa Aqeef apsal ya? Nak tanya apa-apa ke?” saja Aqeef tanya. 

Padahal, sejak mak bagitahu dia semalam, Zahra nak jumpa, dia dah agak dah, mesti gadis depan dia ni nak buat sesi soal-jawab dengan terperinci.

Zahra kat depan dah buat muka kelat. Tadi kat rumah, dia siap praktis, nak tanya apa, tapi sekarang lidah dia tak boleh nak cakap apa. Minda dia tak boleh fikir dah…..Kelu? iskkkkkk….. aku ni pon la! Haru je!

“oke, saya memang ada banyak nak tanya. But first, Umi cakap awak kenal saya. Tapi rasanya, saya tak pernah jumpa awak pon.” Zahra tanya Aqeef. Tone suara dia biasa je. Walaupun hati dah dup-dap-dup-dap!

Aqeef sengih je dengar soalan Zahra. Memang la dia ni. Tak pernah nak tengok sekeliling dia. Sibuk je dengan dunia dia.

“ada. Awak je kot tak perasan! Saya sama fakulti dengan awak. Ada satu kelas kita sama. Tapi awak selalu duduk dekat depan. Saya duduk kat belakang dalam kelas. Sebab, saya selalu datang lambat.” Tersengih-sengih Aqeef jawab soalan tu.

“oh!” tu je respon Zahra. Sambung lagi, “ apasal awak pilih saya? Padahal, kita tak pernah bercakap walau sepatah pon?”. Haaa! Yang ni dia memang sangat musykil! Memang soalan wajib tanya ni! Dari waktu umi cerita kat dia pasal benda ni, dia memang asyik la dok fikir, ‘kenapa aku?’

Aqeef tarik nafas sebelum jawab. Dia tahu yang dia kena bagi penjelasan yang panjang untuk puaskan hati Zahra.

“ okey, other than the 5 reasons in Islam,saya pilih awak sebab awak lain dari yang lain. Awak sopan, but awak tak kekok bila bercakap. Awak pakai long sleves, with those selendang-bidang-60, but still you always have your headphone tersangkut dekat leher and Ipod in hand. Awak jaga batas pergaulan dengan lelaki but still, you are not a lone ranger or what-so-ever. Banyak sebab lain, tapi,  sejak saya nampak awak, duduk dalam lecture hall, hati saya dah terdetik pasal jodoh. Padahal, sebelum ni, tak pernah langsung saya fikir pasal tu. Saya buat istikarah, and I got my sign from Him. It’s time.”

Zahra dah sebak. Tak sangka, ada lelaki akan cakap macam tu kat dia. Yang akan terima dirinya seadanya. Selalu terfikir yang dia kena, perlu, harus berubah untuk dapat lelaki yang baik!

“tapi, kenapa awak tak pernah tegur saya or even tonjolkan diri awak depan saya?”

“ sebab saya rasa lebih appropriate untuk saya dapat kebenaran abi dan umi awak dulu sebelum saya kawan dengan awak. And saya rasa lebih sweet kalau bercinta lepas kahwin?” perkataan sweet tu dia cakap pelik pulak.

Zahra angguk je. Padahal dalam hati, dah berbunga bila dengar pasal ‘bercinta-lepas-kahwin tu. Cover Zahra! Cover!

“dah habis tanya soalan dah?” Aqeef tanya perlahan.

Zahra angguk lagi. Apa lagi dia boleh buat selain angguk?

“boleh saya pulak tanya soalan?” Aqeef tanya lagi.

Angguk… Lagi.

“ would you, Zahra Humayra bt Haji Sharif be my wife and let me, Aqeef Nuqman b. Ishak guide you to jannah, Insya-Allah?” Aqeef tanya. Muka penuh berharap. Macam kucing dalam Puss In Boots dah.

Rasanya soalan ni tak payah jawab. Air mata yang menitis dengan senyum 10 megawatt dah cukup sebagai pengganti kata kot!

notakaki : how was it, kawan2? hit some comments. show us your support!! *tunggu next cerpen dengan penuh semangat, okeyh? thank you. :)


21 comments:

  1. Best2 . Cite ni sangat sweet . Tak sabar nak tunggu next cerpen . Hee~ :)

    [syaza]

    ReplyDelete
  2. perghh... ^^ love it! ni kena tunggu lusa juga eh?

    ReplyDelete
  3. cerpen terbaik sepanjang zaman.

    ReplyDelete
  4. adoi..semangat je bca, separuh je rupanya..
    bla nk full nie?? :D
    nak tau next jd apa..excited!!

    ReplyDelete
  5. cerpen ni best..so sweet..buat writer, Joenyz, teruskan menulis..=))hasilkan karya yg lebih meletop lagi..hehe

    - AdilahSabeni

    ReplyDelete
  6. citer yg cukup sampoi..tapi mempunyai maksud yg mendalam..tahniah dik..kerana mengentengahkan isu gadis dan teruna belasan tahun yg berkawen muda mengikut sunnah nabi..

    ReplyDelete
  7. @akubersamaCahya masih kene tunggu lusa juga. hehe.. saje je nk suruh tggu penuh debaran. ngeee~~

    ReplyDelete
  8. @Anonymous hehehe.. nice kan citer ni? i like it too..

    ReplyDelete
  9. @Anonymous cerpen ni dh smpai penghujungnya, setahu sy. hehe.. :D

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,

    kepada yg respon kepada cerita ni, tengs, x sangka korang suka walaupun mmg pendek sangt pon cerita ni, berdebar-debar waktu tunggu orang komen td... cerita ni, insya-Allah akan ada sambungan, tgh semangat buat la ni!! terima kasih!

    -sincerely, joenyz :)

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,
    jap,otak jammed sekejap..
    (~__~)
    ok..im going give my comment.
    *************************
    Ya Allah!ur story really,really,really and really awesome,joe!respect tul..
    p/s= disappointed with mine but happy with urs.(n_n)
    again,congrate buddy..

    ReplyDelete
  12. wow ..!!! sebenarnye aku nih sesaje jek nak try bace cerpen online..cerpen joenyz nih laa cerpen pertama aku dan buat aku jatuh cinte nak bace cerpen lagi..awesome laa joenyz =)

    ReplyDelete
  13. iJustLoveFreeStuff1 February 2012 at 22:47

    awesooooooome story joenyz..ayat sempoi..seronok nk bace..cerite sweet thp diabetes..hehe!!
    keep it up =)

    ReplyDelete
  14. so sweet!!!! nak juga jodoh macam ini...seronok bace...suke!! keep it up joenyz...cant wai for the next cerpen :D

    ReplyDelete
  15. banyak2 terima kasih kepada yang sudi baca dan tinggalkan komen. teruskan menyokong kami, oke?
    next cerpen will be on 3rd of february.
    tungguuuuu~~

    regards, 7SW

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,

    okey, trimas kepada yg komen.. dan yang support..sungguh tak sangka ni

    *lap air mata terharu..

    kepada @nas @miss qs, ko pnye pon best, xpayah nak emo!

    oh ye! lupa plak semalam nak cakap THANK TOU sevenstreetwriters sbb letak cerpen aku ni ha kat sini, n kepada special lady yg ambik tender buatkan aku punye cover...

    sincerely, joenyz :)

    ReplyDelete
  17. @Anonymous the special lady here. haha.. no sweat. mmg hobi buat cover tu. huhuhu.. :D

    ReplyDelete
  18. nice!!bahgienye la klau de sumone just like aqeef ni dtg approch kn..hehe..neway cerpen ni walaupun mmg btol pendek,tp 'cukup' menurut sy..xde simpang2,xde kona2,tp ape yg cbe di smpaikn dpt ditrime dgn mudah..congratz n thanx pd writer n owner of thiz blog =)

    ReplyDelete
  19. x de la bgus sgt pon,, LOL,, hahakhakhak,, kiddg2,,jgn marah heee,,, bes la cite nie!!!!,, simple n sempoi je,, x de la berat kpale,, ader flow,, suke3!! *ikhlas dr hati eyh, bukn nk amik hati JOEYNZ 2,, :P btw, congrats la dear! ramai peminat kau lepas nie,, :P:P keep it up! <3

    ReplyDelete

 
;